SYEIKH NAWAWI AL - BANTANI

7,948 views

Published on

SYEIKH NAWAWI AL - BANTANI

  1. 1. SYEIKH NAWAWI AL BANTANI ( Digelar Imam Nawawi Kedua)NAMA Imam Nawawi tidak asing lagi bagi dunia Islam terutama dalam lingkungan ulama-ulamaSyafiiyah. Ulama ini sangat terkenal kerana banyak karangannya yang dikaji pada setiap zamandari dahulu sampai sekarang. Pada penghujung abad ke-18 lahir pula seorang yang bernamaNawawi di Banten, Jawa Barat. Setelah dia menuntut ilmu yang sangat banyak, mensyarah kitab-kitab bahasa Arab dalam pelbagai disiplin ilmu yang sangat banyak pula, maka dia digelar ImamNawawi ats-Tsani, ertinya Imam Nawawi Yang Kedua. Orang pertama memberi gelaran demikianialah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.Gelaran yang diungkapkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dalam seuntai gubahan syairnya ituakhirnya diikuti oleh semua orang yang menulis riwayat ulama yang berasal dari Banten itu. Sekianbanyak ulama dunia Islam sejak sesudah Imam Nawawi yang pertama (wafat 676 Hijrah/1277Masehi) sampai sekarang ini belum ada orang lain yang mendapat gelaran Imam Nawawi ats-Tsani,kecuali Syeikh Nawawi, ulama kelahiran Banten yang dibicarakan ini. Rasanya gelaran demikianmemang dipandang layak, tidak ada ulama sezaman dengannya mahupun sesudahnya yangmempertikai autoritinya dalam bidang ilmiah keislaman menurut metode tradisional yang telah wujudzaman berzaman dan berkesinambungan.Sungguhpun Syeikh Nawawi ats-Tsani al-Bantani diakui alim dalam semua bidang ilmu keislaman,namun dalam dunia at-thariqah ash-shufiyah, gurunya Syeikh Ahmad Khathib Sambas tidakmelantik beliau sebagai seorang mursyid Thariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah, tetapi yang dilantikialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani, iaitu ayah saudara kepada Syeikh Nawawi al-Bantani, yangsama-sama menerima thariqat itu kepada Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Apakah sebabnya terjadidemikian hanya diketahui oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas dan Syeikh Nawawi al-Bantani.
  2. 2. Syeikh Nawawi al-Bantani mematuhi peraturan yang diberikan itu, sehingga beliau tidak pernahmentawajuh/membaiah seseorang muridnya walaupun memang ramai murid beliau yang menjadiulama besar yang berminat dalam bidang keshufian.LAHIR DAN PENDIDIKANNama lengkapnya adalah Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi al-Bantani.Beliau adalah anak sulung seorang ulama Banten, Jawa Barat, lahir pada tahun 1230 Hijrah/1814Masehi di Banten dan wafat di Mekah tahun 1314 Hijrah/1897 Masehi. Ketika kecil, beliau sempatbelajar kepada ayahnya sendiri, dan di Mekah belajar kepada beberapa ulama terkenal pada zamanitu, di antara mereka yang dapat dicatat adalah sebagai berikut: Syeikh Ahmad an-Nahrawi, SyeikhAhmad ad-Dumyati, Syeikh Muhammad Khathib Duma al-Hanbali, Syeikh Muhammad bin SulaimanHasbullah al-Maliki, Syeikh Zainuddin Aceh, Syeikh Ahmad Khathib Sambas, Syeikh Syihabuddin,Syeikh Abdul Ghani Bima, Syeikh Abdul Hamid Daghastani, Syeikh Yusuf Sunbulawani, SyeikhahFatimah binti Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Syeikh Yusuf bin Arsyad al-Banjari, Syeikh AbdusShamad bin Abdur Rahman al-Falimbani, Syeikh Mahmud Kinan al-Falimbani, Syeikh Aqib binHasanuddin al-Falimbani. Demikian saja para gurunya yang dapat dicatat daripada berbagai-bagaisumber, dan berkemungkinan banyak yang belum dapat dicatat di sini.Dipercayai beliau datang ke Mekah dalam usia 15 tahun dan selanjutnya setelah menerima pelbagaiilmu di Mekah, beliau meneruskan pelajarannya ke Syam (Syiria) dan Mesir. Setelah keluar dariMekah kerana menuntut ilmu yang tidak diketahui berapa lamanya, lalu beliau kembali lagi keMekah. Keseluruhan masa beliau tinggal di Mekah dari mulai belajar, mengajar dan mengaranghingga sampai kemuncak kemasyhurannya lebih dari setengah abad lamanya. Diriwayatkanbahawa setiap kali beliau mengajar di Masjidil Haram sentiasa dikelilingi oleh pelajar yang tidakkurang daripada dua ratus orang. Kerana sangat terkenalnya beliau pernah diundang ke Universitial-Azhar, Mesir untuk memberi ceramah atau fatwa-fatwa pada beberapa perkara yang tertentu.Belum jelas tahun berapa beliau diundang oleh ahli akademik di Universiti al-Azhar itu, namundifahamkan bahawa beliau sempat bertemu dengan seorang ulama terkenal di al-Azhar (ketika itusebagai Syeikhul Azhar), iaitu Syeikh Ibrahim al-Baijuri (wafat 1860 Masehi) yang sangat tua danlumpuh kerana tuanya. Kemungkinan Syeikh Ibrahim al-Baijuri, Syeikhul Azhar yang terkenal itutermasuk salah seorang di antara guru kepada Syeikh Nawawi al-Bantani.MURID MURIDDiriwayatkan bahawa Syeikh Nawawi al-Bantani mengajar di Masjidil Haram menggunakan bahasaJawa dan Sunda ketika memberi keterangan terjemahan kitab-kitab bahasa Arab. Barangkali ulamaBanten yang terkenal itu kurang menguasai bahasa Melayu yang lebih umum dan luas digunakanpada zaman itu. Oleh sebab kurang menguasai bahasa Melayu, maka tidak berapa ramai muridnyayang berasal dari luar pulau Jawa (seperti Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu dan Patani).Tetapi Tok Kelaba al-Fathani menyebut bahawa beliau menerima satu amalan wirid daripada SyeikhAbdul Qadir bin Mustafa al-Fathani, dan Syeikh Abdul Qadir itu menerimanya daripada Syeikh
  3. 3. Nawawi al-Bantani. Syeikh Abdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya II) sebenarnya bukanperingkat murid kepada Syeikh Nawawi al-Bantani tetapi adalah peringkat sahabatnya. SyeikhNawawi al-Bantani (1230 Hijrah/1814 Masehi) lebih tua sekitar empat tahun saja daripada SyeikhAbdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya II, 1234 Hijrah/1817 Masehi). Adapun murid SyeikhNawawi al-Bantani di pulau Jawa yang menjadi ulama yang terkenal sangat ramai, di antara merekaialah, Kiyai Haji Hasyim Asyari, Pengasas Pondok Pesantren Tebuireng, Jawa Timur, bahkan beliauini dianggap sebagai bapa ulama Jawa dan termasuk pengasas Nahdhatul Ulama. Murid SyeikhNawawi al-Bantani yang terkenal pula ialah Kiyai Haji Raden Asnawi di Kudus, Jawa Tengah, KiyaiHaji Tubagus Muhammad Asnawi di Caringin, Purwokerto, Jawa Barat, Syeikh MuhammadZainuddin bin Badawi as-Sumbawi, Syeikh Abdus Satar bin Abdul Wahhab as-Shidqi al-Makki,Sayid Ali bin Ali al-Habsyi al-Madani dan ramai lagi. Kyai Kholil Bangkalan,Madura
