SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
TERHAD
0 TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
MANUAL KERJA KURSUS
PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 4 (946/4)
STPM 2019
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.
______________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2019
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
1 TERHAD
Kandungan
Bil Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 2
2.0 Objektif Penilaian 2
3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2
3.1 Arahan Am 2
3.2 Tanggungjawab Pengetua 2
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3
3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4
3.5 Tanggungjawab Calon 5
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6
5.0 Format Penulisan 7
6.0 Struktur Penulisan 8
7.0 Penskoran Markah 9
8.0 Skema Penskoran Markah 9
BAHAGIAN II : CALON
9.0 Tanggungjawab Calon 10
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11
11.0 Format Penulisan 12
12.0 Struktur Penulisan 12
Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14-15
Lampiran 16-20
TERHAD
2 TERHAD
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Semester 3, yang
dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh
yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan
diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk
membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan
akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.
2.0 Objektif Penilaian
Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:
2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam
sebuah organisasi yang baik
2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes
berkenaan
2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan am
3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon
sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon
persendirian individu.
3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada Semester 3 pengajian Tingkatan Enam.
3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.
Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu
semester kerja kursus.
3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja
Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail
kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan
diselia oleh guru Pengajian Perniagaan
3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang
ditetapkan
3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru
mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan
3.2.6 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan
menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
TERHAD
3 TERHAD
3.2.7 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) ke MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu
selepas penghantaran markah dalam e-submission
3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan
bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja
kursus
3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.3.3 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan
dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) dan
menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk
dihantar kepada MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni)
3.3.4 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.3.5 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.3.6 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.3.7 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.8 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat
dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.3.9 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.3.10 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh
membaiki hasil kerja
3.3.11 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.3.12 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
secara individu
3.3.13 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.3.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon
(BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian
Perniagaan
3.3.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
TERHAD
4 TERHAD
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.3.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.3.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,
BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah
calon yang baharu
3.3.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus
Pengajian Perniagaan calon kepada MPM (up. En. Kamarudin bin Kusni) dengan
menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC)
(Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.3.22 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika
mentaksir kerja kursus calon
3.3.23 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.3.24 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.3.25 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.3.26 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap
calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
3.3.27 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission
yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus
calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak
mengambil kertas 946/4.
3.3.28 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi
setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama
enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan
3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta
3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian
Perniagaan
3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan
3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon
semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
TERHAD
5 TERHAD
3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan
tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Kerja Kursus
3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja
kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru
berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.
3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat
3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan
kerja kursus
3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah.
Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang
telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.5 Tanggungjawab Calon
3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib
melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.
3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal semester
tiga sehingga tamat semester tersebut.
3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan
kajian.
3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
bagi mencari dan mengumpul data.
3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian
mestilah disediakan secara individu.
3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat
bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
TERHAD
6 TERHAD
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Tarikh
Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti
Tindakan guru Tindakan calon
19 April
2019
Tugasan kerja kursus
diterima
 Taklimat tugasan kerja
kursus kepada calon (sila
rujuk manual kerja
kursus)
 Menerima arahan tugasan
 Menyemak
http://www.mpm.edu.my
 Memahami skop tugasan
kerja kursus
 Merancang jadual kerja
20 April
hingga
24 Mei
2019
Taklimat PN dengan
Guru Tingkatan 6
 Menghadiri taklimat
tersebut dan memberikan
sepenuh perhatian
semasa taklimat
berlangsung
25 Mei
hingga
9 Jun 2019
Persiapan awal
sebelum menjalankan
kerja kursus
 Membincangkan dan
membimbing pemilihan
tajuk dan jadual kerja
 Menyediakan surat-
menyurat
 Menjelaskan pelajar
tentang elemen
kemahiran insaniah (soft
skills) yang akan dinilai
 Menjelaskan item-item
yang dinilai dalam
penulisan laporan kerja
kursus
Membuat persiapan awal:
 Keperluan kewangan
 Pengesahan sekolah dan
kebenaran penjaga
 Perancangan kerja
 Penyediaan peralatan dan
instrumen seperti borang
soal selidik
 Mengenal pasti sumber
rujukan, seperti sumber
sekunder, sumber internet,
dan sumber-sumber lain.
10 Jun
hingga
20 Sept.
2019
Penyediaan dan
penulisan laporan
Kerja kursus untuk sesi
penilaian
 Membimbing pelajar
sepanjang penghasilan
KK
 Membantu penyelesaian
masalah yang timbul
 Memantau
perkembangan tugasan
 Membimbing calon
untuk menulis laporan
mengikut format yang
ditetapkan
 Membaiki kelemahan
dan membimbing calon
membuat
penambahbaikan
 Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, temu bual dan
kaji selidik
 Memperoleh data dan
maklumat dari sumber
sekunder
 Menyusun dapatan (data
dan maklumat) mengikut
keutamaan dan struktur
tugasan
 Memproses, mentafsir,
menganalisis, dan
merumus data dan
maklumat
 Mempersembahkan data
dan maklumat dalam
bentuk yang sesuai, seperti
peta lokasi, jadual, graf,
carta, dan lain-lain
 Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubung kait dengan
prinsip dan teori yang
dipelajari
TERHAD
7 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti
Tindakan guru Tindakan calon
 Berlatih membuat
pembentangan mengikut
format yang sesuai.
2 Sept.
hingga
20 Sept.
2019
Sesi pembentangan
dan penilaian
 Memeriksa dan memberi
markah laporan kerja
kursus dan
pembentangan
 Hantar laporan bertulis
 Sesi pembentangan
(10 minit hingga 15 minit
sahaja untuk setiap calon)
21 Sept.
hingga
21 Okt.
2019
Penskoran kerja
kursus dan hantaran
markah ke MPM
 Menghantar markah ke
MPM
Enam bulan
dari tarikh
keputusan
STPM
diumumkan
Pelupusan evidence kerja kursus
5.0 Format Penulisan
5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan.
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak
(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna hijau muda (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.
TERHAD
8 TERHAD
6.0 Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan
keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data
primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal
selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam
kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data
melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan
laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi
justifikasi penggunaannya.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Calon dikehendaki mengkaji aspek-aspek yang berikut:
1. Proses pengeluaran
2. Perancangan pengeluaran yang merangkumi aspek
 Jenis pengeluaran
 Susun atur pengeluaran
3. Faktor persekitaran yang mempengaruhi perniagaan yang terdiri daripada:
 Persekitaran umum
 Persekitaran tugas
4. Dua elemen dalam campuran pemasaran
 Produk
 Pengedaran
 Harga
 Promosi
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang
relevan sahaja
TERHAD
9 TERHAD
7.0 Penskoran markah
Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon
mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan
sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan.
Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik
oleh MPM.
8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus
Bil. Kriteria Markah
1 Tajuk, Abstrak, dan Pengenalan 3
2 Objektif kajian 2
3 Latar belakang kajian 6
4 Kaedah kajian 7
5 Dapatan kajian dan perbincangan
(a) Susunan dan kekemasan laporan 10
(b) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15
(c) Analisis dan pentafsiran 15
(d) Gaya dan bahasa 5
6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10
7 Rujukan 3
8 Lampiran 3
9 Pembentangan
(a) Kerelevanan 2
(b) Soal jawab 2
(c) Kebahasaan 2
(d) Kreativiti 2
(e) Keterampilan 2
10 Kemahiran manipulatif 5
11 Kemahiran insaniah 6
JUMLAH MARKAH 100
TERHAD
10 TERHAD
BAHAGIAN II : CALON
9.0 Tanggungjawab Calon
9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan.
9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal semester tiga
sehingga tamat semester tersebut.
9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian.
9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
mencari dan mengumpul data.
9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah
disediakan secara individu.
9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan
sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-
mana bahan atau tulisan.
9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan
pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
TERHAD
11 TERHAD
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Tarikh
Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti
Tindakan calon
19 April
2019
Tugasan kerja kursus
diterima
 Menerima arahan tugasan. Semak
http://www.mpm.edu.my
 Memahami skop tugasan kerja kursus
 Merancang jadual kerja
25 Mei
hingga 9
Jun 2019
Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal:
 Keperluan kewangan
 Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga
 Perancangan kerja
 Penyediaan peralatan dan instrumen seperti
