SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Pada keseluruhan pencapaian pelajar tingkatan 5E adalah agak lemah. Ini dapat
dilihat melalui keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimana
3% pelajar mendapat C, 94% pelajar mendapat D dan 3% pelajar mendapat gred E
dalam mata pelajaran sains.
Sikap pelajar yang negatif banyak memberikan kesan buruk terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran serta menyumbang kemerosotan prestasi mereka.
Ketika membincangkan jawapan bagi soalan peperiksaan pertengahan tahun,
semasa membincangkan soalan no. 5 (soalan objektif) pengkaji ada menyelitkan
kata-kata leteran dan teguran kerana didapati hanya 5 orang sahaja yang lulus
dalam peperiksaan itu. Seorang pelajar terus menyampuk “O. K cikgu, kita
teruskan soalan no. 6”. Bila mendengar pelajar itu menyampuk, pengkaji
merasakan amat geram kerana pelajar itu tidak lansung ingin mendengar leteran
dan teguran pengkaji. Pada pandangan pengkaji leteran itu amat bermakna untuk
merubah sikap pelajar tetapi leteran itu dianggap hanya membuang masa sahaja.
Kadang-kadang pengkaji merasakan agak “boring” mengajar pelajar dalam kelas ini
yang kebanyakan daripada mereka mempunyai “ego yang tinggi”. Pengkaji juga
memikirkan sekiranya pengkaji berterusan dengan sikap begini tentu pengkaji tidak
berjaya mendidik pelajar ini untuk berjaya.
Melalui luahan rasa seorang guru Sastera, beliau menyatakan “Pelajar Tingkatan
5E, ramai yang berlagak, engkau tengok X tu, meluat akak. Bukan pandai sangat
pun tapi lagak yang lebih”. “Si Y, hari tu dia soal akak, akak layan orang lain dulu,
dia merajuk. Dia buatlah kerja lain masa akak mengajar, akak malas nak tegur,
menyampah akak, mengada-ngada”. Pengkaji juga ada membuat temubual
dengan guru B. Inggeris yang mengajar 5E. Pengkaji bertanya “can you give me
some comment about form 5E students”Beliau menyatakan “ There are not
motivated to succeed, their target is not excellent, for them excellent is not
important. There just want to finish form five”.
Daripada pandangan yang diberikan oleh rakan guru dan pengalaman pengkaji
sendiri menyebabkan pengkaji membuat kesimpulan bahawa pelajar tingkatan 5E
ini mempunyai ego mereka tersendiri dan mereka ini memerlukan perhatian dan
dorongan agar mereka lebih berminat untuk belajar. Pengkaji memikirkan
bagaimana hendak mendorong sifat ego, sifat ingin bersaing dan sifat memerlukan
perhatian ke arah positif yang dapat meningkatkan minat mereka dalam pelajaran.
Hasil daripada permasalahan ini maka tercetuslah idea menggunakan graf
“BAKAT” sebagai dorongan untuk memotivasikan pelajar supaya lebih berminat
dengan pelajaran terutamannya mata pelajaran sains.
2.0 FOKUS KAJIAN
Sains merupakan mata pelajaran teras dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Kertas peperiksaan terbahagi kepada dua iaitu Kertas Satu (soalan objektif)
dan Kertas Dua (soalan struktur dan soalan esei). Kertas Satu yang terdiri daripada
50 soalan objektif menyumbangkan 50% daripada markah keseluruhan.
Berdasarkan pengalaman pengkaji, pelajar tidak boleh menjawab soalan objektif
dengan tepat seperti yang dikehendaki oleh soalan. Peperiksaan pertengahan
tahun menunjukkan 70.3% mendapat gagal bahagian objektif. Ini menunjukkan
kebanyakan pelajar masih belum dapat menguasai soalan objektif dengan baik.
Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaranya maka
mereka boleh berjaya menjawab soalan objektif dengan baik dan dapat menguasai
mata pelajaran sains.
Memupuk semangat motivasi merupakan perkara yang amat penting bagi
mewujudkan perasaan terdorong untuk berjaya. Pelajar tidak mungkin akan berjaya
sekiranya mereka tidak didorong dengan kuat untuk berjaya.
Menurut Noraini Ahmad (1998), “kejayaan seseorang itu 90% ditentukan oleh
sikapnya dan sebanyak 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada”
Motivasi diri merupakan pemangkin kejayaan dan merupakan langkah pertama
kecemerlangan diri pelajar kerana hanya motivasi sahaja dapat merubah sikap
pelajar.
Menurut Pn. Chin Mee Moi (2003) dalam Kajian Tindakannya menyatakan bahawa
terdapat tiga perkara utama yang membolehkan pelajar itu cemerlang iaitu sikap,
kemahiran asas dan latihan. Beliau menyimpulkan sikap yang ada pada diri pelajar
paling utama. Sikap yang positif akan menjamin perubahan yang lain.
Berdasarkan permasalahan ini telah mendorong pengkaji memfokuskan kajian
dengan menggunakan graf ‘BAKAT’ terutamanya menjawab soalan objektif bagi
menjana sikap positif pelajar dengan memupuk minat pelajar. Minat merupakan
satu motivasi secara langsung untuk meningkatkan lagi kesungguhan belajar.
Tanpa motivasi pelajar akan kehilangan minat.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif am dan
objektif khusus.
3.1 Objektif Am
Meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan 5 terhadap mata
pelajaran sains.
3.2 Objektif Khusus
1. Menjawab soalan objektif dengan tepat
2. Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains
3. Mewujudkan pembelajaran yang bermatlamat
4. Menambahkan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan
5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bersemangat
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 27 orang pelajar tingkatan 5 Efektif yang terdiri
daripada 17 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan.
5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
5.1 Analisis Tinjauan Masalah
Pengkaji mendapati terdapat dua masalah yang perlu diatasi iaitu sikap pelajar itu
sendiri dan sejauh manakah guru berjaya menarik minat pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengkaji telah mengadakan Ujian
Pra, pemerhatian dan temubual bagi mengenalpasti punca masalah.
Masalah pertama ialah dari segi sikap pelajar yang kurang bermotivasi terhadap
pembelajaran mereka. Melalui pemerhatian pengkaji, pelajar di dalam kelas ini
mudah berpuas hati dengan markah yang dimiliki oleh mereka. Mereka merasa
bangga jika markah mereka melebihi rakan mereka walaupun satu markah.
Malahan kalau diperhatikan markah mereka masih tetap rendah dari peratus yang
sepatutnya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui peristiwa yang dicatatkan di
bawah :
Pada 16.6. 2003 pengkaji memulangkan kertas jawapan objektif yang telah
disemak bagi peperiksaan pertengahan tahun. Pengkaji biasanya memanggil nama
pelajar dan markah yang didapatinya. Selepas beberapa pelajar mendapat kertas
jawapan mereka, tibalah giliran seorang pelajar yang namanya dan markahnya
disebut oleh pengkaji. Apabila pelajar ini mengambil kertasnya tiba-tiba beliau
berteriak, “Aku lebih daripada X, ye ! Pengkaji mendapati markah beliau ialah 16/50
(32%) dan rakannya itu 15/50 (30%). Di dapati markahnya masih rendah.
Pengkajipun menyampuk, “Lebih satu markah aje”. Beliau menjawab “Janji lebih
cikgu”. Ekoran dari peristiwa ini, terlintas difikiran pengkaji sebenarnya pelajar ini
masih mempunyai semangat dan ego untuk bersaing dengan rakan mereka tetapi
perlu dipupuk lagi supaya lebih bersemangat.
Pengkaji merasakan guru memainkan peranan yang agak penting untuk menarik
minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama
bagi pelajar yang agar lemah seperti tingkatan 5E ini. Pengkaji telah meminta
bantuan guru tingkatan tersebut untuk menemuduga pelajar tentang pandangan
mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Tinjauan ini tidak
dilakukan sendiri oleh pengkaji kerana dikuatiri data yang akan diperolehi tidak
tepat. Setelah menganalisa keseluruhan hasil temuduga dengan guru tingkatan,
kami telah membuat kesimpulan seperti berikut :
1. Pelajar pada keseluruhannya menyatakan pengkaji adalah guru yang
garang.
2. Pelajar tidak suka kepada cara pengkaji mengajar kerana sering meleteri
mereka.
3. Pelajar menyatakan bahawa pengkaji jarang memberi kata pujian pada
mereka
5.2 Tindakan / Aktiviti
Bagi mengatasi masalah yang dikenalpasti seperti di atas, pengkaji telah
menggunakan graf “BAKAT” dalam sesi latih tubi bagi memotivasikan pelajar dan
membolehkan pelajar menguasai soalan objektif. Penggunaan graf “BAKAT” ini
lebih banyak memfokuskan kata-kata pujian dan kata-kata semangat. Pengkaji
tidak langsung menggunakan leteran yang dianggap membosankan pelajar.
5.3 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Selepas menghabiskan sukatan pelajaran, pengkaji mengedarkan
Ujian Pra untuk dijawab oleh pelajar. Setelah pelajar tamat menjawab soalan,
pengkaji mengumpulkan soalan dan jawapan pelajar. Pengkaji tidak
membincangkan jawapannya dalam bilik darjah kerana set soalan ini akan
digunakan oleh pengkaji dalam ujian Pos 1.
Pengkaji menyediakan 9 set soalan objektif yang terdiri daripada 35 soalan untuk
setiap set. Setiap set mengandungi 2 atau 3 soalan dari setiap bab tingkatan 4 dan
tingkatan 5. Tajuk set ujian ini adalah berbentuk kata-kata motivasi seperti “Saya
Boleh, Yakin Boleh 1”. Di akhir setiap set pengkaji juga meletakkan kata-kata
dorongan seperti “Saya Boleh, Saya Yakin Boleh”, “Disediakan Untuk Pelajar
Tersayang Oleh Pn. Sabiah Ninggal”, dan “ Pastikan Kali Ini Lebih Baik Dari Yang
Lepas”. Pelajar diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan. Apabila
pelajar selesai menjawab soalan, guru akan memunggut kertas jawapan mereka
dan setiap pelajar akan menyemak jawapan rakan mereka disamping perbincangan
dengan guru untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setelah selesai
perbincangan jawapan, pelajar diminta mengira markah yang betul untuk kertas
jawapan rakan mereka dan menukarkannya dalam bentuk peratus. Setelah selesai
pengiraan markah kertas jawapan tadi akan diserahkan semula kepada pelajar
berkenaan.
Semua pelajar diminta menyediakan kertas graf untuk membuat graf “BAKAT”.
Bentuk graf “BAKAT” ditunjukkan seperti di bawah :
Markah (%)
B
A
K
A
T
80
50
40
10
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Bilangan Ujian
Berjaga-jaga. Bangkit segera untuk baiki graf anda.
Ada Peningkatan. Giatkan lagi usaha anda. Anda ada potensi
untuk meningkat
Tahniah. Tentukan kejayaan milik anda untuk hari ini, esok dan
selamanya
Anda Hebat. Tingkatkan lagi usaha anda supaya lebih cemerlang
Kejayaan Milik Anda. Tapi jangan terlalu selesa. PERJUANGAN
BELUM SELESAI
Aras-aras yang dibuat dalam graf “BAKAT” adalah untuk memotivasikan pelajar
supaya dapat memupuk keyakinan bahawa mereka masih boleh berjaya jika
mereka berusaha lebih. Aras-aras yang dibuat tidak mengikut mana-mana
“standard” dan dicipta oleh pengkaji sendiri bertujuan semata-mata memberi
harapan kepada pelajar agar lebih berusaha untuk mencapai aras yang mereka
inginkan.
Selepas membuat graf seperti yang ditunjukkan di atas, pelajar diminta memplotkan
markah yang didapati dalam ujian 1. Perkara ini diulang sehingga ke set ujian yang
ke 9. Setiap pelajar akan disediakan dengan fail poket. Pelajar diminta menampal
kertas graf yang mereka buat di bahagian dalam kulit fail dan perkataan “BAKAT”
berserta dengan maknanya di bahagian poket fail mereka. Ujian diberikan
sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Kertas-kertas ujian yang telah mereka jalani akan
dikumpulkan di dalam fail mereka
Setelah selesai menghabiskan 9 set soalan, pelajar akan diberi Ujian Pos 1.
Perbincangan jawapan dibuat bersama pelajar bersama-sama dengan pelajar.
Seminggu kemudian pelajar diberi Ujian Pos 2.
Soal selidik diberikan kepada pelajar untuk mendapat pandangan pelajar terhadap
penggunaan graf “BAKAT”. Dalam masa yang sama pemerhatian dibuat terhadap
tingkah laku pelajar dan beberapa pelajar dipilih secara rawak untuk ditemubual.
Kajian ini telah dijalankan selama dua bulan iaitu dari pertengahan bulan Ogos
hingga pertengahan bulan Oktober 2003.
5.4 REFLEKSI KAJIAN
5.4.1 Analisis Pencapaian Pelajar
Jadual 1 menunjukkan pencapaian pelajar dalam ujian pra, ujian pos 1 dan ujian
pos 2. Markah ini direkodkan untuk mengesan perubahan dalam pencapaian
pelajar.
Jadual 1 : Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2
Gred Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus
1A 0 0.0 1 3.7 0 0.0
2A 0 0.0 2 7.4 2 7.4
3B 1 3.7 0 0.0 2 7.4
4B 0 0.0 7 25.9 3 11.1
5C 1 3.7 3 11.1 4 14.8
6C 2 7.4 7 25.9 9 33.4
7D 5 18.5 4 14.9 4 14.8
8E 3 11.1 2 7.4 3 11.1
9G 15 55.6 1 3.7 0 0.0
Jumlah 27 100.0 27 100.0 27 100.0
Ujian Pra menunjukkan bahawa terdapat seramai 15 orang (55.6%) pelajar gagal
dalam menjawab soalan objektif sains. Hanya seorang pelajar (3.7%) mendapat
3B,1 orang pelajar(3.7%) mendapat 5C, 2 orang pelajar (7.4%) mendapat 6C, 8
orang pelajar (25.6%) mendapat hanya lulus sahaja.
Ujian Pos 1 menunjukkan terdapat peningkatan yang memberansangkan oleh
pelajar. Jumlah pelajar yang gagal telah berkurang kepada seorang sahaja (3.7%).
Terdapat seorang pelajar (3.7%) mendapat 1A, 2 orang pelajar (7.4%) mendapat
2A, 7 orang pelajar (25.9%) mendapat 4B, 3 orang pelajar (11.1%) mendapad 5C, 7
orang pelajar (25.9%) mendapat 6C dan 6 orang pelajar (22.3%) mendapat lulus.
Ujian Pos 2 membuktikan keupayaan pelajar dimana tidak ada seorang pelajar pun
yang gagal. Dua orang pelajar (7.4%) mendapat 2A, 2 orang pelajar (7.4%)
mendapat 3B, 3 orang pelajar (11.1%) mendapat 4B, 4 orang pelajar (14.8%)
mendapat 5C, 9 orang pelajar (33.4%) mendapat 6C dan 7 orang pelajar (25.9%)
mendapat lulus sahaja.
5.4.2 Analisis Soal Selidik
Kajian soal selidik dilaksanakan dengan mengira min (purata) untuk setiap item.
Keputusannya adalah seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2 : Kajian Tentang Keberkesanan Penggunaan Graf “BAKAT”
Bil. Item
Jumlah Skor
(27 pelajar) Min
1. Pengajaran menggunakan graf “BAKAT” dapat
menarik minat saya. 125 4.6
2. Pengajaran menggunakan graf “BAKAT” lebih
seronok. 117 4.3
3. Saya boleh menilai prestasi saya menjawab
soalan objektif melalui graf “BAKAT”. 129 4.8
4. Saya lebih bersemangat belajar dengan
menggunakan graf “BAKAT”. 118 4.4
5. Graf “BAKAT” dapat mewujudkan perasaan
sentiasa ingin memperbaiki prestasi saya
menjawab soalan objektif. 125 4.6
6. Pembelajaran saya lebih bermatlamat dengan
menggunakan graf “BAKAT”. 110 4.1
7. Saya rasa tercabar bila mendapat markah yang
rendah.
123 4.6
8. Penggunaan graf “BAKAT” tidak mematahkan
semangat saya untuk belajar. 119 4.4
9. Saya suka membuat graf “BAKAT”. 120 4.4
Pada keseluruhannya penggunaan graf “BAKAT” memberi kesan
positif terhadap perubahan tingkah laku pelajar. Kebanyakan pelajar sangat
bersetuju penggunaan graf “BAKAT” dapat menarik minat mereka, boleh menilai
prestasi mereka, mewujudkan perasaan sentiasa ingin memperbaiki prestasi
mereka dan mencabar mereka sekiranya mendapat markah yang rendah di dalam
ujian. Pelajar juga menunjukkan respond yang positif dimana mereka bersetuju
dengan pernyataan menggunakan graf “BAKAT” lebih seronok, lebih bersemangat
untuk belajar, pembelajaran mereka lebih bermatlamat, tidak mematahkan
semangat mereka untuk belajar dan mereka suka membuat graf bakat.
Melalui soalan terbuka yang dikemukakan didapati semua pelajar meminati sains
dan suka menjawab soalan objektif kecuali seorang pelajar menyatakan beliau tidak
minat menjawab soalan objektif tetapi meminati sains dan seorang lagi pelajar
menyatakan beliau tidak meminati sains tetapi minat menjawab soalan objektif.
Menilai komen pelajar terhadap penggunaan graf “BAKAT” didapati kebanyakan
pelajar menyatakan graf “BAKAT” membolehkan mereka menilai prestasi meraka
dalam mata pelajaran sains, pembelajaran lebih seronok, lebih bersemangat dan
ada yang menyatakan bahawa dahulu beliau tidak meminati sains tetapi selepas
menggunakan graf “BAKAT” minatnya terhadap sains bertambah.
Antara komen yang diberikan oleh pelajar tehadap pengkaji setelah penggunaan
graf “BAKAT” ialah seorang guru yang kreatif, mengambil berat terhadap muridnya,
seorang yang tegas dan garang tapi baik hati, kelakar, menarik minat saya
terhadap sains dengan semangat dan kata-kata peransangnya, lebih yakin
menjawab soalan objektif kerana setiap soalan dibincangkan oleh guru,
mementingkan prestasi pelajarnya, guru bersungguh-sungguh mengajar pelajarnya,
guru ada cara tersendiri mengajar pelajarnya, memberi nasihat dan teguran,
seorang guru yang perihatin dan rajin berusaha untuk melihat muridnya berjaya,
guru yang berpandangan jauh, guru memberi saya semangat untuk meningkatkan
prestasi pelajar, guru bertanggung jawab dan buat macam-macam cara untuk
muridnya berjaya, sentiasa berkepercayaan kami boleh,, guru yang rasional, dan
ada juga pelajar yang memberi komen “ada gaya mengajar yang tesendiri dan
semoga Kak Sal begitu sukses lagi klass …..”
5.4.3 Analisis Pemerhatian
Suasana proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menunjukkan
perubahan sikap yang positif. Sebelum kajian dilaksanakan ketika pelajar
menduduki ujian topikal, ada dikalangan mereka yang bercakap dengan kawan dan
ada juga yang tidur. Semasa pengkaji menjalankan kajian ini didapati pelajar lebih
bersungguh-sungguh menduduki ujian yang diberi dan tidak ada seorang pun
dikalangan mereka yang bercakap ataupun tidur. Pelajar kelihatan tekun menjawab
soalan yang diberi. Semasa sesi perbincangan didapati pelajar menumpukan
perhatian dan kadang kala kedengaran beberapa orang pelajar berteriak, “yes !
betul” dan ada juga mengeluh “ala… salah”. Pengkaji merasa seronok melihat
perubahan tingkah laku pelajar yang kelihatan lebih bersemangat. Selepas sesi
perbincangan didapati pelajar sibuk menjumlah markah dan mengira peratusnya.
Apabila selesai mereka terus memberi kertas ujian rakannya yang telah disemak
dan mencari manakah kertasnya. Mereka terus memplot graf tanpa diarahkan lagi
oleh guru. Pengkaji ada membuat pemantauan dan bertanya sama ada graf
mereka naik atau turun. Kalau turun pengkaji akan terus memberi kata-kata
semangat. Kalau graf mereka naik pengkaji akan mengucapkan tahniah kepada
mereka dan usaha lagi.
Sebelum kajian pengkaji sering memarahi pelajar kerana tidak menyiapkan kerja
rumah tetapi selepas kajian ini pengkaji mendapati pelajar rajin menyiapkan latihan
yang diberi di rumah. Kini pengkaji tidak perlu lagi memarahi dan meleteri pelajar
lagi. Pengkaji dapat merasakan pelajar kini lebih bersedia dan bersemangat untuk
belajar tanpa perlu dipaksa oleh guru lagi. Pengkaji amat terharu dengan
perubahan ini. Pengkaji sendiri merasakan amat seronok mengajar mereka
berbanding dengan sebelum kajian dimana pengkaji merasakan ‘boring’ untuk
mengajar pelajar di kelas ini.
5.4.4 Analisis Temubual
Berikut adalah beberapa temubual antara guru dan pelajar yang telah dijalankan.
Pelajar A :
Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?
Pelajar : Minat.
Guru : Bagaimana dengan ujian anda ?
Pelajar : Naik sikitlah, dulu gagal je.
Guru : Seronok tak belajar sains ?
Pelajar : Seronok
Guru : Kenapa ?
Pelajar : Keputusan makin meningkat cikgu
Guru : Rasa-rasa SPM nanti boleh lulus sains tak ?
Pelajar : Saya yakin boleh, cikgu
Guru : Kenapa ?
Pelajar : Minat saya makin bertambah pada sains, jadi
saya yakin
boleh.
Pelajar B :
Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?
Pelajar : Mula-mula tak minat, bila beri perangsang
bertambah
minat.
Guru : Suka buat graf “BAKAT”
Pelajar : Sukalah, sebab dapat tengok prestasi diri sendiri.
Cikgu,
kenapa tak buat macam ni dulu ?
Guru : (Tepinga-pinga sebentar.)
Dulu belum dapat idea
Guru : Dah sedia untuk SPM ?
Pelajar : Bagi saya dah cukup sedia.
Pelajar C :
Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?
Pelajar : Dulu tak minat tapi sekarang minat.
Guru : Kenapa ?
Pelajar : Cikgu banyak beri kata semangat.
Guru : Ye ke nie… ?
Pelajar : Ye cikgu, memang betul.
Guru : Anda suka buat graf “BAKAT” ?
Pelajar : Suka sebab dapat tengok prestasi diri sendiri.
Pelajar D :
Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?
Pelajar : Minat.
Guru : Macam mana keputusan anda sekarang?
Pelajar : Sekarang lebih baik dari dulu sebab banyak
latihan.
Guru : Suka buat graf “BAKAT”
Pelajar : Suka sebab dapat tahu pemikiran saya.
Guru : Apa anda rasa kalau graf anda jatuh ?
Pelajar : Sakit hati, saya lebih semangat untuk naikkan
graf
Pelajar E :
Guru : Anda berminat dengan sains ?
Pelajar : Sikit-sikit.
Guru : Kenapa ?
Pelajar : Sains susah
Guru : Dah bersedia nak ambil SPM ?
Pelajar : Belum.
Guru : Kenapa ?
Pelajar : Saya tak belajar kat rumah.
Guru : Suka buat graf “BAKAT” ?
Pelajar : Suka
Guru : Kenapa ?
Pelajar : Dapat tengok diri sendiri.
Guru : Bagaimana prestasi anda sekarang ?
Pelajar : Meningkat.
Guru : Baru sedikit minat sains, keputusan meningkat juga.
Kalau awak minat lagi meningkat ye !
Pelajar : (tersenyum-senyum sambil mengaru kepalanya)
Guru : Apa azam awak sekarang ?
Pelajar : Nak lulus sains.
Guru : Ye, ke … Bagaimana ?
Pelajar : Belajar betul-betul.
Guru : Kena belajar dekat rumah le.
Pelajar : (tersenyum sahaja)
6.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KENDIRI SELEPAS
PERLAKSANAAN
KAJIAN
Kajian Tindakan ini memberi peluang kepada pengkaji untuk mengenalpasti
kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri. Menurut Atan Long (1976), “sebagi
pencipta situasi pengajaran, seseorang guru mestilah melakukan sesuatu untuk
dapat melaksanakan pengajarannya”. Menyedari hakikat ini pengkaji telah
mengambil inisiatif untuk menggunakan graf “BAKAT” sebagai pendekatan
memotivasikan pelajar supaya lebih berminat terhadap pembelajaran mereka.
Dengan bertambahnya minat maka daya ingatan pelajar terhadap sesuatu yang
dipelajarinya lebih kukuh.
Penggunaan graf “BAKAT” juga dapat menilai potensi pelajar. Dengan ini
pelajar mengetahui prestasi mereka. Pelajar boleh menilai adakah pencapaiannya
sekarang sudah mencukupi atau perlu diperbaiki lagi. Dengan ini mewujudkan
situasi pembelajaran yang lebih bermatlamat. Keadaan ini menyebabkan pelajar
lebih bersemangat untuk membuat persediaan dan melatih diri mereka untuk
mencapai matlamat yang dikehendaki.
Kata-kata galakan dan pujian yang terdapat dalam graf “BAKAT” dapat
memberi dorongan dan semangat kepada pelajar untuk lebih berusaha kearah
meningkatkan prestasi mereka. Sesungguhnya tidak ada yang lebih beerti
daripada kata-kata pujian. Maslow dan Heori Hirarki (1970) menjelaskan perlunya
manusia kepada perasaan dihargai. “Ini dalam proses menuju kesempurnaan diri.
Individu yang dihargai dan dihormati akan merasakan kehadirannya amat penting
kepada kelompok”
Daripada analisa ujian yang dibuat didapati penggunaan graf “BAKAT”
memberi kesan positif terhadap perlakuan pembelajaran pelajar. Sikap dan
semangat pelajar telah dapat merubah keputusan ujian yang semakin meningkat.
Pelajar perlu meneruskan lagi usaha mereka sehinggalah menjelang peperiksaan
supaya mereka berjaya kelak.
Pengalaman menarik semasa mengkaji dan bertindak telah memberi
semangat baru pada pengkaji untuk terus berusaha mencari pendekatan yang
boleh menarik minat dan mudah diterima oleh pelajar supaya mereka lebih bersedia
untuk belajar. Sebagai seorang pendidik pengkaji dapat merasakan dengan
membuat Kajian Tindakan dapat menambah ilmu di dada dan dapat meningkatkan
lagi profesionalisma keguruan. Semasa menjalankan kajian ini pengkaji sempat
merujuk beberapa buah buku yang berkaitan dengan motivasi. Banyak perkara-
perkara yang pengkaji tidak tahu berkenaan dengan motivasi telah pengkaji jumpai.
Ini menambahkan lagi ilmu pengkaji terhadap bidang kaunseling yang boleh
pengkaji gunakan dalam bilik darjah. Pengkaji percaya sekiranya pengkaji tidak
menjalankan kajian tindakan, pengkaji tidak akan membaca buku-buku ini.
Pengkaji berazam akan menjalankan kajian tindakan untuk tahun-tahun seterusnya
supaya pengkaji dapat menjadi guru yang berkesan.
7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan graf “BAKAT” dapat memotivasikan pelajar untuk memperbaiki
prestasi mereka. Graf “BAKAT” dapat menarik minat pelajar untuk menguasai
sains terutama menjawab soalan objektif. Pelajar didapati lebih bersemangat dan
sentiasa cuba memperbaiki prestasi mereka dengan menggunakan graf “BAKAT”.
Daripada kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar amat memerlukan
dorongan dan perhatian dari gurunya untuk berjaya. Guru memainkan peranan
yang amat penting bagi menjana suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik minat pelajar.
Hasil daripada kajian ini pengkaji mencadangkan untuk terus menggunakan graf
“BAKAT” sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang
supaya dapat memotivasikan pelajar untuk terus berusaha meningkatkan prestasi
mereka. Pengkaji mungkin akan mengubah aras yang terdapat pada graf “BAKAT”
mengikut kesesuaian pelajar.
Pengkaji juga akan terus berusaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan datang supaya dapat menarik minat pelajar
terhadap matapelajaran matematik.
RUJUKAN
1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
2. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan (2003) Manual Kursus Kajian Tindakan. Unit Penerbitan
3. Chin Mee Moi (2003). Kemahiran Penyelesaian Persamaan Kuadratik Dalam
Mata Pelajaran Matematik Tingkatan Empat Sek. Men. Keb. Alor Akar, Kuantan
Pahang.
4. Noraini Ahmad (1998) Mengekalkan Daya Ingatan. Berita Publishing Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.
LAMPIRAN A
KAJIAN TENTANG KEBERKESANAN PENGGUNAAN GRAF ‘BAKAT’
ARAHAN : Tandakan ‘/’ di ruangan yang berkenaan.
Perkara Ya Tidak
Adakah anda meminati mata pelajaran sains ?
Adakah anda suka menjawab soalan objektif ?
ARAHAN : Bulatkan pilihan anda berdasarkan tahap persetujuan
berikut:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju
Bil. Pernyataan Skala
1. Pembelajaran menggunakan graf
‘BAKAT’ dapat menarik minat saya.
5 4 3 2 1
2. Pembelajaran menggunakan graf
‘BAKAT’ lebih seronok
5 4 3 2 1
3. Saya boleh menilai prestasi saya
menjawab soalan objektif melalui graf
‘BAKAT’
5 4 3 2 1
4. Saya lebih bersemangat belajar dengan
menggunakan graf ‘BAKAT’
5 4 3 2 1
5. Graf ‘BAKAT’ dapat mewujudkan
perasaan sentiasa ingin memperbaiki
prestasi saya menjawab soalan objektif
5 4 3 2 1
6. Pembelajaran saya lebih bermatlamat
dengan menggunakan graf bakat
5 4 3 2 1
7. Saya merasa tercabar bila mendapat
markah yang rendah
5 4 3 2 1
8. Penggunaan graf ‘BAKAT’ tidak
mematahkan semangat saya untuk
belajar
5 4 3 2 1
9. Saya suka membuat graf ‘BAKAT’ 5 4 3 2 1
KOMEN :
_________________________________________________________________
KOMEN ANDA TERHADAP GURU ANDA
____________________________________________________________________
GRAF “BAKAT” MEMOTIVASIKAN PELAJAR
DALAM MATA PELAJARAN SAINS
Oleh :
Sabiah Bte Ninggal
Sek. Men. Keb. Durian Tunggal,
Durian Tunggal, 76100 Melaka.
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengatasi masalah sikap pelajar
yang menyebabkan mereka tidak menguasai mata pelajaran sains dan tidak
dapat menjawab soalan objektif dengan betul dan sejauh manakah
penggunaan graf “BAKAT” dapat memotivasikan pelajar. Tinjauan awal
mendapati sikap pelajar dan cara pengajaran dan pembelajaran guru
menyumbangkan kemerosotan prestasi pelajar terhadap mata pelajaran
sains. Kajian ini tertumpu kepada 27 orang pelajar tingkatan 5 Efektif .
Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan menggunakan Graf “BAKAT”
sebagai satu cara memotivasikan pelajar supaya lebih bersikap positif
terhadap pembelajaran mereka. Di dalam Graf “BAKAT” terdapat kata-kata
dorongan dan semangat yang boleh memotivasikan pelajar. Ujian Pra
menunjukkan terdapat seramai 15 orang pelajar (55.6%) yang gagal dalam
menjawab soalan objektif. Prestasi pelajar bertambah baik dalam Ujian Pos 1
dimana hanya seorang pelajar (3.7%) sahaja gagal manakala di dalam Ujian
Pos 2 didapati tidak ada seorangpun pelajar yang gagal. Temu bual dengan
pelajar dan pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan
graf “BAKAT” memberi kesan positif memotivasikan pelajar. Pelajar kini
lebih berminat untuk belajar, sentiasa bersemangat untuk baiki prestasi
mereka dan mempunyai keyakinan untuk menghadapi peperiksaan yang
bakal menjelang.
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'

More Related Content

What's hot (20)

Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
 
4.0 fokus kajian
4.0 fokus kajian4.0 fokus kajian
4.0 fokus kajian
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Prosiding jam
Prosiding jamProsiding jam
Prosiding jam
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Program
ProgramProgram
Program
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Laporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian TindakanLaporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian Tindakan
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNALTUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
 
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Topik 3 klasifikasi ujian a good one
Topik 3 klasifikasi ujian a good oneTopik 3 klasifikasi ujian a good one
Topik 3 klasifikasi ujian a good one
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 

Similar to Contoh penulisan graf 'bakat'

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...Salwa Samsudin
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptSikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptNorazila Sehman
 
Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013AZUAD ozil
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranMurid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranxue er tui
 

Similar to Contoh penulisan graf 'bakat' (20)

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
 
Proposal 2
Proposal 2Proposal 2
Proposal 2
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptSikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
 
Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013
 
Belajar berkumpulan
Belajar berkumpulan Belajar berkumpulan
Belajar berkumpulan
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranMurid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 

Contoh penulisan graf 'bakat'

  • 1. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Pada keseluruhan pencapaian pelajar tingkatan 5E adalah agak lemah. Ini dapat dilihat melalui keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimana 3% pelajar mendapat C, 94% pelajar mendapat D dan 3% pelajar mendapat gred E dalam mata pelajaran sains. Sikap pelajar yang negatif banyak memberikan kesan buruk terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta menyumbang kemerosotan prestasi mereka. Ketika membincangkan jawapan bagi soalan peperiksaan pertengahan tahun, semasa membincangkan soalan no. 5 (soalan objektif) pengkaji ada menyelitkan kata-kata leteran dan teguran kerana didapati hanya 5 orang sahaja yang lulus dalam peperiksaan itu. Seorang pelajar terus menyampuk “O. K cikgu, kita teruskan soalan no. 6”. Bila mendengar pelajar itu menyampuk, pengkaji merasakan amat geram kerana pelajar itu tidak lansung ingin mendengar leteran dan teguran pengkaji. Pada pandangan pengkaji leteran itu amat bermakna untuk merubah sikap pelajar tetapi leteran itu dianggap hanya membuang masa sahaja. Kadang-kadang pengkaji merasakan agak “boring” mengajar pelajar dalam kelas ini yang kebanyakan daripada mereka mempunyai “ego yang tinggi”. Pengkaji juga memikirkan sekiranya pengkaji berterusan dengan sikap begini tentu pengkaji tidak berjaya mendidik pelajar ini untuk berjaya. Melalui luahan rasa seorang guru Sastera, beliau menyatakan “Pelajar Tingkatan 5E, ramai yang berlagak, engkau tengok X tu, meluat akak. Bukan pandai sangat pun tapi lagak yang lebih”. “Si Y, hari tu dia soal akak, akak layan orang lain dulu, dia merajuk. Dia buatlah kerja lain masa akak mengajar, akak malas nak tegur, menyampah akak, mengada-ngada”. Pengkaji juga ada membuat temubual dengan guru B. Inggeris yang mengajar 5E. Pengkaji bertanya “can you give me some comment about form 5E students”Beliau menyatakan “ There are not motivated to succeed, their target is not excellent, for them excellent is not important. There just want to finish form five”.
  • 2. Daripada pandangan yang diberikan oleh rakan guru dan pengalaman pengkaji sendiri menyebabkan pengkaji membuat kesimpulan bahawa pelajar tingkatan 5E ini mempunyai ego mereka tersendiri dan mereka ini memerlukan perhatian dan dorongan agar mereka lebih berminat untuk belajar. Pengkaji memikirkan bagaimana hendak mendorong sifat ego, sifat ingin bersaing dan sifat memerlukan perhatian ke arah positif yang dapat meningkatkan minat mereka dalam pelajaran. Hasil daripada permasalahan ini maka tercetuslah idea menggunakan graf “BAKAT” sebagai dorongan untuk memotivasikan pelajar supaya lebih berminat dengan pelajaran terutamannya mata pelajaran sains. 2.0 FOKUS KAJIAN Sains merupakan mata pelajaran teras dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas peperiksaan terbahagi kepada dua iaitu Kertas Satu (soalan objektif) dan Kertas Dua (soalan struktur dan soalan esei). Kertas Satu yang terdiri daripada 50 soalan objektif menyumbangkan 50% daripada markah keseluruhan. Berdasarkan pengalaman pengkaji, pelajar tidak boleh menjawab soalan objektif dengan tepat seperti yang dikehendaki oleh soalan. Peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan 70.3% mendapat gagal bahagian objektif. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar masih belum dapat menguasai soalan objektif dengan baik. Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaranya maka mereka boleh berjaya menjawab soalan objektif dengan baik dan dapat menguasai mata pelajaran sains.
  • 3. Memupuk semangat motivasi merupakan perkara yang amat penting bagi mewujudkan perasaan terdorong untuk berjaya. Pelajar tidak mungkin akan berjaya sekiranya mereka tidak didorong dengan kuat untuk berjaya. Menurut Noraini Ahmad (1998), “kejayaan seseorang itu 90% ditentukan oleh sikapnya dan sebanyak 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada” Motivasi diri merupakan pemangkin kejayaan dan merupakan langkah pertama kecemerlangan diri pelajar kerana hanya motivasi sahaja dapat merubah sikap pelajar. Menurut Pn. Chin Mee Moi (2003) dalam Kajian Tindakannya menyatakan bahawa terdapat tiga perkara utama yang membolehkan pelajar itu cemerlang iaitu sikap, kemahiran asas dan latihan. Beliau menyimpulkan sikap yang ada pada diri pelajar paling utama. Sikap yang positif akan menjamin perubahan yang lain. Berdasarkan permasalahan ini telah mendorong pengkaji memfokuskan kajian dengan menggunakan graf ‘BAKAT’ terutamanya menjawab soalan objektif bagi menjana sikap positif pelajar dengan memupuk minat pelajar. Minat merupakan satu motivasi secara langsung untuk meningkatkan lagi kesungguhan belajar. Tanpa motivasi pelajar akan kehilangan minat. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif am dan objektif khusus. 3.1 Objektif Am Meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan 5 terhadap mata pelajaran sains. 3.2 Objektif Khusus
  • 4. 1. Menjawab soalan objektif dengan tepat 2. Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains 3. Mewujudkan pembelajaran yang bermatlamat 4. Menambahkan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan 5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bersemangat 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seramai 27 orang pelajar tingkatan 5 Efektif yang terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. 5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN 5.1 Analisis Tinjauan Masalah Pengkaji mendapati terdapat dua masalah yang perlu diatasi iaitu sikap pelajar itu sendiri dan sejauh manakah guru berjaya menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengkaji telah mengadakan Ujian Pra, pemerhatian dan temubual bagi mengenalpasti punca masalah. Masalah pertama ialah dari segi sikap pelajar yang kurang bermotivasi terhadap pembelajaran mereka. Melalui pemerhatian pengkaji, pelajar di dalam kelas ini mudah berpuas hati dengan markah yang dimiliki oleh mereka. Mereka merasa bangga jika markah mereka melebihi rakan mereka walaupun satu markah. Malahan kalau diperhatikan markah mereka masih tetap rendah dari peratus yang sepatutnya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui peristiwa yang dicatatkan di bawah : Pada 16.6. 2003 pengkaji memulangkan kertas jawapan objektif yang telah disemak bagi peperiksaan pertengahan tahun. Pengkaji biasanya memanggil nama pelajar dan markah yang didapatinya. Selepas beberapa pelajar mendapat kertas
  • 5. jawapan mereka, tibalah giliran seorang pelajar yang namanya dan markahnya disebut oleh pengkaji. Apabila pelajar ini mengambil kertasnya tiba-tiba beliau berteriak, “Aku lebih daripada X, ye ! Pengkaji mendapati markah beliau ialah 16/50 (32%) dan rakannya itu 15/50 (30%). Di dapati markahnya masih rendah. Pengkajipun menyampuk, “Lebih satu markah aje”. Beliau menjawab “Janji lebih cikgu”. Ekoran dari peristiwa ini, terlintas difikiran pengkaji sebenarnya pelajar ini masih mempunyai semangat dan ego untuk bersaing dengan rakan mereka tetapi perlu dipupuk lagi supaya lebih bersemangat. Pengkaji merasakan guru memainkan peranan yang agak penting untuk menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama bagi pelajar yang agar lemah seperti tingkatan 5E ini. Pengkaji telah meminta bantuan guru tingkatan tersebut untuk menemuduga pelajar tentang pandangan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Tinjauan ini tidak dilakukan sendiri oleh pengkaji kerana dikuatiri data yang akan diperolehi tidak tepat. Setelah menganalisa keseluruhan hasil temuduga dengan guru tingkatan, kami telah membuat kesimpulan seperti berikut : 1. Pelajar pada keseluruhannya menyatakan pengkaji adalah guru yang garang. 2. Pelajar tidak suka kepada cara pengkaji mengajar kerana sering meleteri mereka. 3. Pelajar menyatakan bahawa pengkaji jarang memberi kata pujian pada mereka 5.2 Tindakan / Aktiviti Bagi mengatasi masalah yang dikenalpasti seperti di atas, pengkaji telah menggunakan graf “BAKAT” dalam sesi latih tubi bagi memotivasikan pelajar dan membolehkan pelajar menguasai soalan objektif. Penggunaan graf “BAKAT” ini lebih banyak memfokuskan kata-kata pujian dan kata-kata semangat. Pengkaji tidak langsung menggunakan leteran yang dianggap membosankan pelajar.
  • 6. 5.3 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN Selepas menghabiskan sukatan pelajaran, pengkaji mengedarkan Ujian Pra untuk dijawab oleh pelajar. Setelah pelajar tamat menjawab soalan, pengkaji mengumpulkan soalan dan jawapan pelajar. Pengkaji tidak membincangkan jawapannya dalam bilik darjah kerana set soalan ini akan digunakan oleh pengkaji dalam ujian Pos 1. Pengkaji menyediakan 9 set soalan objektif yang terdiri daripada 35 soalan untuk setiap set. Setiap set mengandungi 2 atau 3 soalan dari setiap bab tingkatan 4 dan tingkatan 5. Tajuk set ujian ini adalah berbentuk kata-kata motivasi seperti “Saya Boleh, Yakin Boleh 1”. Di akhir setiap set pengkaji juga meletakkan kata-kata dorongan seperti “Saya Boleh, Saya Yakin Boleh”, “Disediakan Untuk Pelajar Tersayang Oleh Pn. Sabiah Ninggal”, dan “ Pastikan Kali Ini Lebih Baik Dari Yang Lepas”. Pelajar diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan. Apabila pelajar selesai menjawab soalan, guru akan memunggut kertas jawapan mereka dan setiap pelajar akan menyemak jawapan rakan mereka disamping perbincangan dengan guru untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setelah selesai perbincangan jawapan, pelajar diminta mengira markah yang betul untuk kertas jawapan rakan mereka dan menukarkannya dalam bentuk peratus. Setelah selesai pengiraan markah kertas jawapan tadi akan diserahkan semula kepada pelajar berkenaan. Semua pelajar diminta menyediakan kertas graf untuk membuat graf “BAKAT”. Bentuk graf “BAKAT” ditunjukkan seperti di bawah : Markah (%) B A K A T
  • 7. 80 50 40 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Bilangan Ujian Berjaga-jaga. Bangkit segera untuk baiki graf anda. Ada Peningkatan. Giatkan lagi usaha anda. Anda ada potensi untuk meningkat Tahniah. Tentukan kejayaan milik anda untuk hari ini, esok dan selamanya Anda Hebat. Tingkatkan lagi usaha anda supaya lebih cemerlang Kejayaan Milik Anda. Tapi jangan terlalu selesa. PERJUANGAN BELUM SELESAI
  • 8. Aras-aras yang dibuat dalam graf “BAKAT” adalah untuk memotivasikan pelajar supaya dapat memupuk keyakinan bahawa mereka masih boleh berjaya jika mereka berusaha lebih. Aras-aras yang dibuat tidak mengikut mana-mana “standard” dan dicipta oleh pengkaji sendiri bertujuan semata-mata memberi harapan kepada pelajar agar lebih berusaha untuk mencapai aras yang mereka inginkan. Selepas membuat graf seperti yang ditunjukkan di atas, pelajar diminta memplotkan markah yang didapati dalam ujian 1. Perkara ini diulang sehingga ke set ujian yang ke 9. Setiap pelajar akan disediakan dengan fail poket. Pelajar diminta menampal kertas graf yang mereka buat di bahagian dalam kulit fail dan perkataan “BAKAT” berserta dengan maknanya di bahagian poket fail mereka. Ujian diberikan sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Kertas-kertas ujian yang telah mereka jalani akan dikumpulkan di dalam fail mereka Setelah selesai menghabiskan 9 set soalan, pelajar akan diberi Ujian Pos 1. Perbincangan jawapan dibuat bersama pelajar bersama-sama dengan pelajar. Seminggu kemudian pelajar diberi Ujian Pos 2. Soal selidik diberikan kepada pelajar untuk mendapat pandangan pelajar terhadap penggunaan graf “BAKAT”. Dalam masa yang sama pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku pelajar dan beberapa pelajar dipilih secara rawak untuk ditemubual. Kajian ini telah dijalankan selama dua bulan iaitu dari pertengahan bulan Ogos hingga pertengahan bulan Oktober 2003. 5.4 REFLEKSI KAJIAN 5.4.1 Analisis Pencapaian Pelajar Jadual 1 menunjukkan pencapaian pelajar dalam ujian pra, ujian pos 1 dan ujian pos 2. Markah ini direkodkan untuk mengesan perubahan dalam pencapaian pelajar.
  • 9. Jadual 1 : Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 Gred Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus 1A 0 0.0 1 3.7 0 0.0 2A 0 0.0 2 7.4 2 7.4 3B 1 3.7 0 0.0 2 7.4 4B 0 0.0 7 25.9 3 11.1 5C 1 3.7 3 11.1 4 14.8 6C 2 7.4 7 25.9 9 33.4 7D 5 18.5 4 14.9 4 14.8 8E 3 11.1 2 7.4 3 11.1 9G 15 55.6 1 3.7 0 0.0 Jumlah 27 100.0 27 100.0 27 100.0 Ujian Pra menunjukkan bahawa terdapat seramai 15 orang (55.6%) pelajar gagal dalam menjawab soalan objektif sains. Hanya seorang pelajar (3.7%) mendapat 3B,1 orang pelajar(3.7%) mendapat 5C, 2 orang pelajar (7.4%) mendapat 6C, 8 orang pelajar (25.6%) mendapat hanya lulus sahaja. Ujian Pos 1 menunjukkan terdapat peningkatan yang memberansangkan oleh pelajar. Jumlah pelajar yang gagal telah berkurang kepada seorang sahaja (3.7%). Terdapat seorang pelajar (3.7%) mendapat 1A, 2 orang pelajar (7.4%) mendapat 2A, 7 orang pelajar (25.9%) mendapat 4B, 3 orang pelajar (11.1%) mendapad 5C, 7 orang pelajar (25.9%) mendapat 6C dan 6 orang pelajar (22.3%) mendapat lulus. Ujian Pos 2 membuktikan keupayaan pelajar dimana tidak ada seorang pelajar pun yang gagal. Dua orang pelajar (7.4%) mendapat 2A, 2 orang pelajar (7.4%) mendapat 3B, 3 orang pelajar (11.1%) mendapat 4B, 4 orang pelajar (14.8%) mendapat 5C, 9 orang pelajar (33.4%) mendapat 6C dan 7 orang pelajar (25.9%) mendapat lulus sahaja.
  • 10. 5.4.2 Analisis Soal Selidik Kajian soal selidik dilaksanakan dengan mengira min (purata) untuk setiap item. Keputusannya adalah seperti dalam Jadual 2. Jadual 2 : Kajian Tentang Keberkesanan Penggunaan Graf “BAKAT” Bil. Item Jumlah Skor (27 pelajar) Min 1. Pengajaran menggunakan graf “BAKAT” dapat menarik minat saya. 125 4.6 2. Pengajaran menggunakan graf “BAKAT” lebih seronok. 117 4.3 3. Saya boleh menilai prestasi saya menjawab soalan objektif melalui graf “BAKAT”. 129 4.8 4. Saya lebih bersemangat belajar dengan menggunakan graf “BAKAT”. 118 4.4 5. Graf “BAKAT” dapat mewujudkan perasaan sentiasa ingin memperbaiki prestasi saya menjawab soalan objektif. 125 4.6 6. Pembelajaran saya lebih bermatlamat dengan menggunakan graf “BAKAT”. 110 4.1 7. Saya rasa tercabar bila mendapat markah yang rendah. 123 4.6 8. Penggunaan graf “BAKAT” tidak mematahkan semangat saya untuk belajar. 119 4.4 9. Saya suka membuat graf “BAKAT”. 120 4.4 Pada keseluruhannya penggunaan graf “BAKAT” memberi kesan positif terhadap perubahan tingkah laku pelajar. Kebanyakan pelajar sangat bersetuju penggunaan graf “BAKAT” dapat menarik minat mereka, boleh menilai prestasi mereka, mewujudkan perasaan sentiasa ingin memperbaiki prestasi
  • 11. mereka dan mencabar mereka sekiranya mendapat markah yang rendah di dalam ujian. Pelajar juga menunjukkan respond yang positif dimana mereka bersetuju dengan pernyataan menggunakan graf “BAKAT” lebih seronok, lebih bersemangat untuk belajar, pembelajaran mereka lebih bermatlamat, tidak mematahkan semangat mereka untuk belajar dan mereka suka membuat graf bakat. Melalui soalan terbuka yang dikemukakan didapati semua pelajar meminati sains dan suka menjawab soalan objektif kecuali seorang pelajar menyatakan beliau tidak minat menjawab soalan objektif tetapi meminati sains dan seorang lagi pelajar menyatakan beliau tidak meminati sains tetapi minat menjawab soalan objektif. Menilai komen pelajar terhadap penggunaan graf “BAKAT” didapati kebanyakan pelajar menyatakan graf “BAKAT” membolehkan mereka menilai prestasi meraka dalam mata pelajaran sains, pembelajaran lebih seronok, lebih bersemangat dan ada yang menyatakan bahawa dahulu beliau tidak meminati sains tetapi selepas menggunakan graf “BAKAT” minatnya terhadap sains bertambah. Antara komen yang diberikan oleh pelajar tehadap pengkaji setelah penggunaan graf “BAKAT” ialah seorang guru yang kreatif, mengambil berat terhadap muridnya, seorang yang tegas dan garang tapi baik hati, kelakar, menarik minat saya terhadap sains dengan semangat dan kata-kata peransangnya, lebih yakin menjawab soalan objektif kerana setiap soalan dibincangkan oleh guru, mementingkan prestasi pelajarnya, guru bersungguh-sungguh mengajar pelajarnya, guru ada cara tersendiri mengajar pelajarnya, memberi nasihat dan teguran, seorang guru yang perihatin dan rajin berusaha untuk melihat muridnya berjaya, guru yang berpandangan jauh, guru memberi saya semangat untuk meningkatkan prestasi pelajar, guru bertanggung jawab dan buat macam-macam cara untuk muridnya berjaya, sentiasa berkepercayaan kami boleh,, guru yang rasional, dan ada juga pelajar yang memberi komen “ada gaya mengajar yang tesendiri dan semoga Kak Sal begitu sukses lagi klass …..” 5.4.3 Analisis Pemerhatian
  • 12. Suasana proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menunjukkan perubahan sikap yang positif. Sebelum kajian dilaksanakan ketika pelajar menduduki ujian topikal, ada dikalangan mereka yang bercakap dengan kawan dan ada juga yang tidur. Semasa pengkaji menjalankan kajian ini didapati pelajar lebih bersungguh-sungguh menduduki ujian yang diberi dan tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang bercakap ataupun tidur. Pelajar kelihatan tekun menjawab soalan yang diberi. Semasa sesi perbincangan didapati pelajar menumpukan perhatian dan kadang kala kedengaran beberapa orang pelajar berteriak, “yes ! betul” dan ada juga mengeluh “ala… salah”. Pengkaji merasa seronok melihat perubahan tingkah laku pelajar yang kelihatan lebih bersemangat. Selepas sesi perbincangan didapati pelajar sibuk menjumlah markah dan mengira peratusnya. Apabila selesai mereka terus memberi kertas ujian rakannya yang telah disemak dan mencari manakah kertasnya. Mereka terus memplot graf tanpa diarahkan lagi oleh guru. Pengkaji ada membuat pemantauan dan bertanya sama ada graf mereka naik atau turun. Kalau turun pengkaji akan terus memberi kata-kata semangat. Kalau graf mereka naik pengkaji akan mengucapkan tahniah kepada mereka dan usaha lagi. Sebelum kajian pengkaji sering memarahi pelajar kerana tidak menyiapkan kerja rumah tetapi selepas kajian ini pengkaji mendapati pelajar rajin menyiapkan latihan yang diberi di rumah. Kini pengkaji tidak perlu lagi memarahi dan meleteri pelajar lagi. Pengkaji dapat merasakan pelajar kini lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar tanpa perlu dipaksa oleh guru lagi. Pengkaji amat terharu dengan perubahan ini. Pengkaji sendiri merasakan amat seronok mengajar mereka berbanding dengan sebelum kajian dimana pengkaji merasakan ‘boring’ untuk mengajar pelajar di kelas ini. 5.4.4 Analisis Temubual Berikut adalah beberapa temubual antara guru dan pelajar yang telah dijalankan. Pelajar A : Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?
  • 13. Pelajar : Minat. Guru : Bagaimana dengan ujian anda ? Pelajar : Naik sikitlah, dulu gagal je. Guru : Seronok tak belajar sains ? Pelajar : Seronok Guru : Kenapa ? Pelajar : Keputusan makin meningkat cikgu Guru : Rasa-rasa SPM nanti boleh lulus sains tak ? Pelajar : Saya yakin boleh, cikgu Guru : Kenapa ? Pelajar : Minat saya makin bertambah pada sains, jadi saya yakin boleh. Pelajar B : Guru : Anda minat mata pelajaran sains ? Pelajar : Mula-mula tak minat, bila beri perangsang bertambah minat. Guru : Suka buat graf “BAKAT” Pelajar : Sukalah, sebab dapat tengok prestasi diri sendiri. Cikgu, kenapa tak buat macam ni dulu ? Guru : (Tepinga-pinga sebentar.) Dulu belum dapat idea Guru : Dah sedia untuk SPM ? Pelajar : Bagi saya dah cukup sedia. Pelajar C : Guru : Anda minat mata pelajaran sains ? Pelajar : Dulu tak minat tapi sekarang minat. Guru : Kenapa ?
  • 14. Pelajar : Cikgu banyak beri kata semangat. Guru : Ye ke nie… ? Pelajar : Ye cikgu, memang betul. Guru : Anda suka buat graf “BAKAT” ? Pelajar : Suka sebab dapat tengok prestasi diri sendiri. Pelajar D : Guru : Anda minat mata pelajaran sains ? Pelajar : Minat. Guru : Macam mana keputusan anda sekarang? Pelajar : Sekarang lebih baik dari dulu sebab banyak latihan. Guru : Suka buat graf “BAKAT” Pelajar : Suka sebab dapat tahu pemikiran saya. Guru : Apa anda rasa kalau graf anda jatuh ? Pelajar : Sakit hati, saya lebih semangat untuk naikkan graf Pelajar E : Guru : Anda berminat dengan sains ? Pelajar : Sikit-sikit. Guru : Kenapa ? Pelajar : Sains susah Guru : Dah bersedia nak ambil SPM ? Pelajar : Belum. Guru : Kenapa ? Pelajar : Saya tak belajar kat rumah. Guru : Suka buat graf “BAKAT” ? Pelajar : Suka Guru : Kenapa ? Pelajar : Dapat tengok diri sendiri.
  • 15. Guru : Bagaimana prestasi anda sekarang ? Pelajar : Meningkat. Guru : Baru sedikit minat sains, keputusan meningkat juga. Kalau awak minat lagi meningkat ye ! Pelajar : (tersenyum-senyum sambil mengaru kepalanya) Guru : Apa azam awak sekarang ? Pelajar : Nak lulus sains. Guru : Ye, ke … Bagaimana ? Pelajar : Belajar betul-betul. Guru : Kena belajar dekat rumah le. Pelajar : (tersenyum sahaja) 6.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KENDIRI SELEPAS PERLAKSANAAN KAJIAN Kajian Tindakan ini memberi peluang kepada pengkaji untuk mengenalpasti kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri. Menurut Atan Long (1976), “sebagi pencipta situasi pengajaran, seseorang guru mestilah melakukan sesuatu untuk dapat melaksanakan pengajarannya”. Menyedari hakikat ini pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menggunakan graf “BAKAT” sebagai pendekatan memotivasikan pelajar supaya lebih berminat terhadap pembelajaran mereka.
  • 16. Dengan bertambahnya minat maka daya ingatan pelajar terhadap sesuatu yang dipelajarinya lebih kukuh. Penggunaan graf “BAKAT” juga dapat menilai potensi pelajar. Dengan ini pelajar mengetahui prestasi mereka. Pelajar boleh menilai adakah pencapaiannya sekarang sudah mencukupi atau perlu diperbaiki lagi. Dengan ini mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermatlamat. Keadaan ini menyebabkan pelajar lebih bersemangat untuk membuat persediaan dan melatih diri mereka untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Kata-kata galakan dan pujian yang terdapat dalam graf “BAKAT” dapat memberi dorongan dan semangat kepada pelajar untuk lebih berusaha kearah meningkatkan prestasi mereka. Sesungguhnya tidak ada yang lebih beerti daripada kata-kata pujian. Maslow dan Heori Hirarki (1970) menjelaskan perlunya manusia kepada perasaan dihargai. “Ini dalam proses menuju kesempurnaan diri. Individu yang dihargai dan dihormati akan merasakan kehadirannya amat penting kepada kelompok” Daripada analisa ujian yang dibuat didapati penggunaan graf “BAKAT” memberi kesan positif terhadap perlakuan pembelajaran pelajar. Sikap dan semangat pelajar telah dapat merubah keputusan ujian yang semakin meningkat. Pelajar perlu meneruskan lagi usaha mereka sehinggalah menjelang peperiksaan supaya mereka berjaya kelak. Pengalaman menarik semasa mengkaji dan bertindak telah memberi semangat baru pada pengkaji untuk terus berusaha mencari pendekatan yang boleh menarik minat dan mudah diterima oleh pelajar supaya mereka lebih bersedia untuk belajar. Sebagai seorang pendidik pengkaji dapat merasakan dengan membuat Kajian Tindakan dapat menambah ilmu di dada dan dapat meningkatkan lagi profesionalisma keguruan. Semasa menjalankan kajian ini pengkaji sempat merujuk beberapa buah buku yang berkaitan dengan motivasi. Banyak perkara- perkara yang pengkaji tidak tahu berkenaan dengan motivasi telah pengkaji jumpai. Ini menambahkan lagi ilmu pengkaji terhadap bidang kaunseling yang boleh pengkaji gunakan dalam bilik darjah. Pengkaji percaya sekiranya pengkaji tidak
  • 17. menjalankan kajian tindakan, pengkaji tidak akan membaca buku-buku ini. Pengkaji berazam akan menjalankan kajian tindakan untuk tahun-tahun seterusnya supaya pengkaji dapat menjadi guru yang berkesan. 7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Penggunaan graf “BAKAT” dapat memotivasikan pelajar untuk memperbaiki prestasi mereka. Graf “BAKAT” dapat menarik minat pelajar untuk menguasai sains terutama menjawab soalan objektif. Pelajar didapati lebih bersemangat dan sentiasa cuba memperbaiki prestasi mereka dengan menggunakan graf “BAKAT”. Daripada kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar amat memerlukan dorongan dan perhatian dari gurunya untuk berjaya. Guru memainkan peranan yang amat penting bagi menjana suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat pelajar. Hasil daripada kajian ini pengkaji mencadangkan untuk terus menggunakan graf “BAKAT” sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang supaya dapat memotivasikan pelajar untuk terus berusaha meningkatkan prestasi mereka. Pengkaji mungkin akan mengubah aras yang terdapat pada graf “BAKAT” mengikut kesesuaian pelajar. Pengkaji juga akan terus berusaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang supaya dapat menarik minat pelajar terhadap matapelajaran matematik. RUJUKAN 1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala
  • 18. Lumpur. 2. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan (2003) Manual Kursus Kajian Tindakan. Unit Penerbitan 3. Chin Mee Moi (2003). Kemahiran Penyelesaian Persamaan Kuadratik Dalam Mata Pelajaran Matematik Tingkatan Empat Sek. Men. Keb. Alor Akar, Kuantan Pahang. 4. Noraini Ahmad (1998) Mengekalkan Daya Ingatan. Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. LAMPIRAN A KAJIAN TENTANG KEBERKESANAN PENGGUNAAN GRAF ‘BAKAT’ ARAHAN : Tandakan ‘/’ di ruangan yang berkenaan. Perkara Ya Tidak Adakah anda meminati mata pelajaran sains ? Adakah anda suka menjawab soalan objektif ? ARAHAN : Bulatkan pilihan anda berdasarkan tahap persetujuan berikut:
  • 19. 1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Kurang setuju 4. Setuju 5. Sangat setuju Bil. Pernyataan Skala 1. Pembelajaran menggunakan graf ‘BAKAT’ dapat menarik minat saya. 5 4 3 2 1 2. Pembelajaran menggunakan graf ‘BAKAT’ lebih seronok 5 4 3 2 1 3. Saya boleh menilai prestasi saya menjawab soalan objektif melalui graf ‘BAKAT’ 5 4 3 2 1 4. Saya lebih bersemangat belajar dengan menggunakan graf ‘BAKAT’ 5 4 3 2 1 5. Graf ‘BAKAT’ dapat mewujudkan perasaan sentiasa ingin memperbaiki prestasi saya menjawab soalan objektif 5 4 3 2 1 6. Pembelajaran saya lebih bermatlamat dengan menggunakan graf bakat 5 4 3 2 1 7. Saya merasa tercabar bila mendapat markah yang rendah 5 4 3 2 1 8. Penggunaan graf ‘BAKAT’ tidak mematahkan semangat saya untuk belajar 5 4 3 2 1 9. Saya suka membuat graf ‘BAKAT’ 5 4 3 2 1 KOMEN : _________________________________________________________________ KOMEN ANDA TERHADAP GURU ANDA
  • 20. ____________________________________________________________________ GRAF “BAKAT” MEMOTIVASIKAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SAINS Oleh : Sabiah Bte Ninggal Sek. Men. Keb. Durian Tunggal, Durian Tunggal, 76100 Melaka. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengatasi masalah sikap pelajar yang menyebabkan mereka tidak menguasai mata pelajaran sains dan tidak dapat menjawab soalan objektif dengan betul dan sejauh manakah penggunaan graf “BAKAT” dapat memotivasikan pelajar. Tinjauan awal mendapati sikap pelajar dan cara pengajaran dan pembelajaran guru menyumbangkan kemerosotan prestasi pelajar terhadap mata pelajaran sains. Kajian ini tertumpu kepada 27 orang pelajar tingkatan 5 Efektif . Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan menggunakan Graf “BAKAT” sebagai satu cara memotivasikan pelajar supaya lebih bersikap positif terhadap pembelajaran mereka. Di dalam Graf “BAKAT” terdapat kata-kata dorongan dan semangat yang boleh memotivasikan pelajar. Ujian Pra menunjukkan terdapat seramai 15 orang pelajar (55.6%) yang gagal dalam menjawab soalan objektif. Prestasi pelajar bertambah baik dalam Ujian Pos 1 dimana hanya seorang pelajar (3.7%) sahaja gagal manakala di dalam Ujian Pos 2 didapati tidak ada seorangpun pelajar yang gagal. Temu bual dengan pelajar dan pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan graf “BAKAT” memberi kesan positif memotivasikan pelajar. Pelajar kini lebih berminat untuk belajar, sentiasa bersemangat untuk baiki prestasi mereka dan mempunyai keyakinan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang.