SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2013/2014
SUBJEK :
HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN
KEBERTANGGUNGJAWABAN
TAJUK TUGASAN :
KAJIAN SUMBER BAHASA ARAB DALAM BIDANG DAKWAH
DAN KEPIMPINAN
DISEDIAKAN OLEH :
NURUL SHAFIRAH BINTI ABDUL MALEK (A144826)
SUMAIYAH BINTI MOHAMAD RAZALI (A144818)
NOR SHOLEHAH BINTI MUHAMMAD ROSDI (A144816)
NURSYARFATIN BINTI AZHAR ( A144840)
DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ EZAD AZRAAI BIN JAMSAR
2
ISI KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan 3
2.0 KITAB DAKWAH FARDIYYAH ANTARA
TEORI DAN PRAKTIKAL
2.1 Biodata Pengarang
2.2 Ringkasan Kitab
4
4
6
3.0 JALAN DAKWAH ANTARA KEASLIAN
DAN PENYELEWANGAN
3.1 Biodata Pengarang
3.2 Isi Kandungan Kitab
3.3 Ringkasan Kitab
7
7
10
10
4.0 ULASAN KITAB BEKALAN DALAM JALAN
DAKWAH
4.1 Isi Kandungan Kitab
4.2 Ulasan Kitab
11
12
12
5.0 KITAB QADHAYA ASASIYYAH DALAM
DAKWAH
5.1 Biodata Pengarang
5.2 Ulasan Kitab
15
15
16
6.0 PENUTUP 19
3
1.0 PENDAHULUAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA
dapatlah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang
telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah kami iaitu Encik Ezad Azraai Bin Jamsari kerana telah banyak memberikan
tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan
tugasan tentang kitab Aran yang berkaitan dengan bidang dakwah dan juga membantu
kami dalam menyiapkan laporan dengan penuh semangat berpasukan. Kami juga
diberi tugasan supaya kami dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna walaupun
dalam waktu yang singkat.
Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam
membuat kajian dan laporanini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat
diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman
mengkaji kitab Arab yang berkaiatan bidang dakwan ini merupakan satu pengalaman
baru dan cukup menarik bagi kumpulan kami yang tidak akan kami lupakan.
4
2.0 KITAB DAKWAH FARDIYYAH ANTARA TEORI DAN PRAKTIKAL
( ‫الدعوة‬‫الفردية‬‫بين‬‫النظرية‬‫و‬‫التطبيق‬ )
Pengarang kitab ini ialah Sheikh Abdul Halim, dan terjemahan kitabnya oleh Ustaz
Md. Nor Hamzah. Manakala penerbit kitab ini ialah Jundi Resources. Kitab ini
mengandungi sebanyak tiga bab utama yang terdiri daripada muqaddimah, bab uatama
dan penutup.
2.1 Biodata Pengarang
Syeikh Abdul Halim lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah
di desa Abou Ahmed (sekarang Al Salam), di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya,
50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga
pertengahan dan mempunyai pertalian keturunan(nasab) dari cucu al-hussein hingga
rasulullah sallahualaihiwassalam. Ayahnya adalah seorang Azhari(bekas pelajar
Azhar) dan bekerja sebagai seorang hakim desa.
Syeikh Abd al-Halim mula menghafal Al-Qur'an di desa Kuttab dan beliau
menyelesaikan hafalan tersebut pada usia yang sangat muda. Oleh kerana itu, beliau
tidak boleh mendapatkan pendidikan Azhar selepas menghafal al-Quran kerana pada
waktu itu, usianya masih muda. Pada tahun 1923 Syaikh Abd al-Halim pergi ke
Kaherah bersama ayahnya untuk mendaftar dalam Azhar(pendidikan dasar). Dua
tahun kemudian beliau dihantar ke al-Zaqaziq untuk meneruskan pendidikan di sana
yang baru di buka oleh pihak lembaga utama Azhar.
Beberapa petunjuk bahawa Syeikh Abd al-Halim boleh diambil belajar pada
usia muda dengan beberapa syarat yang di tetapkan untuk belajar di sekolah yang baru
di buka iaitu beliau mesti lulus dalam pembelajarannya. Manakala Ayah Syeikh Abd
Halim berkeras dan berkata bahawa Syeikh muda ini, perlu meneruskan pendidikan
Azharinya. Akhirnya, syeikh Abd Halim di benarkan menyambung pengajiannya
dengan belajar tiga kurikulum secara bersamaan. Syeikh Abd Halim mula
mendapatkan pendidikan tinggi di Universiti Azhar pada tahun 1928. Pada waktu itu
pendidikan Azhar tidak dibahagikan pada beberapa Fakulti.
Syeikh Abd Halim Mahmud menuntut ilmu dengan beberapa orang Guru
syeikh Azahar yang terkenal pada masa itu seperti Syeikh Mahmud Shaltut, Syeikh
5
Hamid Meheisen, Syeikh al-Zankaloni, Syeikh Muhammad Abd-Allah Daraz, Syeikh
Muhammad Mustafa al-Maraghi dan Syeikh Mustafa Abdurraziq. Ketika Syeikh Abd
Halim bergelar seorang mahasiswa, beliau mula aktif berpersatuan dan menyertai dua
persatuan iaitu persatuan pemuda Muslim (Jam'iyat al-Shubban al-Muslimin) dan
persatuan bimbingan Islam (Jam'iyat al-Hidaya al-Islamiya) dimana presidennya
ketika itu ialah Syeikh Muhammad al-Khidr Husain.
Pada tahun 1932, Syeikh Abd Halim lulus al-Azhar.Setelah lulus, beliau pergi
ke Perancis melanjutkan pelajarannya didampingi isteri tercinta. Berkat usahanya
yang gigih,tanpa mengenal penat dan lelah beliau akhirnya berjaya memperolehi
gelaran Doktor dalam bidang Falsafah dari Universite de Paris - La Sorbonne pada
tahun 1940. Syeikh Abd al-Halim menyelesaikan tesisnya dalam bidang tasawuf dan
mengkaji kehidupan al-Harith ibn-Asad Al-Muhasibi pada tahun 1940. Doktor
tesisnya ialah Masignon seorang orientalis(barat). Kemudian beliau di tinggalkan
sendirian di tahap akhir PhD oleh doktor tesisnya,kerana gurunya ingin keluar
berperang dengan tentera Jerman.
Dengan meletusnya perang dunia kedua Syeikh Abd al-Halim kembali ke
Mesir dengan melalui Tanjung Harapan(India). Sekembalinya di tanah
air(mesir),Syeikh Abd Halim memulakan kerjayanya sebagai seorang profesor di
Fakulti Bahasa Arab di Universiti al-Azhar As-syarif.Beliau kemudian dipindahkan ke
Fakulti Agama pada tahun 1951. Disana beliau di lantik menjadi dekan fakulti pada
tahun 1964. Pada tahun 1969,beliau diangkat sebagai jeneral secertary Majlis
Penyelidikan Islam (al-Buhuth al Majma '-Islamiya).Manakala pada tahun 1970,beliau
dilantik sebagai wakil al-Azhar(Imam). Pada tahun 1971, beliau menjadi Menteri
Waqaf dan kemudian dilantik sebagai Imam besar al-Azhar pada tahun 1973.
Sheikh Abdul Halim sangat aktif dalam bidang penulisan. Syeikh Dr Abd
Halim Mahmud adalah seorang penulis berbakat.Beliau menerbitkan lebih dari 60
buku selama kerjayanya.Beliau mempunyai sifat-sifat tenang, lembut dan
keperibadian shahsiah yang tinggi dan akhlak yang terpuji. Dalam buku-bukunya ada
yang menceritakan kecenderungan Sufi oleh Syeikh Dr Abd Halim
Mahmud,berbentuk Tasawwuf berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah SAW.
Antara kitab karangannya adalah:
6
 Muhammad Rasul Allah.
 Al-Islam wa al-Shuyu'iya.
 Jihaduna al-Muqaddas.
2.2 Ringkasan Kitab
Dalam kitab Dakwah Fardiyyah ini Sheikh Abdul Halim menekankan fakwah
fardiyyah, asas- asas gerakan dakwah fardiyyah dan peringkat-peringkat dakwah
fardiyyah. Buku ini menerangkan dengan lengkap berkaitan bab-bab berikut dari
aspek teori dan praktikal.
Dalam bab pertama yang membicarakan berkaitan pengenalan secara
lengkap dakwah fardiyyah secara teorinya dari pandangan al-Quran, sunah dan
pandangan-pandangan ulamak. Setelah dihuraikan teori pengenalan dakwah
fardiyyah, penulis memberikan contoh-contoh situasi kini yang berkaitan dengan
dakwah fardiyyah agar para pembaca dapat menguasai pengenalan dakwah
fardiyyah dengan baik dan mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian.
Bab kedua pula menyentuh asas-asa yang perlu ada dalam diri
pendakwah agar bersedia untuk berhadapan dengan para mad’u yang pelbagai.
Asas-asas ini penting dan sangat dititik beratkan oleh penulis. Maka, penulis telah
membawa contoh-contoh dan kaedah-kaedah yang berkaitan dan relevan untuk
para pembaca melakukannya dengan mengikut kesesuaian keadaan semasa dan
situasi mad’u masa kini.
Bab terakhir pula menyentuh peringkat-peringkat dakwah fardiyyah.
Peringkat-peringkat ini menyentuh keseluruhan aspek peringkat rohani, jasmani,
biah, dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan da’ie dan mad’u. Dalam bab ini
juga, penulis menyenaraikan garis panduan tertentu yang berkaitan dalam setiap
peringkat-peringkat tersebut.
7
3.0 JALAN DAKWAH ANTARA KEASLIAN DAN PENYELEWANGAN
( ‫طريق‬‫الدعوة‬‫بين‬‫األصالة‬‫واإلنحراف‬ )
Pengarang kitab ini ialah Ustaz Mustafa Masyhur, dan terjemahan kitabnya oleh Ustaz
Mohd. Yusuf Ismail . Manakala penerbit kitab ini ialah Dewan Pustaka Fajar. Kitab
ini mengandungi sebanyak lapan bab utama yang terdiri daripada muqaddimah dan
penutup.
3.1 Biodata Pengarang
Asy-Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung
Sa’din,dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga
yang berpegang teguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur
dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya. Selepas itu ke sekolah
I’dad di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian di sekolah tsanawiyah di
Zaqaziq, setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun. Beliau pindah ke Cairo dan
menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, dan seterusnya melanjutkan
pelajaran di university Al-Azhar Cairo, dan tamat pada tahun 1942.
Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu
pada 1936. Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah. Di sana
beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari ketika di masjid beliau
melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah tentang ceramah agama di sebuah
masjid lain.
Beliaulah antara yang menjadi tonggak Ikhwanul Muslimin sejak beliau
menyertainya. Dalam memperjuangkan amanah agama beliau beberapa kali
dipenjarakan iaitu sehingga 19 tahun . Beliau dimasukkan ke dalam penjara tentera
ketika berusia 33 tahun.
Beliau dipenjarakan semasa pemerintahan Jamal Abd. Nasir. Ketika itu
berlaku mehnah yang dikenali sebagai “Mehnah Takyid” ( Dugaan memberi sokongan
kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan
menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka
menerima tawaran bebas dari penjara dengan syarat menulis beberapa perkataan atas
kertas menyokong Jamal Nasir.
8
Beberapa orang dari saudara mara isteri beliau menyuruh anak-anak
perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah mereka agar menulis
sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi isteri beliau enggan dan
memesan kepada anak-anak agar tidak menunjukkan jemu dan risau lantaran
ketiadaan ayah yang panjang. Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh,
menolak sebarang sokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya.
Kali terakhir beliau dipenjarakan ialah pada 1965-1971. Beliau dibebaskan
setelah Anwar Sadat mengambil alih pemerintahan. Ketika itu Anwar Sadat memberi
keampunan kepada ramai anggota Ikhwanul Muslimin yang dipenjara termasuk
beliau. Walaubagaimanapun, Anwar Sadat cuba menangkapnya kembali selepas
beberapa ketika. Untuk menyelamatkan diri, beberapa ketika sebelum penangkapan
