Teori perkembangan Arnold Gesell, Robert Havighurst dan G. Stanley Hall membahasikan 3 teori utama tentang perkembangan kanak-kanak yaitu teori kematangan Arnold Gesell yang menekankan pengaruh faktor genetik dan lingkungan terhadap perkembangan, teori tugas perkembangan Robert Havighurst yang menyarankan tugas-tugas yang harus dicapai pada setiap tahap perkembangan, dan teori rekapitulasi G. Stanley Hall yang menyatakan bahwa perkemb
1. TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL, ROBERT HAVIGHURST DAN
G. STANLEY HALL
KURSUS
PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN
KOD KURSUS
KAF2023
KUMPULAN B
TAJUK:
TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL,
ROBERT HAVIGHURST DAN G. STANLEY HALL
NAMA AHLI KUMPULAN:
HARISAHTULAKMAR BINTI ISHAK D20082033928
NORHAFIZI BIN MOHD AROF D20082033943
NORA AZUA BINTI ZAINI D20082033946
MOHAMAD FIRDAUS BIN ZAKARIA D20082033953
MOHAMAD ILHAM BIN MOHD AZAM D20082033983
AIZATUN SYARINA BINT I MOHAMAD YUSOF D20082034005
PENSYARAH:
CIK NORLY BT JAMIL
SEMESTER II 09/10
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah S.W.T. yang maha pengasih lagi maha penyayang.Segala puji hanyalah untuk
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dialah tempat kita untuk meminta pertolongan dan ampunan, kita
berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari segala kejahatan diri kita dan keburukan perbuatan
kita. Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Rasullah s.a.w. dan seluruh ahli keluarga
baginda. Salam kesejahteraan juga kepada orang terdahulu yang telah mengorbankan diri, masa dan
harta dalam menegakkan dan menyampaikan kalimah yang hak. Seluruh pujian dan kesyukuran hanya
diajukan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memberi taufik untuk menghasilkan tugasan ini.
Sesungguhnya tidak berlaku walaupun sekecil perkara tanpa izinNya.
Penghargaan dan terima kasih kepada Cik Norly Binti Jamil selaku pensyarah kami. Segala panduan
dan bimbingan beliau dalam menghasilkan tugasan ini amat kami hargai.
Penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan kami kerana memberi kerjasama bagi
menyempurnakan tugasan ini. Setinggi-tinggi sanjungan kepada ibu dan ayah yang dikasihi.
Pengorbanan dan doa daripada mereka menjadi as-sebab terhasilnya tugasan ini.
Akhir sekali, adalah menjadi harapan agar hasil kerja ini dapat dimanfaatkan dan diberkati Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Segala-galanya daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala jua, yang buruk adalah
lantaran kelemahan kami sekumpulan.
Salam.
2. ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1 - 2
2.0 Teori Kematangan Arnold Gesell 3 - 7
2.1 Biodata Tokoh
2.2 Konsep Teori
2.3 Peringkat-peringkat dan cadangan aktiviti
3.0 Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst 8 – 13
3.1 Biodata Tokoh
3.2 Konsep Teori
3.3 Peringkat – peringkat dan cadangan aktiviti
4.0 Teori Pengulangan G. Stanley Hall 14 – 16
4.1 Biodata Tokoh
4.2 Konsep Teori
4.3 Peringkat – peringkat Teori Hall
5.0 Rumusan 17
Bibliografi 18
1.0 PENGENALAN
Setiap insan yang lahir ke dunia ini akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara
berperingkat sehinggalah individu itu meninggal dunia. Ianya merangkumi aspek pertumbuhan dan
perkembangan dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, setiap guru dan ibu bapa perlu
mengetahui dan memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sejak mereka lahir
kerana ini akan membolehkan para guru dan ibu bapa memberi keprihatinan mereka terhadap setiap
tugas perkembangan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak tersebut dan pada waktu yang sama dapat
membantu mereka dalam mencapai dan menguasai setiap tugas perkembangan itu.
Konsep pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kognitif (kuantitatif) dapat diukur dari
satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain contohnya
seperti ketinggian dan berat badan seseorang dan juga perubahan dalam struktur dan fungsi seperti otot-
otot saraf dan kalenjar.Pertumbuhan ini boleh dilihat dan diperhatikan pada kanak-kanak. Menurut Atan
Long(1978), “ Pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur daripada satu peringkat kepada satu
peringkat yang lain dan dari satu masa kepada satu masa yang lain. Pertumbuhan yang biasa akan
berhenti apabila orgasma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa”.
