SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
Download to read offline
TERHAD 1 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 3756/3
PRINSIP PERAKAUNAN
PROJEK
TINGKATAN 5
Kertas 3
April – Mei 2012
PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK
PRINSIP PERAKAUNAN
KERTAS 3
APRIL HINGGA MEI 2012
Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek ini mengandungi 32 halaman bercetak.
TERHAD 2 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif Mata Pelajaran
3.0 Objektif Pentaksiran
4.0 Maklumat Am
5.0 Maklumat Kepada Calon
6.0 Maklumat Kepada Guru
7.0 Elemen dan Aspek Yang Dinilai
8.0 Carta Alir Pentaksiran Terkawal (Controlled Assessment)
9.0 Kriteria Penilaian
10.0 Pengiraan Untuk Mendapatkan Gred Elemen dan Gred
Pencapaian Keseluruhan 3756/3
11.0 Pelaporan
Lampiran :
Lampiran 1 : Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek
Lampiran 2 : Perakuan Calon Tentang Ketulenan Tugasan Projek
Lampiran 3 : Profil Perniagaan
Lampiran 4 : Senarai Semak dan Penilaian Guru
Lampiran 5 : Borang Pentaksiran Individu
Lampiran 6 : Borang Rumusan Skor Tugasan Projek
HALAMAN
3
3
4
4
4
5
6
7
8
22
23
24
25
26
27
28
32
TERHAD 3 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
MAKLUMAT TUGASAN PROJEK
1.0 PENGENALAN
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil mata pelajaran Prinsip
Perakaunan dikehendaki melaksanakan tugasan projek sebagai satu daripada keperluan
persijilan. Tugasan projek dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pentaksiran
berdasarkan hasilan tugasan calon semasa di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang
menepati objektif pentaksiran seperti yang telah ditetapkan.
Tugasan projek ini memberi peluang kepada calon untuk melalui dan mengalami
pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai. Bimbingan akan dijalankan oleh guru
dalam aspek pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan
yang ditetapkan. Hasilan akhir tugasan projek akan menjadi asas pentaksiran. Skor
adalah bersandarkan kepada darjah penguasaan elemen dan kriteria pentaksiran
yang ditetapkan. Guru dikehendaki mengemukakan skor tugasan projek bagi setiap
pelajarnya kepada Lembaga Peperiksaan.
Pendedahan dan penguasaan kefahaman calon tentang seluruh proses kitaran perakaunan
diterjemahkan melalui penghasilan tugasan projek yang diintegrasikan dengan
berbantukan komputer. Pengukuran sesuatu elemen adalah berdasarkan kepada kriteria
tertentu mengikut piawaian di peringkat kebangsaan. Elemen-elemen pentaksiran
mencakupi hampir keseluruhan aspek yang ada dalam perakaunan.
Buku ini mengandungi maklumat tugasan projek yang mesti dilaksanakan oleh calon
serta panduan pentaksiran tugasan bagi pentaksir (guru). Maklumat dan arahan yang
terkandung dalam buku ini telah dirancang dengan teliti bagi membolehkan tugasan
projek disempurnakan dalam tempoh 8 minggu dan mempunyai ruang masa yang
mencukupi kepada guru pentaksir untuk menilai hasilan tugasan projek calon.
2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN
Objektif mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah untuk membolehkan pelajar:
2.1 Menghuraikan konsep dan kitaran perakaunan yang diamalkan dalam
organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.
2.2 Menyediakan satu set akaun yang lengkap untuk perniagaan milikan tunggal
dan organisasi bukan perniagaan berdasarkan aktiviti-aktiviti perniagaan
entiti secara manual dan berkomputer.
2.3 Mengaplikasikan prinsip pengurusan tunai.
2.4 Membuat perbandingan dari aspek-aspek perakaunan bagi pemilikan
perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi bukan
perniagaan.
2.5 Mengaplikasikan analisis kos-volum untung untuk membuat keputusan.
2.6 Menilai prestasi kewangan sesebuah perniagaan dengan menggunakan
analisis nisbah asas.
2.7 Mempamerkan kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, pengurusan
dan kepimpinan serta etika profesion dalam melaksanakan aktiviti
perakaunan.
2.8 Mampu menggunakan teknologi maklumat dalam bidang perakaunan.
TERHAD 4 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Objektif Pentaksiran (OP) Prinsip Perakaunan yang dikenal pasti adalah seperti
berikut:
3.1 Pengetahuan dan Kefahaman
3.2 Kemahiran Mengaplikasi
3.3 Kemahiran Menganalisis
3.4 Kemahiran Membuat Keputusan
3.5 Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
3.6 Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan
4.0 MAKLUMAT AM
4.1 Tugasan projek ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 10 minggu.
(Penyiapan projek : 8 minggu, pengurusan dan penilaian: 2 minggu. Contoh
Jadual Pelaksanaan Projek adalah seperti di Lampiran 1.)
4.2 Tugasan projek bagi pelajar Tingkatan 4 akan dimulakan pada bulan Ogos
hingga September manakala bagi pelajar Tingkatan 5 dimulakan pada bulan
April hingga Mei setiap tahun.
4.3 Pentaksir sekolah adalah guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip
Perakaunan.
4.4 Penilaian tugasan projek ini merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran.
4.5 Penilaian tugasan projek ini dilakukan secara berterusan dalam tempoh
yang ditetapkan.
4.6 Elemen, aspek dan kriteria dalam buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian
Projek ini hendaklah dimaklumkan kepada calon.
4.7 Soalan tugasan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga
Peperiksaan di http://apps2.moe.gov.my/lpm.
4.8 Skor bagi setiap calon hendaklah dimasukkan ke dalan hamparan elektronik
E-PPK3.
5.0 MAKLUMAT KEPADA CALON
5.1 Calon wajib melaksana dan menyelesaikan tugasan projek Prinsip
Perakaunan 3756/3 secara individu.
5.2 Penilaian akan dibuat berdasarkan proses kerja dan hasil kerja akhir calon.
5.3 Penilaian hasil kerja calon dan pemberian skor akan dilakukan sepanjang
masa tugasan projek dilaksanakan.
5.4 Pemberian markah dan gred keseluruhan dibuat setelah tugasan projek
disiapkan.
5.5 Calon dikehendaki menandatangani perakuan tentang ketulenan tugasan
projek yang dihasilkan. (Lampiran 2)
5.6 Calon dikehendaki melaksanakan tugasan projek ini dalam tempoh yang
telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
TERHAD 5 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
6.0 MAKLUMAT KEPADA GURU
6.1 Perancangan dan Pelaksanaan
6.1.1 Guru hendaklah memberikan penerangan yang jelas kepada calon
tentang perancangan dan pelaksanaan keseluruhan tugasan projek.
6.1.2 Guru hendaklah memastikan setiap calon menyediakan profil
perniagaan serta senarai semak dan penilaian guru. (Lampiran 3
dan Lampiran 4)
6.1.3 Guru hendaklah membimbing calon supaya dapat mematuhi jadual
kerja dalam melaksanakan tugasan projek dengan penuh
tanggungjawab.
6.1.4 Guru hendaklah membuat penilaian kerja calon secara berterusan
serta melaksanakan Pentaksiran Terkawal (Controlled
Assessment).
6.1.5 Pihak pengurusan sekolah diminta menyediakan kemudahan
komputer atau makmal komputer untuk pelajar
menyempurnakan tugasan projek 3756/3. Oleh itu, dicadangkan
jadual penggunaan makmal komputer sekolah disediakan bagi
memastikan calon berjaya menyiapkan tugasan projek 3756/3
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
6.1.6 Guru juga hendaklah melaksanakan pentaksiran yang adil
dan saksama serta mempunyai integriti yang tinggi.
6.2 Penilaian
6.2.1 Pentaksir dikehendaki mengisi Borang Pentaksiran Individu
(Lampiran 5). Gred dan skor bagi setiap aspek yang dinilai
hendaklah diisi dalam borang berkenaan.
6.2.2 Aktiviti pengesanan, pemantauan dan penyetaraan akan dilaksanakan
oleh pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
6.2.3 Pentaksir hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan segera
terhadap sebarang komen atau nasihat daripada pegawai berkenaan.
6.2.4 Pentaksir dikehendaki mencetak Borang Rumusan Skor Tugasan
Projek Prinsip Perakaunan. (Lampiran 6)
6.2.5 Borang Rumusan Skor Tugasan Projek yang telah dicetak hendaklah
disahkan oleh Ketua Pentaksir Sekolah dan Pengetua. Borang ini
hendaklah difailkan dan disimpan di tempat yang selamat di sekolah.
6.2.6 Hasil kerja calon (eviden) mesti disimpan di tempat yang berkunci
selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
6.2.7 Pentaksir juga mestilah memasukkan skor projek calon secara
'on-line' pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. Maklumat lanjut akan diberikan oleh Sektor Penilaian
dan Peperiksaan (SPP), Jabatan Pelajaran Negeri.
TERHAD 6 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI
Elemen 1.0: Pengetahuan dan Kefahaman
1.1 Pengenalan Perniagaan
1.2 Profil Perniagaan
Elemen 2.0: Kemahiran Mengaplikasi
2.1 Lejar
2.2 Imbangan Duga
2.3 Pelarasan
2.4 Jurnal Am
2.5 Akaun Pelarasan
2.6 Akaun Kawalan
2.7 Imbangan Duga Terselaras
2.8 Penyata Pendapatan
2.9 Kunci Kira-kira
2.10 Menghitung Nisbah Dalam Penyata Kewangan
Elemen 3.0: Kemahiran Menganalisis
3.1 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah
Elemen 4.0: Kemahiran Membuat Keputusan
4.1 Keputusan Perniagaan
4.2 Perancangan Perniagaan
Element 5.0: Kemahiran Menggunakan TMK
4.1 Penggunaan Komputer
4.2 Komunikasi
Elemen 6.0: Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan
5.1 Sistematik
5.2 Akauntabiliti
5.3 Rasional
5.4 Ketepatan
TERHAD 7 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
8.0 CARTA ALIR PENTAKSIRAN TERKAWAL
(CONTROLLED ASSESSMENT)
Tahap Kawalan:
T (Tinggi) – Kawalan pada tahap tinggi
S (Sederhana) – Kawalan pada tahap sederhana
R (Rendah) – Kawalan pada tahap rendah
 
