SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Pembelajaran Kemahiran atau Pembelajaran Motor atau Pembelajaran
psikomotor.

Skills Learning, Motor Learning, Psychomotor Learning, Sensory Motor Learning,
Perceptual - Motor Learning, Movement Behavor Learning

Pembelajaran adalah bertujuan untuk memperolehi kemahiran, pengetahuan dan
membentuk sikap. Pembelajaran Kemahiran melibatkan proses dalam saraf deria dan
proses motor. Pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperolehi maklumat,
menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu. Cara untuk mencapai
tujuan ini memerlukan kemahiran prosedur (Merrieuboer,        ) juga dikenali sebagai
kemahiran deklaratif. Kemahiran prosedur dan deklaratif juga dikenali sebagai
kemahiran motor (Movement Skill). Pandangan ini berasaskan kepada kemahiran
melihat apa yang perlu dilakukan dan akan laksanakan. Sebagai contoh kes
mendiagnosis dan merawat pesakit. Pegawai Perubatan perlu kemahiran persepsi
untuk mengesan simpton atau masalah kesihatan pesakit; kemudian              dengan
menggunakan kemahiran motor, doktor cuba merawat pesakit. Oleh itu pembelajaran
kemahiran memerlukan penggunaan persepsi mental          sebelum bertindak. Contoh
aktiviti yang memrlukan pembelajaran kemahiran seperti mengambilgambar foto,
bermain alat muzik, menggunakan komputer peribadi, memasukkan benang ke dalam
jarum dan memanjat tangga.


Pembelajaran kemahiran adalah aktiviti kognitif yang melibatkan banyak perkara
dalam satu masa (White dan Gunstone, 1992). Pembelajaran kemahiran juga
dikatakan sebagai proses (Hall, 1995; Barr, 1994; Helgeson, 1994; Roth dan
Roychoudhury, 1993; Millar, 1991; Selley, 1989). Membuat hipotesis dan
pemerhatian (Hall, 1995; Barr, 1994; Helgeson, 1994; Roth dan Roychoudhury, 1993)
merupakan dua contoh kemahiran. Dalam proses pembelajaran ini juga melibatkan
prosedur dan aktiviti. Aktiviti penyiasatan (Miller dan Driver, 1987) juga salah satu
proses dalam pembelajaran kemahiran; juga dikenali sebagai teknik inkuari. Terdapat
lima proses penyiasatan iaitu pertama membuat hipotesis; kedua meramal; ketiga
memerhati, keepat merekod dan kelima menyimpul. Pelajar sendiri akan membuat
keputusan. Dikatakan bahawa keputusan pelajar membuat sesuatu lebih penting
daripada membuat sesuatu. Situasi inilah dikatakan sebagai jantung pembelajaran
kemahiran. Pembelajaran kemahiran juga merupakan proses pemahaman pelbagai
pandangan.
                                                                                   1
Semenjak tahun 1960an kajian berkaitan pembelajaran motor telah berkembangan
melalui gabungan penyelidikan, pengetahuan, aplikasi dan penyampaian ilmu dalam
bidang tingkah laku motor (Motor Behavior). Setengah berpendapat pembelajaran
kemahiran motor ini berasal daripada bidang Sains Biologi yang dipelopori oleh
seorang penulis Milani Comparetti melalui teori dan model Mekanistik terhadap
fungsi sistem saraf. Buku pertama yang relevan dengan bidang pembangunan motor
(Motor Development) ialah Espenschade and Eckerts. Pengetahuan ini telah
berkembang kepada lain-alain disiplin ilmu seperti Terapi Fizikal dan Tingkahlaku
Motor Dewasa (Aldult Motor Behavior)


Dalam Teori Kecerdasan Pelbagai (MI) oleh Howard Gardiner mencadangkan
bahawa kemampuan yang berbeza boleh dibina secara berasingan. Tahap kemahiran
yang dikuasai oleh individu sukar disahkan. Ada kemahiran yang dikuasai secara
automatik atau bertukar ganti dengan kkemahiran yang lain. Latihan merupakan satu
cara memperolehi kemahiran; di mana latihan ini perlu dipimpin dan diselia supaya
pengukuhan dan motivasi berterusan dan berkekalan.


Pembelajaran psikomotor berfokus kepada kemampuan fizikal dan penguasaan
kemahiran. Domain ini boleh ditinjau dalam pendidikan vokasional, pendidikan
jasmani, pendidikan seni dan pendidikan muzik. Goldberger, et.al., (1982)
menghuraikan hierarki pergerakan manusia dan kemampuan manusia dalam
pembelajaran psikomotor serta mengulas Model Mosston's Three - Dimensional dan
Model of Development Movement. Kemp, Morrison dan Ross (1998) merujuk
pembelajaran psikomotor kepada penggunaan kemahiran dan koordinasi otot sebagai
aktiviti fizikal seperti pergerakkan, memanipulasi dan mengkonstruk. Antara contoh
yang terdapat dalam kemahiran dalam pembelajaran psikomotor ialah pergerakan
tubuh; bercakap; koordinasi halus otot dan komunikasi non-verbal.


Pembelajaran psikomotor      dilihat melalui kemahiran fizikal iaitu bagaimana
keupayaan mengkoordinasikan pergerakkan dari segi kekuatan atau kederasan.
Tindakan ini menampakkan kemahiran yang tinggi. Contoh penari dan seorang atlit.
Menurut Model Pembangunan Kemahiran (Model Development Skill) oleh Dave
(1975) dan Reynolds (1965) ada menyimpulkan bahawa pembelajaran psikomotor


                                                                                2
melibatkan pergerakkan fizikal (motor) dan mental (Psiko). Oleh itu domain
psikomotor terdiri daripada 3 aktiviti iaitu;
       •   Objek       : menaip, berbasikal, bermain tenis, mengendalikan mesin.
       •   Bahasa      : menulis, membaca, trengkas, belajar bahasa asing.
       •   Perasaan : bermain alat-alat muzik, berlakon, menari dan melukis


Mengikut pandangan seorang lagi pengkaji iaitu Romiszowski mengatakan terdapat
lima (5) tahap perkembangan kemhiran. Tahap itu adalah seperti berikut:


       1. Kepekaan persepsi; apa, kenapa, bagaimana sesuaru perkara seperti di atas.
       2. Mengalikasikan perkara yang diketahui betul. Tunjukkan sama lengkap
       3. Prestasinya yang menglankau, langkah demi langkau
       4. Tumpukan kepada mutu kemhairan atau secara automatik.
       5. Aktiviti Varieti; aktiviti yang kreatif
       .
Terdapat empat (4) tahap cara penguasaan kemahiran. Tahap 4 ialah penyesuaian
(adaptation) merupakan kemahiran yang dikuasi amat sempurna. Tahap 3 pula pada
peringkat berlatih (trainning) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari
penyelarasan antara bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap 2 ialah peniruan
(imitation). Kemahiran mengikut dan cuba meniru apa yang dilakukan oleh orang lain
dengan bimbingan. Hanya sebahagian sahaja daripada urutan kemahiran yang dibuat.
Itupun mengikut mood tanpa mengikut susunan yang sistematik. Manakala tahap
paling asas sekali iaitu tahap 1 ialah memerhati (perception); belajar kemahiran
dengan melihat individu lain yang berpengalaman. Ada juga pengalaman kemahiran
ditimba dengan membaca buku atau merujuk video.

Menurut Moore, D.Kenneth. (1989), semua profesion mempunyai kemahiran
tersendiri dan sentiasa berusaha meningkatkan ke tahap yang lebih pakar. Namun
begitu tiada satu profesion pun yang boleh mengakui bahawa pihaknya telah tamat
dan sempurna berjaya menjadi pakar dalam kemahirannya. Oleh itu semua pihak akan
terus belajar dan berlatih bagi meningkatkan kecekapan. Pihak profesional umunnya,
tidak puas akan kepakaran yang mereka miliki lalu sentiasa beriktiar bagi
mempertajamkan kemahiran mereka.


                                                                                   3
Pembelajaran psikomotor          mengikut Moore, D.Kenneth. (1989), merupakan
pemerolehan ilmu pengetahuan bermula daripada kemahiran asas sehingga menguasai
tahap kemahiran yang kompleks. Terdapat tiga (3) tahap iaitu;


           Peniruan (Imitation): mempeolehan kemahiran asas dengan petunjuk dan
            penyeliaan.
           Manipulasi (Manipulation): pamerkan kemahiran secara bersedirian
           Penghalusan (Precision): pamerkan kemahiran dengan lebih tepat lagi.


Peniruan (Imitation)
Individu mempamerkan kemahiran asasnya dengan penyeliaan dan berpandukan
kepada garis panduan. Individu cuba meniru apa yang dilihatnya. Contoh kemahiran
ialah guna, ikut, tukar, cuci.


Manipulasi (Manipulation)
Keupayaan      individu menunjukan kemahiran secara bersendirian. Kemahiran ini
dilakukan secara urutan dengan hanya menggunakan sedikit tenaga sahaja. Contoh
kemahiran ialah sambung, ketatkan, reka, buat, lakar, timbang.


