SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com
SMK Kuhara, Tawau.
1
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ‘karya’ bermaksud buatan atau ciptaan
sesuatu manakala ‘agung’ membawa maksud paling besar, tertinggi, teristimewa dan
terkemuka. Maka dapatlah diertikan karya agung merupakan ciptaan yang terkemuka yang
dapat meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya dan sosial yang kekal dalam ingatan
pembaca. Novel Interlok adalah hasil karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang
diterbitkan pada tahun 1971 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang merupakan satu usaha
untuk membangkitkan nilai perpaduan, kekitaan antara kaum Melayu, Cina dan India.
Menurut Cambridge Advance Learner’s Dictionary (2003), ‘interlock’ membawa maksud ‘to
fit together firmly’ untuk melihat adanya rangkaian kemas antara kaum-kaum di Malaysia.
2.0 FALSAFAH DALAM NOVEL INTERLOK
Perkataan falsafah berasal daripada Yunani iaitu philo yang bermaksud cinta dan sophos
yang bermaksud hikmat. Menurut Hashim (1994), falsafah dapat dirujuk sebagai cinta
kepada kebijaksanaan, kewajaran fikiran, mencari kebenaran yang berhubung sesuatu
perkara dengan menggunakan akal fikiran. Hu Jun (2003), menyatakan falsafah dapat
diklasifikasikan kepada empat cabang iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.
Setiap novel mempunyai keistimewaan dan ianya terletak di sebalik penciptaan
novel, kekuatan bahasa dan juga daya imaginasi pengarangnya. Abdullah Hussain
merupakan seorang penulis yang hebat dan beliau pernah menerima Anugerah Sasterawan
Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan. Novel
terkenal yang pernah dikarang oleh beliau ialah Interlok yang kaya dengan unsur falsafah
dan mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Kekuatan aspek falsafah yang diterapkan dalam novel Interlok ialah penerapan
falsafah integrasi perkauman yang utuh diantara kamu Melayu, Cina dan India seawal tahun
1990-an sehingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Menurut Azizah Hamzah dan Hashim Yaacob (2011), novel ini turut mendukung mesej
1Malaysia apabila tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India bersatu hati dan bekerjasama,
sanggup berkorban demi keharmonian dan keamanan, memperlihatkan semangat
perpaduan, selain memaparkan realiti sejarah awal negara ini. Kekuatan dalam novel ini
terpancar apabila kita perlu membaca novel ini dalam konteks zaman dan mesej sebenar
Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com
SMK Kuhara, Tawau.
2
yang ingin disampaikan dan bukannya mentafsir Interlok dari kaca mata perkauman.
Abdullah Hussain turut memaparkan keadaan masyarakat pada awal abad ke-20 iaitu
zaman kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu, orang India dari selatan benua India dan
orang Melayu yang menjadi penghuni asal Tanah Melayu. Disitulah digambarkan situasi
sosial, ekonomi dan politik. Ketiga-tiga kaum ini berusaha meningkatkan taraf hidup untuk
merubah penghidupan mereka daripada kehidupan yang kurang baik menjadi lebih baik.
Selain itu, didapati terdapat falsafah realiti masyarakat daripada golongan bawahan
khasnya golongan pekerja yang berada di Tanah Melayu pada abad ke-20 semasa di
bawah pentadbiran British. Dalam buku keluarga Seman, Seman mewakili watak bangsa
peribumi Melayu daripada golongan bawahan yang menetap di kampung. Dalam buku
Keluarga Chin pula, Chin Huat muncul sebagai wakil golongan pekerja yang ditarik datang
ke Tanah Melayu yang ditawarkan oleh sektor ekonomi Perindustrian British. Kehidupan
miskin keluarga Chin Huat telah menarik bapanya untuk keluar dari China dan mencuba
nasib di Tanah Melayu. Di Tanah Melayu, lombong-lombong timah dibuka, perdagangan
import-eksport digiatkan dan sektor perkhidmatan membuka peluang besar kepada tenaga
buruh mahir dan kurang mahir. Menurut Misran, Mawar dan Che Abdullah (2011), sistem
kongsi tenaga buruh dari China yang diperkenalkan oleh British sangat buruk. Manakala
dalam buku Keluarga Maniam, Maniam dikategorikan dalam kasta ‘paria’ iaitu golongan
yang tersisih akibat sistem kasta yang diamalkan di India. Falsafah yang dipegang adalah
berdasarkan kepada falsafah golongan bawahan yang sering dipijak oleh golongan atasan..
Turut dapat dikesan penerapan falsafah bantu-membantu dalam kalangan
masyarakat walaupun berlainan bangsa dan budaya. Namun, disebabkan kesusahan hidup
ketika zaman penjajah Jepun dan Inggeris, mereka seakan-akan lupa tentang bangsa.
Menurut Zakir (2011), mereka hidup saling bantu-membantu atas dasar kemanusiaan.
Generasi baru dari kaum Cina dan India yang lahir di Malaya serta bergaul dengan orang-
orang Melayu mewujudkan ikatan kasih sayang sesama mereka. Hal yang demikian kerana
ketika zaman penjajahan Jepun, ketiga-tiga kaum ini sama-sama merasai keperitan diseksa
oleh penjajah. Pada ketika orang-orang Melayu bangkit menuntut kemerdekaan, orang-
orang Cina dan India turut sama mewujudkan persatuan mereka untuk membela nasib
mereka di Malaya. Perasaan ingin pulang ke negara masing-masing seperti sudah luntur
lantaran sudah terlalu lama hidup di Malaya sehingga ada yang sudah terputus hubungan
dengan saudara-mara di negara sendiri. Selain itu, taraf kehidupan mereka di Malaya jauh
lebih baik berbanding hidup mereka di negara sendiri sebelum itu.
Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com
SMK Kuhara, Tawau.
3
3.0 PANDANGAN HIDUP NOVEL INTERLOK
Pandangan hidup didefinisikan sebagai pendapat atau pertimbangan yang dijadikan