Manakala bagi konsep perkembangan pada manusia pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif. Ini
dikukuhkan lagi dengan kenyataan dari Rohani (2001) menyatakan bahawa “perkembangan boleh
didefinisikan sebagai perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif iaitu satu proses perubahan yang
lebih abstrak dari satu tahap ke satu tahap yang lain seperti kemahiran sosial atau kognitif,.” Sifat
perubahan ini adalah tidak dapat diukur, tetapi ia jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa.
Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.
Peringkat perkembangan ini sentiasa berlaku secara terus-menerus. Menurut Paul Eggan dan Don
Kauchak pula, mereka berpendapat bahawa “perkembangan adalah suatu perubahan yang berurutan
dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan”. Selain itu,
menurut Karl E. Garisson pula, perkembangan jasmani dan pembelajaran merupakan satu tindakan
3. yang saling berkaitan. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah
laku adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. Justeru itu, perkembangan ini
boleh diperhatikan terhadap kanak-kanak seperti kebolehan mereka dalam menggunakan perkataan
bagi menerangkan sesuatu perkara. Perubahan yang berlaku ini merupakan satu proses yang berlaku
secara beransur-ansur dan saling berkait antara kematangan adan pembelajaran kanak-kanak itu sendiri.
Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah berbeza antara setiap individu, ini adalah disebabkan
oleh pengaruh persekitaran dan baka. Berdasarkan daripada faktor baka, corak perkembangan kanak-
kanak adalah diwarisi sejak kecil dan ia dikawal oleh kod genetik daripada kedua ibu bapa mereka.
Manakala faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak adalah termasuk latar belakang
keluarga, kesihatan dan pemakanan, amalan asuhan kanak-kanak, status sosio-ekonomi serta
persekitaran sekolah.
Oleh itu, dalam kerja khusus ini, kami memfokuskan kepada pertumbuhan dan perkembangan dari segi
aspek perkembangan psikomotor dan pergerakan kanak-kanak. Kami juga akan menjelaskan dan
membincangkan teori-teori yang berkaitan dengan aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
iaitu Teori Kematangan Arnold Gesell, Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst dan Teori
Rekaptulasi G. Stanley Hall. Selain itu, kami juga akan menerangkan tentang peringkat- peringkat yang
terdapat dalam ketiga-tiga teori ini serta aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut peringkat-
peringkat yang telah dibincangkan.
2.0TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL
2.1 Biodata tokoh
Arnold Gesell atau nama sebenarnya ialah Arnold Lucias Gesell merupakan seorang psikologis dan
pakar kanak-kanak Amerika yang merintis kajian mengenai proses perkembangan manusia semenjak
lahir sehingga remaja. Beliau memfokuskan kajian secara saintifik dalam bidang perkembangan kanak-
kanak. Beliau dilahirkan pada 21 Jun 1880, di Alma, Wisconsin. Keluarganya amat menghargai akan
pendidikan . Pada awalnya Gessell membuat keputusan untuk menjadi seorang guru. Beliau
berkelulusan dari University of Wisconsin pada tahan 1903 dan kemudiannya menjadi pengetua dan
guru di sekolah tinggi sebelum beliau memasuki Clark University dimana Gasell telah menerima Phd
pada tahun 1906 di university tersebut. Gasell percaya bahawa dalam usaha untuk membuat kajian
dalam perkembangan kanak-kanak, beliau perlu mengetahui mengenai perubatan. Oleh itu, beliau telah
menyambung pendidikannya dalam bidang perubatan di Yale dan menerima M.D pada tahun 1915.
Setelah menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjaya dengan mengajar psikologi dan kebersihan
kanak-kanak di Los Angeles State Normal School. Gesell telah menyertai salah sebuah fakulti yang
terdapat di Yale dan beliau menjadi penolong professor pendidikan pada tahun 1911 dan menubuhkan
dan menguruskan Yale Clinic Of Child Development pada tahun yang sama hingga tahun 1948. Dari
tahun 1948 hingga ke akhir hayatnya, Gesell merupakan pengarah kepada Gesell Institute Of Child
Development di New Haven, Connecticut iaitu sebuah insitut yang mengkaji perkembangan kanak-
kanak. Gasell telah meninggal dunia pada 29 May 1961.
