SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
2.0 KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH 
Pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran 
dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran 
Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memainkan peranan yang penting untuk 
menerapkan pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran 
yang menggalakkan pelajar berfikir. Hanya proses pengajaran dan pembelajaran 
yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar (Maharom, 1998). 
Oleh sebab itu pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa yang 
hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd 
Rahim, 2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan konsep pemikiran Sejarah agar 
dapat memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah 
satu subjek yang kaku dan membosankan. Malah ia dapat mendedahkan kepada 
para pelajar bagaimana seseorang ahli Sejarah itu bekerja melalui aktiviti -aktiviti 
pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel et all. 1997). 
KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN 
Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kepentingan 
pelajaran sejarah ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Melalui sejarah seperti yang 
dinyatakan oleh Davies (1994) dapat memupuk integrasi nasional kerana ia 
mengajar tentang nilai-nilai politik dan kenegaraan. Pendidikan sejarah mampu 
mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar agar melibatkan diri 
dengan masyarakat yang lebih kompleks. Situasi ini secara tidak langsung dapat 
menanamkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. 
Kepentingan pendidikan sejarah dalam mewujudkan perpaduan kaum dan 
keharmonian di samping memperkasakan semangat patriotism dalam kalangan 
rakyat pelbagai kaum diberi penekanan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah (KPM: 
2003). Mata pelajaran ini digubal agar dapat “memupuk dan memperkukuhkan 
semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga 
dunia”. Ia juga berhasrat untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan 
bangsa dan negara Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum”. 
4
2.1 MASALAH PENERAPAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN 
5 
DAN PEMBELAJARAN 
Penerapan pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar akan berhadapan dengan 
masalah sekiranya guru kurang berpengetahuan dan pengajaran hanya bergantung 
kepada buku teks semata-mata. Wilson (1989) misalnya, mencadangkan 
pengetahuan yang mendalam tentang Sejarah bukan hanya melibatkan 
pengetahuan yang lebih banyak, iaitu keupayaan menyebutkan lebih banyak tahun, 
mengenal lebih banyak nama, dan mengingat semula lebih banyak peristiwa. 
Sebaliknya, ia melibatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang fenomena 
sejarah, termasuk persejarahan atau bagaimana sejarah dihasilkan. 
Bagi pihak pelajar pula, penerapan kemahiran pemikiran sejarah ini akan mengalami 
kesukaran terutamanya di dalam kelas yang mempunyai pelbagai tahap pelajar. 
Misalnya adalah sukar untuk menerapkan kemahiran pemikiran sejarah ini terhadap 
pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, kerana sukar bagi pelajar 
kumpulan ini untuk memahami dan berfikir isu-isu yang kompleks seperti bukti 
sejarah, bias dan sumber-sumber sejarah (http://teachinghistory.org/issues-and-research/ 
research-brief/22961) 
Kemahiran pemikiran sejarah memerlukan pelajar-pelajar serba boleh. Mereka perlu 
meneroka, menyelidiki, menganalisis dan menginterpretasikan sumber. Juga 
memerlukan mereka untuk membuat perkaitan tentang sebab dan akibat 
berdasarkan peristiwa sejarah. Ini bermakna pelajar-pelajar itu perlu memiliki 
pemikiran yang kritis dan kreatif, serta memenuhi kriteria-kriteria pemikiran sejarah. 
Bersesuaian dengan mata pelajaran ini yang merupakan satu mata pelajaran yang 
kompleks, abstrak dan empirikal.
Namun tidak semua pelajar dapat mencapai tahap seperti yang diperlukan dalam 
pemikiran sejarah. Justeru itu akan berlaku masalah sekiranya pelajar yang masih 
belum mencapai kriteria pemikiran sejarah terpaksa untuk membuat interpretasi 
sumber-sumber sejarah. Mungkin apa yang ditafsirkan tidak mencapai tahap yang 
dikehendaki dan keputusan atau tafsiran itu tersasar jauh daripada apa yang 
diharapkan. 
Kemahiran pemikiran sejarah ini sukar dilaksanakan sekiranya kita masih berada 
dalam sistem pendidikan yang sama seperti hari ini, iaitu sistem pendidikan di 
negara kita yang terlalu menumpukan kepada peperiksaan semata-mata tanpa 
menghiraukan aspek-aspek yang lain. Abdul Rahim (1989) menyatakan isi 
kandungan yang terlalu banyak dan padat, ditambah pula dengan kesuntukan masa 
kerana perlu menghabiskan sukatan pelajaran sebelum waktu peperiksaan. 
Keadaan ini menjadikan Sejarah kurang menarik dan tidak dapat mencapai objektif 
untuk menguasai kemahiran pemikiran sejarah. 
Malah menurut Khoo Kay Kim (2000) pembelajaran sejarah yang hanya 
menekankan aspek hafalan fakta, tarikh serta pergolakan dunia yang berlaku beribu-ribu 
tahun yang lampau menyebabkan pelajar mempunyai pandangan yang sempit 
tentang proses dan perkembangan negara dan menanggap pelajaran sejarah 
sebagai menjemukan dan tidak merangsang untuk berfikir. 
Pandangan Khoo Kay Kim turut disokong oleh Subadrah Nair (2005) ,penumpuan 
kepada hafalan ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada pemikiran 
kritis dan kreatif. Pengajaran Sejarah juga terlalu bersifat tradisional yang hanya 
berpusatkan kepada guru dan bersifat satu hala mewujudkan keadaan pelajar-pelajar 
tidak memainkan peranan aktif di dalam kelas. Situasi yang sering berlaku 
ialah pelajar-pelajar hanya dikehendaki mendengar atau menyalin nota yang 
dicatatkan oleh guru. Guru pula amat gemar menggunakan kaedah khutbah atau 
syarahan dalam pengajarannya . 
6
Corak pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru ini dapat dikaitkan dengan 
pengajaran guru yang terlalu terikat dengan buku teks. Nota-nota , pengajaran yang 
diberi diambil dari buku teks semata-mata. Tiada usaha lebih yang dilakukan oleh 
guru Sejarah semata-mata bergantung kepada buku teks. Pengajaran guru Sejarah 
juga mendedahkan kelemahan-kelemahan dari segi menentukan pencapaian 
objektif-objektif yang sesuai. Objektif yang bersifat umum tidak dapat menentukan 
objektif pengajaran dengan berkesan dan menyebabkan pengajaran guru gagal 
menyampaikan pengetahuan dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang 
dimaksudkan. 
Pengajaran Sejarah juga kurang berlandaskan kemahiran iaitu aktiviti-aktiviti 
pengajaran tidak mencabar kebolehan kognitif dan afektif pelajar. Kebanyakan 
aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggalakkan pelajar mengahafal hujah-hujah 
tanpa memahami signifikan, kaitan dan implikasi dengan apa yang dipelajari. 
Keadaan sedemikian tidak menimbulkan minat pelajar-pelajar. 
Menurut Abd Rahim (1998) kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu 
mata pelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini 
amat penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan 
kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala kaedah dan 
metodologi pengajaran yang bersifat ‘spoon feed’, induktif dan khutbah yang hanya 
mementingkan pelajar menerima apa sahaja yang disogok oleh guru tidak lagi 
sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajar dan budaya 
mengajar era perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat 
moden. 
7
8 
2.2 KONSEP PEMIKIRAN SEJARAH 
Marzano et all. (1998) menjelaskan pemikiran sejarah melibatkan satu set operasi 
mental yang dikenali sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep, 
pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, 
penyiasatan dan penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. 
Proses pemikiran di peringkat awal adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan, 
sementara di peringkat akhir ia lebih kepada penghasilan dan aplikasi ilmu. 