borang soal selidik
 Mengenal pasti sumber rujukan, seperti
sumber sekunder, sumber internet, dan
sumber-sumber lain.
10 Jun
hingga
20 Sept.
2019
Penyediaan dan penulisan
laporan kerja kursus untuk
sesi penilaian
 Mengumpul data dan maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu
bual, dan kaji selidik
 Memperoleh data dan maklumat dari sumber
sekunder Menyusun dapatan (data dan
maklumat) mengikut keutamaan dan struktur
tugasan
 Memproses, mentafsir, menganalisis, dan
merumus data dan maklumat
 Mempersembahkan data dan maklumat dalam
bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual,
graf, carta dan lain-lain
 Membincangkan dapatan hasil kajian dan
menghubung kait dengan prinsip dan teori
yang dipelajari
 Berlatih membuat pembentangan mengikut
format yang sesuai
2 Sept.
hingga
20 Sept.
2019
Sesi pembentangan dan
penilaian
 Hantar laporan bertulis
 Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit
sahaja untuk setiap calon)
21 Sept.
Hingga 21
Okt 2019
Penskoran kerja kursus
dan hantaran markah ke
MPM
 Menghantar markah melalui e-submission
TERHAD
12 TERHAD
11.0 Format Penulisan
11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan.
11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.
11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna hijau muda (Lampiran 1)
(b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)
(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus
11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.
12.0 Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Tajuk, Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan
keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data
primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal
selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam
kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data
melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan
laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi
justifikasi penggunaannya.
TERHAD
13 TERHAD
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Calon dikehendaki mengkaji aspek-aspek yang berikut:
1. Proses pengeluaran
2. Perancangan pengeluaran yang merangkumi aspek
 Jenis pengeluaran
 Susun atur pengeluaran
3. Faktor persekitaran yang mempengaruhi perniagaan yang terdiri daripada:
 Persekitaran umum
 Persekitaran tugas
4. Dua elemen dalam campuran pemasaran
 Produk
 Pengedaran
 Harga
 Promosi
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran
yang relevan.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang
relevan sahaja
TERHAD
14 TERHAD
TERHAD
15 TERHAD
Soalan Kerja Kursus
Calon dikehendaki memilih satu produk yang dihasilkan oleh sebuah organisasi perniagaan yang sesuai
bagi mengkaji dan menganalisis proses serta perancangan pengeluaran produk tersebut. Calon juga perlu
menerangkan persekitaran perniagaan yang mempengaruhi pengeluaran produk yang dipilih dan
seterusnya, jelaskan mana-mana dua (2) elemen campuran pemasaran bagi produk berkenaan.
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan.
Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) 2019.
TERHAD
16 TERHAD
LAMPIRAN 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS SEMESTER 3 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH
NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH
TERHAD
17 TERHAD
LAMPIRAN 2
BPC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat KK Calon
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon
lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa
cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Pengajian
Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang
dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon
sekolah bantuan kerajaan).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa
sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
TERHAD
18 TERHAD
LAMPIRAN 3
BRKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ………………………
Tarikh
Aktiviti
Aktiviti dalam penghasilan
kerja kursus
(Untuk diisi oleh calon)
Ulasan Guru
Tandatangan
Calon
Tandatangan
Guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2019 mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ………………..………………………………
Nama Guru: ……….……………………………………………….
Tarikh : …………………............................................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada
bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.
TERHAD
19 TERHAD
LAMPIRAN 4
BMKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : ……………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
Kriteria Penilaian
Markah
Penuh
Markah
Guru
Markah
Penyelaras
1. Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3
2. Objektif Kajian 2
3. Latar belakang kajian 6
4. Kaedah Kajian 7
5. Dapatan Kajian dan Perbincangan
(a) Susunan dan kekemasan laporan 10
(b) Kecukupan, ketepatan dan
kesesuaian maklumat
15
(c) Analisis dan pentafsiran 15
(d) Gaya dan bahasa 5
6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10
7. Rujukan 3
8. Lampiran 3
9. Pembentangan
(a) Kerelevanan 2
(b) Soal jawab 2
(c) Kebahasaan 2
(d) Kreativiti 2
(e) Keterampilan 2
10. Kemahiran Manipulatif 5
11. Kemahiran Insaniah 6
Jumlah Markah 100
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah
dan butiran di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan
Butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ………………………
Nama : ……………………………………………… Nama : ………………………………………….
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………….
Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : …………………………………………
No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………….
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan
menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
TERHAD
20 TERHAD
LAMPIRAN 5
BRuMKK
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
SEMESTER: _________________ TAHUN: _________________
MATA PELAJARAN: _______________________________
NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……... Tandatangan Pengetua: …………………………..
Nama: ……………………..…………………….. Nama: ………………………………………………..
No. Kad Pengenalan: ………………………..… No. Kad Pengenalan: ……………………………….
Tarikh: ………………………………………..…. Tarikh: ……………………………………………...
No. Telefon (sekolah) : ………………………. No. Telefon (sekolah): ……………………………
(bimbit): …………………………. (bimbit): ………………………………
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia
selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.

