SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
SME3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR
MATHEMATICAL SCIENCES
TUGASAN 2
PENULISAN ISU :
PENTAKSIRAN MATEMATIK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
NAMA : NUR ILHAM BINTI HARON
NO. MATRIK : D20111048008
KUMPULAN : A
PROGRAM : ISMP MATEMATIK (AT14)
SEMESTER : 8
SESI : 2014/2015
PENSYARAH : DR. MAZLINI ADNAN
Pengenalan
Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran
dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya
bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam kelas, pentaksiran dilakukan bagi memastikan bahawa guru
mengajar dan pelajar belajar (Shakir bin Mohamed Johar).
Melalui pentaksiran PdP, para guru, pelajar dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan
pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru
dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah, aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan
proses PdP di kelas. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada PdP berkesan
atau tidak. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana
perkembangannya pada hari ini.
Justeru, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti
emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu PdP yang diperoleh menggunakan pengukuran
perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di kelas sering menggunakan ujian, pengujian
merupakan salah satu aspek utama dalam bidang PdP di kelas.
Pentaksiran
Menurut Dunn (dalam Noraini Idris, 2005), pentaksiran adalah satu proses
pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan
mereka. Dodge et. Al (dalam Anastassia Titus, 2015) menyatakan bahawa pentaksiran
merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek
pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian,
dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Lembaga Peperiksann Malaysia (2000)
menghuraikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan
menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu
(Anastassia Titus, 2015). Menurut Noraini Idris (2005) lagi, pentaksiran dirancang dan
dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan
dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan
yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk
menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir
melalui ujian bertulis.
Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014 memdefinisikan pentaksiran sebagai satu proses
mendapatkan maklumat tentang pengetahuan matematik pelajar, kebolehan pelajar
menggunakan matematik dan disposisi terhadap matematik dan seterusnya membuat
penghakiman daripada bukti-bukti yang diperoleh untuk pelbagai tujuan. Disposisi terhadap
matematik merujuk kepada minat dan kebolehan menghargai matematik. Ini merangkumi
keyakinan, perasaan ingin tahu, ketekalan, daya reka cipta dan kebolehan mereflek dalam
membuat matematik. Secara amnya, pentaksiran adalah proses untuk mengetahui apa yang
pelajar tahu, boleh buat dan amalkan (Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014). Pentaksiran
melibatkan tiga proses utama iaitu pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian ialah cara lazim untuk mendapatkan maklumat bagi penilaian. Abd. Rashid
Johar dan Siti Rahayah Ariffin (2001) menyatakan bahawa pengujian ialah satu cara yang
sistematik untuk mengukur sebahagian perubahan tingkah laku seseorang individu berhubung
dengan aspek pendidikan dan psikologi. Ujian merupakan alat pengukuran untuk mentaksir
dan merekod pembelajaran pelajar (Hart, 1994). Pengujian digunakan untuk mengukur dan
merekod perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar. Gagne
(1970) menjelaskan bahawa ujian merupakan cara yang bersistematik untuk mengukur tingkah
laku seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkah laku.
Menurut Cronbach (1970), ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan dengan
skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Milagros (dalam Raminah Haji Sabran,
1991) menegaskan bahawa ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan
yang diperlihatkan oleh pelanggan di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat
yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.
Pengukuran adalah penghuraian kuantitatif tentang tingkah laku, pengetahuan dan
kebolehan kognitif pelajar (NCTM, 1995). Menurut Siti Rahayah (2003), pengukuran
merupakan suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang
sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan
instrumen. Oleh itu, pengukuran adalah proses menghasilkan nilai kuantitatif kepada pelajar
berdasarkan peraturan tertentu seperti gred dan peratus untuk mengukur peringkat pencapaian
bagi menentukan kedudukan prestasi pelajar (Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014). Ini
merupakan proses menghasilkan data untuk analisis supaya keputusan dapat diambil.
Penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat berkenaan perkembangan dan
kemajuan pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah. Gronlund (1993) memberikan
pendapat bahawa penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana
objektif pengajaran telah dicapai oleh pelajar. Stufflebeam (1971) menyatakan penilaian
sebagai proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi
keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita (Shakir bin Mohamad Johar).
Ini disokong Terry D. Tenbrink (1974) yang berpendapat penilaian sebagai suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya
digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian adalah proses menentukan nilai atau memberi
sesuatu nilai kepada sesuatu berdasarkan pemerhatian dan penghakiman yang teliti (NCTM,
1995). Dengan perkataan lain, penilaian ialah proses membuat keputusan mengenai
pembelajaran pelajar dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang
aktiviiti PdP selanjutnya dengan cara yang berkesan.
Kesimpulannya, pengujian adalah cara atau prosedur yang digunakan untuk membuat
penilaian. Pengukuran pula sebagai alat untuk mengukur keupayaan pelajar mengikut prinsip-
prinsip yang tertentu. Penilaian pula boleh disimpulkan sebagai maklumat yang diambil
daripada hasil pengujian yang telah dilaksanakan.
Berdasarkan kepada NCTM (dalam Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014), tujuan
pentaksiran adalah seperti berikut :
 Memantau kemajuan pelajar untuk menggalakkan tumbesaran
 Membuat keputusan pengajaran bertujuan menambah baik pengajaran
 Menilai pencapaian pelajar untuk memberi pengiktirafan kejayaan
 Menilai program bertujuan mengubah suai program
 Menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku
 Menilai kesediaan pelajar mempelajari topik baharu
 Memberi maklum balas kepada pelajar tentang kemajuan mereka
 Membantu guru membuat tindakan susulan
 Memberi gred berdasarkan pencapaian pelajar
 Menentukan penempatan pelajar ikut kebolehan
 Memberi guru maklum balas tentang keberkesanan pengajarannya
 Menentukan tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan pelajar dalam proses
PdP
Mengikut KPM (dalam Hilezan, Parimalarani & Tam, 2014), tujuan utama pentaksiran
bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
Isu Pentaksiran : Bias dalam Penilaian
Terdapat beberapa perspektif yang menjeaskan tentang definisi bias dalam penilaian.
Menurut Hambleton, Ronald dan Janne (1995), bias adalah kewujudan kriteria-kriteria tertentu
dalam memberi kesan yang berbeza terhadap pencapaian individu dengan kebolehan yang
sama dari kumpulan, etnik, jantina, budaya dan agama yang berbeza. Jika sesuatu item itu
berfungsi berbeza kepada sesuatu kumpulan dengan yang lain, ia secara terangan adalah bias
(Dorans dan Holland, 1993). Definisi bias menurut The American Heritage Dictionary pula
adalah sebagai kecenderungan atau kecondongan yang menghalang penilaian yang adil.
Berdasarkan ketiga-tiga perspektif tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bias dalam penilaian
adalah ketidakadilan yang wujud ketika proses penilaian dilakukan.
Terdapat empat aspek yang menjelaskan kewujudan bias dalam penilaian iaitu item
soalan ujian, penilaian melalui pemerhatian, penilaian secara lisan dan penilaian melalui
penulisan. Aspek yang pertama ialah bias dalam item soalan ujian. Menurut Zaubedah (2007)
dalam kajiannya yang berjudul mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran
Perdagangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat menyatakan
bahawa sesuatu item itu bias apabila seseorang individu yang sama tahap kebolehan, daripada
kumpulan yang berbeza tidak mempunyai kebarangkalian yang sama untuk menjawab item
tersebut dengan betul. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi mengesan item-
item ujian yang bias atau tidak memihak kepada responden mengikut jantina, lokasi sekolah,
agama, bangsa, dan linguistik. Jantina merupakan faktor yang sering dikaitkan dengan
kewujudan bias dalam item soalan.
Item soalan akan menjadi bias mengikut jantina apabila item soalan yang dibina
cenderung kepada satu jantina sahaja. Menurut Black (1998), pengujian yang menggunakan
soalan yang berkaitan dengan permainan mekanikal lebih cenderung kepada pelajar lelaki
manakala set yang menggunakan contoh dan situasi daripada anak patung atau kerja-kerja
dapur lebih cenderung kepada pelajar perempuan. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar
perempua secara umumnya tidak begitu ppandai dalam soalan objektif berbanding soalan esei
keranan mereka tidak suka menek apabila tidak boleh menjawab seperti yang dilakukan oleh
pelajar lelaki. Kajian TIMSS-R (1998) pula menyatakan bahawa item-item matematik yang
berbentuk ayat panjang dan memerlukan calon membaca dan memahami maksud lebih
memihak kepada pelajar perempuan manakala item-item yang memerlukan keupayaan visual
lebih memihak kepada pelajar lelaki.
Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing
dalam sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, guru haruslah mengambil beberapa tindakan bagi
mengelakkan bias berlaku dalam pembinaan item soalan ujian. Antaranya ialah guru haruslah
mengimbangi bilangan topik dalam kertas soalan, seimbangkan bentuk soalan iaitu terdapat
soalan objektif dan soalan subjektif dan seimbangkan corak soalan iaitu mengambil kira
tentang sterotaip jantina pelajar.
Aspek yang kedua ialah bias dalam penilaian melalui pemerhatian. Penilaian melalui
pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu, bagaimana hendak
melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam kelas. Tujuan penilaian ini adalah untuk
membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuk proses
dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses PdP
berlaku. Ianya merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk aspek afektif dan psikomotor
pelajar. Perkara yang dinilai melalui pemerhatian adalah hasil kerja, tingkah laku, komunikasi
dan interaksi pelajar. Bias berlaku semasa penilaian melalui pemerhatian disebabkan oleh
persepsi guru terhadap pelajar dan guru hanya menilai secara mata kasar. Persepsi guru akan
mempengaruhi cara penilaian atau pemarkahan dan mata kasar daripada seorang guru hanyalah
pandangan luaran yang tidak dapat membuktikan atau menyatakan perihal sebenar seseorang
pelajar. Melalui pemerhatian juga, guru sukar untuk membezakan pelajar yang berpura-pura
faham dengan pelajar yang benar-benar faham tentang perkara yang disampaikan oleh guru
(Farhan Nashrah et. Al, 2012).
Aspek yang seterusnya adalah bias dalam penilaian secara lisan dan penulisan.
Penilaian secara lisan adalah satu proses untuk mengumpul maklumat secara interaksi antara
pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Penilaian melalui penulisan pula adalah satu
proses yang melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan.
Penilaian ini dianggap sebagai satu medium yang boleh dipercayai dalam menilai pelajar
kerana boleh dijadikan bukti yang dapat dilihat oleh guru. Bias dalam penilaian secara lisan
dan penulisan berlaku dipengaruhi oleh kesukaran pelajar berbahasa, ketakutan pelajar
terhadap guru dan cara pemarkahan guru.
Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001) menjelaskan bahawa ujian piawai
dikatakan berat sebelah kepada sebahagian pelajar dan ia dikatakan berat sebelah kepada
golongan etnik atau bangsa yang minoriti, mengikut jantina, golongan pelajar yang mempunyai
kemahiran membaca yang kurang dan golongan pelajar yang menguasai Bahasa lain dan tidak
dapat menguasai Bahasa Inggeris. Kesukaran pelajar berbahasa akan menyebabkan guru
memberikan tanggapan bahawa pelajar tersebut tidak mencapai tahap pemahaman yang baik
dalam sesuatu topik pembelajaran. Terdapat sesetengan pelajar yang sukar untuk menyatakan
secara lisan disebabkan oleh kelemahan dalam berbahasa. Namun, kelemahan mereka
berbahasa tidak membawa maksud bahawa mereka langsung tidak memahami apa yang telah
diajar oleh guru. Selain itu, ketakutan pelajar terhadap guru juga akan menimbulkan perasaan
risau, gemuruh dan bimbang dalam diri pelajar dan ini menjadi salah satu penghalang kepada
pelajar untuk memberi pendapat atau jawapan mereka terhadap pertanyaan guru. Persepsi guru
terhadap pelajar akan menyebabkan penilaian secara penulisan menjadi bias kerana cara
pemarkahan guru dipengaruhi oleh pandangan guru terhadap pelajar. Selain itu, pelajar
mempunyai tahap kefahaman yang berbeza antara satu sama lain dan skema jawapan antara
guru-guru juga tidak setara.
Bias dalam penilaian merupakan penyebab kepada sesuatu penilaian yang dilakukan
kurang baik atau kurang berkualiti terhadap pelajar. Apabila tahap bias itu terlalu tinggi dalam
diri seseorang guru, ia akan menyumbang kepada ketidakadilan dalam penilaian yang sekaligus
menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar. Bagi mengurangkan masalah ini, guru haruslah
mengambil beberapa inisiatif atau langkah untuk mengurangkan bias dalam penilaian. Antara
langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah guru perlu bijak dan teliti dalam
memilih item soalan untuk pengujian. Selain itu, guru juga boleh melakukan penilaian secara
berulang-ulang agar bias dalam penilaian dapat dikurangkan. Seterusnya, guru seharusnya
bersikap adil kepada semua pelajar dan elakkan sikap ketidakadilan muncul dalam diri.
RUJUKAN
Hilezan Bt Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, & Tan Kim Lan (2014). Amalan
pentaksiran dalam matematik. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Shakir bin Mohamed Johar. Mengaitkan pentaksiran dengan pengajaran matematik.
Diperolehi daripada http://www.geocities.ws/gardner02_6/sinopsis_shakir.htm
Dyg Khairunnisa (2012). Penulisan ilmiah SME3023. Diperoleh pada Mac 31, 2015 daripada
http://www.slideshare.net/lalalalallalalalalaallaal/penulisan-ilmiah-sme3023-12998383
Farhan Nasharah Bt Fudzil et. Al (2012). Isu kontemporari dalam pendidikan matematik :
penilaian. Diperoleh pada Mac 31 2015 daripada
http://daripenacikguku.blogspot.com/2012/04/pentaksiran-matematik.html
Anastassia Titus (2015). Definisi pentaksiran dan penilaian. Diperoleh pada 31 Mac 2015
daripada http://www.academia.edu/5622834/Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian
Zaubedah (2007). Mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran perdagangan sijil
pelajaran Malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat. Tesis Sarjana, Universiti
Sains Malaysia.
Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001). Isu pengukuran dan penilaian pendidikan.
Bangi : Penerbitan Fakulti Pendidikan.

More Related Content

What's hot

Asimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiAsimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiwmm9656
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandFatin Nabilah Norzaidi
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membacaijam
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)En Asyraf
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanMui Peng Soon
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacafiro HAR
 

What's hot (20)

Budaya matematik
Budaya matematikBudaya matematik
Budaya matematik
 
Asimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiAsimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasi
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Teori Atqakum
Teori AtqakumTeori Atqakum
Teori Atqakum
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
 
Transformasi kurikulum (KSSR)
Transformasi kurikulum (KSSR)Transformasi kurikulum (KSSR)
Transformasi kurikulum (KSSR)
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikan
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membaca
 

Viewers also liked

Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathAmeer Chann
 
Pendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematikPendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematikintansyafika
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )CIKGUAMI
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 

Viewers also liked (11)

Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran math
 
Pendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematikPendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematik
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
 
Pentaksiran Matematik
Pentaksiran MatematikPentaksiran Matematik
Pentaksiran Matematik
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Pendekatan Pengajaran Matematik
Pendekatan Pengajaran MatematikPendekatan Pengajaran Matematik
Pendekatan Pengajaran Matematik
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 

Similar to Tugasan 2 (trend and issue)

Definisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianDefinisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianABDULFATTAHBINAMIRUP
 
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxDefinisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxKalaiselviVelu1
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrMohamad Tarmizi
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Thamo Thiran
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-convertedmmcc10
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolahikhwankmk92
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahFarah Waheeda
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Nurul Atiyah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan reportPentaksiran berorientasikan peperiksaan report
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan reportWana Ariza
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. aliasfazamir
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. aliasfazamir
 
pentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianpentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianAin Nawi
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. aliasfazamir
 
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengahIsu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengahWana Ariza
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 

Similar to Tugasan 2 (trend and issue) (20)

Definisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianDefinisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaian
 
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxDefinisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan reportPentaksiran berorientasikan peperiksaan report
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report
 
Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)
 
Pentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimenPentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimen
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. alias
 
Pentaksiran, pengujian & penilaian
Pentaksiran, pengujian & penilaianPentaksiran, pengujian & penilaian
Pentaksiran, pengujian & penilaian
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. alias
 
pentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianpentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaian
 
Bm en. alias
Bm en. aliasBm en. alias
Bm en. alias
 
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengahIsu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Recently uploaded (11)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

Tugasan 2 (trend and issue)

  • 1. SME3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES TUGASAN 2 PENULISAN ISU : PENTAKSIRAN MATEMATIK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH NAMA : NUR ILHAM BINTI HARON NO. MATRIK : D20111048008 KUMPULAN : A PROGRAM : ISMP MATEMATIK (AT14) SEMESTER : 8 SESI : 2014/2015 PENSYARAH : DR. MAZLINI ADNAN
  • 2. Pengenalan Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas, pentaksiran dilakukan bagi memastikan bahawa guru mengajar dan pelajar belajar (Shakir bin Mohamed Johar). Melalui pentaksiran PdP, para guru, pelajar dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah, aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan proses PdP di kelas. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada PdP berkesan atau tidak. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada hari ini. Justeru, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu PdP yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di kelas sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang PdP di kelas. Pentaksiran Menurut Dunn (dalam Noraini Idris, 2005), pentaksiran adalah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Dodge et. Al (dalam Anastassia Titus, 2015) menyatakan bahawa pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Lembaga Peperiksann Malaysia (2000) menghuraikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Anastassia Titus, 2015). Menurut Noraini Idris (2005) lagi, pentaksiran dirancang dan
  • 3. dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014 memdefinisikan pentaksiran sebagai satu proses mendapatkan maklumat tentang pengetahuan matematik pelajar, kebolehan pelajar menggunakan matematik dan disposisi terhadap matematik dan seterusnya membuat penghakiman daripada bukti-bukti yang diperoleh untuk pelbagai tujuan. Disposisi terhadap matematik merujuk kepada minat dan kebolehan menghargai matematik. Ini merangkumi keyakinan, perasaan ingin tahu, ketekalan, daya reka cipta dan kebolehan mereflek dalam membuat matematik. Secara amnya, pentaksiran adalah proses untuk mengetahui apa yang pelajar tahu, boleh buat dan amalkan (Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014). Pentaksiran melibatkan tiga proses utama iaitu pengujian, pengukuran dan penilaian. Pengujian ialah cara lazim untuk mendapatkan maklumat bagi penilaian. Abd. Rashid Johar dan Siti Rahayah Ariffin (2001) menyatakan bahawa pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur sebahagian perubahan tingkah laku seseorang individu berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi. Ujian merupakan alat pengukuran untuk mentaksir dan merekod pembelajaran pelajar (Hart, 1994). Pengujian digunakan untuk mengukur dan merekod perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar. Gagne (1970) menjelaskan bahawa ujian merupakan cara yang bersistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Menurut Cronbach (1970), ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan dengan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Milagros (dalam Raminah Haji Sabran, 1991) menegaskan bahawa ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh pelanggan di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. Pengukuran adalah penghuraian kuantitatif tentang tingkah laku, pengetahuan dan kebolehan kognitif pelajar (NCTM, 1995). Menurut Siti Rahayah (2003), pengukuran merupakan suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan
  • 4. instrumen. Oleh itu, pengukuran adalah proses menghasilkan nilai kuantitatif kepada pelajar berdasarkan peraturan tertentu seperti gred dan peratus untuk mengukur peringkat pencapaian bagi menentukan kedudukan prestasi pelajar (Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014). Ini merupakan proses menghasilkan data untuk analisis supaya keputusan dapat diambil. Penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat berkenaan perkembangan dan kemajuan pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah. Gronlund (1993) memberikan pendapat bahawa penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh pelajar. Stufflebeam (1971) menyatakan penilaian sebagai proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita (Shakir bin Mohamad Johar). Ini disokong Terry D. Tenbrink (1974) yang berpendapat penilaian sebagai suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian adalah proses menentukan nilai atau memberi sesuatu nilai kepada sesuatu berdasarkan pemerhatian dan penghakiman yang teliti (NCTM, 1995). Dengan perkataan lain, penilaian ialah proses membuat keputusan mengenai pembelajaran pelajar dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviiti PdP selanjutnya dengan cara yang berkesan. Kesimpulannya, pengujian adalah cara atau prosedur yang digunakan untuk membuat penilaian. Pengukuran pula sebagai alat untuk mengukur keupayaan pelajar mengikut prinsip- prinsip yang tertentu. Penilaian pula boleh disimpulkan sebagai maklumat yang diambil daripada hasil pengujian yang telah dilaksanakan. Berdasarkan kepada NCTM (dalam Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014), tujuan pentaksiran adalah seperti berikut :  Memantau kemajuan pelajar untuk menggalakkan tumbesaran  Membuat keputusan pengajaran bertujuan menambah baik pengajaran  Menilai pencapaian pelajar untuk memberi pengiktirafan kejayaan  Menilai program bertujuan mengubah suai program  Menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku  Menilai kesediaan pelajar mempelajari topik baharu  Memberi maklum balas kepada pelajar tentang kemajuan mereka  Membantu guru membuat tindakan susulan  Memberi gred berdasarkan pencapaian pelajar
  • 5.  Menentukan penempatan pelajar ikut kebolehan  Memberi guru maklum balas tentang keberkesanan pengajarannya  Menentukan tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan pelajar dalam proses PdP Mengikut KPM (dalam Hilezan, Parimalarani & Tam, 2014), tujuan utama pentaksiran bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran Matematik. Isu Pentaksiran : Bias dalam Penilaian Terdapat beberapa perspektif yang menjeaskan tentang definisi bias dalam penilaian. Menurut Hambleton, Ronald dan Janne (1995), bias adalah kewujudan kriteria-kriteria tertentu dalam memberi kesan yang berbeza terhadap pencapaian individu dengan kebolehan yang sama dari kumpulan, etnik, jantina, budaya dan agama yang berbeza. Jika sesuatu item itu berfungsi berbeza kepada sesuatu kumpulan dengan yang lain, ia secara terangan adalah bias (Dorans dan Holland, 1993). Definisi bias menurut The American Heritage Dictionary pula adalah sebagai kecenderungan atau kecondongan yang menghalang penilaian yang adil. Berdasarkan ketiga-tiga perspektif tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bias dalam penilaian adalah ketidakadilan yang wujud ketika proses penilaian dilakukan. Terdapat empat aspek yang menjelaskan kewujudan bias dalam penilaian iaitu item soalan ujian, penilaian melalui pemerhatian, penilaian secara lisan dan penilaian melalui penulisan. Aspek yang pertama ialah bias dalam item soalan ujian. Menurut Zaubedah (2007) dalam kajiannya yang berjudul mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran Perdagangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat menyatakan bahawa sesuatu item itu bias apabila seseorang individu yang sama tahap kebolehan, daripada kumpulan yang berbeza tidak mempunyai kebarangkalian yang sama untuk menjawab item tersebut dengan betul. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi mengesan item- item ujian yang bias atau tidak memihak kepada responden mengikut jantina, lokasi sekolah, agama, bangsa, dan linguistik. Jantina merupakan faktor yang sering dikaitkan dengan kewujudan bias dalam item soalan.
  • 6. Item soalan akan menjadi bias mengikut jantina apabila item soalan yang dibina cenderung kepada satu jantina sahaja. Menurut Black (1998), pengujian yang menggunakan soalan yang berkaitan dengan permainan mekanikal lebih cenderung kepada pelajar lelaki manakala set yang menggunakan contoh dan situasi daripada anak patung atau kerja-kerja dapur lebih cenderung kepada pelajar perempuan. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar perempua secara umumnya tidak begitu ppandai dalam soalan objektif berbanding soalan esei keranan mereka tidak suka menek apabila tidak boleh menjawab seperti yang dilakukan oleh pelajar lelaki. Kajian TIMSS-R (1998) pula menyatakan bahawa item-item matematik yang berbentuk ayat panjang dan memerlukan calon membaca dan memahami maksud lebih memihak kepada pelajar perempuan manakala item-item yang memerlukan keupayaan visual lebih memihak kepada pelajar lelaki. Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, guru haruslah mengambil beberapa tindakan bagi mengelakkan bias berlaku dalam pembinaan item soalan ujian. Antaranya ialah guru haruslah mengimbangi bilangan topik dalam kertas soalan, seimbangkan bentuk soalan iaitu terdapat soalan objektif dan soalan subjektif dan seimbangkan corak soalan iaitu mengambil kira tentang sterotaip jantina pelajar. Aspek yang kedua ialah bias dalam penilaian melalui pemerhatian. Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu, bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam kelas. Tujuan penilaian ini adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuk proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses PdP berlaku. Ianya merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk aspek afektif dan psikomotor pelajar. Perkara yang dinilai melalui pemerhatian adalah hasil kerja, tingkah laku, komunikasi dan interaksi pelajar. Bias berlaku semasa penilaian melalui pemerhatian disebabkan oleh persepsi guru terhadap pelajar dan guru hanya menilai secara mata kasar. Persepsi guru akan mempengaruhi cara penilaian atau pemarkahan dan mata kasar daripada seorang guru hanyalah pandangan luaran yang tidak dapat membuktikan atau menyatakan perihal sebenar seseorang pelajar. Melalui pemerhatian juga, guru sukar untuk membezakan pelajar yang berpura-pura faham dengan pelajar yang benar-benar faham tentang perkara yang disampaikan oleh guru (Farhan Nashrah et. Al, 2012).
  • 7. Aspek yang seterusnya adalah bias dalam penilaian secara lisan dan penulisan. Penilaian secara lisan adalah satu proses untuk mengumpul maklumat secara interaksi antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Penilaian melalui penulisan pula adalah satu proses yang melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan. Penilaian ini dianggap sebagai satu medium yang boleh dipercayai dalam menilai pelajar kerana boleh dijadikan bukti yang dapat dilihat oleh guru. Bias dalam penilaian secara lisan dan penulisan berlaku dipengaruhi oleh kesukaran pelajar berbahasa, ketakutan pelajar terhadap guru dan cara pemarkahan guru. Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001) menjelaskan bahawa ujian piawai dikatakan berat sebelah kepada sebahagian pelajar dan ia dikatakan berat sebelah kepada golongan etnik atau bangsa yang minoriti, mengikut jantina, golongan pelajar yang mempunyai kemahiran membaca yang kurang dan golongan pelajar yang menguasai Bahasa lain dan tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris. Kesukaran pelajar berbahasa akan menyebabkan guru memberikan tanggapan bahawa pelajar tersebut tidak mencapai tahap pemahaman yang baik dalam sesuatu topik pembelajaran. Terdapat sesetengan pelajar yang sukar untuk menyatakan secara lisan disebabkan oleh kelemahan dalam berbahasa. Namun, kelemahan mereka berbahasa tidak membawa maksud bahawa mereka langsung tidak memahami apa yang telah diajar oleh guru. Selain itu, ketakutan pelajar terhadap guru juga akan menimbulkan perasaan risau, gemuruh dan bimbang dalam diri pelajar dan ini menjadi salah satu penghalang kepada pelajar untuk memberi pendapat atau jawapan mereka terhadap pertanyaan guru. Persepsi guru terhadap pelajar akan menyebabkan penilaian secara penulisan menjadi bias kerana cara pemarkahan guru dipengaruhi oleh pandangan guru terhadap pelajar. Selain itu, pelajar mempunyai tahap kefahaman yang berbeza antara satu sama lain dan skema jawapan antara guru-guru juga tidak setara. Bias dalam penilaian merupakan penyebab kepada sesuatu penilaian yang dilakukan kurang baik atau kurang berkualiti terhadap pelajar. Apabila tahap bias itu terlalu tinggi dalam diri seseorang guru, ia akan menyumbang kepada ketidakadilan dalam penilaian yang sekaligus menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar. Bagi mengurangkan masalah ini, guru haruslah mengambil beberapa inisiatif atau langkah untuk mengurangkan bias dalam penilaian. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah guru perlu bijak dan teliti dalam memilih item soalan untuk pengujian. Selain itu, guru juga boleh melakukan penilaian secara berulang-ulang agar bias dalam penilaian dapat dikurangkan. Seterusnya, guru seharusnya bersikap adil kepada semua pelajar dan elakkan sikap ketidakadilan muncul dalam diri.
  • 8. RUJUKAN Hilezan Bt Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, & Tan Kim Lan (2014). Amalan pentaksiran dalam matematik. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd. Shakir bin Mohamed Johar. Mengaitkan pentaksiran dengan pengajaran matematik. Diperolehi daripada http://www.geocities.ws/gardner02_6/sinopsis_shakir.htm Dyg Khairunnisa (2012). Penulisan ilmiah SME3023. Diperoleh pada Mac 31, 2015 daripada http://www.slideshare.net/lalalalallalalalalaallaal/penulisan-ilmiah-sme3023-12998383 Farhan Nasharah Bt Fudzil et. Al (2012). Isu kontemporari dalam pendidikan matematik : penilaian. Diperoleh pada Mac 31 2015 daripada http://daripenacikguku.blogspot.com/2012/04/pentaksiran-matematik.html Anastassia Titus (2015). Definisi pentaksiran dan penilaian. Diperoleh pada 31 Mac 2015 daripada http://www.academia.edu/5622834/Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian Zaubedah (2007). Mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran perdagangan sijil pelajaran Malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia. Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001). Isu pengukuran dan penilaian pendidikan. Bangi : Penerbitan Fakulti Pendidikan.