pegangan, pedoman dan petunjuk hidup di dunia. Pendapat atau pertimbangan ini adalah
hasil pemikiran manusia berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat
hidupnya (Ahmad Jenali, 2008).
Penulis menekankan aspek pandangan hidup masyarakat yang lebih mementingkan
sikap kerajinan sehingga berupaya mengubah kehidupan. Contohnya, kehidupan Maniam
beralih daripada kehidupan yang susah dan menghadapi berbagai ujian akhirnya hidup
senang bersama anaknya yang berjawatan sebagai Inspektor Polis. Mereka akhirnya tinggal
di Kuala Lumpur kerana Ramakrisynan telah bertugas di sana. Kehidupan Maniam juga
meningkat daripada mendatar ke arah menegak iaitu bermula sebagai petani sewaktu di
Kerala dan dianggap berkasta rendah. Nasib anaknya amat baik, walaupun dia dibesarkan
oleh datuknya Perumal setelah ibunya meninggal dunia, dia menerima persekolahan yang
baik seperti petikan berikut,
“Malah cucu Perumal, Ramakrisynan, ditolongnya sampai ke sekolah Inggeris. Sekarang
Rama sudah menjadi pegawai polis” (Halaman 353).
Menurut Ghulam-Sarwar Yousof (2011), pada zaman tersebut, sekiranya seorang
anak buruh estet dapat bersekolah Inggeris pada zaman itu amat disanjung tinggi dan akan
dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. Inilah kelebihan Perumal, sebagai tandil yang
baik dia disayangi oleh pengurus ladang berbangsa Inggeris dan sanggup menghantar
Ramakrisynan ke sekolah Inggeris menyebabkan status dan kehidupannya menjadi lebih
baik dan dihormati oleh masyarakat sekeliling.
Selain daripada itu juga, kekuatan yang terdapat didalam novel Interlok ialah
pandangan hidup masyarakat yang saling bantu-membantu dalam urusan seharian
seterusnya bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat Malaya yang hidup bersatu padu,
aman dan harmoni (Anwar dan Zakir, 2014). Perkara ini dapat dibuktikan apabila Seman,
Cing Huat dan Yew Hock hidup saling bantu-membantu. Orang Melayu meminjam wang
daripada orang Cina dan orang Cina pula menggunakan orang Melayu untuk membeli tanah
orang Melayu. Sebagai contohnya, Cina Panjang (Cing Huat) memberikan wang iaitu
dengan meminjamkannya kepada Musa dan sebaliknya Cing Huat menggunakan Musa
untuk membeli tanah orang Melayu. Musa pula telah menyelamatkan Maniam daripada
Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com
SMK Kuhara, Tawau.
4
dipukul dengan teruk dan Maniam membalas jasa Musa dengan memberikan bantuan
kepada anaknya iaitu Seman untuk mendapatkan kerja di ladang di tempat Maniam bekerja
sebagai tandil. Kehidupan pelbagai kaum dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan
India itu berlangsung dengan aman, saling bergantungan dan tiada persengketaan yang
boleh mencetuskan ketegangan kaum. Mereka berusaha untuk mewujudkan masyarakat
yang aman dan harmoni serta menjadikan negara ini negara yang merdeka dan berdaulat.
Menurut Azizah dan Hashim (2010), pegangan hidup yang dapat dicungkil dalam
novel ini juga ialah pegangan hidup masyarakat yang suka bersaing secara positif. Sikap ini
ditonjolkan oleh watak Cing Huat yang dikatakan mewarisi sifat bapanya yang tidak tahu
letih dan kalah tidak mahu bergantung pada orang lain dan tidak takut menghadapi
persaingan dengan orang lain (rujuk halaman 176). Cing Huat dikatakan berani mengisi
kedainya itu dengan pelbagai barang dan dengan cara ini, pelanggan akan datang ke
kedainya untuk membeli barang yang tidak ada di kedai lain. Walaupun baru berusia 17
tahun, dia sudah berani memikul tanggungjawab untuk menjaga kedai dan mempunyai sikap
bersaing dengan peniaga-peniaga lain.
Kekuatan yang ingin digarapkan oleh penulis juga ialah pendangan hidup melalui
proses asimilasi. Novel Interlok memaparkan kisah impian Maniam untuk datang ke
Semenanjung Tanah Melayu dan diterangkan dengan jelas untuk memperbaiki
kehidupannya daripada golongan paria yang terhimpit selain diberi bayaran yang murah
untuk pekerjaan meraka. Contohnya, Maniam bekerja sebagai tukang sapu dan tukang cuci
tandas dan hanya dibayar sebanyak satu rupee sebulan. Kerja keras yang ditunjukkan oleh
Maniam terbukti apabila dia mengalami kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com
SMK Kuhara, Tawau.
5
4.0 NILAI ILMU
Kekuatan novel Interlok adalah nilai ilmu yang diigarapkan oleh penulis amat memberi impak
kepada kehidupan masyarakat pada masa itu. Menurut Hashim, Hamzah dan Mohamad
Saleeh (2011), antara ciri-ciri pemilihan novel yang terbaik ialah memiliki pemikiran yang
tinggi, mencabar taakulan, menyisipkan gagasan dan ideologi yang besar dan mempunyai
nilai ilmu yang bersifat sejagat. Perkara ini disokong oleh Illias Zaidi (2010) yang
menyatakan bahawa novel Interlok merupakan sebuah karya yang sarat dengan ilmu
pengetahuan dan mampu memberikan nilai moral kepada masyarakat sekelilingnya.
Nilai ilmu banyak di garapkan oleh penulis didalam Novel ini. Ilmu dapat
mempengaruhi masyarakat sekeliling. Hal ini dapat dibuktikan apabila dalam buku 1, penulis
menggambarkan realiti kehidupan orang Melayu pada zaman sebelum merdeka yang
kurang menitikberatkan mengenai ilmu. Bilangan orang Melayu yang boleh menulis dan
membaca sangat kurang. Bagi mereka tiada gunanya anak-anak mereka belajar kerana
akhirnya akan menjadi seorang petani juga. Tetapi, ada juga yang menghantar anak-anak
untuk mengaji, asalkan anak-anak tahu membaca Al-Quran dan solat, itu sudah cukup bagi
mereka. Di sebabkan oleh kurangnya pengamalan ilmu agama dalam diri tidak mantap,
amalan dan kepercayaan karut seperti penggunaan tengkorak serta mentera-mentera yang
bercanggah dengan agama Islam untuk tujuan perubatan masih diamalkan (Syed Mohd
Zakir, 2011).