More Related Content

What's hot

Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografiManual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografiRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014RAMLAH BINTI A. RANI
 
Format laporan lifix
Format laporan lifixFormat laporan lifix
Format laporan lifixmohd Basri
 
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Sejarah Guide
Sejarah GuideSejarah Guide
Sejarah Guidesurej96
 
2. taklimat sistem e prestasi
2. taklimat sistem e prestasi2. taklimat sistem e prestasi
2. taklimat sistem e prestasiALSAFII
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp fazfazrul
 
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERMODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERRuudz Dy
 
TAKLIMAT MODUL e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU
TAKLIMAT MODUL  e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURUTAKLIMAT MODUL  e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU
TAKLIMAT MODUL e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURUsamttar
 
1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasi1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasishaleyati mohamed
 
Cotoh Report LI Jabatan perdagangan
Cotoh Report LI Jabatan perdaganganCotoh Report LI Jabatan perdagangan
Cotoh Report LI Jabatan perdaganganAhmadShafiqJamian
 

What's hot (18)

Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
 
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
 
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografiManual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
 
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
 
Lampiran C
Lampiran CLampiran C
Lampiran C
 
Format laporan lifix
Format laporan lifixFormat laporan lifix
Format laporan lifix
 
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
 
Sejarah Guide
Sejarah GuideSejarah Guide
Sejarah Guide
 
2. taklimat sistem e prestasi
2. taklimat sistem e prestasi2. taklimat sistem e prestasi
2. taklimat sistem e prestasi
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp faz
 
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERMODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
 
Taklimat PBPP: 2. Taklimat Sistem ePrestasi
Taklimat PBPP: 2. Taklimat Sistem ePrestasiTaklimat PBPP: 2. Taklimat Sistem ePrestasi
Taklimat PBPP: 2. Taklimat Sistem ePrestasi
 
TAKLIMAT MODUL e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU
TAKLIMAT MODUL  e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURUTAKLIMAT MODUL  e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU
TAKLIMAT MODUL e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU
 
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasi1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasi
 
Cotoh Report LI Jabatan perdagangan
Cotoh Report LI Jabatan perdaganganCotoh Report LI Jabatan perdagangan
Cotoh Report LI Jabatan perdagangan
 

Similar to Manual kerja kursus pp 2019

Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Venny Chang
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014sarinahashim
 
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)RAMLAH BINTI A. RANI
 
ici project 2
ici project 2 ici project 2
ici project 2 wyinsam
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunanAvs Alphons
 
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013Nor Ainee
 
2013 3756 3 pp t.5 crc2
2013 3756 3 pp t.5 crc22013 3756 3 pp t.5 crc2
2013 3756 3 pp t.5 crc2Nor Ainee
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-editedSiti Hajar
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru seni visual penggal 3 2015
Manual guru   seni visual penggal 3 2015Manual guru   seni visual penggal 3 2015
Manual guru seni visual penggal 3 2015RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualManual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualRAMLAH BINTI A. RANI
 