2.2 Konsep Teori
Dalam teori kematangan ini, Gesell memfokuskan kepada kematangan individu dimana dalam proses
kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor baka dan persekitaran yang menjadi
penggerak utama kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu. Faktor baka atau
dikenali sebagai gen ini akan diwarisi oleh kanak-kanak sejak pembentukan mereka di dalam rahim
iaitu semasa proses persenyawaan sehingga proses kelahiran. Mereka akan mewarisi segala sifat,
perwatakan,kebolehan dan kematangan yang dimiliki oleh ibu dan bapanya semenjak lahir hingga
dewasa. Bagi melengkapkan lagi proses kematangan ini, ia juga dipengaruhi oleh persekitaran yang
memainkan peranan untuk membantu proses kematangan bayi itu. Faktor persekitaran ini merujuk
kepada persekitaran bayi di dalam rahim ibu dimana pengambilan makanan yang dilakukan oleh ibu,
kesihatan dan bekalan oksigen yang cukup kepada bayi dalam rahim amat mempengaruhi proses
pertumbuhan dan perkembangan mereka. Menurut beliau, proses kematangan ini tidak boleh dipaksa
4. kerana beliau berpendapat bahawa kematangan ini akan berlaku apabila kebolehan kanak-kanak itu
sampai kepada titik dan kematangan tertentu iaitu mengikut pola dan urutan yang tersendiri. Ini
bermakna selagi sistem saraf dan kematangan fizikal bayi belum bersedia maka ibu bapa tidak boleh
memaksa bayi untuk melakukan sesuatu kemahiran tertentu. Dengan itu, Gesell lebih menitikberatkan
keupayaan ibu bapa untuk mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual. Contohnya
kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah
matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sama mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang
datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna mungkin
menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak. Contohnya dalam satu kajian yang
dijalankan oleh Balinsky (1983) memberi seorang kanak-kanak kembar dengan membuat latihan
aktiviti seperti memanjat tangga dan memegang serta memanipulasi kiub. Anak kembar ini dapat
menunjukkan beberapa kemahiran lebih daripada yang seorang lagi kanak-kanak kembar yang tidak
dilatih, ia juga akan menguasai kemudian tanpa banyak latihan. Kanak-kanak tersebut akan berbuat
demikian pada umur semasa. Dengan jelasnya, terdapat jadual waktu dalaman yang menentukan
kesediaan untuk membuat sesuatu manakala kebaikan latihan awal bersifat sementara sahaja. Soal
stimulasi awal konterversi awal impaknya usaha untuk mempercepatkan perkembangan motor awal
mengeluarkan kesan kecil ( Cole & Cole, 1989).
2.3 Peringkat - peringkat dan cadangan aktiviti.
Menurut teori kematangan yang dibuat oleh Arnorld Gesell, beliau telah membahagikan kepada 5
peringkat dalam proses perkembangan kanak-kanak.
Peringkat pertama lahir sehingga 1 tahun iaitu 1 bulan menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk
menyatakan kehendak berlainan seperti lapar dan juga lampinnya basah, 4 bulan koordinasi fizikal
berlaku seperti mata mengikut objek yang bergerak, 6 bulan bayi mula menggenggam objek, 7 bulan
bayi boleh duduk & merangkak dan 12 bulan bayi mampu berdiri dengan berpaut pada perabot.
Cadangan aktiviti adalah penerokaan permainan. Bagi melakukan aktiviti ini ibu bapa memainkan
peranan dalam melakukan aktiviti ini. Ibu bapa perlu meletakkan bayi di atas lantai atau ruang yang
luas supaya dapat menerokai permainan atau persekitaran yang dapat membantu dalam perkembangan
dan pertumbuhan bayi tersebut. Ruang yang luas memberikan kebebasan terhadap bayi untuk terus
bergerak dan menggunakan anggota badan bayi tersebut. Ibu bapa seharusnya memberikan bayi dengan
pelbagai jenis permainan yang berwarna-warni yang boleh menarik perhatian bayi yang bermain.
Aktiviti penerokaan permainan akan melibatkan pelbagai jenis permainan yang disediakan atau
berhampiran dengan bayi yang dapat meningkatkan daya pergerakan psikomotor bayi. Permainan yang
berwarna – warni dapat menarik perhatian bayi untuk bergerak bagi mendapatkannya. Dalam masa
yang sama ibu bapa digalakkan untuk bermain bersama-sama dengan bayi supaya dapat mengawasi
bayi daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Antara pergerakan yang terlibat semasa aktiviti di
peringkat ini adalah psikomotor kasar dan psikomotor halus.
