SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
2
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
Zainuddin Abu Bakar
Pengenalan
Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik
mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan
perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi
pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang
dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih
bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat
yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan
agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlama bidang psikologi pertumbuhan dan
perkembangn adalah :
(a) Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang asal-usul
fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri
perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut.
(b) Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu tingkah laku.
(c) Untuk meramal tingkah laku.
Definisi Pertumbuhan
Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau
diukur satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu
jangka masa yang lain. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan perubahan darii segi kuantiti
seperti berat badan, tinggi, lebar dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma
dengan jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi
tubuh individu dalam proses menuju kematangan.
Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan merupakan perkembangan
seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit,
rambut dan kelenjar. Menurut Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan yang dapat
diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Kuantiti pertumbuhan tersebut dapat
dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat dari masa ke semasa.
Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, mengatakan bahawa pertumbuhan manusia
adalah mengikut corak yang dapat ditelah. Beliau berpendapat walaupun tidak terdapat dua
individu yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-kanak yang normal cenderung untuk
mengikuti susunan pertumbuhan secara umum yang terjadi pada manusia.
Definisi Perkembangan
Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur.
Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses menccapai
kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang
terdahulu.
Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku
individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar.
Perkembanga juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan
membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain,
perkembangan bo;eh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan,
pengukuhan dan kestabilan.
Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta
cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut
Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di
antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor
mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan
organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan
pertambahan umur.
Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti.
Perkembangan membawa seseuatu organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku
walaupun peringkat kematangan telah dilampaui.
Ciri-ciri Perkembangan
Antara ciri-ciri perkembangan ialah:
(a) Secara umumnya perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu bayi,
kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.
(b) Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang sama tetapi dalam kadar yang
berlainan.
(c) Proses perkembangan bersifat berterusan iaitu sepanjang hayat seseorang individu itu.
(d) Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang
saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
(e) Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had
perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan ke satu tahap
maksimum.
(f) Perkembangan berlaku melaui perubahan dari segi bahasa, suara, tingkah l, cara
berfikir, komunikasi dan sebagainya.
Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkambangan
Proses pertumbuhan dan perkembangan adalah dalam keadaan saling berkait yang meliputi
perubahan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial yang dapat diukur dari segi kuantitatif dan
kualitatif. Keselurauhan proses perubahan tersebut dinamakan sebagai penyuburan. Perbezaan
yang nyata di antara pertumbuhan dan perkembangan dari segi jasmani, mental,emosi dan sosial
adalah seperti jadual 2.1 di bawah.
Jadual 2.1 : Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan
PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN
Jasmani
Tinggi, berat, saiz, pertumbuhan urat, saraf,
dagig, gigi dan pancaindera.
Jasmani
Kemahiran menggunakan anggota badan
seperti berjalan, berlari dan sebagainya.
Mental
Keupayaan berfikir berkembang termasuk
perkara subjektif.
Mental
Kemahiran menggunakan bahasa, perkataan
angka, pemikiran dan penaakulan.
Emosi
Perasaan sayang, suka, duka, marah dan
sebagainya.
Emosi
Berupaya menguasai perasaan dan mengawal
perasaan.
Sosial
Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya
jiran dan masyarakat.
Sosial
Timbul kesedaran perbezaan jantina, disiplin
kumpulan, peranan dan penyesuaian dengan
rakan sebaya.
Teori-teori Perkembangan
Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan akan
membolahkan kita mengenali pengaruh sesuatu teori terhadap sesuatu rekabentuk penyelidikan
dan cadangan yang disyorkan untuk menangani kanak-kanak. Pembentukan teori-teori
dipengaruhi oleh pandangan yang dipegang oleh pengkaji. . Teori-teori yang dikemukakan akan
mempengaruhi tindakan ibu bapa, guru, ahli psikologi dan doktor perubatan kanak-kanak.
Antara beberapa teori utama yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi mengenai
peringkat perkembangan individu adalah:
(a) Teori Perkembangan Arnold Gesell
(b) Teori Perkembangan Robert Haringshurst
(c) Teori Perkembangan Jean Piaget
(d) Teori Perkembangan Sigmund Freud
(e) Teori Perkembangan Erik Erikson
KESIMPULAN
Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembanng kanak-kanak akam meberi banyak
faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat keputusan mengenai
pembelajaran dan persepsi yang peril ditegaskan. Setiapa satu teori mempunyai penegasannya
yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang dikemukakan. Oleh itu kita perlu mengenali
kesemua teori agar dapat kita mengetahui kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak. Antara
faedah utama yang dapat membantu guru sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai
pertumbuhan dan perkembangan ialah :
(a) dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang sesuai dengan keupayan, mental,
jasmani dan emosi pelajar.
(b) menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar,
disamping bermakna dan menyeronokkan.
(c) menyediakan pelajaran yang bermula darupada senagn kepada susah, umum kepada
khusu dan konkrit kepada abstrak.
(d) menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan
mental, jasmani dan emosi pelajar.
(e) memotivasi dan membimbing pelajar pelajar untuk melakukan pemindahan
pembelajaran hasil daipada pemahaman konsep yang telah dipelajari
RUJUKAN
Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:
Penerbit UTM
Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press.
Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th
Edition. Englewood Cliffs, New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.
Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human Growth and Development. Rein
Holt New York
Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology Windows On Classrooms”. 5th
Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.
Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978). Environmental Psychology (Second
Editon). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.
Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And Behaviour”. 4th Edition. London :
British Library Cathaloguing in Publication Data.
Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New York: John Wiley & Sons.
Hergenhahn, B.R. & Matthew Olson. (2001). An Introduction to Theories of Learning. 6th
Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Prentice Hall.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York: Harper.
Matlin M.W. (1994). “Cognition (3rd
Ed.)” United States of America : Harcort Brace McGraw-
Hill, Inc.
Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.