Peranan pemikiran sangat penting kepada seseorang pengkaji dan penyelidik 
sejarah dan bukannya pemikiran itu sendiri sebagai gejala dalam sejarah. Oleh itu 
beliau menyamakan sejarah itu dengan pemikiran apabila beliau menyatakan 
bahawa semua sejarah itu adalah sejarah pemikiran. Beliau menyatakan bahawa 
sejarah tidak dapat ditulis secara saintifik kecuali sejarah itu dapat menggambarkan 
kembali di dalam akalnya akan pengalaman orang-orang yang tindakannya sedang 
dikaji oleh sejarawan berkenaan (Yusof Ibrahim, 1985). 
Furet (1983), menyatakan bahawa Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang boleh 
dibuat pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. Guru tidak perlu lagi 
menyediakan pelajar dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malah dalam 
kerangka pemikiran sejarah era ‘new history’ ia lebih kepada penumpuan untuk 
mengasah intelek pelajar secara kritikal dan analytical (Jenkins, 1992). Jadi, konsep 
pemikiran sejarah perlulah difahami oleh pelajar agar mereka dapat dilatih menjadi 
sejarawan. 
Pemikiran Sejarah pula berdasarkan Huraikan Sukatan Pelajaran Kurikulum 
Bersepadu Sekolah Menengah (2002), merupakan satu bentuk proses kognitif yang 
murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. 
Kenyataan ini selari dengan takrifan pemikiran Sejarah yang dibuat oleh Wineburg 
(2001) ialah satu cara berfikir yang unik. Beliau juga berpendapat pemikiran Sejarah 
merupakan bentuk yang paling mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan
perkembangan psikologi. Beliau turut menyatakan pemikiran Sejarah ialah “goes 
against the grain of how we ordinalnya think..” 
Pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada usaha 
mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan 
pendidikan kini. Ini disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang 
diberi penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994). 
2.3 KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH 
Antara kemahiran pemikiran Sejarah yang digariskan dalam Huraian Sukatan 
Pelajaran Sekolah Menengah (2002) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan 
Kurikulum untuk diterapkan oleh guru-guru Sejarah kepada para pelajar ialah:- 
9 
i. Memahami kronologi. 
Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang 
mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh pelajar 
tingkatan satu yang telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat melakar carta 
masa yang menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti Paleolitik, Neolitik 
dan Logam. Melalui pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan 
antara masa lalu dengan masa kini. 
ii. Meneroka bukti 
Kemahiran ini mengenal pasti sumber pertama dan kedua serta membuat 
perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat 
daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan 
kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka 
bukti tentang mengapa kerajaan-kerajaan maritim wujud di tepi pantai.
10 
iii. Membuat interpretasi 
Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan 
dan kupasan. Dengan itu pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta 
Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat interpretasi ini juga 
bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang 
sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul 
& Elder, 2006). Sebagai contoh pelajar dikehendaki membuat tafsiran tentang 
konsep tamadun mengikut pandangan Barat dan Islam. Dengan membandingkan 
kedua-dua pandangan ini pelajar telah membuat tafsiran dan ulasan serta 
perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan Islam. 
iv. Membuat imaginasi 
Merupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Ia merupakan satu usaha melibatkan 
pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran 
imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada 
seseorang yang menilai sejarah menurut kaca mata sumber atau subjek sejarah 
yang terlibat, contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman 
mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada 
tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini boleh 
menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil. 
v. Membuat rasionalisasi 
Melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam 
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran 
mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat 
inferens daripada data yang dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat 
pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing 
kita untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 
2006). Contoh yang boleh diambil untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan
pelajar untuk membincangkan tentang Perang Dunia Kedua yang membawa banyak 
kemusnahan atau mengapa Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan. 
Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat 
melibatkan proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedur guru dan pelajar. Para 
guru akan membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan 
masa kini, menganalisis, menyelidik dan memproses bukti-bukti, membuat hipotesis, 
memahami dan memberi penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia 
pula akan terlaksana apabila para guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif 
dalam proses pembelajaran Sejarah. Dengan itu, secara tidak langsung para pelajar 
akan memperoleh kelima-lima kemahiran yang dinyatakan (Zahara & Nik Azleena, 
2007). 
Menurut Peter Seixas (1996), beliau telah mengenal pasti enam elemen spesifik 
dalam disiplin Sejarah bagi membentuk satu rangka kerja tentang pemikiran Sejarah 
yang perlu diterapkan kepada para pelajar. 
11 
i. Kepentingan (Significance) 
Dalam unsur kepentingan sejarah ini, pelajar-pelajar perlu mempunyai kemahiran 
membezakan antara peristiwa yang remeh dan penting. Dalam hal ini pemilihan 
kepentingan sejarah bergantung kepada minat dan nilai yang terdapat dalam 
masyarakat tersebut. Oleh itu pelajar-pelajar disarankan untuk mengkaji sejarah 
tentang masyarakat, kehidupan dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan 
kepada mereka. Misalnya dalam kajian yang dilakukan oleh Barton dan Levstik 
(2004) dan oleh Yeager, Foster dan Greer (2002) mendapati pelajar amat 
dipengaruhi oleh identiti nasional mereka dalam membuat pemilihan tentang 
peristiwa yang penting.
ii. Epistemologi dan bukti (Epistemology and evidence) 
Ia melibatkan pemahaman bagaimana kita mengetahui masa lampau. Apakah bukti 
yang kita ada ? Sejauh mana bukti tersebut boleh dipercayai? Bagaimana kita boleh 
menjelaskan tentang kewujudan tafsiran sejarah yang berbeza dan bertentangan. 
Sebagai contoh kanak-kanak tidak sepatutnya dibiarkan dengan pandangan bahawa 
hanya ada satu kisah benar sahaja pada masa lampau. Sedangkan pada hakikatnya 
sejarawan membuat pelbagai inferens berdasarkan bukti, justeru itu wujud pelbagai 
tafsiran tentang sesuatu peristiwa masa lalu. 
iii. Kesinambungan dan perubahan (Continuity and Change) 
Unsur ini menekan pemahaman tentang perubahan masa lalu yang merupakan 
pusat pemikiran Sejarah. Umur merupakan faktor untuk memahami keadaan ini; iaitu 
seseorang yang berumur dikatakan lebih memahami perubahan yang berlaku pada 
masa lalu misalnya perubahan dari segi teknologi dan nilai berbanding dengan 
mereka yang lebih muda. Namun begitu terdapat juga pengkaji yang menolak 
pendapat ini. Menurut mereka umur bukanlah satu faktor utama dalam memahami 
perubahan masa lalu. Menurut pengkaji-pengkaji ini pengalaman hidup turut menjadi 
faktor iaitu golongan muda yang mengalami pengalaman perang, pelarian, imigran 
dan mereka yang kehilangan ibu bapa atau yang berpindah randah dari satu 
kawasan ke kawasan lain mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang 
perubahan Sejarah berbanding dengan mereka yang hidup dalam suasana yang 
aman. 
iv. Perkembangan dan kemerosotan (Progress and decline) 