Penghalusan (Precision)


Keupayaan individu menghasilkan pergerakkan yang tepat, berkesan dan harmoni.
Dapat melengkapkan koordinasi pemerolehan kemahiran yang kompleks. Contoh
kemahiran ialah fokus, ubahsuai, selaras, kalibrasi, bina, konstruk dan manipulasi.


Prinsip Teori Struktur Intelek oleh J.P.Guilford


Bagi Guiford, J.P. (1967), pembelajaran motor lebih kepada gabungan latihan dan
pengalaman. Kedua-dua elemen ini akan membawa pemindahan pembelajaran secara
relatifnya kekal dalam bentuk pergerakkan (movement) dan kecedasan. Beliau
meninjau kemahiran motor dalam tiga aspek iaitu operasi (operations), kandungan
(contents) dan produ (product). Oleh itu J.P. Guilford (1950) lebih cenderung
mengkaitkan pembelajaran kemahiran itu dengan kreativiti Baginya pembelajaran
motor berdasarkan prinsip seperti berikut:
                                                                                      4
1. Kemahiran penyelesaian masalah dan mencari Sebab (Reasoning and
            problem-solving skills)
        2. Operasi ingatan (memory operations)
        3. Kemahiran membuat keputusan (Decision making skills)
        4. Kemahiran berbahasa (Language related skills)


Mengikut pendapat pendapat Schmidt, R.A. (1982), pembelajaran motor merupakan
satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau
pergerakkan yang kekal. Pembelajaran telah berlaku berdasarkan maklum balas
mengikut prestasi pengetahuan (knowledge performance) dan pencapaian keputusan
(knowledge result). Tahap pembelajaran dibahagikan kepada lima (5) peringkat.
Pertama pencapaian ketika praktikal, kedua ialah melalui ingatan jangka pendek dan
ketiga juga mellaui ingatan tetapi jangka panjang. Manakala peringkat keempat
adalah kemahiran membuat generalisasi dan kelima pula ialah kemahiran membuat
pengubahsuaian mengikut keadaan.


Pembelajaran motor juga merupakan satu proses tindakan yang bermatlamat
menyelesaikan suatu tugasan; di mana memerlukan pergerakkan badan atau otot.
Samalah seperti kata-kata hikmat ini. "Beritahu saya sesuatu, mungkin saya lupa;
Tunjukkan saya sesuatu saya akan ingat; Biarlah saya buat sendiri, saya mula
belajar". Pembelajaran psikomotor boleh dilihat dari dua (2) segi iaitu kebolehan
motor (produk) atau proses berubah (proses).


Klasifikasi Kemahiran Psikomotor


Model Simpson, E.J. (1972) membahagikan pembelajaran psikomotor kepada tujuh
(7) tahap penguasaan kemahiran


1. Persepsi (perception)
   Pelajar peka kepada rangsangan lalu memeberi perhatian. Dia merasakan perlu
   mempelajari kemahiran berkenaan; baginya tanggapan kemahiran itu bermakna
   padanya. Keadaan ini menunjukkan kemampuan deria memandu aktiviti. Motor


                                                                                5
dirangsang oleh deria lalu membuat pilihan berakhir dengan menterjemahkannya.
   Contoh kemahiran adalah sepeerti berikut.
   •   Mengenalpasti jangkamasa sejarah menerusi kesan bunyi.
   •   Mengesan kiu komunikasi non - verbal.
   •   Mengkaitkan rasa makanan dengan keperluan perasa.
   •   Menjangka cara menangkap bola daripada balingan pitcher
   •   Menentukan bola ke lokasi yang betul apabila membaling.
   •   Mengubahsuai api dapur gas supaya suhu betul mengikut bau dan rasa
       masakan.
   •   Mengubahsuai ketinggian jeracak forklif dengan membanding aras jeracak
       dengan pallet


2. Bersedia (set)
   Mengandungi unsur motivasi. Mereka mula nak belajar sesuatu dan peka kepada
   fenomena alam; bersedia dengan mental, fizikal dan emosi. Contoh penguasaan
   kemahiran seperti berikut:
   •   Mengetahui susunan sistematik langkah kaedah sainstifik.
   •   Mengakui limitasi diri.
   •   Menunjukkan sikap akur kepada kehendak etika kumpulan.
   .
3. Gerak balas Terbimbing (Guided Response)
   Tahap awal mempelajari kemahiran yang kompleks. Mereka belajar melalui
   peniruan, secara cuba jaya atau mengikut ketepatan kriteria. Ketepatan kebolehan
   boleh ditingkatkan melalui latihan. Contoh
   •   Menunjukkan persamaan matematik di papan hitam
   •   Mendemonmtrasikan cara membuat rawatan pertolongan kepada mangsa.
   •   Menentukan masa terbaik memindahkan pokok bunga hiasan.
   •   Menyelesaikan persamaan matematik seperti yang ditunjukkan.
   •   Mengikut arahan membina model
   •   Memahami isyarat tangan jurulatih ketika belajar memandu forklif.


4. Mekanisme (Mechanism)


                                                                                 6
Merupakan tahap pertengahan dalam pembelajaran kemahiran yang kompleks.
   Semua Gerak balas dah mula menjadi habit. Beberapa pergerakkan yang dibuat
   dengan yakin dan mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki. Mereka berlatih,
   ulang belajar apabila sesuatu kemahiran itu perlu.. Contoh kemahiran pada tahap
   ini seperti berikut:
   •   Menaip nota menggunkan komputer peribadi.
   •   Membaiki sinki yang bocor.
   •   Memandu kereta.
   •   Menulis dengan lancar dan kemas.
   •   Memperlihatkan kecekapan dalam kemahiran hubungan manusia.


5. Gerak balas Kompleks Terbuka (Complex Overt Response)
   Melibatkan pelbagai bentuk pergerakkan. Boleh melakukan kemahiran yang rumit
   tanpa mengambil masa yang panjang untuk berfikir. Tak perlu menyemak kerana
   yakin pasti berjaya melakukan gerak balas yang betul. Perlakuan adalah
   automatik. Indikatornya ialah kederasan, ketepatan, dan menggunakan tenaga
   yang minimum. Contoh kemahiran dalam tahap ini seperti berikut:
   •   Menggunakan mesin kira dengan cepat dan tepat.
   •   Membuat penilaian dan rawatan kepada individu yang perlukan therapi.
   •   Menunjukkan cara mengambil nota.
   •   Mempamerkan kebolehan bermain violin.


6. Penyesuaian (Adaptation)
   Meminda bentuk pergerakkan mengikut keperluan dan situasi yang spesifik.
   Kemahiran telah terbina sempurna; di amana individu boleh boleh pinda ubah
   bentuk pergerakkan mengikut keperluan tertentu atau menyelesaikan masalah
   mengikut situasi. Cohoh kemahiran seperti berikut:
   •   Mengkaitkan sumber sejarah purba mengikut zaman dan masyarakat pada
       masa itu.
   •   Mengubah pinda program dan rawatan mengikut keperluan pelanggan.
   •   Bertindak balas kepada sesuatu berdasarkan pengalaman lalu.
   •   Kebolehan berkomunikasi mengikut situasi dan keperluan audien.



                                                                                7
7. Keaslian (Origination)
   Kebolehan mencipta benntuk pergerakkan baru untuk disesuaikan dengan situasi
   tertentu atau mengikut proses yang spesifik. Semua gerakan hebat, terbaru, tulen
   dan kreatif. Mereka mampu merekacipta cara terbaru bagi memanupulasi bahan
   mengikut kefahaman dan kebolehan kemahiran diri sendiri.
   •   Kepetahan berpidato dengan gaya tersendiri dan memukaukan penonton.
   •   Mengubah lirik dan lagu dalam muzik dengan ilham sendiri.
   •   Menghasilkan teori pemikiran baru dan dikagumi oleh orang ramai.
   •   Menyediakan pelan rawatan pesakit yang komprehensif.


Pemikiran Beaudry, M.et.al., (1999) menyusun semula tahap kemahiran psikomotor
Simpson, E.J. (1972) menjadi lapan (8) tahap seperti brikut:


1. Persepsi (perception); peka kepada objek, kualiti atau hubungan, dapat membeza
   tanda yang berkait atau tidak.
2. Memetakan mental (Cognitive Mapping); mengetahui keperluan tugasan lalu
   merangka keperlua strategi pergerakkan.
3. Bersedia (set); berdsarkan pengalaman lepas.
4. Gerakbalas Terbimbing (Guided Response); sedang berlatih, mencuba, ada kala
   membuat silap tetapi terus berlatih dengan bimbingan model, bahan manual atau
   kiu verbal.
5. Gabung Gerakbalas (Associative Response); Gerakbalas menjadi habit. Perlukan
   sedikit sahaja pemetaan minda/mental.
6. Gerak balas Kompleks Terbuka (Complex Overt Response); melakukan tindakan
   dengan kemahiran yang tinggi meyakikan.
7. Penyesuaian (Adaptation); menukar tindakan, sesuai dengan situasi baru atau
   persekitaran.
8. Keaslian (Origination); menghasilkan tindakan sendiri yang asli.