Walaubagaimanapun, penulis turut menekankan kepentingan ilmu. Hal ini terbukti
apabila guru bertanggungjawab supaya masyarakat pada masa itu diwajibkan bersekolah.
Contohnya, Guru Besar Sekolah Menengah Simpang Empat dan beberapa orang guru lain
sedang berkeliaran untuk mengajar pemuda-pemuda untuk diajak belajar di sekolah.
Dengan pembinaan sekolah dan kepentingan menguasai ilmu, akhirnya anak Maniam iaitu
Ramakrishnan telah berjaya menjadi seorang inspektor polis.
Dalam buku kedua, penulis menerapkan tentang kepentingan nilai ilmu dalam diri
golongan Cina yang rajin dalam pekerjaan dan mencari ilmu. Penulis mula menceritakan
tentang asal usul kaum Cina di Malaya yang digambarkan bahawa kehidupan yang sukar di
negara China akibat daripada kerap kali berlakunya bencana alam sehingga menyukarkan
kehidupan rakyat di sana. Sawah yang diusahakan musnah sekelip mata sama ada akibat
dari kemarau, banjir atau serangan belalang. Disebabkan kesempitan hidup, ramai orang
Cina dari pelbagai puak sanggup merantau ke Rantau Selatan (Malaya dan sekitarnya)
untuk mencari rezeki. Penulis turut menceritakan terdapat rasa tidak puas hati di antara
Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com
SMK Kuhara, Tawau.
6
puak Hakka dan Hokkien namun perasaan tersebut semakin lama semakin padam kerana
mereka sama-sama beradu nasib di negeri orang. Apabila masyarakat Cina sudah ramai di
Malaya, timbul kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk menjamin masa
depan anak-anak mereka. Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah
di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum cina tidak lupa akan
asal-usul dan bahasa ibunda mereka. Dalam buku tiga, masyarakat India turut menekankan
aspek ilmu dalam kehidupan apabila golongan India meminta pihak penjajah Inggeris untuk
mendirikan sebuah sekolah Tamil bagi memberi ruang kepada anak-anak mereka untuk
belajar.
Menurut S. Fatimah Said (2011), persoalan akan kepentingan ilmu, kasih sayang
dan bekerjasama turut menyokong penuh tema yang dibawa oleh penulis di dalam buku ini
dan menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan pengarang ketika menghasilkan novel ini.
Menurut Misran, Mawar dan Che Abdullah (2011), Keluarga Cing Huat amat menekankan
aspek ilmu perniagaan dan alam kehidupan agar dapat mengubah kehidupan yang lebih
baik. Hal ini terbukti apabila Cing Huat dan ayahnya Kim Lock pernah bekerja sebagai kuli
mengangkat barang di pelabuhan, kemudian bertukar menjadi penarik lanca, bekerja
sebagai pelombong dan dengan wang simpanan, mereka berjaya membuka kedai runcit.
Akhirnya, kedai runcit mereka di Simpang Empat menjadi bertambah besar dan maju kerana
menjadi tumpuan para petani dan pekerja estet di daerah tersebut.
5.0 RUMUSAN
Karya agung Melayu karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang berjudul Interlok
mempunyai kekuatan yang tersendiri. Novel ini mengandungi empat buku (bab) yang
menekankan integrasi tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India yang
terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah negara yang
bebas dan bermaruah. Kekayaan novel ini terbukti apabila penulis menyelitkan pelbagai
kekuatan seperti falsafah kehidupan, pandangan hidup dan nilai ilmu yang menjadi rencah
dalam penulisan beliau. Keberanian penulis terbukti apabila beliau dengan berani
memasukkan beberapa kosa kata yang sentifif dan telah menjadi isu bagi sesetengah kaum.
Sebagai seorang masyarakat yang berfikiran merdeka dan rasional, kita haruslah menerima
hakikat dan harus berpijak di dunia realiti tanpa menidakkan perkara yang benar.
(Bilangan: 1940 patah perkataan)
Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com
SMK Kuhara, Tawau.
7
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hussain. Interlok. 2010. Novel Komponen Sastera bagi Mata Pelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan Lima. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Azizah Hamzah dan Hashim Yaacob. 2010. Malaysian National Institute Of Translation.
Asiatics. Volume 5. Number 1.
Anwar Ridhwan dan M. Zakir. 2014. 70 Karya dan Kekuasaan Pengarang: Pemikiran dan
Gaya Naratif Mutakhir. UKM. Jurnal Melayu Jilid 12 (1) Jun 2014 Issn 1675-7513.
Cambridge Advance Learner’s Dictionary. 2003. UK Cambridge University Press.
Farish Noor. 2011. Malaysia’s ‘Interlok’ Issue: Communal Sensitivities and the Next Election.
No 32.
Ghulam-Sarwar Yousof. 2011. International Islamic University Malaysia. Asiatic. Vol.5, No.1.
Hashim Haji Musa. 1994. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Illias Zaidi. 2010. Interlok Karya Sarat Dengan Mesej Perpaduan, Ilmu Pengetahuan.
Diaksess daripada www.bharian.com.my.
Kamus Dewan Edisi Keempat Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Mawar Safei, Rosnah Baharudin, Siti Rugayah Tibek, Fariza Md Sham, Zamri Ariffin dan
Samsiah Mohd Nor. Novel Popular dan Kecenderungan Khalayak Remaja. Volume
3. Number 3, 13, 2008. ISSN: 1823-884.
Misran Rokimin, Mawar Safie dan Che Abdullah Che Ya. 2011. Mobiliti Sosial Dalam Interlok
Karya Abdullah Hussain. Jurnal Melayu (8) 2011:91-110.
Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com
SMK Kuhara, Tawau.
8
Mohd. Hanafi Ibrahim. 2012. The Historical Order Of Malaysian Socioculture In Interlok.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
S. Fatimah Said. 2011. Semangkuk Interlok. Diaksess daripada
Mataharibooks.com/interlock pada 1 November 2014.
Syed Mohd Zakir, 2011. Interlock Form A Mutiltculturalism Perspective. Malay Literature.
Volume 24. Number 2.

