SlideShare a Scribd company logo
Soalan
Mutakhir ini kita melihat semakin ramai netizen yang menggunakan aplikasi
tertentu di media sosial dengan tujuan melakukan troll terhadap orang lain.
Kadang-kadang ia membawa kepada perbalahan dan permusuhan serta
menjatuhkan maruah orang lain? Apa hukum perbuatan sedemikian tuan mufti?
Jawapan
Pertama sekali, media sosial seperti facebook, instagram, twitter, whatsapp dan
lain-lain adalah termasuk alat komunikasi bagi memudahkan perhubungan sesama
manusia. Hukum asal menggunakannya adalah HARUS jika tujuan dan kaedah
penggunaannya tidak melanggar mana-mana hukum syarak. Ini berdasarkan
kaedah fiqh, “Asal pada segala sesuatu itu harus.”
Namun demikian, jika ia digunakan dengan tujuan dan kaedah yang bertentanga n
dengan hukum syarak seperti menjadikannya sebagai alat menyebarkan
pendustaan, permusuhan dan perbalahan sesama manusia apatah lagi sesama
muslim, maka hukumnya jatuh haram. Ia berasaskan kaedah, “Jalan-jalan baginya
hukum sebagaimana tujuan.”
Dalam isu troll, Wikipedia mendefinisikannya sebagai berikut:
“In Internet slang, a troll is a person who starts quarrels or upsets people on
the Internet to distract and sow discord by posting inflammatory and
digressive, extraneous, or off-topic messages in an online community (such as
a newsgroup, forum, chat room, or blog) with the intent of provoking readers into
displaying emotional responses and normalizing tangential discussion, whether
for the troll's amusement or a specific gain.”[1]
Dalam bahasa mudah, troll merupakan slanga internet yang merujuk kepada
perbuatan individu yang memulakan pertengkaran atau mengalihkan perhatian atau
menyebarkan perselisihan dalam media sosial dengan menyiarkan mesej bersifat
provokatif, sarkastik dan agresif yang jauh berbeza dengan topik asal
perbincangan. Ia bertujuan menghasut pembaca memberikan respon secara
emosional sama ada sekadar berjenaka atau dengan matlamat tertentu.
Pelaku troll biasanya membuka akaun palsu menggunakan profil mangsa mereka
untuk dijadikan bahan sindiran dan jenaka. Kebanyakan mangsa merupakan
golongan ternama terutama ahli politik dan tokoh-tokoh terkenal. Pelaku troll juga
menggunakan nama samaran dan profil palsu (pseudonym) untuk melakukan
serangan peribadi ke atas individu lain.[2]
Lebih membimbangkan apabila internet trolling yang dilakukan pada masa kini
bukan sekadar dalam bentuk mesej bertulis, tetapi adakalanya dilakonkan dalam
bentuk klip video pendek dan gambar yang diubahsuai berserta dialog yang dicipta
sendiri menggunakan aplikasi tertentu. Kebanyakannya didapati mengand ungi
unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan
perilaku, menghasut, menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuha n,
menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yang menjadi
mangsa troll.
Jika begini yang dimaksudkan dengan troll, maka ia jelas bertentangan dengan
akhlak dan adab Islam. Bahkan amat jauh sekali daripada sifat seorang mukmin
yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Rasulullah SAW bersabda:
‫ا‬ً‫ق‬ُ‫ل‬ُ‫خ‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ن‬َ‫س‬ ْ‫ح‬َ‫أ‬ ‫ا‬ً‫ن‬‫ا‬َ‫م‬‫ي‬ِ‫إ‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ُ‫ل‬َ‫م‬ْ‫ك‬َ‫أ‬
Maksudnya: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik
akhlaknya.”
Riwayat al-Tirmizi (1162)
Dalam konteks media sosial, interaksi seseorang menjadi sangat luas dan terbuka.
Di dalamnya ada orang yang kita kenal dan ada yang tidak dikenali, begitu jua
sebaliknya. Di sini menuntut kita untuk berlaku jujur dan beradab dengan adab
Islam yang tinggi. Ia sebagaimana sabda Baginda SAW:
ِ‫هلل‬‫ا‬ِ‫ب‬ ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ َ‫و‬ ،ُ‫ه‬ َ‫ر‬‫ا‬َ‫ج‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َ
‫َل‬َ‫ف‬ ِ‫ر‬ ِ‫خ‬ ْ
‫اْل‬ ِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫هلل‬‫ا‬ِ‫ب‬ ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬َ‫م‬
ُ‫ق‬َ‫ي‬ْ‫ل‬َ‫ف‬ ِ‫ر‬ ِ‫خ‬ ْ
‫اْل‬ ِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫هلل‬‫ا‬ِ‫ب‬ ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ َ‫و‬ ،ُ‫ه‬َ‫ف‬ْ‫ي‬َ‫ض‬ ْ‫م‬ ِ‫ر‬ْ‫ك‬ُ‫ي‬ْ‫ل‬َ‫ف‬ ِ‫ر‬ ِ‫خ‬ ْ
‫اْل‬ ِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ْ‫ال‬ َ‫و‬
ْ‫ل‬
ْ‫ت‬ُ‫ك‬ْ‫س‬‫ي‬ِ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ‫ا‬ ً‫ر‬ْ‫ي‬َ‫خ‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka
janganlah menyakiti jirannya, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamunya, barangsiapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah yang baik -baik atau ia diam.”
Riwayat al-Bukhari (75)
Seseorang tidak sepatutnya bersikap tidak bertanggungjawab dengan melontarka n
apa sahaja yang mahu dikatakan atau dikongsikan tanpa berhati-hati. Mungkin ia
menyangkakan itu remeh tetapi di sisi Allah SWT ia amat berat. Hal ini
diperingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬ً‫ف‬‫ي‬ ِ‫ر‬َ‫خ‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ع‬ْ‫ب‬َ‫س‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫ي‬ِ‫و‬ْ‫ه‬َ‫ي‬ ،‫ا‬ً‫س‬ْ‫أ‬َ‫ب‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫ى‬ َ‫ر‬َ‫ي‬ َ
‫َل‬ ِ‫ة‬َ‫م‬ِ‫ل‬َ‫ك‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ ُ‫م‬َّ‫ل‬َ‫ك‬َ‫ت‬َ‫ي‬َ‫ل‬ َ‫ل‬ُ‫ج‬ َّ‫ر‬‫ال‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬
ِ‫ار‬َّ‫ن‬‫ال‬
Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-
kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia
terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh
perjalanan tujuh puluh tahun.”