beramai-ramai dilakukan pada 1971 beliau berhijrah ke Kuwait. Beliau kemudian
tinggal di Jerman selama lima tahun dan di sana beliau mengatur gerakan
menyebarkan pengaruh Ikhwanul Muslimin ke seluruh dunia.
Beliau pulang ke Mesir ketika Syeikh Umar Tilmisani menjadi Mursyidul Am
Ikhwanul Muslimin. Tidak lama kemudian Syeikh Umar Tilmisani meninggal dunia .
Jawatan Mursyidul Am kemudiannya diambil-alih oleh Syeikh Hamid Abun Nasr dan
Mustafa Masyhur menjadi timbalannya. Setelah Syeikh Hamid meninggal dunia pada
tahun 1996, Syeikh Mustafa Masyhur dilantik sebagai penggantinya. Februari 2002
beliau sekali lagi dipilih untuk meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am.
Pemilihan tersebut dibuat selepas Ikhwan membuat pindaan tempuh khidmat
Mursyidul Am kepada enam tahun. Syeikh Mustafa turut diundang menyampaikan
ceramah di serata dunia. Bahkan ketika permulaan krisis selepas kemenangan
mujahidin di Afghanistan, beliau mengetuai delegasi pemimpin-pemimpin gerakan
Islam seluruh dunia pergi ke Kabul untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan
mujahidin.
Beliau menjalankan amanah memegang jawatan Mursyidul Am yang
disandangnya sejak 1996 hinggalah keadaannya yang sudah tidak berdaya lagi pada
29 Oktober 2002. Sejak itu, jawatan berkenaan dipangku oleh Ustaz Makmun
Hudhaibi. Pada 29 Oktober 2002, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat
seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya
9
daripada tidur. Sebaik terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya
sekali. Beliau diserang sakit.
Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Syeikh Mustafa supaya
menunaikan solat di rumah sahaja. Namun tarbiyyah mantap yang diterimanya
menghalang beliau untuk menunaikan sembahyang di tempat selain daripada masjid.
Beliau terus mempersiapkan diri dan pergi menunaikan sembahyang di masjid
berdekatan kediamannya. Selepas menunaikan sembahyang, beliau sudah tidak
mampu melakukan apa-apa lagi. Orang ramai menghantarkannya ke hospital dan
beliau berada di sana selama lebih kurang dua minggu. Pada petang Khamis lalu,
beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berumur 83 tahun.
Keesokan harinya, orang ramai berkumpul di Masjid Rabaah Adawiyyah di
Madinat Nasr untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum beliau dikebumikan.
Jalan-jalan sekitar menjadi sesak. Setelah jenazah disembahyangkan, orang ramai
berarak menuju ke tanah perkuburan yang terletak 10 km dari masjid berkenaan.
Suasana sepi, sedih dan pilu menyelubungi perjalanan ke tanah perkuburan. Tidak ada
sebarang laungan atau slogan-slogan seperti perhimpunan yang biasa di anjurkan oleh
Ikhwan. Masing-masing hanya berdoa di dalam hati memohon kesejahteraan ke atas
pemimpin yang pergi. Sebahagian daripada mereka mengangkat mashaf Al Quran
sebagai lambang kepada syiar perjuangan mereka.
Perarakan yang dianggarkan disertai oleh 20,000 orang itu turut disertai oleh
pemimpin-pemimpin politik termasuk ketua Parti Buruh (pembangkang), Ibrahim
Shukri. Walau bagaimanapun Al Jazeerah melaporkan bahawa tidak kelihatan seorang
pun pemimpin kerajaan hadir ketika itu.
Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan, Syeikh Mustafa tetap
berada di dalam saf perjuangannya dan tidak meninggalkan jamaah sehinggalah beliau
menghembuskan nafasnya yang terakhir . Pemergian beliau merupakan satu
kehilangan besar buat kita. Namun itu tangisan bukan penyelesaiannya. Syeikh
Mustafa Masyhur telah meninggalkan banyak panduan melalui buku-buku beliau.
Antara hasil karya beliau ialah :
10
 Al Jihad Huwa as Sabi
 Tasawlat ala Thariq ad dakwah
 Munajat ala al Thariq
3.2 Isi Kandungan Kitab
Antara bab yang terkandung ialah mukaddimah serta bab-bab mengikut tajuknya, iaitu
bentuk penyelewengan, penyelewengan dari sasaran, sekitar jamaah dan penglibatan
dengan jamaah, sekitar masalah kefahaman, sekitar gerak kerja dan jalan-jalannya,
jalan dakwah antara kepercayaan dan keraguaan, sekitar ujian dan dugaan dan bab
terakhir ialah sekitar pendirian kita terhadap musuh dan kekuatan mereka.
3.3 Ringkasan Kitab
Perkara pertama yang diutarakan oleh Mustapha Mahsyur dalam buku ini merupakan
persoalan matlamat dan sasaran. Matlamat sebenar seseorang muslim itu ialah
mengagungkan kalimah 'La ilaha illAllah' dengan berpegang kepada 4 prinsip asas
seorang pejuang Islam iaitu Allah tuhan kami, Al-Qur'an pegangan kami, Jihad jalan
kami, dan syahid cita-cita kami. Seorang muslim mukmin yang berjuang mestilah
bersih hatinya dari penyakit-penyakit hati yang berupaya melemahkan semangat
mereka. Kisah tukang-tukang sihir Firuan yang telah setia kepada Islam selepas
mereka beriman membuktikan seorang mukmin perlu mempunyai akidah yang benar
di samping keyakinan yang mantap dari ilmu yang benar. Sasaran sebenar jalan
dakwah ialah untuk membebaskan watan Ilsami dari sebrang bentuk penjajahan dan
menegakkan daulah Islamiyyah . Daulah Islamiyyah adalah lengkap apabila hukum-
hukum Islam telah dijalankan secara meyeluruh di sesebuah negara itu.
Antara penyelewengan secara individu ialah merasakan cukup dengan
pencapaian dakwah yang tidak seberapa dan secara amnya ialah apabila hukum-
hukum Ialam itu hanya dilaksanakan pada satu-satunegeri sahaja. Bab kedua telah
menghuraikan masalah penglibatan dalam jemaah. Perkara pertama yang harus
dijelaskan pada para duat ialah tentang kefahaman sepertimana yang telah digariskan
dalam rukun baiah. Perkara kedua ialah tentang sikap bermudah-mudahan dengan
mengurangkan tugas jemaah dan amal jamai'e. Terdapat banyak pertubuhan -
pertubuhan Islam yang tidak bersatu terutamanya dari segi methodnya maka seseorang
11
harus memlilih jemaah yang mempunyai prinsip-prinsip berikut iaitu adanya manhaj
kerja untuk menegakkan daulah Islamiyyah, kefahaman matlamat, visi dan misi yang
jelas.Antara bentuk penyelewengan yang lain ialah terdapatnya puak puak kecil di
dalam jemaah. Selain itu, terdapat lebih banyak hubungan peribadi daripada hubungan
jemaah juga boleh membantutkan kesatuan dalam berjemaah..Sengaja
membangkitkan pertelagahan,membebaskan diri daripada baiah, tidak menunaikan
rukun baiah, bangga dengan nama jemaah juga merupakan penyelewengan yang harus
ditangani.
4.0 ULASAN KITAB BEKALAN DALAM JALAN DAKWAH ( ‫زاد‬‫على‬‫الطريق‬ ) )
Asy-Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung
Sa’din, dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga
yang berpegang teguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur
dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya.
Selepas itu ke sekolah I’dad di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian
di sekolah tsanawiyah di Zaqaziq, setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun. Beliau
pindah ke Cairo dan menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, dan seterusnya
melanjutkan pelajaran di university Al-Azhar Cairo, dan tamat pada tahun 1942.
Beliau adalah Syeikh Mustafa Masyhur.
Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu
pada 1936.Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah. Di sana
beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari ketika di masjid beliau
melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah tentang ceramah agama di sebuah
masjid lain.
Kerana sifat beliau yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama,
beliau menghadirkan diri ke majlis itu. Di akhir ceramah , penceramah berkenaan
mengumumkan tentang kehadiran seorang lagi tokoh tersohor ke situ untuk
menyampaikan ceramah iaitu Imam Hassan Al-Banna. Di pendekkan cerita beliau
akhirnya jatuh hati terhadap ceramah dan isu-isu yang dibawa penceramah tersebut.
12
Beliau akhirnya menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya
iaitu pada 1936.
Beliau telah mengarang banyak kitab-kitab antaranya ialah Zaad ala at-thariq,
Al-qudwah ala thariq ad-dakwah, ad-dakwah al-fardiyah, Al-hayah fi mihrab as-shalat
al-islam huwal al-hall, min fiqh ad-dakwah, Al-qaid al-qudwah wa mutathallibatuhu
baina ar-rabbaniyah wal madiyah, Qadhaya asasiyah ala thariq ad-dakwah at-tiyar al-
islami wa dauruhu fi al-bina dan banyak lagi.
4.1 Isi Kandungan Kitab
Di dalam kitab ini terbahagi kepada beberapa kandungan iaitu ‘sepanjang jalan
dakwah kita memerlukan bekalan, bekalan daripada al-Quran, sirah nabawi, ibadat
sembahyang, ibadat puasa, zakat, haji qiamullail, zikir dan doa, jihad, dakwah,
persahabatan yang baik’ dan ‘bertafakur tentang ciptaan Allah dan tanda-tanda
keagungannya, nikmat-nikmat Allah, alam ghaib yang menunggu kehadiranmu,
bertafakur tentang hari akhirat’.
4.2 Ulasan Kitab
Di dalam kitab ini banyak memberi petunjuk dan bekalan untuk berdakwah. Setiap
musafir di jalanan mesti mempunyai bekalan yang diperlukan sepanjang
perjalanannya. Bekalan yang dimilikinya akan menyediakan keperluan-keperluan
untuk dia meneruskan perjalanan dan menjayakan matlamat yang dituju dalam
musafirnya itu.
Jalan dakwah adalah segala-galanya dalam hidup seseorang pendakwah di
jalan Allah. Ia merupakan jalan utama yang perlu diberi perhatian. Bekalan pertama
ialah bekalan iman yang kuat dan takwa kepada Allah. Allah merupakan sumber
setiap kebaikan. Namun dengan murah hati dan rahmat-Nya, Dia menunjukkan kita
wahana-wahana dan sumber-sumber yang boleh kita manfaatkan bagi meraih bekalan
ini daripada-Nya.
Antara bekalan yang paling penting, paling mudah, paling kuat dan paling
banyak limpahannya yang disebut di dalam kitab ini juga ialah adalah Kitab Allah
Yang Agung. Ia merupakan sumber yang tidak kering daripada terus memberikan
bekalan. Oleh itu, jadilah al-Quran hidup dan berjalan di atas muka bumi.
13
Selain itu juga, dalam kitab ini ada mengatakan bahawa berzikir kepada Allah
itu satu kebahagiaan yang tiada kebahagiaan yang tiada kebahagiaan lain yang lebih
tinggi daripadanya. Ia adalah taqarrub kepada Allah, pengubat kesunyian, ketenangan
hati, kelapangan dada dengan hidayatnya, kepercayaan dan keamanan serta
menyerahkan segala urusan kepadanya. Tiada lagi perasaan takut, bimbang, serba
salah, malang dan celaru.
Di dalam kitab ini juga menyatakan bahawa seorang muslim beriman terlebih
dahulu, kemudian ia membaca kitab Allah lalu bertambahlah imannya. Inilah jalan
golongan salafussalih yang suci yang terdiri daripada sahabat dan tabi’in. Mereka
beriman terlebih dahulu tanpa keraguan dan kesangsian. Sehinggalah mereka
melaksanakan rukun-rukun Islam bertepatan sepertimana suruhan itu diturunkan
dengan tujuan-tujuannya yang tersendiri. Sembahyang mencegah perkara yang dikeji
dan kemungkaran; puasa adalah perisai yang menyampaikan kepada ketaqwaan, haji
adalah syariat per’ibadatan dan menghasilkan pelbagai manfaat, zakat menyuci dan
