Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pp manual kk (9464) 2017

947 views

Published on

Kerja Kursus PP 9464 Penggal 3 2017

Published in: Education
  • hello cikgu...nak tanya..ada slide untuk semua kerja kurusus dan contoh kertas soalan untuk subjek sejarah,pengajian am,bahasa melayu..terima kasih cikgu..
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Pp manual kk (9464) 2017

  1. 1. TERHAD 0 TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja. ______________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2017 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
  2. 2. TERHAD 1 TERHAD Kandungan Bil Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 2 2.0 Objektif Penilaian 2 3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2 3.1 Arahan Am 2 3.2 Tanggungjawab Pengetua 2 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3 3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4 3.5 Tanggungjawab Calon 5 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6 5.0 Format Penulisan 7 6.0 Struktur Penulisan 8 7.0 Penskoran Markah 9 8.0 Skema Penskoran Markah 9 BAHAGIAN II : CALON 9.0 Tanggungjawab Calon 10 10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11 11.0 Format Penulisan 12 12.0 Struktur Penulisan 12 Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14 Lampiran 16-20
  3. 3. TERHAD 2 TERHAD BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini. Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. 2.0 Objektif Penilaian Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk: 2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini 2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam sebuah organisasi yang baik 2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes berkenaan 2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan am 3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu. 3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam. 3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah. Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu penggal kerja kursus. 3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing 3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan diselia oleh guru Pengajian Perniagaan 3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan 3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan 3.2.6 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
  4. 4. TERHAD 3 TERHAD 3.2.7 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) ke MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah dalam e-submission 3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja kursus 3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.3.3 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar kepada MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni) 3.3.4 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 3.3.5 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya 3.3.6 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan 3.3.7 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.8 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus 3.3.9 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus 3.3.10 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki hasil kerja 3.3.11 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik 3.3.12 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan secara individu 3.3.13 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1). 3.3.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
  5. 5. TERHAD 4 TERHAD membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus. 3.3.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3.3.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.3.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus Pengajian Perniagaan calon kepada MPM (up. En. Kamarudin bin Kusni) dengan menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4. 3.3.22 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus calon 3.3.23 Menilai hasil kerja calon secara berterusan 3.3.24 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon 3.3.25 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 3.3.26 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) 3.3.27 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4. 3.3.28 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta 3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan 3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah 3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
  6. 6. TERHAD 5 TERHAD 3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus. 3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat 3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1). 3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus. 3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3.5 Tanggungjawab Calon 3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan. 3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga sehingga tamat penggal tersebut. 3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian. 3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data. 3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. 3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
  7. 7. TERHAD 6 TERHAD 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon 5 Mei 2017 Tugasan kerja kursus diterima  Taklimat tugasan kerja kursus kepada calon (sila rujuk manual kerja kursus)  Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my  Memahami skop tugasan kerja kursus  Merancang jadual kerja 8 Mei hingga 19 Mei 2017 Taklimat PN dengan Guru Tingkatan 6  Menghadiri taklimat tersebut dan memberikan sepenuh perhatian semasa taklimat berlangsung 19 Jun hingga 23 Jun 2017 Persiapan awal sebelum menjalankan kerja kursus  Membincangkan dan membimbing pemilihan tajuk dan jadual kerja  Menyediakan surat- menyurat  Menjelaskan pelajar tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai  Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan laporan kerja kursus Membuat persiapan awal:  Keperluan kewangan  Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga  Perancangan kerja  Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik  Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder, sumber Internet, dan sumber-sumber lain. 27 Jun hingga 17 Sept. 2017 Penyediaan dan penulisan laporan Kerja kursus untuk sesi penilaian  Membimbing pelajar sepanjang penghasilan KK  Membantu penyelesaian masalah yang timbul  Memantau perkembangan tugasan  Membimbing calon untuk menulis laporan mengikut format yang ditetapkan  Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan  Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta, dan lain-lain  Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari
  8. 8. TERHAD 7 TERHAD Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon  Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai 4 Sept. hingga 22 Okt. 2017 Sesi pembentangan dan penilaian  Memeriksa dan memberi markah laporan kerja kursus dan pembentangan  Hantar laporan bertulis  Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon) 23 Sept. hingga 23 Okt. 2017 Penskoran kerja kursus dan hantaran markah ke MPM  Menghantar markah ke MPM Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan) 5.0 Format Penulisan 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan. 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak (f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten 5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan. 5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna biru muda (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan 5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.
  9. 9. TERHAD 8 TERHAD 6.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b) Objektif kajian Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan. (c) Latar belakang/Lokasi kajian Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan. (d) Kaedah kajian Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya. (e) Dapatan kajian dan perbincangan Calon perlu memilih sebuah organisasi perniagaan di Malaysia dan mengkaji serta menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh organisasi tersebut. Kajian mestilah meliputi aspek; (i) Produk, (ii) Pengedaran atau pengagihan, (iii) Penetapan harga, dan (iv) Promosi. Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan. (f) Penutup Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan (h) Lampiran Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja
  10. 10. TERHAD 9 TERHAD 7.0 Penskoran markah Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. 8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus Bil. Kriteria Markah 1 Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3 2 Objektif kajian 2 3 Latar belakang/lokasi kajian 6 4 Kaedah kajian 7 5 Dapatan kajian dan perbincangan (i) Susunan dan kekemasan laporan 10 (ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15 (iii) Analisis dan pentafsiran 15 (iv) Gaya dan bahasa 5 6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10 7 Rujukan 3 8 Lampiran 3 9 Pembentangan (i) Kerelevanan 2 (ii) Soal jawab 2 (iii) Kebahasaan 2 (iv) Kreativiti 2 (v) Keterampilan 2 10 Kemahiran manipulatif 5 11 Kemahiran insaniah 6 JUMLAH MARKAH 100
  11. 11. TERHAD 10 TERHAD BAHAGIAN II : CALON 9.0 Tanggungjawab Calon 9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan. 9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga sehingga tamat penggal tersebut. 9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian. 9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data. 9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. 9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
  12. 12. TERHAD 11 TERHAD 10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan calon 5 Mei 2017 Tugasan kerja kursus diterima  Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my  Memahami skop tugasan kerja kursus  Merancang jadual kerja 19 Jun hingga 23 Jun 2017 Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal:  Keperluan kewangan  Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga  Perancangan kerja  Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik  Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder,sumber Internet, dan sumber-sumber lain. 27 Jun hingga 17 Sept. 2017 Penyediaan dan penulisan laporan kerja kursus untuk sesi penilaian  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan  Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain  Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari  Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai 4 Sept. hingga 22 Okt. 2017 Sesi pembentangan dan penilaian  Hantar laporan bertulis  Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon)
  13. 13. TERHAD 12 TERHAD 11.0 Format Penulisan 11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan. 11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten 11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. 11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna biru muda (Lampiran 1) (b) Borang perakuan calon (Lampiran 2) (c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3) (d) Penulisan kertas kerja kursus 11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 12.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (a) Tajuk, Abstrak dan Pengenalan Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b) Objektif kajian Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan. (c) Latar belakang/Lokasi kajian Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan. (d) Kaedah kajian Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya.
  14. 14. TERHAD 13 TERHAD (e) Dapatan kajian dan perbincangan Calon perlu memilih sebuah organisasi perniagaan di Malaysia dan mengkaji serta menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh organisasi tersebut. Kajian mestilah meliputi aspek; (i) Produk, (ii) Pengedaran atau pengagihan, (iii) Penetapan harga, dan (iv) Promosi. Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan. (f) Penutup Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan (h) Lampiran Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja
  15. 15. TERHAD 14 TERHAD
  16. 16. TERHAD 15 TERHAD Soalan Kerja Kursus Calon diminta memilih sebuah organisasi perniagaan di Malaysia dan mengkaji serta menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh organisasi tersebut. Kajian mestilah meliputi aspek; (i) Produk, (ii) Pengedaran atau pengagihan, (iii) Penetapan harga, dan (iv) Promosi. Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan. Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017.
  17. 17. TERHAD 16 TERHAD LAMPIRAN 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH NAMA GURU TANDATANGAN GURU TARIKH
  18. 18. TERHAD 17 TERHAD LAMPIRAN 2 BPC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat KK Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat
  19. 19. TERHAD 18 TERHAD LAMPIRAN 3 BRKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ……………………… Tarikh Aktiviti Aktiviti dalam penghasilan kerja kursus (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan Guru (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2017 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ………………..……………………………… Nama Guru: ……….………………………………………………. Tarikh : …………………............................................................ Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.
  20. 20. TERHAD 19 TERHAD LAMPIRAN 4 BMKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : …………………………… No. Kad Pengenalan : …………………………… (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Guru Markah Penyelaras 1. Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3 2. Objektif Kajian 2 3. Latar belakang / Lokasi kajian 6 4. Kaedah Kajian 7 5. Dapatan Kajian dan Perbincangan (a) Susunan dan kekemasan laporan 10 (b) Kecukupan, ketepatan dan kesesuaian maklumat 15 (c) Analisis dan pentafsiran 15 (d) Gaya dan bahasa 5 6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10 7. Rujukan 3 8. Lampiran 3 9. Pembentangan (a) Kerelevanan 2 (b) Soal jawab 2 (c) Kebahasaan 2 (d) Kreativiti 2 (e) Keterampilan 2 10. Kemahiran Manipulatif 5 11. Kemahiran Insaniah 6 Jumlah Markah 100 PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ……………………… Nama : ……………………………………………… Nama : …………………………………………. No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : …………………………. Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : ………………………………………… No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………. Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
  21. 21. TERHAD 20 TERHAD LAMPIRAN 5 BRuMKK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________ MATA PELAJARAN: _______________________________ NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________ (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……... Tandatangan Pengetua: ………………………….. Nama: ……………………..…………………….. Nama: ……………………………………………….. No. Kad Pengenalan: ………………………..… No. Kad Pengenalan: ………………………………. Tarikh: ………………………………………..…. Tarikh: ……………………………………………... No. Telefon (sekolah) : ………………………. No. Telefon (sekolah): …………………………… (bimbit): …………………………. (bimbit): ……………………………… Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.

×