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRPanduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRJeya Kumar
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfFYChieng
 

Similar to Manual kerja kursus pp 2019 (20)

Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
 
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
 
ici project 2
ici project 2 ici project 2
ici project 2
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
 
9304 manual kks syariah 2018
9304 manual kks  syariah 2018 9304 manual kks  syariah 2018
9304 manual kks syariah 2018
 
3756 3 panduan pelaksanaan
3756 3 panduan pelaksanaan3756 3 panduan pelaksanaan
3756 3 panduan pelaksanaan
 
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
 
2013 3756 3 pp t.5 crc2
2013 3756 3 pp t.5 crc22013 3756 3 pp t.5 crc2
2013 3756 3 pp t.5 crc2
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
 
Manual guru seni visual penggal 3 2015
Manual guru   seni visual penggal 3 2015Manual guru   seni visual penggal 3 2015
Manual guru seni visual penggal 3 2015
 
Seni visual manual kk projek 9703
Seni visual manual kk projek 9703Seni visual manual kk projek 9703
Seni visual manual kk projek 9703
 
Manual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualManual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visual
 
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRPanduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
 
Peraturan akademik
Peraturan akademikPeraturan akademik
Peraturan akademik
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018 RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 borang yang digunakan P2 2018
9104 borang yang digunakan P2 20189104 borang yang digunakan P2 2018
9104 borang yang digunakan P2 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
 
9104 borang yang digunakan P2 2018
9104 borang yang digunakan P2 20189104 borang yang digunakan P2 2018
9104 borang yang digunakan P2 2018
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (12)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 