mengembangkan harta.
Orang yang lupa dan tidak mempercayai tuhan tidak akan mengingati Allah
kecuali ketika ditimpa musibah atau bencana. Ketika itu mereka akan memanjatkan
doa kepada Allah agar menyelamat dan menghindarkan diri mereka daripada
kesempitan dan bencana yang menimpa. Malangnya, setelah Allah menyelamatkan
mereka daripada malapetaka tersebut, mereka kembali lupa dan ingkar dengan
kewujudan Allah.
Kitab bekalan di sepanjang jalan dakwah ini juga akan memelihara pemiliknya
daripada terpesong di ‘selekoh-selekoh tajam' idea atau gerakan. Dapatkanlah
pertolongan dengan bekalan ini nescaya manusia akan berbahagia dengan perlepasan
dari apa yang dikhuatirkan. Manusia akan mendapat apa yang anda idam-idamkan.
Sesungguhnya Tuhan kamu menyerumu dari atas tujuh lapisan langit dan melalui
lembaran-lembaran kitabNya yang mulia menyeru:
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus,
maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang
lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan
14
Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah Al-An’am: Ayat 153)
Kita memperolehi dari bekalan ini apa yang memantapkan hati. Ianya
bukanlah bekalan semata-mata, bahkan merupakan perniagaan yang ditawarkan,
berdasarkan ayat-ayat pada penghujung Surah Al-Saff: Wahai orang-orang yang
beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan
kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (Surah Al-Saff: Ayat 10)
Kesimpulannya, bekalan di sepanjang jalan dakwah ini akan menjadi
pemiliknya sebagai model yang memahami agamanya dengan kefahaman yang
sempurna dan jauh daripada segala kesalahan atau penyelewengan. Mengetahui segala
kewajipan dan tanggungjawab yang menjadi tuntutan Islam ke atas dirinya. Ikhlas
terhadap Tuhan dan mencari keredaan-Nya dalam segala kerja yang dilakukan.
Memahami fasa-fasa amal, objektif-objektif dan wahana-wahana dan tidak
membelakangi perkara-perkara tersebut.
Berkeyakinan bahawa jihad merupakan jalan para pendukung dakwah. Maka
siapkan diri anda. Berkorban pada jalan Allah dengan segala yang dimiliki.
Mengambil berat tentang saudara-saudara seislam dan rakan seperjuangan tanpa
melepasi tahap paling rendah dalam berukhuwwah iaitu berlapang dada, dan berusaha
ke tahap tertinggi atau mendahulukan saudara lain berbanding diri sendiri.
Maka marilah sama-sama umat Islam berganding bahu untuk menegakkan
Islam di atas muka bumi ini berpandukan kepada kitab-kitab yang telah di karang oleh
ulama-ulama terdahulu di samping panduan utama iaitu al-Quran dan as-sunah yang
menjadi petunjuk sepanjang zaman.
15
5.0 KITAB QADHAYA ASASIYYAH DALAM DAKWAH ‫قضا‬‫يا‬‫أ‬‫ساسية‬‫على‬
‫طريق‬‫الدعوة‬
Jalan da’wah adalah jalan yang penuh berkah. Sungguh bagi seorang daiyah tidaklah
masalah apakah da’wah itu yang menjadi bagian kita, ataukah justru kita yang
menjadi bagiannya. Tetapi yang pasti, kehidupan tidak akan bernilai dan terasa hampa
jika kita jauh dari da’wah.Da’wah itu akan senantiasa berjalan dan berlangsung
dengan atau tanpa kita ( ‫الدعوة‬‫ستسير‬‫بنا‬‫أو‬‫بغيرنا‬ ). Bila kita tidak bersama da’wah, kita
tidak akan dapat mencari yang selainnya dan jika da’wah tidak menjadi bagian kita, ia
akan bersama yang selain kita ( ‫إنك‬‫إن‬‫لم‬‫تكن‬‫بهم‬‫فلن‬‫تكون‬‫بغيرهم‬‫وإن‬‫لم‬‫يكونوا‬‫بك‬‫فسيكونون‬
‫.)بغيرك‬
Nama kitab : Qadhaya Asasiyyah Dalam Dakwah( ‫قضاية‬‫أساسية‬‫على‬‫طريق‬‫الدعوة‬ ) .
Penulis kitab Syaikh Mushthafa Masyhur: .Penerbit :Al-I’tishom Cahaya Umat.
Dicetak pada Tahun 2002. Bilangan mukasurat : 132 tidak termasuk kulit.
5.1 Biodata Pengarang
Asy-Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung
Sa’din,dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga
yang berpegang tguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur dua
tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya. Selepas itu ke sekolah.I’dad
di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian di sekolah tsanawiyah di Zaqaziq,
setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun. Beliau pindah ke Cairo dan
menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, dan seterusnya melanjutkan
pelajaran di university Al-Azhar Cairo, dan tamat pada tahun 1942.Beliau adalah
Syeikh Mustafa Masyhur.
Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu
pada 1936. Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah. Di sana
beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari ketika di masjid beliau
melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah tentang ceramah agama di sebuah
masjid lain.
16
Kerana sifat beliau yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama,
beliau menghadirkan diri ke majlis itu. Di akhir ceramah , penceramah berkenaan
mengumumkan tentang kehadiran seorang lagi tokoh tersohor ke situ untuk
menyampaikan ceramah iaitu Imam Hassan Al-Banna. Di pendekkan cerita beliau
akhirnya jatuh hati terhadap ceramah dan isu-isu yang dibawa penceramah tersebut.
Beliau akhirnya menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya
iaitu pada 1936.
5.2 Ulasan Kitab
Kitab ini menjelaskan tentang Pandangan yang jelas ( ‫الرؤية‬‫الواضحة‬ ) .Pertama kali yang
harus dimiliki oleh seorang daiyah adalah pandangan yang jelas terhadap jalan
da’wah, mengenal petunjuk-petunjuknya serta seluruh yang berkait dengannya. Hal
ini membuat ia memiliki kejelasan jalan sejak langkah pertama. Sebaliknya,
ketidakjelasan pandangan akan menjadikan ragu dan sangsi terhadap keselamatan
perjalanannya. Bahkan akan menyebabkan ia dilanda kegoncangan yang
menyebabkan terjadinya penyimpangan dan takut meneruskan perjalanan.
Seterusnya tentang Kesinambungan (‫.)اإلستمرارية‬Kenapa banyak lembaga
da’wah, jama’ah, organisasi atau parpol tumbuh kuat tapi kemudian melemah dan
bubar bahkan tidak sedikit yang bubar sebelum tumbuh kuat. Kesinambungan yang
dimaksud di sini adalah tetap adanya orang yang memikul beban da’wah berusaha
mewujudkan sasaran-sasarannya ,mewariskannya kepada orang lain.
Penulis juga ada menjelaskan tentang Menjaga orisinalitas ( ‫المحافظة‬‫على‬‫األصالة‬ )
agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran, maka ia harus
menjaga dan memelihara orisinalitasnya. Sebab sekecil-kecilnya penyimpangan atau
berkurangnya orisinalitas pasti akan melahirkan penyimpangan yang semakin besar
sejalan dengan kesinambungan, pertumbuhan dan kekuatan yang terus semakin
berkembang. Untuk melindungi pemahaman yang benar, Imam Syahid Hasan Al-
Banna meletakkan 20 Prinsip ( ‫أصول‬‫العشرين‬ ).
Tidak dapat dibayangkan sasaran besar (tegaknya agama Allah di bumi dan
Daulah Islmiyah Alamiyah yang dipimpin sistem khilafah) akan tercapai, kendati
dengan mempersembahkan nyawa dan mengorbankan apa saja, dengan pemahaman
yang salah terhadap Islam.
17
Selain itu juga menerangkan tentang Perencanaan dan pengembangan ( ‫التخطيط‬
‫)والتطوير‬ untuk mencapai sasaran, Amal Islami harus berjalan dengan perencanaan
yang teliti, tidak boleh asal-asalan dalam menentukan sasaran, kemudian membagi
sasaran antaranya dan menentukan skala prioritasnya ,mengkaji kondisi yang
berkembang, mengetahui segala potensi yang dimiliki dan potensi apa yang sudah
terpenuhi dan yang harus terpenuhi, menentukan langkah dan program dalam
mewujudkan setiap sasaran, menentukan sarana, prasarana dan aparat serta personil
pelaksananya.
Penulis juga membicarakan mengenai Kesatuan pandangan ( ‫جمع‬‫كلمة‬‫المسلمين‬ )
iaitu realita kaum Muslimin: terkotak-kotak dan berserakan dalam berbagai parpol dan
perkumpulan keagamaan. Jalan pertama untuk menyatukan: usaha menghidupkan
akidah Islamiyah di dalam diri dan membangkitkan keimanan di dalam hati.
Kemudian memperkenalkan kaum Muslimin akan hakikat agama Islam, keagungan
dan kesyumulannya. Untuk mencapainya diperlukan kesabaran dan keteguhan dan
menghindari penggunaan agitasi dan pemberontakan.
Berkenaan dengan perkumpulan keagamaan yang bekerja untuk mewujudkan
satu atau beberapa aspek Islam, kita menghadapinya laksana seorang dokter atau
sebatang pohon (mangga) dan berusaha menyatukan pandangan dan barisan dengan
berpadukan kaidah: “kita bekerja sama dalam hal-hal yang sama-sama kita sepakati
dan saling menghargai terhadap hal-hal yang di antara kita berbeda ( ‫نتعاون‬‫فيما‬‫اتفقنا‬‫عليه‬
‫ويعذر‬‫بعضنا‬‫بعضا‬‫فيما‬‫إختلفنا‬‫فيه‬ )”.
Tambahan pula penulis menekankan bagaimana bekerja dalam lapangan
da’wah ( ‫العمل‬‫في‬‫مجال‬‫الدعوة‬ ) .Karakter da’wah Islam: lebih mementingkan segi
amaliyah dari pada di’ayah (kampanye) dan propaganda. Urutan daerah da’wah:
khayal à kata-kata à amal à jihad dan amal yang serius untuk memikul beban dan
melaksanakan aktifitas da’wah yang medannya semakin luas dan aktifitasnya semakin
beragam serta membutuhkan waktu dan tenaga besar, diperlukan orang yang
memusatkan seluruh hidupnya untuk da’wah dan siap menghadapi berbagai kesulitan
perjalanan da’wah. Ingat bahwa seorang da’iyah adalah orang yang hati dan
pikirannya selalu sibuk dengan urusan da’wah ( ‫الداعية‬:‫اشتغال‬‫العقول‬‫والقلوب‬‫بالدعوة‬ ).
18
Perkara yang terakhir yang dijelaskan dalam kitab tersebut ialah mengenai
Pewarisan dan regenerasi ( ‫ا‬‫لتوريث‬‫والتحام‬‫األجيال‬ ).Sasaran besar yang sudah dicanangkan
pencapaiannya tidak cukup hanya melalui satu generasi, tetapi melalui beberapa
generasi. Untuk mencapainya jelas memerlukan pentahapan dan beberapa fase.
Karena itu pewarisan da’wah adalah sangat penting. Pewarisan itu mencakup: tujuan,
sasaran, wasilah, seluruh orisinalitas dan pengalamannya secara utuh dari generasi ke
generasi, tanpa perubahan atau penyimpangan.Setelah Daulah Utsmaniyah runtuh
muncul berbagai khilaf dan peperangan antar-sesama pemerintahan Islam.
Dunia Islam mengalami perubahan berupa kemorosotan menuju kehancuran
yang cepat. Allah SWT kemudian memunculkan para du’at yang kemudian
membentuk gerakan-gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin. Dewasa ini muncul
pemuda dan pemudi Muslim yang konsisten dengan Islam.Di bawah naungan
mu’ayasyah dan regenerasi kebijakan dan pengalaman orang tua dakan menyatu
dengan dinamika dan kekuatan pemuda. Muncullah peribadi-pribadi yang memiliki
kekuatan semangat pemuda.
19
6.0 PENUTUP
Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu,
dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar
`azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari
peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering
melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim
binaan jamaah dapat diatasi.
Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang
disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah
kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita.

More Related Content

What's hot

Biografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembaniBiografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembaniDiana Fuad
 
Buya hamka tasauf modern
Buya hamka   tasauf modernBuya hamka   tasauf modern
Buya hamka tasauf modernMoh Asyhal
 
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'IKEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'IBiyah Djauhar
 
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembaniBelajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembaniHamuza Hamuza
 
Pemikiran al ghozali
Pemikiran al ghozaliPemikiran al ghozali
Pemikiran al ghozaliDedeAzis2
 
Mengenal syeikh ismail bin abdul muthalib al asyi
Mengenal syeikh ismail bin abdul muthalib al asyiMengenal syeikh ismail bin abdul muthalib al asyi
Mengenal syeikh ismail bin abdul muthalib al asyiade usamah
 
KH. Hasyim Asyari - Pengabdian Seorang Kyai Untuk Negeri
KH. Hasyim Asyari - Pengabdian Seorang Kyai Untuk NegeriKH. Hasyim Asyari - Pengabdian Seorang Kyai Untuk Negeri
KH. Hasyim Asyari - Pengabdian Seorang Kyai Untuk NegeriRidho Fitrah Hyzkia
 
PAI - imam al ghazali- TINGKATAN 4
PAI - imam al ghazali- TINGKATAN 4PAI - imam al ghazali- TINGKATAN 4
PAI - imam al ghazali- TINGKATAN 4Nurul Izzah
 
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)Aina Sofieyah
 
Tokoh tokoh fiqh indonesia
Tokoh tokoh fiqh indonesiaTokoh tokoh fiqh indonesia
Tokoh tokoh fiqh indonesiatopmusbis
 
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusyd
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusydkonsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusyd
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusydLtfltf
 
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldun
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldunKonsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldun
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldunLtfltf
 
imam ahmad bin hambal rahimahullah
 imam ahmad bin hambal rahimahullah imam ahmad bin hambal rahimahullah
imam ahmad bin hambal rahimahullahNooo ooo
 
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALSLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALNurul Husna
 
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan HambaliBiografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan HambaliAbdul Fauzan
 
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafieBab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafiewmkfirdaus
 

What's hot (20)

13 26-1-pb
13 26-1-pb13 26-1-pb
13 26-1-pb
 
Biografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembaniBiografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembani
 
Buya hamka tasauf modern
Buya hamka   tasauf modernBuya hamka   tasauf modern
Buya hamka tasauf modern
 
Resensi buku ilmu kalam
Resensi buku ilmu kalamResensi buku ilmu kalam
Resensi buku ilmu kalam
 
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'IKEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
 
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembaniBelajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
 
Pemikiran al ghozali
Pemikiran al ghozaliPemikiran al ghozali
Pemikiran al ghozali
 
Mengenal syeikh ismail bin abdul muthalib al asyi
Mengenal syeikh ismail bin abdul muthalib al asyiMengenal syeikh ismail bin abdul muthalib al asyi
Mengenal syeikh ismail bin abdul muthalib al asyi
 
KH. Hasyim Asyari - Pengabdian Seorang Kyai Untuk Negeri
KH. Hasyim Asyari - Pengabdian Seorang Kyai Untuk NegeriKH. Hasyim Asyari - Pengabdian Seorang Kyai Untuk Negeri
KH. Hasyim Asyari - Pengabdian Seorang Kyai Untuk Negeri
 
PAI - imam al ghazali- TINGKATAN 4
PAI - imam al ghazali- TINGKATAN 4PAI - imam al ghazali- TINGKATAN 4
PAI - imam al ghazali- TINGKATAN 4
 
SYEIKH NAWAWI AL - BANTANI
SYEIKH NAWAWI AL - BANTANISYEIKH NAWAWI AL - BANTANI
SYEIKH NAWAWI AL - BANTANI
 
Hasyim Asy'ari
Hasyim Asy'ariHasyim Asy'ari
Hasyim Asy'ari
 
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
 
Tokoh tokoh fiqh indonesia
Tokoh tokoh fiqh indonesiaTokoh tokoh fiqh indonesia
Tokoh tokoh fiqh indonesia
 
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusyd
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusydkonsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusyd
konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu rusyd
 
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldun
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldunKonsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldun
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldun
 
imam ahmad bin hambal rahimahullah
 imam ahmad bin hambal rahimahullah imam ahmad bin hambal rahimahullah
imam ahmad bin hambal rahimahullah
 
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALSLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan HambaliBiografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
 
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafieBab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
 

Similar to laporan Hp sosial-pdf

Review tafsir al manar
Review tafsir al manarReview tafsir al manar
Review tafsir al manarDodyk Fallen
 
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdfMAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdfNovyNovitaSari
 
Manhaj Tafsir Al-Azhar.doc
Manhaj Tafsir Al-Azhar.docManhaj Tafsir Al-Azhar.doc
Manhaj Tafsir Al-Azhar.docRahmat Hidayat
 
PEMIKIRAN ISLAM SEMASA - TOKOH HAMKA
PEMIKIRAN ISLAM SEMASA - TOKOH HAMKAPEMIKIRAN ISLAM SEMASA - TOKOH HAMKA
PEMIKIRAN ISLAM SEMASA - TOKOH HAMKAIZZATIZULKEFLI1
 
Siapa Itu Wahbah 12.docx
Siapa Itu Wahbah 12.docxSiapa Itu Wahbah 12.docx
Siapa Itu Wahbah 12.docxssuser34c8fe
 
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docxUlasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docxMuhdFarhanJamil
 
MAKALAH_KH_HASYIM_docx.docx
MAKALAH_KH_HASYIM_docx.docxMAKALAH_KH_HASYIM_docx.docx
MAKALAH_KH_HASYIM_docx.docxssuser18b7e8
 
Biografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawiBiografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawiSidqi Maulana
 
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum IslamImam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islamkarina_auliaa
 
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-Bayan
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-BayanHukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-Bayan
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-BayanMuhammad Nashiruddin
 
Tokoh-Tokoh Islam Presentasi PAI SMA/SMK.pdf
Tokoh-Tokoh Islam Presentasi PAI SMA/SMK.pdfTokoh-Tokoh Islam Presentasi PAI SMA/SMK.pdf
Tokoh-Tokoh Islam Presentasi PAI SMA/SMK.pdfRizkiRioChandrawinta
 
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn Khaldun
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn KhaldunPendidikan Islam dalam Pandangan Ibn Khaldun
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn KhaldunAli Murfi
 
Rasyid Ridha dan Mustafa Kemal Attaturk
Rasyid Ridha dan Mustafa Kemal AttaturkRasyid Ridha dan Mustafa Kemal Attaturk
Rasyid Ridha dan Mustafa Kemal AttaturkMuhammad Mauladi
 
Islam dan Demokrasi; Telaah Pemikiran Gus Dur
Islam dan Demokrasi; Telaah Pemikiran Gus DurIslam dan Demokrasi; Telaah Pemikiran Gus Dur
Islam dan Demokrasi; Telaah Pemikiran Gus DurAli Murfi
 
Literatur Tafsir Nusantara Muh amin Yalinawa.pptx
Literatur Tafsir Nusantara Muh amin Yalinawa.pptxLiteratur Tafsir Nusantara Muh amin Yalinawa.pptx
Literatur Tafsir Nusantara Muh amin Yalinawa.pptxAminYalinawa
 
MAKALAH ASWAJA.docx
MAKALAH ASWAJA.docxMAKALAH ASWAJA.docx
MAKALAH ASWAJA.docxAhmadSukronM
 

Similar to laporan Hp sosial-pdf (20)

Review tafsir al manar
Review tafsir al manarReview tafsir al manar
Review tafsir al manar
 
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdfMAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
 
SII KEL.5.pptx
SII KEL.5.pptxSII KEL.5.pptx
SII KEL.5.pptx
 
Manhaj Tafsir Al-Azhar.doc
Manhaj Tafsir Al-Azhar.docManhaj Tafsir Al-Azhar.doc
Manhaj Tafsir Al-Azhar.doc
 
PEMIKIRAN ISLAM SEMASA - TOKOH HAMKA
PEMIKIRAN ISLAM SEMASA - TOKOH HAMKAPEMIKIRAN ISLAM SEMASA - TOKOH HAMKA
PEMIKIRAN ISLAM SEMASA - TOKOH HAMKA
 
Siapa Itu Wahbah 12.docx
Siapa Itu Wahbah 12.docxSiapa Itu Wahbah 12.docx
Siapa Itu Wahbah 12.docx
 
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docxUlasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docx
 
MAKALAH_KH_HASYIM_docx.docx
MAKALAH_KH_HASYIM_docx.docxMAKALAH_KH_HASYIM_docx.docx
MAKALAH_KH_HASYIM_docx.docx
 
WAHABI.docx
WAHABI.docxWAHABI.docx
WAHABI.docx
 
Biografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawiBiografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawi
 
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum IslamImam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
 
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-Bayan
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-BayanHukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-Bayan
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-Bayan
 
Tokoh-Tokoh Islam Presentasi PAI SMA/SMK.pdf
Tokoh-Tokoh Islam Presentasi PAI SMA/SMK.pdfTokoh-Tokoh Islam Presentasi PAI SMA/SMK.pdf
Tokoh-Tokoh Islam Presentasi PAI SMA/SMK.pdf
 
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn Khaldun
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn KhaldunPendidikan Islam dalam Pandangan Ibn Khaldun
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn Khaldun
 
Arbain An Nawawi 1
Arbain An Nawawi 1Arbain An Nawawi 1
Arbain An Nawawi 1
 
Rasyid Ridha dan Mustafa Kemal Attaturk
Rasyid Ridha dan Mustafa Kemal AttaturkRasyid Ridha dan Mustafa Kemal Attaturk
Rasyid Ridha dan Mustafa Kemal Attaturk
 
Islam dan Demokrasi; Telaah Pemikiran Gus Dur
Islam dan Demokrasi; Telaah Pemikiran Gus DurIslam dan Demokrasi; Telaah Pemikiran Gus Dur
Islam dan Demokrasi; Telaah Pemikiran Gus Dur
 
Literatur Tafsir Nusantara Muh amin Yalinawa.pptx
Literatur Tafsir Nusantara Muh amin Yalinawa.pptxLiteratur Tafsir Nusantara Muh amin Yalinawa.pptx
Literatur Tafsir Nusantara Muh amin Yalinawa.pptx
 
Titas tokoh tam.islam
Titas tokoh tam.islamTitas tokoh tam.islam
Titas tokoh tam.islam
 
MAKALAH ASWAJA.docx
MAKALAH ASWAJA.docxMAKALAH ASWAJA.docx
MAKALAH ASWAJA.docx
 

Recently uploaded

Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 

Recently uploaded (20)

Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 

laporan Hp sosial-pdf

  • 1. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 SUBJEK : HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN TAJUK TUGASAN : KAJIAN SUMBER BAHASA ARAB DALAM BIDANG DAKWAH DAN KEPIMPINAN DISEDIAKAN OLEH : NURUL SHAFIRAH BINTI ABDUL MALEK (A144826) SUMAIYAH BINTI MOHAMAD RAZALI (A144818) NOR SHOLEHAH BINTI MUHAMMAD ROSDI (A144816) NURSYARFATIN BINTI AZHAR ( A144840) DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ EZAD AZRAAI BIN JAMSAR
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 3 2.0 KITAB DAKWAH FARDIYYAH ANTARA TEORI DAN PRAKTIKAL 2.1 Biodata Pengarang 2.2 Ringkasan Kitab 4 4 6 3.0 JALAN DAKWAH ANTARA KEASLIAN DAN PENYELEWANGAN 3.1 Biodata Pengarang 3.2 Isi Kandungan Kitab 3.3 Ringkasan Kitab 7 7 10 10 4.0 ULASAN KITAB BEKALAN DALAM JALAN DAKWAH 4.1 Isi Kandungan Kitab 4.2 Ulasan Kitab 11 12 12 5.0 KITAB QADHAYA ASASIYYAH DALAM DAKWAH 5.1 Biodata Pengarang 5.2 Ulasan Kitab 15 15 16 6.0 PENUTUP 19
  • 3. 3 1.0 PENDAHULUAN Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Ezad Azraai Bin Jamsari kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan tugasan tentang kitab Aran yang berkaitan dengan bidang dakwah dan juga membantu kami dalam menyiapkan laporan dengan penuh semangat berpasukan. Kami juga diberi tugasan supaya kami dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna walaupun dalam waktu yang singkat. Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kajian dan laporanini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman mengkaji kitab Arab yang berkaiatan bidang dakwan ini merupakan satu pengalaman baru dan cukup menarik bagi kumpulan kami yang tidak akan kami lupakan.
  • 4. 4 2.0 KITAB DAKWAH FARDIYYAH ANTARA TEORI DAN PRAKTIKAL ( ‫الدعوة‬‫الفردية‬‫بين‬‫النظرية‬‫و‬‫التطبيق‬ ) Pengarang kitab ini ialah Sheikh Abdul Halim, dan terjemahan kitabnya oleh Ustaz Md. Nor Hamzah. Manakala penerbit kitab ini ialah Jundi Resources. Kitab ini mengandungi sebanyak tiga bab utama yang terdiri daripada muqaddimah, bab uatama dan penutup. 2.1 Biodata Pengarang Syeikh Abdul Halim lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed (sekarang Al Salam), di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga pertengahan dan mempunyai pertalian keturunan(nasab) dari cucu al-hussein hingga rasulullah sallahualaihiwassalam. Ayahnya adalah seorang Azhari(bekas pelajar Azhar) dan bekerja sebagai seorang hakim desa. Syeikh Abd al-Halim mula menghafal Al-Qur'an di desa Kuttab dan beliau menyelesaikan hafalan tersebut pada usia yang sangat muda. Oleh kerana itu, beliau tidak boleh mendapatkan pendidikan Azhar selepas menghafal al-Quran kerana pada waktu itu, usianya masih muda. Pada tahun 1923 Syaikh Abd al-Halim pergi ke Kaherah bersama ayahnya untuk mendaftar dalam Azhar(pendidikan dasar). Dua tahun kemudian beliau dihantar ke al-Zaqaziq untuk meneruskan pendidikan di sana yang baru di buka oleh pihak lembaga utama Azhar. Beberapa petunjuk bahawa Syeikh Abd al-Halim boleh diambil belajar pada usia muda dengan beberapa syarat yang di tetapkan untuk belajar di sekolah yang baru di buka iaitu beliau mesti lulus dalam pembelajarannya. Manakala Ayah Syeikh Abd Halim berkeras dan berkata bahawa Syeikh muda ini, perlu meneruskan pendidikan Azharinya. Akhirnya, syeikh Abd Halim di benarkan menyambung pengajiannya dengan belajar tiga kurikulum secara bersamaan. Syeikh Abd Halim mula mendapatkan pendidikan tinggi di Universiti Azhar pada tahun 1928. Pada waktu itu pendidikan Azhar tidak dibahagikan pada beberapa Fakulti. Syeikh Abd Halim Mahmud menuntut ilmu dengan beberapa orang Guru syeikh Azahar yang terkenal pada masa itu seperti Syeikh Mahmud Shaltut, Syeikh
  • 5. 5 Hamid Meheisen, Syeikh al-Zankaloni, Syeikh Muhammad Abd-Allah Daraz, Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi dan Syeikh Mustafa Abdurraziq. Ketika Syeikh Abd Halim bergelar seorang mahasiswa, beliau mula aktif berpersatuan dan menyertai dua persatuan iaitu persatuan pemuda Muslim (Jam'iyat al-Shubban al-Muslimin) dan persatuan bimbingan Islam (Jam'iyat al-Hidaya al-Islamiya) dimana presidennya ketika itu ialah Syeikh Muhammad al-Khidr Husain. Pada tahun 1932, Syeikh Abd Halim lulus al-Azhar.Setelah lulus, beliau pergi ke Perancis melanjutkan pelajarannya didampingi isteri tercinta. Berkat usahanya yang gigih,tanpa mengenal penat dan lelah beliau akhirnya berjaya memperolehi gelaran Doktor dalam bidang Falsafah dari Universite de Paris - La Sorbonne pada tahun 1940. Syeikh Abd al-Halim menyelesaikan tesisnya dalam bidang tasawuf dan mengkaji kehidupan al-Harith ibn-Asad Al-Muhasibi pada tahun 1940. Doktor tesisnya ialah Masignon seorang orientalis(barat). Kemudian beliau di tinggalkan sendirian di tahap akhir PhD oleh doktor tesisnya,kerana gurunya ingin keluar berperang dengan tentera Jerman. Dengan meletusnya perang dunia kedua Syeikh Abd al-Halim kembali ke Mesir dengan melalui Tanjung Harapan(India). Sekembalinya di tanah air(mesir),Syeikh Abd Halim memulakan kerjayanya sebagai seorang profesor di Fakulti Bahasa Arab di Universiti al-Azhar As-syarif.Beliau kemudian dipindahkan ke Fakulti Agama pada tahun 1951. Disana beliau di lantik menjadi dekan fakulti pada tahun 1964. Pada tahun 1969,beliau diangkat sebagai jeneral secertary Majlis Penyelidikan Islam (al-Buhuth al Majma '-Islamiya).Manakala pada tahun 1970,beliau dilantik sebagai wakil al-Azhar(Imam). Pada tahun 1971, beliau menjadi Menteri Waqaf dan kemudian dilantik sebagai Imam besar al-Azhar pada tahun 1973. Sheikh Abdul Halim sangat aktif dalam bidang penulisan. Syeikh Dr Abd Halim Mahmud adalah seorang penulis berbakat.Beliau menerbitkan lebih dari 60 buku selama kerjayanya.Beliau mempunyai sifat-sifat tenang, lembut dan keperibadian shahsiah yang tinggi dan akhlak yang terpuji. Dalam buku-bukunya ada yang menceritakan kecenderungan Sufi oleh Syeikh Dr Abd Halim Mahmud,berbentuk Tasawwuf berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah SAW. Antara kitab karangannya adalah:
  • 6. 6  Muhammad Rasul Allah.  Al-Islam wa al-Shuyu'iya.  Jihaduna al-Muqaddas. 2.2 Ringkasan Kitab Dalam kitab Dakwah Fardiyyah ini Sheikh Abdul Halim menekankan fakwah fardiyyah, asas- asas gerakan dakwah fardiyyah dan peringkat-peringkat dakwah fardiyyah. Buku ini menerangkan dengan lengkap berkaitan bab-bab berikut dari aspek teori dan praktikal. Dalam bab pertama yang membicarakan berkaitan pengenalan secara lengkap dakwah fardiyyah secara teorinya dari pandangan al-Quran, sunah dan pandangan-pandangan ulamak. Setelah dihuraikan teori pengenalan dakwah fardiyyah, penulis memberikan contoh-contoh situasi kini yang berkaitan dengan dakwah fardiyyah agar para pembaca dapat menguasai pengenalan dakwah fardiyyah dengan baik dan mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Bab kedua pula menyentuh asas-asa yang perlu ada dalam diri pendakwah agar bersedia untuk berhadapan dengan para mad’u yang pelbagai. Asas-asas ini penting dan sangat dititik beratkan oleh penulis. Maka, penulis telah membawa contoh-contoh dan kaedah-kaedah yang berkaitan dan relevan untuk para pembaca melakukannya dengan mengikut kesesuaian keadaan semasa dan situasi mad’u masa kini. Bab terakhir pula menyentuh peringkat-peringkat dakwah fardiyyah. Peringkat-peringkat ini menyentuh keseluruhan aspek peringkat rohani, jasmani, biah, dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan da’ie dan mad’u. Dalam bab ini juga, penulis menyenaraikan garis panduan tertentu yang berkaitan dalam setiap peringkat-peringkat tersebut.
  • 7. 7 3.0 JALAN DAKWAH ANTARA KEASLIAN DAN PENYELEWANGAN ( ‫طريق‬‫الدعوة‬‫بين‬‫األصالة‬‫واإلنحراف‬ ) Pengarang kitab ini ialah Ustaz Mustafa Masyhur, dan terjemahan kitabnya oleh Ustaz Mohd. Yusuf Ismail . Manakala penerbit kitab ini ialah Dewan Pustaka Fajar. Kitab ini mengandungi sebanyak lapan bab utama yang terdiri daripada muqaddimah dan penutup. 3.1 Biodata Pengarang Asy-Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa’din,dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya. Selepas itu ke sekolah I’dad di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian di sekolah tsanawiyah di Zaqaziq, setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun. Beliau pindah ke Cairo dan menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di university Al-Azhar Cairo, dan tamat pada tahun 1942. Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936. Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah. Di sana beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari ketika di masjid beliau melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah tentang ceramah agama di sebuah masjid lain. Beliaulah antara yang menjadi tonggak Ikhwanul Muslimin sejak beliau menyertainya. Dalam memperjuangkan amanah agama beliau beberapa kali dipenjarakan iaitu sehingga 19 tahun . Beliau dimasukkan ke dalam penjara tentera ketika berusia 33 tahun. Beliau dipenjarakan semasa pemerintahan Jamal Abd. Nasir. Ketika itu berlaku mehnah yang dikenali sebagai “Mehnah Takyid” ( Dugaan memberi sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara dengan syarat menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir.