More Related Content

What's hot

Proses Pertumbuhan dan Perkembangan Peserta Didik
Proses Pertumbuhan dan Perkembangan Peserta DidikProses Pertumbuhan dan Perkembangan Peserta Didik
Proses Pertumbuhan dan Perkembangan Peserta DidikLutfi Koto
 
Makalah pertumbuhan dan perkembangan
Makalah pertumbuhan dan perkembanganMakalah pertumbuhan dan perkembangan
Makalah pertumbuhan dan perkembanganErik Kuswanto
 
Prinsip asas dan faktor perkembangan kanak2
Prinsip asas dan faktor perkembangan kanak2Prinsip asas dan faktor perkembangan kanak2
Prinsip asas dan faktor perkembangan kanak2James Jaimon
 
Pengantar Perkembangan Peserta Didik PPT
Pengantar Perkembangan Peserta Didik PPTPengantar Perkembangan Peserta Didik PPT
Pengantar Perkembangan Peserta Didik PPTAndhika Pratama
 
Buku Perkembangan Peserta Didik
Buku Perkembangan Peserta DidikBuku Perkembangan Peserta Didik
Buku Perkembangan Peserta Didiksintaroyani
 
Perkembangan psikologi
Perkembangan psikologiPerkembangan psikologi
Perkembangan psikologiEman Syukur
 
Perkembangan Peserta Didik
Perkembangan Peserta Didik Perkembangan Peserta Didik
Perkembangan Peserta Didik Asma'ul Khusna
 
Prinsip perkembangan menurut hurlock
Prinsip perkembangan menurut hurlockPrinsip perkembangan menurut hurlock
Prinsip perkembangan menurut hurlockKaRen GiNting
 
PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN MATA KULIAH PSIKOLOGI PERKEMBANGAN STAIN SALATIGA
PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN MATA KULIAH PSIKOLOGI PERKEMBANGAN STAIN SALATIGAPRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN MATA KULIAH PSIKOLOGI PERKEMBANGAN STAIN SALATIGA
PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN MATA KULIAH PSIKOLOGI PERKEMBANGAN STAIN SALATIGAALphind's Adaadaaja
 
