1.
PENGENALAN
Secara umumnya, tatabahasa dalam Bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi
dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al., 2004). Morfologi adalah bidang yang mengkaji
struktur, pembentukan kata dan golongankata. Dalam morfologi,unit terkecil yang
mempunyai makna dan tugas nahu adalah morfem. Anda juga perlu mengetahui maksud
istilah morfem dan kata. Ini adalah kerana kedua-duanya berbeza dari segi fungsi dan konsep.
PENGENALAN
Secara umumnya, wacana merupakan kajian unit dan penggunaan bahasa yang mengandung lebih
daripada satu ayat, tetapi berhubungan menerusi sistem tajukyang berkaitan. Kajian wacana kadang-kadang
ditafsirkan secara sempit sebagai kajian hubungan tentang jujukan ayat yang dihasilkan oleh
penutur. Penerangan lanjut tentang wacana akan diterangkan dalam subtopik seterusnya.
DEFINISI WACANA
Apakah maksud wacana? Berikut adalah maksud wacana dan penerangannya. Wacanaialah unit
bahasayang melebihi batas ayat (Harimurthi, 1982). Unit bahasa ini turut mengandungi satu
penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa
gabungan ayat, satu perenggan, satu bab,sebuah buku atau satu siri buku. Wacana turut menunjukkan
perkembangan fikiran berurutan yang tersusun dengan sempurna,