  • 8. 8 Beberapa orang dari saudara mara isteri beliau menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah mereka agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi isteri beliau enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidak menunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang. Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang sokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya. Kali terakhir beliau dipenjarakan ialah pada 1965-1971. Beliau dibebaskan setelah Anwar Sadat mengambil alih pemerintahan. Ketika itu Anwar Sadat memberi keampunan kepada ramai anggota Ikhwanul Muslimin yang dipenjara termasuk beliau. Walaubagaimanapun, Anwar Sadat cuba menangkapnya kembali selepas beberapa ketika. Untuk menyelamatkan diri, beberapa ketika sebelum penangkapan beramai-ramai dilakukan pada 1971 beliau berhijrah ke Kuwait. Beliau kemudian tinggal di Jerman selama lima tahun dan di sana beliau mengatur gerakan menyebarkan pengaruh Ikhwanul Muslimin ke seluruh dunia. Beliau pulang ke Mesir ketika Syeikh Umar Tilmisani menjadi Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin. Tidak lama kemudian Syeikh Umar Tilmisani meninggal dunia . Jawatan Mursyidul Am kemudiannya diambil-alih oleh Syeikh Hamid Abun Nasr dan Mustafa Masyhur menjadi timbalannya. Setelah Syeikh Hamid meninggal dunia pada tahun 1996, Syeikh Mustafa Masyhur dilantik sebagai penggantinya. Februari 2002 beliau sekali lagi dipilih untuk meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am. Pemilihan tersebut dibuat selepas Ikhwan membuat pindaan tempuh khidmat Mursyidul Am kepada enam tahun. Syeikh Mustafa turut diundang menyampaikan ceramah di serata dunia. Bahkan ketika permulaan krisis selepas kemenangan mujahidin di Afghanistan, beliau mengetuai delegasi pemimpin-pemimpin gerakan Islam seluruh dunia pergi ke Kabul untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin. Beliau menjalankan amanah memegang jawatan Mursyidul Am yang disandangnya sejak 1996 hinggalah keadaannya yang sudah tidak berdaya lagi pada 29 Oktober 2002. Sejak itu, jawatan berkenaan dipangku oleh Ustaz Makmun Hudhaibi. Pada 29 Oktober 2002, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya
  • 9. 9 daripada tidur. Sebaik terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya sekali. Beliau diserang sakit. Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Syeikh Mustafa supaya menunaikan solat di rumah sahaja. Namun tarbiyyah mantap yang diterimanya menghalang beliau untuk menunaikan sembahyang di tempat selain daripada masjid. Beliau terus mempersiapkan diri dan pergi menunaikan sembahyang di masjid berdekatan kediamannya. Selepas menunaikan sembahyang, beliau sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Orang ramai menghantarkannya ke hospital dan beliau berada di sana selama lebih kurang dua minggu. Pada petang Khamis lalu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berumur 83 tahun. Keesokan harinya, orang ramai berkumpul di Masjid Rabaah Adawiyyah di Madinat Nasr untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum beliau dikebumikan. Jalan-jalan sekitar menjadi sesak. Setelah jenazah disembahyangkan, orang ramai berarak menuju ke tanah perkuburan yang terletak 10 km dari masjid berkenaan. Suasana sepi, sedih dan pilu menyelubungi perjalanan ke tanah perkuburan. Tidak ada sebarang laungan atau slogan-slogan seperti perhimpunan yang biasa di anjurkan oleh Ikhwan. Masing-masing hanya berdoa di dalam hati memohon kesejahteraan ke atas pemimpin yang pergi. Sebahagian daripada mereka mengangkat mashaf Al Quran sebagai lambang kepada syiar perjuangan mereka. Perarakan yang dianggarkan disertai oleh 20,000 orang itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin politik termasuk ketua Parti Buruh (pembangkang), Ibrahim Shukri. Walau bagaimanapun Al Jazeerah melaporkan bahawa tidak kelihatan seorang pun pemimpin kerajaan hadir ketika itu. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan, Syeikh Mustafa tetap berada di dalam saf perjuangannya dan tidak meninggalkan jamaah sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir . Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kita. Namun itu tangisan bukan penyelesaiannya. Syeikh Mustafa Masyhur telah meninggalkan banyak panduan melalui buku-buku beliau. Antara hasil karya beliau ialah :
  • 10. 10  Al Jihad Huwa as Sabi  Tasawlat ala Thariq ad dakwah  Munajat ala al Thariq 3.2 Isi Kandungan Kitab Antara bab yang terkandung ialah mukaddimah serta bab-bab mengikut tajuknya, iaitu bentuk penyelewengan, penyelewengan dari sasaran, sekitar jamaah dan penglibatan dengan jamaah, sekitar masalah kefahaman, sekitar gerak kerja dan jalan-jalannya, jalan dakwah antara kepercayaan dan keraguaan, sekitar ujian dan dugaan dan bab terakhir ialah sekitar pendirian kita terhadap musuh dan kekuatan mereka. 3.3 Ringkasan Kitab Perkara pertama yang diutarakan oleh Mustapha Mahsyur dalam buku ini merupakan persoalan matlamat dan sasaran. Matlamat sebenar seseorang muslim itu ialah mengagungkan kalimah 'La ilaha illAllah' dengan berpegang kepada 4 prinsip asas seorang pejuang Islam iaitu Allah tuhan kami, Al-Qur'an pegangan kami, Jihad jalan kami, dan syahid cita-cita kami. Seorang muslim mukmin yang berjuang mestilah bersih hatinya dari penyakit-penyakit hati yang berupaya melemahkan semangat mereka. Kisah tukang-tukang sihir Firuan yang telah setia kepada Islam selepas mereka beriman membuktikan seorang mukmin perlu mempunyai akidah yang benar di samping keyakinan yang mantap dari ilmu yang benar. Sasaran sebenar jalan dakwah ialah untuk membebaskan watan Ilsami dari sebrang bentuk penjajahan dan menegakkan daulah Islamiyyah . Daulah Islamiyyah adalah lengkap apabila hukum- hukum Islam telah dijalankan secara meyeluruh di sesebuah negara itu. Antara penyelewengan secara individu ialah merasakan cukup dengan pencapaian dakwah yang tidak seberapa dan secara amnya ialah apabila hukum- hukum Ialam itu hanya dilaksanakan pada satu-satunegeri sahaja. Bab kedua telah menghuraikan masalah penglibatan dalam jemaah. Perkara pertama yang harus dijelaskan pada para duat ialah tentang kefahaman sepertimana yang telah digariskan dalam rukun baiah. Perkara kedua ialah tentang sikap bermudah-mudahan dengan mengurangkan tugas jemaah dan amal jamai'e. Terdapat banyak pertubuhan - pertubuhan Islam yang tidak bersatu terutamanya dari segi methodnya maka seseorang
  • 11. 11 harus memlilih jemaah yang mempunyai prinsip-prinsip berikut iaitu adanya manhaj kerja untuk menegakkan daulah Islamiyyah, kefahaman matlamat, visi dan misi yang jelas.Antara bentuk penyelewengan yang lain ialah terdapatnya puak puak kecil di dalam jemaah. Selain itu, terdapat lebih banyak hubungan peribadi daripada hubungan jemaah juga boleh membantutkan kesatuan dalam berjemaah..Sengaja membangkitkan pertelagahan,membebaskan diri daripada baiah, tidak menunaikan rukun baiah, bangga dengan nama jemaah juga merupakan penyelewengan yang harus ditangani. 4.0 ULASAN KITAB BEKALAN DALAM JALAN DAKWAH ( ‫زاد‬‫على‬‫الطريق‬ ) ) Asy-Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa’din, dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya. Selepas itu ke sekolah I’dad di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian di sekolah tsanawiyah di Zaqaziq, setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun. Beliau pindah ke Cairo dan menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di university Al-Azhar Cairo, dan tamat pada tahun 1942. Beliau adalah Syeikh Mustafa Masyhur. Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936.Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah. Di sana beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari ketika di masjid beliau melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah tentang ceramah agama di sebuah masjid lain. Kerana sifat beliau yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama, beliau menghadirkan diri ke majlis itu. Di akhir ceramah , penceramah berkenaan mengumumkan tentang kehadiran seorang lagi tokoh tersohor ke situ untuk menyampaikan ceramah iaitu Imam Hassan Al-Banna. Di pendekkan cerita beliau akhirnya jatuh hati terhadap ceramah dan isu-isu yang dibawa penceramah tersebut.
  • 12. 12 Beliau akhirnya menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936. Beliau telah mengarang banyak kitab-kitab antaranya ialah Zaad ala at-thariq, Al-qudwah ala thariq ad-dakwah, ad-dakwah al-fardiyah, Al-hayah fi mihrab as-shalat al-islam huwal al-hall, min fiqh ad-dakwah, Al-qaid al-qudwah wa mutathallibatuhu baina ar-rabbaniyah wal madiyah, Qadhaya asasiyah ala thariq ad-dakwah at-tiyar al- islami wa dauruhu fi al-bina dan banyak lagi. 4.1 Isi Kandungan Kitab Di dalam kitab ini terbahagi kepada beberapa kandungan iaitu ‘sepanjang jalan dakwah kita memerlukan bekalan, bekalan daripada al-Quran, sirah nabawi, ibadat sembahyang, ibadat puasa, zakat, haji qiamullail, zikir dan doa, jihad, dakwah, persahabatan yang baik’ dan ‘bertafakur tentang ciptaan Allah dan tanda-tanda keagungannya, nikmat-nikmat Allah, alam ghaib yang menunggu kehadiranmu, bertafakur tentang hari akhirat’. 4.2 Ulasan Kitab Di dalam kitab ini banyak memberi petunjuk dan bekalan untuk berdakwah. Setiap musafir di jalanan mesti mempunyai bekalan yang diperlukan sepanjang perjalanannya. Bekalan yang dimilikinya akan menyediakan keperluan-keperluan untuk dia meneruskan perjalanan dan menjayakan matlamat yang dituju dalam musafirnya itu. Jalan dakwah adalah segala-galanya dalam hidup seseorang pendakwah di jalan Allah. Ia merupakan jalan utama yang perlu diberi perhatian. Bekalan pertama ialah bekalan iman yang kuat dan takwa kepada Allah. Allah merupakan sumber setiap kebaikan. Namun dengan murah hati dan rahmat-Nya, Dia menunjukkan kita wahana-wahana dan sumber-sumber yang boleh kita manfaatkan bagi meraih bekalan ini daripada-Nya. Antara bekalan yang paling penting, paling mudah, paling kuat dan paling banyak limpahannya yang disebut di dalam kitab ini juga ialah adalah Kitab Allah Yang Agung. Ia merupakan sumber yang tidak kering daripada terus memberikan bekalan. Oleh itu, jadilah al-Quran hidup dan berjalan di atas muka bumi.