Makalah ilmu Pendidikan Perkembangan Fisik Peserta Didik
Makalah ilmu Pendidikan Perkembangan Fisik Peserta DidikMakalah ilmu Pendidikan Perkembangan Fisik Peserta Didik
Makalah ilmu Pendidikan Perkembangan Fisik Peserta DidikPutriMeka
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikEva Rahma
 
Konsep Dasar Perkembangan Peserta Didik
Konsep Dasar Perkembangan Peserta DidikKonsep Dasar Perkembangan Peserta Didik
Konsep Dasar Perkembangan Peserta DidikDeddy Chusnul Muali
 
Perkembangan Peserta Didik - Perkembangan dan Pertumbuhan
Perkembangan Peserta Didik - Perkembangan dan PertumbuhanPerkembangan Peserta Didik - Perkembangan dan Pertumbuhan
Perkembangan Peserta Didik - Perkembangan dan PertumbuhanDewi Atin Surya
 
Multidimensi perkembangan peserta didik
Multidimensi perkembangan peserta didikMultidimensi perkembangan peserta didik
Multidimensi perkembangan peserta didikasriss
 
pendekatan dan metode dalam psikologi perkembangan
pendekatan dan metode dalam psikologi  perkembanganpendekatan dan metode dalam psikologi  perkembangan
pendekatan dan metode dalam psikologi perkembangansolehanlovesallah
 
Teori prkembangan
Teori prkembanganTeori prkembangan
Teori prkembanganChem Mil
 
PSIKOLOGI PENDIDIKAN,"PERSPEKTIF PERKEMBANGAN & PERTUMBUHAN INDIVIDU SERTA PE...
PSIKOLOGI PENDIDIKAN,"PERSPEKTIF PERKEMBANGAN & PERTUMBUHAN INDIVIDU SERTA PE...PSIKOLOGI PENDIDIKAN,"PERSPEKTIF PERKEMBANGAN & PERTUMBUHAN INDIVIDU SERTA PE...
PSIKOLOGI PENDIDIKAN,"PERSPEKTIF PERKEMBANGAN & PERTUMBUHAN INDIVIDU SERTA PE...Dadang DjokoKaryanto
 

What's hot (19)

Bab 1 psikobang
Bab 1 psikobangBab 1 psikobang
Bab 1 psikobang
 
Proses Pertumbuhan dan Perkembangan Peserta Didik
Proses Pertumbuhan dan Perkembangan Peserta DidikProses Pertumbuhan dan Perkembangan Peserta Didik
Proses Pertumbuhan dan Perkembangan Peserta Didik
 
Makalah pertumbuhan dan perkembangan
Makalah pertumbuhan dan perkembanganMakalah pertumbuhan dan perkembangan
Makalah pertumbuhan dan perkembangan
 
Prinsip asas dan faktor perkembangan kanak2
Prinsip asas dan faktor perkembangan kanak2Prinsip asas dan faktor perkembangan kanak2
Prinsip asas dan faktor perkembangan kanak2
 
Pengantar Perkembangan Peserta Didik PPT
Pengantar Perkembangan Peserta Didik PPTPengantar Perkembangan Peserta Didik PPT
Pengantar Perkembangan Peserta Didik PPT
 
Buku Perkembangan Peserta Didik
Buku Perkembangan Peserta DidikBuku Perkembangan Peserta Didik
Buku Perkembangan Peserta Didik
 
Perkembangan psikologi
Perkembangan psikologiPerkembangan psikologi
Perkembangan psikologi
 
Perkembangan Peserta Didik
Perkembangan Peserta Didik Perkembangan Peserta Didik
Perkembangan Peserta Didik
 
Prinsip perkembangan menurut hurlock
Prinsip perkembangan menurut hurlockPrinsip perkembangan menurut hurlock
Prinsip perkembangan menurut hurlock
 
PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN MATA KULIAH PSIKOLOGI PERKEMBANGAN STAIN SALATIGA
PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN MATA KULIAH PSIKOLOGI PERKEMBANGAN STAIN SALATIGAPRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN MATA KULIAH PSIKOLOGI PERKEMBANGAN STAIN SALATIGA
PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN MATA KULIAH PSIKOLOGI PERKEMBANGAN STAIN SALATIGA
 
Makalah ilmu Pendidikan Perkembangan Fisik Peserta Didik
Makalah ilmu Pendidikan Perkembangan Fisik Peserta DidikMakalah ilmu Pendidikan Perkembangan Fisik Peserta Didik
Makalah ilmu Pendidikan Perkembangan Fisik Peserta Didik
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didik
 
Konsep Dasar Perkembangan Peserta Didik
Konsep Dasar Perkembangan Peserta DidikKonsep Dasar Perkembangan Peserta Didik
Konsep Dasar Perkembangan Peserta Didik
 
Hakikat Psikologi Perkembangan
Hakikat Psikologi PerkembanganHakikat Psikologi Perkembangan
Hakikat Psikologi Perkembangan
 
Perkembangan Peserta Didik - Perkembangan dan Pertumbuhan
Perkembangan Peserta Didik - Perkembangan dan PertumbuhanPerkembangan Peserta Didik - Perkembangan dan Pertumbuhan
Perkembangan Peserta Didik - Perkembangan dan Pertumbuhan
 
Multidimensi perkembangan peserta didik
Multidimensi perkembangan peserta didikMultidimensi perkembangan peserta didik
Multidimensi perkembangan peserta didik
 
pendekatan dan metode dalam psikologi perkembangan
pendekatan dan metode dalam psikologi  perkembanganpendekatan dan metode dalam psikologi  perkembangan
pendekatan dan metode dalam psikologi perkembangan
 
Teori prkembangan
Teori prkembanganTeori prkembangan
Teori prkembangan
 
PSIKOLOGI PENDIDIKAN,"PERSPEKTIF PERKEMBANGAN & PERTUMBUHAN INDIVIDU SERTA PE...
PSIKOLOGI PENDIDIKAN,"PERSPEKTIF PERKEMBANGAN & PERTUMBUHAN INDIVIDU SERTA PE...PSIKOLOGI PENDIDIKAN,"PERSPEKTIF PERKEMBANGAN & PERTUMBUHAN INDIVIDU SERTA PE...
PSIKOLOGI PENDIDIKAN,"PERSPEKTIF PERKEMBANGAN & PERTUMBUHAN INDIVIDU SERTA PE...
 

Similar to 2 teori teori-perkembangan

Pertumbuhan dan perkembangan hewan
Pertumbuhan dan perkembangan hewanPertumbuhan dan perkembangan hewan
Pertumbuhan dan perkembangan hewanIr. Zakaria, M.M
 
PROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PROSES BELAJAR
PROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN  SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PROSES BELAJARPROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN  SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PROSES BELAJAR
PROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PROSES BELAJARLutfi Koto
 
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan lia wantika
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan   lia wantikaPerbedaan pertumbuhan dan perkembangan   lia wantika
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan lia wantikaIr. Zakaria, M.M
 
Perbedaan Pertumbuhan dan Perkembangan pada Oranisme
Perbedaan Pertumbuhan dan Perkembangan pada OranismePerbedaan Pertumbuhan dan Perkembangan pada Oranisme
Perbedaan Pertumbuhan dan Perkembangan pada OranismeIr. Zakaria, M.M
 
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan 1
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan 1Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan 1
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan 1Ir. Zakaria, M.M
 