Berdasarkan unsur ini pelajar perlu memahami bahawa dalam kehidupan akan 
mengalami peringkat perkembangan dan kemerosotan. Dalam peringkat 
perkembangan hidup seseorang mengalami kejayaan, manakala kemerosotan 
mereka mengalami satu keadaan yang sukar. Oleh itu dalam konsep pemikiran 
Sejarah mereka seharusnya dapat mengenal pasti atau membezakan kewujudan 
12
dua keadaan ini. Ini adalah penting agar mereka dapat memahami proses yang 
berlaku dalam peristiwa Sejarah. 
v. Empati dan penilaian moral (empathy and moral judgement) 
Pemikiran sejarah memerlukan seseorang mempunyai daya imaginasi dan empati. 
Tujuannya agar pelajar-pelajar tidak merasa asing dan pelik tentang peristiwa masa 
lalu. Malah mereka seharusnya perlu mempunyai rasa hormat dan perasaan ingin 
tahu tentang peristiwa-peristiwa masa lepas. Penyelidik British Christopher 
Portal(1987), menegaskan bahawa empati merupakan satu cara pemikiran 
imaginative yang memerlukan kemahiran kognitif untuk melihat nilai-nilai 
kemanusiaan dalam peristiwa Sejarah. 
13 
vi. Historical Agency 
Elemen terakhir pemikiran sejarah ini merujuk kepada bagaimana dan mengapa 
sesuatu perkara itu terjadi. Dalam elemen ini pelajar ditekankan supaya menghargai 
Sejarah dan memahami bahawa tindakan rakyat pada masa lampau memberi kesan 
kepada rakyat pada masa kini. Seterusnya menyedari bahawa tindakan-tindakan 
yang dilakukan oleh mereka pada masa kini akan memberi kesan kepada generasi 
yang akan datang. Mempunyai pemikiran Sejarah bukan sahaja memikirkan tentang 
masa lampau , malah ia melibatkan melihat diri sendiri sebagai waris daripada masa 
lampau dan sebagai pelaku pada masa kini.
2.4 PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN 
DAN PEMBELAJARAN SEJARAH. 
Ramai yang berpendapat mengajar sejarah hanyalah tentang bercerita atau “just tell 
stories”. Sejarah mengandungi kisah tentang kehidupan individu atau tokoh. Sesuatu 
cerita jika diceritakan dengan baik boleh menarik minat pelajar untuk belajar sejarah. 
Para sejarawan sependapat bahawa fakta tidak boleh ‘bercakap’, jadi menjadi tugas 
sejarawan untuk membentuk persoalan, membentuk inferens, membuat penilaian 
sekiranya perlu dan membuat kesimpulan tentang fakta sejarah tersebut (Crabtree 
et all., 1993). 
Oleh itu pelajar-pelajar perlu didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran 
pemikiran Sejarah. Keadaan ini selaras dengan Orientasi pendidikan sejarah 
peringkat Sekolah Menengah Atas yang bertujuan untuk memberi pemahaman ilmu 
dan memupuk pemikiran sejarah Namun begitu, untuk memupuk kemahiran 
pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar-pelajar bukanlah satu perkara yang 
mudah. Apatah lagi Sejarah merupakan satu subjek yang paling sukar untuk diajar di 
sekolah menengah (Sizer, 1984). Ini dapat dibuktikan dengan kaedah pengajaran 
guru sejarah yang tidak sesuai dan kurang menarik. Malah ramai yang tidak 
mengetahui bagaimanakah kaedah pengajaran Sejarah yang paling baik atau sesuai 
(Howard & Mendenhall, 1982). 
Walau bagaimana pun, kajian yang dilakukan oleh Wineburg dan Wilson (1992), 
mendapati antara cara untuk memberi kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan 
pelajar ialah, guru Sejarah perlu melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta 
menggunakan pelbagai teknik dan kaedah seperti debat, main peranan, 
demonstrasi, analogi dan lain-lain. Kaedah pengajaran yang aktif ini berkesan 
kerana ia menyebabkan pelajar-pelajar ‘berkomunikasi’ dengan mata pelajaran 
tersebut dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat pelajar. 
14
Bagi menerapkan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik darjah, proses 
pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran pelajar. Ini 
boleh dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses 
mencari bukti, membuat pertimbangan dan rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi 
dengan bimbingan guru. Oleh itu para guru Sejarah perlulah memiliki pemahaman 
dan pengetahuan mengenai kemahiran pemikiran Sejarah untuk dilaksanakan dalam 
pengajaran mereka. 
Bersesuaian dengan pendapat Antonio (2008) yang menyatakan, pengajaran 
Sejarah dalam bilik darjah perlu menggunakan kaedah pengajaran aktif. Menurutnya 
lagi Sejarah adalah satu proses menyiasat tentang sumber primer dan sumber 
sekunder . Sejarawan kebiasaannya akan menyoal dengan pertanyaan seperti 
mengapa dan bagaimana ketika menjalani proses Sejarah. Malah guru juga turut 
menggunakan kaedah menyoal ketika mengajar tetapi tujuan menyoal seorang guru 
Sejarah berbeza dengan seorang sejarawan. Tujuan seorang sejarawan menyoal 
adalah untuk memberi makna kepada fakta-fakta yang diperoleh. Manakala guru 
Sejarah pula menyoal untuk menggalakkan pelajar agar berfikir mengikut 
pendekatan Sejarah. 
Selain daripada itu salah satu cara untuk membentuk kemahiran pemikiran sejarah 
ialah dengan menggunakan kaedah inkuiri terhadap sesuatu bahan atau sumber 
(bukti) sejarah. Kaedah inkuiri ini yang mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar 
untuk melakukan proses pencarian dan penemuan. Keadaan ini secara tidak 
langsung dapat melatih pelajar untuk berhujah secara logik, bernas dan disokong 
oleh fakta-fakta sejarah (Antonio, 2008) 
Bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran Sejarah, ia 
memerlukan bukan sahaja kemahiran menguasai fakta, malah pelajar tersebut juga 
perlu mempunyai kemahiran menganalisis perkaitan antara satu fakta dengan fakta 
yang lain. Justeru itu, pelajar-pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas 
bagi menyokong hipotesis serta sebab dan akibat. 
15
Pemikiran sejarah sebenarnya, memerlukan persoalan, yang mana jawapan kepada 
persoalan-persoalan yang timbul tidak memerlukan satu jawapan yang benar atau 
salah. Apa yang penting dalam mendapatkan jawapan pelajar perlulah mencari 
hipotesis-hipotesis yang sesuai. Pelajar perlu menyusun bukti-bukti untuk 
menyokong hipotesis mereka. Malah berfikir secara sejarah juga memerlukan 
pelajar menganalisis sebab dan akibat (Holt, 1990). Keadaan ini juga memerlukan 
pelajar dapat membezakan antara sebab segara dan sebab panjang sesuatu 
peristiwa itu berlaku. Berdasarkan penerangan dapatlah kita rumuskan bahawa 
pemikiran sejarah dapat melatih pelajar berfikir secara kritis. 
16
17 
Penutup 
Berdasarkan apa yang diterangkan tentang pemikiran sejarah, jelas menunjukkan 
kemahiran ini perlu dipraktikkan oleh para guru dan pelajar, terutama semasa sessi 
pengajaran dan pembelajaran sejarah. Dengan penerapan kemahiran pemikiran 
sejarah ini proses pengajaran dan pembelajaran sejarah menjadi lebih 
menyeronokkan dan bermakna. Sesuai dengan pandangan yang diberikan oleh 
John Dewey (1966) yang menyatakan pembelajaran merupakan satu proses yang 
bermakna (meaningful learning) dan ini bermaksud pembelajaran bermakna ialah 
“learning by doing” yang dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk 
kefahaman tentang sesuatu permasalahan. Kenyataan John Dewey ini bertepatan 
dengan konsep pemikiran sejarah yang memerlukan pelajar untuk meneroka, 
membuat inferens, interpretasi, dan sebagainya. 
Namun begitu bagi memenuhi objektif pemikiran sejarah, guru sebenarnya 
memainkan peranan yang penting untuk menjayakan hasrat ini. Guru seharusnya 
terlebih dahulu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan mendalam sama ada 
tentang isi kandungan pelajaran sejarah atau kemahiran pemikiran sejarah agar 
guru dapat menerapkan pemikiran ini dalam kalangan pelajar pula. Menurut Zahara 
& Nurliah (2009) sekiranya guru mementingkan pengajaran yang memberi latihan 
kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan 
dan menjejak alaf baru, mereka akan lebih rasa yakin dan berinisiatif dalam 
menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis dan kreatif. Sekiranya konsep pemikiran 
sejarah ini dapat difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan pelajar ia seterusnya 
dapat melahirkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara 
Malaysia.