 
 
Pelaksanaan Projek 3756/3
Pengenalan dan penerangan tentang tugasan projek (S)
Aktiviti penyelidikan dan pengumpulan maklumat (R)
Menyedia dan menghasilkan projek (T/S)
Aktiviti penilaian projek (T/S)
 
 
Penilaian guru dan aktiviti moderasi
oleh Lembaga Peperiksaan (T)
Produk akhir tugasan projek calon disimpan
di tempat selamat (T)
 
Lembaga Peperiksaan menghasilkan
instrumen pentaksiran 3756/3 dan
dihantar ke sekolah (T)
 
Bimbingan guru /
Maklum balas (S)
 
 
 
Calon mengemukakan tugasan projek
akhir (final stage) untuk dinilai
Penyiapan tugasan akhir (T)
Pengesahan ketulenan projek (T)
 
 
Markah dihantar ke
Lembaga Peperiksaan
TERHAD 8 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
9.0 KRITERIA PENILAIAN
Elemen 1.0 : Pengetahuan dan Kefahaman
Elemen 1.0 : Pengetahuan dan Kefahaman
Catatan
Rujuk
garis
panduan
dalam
tugasan
projek
Kriteria
Profil perniagaan dinyatakan dengan
lengkap dan jelas.
Profil perniagaan dinyatakan dengan jelas
tetapi tertinggal atau tersilap satu item.
Profil perniagaan dinyatakan tetapi
tertinggal atau tersilap dua item.
Profil perniagaan dinyatakan tetapi
tertinggal atau tersilap lebih daripada dua
item.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Profil
Perniagaan
Bil.
1.2
Catatan
Rujuk
Lampiran
3
Kriteria
Menyatakan mana-mana tiga kriteria
di dalam A.
Menyatakan mana-mana dua kriteria
di dalam A.
Menyatakan salah satu kriteria
di dalam A.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Pengenalan
Perniagaan
Bil.
1.1 (i) Menyatakan dengan jelas pengenalan
perniagaan.
(ii) Menyatakan sebab memilih perniagaan.
(iii) Menyatakan kelebihan menjalankan
perniagaan tersebut.
(iv) Menyatakan risiko yang bakal dihadapi.
TERHAD 9 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi
Kriteria
(i) Berkeupayaan memindahkan semua
catatan dalam Buku Catatan Pertama dan
Buku Tunai ke akaun berkaitan dengan
lengkap dan tepat.
(ii) Berkeupayaan mengemukakan maklumat
dalam akaun yang berkaitan dengan
lengkap dan tepat.
(i) Berkeupayaan memindahkan semua
catatan dalam Buku Catatan Pertama
dan Buku Tunai ke akaun berkaitan
dengan tepat.
(ii) Berkeupayaan mengemukakan maklumat
dalam akaun yang berkaitan dengan
lengkap tetapi tidak tepat.
(i) Berkeupayaan memindahkan sebahagian
catatan dalam Buku Catatan Pertama
dan Buku Tunai ke akaun berkaitan
dengan tepat.
(ii) Berkeupayaan mengemukakan maklumat
dalam akaun yang berkaitan dengan
lengkap dan tepat.
(i) Berkeupayaan memindahkan beberapa
catatan dalam Buku Catatan Pertama
dan Buku Tunai ke akaun berkaitan
dengan tepat.
(ii) Berkeupayaan mengemukakan maklumat
dalam akaun yang berkaitan dengan
lengkap tetapi tidak tepat.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Lejar
Bil.
2.1
Catatan
(i)Akaun
Tunai dan
Akaun Bank
tidak perlu
disediakan
(ii) Lengkap
dan tepat:
Tarikh, butiran
dan angka
mesti betul
(iii) Lajur
folioperlu
dilengkapkan
TERHAD 10 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi
Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi
Catatan
Imbangan
Duga yang
lengkap
mengandungi:
*Nama
perniagaan
*Tajuk
*Lajur debit
dan kredit
*Jumlah
Kriteria
Berkeupayaan menyediakan Imbangan
Duga berdasarkan semua baki dari lejar
(2.1) dan Buku Tunai dengan lengkap
dan tepat.
Berkeupayaan menyediakan Imbangan
Duga berdasarkan semua baki dari lejar
(2.1) dan Buku Tunai dengan lengkap
tetapi tidak tepat.
Berkeupayaan menyediakan sebahagian
Imbangan Duga berdasarkan baki-baki
dari lejar (2.1) dan Buku Tunai.
Berkeupayaan menyediakan Imbangan
Duga tetapi tidak berdasarkan 2.1.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Imbangan Duga
Bil.
2.2
Kriteria
Berkeupayaan menyediakan semua
pelarasan dengan tepat.
Berkeupayaan menyediakan semua
pelarasan tetapi tidak tepat.
Berkeupayaan menyediakan sebahagian
pelarasan dengan tepat.
Berkeupayaan menyediakan sebahagian
pelarasan tetapi tidak tepat.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Pelarasan
Bil.
2.3
Catatan
Tepat:
Mengikut
kehendak
dalam
tugasan
projek
TERHAD 11 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi
Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi
Kriteria
Berkeupayaan memindahkan semua
catatan Jurnal Am dalam (2.4) ke dalam
akaun yang berkaitan dengan tepat.
Berkeupayaan memindahkan semua
catatan Jurnal Am dalam (2.4) ke akaun
yang berkaitan tetapi tidak tepat.
Berkeupayaan memindahkan sebahagian
catatan Jurnal Am dalam (2.4) ke akaun
yang berkaitan dengan tepat.
Berkeupayaan memindahkan sebahagian
catatan Jurnal Am dalam (2.4) ke akaun
yang berkaitan tetapi tidak tepat.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Akaun
Pelarasan
Bil.
2.5
Catatan
(i) Lengkap
dan tepat:
Tarikh, butiran
dan angka
mesti betul.
(ii) Lajur
folio perlu
dilengkapkan.
Kriteria
Berkeupayaan merekod semua pelarasan
di 2.3 ke dalam Jurnal Am dengan tepat.
Berkeupayaan merekod semua pelarasan
di 2.3 ke dalam Jurnal Am tetapi
tidak tepat.
Berkeupayaan merekod sebahagian
pelarasan di 2.3 ke dalam Jurnal Am
dengan tepat.
Berkeupayaan merekod sebahagian
pelarasan di 2.3 ke dalam Jurnal Am tetapi
tidak tepat.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Jurnal Am
Bil.
2.4
Catatan
(i) Tepat:
Tarikh, butir,
angka dan
catatan debit
dan kredit
yang betul
(ii) Keterangan
diperlukan
bagi setiap
Jurnal Am
(iii) Lajur
folio perlu
dilengkapkan
TERHAD 12 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 3.0 : Kemahiran Menganalisis
Elemen 3.0 : Kemahiran Menganalisis
Kriteria
Berkeupayaan menyediakan Akaun Kawalan
Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang
dengan lengkap dan tepat.
Berkeupayaan menyediakan Akaun Kawalan
Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang
dengan lengkap tetapi tidak tepat.
Berkeupayaan menyediakan Akaun Kawalan
Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang
tetapi tidak lengkap.
Berkeupayaan menyediakan salah satu
Akaun Kawalan
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Akaun
Kawalan
Bil.
2.6
Catatan
(i) Lengkap
dan tepat:
Tarikh,
butiran,
dan angka
mesti betul
(ii) Lajur
folio perlu
dilengkapkan
Kriteria
Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga
Terselaras berdasarkan baki dari lejar dan
buku tunai dengan lengkap dan tepat.
Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga
Terselaras berdasarkan semua baki dari lejar
dan Buku Tunai dengan lengkap tetapi tidak
tepat.
Berkeupayaan menyediakan sebahagian
Imbangan Duga Terselaras berdasarkan baki
dari lejar dan Buku Tunai dengan lengkap
dan tepat.
Berkeupayaan menyediakan sebahagian
Imbangan Duga Terselaras tetapi tidak tepat.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Imbangan
Duga
Terselaras
Bil.
2.7
Catatan
Rujuk 2.2,
2.5 dan 2.6
Imbangan
Duga yang
lengkap
mengandungi:
* Nama
perniagaan
* Tajuk
* Lajur debit
dan kredit
* Jumlah
TERHAD 13 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Menyediakan Penyata Pendapatan dengan
format yang betul berdasarkan Imbangan
Duga Terselaras dalam (2.7).
Menyediakan Penyata Pendapatan dengan
format yang betul berdasarkan Imbangan Duga
Terselaras tetapi terdapat satu hingga
lima kesilapan.
Menyediakan Penyata Pendapatan dengan
format yang betul berdasarkan Imbangan Duga
Terselaras tetapi terdapat lebih dari
lima kesilapan.
Berkeupayaan menyediakan Penyata
Pendapatan dengan sekurang-kurangnya satu
item betul.
Tiada evidens dikemukakan.
Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi
KriteriaGred
A
B
C
D
E
CatatanAspek
Kunci
Kira-kira
Bil.
2.9 (i) Menyediakan Kunci Kira-kira dalam
bentuk penyata dengan lengkap dan tepat
berdasarkan Imbangan Duga Terselaras.
(ii) Menunjukkan modal kerja dalam Kunci
Kira-kira.
Menyediakan Kunci Kira-kira berdasarkan
Imbangan Duga Terselaras tetapi terdapat
satu hingga lima kesilapan.
Menyediakan Kunci Kira-kira berdasarkan
Imbangan Duga Terselaras tetapi terdapat
lebih daripada lima kesilapan.
Berkeupayaan menyediakan Kunci Kira
kira dengan sekurang-kurangnya satu
item betul.
Tiada evidens dikemukakan.
Jenis-jenis
kesilapan:
* Salah
komponen
* Butiran
asing
* Angka
berbeza
dari
Imbangan
Duga
* Operasi
Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi
KriteriaGred
A
B
C
D
E
CatatanAspek
Penyata
Pendapatan
Bil.
2.8 Jenis-jenis
kesilapan:
*Salah
komponen
*Butiran
asing
*Angka
berbeza
dari
imbangan
duga
*Operasi
TERHAD 14 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi
Elemen 3.0 : Kemahiran Menganalisis
Kriteria
Menghitung dengan tepat sekurang-
kurangnya satu nisbah bagi setiap
nisbah berikut:
(i) Nisbah keberuntungan
(ii) Nisbah kecairan
(iii)Nisbah kecekapan
Menghitung mana-mana dua
nisbah dengan tepat.
Menghitung satu nisbah dengan tepat.
Menghitung nisbah tetapi tidak tepat.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Menghitung
Nisbah
Dalam
Penyata
Kewangan
Bil.
2.10
Catatan
Rumus dan
jalan kerja
mesti
ditunjukkan
Kriteria
Mentafsir dengan tepat sekurang-
kurangnya satu nisbah bagi setiap
nisbah berikut:
(i) Nisbah keberuntungan
(ii) Nisbah kecairan
(iii)Nisbah kecekapan
Mentafsir mana-mana dua nisbah
dengan betul.
Mentafsir mana-mana satu nisbah
dengan betul.
Mentafsir nisbah dengan betul.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Analisis
Penyata
Kewangan
dan Analisis
Nisbah
Bil.
3.1
Catatan
Rujuk 2.1
TERHAD 15 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 4.0 : Kemahiran Membuat Keputusan
KriteriaGred
A
B
C
D
E
CatatanAspek
Keputusan
Perniagaan
Bil.
4.1 Berkeupayaan mengemukakan sekurang-
kurangnya tiga cadangan yang relevan
untuk meningkatkan prestasi
semasa perniagaan.
Berkeupayaan mengemukakan sekurang-
kurangnya dua cadangan yang relevan
untuk meningkatkan prestasi
semasa perniagaan.
Berkeupayaan mengemukakan sekurang-
kurangnya satu cadangan yang relevan
untuk meningkatkan prestasi
semasa perniagaan.
Mengemukakan cadangan tetapi
tidak relevan.
Tiada evidens dikemukakan.
Rujuk 2.8,
2.9, 2.10
dan 3.1
TERHAD 16 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 4.0 : Kemahiran Membuat Keputusan
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Perancangan
Perniagaan
Bil.
4.2
Catatan
Menyediakan Belanjawan Tunai
Tiada evidens dikemukakan.
Kriteria
Cadangan:
Rujuk alat
perancangan
seperti
Belanjawan
Tunai dan
Analisis
Nisbah
(i) Menyediakan Belanjawan Tunai.
berdasarkan semua maklumat berkaitan
belanjawan tunai.
(ii) Berkeupayaan mengemukakan
sekurang-kurangnya dua cadangan yang
relevan untuk meningkatkan prestasi
jangka panjang perniagaan serta
membuat rumusan.
(i) Menyediakan Belanjawan Tunai.
(ii) Berkeupayaan mengemukakan
sekurang-kurangnya satu cadangan yang
relevan untuk meningkatkan prestasi
jangka panjang perniagaan serta
membuat rumusan.
(i) Menyediakan Belanjawan Tunai.
(ii) Mengemukakan cadangan tetapi tidak
relevan
TERHAD 17 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 5.0 : Kemahiran Menggunakan TMK
Elemen 5.0 : Kemahiran Menggunakan TMK
CatatanKriteria
Berkebolehan menerangkan sekurang-
kurangnya dua aspek daripada hasil
tugasan projek dengan jelas
dan meyakinkan.
Berkebolehan menerangkan sekurang-
kurangnya satu aspek daripada hasil
