SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1
1.0 PENDAHULUAN
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF BAGI STAD DAN
NHT DALAM KALANGAN PELAJAR.
Kertas kerja ini melaporkan analisis kritis terhadap lima prosiding kertas kerja yang bertemakan
struktur model pembelajaran koperatif. Aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam laporan
kertas kerja ini adalah berkenaan tajuk prosiding, abstrak, pengenalan, persoalan kajian,
penyataan masalah, metodologi, dapatan kajian, perbincangan, kesimpulan dan rujukan.
Pembelajaran koperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi
pendidikan. Pembelajaran koperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran kooperatif adalah suatu strategi
pengajaran di mana pelajar saling membantu di antara satu sama lain. Manakala guru akan
menguji dan memberi gred berdasarkan prestasi kumpulan dan kadang-kadang berdasarkan gred
individu. Kajian di barat (Johnson & Johnson 1994) menunjukkan kaedah ini bukan sahaja
membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi berkesan untuk memupuk kerjasama,
minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain dan kesan
afektif lain yang positif. Kajian tempatan juga menyokong idea ini (Amnah 2000). Penyelidikan
ini sedar bahawa tanggungjawab mendidik dan membentuk akhlak adalah tanggungjawab guru.
Banyak strategi untuk menerapkan nilai murni boleh diaplikasikan oleh guru dan satu
daripadanya ialah melalui pembelajaran koperatif.
Dalam merealisasikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan serta bertambah maju
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di mana pendidikan di
Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan kebolehan
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang. Bagi
merealisasikan misi FPK tersebut kumpulan kami telah memilih tajuk 'Keberkesanan
penggunaan pembelajaran koperatif bagi model Student Teams Achievement Division (STAD)
dan Numbered Head Together (NHT) dalam kalangan pelajar dengan membuat analisis terhadap
5 prosiding yang menjurus kepada pedagogi pembelajaran koperatif. Kelima-lima prosiding yang
2
dipilih ini adalah merupakan prosiding yang membincangkan isu terkini yang kesemuanya
dihasilkan dari 2008 hingga 2012.
2.0 TAJUK PROSIDING DAN ABSTRAK
Tema bagi prosiding yang dipilih adalah berdasarkan Perkembangan Kurikulum Pendidikan di
Malaysia. Lima prosiding dipilih berdasarkan tema dari beberapa seminar untuk disintesis. Bagi
prosiding pertama bertajuk Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif
permainan panggil nombor (NHT) dalam proses pembelajaran sains tahun empat di Kuching,
Sarawak. Prosiding ini telah dibentangkan oleh Christina Lau Chui Jin di dalam Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL pada Tahun 2012. Manakala prosiding kedua bertajuk Kesan
model STAD terhadap pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Prosiding ini telah dibentangkan
oleh Azwani Ismail, Zahara Aziz dan Sharifah Nor Puteh di dalam Seminar Penyelidikan
Siswazah UKM pada tahun 2010.
Bagi prosiding ketiga bertajuk Pembelajaran koperatif di Institut Pengajian Tinggi telah
dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan pada 2008 oleh Zanaton Haji Ikhsan,
Kamsiah Osman dan Nor Azizan Salleh. Manakala prosiding keempat Kesan model STAD
terhadap sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah yang
dibentangkan pada 2010 dalam Seminar Penyelidikan Siswazah UKM Prosiding ini telah ditulis
oleh Azwani binti Ismail , Prof. Madya Dr .Datin Zahara Aziz, Dr. Sharifah Nor Puteh, Prof.
Madya Dato’ Abdul Razaq Ahmad
Prosiding terakhir Kesan pembelajaran koperatif model STAD keatas Pencapaian dan
persepsi pelajar semester 2 diploma Kejuruteraan awam dalam kursus Mechanics Of Structures
di politeknik Port Dickson yang telah dibentangkan di dalam Seminar Pendidikan 2012
(EduSem’12) pada tahun 2012. Prosiding ini ditulis oleh Roslina binti Abd. Talib, Suriyani binti
Jamirin @Jamirell, Zulzana bt Zulkarnain.
Semua prosiding ini menyatakan tajuk dengan jelas dan ringkas kecuali Tajuk Prosiding
1 dan Prosiding 3 terlalu panjang iaitu masing-masing 17 dan 22 patah perkataan. Secara
keseluruhannya, tajuk memfokuskan kepada tema yang sama iaitu pembelajaran koperatif tetapi
dalam pendekatan yang berbeza iaitu STAD dan NHT. Prosiding juga memperlihatkan
3
perbezaan dari segi peringkat pengajian menggunakan pendekatan koperatif sebagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Berdasarakan abstrak yang terdapat dalam kertas kerja ini jelas menunjukkan
perbincangan tentang keberkesanan penggunaan pembelajaran koperatif bagi model STAD dan
NHT dalam kalangan pelajar di Malaysia. Perbincangan ini berpandukan kepada 5 kertas
prosiding iaitu Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif permainan panggil
nombor (NHT) dalam proses pembelajaran sains tahun empat, Kesan model STAD terhadap
pelajar dalam mata pelajaran sejarah, Pembelajaran koperatif di Institut Pengajian Tinggi,
Kesan model STAD terhadap sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran
sejarah dan Kesan pembelajaran koperatif model STAD keatas Pencapaian dan persepsi pelajar
semester 2 diploma Kejuruteraan Awam dalam kursus Mechanics Of Structures di politeknik
Port Dickson. Kesemua prosiding yang dibincangkan ini mempunyai abstrak bahasa melayu dan
bahasa inggeris kecuali bagi prosiding 4 dan 5 yang tidak dinyatakan abstrak bahasa inggeris.
Kesemua abstrak ditulis dalam satu perenggan serta dapat memberikan gambaran awal kepada
pembaca berkenaan kajian yang dijalankan. Semua prosiding adalah berbentuk hasil kajian.
Namun masih terdapat kekurangan dalam menulis abstrak kerana tidak menyatakan elemen asas
seperti tujuan, objektif, metodologi, dan dapatan kajian. Kebanyakan abstrak disertakan dengan
kata kunci.