More Related Content

What's hot

kepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarkepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarNor Fatihah
 
Ppt landasan perkembangan kurikulum
Ppt landasan perkembangan kurikulumPpt landasan perkembangan kurikulum
Ppt landasan perkembangan kurikulumSuci Agustina
 
Landasan pengembangan kurikulum
Landasan pengembangan kurikulumLandasan pengembangan kurikulum
Landasan pengembangan kurikulumBu Ila
 
Landasan pengembangan kurikulum
Landasan pengembangan kurikulumLandasan pengembangan kurikulum
Landasan pengembangan kurikulumNu'ah Nuna
 
landasan pengembangan kurikulum
landasan pengembangan kurikulumlandasan pengembangan kurikulum
landasan pengembangan kurikulumGanjar Aji
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Zaharin Nordin
 
Tugasan utama rekabentuk kurikulum
Tugasan utama rekabentuk kurikulumTugasan utama rekabentuk kurikulum
Tugasan utama rekabentuk kurikulumalongnisah
 
Landasan Pengembangan Kurikulum
Landasan Pengembangan KurikulumLandasan Pengembangan Kurikulum
Landasan Pengembangan KurikulumSita Nurhalimah
 
Landasan pengembangan kurikulum #2
Landasan pengembangan kurikulum #2Landasan pengembangan kurikulum #2
Landasan pengembangan kurikulum #2FAS DC
 
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...weny maniez
 
Kpf3012 rk & ri (sem 1 2012-2013)
Kpf3012  rk & ri  (sem 1 2012-2013)Kpf3012  rk & ri  (sem 1 2012-2013)
Kpf3012 rk & ri (sem 1 2012-2013)Azura Aqura
 
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARMATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARFazHani Faz
 
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Nurdin Aminudin
 

What's hot (20)

kepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarkepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajar
 
Ppt landasan perkembangan kurikulum
Ppt landasan perkembangan kurikulumPpt landasan perkembangan kurikulum
Ppt landasan perkembangan kurikulum
 
Jurnal kurikulum kbk
Jurnal kurikulum kbkJurnal kurikulum kbk
Jurnal kurikulum kbk
 
Landasan pengembangan kurikulum
Landasan pengembangan kurikulumLandasan pengembangan kurikulum
Landasan pengembangan kurikulum
 
Landasan pengembangan kurikulum
Landasan pengembangan kurikulumLandasan pengembangan kurikulum
Landasan pengembangan kurikulum
 
landasan pengembangan kurikulum
landasan pengembangan kurikulumlandasan pengembangan kurikulum
landasan pengembangan kurikulum
 
LANDASAN PENGEMBANGAN KURIKULUM
LANDASAN PENGEMBANGAN KURIKULUMLANDASAN PENGEMBANGAN KURIKULUM
LANDASAN PENGEMBANGAN KURIKULUM
 
Group 8 pp
Group 8 ppGroup 8 pp
Group 8 pp
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
 
Paradigma pendidikan ipa
Paradigma pendidikan ipaParadigma pendidikan ipa
Paradigma pendidikan ipa
 