tugasan projek dengan jelas
dan meyakinkan.
Berkebolehan menerangkan sekurang-
kurangnya satu aspek daripada hasil
tugasan projek.
Berkebolehan mempamerkan kemahiran
komunikasi secara minima.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Bil.
5.2
Aspek
Komunikasi
Kriteria
Berkebolehan menyediakan semua aspek
dalam tugasan projek dengan
berbantukan komputer.
Berkebolehan menyediakan sekurang-
kurangnya sepuluh aspek dalam tugasan
projek dengan berbantukan komputer.
Berkebolehan menyediakan sekurang-
kurangnya lima aspek dalam tugasan
projek dengan berbantukan komputer.
Berkebolehan menyediakan sekurang-
kurangnya satu aspek dalam tugasan
projek dengan berbantukan komputer.
Tiada evidens dikemukakan.
(Semua hasil tugasan secara manual)
CatatanGred
A
B
C
D
E
Aspek
Penggunaan
Komputer
Bil.
5.1
TERHAD 18 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 6.0 : Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan
Kriteria
(i) Berkeupayaan menyusun urus niaga
mengikut urutan tarikh.
(ii) Berkeupayaan mempamerkan proses
kitaran perakaunan mengikut urutan
yang betul.
(iii) Berkeupayaan menghasilkan tugasan
projek dan menyusun isi kandungan
secara kemas, lengkap dan teratur.
(i) Berkeupayaan merekodkan catatan
dalam lejar mengikut urutan tarikh.
(ii) Berkeupayaan mempamerkan proses
kitaran perakaunan mengikut urutan
yang betul.
(iii) Tugasan tidak disusun secara teratur
dan sistematik.
(i) Berkeupayaan merekod catatan dalam
lejar mengikut urutan tarikh.
(ii) Berkeupayaan mempamerkan proses
kitaran perakaunan tetapi tidak
mengikut urutan yang betul.
Berkeupayaan mempamerkan proses
kitaran perakaunan tetapi tidak
mengikut urutan yang betul.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Sistematik
Bil.
6.1
Catatan
TERHAD 19 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 6.0 : Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan
Kriteria
(i) Hasil tugasan adalah hasil kerja sendiri.
(ii) Menepati jadual kerja yang
ditetapkan.
(iii) Melaksanakan tugasan projek dengan
penuh tanggungjawab, jujur
dan amanah.
(i) Hasil tugasan adalah hasil kerja
sendiri.
(ii) Menepati sebahagian jadual kerja
yang ditetapkan.
(iii) Melaksanakan tugasan projek dengan
penuh tanggungjawab, jujur
dan amanah.
(i) Hasil tugasan adalah hasil
kerja sendiri.
(ii) Menepati sebahagian jadual kerja
yang ditetapkan.
Menghasilkan tugasan tetapi tidak
menepati jadual kerja yang ditetapkan.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Akauntabiliti
Bil.
6.2
Catatan
TERHAD 20 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 5.0 : Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan
Kriteria
(i) Mengamalkan semua proses
perekodan mengikut konsep dan
prinsip perakaunan.
(ii) Berkeupayaan membuat semua
pelarasan yang rasional.
(iii) Membuat keputusan dan perancangan
perniagaan yang rasional.
(i) Mengamalkan sebahagian proses
perekodan mengikut konsep dan
prinsip perakaunan.
(ii) Berkeupayaan membuat semua
pelarasan yang rasional.
(iii) Membuat keputusan dan perancangan
perniagaan yang rasional.
(i) Mengamalkan sebahagian proses
perekodan mengikut konsep dan
prinsip perakaunan.
(ii) Berkeupayaan membuat sebahagian
pelarasan yang rasional.
(iii) Membuat keputusan dan perancangan
perniagaan.
Mengamalkan sebahagian proses
perekodan mengikut konsep dan
prinsip perakaunan.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Rasional
Bil.
6.3
Catatan
TERHAD 21 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Elemen 6.0 : Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan
Kriteria
(i) Menyiapkan tugasan projek dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
(ii) Menepati jadual kerja yang ditetapkan.
(i) Menyiapkan tugasan projek dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
(ii) Menepati sebahagian jadual kerja
yang ditetapkan.
(i) Menyiapkan tugasan projek dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
(ii) Tidak menepati jadual kerja yang
ditetapkan.
(i) Tidak menyiapkan tugasan projek
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
(ii) Tidak menepati jadual kerja yang
ditetapkan.
Tiada evidens dikemukakan.
Gred
A
B
C
D
E
Aspek
Ketepatan
Bil.
6.4
Catatan
TERHAD 22 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
10.0 PENGIRAAN UNTUK MENDAPATKAN GRED ELEMEN DAN GRED
PENCAPAIAN KESELURUHAN 3756/3
10.1 Pengiraan untuk mendapatkan gred elemen dibuat dengan cara berikut:
(a) Tukarkan gred tiap-tiap aspek yang diperoleh ke dalam nilai numerik
berdasarkan jadual di bawah.
(b) Darabkan nilai numerik (n) dengan wajaran (w) sesuatu aspek.
(c) Jumlahkan nilai (n × w ) bagi semua aspek.
(d) Jumlah wajaran (w) bagi setiap aspek.
(e) Bahagikan jumlah (n × w) dengan jumlah (w).
(f) Bundarkan nilai daripada (e) kepada satu titik perpuluhan.
(g) Tentukan gred elemen dengan merujuk jadual di bawah.
Julat
3.5 ke atas
2.5 – 3.4
1.5 – 2.4
< 1.5
0
Gred Elemen
A
B
C
D
E
Gred
A
B
C
D
E
(Tiada
evidens)
Unit Numerik
4
3
2
1
0
(Pelajar tidak mengemukakan
sebarang kriteria untuk dinilai)
TERHAD 23 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
10.2 Rumusan Skor
11.0 PELAPORAN
11.1 Prestasi calon dalam melaksanakan tugasan dalam Kertas 3 akan dilaporkan
secara berasingan mengikut gred elemen. Definisi bagi tiap-tiap gred (skor)
elemen adalah seperti berikut:
11.2 Gred (skor) tugasan ini akan direkod dan dihantar ke Lembaga Peperiksaan.
11.3 Pihak sekolah dikehendaki menyediakan sijil yang melaporkan tentang
pencapaian calon bagi setiap elemen dan gred yang diperoleh selaras dengan
hasrat Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
A
B
C
D
E
DefinisiGred Elemen
Cemerlang
Kepujian
Memuaskan
Tidak mencapai tahap yang memuaskan
Gagal
A
B
C
D
E
DefinisiGred Elemen
Cemerlang
Kepujian
Memuaskan
Tidak mencapai tahap yang memuaskan
Gagal
TERHAD 24 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
MEIJUN
KEMAHIRAN
PerancanganAwal
TaklimatGuru
ProsesTugasan
PengenalanPerniagaan
ProfilPerniagaan
PengeposankeLejar
PenyediaanImbanganDuga
PelarasandanPerekodan
AkaunKawalan
ImbanganDugaTerselaras
PenyediaanPenyataKewangan
Pengiraannisbahdantafsiran
Belanjawantunai
APRIL
12341231432
Menganalisis
PengurusandanPenilaian
AnalisisPenyataKewangandanAnalisisNisbah
JULAI
21443
Lampiran 1
MembuatKeputusan
PerancanganPerniagaan
KemasukanMarkahOn-linekeLP
PenggunaanTMK
NilaiMurni
PenggunaanKomputer
Komunikasi
KeputusanPerniagaan
markahyangtelahdimasukkandiTingkatan4)
KemasukanMarkahkeE-PPK3(digabungkanbersama
PenilaiandanPentaksiran
PengumpulandanSemakanTugasan
JadualPelaksanaanTugasanProjek
TERHAD 25 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Perakuan Calon Tentang Ketulenan
Tugasan Projek Kertas 3756/3
Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk
memenuhi syarat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 bagi mata
pelajaran Prinsip Perakaunan 3756 adalah tulen.
Tandatangan Calon : _____________________________
Nama Calon : _____________________________
No. Kad Pengenalan : _____________________________
Angka Giliran Calon : _____________________________
Lampiran 2
• Borang perakuan ini mestilah disertakan di bahagian hadapan Tugasan Projek.
TERHAD 26 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Lampiran 3
Profil Perniagaan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
Nama Perniagaan
Nama Pemilik
Lokasi / Alamat
Jenis Perniagaan
Tempoh Perakaunan
Tempoh Rekod
Modal Perniagaan
Jumlah Pekerja
Status Perniagaan
Nama dan Alamat Bank
Nombor Akaun
TERHAD 27 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Lampiran 4
Senarai Semak dan Penilaian Guru
Pengenalan Perniagaan
Profil Perniagaan
Pengeposan ke Lejar
Imbangan Duga
Senarai pelarasan
Catatan pelarasan
Akaun Kawalan
Imbangan Duga Terselaras
Akaun Penamat
Pengiraan nisbah
Tafsiran nisbah
Belanjawan tunai
Menganalisis
Analisis Penyata Kewangan
Membuat keputusan
Keputusan Perniagaan
Perancangan Perniagaan
Penggunaan TMK
Penggunaan Komputer
Komunikasi
Nilai Murni
Sistematik
Akauntabiliti
Rasional
Ketepatan
Bil. Fasa Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Proses Tugasan
13
14
15
16
17
18
19
20
21
TERHAD 28 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Lampiran 5
Borang Pentaksiran Individu
Nama : ...........................................................
No. Kad Pengenalan : ...........................................................
Angka Giliran : ...........................................................
3
1
1
2
2
2
1
3
3
2
20
Purata
Gred Elemen
Bil. Gred Nilai (n) (nxw)
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
2.8
2.9
2.10
Aspek
Elemen 2.0 Pengetahuan Mengaplikasi
Wajaran (w)
Lejar
Imbangan Duga
Pelarasan
Jurnal Am
Akaun Pelarasan
Akaun Kawalan
Imbangan Duga Terselaras
Penyata Pendapatan
Kunci Kira-kira
Menghitung Nisbah Dalam
Penyata Kewangan
Jumlah
1
1
2
Purata
Gred Elemen
Pengenalan Perniagaan
Profil Perniagaan
Bil. Gred Nilai (n) (nxw)
1.1
1.2
Aspek
Elemen 1.0 Pengetahuan dan Kefahaman
Wajaran (w)
Jumlah
TERHAD 29 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
1
3
4
Purata
Gred Elemen
Bil. Gred Nilai (n) (nxw)
4.1
4.2
Aspek
Elemen 4.0 Kemahiran Membuat Keputusan
Wajaran (w)
Keputusan Perniagaan
Perancangan Perniagaan
Jumlah
1
1
Purata
Gred Elemen
Analisis Penyata Kewangan
dan Analisis Nisbah
Bil. Gred Nilai (n) (nxw)
3.1
Aspek
Elemen 3.0 Kemahiran Menganalisis
Wajaran (w)
Jumlah
TERHAD 30 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
1
2
3
Purata
Gred Elemen
Bil. Gred Nilai (n) (nxw)
5.1
5.2
Aspek
Elemen 5.0 Kemahiran Menggunakan TMK
Wajaran (w)
Penggunaan Komputer
Komunikasi
Jumlah
1
1
1
1
4
Purata
Gred Elemen
Bil. Gred Nilai (n) (nxw)
6.1
6.2
6.3
6.4
Aspek
Elemen 6.0 Nilai-nilai Murni dalam Perakaunan
Wajaran (w)
Sistematik
Akauntabiliti
Rasional
Ketepatan
Jumlah
TERHAD 31 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
2
20
1
Bil. Gred Elemen (nxw)
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
Elemen
GRED KESELURUHAN
Pengetahuan dan Kefahaman
Kemahiran Mengaplikasi
Kemahiran Menganalisis
Kemahiran Membuat
Keputusan
Kemahiran Menggunakan
TMK
Nilai-nilai Murni dalam
Perakaunan
Jumlah
Purata dan Peratus
Gred Keseluruhan
4
3
4
34
(w)∑ ∑
Personel TarikhNama Tandatangan
Calon
Pentaksir
Sekolah
Ketua Pentaksir
Sekolah
TERHAD 32 3756/3
3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Dengan ini disahkan bahawa Projek Prinsip Perakaunan 3756/3 telah dilaksanakan
dan maklumat di atas adalah benar.
Nama Sekolah : ..............................................................
Tandatangan Guru Pentaksir : .........................................
Nama Guru Pentaksir : ....................................................
Tarikh : ..........................................................................
Tandatangan Pengetua : ..................................................
Nama Pengetua dan Cap Rasmi Sekolah : .......................
Tarikh : ..................................
PANDUAN TAMAT
Lampiran6
Borang Rumusan Skor Tugasan Projek
Bil.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Nama Calon
Angka
Giliran
Nombor
K/P
Skor (%)
KK1 KK2
GredMarkah
Purata