  • 13. 13 Selain itu juga, dalam kitab ini ada mengatakan bahawa berzikir kepada Allah itu satu kebahagiaan yang tiada kebahagiaan yang tiada kebahagiaan lain yang lebih tinggi daripadanya. Ia adalah taqarrub kepada Allah, pengubat kesunyian, ketenangan hati, kelapangan dada dengan hidayatnya, kepercayaan dan keamanan serta menyerahkan segala urusan kepadanya. Tiada lagi perasaan takut, bimbang, serba salah, malang dan celaru. Di dalam kitab ini juga menyatakan bahawa seorang muslim beriman terlebih dahulu, kemudian ia membaca kitab Allah lalu bertambahlah imannya. Inilah jalan golongan salafussalih yang suci yang terdiri daripada sahabat dan tabi’in. Mereka beriman terlebih dahulu tanpa keraguan dan kesangsian. Sehinggalah mereka melaksanakan rukun-rukun Islam bertepatan sepertimana suruhan itu diturunkan dengan tujuan-tujuannya yang tersendiri. Sembahyang mencegah perkara yang dikeji dan kemungkaran; puasa adalah perisai yang menyampaikan kepada ketaqwaan, haji adalah syariat per’ibadatan dan menghasilkan pelbagai manfaat, zakat menyuci dan mengembangkan harta. Orang yang lupa dan tidak mempercayai tuhan tidak akan mengingati Allah kecuali ketika ditimpa musibah atau bencana. Ketika itu mereka akan memanjatkan doa kepada Allah agar menyelamat dan menghindarkan diri mereka daripada kesempitan dan bencana yang menimpa. Malangnya, setelah Allah menyelamatkan mereka daripada malapetaka tersebut, mereka kembali lupa dan ingkar dengan kewujudan Allah. Kitab bekalan di sepanjang jalan dakwah ini juga akan memelihara pemiliknya daripada terpesong di ‘selekoh-selekoh tajam' idea atau gerakan. Dapatkanlah pertolongan dengan bekalan ini nescaya manusia akan berbahagia dengan perlepasan dari apa yang dikhuatirkan. Manusia akan mendapat apa yang anda idam-idamkan. Sesungguhnya Tuhan kamu menyerumu dari atas tujuh lapisan langit dan melalui lembaran-lembaran kitabNya yang mulia menyeru: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan
  • 14. 14 Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah Al-An’am: Ayat 153) Kita memperolehi dari bekalan ini apa yang memantapkan hati. Ianya bukanlah bekalan semata-mata, bahkan merupakan perniagaan yang ditawarkan, berdasarkan ayat-ayat pada penghujung Surah Al-Saff: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (Surah Al-Saff: Ayat 10) Kesimpulannya, bekalan di sepanjang jalan dakwah ini akan menjadi pemiliknya sebagai model yang memahami agamanya dengan kefahaman yang sempurna dan jauh daripada segala kesalahan atau penyelewengan. Mengetahui segala kewajipan dan tanggungjawab yang menjadi tuntutan Islam ke atas dirinya. Ikhlas terhadap Tuhan dan mencari keredaan-Nya dalam segala kerja yang dilakukan. Memahami fasa-fasa amal, objektif-objektif dan wahana-wahana dan tidak membelakangi perkara-perkara tersebut. Berkeyakinan bahawa jihad merupakan jalan para pendukung dakwah. Maka siapkan diri anda. Berkorban pada jalan Allah dengan segala yang dimiliki. Mengambil berat tentang saudara-saudara seislam dan rakan seperjuangan tanpa melepasi tahap paling rendah dalam berukhuwwah iaitu berlapang dada, dan berusaha ke tahap tertinggi atau mendahulukan saudara lain berbanding diri sendiri. Maka marilah sama-sama umat Islam berganding bahu untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini berpandukan kepada kitab-kitab yang telah di karang oleh ulama-ulama terdahulu di samping panduan utama iaitu al-Quran dan as-sunah yang menjadi petunjuk sepanjang zaman.
  • 15. 15 5.0 KITAB QADHAYA ASASIYYAH DALAM DAKWAH ‫قضا‬‫يا‬‫أ‬‫ساسية‬‫على‬ ‫طريق‬‫الدعوة‬ Jalan da’wah adalah jalan yang penuh berkah. Sungguh bagi seorang daiyah tidaklah masalah apakah da’wah itu yang menjadi bagian kita, ataukah justru kita yang menjadi bagiannya. Tetapi yang pasti, kehidupan tidak akan bernilai dan terasa hampa jika kita jauh dari da’wah.Da’wah itu akan senantiasa berjalan dan berlangsung dengan atau tanpa kita ( ‫الدعوة‬‫ستسير‬‫بنا‬‫أو‬‫بغيرنا‬ ). Bila kita tidak bersama da’wah, kita tidak akan dapat mencari yang selainnya dan jika da’wah tidak menjadi bagian kita, ia akan bersama yang selain kita ( ‫إنك‬‫إن‬‫لم‬‫تكن‬‫بهم‬‫فلن‬‫تكون‬‫بغيرهم‬‫وإن‬‫لم‬‫يكونوا‬‫بك‬‫فسيكونون‬ ‫.)بغيرك‬ Nama kitab : Qadhaya Asasiyyah Dalam Dakwah( ‫قضاية‬‫أساسية‬‫على‬‫طريق‬‫الدعوة‬ ) . Penulis kitab Syaikh Mushthafa Masyhur: .Penerbit :Al-I’tishom Cahaya Umat. Dicetak pada Tahun 2002. Bilangan mukasurat : 132 tidak termasuk kulit. 5.1 Biodata Pengarang Asy-Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa’din,dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang tguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya. Selepas itu ke sekolah.I’dad di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian di sekolah tsanawiyah di Zaqaziq, setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun. Beliau pindah ke Cairo dan menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di university Al-Azhar Cairo, dan tamat pada tahun 1942.Beliau adalah Syeikh Mustafa Masyhur. Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936. Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah. Di sana beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari ketika di masjid beliau melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah tentang ceramah agama di sebuah masjid lain.
  • 16. 16 Kerana sifat beliau yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama, beliau menghadirkan diri ke majlis itu. Di akhir ceramah , penceramah berkenaan mengumumkan tentang kehadiran seorang lagi tokoh tersohor ke situ untuk menyampaikan ceramah iaitu Imam Hassan Al-Banna. Di pendekkan cerita beliau akhirnya jatuh hati terhadap ceramah dan isu-isu yang dibawa penceramah tersebut. Beliau akhirnya menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936. 5.2 Ulasan Kitab Kitab ini menjelaskan tentang Pandangan yang jelas ( ‫الرؤية‬‫الواضحة‬ ) .Pertama kali yang harus dimiliki oleh seorang daiyah adalah pandangan yang jelas terhadap jalan da’wah, mengenal petunjuk-petunjuknya serta seluruh yang berkait dengannya. Hal ini membuat ia memiliki kejelasan jalan sejak langkah pertama. Sebaliknya, ketidakjelasan pandangan akan menjadikan ragu dan sangsi terhadap keselamatan perjalanannya. Bahkan akan menyebabkan ia dilanda kegoncangan yang menyebabkan terjadinya penyimpangan dan takut meneruskan perjalanan. Seterusnya tentang Kesinambungan (‫.)اإلستمرارية‬Kenapa banyak lembaga da’wah, jama’ah, organisasi atau parpol tumbuh kuat tapi kemudian melemah dan bubar bahkan tidak sedikit yang bubar sebelum tumbuh kuat. Kesinambungan yang dimaksud di sini adalah tetap adanya orang yang memikul beban da’wah berusaha mewujudkan sasaran-sasarannya ,mewariskannya kepada orang lain. Penulis juga ada menjelaskan tentang Menjaga orisinalitas ( ‫المحافظة‬‫على‬‫األصالة‬ ) agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran, maka ia harus menjaga dan memelihara orisinalitasnya. Sebab sekecil-kecilnya penyimpangan atau berkurangnya orisinalitas pasti akan melahirkan penyimpangan yang semakin besar sejalan dengan kesinambungan, pertumbuhan dan kekuatan yang terus semakin berkembang. Untuk melindungi pemahaman yang benar, Imam Syahid Hasan Al- Banna meletakkan 20 Prinsip ( ‫أصول‬‫العشرين‬ ). Tidak dapat dibayangkan sasaran besar (tegaknya agama Allah di bumi dan Daulah Islmiyah Alamiyah yang dipimpin sistem khilafah) akan tercapai, kendati dengan mempersembahkan nyawa dan mengorbankan apa saja, dengan pemahaman yang salah terhadap Islam.
  • 17. 17 Selain itu juga menerangkan tentang Perencanaan dan pengembangan ( ‫التخطيط‬ ‫)والتطوير‬ untuk mencapai sasaran, Amal Islami harus berjalan dengan perencanaan yang teliti, tidak boleh asal-asalan dalam menentukan sasaran, kemudian membagi sasaran antaranya dan menentukan skala prioritasnya ,mengkaji kondisi yang berkembang, mengetahui segala potensi yang dimiliki dan potensi apa yang sudah terpenuhi dan yang harus terpenuhi, menentukan langkah dan program dalam mewujudkan setiap sasaran, menentukan sarana, prasarana dan aparat serta personil pelaksananya. Penulis juga membicarakan mengenai Kesatuan pandangan ( ‫جمع‬‫كلمة‬‫المسلمين‬ ) iaitu realita kaum Muslimin: terkotak-kotak dan berserakan dalam berbagai parpol dan perkumpulan keagamaan. Jalan pertama untuk menyatukan: usaha menghidupkan akidah Islamiyah di dalam diri dan membangkitkan keimanan di dalam hati. Kemudian memperkenalkan kaum Muslimin akan hakikat agama Islam, keagungan dan kesyumulannya. Untuk mencapainya diperlukan kesabaran dan keteguhan dan menghindari penggunaan agitasi dan pemberontakan. Berkenaan dengan perkumpulan keagamaan yang bekerja untuk mewujudkan satu atau beberapa aspek Islam, kita menghadapinya laksana seorang dokter atau sebatang pohon (mangga) dan berusaha menyatukan pandangan dan barisan dengan berpadukan kaidah: “kita bekerja sama dalam hal-hal yang sama-sama kita sepakati dan saling menghargai terhadap hal-hal yang di antara kita berbeda ( ‫نتعاون‬‫فيما‬‫اتفقنا‬‫عليه‬ ‫ويعذر‬‫بعضنا‬‫بعضا‬‫فيما‬‫إختلفنا‬‫فيه‬ )”. Tambahan pula penulis menekankan bagaimana bekerja dalam lapangan da’wah ( ‫العمل‬‫في‬‫مجال‬‫الدعوة‬ ) .Karakter da’wah Islam: lebih mementingkan segi amaliyah dari pada di’ayah (kampanye) dan propaganda. Urutan daerah da’wah: khayal à kata-kata à amal à jihad dan amal yang serius untuk memikul beban dan melaksanakan aktifitas da’wah yang medannya semakin luas dan aktifitasnya semakin beragam serta membutuhkan waktu dan tenaga besar, diperlukan orang yang memusatkan seluruh hidupnya untuk da’wah dan siap menghadapi berbagai kesulitan perjalanan da’wah. Ingat bahwa seorang da’iyah adalah orang yang hati dan pikirannya selalu sibuk dengan urusan da’wah ( ‫الداعية‬:‫اشتغال‬‫العقول‬‫والقلوب‬‫بالدعوة‬ ).
  • 18. 18 Perkara yang terakhir yang dijelaskan dalam kitab tersebut ialah mengenai Pewarisan dan regenerasi ( ‫ا‬‫لتوريث‬‫والتحام‬‫األجيال‬ ).Sasaran besar yang sudah dicanangkan pencapaiannya tidak cukup hanya melalui satu generasi, tetapi melalui beberapa generasi. Untuk mencapainya jelas memerlukan pentahapan dan beberapa fase. Karena itu pewarisan da’wah adalah sangat penting. Pewarisan itu mencakup: tujuan, sasaran, wasilah, seluruh orisinalitas dan pengalamannya secara utuh dari generasi ke generasi, tanpa perubahan atau penyimpangan.Setelah Daulah Utsmaniyah runtuh muncul berbagai khilaf dan peperangan antar-sesama pemerintahan Islam. Dunia Islam mengalami perubahan berupa kemorosotan menuju kehancuran yang cepat. Allah SWT kemudian memunculkan para du’at yang kemudian membentuk gerakan-gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin. Dewasa ini muncul pemuda dan pemudi Muslim yang konsisten dengan Islam.Di bawah naungan mu’ayasyah dan regenerasi kebijakan dan pengalaman orang tua dakan menyatu dengan dinamika dan kekuatan pemuda. Muncullah peribadi-pribadi yang memiliki kekuatan semangat pemuda.
  • 19. 19 6.0 PENUTUP Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi. Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita.