SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib Dan Rijal Allah
Oleh: Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim
1. Pendapat Ibn Taimiyyun
2. Pendapat bn Khaldun
3. Pendapat Ahmad Amin
4. Pendapat Abu Al-wafa Al- Tattazani
5. Pendapat Abu Al-Ila Afifi
6. Kesimpulan
7. Penutup
Pendahuluan
Kajian Tasawuf dianggap tidak lengkap tanpa menyentuh fikrah Wali Qutb, Abdal,
Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah dan seumpamanya. Pengkaji terdahulu
seperti Ibn Taimiyyah dan Ibn Khaldun serta pengkaji terkini seperti Abu al-'Ila 'Afifi,
Ahmad Amin dan Abu al-Wafa al-Taftazani adalah antara mereka yang menyentuh
persoalan ini. Pendapat mereka akan digunakan dalam mengulas isu Wali Qutb,
Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah.
Berikut adalah pandangan tentang Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib
dan Rijal Allah oleh tokoh-tokoh tersebut:-
1. Pendapat Ibn Taimiyyah
Dalam kitabnya Fatawa, Ibn Taimiyyah telah menjelaskan pendapatnya iaitu:
Manakala banyak nama yang disebut oleh ahli ibadat dan orang awam seperti
Ghawth di Makkah, Awtad ada empat, Qutb ada tujuh, Abdal ada 40, Nujaba' ada
300, semuanya tiada dalam al-Qur'an. Tidak ada ma'thurah daripada Nabi s.a.w.
sama ada sanad sahih atau da'if muhtamal kecuali lafaz Abdal. Menurut riwayat
hadith Syami munqati' al-isnad daripada Ali k.a.w., marfu' kepada Nabi s.a.w.
bermaksud:
“Di kalangan orang Syam (Syria) ada Abdal 40 orang lelaki. Apabila mati seorang,
Allah gantikan tempatnya dengan lelaki lain."
Orang Salaf tidak menyebut apa-apa (tentang Wali Qutb, Abdal, Awtad dan
Nujaba').
2. Pendapat Ibn Khaldun
i) Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun, beliau menyatakan: Orang tasawuf
kebelakangan ini bercakap tentang kasyaf dan tentang apa yang ada di sebalik
alam inderawi. Mereka menyatakan perkara yang samar-samar. Ramai di kalangan
mereka sampai kepada doktrin hulul dan wahdat (Allah meresap dalam alam atau
diri dan "jadi satu"). Golongan mereka yang terdahulu bergaul dengan Syi'ah
Isma'iliyyah pelampau yang kebelakangan juga menganut fahaman hulul dan
mempercayai bahawa imam-imam Syi'ah itu Allah (Allah hulul dalam diri imam-imam
itu). Fahaman ini tidak ada sebelum ini. Kata-kata antara dua belah pihak ini
bercampur aduk dan akidah mereka juga serupa-menyerupai. Lahirlah di kalangan
orang bertasawuf doktrin Qutb ertinya ketua bagi semua arifin. Mereka
menganggap makam Qutb tentang makrifat amatlah tinggi, tidak boleh ditandingi
sehingga mati, lalu tempatnya itu diisi oleh seorang arif yang lain.
ii) Ibn Sina juga memperkatakan perkara ini iaitu: Al-Haq yang maha agung adalah
terlalu tinggi tiada tercapai dengan sama rata oleh semua mereka yang
menuntutinya atau dapat melihatnya kecuali seorang sahaja dalam satu majlis
bergilir-gilir. Teori Qutb (ada satu lepas satu) ini tidak boleh diterima akal dan tidak
ada dalil syarak. Tetapi semata-mata satu percakapan yang berbentuk retorik. Inilah
yang diperkatakan oleh Syi'ah Rafidhah.
Kesimpulannya:
i) Teori wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba'... tidak ada dalil syarak kecuali Abdal dan
bercanggah dengan akal yang waras. Tidak timbul di kalangan al-Salaf al-Salih.
ii) Hadis Abdal ini jika sahih sekalipun, tidak boleh meliputi kesemua Wali Qutb,
Awtad, Nujaba'.
iii) Munculnya teori Wali Qutb, Abdal, Awtad Nujaba' ini adalah pengaruh daripada
Syi'ah Isma'iliyah Rafidhah (yang juga dikenali kemudiannya dengan nama
Batiniyah).
3. Pendapat Ahmad Amin
i) Ahmad Amin dalam kitabnya Dhuha al-Islam telah menyatakan pendapatnya:
Ekoran daripada Imam Mahdi al-Muntazar, orang tasawuf berhubung rapat dengan
Syi'ah. Mereka mengambil doktrin Imam Mahdi dari Syi'ah tetapi dibalut dengan
Qutb. Dari sini maka tertegaklah kerajaan khayalan dan bayangan. Maharaja
kerajaan ini ialah Qutb yang tepat maksudnya dengan doktrin Imam Mahdi dalam
Syi'ah. Qutb inilah yang mentadbir segala urusan makhluk dalam setiap zaman. la
juga tiang langit. Tanpa tiang, langit akan runtuh.
ii) Selepas Qutb ialah Nujaba' yang merupakan 12 buruj di langit. Ahmad Amin
memetik daripada kitab al-Futuhaat al-Makkiyyah yang menyatakan bahawa
Nujaba' itu ada 12 Naqib dalam setiap zaman. Setiap Naqib alim dengan khasiat
setiap buruj yang Allah letakkan padanya berbagai-bagai rahsia dan memberi
kesan di tangan Nuqaba' ini terletaknya segala ilmu syariat yang diturunkan oleh
Allah. Mereka juga tahu segala yang terpendam di hati dan jiwa manusia, tahu apa
ada pada iblis sedangkan iblis sendiri tidak tahu. Apabila seseorang itu melangkah di
bumi ini, Nuqaba' tahu sama ada langkah itu baik atau sial.
iii) Ahmad Amin berpendapat: Kaum Sufi membangunkan kerajaan batin di sebalik
kerajaan zahir ini. Mereka mengambil fikrah Mahdiyah (Imam Mahdi) lalu diubah
lafaznya (kepada Qutb, Nujaba') serta mengemaskan susunannya. Semuanya
mengawan di alam khayalan dan berlari mengejar bayangan. Semuanya adalah
madah syair, tetapi bukan yang indah selesa tetapi merosakkan akidah dan amalan
manusia. Jauh menyeleweng daripada akal fikiran yang waras dalam menjalankan
pencarian hidup seharian. Mereka tidak lagi melancarkan reformasi masyarakat dan
menegakkan keadilan. Mereka merayau di perlembahan khayal. Pemerintah juga
merayau dalam perlembahan korup. Seolah-olah mereka senang dengan keadaan
begitu. Pemerintah jadi rosak, rakyat hidup dalam impian dan bangsa menjadi
porak-peranda.
Kesimpulannya:
i) Golongan tasawuf bercampur dengan Syi'ah Isma'iliyyah lalu mengambil doktrin
Ketuhanan Imam atau Mahdiyah mereka dengan mengubah lafaznya sahaja
daripada Imam Mahdi kepada Qutb.
ii) Tegaklah kerajaan khayalan yang bercanggah dengan alam kenyataan.
Maharaja atau presiden kerajaan ini bergelar Qutb. Allah hulul dalam Qutb ini,
maksum, tahu segala perkara ghaib, tidak bersalah atau terlupa sama seperti doktrin
Imam atau Imam Mahdi al-Muntazar dalam akidah Syi'ah.
Ringkasnya idea Qutb dengan Imam atau Imam Mahdi adalah sama.
iii) Ada 12 Naqib menepati dengan 12 buruj. Setiap Naqib itu tahu segala-galanya.
Jelaslah di sini bahawa Ibn 'Arabi percayakan ilmu astrologi.
iv) Dalam kitab Zahar al-Islam, Ahmad Amin menjelaskan: Kita patut ingat, antara
ajaran tasawuf yang paling pokok yang mempengaruhi umat Islam ialah mengenai
doktrin Qutb. Kata mereka: Qutb adalah insan tunggal yang menjadi tempat Allah
menilik kepadanya dalam setiap zaman. Segala ehwal makhluk berputar padanya.
Qutb meresap ke dalam seluruh batin alam semesta sebagaimana roh meresap ke
dalam jasad. Dia meniupkan roh hayat ke seluruh alam semesta atasan dan
bawahan. Peranannya ialah menjaga dan memelihara alam maya ini. Begitulah
tugas Qutb sehingga dia mati lalu tempatnya diisi oleh salah seorang daripada tiga
orang wali berpangkat Awtad yang sebelum itu berpangkat Abdal seramai 40
orang.
v) Qutb ini juga digelar Ghawth kerana dia adalah tempat orang yang bernasib
malang datang mengadu. Qutb ini juga dinamakan Qutb al-Aqtab kerana adanya
dahulu bersama dengan ada Qutb-qutb lain di alam nyata dan alam ghaib. Ini
bererti Qutb itu tidak mengambil pangkat ini daripada Qutb terdahulu dan tidak
mempusakai kepada Qutb terkemudian. Ini bererti Qutb itu adalah satu iaitu
Haqiqah Muhammadiyyah.
Kesimpulannya:
a) Allah menilik hal ehwal alam ini pada seorang insan bergelar Qutb.
b) Semua hal ehwal makhluk berputar di sekitar Qutb.
c) Qutb menyerap ke dalam alam semesta seperti roh dalam jasad.
d) Qutb ialah Haqiqah Muhammadiyyah (yang digelar juga Nur Muhammad)
. Daripadanyalah terjadi seluruh alam semesta ini atau Insan Kamil.
Semuanya ini lahir dari Martabat Wahdah atau Ta'yyun Awal dalam
perbilangan Wahdat-al-Wujud Martabat Tujuh.
4. Pendapat Abu al-Wafa al-Taftazani
Pendapat beliau tentang perkara ini dalam kitabnya Madkhal Ha al-Tasawuf al-
Islami boleh disimpulkan seperti berikut;
i) Ekoran daripada al-Hallaj mengatakan, Allah hulul, (menempat) dalam dirinya,
maka Nur Muhammad pun ikut sama dikatakan qadim. Inilah punca yang
mendorong kaum sufi kebelakangan yang berfalsafah menimbulkan teori Qutb atau
Insan Kamil atau Haqiqah Muhammadiyyah.
ii) Falsafah tasawuf ini menjadi sasaran kritik fuqaha' kerana mereka menegakkan
doktrin wahdat al-wujud, teori Qutb, kesatuan semua agama yang semuanya ini
bercanggah dengan Akidah Islamiah.
iii) Antara penganut wahdat al-wujud ialah pengikut Ibn 'Arabi, al-Jili. Dialah yang
memperkenalkan teori Insan Kamil atau kalimah Ilahiyah. Doktrin ini adalah sama
maksudnya dengan teori al-Hallaj yang mengatakan Nur Muhammad itu qadim dan
teori Qutb Ibn 'Arabi.
iv) Ibn al-Farid juga mengatakan bahawa Qutb itu tidak lain daripada roh
Muhammadi, atau Haqiqah Muhammadiyyah yang menjadi sumber segala ilmu dan
makrifat bagi para nabi dan Qutb-qutb.
v) Kemungkinan besar bahawa punca Roh Muhammadi atau Qutb ini datang