Model Fitts dan Posner (1972) pula membahagikan tahap penguasai kemahiran
kepada tiga (3) tahap. Tahap kemahiran itu adalah seperti berikut:


1. Tahap Kognitif


                                                                                 8
Merupakan tahap yang baru dan awal. Operasi mental merupakan asas
    pergerakkan neuro. Individu cuba memahami apa yang perlu dibuat. Proses
    verbal kognitif mendahului apa-apa tindakan. Mereka mula belajar bahagian demi
    bahagian kemahiran.


2. Tahap Associative
   Individu mula tahu cara menjalankan praktikal yang lebih efektif. Mereka mula
   membuat    penyesuaian     atau   pindaan.    Pergerakkan   atau   tindakan   lebih
   memfokuskan kepada cara meningkatkan prestasi kemahiran lalu mereka akan
   cuba menghubungkan bahagian tertentu dalam kemahiran agar matlamat tercapai.
   Oleh yang demikian mereka akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga
   mencapai kriteria penguasaan kemahiran tahap tinggi.


3. Tahap Automonus
   Pada tahap ini, individu telah menguasai tahap kemahiran tertinggi tanpa sebarang
   masalah. Malah mereka boleh dan mampu menyelesaikan dengan menggunakan
   kemahiran secara automatik. Mereka juga terus berusaha secara ekstensif agar
   prestasi kemahiran akan terus tekal seolah - olah segala kemahiran itu 'hidup'.


Satu lagi domain pembelajaran psikomotor (Dave's, R.H., 1970) yang agak sama
dengan Moore, D.Kenneth (1989) tetapi domain ini diluaskan lagi kepada lima (5)
tahap. Tahap penguasaan kemahiran adalah seperti berikut


1. Peniruan (Imitation)
   Mengulangi apa yang dilihat atau mendapat penerangan daripada pihak kedua.
   Mereka mencuba gerak balas yang sama seperti yang dilihat. Kesilapan dan
   kesalahan sering berlaku sehingga mereka berjaya membuat yang gerak balas
   yang serupa. Contoh meniru hasil karya seni


2. Manipulasi (Manipulation)
   Mereka berlatih urutan dalam sesuatu kemahiran sehingga menjadi habit. Pada
   tahap ini mereka mula cekap dan yakin dengan apa yang dilakukan. Namun begitu
   mereka masih belum mampu kawal diri. Contohnya menghasilkan produk setelah
   merujuk buku atau menghadiri kursus atau kelas tuisyen.
                                                                                     9
3. Penghalusan (Precision)
   Pada tahap ini, prestasi tindakan atau pergerakkan akan diperhalusi lagi dari segi
   kecepatan, kesempurnaan dan ketepatan. Perbuatan ini dilakukan dengan sedikit
   usaha sahaja tanpa sebarang tekanan dari mana pihak. Hasil kerja menjadi lebih
   kemas. Kesilapan kurang dan mula mencapai kriteria tahap terbaik.


4. Artikulasi (Articulation)
   Pada tahap ini proses pemindahan pembelajaran telah berjaya. Kebolehan atau
   kemahiran telah dimilki. Cuma mereka akan mengawal bentuk-bentuk
   pergerakkan dalam mana-mana kemahiran yang telah dikuasai itu mengikut
   situasi masalah dan memenuhi keperluan. Siri pergerakkan yang dilakukan
   konsisten dan harmoni. Contoh merakam video yang mengandungi muzik, warna,
   dan bunyi .


5. Peneutralan (Natruralization)
Dengan kebolehan dan kemahiran mereka mula bergerak balas secara automatik
seolah-olah dah menjadi darah daging. Tindakan yang dihasilkan secara semulajadi
tanpa berfikir. Mereka mula mengumpul pengalaman, mencipta pergerakan yang
terbaru dan berpotensi serta mampu memanipulasikan bahan


Mengikut Harrow's, Anita (1972),         terdapat 6 tahap menguasai kemahiran
psikomotor. Tahap-tahap itu ialah
1. Pergerakan Reflek; REAKSI di mana individu boleh bergerak balas kepada bunyi
   bising.
2. Pergerakan Asas; ASAS di mana berupaya merangkak dengan tangan dan lutut.
3. Kemampuan membuat persepsi, SR di mana berupaya berjalan dengan betul.
4. Kemampuan fizikal; STAMINA di mana boleh menangkap bola yang dipukul.
5. Pergerakan yang berkemahiran, LANJUTAN, di mana boleh tunjukkan tarian
   yang rutin.
6. Gabungan semua aspek komunikasi (No Discursive Communication); BAHASA
   BADAN EFEKTIF; di mana individu boleh berlakon satu pentomin.




                                                                                  10
Singer (1972)        menghuraikan domain psikomotor mengikut kemampuan motor
(motor abilities), ciri-ciri afektif dan kemampuan kognitif . Domain psikomotor
terbahagi kepada tiga komponen seperti berikut:
        •      Kemahiran motor (motor abilities)
               Kemahiran halus (Fine Skills) seperti bertenun, bermain piano yang
               memerlukan koordinasi tangan dan mata, kemahiran biasa (Manual skills)
               Mnipulasi mata, lengan dan tangan      dan berulang menggunakan alat,
               bahan atau objek. Kemahiran keseluruhan (Gross Skills) melibatkan
               sebahagian besar otot dan pergerakan tubuh.
        •      Tugasan fizikal (Physical Tasks).
               Kecergasan fizikal kombinasi aktiviti kognitif dan pergerakan tubuh dan
               kenahiran refleks (nonvolitional)
        •      Tingkahlaku persepsi motor (Perceptual-Motor Behavior)


Implikasi kepada pengajaran


Kefahaman tentang tahap-tahap pembelajaran kemahiran motor ini dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran.


•   Cara gaya pengajaran praktikal mestilah disesuaikan mengikut tahap kemahiran
    pelajar.
•   Kaedah demontrasi disyorkan sebagai saluran pilihan menyampaikan maklumat
    bagi menguasai bahagian demi bahagian dalam suatu kemahiran.
•   Pembelajaran secara praktikal lebih baik daripada secara teoritikal kerana
    perubahan tindakan dalam kemahiran mengikut tahap demi tahap. Unsur
    peneguhan dan dorongan boleh diamalkan secara langsung atau setelah tamat sesi
    praktikal tersebut.
•   Pengurusan masa amat penting. Walaupun masa dapat diurus dengan jaya tetapi
    ianya seharus disokong oleh penguasaan kualiti masa.
•   Memerlukan jurulatih atau fasilatator dalam pengajaran.
•   Proses penyeliaan dan maklumbalas penting. Maklumbalas mengenai teknik atau
    kaedah dan produk.



                                                                                   11
•   Kepentingan perancangan adalah kunci kejayaan pengajaran di makmal/bengkel.
    Melalui perancangan akan membantu guru tahu apa yang dilakukan oleh pelajar
    dan perjalanan kerja mencapai objektif.
•   Utamakan Keselamatan di makmal/bengkel : menunjukkan teladan yang baik,
    patuh   kepada    peraturan,    mengetahui   tahap   kemampuan    pelajar     untuk
    menunjukkan      kebolehan     atau   menyempurnakan    kerja   dengan      selamat,
    menyediakan garis panduan keselamatan supaya dapat mengelakkan kecuaian,
    amalan penyelenggaraan jentera, alatan dan bahan yang tersimpan di tempat yang
    selamat dan boleh digunakan, menentukan semua peralatan bahan boleh dan
    selamat digunakan, mengurus bahan mengikut arahan lebel sama ada digunakan
    atau simpan serta musnah.


Strategi


Strategi pengajaran mestilah mengambilkira perkara berikut:


•   Aspek kognitif merupakan sebahagian kemahiran motor.
•   Matlamat akhir kemahiran itu menjadi automatik
•   Pembelajaran mesti ada prosedur dan ikut langkah demi langkah.
•   Memahami bahawa aktiviti rutin akan membawa kepada pergerakkan automatik.
•   Menyedari bahawa urutan gerakbalas juga akan bertambah mengikut pertambahan
    masa.
•   Kekuatan dalaman individu merupakan kuasa utama memantau prestasi.
•   Sumber luar diri atau persekitaran akan menentukan kemahiran yang betul.
•   Kesempatan memberi maklum balas atau komen
    •   Open Loop skill; komen setelah selesai praktikal.
    •   Closed Loop Skill; komen ketika kemahiran ditunjukkan.
•   Pamerkan pergerakkan yang betul dan tepat supaya proses perolehan kemahiran
    benar memenuhi kriteria kemahiran yang hendak dikuasai.
•   Pelajar yang telah mencapai tahap kriteria kemahiran terbaik boleh dilantik
    sebagai penyemak.
•   Elakkan amalan melabel pelajar kerana prestasi mereka lemah.
•   Komen dan bimbingan berfokus kepada penyelesaian masalah.

                                                                                     12
•   Teruskan memberi dorongan dan peneguhan.
•   Menggerakan pelajar berprestasi lemah supaya terus berusaha mencapai kriteria
    terbaik kemahiran.


