SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
Muhd Fauzi Aminuddin Shazi Shaarani, Aini Hussain,
Mohd Faisal Ibrahim, Salina Abdul Samad & Mohd Marzuki Mustafa
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan
para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam
kecanggihan teknologi bidang kejuruteraan yang mengalami inovasi pantas dan
berterusan, kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar juga harus
berada di landasan sama dengan perubahan arus teknologi terkini. Kertas kerja ini
membincangkan pengalaman serta amalan tenaga akademik di Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES), UKM dalam melaksanakan beberapa
teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran baru. Kaedah-kaedah tersebut ialah
pengajaran berpasukan (TT – Team Teaching), kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan
penilaian rakan kumpulan (PRK). Kaedah pengajaran berpasukan telah
menggabungkan tenaga pengajar berpengalaman dan baru dalam sesebuah subjek.
Kaedah ini sebagai langkah bagi memperoleh manfaat maksimum dari gabungan dua
generasi kakitangan akademik. Melalui kaedah TT, kakitangan akademik juga dapat
memberi lebih tumpuan kepada bidang penyelidikan masing-masing. Seterusnya,
kaedah pembelajaran jigsaw yang terbukti berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran turut dilaksanakan. Kaedah kritikan terbuka pula memberi peluang
kepada pelajar untuk memperbaiki kebolehan berkomunikasi secara spontan di
khalayak ramai. Pengajar boleh memberi kritikan membina supaya pelajar dapat
memperbaiki kelemahan-kelemahan secara terus dan kaedah ini merupakan satu
proses melengkapkan gelung untuk tujuan penambahbaikan. Selain itu, penilaian
rakan kumpulan (PRK) juga diadakan dalam kursus-kursus terpilih bagi pelajar
menilai rakan sekumpulan sebagai memenuhi keperluan kompetensi kemahiran
generik kerja kumpulan. Semua kaedah ini terbukti telah membantu memantapkan
penilaian sumatif yang merangkumi komponen peperiksaan, kuiz, makmal, dan
tugasan.
Kata kunci: Pengajaran berpasukan, kaedah jigsaw, kritikan terbuka, penilaian
kendiri pelajar, penilaian rakan kumpulan
PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah universiti sentiasa mengalami evolusi,
sejajar dengan keperluan semasa. Dengan wujudnya konsep pembelajaran berasaskan
masalah (Problem Based Learning – PBL) dan Pendidikan Berasaskan Hasil
(Outcome Based Education – OBE), teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran telah
diadaptasikan berlandaskan kepada dua konsep ini. Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Elektronik dan Sistem (JKEES), teknik-teknik yang telah diperkenalkan bagi
membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
termasuk pengajaran berpasukan (TT – Team Teaching), kaedah jigsaw, kritikan
terbuka, dan penilaian rakan kumpulan (PRK). Dengan kaedah-kaedah ini, ianya
dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak dalam kursus-kursus yang diajar di JKEES.
PENGAJARAN BERPASUKAN
TT merupakan satu kaedah pengajaran yang menggabungkan dua orang atau lebih
pensyarah dalam sesebuah kursus (Buckley F.J, t.th). Kebiasaannya, gabungan
melibatkan dua orang pensyarah iaitu seorang yang berpengalaman akan
digandingkan dengan pensyarah yang baru. Kaedah ini mula diperkenalkan pada
Semester II, Tahun 2007/2008 dalam beberapa kursus, antaranya Kejuruteraan
Kawalan dan Kejuruteraan Kuasa.
Dengan adanya kaedah TT ini, pensyarah berpengalaman dapat memberi tumpuan
yang lebih kepada bidang penyelidikan yang dijalankan oleh beliau. Ini kerana setiap
pensyarah perlu memberi tumpuan kepada hanya sebahagian daripada kandungan