daripada akidah bangsa Iran purba yang dikenali dalam Islam dengan nama Majusi
atau Zaradistiyah.
5. Pendapat Abu al-'Ila 'Afifi
i) Haqiqah Muhammadiyyah ialah tidak lain daripada Qutb namanya bagi orang
tasawuf dan imam maksum nama-nya bagi Syi'ah Isma'iliyyah dan Qaramitah.
Khatam al-auliya' seorang sahaja yang menjadi pewaris ilmu batin yang dia terima
secara langsung dan Roh Muhammadi yang biasanya digelar Qutb oleh orang sufi.
la bukan Nabi Muhammad yang lahir di Makkah dan wafat di Madinah, tetapi Satu
Hakikat Yang Qadim yang menepati teori al-'Aql al-Awal bagi Plato dan al-Kalimah
bagi orang Kristian.
ii) Orang tasawuf membangunkan sebuah kerajaan di alam khayalan dan di alam
awangan dan impian kosong semata-mata. Tidak berjejak di alam nyata dan
menyalahi al-Qur'an dan Sunnah serta akal yang waras. Maharaja kerajaan
khayalan ini bergelar Qutb. Di bawah Maharaja Qutb ini bergelar Awtad ada
empat, Abdal ada 40, Nujaba' ada 300. Penyeru atau mereka yang bertawassul
dengan Qutb ini biasanya terdiri daripada orang sufi. Ada menyerunya dengan
bermacam-macam nama dan bunyi seperti;
a) Maksud fikrah Qutb tidak lain tidak bukan daripada Akidah Imamah atau Imam
Mahdi al-Muntazar yang merupakan hululiyah Allah (Allah ada dalam dirinya) sebab
itulah dia maksum.
b) Nama lain bagi Qutb atau nama-nama yang sama maksudnya dengan Qutb
ialah seperti Haqiqah Muhammadiyyah, Nur Muhammad, Insan Kamil, al-'Aql al-Awal
dan al-Kalimah. Kesemuanya tidak lain dari fikrah wah-dat al-wujud.
Contoh Amalan
Menyeru dan memohon pertolongan daripada Qutb dan yang berpangkat
bawahan daripadanya. Antara lain berlagu nasyid seperti ini:
http://www.faziliaton.com/iqra'/buku6/gambar/01_41.gif
Nasyid ini dikatakan dikarang oleh Ali Zainal Abidin ibn al-Husain bin Ali bin Abu Talib.
Nama-nama ini jelas menunjukkan mereka bergelar Imam di kalangan Syi'ah. Di sini
dapat difahami ianya berasal daripada Syi'ah.
Cara memberi salam kepada Qutb al-Aqtab yang berbunyi:
http://www.faziliaton.com/iqra'/buku6/gambar/02_41.gif
Cara memberi salam kepada Rijal al-Ghaib;
http://www.faziliaton.com/iqra'/buku6/gambar/03_41.gif
Maksud petikan ini antara lain:
- Menyeru Qutb al-Aqtab kerana dialah pemerintah zaman dan imam tempatan,
penegak perintah Tuhan, Pewaris kitab, Pengganti Rasulullah, kesemua yang ada
dalam masanya adalah keluarganya. Dialah juga penurun hujan dengan doanya.
- Memberi salam kepada Rijal al-Ghaib (lelaki yang tidak boleh dilihat), juga dia
bergelar Arwah al-Muqaddasah, hai Nuquba', hai Nujaba', hai Ruqaba', hai Budala',
hai Awtad al-Ardhi al-Arba'ah (pasak bumi yang empat), hai dua imam, hai Fard, hai
Umana', tolongilah aku dengan pertolongan, lihatlah akan daku dengan penuh
kasihan. Sampaikanlah hajatku dan tujuanku.
- Ucap selawat kepada Khidir.
Kesimpulan
Konsep Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah adalah
bersumberkan fikrah Wahdat al-Wujud. Konsep berkenaan tidak terdapat dalam al-
Qur'an dan Sunnah. Tidak pernah timbul di kalangan al-Salaf al-Salih kecuali Abdal.
Walau bagaimanapun Abdal sahaja tidak dapat menolong menegakkan
kebenaran akidah hirarki wali-wali dalam kepercayaan tasawuf ini.
Fikrah Qutb adalah pengaruh daripada fikrah Imamah Syi'ah. Dalam diri imam Syi'ah
hulul Allah, dengan Haqiqah Muhammadiyyah, Nur Muhammad, Insan Kamil, al-'Aql
al-Awal bagi Plato dan al-Kalimah bagi Kristian. Semuanya adalah perkara yang
sama kerana semuanya itu terbit daripada zat Allah.
Fikrah Wahdat al-Wujud ini bercanggah dengan Ithnaniyah al-Wujud pegangan Ahli
Sunnah. Doktrin Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah ini
adalah merosakkan akidah.
Menyeru, memohon pertolongan, minta sampaikan hajat bertawassul dan memberi
salam kepada Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah,
adalah menyeru kepada hakikat yang tidak nyata malah hanya kosong dan dalam
khayalan. la hanya merupakan Imam menurut fahaman Syiah atau Imam Mahdi.
Penutup
Hakikat Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah sebenarnya
tidak wujud dalam Islam yang berdasarkan al-Qur'an, al-Sunnah dan al-Salaf al-Salih,
tetapi berasal daripada fahaman Syiah. Pengertian Qutb juga sama dengan
Haqiqah Muhammadiyyah, Nur Muhammad, Insan Kamil dan Roh Muhammadi. la
juga bersamaan dengan al-'Aql al-Awal bagi Plato dan al-Kalimah dalam Kristian.
* Sanad kepada AH ini mencerminkan ada hubungan antara tasawuf dengan Syi'ah
(tasyayyu') - Penulis.