Masalah Pembelajaran kemahiran/ motor/ psikomotor/ sensory - motor/
perceptual - motor/movement behavior.
1. Stamina
2. Ketepatan
3. Halaju/kederasan
4. Kebiasaan/habit
5. Penmaship


Penilaian Hasil Pembelajaran Psikomotor


1. Melalui Mastering Learning
    Melalui tahap demi tahap"mastery" untuk mendapat kemahiran sempurna.
    Terdapat empat (4) pendekatan bagaimana menilai pembelajaran psikomotor.
    •   Skala berkadar; kriteria menentukan skor, bandingkan hasil dengan kriteria,
        skor diberitahu semasa menyiapkan projek.
    •   Senarai semak/ujian kebolehan; pelajar beritahu bersedia diuji, ujian formal
        atau tak formal, melengkap proses dalam kemahiran yang nak diuji.
    •   Penulisan;   membuat    eksperimen,    menulis    keputusan,   pemerhatian,
        kesimpulan, gred mengikut keperluan komponen laporan.
    •   Ujian kecerdasan.


2. Kesan pemindahan pembelajaran (Ibrahim Mamat, 1996)
    •   Positif
        Kesan ini menyatakan bahawa pembelajaran yang berlaku di sesuatu tempat
        akan memudahkan pembelajaran di tempat lain. Mempelajari sesuatu tugas,
        misalnya mempelajari Tugas 1 akan memudahkan pembelajaran Tugas 2.
        Contoh seorang setiausaha yang sudah mahir menaip dengan menggunakan
        mesin taip akan mudah belajar menaip dengan menggunakan komputer.



                                                                                 13
Kemahiran menaip dengan mesin taip dan menaip dengan komputer adalah
       saling membantu dan serasi.


   •   Negatif
       Kesan ini wujud apabila sesorang telah mempelajari sesuatu yang boleh
       menyukarkannya mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru. Misalnya
       seorang pemain badminton selalu mengalami kesukaran untuk mempelajari
       permainan tenis. Kesukaran ini berlaku kerana teknik pikulan bulu tangkis
       berbeza dan bertentangan dengan cara memukul bola tenis. Untuk
       memahirkan pukulan bola tenis, pemain terpaksa terlebih dahulu mencairkan
       kemahiran ayunan pukulan bulu tangkis. Mereka terpaksa melupakan
       kemahiran lama sebelum mempelajari kemahiran baru. Proses melupkan
       kemahiran lama untuk membolehkan penguasaan kemahiran baru dianggap
       sebagai kesan pemindahan negatif kerana ia menyukarkan penguasan
       kemahiran baru.


   •   Zero/neutral
       Pengalaman lalu yang dimiliki tidak memberi sebarang kesan kepada apa yang
       akan dipelajarinya. Contoh pengalaman memancing yang dimiliki tidak
       mempengaruhi kebolehannya untuk belajar berenang.


Rujukan


1. Moore, D.Kenneth      (1989), Classroom Teaching Skills: A Primer, Rrandom
   House, New York.
2. Guilford, J.P. (1950), Creativity, American Psychologist, 5, 444-454.
3. Guilford, J.P. (1967), The nature of Human Intelligence. McGraw-Hill, New
   York.
4. Schmidt, R.A. (1982), Motor Control and Learning: A Behavioral Emphasis.
   Human Kinetics, Champaign.
5. Simpson, E.J. (1972). The Classification of Educational of Objective in the
   Psychomotor domain. The Psychomotor Domain, Gryphorn House, Washington
   D.C.


                                                                              14
6. Goldberger, Michel, Moyer dan Steve (1982). A Schema For Classifying
   Educational Objectives In The Psychomotor Domain, Quest, 34(2), 134 - 142.
7. Ibrahim Mamat (1996). Reka Bentuk Dan pengurusan Latihan: Konsep dan
   Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
8. Singer, Robert.N. (1975). Motor Learning and Human Performance: An
   Application To Physcal Education Skills. 2nd Edition. Macmillan Publishing Co.
   Inc., New York.
9. Harrow, Anita.J. (1971). A Taxonomy of the Psychomotor Domain, David
   McKay Co. Inc., New York.
10. Fitts, Paul.M. dan Posner, Michael (1967), Human Performance, Brooks/Cole
   Publishing Co, Belmont California.
11. Cratty, Bryant J. (1966). A Three-Factor Lever Theory of Perceptual-Motor
   Behavior, Quest, 6:3-10.
12. Adam, Jack A. (1968). Respone Feedback and Learning, Psychological Bulletin,
   70:486-504.
13. _____________. (1971). A Closed-Loop Theory of Motor Behavior, Journal of
   Motor Behavior, 3:111-149.
14. Gentile, A.M. (1972). A Working model of Skill Acquisition with Application to
   Teaching, Quest, 17:3-23.




                                                                                15

More Related Content

What's hot

Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularDaya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularIris Ma
 
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanAmin Upsi
 
1.7 kaedah latihan
1.7 kaedah latihan 1.7 kaedah latihan
1.7 kaedah latihan Amirul Ezuan
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukanSing Lin Tiong
 
Koordinasi dan ,kuasa
Koordinasi dan ,kuasaKoordinasi dan ,kuasa
Koordinasi dan ,kuasaZul Apen
 
Kaedah Latihan Litar
Kaedah Latihan Litar Kaedah Latihan Litar
Kaedah Latihan Litar cg.Teha Amran
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4Mohamad Ihtifazuddin
 
Sains Sukan-Kesepaduan pasukan
Sains Sukan-Kesepaduan pasukanSains Sukan-Kesepaduan pasukan
Sains Sukan-Kesepaduan pasukanumishahirah
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Presley Marcel
 
Daya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPPDaya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPPShaiful Izham
 
Tajuk 7 ( kinesiologi & lakuan motor ) stpm
Tajuk 7 ( kinesiologi & lakuan motor ) stpmTajuk 7 ( kinesiologi & lakuan motor ) stpm
Tajuk 7 ( kinesiologi & lakuan motor ) stpmAtikahYsf
 

What's hot (20)

Komposisi tubuh badan
Komposisi tubuh badanKomposisi tubuh badan
Komposisi tubuh badan
 
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularDaya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskular
 
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
 
5.7 tumpuan
5.7 tumpuan5.7 tumpuan
5.7 tumpuan
 
Prinsip-Prinsip Latihan
Prinsip-Prinsip LatihanPrinsip-Prinsip Latihan
Prinsip-Prinsip Latihan
 
1.7 kaedah latihan
1.7 kaedah latihan 1.7 kaedah latihan
1.7 kaedah latihan
 
3 kaedah-latihan-fizikal
3 kaedah-latihan-fizikal3 kaedah-latihan-fizikal
3 kaedah-latihan-fizikal
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan
 
Koordinasi dan ,kuasa
Koordinasi dan ,kuasaKoordinasi dan ,kuasa
Koordinasi dan ,kuasa
 
Kaedah Latihan Litar
Kaedah Latihan Litar Kaedah Latihan Litar
Kaedah Latihan Litar
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
 
4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik
 
Sains Sukan-Kesepaduan pasukan
Sains Sukan-Kesepaduan pasukanSains Sukan-Kesepaduan pasukan
Sains Sukan-Kesepaduan pasukan
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
 
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-44 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
 
Kaedah latihan suaian fizikal
Kaedah latihan suaian fizikalKaedah latihan suaian fizikal
Kaedah latihan suaian fizikal
 
2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal
 
Daya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPPDaya Tahan Otot - MPP
Daya Tahan Otot - MPP
 
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-44 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
 
Tajuk 7 ( kinesiologi & lakuan motor ) stpm
Tajuk 7 ( kinesiologi & lakuan motor ) stpmTajuk 7 ( kinesiologi & lakuan motor ) stpm
Tajuk 7 ( kinesiologi & lakuan motor ) stpm
 

Similar to PembelajaranKemahiran

Konsep - konsep dasar bidang kajian perilaku motorik
Konsep - konsep dasar bidang kajian perilaku motorikKonsep - konsep dasar bidang kajian perilaku motorik
Konsep - konsep dasar bidang kajian perilaku motoriktopan ir alfian
 
Hbpe 4103 motor learning
Hbpe 4103 motor learningHbpe 4103 motor learning
Hbpe 4103 motor learningmuhammad
 
[Penilaian] penilaian psikomotor.270208
[Penilaian] penilaian psikomotor.270208[Penilaian] penilaian psikomotor.270208
[Penilaian] penilaian psikomotor.270208eli priyatna laidan
 
Pembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifPembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifzikriamri86
 
Sepintas Buku Educational Psikologi Anita Wolfork
Sepintas Buku Educational Psikologi Anita WolforkSepintas Buku Educational Psikologi Anita Wolfork
Sepintas Buku Educational Psikologi Anita WolforkZaim Wahid
 
Tugas kelompok 10 motorik
Tugas kelompok 10 motorikTugas kelompok 10 motorik
Tugas kelompok 10 motorikporja_b
 
Karakteristik Psikomotorik Peserta Didik
Karakteristik Psikomotorik Peserta DidikKarakteristik Psikomotorik Peserta Didik
Karakteristik Psikomotorik Peserta DidikNoenu Nurjanna
 