More Related Content

What's hot

KOMSAS ANTOLOGI TING 4 - Cerpen Munsyi
KOMSAS ANTOLOGI TING 4 - Cerpen MunsyiKOMSAS ANTOLOGI TING 4 - Cerpen Munsyi
KOMSAS ANTOLOGI TING 4 - Cerpen MunsyiAin Afrina
 
Resensi laskar pelangi
Resensi laskar pelangiResensi laskar pelangi
Resensi laskar pelangiRohman Efendi
 
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-194901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1inanisrina
 
Mata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesiaMata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesianurdamayanti
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5M-ma NurNa
 
1921 serikat islam semarang
1921 serikat islam semarang1921 serikat islam semarang
1921 serikat islam semarangBayu Prasetyo
 
Putera Gunung Tahan
Putera Gunung Tahan Putera Gunung Tahan
Putera Gunung Tahan Diyanah Sham
 

What's hot (13)

CERPEN MUNSYI - LATIHAN
CERPEN MUNSYI - LATIHANCERPEN MUNSYI - LATIHAN
CERPEN MUNSYI - LATIHAN
 
Cerpen Munsyi
Cerpen MunsyiCerpen Munsyi
Cerpen Munsyi
 
KOMSAS ANTOLOGI TING 4 - Cerpen Munsyi
KOMSAS ANTOLOGI TING 4 - Cerpen MunsyiKOMSAS ANTOLOGI TING 4 - Cerpen Munsyi
KOMSAS ANTOLOGI TING 4 - Cerpen Munsyi
 
Resensi laskar pelangi
Resensi laskar pelangiResensi laskar pelangi
Resensi laskar pelangi
 
BM assessment
BM assessmentBM assessment
BM assessment
 
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-194901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
 
Mata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesiaMata pelajaran bahasa indonesia
Mata pelajaran bahasa indonesia
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
 
1921 serikat islam semarang
1921 serikat islam semarang1921 serikat islam semarang
1921 serikat islam semarang
 
Putera Gunung Tahan
Putera Gunung Tahan Putera Gunung Tahan
Putera Gunung Tahan
 
Laskar pelangi
Laskar pelangiLaskar pelangi
Laskar pelangi
 
Bbm3104 1333332890
Bbm3104 1333332890Bbm3104 1333332890
Bbm3104 1333332890
 
Hikayat Raja Pasai
Hikayat Raja PasaiHikayat Raja Pasai
Hikayat Raja Pasai
 

Similar to Ulasan novel Interlok

Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian akajal20
 
Novel interlok
Novel interlokNovel interlok
Novel interlokalin4box
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanRasit Masrii
 
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarahhafizan ghazali
 
KEARSIPAN & DOKUMENTASI : BUKU “RAKYAT DAN NEGARA”
KEARSIPAN & DOKUMENTASI : BUKU “RAKYAT DAN NEGARA”KEARSIPAN & DOKUMENTASI : BUKU “RAKYAT DAN NEGARA”
KEARSIPAN & DOKUMENTASI : BUKU “RAKYAT DAN NEGARA”Armadira Enno
 
Tugasan krb 3063 karya agung melayu
Tugasan krb 3063 karya agung melayuTugasan krb 3063 karya agung melayu
Tugasan krb 3063 karya agung melayuNor Afida Ghazani
 