Teori Perkembangan Manusia.pptx
Teori Perkembangan Manusia.pptxTeori Perkembangan Manusia.pptx
Teori Perkembangan Manusia.pptxhein30
 
psikologi kepribadian
psikologi kepribadianpsikologi kepribadian
psikologi kepribadianfahim alwi
 
kriesna_bab_ii___pertumbuhan_dan_perkembangan_individu.pdf
kriesna_bab_ii___pertumbuhan_dan_perkembangan_individu.pdfkriesna_bab_ii___pertumbuhan_dan_perkembangan_individu.pdf
kriesna_bab_ii___pertumbuhan_dan_perkembangan_individu.pdfrentasiregar2
 
Makalah teori konvergensi
Makalah teori konvergensiMakalah teori konvergensi
Makalah teori konvergensisarni72
 
6 juliani pras psikologi perkembangan anak
6 juliani pras psikologi perkembangan anak6 juliani pras psikologi perkembangan anak
6 juliani pras psikologi perkembangan anakIwan Kurniarasa
 
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1SK SUNGAI KAJANG
 
1. KONSEP TUMBUH KEMBANG MANUSIA.pptx
1. KONSEP TUMBUH KEMBANG MANUSIA.pptx1. KONSEP TUMBUH KEMBANG MANUSIA.pptx
1. KONSEP TUMBUH KEMBANG MANUSIA.pptxUmiIstiqomah4
 
Psikologi Pendidikan (teori perkembangan individu)
 Psikologi Pendidikan (teori perkembangan individu) Psikologi Pendidikan (teori perkembangan individu)
Psikologi Pendidikan (teori perkembangan individu)PuputPamela
 

Similar to 2 teori teori-perkembangan (20)

Pertumbuhan dan perkembangan hewan
Pertumbuhan dan perkembangan hewanPertumbuhan dan perkembangan hewan
Pertumbuhan dan perkembangan hewan
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
.pdf
.pdf.pdf
.pdf
 
PROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PROSES BELAJAR
PROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN  SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PROSES BELAJARPROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN  SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PROSES BELAJAR
PROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PROSES BELAJAR
 
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan lia wantika
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan   lia wantikaPerbedaan pertumbuhan dan perkembangan   lia wantika
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan lia wantika
 
Perbedaan Pertumbuhan dan Perkembangan pada Oranisme
Perbedaan Pertumbuhan dan Perkembangan pada OranismePerbedaan Pertumbuhan dan Perkembangan pada Oranisme
Perbedaan Pertumbuhan dan Perkembangan pada Oranisme
 
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan 1
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan 1Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan 1
Perbedaan pertumbuhan dan perkembangan 1
 
Teori Perkembangan Manusia.pptx
Teori Perkembangan Manusia.pptxTeori Perkembangan Manusia.pptx
Teori Perkembangan Manusia.pptx
 
psikologi kepribadian
psikologi kepribadianpsikologi kepribadian
psikologi kepribadian
 
kriesna_bab_ii___pertumbuhan_dan_perkembangan_individu.pdf
kriesna_bab_ii___pertumbuhan_dan_perkembangan_individu.pdfkriesna_bab_ii___pertumbuhan_dan_perkembangan_individu.pdf
kriesna_bab_ii___pertumbuhan_dan_perkembangan_individu.pdf
 
Makalah teori konvergensi
Makalah teori konvergensiMakalah teori konvergensi
Makalah teori konvergensi
 
Tugas iad
Tugas iadTugas iad
Tugas iad
 
6 juliani pras psikologi perkembangan anak
6 juliani pras psikologi perkembangan anak6 juliani pras psikologi perkembangan anak
6 juliani pras psikologi perkembangan anak
 
Pengertian anak
Pengertian anakPengertian anak
Pengertian anak
 
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Perkembangan kanak kanak kumpulan 1
 
Hereditas lingkungan.docx
Hereditas lingkungan.docxHereditas lingkungan.docx
Hereditas lingkungan.docx
 
1. KONSEP TUMBUH KEMBANG MANUSIA.pptx
1. KONSEP TUMBUH KEMBANG MANUSIA.pptx1. KONSEP TUMBUH KEMBANG MANUSIA.pptx
1. KONSEP TUMBUH KEMBANG MANUSIA.pptx
 