Peringkat kedua, 1 - 2 tahun iaitu kemantangan fizikal dan mental mula meningkat, mula memahami
makna ‘jangan’ dan pada umur 2 tahun mampu untuk berjalan tetapi dengan bantuan. Cadangan aktiviti
adalah bertatih. Aktiviti ini boleh dilaksanakan dikawasan yang lapang seperti ruang tamu, lantai yang
mempunyai permukaan yang lembut dan kawasan rumput. Kawasan yang lembut atau rumput
diperlukan bagi mengelakkan bayi tidak akan mengalami kecederaan apabila jatuh semasa menjalankan
aktiviti tersebut. Kecederaan yang teruk akan menrencatkan lagi perkembangan atau pertumbuhan bayi
tersebut. Ibu bapa perlu membantu bayi ketika proses bertatih bagi mendapatkan sokongan yang baik.
Semasa menjalankan aktiviti bertatih ini bayi perlu mendapatkan sokongan sama ada daripada ibu bapa
atau persekitaran yang boleh membantu. Sokongan ibu bapa untuk memegang tangan bayi untuk
aktiviti bertatih adalah sangat penting kepada perkembangan psikomotor atau anggota badan bayi. Ibu
bapa yang memberi sokongan akan meningkatkan lagi semangat bayi untuk terus malakukan aktiviti
tersebut sehingga berjaya untuk berjalan. Selain itu, alat bantuan seperti walker boleh digunakan bagi
5. membantu bayi semasa proses bertatih. Walker juga memberi kesan kepada keyakinan bayi untuk
melakukan aktiviti bertatih. Alat bantuan lain juga boleh digunakan semasa proses bertatih. Bantuan
daripada peralatan yang ada dipersekitaran bayi juga turut membantu semasa proses bertatih. Antara
motor yang terlibat adalah motor halus dan motor kasar. Motor kasar ialah otot kaki semasa proses
bertatih dan motor halus genggaman tangan bayi untuk berpaut kepada sesuatu untuk bertatih.
Peringkat ketiga, 2 - 3 tahun iaitu koordinasi mata, tangan dan kaki mula terbentuk, boleh bercakap
menggunakan ayat mudah dan boleh menguruskan diri seperti makan dan memakai kasut. Cadangan
aktiviti adalah bermain play dough dan lego. Peringkat ini kanak-kanak sudah pandai untuk
berimaginasi bagi membentuk sesuatu dengan menggunakan permainan yang berada berhampiran atau
persekitaran kanak-kanak tersebut. Permainan play dough dan lego meningkatkan lagi daya pemikiran
bayi dan psikomotor bayi semasa aktiviti ini dijalankan. Ibu bapa boleh menggalakkan kanak-kanak
menghasilkan pelbagai bentuk rekaan yang disukai oleh mereka. Reka bentuk yang dihasilkan
kebanyakkannya menyerupai objek-objek yang berada di persekitaran bayi tersebut. Galakkan daripada
ibu bapa penting kerana mereka antara orang yang paling rapat dan mampu untuk melakukan aktiviti
bersama-sama bayi tersebut. Pengawasan daripada ibu bapa perlu bagi memastikan tiada sebarang
kecederaan yang berlaku terhadap bayi yang boleh merencatkan perkembangan dan pertumbuhan bayi.
Ibu bapa boleh memberikan aktiviti peneguhan positif kepada kanak-kanak seperti pujian, bertepuk
tangan bagi merangsang kanak-kanak yang terus bermain. Pujian yang diberikan mampu untuk
meningkatkan keyakinan bayi untuk terus berusaha melakukan pergerakan. Permainan play dough dan
lego meningkatkan daya pemikiran dan pergerakan psikomotor bayi berkembang dengan lebih baik.
Antara pergerakan yang terlibat ialah pergerakan motor halus koordinasi mata, tangan dan
keseimbangan badan.
Peringkat keempat, 3 – 4 tahun iaitu koordinasi dan kematangan fizikal semakin kukuh dan boleh
menuruti arahan mudah daripada ibu bapa. Cadangan aktiviti adalah menunggang basikal beroda tiga.
Aktiviti mengayuh basikal merupakan permulaan kepada pergerakan motor kasar. Ibu bapa perlu
memberi sokongan supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri bermain basikal. Keselesaan semasa
melakukan aktiviti menunggang basikal amat penting supaya kanak-kanak berminat untuk terus
berlatih. Perkembangan atau pertumbuhan akan terus berkembang secara positif. Ibu bapa perlu
memberi pengawasan & pemerhatian dalam aktiviti yang terlibat supaya tidak berlaku sebarang
kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut. Antara pergerakan yang terlibat ialah genggaman
melibatkan motor halus dan kayuhan kaki (pergerakan) melibatkan motor kasar.