More Related Content

What's hot

Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Garis panduan pengurusan_kik_di_ums
Garis panduan pengurusan_kik_di_umsGaris panduan pengurusan_kik_di_ums
Garis panduan pengurusan_kik_di_umszzez777
 
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015    Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015 RAMLAH BINTI A. RANI
 
1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasi1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasishaleyati mohamed
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiRAMLAH BINTI A. RANI
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg21. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2Cikgu Syahidon
 
TAKLIMAT MODUL e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU
TAKLIMAT MODUL  e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURUTAKLIMAT MODUL  e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU
TAKLIMAT MODUL e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURUsamttar
 
0.2 kandungan folio
0.2  kandungan folio0.2  kandungan folio
0.2 kandungan folioRafhan Gtr
 
Manual pbs 2014
Manual pbs 2014Manual pbs 2014
Manual pbs 2014Mohd Ariff
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppALSAFII
 
Dpk 2.0 Sains f4
Dpk 2.0 Sains f4 Dpk 2.0 Sains f4
Dpk 2.0 Sains f4 meanum
 
2. taklimat sistem e prestasi
2. taklimat sistem e prestasi2. taklimat sistem e prestasi
2. taklimat sistem e prestasiALSAFII
 

What's hot (17)

Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
 
Garis panduan pengurusan_kik_di_ums
Garis panduan pengurusan_kik_di_umsGaris panduan pengurusan_kik_di_ums
Garis panduan pengurusan_kik_di_ums
 
Pp manual kk (9464) 2017
Pp manual kk (9464) 2017Pp manual kk (9464) 2017
Pp manual kk (9464) 2017
 
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
 
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015    Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
 
1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasi1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasi
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
 
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
 
Taklimat PBPP: 2. Taklimat Sistem ePrestasi
Taklimat PBPP: 2. Taklimat Sistem ePrestasiTaklimat PBPP: 2. Taklimat Sistem ePrestasi
Taklimat PBPP: 2. Taklimat Sistem ePrestasi
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg21. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
 
TAKLIMAT MODUL e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU
TAKLIMAT MODUL  e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURUTAKLIMAT MODUL  e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU
TAKLIMAT MODUL e-PRESTASI SISTEM MAKLUMAT GURU
 
0.2 kandungan folio
0.2  kandungan folio0.2  kandungan folio
0.2 kandungan folio
 
Manual pbs 2014
Manual pbs 2014Manual pbs 2014
Manual pbs 2014
 
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Dpk 2.0 Sains f4
Dpk 2.0 Sains f4 Dpk 2.0 Sains f4
Dpk 2.0 Sains f4
 
2. taklimat sistem e prestasi
2. taklimat sistem e prestasi2. taklimat sistem e prestasi
2. taklimat sistem e prestasi
 

Similar to 2013 3756 3 pp t.5 crc2

Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRPanduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRJeya Kumar
 
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERMODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERRuudz Dy
 
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbpppshaleyati mohamed
 
Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Venny Chang
 
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfpanduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfNORIDAYUBTSHARIFFMoe
 
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdfBUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdfMuhammadIzuan6
 
Panduan keberhasilan
Panduan keberhasilanPanduan keberhasilan
Panduan keberhasilansyahusim
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfcekgudeen
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppUmira Mohamad
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppCikgu Syahidon
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014RAMLAH BINTI A. RANI
 

Similar to 2013 3756 3 pp t.5 crc2 (20)

Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRPanduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
 
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERMODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
5_6100683151963587217.pptx
5_6100683151963587217.pptx5_6100683151963587217.pptx
5_6100683151963587217.pptx
 
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
2. i) Manual am pelaksanaan pbppp
 
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbpppTaklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
 
Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015
 
TEMPLATE KOSONG (1).pptx
TEMPLATE KOSONG  (1).pptxTEMPLATE KOSONG  (1).pptx
TEMPLATE KOSONG (1).pptx
 
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfpanduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
 
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdfBUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
BUKU PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
 
Panduan keberhasilan
Panduan keberhasilanPanduan keberhasilan
Panduan keberhasilan
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
 
Peraturan akademik
Peraturan akademikPeraturan akademik
Peraturan akademik
 

More from Nor Ainee

Sejarah aqilah
Sejarah aqilahSejarah aqilah
Sejarah aqilahNor Ainee
 
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014Nor Ainee
 
Soalan akaun kertas 3 ting 4 2013
Soalan akaun kertas 3 ting 4 2013Soalan akaun kertas 3 ting 4 2013
Soalan akaun kertas 3 ting 4 2013Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014Nor Ainee
 
2012 3756 3 qp crc
2012 3756 3 qp crc2012 3756 3 qp crc
2012 3756 3 qp crcNor Ainee
 
Syarikat berhad 1 modal
Syarikat berhad 1 modalSyarikat berhad 1 modal
Syarikat berhad 1 modalNor Ainee
 
Perkongsian 1
Perkongsian 1Perkongsian 1
Perkongsian 1Nor Ainee
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrsNor Ainee
 
Sej t2 (bab 4)
Sej t2 (bab 4)Sej t2 (bab 4)
Sej t2 (bab 4)Nor Ainee
 
Gambar brooke
Gambar brookeGambar brooke
Gambar brookeNor Ainee
 
Pelan kedudukan2014
Pelan kedudukan2014Pelan kedudukan2014
Pelan kedudukan2014Nor Ainee
 
Konsep perakaunan ting 4 empat
Konsep perakaunan ting 4 empatKonsep perakaunan ting 4 empat
Konsep perakaunan ting 4 empatNor Ainee
 

More from Nor Ainee (17)

Sejarah aqilah
Sejarah aqilahSejarah aqilah
Sejarah aqilah
 
Soalan 2014
Soalan 2014Soalan 2014
Soalan 2014
 
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
 
Masuk
MasukMasuk
Masuk
 
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
 
Soalan akaun kertas 3 ting 4 2013
Soalan akaun kertas 3 ting 4 2013Soalan akaun kertas 3 ting 4 2013
Soalan akaun kertas 3 ting 4 2013
 
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
Prinsip perakaunan qp_3756_3_spm2014
 
2012 3756 3 qp crc
2012 3756 3 qp crc2012 3756 3 qp crc
2012 3756 3 qp crc
 
Syarikat berhad 1 modal
Syarikat berhad 1 modalSyarikat berhad 1 modal
Syarikat berhad 1 modal
 
Akta 135
Akta 135Akta 135
Akta 135
 
Perkongsian 1
Perkongsian 1Perkongsian 1
Perkongsian 1
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
 
Sej t2 (bab 4)
Sej t2 (bab 4)Sej t2 (bab 4)
Sej t2 (bab 4)
 
Luas kuasa
Luas kuasaLuas kuasa
Luas kuasa
 
Gambar brooke
Gambar brookeGambar brooke
Gambar brooke
 
Pelan kedudukan2014
Pelan kedudukan2014Pelan kedudukan2014
Pelan kedudukan2014
 
Konsep perakaunan ting 4 empat
Konsep perakaunan ting 4 empatKonsep perakaunan ting 4 empat
Konsep perakaunan ting 4 empat
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

2013 3756 3 pp t.5 crc2

  • 1. TERHAD 1 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 3756/3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April – Mei 2012 PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3 APRIL HINGGA MEI 2012 Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek ini mengandungi 32 halaman bercetak.
  • 2. TERHAD 2 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Objektif Mata Pelajaran 3.0 Objektif Pentaksiran 4.0 Maklumat Am 5.0 Maklumat Kepada Calon 6.0 Maklumat Kepada Guru 7.0 Elemen dan Aspek Yang Dinilai 8.0 Carta Alir Pentaksiran Terkawal (Controlled Assessment) 9.0 Kriteria Penilaian 10.0 Pengiraan Untuk Mendapatkan Gred Elemen dan Gred Pencapaian Keseluruhan 3756/3 11.0 Pelaporan Lampiran : Lampiran 1 : Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek Lampiran 2 : Perakuan Calon Tentang Ketulenan Tugasan Projek Lampiran 3 : Profil Perniagaan Lampiran 4 : Senarai Semak dan Penilaian Guru Lampiran 5 : Borang Pentaksiran Individu Lampiran 6 : Borang Rumusan Skor Tugasan Projek HALAMAN 3 3 4 4 4 5 6 7 8 22 23 24 25 26 27 28 32
  • 3. TERHAD 3 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD MAKLUMAT TUGASAN PROJEK 1.0 PENGENALAN Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dikehendaki melaksanakan tugasan projek sebagai satu daripada keperluan persijilan. Tugasan projek dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pentaksiran berdasarkan hasilan tugasan calon semasa di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang menepati objektif pentaksiran seperti yang telah ditetapkan. Tugasan projek ini memberi peluang kepada calon untuk melalui dan mengalami pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai. Bimbingan akan dijalankan oleh guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan yang ditetapkan. Hasilan akhir tugasan projek akan menjadi asas pentaksiran. Skor adalah bersandarkan kepada darjah penguasaan elemen dan kriteria pentaksiran yang ditetapkan. Guru dikehendaki mengemukakan skor tugasan projek bagi setiap pelajarnya kepada Lembaga Peperiksaan. Pendedahan dan penguasaan kefahaman calon tentang seluruh proses kitaran perakaunan diterjemahkan melalui penghasilan tugasan projek yang diintegrasikan dengan berbantukan komputer. Pengukuran sesuatu elemen adalah berdasarkan kepada kriteria tertentu mengikut piawaian di peringkat kebangsaan. Elemen-elemen pentaksiran mencakupi hampir keseluruhan aspek yang ada dalam perakaunan. Buku ini mengandungi maklumat tugasan projek yang mesti dilaksanakan oleh calon serta panduan pentaksiran tugasan bagi pentaksir (guru). Maklumat dan arahan yang terkandung dalam buku ini telah dirancang dengan teliti bagi membolehkan tugasan projek disempurnakan dalam tempoh 8 minggu dan mempunyai ruang masa yang mencukupi kepada guru pentaksir untuk menilai hasilan tugasan projek calon. 2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN Objektif mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah untuk membolehkan pelajar: 2.1 Menghuraikan konsep dan kitaran perakaunan yang diamalkan dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. 2.2 Menyediakan satu set akaun yang lengkap untuk perniagaan milikan tunggal dan organisasi bukan perniagaan berdasarkan aktiviti-aktiviti perniagaan entiti secara manual dan berkomputer. 2.3 Mengaplikasikan prinsip pengurusan tunai. 2.4 Membuat perbandingan dari aspek-aspek perakaunan bagi pemilikan perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi bukan perniagaan. 2.5 Mengaplikasikan analisis kos-volum untung untuk membuat keputusan. 2.6 Menilai prestasi kewangan sesebuah perniagaan dengan menggunakan analisis nisbah asas. 2.7 Mempamerkan kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, pengurusan dan kepimpinan serta etika profesion dalam melaksanakan aktiviti perakaunan. 2.8 Mampu menggunakan teknologi maklumat dalam bidang perakaunan.
  • 4. TERHAD 4 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN Objektif Pentaksiran (OP) Prinsip Perakaunan yang dikenal pasti adalah seperti berikut: 3.1 Pengetahuan dan Kefahaman 3.2 Kemahiran Mengaplikasi 3.3 Kemahiran Menganalisis 3.4 Kemahiran Membuat Keputusan 3.5 Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 3.6 Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan 4.0 MAKLUMAT AM 4.1 Tugasan projek ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 10 minggu. (Penyiapan projek : 8 minggu, pengurusan dan penilaian: 2 minggu. Contoh Jadual Pelaksanaan Projek adalah seperti di Lampiran 1.) 4.2 Tugasan projek bagi pelajar Tingkatan 4 akan dimulakan pada bulan Ogos hingga September manakala bagi pelajar Tingkatan 5 dimulakan pada bulan April hingga Mei setiap tahun. 4.3 Pentaksir sekolah adalah guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan. 4.4 Penilaian tugasan projek ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. 4.5 Penilaian tugasan projek ini dilakukan secara berterusan dalam tempoh yang ditetapkan. 4.6 Elemen, aspek dan kriteria dalam buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek ini hendaklah dimaklumkan kepada calon. 4.7 Soalan tugasan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di http://apps2.moe.gov.my/lpm. 4.8 Skor bagi setiap calon hendaklah dimasukkan ke dalan hamparan elektronik E-PPK3. 5.0 MAKLUMAT KEPADA CALON 5.1 Calon wajib melaksana dan menyelesaikan tugasan projek Prinsip Perakaunan 3756/3 secara individu. 5.2 Penilaian akan dibuat berdasarkan proses kerja dan hasil kerja akhir calon. 5.3 Penilaian hasil kerja calon dan pemberian skor akan dilakukan sepanjang masa tugasan projek dilaksanakan. 5.4 Pemberian markah dan gred keseluruhan dibuat setelah tugasan projek disiapkan. 5.5 Calon dikehendaki menandatangani perakuan tentang ketulenan tugasan projek yang dihasilkan. (Lampiran 2) 5.6 Calon dikehendaki melaksanakan tugasan projek ini dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
  • 5. TERHAD 5 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 6.0 MAKLUMAT KEPADA GURU 6.1 Perancangan dan Pelaksanaan 6.1.1 Guru hendaklah memberikan penerangan yang jelas kepada calon tentang perancangan dan pelaksanaan keseluruhan tugasan projek. 6.1.2 Guru hendaklah memastikan setiap calon menyediakan profil perniagaan serta senarai semak dan penilaian guru. (Lampiran 3 dan Lampiran 4) 6.1.3 Guru hendaklah membimbing calon supaya dapat mematuhi jadual kerja dalam melaksanakan tugasan projek dengan penuh tanggungjawab. 6.1.4 Guru hendaklah membuat penilaian kerja calon secara berterusan serta melaksanakan Pentaksiran Terkawal (Controlled Assessment). 6.1.5 Pihak pengurusan sekolah diminta menyediakan kemudahan komputer atau makmal komputer untuk pelajar menyempurnakan tugasan projek 3756/3. Oleh itu, dicadangkan jadual penggunaan makmal komputer sekolah disediakan bagi memastikan calon berjaya menyiapkan tugasan projek 3756/3 dalam tempoh masa yang ditetapkan. 6.1.6 Guru juga hendaklah melaksanakan pentaksiran yang adil dan saksama serta mempunyai integriti yang tinggi. 6.2 Penilaian 6.2.1 Pentaksir dikehendaki mengisi Borang Pentaksiran Individu (Lampiran 5). Gred dan skor bagi setiap aspek yang dinilai hendaklah diisi dalam borang berkenaan. 6.2.2 Aktiviti pengesanan, pemantauan dan penyetaraan akan dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan. 6.2.3 Pentaksir hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan segera terhadap sebarang komen atau nasihat daripada pegawai berkenaan. 6.2.4 Pentaksir dikehendaki mencetak Borang Rumusan Skor Tugasan Projek Prinsip Perakaunan. (Lampiran 6) 6.2.5 Borang Rumusan Skor Tugasan Projek yang telah dicetak hendaklah disahkan oleh Ketua Pentaksir Sekolah dan Pengetua. Borang ini hendaklah difailkan dan disimpan di tempat yang selamat di sekolah. 6.2.6 Hasil kerja calon (eviden) mesti disimpan di tempat yang berkunci selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan. 6.2.7 Pentaksir juga mestilah memasukkan skor projek calon secara 'on-line' pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Maklumat lanjut akan diberikan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), Jabatan Pelajaran Negeri.
  • 6. TERHAD 6 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI Elemen 1.0: Pengetahuan dan Kefahaman 1.1 Pengenalan Perniagaan 1.2 Profil Perniagaan Elemen 2.0: Kemahiran Mengaplikasi 2.1 Lejar 2.2 Imbangan Duga 2.3 Pelarasan 2.4 Jurnal Am 2.5 Akaun Pelarasan 2.6 Akaun Kawalan 2.7 Imbangan Duga Terselaras 2.8 Penyata Pendapatan 2.9 Kunci Kira-kira 2.10 Menghitung Nisbah Dalam Penyata Kewangan Elemen 3.0: Kemahiran Menganalisis 3.1 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah Elemen 4.0: Kemahiran Membuat Keputusan 4.1 Keputusan Perniagaan 4.2 Perancangan Perniagaan Element 5.0: Kemahiran Menggunakan TMK 4.1 Penggunaan Komputer 4.2 Komunikasi Elemen 6.0: Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan 5.1 Sistematik 5.2 Akauntabiliti 5.3 Rasional 5.4 Ketepatan
  • 7. TERHAD 7 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 8.0 CARTA ALIR PENTAKSIRAN TERKAWAL (CONTROLLED ASSESSMENT) Tahap Kawalan: T (Tinggi) – Kawalan pada tahap tinggi S (Sederhana) – Kawalan pada tahap sederhana R (Rendah) – Kawalan pada tahap rendah       Pelaksanaan Projek 3756/3 Pengenalan dan penerangan tentang tugasan projek (S) Aktiviti penyelidikan dan pengumpulan maklumat (R) Menyedia dan menghasilkan projek (T/S) Aktiviti penilaian projek (T/S)     Penilaian guru dan aktiviti moderasi oleh Lembaga Peperiksaan (T) Produk akhir tugasan projek calon disimpan di tempat selamat (T)   Lembaga Peperiksaan menghasilkan instrumen pentaksiran 3756/3 dan dihantar ke sekolah (T)   Bimbingan guru / Maklum balas (S)       Calon mengemukakan tugasan projek akhir (final stage) untuk dinilai Penyiapan tugasan akhir (T) Pengesahan ketulenan projek (T)     Markah dihantar ke Lembaga Peperiksaan
  • 8. TERHAD 8 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 9.0 KRITERIA PENILAIAN Elemen 1.0 : Pengetahuan dan Kefahaman Elemen 1.0 : Pengetahuan dan Kefahaman Catatan Rujuk garis panduan dalam tugasan projek Kriteria Profil perniagaan dinyatakan dengan lengkap dan jelas. Profil perniagaan dinyatakan dengan jelas tetapi tertinggal atau tersilap satu item. Profil perniagaan dinyatakan tetapi tertinggal atau tersilap dua item. Profil perniagaan dinyatakan tetapi tertinggal atau tersilap lebih daripada dua item. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Profil Perniagaan Bil. 1.2 Catatan Rujuk Lampiran 3 Kriteria Menyatakan mana-mana tiga kriteria di dalam A. Menyatakan mana-mana dua kriteria di dalam A. Menyatakan salah satu kriteria di dalam A. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Pengenalan Perniagaan Bil. 1.1 (i) Menyatakan dengan jelas pengenalan perniagaan. (ii) Menyatakan sebab memilih perniagaan. (iii) Menyatakan kelebihan menjalankan perniagaan tersebut. (iv) Menyatakan risiko yang bakal dihadapi.
  • 9. TERHAD 9 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi Kriteria (i) Berkeupayaan memindahkan semua catatan dalam Buku Catatan Pertama dan Buku Tunai ke akaun berkaitan dengan lengkap dan tepat. (ii) Berkeupayaan mengemukakan maklumat dalam akaun yang berkaitan dengan lengkap dan tepat. (i) Berkeupayaan memindahkan semua catatan dalam Buku Catatan Pertama dan Buku Tunai ke akaun berkaitan dengan tepat. (ii) Berkeupayaan mengemukakan maklumat dalam akaun yang berkaitan dengan lengkap tetapi tidak tepat. (i) Berkeupayaan memindahkan sebahagian catatan dalam Buku Catatan Pertama dan Buku Tunai ke akaun berkaitan dengan tepat. (ii) Berkeupayaan mengemukakan maklumat dalam akaun yang berkaitan dengan lengkap dan tepat. (i) Berkeupayaan memindahkan beberapa catatan dalam Buku Catatan Pertama dan Buku Tunai ke akaun berkaitan dengan tepat. (ii) Berkeupayaan mengemukakan maklumat dalam akaun yang berkaitan dengan lengkap tetapi tidak tepat. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Lejar Bil. 2.1 Catatan (i)Akaun Tunai dan Akaun Bank tidak perlu disediakan (ii) Lengkap dan tepat: Tarikh, butiran dan angka mesti betul (iii) Lajur folioperlu dilengkapkan
  • 10. TERHAD 10 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi Catatan Imbangan Duga yang lengkap mengandungi: *Nama perniagaan *Tajuk *Lajur debit dan kredit *Jumlah Kriteria Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga berdasarkan semua baki dari lejar (2.1) dan Buku Tunai dengan lengkap dan tepat. Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga berdasarkan semua baki dari lejar (2.1) dan Buku Tunai dengan lengkap tetapi tidak tepat. Berkeupayaan menyediakan sebahagian Imbangan Duga berdasarkan baki-baki dari lejar (2.1) dan Buku Tunai. Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga tetapi tidak berdasarkan 2.1. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Imbangan Duga Bil. 2.2 Kriteria Berkeupayaan menyediakan semua pelarasan dengan tepat. Berkeupayaan menyediakan semua pelarasan tetapi tidak tepat. Berkeupayaan menyediakan sebahagian pelarasan dengan tepat. Berkeupayaan menyediakan sebahagian pelarasan tetapi tidak tepat. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Pelarasan Bil. 2.3 Catatan Tepat: Mengikut kehendak dalam tugasan projek
  • 11. TERHAD 11 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi Kriteria Berkeupayaan memindahkan semua catatan Jurnal Am dalam (2.4) ke dalam akaun yang berkaitan dengan tepat. Berkeupayaan memindahkan semua catatan Jurnal Am dalam (2.4) ke akaun yang berkaitan tetapi tidak tepat. Berkeupayaan memindahkan sebahagian catatan Jurnal Am dalam (2.4) ke akaun yang berkaitan dengan tepat. Berkeupayaan memindahkan sebahagian catatan Jurnal Am dalam (2.4) ke akaun yang berkaitan tetapi tidak tepat. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Akaun Pelarasan Bil. 2.5 Catatan (i) Lengkap dan tepat: Tarikh, butiran dan angka mesti betul. (ii) Lajur folio perlu dilengkapkan. Kriteria Berkeupayaan merekod semua pelarasan di 2.3 ke dalam Jurnal Am dengan tepat. Berkeupayaan merekod semua pelarasan di 2.3 ke dalam Jurnal Am tetapi tidak tepat. Berkeupayaan merekod sebahagian pelarasan di 2.3 ke dalam Jurnal Am dengan tepat. Berkeupayaan merekod sebahagian pelarasan di 2.3 ke dalam Jurnal Am tetapi tidak tepat. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Jurnal Am Bil. 2.4 Catatan (i) Tepat: Tarikh, butir, angka dan catatan debit dan kredit yang betul (ii) Keterangan diperlukan bagi setiap Jurnal Am (iii) Lajur folio perlu dilengkapkan
  • 12. TERHAD 12 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 3.0 : Kemahiran Menganalisis Elemen 3.0 : Kemahiran Menganalisis Kriteria Berkeupayaan menyediakan Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang dengan lengkap dan tepat. Berkeupayaan menyediakan Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang dengan lengkap tetapi tidak tepat. Berkeupayaan menyediakan Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang tetapi tidak lengkap. Berkeupayaan menyediakan salah satu Akaun Kawalan Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Akaun Kawalan Bil. 2.6 Catatan (i) Lengkap dan tepat: Tarikh, butiran, dan angka mesti betul (ii) Lajur folio perlu dilengkapkan Kriteria Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga Terselaras berdasarkan baki dari lejar dan buku tunai dengan lengkap dan tepat. Berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga Terselaras berdasarkan semua baki dari lejar dan Buku Tunai dengan lengkap tetapi tidak tepat. Berkeupayaan menyediakan sebahagian Imbangan Duga Terselaras berdasarkan baki dari lejar dan Buku Tunai dengan lengkap dan tepat. Berkeupayaan menyediakan sebahagian Imbangan Duga Terselaras tetapi tidak tepat. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Imbangan Duga Terselaras Bil. 2.7 Catatan Rujuk 2.2, 2.5 dan 2.6 Imbangan Duga yang lengkap mengandungi: * Nama perniagaan * Tajuk * Lajur debit dan kredit * Jumlah
  • 13. TERHAD 13 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Menyediakan Penyata Pendapatan dengan format yang betul berdasarkan Imbangan Duga Terselaras dalam (2.7). Menyediakan Penyata Pendapatan dengan format yang betul berdasarkan Imbangan Duga Terselaras tetapi terdapat satu hingga lima kesilapan. Menyediakan Penyata Pendapatan dengan format yang betul berdasarkan Imbangan Duga Terselaras tetapi terdapat lebih dari lima kesilapan. Berkeupayaan menyediakan Penyata Pendapatan dengan sekurang-kurangnya satu item betul. Tiada evidens dikemukakan. Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi KriteriaGred A B C D E CatatanAspek Kunci Kira-kira Bil. 2.9 (i) Menyediakan Kunci Kira-kira dalam bentuk penyata dengan lengkap dan tepat berdasarkan Imbangan Duga Terselaras. (ii) Menunjukkan modal kerja dalam Kunci Kira-kira. Menyediakan Kunci Kira-kira berdasarkan Imbangan Duga Terselaras tetapi terdapat satu hingga lima kesilapan. Menyediakan Kunci Kira-kira berdasarkan Imbangan Duga Terselaras tetapi terdapat lebih daripada lima kesilapan. Berkeupayaan menyediakan Kunci Kira kira dengan sekurang-kurangnya satu item betul. Tiada evidens dikemukakan. Jenis-jenis kesilapan: * Salah komponen * Butiran asing * Angka berbeza dari Imbangan Duga * Operasi Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi KriteriaGred A B C D E CatatanAspek Penyata Pendapatan Bil. 2.8 Jenis-jenis kesilapan: *Salah komponen *Butiran asing *Angka berbeza dari imbangan duga *Operasi
  • 14. TERHAD 14 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 2.0 : Kemahiran Mengaplikasi Elemen 3.0 : Kemahiran Menganalisis Kriteria Menghitung dengan tepat sekurang- kurangnya satu nisbah bagi setiap nisbah berikut: (i) Nisbah keberuntungan (ii) Nisbah kecairan (iii)Nisbah kecekapan Menghitung mana-mana dua nisbah dengan tepat. Menghitung satu nisbah dengan tepat. Menghitung nisbah tetapi tidak tepat. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Menghitung Nisbah Dalam Penyata Kewangan Bil. 2.10 Catatan Rumus dan jalan kerja mesti ditunjukkan Kriteria Mentafsir dengan tepat sekurang- kurangnya satu nisbah bagi setiap nisbah berikut: (i) Nisbah keberuntungan (ii) Nisbah kecairan (iii)Nisbah kecekapan Mentafsir mana-mana dua nisbah dengan betul. Mentafsir mana-mana satu nisbah dengan betul. Mentafsir nisbah dengan betul. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah Bil. 3.1 Catatan Rujuk 2.1
  • 15. TERHAD 15 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 4.0 : Kemahiran Membuat Keputusan KriteriaGred A B C D E CatatanAspek Keputusan Perniagaan Bil. 4.1 Berkeupayaan mengemukakan sekurang- kurangnya tiga cadangan yang relevan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. Berkeupayaan mengemukakan sekurang- kurangnya dua cadangan yang relevan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. Berkeupayaan mengemukakan sekurang- kurangnya satu cadangan yang relevan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. Mengemukakan cadangan tetapi tidak relevan. Tiada evidens dikemukakan. Rujuk 2.8, 2.9, 2.10 dan 3.1
  • 16. TERHAD 16 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 4.0 : Kemahiran Membuat Keputusan Gred A B C D E Aspek Perancangan Perniagaan Bil. 4.2 Catatan Menyediakan Belanjawan Tunai Tiada evidens dikemukakan. Kriteria Cadangan: Rujuk alat perancangan seperti Belanjawan Tunai dan Analisis Nisbah (i) Menyediakan Belanjawan Tunai. berdasarkan semua maklumat berkaitan belanjawan tunai. (ii) Berkeupayaan mengemukakan sekurang-kurangnya dua cadangan yang relevan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan serta membuat rumusan. (i) Menyediakan Belanjawan Tunai. (ii) Berkeupayaan mengemukakan sekurang-kurangnya satu cadangan yang relevan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan serta membuat rumusan. (i) Menyediakan Belanjawan Tunai. (ii) Mengemukakan cadangan tetapi tidak relevan
  • 17. TERHAD 17 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 5.0 : Kemahiran Menggunakan TMK Elemen 5.0 : Kemahiran Menggunakan TMK CatatanKriteria Berkebolehan menerangkan sekurang- kurangnya dua aspek daripada hasil tugasan projek dengan jelas dan meyakinkan. Berkebolehan menerangkan sekurang- kurangnya satu aspek daripada hasil tugasan projek dengan jelas dan meyakinkan. Berkebolehan menerangkan sekurang- kurangnya satu aspek daripada hasil tugasan projek. Berkebolehan mempamerkan kemahiran komunikasi secara minima. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Bil. 5.2 Aspek Komunikasi Kriteria Berkebolehan menyediakan semua aspek dalam tugasan projek dengan berbantukan komputer. Berkebolehan menyediakan sekurang- kurangnya sepuluh aspek dalam tugasan projek dengan berbantukan komputer. Berkebolehan menyediakan sekurang- kurangnya lima aspek dalam tugasan projek dengan berbantukan komputer. Berkebolehan menyediakan sekurang- kurangnya satu aspek dalam tugasan projek dengan berbantukan komputer. Tiada evidens dikemukakan. (Semua hasil tugasan secara manual) CatatanGred A B C D E Aspek Penggunaan Komputer Bil. 5.1
  • 18. TERHAD 18 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 6.0 : Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan Kriteria (i) Berkeupayaan menyusun urus niaga mengikut urutan tarikh. (ii) Berkeupayaan mempamerkan proses kitaran perakaunan mengikut urutan yang betul. (iii) Berkeupayaan menghasilkan tugasan projek dan menyusun isi kandungan secara kemas, lengkap dan teratur. (i) Berkeupayaan merekodkan catatan dalam lejar mengikut urutan tarikh. (ii) Berkeupayaan mempamerkan proses kitaran perakaunan mengikut urutan yang betul. (iii) Tugasan tidak disusun secara teratur dan sistematik. (i) Berkeupayaan merekod catatan dalam lejar mengikut urutan tarikh. (ii) Berkeupayaan mempamerkan proses kitaran perakaunan tetapi tidak mengikut urutan yang betul. Berkeupayaan mempamerkan proses kitaran perakaunan tetapi tidak mengikut urutan yang betul. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Sistematik Bil. 6.1 Catatan
  • 19. TERHAD 19 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 6.0 : Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan Kriteria (i) Hasil tugasan adalah hasil kerja sendiri. (ii) Menepati jadual kerja yang ditetapkan. (iii) Melaksanakan tugasan projek dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah. (i) Hasil tugasan adalah hasil kerja sendiri. (ii) Menepati sebahagian jadual kerja yang ditetapkan. (iii) Melaksanakan tugasan projek dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah. (i) Hasil tugasan adalah hasil kerja sendiri. (ii) Menepati sebahagian jadual kerja yang ditetapkan. Menghasilkan tugasan tetapi tidak menepati jadual kerja yang ditetapkan. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Akauntabiliti Bil. 6.2 Catatan
  • 20. TERHAD 20 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 5.0 : Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan Kriteria (i) Mengamalkan semua proses perekodan mengikut konsep dan prinsip perakaunan. (ii) Berkeupayaan membuat semua pelarasan yang rasional. (iii) Membuat keputusan dan perancangan perniagaan yang rasional. (i) Mengamalkan sebahagian proses perekodan mengikut konsep dan prinsip perakaunan. (ii) Berkeupayaan membuat semua pelarasan yang rasional. (iii) Membuat keputusan dan perancangan perniagaan yang rasional. (i) Mengamalkan sebahagian proses perekodan mengikut konsep dan prinsip perakaunan. (ii) Berkeupayaan membuat sebahagian pelarasan yang rasional. (iii) Membuat keputusan dan perancangan perniagaan. Mengamalkan sebahagian proses perekodan mengikut konsep dan prinsip perakaunan. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Rasional Bil. 6.3 Catatan
  • 21. TERHAD 21 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Elemen 6.0 : Nilai-nilai Murni Dalam Perakaunan Kriteria (i) Menyiapkan tugasan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan. (ii) Menepati jadual kerja yang ditetapkan. (i) Menyiapkan tugasan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan. (ii) Menepati sebahagian jadual kerja yang ditetapkan. (i) Menyiapkan tugasan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan. (ii) Tidak menepati jadual kerja yang ditetapkan. (i) Tidak menyiapkan tugasan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan. (ii) Tidak menepati jadual kerja yang ditetapkan. Tiada evidens dikemukakan. Gred A B C D E Aspek Ketepatan Bil. 6.4 Catatan
  • 22. TERHAD 22 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 10.0 PENGIRAAN UNTUK MENDAPATKAN GRED ELEMEN DAN GRED PENCAPAIAN KESELURUHAN 3756/3 10.1 Pengiraan untuk mendapatkan gred elemen dibuat dengan cara berikut: (a) Tukarkan gred tiap-tiap aspek yang diperoleh ke dalam nilai numerik berdasarkan jadual di bawah. (b) Darabkan nilai numerik (n) dengan wajaran (w) sesuatu aspek. (c) Jumlahkan nilai (n × w ) bagi semua aspek. (d) Jumlah wajaran (w) bagi setiap aspek. (e) Bahagikan jumlah (n × w) dengan jumlah (w). (f) Bundarkan nilai daripada (e) kepada satu titik perpuluhan. (g) Tentukan gred elemen dengan merujuk jadual di bawah. Julat 3.5 ke atas 2.5 – 3.4 1.5 – 2.4 < 1.5 0 Gred Elemen A B C D E Gred A B C D E (Tiada evidens) Unit Numerik 4 3 2 1 0 (Pelajar tidak mengemukakan sebarang kriteria untuk dinilai)
  • 23. TERHAD 23 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 10.2 Rumusan Skor 11.0 PELAPORAN 11.1 Prestasi calon dalam melaksanakan tugasan dalam Kertas 3 akan dilaporkan secara berasingan mengikut gred elemen. Definisi bagi tiap-tiap gred (skor) elemen adalah seperti berikut: 11.2 Gred (skor) tugasan ini akan direkod dan dihantar ke Lembaga Peperiksaan. 11.3 Pihak sekolah dikehendaki menyediakan sijil yang melaporkan tentang pencapaian calon bagi setiap elemen dan gred yang diperoleh selaras dengan hasrat Pentaksiran Berasaskan Sekolah. A B C D E DefinisiGred Elemen Cemerlang Kepujian Memuaskan Tidak mencapai tahap yang memuaskan Gagal A B C D E DefinisiGred Elemen Cemerlang Kepujian Memuaskan Tidak mencapai tahap yang memuaskan Gagal
  • 24. TERHAD 24 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD MEIJUN KEMAHIRAN PerancanganAwal TaklimatGuru ProsesTugasan PengenalanPerniagaan ProfilPerniagaan PengeposankeLejar PenyediaanImbanganDuga PelarasandanPerekodan AkaunKawalan ImbanganDugaTerselaras PenyediaanPenyataKewangan Pengiraannisbahdantafsiran Belanjawantunai APRIL 12341231432 Menganalisis PengurusandanPenilaian AnalisisPenyataKewangandanAnalisisNisbah JULAI 21443 Lampiran 1 MembuatKeputusan PerancanganPerniagaan KemasukanMarkahOn-linekeLP PenggunaanTMK NilaiMurni PenggunaanKomputer Komunikasi KeputusanPerniagaan markahyangtelahdimasukkandiTingkatan4) KemasukanMarkahkeE-PPK3(digabungkanbersama PenilaiandanPentaksiran PengumpulandanSemakanTugasan JadualPelaksanaanTugasanProjek
  • 25. TERHAD 25 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Perakuan Calon Tentang Ketulenan Tugasan Projek Kertas 3756/3 Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi syarat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan 3756 adalah tulen. Tandatangan Calon : _____________________________ Nama Calon : _____________________________ No. Kad Pengenalan : _____________________________ Angka Giliran Calon : _____________________________ Lampiran 2 • Borang perakuan ini mestilah disertakan di bahagian hadapan Tugasan Projek.
  • 26. TERHAD 26 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Lampiran 3 Profil Perniagaan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Nama Perniagaan Nama Pemilik Lokasi / Alamat Jenis Perniagaan Tempoh Perakaunan Tempoh Rekod Modal Perniagaan Jumlah Pekerja Status Perniagaan Nama dan Alamat Bank Nombor Akaun
  • 27. TERHAD 27 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Lampiran 4 Senarai Semak dan Penilaian Guru Pengenalan Perniagaan Profil Perniagaan Pengeposan ke Lejar Imbangan Duga Senarai pelarasan Catatan pelarasan Akaun Kawalan Imbangan Duga Terselaras Akaun Penamat Pengiraan nisbah Tafsiran nisbah Belanjawan tunai Menganalisis Analisis Penyata Kewangan Membuat keputusan Keputusan Perniagaan Perancangan Perniagaan Penggunaan TMK Penggunaan Komputer Komunikasi Nilai Murni Sistematik Akauntabiliti Rasional Ketepatan Bil. Fasa Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Proses Tugasan 13 14 15 16 17 18 19 20 21
  • 28. TERHAD 28 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Lampiran 5 Borang Pentaksiran Individu Nama : ........................................................... No. Kad Pengenalan : ........................................................... Angka Giliran : ........................................................... 3 1 1 2 2 2 1 3 3 2 20 Purata Gred Elemen Bil. Gred Nilai (n) (nxw) 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 Aspek Elemen 2.0 Pengetahuan Mengaplikasi Wajaran (w) Lejar Imbangan Duga Pelarasan Jurnal Am Akaun Pelarasan Akaun Kawalan Imbangan Duga Terselaras Penyata Pendapatan Kunci Kira-kira Menghitung Nisbah Dalam Penyata Kewangan Jumlah 1 1 2 Purata Gred Elemen Pengenalan Perniagaan Profil Perniagaan Bil. Gred Nilai (n) (nxw) 1.1 1.2 Aspek Elemen 1.0 Pengetahuan dan Kefahaman Wajaran (w) Jumlah
  • 29. TERHAD 29 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 1 3 4 Purata Gred Elemen Bil. Gred Nilai (n) (nxw) 4.1 4.2 Aspek Elemen 4.0 Kemahiran Membuat Keputusan Wajaran (w) Keputusan Perniagaan Perancangan Perniagaan Jumlah 1 1 Purata Gred Elemen Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah Bil. Gred Nilai (n) (nxw) 3.1 Aspek Elemen 3.0 Kemahiran Menganalisis Wajaran (w) Jumlah
  • 30. TERHAD 30 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 1 2 3 Purata Gred Elemen Bil. Gred Nilai (n) (nxw) 5.1 5.2 Aspek Elemen 5.0 Kemahiran Menggunakan TMK Wajaran (w) Penggunaan Komputer Komunikasi Jumlah 1 1 1 1 4 Purata Gred Elemen Bil. Gred Nilai (n) (nxw) 6.1 6.2 6.3 6.4 Aspek Elemen 6.0 Nilai-nilai Murni dalam Perakaunan Wajaran (w) Sistematik Akauntabiliti Rasional Ketepatan Jumlah
  • 31. TERHAD 31 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 2 20 1 Bil. Gred Elemen (nxw) 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 Elemen GRED KESELURUHAN Pengetahuan dan Kefahaman Kemahiran Mengaplikasi Kemahiran Menganalisis Kemahiran Membuat Keputusan Kemahiran Menggunakan TMK Nilai-nilai Murni dalam Perakaunan Jumlah Purata dan Peratus Gred Keseluruhan 4 3 4 34 (w)∑ ∑ Personel TarikhNama Tandatangan Calon Pentaksir Sekolah Ketua Pentaksir Sekolah
  • 32. TERHAD 32 3756/3 3756/3 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD Dengan ini disahkan bahawa Projek Prinsip Perakaunan 3756/3 telah dilaksanakan dan maklumat di atas adalah benar. Nama Sekolah : .............................................................. Tandatangan Guru Pentaksir : ......................................... Nama Guru Pentaksir : .................................................... Tarikh : .......................................................................... Tandatangan Pengetua : .................................................. Nama Pengetua dan Cap Rasmi Sekolah : ....................... Tarikh : .................................. PANDUAN TAMAT Lampiran6 Borang Rumusan Skor Tugasan Projek Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Calon Angka Giliran Nombor K/P Skor (%) KK1 KK2 GredMarkah Purata