1. PKB 3103 :PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Minggu 1
Nur Amirah Hani binti
Azmi
Noredatul binti Gabo
DEFINISI DAN
KONSEP
PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
2. Definisi dan konsep tingkah laku
Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini
bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh
dipelajari pada bila-bila masa.
“ Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka
merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah
laku baru yang lebih positif jika individu itu diberi
intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai
dan sistematik.”
“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku
yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis
untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang
positif bagi seorang individu”
(Bear, Wolf and Risley, 1968)
3. Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara
terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap
yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Lewis M.Beaker (2001)
Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi,
bertindakbalas, tindakan, dan reaksi.
Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot,
kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap
organ.
Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang
diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Garry Martin & Joseph Pear (2003)
4. Seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi
diri sendiri dan keadaan.
Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang
positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak
dengan lebih yakin.
Carl Rogers (1999)
5. Definisi Menurut Al-Ghazali Dari
Perspektif Islam
Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama
dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia
mempunyai ciri-ciri:
a) Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan.
b) Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.
c) Motivasi ini boleh di rangsang oleh rangsangan-ransangan luar atau dalaman
yang berkaitan dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti
perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah.
d) Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu.
e) Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan kesedaran
terhadap satu-satu situasi itu.
f) Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara motivasi dan tingkah
laku.
6. Definisi Dan Konsep Pengurusan
Tingkah Laku
“Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai
laku.” (Kamus Dewan, 1979)
Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula
adalah satu pendekatan berstruktur dan
bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku
diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk,
dan mengekalkan tingkah laku sasaran.
Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan
bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah
laku diingini.
7. Perspektif Sejarah
Pada peringkat awal para pengkaji berpendapat
bahawa tingkah laku individu itu adalah disebabkan
oleh kuasa dalaman seperti genetik, kandungan kimia
dalam badan, dan pengalaman singkat tentang sesuatu
yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.
Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan
tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau
persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas
sesuatu peristiwa akan merangsang seseorang individu
mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus.
8. Perkembangan Masa Kini
Kajian terkini yang dijalankan terhadap challenging behaviour
menunjukkan bahawa tingkah laku yang mencabar mempunyai
fungsi dan berbentuk komunikatif.
Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu
menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem
komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya dari sudut
bentuk & kefungsiannya.
Pendapat ini memberi implikasi kepada pengurusan dan
pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging behaviour).
Terdapat Empat Fungsi utama komunikasi tingkah laku
mencabar.
a) Pengelakan (avoidance)
b) Perhatian (Attention seeking)
c) Tingkah laku saya mahu (I want behaviour‟)
d) Rangsangan Diri (Self-stimulation)