Riwayat Ahmad (7215)
Berdasarkan ciri-ciri perbuatan troll yang dinyatakan di atas, jelas ia bertentanga n
dengan nas-nas syarak yang banyak. Antaranya:
1. Larangan mengejek atau menggelar dengan gelaran yang tidak baik. Firman
Allah SWT:
ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ق‬ْ‫ل‬َ ْ
‫اْل‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ ُ‫ز‬َ‫ب‬‫َا‬‫ن‬َ‫ت‬ َ
‫َل‬ َ‫و‬
Maksudnya: “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu
dengan yang lain dengan gelaran yang buruk...”
(Surah al-Hujurat: 11)
2. Larangan menghina, merendah-rendahkan, mencaci dan melaknat sesama
sendiri.
Firman Allah SWT:
‫ن‬ِِّ‫م‬ ٌ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ق‬ ْ‫ر‬َ‫خ‬ْ‫س‬َ‫ي‬ َ
‫َل‬ ‫وا‬ُ‫ن‬َ‫م‬‫آ‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ ‫ا‬َ‫ه‬ُّ‫ي‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫ي‬
ْ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِِّ‫م‬ ‫ا‬ ً‫ر‬ْ‫ي‬َ‫خ‬ ‫وا‬ُ‫ن‬‫و‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ‫ن‬َ‫أ‬ ٰ
‫ى‬َ‫س‬َ‫ع‬ ٍ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ق‬
َّ‫ن‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِِّ‫م‬ ‫ا‬ ً‫ر‬ْ‫ي‬َ‫خ‬ َّ‫ن‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ‫ن‬َ‫أ‬ ٰ
‫ى‬َ‫س‬َ‫ع‬ ٍ‫ء‬‫ا‬َ‫س‬ِِّ‫ن‬ ‫ن‬ِِّ‫م‬ ٌ‫ء‬‫ا‬َ‫س‬ِ‫ن‬ َ
‫َل‬ َ‫و‬
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari
kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana)
harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula
sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak
perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik
daripada mereka;”
(Surah al-Hujurat: 11)
Manakala Rasulullah SAW bersabda:
ِ‫ء‬‫ي‬ِ‫ذ‬َ‫ب‬ْ‫ال‬ َ
‫َل‬ َ‫و‬ ِ
‫ش‬ ِ‫اح‬َ‫ف‬ْ‫ال‬ َ
‫َل‬ َ‫و‬ ِ‫ن‬‫ا‬َّ‫ع‬َّ‫الل‬ َ
‫َل‬ َ‫و‬ ِ‫ن‬‫ا‬َّ‫ع‬َّ‫الط‬ِ‫ب‬ ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬
Maksudnya: “Orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun,
melaknat, berkata kotor dan juga bahasa yang keji.”
Riwayat al-Tirmizi (1977)
3. Larangan khianat dan berbohong.
Sabda Rasulullah SAW:
َ‫ب‬ِ‫ذ‬َ‫ك‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ة‬َ‫ن‬‫ا‬َ‫ي‬ ِ‫خ‬ْ‫ال‬ َّ‫َل‬ِ‫إ‬ ٍ‫ء‬ ْ‫ى‬َ‫ش‬ ِِّ‫ل‬ُ‫ك‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ُ‫ع‬َ‫ب‬ْ‫ط‬ُ‫ي‬
Maksudnya: “Orang yang beriman boleh jadi melakukan pelbagai kesalahan
kecuali sifat khianat dan dusta.”
Riwayat Imam Ahmad (22170)
4. Larangan menyebar fitnah dan mengadu domba
Firman Allah SWT:
ٍ‫ن‬‫ي‬ِ‫ه‬َّ‫م‬ ٍ‫ف‬ َّ
‫َل‬َ‫ح‬ َّ‫ل‬ُ‫ك‬ ْ‫ع‬ ِ‫ط‬ُ‫ت‬ َ
‫َل‬ َ‫و‬ ٍ‫م‬‫ي‬ ِ‫م‬َ‫ن‬ِ‫ب‬ ٍ‫ء‬‫ا‬َّ‫ش‬َّ‫م‬ ٍ‫از‬َّ‫م‬َ﴾١٠﴿ ٍ‫د‬َ‫ت‬ْ‫ع‬ُ‫م‬ ِ‫ر‬ْ‫ي‬َ‫خ‬ْ‫ل‬ِِّ‫ل‬ ٍ‫اع‬َّ‫ن‬َّ﴾١١﴿
ٍ‫م‬‫ي‬ِ‫ث‬َ‫أ‬
Maksudnya: “Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan
jangan) menurut kemahuan orang yang gemar bersumpah, lagi yang hina
(pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan
fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), yang sering menghalangi
amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat
berdosa.”
(Surah al-Qalam: 10-12)
Rasulullah SAW bersabda:
ٌ‫م‬‫ا‬َّ‫م‬َ‫ن‬ َ‫ة‬َّ‫ن‬َ‫ج‬ْ‫ل‬‫ا‬ ُ‫ل‬ُ‫خ‬ْ‫د‬َ‫ي‬ َ
‫َل‬
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga para pengumpat.”
Riwayat Muslim (168)
Demikian juga sabdanya:
ٌ‫ت‬‫ا‬َّ‫ت‬َ‫ق‬ َ‫ة‬َّ‫ن‬َ‫ج‬‫ال‬ ُ‫ل‬ُ‫خ‬ْ‫د‬َ‫ي‬ َ
‫َل‬
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga para pengadu domba.”
Riwayat al-Bukhari (6056)
Dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat:
ُ‫ه‬ َ‫ر‬ْ‫ك‬َ‫ي‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ َ‫ك‬‫ا‬َ‫خ‬َ‫أ‬ َ‫ك‬ُ‫ر‬ْ‫ك‬ِ‫ذ‬ :َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ ُ‫م‬َ‫ل‬ْ‫ع‬َ‫أ‬ ُ‫ه‬ُ‫ول‬ُ‫س‬ َ‫ر‬ َ‫و‬ ُ َّ‫َّلل‬َ‫ا‬ :‫وا‬ُ‫ال‬َ‫ق‬ ‫؟‬ُ‫ة‬َ‫ب‬‫ي‬ِ‫غ‬ْ‫ل‬َ‫ا‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ن‬‫و‬ ُ‫ر‬ْ‫د‬َ‫ت‬َ‫أ‬
ْ‫د‬َ‫ق‬َ‫ف‬ ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ق‬َ‫ت‬ ‫ا‬َ‫م‬ ِ‫ه‬‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬ :َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ ‫؟‬ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ق‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ي‬ ِ‫خ‬َ‫أ‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫ت‬ْ‫ي‬َ‫أ‬ َ‫ر‬َ‫أ‬ :َ‫ل‬‫ي‬ِ‫ق‬
ْ‫د‬َ‫ق‬َ‫ف‬ ْ‫ن‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ ُ‫ه‬َ‫ت‬ْ‫ب‬َ‫ت‬ْ‫غ‬ِ‫ا‬
ُ‫ه‬َّ‫ت‬َ‫ه‬َ‫ب‬
Maksudnya: “Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka
menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Iaitu
engkau menceritakan saudaramu apa yang tidak ia suka. Ada yang bertanya:
Bagaimana jika apa yang aku katakan benar-benar ada pada
saudaraku? Baginda menjawab: Jika padanya memang ada apa yang engkau
katakan maka engkau telah mengumpatnya dan jika tidak ada maka engkau telah
membuat pembohongan ke atasnya.”
Riwayat Muslim (70)
Kesimpulannya, kami menyeru seluruh komuniti netizen, agar bertaqwalah kepada
Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Berakhlaklah dengan akhlak Islam di
mana pun keberadaan kita walaupun di alam maya. Jangan dilupa bahawa setiap
gerak geri kita ada saksi yang sedang memerhatikan. Biarpun ia bukan percakapan
lidah, tapi tangan yang menulis, mengongsi dan menyebarkan, namun yakinla h
bahawa ia sendiri kelak akan menjadi saksi atas apa yang diperbuat. Ini
digambarkan Allah SWT di dalam al-Qur’an ketika manusia terpinga-pinga
kehairanan, mengapa kulit tubuhnya yang suatu ketika dahulu merupakan
sekutunya, kelak ia sendiri yang akan menjadi saksi atas perlakuan maksiatnya.
Firman Allah SWT:
ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫د‬‫و‬ُ‫ل‬ُ‫ج‬ِ‫ل‬ ‫وا‬ُ‫ال‬َ‫ق‬ َ‫و‬
‫َا‬‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ْ‫م‬ُّ‫ت‬‫د‬ِ‫ه‬َ‫ش‬ َ‫م‬ِ‫ل‬
ۖ
َّ‫ل‬ُ‫ك‬ َ‫ق‬َ‫ط‬‫ن‬َ‫أ‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫الل‬ ‫َا‬‫ن‬َ‫ق‬َ‫ط‬‫ن‬َ‫أ‬ ‫وا‬ُ‫ال‬َ‫ق‬
َ‫ن‬‫و‬ُ‫ع‬َ‫ج‬ ْ‫ر‬ُ‫ت‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ ٍ‫ة‬ َّ‫ر‬َ‫م‬ َ‫ل‬ َّ‫و‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ٍ‫ء‬ ْ‫ي‬َ‫ش‬
Maksudnya: “Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada
kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-
kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu
pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah
yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan
(untuk menerima balasan).”
(Surah Fussilat: 21)
Rasulullah SAW turut menegaskan bahawa sifat seorang muslim itu adalah
sentiasa tidak menyakiti muslim yang lain. Sabdanya:
‫ا‬َ‫ه‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬َ‫ي‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ن‬‫ا‬َ‫س‬ِ‫ل‬ ْ‫ن‬ ِ‫م‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫م‬ِ‫ل‬َ‫س‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ ُ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ْ‫ال‬
‫ى‬َ‫َه‬‫ن‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ر‬َ‫ج‬َ‫ه‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ ُ‫ر‬ ِ‫ج‬
ُ‫ه‬ْ‫ن‬َ‫ع‬ ُ َّ‫اَّلل‬
Maksudnya: “Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila)
seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan
tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yan g
meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.”
Riwayat al-Bukhari (10)
Di samping itu, Baginda SAW yang memperingatkan kita betapa perbuatan buruk
kita terhadap orang lain boleh menyebabkan kita menjadi muflis di akhirat,
biarpun kita seorang yang menunaikan solat, puasa dan zakat. Sabdanya:
، َ‫ع‬‫ا‬َ‫ت‬َ‫م‬ َ
‫َل‬ َ‫و‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ‫م‬َ‫ه‬ ْ‫ر‬ِ‫د‬ َ
‫َل‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ف‬ ُ‫س‬ِ‫ل‬ْ‫ف‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ : ‫وا‬ُ‫ال‬َ‫ق‬ ‫؟‬ ُ‫س‬ِ‫ل‬ْ‫ف‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ن‬‫و‬ ُ‫ر‬ْ‫د‬َ‫ت‬َ‫أ‬
، ٍ‫م‬‫ا‬َ‫ي‬ ِ
‫ص‬ َ‫و‬ ،ٍ‫ة‬ َ
‫َل‬َ‫ص‬ِ‫ب‬ ِ‫ة‬َ‫م‬‫ا‬َ‫ي‬ِ‫ق‬ْ‫ال‬ َ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ ‫ي‬ِ‫ت‬ْ‫أ‬َ‫ي‬ ‫ي‬ِ‫ت‬َّ‫م‬ُ‫أ‬ ْ‫ن‬ ِ‫م‬ َ‫س‬ِ‫ل‬ْ‫ف‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ : َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬َ‫ف‬
‫ي‬ِ‫ت‬ْ‫أ‬َ‫ي‬ َ‫و‬ ، ٍ‫ة‬‫َا‬‫ك‬ َ‫ز‬ َ‫و‬
َ‫م‬َ‫د‬ َ‫ك‬َ‫ف‬َ‫س‬ َ‫و‬ ، ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ َ‫ل‬‫ا‬َ‫م‬ َ‫ل‬َ‫ك‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ، ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ َ‫ف‬َ‫ذ‬َ‫ق‬ َ‫و‬ ، ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ َ‫م‬َ‫ت‬َ‫ش‬ ْ‫د‬َ‫ق‬
ْ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫ف‬ ، ِ‫ه‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ْ‫ن‬ ِ‫م‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ َ‫و‬ ،ِ‫ه‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ْ‫ن‬ ِ‫م‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ ‫ى‬َ‫ط‬ْ‫ع‬ُ‫ي‬َ‫ف‬ ، ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ َ‫ب‬ َ‫ر‬َ‫ض‬ َ‫و‬ ، ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬
ْ‫ت‬َ‫ح‬ ِ‫ر‬ُ‫ط‬َ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬‫ا‬َ‫ي‬‫ا‬َ‫ط‬َ‫خ‬ ْ‫ن‬ ِ‫م‬ َ‫ذ‬ ِ‫خ‬ُ‫أ‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫َى‬‫ض‬ْ‫ق‬ُ‫ي‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ َ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬ ُ‫ه‬ُ‫ت‬‫ا‬َ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ْ‫ت‬َ‫ي‬ِ‫ن‬َ‫ف‬
ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬
ِ‫ار‬َّ‫ن‬‫ال‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ح‬ ِ‫ر‬ُ‫ط‬ َّ‫م‬ُ‫ث‬ ،
Maksudnya: “Tahukah anda siapa sebenarnya muflis? Sahabat
sahabat menjawab: ‘Muflis sepanjang pengetahuan kami ialah orang yang tidak
mempunyai wang dan harta. (Nabi SAW bersabda: Bukan muflis harta aku
maksudkan) tetapi muflis pahala pada hari Kiamat. Sebahagian umatku pada hari
itu datang membawa amalan-amalan solat, puasa dan zakat. Pada masa sama juga
dia membawa dosa-dosa mengutuk orang, memfitnah orang, mengambil harta
orang, membunuh orang dan memukul orang. Penyelesaian pada hari itu adalah
dengan mengambil amal kebajikannya lalu diberi kepada orang yang dizaliminya.
Andainya amal kebajikan yang dibawanya belum cukup, akan diambil dosa -dosa
mangsa yang dizaliminya, lalu dibebankan di atas kepalanya, kemudian
dicampaknya ke dalam neraka.”
Riwayat Muslim (2581)
Justeru, perbuatan troll yang membawa ciri-ciri menyalahi syarak seperti yang
dinyatakan di atas adalah DILARANG dan boleh membawa kepada dosa. Namun
demikian, jika yang dilakukan hanya sekadar sindiran dengan bahasa kiasan tanpa
menjatuhkan maruah peribadi seseorang, tetapi lebih kepada teguran atau nasihat
secara berhikmah, maka ia tidak mengapa. Semoga Allah SWT mengurniaka n
hidayah dan menyelamatkan kita semua daripada terjebak ke dalam hal
sedemikian. Wallahu a’lam.
http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/11/hukuman-jenayah-syariah.html
https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2020/09/Speech_JKSM.pdf
https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2020/06/Fiqh-Covid-19.pdf
https://www.academia.edu/30760582/PERANAN_INSTITUSI_ZAKAT_DALAM_MENANGANI_KADAR_
KEMISKINAN_DI_MALAYSIA