Peringkat kelima, 4 – 5 tahun iaitu proses berinteraksi terbentuk, mula bersosialisasi, mengemukakan
soalan berperingkat-peringkat dan bersedia untuk ke kelas prasekolah. Cadangan aktiviti adalah
bermain bola sepak bersama rakan-rakan. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula untuk bersosial
dan melakukan aktiviti berkumpulan. Pemilihan aktiviti bermain bola sepak merupakan aktiviti sesuai
bagi seseorang kanak-kanak normal. Pengawasan daripada ibu bapa sangat penting supaya tidak
berlaku kecederaan terhadap kanak-kanak. Antara psikomotor yang terlibat ialah motor kasar dan
motor halus. Menurut gesell pelbagai aktivit yang boleh dilakukan pada peringkat ini.
3.0 TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST
3.1 Biodata tokoh
Nama sebenar beliau adalah Robert Havighurst. Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1900. Seterusnya
membesar dan menerima ijazah Ph.D dalam bidang kimia pada tahun 1924 di Universiti Ohio.
Havighurst telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses
pendidikan setelah beliau menjadi guru sains di Sekolah Tinggi dan Maktab Perguruan. Setelah
beberapa tahun, pada tahun 1974 Havighurst telah mendapat gelaran Profesor Emiritus in Development
and Education dan berjaya menerbitkan buku hasil dari penulisan dan pengalaman beliau bertajuk “
Human Development and Education ” pada tahun 1953.
6. 3.2 Konsep Teori
Robert Havighurst menyatakan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh
faktor persekitaran. Ini adalah merupakan satu elemen penting yang berperanan dalam pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak. Beliau memfokuskan kepada keadaaan sekeliling atau persekitaran
dimana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan memberi dan meninggalkan impak
samaada positif atau negatif bergantung kepada ibu bapa yang mencorakkan mereka. Menurut Robert
Havighurst di dalam buku psikologi perkembangan halaman 19 - 25 menyatakan bahawa contoh
persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru,
bahan bacaan dan media elektronik ( internet ).
Bagi faktor persekitaran seperti pemakanan ianya dapat dilihat jika makanan yang diambil oleh ibu
semasa mengandung adalah seimbang dan berzat maka, bayi di dalam kandungan akan membesar
dengan sempurna dan sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan bayi akan mendapat penyakit seperti
PKU. Ini adalah kerana kurangnya enzim di dalam badan bayi selepas di lahirkan. Seterusnya, bagi
pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi dengan makanan yang seimbang berdasarkan
piramid makanan. Dari sini, ianya akan membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas. Di
samping itu, ianya dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak ke arah yang positif.
Seterusnya, bagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya pula, Havighurst menyatakan ini adalah
kerana jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang manja, maka kanak-kanak itu akan
sedikit sebanyak cenderong untuk menjadi manja dan inginkan belaian dan kasih saying dari ibunya.
Jika dia tidak mendapat apa yang diinginkan seperti apa yang diperoleh olah kawannya, maka kanak-
kanak itu akan cuba untuk memberontak. Ini terbuki bahawa paktor persekitaran memainkan peranan
yang sangat penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak.
Selain dari itu, faktor persekitaran seperti bahan bacaan adalah sangat penting kerana ianya akan
memberi pengaruh yang besar kepada pembaca. Jika bahan yang dibaca berfaedah dan bermanfaat
maka selamatlah kanak-kanak tersebut. Sebaliknya jika tidak, ianya akan mempengaruhi
perkembangan seseorang kanak-kanak seperti berkemungkinan lambat bertutur dan sebagainya. Dari
sini, kita sebagai ibu bapa dan guru perlulah sentiasa membimbing dan membantu kanak-kanak dalam
membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan
negara kelak. Menurut Havighurst, ibu bapa mahupun guru terutamanya perlulah menyediakan
persekitaran yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan
membantu kanak-kanak untuk berjaya.
Ini dibuktikan lagi dalam Teori Robert Havighurst menyatakan bahawa setiap individu perlu membesar
dan berkembang dengan melalui sebanyak 10 peringkat yang bermula dari peringkat bayi sehinggalah
ke peringkat tua seterusnya meninggal dunia. Beliau memberitahu bahawa, jika seseorang individu itu
tidak dapat mencapai tugas-tugas dalam setiap peringkat, maka dia akan berasa sedih dan kecewa. Ini
akan cenderong kepada perkembangan kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak setaraf dengan
kanak-kanak normal. Maka untuk membanteras gejala ini dari berlaku, guru perlulah menyediakan
aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanak-kanak seperti aktiviti dalam bentuk permainan
mahupun lakonan. Hal ini dapat membentuk kreativiti kanak-kanak.