More Related Content

What's hot

Aqidah agama.islam-1 a-pbi
Aqidah agama.islam-1 a-pbiAqidah agama.islam-1 a-pbi
Aqidah agama.islam-1 a-pbi
Hendun Budiyani
 
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
Barang Antik
 
Agama akal dan wahyu
Agama akal dan wahyuAgama akal dan wahyu
Agama akal dan wahyu
Zainal Abidin
 
Islam dan ilmu pengetahuan
Islam dan ilmu pengetahuanIslam dan ilmu pengetahuan
Islam dan ilmu pengetahuan
Bun Faris
 
Pengertian & ruang lingkup PSI
Pengertian & ruang lingkup PSIPengertian & ruang lingkup PSI
Pengertian & ruang lingkup PSI
Marhamah Saleh
 
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
HaubibBro
 
AA301 – ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN
AA301 – ISLAM DAN ILMU PENGETAHUANAA301 – ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN
AA301 – ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN
As Nuurien Najma
 
ilmu dalam islam
ilmu dalam islamilmu dalam islam
ilmu dalam islam
mkazree
 
Makalah karateristik islam
Makalah karateristik islamMakalah karateristik islam
Makalah karateristik islam
HaubibBro
 
Bangunan epistemologi ilmu kalam
Bangunan epistemologi ilmu kalamBangunan epistemologi ilmu kalam
Bangunan epistemologi ilmu kalam
Anwar Ma'rufi
 
Materi kuliah-agama-etika-islam
Materi kuliah-agama-etika-islamMateri kuliah-agama-etika-islam
Materi kuliah-agama-etika-islam
Syarif Utsman
 

What's hot (20)

Aqidah agama.islam-1 a-pbi
Aqidah agama.islam-1 a-pbiAqidah agama.islam-1 a-pbi
Aqidah agama.islam-1 a-pbi
 
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
Islam dan ilmu pengetahuan (by ilham)
 
Agama akal dan wahyu
Agama akal dan wahyuAgama akal dan wahyu
Agama akal dan wahyu
 
Islam dan ilmu pengetahuan
Islam dan ilmu pengetahuanIslam dan ilmu pengetahuan
Islam dan ilmu pengetahuan
 
Tauhid
TauhidTauhid
Tauhid
 
Pengertian & ruang lingkup PSI
Pengertian & ruang lingkup PSIPengertian & ruang lingkup PSI
Pengertian & ruang lingkup PSI
 
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
 
Aliran Jabariyah dan Aliran qadariyah
Aliran Jabariyah dan Aliran qadariyahAliran Jabariyah dan Aliran qadariyah
Aliran Jabariyah dan Aliran qadariyah
 
Tugas makalah pendidikan agama islam
Tugas makalah pendidikan agama islamTugas makalah pendidikan agama islam
Tugas makalah pendidikan agama islam
 
Ilmu dalam agama islam
Ilmu dalam agama islamIlmu dalam agama islam
Ilmu dalam agama islam
 
AA301 – ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN
AA301 – ISLAM DAN ILMU PENGETAHUANAA301 – ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN
AA301 – ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN
 
ilmu dalam islam
ilmu dalam islamilmu dalam islam
ilmu dalam islam
 
Makalah karateristik islam
Makalah karateristik islamMakalah karateristik islam
Makalah karateristik islam
 
Ilmu Kalam : Mutazilah
Ilmu Kalam : MutazilahIlmu Kalam : Mutazilah
Ilmu Kalam : Mutazilah
 
Bangunan epistemologi ilmu kalam
Bangunan epistemologi ilmu kalamBangunan epistemologi ilmu kalam
Bangunan epistemologi ilmu kalam
 
Sejarah perkembangan filsafat dakwah
Sejarah perkembangan filsafat dakwahSejarah perkembangan filsafat dakwah
Sejarah perkembangan filsafat dakwah
 
Makalah makkiyah dan madaniyah
Makalah makkiyah dan madaniyahMakalah makkiyah dan madaniyah
Makalah makkiyah dan madaniyah
 
Materi kuliah-agama-etika-islam
Materi kuliah-agama-etika-islamMateri kuliah-agama-etika-islam
Materi kuliah-agama-etika-islam
 
makalah teologi islam
makalah teologi islammakalah teologi islam
makalah teologi islam
 
Ppt Dilalah ilmu mantiq
Ppt Dilalah ilmu mantiqPpt Dilalah ilmu mantiq
Ppt Dilalah ilmu mantiq
 

Similar to wali qutb

. Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
.   Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir.   Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
. Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
Andri Nurdiansyah
 
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
Operator Warnet Vast Raha
 
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansariHubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
Operator Warnet Vast Raha
 
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaContoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
andriishaq
 

Similar to wali qutb (20)

Akidah akhlak~ALIRAN MUKTAZILAH
Akidah akhlak~ALIRAN MUKTAZILAHAkidah akhlak~ALIRAN MUKTAZILAH
Akidah akhlak~ALIRAN MUKTAZILAH
 
MATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.ppt
MATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.pptMATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.ppt
MATERI_AGAMA_ISLAM_UNRAM_ppt.ppt
 
Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama
 
. Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
.   Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir.   Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
. Sikap islam terhadap kemerdekaan berfikir
 
aswajandppkt-140808095301-phpapp01.pptx
aswajandppkt-140808095301-phpapp01.pptxaswajandppkt-140808095301-phpapp01.pptx
aswajandppkt-140808095301-phpapp01.pptx
 
Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islamMakalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islam
 
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
Makalah pendidikan agama islam STAIS MUHAMMAD RAHA
 
Makalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islamMakalah pendidikan agama islam
Makalah pendidikan agama islam
 
Bab 3 dan bab 4
Bab 3 dan bab 4Bab 3 dan bab 4
Bab 3 dan bab 4
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
Mihnat Alquran - abrar m dawud faza
Mihnat Alquran - abrar m dawud fazaMihnat Alquran - abrar m dawud faza
Mihnat Alquran - abrar m dawud faza
 
Tasawuf Akhlaki
Tasawuf AkhlakiTasawuf Akhlaki
Tasawuf Akhlaki
 
David Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docx
David Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docxDavid Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docx
David Ben Usolin Jawaban Modul 7-13.docx
 
Proses mendapatkan akidah
Proses mendapatkan akidahProses mendapatkan akidah
Proses mendapatkan akidah
 
materi kuliah-agama-etika-islam
materi kuliah-agama-etika-islammateri kuliah-agama-etika-islam
materi kuliah-agama-etika-islam
 
Agama new
Agama newAgama new
Agama new
 
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansariHubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
Hubungan agama dengan kebidanan sitti mayansari
 
Paradigma Tauhid
Paradigma TauhidParadigma Tauhid
Paradigma Tauhid
 
Daftar Pertanyaan Ushul Fiqh
Daftar Pertanyaan Ushul FiqhDaftar Pertanyaan Ushul Fiqh
Daftar Pertanyaan Ushul Fiqh
 
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaContoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
 

More from R&R Darulkautsar

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 

Recently uploaded

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 

Recently uploaded (20)

power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 

wali qutb

  • 1. Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib Dan Rijal Allah Oleh: Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim 1. Pendapat Ibn Taimiyyun 2. Pendapat bn Khaldun 3. Pendapat Ahmad Amin 4. Pendapat Abu Al-wafa Al- Tattazani 5. Pendapat Abu Al-Ila Afifi 6. Kesimpulan 7. Penutup Pendahuluan Kajian Tasawuf dianggap tidak lengkap tanpa menyentuh fikrah Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah dan seumpamanya. Pengkaji terdahulu seperti Ibn Taimiyyah dan Ibn Khaldun serta pengkaji terkini seperti Abu al-'Ila 'Afifi, Ahmad Amin dan Abu al-Wafa al-Taftazani adalah antara mereka yang menyentuh persoalan ini. Pendapat mereka akan digunakan dalam mengulas isu Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah. Berikut adalah pandangan tentang Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah oleh tokoh-tokoh tersebut:- 1. Pendapat Ibn Taimiyyah Dalam kitabnya Fatawa, Ibn Taimiyyah telah menjelaskan pendapatnya iaitu: Manakala banyak nama yang disebut oleh ahli ibadat dan orang awam seperti Ghawth di Makkah, Awtad ada empat, Qutb ada tujuh, Abdal ada 40, Nujaba' ada 300, semuanya tiada dalam al-Qur'an. Tidak ada ma'thurah daripada Nabi s.a.w. sama ada sanad sahih atau da'if muhtamal kecuali lafaz Abdal. Menurut riwayat hadith Syami munqati' al-isnad daripada Ali k.a.w., marfu' kepada Nabi s.a.w. bermaksud:
  • 2. “Di kalangan orang Syam (Syria) ada Abdal 40 orang lelaki. Apabila mati seorang, Allah gantikan tempatnya dengan lelaki lain." Orang Salaf tidak menyebut apa-apa (tentang Wali Qutb, Abdal, Awtad dan Nujaba'). 2. Pendapat Ibn Khaldun i) Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun, beliau menyatakan: Orang tasawuf kebelakangan ini bercakap tentang kasyaf dan tentang apa yang ada di sebalik alam inderawi. Mereka menyatakan perkara yang samar-samar. Ramai di kalangan mereka sampai kepada doktrin hulul dan wahdat (Allah meresap dalam alam atau diri dan "jadi satu"). Golongan mereka yang terdahulu bergaul dengan Syi'ah Isma'iliyyah pelampau yang kebelakangan juga menganut fahaman hulul dan mempercayai bahawa imam-imam Syi'ah itu Allah (Allah hulul dalam diri imam-imam itu). Fahaman ini tidak ada sebelum ini. Kata-kata antara dua belah pihak ini bercampur aduk dan akidah mereka juga serupa-menyerupai. Lahirlah di kalangan orang bertasawuf doktrin Qutb ertinya ketua bagi semua arifin. Mereka menganggap makam Qutb tentang makrifat amatlah tinggi, tidak boleh ditandingi sehingga mati, lalu tempatnya itu diisi oleh seorang arif yang lain. ii) Ibn Sina juga memperkatakan perkara ini iaitu: Al-Haq yang maha agung adalah terlalu tinggi tiada tercapai dengan sama rata oleh semua mereka yang menuntutinya atau dapat melihatnya kecuali seorang sahaja dalam satu majlis bergilir-gilir. Teori Qutb (ada satu lepas satu) ini tidak boleh diterima akal dan tidak ada dalil syarak. Tetapi semata-mata satu percakapan yang berbentuk retorik. Inilah yang diperkatakan oleh Syi'ah Rafidhah. Kesimpulannya: i) Teori wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba'... tidak ada dalil syarak kecuali Abdal dan bercanggah dengan akal yang waras. Tidak timbul di kalangan al-Salaf al-Salih. ii) Hadis Abdal ini jika sahih sekalipun, tidak boleh meliputi kesemua Wali Qutb, Awtad, Nujaba'.
  • 3. iii) Munculnya teori Wali Qutb, Abdal, Awtad Nujaba' ini adalah pengaruh daripada Syi'ah Isma'iliyah Rafidhah (yang juga dikenali kemudiannya dengan nama Batiniyah). 3. Pendapat Ahmad Amin i) Ahmad Amin dalam kitabnya Dhuha al-Islam telah menyatakan pendapatnya: Ekoran daripada Imam Mahdi al-Muntazar, orang tasawuf berhubung rapat dengan Syi'ah. Mereka mengambil doktrin Imam Mahdi dari Syi'ah tetapi dibalut dengan Qutb. Dari sini maka tertegaklah kerajaan khayalan dan bayangan. Maharaja kerajaan ini ialah Qutb yang tepat maksudnya dengan doktrin Imam Mahdi dalam Syi'ah. Qutb inilah yang mentadbir segala urusan makhluk dalam setiap zaman. la juga tiang langit. Tanpa tiang, langit akan runtuh. ii) Selepas Qutb ialah Nujaba' yang merupakan 12 buruj di langit. Ahmad Amin memetik daripada kitab al-Futuhaat al-Makkiyyah yang menyatakan bahawa Nujaba' itu ada 12 Naqib dalam setiap zaman. Setiap Naqib alim dengan khasiat setiap buruj yang Allah letakkan padanya berbagai-bagai rahsia dan memberi kesan di tangan Nuqaba' ini terletaknya segala ilmu syariat yang diturunkan oleh Allah. Mereka juga tahu segala yang terpendam di hati dan jiwa manusia, tahu apa ada pada iblis sedangkan iblis sendiri tidak tahu. Apabila seseorang itu melangkah di bumi ini, Nuqaba' tahu sama ada langkah itu baik atau sial. iii) Ahmad Amin berpendapat: Kaum Sufi membangunkan kerajaan batin di sebalik kerajaan zahir ini. Mereka mengambil fikrah Mahdiyah (Imam Mahdi) lalu diubah lafaznya (kepada Qutb, Nujaba') serta mengemaskan susunannya. Semuanya mengawan di alam khayalan dan berlari mengejar bayangan. Semuanya adalah madah syair, tetapi bukan yang indah selesa tetapi merosakkan akidah dan amalan manusia. Jauh menyeleweng daripada akal fikiran yang waras dalam menjalankan pencarian hidup seharian. Mereka tidak lagi melancarkan reformasi masyarakat dan menegakkan keadilan. Mereka merayau di perlembahan khayal. Pemerintah juga merayau dalam perlembahan korup. Seolah-olah mereka senang dengan keadaan begitu. Pemerintah jadi rosak, rakyat hidup dalam impian dan bangsa menjadi porak-peranda. Kesimpulannya:
  • 4. i) Golongan tasawuf bercampur dengan Syi'ah Isma'iliyyah lalu mengambil doktrin Ketuhanan Imam atau Mahdiyah mereka dengan mengubah lafaznya sahaja daripada Imam Mahdi kepada Qutb. ii) Tegaklah kerajaan khayalan yang bercanggah dengan alam kenyataan. Maharaja atau presiden kerajaan ini bergelar Qutb. Allah hulul dalam Qutb ini, maksum, tahu segala perkara ghaib, tidak bersalah atau terlupa sama seperti doktrin Imam atau Imam Mahdi al-Muntazar dalam akidah Syi'ah. Ringkasnya idea Qutb dengan Imam atau Imam Mahdi adalah sama. iii) Ada 12 Naqib menepati dengan 12 buruj. Setiap Naqib itu tahu segala-galanya. Jelaslah di sini bahawa Ibn 'Arabi percayakan ilmu astrologi. iv) Dalam kitab Zahar al-Islam, Ahmad Amin menjelaskan: Kita patut ingat, antara ajaran tasawuf yang paling pokok yang mempengaruhi umat Islam ialah mengenai doktrin Qutb. Kata mereka: Qutb adalah insan tunggal yang menjadi tempat Allah menilik kepadanya dalam setiap zaman. Segala ehwal makhluk berputar padanya. Qutb meresap ke dalam seluruh batin alam semesta sebagaimana roh meresap ke dalam jasad. Dia meniupkan roh hayat ke seluruh alam semesta atasan dan bawahan. Peranannya ialah menjaga dan memelihara alam maya ini. Begitulah tugas Qutb sehingga dia mati lalu tempatnya diisi oleh salah seorang daripada tiga orang wali berpangkat Awtad yang sebelum itu berpangkat Abdal seramai 40 orang. v) Qutb ini juga digelar Ghawth kerana dia adalah tempat orang yang bernasib malang datang mengadu. Qutb ini juga dinamakan Qutb al-Aqtab kerana adanya dahulu bersama dengan ada Qutb-qutb lain di alam nyata dan alam ghaib. Ini bererti Qutb itu tidak mengambil pangkat ini daripada Qutb terdahulu dan tidak mempusakai kepada Qutb terkemudian. Ini bererti Qutb itu adalah satu iaitu Haqiqah Muhammadiyyah. Kesimpulannya: a) Allah menilik hal ehwal alam ini pada seorang insan bergelar Qutb. b) Semua hal ehwal makhluk berputar di sekitar Qutb. c) Qutb menyerap ke dalam alam semesta seperti roh dalam jasad.
  • 5. d) Qutb ialah Haqiqah Muhammadiyyah (yang digelar juga Nur Muhammad) . Daripadanyalah terjadi seluruh alam semesta ini atau Insan Kamil. Semuanya ini lahir dari Martabat Wahdah atau Ta'yyun Awal dalam perbilangan Wahdat-al-Wujud Martabat Tujuh. 4. Pendapat Abu al-Wafa al-Taftazani Pendapat beliau tentang perkara ini dalam kitabnya Madkhal Ha al-Tasawuf al- Islami boleh disimpulkan seperti berikut; i) Ekoran daripada al-Hallaj mengatakan, Allah hulul, (menempat) dalam dirinya, maka Nur Muhammad pun ikut sama dikatakan qadim. Inilah punca yang mendorong kaum sufi kebelakangan yang berfalsafah menimbulkan teori Qutb atau Insan Kamil atau Haqiqah Muhammadiyyah. ii) Falsafah tasawuf ini menjadi sasaran kritik fuqaha' kerana mereka menegakkan doktrin wahdat al-wujud, teori Qutb, kesatuan semua agama yang semuanya ini bercanggah dengan Akidah Islamiah. iii) Antara penganut wahdat al-wujud ialah pengikut Ibn 'Arabi, al-Jili. Dialah yang memperkenalkan teori Insan Kamil atau kalimah Ilahiyah. Doktrin ini adalah sama maksudnya dengan teori al-Hallaj yang mengatakan Nur Muhammad itu qadim dan teori Qutb Ibn 'Arabi. iv) Ibn al-Farid juga mengatakan bahawa Qutb itu tidak lain daripada roh Muhammadi, atau Haqiqah Muhammadiyyah yang menjadi sumber segala ilmu dan makrifat bagi para nabi dan Qutb-qutb. v) Kemungkinan besar bahawa punca Roh Muhammadi atau Qutb ini datang daripada akidah bangsa Iran purba yang dikenali dalam Islam dengan nama Majusi atau Zaradistiyah. 5. Pendapat Abu al-'Ila 'Afifi
  • 6. i) Haqiqah Muhammadiyyah ialah tidak lain daripada Qutb namanya bagi orang tasawuf dan imam maksum nama-nya bagi Syi'ah Isma'iliyyah dan Qaramitah. Khatam al-auliya' seorang sahaja yang menjadi pewaris ilmu batin yang dia terima secara langsung dan Roh Muhammadi yang biasanya digelar Qutb oleh orang sufi. la bukan Nabi Muhammad yang lahir di Makkah dan wafat di Madinah, tetapi Satu Hakikat Yang Qadim yang menepati teori al-'Aql al-Awal bagi Plato dan al-Kalimah bagi orang Kristian. ii) Orang tasawuf membangunkan sebuah kerajaan di alam khayalan dan di alam awangan dan impian kosong semata-mata. Tidak berjejak di alam nyata dan menyalahi al-Qur'an dan Sunnah serta akal yang waras. Maharaja kerajaan khayalan ini bergelar Qutb. Di bawah Maharaja Qutb ini bergelar Awtad ada empat, Abdal ada 40, Nujaba' ada 300. Penyeru atau mereka yang bertawassul dengan Qutb ini biasanya terdiri daripada orang sufi. Ada menyerunya dengan bermacam-macam nama dan bunyi seperti; a) Maksud fikrah Qutb tidak lain tidak bukan daripada Akidah Imamah atau Imam Mahdi al-Muntazar yang merupakan hululiyah Allah (Allah ada dalam dirinya) sebab itulah dia maksum. b) Nama lain bagi Qutb atau nama-nama yang sama maksudnya dengan Qutb ialah seperti Haqiqah Muhammadiyyah, Nur Muhammad, Insan Kamil, al-'Aql al-Awal dan al-Kalimah. Kesemuanya tidak lain dari fikrah wah-dat al-wujud. Contoh Amalan Menyeru dan memohon pertolongan daripada Qutb dan yang berpangkat bawahan daripadanya. Antara lain berlagu nasyid seperti ini: http://www.faziliaton.com/iqra'/buku6/gambar/01_41.gif Nasyid ini dikatakan dikarang oleh Ali Zainal Abidin ibn al-Husain bin Ali bin Abu Talib. Nama-nama ini jelas menunjukkan mereka bergelar Imam di kalangan Syi'ah. Di sini dapat difahami ianya berasal daripada Syi'ah. Cara memberi salam kepada Qutb al-Aqtab yang berbunyi:
  • 7. http://www.faziliaton.com/iqra'/buku6/gambar/02_41.gif Cara memberi salam kepada Rijal al-Ghaib; http://www.faziliaton.com/iqra'/buku6/gambar/03_41.gif Maksud petikan ini antara lain: - Menyeru Qutb al-Aqtab kerana dialah pemerintah zaman dan imam tempatan, penegak perintah Tuhan, Pewaris kitab, Pengganti Rasulullah, kesemua yang ada dalam masanya adalah keluarganya. Dialah juga penurun hujan dengan doanya. - Memberi salam kepada Rijal al-Ghaib (lelaki yang tidak boleh dilihat), juga dia bergelar Arwah al-Muqaddasah, hai Nuquba', hai Nujaba', hai Ruqaba', hai Budala', hai Awtad al-Ardhi al-Arba'ah (pasak bumi yang empat), hai dua imam, hai Fard, hai Umana', tolongilah aku dengan pertolongan, lihatlah akan daku dengan penuh kasihan. Sampaikanlah hajatku dan tujuanku. - Ucap selawat kepada Khidir. Kesimpulan Konsep Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah adalah bersumberkan fikrah Wahdat al-Wujud. Konsep berkenaan tidak terdapat dalam al- Qur'an dan Sunnah. Tidak pernah timbul di kalangan al-Salaf al-Salih kecuali Abdal. Walau bagaimanapun Abdal sahaja tidak dapat menolong menegakkan kebenaran akidah hirarki wali-wali dalam kepercayaan tasawuf ini. Fikrah Qutb adalah pengaruh daripada fikrah Imamah Syi'ah. Dalam diri imam Syi'ah hulul Allah, dengan Haqiqah Muhammadiyyah, Nur Muhammad, Insan Kamil, al-'Aql al-Awal bagi Plato dan al-Kalimah bagi Kristian. Semuanya adalah perkara yang sama kerana semuanya itu terbit daripada zat Allah.
  • 8. Fikrah Wahdat al-Wujud ini bercanggah dengan Ithnaniyah al-Wujud pegangan Ahli Sunnah. Doktrin Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah ini adalah merosakkan akidah. Menyeru, memohon pertolongan, minta sampaikan hajat bertawassul dan memberi salam kepada Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah, adalah menyeru kepada hakikat yang tidak nyata malah hanya kosong dan dalam khayalan. la hanya merupakan Imam menurut fahaman Syiah atau Imam Mahdi. Penutup Hakikat Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah sebenarnya tidak wujud dalam Islam yang berdasarkan al-Qur'an, al-Sunnah dan al-Salaf al-Salih, tetapi berasal daripada fahaman Syiah. Pengertian Qutb juga sama dengan Haqiqah Muhammadiyyah, Nur Muhammad, Insan Kamil dan Roh Muhammadi. la juga bersamaan dengan al-'Aql al-Awal bagi Plato dan al-Kalimah dalam Kristian. * Sanad kepada AH ini mencerminkan ada hubungan antara tasawuf dengan Syi'ah (tasyayyu') - Penulis.