  4. 4. Syech Tubagus Ahmad Bakri, Purwakarta K.H. Hasyim Asy’ariSalah seorang cucunya, yang juga mendapat pendidikan sepenuhnya daripada beliau ialah SyeikhAbdul Haq bin Abdul Hannan al-Jawi al-Bantani (1285 Hijrah/1868 Masehi - 1324 Hijrah/1906Masehi). Pada halaman pertama Al-Aqwalul Mulhaqat, Syeikh Abdul Haq al-Bantani menyebutbahawa Syeikh Nawawi al-Bantani adalah orang tuanya (Syeikhnya), orang yang memberi petunjukdan pembimbingnya. Pada bahagian kulit kitab pula beliau menulis bahawa beliau adalah `sibthun(cucu) an-Nawawi Tsani. Selain orang-orang yang tersebut di atas, sangat ramai murid Syeikh
  5. 5. Nawawi al-Bantani yang memimpin secara langsung barisan jihad di Cilegon melawan penjajahanBelanda pada tahun 1888 Masehi. Di antara mereka yang dianggap sebagai pemimpin pemberontakCelegon ialah: Haji Wasit, Haji Abdur Rahman, Haji Haris, Haji Arsyad Thawil, Haji Arsyad Qasir,Haji Aqib dan Tubagus Haji Ismail. Semua mereka adalah murid Syeikh Nawawi al-Bantani yangdikaderkan di Mekah.KARYA KARYABerapa banyakkah karya Syeikh Nawawi ats-Tsani al-Bantani yang sebenarnya belum diketahuidengan pasti. Barangkali masih banyak yang belum masuk dalam senarai yang ditulis oleh penulis-penulis sebelum ini. Saya telah memiliki karya ulama Banten ini sebanyak 30 judul. Judul yang telahsaya masukkan dalam buku berjudul Katalog Besar Persuratan Melayu, sebanyak 44 judul. Semuakarya Syeikh Nawawi al-Bantani ditulis dalam bahasa Arab dan merupakan syarahan daripadakarya orang lain. Belum ditemui walau sebuah pun karyanya yang diciptakan sendiri. Juga belumditemui karyanya dalam bahasa Melayu, Jawa ataupun Sunda. Oleh sebab kekurangan ruangan diantara 44 judul di bawah ini saya catat sekadarnya saja, ialah:1. Targhibul Musytaqin, selesai Jumaat, 13 Jamadilakhir 1284 Hijrah/1867 Masehi. Cetakan awalMathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1311 Hijrah.2. Fat-hus Shamadil `Alim, selesai awal Jamadilawal 1286 Hijrah/1869 Masehi. Dicetak olehMathbaah Daril Kutubil Arabiyah al-Kubra, Mesir 1328 Hijrah.3. Syarah Miraqil `Ubudiyah, selesai 13 Zulkaedah 1289 Hijrah/1872 Masehi. Cetakan pertamaMathbaah al-Azhariyah al-Mashriyah, Mesir 1308 Hijrah.4. Madarijus Suud ila Iktisail Burud, mulai menulis 18 Rabiulawal 1293 Hijrah/1876 Masehi. Dicetakoleh Mathbaah Mustafa al-Baby al-Halaby, Mesir, akhir Zulkaedah 1327 Hijrah.5. Hidayatul Azkiya ila Thariqil Auliya, mulai menulis 22 Rabiulakhir 1293 Hijrah/1876 Masehi,selesai 13 Jamadilakhir 1293 Hijrah/1876 Masehi. Diterbitkan oleh Mathbaah Ahmad bin Saad binNabhan, Surabaya, tanpa menyebut tahun penerbitan.6. Fat-hul Majid fi Syarhi Durril Farid, selesai 7 Ramadan 1294 Hijrah/1877 Masehi. Cetakanpertama oleh Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1304 Hijrah.7. Bughyatul `Awam fi Syarhi Maulidi Saiyidil Anam, selesai 17 Safar 1294 Hijrah/1877 Masehi.Dicetak oleh Mathbaah al-Jadidah al-Amirah, Mesir, 1297 Hijrah.8. Syarah Tijanud Darari, selesai 7 Rabiulawal 1297 Hijrah/1879 Masehi. Cetakan pertama olehMathbaah `Abdul Hamid Ahmad Hanafi, Mesir, 1369 Masehi.9. Syarah Mishbahu Zhulmi `alan Nahjil Atammi, selesai Jamadilawal 1305 Hijrah/1887 Masehi.Cetakan pertama oleh Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1314 Hijrah atas biaya saudarakandung pengarang, iaitu Syeikh Abdullah al-Bantani.
  6. 6. 10. Nasha-ihul `Ibad, selesai 21 Safar 1311 Hijrah/1893 Masehi. Cetakan kedua oleh Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1323 Hijrah.11. Al-Futuhatul Madaniyah fisy Syubil Imaniyah, tanpa tarikh. Dicetak di bahagian tepi kitabnombor 10, oleh Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1323 Hijrah.12. Hilyatus Shibyan Syarhu Fat-hir Rahman fi Tajwidil Quran, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathbaahal-Miriyah, Mekah, 1332 Hijrah.13. Qatrul Ghaits fi Syarhi Masaili Abil Laits, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathbaah al-Miriyah, Mekah,1321 Hijrah.14. Mirqatu Suudi Tashdiq Syarhu Sulamit Taufiq, tanpa tarikh. Cetakan pertama oleh Mathbaah al-Miriyah, Mekah 1304 Hijrah.15. Ats-Tsimarul Yaniah fir Riyadhil Badiah, tanpa tarikh. Cetakan pertama oleh Mathbaah al-Bahiyah, Mesir, Syaaban 1299 Hijrah. Dicetak juga oleh Mathbaah Mustafa al-Baby al-Halaby,Mesir, 1342 Hijrah.16. Tanqihul Qaulil Hatsits fi Syarhi Lubabil Hadits, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathbaah Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah, Mesir, tanpa tarikh.17.Bahjatul Wasail bi Syarhi Masail, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathbaah al-Haramain, Singapura-Jeddah, tanpa tarikh.18. Fat-hul Mujib Syarhu Manasik al- Allamah al-Khatib, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathbaah at-Taraqqil Majidiyah, Mekah, 1328 Hijrah.19. Nihayatuz Zain Irsyadil Mubtadi-in, tanpa tarikh. Diterbitkan oleh Syarikat al-Maarif, Bandung,Indonesia, tanpa tarikh.20. Al-Fushushul Yaqutiyah `alar Raudhatil Bahiyah fi Abwabit Tashrifiyah, tanpa tarikh. Dicetak olehMathbaah al-Bahiyah, Mesir, awal Syaaban 1299 Hijrah.Penyumbang Ilmu FiqhSyekh Nawawi termasuk ulama tradisional besar yang telah memberikan sumbangan sangatpenting bagi perkembangan ilmu fiqh di Indonesia. Mereka memperkenalkan dan menjelaskan,melalui syarah yang mereka tulis, berbagai karya fiqh penting dan mereka mendidik generasi ulamayang menguasai dan memberikan perhatian kepada fiqh.Ia menulis kitab fiqh yang digunakan secara luas, Nihayat al-Zain. Kitab ini merupakan syarah kitab
  7. 7. Qurrat al-„Ain, yang ditulis oleh ulama India Selatan abad ke-16, Zain ad-Din al-Malibari (w. 975 M).ulama India ini adalah murid Ibnu Hajar al-haitami (wafat 973 M), penulis Tuhfah al-Muhtaj, tetapiQurrat dan syarah yag belakangan ditulis al-Malibari sendiri tidak didasarkan pada Tuhfah.Qurrat al-„Ain belakangan dikomentari dan ditulis kembali oleh pengarangnya sendiri menjadi Fathal-Muin. Dua orang yang sezaman dengan Syekh Nawawi Banten di Makkah tapi lebih mudausianya menulis hasyiyah (catatan) atas Fath al-Mu‟in. Sayyid Bakri bin Muhammad Syatha al-Dimyathi menulis empat jilid I‟aanah at-Thalibbin yang berisikan catatan pengarang dan sejumlahfatwa mufti Syafi‟i di Makkah saat itu, Ahmad bin Zaini Dahlan. Inilah kitab yang popular sebagairujukan utama.Syekh Nawawi Banten juga menulis dalam bahasa Arab Kasyifah as-Saja‟, syarah atas dua karyalain yang juga penting dalam ilmu fiqh. Yang satu teks pengantar Sullamu at-Taufiq yang ditulis oleh„Abdullah bin Husain bin Thahir Ba‟lawi (wafat 1272 H/ 1855 M). yang lain ialah Safinah an-Najahditulis oleh Salim bin Abdullah bin Samir, ulama Hadrami yang tinggal di Batavia (kini: Jakarta) padapertengahan abad ke-19.Kitab daras (text book) ar-Riyadh al Badi‟ah fi Ushul ad-Din wa Ba‟dh Furu‟ asy-Syari‟ah yangmembahas butir pilihan ajaran dan kewajiban agama diperkenalkan oleh Kyai Nawawi Banten padakaum muslimin Indonesia. Tak banyak diketahui tentang pengarangnya, Muhammad Hasbullah.Barangkali ia sezaman dengan atau sedikit lebih tua dari Syekh Nawawi banten. Ia terutama dikenalkarena syarah Nawawi, Tsamar al-Yani‟ah. Karyanya hanya dicetak di pinggirnya.Sullam al-Munajat merupakan syarah Nawawi atas pedoman ibadah Safinah ash-Shalah karanganAbdullah bin „Umar al-Hadrami, sedangkan Tausyih Ibn Qasim merupakan komentarnya atas Fathal-Qarib. Walau bagaimanapun, masih banyak yang belum kita ketahui tentang Syekh NawawiBanten. (ditulis oleh Martin Muntadhim S.M.)NasionalismeTiga tahun bermukim di Mekah, beliau pulang ke Banten. Sampai di tanah air beliau menyaksikanpraktek-praktek ketidakadilan, kesewenang-wenangan dan penindasan dari Pemerintah HindiaBelanda. Ia melihat itu semua lantaran kebodohan yang masih menyelimuti umat. Tak ayal, gelorajihadpun berkobar. Beliau keliling Banten mengobarkan perlawanan terhadap penjajah. Tentu sajaPemerintah Belanda membatasi gara-geriknya. Beliau dilarang berkhutbah di masjid-masjid. Bahkanbelakangan beliau dituduh sebagai pengikut Pangeran Diponegoro yang ketika itu memang sedangmengobarkan perlawanan terhadap penjajahan Belanda (1825- 1830 M).Sebagai intelektual yang memiliki komitmen tinggi terhadap prinsip-prinsip keadilan dan kebenaran,apa boleh buat Syaikh Nawawi terpaksa menyingkir ke Negeri Mekah, tepat ketika perlawananPangeran Diponegoro padam pada tahun 1830 M. Ulama Besar ini di masa mudanya jugamenularkan semangat Nasionalisme dan Patriotisme di kalangan Rakyat Indonesia. Begitulahpengakuan Snouck Hourgronje. Begitu sampai di Mekah beliau segera kembali memperdalam ilmuagama kepada guru-gurunya. Beliau tekun belajar selama 30 tahun, sejak tahun 1830 hingga 1860M. Ketika itu memang beliau berketepatan hati untuk mukim di tanah suci, satu dan lain hal untuk
  8. 8. menghindari tekanan kaum penjajah Belanda. Nama beliau mulai masyhur ketika menetap di Syiib„Ali, Mekah. Beliau mengajar di halaman rumahnya. Mula-mula muridnya cuma puluhan, tapi makinlama makin jumlahnya kian banyak. Mereka datang dari berbagai penjuru dunia. Maka jadilahSyaikh Nawawi al-Bantani al-Jawi sebagai ulama yang dikenal piawai dalam ilmu agama, terutamatentang tauhid, fiqih, tafsir, dan tasawwuf.Nama beliau semakin melejit ketika beliau ditunjuk sebagai pengganti Imam Masjidil Haram, SyaikhKhâtib al-Minagkabawi. Sejak itulah beliau dikenal dengan nama resmi „Syaikh Nawawi al-Bantanial-Jawi.‟ Artinya Nawawi dari Banten, Jawa. Piawai dalam ilmu agama, masyhur sebagai ulama.Tidak hanya di kota Mekah dan Medinah saja beliau dikenal, bahkan di negeri Mesir nama beliaumasyhur di sana. Itulah sebabnya ketika Indonesia memproklamirkan kemerdekaannya. Mesirnegara yang pertama-tama mendukung atas kemerdekaan Indonesia.Syaikh Nawawi masih tetap mengobarkan nasionalisme dan patriotisme di kalangan para muridnyayang biasa berkumpul di perkampungan Jawa di Mekah. Di sanalah beliau menyampaikanperlawanannya lewat pemikiran-pemikirannya. Kegiatan ini tentu saja membuat pemerintah HindiaBelanda berang. Tak ayal, Belandapun mengutus Snouck Hourgronje ke Mekah untuk menemuibeliau.Ketika Snouck–yang kala itu menyamar sebagai orang Arab dengan nama „Abdul Ghafûr-bertanya:“Mengapa beliau tidak mengajar di Masjidil Haram tapi di perkampungan Jawa?”.Dengan lembut Syaikh Nawawi menjawab:“Pakaianku yang jelek dan kepribadianku tidak cocok dan tidak pantas dengan keilmuan seorangprofessor berbangsa Arab”.Lalu kata Snouck lagi:”Bukankah banyak orang yang tidak sepakar seperti anda akan tetapi juga mengajar di sana?”.Syaikh Nawawi menjawab :“Kalau mereka diizinkan mengajar di sana, pastilah mereka cukup berjasa".Dari beberapa pertemuan dengan Syaikh Nawawi, Orientalis Belanda itu mengambil beberapakesimpulan. Menurutnya, Syaikh Nawawi adalah Ulama yang ilmunya dalam, rendah hati, tidakcongkak, bersedia berkorban demi kepentingan agama dan bangsa. Banyak murid-muridnya yang dibelakang hari menjadi ulama, misalnya K.H. Hasyim Asy‟ari (Pendiri Nahdhatul Ulama), K.H. AhmadDahlan (Pendiri Muhammadiyah), K.H. Khalil Bangkalan, K.H. Asnawi Kudus, K.H. Tb. BakriePurwakarta, K.H. Arsyad Thawil, dan lain-lainnya.Konon, K.H. Hasyim Asy‟ari saat mengajar santri-santrinya di Pesantren Tebu Ireng seringmenangis jika membaca kitab fiqih Fath al-Qarîb yang dikarang oleh Syaikh Nawawi. Kenangan
  9. 9. terhadap gurunya itu amat mendalam di hati K.H. Hasyim Asy‟ari hingga haru tak kuasa ditahannyasetiap kali baris Fath al-Qarib ia ajarkan pada santri-santrinya.Syaikh Nawawi al-Bantani al-Jawi menikah dengan Nyai Nasimah, gadis asal Tanara, Banten dandikaruniai 3 anak: Nafisah, Maryam, Rubi‟ah. Sang istri wafat mendahului beliau.Gelar-GelarBerkat kepakarannya, beliau mendapat bermacam-macam gelar. Di antaranya yang diberikan olehSnouck Hourgronje, yang menggelarinya sebagai Doktor Ketuhanan. Kalangan Intelektual masa itujuga menggelarinya sebagai al-Imam wa al-Fahm al-Mudaqqiq (Tokoh dan pakar denganpemahaman yang sangat mendalam). Syaikh Nawawi bahkan juga mendapat gelar yang luar biasasebagaia al-Sayyid al-„Ulama al-Hijâz (Tokoh Ulama Hijaz). Yang dimaksud dengan Hijaz ialahJazirah Arab yang sekarang ini disebut Saudi Arabia. Sementara para Ulama Indonesiamenggelarinya sebagai Bapak Kitab Kuning Indonesia.KaramahKonon, pada suatu waktu pernah beliau mengarang kitab dengan menggunakan telunjuk beliausebagai lampu, saat itu dalam sebuah perjalanan. Karena tidak ada cahaya dalam syuqduf yaknirumah-rumahan di punggung unta, yang beliau diami, sementara aspirasi tengah kencang mengisikepalanya. Syaikh Nawawi kemudian berdoa memohon kepada Allah Ta‟ala agar telunjuk kirinyadapat menjadi lampu menerangi jari kanannya yang untuk menulis. Kitab yang kemudian lahirdengan nama Marâqi al-„Ubudiyyah syarah Matan Bidâyah al-Hidayah itu harus dibayar beliaudengan cacat pada jari telunjuk kirinya. Cahaya yang diberikan Allah pada jari telunjuk kiri beliau itumembawa bekas yang tidak hilang. Karamah beliau yang lain juga diperlihatkannya di saatmengunjungi salah satu masjid di Jakarta yakni Masjid Pekojan. Masjid yang dibangun oleh salahseorang keturunan cucu Rasulullah saw Habib Utsmân bin „Agîl bin Yahya al-„Alawi, Ulama danMufti Betawi (sekarang ibukota Jakarta), itu ternyata memiliki kiblat yang salah. Padahal yangmenentukan kiblat bagi mesjid itu adalah Sayyid Utsmân sendiri.Tak ayal , saat seorang anak remaja yang tak dikenalnya menyalahkan penentuan kiblat, kagetlahSayyid Utsmân. Diskusipun terjadi dengan seru antara mereka berdua. Sayyid Utsmân tetapberpendirian kiblat Mesjid Pekojan sudah benar. Sementara Syaikh Nawawi remaja berpendapatarah kiblat mesti dibetulkan. Saat kesepakatan tak bisa diraih karena masing-masingmempertahankan pendapatnya dengan keras, Syaikh Nawawi remaja menarik lengan baju lenganSayyid Utsmân. Dirapatkan tubuhnya agar bisa saling mendekat. “Lihatlah Sayyid!, itulah Ka‟bah tempat Kiblat kita. Lihat dan perhatikanlah! Tidakkah Ka?bah ituterlihat amat jelas? Sementara Kiblat masjid ini agak kekiri. Maka perlulah kiblatnya digeser kekanan agar tepat menghadap ke Ka‟bah". Ujar Syaikh Nawawi remaja.Sayyid Utsmân termangu. Ka‟bah yang ia lihat dengan mengikuti telunjuk Syaikh Nawawi remajamemang terlihat jelas. Sayyid Utsmân merasa takjub dan menyadari , remaja yang bertubuh kecil di