Havighurst menyatakan bahawa tugas-tugas dalam perkembangan kanak-kanak hanya perlu dipelajari
sekali sahaja seperti berjalan, berlari, perbezaan jantina dan sebagainya. Jadi ini dapat disimpulkan
bahawa setiap perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak perlulah dengan relaan kanak-kanak itu
sendiri, bukan dengan paksaan yang diberikan oleh ibu bapa kerana dengan paksaan akan membuatkan
kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri dan akan memberi kesan yang dalam terhadap
perkembangan mereka.
3.3 Peringkat - peringkat dan cadangan aktiviti
Havighurst telah membahagikan kepada 10 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak.
Peringkat pertama bayi dan awal kanak-kanak ( lahir – 2 tahun). Pada peringkat ini, bayi menjalinkan
7. kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor beransur-
ansur matang. Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat
objek. Sebagai contoh adik ketawa sebab suka. Cadangan aktiviti adalah aktiviti bersama keluarga
Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak boleh berdikari dan memerlukan perhatian, pertolongan
dan bimbingan daripada keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
terhadap anak mereka seperti membantu mereka makan, bermain bersama dan membantu anak-anak
mandi dengan betul. Sebagai contoh ibu makan bersama anak sambil mengajar anak mereka makan.
Dalam aktiviti ini,anak-anak akan dapat belajar makan melalui ibu dengan memerhati ibu makan
disamping ibu mengajar anak itu makan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar
kanak-kanak melalui cara anak itu menyuap makanan ke dalam mulut.
Peringkat kedua pertengahan kanak-kanak “ Toddlerhood” (2-3 tahun). Kanak-kanak boleh melakukan
pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga. Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan
bahasa mudah. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri. Sebagai
contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta. Ini
mendorong kepada pembentukan daya imaginasi kanak-kanak. Cadangan aktiviti adalah bermain
kereta mainan,lego atau blok. Dari sini, alat permainan mampu meningkatkan kemahiran motor halus
mahupun kasar kanak-kanak.
Peringkat ketiga prasekolah (4 – 6 tahun ). Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina
masing-masing .Misalnya kanak-kanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak, membasuh
kain dan mengemas rumah. Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya
perkembangan moral. Pada peringkat awal perkembangan moral, iaitu jika mereka jahat mereka akan
didenda. Mereka mula bermain dalam kelompok atau kumpulan kanak-kanak yang lain. Cadangan
aktiviti adalah melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti seharian ibu bapa di rumah. Hal ini adalah bagi
membantu perkembangan dan menambahkan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, apabila ibu
memasak anak akan datang membantu seperti membasuh sayur, mengupas bawang dan meramas
santan .Melalui aktiviti ini,kemahiran motor halus dan kasar dapat ditingkatkan.
Peringkat keempat sekolah rendah ( 6 – 12 tahun ). Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari segi
kognitif,kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai 3M seperti membaca,
menulis dan mengeja. Pada peringkat ini,kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana
perkembangan fizikal dan dengan adanya galakkan daripada ibubapa. Kanak-kanak turut mengalami
perkembangan kendiri yang positif seperti menjaga kesihatan. Cadangan aktiviti adalah digalakkan
mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah seperti kelab, persatuan, unit beruniform
dan permainan. Dari sini, mereka dapat bersosial apabila melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum.
Disamping itu, masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah sebagai contoh, mereka
bermain bola sepak dengan rakan yang lain. Ini dapat mengembangkan kemahiran motor kasar mereka
melalui tendangan bola yang dilakukan.
Peringkat kelima awal remaja ( 12 – 18 tahun ). Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap
kematangan fizikal seperti tinggi yang maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada pada
peringkat operasi formal. Dari segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam diri remaja seperti ingin
Berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja pada peringkat ini akan membentuk kumpulan
rakan sebaya dan mula tertarik pada lain jantina. Cadangan aktiviti adalah melibatkan diri dalam
aktiviti yang lebih mencabar minda mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif . Terdapat
pelbagai aktiviti yang berfaedah dan mencabar seperti reka bentuk,kesenian dan teknologi.Sebagai
contoh melukis. Jadi, dari sini mereka boleh melukis sesuatu seperti potret yang nampak sama dengan
gambar asal yang memerlukan dayay imaginasi yang kuat. Hal ini telah meningkatkan kemahiran
motor kasar dan motor halus mereka. Sekaligus dapat mengasah bakat yang mereka miliki.