Tugasan utama rekabentuk kurikulum
Tugasan utama rekabentuk kurikulumTugasan utama rekabentuk kurikulum
Tugasan utama rekabentuk kurikulum
 
Landasan Pengembangan Kurikulum
Landasan Pengembangan KurikulumLandasan Pengembangan Kurikulum
Landasan Pengembangan Kurikulum
 
Tugas bik makalah
Tugas bik makalahTugas bik makalah
Tugas bik makalah
 
Landasan pengembangan kurikulum #2
Landasan pengembangan kurikulum #2Landasan pengembangan kurikulum #2
Landasan pengembangan kurikulum #2
 
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
 
Kpf3012 rk & ri (sem 1 2012-2013)
Kpf3012  rk & ri  (sem 1 2012-2013)Kpf3012  rk & ri  (sem 1 2012-2013)
Kpf3012 rk & ri (sem 1 2012-2013)
 
11. naskah publikasi
11. naskah publikasi11. naskah publikasi
11. naskah publikasi
 
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARMATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
 
kurikulum 1994
kurikulum 1994kurikulum 1994
kurikulum 1994
 
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
 

Similar to Assgment sejarah 2.0

SILABUS SEJARAH PEMINATAN KURIKULUM 2013 REVISI
SILABUS SEJARAH PEMINATAN KURIKULUM 2013 REVISISILABUS SEJARAH PEMINATAN KURIKULUM 2013 REVISI
SILABUS SEJARAH PEMINATAN KURIKULUM 2013 REVISInurul luluk
 
Silabus Sejarah SMA Peminatan Versi - 12022016
Silabus Sejarah SMA Peminatan Versi - 12022016Silabus Sejarah SMA Peminatan Versi - 12022016
Silabus Sejarah SMA Peminatan Versi - 12022016Cahya Panduputra
 
49 silabus-sejarah-sma-peminatan versi-120216
49 silabus-sejarah-sma-peminatan versi-12021649 silabus-sejarah-sma-peminatan versi-120216
49 silabus-sejarah-sma-peminatan versi-120216eli priyatna laidan
 
Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan
Kaedah Pengajaran Sejarah LanjutanKaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan
Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutanmumtaz92
 
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...guestf6b63af
 
Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learningguestf6b63af
 
PPT bisnis untuk peluang kerja yg oktimal
PPT bisnis untuk peluang kerja yg oktimalPPT bisnis untuk peluang kerja yg oktimal
PPT bisnis untuk peluang kerja yg oktimaldivavelisa67
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanRizki Lia Ismawati
 
Kd sejarah wajib allson 1 4 mei 2013
Kd sejarah wajib allson 1 4 mei 2013Kd sejarah wajib allson 1 4 mei 2013
Kd sejarah wajib allson 1 4 mei 2013Suaidin -Dompu
 
Manajemen Kurikulum.docx
Manajemen Kurikulum.docxManajemen Kurikulum.docx
Manajemen Kurikulum.docxZukét Printing
 
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38eRoem Meuneuh
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Cma Usin
 
1 ki-kd-sejarah-peminatan
1 ki-kd-sejarah-peminatan1 ki-kd-sejarah-peminatan
1 ki-kd-sejarah-peminatanTaryadi Taryadi
 

Similar to Assgment sejarah 2.0 (20)

SILABUS SEJARAH PEMINATAN KURIKULUM 2013 REVISI
SILABUS SEJARAH PEMINATAN KURIKULUM 2013 REVISISILABUS SEJARAH PEMINATAN KURIKULUM 2013 REVISI
SILABUS SEJARAH PEMINATAN KURIKULUM 2013 REVISI
 
Jpend32[08]
Jpend32[08]Jpend32[08]
Jpend32[08]
 
Silabus Sejarah SMA Peminatan.docx
Silabus Sejarah SMA Peminatan.docxSilabus Sejarah SMA Peminatan.docx
Silabus Sejarah SMA Peminatan.docx
 
Silabus Sejarah SMA Peminatan Versi - 12022016
Silabus Sejarah SMA Peminatan Versi - 12022016Silabus Sejarah SMA Peminatan Versi - 12022016
Silabus Sejarah SMA Peminatan Versi - 12022016
 
49 silabus-sejarah-sma-peminatan versi-120216
49 silabus-sejarah-sma-peminatan versi-12021649 silabus-sejarah-sma-peminatan versi-120216
49 silabus-sejarah-sma-peminatan versi-120216
 
Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan
Kaedah Pengajaran Sejarah LanjutanKaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan
Kaedah Pengajaran Sejarah Lanjutan
 
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
 
Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learning
 
PPT bisnis untuk peluang kerja yg oktimal
PPT bisnis untuk peluang kerja yg oktimalPPT bisnis untuk peluang kerja yg oktimal
PPT bisnis untuk peluang kerja yg oktimal
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
 
Kd sejarah wajib allson 1 4 mei 2013
Kd sejarah wajib allson 1 4 mei 2013Kd sejarah wajib allson 1 4 mei 2013
Kd sejarah wajib allson 1 4 mei 2013
 
Seni rupa
Seni rupaSeni rupa
Seni rupa
 
Manajemen Kurikulum.pdf
Manajemen Kurikulum.pdfManajemen Kurikulum.pdf
Manajemen Kurikulum.pdf
 
Manajemen Kurikulum.docx
Manajemen Kurikulum.docxManajemen Kurikulum.docx
Manajemen Kurikulum.docx
 
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
analisis materi
analisis materianalisis materi
analisis materi
 
UTS Semester Ganjil Kurikulum dan Pembelajaran
UTS Semester Ganjil Kurikulum dan PembelajaranUTS Semester Ganjil Kurikulum dan Pembelajaran
UTS Semester Ganjil Kurikulum dan Pembelajaran
 
1 ki-kd-sejarah-peminatan
1 ki-kd-sejarah-peminatan1 ki-kd-sejarah-peminatan
1 ki-kd-sejarah-peminatan
 
landasan filosofi
landasan filosofilandasan filosofi
landasan filosofi
 

Recently uploaded

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 

Recently uploaded (20)

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 

Assgment sejarah 2.0

  • 1. 2.0 KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH Pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memainkan peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Hanya proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar (Maharom, 1998). Oleh sebab itu pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa yang hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd Rahim, 2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan konsep pemikiran Sejarah agar dapat memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan. Malah ia dapat mendedahkan kepada para pelajar bagaimana seseorang ahli Sejarah itu bekerja melalui aktiviti -aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel et all. 1997). KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kepentingan pelajaran sejarah ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Melalui sejarah seperti yang dinyatakan oleh Davies (1994) dapat memupuk integrasi nasional kerana ia mengajar tentang nilai-nilai politik dan kenegaraan. Pendidikan sejarah mampu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar agar melibatkan diri dengan masyarakat yang lebih kompleks. Situasi ini secara tidak langsung dapat menanamkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. Kepentingan pendidikan sejarah dalam mewujudkan perpaduan kaum dan keharmonian di samping memperkasakan semangat patriotism dalam kalangan rakyat pelbagai kaum diberi penekanan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah (KPM: 2003). Mata pelajaran ini digubal agar dapat “memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia”. Ia juga berhasrat untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum”. 4
  • 2. 2.1 MASALAH PENERAPAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN 5 DAN PEMBELAJARAN Penerapan pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar akan berhadapan dengan masalah sekiranya guru kurang berpengetahuan dan pengajaran hanya bergantung kepada buku teks semata-mata. Wilson (1989) misalnya, mencadangkan pengetahuan yang mendalam tentang Sejarah bukan hanya melibatkan pengetahuan yang lebih banyak, iaitu keupayaan menyebutkan lebih banyak tahun, mengenal lebih banyak nama, dan mengingat semula lebih banyak peristiwa. Sebaliknya, ia melibatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang fenomena sejarah, termasuk persejarahan atau bagaimana sejarah dihasilkan. Bagi pihak pelajar pula, penerapan kemahiran pemikiran sejarah ini akan mengalami kesukaran terutamanya di dalam kelas yang mempunyai pelbagai tahap pelajar. Misalnya adalah sukar untuk menerapkan kemahiran pemikiran sejarah ini terhadap pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, kerana sukar bagi pelajar kumpulan ini untuk memahami dan berfikir isu-isu yang kompleks seperti bukti sejarah, bias dan sumber-sumber sejarah (http://teachinghistory.org/issues-and-research/ research-brief/22961) Kemahiran pemikiran sejarah memerlukan pelajar-pelajar serba boleh. Mereka perlu meneroka, menyelidiki, menganalisis dan menginterpretasikan sumber. Juga memerlukan mereka untuk membuat perkaitan tentang sebab dan akibat berdasarkan peristiwa sejarah. Ini bermakna pelajar-pelajar itu perlu memiliki pemikiran yang kritis dan kreatif, serta memenuhi kriteria-kriteria pemikiran sejarah. Bersesuaian dengan mata pelajaran ini yang merupakan satu mata pelajaran yang kompleks, abstrak dan empirikal.
  • 3. Namun tidak semua pelajar dapat mencapai tahap seperti yang diperlukan dalam pemikiran sejarah. Justeru itu akan berlaku masalah sekiranya pelajar yang masih belum mencapai kriteria pemikiran sejarah terpaksa untuk membuat interpretasi sumber-sumber sejarah. Mungkin apa yang ditafsirkan tidak mencapai tahap yang dikehendaki dan keputusan atau tafsiran itu tersasar jauh daripada apa yang diharapkan. Kemahiran pemikiran sejarah ini sukar dilaksanakan sekiranya kita masih berada dalam sistem pendidikan yang sama seperti hari ini, iaitu sistem pendidikan di negara kita yang terlalu menumpukan kepada peperiksaan semata-mata tanpa menghiraukan aspek-aspek yang lain. Abdul Rahim (1989) menyatakan isi kandungan yang terlalu banyak dan padat, ditambah pula dengan kesuntukan masa kerana perlu menghabiskan sukatan pelajaran sebelum waktu peperiksaan. Keadaan ini menjadikan Sejarah kurang menarik dan tidak dapat mencapai objektif untuk menguasai kemahiran pemikiran sejarah. Malah menurut Khoo Kay Kim (2000) pembelajaran sejarah yang hanya menekankan aspek hafalan fakta, tarikh serta pergolakan dunia yang berlaku beribu-ribu tahun yang lampau menyebabkan pelajar mempunyai pandangan yang sempit tentang proses dan perkembangan negara dan menanggap pelajaran sejarah sebagai menjemukan dan tidak merangsang untuk berfikir. Pandangan Khoo Kay Kim turut disokong oleh Subadrah Nair (2005) ,penumpuan kepada hafalan ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada pemikiran kritis dan kreatif. Pengajaran Sejarah juga terlalu bersifat tradisional yang hanya berpusatkan kepada guru dan bersifat satu hala mewujudkan keadaan pelajar-pelajar tidak memainkan peranan aktif di dalam kelas. Situasi yang sering berlaku ialah pelajar-pelajar hanya dikehendaki mendengar atau menyalin nota yang dicatatkan oleh guru. Guru pula amat gemar menggunakan kaedah khutbah atau syarahan dalam pengajarannya . 6
  • 4. Corak pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru ini dapat dikaitkan dengan pengajaran guru yang terlalu terikat dengan buku teks. Nota-nota , pengajaran yang diberi diambil dari buku teks semata-mata. Tiada usaha lebih yang dilakukan oleh guru Sejarah semata-mata bergantung kepada buku teks. Pengajaran guru Sejarah juga mendedahkan kelemahan-kelemahan dari segi menentukan pencapaian objektif-objektif yang sesuai. Objektif yang bersifat umum tidak dapat menentukan objektif pengajaran dengan berkesan dan menyebabkan pengajaran guru gagal menyampaikan pengetahuan dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan. Pengajaran Sejarah juga kurang berlandaskan kemahiran iaitu aktiviti-aktiviti pengajaran tidak mencabar kebolehan kognitif dan afektif pelajar. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggalakkan pelajar mengahafal hujah-hujah tanpa memahami signifikan, kaitan dan implikasi dengan apa yang dipelajari. Keadaan sedemikian tidak menimbulkan minat pelajar-pelajar. Menurut Abd Rahim (1998) kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat ‘spoon feed’, induktif dan khutbah yang hanya mementingkan pelajar menerima apa sahaja yang disogok oleh guru tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajar dan budaya mengajar era perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden. 7
  • 5. 8 2.2 KONSEP PEMIKIRAN SEJARAH Marzano et all. (1998) menjelaskan pemikiran sejarah melibatkan satu set operasi mental yang dikenali sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep, pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan dan penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Proses pemikiran di peringkat awal adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan, sementara di peringkat akhir ia lebih kepada penghasilan dan aplikasi ilmu. Peranan pemikiran sangat penting kepada seseorang pengkaji dan penyelidik sejarah dan bukannya pemikiran itu sendiri sebagai gejala dalam sejarah. Oleh itu beliau menyamakan sejarah itu dengan pemikiran apabila beliau menyatakan bahawa semua sejarah itu adalah sejarah pemikiran. Beliau menyatakan bahawa sejarah tidak dapat ditulis secara saintifik kecuali sejarah itu dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan pengalaman orang-orang yang tindakannya sedang dikaji oleh sejarawan berkenaan (Yusof Ibrahim, 1985). Furet (1983), menyatakan bahawa Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. Guru tidak perlu lagi menyediakan pelajar dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malah dalam kerangka pemikiran sejarah era ‘new history’ ia lebih kepada penumpuan untuk mengasah intelek pelajar secara kritikal dan analytical (Jenkins, 1992). Jadi, konsep pemikiran sejarah perlulah difahami oleh pelajar agar mereka dapat dilatih menjadi sejarawan. Pemikiran Sejarah pula berdasarkan Huraikan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2002), merupakan satu bentuk proses kognitif yang murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Kenyataan ini selari dengan takrifan pemikiran Sejarah yang dibuat oleh Wineburg (2001) ialah satu cara berfikir yang unik. Beliau juga berpendapat pemikiran Sejarah merupakan bentuk yang paling mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan
  • 6. perkembangan psikologi. Beliau turut menyatakan pemikiran Sejarah ialah “goes against the grain of how we ordinalnya think..” Pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada usaha mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan pendidikan kini. Ini disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang diberi penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994). 2.3 KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH Antara kemahiran pemikiran Sejarah yang digariskan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah (2002) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk diterapkan oleh guru-guru Sejarah kepada para pelajar ialah:- 9 i. Memahami kronologi. Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh pelajar tingkatan satu yang telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat melakar carta masa yang menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti Paleolitik, Neolitik dan Logam. Melalui pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu dengan masa kini. ii. Meneroka bukti Kemahiran ini mengenal pasti sumber pertama dan kedua serta membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa kerajaan-kerajaan maritim wujud di tepi pantai.
  • 7. 10 iii. Membuat interpretasi Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan dan kupasan. Dengan itu pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat interpretasi ini juga bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Sebagai contoh pelajar dikehendaki membuat tafsiran tentang konsep tamadun mengikut pandangan Barat dan Islam. Dengan membandingkan kedua-dua pandangan ini pelajar telah membuat tafsiran dan ulasan serta perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan Islam. iv. Membuat imaginasi Merupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Ia merupakan satu usaha melibatkan pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada seseorang yang menilai sejarah menurut kaca mata sumber atau subjek sejarah yang terlibat, contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini boleh menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil. v. Membuat rasionalisasi Melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing kita untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Contoh yang boleh diambil untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan
  • 8. pelajar untuk membincangkan tentang Perang Dunia Kedua yang membawa banyak kemusnahan atau mengapa Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan. Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat melibatkan proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedur guru dan pelajar. Para guru akan membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini, menganalisis, menyelidik dan memproses bukti-bukti, membuat hipotesis, memahami dan memberi penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia pula akan terlaksana apabila para guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Sejarah. Dengan itu, secara tidak langsung para pelajar akan memperoleh kelima-lima kemahiran yang dinyatakan (Zahara & Nik Azleena, 2007). Menurut Peter Seixas (1996), beliau telah mengenal pasti enam elemen spesifik dalam disiplin Sejarah bagi membentuk satu rangka kerja tentang pemikiran Sejarah yang perlu diterapkan kepada para pelajar. 11 i. Kepentingan (Significance) Dalam unsur kepentingan sejarah ini, pelajar-pelajar perlu mempunyai kemahiran membezakan antara peristiwa yang remeh dan penting. Dalam hal ini pemilihan kepentingan sejarah bergantung kepada minat dan nilai yang terdapat dalam masyarakat tersebut. Oleh itu pelajar-pelajar disarankan untuk mengkaji sejarah tentang masyarakat, kehidupan dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan kepada mereka. Misalnya dalam kajian yang dilakukan oleh Barton dan Levstik (2004) dan oleh Yeager, Foster dan Greer (2002) mendapati pelajar amat dipengaruhi oleh identiti nasional mereka dalam membuat pemilihan tentang peristiwa yang penting.
  • 9. ii. Epistemologi dan bukti (Epistemology and evidence) Ia melibatkan pemahaman bagaimana kita mengetahui masa lampau. Apakah bukti yang kita ada ? Sejauh mana bukti tersebut boleh dipercayai? Bagaimana kita boleh menjelaskan tentang kewujudan tafsiran sejarah yang berbeza dan bertentangan. Sebagai contoh kanak-kanak tidak sepatutnya dibiarkan dengan pandangan bahawa hanya ada satu kisah benar sahaja pada masa lampau. Sedangkan pada hakikatnya sejarawan membuat pelbagai inferens berdasarkan bukti, justeru itu wujud pelbagai tafsiran tentang sesuatu peristiwa masa lalu. iii. Kesinambungan dan perubahan (Continuity and Change) Unsur ini menekan pemahaman tentang perubahan masa lalu yang merupakan pusat pemikiran Sejarah. Umur merupakan faktor untuk memahami keadaan ini; iaitu seseorang yang berumur dikatakan lebih memahami perubahan yang berlaku pada masa lalu misalnya perubahan dari segi teknologi dan nilai berbanding dengan mereka yang lebih muda. Namun begitu terdapat juga pengkaji yang menolak pendapat ini. Menurut mereka umur bukanlah satu faktor utama dalam memahami perubahan masa lalu. Menurut pengkaji-pengkaji ini pengalaman hidup turut menjadi faktor iaitu golongan muda yang mengalami pengalaman perang, pelarian, imigran dan mereka yang kehilangan ibu bapa atau yang berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan lain mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang perubahan Sejarah berbanding dengan mereka yang hidup dalam suasana yang aman. iv. Perkembangan dan kemerosotan (Progress and decline) Berdasarkan unsur ini pelajar perlu memahami bahawa dalam kehidupan akan mengalami peringkat perkembangan dan kemerosotan. Dalam peringkat perkembangan hidup seseorang mengalami kejayaan, manakala kemerosotan mereka mengalami satu keadaan yang sukar. Oleh itu dalam konsep pemikiran Sejarah mereka seharusnya dapat mengenal pasti atau membezakan kewujudan 12