More Related Content

What's hot

Ppt bahan ajar qur'an hadist kel. 1 baruu
Ppt bahan ajar qur'an hadist kel. 1 baruuPpt bahan ajar qur'an hadist kel. 1 baruu
Ppt bahan ajar qur'an hadist kel. 1 baruurizkihandayani
 
Pembelajaran Al-Qur'an Hadist kelas V MI. Materi Surah Al-Kafiruun
Pembelajaran Al-Qur'an Hadist kelas V MI. Materi Surah Al-KafiruunPembelajaran Al-Qur'an Hadist kelas V MI. Materi Surah Al-Kafiruun
Pembelajaran Al-Qur'an Hadist kelas V MI. Materi Surah Al-Kafiruunsiyatik
 
(4) Ulumul quran
(4) Ulumul quran(4) Ulumul quran
(4) Ulumul quranIbnu Ahmad
 
Peringatan malam nishfu sya'ban
Peringatan malam nishfu sya'banPeringatan malam nishfu sya'ban
Peringatan malam nishfu sya'banMuhsin Hariyanto
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ibnu Ahmad
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah completeAngah Rahim
 
Hadits mutawattir (without background)
Hadits mutawattir (without background)Hadits mutawattir (without background)
Hadits mutawattir (without background)Azzahra Azzahra
 
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah AhrufMakalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah AhrufPAUSIL ABU
 

What's hot (20)

Ppt bahan ajar qur'an hadist kel. 1 baruu
Ppt bahan ajar qur'an hadist kel. 1 baruuPpt bahan ajar qur'an hadist kel. 1 baruu
Ppt bahan ajar qur'an hadist kel. 1 baruu
 
Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluan
 
KHAUF ( Takut Pada Allah )
KHAUF ( Takut Pada Allah )KHAUF ( Takut Pada Allah )
KHAUF ( Takut Pada Allah )
 
Rukun al fahmu pt 7
Rukun al fahmu pt 7Rukun al fahmu pt 7
Rukun al fahmu pt 7
 
Pembelajaran Al-Qur'an Hadist kelas V MI. Materi Surah Al-Kafiruun
Pembelajaran Al-Qur'an Hadist kelas V MI. Materi Surah Al-KafiruunPembelajaran Al-Qur'an Hadist kelas V MI. Materi Surah Al-Kafiruun
Pembelajaran Al-Qur'an Hadist kelas V MI. Materi Surah Al-Kafiruun
 
Contoh hadis ahad
Contoh hadis ahadContoh hadis ahad
Contoh hadis ahad
 
Hadis dhaif
Hadis dhaifHadis dhaif
Hadis dhaif
 
Rukun al fahmu pt 8
Rukun al fahmu pt 8Rukun al fahmu pt 8
Rukun al fahmu pt 8
 
Ppt hadits
Ppt haditsPpt hadits
Ppt hadits
 
(4) Ulumul quran
(4) Ulumul quran(4) Ulumul quran
(4) Ulumul quran
 
Hadith
HadithHadith
Hadith
 
Peringatan malam nishfu sya'ban
Peringatan malam nishfu sya'banPeringatan malam nishfu sya'ban
Peringatan malam nishfu sya'ban
 
Tuhan itu tidak di langit
Tuhan itu tidak di langitTuhan itu tidak di langit
Tuhan itu tidak di langit
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
Modul 13 kb 1
Modul 13 kb 1Modul 13 kb 1
Modul 13 kb 1
 
Hadits mutawattir (without background)
Hadits mutawattir (without background)Hadits mutawattir (without background)
Hadits mutawattir (without background)
 
Makalah terbaru STUDI AL-HADIS
Makalah terbaru STUDI AL-HADISMakalah terbaru STUDI AL-HADIS
Makalah terbaru STUDI AL-HADIS
 
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah AhrufMakalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
 
pembagian hadits -- ulumul hadits
pembagian hadits  -- ulumul haditspembagian hadits  -- ulumul hadits
pembagian hadits -- ulumul hadits
 

Similar to Bahan assignmnt sem3

Berprasangka buruk terhadap orang lain
Berprasangka buruk terhadap orang lainBerprasangka buruk terhadap orang lain
Berprasangka buruk terhadap orang lainErman Hidayat
 
bekal para dai.pptx
bekal para dai.pptxbekal para dai.pptx
bekal para dai.pptxjokeutama
 
Ringkasan buku fiqh ikhtilaf (fikih perbedaan pendapat) dr yusuf qardhawi
Ringkasan buku fiqh ikhtilaf (fikih perbedaan pendapat) dr yusuf qardhawiRingkasan buku fiqh ikhtilaf (fikih perbedaan pendapat) dr yusuf qardhawi
Ringkasan buku fiqh ikhtilaf (fikih perbedaan pendapat) dr yusuf qardhawiMuhsin Hariyanto
 
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdfRINIRISDAYANTI0125
 
Perilaku tercela
Perilaku tercelaPerilaku tercela
Perilaku tercelanajikha
 
2. bahaya lisan
2. bahaya lisan2. bahaya lisan
2. bahaya lisanMoh Holili
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihan
Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihanHubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihan
Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihanandriandika
 
Hadits tarbawi pendidikan masyarakat (indo)
Hadits tarbawi  pendidikan masyarakat (indo)Hadits tarbawi  pendidikan masyarakat (indo)
Hadits tarbawi pendidikan masyarakat (indo)solehanlovesallah
 
Bahaya taksub mazhab / Perilous of extremism.
Bahaya taksub mazhab / Perilous of extremism.Bahaya taksub mazhab / Perilous of extremism.
Bahaya taksub mazhab / Perilous of extremism.Fazril Izzan
 
Al-Islam dan Kemuhammadiyahan Dua, Ibadah
Al-Islam dan Kemuhammadiyahan Dua, IbadahAl-Islam dan Kemuhammadiyahan Dua, Ibadah
Al-Islam dan Kemuhammadiyahan Dua, IbadahFakhruddinArrozi1
 
Hadist : Akhlaqul Madzmumah
Hadist : Akhlaqul Madzmumah Hadist : Akhlaqul Madzmumah
Hadist : Akhlaqul Madzmumah Ririn Ariyaniie
 

Similar to Bahan assignmnt sem3 (20)

Akhlak tercela
Akhlak tercelaAkhlak tercela
Akhlak tercela
 
Berprasangka buruk terhadap orang lain
Berprasangka buruk terhadap orang lainBerprasangka buruk terhadap orang lain
Berprasangka buruk terhadap orang lain
 
Fatwa nomor-24-2017-ttg-hukm-d-1
Fatwa nomor-24-2017-ttg-hukm-d-1Fatwa nomor-24-2017-ttg-hukm-d-1
Fatwa nomor-24-2017-ttg-hukm-d-1
 
bekal para dai.pptx
bekal para dai.pptxbekal para dai.pptx
bekal para dai.pptx
 
Ringkasan buku fiqh ikhtilaf (fikih perbedaan pendapat) dr yusuf qardhawi
Ringkasan buku fiqh ikhtilaf (fikih perbedaan pendapat) dr yusuf qardhawiRingkasan buku fiqh ikhtilaf (fikih perbedaan pendapat) dr yusuf qardhawi
Ringkasan buku fiqh ikhtilaf (fikih perbedaan pendapat) dr yusuf qardhawi
 
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
 
Gibah
GibahGibah
Gibah
 
Perilaku tercela
Perilaku tercelaPerilaku tercela
Perilaku tercela
 
2. bahaya lisan
2. bahaya lisan2. bahaya lisan
2. bahaya lisan
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihan
Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihanHubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihan
Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihan
 
Hadits tarbawi pendidikan masyarakat (indo)
Hadits tarbawi  pendidikan masyarakat (indo)Hadits tarbawi  pendidikan masyarakat (indo)
Hadits tarbawi pendidikan masyarakat (indo)
 
Tentang Berbicara
Tentang BerbicaraTentang Berbicara
Tentang Berbicara
 
Bahaya taksub mazhab / Perilous of extremism.
Bahaya taksub mazhab / Perilous of extremism.Bahaya taksub mazhab / Perilous of extremism.
Bahaya taksub mazhab / Perilous of extremism.
 
Modul 14 kb 4
Modul 14 kb 4Modul 14 kb 4
Modul 14 kb 4
 
G h i b a h
G h i b a hG h i b a h
G h i b a h
 
Tugas Aqidah
Tugas AqidahTugas Aqidah
Tugas Aqidah
 
Al-Islam dan Kemuhammadiyahan Dua, Ibadah
Al-Islam dan Kemuhammadiyahan Dua, IbadahAl-Islam dan Kemuhammadiyahan Dua, Ibadah
Al-Islam dan Kemuhammadiyahan Dua, Ibadah
 
Hadist : Akhlaqul Madzmumah
Hadist : Akhlaqul Madzmumah Hadist : Akhlaqul Madzmumah
Hadist : Akhlaqul Madzmumah
 
Tafsir al hujurot
Tafsir al hujurotTafsir al hujurot
Tafsir al hujurot
 

Recently uploaded

Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxSejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxGallantryW
 
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxCONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxAhmadBarkah2
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawassuprihatin1885
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfSEMUELSAMBOKARAENG
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxDWIHANDOYOPUTRO2
 
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)saritharamadhani03
 
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis JurnalLidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis JurnalCloudybblz
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusiSusanti94678
 
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptxSolusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptxaristasaputri46
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfMIN1Sumedang
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfTarkaTarka
 
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANGKERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANGEviRohimah3
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxlastri261
 
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paudMamanDiana
 
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisaiKonflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisaimuhammadmasyhuri9
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024SABDA
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxEkoPutuKromo
 
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfnorazizahnaa21
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt xjohan199969
 

Recently uploaded (20)

Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxSejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
 
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxCONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
 
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis JurnalLidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
 
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptxSolusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANGKERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
 
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisaiKonflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Nor Azizah_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 

Bahan assignmnt sem3

  • 1. Soalan Mutakhir ini kita melihat semakin ramai netizen yang menggunakan aplikasi tertentu di media sosial dengan tujuan melakukan troll terhadap orang lain. Kadang-kadang ia membawa kepada perbalahan dan permusuhan serta menjatuhkan maruah orang lain? Apa hukum perbuatan sedemikian tuan mufti? Jawapan Pertama sekali, media sosial seperti facebook, instagram, twitter, whatsapp dan lain-lain adalah termasuk alat komunikasi bagi memudahkan perhubungan sesama manusia. Hukum asal menggunakannya adalah HARUS jika tujuan dan kaedah penggunaannya tidak melanggar mana-mana hukum syarak. Ini berdasarkan kaedah fiqh, “Asal pada segala sesuatu itu harus.” Namun demikian, jika ia digunakan dengan tujuan dan kaedah yang bertentanga n dengan hukum syarak seperti menjadikannya sebagai alat menyebarkan pendustaan, permusuhan dan perbalahan sesama manusia apatah lagi sesama muslim, maka hukumnya jatuh haram. Ia berasaskan kaedah, “Jalan-jalan baginya hukum sebagaimana tujuan.” Dalam isu troll, Wikipedia mendefinisikannya sebagai berikut: “In Internet slang, a troll is a person who starts quarrels or upsets people on the Internet to distract and sow discord by posting inflammatory and digressive, extraneous, or off-topic messages in an online community (such as a newsgroup, forum, chat room, or blog) with the intent of provoking readers into displaying emotional responses and normalizing tangential discussion, whether for the troll's amusement or a specific gain.”[1] Dalam bahasa mudah, troll merupakan slanga internet yang merujuk kepada perbuatan individu yang memulakan pertengkaran atau mengalihkan perhatian atau
  • 2. menyebarkan perselisihan dalam media sosial dengan menyiarkan mesej bersifat provokatif, sarkastik dan agresif yang jauh berbeza dengan topik asal perbincangan. Ia bertujuan menghasut pembaca memberikan respon secara emosional sama ada sekadar berjenaka atau dengan matlamat tertentu. Pelaku troll biasanya membuka akaun palsu menggunakan profil mangsa mereka untuk dijadikan bahan sindiran dan jenaka. Kebanyakan mangsa merupakan golongan ternama terutama ahli politik dan tokoh-tokoh terkenal. Pelaku troll juga menggunakan nama samaran dan profil palsu (pseudonym) untuk melakukan serangan peribadi ke atas individu lain.[2] Lebih membimbangkan apabila internet trolling yang dilakukan pada masa kini bukan sekadar dalam bentuk mesej bertulis, tetapi adakalanya dilakonkan dalam bentuk klip video pendek dan gambar yang diubahsuai berserta dialog yang dicipta sendiri menggunakan aplikasi tertentu. Kebanyakannya didapati mengand ungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku, menghasut, menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuha n, menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yang menjadi mangsa troll. Jika begini yang dimaksudkan dengan troll, maka ia jelas bertentangan dengan akhlak dan adab Islam. Bahkan amat jauh sekali daripada sifat seorang mukmin yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Rasulullah SAW bersabda: ‫ا‬ً‫ق‬ُ‫ل‬ُ‫خ‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ن‬َ‫س‬ ْ‫ح‬َ‫أ‬ ‫ا‬ً‫ن‬‫ا‬َ‫م‬‫ي‬ِ‫إ‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ُ‫ل‬َ‫م‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ Maksudnya: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” Riwayat al-Tirmizi (1162) Dalam konteks media sosial, interaksi seseorang menjadi sangat luas dan terbuka. Di dalamnya ada orang yang kita kenal dan ada yang tidak dikenali, begitu jua sebaliknya. Di sini menuntut kita untuk berlaku jujur dan beradab dengan adab Islam yang tinggi. Ia sebagaimana sabda Baginda SAW:
  • 3. ِ‫هلل‬‫ا‬ِ‫ب‬ ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ َ‫و‬ ،ُ‫ه‬ َ‫ر‬‫ا‬َ‫ج‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َ ‫َل‬َ‫ف‬ ِ‫ر‬ ِ‫خ‬ ْ ‫اْل‬ ِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫هلل‬‫ا‬ِ‫ب‬ ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ ُ‫ق‬َ‫ي‬ْ‫ل‬َ‫ف‬ ِ‫ر‬ ِ‫خ‬ ْ ‫اْل‬ ِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫هلل‬‫ا‬ِ‫ب‬ ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ َ‫و‬ ،ُ‫ه‬َ‫ف‬ْ‫ي‬َ‫ض‬ ْ‫م‬ ِ‫ر‬ْ‫ك‬ُ‫ي‬ْ‫ل‬َ‫ف‬ ِ‫ر‬ ِ‫خ‬ ْ ‫اْل‬ ِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ ْ‫ل‬ ْ‫ت‬ُ‫ك‬ْ‫س‬‫ي‬ِ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ‫ا‬ ً‫ر‬ْ‫ي‬َ‫خ‬ Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamunya, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah yang baik -baik atau ia diam.” Riwayat al-Bukhari (75) Seseorang tidak sepatutnya bersikap tidak bertanggungjawab dengan melontarka n apa sahaja yang mahu dikatakan atau dikongsikan tanpa berhati-hati. Mungkin ia menyangkakan itu remeh tetapi di sisi Allah SWT ia amat berat. Hal ini diperingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬ً‫ف‬‫ي‬ ِ‫ر‬َ‫خ‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ع‬ْ‫ب‬َ‫س‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫ي‬ِ‫و‬ْ‫ه‬َ‫ي‬ ،‫ا‬ً‫س‬ْ‫أ‬َ‫ب‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫ى‬ َ‫ر‬َ‫ي‬ َ ‫َل‬ ِ‫ة‬َ‫م‬ِ‫ل‬َ‫ك‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ ُ‫م‬َّ‫ل‬َ‫ك‬َ‫ت‬َ‫ي‬َ‫ل‬ َ‫ل‬ُ‫ج‬ َّ‫ر‬‫ال‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ِ‫ار‬َّ‫ن‬‫ال‬ Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata- kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.” Riwayat Ahmad (7215) Berdasarkan ciri-ciri perbuatan troll yang dinyatakan di atas, jelas ia bertentanga n dengan nas-nas syarak yang banyak. Antaranya: 1. Larangan mengejek atau menggelar dengan gelaran yang tidak baik. Firman Allah SWT: ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ق‬ْ‫ل‬َ ْ ‫اْل‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ ُ‫ز‬َ‫ب‬‫َا‬‫ن‬َ‫ت‬ َ ‫َل‬ َ‫و‬ Maksudnya: “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk...”