Tugas 3 developing interpersonal skills a micro skills approach 4520210022 Ke...
Tugas 3 developing interpersonal skills a micro skills approach 4520210022 Ke...Tugas 3 developing interpersonal skills a micro skills approach 4520210022 Ke...
Tugas 3 developing interpersonal skills a micro skills approach 4520210022 Ke...Kevin Feriansyah Wibowo
 
Percept. mtr draft 2
Percept. mtr draft 2Percept. mtr draft 2
Percept. mtr draft 2dwi soviarni
 
Perkembangan Fisik Motorik untuk AUD.pptx
Perkembangan Fisik Motorik untuk AUD.pptxPerkembangan Fisik Motorik untuk AUD.pptx
Perkembangan Fisik Motorik untuk AUD.pptxJimatul Arrobi
 
Ranah keterampilan psikomotor (edited)
Ranah keterampilan psikomotor (edited)Ranah keterampilan psikomotor (edited)
Ranah keterampilan psikomotor (edited)Sukiman Fitk
 
Developing Interpersonal Skills- Interpersonal Skill- Tasya Ilmelia Sabarwati...
Developing Interpersonal Skills- Interpersonal Skill- Tasya Ilmelia Sabarwati...Developing Interpersonal Skills- Interpersonal Skill- Tasya Ilmelia Sabarwati...
Developing Interpersonal Skills- Interpersonal Skill- Tasya Ilmelia Sabarwati...Tasyailmelia
 
Teori hasil belajar Menurut Para Ahli
Teori hasil belajar Menurut Para AhliTeori hasil belajar Menurut Para Ahli
Teori hasil belajar Menurut Para AhliIslamuddin Syam
 
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-5
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-559770009 makalah-pendidikan-jasmani-5
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-5ery cell
 
Tugas 3_Interpersonal Skill B_4520210017_Jessica Marta Ulina
Tugas 3_Interpersonal Skill B_4520210017_Jessica Marta UlinaTugas 3_Interpersonal Skill B_4520210017_Jessica Marta Ulina
Tugas 3_Interpersonal Skill B_4520210017_Jessica Marta Ulinajessicamrt24
 
Gangguan motorik dan perseptual
Gangguan motorik dan perseptualGangguan motorik dan perseptual
Gangguan motorik dan perseptualAfra Balqis
 

Similar to PembelajaranKemahiran (20)

Konsep - konsep dasar bidang kajian perilaku motorik
Konsep - konsep dasar bidang kajian perilaku motorikKonsep - konsep dasar bidang kajian perilaku motorik
Konsep - konsep dasar bidang kajian perilaku motorik
 
Hbpe 4103 motor learning
Hbpe 4103 motor learningHbpe 4103 motor learning
Hbpe 4103 motor learning
 
[Penilaian] penilaian psikomotor.270208
[Penilaian] penilaian psikomotor.270208[Penilaian] penilaian psikomotor.270208
[Penilaian] penilaian psikomotor.270208
 
Makalah 6
Makalah 6Makalah 6
Makalah 6
 
Makalah robert gagne
Makalah robert gagneMakalah robert gagne
Makalah robert gagne
 
Pembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifPembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitif
 
Sepintas Buku Educational Psikologi Anita Wolfork
Sepintas Buku Educational Psikologi Anita WolforkSepintas Buku Educational Psikologi Anita Wolfork
Sepintas Buku Educational Psikologi Anita Wolfork
 
Tugas kelompok 10 motorik
Tugas kelompok 10 motorikTugas kelompok 10 motorik
Tugas kelompok 10 motorik
 
Karakteristik Psikomotorik Peserta Didik
Karakteristik Psikomotorik Peserta DidikKarakteristik Psikomotorik Peserta Didik
Karakteristik Psikomotorik Peserta Didik
 
Tugas 3 developing interpersonal skills a micro skills approach 4520210022 Ke...
Tugas 3 developing interpersonal skills a micro skills approach 4520210022 Ke...Tugas 3 developing interpersonal skills a micro skills approach 4520210022 Ke...
Tugas 3 developing interpersonal skills a micro skills approach 4520210022 Ke...
 
Percept. mtr draft 2
Percept. mtr draft 2Percept. mtr draft 2
Percept. mtr draft 2
 
Perkembangan Fisik Motorik untuk AUD.pptx
Perkembangan Fisik Motorik untuk AUD.pptxPerkembangan Fisik Motorik untuk AUD.pptx
Perkembangan Fisik Motorik untuk AUD.pptx
 
Ranah keterampilan psikomotor (edited)
Ranah keterampilan psikomotor (edited)Ranah keterampilan psikomotor (edited)
Ranah keterampilan psikomotor (edited)
 
Developing Interpersonal Skills- Interpersonal Skill- Tasya Ilmelia Sabarwati...
Developing Interpersonal Skills- Interpersonal Skill- Tasya Ilmelia Sabarwati...Developing Interpersonal Skills- Interpersonal Skill- Tasya Ilmelia Sabarwati...
Developing Interpersonal Skills- Interpersonal Skill- Tasya Ilmelia Sabarwati...
 
Teori Belajar dalam Training
Teori Belajar dalam TrainingTeori Belajar dalam Training
Teori Belajar dalam Training
 
Teori hasil belajar Menurut Para Ahli
Teori hasil belajar Menurut Para AhliTeori hasil belajar Menurut Para Ahli
Teori hasil belajar Menurut Para Ahli
 
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-5
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-559770009 makalah-pendidikan-jasmani-5
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-5
 
BAB 8 MAKIN.pptx
BAB 8 MAKIN.pptxBAB 8 MAKIN.pptx
BAB 8 MAKIN.pptx
 
Tugas 3_Interpersonal Skill B_4520210017_Jessica Marta Ulina
Tugas 3_Interpersonal Skill B_4520210017_Jessica Marta UlinaTugas 3_Interpersonal Skill B_4520210017_Jessica Marta Ulina
Tugas 3_Interpersonal Skill B_4520210017_Jessica Marta Ulina
 
Gangguan motorik dan perseptual
Gangguan motorik dan perseptualGangguan motorik dan perseptual
Gangguan motorik dan perseptual
 