3.0 PENGENALAN DAN PERSOALAN KAJIAN
Pengenalan kesemua prosiding yang dibincangkan membantu pembaca fokus terhadap isu
kajian. Prosiding-prosiding yang dikemukakan mempunyai contoh-contoh yang terkini yang
dapat menggambarkan permasalahan semasa kerana perubahan yang berlaku dalam bidang
pendidikan berkembang secara pesat. Selain daripada itu juga kelima-lima prosiding
menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan bidang yang dikaji. Kesesuaian laras bahasa yang
digunakan membantu pembaca untuk lebih memahami apa yang ingin disampaikan.
Hujah-hujah dalam Prosiding 1 ditulis berdasarkan pengalaman belajar pengkaji dan
didapati kekurangan sokongan daripada kajian-kajian lepas. Prosiding mempunyai tiga
perenggan dan daripada analisis yang dibuat, terdapat kurang kesinambungan dalam setiap
perenggan dalam Prosiding 1.
4
Bagi prosiding 2 pula huraian yang diberikan menjurus kepada tema kajian yang
dilakukan. Pengenalan ditulis dalam bentuk huraian ringkas berkaitan tema kajian, dengan
sokongan literatur dan kajian lepas yang terkini dan relevan. Pengenalan ditulis dengan jelas.
Memberi hujah-hujah yang berkaitan dengan tajuk.
Prosiding 3 membincangkan tentang isu yang berkaitan dengan tema kajian serta
sokongan rujukan. Pengenalan ditulis dengan jelas dan mempunyai perkaitan dengan tajuk.
Penggunaan laras bahasa yang mudah difahami. Pemerengganan yang baik dan mempunyai
kesinambungan. Ditulis dalam dua halaman.
Prosiding 4 mengemukakan huraian yang menjurus tema. Pengenalan ditulis dalam
bentuk huraian ringkas berkaitan tema kajian, dengan sokongan literatur dan kajian lepas yang
terkini dan relevan. Pengenalan ditulis dengan jelas. Pemerengganan yang baik dan mempunyai
kesinambungan.
Prosiding 5 mempunyai huraian yang ringkas dengan sokongan literatur. Pengenalan bagi
prosiding ini dikarang dengan jelas dan mudah difahami sambil disokong dengan soroton
literatur dan kajian-kajian lepas. Menerangkan secara keseluruhan tentang apa yang
dimaksudkan dengan tajuk. Pengenalan dapat membawa pembaca kepada rangka kerja yang
hendak dibincangkan. Pengenalan jelas dan berkaitan dengan isu kajian. Pengenalan menyatakan
maksud-maksud yang berkaitan dengan kajian. Hujah-hujah disokong oleh kajian lepas kecuali
Prosiding 1. Setiap perenggan membawa kesinambungan kepada pembaca.
Manakala bagi aspek persoalan kajian pula, hasil analisis yang dilakukan ke atas kesemua
lima prosiding ini, didapati persoalan dinyatakan dengan jelas dalam Prosiding 1 dan 4.
Manakala persoalan tidak dinyatakan secara jelas dalam Prosiding 2, 3 dan 5. Tetapi ianya
dinyatakan secara tidak langsung dalam bahagian lain prosiding. Persoalan dalam Prosiding 1
dan 4 dinyatakan dalam bentuk soalan. Setiap persoalan merujuk kepada objektif atau tujuan
kajian iaitu untuk melihat keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap mata pelajaran sains
tahun empat dalam Prosiding 1 dan melihat peningkatan skor pencapaian pelajar yang mengikuti
pembelajaran koperatif model STAD dalam Prosising 2. Kesemua prosiding dilihat mempunyai
kesinambungan dengan tajuk kajian dan menepati tema keberkesanan pembelajaran koperatif.
5
4.0 PENYATAAN MASALAH DAN METODOLOGI KAJIAN
Prosiding-prosiding yang dikemukakan didapati tidak mempunyai keseragaman dalam penulisan.
Terdapat jurang permasalahan yang nyata dijelaskan dalam prosiding 1, 4 dan 5. Tidak terdapat
jurang permasalahan yang nyata bagi penyatan masalah yang dinyatakan dalam Prosiding 2 dan
Prosiding 3. Penyataan masalah dikemukakan terlalu umum dan sukar dikenalpasti masalah yang
ingin diselesaikan
Prosiding 1 mengemukakan kajian yang dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar
kurang minat dan pasif dalam aktiviti pelajaran dan pengajaran sains dengan pelaksanaan
pembelajaran koperatif model STAD. Prosiding 4 memperlihatkan masalah bagi guru
melaksanakan eksperimen di dalam kelas diatasi dengan corak pengajaran model STAD yang
didapati berkesan bagi pelajar untuk mempelajari kandungan dan kemahiran asas sesuatu subjek
atau bidang.
Bagi prosiding 5 pula penyataan masalah dinyatakan dengan ringkas dan permasalahan
adalah wujud melalui huraian pendahuluan dan disokong oleh beberapa literatur. Prosiding 5
merupakan prosiding yang lengkap kerana menyatakan penyataan masalah yang cukup jelas dan
senang untuk difahami. Pengkaji ingin melihat mata pelajaran sejarah yang sering dianggap
bosan oleh pelajar diatasi dengan peningkatan kualiti pengajaran guru menggunakan model
STAD dalam menarik minat pelajar.
Seterusnya, penerangan dalam metodologi kajian merangkumi kesemua aspek yang perlu
ada iaitu kaedah kajian, instrumen kajian, subjek kajian dan prosedur kajian. Daripada 5
prosiding yang dianalisis didapati metodologi dinyatakan dengan jelas merangkumi kaedah,
instrumen, responden dan analisis data juga dinyatakan. Justifikasi analisis data dinyatakan
dengan jelas kecuali Prosiding 2 tidak menyatakan bagaimana data dianalisis. Prosiding 1
menggunakan kajian kualitatif dengan menjalankan ujian pra dan pasca serta dibantu dengan
teknik pemerhatian, catatan refleksi guru, temubual, soal selidik dan analsis dokumen. Bagi
Prosiding 2, Reka bentuk kajian dinyatakan dengan jelas dan kaedah yang digunakan adalah
sesuai. Reka bentuk kajian kuasi-eksperimen. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak serupa, pemerhatian dan temu-bual. Data temubual
yang didapati dianalisis sebagai sokongan dapatan kuantitatif.
6
Prosiding 3 pula merupakan kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik
skala 4-likert. Sampel pula terdiri daripada 67 orang pelajar. Semua kaedah yng digunakan telah
dihuraikan dengan jelas. Seterusnya prosiding 4 menggunakan rekabentuk kajian kuasi-
eksperimen. Responden yang terlibat adalah seramai 40 orang pelajar semester 2 diploma
Kejuruteraan Awam dalam kursus Mechanics of Structures di Politeknik Port Dickson. Prosiding
5 pula menggunakan kajian kualitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian
Pra-pasca, temubual dan pemerhatian. Data-data temubual ditranskripsikan dan dianalisis
mengikut tujuan kajian.
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Huraian yang baik dengan pernyataan ringkas dan padat serta berfokuskan data. Dapatan
dibincang mengikut soalan kajian. Jadual dipersembahkan dengan kemas iaitu mempunyai tajuk
dan nombor jadual. Hanya Prosiding 2 tidak dinyatakan dapatan kajian yang diperoleh daripada
kajian yang dijalankan. Prosiding 1 dibentangkan dalam bentuk jadual dan diikuti dengan
huraian berbentuk ayat. Dapatan kajian menunjukkan 26 peserta minat terhadap mata pelajaran
Sains selepas didedahkan dengan model NHT. Dapatan prosiding 3 dibentangkan dalam jadual
peratusan respon bagi setiap elemen yang dikaji. Setiap huraian dapatan disusuli dengan rujukan
ilmiah. Jadual 1 menunjukkan peratusan respon pelajar terhadap elemen kesaling-bergantungan
positif. Jadual 2 menunjukkan peratusan respon pelajar terhadap elemen tanggungjawab
individu. Jadual 3 menunjukkan peratusan respon pelajar terhadap elemen kemahiran sosial.
Jadual 4 menunjukkan peratusan respon pelajar terhadap elemen pemprosesan kumpulan.
Elemen-elemen yang dinilai menyokong keberkesanan pembelajaran koperatif yang dijalankan.
Dalam Prosiding 4, dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk jadual yang menunjukkan
peningkatan dari segi skor pencapaian pelajar yang mengikuti pembelajaran Koperatif model
STAD bagi kelas yang dirawat. Data menunjukkan bahawa keseluruhan respondan amat
berminat mempelajari Kursus Mechanics of structures menggunakan kaedah pembelajaran
Koperatif apabila terdapat 97% pelajar berpendapat mereka mampu menguasai Mechanics of
Structures melalui model STAD yang digunakan. Responden juga bersetuju pembelajaran
koperatif menggalakkan mereka terlibat secara aktif. Data prosiding 5 yang diperolehi
diringkaskan dalam tiga jadual. Jadual 1 memaparkan secara keseluruhan tahap bagi pemboleh-
7
pemboleh ubah kajian untuk Kumpulan Kawalan dan Rawatan bagi ujian pasca. Jadual 2
memaparkan keputusan Ujian-T ke atas pemboleh-pemboleh ubah bersandar sikap pelajar dan
kemahiran berkomunikasi dalam mata pelajaran Sejarah untuk Kumpulan Kawalan dan Rawatan
bagi ujian pasca. Jadual 3 menyatakan nilai saiz kesan mengikut kaedah Cohen (Cohen’s d)
dilaporkan bagi setiap pemboleh ubah. Daripada dapatan kajian prosiding-prosiding yang
dianalisis, penerangan dan ringkasan disertakan supaya memudahkan pembaca memahami
dapatan kajian yang dikemukakan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian dapat menjawab
persoalan kajian yang dibina dan menepati tema keberkesanan pembelajaran koperatif.
Dalam aspek perbincangan, Prosiding 1, Prosiding 2, Prosiding 3 dan Prosiding 4 tidak
dinyatakan perbincangan bagi kajian yang dijalankan. Hanya Prosiding 5 ada membincangkan
tentang kesan pembelajaran koperatif model STAD terhadap sikap pelajar serta kesan
pembelajaran koperatif model STAD terhadap kemahiran berkomunikasi pelajar. Prosiding 1, 2,
3 dan 4 tidak mempunyai perbincangan mungkin kerana sukar diinterpretasi data terhadap
permasalahan yang dikaji. Perbincangan analisis data kajian diteliti berdasarkan objektif kajian
yang diterang di bahagian atas. Hujah perbincangan disokong dengan kajian lepas. Secara
keseluruhannya, perbincangan berjaya mengaitkan hasil kajian dengan pernyataan masalah yang
dikemukakan.
6.0 KESIMPULAN DAN RUJUKAN
Kebanyakan prosiding mempunyai bahagian kesimpulan tetapi semuanya dinyatakan dengan
ringkas dan pendek. Prosiding 1 dan Prosiding 2 tidak menyatakan kesimpulan bagi kajian yang
dijalankan. Kesimpulan prosiding 3, 4 dan 5 dinyatakan dengan ringkas dan pendek dalam satu
perenggan. Kesimpulan prosiding 3 dinyatakan secara umum dan ditambahkan dengan harapan
pengkaji untuk menjayakan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kesimpulan yang dibuat dalam Prosiding 3, 4 dan 5 menyokong hasil dapatan
kajian yang diperoleh dalam kajian yang dijalankan. Kesimpulan dibuat menggunakan laras
bahasa yang mudah difahami. Secara keseluruhannya, kesemua kesimpulan menyokong hasil
kajian kecuali Prosiding 1 dan 2.
Seterusnya, sumber rujukan perlu dinyatakan bagi setiap hujah yang dinyatakan. Bagi
semua prosiding yang dianalisis, didapati kesemua prosiding menyatakan rujukan pada bahagian
8
yang khusus. Prosiding 1 menyenaraikan lima rujukan termasuk buku dan jurnal. Sumber
rujukan yang diberikan adalah terlalu sedikit dan terhad. Prosiding 2 menyatakan sumber rujukan
terdiri daripada buku dan jurnal. Terdapat 25 rujukan dari dalam dan luar negara. 12 rujukan
dalam Bahasa Inggeris dan 13 rujukan dalam Bahasa Melayu. Kebanyakannya menggunakan
rujukan terkini (2000-2009) dan disusun mengikut abjad. Penggunakan format juga adalah
konsisten. Prosiding 3 menyenaraikan 12 rujukan dari dalam dan luar negara. Pengkaji banyak
merujuk kepada artikel-artikel jurnal, prosiding dan sumber elektronik. Manakala Prosiding 4
mempunyai 11 rujukan yang digunakan. Pengkaji banyak merujuk kepada buku-buku dan jurnal.
Bagi Prosiding 5, terdapat 25 rujukan digunakan. Pengkaji banyak merujuk kepada artikel-artikel
jurnal, prosiding dan sumber elektronik. Keseluruhannya rujukan terdiri daripada pelbagai
sumber dari dalam dan luar negara dan menggabungkan rujukan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Namun begitu masih terdapat rujukan lama dan tidak relevan dari segi masa digunakan.
Dari segi kaedah penulisan, semua rujukan ditulis menggunakan format penulisan yang
konsisten.
7.0 KESIMPULAN
Setelah melakukan analisis ke atas lima prosiding yang dipilih, secara keseluruhannya terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan. Prosiding yang dianalisis mempunyai
kekuatan dari sudut pemilihan tajuk kerana kebanyakan prosiding memilih tajuk yang
bersesuaian dan tidak melebihi 15 patah perkataan. Manakala penulisan abstrak adalah jelas dan
mudah difahami. Kesemua abstrak ditulis dalam satu perenggan serta dapat memberikan
gambaran awal kepada pembaca berkenaan kajian yang dijalankan. Dapatan dibincang mengikut
soalan kajian. Jadual dipersembahkan dengan kemas iaitu mempunyai tajuk dan nombor jadual.
Dari segi kaedah penulisan, semua rujukan ditulis menggunakan format penulisan yang
konsisten.
Selain kekuatan yang ada pada setiap prosiding, tidak terkecuali juga beberapa
kelemahan yang dapat dikesan melalui analisis yang dilakukan. Didapati semua prosiding idak
mempunyai keseragaman dalam penulisan terutamanya pemerengganan yang tidak mempunyai
kesinambungan. Oleh demikian terdapat kepincangan yang nyata dalam beberapa prosiding.
9
Sesetengah rujukan yang digunakan tidak terkini kerana kajian banyak dijalankan di luar negara.
Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa semua prosiding mudah difahami dan mempunyai
nilai ilmiah yang tinggi.
RUJUKAN
Azwani binti Ismail, Zahara Aziz, Sharifah Nor Puteh, Abdul Razaq Ahmad. 2010. Kesan model
STAD terhadap sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah. Seminar Penyelidikan Siswazah UKM, hlm. 27-40.
Azwani Ismail, Zahara Aziz dan Sharifah Nor Puteh. 2010. Kesan model STAD terhadap pelajar
dalam mata pelajaran sejarah. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM, hlm. 1-12
Christina Lau Chui Jin. 2012. Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif
permainan panggil nombor (NHT) dalam proses pembelajaran sains tahun empat di
Kuching. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, hlm. 210-222
Gaya UKM Panduan Menulis Tesis. Edisi cetakan ke-2. 2010. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Roslina binti Abd. Talib, Suriyani bt Jamirin @Jamirell, Zulzana bt Zulkarnain. 2012. Kesan
pembelajaran koperatif model STAD keatas pencapaian dan persepsi pelajar semester 2
diploma Kejuruteraan awam dalam kursus Mechanics of Structures di Politeknik Port
Dickson. Seminar Pendidikan 2012 (EduSem’12), 28 September 2012, Politeknik Port
Dickson, Negeri Sembilan
Zanaton Haji Ikhsan, Kamsiah Osman dan Nor Azizan Salleh. 2008. Pembelajaran koperatif di
Institut Pengajian Tinggi. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan, hlm. 394-408.
10
11
GGGE 6012
PENULISAN AKADEMIK 1
SEMESTER 1 SESI PENGAJIAN 2013/2014
SEMINAR 1
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF BAGI MODEL
STAD DAN NHT DALAM KALANGAN PELAJAR.
Pensyarah :
PROF. DATIN DR. JURIAH BINTI LONG
Disediakan oleh:
KUMPULAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI
NORFAIZAH BINTI ISMAIL (P66434)
AIDATUL SHIMA BINTI ISMAIL (P66288)
AN NUR BINTI PAMIS (P71480)
NUR HASNIRA BINTI HAMDAN (P71483)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2013
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 TAJUK PROSIDING DAN ABSTRAK 2
3.0 PENGENALAN DAN PERSOALAN KAJIAN 3
12
4.0 PENYATAAN MASALAH DAN METODOLOGI KAJIAN 5
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 6
6.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN 7
7.0 KESIMPULAN 8
8.0 RUJUKAN 9

More Related Content

What's hot (20)

bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
45 58 artikel-4_rasid_et_al
45 58 artikel-4_rasid_et_al45 58 artikel-4_rasid_et_al
45 58 artikel-4_rasid_et_al
 
1 karim
1 karim1 karim
1 karim
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Kesukaran item bm
Kesukaran item bmKesukaran item bm
Kesukaran item bm
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
R rahman1
R rahman1R rahman1
R rahman1
 
Soalan bloom
Soalan bloomSoalan bloom
Soalan bloom
 
Analisis kuantitatif
Analisis kuantitatifAnalisis kuantitatif
Analisis kuantitatif
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
Kefahaman murid sekolah_rendah_terhadap_konsep_jirim
Kefahaman murid sekolah_rendah_terhadap_konsep_jirimKefahaman murid sekolah_rendah_terhadap_konsep_jirim
Kefahaman murid sekolah_rendah_terhadap_konsep_jirim
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
2 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 22 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 2
 
Isu Pentaksiran Seminar 1
Isu Pentaksiran Seminar 1Isu Pentaksiran Seminar 1
Isu Pentaksiran Seminar 1
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
JURNAL SAINS 8
JURNAL SAINS 8JURNAL SAINS 8
JURNAL SAINS 8
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 

Similar to Seminar 1 penulisan latest

Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan WebhazlinShahida
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifRashidah Awang
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webNorsuzila Gee
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikanwmkfirdaus
 

Similar to Seminar 1 penulisan latest (20)

Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Teknik mengarang
Teknik mengarangTeknik mengarang
Teknik mengarang
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
bab 1 (final)
bab 1 (final)bab 1 (final)
bab 1 (final)
 
Article 6
Article 6Article 6
Article 6
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
kiritkan Jurnal
kiritkan Jurnalkiritkan Jurnal
kiritkan Jurnal
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 
3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 

Seminar 1 penulisan latest

  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF BAGI STAD DAN NHT DALAM KALANGAN PELAJAR. Kertas kerja ini melaporkan analisis kritis terhadap lima prosiding kertas kerja yang bertemakan struktur model pembelajaran koperatif. Aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam laporan kertas kerja ini adalah berkenaan tajuk prosiding, abstrak, pengenalan, persoalan kajian, penyataan masalah, metodologi, dapatan kajian, perbincangan, kesimpulan dan rujukan. Pembelajaran koperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan. Pembelajaran koperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran. Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran kooperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar saling membantu di antara satu sama lain. Manakala guru akan menguji dan memberi gred berdasarkan prestasi kumpulan dan kadang-kadang berdasarkan gred individu. Kajian di barat (Johnson & Johnson 1994) menunjukkan kaedah ini bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi berkesan untuk memupuk kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain dan kesan afektif lain yang positif. Kajian tempatan juga menyokong idea ini (Amnah 2000). Penyelidikan ini sedar bahawa tanggungjawab mendidik dan membentuk akhlak adalah tanggungjawab guru. Banyak strategi untuk menerapkan nilai murni boleh diaplikasikan oleh guru dan satu daripadanya ialah melalui pembelajaran koperatif. Dalam merealisasikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan serta bertambah maju selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di mana pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan kebolehan individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang. Bagi merealisasikan misi FPK tersebut kumpulan kami telah memilih tajuk 'Keberkesanan penggunaan pembelajaran koperatif bagi model Student Teams Achievement Division (STAD) dan Numbered Head Together (NHT) dalam kalangan pelajar dengan membuat analisis terhadap 5 prosiding yang menjurus kepada pedagogi pembelajaran koperatif. Kelima-lima prosiding yang
  • 2. 2 dipilih ini adalah merupakan prosiding yang membincangkan isu terkini yang kesemuanya dihasilkan dari 2008 hingga 2012. 2.0 TAJUK PROSIDING DAN ABSTRAK Tema bagi prosiding yang dipilih adalah berdasarkan Perkembangan Kurikulum Pendidikan di Malaysia. Lima prosiding dipilih berdasarkan tema dari beberapa seminar untuk disintesis. Bagi prosiding pertama bertajuk Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif permainan panggil nombor (NHT) dalam proses pembelajaran sains tahun empat di Kuching, Sarawak. Prosiding ini telah dibentangkan oleh Christina Lau Chui Jin di dalam Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL pada Tahun 2012. Manakala prosiding kedua bertajuk Kesan model STAD terhadap pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Prosiding ini telah dibentangkan oleh Azwani Ismail, Zahara Aziz dan Sharifah Nor Puteh di dalam Seminar Penyelidikan Siswazah UKM pada tahun 2010. Bagi prosiding ketiga bertajuk Pembelajaran koperatif di Institut Pengajian Tinggi telah dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan pada 2008 oleh Zanaton Haji Ikhsan, Kamsiah Osman dan Nor Azizan Salleh. Manakala prosiding keempat Kesan model STAD terhadap sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah yang dibentangkan pada 2010 dalam Seminar Penyelidikan Siswazah UKM Prosiding ini telah ditulis oleh Azwani binti Ismail , Prof. Madya Dr .Datin Zahara Aziz, Dr. Sharifah Nor Puteh, Prof. Madya Dato’ Abdul Razaq Ahmad Prosiding terakhir Kesan pembelajaran koperatif model STAD keatas Pencapaian dan persepsi pelajar semester 2 diploma Kejuruteraan awam dalam kursus Mechanics Of Structures di politeknik Port Dickson yang telah dibentangkan di dalam Seminar Pendidikan 2012 (EduSem’12) pada tahun 2012. Prosiding ini ditulis oleh Roslina binti Abd. Talib, Suriyani binti Jamirin @Jamirell, Zulzana bt Zulkarnain. Semua prosiding ini menyatakan tajuk dengan jelas dan ringkas kecuali Tajuk Prosiding 1 dan Prosiding 3 terlalu panjang iaitu masing-masing 17 dan 22 patah perkataan. Secara keseluruhannya, tajuk memfokuskan kepada tema yang sama iaitu pembelajaran koperatif tetapi dalam pendekatan yang berbeza iaitu STAD dan NHT. Prosiding juga memperlihatkan
  • 3. 3 perbezaan dari segi peringkat pengajian menggunakan pendekatan koperatif sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berdasarakan abstrak yang terdapat dalam kertas kerja ini jelas menunjukkan perbincangan tentang keberkesanan penggunaan pembelajaran koperatif bagi model STAD dan NHT dalam kalangan pelajar di Malaysia. Perbincangan ini berpandukan kepada 5 kertas prosiding iaitu Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif permainan panggil nombor (NHT) dalam proses pembelajaran sains tahun empat, Kesan model STAD terhadap pelajar dalam mata pelajaran sejarah, Pembelajaran koperatif di Institut Pengajian Tinggi, Kesan model STAD terhadap sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah dan Kesan pembelajaran koperatif model STAD keatas Pencapaian dan persepsi pelajar semester 2 diploma Kejuruteraan Awam dalam kursus Mechanics Of Structures di politeknik Port Dickson. Kesemua prosiding yang dibincangkan ini mempunyai abstrak bahasa melayu dan bahasa inggeris kecuali bagi prosiding 4 dan 5 yang tidak dinyatakan abstrak bahasa inggeris. Kesemua abstrak ditulis dalam satu perenggan serta dapat memberikan gambaran awal kepada pembaca berkenaan kajian yang dijalankan. Semua prosiding adalah berbentuk hasil kajian. Namun masih terdapat kekurangan dalam menulis abstrak kerana tidak menyatakan elemen asas seperti tujuan, objektif, metodologi, dan dapatan kajian. Kebanyakan abstrak disertakan dengan kata kunci. 3.0 PENGENALAN DAN PERSOALAN KAJIAN Pengenalan kesemua prosiding yang dibincangkan membantu pembaca fokus terhadap isu kajian. Prosiding-prosiding yang dikemukakan mempunyai contoh-contoh yang terkini yang dapat menggambarkan permasalahan semasa kerana perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan berkembang secara pesat. Selain daripada itu juga kelima-lima prosiding menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan bidang yang dikaji. Kesesuaian laras bahasa yang digunakan membantu pembaca untuk lebih memahami apa yang ingin disampaikan. Hujah-hujah dalam Prosiding 1 ditulis berdasarkan pengalaman belajar pengkaji dan didapati kekurangan sokongan daripada kajian-kajian lepas. Prosiding mempunyai tiga perenggan dan daripada analisis yang dibuat, terdapat kurang kesinambungan dalam setiap perenggan dalam Prosiding 1.
  • 4. 4 Bagi prosiding 2 pula huraian yang diberikan menjurus kepada tema kajian yang dilakukan. Pengenalan ditulis dalam bentuk huraian ringkas berkaitan tema kajian, dengan sokongan literatur dan kajian lepas yang terkini dan relevan. Pengenalan ditulis dengan jelas. Memberi hujah-hujah yang berkaitan dengan tajuk. Prosiding 3 membincangkan tentang isu yang berkaitan dengan tema kajian serta sokongan rujukan. Pengenalan ditulis dengan jelas dan mempunyai perkaitan dengan tajuk. Penggunaan laras bahasa yang mudah difahami. Pemerengganan yang baik dan mempunyai kesinambungan. Ditulis dalam dua halaman. Prosiding 4 mengemukakan huraian yang menjurus tema. Pengenalan ditulis dalam bentuk huraian ringkas berkaitan tema kajian, dengan sokongan literatur dan kajian lepas yang terkini dan relevan. Pengenalan ditulis dengan jelas. Pemerengganan yang baik dan mempunyai kesinambungan. Prosiding 5 mempunyai huraian yang ringkas dengan sokongan literatur. Pengenalan bagi prosiding ini dikarang dengan jelas dan mudah difahami sambil disokong dengan soroton literatur dan kajian-kajian lepas. Menerangkan secara keseluruhan tentang apa yang dimaksudkan dengan tajuk. Pengenalan dapat membawa pembaca kepada rangka kerja yang hendak dibincangkan. Pengenalan jelas dan berkaitan dengan isu kajian. Pengenalan menyatakan maksud-maksud yang berkaitan dengan kajian. Hujah-hujah disokong oleh kajian lepas kecuali Prosiding 1. Setiap perenggan membawa kesinambungan kepada pembaca. Manakala bagi aspek persoalan kajian pula, hasil analisis yang dilakukan ke atas kesemua lima prosiding ini, didapati persoalan dinyatakan dengan jelas dalam Prosiding 1 dan 4. Manakala persoalan tidak dinyatakan secara jelas dalam Prosiding 2, 3 dan 5. Tetapi ianya dinyatakan secara tidak langsung dalam bahagian lain prosiding. Persoalan dalam Prosiding 1 dan 4 dinyatakan dalam bentuk soalan. Setiap persoalan merujuk kepada objektif atau tujuan kajian iaitu untuk melihat keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap mata pelajaran sains tahun empat dalam Prosiding 1 dan melihat peningkatan skor pencapaian pelajar yang mengikuti pembelajaran koperatif model STAD dalam Prosising 2. Kesemua prosiding dilihat mempunyai kesinambungan dengan tajuk kajian dan menepati tema keberkesanan pembelajaran koperatif.
  • 5. 5 4.0 PENYATAAN MASALAH DAN METODOLOGI KAJIAN Prosiding-prosiding yang dikemukakan didapati tidak mempunyai keseragaman dalam penulisan. Terdapat jurang permasalahan yang nyata dijelaskan dalam prosiding 1, 4 dan 5. Tidak terdapat jurang permasalahan yang nyata bagi penyatan masalah yang dinyatakan dalam Prosiding 2 dan Prosiding 3. Penyataan masalah dikemukakan terlalu umum dan sukar dikenalpasti masalah yang ingin diselesaikan Prosiding 1 mengemukakan kajian yang dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar kurang minat dan pasif dalam aktiviti pelajaran dan pengajaran sains dengan pelaksanaan pembelajaran koperatif model STAD. Prosiding 4 memperlihatkan masalah bagi guru melaksanakan eksperimen di dalam kelas diatasi dengan corak pengajaran model STAD yang didapati berkesan bagi pelajar untuk mempelajari kandungan dan kemahiran asas sesuatu subjek atau bidang. Bagi prosiding 5 pula penyataan masalah dinyatakan dengan ringkas dan permasalahan adalah wujud melalui huraian pendahuluan dan disokong oleh beberapa literatur. Prosiding 5 merupakan prosiding yang lengkap kerana menyatakan penyataan masalah yang cukup jelas dan senang untuk difahami. Pengkaji ingin melihat mata pelajaran sejarah yang sering dianggap bosan oleh pelajar diatasi dengan peningkatan kualiti pengajaran guru menggunakan model STAD dalam menarik minat pelajar. Seterusnya, penerangan dalam metodologi kajian merangkumi kesemua aspek yang perlu ada iaitu kaedah kajian, instrumen kajian, subjek kajian dan prosedur kajian. Daripada 5 prosiding yang dianalisis didapati metodologi dinyatakan dengan jelas merangkumi kaedah, instrumen, responden dan analisis data juga dinyatakan. Justifikasi analisis data dinyatakan dengan jelas kecuali Prosiding 2 tidak menyatakan bagaimana data dianalisis. Prosiding 1 menggunakan kajian kualitatif dengan menjalankan ujian pra dan pasca serta dibantu dengan teknik pemerhatian, catatan refleksi guru, temubual, soal selidik dan analsis dokumen. Bagi Prosiding 2, Reka bentuk kajian dinyatakan dengan jelas dan kaedah yang digunakan adalah sesuai. Reka bentuk kajian kuasi-eksperimen. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak serupa, pemerhatian dan temu-bual. Data temubual yang didapati dianalisis sebagai sokongan dapatan kuantitatif.
  • 6. 6 Prosiding 3 pula merupakan kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik skala 4-likert. Sampel pula terdiri daripada 67 orang pelajar. Semua kaedah yng digunakan telah dihuraikan dengan jelas. Seterusnya prosiding 4 menggunakan rekabentuk kajian kuasi- eksperimen. Responden yang terlibat adalah seramai 40 orang pelajar semester 2 diploma Kejuruteraan Awam dalam kursus Mechanics of Structures di Politeknik Port Dickson. Prosiding 5 pula menggunakan kajian kualitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian Pra-pasca, temubual dan pemerhatian. Data-data temubual ditranskripsikan dan dianalisis mengikut tujuan kajian. 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Huraian yang baik dengan pernyataan ringkas dan padat serta berfokuskan data. Dapatan dibincang mengikut soalan kajian. Jadual dipersembahkan dengan kemas iaitu mempunyai tajuk dan nombor jadual. Hanya Prosiding 2 tidak dinyatakan dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan. Prosiding 1 dibentangkan dalam bentuk jadual dan diikuti dengan huraian berbentuk ayat. Dapatan kajian menunjukkan 26 peserta minat terhadap mata pelajaran Sains selepas didedahkan dengan model NHT. Dapatan prosiding 3 dibentangkan dalam jadual peratusan respon bagi setiap elemen yang dikaji. Setiap huraian dapatan disusuli dengan rujukan ilmiah. Jadual 1 menunjukkan peratusan respon pelajar terhadap elemen kesaling-bergantungan positif. Jadual 2 menunjukkan peratusan respon pelajar terhadap elemen tanggungjawab individu. Jadual 3 menunjukkan peratusan respon pelajar terhadap elemen kemahiran sosial. Jadual 4 menunjukkan peratusan respon pelajar terhadap elemen pemprosesan kumpulan. Elemen-elemen yang dinilai menyokong keberkesanan pembelajaran koperatif yang dijalankan. Dalam Prosiding 4, dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk jadual yang menunjukkan peningkatan dari segi skor pencapaian pelajar yang mengikuti pembelajaran Koperatif model STAD bagi kelas yang dirawat. Data menunjukkan bahawa keseluruhan respondan amat berminat mempelajari Kursus Mechanics of structures menggunakan kaedah pembelajaran Koperatif apabila terdapat 97% pelajar berpendapat mereka mampu menguasai Mechanics of Structures melalui model STAD yang digunakan. Responden juga bersetuju pembelajaran koperatif menggalakkan mereka terlibat secara aktif. Data prosiding 5 yang diperolehi diringkaskan dalam tiga jadual. Jadual 1 memaparkan secara keseluruhan tahap bagi pemboleh-
  • 7. 7 pemboleh ubah kajian untuk Kumpulan Kawalan dan Rawatan bagi ujian pasca. Jadual 2 memaparkan keputusan Ujian-T ke atas pemboleh-pemboleh ubah bersandar sikap pelajar dan kemahiran berkomunikasi dalam mata pelajaran Sejarah untuk Kumpulan Kawalan dan Rawatan bagi ujian pasca. Jadual 3 menyatakan nilai saiz kesan mengikut kaedah Cohen (Cohen’s d) dilaporkan bagi setiap pemboleh ubah. Daripada dapatan kajian prosiding-prosiding yang dianalisis, penerangan dan ringkasan disertakan supaya memudahkan pembaca memahami dapatan kajian yang dikemukakan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian dapat menjawab persoalan kajian yang dibina dan menepati tema keberkesanan pembelajaran koperatif. Dalam aspek perbincangan, Prosiding 1, Prosiding 2, Prosiding 3 dan Prosiding 4 tidak dinyatakan perbincangan bagi kajian yang dijalankan. Hanya Prosiding 5 ada membincangkan tentang kesan pembelajaran koperatif model STAD terhadap sikap pelajar serta kesan pembelajaran koperatif model STAD terhadap kemahiran berkomunikasi pelajar. Prosiding 1, 2, 3 dan 4 tidak mempunyai perbincangan mungkin kerana sukar diinterpretasi data terhadap permasalahan yang dikaji. Perbincangan analisis data kajian diteliti berdasarkan objektif kajian yang diterang di bahagian atas. Hujah perbincangan disokong dengan kajian lepas. Secara keseluruhannya, perbincangan berjaya mengaitkan hasil kajian dengan pernyataan masalah yang dikemukakan. 6.0 KESIMPULAN DAN RUJUKAN Kebanyakan prosiding mempunyai bahagian kesimpulan tetapi semuanya dinyatakan dengan ringkas dan pendek. Prosiding 1 dan Prosiding 2 tidak menyatakan kesimpulan bagi kajian yang dijalankan. Kesimpulan prosiding 3, 4 dan 5 dinyatakan dengan ringkas dan pendek dalam satu perenggan. Kesimpulan prosiding 3 dinyatakan secara umum dan ditambahkan dengan harapan pengkaji untuk menjayakan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan yang dibuat dalam Prosiding 3, 4 dan 5 menyokong hasil dapatan kajian yang diperoleh dalam kajian yang dijalankan. Kesimpulan dibuat menggunakan laras bahasa yang mudah difahami. Secara keseluruhannya, kesemua kesimpulan menyokong hasil kajian kecuali Prosiding 1 dan 2. Seterusnya, sumber rujukan perlu dinyatakan bagi setiap hujah yang dinyatakan. Bagi semua prosiding yang dianalisis, didapati kesemua prosiding menyatakan rujukan pada bahagian
  • 8. 8 yang khusus. Prosiding 1 menyenaraikan lima rujukan termasuk buku dan jurnal. Sumber rujukan yang diberikan adalah terlalu sedikit dan terhad. Prosiding 2 menyatakan sumber rujukan terdiri daripada buku dan jurnal. Terdapat 25 rujukan dari dalam dan luar negara. 12 rujukan dalam Bahasa Inggeris dan 13 rujukan dalam Bahasa Melayu. Kebanyakannya menggunakan rujukan terkini (2000-2009) dan disusun mengikut abjad. Penggunakan format juga adalah konsisten. Prosiding 3 menyenaraikan 12 rujukan dari dalam dan luar negara. Pengkaji banyak merujuk kepada artikel-artikel jurnal, prosiding dan sumber elektronik. Manakala Prosiding 4 mempunyai 11 rujukan yang digunakan. Pengkaji banyak merujuk kepada buku-buku dan jurnal. Bagi Prosiding 5, terdapat 25 rujukan digunakan. Pengkaji banyak merujuk kepada artikel-artikel jurnal, prosiding dan sumber elektronik. Keseluruhannya rujukan terdiri daripada pelbagai sumber dari dalam dan luar negara dan menggabungkan rujukan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Namun begitu masih terdapat rujukan lama dan tidak relevan dari segi masa digunakan. Dari segi kaedah penulisan, semua rujukan ditulis menggunakan format penulisan yang konsisten. 7.0 KESIMPULAN Setelah melakukan analisis ke atas lima prosiding yang dipilih, secara keseluruhannya terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan. Prosiding yang dianalisis mempunyai kekuatan dari sudut pemilihan tajuk kerana kebanyakan prosiding memilih tajuk yang bersesuaian dan tidak melebihi 15 patah perkataan. Manakala penulisan abstrak adalah jelas dan mudah difahami. Kesemua abstrak ditulis dalam satu perenggan serta dapat memberikan gambaran awal kepada pembaca berkenaan kajian yang dijalankan. Dapatan dibincang mengikut soalan kajian. Jadual dipersembahkan dengan kemas iaitu mempunyai tajuk dan nombor jadual. Dari segi kaedah penulisan, semua rujukan ditulis menggunakan format penulisan yang konsisten. Selain kekuatan yang ada pada setiap prosiding, tidak terkecuali juga beberapa kelemahan yang dapat dikesan melalui analisis yang dilakukan. Didapati semua prosiding idak mempunyai keseragaman dalam penulisan terutamanya pemerengganan yang tidak mempunyai kesinambungan. Oleh demikian terdapat kepincangan yang nyata dalam beberapa prosiding.
  • 9. 9 Sesetengah rujukan yang digunakan tidak terkini kerana kajian banyak dijalankan di luar negara. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa semua prosiding mudah difahami dan mempunyai nilai ilmiah yang tinggi. RUJUKAN Azwani binti Ismail, Zahara Aziz, Sharifah Nor Puteh, Abdul Razaq Ahmad. 2010. Kesan model STAD terhadap sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Seminar Penyelidikan Siswazah UKM, hlm. 27-40. Azwani Ismail, Zahara Aziz dan Sharifah Nor Puteh. 2010. Kesan model STAD terhadap pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM, hlm. 1-12 Christina Lau Chui Jin. 2012. Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif permainan panggil nombor (NHT) dalam proses pembelajaran sains tahun empat di Kuching. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, hlm. 210-222 Gaya UKM Panduan Menulis Tesis. Edisi cetakan ke-2. 2010. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Roslina binti Abd. Talib, Suriyani bt Jamirin @Jamirell, Zulzana bt Zulkarnain. 2012. Kesan pembelajaran koperatif model STAD keatas pencapaian dan persepsi pelajar semester 2 diploma Kejuruteraan awam dalam kursus Mechanics of Structures di Politeknik Port Dickson. Seminar Pendidikan 2012 (EduSem’12), 28 September 2012, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan Zanaton Haji Ikhsan, Kamsiah Osman dan Nor Azizan Salleh. 2008. Pembelajaran koperatif di Institut Pengajian Tinggi. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan, hlm. 394-408.
  • 10. 10
  • 11. 11 GGGE 6012 PENULISAN AKADEMIK 1 SEMESTER 1 SESI PENGAJIAN 2013/2014 SEMINAR 1 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF BAGI MODEL STAD DAN NHT DALAM KALANGAN PELAJAR. Pensyarah : PROF. DATIN DR. JURIAH BINTI LONG Disediakan oleh: KUMPULAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI NORFAIZAH BINTI ISMAIL (P66434) AIDATUL SHIMA BINTI ISMAIL (P66288) AN NUR BINTI PAMIS (P71480) NUR HASNIRA BINTI HAMDAN (P71483) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2013 KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 TAJUK PROSIDING DAN ABSTRAK 2 3.0 PENGENALAN DAN PERSOALAN KAJIAN 3
  • 12. 12 4.0 PENYATAAN MASALAH DAN METODOLOGI KAJIAN 5 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 6 6.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN 7 7.0 KESIMPULAN 8 8.0 RUJUKAN 9