  • 4. (Surah al-Hujurat: 11) 2. Larangan menghina, merendah-rendahkan, mencaci dan melaknat sesama sendiri. Firman Allah SWT: ‫ن‬ِِّ‫م‬ ٌ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ق‬ ْ‫ر‬َ‫خ‬ْ‫س‬َ‫ي‬ َ ‫َل‬ ‫وا‬ُ‫ن‬َ‫م‬‫آ‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ ‫ا‬َ‫ه‬ُّ‫ي‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫ي‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِِّ‫م‬ ‫ا‬ ً‫ر‬ْ‫ي‬َ‫خ‬ ‫وا‬ُ‫ن‬‫و‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ‫ن‬َ‫أ‬ ٰ ‫ى‬َ‫س‬َ‫ع‬ ٍ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ق‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِِّ‫م‬ ‫ا‬ ً‫ر‬ْ‫ي‬َ‫خ‬ َّ‫ن‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ‫ن‬َ‫أ‬ ٰ ‫ى‬َ‫س‬َ‫ع‬ ٍ‫ء‬‫ا‬َ‫س‬ِِّ‫ن‬ ‫ن‬ِِّ‫م‬ ٌ‫ء‬‫ا‬َ‫س‬ِ‫ن‬ َ ‫َل‬ َ‫و‬ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;” (Surah al-Hujurat: 11) Manakala Rasulullah SAW bersabda: ِ‫ء‬‫ي‬ِ‫ذ‬َ‫ب‬ْ‫ال‬ َ ‫َل‬ َ‫و‬ ِ ‫ش‬ ِ‫اح‬َ‫ف‬ْ‫ال‬ َ ‫َل‬ َ‫و‬ ِ‫ن‬‫ا‬َّ‫ع‬َّ‫الل‬ َ ‫َل‬ َ‫و‬ ِ‫ن‬‫ا‬َّ‫ع‬َّ‫الط‬ِ‫ب‬ ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ Maksudnya: “Orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun, melaknat, berkata kotor dan juga bahasa yang keji.” Riwayat al-Tirmizi (1977) 3. Larangan khianat dan berbohong. Sabda Rasulullah SAW: َ‫ب‬ِ‫ذ‬َ‫ك‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ة‬َ‫ن‬‫ا‬َ‫ي‬ ِ‫خ‬ْ‫ال‬ َّ‫َل‬ِ‫إ‬ ٍ‫ء‬ ْ‫ى‬َ‫ش‬ ِِّ‫ل‬ُ‫ك‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ن‬ ِ‫م‬ ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ُ‫ع‬َ‫ب‬ْ‫ط‬ُ‫ي‬ Maksudnya: “Orang yang beriman boleh jadi melakukan pelbagai kesalahan kecuali sifat khianat dan dusta.”
  • 5. Riwayat Imam Ahmad (22170) 4. Larangan menyebar fitnah dan mengadu domba Firman Allah SWT: ٍ‫ن‬‫ي‬ِ‫ه‬َّ‫م‬ ٍ‫ف‬ َّ ‫َل‬َ‫ح‬ َّ‫ل‬ُ‫ك‬ ْ‫ع‬ ِ‫ط‬ُ‫ت‬ َ ‫َل‬ َ‫و‬ ٍ‫م‬‫ي‬ ِ‫م‬َ‫ن‬ِ‫ب‬ ٍ‫ء‬‫ا‬َّ‫ش‬َّ‫م‬ ٍ‫از‬َّ‫م‬َ﴾١٠﴿ ٍ‫د‬َ‫ت‬ْ‫ع‬ُ‫م‬ ِ‫ر‬ْ‫ي‬َ‫خ‬ْ‫ل‬ِِّ‫ل‬ ٍ‫اع‬َّ‫ن‬َّ﴾١١﴿ ٍ‫م‬‫ي‬ِ‫ث‬َ‫أ‬ Maksudnya: “Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang gemar bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa.” (Surah al-Qalam: 10-12) Rasulullah SAW bersabda: ٌ‫م‬‫ا‬َّ‫م‬َ‫ن‬ َ‫ة‬َّ‫ن‬َ‫ج‬ْ‫ل‬‫ا‬ ُ‫ل‬ُ‫خ‬ْ‫د‬َ‫ي‬ َ ‫َل‬ Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga para pengumpat.” Riwayat Muslim (168) Demikian juga sabdanya: ٌ‫ت‬‫ا‬َّ‫ت‬َ‫ق‬ َ‫ة‬َّ‫ن‬َ‫ج‬‫ال‬ ُ‫ل‬ُ‫خ‬ْ‫د‬َ‫ي‬ َ ‫َل‬ Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga para pengadu domba.” Riwayat al-Bukhari (6056) Dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat:
  • 6. ُ‫ه‬ َ‫ر‬ْ‫ك‬َ‫ي‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ َ‫ك‬‫ا‬َ‫خ‬َ‫أ‬ َ‫ك‬ُ‫ر‬ْ‫ك‬ِ‫ذ‬ :َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ ُ‫م‬َ‫ل‬ْ‫ع‬َ‫أ‬ ُ‫ه‬ُ‫ول‬ُ‫س‬ َ‫ر‬ َ‫و‬ ُ َّ‫َّلل‬َ‫ا‬ :‫وا‬ُ‫ال‬َ‫ق‬ ‫؟‬ُ‫ة‬َ‫ب‬‫ي‬ِ‫غ‬ْ‫ل‬َ‫ا‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ن‬‫و‬ ُ‫ر‬ْ‫د‬َ‫ت‬َ‫أ‬ ْ‫د‬َ‫ق‬َ‫ف‬ ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ق‬َ‫ت‬ ‫ا‬َ‫م‬ ِ‫ه‬‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬ :َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ ‫؟‬ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ق‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ي‬ ِ‫خ‬َ‫أ‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫ت‬ْ‫ي‬َ‫أ‬ َ‫ر‬َ‫أ‬ :َ‫ل‬‫ي‬ِ‫ق‬ ْ‫د‬َ‫ق‬َ‫ف‬ ْ‫ن‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ ُ‫ه‬َ‫ت‬ْ‫ب‬َ‫ت‬ْ‫غ‬ِ‫ا‬ ُ‫ه‬َّ‫ت‬َ‫ه‬َ‫ب‬ Maksudnya: “Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Iaitu engkau menceritakan saudaramu apa yang tidak ia suka. Ada yang bertanya: Bagaimana jika apa yang aku katakan benar-benar ada pada saudaraku? Baginda menjawab: Jika padanya memang ada apa yang engkau katakan maka engkau telah mengumpatnya dan jika tidak ada maka engkau telah membuat pembohongan ke atasnya.” Riwayat Muslim (70) Kesimpulannya, kami menyeru seluruh komuniti netizen, agar bertaqwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Berakhlaklah dengan akhlak Islam di mana pun keberadaan kita walaupun di alam maya. Jangan dilupa bahawa setiap gerak geri kita ada saksi yang sedang memerhatikan. Biarpun ia bukan percakapan lidah, tapi tangan yang menulis, mengongsi dan menyebarkan, namun yakinla h bahawa ia sendiri kelak akan menjadi saksi atas apa yang diperbuat. Ini digambarkan Allah SWT di dalam al-Qur’an ketika manusia terpinga-pinga kehairanan, mengapa kulit tubuhnya yang suatu ketika dahulu merupakan sekutunya, kelak ia sendiri yang akan menjadi saksi atas perlakuan maksiatnya. Firman Allah SWT: ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫د‬‫و‬ُ‫ل‬ُ‫ج‬ِ‫ل‬ ‫وا‬ُ‫ال‬َ‫ق‬ َ‫و‬ ‫َا‬‫ن‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ْ‫م‬ُّ‫ت‬‫د‬ِ‫ه‬َ‫ش‬ َ‫م‬ِ‫ل‬ ۖ َّ‫ل‬ُ‫ك‬ َ‫ق‬َ‫ط‬‫ن‬َ‫أ‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫الل‬ ‫َا‬‫ن‬َ‫ق‬َ‫ط‬‫ن‬َ‫أ‬ ‫وا‬ُ‫ال‬َ‫ق‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ع‬َ‫ج‬ ْ‫ر‬ُ‫ت‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ ٍ‫ة‬ َّ‫ر‬َ‫م‬ َ‫ل‬ َّ‫و‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ٍ‫ء‬ ْ‫ي‬َ‫ش‬ Maksudnya: “Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit- kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).”
  • 7. (Surah Fussilat: 21) Rasulullah SAW turut menegaskan bahawa sifat seorang muslim itu adalah sentiasa tidak menyakiti muslim yang lain. Sabdanya: ‫ا‬َ‫ه‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬َ‫ي‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ن‬‫ا‬َ‫س‬ِ‫ل‬ ْ‫ن‬ ِ‫م‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ َ‫م‬ِ‫ل‬َ‫س‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ ُ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ‫ى‬َ‫َه‬‫ن‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ر‬َ‫ج‬َ‫ه‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ ُ‫ر‬ ِ‫ج‬ ُ‫ه‬ْ‫ن‬َ‫ع‬ ُ َّ‫اَّلل‬ Maksudnya: “Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yan g meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.” Riwayat al-Bukhari (10) Di samping itu, Baginda SAW yang memperingatkan kita betapa perbuatan buruk kita terhadap orang lain boleh menyebabkan kita menjadi muflis di akhirat, biarpun kita seorang yang menunaikan solat, puasa dan zakat. Sabdanya: ، َ‫ع‬‫ا‬َ‫ت‬َ‫م‬ َ ‫َل‬ َ‫و‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ‫م‬َ‫ه‬ ْ‫ر‬ِ‫د‬ َ ‫َل‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ف‬ ُ‫س‬ِ‫ل‬ْ‫ف‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ : ‫وا‬ُ‫ال‬َ‫ق‬ ‫؟‬ ُ‫س‬ِ‫ل‬ْ‫ف‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ن‬‫و‬ ُ‫ر‬ْ‫د‬َ‫ت‬َ‫أ‬ ، ٍ‫م‬‫ا‬َ‫ي‬ ِ ‫ص‬ َ‫و‬ ،ٍ‫ة‬ َ ‫َل‬َ‫ص‬ِ‫ب‬ ِ‫ة‬َ‫م‬‫ا‬َ‫ي‬ِ‫ق‬ْ‫ال‬ َ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ ‫ي‬ِ‫ت‬ْ‫أ‬َ‫ي‬ ‫ي‬ِ‫ت‬َّ‫م‬ُ‫أ‬ ْ‫ن‬ ِ‫م‬ َ‫س‬ِ‫ل‬ْ‫ف‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ : َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬َ‫ف‬ ‫ي‬ِ‫ت‬ْ‫أ‬َ‫ي‬ َ‫و‬ ، ٍ‫ة‬‫َا‬‫ك‬ َ‫ز‬ َ‫و‬ َ‫م‬َ‫د‬ َ‫ك‬َ‫ف‬َ‫س‬ َ‫و‬ ، ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ َ‫ل‬‫ا‬َ‫م‬ َ‫ل‬َ‫ك‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ، ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ َ‫ف‬َ‫ذ‬َ‫ق‬ َ‫و‬ ، ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ َ‫م‬َ‫ت‬َ‫ش‬ ْ‫د‬َ‫ق‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫ف‬ ، ِ‫ه‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ْ‫ن‬ ِ‫م‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ َ‫و‬ ،ِ‫ه‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ْ‫ن‬ ِ‫م‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ ‫ى‬َ‫ط‬ْ‫ع‬ُ‫ي‬َ‫ف‬ ، ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ َ‫ب‬ َ‫ر‬َ‫ض‬ َ‫و‬ ، ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ ْ‫ت‬َ‫ح‬ ِ‫ر‬ُ‫ط‬َ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬‫ا‬َ‫ي‬‫ا‬َ‫ط‬َ‫خ‬ ْ‫ن‬ ِ‫م‬ َ‫ذ‬ ِ‫خ‬ُ‫أ‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫َى‬‫ض‬ْ‫ق‬ُ‫ي‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ َ‫ل‬ْ‫ب‬َ‫ق‬ ُ‫ه‬ُ‫ت‬‫ا‬َ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ْ‫ت‬َ‫ي‬ِ‫ن‬َ‫ف‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ِ‫ار‬َّ‫ن‬‫ال‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ح‬ ِ‫ر‬ُ‫ط‬ َّ‫م‬ُ‫ث‬ ، Maksudnya: “Tahukah anda siapa sebenarnya muflis? Sahabat sahabat menjawab: ‘Muflis sepanjang pengetahuan kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta. (Nabi SAW bersabda: Bukan muflis harta aku maksudkan) tetapi muflis pahala pada hari Kiamat. Sebahagian umatku pada hari itu datang membawa amalan-amalan solat, puasa dan zakat. Pada masa sama juga dia membawa dosa-dosa mengutuk orang, memfitnah orang, mengambil harta orang, membunuh orang dan memukul orang. Penyelesaian pada hari itu adalah dengan mengambil amal kebajikannya lalu diberi kepada orang yang dizaliminya. Andainya amal kebajikan yang dibawanya belum cukup, akan diambil dosa -dosa
  • 8. mangsa yang dizaliminya, lalu dibebankan di atas kepalanya, kemudian dicampaknya ke dalam neraka.” Riwayat Muslim (2581) Justeru, perbuatan troll yang membawa ciri-ciri menyalahi syarak seperti yang dinyatakan di atas adalah DILARANG dan boleh membawa kepada dosa. Namun demikian, jika yang dilakukan hanya sekadar sindiran dengan bahasa kiasan tanpa menjatuhkan maruah peribadi seseorang, tetapi lebih kepada teguran atau nasihat secara berhikmah, maka ia tidak mengapa. Semoga Allah SWT mengurniaka n hidayah dan menyelamatkan kita semua daripada terjebak ke dalam hal sedemikian. Wallahu a’lam. http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/11/hukuman-jenayah-syariah.html https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2020/09/Speech_JKSM.pdf https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2020/06/Fiqh-Covid-19.pdf https://www.academia.edu/30760582/PERANAN_INSTITUSI_ZAKAT_DALAM_MENANGANI_KADAR_ KEMISKINAN_DI_MALAYSIA