PembelajaranKemahiran

  • 1. Pembelajaran Kemahiran atau Pembelajaran Motor atau Pembelajaran psikomotor. Skills Learning, Motor Learning, Psychomotor Learning, Sensory Motor Learning, Perceptual - Motor Learning, Movement Behavor Learning Pembelajaran adalah bertujuan untuk memperolehi kemahiran, pengetahuan dan membentuk sikap. Pembelajaran Kemahiran melibatkan proses dalam saraf deria dan proses motor. Pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperolehi maklumat, menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu. Cara untuk mencapai tujuan ini memerlukan kemahiran prosedur (Merrieuboer, ) juga dikenali sebagai kemahiran deklaratif. Kemahiran prosedur dan deklaratif juga dikenali sebagai kemahiran motor (Movement Skill). Pandangan ini berasaskan kepada kemahiran melihat apa yang perlu dilakukan dan akan laksanakan. Sebagai contoh kes mendiagnosis dan merawat pesakit. Pegawai Perubatan perlu kemahiran persepsi untuk mengesan simpton atau masalah kesihatan pesakit; kemudian dengan menggunakan kemahiran motor, doktor cuba merawat pesakit. Oleh itu pembelajaran kemahiran memerlukan penggunaan persepsi mental sebelum bertindak. Contoh aktiviti yang memrlukan pembelajaran kemahiran seperti mengambilgambar foto, bermain alat muzik, menggunakan komputer peribadi, memasukkan benang ke dalam jarum dan memanjat tangga. Pembelajaran kemahiran adalah aktiviti kognitif yang melibatkan banyak perkara dalam satu masa (White dan Gunstone, 1992). Pembelajaran kemahiran juga dikatakan sebagai proses (Hall, 1995; Barr, 1994; Helgeson, 1994; Roth dan Roychoudhury, 1993; Millar, 1991; Selley, 1989). Membuat hipotesis dan pemerhatian (Hall, 1995; Barr, 1994; Helgeson, 1994; Roth dan Roychoudhury, 1993) merupakan dua contoh kemahiran. Dalam proses pembelajaran ini juga melibatkan prosedur dan aktiviti. Aktiviti penyiasatan (Miller dan Driver, 1987) juga salah satu proses dalam pembelajaran kemahiran; juga dikenali sebagai teknik inkuari. Terdapat lima proses penyiasatan iaitu pertama membuat hipotesis; kedua meramal; ketiga memerhati, keepat merekod dan kelima menyimpul. Pelajar sendiri akan membuat keputusan. Dikatakan bahawa keputusan pelajar membuat sesuatu lebih penting daripada membuat sesuatu. Situasi inilah dikatakan sebagai jantung pembelajaran kemahiran. Pembelajaran kemahiran juga merupakan proses pemahaman pelbagai pandangan. 1
  • 2. Semenjak tahun 1960an kajian berkaitan pembelajaran motor telah berkembangan melalui gabungan penyelidikan, pengetahuan, aplikasi dan penyampaian ilmu dalam bidang tingkah laku motor (Motor Behavior). Setengah berpendapat pembelajaran kemahiran motor ini berasal daripada bidang Sains Biologi yang dipelopori oleh seorang penulis Milani Comparetti melalui teori dan model Mekanistik terhadap fungsi sistem saraf. Buku pertama yang relevan dengan bidang pembangunan motor (Motor Development) ialah Espenschade and Eckerts. Pengetahuan ini telah berkembang kepada lain-alain disiplin ilmu seperti Terapi Fizikal dan Tingkahlaku Motor Dewasa (Aldult Motor Behavior) Dalam Teori Kecerdasan Pelbagai (MI) oleh Howard Gardiner mencadangkan bahawa kemampuan yang berbeza boleh dibina secara berasingan. Tahap kemahiran yang dikuasai oleh individu sukar disahkan. Ada kemahiran yang dikuasai secara automatik atau bertukar ganti dengan kkemahiran yang lain. Latihan merupakan satu cara memperolehi kemahiran; di mana latihan ini perlu dipimpin dan diselia supaya pengukuhan dan motivasi berterusan dan berkekalan. Pembelajaran psikomotor berfokus kepada kemampuan fizikal dan penguasaan kemahiran. Domain ini boleh ditinjau dalam pendidikan vokasional, pendidikan jasmani, pendidikan seni dan pendidikan muzik. Goldberger, et.al., (1982) menghuraikan hierarki pergerakan manusia dan kemampuan manusia dalam pembelajaran psikomotor serta mengulas Model Mosston's Three - Dimensional dan Model of Development Movement. Kemp, Morrison dan Ross (1998) merujuk pembelajaran psikomotor kepada penggunaan kemahiran dan koordinasi otot sebagai aktiviti fizikal seperti pergerakkan, memanipulasi dan mengkonstruk. Antara contoh yang terdapat dalam kemahiran dalam pembelajaran psikomotor ialah pergerakan tubuh; bercakap; koordinasi halus otot dan komunikasi non-verbal. Pembelajaran psikomotor dilihat melalui kemahiran fizikal iaitu bagaimana keupayaan mengkoordinasikan pergerakkan dari segi kekuatan atau kederasan. Tindakan ini menampakkan kemahiran yang tinggi. Contoh penari dan seorang atlit. Menurut Model Pembangunan Kemahiran (Model Development Skill) oleh Dave (1975) dan Reynolds (1965) ada menyimpulkan bahawa pembelajaran psikomotor 2
  • 3. melibatkan pergerakkan fizikal (motor) dan mental (Psiko). Oleh itu domain psikomotor terdiri daripada 3 aktiviti iaitu; • Objek : menaip, berbasikal, bermain tenis, mengendalikan mesin. • Bahasa : menulis, membaca, trengkas, belajar bahasa asing. • Perasaan : bermain alat-alat muzik, berlakon, menari dan melukis Mengikut pandangan seorang lagi pengkaji iaitu Romiszowski mengatakan terdapat lima (5) tahap perkembangan kemhiran. Tahap itu adalah seperti berikut: 1. Kepekaan persepsi; apa, kenapa, bagaimana sesuaru perkara seperti di atas. 2. Mengalikasikan perkara yang diketahui betul. Tunjukkan sama lengkap 3. Prestasinya yang menglankau, langkah demi langkau 4. Tumpukan kepada mutu kemhairan atau secara automatik. 5. Aktiviti Varieti; aktiviti yang kreatif . Terdapat empat (4) tahap cara penguasaan kemahiran. Tahap 4 ialah penyesuaian (adaptation) merupakan kemahiran yang dikuasi amat sempurna. Tahap 3 pula pada peringkat berlatih (trainning) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari penyelarasan antara bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap 2 ialah peniruan (imitation). Kemahiran mengikut dan cuba meniru apa yang dilakukan oleh orang lain dengan bimbingan. Hanya sebahagian sahaja daripada urutan kemahiran yang dibuat. Itupun mengikut mood tanpa mengikut susunan yang sistematik. Manakala tahap paling asas sekali iaitu tahap 1 ialah memerhati (perception); belajar kemahiran dengan melihat individu lain yang berpengalaman. Ada juga pengalaman kemahiran ditimba dengan membaca buku atau merujuk video. Menurut Moore, D.Kenneth. (1989), semua profesion mempunyai kemahiran tersendiri dan sentiasa berusaha meningkatkan ke tahap yang lebih pakar. Namun begitu tiada satu profesion pun yang boleh mengakui bahawa pihaknya telah tamat dan sempurna berjaya menjadi pakar dalam kemahirannya. Oleh itu semua pihak akan terus belajar dan berlatih bagi meningkatkan kecekapan. Pihak profesional umunnya, tidak puas akan kepakaran yang mereka miliki lalu sentiasa beriktiar bagi mempertajamkan kemahiran mereka. 3
  • 4. Pembelajaran psikomotor mengikut Moore, D.Kenneth. (1989), merupakan pemerolehan ilmu pengetahuan bermula daripada kemahiran asas sehingga menguasai tahap kemahiran yang kompleks. Terdapat tiga (3) tahap iaitu;  Peniruan (Imitation): mempeolehan kemahiran asas dengan petunjuk dan penyeliaan.  Manipulasi (Manipulation): pamerkan kemahiran secara bersedirian  Penghalusan (Precision): pamerkan kemahiran dengan lebih tepat lagi. Peniruan (Imitation) Individu mempamerkan kemahiran asasnya dengan penyeliaan dan berpandukan kepada garis panduan. Individu cuba meniru apa yang dilihatnya. Contoh kemahiran ialah guna, ikut, tukar, cuci. Manipulasi (Manipulation) Keupayaan individu menunjukan kemahiran secara bersendirian. Kemahiran ini dilakukan secara urutan dengan hanya menggunakan sedikit tenaga sahaja. Contoh kemahiran ialah sambung, ketatkan, reka, buat, lakar, timbang. Penghalusan (Precision) Keupayaan individu menghasilkan pergerakkan yang tepat, berkesan dan harmoni. Dapat melengkapkan koordinasi pemerolehan kemahiran yang kompleks. Contoh kemahiran ialah fokus, ubahsuai, selaras, kalibrasi, bina, konstruk dan manipulasi. Prinsip Teori Struktur Intelek oleh J.P.Guilford Bagi Guiford, J.P. (1967), pembelajaran motor lebih kepada gabungan latihan dan pengalaman. Kedua-dua elemen ini akan membawa pemindahan pembelajaran secara relatifnya kekal dalam bentuk pergerakkan (movement) dan kecedasan. Beliau meninjau kemahiran motor dalam tiga aspek iaitu operasi (operations), kandungan (contents) dan produ (product). Oleh itu J.P. Guilford (1950) lebih cenderung mengkaitkan pembelajaran kemahiran itu dengan kreativiti Baginya pembelajaran motor berdasarkan prinsip seperti berikut: 4