  • 10. dua keadaan ini. Ini adalah penting agar mereka dapat memahami proses yang berlaku dalam peristiwa Sejarah. v. Empati dan penilaian moral (empathy and moral judgement) Pemikiran sejarah memerlukan seseorang mempunyai daya imaginasi dan empati. Tujuannya agar pelajar-pelajar tidak merasa asing dan pelik tentang peristiwa masa lalu. Malah mereka seharusnya perlu mempunyai rasa hormat dan perasaan ingin tahu tentang peristiwa-peristiwa masa lepas. Penyelidik British Christopher Portal(1987), menegaskan bahawa empati merupakan satu cara pemikiran imaginative yang memerlukan kemahiran kognitif untuk melihat nilai-nilai kemanusiaan dalam peristiwa Sejarah. 13 vi. Historical Agency Elemen terakhir pemikiran sejarah ini merujuk kepada bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Dalam elemen ini pelajar ditekankan supaya menghargai Sejarah dan memahami bahawa tindakan rakyat pada masa lampau memberi kesan kepada rakyat pada masa kini. Seterusnya menyedari bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mereka pada masa kini akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang. Mempunyai pemikiran Sejarah bukan sahaja memikirkan tentang masa lampau , malah ia melibatkan melihat diri sendiri sebagai waris daripada masa lampau dan sebagai pelaku pada masa kini.
  • 11. 2.4 PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH. Ramai yang berpendapat mengajar sejarah hanyalah tentang bercerita atau “just tell stories”. Sejarah mengandungi kisah tentang kehidupan individu atau tokoh. Sesuatu cerita jika diceritakan dengan baik boleh menarik minat pelajar untuk belajar sejarah. Para sejarawan sependapat bahawa fakta tidak boleh ‘bercakap’, jadi menjadi tugas sejarawan untuk membentuk persoalan, membentuk inferens, membuat penilaian sekiranya perlu dan membuat kesimpulan tentang fakta sejarah tersebut (Crabtree et all., 1993). Oleh itu pelajar-pelajar perlu didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran pemikiran Sejarah. Keadaan ini selaras dengan Orientasi pendidikan sejarah peringkat Sekolah Menengah Atas yang bertujuan untuk memberi pemahaman ilmu dan memupuk pemikiran sejarah Namun begitu, untuk memupuk kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar-pelajar bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi Sejarah merupakan satu subjek yang paling sukar untuk diajar di sekolah menengah (Sizer, 1984). Ini dapat dibuktikan dengan kaedah pengajaran guru sejarah yang tidak sesuai dan kurang menarik. Malah ramai yang tidak mengetahui bagaimanakah kaedah pengajaran Sejarah yang paling baik atau sesuai (Howard & Mendenhall, 1982). Walau bagaimana pun, kajian yang dilakukan oleh Wineburg dan Wilson (1992), mendapati antara cara untuk memberi kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan pelajar ialah, guru Sejarah perlu melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta menggunakan pelbagai teknik dan kaedah seperti debat, main peranan, demonstrasi, analogi dan lain-lain. Kaedah pengajaran yang aktif ini berkesan kerana ia menyebabkan pelajar-pelajar ‘berkomunikasi’ dengan mata pelajaran tersebut dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat pelajar. 14
  • 12. Bagi menerapkan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran pelajar. Ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses mencari bukti, membuat pertimbangan dan rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi dengan bimbingan guru. Oleh itu para guru Sejarah perlulah memiliki pemahaman dan pengetahuan mengenai kemahiran pemikiran Sejarah untuk dilaksanakan dalam pengajaran mereka. Bersesuaian dengan pendapat Antonio (2008) yang menyatakan, pengajaran Sejarah dalam bilik darjah perlu menggunakan kaedah pengajaran aktif. Menurutnya lagi Sejarah adalah satu proses menyiasat tentang sumber primer dan sumber sekunder . Sejarawan kebiasaannya akan menyoal dengan pertanyaan seperti mengapa dan bagaimana ketika menjalani proses Sejarah. Malah guru juga turut menggunakan kaedah menyoal ketika mengajar tetapi tujuan menyoal seorang guru Sejarah berbeza dengan seorang sejarawan. Tujuan seorang sejarawan menyoal adalah untuk memberi makna kepada fakta-fakta yang diperoleh. Manakala guru Sejarah pula menyoal untuk menggalakkan pelajar agar berfikir mengikut pendekatan Sejarah. Selain daripada itu salah satu cara untuk membentuk kemahiran pemikiran sejarah ialah dengan menggunakan kaedah inkuiri terhadap sesuatu bahan atau sumber (bukti) sejarah. Kaedah inkuiri ini yang mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar untuk melakukan proses pencarian dan penemuan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat melatih pelajar untuk berhujah secara logik, bernas dan disokong oleh fakta-fakta sejarah (Antonio, 2008) Bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran Sejarah, ia memerlukan bukan sahaja kemahiran menguasai fakta, malah pelajar tersebut juga perlu mempunyai kemahiran menganalisis perkaitan antara satu fakta dengan fakta yang lain. Justeru itu, pelajar-pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas bagi menyokong hipotesis serta sebab dan akibat. 15
  • 13. Pemikiran sejarah sebenarnya, memerlukan persoalan, yang mana jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul tidak memerlukan satu jawapan yang benar atau salah. Apa yang penting dalam mendapatkan jawapan pelajar perlulah mencari hipotesis-hipotesis yang sesuai. Pelajar perlu menyusun bukti-bukti untuk menyokong hipotesis mereka. Malah berfikir secara sejarah juga memerlukan pelajar menganalisis sebab dan akibat (Holt, 1990). Keadaan ini juga memerlukan pelajar dapat membezakan antara sebab segara dan sebab panjang sesuatu peristiwa itu berlaku. Berdasarkan penerangan dapatlah kita rumuskan bahawa pemikiran sejarah dapat melatih pelajar berfikir secara kritis. 16
  • 14. 17 Penutup Berdasarkan apa yang diterangkan tentang pemikiran sejarah, jelas menunjukkan kemahiran ini perlu dipraktikkan oleh para guru dan pelajar, terutama semasa sessi pengajaran dan pembelajaran sejarah. Dengan penerapan kemahiran pemikiran sejarah ini proses pengajaran dan pembelajaran sejarah menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna. Sesuai dengan pandangan yang diberikan oleh John Dewey (1966) yang menyatakan pembelajaran merupakan satu proses yang bermakna (meaningful learning) dan ini bermaksud pembelajaran bermakna ialah “learning by doing” yang dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang sesuatu permasalahan. Kenyataan John Dewey ini bertepatan dengan konsep pemikiran sejarah yang memerlukan pelajar untuk meneroka, membuat inferens, interpretasi, dan sebagainya. Namun begitu bagi memenuhi objektif pemikiran sejarah, guru sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk menjayakan hasrat ini. Guru seharusnya terlebih dahulu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan mendalam sama ada tentang isi kandungan pelajaran sejarah atau kemahiran pemikiran sejarah agar guru dapat menerapkan pemikiran ini dalam kalangan pelajar pula. Menurut Zahara & Nurliah (2009) sekiranya guru mementingkan pengajaran yang memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan dan menjejak alaf baru, mereka akan lebih rasa yakin dan berinisiatif dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis dan kreatif. Sekiranya konsep pemikiran sejarah ini dapat difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan pelajar ia seterusnya dapat melahirkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia.