Rumusan jurnal

4,888 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
4,888
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
127
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Rumusan jurnal

  1. 1. KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH RUMUSAN JURNAL KECERDASAN EMOSI, LIMA DIMENSI PERSONALITI DAN KEJAYAAN AKADEMIK CALON-CALON GURU DALAM PENDIDIKAN JASMANI NUR SHAFIZA BT ISMAIL D20111048998 muhammad asraf bin wazir D20111049021 wan faiq fikri bin wan abdul rahman D20111049156 zalia fatin bt zaini D20111048113 adliah bt drani D20111048112 syarafina nadiah bt shaharin D201110481101.0 PENGENALAN
  2. 2. Tajuk jurnal yang ingin dibincangkan di sini ialah ‘Kecerdasan Emosi, Lima DimensiPersonaliti dan Kejayaan Akademik Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’. Jurnal iniadalah ditulis oleh Serdar Tok dan Suleyman L. Morali daripada Ege University, Bornova, Izmir,Turki. Tujuan kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi dan lima dimensipersonaliti dalam menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.Kajian ini dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru mata pelajaranPendidikan Jasmani Gred 4 di Turki yang berumur di antara 23 tahun sehingga 32 tahun. Personaliti adalah merupakan gambaran keseluruhan tentang tingkah laku yang tersusundi mana ia boleh meramalkan apa yang akan dilakukan oleh seseorang individu secara luaranmahupun dalaman. Personaliti adalah melambangkan ciri-ciri keperibadian individu sepertikecenderungan seseorang untuk bertingkah laku mengikut cara tertentu. Menurut Eysenck(1947) mendefinisikan personaliti sebagai satu organisasi yang agak stabil dan berkekalandari segi ciri-ciri emosi, fizikal dan intelek seseorang individu yang berupaya menentukanpenyesuaiannya yang unik kepada persekitaran. Definisi ini adalah menekankan kepada traitiaitu ciri-ciri yang stabil dan berkekalan. Apabila trait ini dikumpulkan, ia akan menjadi ‘type’dan dalam erti kata lain, koleksi trait personaliti selalunya wujud bersama dan menyumbangkepada ‘type’ personaliti. Personaliti bermula dan berkembang melalui interaksi trait di manatingkah laku akan dibentuk. Skop kajian adalah berkisar tentang kualiti seseorang guru berdasarkan personaliti.Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitu kecerdasanemosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi (EI)yang tinggi adalah lebih berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasabersikap terbuka terhadap pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balastentang cara mengajar mereka daripada pelajar masing-masing. Terdapat lima dimensipersonaliti yang diutarakan dalam jurnal ini iaitu Kehematan (Conscientiousness), KeterbukaanFikiran (Openness to Experience), Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) danNeurotisme (Neuroticism) yang menjadi unsur dalam mengkaji faktor-faktor penentu kejayaanakademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.2.0 RUMUSAN JURNAL
  3. 3. Nama penulis jurnal ialah Serdar Tok dan Suleyman L. Morali. Tajuk jurnal ialah‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik Calon-Calon Gurudalam Pendidikan Jasmani’. Tujuan kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi (EI)dan lima dimensi personaliti bagi menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalamPendidikan Jasmani. Kajian ini dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) gurumata pelajaran Pendidikan Jasmani Gred 4 yang berusia dalam lingkungan umur 23 tahunsehingga 32 tahun di Turki. Kajian jurnal ini menggunakan kaedah yang memerlukancalon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani melengkapkan borang inventori ‘Lima DimensiPersonaliti dan Skala Kepintaran Emosional Schutte’. Skop kajian ialah berkaitan kualitiseseorang guru berdasarkan personaliti. Berdasarkan kajian sebelum ini, jangkaan psikologi tentang kejayaan akademik gurusebahagian besarnya adalah bertumpu terhadap faktor kognitif seperti tahap kecerdasan mindaatau IQ seseorang guru. Kajian ini telah menunjukkan hubungan antara IQ dan kejayaanakademik guru dari tahap rendah sehingga sederhana. IQ mempunyai keupayaan yang terhadkepada sebahagian kejayaan akademik guru. Kekurangan keupayaan untuk menjelaskankejayaan akademik guru menunjukkan bahawa faktor-faktor selain daripada keupayaan kognitifboleh menyumbang kepada pemahaman kejayaan akademik guru. Keputusan menunjukkanbahawa kejayaan akademik calon-calon guru adalah paling berkaitan dengan sikap kehematan(Conscientiousness). Sikap kehematan inilah yang dapat meramalkan dalam nilai yang besarke atas prestasi calon-calon guru yang menjadi peserta dalam kajian ini. Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitukecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Konstruk psikologi yang terkini dan popularyang dianggap sebagai peramal kemungkinan pencapaian akademik calon-calon guru adalahkecerdasan emosi (EI). Cherniss, Extein, Goleman dan Weissberg (2006) mendakwa wujudnyapertindihan dalam kalangan model EI dan dalam semua model yang mengenal pasti bahawa EIadalah melibatkan dua komponen iaitu kesedaran dan pengurusan emosi diri individu sertakesedaran dan pengurusan emosi orang lain. Hasil daripada beberapa kajian telah menunjukkanbahawa sifat EI mungkin konstruk sah dalam ramalan kepuasan hidup, aduan somatik dangaya peniruan.
  4. 4. Selain itu, kajian ini selari dengan kajian Noriah et al (2003) yang mendapati bahawadomain kerohanian dan kematangan merupakan aspek penting dalam meningkatkan kecerdasanemosi (EI) seseorang individu. Guru yang mempunyai tahap EI yang tinggi adalah lebihberketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa bersikap terbuka terhadappandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas tentang cara mengajarmereka daripada pelajar masing-masing. Idea kedua yang banyak menarik perhatian sebagai peramal kejayaan akademikcalon-calon guru ialah lima dimensi personaliti. Lima dimensi personaliti tersebut ialahKehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience), Ekstroversi(Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Keputusan yangsama diperolehi oleh Duckworth dan Seligman (2005) dalam kajian yang memeriksa hubungandi antara prestasi IQ, disiplin diri dan pencapaian akademik guru. Skor bagi Conscientiousnessdan Agreeableness adalah berada pada tahap yang tinggi, manakala dimensi personaliti lainseperti Openness to Experience, Extroversion dan Neuroticism pula berada pada tahapsederhana. Dapatan ini menjelaskan bahawa guru-guru tidak suka mencari kesalahan orang lain,tidak memulakan pertengkaran dengan orang lain, bertimbangrasa, baik hati, suka bekerjasama,memiliki naluri memaafkan orang lain secara semulajadi, bersopan santun, suka membantu dantidak mementingkan diri sendiri. Ciri-ciri seumpama ini selaras dengan dapatan kajian Perlman dan McCann (1998)tentang ‘Student Pet Peeves About Teaching’. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa seseorangguru yang mempunyai dimensi personaliti Agreeableness yang tinggi akan sentiasa mempunyaihubungan yang mesra antara guru dan pelajar, dapat mengingati nama pelajar dan memanggilmereka apabila ada kesempatan serta bersikap liberal dan fleksibel semasa proses pengajaran danpembelajaran di dalam kelas.
  5. 5. 3.0 ULASAN JURNAL BERDASARKAN TEORI Jurnal bertajuk ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan AkademikCalon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’ adalah menekankan kepada lima konsep utamaiaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience),Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Melaluikonsep ini, dapat dinilai dan dikenal pasti bagaimana seseorang calon guru itu berkeupayaanuntuk menjadi seorang guru dalam bidang Pendidikan Jasmani. Perkara utama yang menjadipenentu kejayaan akademik seseorang calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah mereka yangmempunyai dimensi personaliti kehematan (Conscientiousness). Menurut (Chamorro-Premuzicdan Furnham, 2004; Moutafi, Furnham dan Crump, 2003) menyatakan bahawa kejayaanakademik seseorang calon guru itu adalah berkait rapat dengan sikap kehematan. Sikap iniapabila berada pada tahap yang tinggi akan membentuk personaliti seorang guru seperti bersikapteratur, suka merancang kehidupan, memiliki azam yang kuat, berhati-hati, boleh dipercayai,bercita-cita, bertanggungjawab, cekal, teliti, menepati masa dan menghasilkan kerja dengansangat kemas. Personaliti ini akan melahirkan ciri-ciri guru yang baik terutamanya bagi calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Seterusnya, dimensi personaliti yang akan memberikan impak dalam kejayaan akademikbagi calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah sikap keterbukaan fikiran (Openness toExperience). Farsides dan Woodfield (2003), menyatakan bahawa sikap keterbukaan fikiranmempunyai hubungan yang positif dengan kejayaan akademik seseorang calon guru.Bagi calon-calon guru yang berfikiran terbuka, mereka akan cenderung untuk menyertai pelbagaiaktiviti yang dijalankan dan secara tidak langsung guru tersebut akan memperolehi banyak ilmupengetahuan serta membuatkan mereka mencari sebab-sebabnya. Ciri-ciri guru yang memilikipersonaliti ini ialah mempunyai banyak idea, tinggi daya imaginasi, kreatif, sukakan seni dankerencaman. Menurut O’Connor dan Paunonen (2007), menyatakan bahawa hubungan di antaraketerbukaan fikiran dan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani adalahsangat rendah. Namun begitu, dimensi keterbukaan fikiran adalah antara faktor kedua terbesarselepas dimensi kehematan dengan mendapat sokongan daripada Chamorro-Premuzic danFurnham (2004).
  6. 6. Dimensi personaliti yang ketiga ialah ekstroversi (Extroversion) yang merujuk kepadatahap keselesaan seseorang dalam menjalinkan perhubungan sesama manusia. Bagi seseorangyang bersikap ekstroversi mereka merupakan individu yang lebih cenderung untuk bersosial.Individu yang memiliki sikap ekstroversi yang tinggi adalah merupakan golongan yangmempunyai ciri-ciri personaliti seperti bertenaga, optimistik, mesra, peramah, spontan, sukakancabaran, bersemangat dan sangat suka bersosial. Menurut Busato, Prins, Elshout dan Hamaker(2000) menegaskan bahawa dimensi ekstroversi mempunyai kecenderungan negatif terhadapkejayaan akademik. Walaupun mengikut logiknya sikap ekstroversi amat bersesuaian denganciri-ciri sebagai seorang guru tetapi jurnal ini agak tidak menyokongnya dengan penilaianbahawa untuk menjadi seorang guru, sikap tersebut merentasi pembolehubah seperti umur,tahap pendidikan dan jantina. Kaedah penilaian mungkin memberi kesan sederhana di antarahubungan dimensi ekstroversi dengan kejayaan akademik calon-calon guru dalam PendidikanJasmani. Dimensi personaliti kesetujuan (Agreeableness) pula memberikan pandangan berbezake atas kejayaan calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Ciri-ciri kesetujuan yangdinyatakan dalam buku Pembangunan Sahsiah menerangkan bahawa wujudnya kecenderunganseseorang untuk berbaik-baik dan bertingkah laku yang sesuai dalam interaksi sosial. Penekanankhas bagi individu yang mempunyai dimensi besar dalam kesetujuan ini ialah mudahmempercayai sesuatu, mudah bersimpati, suka membantu, berhati lembut, suka bekerjasama,sopan, pemurah, memahami keadaan orang lain dan jujur. Mengikut Farsides dan Woodfield(2003) serta Gray dan Watson (2002) menjelaskan bahawa kesetujuan positif adalah berkaitandengan tahap nilai purata. Walaubagaimanapun, menurut (Conard, 2006; Duff, Boyle, Dunleavydan Ferguson, 2004) mereka gagal mencari persamaan atau kaitan yang signifikan di antarakesetujuan dan kejayaan akademik. Akhirnya, mereka membuat kesimpulan bahawa dimensikesetujuan adalah tidak memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan akademikcalon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.
  7. 7. Akhir sekali ialah dimensi personaliti neurotisme (Neuroticism) di mana ia merupakanfaktor yang mengukur kestabilan emosi dan penyesuaian peribadi dengan persekitaran iaituadaptasi. Justeru, neurotisme juga melihat keupayaan seseorang dalam menangani tekanan.Somer, Korkmaz dan Tatar (2004) menyimpulkan bahawa dimensi neurotisme adalah sepertisuka mengikut perasaan, tinggi tahap kebimbangan dan kemurungan, merasa tidak selamat,mementingkan diri sendiri dan cepat menggelabah. Hal ini akan menyebabkan individu tersebuttidak berkeyakinan pada diri sendiri dalam melakukan penyampaian dan persembahandi hadapan orang ramai. Kenyataan ini disokong oleh O’ Connor dan Paunonen (2007) yangmenjelaskan bahawa neurotisme adalah mempunyai perkaitan yang sangat rendah dengankejayaan akademik dan ia bukanlah suatu akses yang dominan dalam menentukan kejayaanakademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kesimpulannya, keputusan dalam jurnal ini sepakat menyatakan bahawa kejayaanakademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani adalah dipengaruhi oleh dimensikehematan (Conscientiousness). Keputusan ini disokong oleh Barchard (2003),Chamorro-Premuzic dan Furnham (2008), Chowdhury dan Amin (2006) serta Conard (2006)yang menyimpulkan bahawa calon-calon guru yang berkebolehan mengurus, fokus danmemberikan tumpuan dalam pelajaran akan mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran danakan menggapai kejayaan sebagai guru cemerlang di sekolah.
  8. 8. 4.0 KESIMPULAN Jurnal ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan AkademikCalon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’ adalah menekankan kepada lima konsep utamaiaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience),Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Tujuankajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti dalammenentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kajian inidijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru mata pelajaran PendidikanJasmani Gred 4 yang berusia dalam lingkungan umur 23 tahun sehingga 32 tahun. Kajian jurnalini menggunakan kaedah yang memerlukan calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmanimelengkapkan borang inventori ‘Lima Dimensi Personaliti dan Skala Kepintaran EmosionalSchutte’. Skop kajian ialah berkaitan dengan kualiti seseorang guru berdasarkan personaliti. Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitukecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Guru yang mempunyai tahap EI yang tinggiadalah lebih berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa bersikap terbukaterhadap pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas tentang caramengajar mereka daripada pelajar masing-masing. Keputusan yang sama diperolehi olehDuckworth dan Seligman (2005) dalam kajian yang memeriksa hubungan di antara prestasi IQ,disiplin diri dan pencapaian akademik guru. Skor bagi Conscientiousness dan Agreeablenessadalah berada pada tahap yang tinggi, manakala dimensi personaliti lain seperti Openness toExperience, Extroversion dan Neuroticism pula berada pada tahap sederhana. Perkara utama yang menjadi penentu kejayaan akademik seseorang calon guru dalamPendidikan Jasmani ialah mereka yang mempunyai dimensi personaliti kehematan(Conscientiousness). Menurut (Chamorro-Premuzic dan Furnham, 2004; Moutafi, Furnham danCrump, 2003) menyatakan bahawa kejayaan akademik seseorang calon guru itu adalah berkaitrapat dengan sikap kehematan. Sikap ini apabila berada pada tahap yang tinggi akan membentukpersonaliti seorang guru seperti bersikap teratur, suka merancang kehidupan, memiliki azamyang kuat, berhati-hati, boleh dipercayai, bercita-cita, bertanggungjawab, cekal, teliti, menepatimasa dan menghasilkan kerja dengan sangat kemas.
  9. 9. Seterusnya, dimensi personaliti yang akan memberikan impak dalam kejayaan akademikbagi calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah sikap keterbukaan fikiran (Openness toExperience). Farsides dan Woodfield (2003), menyatakan bahawa sikap keterbukaan fikiranadalah mempunyai hubungan yang positif dengan kejayaan akademik seseorang calon guru.Dimensi keterbukaan fikiran adalah antara faktor kedua terbesar selepas dimensi kehematandengan mendapat sokongan daripada Chamorro-Premuzic dan Furnham (2004).Kaedah penilaian mungkin memberi kesan sederhana di antara hubungan dimensi ekstroversi(Extroversion) dengan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.Dimensi kesetujuan (Agreeableness) adalah tidak memainkan peranan yang penting dalammenentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kenyataan inidisokong oleh O’ Connor dan Paunonen (2007) yang menyatakan bahawa neurotisme(Neuroticism) mempunyai perkaitan yang sangat rendah dengan kejayaan akademik danmencadangkan bahawa dimensi neurotisme bukanlah suatu akses yang dominan dalammenentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Tuntasnya, keputusan dalam jurnal ini sepakat menyatakan bahawa faktor kejayaanakademik calon-calon guru dalam bidang Pendidikan Jasmani ialah dimensi kehematan(Conscientiousness). Keputusan ini disokong oleh Barchard (2003), Chamorro-Premuzic danFurnham (2008), Chowdhury dan Amin (2006) serta Conard (2006) yang merumuskan bahawacalon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani yang berkebolehan mengurus, fokus danmemberikan tumpuan dalam pelajaran akan mendapat keputusan yang baik dalam nilai gredpurata (GPA) dan bakal menjadi seorang guru yang berprestasi tinggi dan cemerlang di sekolah.
  10. 10. 5.0 BIBLIOGRAFIAzizi Yahaya, Shahrin Hasim, Nordiana Mohd Nor dan Noordin Yahaya (2007). Hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Diperoleh pada Mac 30, 2012 daripada eprints.utm.my/4022/1/jurnal.pdfEysenck, H. J (1947). Dimensions of personality. London: Routledge and Kegan Paul.Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Aslina Ahmad dan Hazalizah Hamzah (2011). Pengenalan pembangunan sahsiah. Perak: Emeritus Publications.Nurul Ezzati Azizi (2008). Hubungan antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar SPA, SPE dan SPJ. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.Serdar Tok and Suleyman L. Morali (2009). Trait emotional intelligence, the big five personality dimensions and academic success in physical education teacher candidates. Journal of Social Behavior and Personality. 37 (7). 921-932.

×