  10. 10. hadapannya ini telah dikaruniai kemuliaan, yakni terbukanya nur basyariyyah. Dengan karamah itu,di manapun beliau berada Ka‟bah tetap terlihat. Dengan penuh hormat, Sayyid Utsmân langsungmemeluk tubuh kecil beliau. Sampai saat ini, jika kita mengunjungi Masjid Pekojan akan terlihatkiblat digeser, tidak sesuai aslinya.Telah menjadi kebijakan Pemerintah Arab Saudi bahwa orang yang telah dikubur selama setahunkuburannya harus digali. Tulang belulang si mayat kemudian diambil dan disatukan dengan tulangbelulang mayat lainnya. Selanjutnya semua tulang itu dikuburkan di tempat lain di luar kota. Lubangkubur yang dibongkar dibiarkan tetap terbuka hingga datang jenazah berikutnya terus silih berganti.Kebijakan ini dijalankan tanpa pandang bulu. Siapapun dia, pejabat atau orang biasa, saudagarkaya atau orang miskin, sama terkena kebijakan tersebut. Inilah yang juga menimpa makam SyaikhNawawi. Setelah kuburnya genap berusia satu tahun, datanglah petugas dari pemerintah kota untukmenggali kuburnya. Tetapi yang terjadi adalah hal yang tak lazim. Para petugas kuburan itu takmenemukan tulang belulang seperti biasanya. Yang mereka temukan adalah satu jasad yang masihutuh. Tidak kurang satu apapun, tidak lecet atau tanda-tanda pembusukan seperti lazimnya jenazahyang telah lama dikubur. Bahkan kain putih kafan penutup jasad beliau tidak sobek dan tidak lapuksedikitpun.Terang saja kejadian ini mengejutkan para petugas. Mereka lari berhamburan mendatangiatasannya dan menceritakan apa yang telah terjadi. Setelah diteliti, sang atasan kemudianmenyadari bahwa makam yang digali itu bukan makam orang sembarangan. Langkah strategis laludiambil. Pemerintah melarang membongkar makam tersebut. Jasad beliau lalu dikuburkan kembaliseperti sediakala. Hingga sekarang makam beliau tetap berada di Ma‟la, Mekah.Demikianlah karamah Syaikh Nawawi al-Bantani al-Jawi. Tanah organisme yang hidup di dalamnyasedikitpun tidak merusak jasad beliau. Kasih sayang Allah Ta‟ala berlimpah pada beliau. KaramahSyaikh Nawawi yang paling tinggi akan kita rasakan saat kita membuka lembar demi lembar TafsîrMunîr yang beliau karang. Kitab Tafsir fenomenal ini menerangi jalan siapa saja yang inginmemahami Firman Allah swt. Begitu juga dari kalimat-kalimat lugas kitab fiqih, Kâsyifah al-Sajâ,yang menerangkan syariat. Begitu pula ratusan hikmah di dalam kitab Nashâih al-„Ibâd. Sertaratusan kitab lainnya yang akan terus menyirami umat dengan cahaya abadi dari buah tanganbeliau.WafatMasa selama 69 tahun mengabdikan dirinya sebagai guru Umat Islam telah memberikanpandangan-pandangan cemerlang atas berbagai masalah umat Islam. Syaikh Nawawi wafat diMekah pada tanggal 25 syawal 1314 H/ 1897 M. Tapi ada pula yang mencatat tahun wafatnya padatahun 1316 H/ 1899 M. Makamnya terletak di pekuburan Mala di Mekah. Makam beliaubersebelahan dengan makam anak perempuan dari Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq, Asma? binti AbûBakar al-Siddîq.

×