Anak
AnakAnak
Anak
 
Makalah Psikologi Pendidikan
Makalah Psikologi PendidikanMakalah Psikologi Pendidikan
Makalah Psikologi Pendidikan
 
Psikologi Pendidikan (teori perkembangan individu)
 Psikologi Pendidikan (teori perkembangan individu) Psikologi Pendidikan (teori perkembangan individu)
Psikologi Pendidikan (teori perkembangan individu)
 

More from alaminyanto

Kadar bayaran rumah skli dengan kadar bank
Kadar bayaran rumah skli dengan kadar bankKadar bayaran rumah skli dengan kadar bank
Kadar bayaran rumah skli dengan kadar bankalaminyanto
 
Sya t2 ujian1_17
Sya t2 ujian1_17Sya t2 ujian1_17
Sya t2 ujian1_17alaminyanto
 
4 1 pembahagian_cuti_perayaan_dan
4 1 pembahagian_cuti_perayaan_dan4 1 pembahagian_cuti_perayaan_dan
4 1 pembahagian_cuti_perayaan_danalaminyanto
 
Edit kuiz bahasa arab
Edit kuiz bahasa arabEdit kuiz bahasa arab
Edit kuiz bahasa arabalaminyanto
 
Pesanan khidmat masyarakat
Pesanan khidmat masyarakatPesanan khidmat masyarakat
Pesanan khidmat masyarakatalaminyanto
 
2 teori teori-perkembangan
2 teori teori-perkembangan2 teori teori-perkembangan
2 teori teori-perkembanganalaminyanto
 
Rancangan aktiviti kelab sepak takraw
Rancangan aktiviti  kelab sepak takrawRancangan aktiviti  kelab sepak takraw
Rancangan aktiviti kelab sepak takrawalaminyanto
 

More from alaminyanto (7)

Kadar bayaran rumah skli dengan kadar bank
Kadar bayaran rumah skli dengan kadar bankKadar bayaran rumah skli dengan kadar bank
Kadar bayaran rumah skli dengan kadar bank
 
Sya t2 ujian1_17
Sya t2 ujian1_17Sya t2 ujian1_17
Sya t2 ujian1_17
 
4 1 pembahagian_cuti_perayaan_dan
4 1 pembahagian_cuti_perayaan_dan4 1 pembahagian_cuti_perayaan_dan
4 1 pembahagian_cuti_perayaan_dan
 
Edit kuiz bahasa arab
Edit kuiz bahasa arabEdit kuiz bahasa arab
Edit kuiz bahasa arab
 
Pesanan khidmat masyarakat
Pesanan khidmat masyarakatPesanan khidmat masyarakat
Pesanan khidmat masyarakat
 
2 teori teori-perkembangan
2 teori teori-perkembangan2 teori teori-perkembangan
2 teori teori-perkembangan
 
Rancangan aktiviti kelab sepak takraw
Rancangan aktiviti  kelab sepak takrawRancangan aktiviti  kelab sepak takraw
Rancangan aktiviti kelab sepak takraw
 

2 teori teori-perkembangan

  • 1. 2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN Zainuddin Abu Bakar Pengenalan Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlama bidang psikologi pertumbuhan dan perkembangn adalah : (a) Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang asal-usul fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut. (b) Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu tingkah laku. (c) Untuk meramal tingkah laku. Definisi Pertumbuhan Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan perubahan darii segi kuantiti seperti berat badan, tinggi, lebar dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma
  • 2. dengan jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh individu dalam proses menuju kematangan. Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Menurut Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Kuantiti pertumbuhan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat dari masa ke semasa. Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, mengatakan bahawa pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat ditelah. Beliau berpendapat walaupun tidak terdapat dua individu yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-kanak yang normal cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum yang terjadi pada manusia. Definisi Perkembangan Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses menccapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Perkembanga juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan bo;eh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan
  • 3. organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan pertambahan umur. Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa seseuatu organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan telah dilampaui. Ciri-ciri Perkembangan Antara ciri-ciri perkembangan ialah: (a) Secara umumnya perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. (b) Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang sama tetapi dalam kadar yang berlainan. (c) Proses perkembangan bersifat berterusan iaitu sepanjang hayat seseorang individu itu. (d) Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. (e) Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan ke satu tahap maksimum. (f) Perkembangan berlaku melaui perubahan dari segi bahasa, suara, tingkah l, cara berfikir, komunikasi dan sebagainya. Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkambangan Proses pertumbuhan dan perkembangan adalah dalam keadaan saling berkait yang meliputi perubahan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial yang dapat diukur dari segi kuantitatif dan kualitatif. Keselurauhan proses perubahan tersebut dinamakan sebagai penyuburan. Perbezaan yang nyata di antara pertumbuhan dan perkembangan dari segi jasmani, mental,emosi dan sosial adalah seperti jadual 2.1 di bawah. Jadual 2.1 : Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN Jasmani Tinggi, berat, saiz, pertumbuhan urat, saraf, dagig, gigi dan pancaindera. Jasmani Kemahiran menggunakan anggota badan seperti berjalan, berlari dan sebagainya.
  • 4. Mental Keupayaan berfikir berkembang termasuk perkara subjektif. Mental Kemahiran menggunakan bahasa, perkataan angka, pemikiran dan penaakulan. Emosi Perasaan sayang, suka, duka, marah dan sebagainya. Emosi Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan. Sosial Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya jiran dan masyarakat. Sosial Timbul kesedaran perbezaan jantina, disiplin kumpulan, peranan dan penyesuaian dengan rakan sebaya. Teori-teori Perkembangan Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan akan membolahkan kita mengenali pengaruh sesuatu teori terhadap sesuatu rekabentuk penyelidikan dan cadangan yang disyorkan untuk menangani kanak-kanak. Pembentukan teori-teori dipengaruhi oleh pandangan yang dipegang oleh pengkaji. . Teori-teori yang dikemukakan akan mempengaruhi tindakan ibu bapa, guru, ahli psikologi dan doktor perubatan kanak-kanak. Antara beberapa teori utama yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi mengenai peringkat perkembangan individu adalah: (a) Teori Perkembangan Arnold Gesell (b) Teori Perkembangan Robert Haringshurst (c) Teori Perkembangan Jean Piaget (d) Teori Perkembangan Sigmund Freud (e) Teori Perkembangan Erik Erikson KESIMPULAN Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembanng kanak-kanak akam meberi banyak faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang peril ditegaskan. Setiapa satu teori mempunyai penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang dikemukakan. Oleh itu kita perlu mengenali kesemua teori agar dapat kita mengetahui kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak. Antara faedah utama yang dapat membantu guru sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan ialah :
  • 5. (a) dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang sesuai dengan keupayan, mental, jasmani dan emosi pelajar. (b) menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar, disamping bermakna dan menyeronokkan. (c) menyediakan pelajaran yang bermula darupada senagn kepada susah, umum kepada khusu dan konkrit kepada abstrak. (d) menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan mental, jasmani dan emosi pelajar. (e) memotivasi dan membimbing pelajar pelajar untuk melakukan pemindahan pembelajaran hasil daipada pemahaman konsep yang telah dipelajari RUJUKAN Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press. Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc. Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human Growth and Development. Rein Holt New York Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Merrill Prentice Hall. Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978). Environmental Psychology (Second Editon). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc. Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey : Prentice-Hall, Inc. Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And Behaviour”. 4th Edition. London : British Library Cathaloguing in Publication Data. Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New York: John Wiley & Sons. Hergenhahn, B.R. & Matthew Olson. (2001). An Introduction to Theories of Learning. 6th Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Prentice Hall. Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York: Harper. Matlin M.W. (1994). “Cognition (3rd Ed.)” United States of America : Harcort Brace McGraw- Hill, Inc. Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.