Peringkat keenam akhir remaja (18 – 22 tahun). Remaja cuba mempengaruhi otonomi daripada ibu
bapa. Remaja mula membentuk identiti mengikut jantina iaitu lelaki atau perempuan.Melalui pergaulan
sosial, remaja akan mematuhi nilai moral masyarakat. Pada peringkat ini juga,mereka mula memilih
8. kerjaya yang sesuai dengan diri mereka.
Peringkat ketujuh awal dewasa ( 22 – 34 tahun ). Pada peringkat ini,seseorang akan meneroka
persahabatan intim yang berlainan jantina.Bagi pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan
mendidik anak- anak.Selain itu,individu berusaha memantapkan profesion serta wujud kehidupan
sendiri.
Peringkat kelapan pertengahan dewasa ( 34 – 60 tahun). Peringkat ini, individu mempunyai
berkemahiran dalam pekerjaan dan menjadi ketua. Seseorang individu yang berjaya mampu memupuk
kebahagiaan dalam rumahtangga, mengasihi keluarga dan mengumpul harta. Individu peringkat ini
banyak terlibat dengan kerja amal.
Peringkat kesembilan akhir dewasa ( 60 – 75 tahun ). Individu pada peringkat ini telah bersara dan
lebih menumpukan masa kepada kerja-kerja amal dan ibadat. Individu turut menjalani kehidupan hari
tua, mensyukuri nikmat dan takdir Allah. Selain itu,individu pada peringkat ini berfikir tentang perkara
yang telah dilakukan semasa hidupnya.
Peringkat kesepuluh tua ( 75 tahun – meninggal dunia ). Pada peringkat ini mereka mula menangani
masalah kesihatan seperti osteoporosis, nyanyok dan menopause. Mereka turut mengenang zaman
muda dan dewasa. Bagi individu yang berjaya mereka akan berasa puas hati dan tenang sambil menanti
saat untuk meninggal dunia.
4.0 TEORI PENGULANGAN G. STANLEY HALL
4.1 Biodata tokoh
Hall dilahirkan pada tahun 1844 di Ashfield, Massachusetts iaitu di sebuah kawasan perladangan yang
majoriti penduduknya adalah miskin. G. Stanley Hall merupakan seorang ahli psikologi dan digelar
sebagai pengasas kepada psikologi sebagai sains dan kerjaya. Pada tahun 1862, beliau melanjutkan
pelajarannya di Williston Academy tetapi pada tahun 1863, beliau bertukar ke William College untuk
meneruskan pengajian dan pada tahun 1867, beliau telah menamatkan pengajiannya. Hall meneruskan
pengajiannya ke peringkat tinggi dan pada tahun 1878, beliau telah memiliki Ph.D dalam bidang
Psikologi di Amerika. Hall memulakan kerjaya sebagai profesor dalam bidang psikologi dan pedagogi
di John Hopkins Universiti pada tahun 1888.Setahun kemudian pada tahun 1889, beliau dilantik
menjadi presiden kepada Universiti Clark sehingga akhir hayatnya.Pada masa yang sama juga, beliau
menjadi pengasas Jurnal Psikologi dan Jurnal Amerika pada tahun 1887. Selain itu, beliau juga telah
menuliskan sebuah buku yang bertajuk “Adolescence” dan jurnal yang bertajuk “Journal of Appied
Psychology. Pada tahun 1924, beliau telah menghebus nafas terakhir.
4.2 Konsep teori
G Stanley Hall memfokuskan kepada teori pengulangan yang memfokuskan kepada psikologi ganetik
dan pendidikan. Teori ini menekan bahawa setiap individu akan melalui proses perubahan dari segi
daya pemikiran dan deria fizikal selaras dengan perkembangan minda dan tubuh badan. Beliau juga
percaya bahawa setiap kanak-kanak boleh berkembang dengan pesat sekiranya tidak dipaksa. Ini
bermakna, kematangan dari aspek baka memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak itu. Kematangan saraf dan fizikal kanak-kanak itu akan menentukan
keupayaan kanak-kanak untuk menguasai sesuatu kemahiran itu. Oleh itu, Hall mengatakan bahawa ibu
bapa perlu mengetahui akan setiap tahap perkembangan anak-anak mereka kerana dengan mengetahui
perkembangan anak-anak mereka boleh membantu anak-anak dengan mempelbagaikan aktiviti yang
boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga disarankan oleh
Hall untuk membimbing perkembangan semula jadi anak mereka untuk membolehkan anak mereka
membesar dengan sempurna.