Manual kerja kursus pp 2019

  • 1. TERHAD 0 TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) MANUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 4 (946/4) STPM 2019 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja. ______________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2019 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
  • 2. TERHAD 1 TERHAD Kandungan Bil Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 2 2.0 Objektif Penilaian 2 3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2 3.1 Arahan Am 2 3.2 Tanggungjawab Pengetua 2 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3 3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4 3.5 Tanggungjawab Calon 5 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6 5.0 Format Penulisan 7 6.0 Struktur Penulisan 8 7.0 Penskoran Markah 9 8.0 Skema Penskoran Markah 9 BAHAGIAN II : CALON 9.0 Tanggungjawab Calon 10 10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11 11.0 Format Penulisan 12 12.0 Struktur Penulisan 12 Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14-15 Lampiran 16-20
  • 3. TERHAD 2 TERHAD BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Semester 3, yang dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini. Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. 2.0 Objektif Penilaian Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk: 2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini 2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam sebuah organisasi yang baik 2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes berkenaan 2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan am 3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu. 3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada Semester 3 pengajian Tingkatan Enam. 3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah. Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu semester kerja kursus. 3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing 3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan diselia oleh guru Pengajian Perniagaan 3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan 3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan 3.2.6 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
  • 4. TERHAD 3 TERHAD 3.2.7 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) ke MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah dalam e-submission 3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja kursus 3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.3.3 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar kepada MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni) 3.3.4 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 3.3.5 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya 3.3.6 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan 3.3.7 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.8 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus 3.3.9 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus 3.3.10 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki hasil kerja 3.3.11 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik 3.3.12 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan secara individu 3.3.13 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1). 3.3.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
  • 5. TERHAD 4 TERHAD membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus. 3.3.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3.3.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.3.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus Pengajian Perniagaan calon kepada MPM (up. En. Kamarudin bin Kusni) dengan menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4. 3.3.22 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus calon 3.3.23 Menilai hasil kerja calon secara berterusan 3.3.24 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon 3.3.25 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 3.3.26 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) 3.3.27 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4. 3.3.28 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta 3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan 3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah 3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
  • 6. TERHAD 5 TERHAD 3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus. 3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat 3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1). 3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus. 3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3.5 Tanggungjawab Calon 3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan. 3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal semester tiga sehingga tamat semester tersebut. 3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian. 3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data. 3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. 3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
  • 7. TERHAD 6 TERHAD 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon 19 April 2019 Tugasan kerja kursus diterima  Taklimat tugasan kerja kursus kepada calon (sila rujuk manual kerja kursus)  Menerima arahan tugasan  Menyemak http://www.mpm.edu.my  Memahami skop tugasan kerja kursus  Merancang jadual kerja 20 April hingga 24 Mei 2019 Taklimat PN dengan Guru Tingkatan 6  Menghadiri taklimat tersebut dan memberikan sepenuh perhatian semasa taklimat berlangsung 25 Mei hingga 9 Jun 2019 Persiapan awal sebelum menjalankan kerja kursus  Membincangkan dan membimbing pemilihan tajuk dan jadual kerja  Menyediakan surat- menyurat  Menjelaskan pelajar tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai  Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan laporan kerja kursus Membuat persiapan awal:  Keperluan kewangan  Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga  Perancangan kerja  Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik  Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder, sumber internet, dan sumber-sumber lain. 10 Jun hingga 20 Sept. 2019 Penyediaan dan penulisan laporan Kerja kursus untuk sesi penilaian  Membimbing pelajar sepanjang penghasilan KK  Membantu penyelesaian masalah yang timbul  Memantau perkembangan tugasan  Membimbing calon untuk menulis laporan mengikut format yang ditetapkan  Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder  Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan  Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta, dan lain-lain  Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari
  • 8. TERHAD 7 TERHAD Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon  Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai. 2 Sept. hingga 20 Sept. 2019 Sesi pembentangan dan penilaian  Memeriksa dan memberi markah laporan kerja kursus dan pembentangan  Hantar laporan bertulis  Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon) 21 Sept. hingga 21 Okt. 2019 Penskoran kerja kursus dan hantaran markah ke MPM  Menghantar markah ke MPM Enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan Pelupusan evidence kerja kursus 5.0 Format Penulisan 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan. 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak (f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten 5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan. 5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna hijau muda (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan 5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.