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...mardhia2020
 
Perjuangan organisasi pergerakan kebangsaan
Perjuangan organisasi pergerakan kebangsaanPerjuangan organisasi pergerakan kebangsaan
Perjuangan organisasi pergerakan kebangsaanUniversity OxFord
 
Materi bab 1 unit 1 kelas 11.doc
Materi bab 1 unit 1  kelas 11.docMateri bab 1 unit 1  kelas 11.doc
Materi bab 1 unit 1 kelas 11.docTunggulRohmadi1
 
Telaah Karya Sastra "Salah asuhan"
Telaah Karya Sastra "Salah asuhan"Telaah Karya Sastra "Salah asuhan"
Telaah Karya Sastra "Salah asuhan"septa0209
 
Wawasan Nusantara
Wawasan NusantaraWawasan Nusantara
Wawasan Nusantaratojing
 
Islam indonesia (tugas mata kuliah dakwah multikultural)
Islam indonesia (tugas mata kuliah dakwah multikultural)Islam indonesia (tugas mata kuliah dakwah multikultural)
Islam indonesia (tugas mata kuliah dakwah multikultural)Muhyidin Abdillah
 
Topik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkiniTopik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkiniDatoknye
 
Topik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharuTopik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharuDatoknye
 
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka RusminiPotret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusminiahmad bahtiar
 

Similar to Ulasan novel Interlok (20)

Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
Novel interlok
Novel interlokNovel interlok
Novel interlok
 
Penerapan nilai
Penerapan nilaiPenerapan nilai
Penerapan nilai
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
 
KEARSIPAN & DOKUMENTASI : BUKU “RAKYAT DAN NEGARA”
KEARSIPAN & DOKUMENTASI : BUKU “RAKYAT DAN NEGARA”KEARSIPAN & DOKUMENTASI : BUKU “RAKYAT DAN NEGARA”
KEARSIPAN & DOKUMENTASI : BUKU “RAKYAT DAN NEGARA”
 
Tugasan krb 3063 karya agung melayu
Tugasan krb 3063 karya agung melayuTugasan krb 3063 karya agung melayu
Tugasan krb 3063 karya agung melayu
 
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
 
Kump 3 h.abdullah
Kump 3 h.abdullahKump 3 h.abdullah
Kump 3 h.abdullah
 
Perjuangan organisasi pergerakan kebangsaan
Perjuangan organisasi pergerakan kebangsaanPerjuangan organisasi pergerakan kebangsaan
Perjuangan organisasi pergerakan kebangsaan
 
Materi bab 1 unit 1 kelas 11.doc
Materi bab 1 unit 1  kelas 11.docMateri bab 1 unit 1  kelas 11.doc
Materi bab 1 unit 1 kelas 11.doc
 
Telaah Karya Sastra "Salah asuhan"
Telaah Karya Sastra "Salah asuhan"Telaah Karya Sastra "Salah asuhan"
Telaah Karya Sastra "Salah asuhan"
 
Sejarah islam di indonesia
Sejarah islam di indonesiaSejarah islam di indonesia
Sejarah islam di indonesia
 
Wawasan Nusantara
Wawasan NusantaraWawasan Nusantara
Wawasan Nusantara
 
Islam indonesia (tugas mata kuliah dakwah multikultural)
Islam indonesia (tugas mata kuliah dakwah multikultural)Islam indonesia (tugas mata kuliah dakwah multikultural)
Islam indonesia (tugas mata kuliah dakwah multikultural)
 
Topik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkiniTopik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkini
 
Kepelbagaian budaya
Kepelbagaian budayaKepelbagaian budaya
Kepelbagaian budaya
 
Topik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharuTopik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharu
 
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka RusminiPotret Bali dalam Kumpulan Cerpen  Sagra  karya Oka Rusmini
Potret Bali dalam Kumpulan Cerpen Sagra karya Oka Rusmini
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 

Recently uploaded (20)

Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 

Ulasan novel Interlok

  • 1. Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com SMK Kuhara, Tawau. 1 1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ‘karya’ bermaksud buatan atau ciptaan sesuatu manakala ‘agung’ membawa maksud paling besar, tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Maka dapatlah diertikan karya agung merupakan ciptaan yang terkemuka yang dapat meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya dan sosial yang kekal dalam ingatan pembaca. Novel Interlok adalah hasil karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang diterbitkan pada tahun 1971 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang merupakan satu usaha untuk membangkitkan nilai perpaduan, kekitaan antara kaum Melayu, Cina dan India. Menurut Cambridge Advance Learner’s Dictionary (2003), ‘interlock’ membawa maksud ‘to fit together firmly’ untuk melihat adanya rangkaian kemas antara kaum-kaum di Malaysia. 2.0 FALSAFAH DALAM NOVEL INTERLOK Perkataan falsafah berasal daripada Yunani iaitu philo yang bermaksud cinta dan sophos yang bermaksud hikmat. Menurut Hashim (1994), falsafah dapat dirujuk sebagai cinta kepada kebijaksanaan, kewajaran fikiran, mencari kebenaran yang berhubung sesuatu perkara dengan menggunakan akal fikiran. Hu Jun (2003), menyatakan falsafah dapat diklasifikasikan kepada empat cabang iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Setiap novel mempunyai keistimewaan dan ianya terletak di sebalik penciptaan novel, kekuatan bahasa dan juga daya imaginasi pengarangnya. Abdullah Hussain merupakan seorang penulis yang hebat dan beliau pernah menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan. Novel terkenal yang pernah dikarang oleh beliau ialah Interlok yang kaya dengan unsur falsafah dan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Kekuatan aspek falsafah yang diterapkan dalam novel Interlok ialah penerapan falsafah integrasi perkauman yang utuh diantara kamu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1990-an sehingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Menurut Azizah Hamzah dan Hashim Yaacob (2011), novel ini turut mendukung mesej 1Malaysia apabila tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India bersatu hati dan bekerjasama, sanggup berkorban demi keharmonian dan keamanan, memperlihatkan semangat perpaduan, selain memaparkan realiti sejarah awal negara ini. Kekuatan dalam novel ini terpancar apabila kita perlu membaca novel ini dalam konteks zaman dan mesej sebenar
  • 2. Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com SMK Kuhara, Tawau. 2 yang ingin disampaikan dan bukannya mentafsir Interlok dari kaca mata perkauman. Abdullah Hussain turut memaparkan keadaan masyarakat pada awal abad ke-20 iaitu zaman kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu, orang India dari selatan benua India dan orang Melayu yang menjadi penghuni asal Tanah Melayu. Disitulah digambarkan situasi sosial, ekonomi dan politik. Ketiga-tiga kaum ini berusaha meningkatkan taraf hidup untuk merubah penghidupan mereka daripada kehidupan yang kurang baik menjadi lebih baik. Selain itu, didapati terdapat falsafah realiti masyarakat daripada golongan bawahan khasnya golongan pekerja yang berada di Tanah Melayu pada abad ke-20 semasa di bawah pentadbiran British. Dalam buku keluarga Seman, Seman mewakili watak bangsa peribumi Melayu daripada golongan bawahan yang menetap di kampung. Dalam buku Keluarga Chin pula, Chin Huat muncul sebagai wakil golongan pekerja yang ditarik datang ke Tanah Melayu yang ditawarkan oleh sektor ekonomi Perindustrian British. Kehidupan miskin keluarga Chin Huat telah menarik bapanya untuk keluar dari China dan mencuba nasib di Tanah Melayu. Di Tanah Melayu, lombong-lombong timah dibuka, perdagangan import-eksport digiatkan dan sektor perkhidmatan membuka peluang besar kepada tenaga buruh mahir dan kurang mahir. Menurut Misran, Mawar dan Che Abdullah (2011), sistem kongsi tenaga buruh dari China yang diperkenalkan oleh British sangat buruk. Manakala dalam buku Keluarga Maniam, Maniam dikategorikan dalam kasta ‘paria’ iaitu golongan yang tersisih akibat sistem kasta yang diamalkan di India. Falsafah yang dipegang adalah berdasarkan kepada falsafah golongan bawahan yang sering dipijak oleh golongan atasan.. Turut dapat dikesan penerapan falsafah bantu-membantu dalam kalangan masyarakat walaupun berlainan bangsa dan budaya. Namun, disebabkan kesusahan hidup ketika zaman penjajah Jepun dan Inggeris, mereka seakan-akan lupa tentang bangsa. Menurut Zakir (2011), mereka hidup saling bantu-membantu atas dasar kemanusiaan. Generasi baru dari kaum Cina dan India yang lahir di Malaya serta bergaul dengan orang- orang Melayu mewujudkan ikatan kasih sayang sesama mereka. Hal yang demikian kerana ketika zaman penjajahan Jepun, ketiga-tiga kaum ini sama-sama merasai keperitan diseksa oleh penjajah. Pada ketika orang-orang Melayu bangkit menuntut kemerdekaan, orang- orang Cina dan India turut sama mewujudkan persatuan mereka untuk membela nasib mereka di Malaya. Perasaan ingin pulang ke negara masing-masing seperti sudah luntur lantaran sudah terlalu lama hidup di Malaya sehingga ada yang sudah terputus hubungan dengan saudara-mara di negara sendiri. Selain itu, taraf kehidupan mereka di Malaya jauh lebih baik berbanding hidup mereka di negara sendiri sebelum itu.
  • 3. Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com SMK Kuhara, Tawau. 3 3.0 PANDANGAN HIDUP NOVEL INTERLOK Pandangan hidup didefinisikan sebagai pendapat atau pertimbangan yang dijadikan pegangan, pedoman dan petunjuk hidup di dunia. Pendapat atau pertimbangan ini adalah hasil pemikiran manusia berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat hidupnya (Ahmad Jenali, 2008). Penulis menekankan aspek pandangan hidup masyarakat yang lebih mementingkan sikap kerajinan sehingga berupaya mengubah kehidupan. Contohnya, kehidupan Maniam beralih daripada kehidupan yang susah dan menghadapi berbagai ujian akhirnya hidup senang bersama anaknya yang berjawatan sebagai Inspektor Polis. Mereka akhirnya tinggal di Kuala Lumpur kerana Ramakrisynan telah bertugas di sana. Kehidupan Maniam juga meningkat daripada mendatar ke arah menegak iaitu bermula sebagai petani sewaktu di Kerala dan dianggap berkasta rendah. Nasib anaknya amat baik, walaupun dia dibesarkan oleh datuknya Perumal setelah ibunya meninggal dunia, dia menerima persekolahan yang baik seperti petikan berikut, “Malah cucu Perumal, Ramakrisynan, ditolongnya sampai ke sekolah Inggeris. Sekarang Rama sudah menjadi pegawai polis” (Halaman 353). Menurut Ghulam-Sarwar Yousof (2011), pada zaman tersebut, sekiranya seorang anak buruh estet dapat bersekolah Inggeris pada zaman itu amat disanjung tinggi dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. Inilah kelebihan Perumal, sebagai tandil yang baik dia disayangi oleh pengurus ladang berbangsa Inggeris dan sanggup menghantar Ramakrisynan ke sekolah Inggeris menyebabkan status dan kehidupannya menjadi lebih baik dan dihormati oleh masyarakat sekeliling. Selain daripada itu juga, kekuatan yang terdapat didalam novel Interlok ialah pandangan hidup masyarakat yang saling bantu-membantu dalam urusan seharian seterusnya bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat Malaya yang hidup bersatu padu, aman dan harmoni (Anwar dan Zakir, 2014). Perkara ini dapat dibuktikan apabila Seman, Cing Huat dan Yew Hock hidup saling bantu-membantu. Orang Melayu meminjam wang daripada orang Cina dan orang Cina pula menggunakan orang Melayu untuk membeli tanah orang Melayu. Sebagai contohnya, Cina Panjang (Cing Huat) memberikan wang iaitu dengan meminjamkannya kepada Musa dan sebaliknya Cing Huat menggunakan Musa untuk membeli tanah orang Melayu. Musa pula telah menyelamatkan Maniam daripada
  • 4. Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com SMK Kuhara, Tawau. 4 dipukul dengan teruk dan Maniam membalas jasa Musa dengan memberikan bantuan kepada anaknya iaitu Seman untuk mendapatkan kerja di ladang di tempat Maniam bekerja sebagai tandil. Kehidupan pelbagai kaum dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India itu berlangsung dengan aman, saling bergantungan dan tiada persengketaan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Mereka berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni serta menjadikan negara ini negara yang merdeka dan berdaulat. Menurut Azizah dan Hashim (2010), pegangan hidup yang dapat dicungkil dalam novel ini juga ialah pegangan hidup masyarakat yang suka bersaing secara positif. Sikap ini ditonjolkan oleh watak Cing Huat yang dikatakan mewarisi sifat bapanya yang tidak tahu letih dan kalah tidak mahu bergantung pada orang lain dan tidak takut menghadapi persaingan dengan orang lain (rujuk halaman 176). Cing Huat dikatakan berani mengisi kedainya itu dengan pelbagai barang dan dengan cara ini, pelanggan akan datang ke kedainya untuk membeli barang yang tidak ada di kedai lain. Walaupun baru berusia 17 tahun, dia sudah berani memikul tanggungjawab untuk menjaga kedai dan mempunyai sikap bersaing dengan peniaga-peniaga lain. Kekuatan yang ingin digarapkan oleh penulis juga ialah pendangan hidup melalui proses asimilasi. Novel Interlok memaparkan kisah impian Maniam untuk datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan diterangkan dengan jelas untuk memperbaiki kehidupannya daripada golongan paria yang terhimpit selain diberi bayaran yang murah untuk pekerjaan meraka. Contohnya, Maniam bekerja sebagai tukang sapu dan tukang cuci tandas dan hanya dibayar sebanyak satu rupee sebulan. Kerja keras yang ditunjukkan oleh Maniam terbukti apabila dia mengalami kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya.
  • 5. Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com SMK Kuhara, Tawau. 5 4.0 NILAI ILMU Kekuatan novel Interlok adalah nilai ilmu yang diigarapkan oleh penulis amat memberi impak kepada kehidupan masyarakat pada masa itu. Menurut Hashim, Hamzah dan Mohamad Saleeh (2011), antara ciri-ciri pemilihan novel yang terbaik ialah memiliki pemikiran yang tinggi, mencabar taakulan, menyisipkan gagasan dan ideologi yang besar dan mempunyai nilai ilmu yang bersifat sejagat. Perkara ini disokong oleh Illias Zaidi (2010) yang menyatakan bahawa novel Interlok merupakan sebuah karya yang sarat dengan ilmu pengetahuan dan mampu memberikan nilai moral kepada masyarakat sekelilingnya. Nilai ilmu banyak di garapkan oleh penulis didalam Novel ini. Ilmu dapat mempengaruhi masyarakat sekeliling. Hal ini dapat dibuktikan apabila dalam buku 1, penulis menggambarkan realiti kehidupan orang Melayu pada zaman sebelum merdeka yang kurang menitikberatkan mengenai ilmu. Bilangan orang Melayu yang boleh menulis dan membaca sangat kurang. Bagi mereka tiada gunanya anak-anak mereka belajar kerana akhirnya akan menjadi seorang petani juga. Tetapi, ada juga yang menghantar anak-anak untuk mengaji, asalkan anak-anak tahu membaca Al-Quran dan solat, itu sudah cukup bagi mereka. Di sebabkan oleh