4.3 Peringkat – peringkat dalam Teori Hall
Hall memperkenalkan tiga peringkat dalam perkembangan kanak-kanak iaitu dari lahir sehingga
9. meningkat remaja.Tahap perkembangan pertama menunjukkan lingkungan peringkat pertama iaitu dari
kelahiran sehingga berumur 7 tahun.Pada peringkat ini, Hall menekankan bahawa perkembangan
kanak-kanak lebih cenderung kepada naluri kebinatangan iaitu mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
& mendorong untuk melakukan sesuatu yang baru. Kita semua sedia maklum bahawa kanak-kanak
pada tahap ini mempunyai potensi dalam menguasai penerokaan persekitaran. Persekitaran memainkan
peranan penting dalam menggerakkan perasaan ingin tahu yang mendalam kepada kanak-kanak dari
peringkat bayi lagi. Pada masa yang sama, pelabagai aktiviti yang dilalui dalam proses penerokaan
akan membantu dalam perkembangan bayi baik dari segi fizikal yang cergas mahupun mental.
Peringkat seterusnya ialah tahap kedua dalam lingkungan umur 8 sehingga 11 tahun. Peringkat ini
menunjukkan tingkah laku kanak-kanak yang negatif mula terbentuk seperti tidak menghormati orang
lain dan menunjukkan kelakuan nakal. Hal ini kerana kemahiran mereka untuk membuat keputusan
masih belum berkembang. Disamping itu juga,mereka lebih gemar bersosial seperti memperolehi
kawan atau kenalan yang ramai dan ini akan mendorong kepada mereka mudah terpengaruh dengan
rakan-rakan. Jika kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang negatif, maka mereka akan mudah
terikut-ikut ke arah yang tidak sihat dan sebaliknya. Tambahan pula, hal ini dapat dilihat dari sudut cara
didikan ibu bapa sejak dari peringkat awal lagi samaada dengan cara yang betul mahupun sebaliknya .
Tahap perkembangan kanak-kanak pada peringkat ketiga yang diperkenalkan oleh Hall ialah dari umur
12 sehingga 22 tahun. Hall mempercayai bahawa kanak-kanak pada masa tersebut telah dapat
mengesan jantina mereka. Ini bermakna mereka telah dapat membuat kesimpulan dalam kewajipan
atau tanggungjawab yang sebenar bagi melaksanakan tingkahlaku yang betul. Di samping itu
juga,tanggungjawab yang ditunjukkan oleh mereka jelas membuktikan ianya cenderong kepada
tingkahlaku positif seperti bersifat baik hati, menghormati orang lain, kasih sayang dan sebagainya.
Keadaan ini menunjukkan bahawa nilai-nilai murni telah terbentuk dalam diri mereka dan mereka tahu
membezakan yang baik mahupun buruk apabila tahap kematangan dapat dicapai. Tambahan pula,
mereka mampu untuk membuat sesuatu keputusan tetapi perlukan kawalan daripada ibu bapa. Dengan
ini, ianya dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan seiring mencapai tahap perkembangan kanak-
kanak yang sihat dalam menjalani kehidupan yang baik.
5.0 RUMUSAN
Setiap manusia dilahirkan dengan sifat semulajadi yang baik dan diibaratkan sebagai kain putih yang
boleh dicorakkan mengikut kehendak pemiliknya iaitu ibu bapa. Oleh itu kanak-kanak mempunyai
keistimewaan tersendiri dan berhak untuk dikembangkan potensinya kearah yg optima dan terus maju.
Tahap perkembagan individu adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal, kognitif, emosi &
sosial walaupun mereka melalui peringkat pertumbuhan yg sama. Ibu bapa dan guru seharusnya
merancang aktiviti yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan dan keupayaan kanak-kanak. Dari sini,
ianya dapat melahirkan kanak-kanak yang berjaya mengikut kebolehan dan cara yg tersendiri .
Sehubungan itu, jika semua keperluan dan kepentingan kanak-kanak dapat dipenuhi, mereka akan
berkembang dengan baik. Ini akan mendorong kepada menjadi warga yang berguna untuk masyarakat,
bangsa dan agama.
BIBLIOGRAFI
1. Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.
10. 2. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2009). Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
3. Jas Laile Suzane Jaafar (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Selangor:
Arah Publications.
4. Kamarulzaman Kamaruddin (2009). Psikologi Perkembangan- panduan untuk guru. Penerbit UPSI.
Hal 19 – 25.
5. Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
6. Rohani Abdullah,Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio,Malindo Printing Sdn Bhd,
Shah Alam, Selangor.
7. Salleh Lebar ( 1999 ). Asas Psikologi Perkembangan. Utusan Publication & Distribution. Hal 52 –
58.