kursus yang diajar. Pensyarah yang baru pula akan memperoleh pengalaman dari
pensyarah yang lebih senior, seterusnya dapat membantu pensyarah baru ini dalam
teknik penyampaian dan pengajaran berkesan.
Selain itu, TT dapat membantu dari segi perkongsian idea dalam kaedah
pengajaran. Ini dapat membentuk nilai kerja berpasukan di kalangan tenaga pengajar,
yang mana pengajar perlu bergantung kepada ahli lain bagi maklumat tentang kursus
yang diajar. Walaupun pensyarah baru mempunyai kurang pengalaman, tetapi idea
yang mampu disumbangkan oleh generasi yang lebih muda mampu memberi
pandangan lain dalam aspek yang sama.
KAEDAH JIGSAW
Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat
berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran
mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah
terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
 Pergantungan secara positif
 Tanggungjawab
 Interaksi secara terus (bertentang mata)
 Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
 Penilaian kendiri secara berterusan
Untuk melaksanakan kaedah jigsaw ini, pensyarah akan membahagikan pelajar-
pelajar kepada kumpulan kecil (4-5 orang). Setiap kumpulan ini, yang dipanggil
’kumpulan pakar’ (specialist group) akan diberi satu tajuk berkaitan dengan kursus
yang diambil. Pelajar-pelajar dalam kumpulan ini akan mencari maklumat berkenaan
tajuk yang telah ditugaskan sehingga kumpulan ini akan manjadi ’pakar’ dalam tajuk
berkenaan. Pencarian maklumat adalah bebas mengikut kreativiti kumpulan terbabit,
sama ada melalui buku teks tambahan, internet ataupun bertanya kepada pensyarah
sendiri.
Apabila kumpulan-kumpulan ini telah menjadi pakar dalam skop atau tajuk yang
telah diberikan kepada mereka, pembahagian kumpulan yang baru akan diadakan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kumpulan yang baru ini dipanggil kumpulan
jigsaw (jigsaw group) akan dibentuk supaya setiap kumpulan mempunyai satu
’pakar’ dalam tajuk-tajuk yang telah ditugaskan oleh pensyarah pada awal kursus.
Pakar-pakar ini akan memegang peranan sebagai pengajar dalam menyampaikan apa
yang telah dipelajari semasa berada di dalam kumpulan pakar. Dengan kaedah ini,
sebahagian daripada penyampaian di dalam kursus dilakukan oleh pelajar sendiri, dan
bukan diajar seluruhnya oleh pensyarah.
Kumpulan Pakar 1
Kumpulan Pakar Kumpulan Pakar 2
Kumpulan Pakar 3
Kumpulan Pakar 4
Kumpulan Pakar 5
Kumpulan jigsaw
RAJAH 1 Kaedah jigsaw
Kaedah jigsaw ini merupakan salah satu cabang dari kaedah pembelajaran secara
kerjasama (cooperative learning method – KOOP) (Johnson & Johnson, 2000). Ianya
dapat diperhatikan melalui kerjasama yang perlu diadakan di kalangan pelajar pada
setiap fasa dalam kaedah ini. Dalam kumpulan pakar, pelajar harus bekerjasama
dalam mendapat maklumat yang diperlukan supaya mereka dapat memahami tajuk
yang telah diberikan. Kemudian di dalam kumpulan jigsaw, pelajar harus memastikan
rakan-rakan dapat memahami apa yang harus disampaikan, dan pada masa yang sama
perlu memastikan mereka mendapat maklumat berkenaan tajuk-tajuk yang telah
ditugaskan kepada ahli-ahli kumpulan jigsaw.. Ini amat berbeza dengan kaedah biasa
di mana pensyarah menjadi satu-satunya tenaga pengajar dalam kursus yang diambil.
Kaedah yang kedua ini dipanggil kaedah pembelajaran secara kompetitif (competitive
learning method – KOMP). Selain itu, isu kompetensi generik para pelajar yang juga
salah satu kriteria yang perlu dipenuhi boleh ditangani melalui perlaksanaan kaedah
ini (Aini Hussain et al., 2007).
KRITIKAN TERBUKA
Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi
melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih
secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas. Pelajar akan
diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum
itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan
yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan
kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan,
dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan
disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih
aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan
kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.
PENILAIAN RAKAN KUMPULAN
Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan
sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam
kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek
tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara
berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini
amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et
al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang
terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja
kursus tersebut. Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik
antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat
menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan
pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.
Pada kebiasaannya, PRK akan dilakukan oleh pelajar setelah mereka tamat
menjalankan kerja kursus berkumpulan tertentu yang diberikan oleh pengajar. Para
pelajar akan diberikan borang penilaian untuk diisi oleh mereka bagi menilai setiap
ahli kumpulan. Penilaian markah ke atas aspek-aspek yang diingini seperti
sumbangan, kerjasama, kefahaman dan komitmen terhadap tugasan dilakukan
menggunakan skala Likert. Kemudiannya, borang tersebut diserahkan semula kepada
pengajar untuk dianalisa dengan lebih lanjut.
Kaedah PRK mempunyai beberapa kelebihan dalam pembangunan kendiri
seorang pelajar (Kaufman et al. 2000). Antaranya ialah ia memberi peluang kepada
para pelajar untuk membuat penilaian kritikal terhadap prestasi kerja pelajar-pelajar
lain yang berada dalam kumpulan yang sama. Ia dapat membantu para pelajar untuk
bersikap lebih berintegriti, jujur dan telus dalam membuat penilaian terhadap sesuatu
perkara. Pada masa yang sama, para pelajar juga akan lebih bersungguh-sungguh dan
sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam menjayakan kerja kursus yang
diberikan apabila penilaian kritikal dibuat oleh rakan mereka sendiri. Selain daripada
itu, kaedah PRK juga mewujudkan suasana toleransi di antara para pelajar yang
mempunyai latar belakang berbeza dari segi agama dan bangsa. Dengan penumpuan
diberikan secara terarah kepada setiap pelajar, nilai-nilai asing di antara mereka akan
dapat difahami dengan lebih baik. Ini secara langsung akan meningkatkan lagi
keupayaan para pelajar untuk bersikap rasional dalam menerima perbezaan yang
wujud di antara mereka. Seterusnya, pelajar-pelajar dapat memikirkan kaedah terbaik
untuk menggabungkan perbezaan-perbezaan tersebut ke arah perpaduan yang jitu
untuk diaplikasikan dalam kerja kursus mereka.
Di samping itu juga, kaedah PRK ini memberi manfaat kepada para pengajar.
Keberkesanan pengajar untuk menilai kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam
aspek-aspek yang dinyatakan di atas dapat ditingkatkan lagi. Sebagai contoh,
kemahiran kerja secara berpasukan yang kebiasaannya dinilai berdasarkan laporan
aktiviti kerja kursus adalah tidak mencukupi. Ini kerana kemungkinan wujud ketirisan
dalam penilaian tersebut memandangkan faktor situasi pengajar yang bukan
merupakan individu yang terlibat secara aktif dalam kitaran kerja berpasukan pelajar-
pelajar. Oleh yang demikian, kaedah PRK ini merupakan salah satu alternatif dalam
menutup kebocoran yang wujud dalam penilaian pengajar. Penggabungan kaedah
PRK dan kaedah konvensional ini dilihat dapat menambahkan lagi keupayaan
pengajar dalam menilai para pelajar secara lebih telus.
Dalam sudut yang berbeza, kaedah PRK ini masih lagi mempunyai beberapa
kekangan yang dapat membantutkan keberkesanan kaedah ini dalam pengajaran dan
pembelajaran berkesan. Antara kekangan yang dikesan adalah masalah mengenalpasti
ketelusan pelajar dalam menilai rakan-rakan mereka. Faktor-faktor seperti jarak
keakraban, faktor ’personal’ dan kurang bersikap profesionalisme boleh membuatkan
para pelajar bersikap berat sebelah dalam menilai antara satu pelajar dengan pelajar
yang lain. Kekangan seperti ini, sekiranya ia berlaku, sedikit sebanyak akan
mengurangkan keberkesanan kaedah PRK ini. Perbincangan dan pemerhatian secara
terperinci amatlah diperlukan untuk mengatasi isu ini secara lebih bersepadu.
Walaubagaimana pun, kelebihan-kelebihan kaedah PRK ini secara umumnya
memberi impak positif yang lebih besar berbanding impak negatif yang berpunca dari
kekangan yang disebutkan di atas. Secara kesuluruhannya, kaedah PRK dapat
disimpulkan sebagai salah satu kaedah yang efektif dalam mengukur keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang diketengahkan
dalam program-program JKEES pada tahun akademik 2007/2008 telah memberikan
petunjuk yang positif. Teknik-teknik yang dimaksudkan iaitu pengajaran berpasukan,
kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan (PRK) terbukti
memberi manfaat kepada pihak pelajar dan pengajar. Kedua-dua belah pihak secara
langsung telah dapat memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan
yang berasaskan masalah (Problem Based Learning – PBL) dan Pendidikan
Berasaskan Hasil (Outcome Based Education – OBE) yang diamalkan oleh JKEES
ketika ini.
RUJUKAN
Aini Hussain, D. A. Wahab, S. A. Samad, I. Ahmad, A. Mohamad & C. H. Azhari. 2007. The
Infusion Model Approach to Incorporate Generic Skills in Engineering Education.
Proceeding of the 2nd International Conference on Engineering Education & Training
(ICEET07).
Buckley F.J. t.th. Team Teaching: What, Why, and How? How to Evaluate the Team.
http://books.google.com.my/books?id=SXiA02AHhdoC&pg=PP1&dq=buckley+team+tea
ching#PPA75,M. 75-79. [27 Oktober 2008].
Education Encyclopedia – StateUniversity.com. Team Teaching - Advantages, Disadvantages.
http://education.stateuniversity.com/pages/2493/Team-Teaching.html [22 Oktober 2008].
Felder, R. M. and Brent, R. 2004. The ABC’s of Engineering Education: ABET, Bloom’s
Taxonomy, cooperative learning. American Society for Engineering Education. Sesi 1375.
Hafizah Husain, Dzuraidah Abdul Wahab, Aini Hussain, Salina Abdul Samad, Che Husna
Azhari, Azah Mohamed dan Nooritawati Md Tahir. Kesan Kaedah Pembelajaran
Koperatik Teknik Jigsaw di Kalangan Pelajar Kejuruteraan, UKM Prosiding Seminar
Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2006.UKM. 44-53.
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem. Self-Assessment Report 2008 for
Bachelor of Engineering with Honours (Electrical & Electronic Engineering). 2008. Bangi.
8 Julai 2008. 4.9–4.16
Johnson, D. W. and Johnson, R. T. 2000. Cooperative Learning Methods: A Meta-Analysis.
http://www.co-operation.org/pages/el-mthods.html. [16 Oktober 2008].
Kaufman, D.B., Felder, R.M., and Fuller, H. 2000, “Accounting for Individual Effort in
Cooperative Learning Teams,” Journal of Engineering Education, 89(2), 133–140.
Lohmann, J.R. 1999. EC 2000: The Georgia Tech Experience. Journal of Engineering
Education. Julai 1999 88(3): 305-310
The Foundation Coalition. t.th. Peer Assessment and Peer Evaluation.
http://www.foundationcoalition.org [21 Oktober 2008].

More Related Content

What's hot

Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksiSohib AlQuran
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranNorlelaAlim
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assuretanaipoh
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahZuzan Michael Japang
 
Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makrojoe zulkefli
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieArifahAzlanShah2
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043murshidyzila
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Pengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianPengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianatraxtra88
 

What's hot (20)

Penggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan UjianPenggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan Ujian
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
 
Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makro
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi PendidikanPengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
 
Pengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianPengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaian
 

Similar to Jigsaw

teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibsondiaernah
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikstephchun93
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Norafsah Awang Kati
 

Similar to Jigsaw (20)

teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
3
33
3
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Article 6
Article 6Article 6
Article 6
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
 
3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
JURNAL SAINS 8
JURNAL SAINS 8JURNAL SAINS 8
JURNAL SAINS 8
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 

Recently uploaded

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (8)

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

Jigsaw

  • 1. CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN Muhd Fauzi Aminuddin Shazi Shaarani, Aini Hussain, Mohd Faisal Ibrahim, Salina Abdul Samad & Mohd Marzuki Mustafa Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor, Malaysia ABSTRAK Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Dalam kecanggihan teknologi bidang kejuruteraan yang mengalami inovasi pantas dan berterusan, kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar juga harus berada di landasan sama dengan perubahan arus teknologi terkini. Kertas kerja ini membincangkan pengalaman serta amalan tenaga akademik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES), UKM dalam melaksanakan beberapa teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran baru. Kaedah-kaedah tersebut ialah pengajaran berpasukan (TT – Team Teaching), kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan (PRK). Kaedah pengajaran berpasukan telah menggabungkan tenaga pengajar berpengalaman dan baru dalam sesebuah subjek. Kaedah ini sebagai langkah bagi memperoleh manfaat maksimum dari gabungan dua generasi kakitangan akademik. Melalui kaedah TT, kakitangan akademik juga dapat memberi lebih tumpuan kepada bidang penyelidikan masing-masing. Seterusnya, kaedah pembelajaran jigsaw yang terbukti berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut dilaksanakan. Kaedah kritikan terbuka pula memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kebolehan berkomunikasi secara spontan di khalayak ramai. Pengajar boleh memberi kritikan membina supaya pelajar dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan secara terus dan kaedah ini merupakan satu proses melengkapkan gelung untuk tujuan penambahbaikan. Selain itu, penilaian rakan kumpulan (PRK) juga diadakan dalam kursus-kursus terpilih bagi pelajar menilai rakan sekumpulan sebagai memenuhi keperluan kompetensi kemahiran generik kerja kumpulan. Semua kaedah ini terbukti telah membantu memantapkan penilaian sumatif yang merangkumi komponen peperiksaan, kuiz, makmal, dan tugasan. Kata kunci: Pengajaran berpasukan, kaedah jigsaw, kritikan terbuka, penilaian kendiri pelajar, penilaian rakan kumpulan
  • 2. PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah universiti sentiasa mengalami evolusi, sejajar dengan keperluan semasa. Dengan wujudnya konsep pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning – PBL) dan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education – OBE), teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran telah diadaptasikan berlandaskan kepada dua konsep ini. Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES), teknik-teknik yang telah diperkenalkan bagi membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk pengajaran berpasukan (TT – Team Teaching), kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan (PRK). Dengan kaedah-kaedah ini, ianya dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak dalam kursus-kursus yang diajar di JKEES. PENGAJARAN BERPASUKAN TT merupakan satu kaedah pengajaran yang menggabungkan dua orang atau lebih pensyarah dalam sesebuah kursus (Buckley F.J, t.th). Kebiasaannya, gabungan melibatkan dua orang pensyarah iaitu seorang yang berpengalaman akan digandingkan dengan pensyarah yang baru. Kaedah ini mula diperkenalkan pada Semester II, Tahun 2007/2008 dalam beberapa kursus, antaranya Kejuruteraan Kawalan dan Kejuruteraan Kuasa. Dengan adanya kaedah TT ini, pensyarah berpengalaman dapat memberi tumpuan yang lebih kepada bidang penyelidikan yang dijalankan oleh beliau. Ini kerana setiap pensyarah perlu memberi tumpuan kepada hanya sebahagian daripada kandungan kursus yang diajar. Pensyarah yang baru pula akan memperoleh pengalaman dari pensyarah yang lebih senior, seterusnya dapat membantu pensyarah baru ini dalam teknik penyampaian dan pengajaran berkesan. Selain itu, TT dapat membantu dari segi perkongsian idea dalam kaedah pengajaran. Ini dapat membentuk nilai kerja berpasukan di kalangan tenaga pengajar, yang mana pengajar perlu bergantung kepada ahli lain bagi maklumat tentang kursus yang diajar. Walaupun pensyarah baru mempunyai kurang pengalaman, tetapi idea yang mampu disumbangkan oleh generasi yang lebih muda mampu memberi pandangan lain dalam aspek yang sama. KAEDAH JIGSAW Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
  • 3.  Pergantungan secara positif  Tanggungjawab  Interaksi secara terus (bertentang mata)  Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian  Penilaian kendiri secara berterusan Untuk melaksanakan kaedah jigsaw ini, pensyarah akan membahagikan pelajar- pelajar kepada kumpulan kecil (4-5 orang). Setiap kumpulan ini, yang dipanggil ’kumpulan pakar’ (specialist group) akan diberi satu tajuk berkaitan dengan kursus yang diambil. Pelajar-pelajar dalam kumpulan ini akan mencari maklumat berkenaan tajuk yang telah ditugaskan sehingga kumpulan ini akan manjadi ’pakar’ dalam tajuk berkenaan. Pencarian maklumat adalah bebas mengikut kreativiti kumpulan terbabit, sama ada melalui buku teks tambahan, internet ataupun bertanya kepada pensyarah sendiri. Apabila kumpulan-kumpulan ini telah menjadi pakar dalam skop atau tajuk yang telah diberikan kepada mereka, pembahagian kumpulan yang baru akan diadakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kumpulan yang baru ini dipanggil kumpulan jigsaw (jigsaw group) akan dibentuk supaya setiap kumpulan mempunyai satu ’pakar’ dalam tajuk-tajuk yang telah ditugaskan oleh pensyarah pada awal kursus. Pakar-pakar ini akan memegang peranan sebagai pengajar dalam menyampaikan apa yang telah dipelajari semasa berada di dalam kumpulan pakar. Dengan kaedah ini, sebahagian daripada penyampaian di dalam kursus dilakukan oleh pelajar sendiri, dan bukan diajar seluruhnya oleh pensyarah. Kumpulan Pakar 1 Kumpulan Pakar Kumpulan Pakar 2 Kumpulan Pakar 3 Kumpulan Pakar 4 Kumpulan Pakar 5 Kumpulan jigsaw RAJAH 1 Kaedah jigsaw
  • 4. Kaedah jigsaw ini merupakan salah satu cabang dari kaedah pembelajaran secara kerjasama (cooperative learning method – KOOP) (Johnson & Johnson, 2000). Ianya dapat diperhatikan melalui kerjasama yang perlu diadakan di kalangan pelajar pada setiap fasa dalam kaedah ini. Dalam kumpulan pakar, pelajar harus bekerjasama dalam mendapat maklumat yang diperlukan supaya mereka dapat memahami tajuk yang telah diberikan. Kemudian di dalam kumpulan jigsaw, pelajar harus memastikan rakan-rakan dapat memahami apa yang harus disampaikan, dan pada masa yang sama perlu memastikan mereka mendapat maklumat berkenaan tajuk-tajuk yang telah ditugaskan kepada ahli-ahli kumpulan jigsaw.. Ini amat berbeza dengan kaedah biasa di mana pensyarah menjadi satu-satunya tenaga pengajar dalam kursus yang diambil. Kaedah yang kedua ini dipanggil kaedah pembelajaran secara kompetitif (competitive learning method – KOMP). Selain itu, isu kompetensi generik para pelajar yang juga salah satu kriteria yang perlu dipenuhi boleh ditangani melalui perlaksanaan kaedah ini (Aini Hussain et al., 2007). KRITIKAN TERBUKA Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas. Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi. Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000). Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang
  • 5. terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka. Pada kebiasaannya, PRK akan dilakukan oleh pelajar setelah mereka tamat menjalankan kerja kursus berkumpulan tertentu yang diberikan oleh pengajar. Para pelajar akan diberikan borang penilaian untuk diisi oleh mereka bagi menilai setiap ahli kumpulan. Penilaian markah ke atas aspek-aspek yang diingini seperti sumbangan, kerjasama, kefahaman dan komitmen terhadap tugasan dilakukan menggunakan skala Likert. Kemudiannya, borang tersebut diserahkan semula kepada pengajar untuk dianalisa dengan lebih lanjut. Kaedah PRK mempunyai beberapa kelebihan dalam pembangunan kendiri seorang pelajar (Kaufman et al. 2000). Antaranya ialah ia memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat penilaian kritikal terhadap prestasi kerja pelajar-pelajar lain yang berada dalam kumpulan yang sama. Ia dapat membantu para pelajar untuk bersikap lebih berintegriti, jujur dan telus dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Pada masa yang sama, para pelajar juga akan lebih bersungguh-sungguh dan sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam menjayakan kerja kursus yang diberikan apabila penilaian kritikal dibuat oleh rakan mereka sendiri. Selain daripada itu, kaedah PRK juga mewujudkan suasana toleransi di antara para pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza dari segi agama dan bangsa. Dengan penumpuan diberikan secara terarah kepada setiap pelajar, nilai-nilai asing di antara mereka akan dapat difahami dengan lebih baik. Ini secara langsung akan meningkatkan lagi keupayaan para pelajar untuk bersikap rasional dalam menerima perbezaan yang wujud di antara mereka. Seterusnya, pelajar-pelajar dapat memikirkan kaedah terbaik untuk menggabungkan perbezaan-perbezaan tersebut ke arah perpaduan yang jitu untuk diaplikasikan dalam kerja kursus mereka. Di samping itu juga, kaedah PRK ini memberi manfaat kepada para pengajar. Keberkesanan pengajar untuk menilai kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam aspek-aspek yang dinyatakan di atas dapat ditingkatkan lagi. Sebagai contoh, kemahiran kerja secara berpasukan yang kebiasaannya dinilai berdasarkan laporan aktiviti kerja kursus adalah tidak mencukupi. Ini kerana kemungkinan wujud ketirisan dalam penilaian tersebut memandangkan faktor situasi pengajar yang bukan merupakan individu yang terlibat secara aktif dalam kitaran kerja berpasukan pelajar- pelajar. Oleh yang demikian, kaedah PRK ini merupakan salah satu alternatif dalam menutup kebocoran yang wujud dalam penilaian pengajar. Penggabungan kaedah PRK dan kaedah konvensional ini dilihat dapat menambahkan lagi keupayaan pengajar dalam menilai para pelajar secara lebih telus. Dalam sudut yang berbeza, kaedah PRK ini masih lagi mempunyai beberapa kekangan yang dapat membantutkan keberkesanan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan. Antara kekangan yang dikesan adalah masalah mengenalpasti ketelusan pelajar dalam menilai rakan-rakan mereka. Faktor-faktor seperti jarak
  • 6. keakraban, faktor ’personal’ dan kurang bersikap profesionalisme boleh membuatkan para pelajar bersikap berat sebelah dalam menilai antara satu pelajar dengan pelajar yang lain. Kekangan seperti ini, sekiranya ia berlaku, sedikit sebanyak akan mengurangkan keberkesanan kaedah PRK ini. Perbincangan dan pemerhatian secara terperinci amatlah diperlukan untuk mengatasi isu ini secara lebih bersepadu. Walaubagaimana pun, kelebihan-kelebihan kaedah PRK ini secara umumnya memberi impak positif yang lebih besar berbanding impak negatif yang berpunca dari kekangan yang disebutkan di atas. Secara kesuluruhannya, kaedah PRK dapat disimpulkan sebagai salah satu kaedah yang efektif dalam mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. KESIMPULAN Kesimpulannya, teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang diketengahkan dalam program-program JKEES pada tahun akademik 2007/2008 telah memberikan petunjuk yang positif. Teknik-teknik yang dimaksudkan iaitu pengajaran berpasukan, kaedah jigsaw, kritikan terbuka, dan penilaian rakan kumpulan (PRK) terbukti memberi manfaat kepada pihak pelajar dan pengajar. Kedua-dua belah pihak secara langsung telah dapat memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan yang berasaskan masalah (Problem Based Learning – PBL) dan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education – OBE) yang diamalkan oleh JKEES ketika ini. RUJUKAN Aini Hussain, D. A. Wahab, S. A. Samad, I. Ahmad, A. Mohamad & C. H. Azhari. 2007. The Infusion Model Approach to Incorporate Generic Skills in Engineering Education. Proceeding of the 2nd International Conference on Engineering Education & Training (ICEET07). Buckley F.J. t.th. Team Teaching: What, Why, and How? How to Evaluate the Team. http://books.google.com.my/books?id=SXiA02AHhdoC&pg=PP1&dq=buckley+team+tea ching#PPA75,M. 75-79. [27 Oktober 2008]. Education Encyclopedia – StateUniversity.com. Team Teaching - Advantages, Disadvantages. http://education.stateuniversity.com/pages/2493/Team-Teaching.html [22 Oktober 2008]. Felder, R. M. and Brent, R. 2004. The ABC’s of Engineering Education: ABET, Bloom’s Taxonomy, cooperative learning. American Society for Engineering Education. Sesi 1375. Hafizah Husain, Dzuraidah Abdul Wahab, Aini Hussain, Salina Abdul Samad, Che Husna Azhari, Azah Mohamed dan Nooritawati Md Tahir. Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatik Teknik Jigsaw di Kalangan Pelajar Kejuruteraan, UKM Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2006.UKM. 44-53.
  • 7. Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem. Self-Assessment Report 2008 for Bachelor of Engineering with Honours (Electrical & Electronic Engineering). 2008. Bangi. 8 Julai 2008. 4.9–4.16 Johnson, D. W. and Johnson, R. T. 2000. Cooperative Learning Methods: A Meta-Analysis. http://www.co-operation.org/pages/el-mthods.html. [16 Oktober 2008]. Kaufman, D.B., Felder, R.M., and Fuller, H. 2000, “Accounting for Individual Effort in Cooperative Learning Teams,” Journal of Engineering Education, 89(2), 133–140. Lohmann, J.R. 1999. EC 2000: The Georgia Tech Experience. Journal of Engineering Education. Julai 1999 88(3): 305-310 The Foundation Coalition. t.th. Peer Assessment and Peer Evaluation. http://www.foundationcoalition.org [21 Oktober 2008].