kurangnya pengamalan ilmu agama dalam diri tidak mantap, amalan dan kepercayaan karut seperti penggunaan tengkorak serta mentera-mentera yang bercanggah dengan agama Islam untuk tujuan perubatan masih diamalkan (Syed Mohd Zakir, 2011). Walaubagaimanapun, penulis turut menekankan kepentingan ilmu. Hal ini terbukti apabila guru bertanggungjawab supaya masyarakat pada masa itu diwajibkan bersekolah. Contohnya, Guru Besar Sekolah Menengah Simpang Empat dan beberapa orang guru lain sedang berkeliaran untuk mengajar pemuda-pemuda untuk diajak belajar di sekolah. Dengan pembinaan sekolah dan kepentingan menguasai ilmu, akhirnya anak Maniam iaitu Ramakrishnan telah berjaya menjadi seorang inspektor polis. Dalam buku kedua, penulis menerapkan tentang kepentingan nilai ilmu dalam diri golongan Cina yang rajin dalam pekerjaan dan mencari ilmu. Penulis mula menceritakan tentang asal usul kaum Cina di Malaya yang digambarkan bahawa kehidupan yang sukar di negara China akibat daripada kerap kali berlakunya bencana alam sehingga menyukarkan kehidupan rakyat di sana. Sawah yang diusahakan musnah sekelip mata sama ada akibat dari kemarau, banjir atau serangan belalang. Disebabkan kesempitan hidup, ramai orang Cina dari pelbagai puak sanggup merantau ke Rantau Selatan (Malaya dan sekitarnya) untuk mencari rezeki. Penulis turut menceritakan terdapat rasa tidak puas hati di antara
  • 6. Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com SMK Kuhara, Tawau. 6 puak Hakka dan Hokkien namun perasaan tersebut semakin lama semakin padam kerana mereka sama-sama beradu nasib di negeri orang. Apabila masyarakat Cina sudah ramai di Malaya, timbul kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk menjamin masa depan anak-anak mereka. Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibunda mereka. Dalam buku tiga, masyarakat India turut menekankan aspek ilmu dalam kehidupan apabila golongan India meminta pihak penjajah Inggeris untuk mendirikan sebuah sekolah Tamil bagi memberi ruang kepada anak-anak mereka untuk belajar. Menurut S. Fatimah Said (2011), persoalan akan kepentingan ilmu, kasih sayang dan bekerjasama turut menyokong penuh tema yang dibawa oleh penulis di dalam buku ini dan menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan pengarang ketika menghasilkan novel ini. Menurut Misran, Mawar dan Che Abdullah (2011), Keluarga Cing Huat amat menekankan aspek ilmu perniagaan dan alam kehidupan agar dapat mengubah kehidupan yang lebih baik. Hal ini terbukti apabila Cing Huat dan ayahnya Kim Lock pernah bekerja sebagai kuli mengangkat barang di pelabuhan, kemudian bertukar menjadi penarik lanca, bekerja sebagai pelombong dan dengan wang simpanan, mereka berjaya membuka kedai runcit. Akhirnya, kedai runcit mereka di Simpang Empat menjadi bertambah besar dan maju kerana menjadi tumpuan para petani dan pekerja estet di daerah tersebut. 5.0 RUMUSAN Karya agung Melayu karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang berjudul Interlok mempunyai kekuatan yang tersendiri. Novel ini mengandungi empat buku (bab) yang menekankan integrasi tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah negara yang bebas dan bermaruah. Kekayaan novel ini terbukti apabila penulis menyelitkan pelbagai kekuatan seperti falsafah kehidupan, pandangan hidup dan nilai ilmu yang menjadi rencah dalam penulisan beliau. Keberanian penulis terbukti apabila beliau dengan berani memasukkan beberapa kosa kata yang sentifif dan telah menjadi isu bagi sesetengah kaum. Sebagai seorang masyarakat yang berfikiran merdeka dan rasional, kita haruslah menerima hakikat dan harus berpijak di dunia realiti tanpa menidakkan perkara yang benar. (Bilangan: 1940 patah perkataan)
  • 7. Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com SMK Kuhara, Tawau. 7 BIBLIOGRAFI Abdullah Hussain. Interlok. 2010. Novel Komponen Sastera bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Lima. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Azizah Hamzah dan Hashim Yaacob. 2010. Malaysian National Institute Of Translation. Asiatics. Volume 5. Number 1. Anwar Ridhwan dan M. Zakir. 2014. 70 Karya dan Kekuasaan Pengarang: Pemikiran dan Gaya Naratif Mutakhir. UKM. Jurnal Melayu Jilid 12 (1) Jun 2014 Issn 1675-7513. Cambridge Advance Learner’s Dictionary. 2003. UK Cambridge University Press. Farish Noor. 2011. Malaysia’s ‘Interlok’ Issue: Communal Sensitivities and the Next Election. No 32. Ghulam-Sarwar Yousof. 2011. International Islamic University Malaysia. Asiatic. Vol.5, No.1. Hashim Haji Musa. 1994. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Illias Zaidi. 2010. Interlok Karya Sarat Dengan Mesej Perpaduan, Ilmu Pengetahuan. Diaksess daripada www.bharian.com.my. Kamus Dewan Edisi Keempat Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Mawar Safei, Rosnah Baharudin, Siti Rugayah Tibek, Fariza Md Sham, Zamri Ariffin dan Samsiah Mohd Nor. Novel Popular dan Kecenderungan Khalayak Remaja. Volume 3. Number 3, 13, 2008. ISSN: 1823-884. Misran Rokimin, Mawar Safie dan Che Abdullah Che Ya. 2011. Mobiliti Sosial Dalam Interlok Karya Abdullah Hussain. Jurnal Melayu (8) 2011:91-110.
  • 8. Norasmawani Yusoff, Wani6300@gmail.com SMK Kuhara, Tawau. 8 Mohd. Hanafi Ibrahim. 2012. The Historical Order Of Malaysian Socioculture In Interlok. Dewan Bahasa dan Pustaka. S. Fatimah Said. 2011. Semangkuk Interlok. Diaksess daripada Mataharibooks.com/interlock pada 1 November 2014. Syed Mohd Zakir, 2011. Interlock Form A Mutiltculturalism Perspective. Malay Literature. Volume 24. Number 2.