Dokumen ini berisi soalan-soalan tentang cerpen Munsyi. Soalan pertama meminta menjelaskan pesanan ibunda kepada Mel. Soalan kedua meminta menjelaskan latar tempat dalam petikan dan cerpen. Soalan ketiga bertanya mengapa amanah harus ditunaikan dengan sungguh-sungguh.
4. CERPEN : MUNSYI
SOALAN
1. Nyatakan pesanan-pesanan bonda kepada Mel. (2 markah)
2. Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan
dan satu latar tempat yang daripada keseluruhan cerpen
tersebut. (4 markah)
3. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menunaikan
amanah yang diberikan dengan bersungguh-sungguh.
(3 markah)
5. CERPEN : MUNSYI
1. Pesanan-pesanan bonda kepada
Mel ialah bonda menyuruh Mel mencari
seorang sahabat lamanya yang bernama
Munsyi. Selain itu, bonda meminta Mel
menghadiahkan buku-buku itu kepada
Munsyi.
JAWAPAN
6. CERPEN : MUNSYI
2. Satu latar tempat yang terdapat
dalam petikan adalah di rumah Munsyi.
Mel berjumpa Munsyi di sana dan
menyerahkan buku-buku yang disuruh
oleh bonda. Satu latar tempat yang lain
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen
adalah di rumah Mel. Mel berbual-bual
dengan ibunya di rumah mereka tentang
kehidupan di kota.
JAWAPAN
7. CERPEN : MUNSYI
3. Pada pendapat saya, kita perlu
menunaikan amanah yang diberikan
dengan bersungguh-sungguh supaya
kepercayaan orang lain terhadap kita tidak
akan hilang. Di samping itu, amanah
hendaklah ditunaikan agar orang lain lebih
menghormati kita. Selain itu dengan
menunaikan amanah Kita juga dapat
menggembirakan hati orang lain.
JAWAPAN
9. CERPEN : MUNSYI
SOALAN
1. Apakah perkara-perkara yang dilihat oleh “saya” apabila
berada di kota. (2 markah)
2. Huraikan satu perwatakan “saya” yang terdapat dalam
petikan dan satu perwatakan “saya” yang daripada
keseluruhan cerpen tersebut yang tiada dalam petikan.
(4 markah)
3. Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak muda
mudah terpengaruh dengan budaya yang bertentangan
dengan budaya negara kita? (3 markah)
10. CERPEN : MUNSYI
1. Perkara yang dilihat oleh “saya”
apabila berada di kota ialah kerapuhan jiwa
anak-anak muda yang sebangsa dengannya.
Selain itu “saya” melihat golongan muda ini
dihanyutkan oleh keseronokan hidup
dengan menggadaikan maruah dan
peribadi.
JAWAPAN
11. CERPEN : MUNSYI
2. satu perwatakan “saya” yang
terdapat dalam petikan ialah seorang yang
amanah. Mel menyerahkan puluhan kitab
lama yang dikirim oleh bonda kepada
Munsyi. Satu lagi perwatakan “saya” yang
terdapat dalam cerpen ialah seorang yang
taat akan perintah ibunya. Mel akur
kehendak ibunya yang tidak membenarkan
dia berhijrah ke bandar.
JAWAPAN
12. CERPEN : MUNSYI
3. Pada pendapat saya, anak-anak
muda mudah terpengaruh dengan budaya
yang bertentangan dengan budaya negara
kita kerana mereka tiada pegangan agama
yang kukuh. Selain itu, tidak mempunyai
jati diri yang kuat . Di samping itu
semangat patriotik dalam diri mereka
sangat longgar kerana mereka tidak
sayangkan warisan tradisi bangsa mereka.
JAWAPAN
14. CERPEN : MUNSYI
SOALAN
1. Nyatakan dua kehebatan nenek moyang bangsa peribumi
ini yang ditemukan oleh sejarawan (2 markah)
3. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam
petikan dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen
tersebut yang tiada dalam petikan di atas. (4 markah)
2. Pada pendapat anda, Selain berbekalkan ilmu
pengetahuan, apakah persediaan-persediaan lain yang perlu
dilakukan sebelum berhijrah ke tempat lain? (3 markah)
15. CERPEN : MUNSYI
1. dua kehebatan nenek moyang
bangsa peribumi ini yang ditemukan oleh
sejarawan ialah agama anutanya yang
berpaksikan akidah yang satu. Selain itu,
bahasa ibunda yang menjadi wacana
penghubung semua rakyat pelbagai
keturunan dan golongan.
JAWAPAN
16. CERPEN : MUNSYI
2. Pada pendapat saya, Selain
berbekalkan ilmu pengetahuan persediaan
lain yang perlu dilakukan sebelu berhijrah
ke tempat lain ialah mempunyai wang
perbelanjaan secukupnya untuk kegunaan
di tempat baru. Selain itu, mendapatkan
maklumat tentang tempat baru tersebut.
Juga memiliki sikap yang mulia agar
dihormati oleh masyarakat di sana.
JAWAPAN
17. CERPEN : MUNSYI
3. Satu latar masyarakat yang
terdapat dalam petikan ialah masyarakat
yang beragama. Contohnya nenek moyang
dahulu berpegang teguh pada ajaran
agama. Satu latar masyarakat yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah
masyarakat yang suka membaca. Mel
telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah serta banyak membaca
buku lama milik ibunya.
JAWAPAN