  • 9. TERHAD 8 TERHAD 6.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b) Objektif kajian Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan. (c) Latar belakang kajian Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan. (d) Kaedah kajian Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya. (e) Dapatan kajian dan perbincangan Calon dikehendaki mengkaji aspek-aspek yang berikut: 1. Proses pengeluaran 2. Perancangan pengeluaran yang merangkumi aspek  Jenis pengeluaran  Susun atur pengeluaran 3. Faktor persekitaran yang mempengaruhi perniagaan yang terdiri daripada:  Persekitaran umum  Persekitaran tugas 4. Dua elemen dalam campuran pemasaran  Produk  Pengedaran  Harga  Promosi (f) Penutup Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan (h) Lampiran Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja
  • 10. TERHAD 9 TERHAD 7.0 Penskoran markah Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. 8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus Bil. Kriteria Markah 1 Tajuk, Abstrak, dan Pengenalan 3 2 Objektif kajian 2 3 Latar belakang kajian 6 4 Kaedah kajian 7 5 Dapatan kajian dan perbincangan (a) Susunan dan kekemasan laporan 10 (b) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15 (c) Analisis dan pentafsiran 15 (d) Gaya dan bahasa 5 6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10 7 Rujukan 3 8 Lampiran 3 9 Pembentangan (a) Kerelevanan 2 (b) Soal jawab 2 (c) Kebahasaan 2 (d) Kreativiti 2 (e) Keterampilan 2 10 Kemahiran manipulatif 5 11 Kemahiran insaniah 6 JUMLAH MARKAH 100
  • 11. TERHAD 10 TERHAD BAHAGIAN II : CALON 9.0 Tanggungjawab Calon 9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan. 9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal semester tiga sehingga tamat semester tersebut. 9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian. 9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data. 9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. 9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana- mana bahan atau tulisan. 9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
  • 12. TERHAD 11 TERHAD 10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan calon 19 April 2019 Tugasan kerja kursus diterima  Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my  Memahami skop tugasan kerja kursus  Merancang jadual kerja 25 Mei hingga 9 Jun 2019 Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal:  Keperluan kewangan  Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga  Perancangan kerja  Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik  Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder, sumber internet, dan sumber-sumber lain. 10 Jun hingga 20 Sept. 2019 Penyediaan dan penulisan laporan kerja kursus untuk sesi penilaian  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan  Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain  Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari  Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai 2 Sept. hingga 20 Sept. 2019 Sesi pembentangan dan penilaian  Hantar laporan bertulis  Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon) 21 Sept. Hingga 21 Okt 2019 Penskoran kerja kursus dan hantaran markah ke MPM  Menghantar markah melalui e-submission
  • 13. TERHAD 12 TERHAD 11.0 Format Penulisan 11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan. 11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten 11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. 11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna hijau muda (Lampiran 1) (b) Borang perakuan calon (Lampiran 2) (c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3) (d) Penulisan kertas kerja kursus 11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 12.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (a) Tajuk, Abstrak dan Pengenalan Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b) Objektif kajian Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan. (c) Latar belakang kajian Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan. (d) Kaedah kajian Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya.
  • 14. TERHAD 13 TERHAD (e) Dapatan kajian dan perbincangan Calon dikehendaki mengkaji aspek-aspek yang berikut: 1. Proses pengeluaran 2. Perancangan pengeluaran yang merangkumi aspek  Jenis pengeluaran  Susun atur pengeluaran 3. Faktor persekitaran yang mempengaruhi perniagaan yang terdiri daripada:  Persekitaran umum  Persekitaran tugas 4. Dua elemen dalam campuran pemasaran  Produk  Pengedaran  Harga  Promosi Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan. (f) Penutup Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan (h) Lampiran Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja
  • 16. TERHAD 15 TERHAD Soalan Kerja Kursus Calon dikehendaki memilih satu produk yang dihasilkan oleh sebuah organisasi perniagaan yang sesuai bagi mengkaji dan menganalisis proses serta perancangan pengeluaran produk tersebut. Calon juga perlu menerangkan persekitaran perniagaan yang mempengaruhi pengeluaran produk yang dipilih dan seterusnya, jelaskan mana-mana dua (2) elemen campuran pemasaran bagi produk berkenaan. Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan. Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019.
  • 17. TERHAD 16 TERHAD LAMPIRAN 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS SEMESTER 3 TAHUN 2019 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH NAMA GURU TANDATANGAN GURU TARIKH
  • 18. TERHAD 17 TERHAD LAMPIRAN 2 BPC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat KK Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat
  • 19. TERHAD 18 TERHAD LAMPIRAN 3 BRKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ……………………… Tarikh Aktiviti Aktiviti dalam penghasilan kerja kursus (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan Guru (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2019 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ………………..……………………………… Nama Guru: ……….………………………………………………. Tarikh : …………………............................................................ Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.
  • 20. TERHAD 19 TERHAD LAMPIRAN 4 BMKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : …………………………… No. Kad Pengenalan : …………………………… (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Guru Markah Penyelaras 1. Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3 2. Objektif Kajian 2 3. Latar belakang kajian 6 4. Kaedah Kajian 7 5. Dapatan Kajian dan Perbincangan (a) Susunan dan kekemasan laporan 10 (b) Kecukupan, ketepatan dan kesesuaian maklumat 15 (c) Analisis dan pentafsiran 15 (d) Gaya dan bahasa 5 6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10 7. Rujukan 3 8. Lampiran 3 9. Pembentangan (a) Kerelevanan 2 (b) Soal jawab 2 (c) Kebahasaan 2 (d) Kreativiti 2 (e) Keterampilan 2 10. Kemahiran Manipulatif 5 11. Kemahiran Insaniah 6 Jumlah Markah 100 PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ……………………… Nama : ……………………………………………… Nama : …………………………………………. No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : …………………………. Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : ………………………………………… No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………. Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
  • 21. TERHAD 20 TERHAD LAMPIRAN 5 BRuMKK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON SEMESTER: _________________ TAHUN: _________________ MATA PELAJARAN: _______________________________ NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________ (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……... Tandatangan Pengetua: ………………………….. Nama: ……………………..…………………….. Nama: ……………………………………………….. No. Kad Pengenalan: ………………………..… No. Kad Pengenalan: ………………………………. Tarikh: ………………………………………..…. Tarikh: ……………………………………………... No. Telefon (sekolah) : ………………………. No. Telefon (sekolah): …………………………… (bimbit): …………………………. (bimbit): ……………………………… Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.