  • 5. 1. Kemahiran penyelesaian masalah dan mencari Sebab (Reasoning and problem-solving skills) 2. Operasi ingatan (memory operations) 3. Kemahiran membuat keputusan (Decision making skills) 4. Kemahiran berbahasa (Language related skills) Mengikut pendapat pendapat Schmidt, R.A. (1982), pembelajaran motor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakkan yang kekal. Pembelajaran telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge performance) dan pencapaian keputusan (knowledge result). Tahap pembelajaran dibahagikan kepada lima (5) peringkat. Pertama pencapaian ketika praktikal, kedua ialah melalui ingatan jangka pendek dan ketiga juga mellaui ingatan tetapi jangka panjang. Manakala peringkat keempat adalah kemahiran membuat generalisasi dan kelima pula ialah kemahiran membuat pengubahsuaian mengikut keadaan. Pembelajaran motor juga merupakan satu proses tindakan yang bermatlamat menyelesaikan suatu tugasan; di mana memerlukan pergerakkan badan atau otot. Samalah seperti kata-kata hikmat ini. "Beritahu saya sesuatu, mungkin saya lupa; Tunjukkan saya sesuatu saya akan ingat; Biarlah saya buat sendiri, saya mula belajar". Pembelajaran psikomotor boleh dilihat dari dua (2) segi iaitu kebolehan motor (produk) atau proses berubah (proses). Klasifikasi Kemahiran Psikomotor Model Simpson, E.J. (1972) membahagikan pembelajaran psikomotor kepada tujuh (7) tahap penguasaan kemahiran 1. Persepsi (perception) Pelajar peka kepada rangsangan lalu memeberi perhatian. Dia merasakan perlu mempelajari kemahiran berkenaan; baginya tanggapan kemahiran itu bermakna padanya. Keadaan ini menunjukkan kemampuan deria memandu aktiviti. Motor 5
  • 6. dirangsang oleh deria lalu membuat pilihan berakhir dengan menterjemahkannya. Contoh kemahiran adalah sepeerti berikut. • Mengenalpasti jangkamasa sejarah menerusi kesan bunyi. • Mengesan kiu komunikasi non - verbal. • Mengkaitkan rasa makanan dengan keperluan perasa. • Menjangka cara menangkap bola daripada balingan pitcher • Menentukan bola ke lokasi yang betul apabila membaling. • Mengubahsuai api dapur gas supaya suhu betul mengikut bau dan rasa masakan. • Mengubahsuai ketinggian jeracak forklif dengan membanding aras jeracak dengan pallet 2. Bersedia (set) Mengandungi unsur motivasi. Mereka mula nak belajar sesuatu dan peka kepada fenomena alam; bersedia dengan mental, fizikal dan emosi. Contoh penguasaan kemahiran seperti berikut: • Mengetahui susunan sistematik langkah kaedah sainstifik. • Mengakui limitasi diri. • Menunjukkan sikap akur kepada kehendak etika kumpulan. . 3. Gerak balas Terbimbing (Guided Response) Tahap awal mempelajari kemahiran yang kompleks. Mereka belajar melalui peniruan, secara cuba jaya atau mengikut ketepatan kriteria. Ketepatan kebolehan boleh ditingkatkan melalui latihan. Contoh • Menunjukkan persamaan matematik di papan hitam • Mendemonmtrasikan cara membuat rawatan pertolongan kepada mangsa. • Menentukan masa terbaik memindahkan pokok bunga hiasan. • Menyelesaikan persamaan matematik seperti yang ditunjukkan. • Mengikut arahan membina model • Memahami isyarat tangan jurulatih ketika belajar memandu forklif. 4. Mekanisme (Mechanism) 6
  • 7. Merupakan tahap pertengahan dalam pembelajaran kemahiran yang kompleks. Semua Gerak balas dah mula menjadi habit. Beberapa pergerakkan yang dibuat dengan yakin dan mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki. Mereka berlatih, ulang belajar apabila sesuatu kemahiran itu perlu.. Contoh kemahiran pada tahap ini seperti berikut: • Menaip nota menggunkan komputer peribadi. • Membaiki sinki yang bocor. • Memandu kereta. • Menulis dengan lancar dan kemas. • Memperlihatkan kecekapan dalam kemahiran hubungan manusia. 5. Gerak balas Kompleks Terbuka (Complex Overt Response) Melibatkan pelbagai bentuk pergerakkan. Boleh melakukan kemahiran yang rumit tanpa mengambil masa yang panjang untuk berfikir. Tak perlu menyemak kerana yakin pasti berjaya melakukan gerak balas yang betul. Perlakuan adalah automatik. Indikatornya ialah kederasan, ketepatan, dan menggunakan tenaga yang minimum. Contoh kemahiran dalam tahap ini seperti berikut: • Menggunakan mesin kira dengan cepat dan tepat. • Membuat penilaian dan rawatan kepada individu yang perlukan therapi. • Menunjukkan cara mengambil nota. • Mempamerkan kebolehan bermain violin. 6. Penyesuaian (Adaptation) Meminda bentuk pergerakkan mengikut keperluan dan situasi yang spesifik. Kemahiran telah terbina sempurna; di amana individu boleh boleh pinda ubah bentuk pergerakkan mengikut keperluan tertentu atau menyelesaikan masalah mengikut situasi. Cohoh kemahiran seperti berikut: • Mengkaitkan sumber sejarah purba mengikut zaman dan masyarakat pada masa itu. • Mengubah pinda program dan rawatan mengikut keperluan pelanggan. • Bertindak balas kepada sesuatu berdasarkan pengalaman lalu. • Kebolehan berkomunikasi mengikut situasi dan keperluan audien. 7
  • 8. 7. Keaslian (Origination) Kebolehan mencipta benntuk pergerakkan baru untuk disesuaikan dengan situasi tertentu atau mengikut proses yang spesifik. Semua gerakan hebat, terbaru, tulen dan kreatif. Mereka mampu merekacipta cara terbaru bagi memanupulasi bahan mengikut kefahaman dan kebolehan kemahiran diri sendiri. • Kepetahan berpidato dengan gaya tersendiri dan memukaukan penonton. • Mengubah lirik dan lagu dalam muzik dengan ilham sendiri. • Menghasilkan teori pemikiran baru dan dikagumi oleh orang ramai. • Menyediakan pelan rawatan pesakit yang komprehensif. Pemikiran Beaudry, M.et.al., (1999) menyusun semula tahap kemahiran psikomotor Simpson, E.J. (1972) menjadi lapan (8) tahap seperti brikut: 1. Persepsi (perception); peka kepada objek, kualiti atau hubungan, dapat membeza tanda yang berkait atau tidak. 2. Memetakan mental (Cognitive Mapping); mengetahui keperluan tugasan lalu merangka keperlua strategi pergerakkan. 3. Bersedia (set); berdsarkan pengalaman lepas. 4. Gerakbalas Terbimbing (Guided Response); sedang berlatih, mencuba, ada kala membuat silap tetapi terus berlatih dengan bimbingan model, bahan manual atau kiu verbal. 5. Gabung Gerakbalas (Associative Response); Gerakbalas menjadi habit. Perlukan sedikit sahaja pemetaan minda/mental. 6. Gerak balas Kompleks Terbuka (Complex Overt Response); melakukan tindakan dengan kemahiran yang tinggi meyakikan. 7. Penyesuaian (Adaptation); menukar tindakan, sesuai dengan situasi baru atau persekitaran. 8. Keaslian (Origination); menghasilkan tindakan sendiri yang asli. Model Fitts dan Posner (1972) pula membahagikan tahap penguasai kemahiran kepada tiga (3) tahap. Tahap kemahiran itu adalah seperti berikut: 1. Tahap Kognitif 8
  • 9. Merupakan tahap yang baru dan awal. Operasi mental merupakan asas pergerakkan neuro. Individu cuba memahami apa yang perlu dibuat. Proses verbal kognitif mendahului apa-apa tindakan. Mereka mula belajar bahagian demi bahagian kemahiran. 2. Tahap Associative Individu mula tahu cara menjalankan praktikal yang lebih efektif. Mereka mula membuat penyesuaian atau pindaan. Pergerakkan atau tindakan lebih memfokuskan kepada cara meningkatkan prestasi kemahiran lalu mereka akan cuba menghubungkan bahagian tertentu dalam kemahiran agar matlamat tercapai. Oleh yang demikian mereka akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kriteria penguasaan kemahiran tahap tinggi. 3. Tahap Automonus Pada tahap ini, individu telah menguasai tahap kemahiran tertinggi tanpa sebarang masalah. Malah mereka boleh dan mampu menyelesaikan dengan menggunakan kemahiran secara automatik. Mereka juga terus berusaha secara ekstensif agar prestasi kemahiran akan terus tekal seolah - olah segala kemahiran itu 'hidup'. Satu lagi domain pembelajaran psikomotor (Dave's, R.H., 1970) yang agak sama dengan Moore, D.Kenneth (1989) tetapi domain ini diluaskan lagi kepada lima (5) tahap. Tahap penguasaan kemahiran adalah seperti berikut 1. Peniruan (Imitation) Mengulangi apa yang dilihat atau mendapat penerangan daripada pihak kedua. Mereka mencuba gerak balas yang sama seperti yang dilihat. Kesilapan dan kesalahan sering berlaku sehingga mereka berjaya membuat yang gerak balas yang serupa. Contoh meniru hasil karya seni 2. Manipulasi (Manipulation) Mereka berlatih urutan dalam sesuatu kemahiran sehingga menjadi habit. Pada tahap ini mereka mula cekap dan yakin dengan apa yang dilakukan. Namun begitu mereka masih belum mampu kawal diri. Contohnya menghasilkan produk setelah merujuk buku atau menghadiri kursus atau kelas tuisyen. 9
  • 10. 3. Penghalusan (Precision) Pada tahap ini, prestasi tindakan atau pergerakkan akan diperhalusi lagi dari segi kecepatan, kesempurnaan dan ketepatan. Perbuatan ini dilakukan dengan sedikit usaha sahaja tanpa sebarang tekanan dari mana pihak. Hasil kerja menjadi lebih kemas. Kesilapan kurang dan mula mencapai kriteria tahap terbaik. 4. Artikulasi (Articulation) Pada tahap ini proses pemindahan pembelajaran telah berjaya. Kebolehan atau kemahiran telah dimilki. Cuma mereka akan mengawal bentuk-bentuk pergerakkan dalam mana-mana kemahiran yang telah dikuasai itu mengikut situasi masalah dan memenuhi keperluan. Siri pergerakkan yang dilakukan konsisten dan harmoni. Contoh merakam video yang mengandungi muzik, warna, dan bunyi . 5. Peneutralan (Natruralization) Dengan kebolehan dan kemahiran mereka mula bergerak balas secara automatik seolah-olah dah menjadi darah daging. Tindakan yang dihasilkan secara semulajadi tanpa berfikir. Mereka mula mengumpul pengalaman, mencipta pergerakan yang terbaru dan berpotensi serta mampu memanipulasikan bahan Mengikut Harrow's, Anita (1972), terdapat 6 tahap menguasai kemahiran psikomotor. Tahap-tahap itu ialah 1. Pergerakan Reflek; REAKSI di mana individu boleh bergerak balas kepada bunyi bising. 2. Pergerakan Asas; ASAS di mana berupaya merangkak dengan tangan dan lutut. 3. Kemampuan membuat persepsi, SR di mana berupaya berjalan dengan betul. 4. Kemampuan fizikal; STAMINA di mana boleh menangkap bola yang dipukul. 5. Pergerakan yang berkemahiran, LANJUTAN, di mana boleh tunjukkan tarian yang rutin. 6. Gabungan semua aspek komunikasi (No Discursive Communication); BAHASA BADAN EFEKTIF; di mana individu boleh berlakon satu pentomin. 10
  • 11. Singer (1972) menghuraikan domain psikomotor mengikut kemampuan motor (motor abilities), ciri-ciri afektif dan kemampuan kognitif . Domain psikomotor terbahagi kepada tiga komponen seperti berikut: • Kemahiran motor (motor abilities) Kemahiran halus (Fine Skills) seperti bertenun, bermain piano yang memerlukan koordinasi tangan dan mata, kemahiran biasa (Manual skills) Mnipulasi mata, lengan dan tangan dan berulang menggunakan alat, bahan atau objek. Kemahiran keseluruhan (Gross Skills) melibatkan sebahagian besar otot dan pergerakan tubuh. • Tugasan fizikal (Physical Tasks). Kecergasan fizikal kombinasi aktiviti kognitif dan pergerakan tubuh dan kenahiran refleks (nonvolitional) • Tingkahlaku persepsi motor (Perceptual-Motor Behavior) Implikasi kepada pengajaran Kefahaman tentang tahap-tahap pembelajaran kemahiran motor ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. • Cara gaya pengajaran praktikal mestilah disesuaikan mengikut tahap kemahiran pelajar. • Kaedah demontrasi disyorkan sebagai saluran pilihan menyampaikan maklumat bagi menguasai bahagian demi bahagian dalam suatu kemahiran. • Pembelajaran secara praktikal lebih baik daripada secara teoritikal kerana perubahan tindakan dalam kemahiran mengikut tahap demi tahap. Unsur peneguhan dan dorongan boleh diamalkan secara langsung atau setelah tamat sesi praktikal tersebut. • Pengurusan masa amat penting. Walaupun masa dapat diurus dengan jaya tetapi ianya seharus disokong oleh penguasaan kualiti masa. • Memerlukan jurulatih atau fasilatator dalam pengajaran. • Proses penyeliaan dan maklumbalas penting. Maklumbalas mengenai teknik atau kaedah dan produk. 11
  • 12. Kepentingan perancangan adalah kunci kejayaan pengajaran di makmal/bengkel. Melalui perancangan akan membantu guru tahu apa yang dilakukan oleh pelajar dan perjalanan kerja mencapai objektif. • Utamakan Keselamatan di makmal/bengkel : menunjukkan teladan yang baik, patuh kepada peraturan, mengetahui tahap kemampuan pelajar untuk menunjukkan kebolehan atau menyempurnakan kerja dengan selamat, menyediakan garis panduan keselamatan supaya dapat mengelakkan kecuaian, amalan penyelenggaraan jentera, alatan dan bahan yang tersimpan di tempat yang selamat dan boleh digunakan, menentukan semua peralatan bahan boleh dan selamat digunakan, mengurus bahan mengikut arahan lebel sama ada digunakan atau simpan serta musnah. Strategi Strategi pengajaran mestilah mengambilkira perkara berikut: • Aspek kognitif merupakan sebahagian kemahiran motor. • Matlamat akhir kemahiran itu menjadi automatik • Pembelajaran mesti ada prosedur dan ikut langkah demi langkah. • Memahami bahawa aktiviti rutin akan membawa kepada pergerakkan automatik. • Menyedari bahawa urutan gerakbalas juga akan bertambah mengikut pertambahan masa. • Kekuatan dalaman individu merupakan kuasa utama memantau prestasi. • Sumber luar diri atau persekitaran akan menentukan kemahiran yang betul. • Kesempatan memberi maklum balas atau komen • Open Loop skill; komen setelah selesai praktikal. • Closed Loop Skill; komen ketika kemahiran ditunjukkan. • Pamerkan pergerakkan yang betul dan tepat supaya proses perolehan kemahiran benar memenuhi kriteria kemahiran yang hendak dikuasai. • Pelajar yang telah mencapai tahap kriteria kemahiran terbaik boleh dilantik sebagai penyemak. • Elakkan amalan melabel pelajar kerana prestasi mereka lemah. • Komen dan bimbingan berfokus kepada penyelesaian masalah. 12
  • 13. Teruskan memberi dorongan dan peneguhan. • Menggerakan pelajar berprestasi lemah supaya terus berusaha mencapai kriteria terbaik kemahiran. Masalah Pembelajaran kemahiran/ motor/ psikomotor/ sensory - motor/ perceptual - motor/movement behavior. 1. Stamina 2. Ketepatan 3. Halaju/kederasan 4. Kebiasaan/habit 5. Penmaship Penilaian Hasil Pembelajaran Psikomotor 1. Melalui Mastering Learning Melalui tahap demi tahap"mastery" untuk mendapat kemahiran sempurna. Terdapat empat (4) pendekatan bagaimana menilai pembelajaran psikomotor. • Skala berkadar; kriteria menentukan skor, bandingkan hasil dengan kriteria, skor diberitahu semasa menyiapkan projek. • Senarai semak/ujian kebolehan; pelajar beritahu bersedia diuji, ujian formal atau tak formal, melengkap proses dalam kemahiran yang nak diuji. • Penulisan; membuat eksperimen, menulis keputusan, pemerhatian, kesimpulan, gred mengikut keperluan komponen laporan. • Ujian kecerdasan. 2. Kesan pemindahan pembelajaran (Ibrahim Mamat, 1996) • Positif Kesan ini menyatakan bahawa pembelajaran yang berlaku di sesuatu tempat akan memudahkan pembelajaran di tempat lain. Mempelajari sesuatu tugas, misalnya mempelajari Tugas 1 akan memudahkan pembelajaran Tugas 2. Contoh seorang setiausaha yang sudah mahir menaip dengan menggunakan mesin taip akan mudah belajar menaip dengan menggunakan komputer. 13
  • 14. Kemahiran menaip dengan mesin taip dan menaip dengan komputer adalah saling membantu dan serasi. • Negatif Kesan ini wujud apabila sesorang telah mempelajari sesuatu yang boleh menyukarkannya mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru. Misalnya seorang pemain badminton selalu mengalami kesukaran untuk mempelajari permainan tenis. Kesukaran ini berlaku kerana teknik pikulan bulu tangkis berbeza dan bertentangan dengan cara memukul bola tenis. Untuk memahirkan pukulan bola tenis, pemain terpaksa terlebih dahulu mencairkan kemahiran ayunan pukulan bulu tangkis. Mereka terpaksa melupakan kemahiran lama sebelum mempelajari kemahiran baru. Proses melupkan kemahiran lama untuk membolehkan penguasaan kemahiran baru dianggap sebagai kesan pemindahan negatif kerana ia menyukarkan penguasan kemahiran baru. • Zero/neutral Pengalaman lalu yang dimiliki tidak memberi sebarang kesan kepada apa yang akan dipelajarinya. Contoh pengalaman memancing yang dimiliki tidak mempengaruhi kebolehannya untuk belajar berenang. Rujukan 1. Moore, D.Kenneth (1989), Classroom Teaching Skills: A Primer, Rrandom House, New York. 2. Guilford, J.P. (1950), Creativity, American Psychologist, 5, 444-454. 3. Guilford, J.P. (1967), The nature of Human Intelligence. McGraw-Hill, New York. 4. Schmidt, R.A. (1982), Motor Control and Learning: A Behavioral Emphasis. Human Kinetics, Champaign. 5. Simpson, E.J. (1972). The Classification of Educational of Objective in the Psychomotor domain. The Psychomotor Domain, Gryphorn House, Washington D.C. 14
  • 15. 6. Goldberger, Michel, Moyer dan Steve (1982). A Schema For Classifying Educational Objectives In The Psychomotor Domain, Quest, 34(2), 134 - 142. 7. Ibrahim Mamat (1996). Reka Bentuk Dan pengurusan Latihan: Konsep dan Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 8. Singer, Robert.N. (1975). Motor Learning and Human Performance: An Application To Physcal Education Skills. 2nd Edition. Macmillan Publishing Co. Inc., New York. 9. Harrow, Anita.J. (1971). A Taxonomy of the Psychomotor Domain, David McKay Co. Inc., New York. 10. Fitts, Paul.M. dan Posner, Michael (1967), Human Performance, Brooks/Cole Publishing Co, Belmont California. 11. Cratty, Bryant J. (1966). A Three-Factor Lever Theory of Perceptual-Motor Behavior, Quest, 6:3-10. 12. Adam, Jack A. (1968). Respone Feedback and Learning, Psychological Bulletin, 70:486-504. 13. _____________. (1971). A Closed-Loop Theory of Motor Behavior, Journal of Motor Behavior, 3:111-149. 14. Gentile, A.M. (1972). A Working model of Skill Acquisition with Application to Teaching, Quest, 17:3-23. 15