SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)



    KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM
                            KALANGAN AHLI AKADEMIK
                        Oleh: Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad


PENDAHULUAN
         Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini
membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas
lebih ramai pelajar tanpa mengira jarakjauh di samping membolehkan pembelajaran
berlangsung secara berterusan. Oleh sebab e-pembelajaran ini ialah sistem pembelajaran yang
menggunakan internet sebagai saluran atau teknologi portal yang menggabungkan sistem data
dengan sistem maklumat yang lain, (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori,
metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik.
         Menurut Learnframe (2001) juga, penggunaan media-media ini kebiasaannya
mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan
kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profesional isi pelajaran secara
dalam talian.E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran yang
mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh
komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah
alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin,
2000).
         Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi yang asas. Impak danpenerimaan
oleh masyarakat contohnya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masihlagi diragui.Tahap
perlaksanaan e-pembelajaran pada masa ini belum lagimencapai matlamat yang
diharapkan.Ahli akademik berperanan mengubah mindapelajar daripada pasif kepada aktif
terutama dengan penggunaan teknologiInternet melalui talian yang boleh didapati di dalam
kampus.Kemudahan inimembolehkan e-pembelajaran disampaikan dalam pelbagai jenis
penyelesaian.
         Oleh hal demikian, kajian tentang Kesedaran, Penilaian & Penerimaan E-
Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademikdijalankan di Universiti Sains Malaysia bagi
meninjau sejauhmanakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam
aktivitipengajaran mereka dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan
ataupenolakan kepada kaedah ini.




1|Page
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)



PERSOALAN
1. Sejauh mana kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran
   danpembelajaran?
2. Bagaimanakah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap
   e-pembelajarandengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli
   akademik?
3. Bagaimanakah         penerimaan   penggunaan      e-pembelajaran    dalam     membantu
   prosespembelajaran dan pengajaran?


KAEDAH
       Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk tinjauan deskriptif.Sejumlah
165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15pusat pengajian Universiti
Sains Malaysia. Sebanyak 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan
mengikut pusat pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS(Statistical
package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakandalam kajian ini. Data yang
diperoleh ditukar kepada kod-kod tertentu yang akanmewakili pemboleh ubah sepertimana
terdapat dalam soal selidik. Datakemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis
deskriptif seperti frekuensi,peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi
seperti Ujian-t danAnova.


DAPATAN KAJIAN


Kesedaran Terhadap Konsep e-Pembelajaran Dalam Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran
     Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad (2005), terdapat 5 konsep e-pembelajaran yang
     diketengahkan dalam soal selidik iaitu:
        i.   e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khususuntuk para
             pelajar.
       ii.   e-pembelajaran merupakan salah satu usaha sejajar denganperkembangan ICT.
      iii.   e-pembelajaran memerlukan komitmenyang lebih dalam pengajaran dan
             pembelajaran.
      iv.    e-pembelajaran dikendalikan menerusi komputer dan Internet
       v.    e-pembelajaranmembolehkanpembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah,
             tanpa batasan jarak dan lebihramai pelajar.




2|Page
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)



       Kajian mendapati tahap kefahaman responden pada konsep kedua iaitu e-
pembelajaran merupakan salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT adalah
tertinggi.Peratusan yang tinggi ini menunjukkan ahli akademik sedar tentang konsep e-
pembelajaranyang mana ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkanahli akademik
melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalamkuliah.Kebanyakan IPT di
Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICTbagi memastikan ahli akademik dan
pelajar dapat bersatu secara produktif dalampersekitaran pendidikan yang baru.
       Namun, kajian menunjukkan majoriti responden tidak bersetuju dengan konsep e-
pembelajaran yang ketiga iaitu e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam
pengajaran dan pembelajaran.Hal ini berlaku mungkindisebabkan ahli akademik masih ragu-
ragu untuk menerima e-pembelajaran dengansepenuhnya walaupun ahli akademik sudah
didedahkan dengan maklumat tentange-pembelajaran. Selain itu, ahli akademik mungkin
menghadapi masalah lain sepertitidak mendapat maklumat yang cukup, tidak disediakan
fasiliti yang baik dankurang berpengetahuan untuk menggunakan sistem e-pembelajaran.
Disebabkanmasalah-masalah       berikut,    responden     berpendapat      sekiranya   ahli
akademikmemberikan komitmen yang lebih akan merugikan masa dan tenaga.
       Secara keseluruhannya, hasil dapatan mendapati bahawa tahap kefahaman responden
terhadap kelima-lima konsep e-pembelajaran adalah tinggi.Hal ini membuktikan majoriti ahli
akademik USM sedar terhadap konsepe-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran mereka.Program Portal e-pembelajaran PPPJJ USM antara aplikasi yang
membuatkan ahli akademik sedar terhadap konsep ini.


Penilaian Terhadap Hubungan Yang Signifikan Antara Kefahaman Terhadap e-
Pembelajaran Dengan Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dalam Kalangan Ahli
Akademik
       Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad (2005), hasil kajian menunjukkan ahli akademik
di USM mampu merancang strategi dan kaedah pembelajaran mereka secara bersendirian dan
pada masa yang samaselesa dalam persekitaran pembelajaran berstruktur mengikut pilihan
mereka. Iadisebabkan oleh taraf pendidikan dan kerjaya sebagai seorang ahli akademikyang
menuntut mereka untuk bijak menentukan kaedah dan persekitaranpembelajaran agar ilmu
pengetahuan dapat disalurkan kepada pelajar.




3|Page
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)



          Selain itu, kedua-dua pemboleh ubah ini iaitu kefahamantentang e-pembelajaran dan
kesediaanpembelajaran kendiri mempunyai hubungan yang sederhana kerana terdapatnya
faktor-faktor lainyang turut menyumbang kepada tahap kefahaman responden.Antara faktor
yang      boleh   menyumbang      kepadaperlaksanaan   e-pembelajaran    terutamanya    faktor
mempunyai kemudahan komputerdan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan
pembelajaran arahan kendiri ahliakademik sahaja. Ahli akademik turut mempengaruhi dan
menggalakkan pelajarbermotivasi ketika pembelajaran, seharusnya mempunyai kesediaan
pembelajaranarahan kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran.


Penerimaan Penggunaan e-Pembelajaran Dalam Membantu Proses Pembelajaran Dan
Pengajaran
         Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad (2005) telah menyenaraikan empat tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan oleh ahli akademik iaitu:
     i.     Menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah
    ii.     Memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke
            semasa
   iii.    Mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengane-pembelajaran di USM
   iv.     Menggalakkan para pelajar menggunakane-pembelajaran sebagai mekanisme
           pembelajaran.


         Hasil       kajianmendapati     majoriti      responden        bersetuju      dengan
tanggungjawabmenggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajarandan tanggungjawab
menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah. Hal ini membuktikan
bahawa ahli akademik USM telah menerima sisteme-pembelajaran dalam pengajaran
mereka.Malah, penglibatan terhadap perlaksanaansesuatu kaedah pembelajaran yang baru
seperti e-pembelajaran turut bergantungkepada individu itu sendiri yang mana ia merujuk
kepada insiatif dan motivasiindividu untuk belajar.Oleh hal yang demikian, pusat pengajian
melalui jabatan atau panel pengajian,bertanggungjawab menyediakan isi kandungan bahan
pembelajaran manakalapemantauan tentang perlaksanaan ini perlu dikawal selia dan sentiasa
dipantauoleh pengurusan akademik.
         Bagi tanggungjawab memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman webe-pembelajaran
dari semasa ke semasa dan tanggungjawab mengikuti latihan-latihanyang berkaitan dengan
e-pembelajaran di USM, dapatan menunjukkanjumlah min berada pada tahap sederhana.Hal
inidisebabkan oleh ahli akademik berpendapat bahawa tanggungjawab yang perludilakukan


4|Page
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)



merupakan satu tugas tambahan atau beban yang mengganggu rutinharian mereka
terutamanya dalam mengikuti latihan yang disediakan.
        Selain itu, bagi faktor yang mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaranpula, dapatan
kajian menunjukkan bahawa penerimaan dalamkalangan ahli akademik terhadap penggunaan
e-pembelajaran dalam membantuproses pembelajaran dan pengajaran adalah positif. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa faktor yang palingmempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran
berdasarkan jumlah respondensangat bersetuju paling tinggi adalah faktor mempunyai
kemudahan         komputerperibadi.Hal   ini   membuktikan       bahawa   ahli     akademik    telah
disediakanalatan yang mencukupi untuk melaksanakan e-pembelajaran dan ini bukanmenjadi
alasan lagi bagi mereka untuk tidak melaksanakan e-pembelajaran.
        Namun begitu, faktor mempunyai kemahiran dalam bidang ICT danperkomputeran
serta    sering     mengikuti   kursus   dan   latihan    mengenai     ICT       beradapada   tahap
sederhana.Penerimaan sisteme-pembelajaran tidak memadai dengan hanya mempunyai
kemudahan komputerperibadi sahaja.Ahli akademik perlu mempunyai kemahiran dalam
bidang ICTdan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan mengenai
ICT.Inikerana       konsep   sistem   e-pembelajaran     ialah   mengintegrasikan      ICT    dalam
sistempembelajaran.Perlaksanaan e-pembelajaran bukan hanya bergantung kepadaalat-alat
teknologi baru seperti komputer.Malah perlaksanaannya jugamemerlukan kemahiran dalam
bidang ICT. Proses e-pembelajaran lebih memberikesan yang positif sekiranya diaplikasikan
dalam bentuk latihan dalam talian. Inimenunjukkan kepentingan ahli akademik mengikuti
latihan dan meluangkan masamereka mempelajari bidang ICT jika mereka ingin maju dalam
era teknologi.


KESIMPULAN
         Kesimpulannya, dapatan keseluruhan kajian yang diperoleh menunjukkanbahawa ahli
akademik di USM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran walaupun masih ada sesetengah responden tidak
menyokong konsep-konsep e-pembelajaran yang dinyatakan.Dari segi penilaian ahli
akademik terhadap hubungan yang signifikan di antara kefahaman terhadap e-pembelajaran
dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana.Ini
disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman seperti
faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi. Dari segi penerimaan pula,didapati ahli
akademik menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses
pembelajaran dan pengajaran.


5|Page
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044)




6|Page

More Related Content

What's hot

Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044sammuechan
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalGary Chew
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]sammuechan
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
 
Ulasan e pembelajaran
Ulasan e pembelajaranUlasan e pembelajaran
Ulasan e pembelajaranzamri ishak
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learningUmmu Zubair
 
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...NURUL HUDA
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikelSiew Sin Wong
 
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan WebUlasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Websuhailarahman26
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalhelidzia
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 

What's hot (16)

Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044Tugasan 1 kpt6044
Tugasan 1 kpt6044
 
Kpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnalKpt 6044 ulasan jurnal
Kpt 6044 ulasan jurnal
 
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
Presentatian kpt 6044 [compatibility mode]
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
 
Pembelajaran elektronik
Pembelajaran elektronikPembelajaran elektronik
Pembelajaran elektronik
 
Ulasan e pembelajaran
Ulasan e pembelajaranUlasan e pembelajaran
Ulasan e pembelajaran
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Tinjauan e learning
Tinjauan e learningTinjauan e learning
Tinjauan e learning
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan WebUlasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 

Similar to ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Similar to ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK (20)

Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Jurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaranJurnal e pembelajaran
Jurnal e pembelajaran
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 
Bab[09]
Bab[09]Bab[09]
Bab[09]
 
Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7Jurnal untuk Interaksi 7
Jurnal untuk Interaksi 7
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Ulasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sargunaUlasan jurnal sarguna
Ulasan jurnal sarguna
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan Jurnal
 
Ulasan jurnal 2
Ulasan jurnal 2Ulasan jurnal 2
Ulasan jurnal 2
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Tugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalTugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnal
 
Ulasan jurnal e pembelajaran
Ulasan jurnal e pembelajaranUlasan jurnal e pembelajaran
Ulasan jurnal e pembelajaran
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
penulisan dapatan kajian 4 jurnal
penulisan dapatan kajian 4 jurnalpenulisan dapatan kajian 4 jurnal
penulisan dapatan kajian 4 jurnal
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 

ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

  • 1. Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044) KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK Oleh: Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad PENDAHULUAN Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarakjauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh sebab e-pembelajaran ini ialah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran atau teknologi portal yang menggabungkan sistem data dengan sistem maklumat yang lain, (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik. Menurut Learnframe (2001) juga, penggunaan media-media ini kebiasaannya mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian.E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran yang mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000). Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi yang asas. Impak danpenerimaan oleh masyarakat contohnya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masihlagi diragui.Tahap perlaksanaan e-pembelajaran pada masa ini belum lagimencapai matlamat yang diharapkan.Ahli akademik berperanan mengubah mindapelajar daripada pasif kepada aktif terutama dengan penggunaan teknologiInternet melalui talian yang boleh didapati di dalam kampus.Kemudahan inimembolehkan e-pembelajaran disampaikan dalam pelbagai jenis penyelesaian. Oleh hal demikian, kajian tentang Kesedaran, Penilaian & Penerimaan E- Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademikdijalankan di Universiti Sains Malaysia bagi meninjau sejauhmanakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam aktivitipengajaran mereka dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan ataupenolakan kepada kaedah ini. 1|Page
  • 2. Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044) PERSOALAN 1. Sejauh mana kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran danpembelajaran? 2. Bagaimanakah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajarandengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik? 3. Bagaimanakah penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu prosespembelajaran dan pengajaran? KAEDAH Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk tinjauan deskriptif.Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15pusat pengajian Universiti Sains Malaysia. Sebanyak 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut pusat pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS(Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakandalam kajian ini. Data yang diperoleh ditukar kepada kod-kod tertentu yang akanmewakili pemboleh ubah sepertimana terdapat dalam soal selidik. Datakemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi,peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t danAnova. DAPATAN KAJIAN Kesedaran Terhadap Konsep e-Pembelajaran Dalam Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad (2005), terdapat 5 konsep e-pembelajaran yang diketengahkan dalam soal selidik iaitu: i. e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khususuntuk para pelajar. ii. e-pembelajaran merupakan salah satu usaha sejajar denganperkembangan ICT. iii. e-pembelajaran memerlukan komitmenyang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. iv. e-pembelajaran dikendalikan menerusi komputer dan Internet v. e-pembelajaranmembolehkanpembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah, tanpa batasan jarak dan lebihramai pelajar. 2|Page
  • 3. Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044) Kajian mendapati tahap kefahaman responden pada konsep kedua iaitu e- pembelajaran merupakan salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT adalah tertinggi.Peratusan yang tinggi ini menunjukkan ahli akademik sedar tentang konsep e- pembelajaranyang mana ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkanahli akademik melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalamkuliah.Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICTbagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalampersekitaran pendidikan yang baru. Namun, kajian menunjukkan majoriti responden tidak bersetuju dengan konsep e- pembelajaran yang ketiga iaitu e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran.Hal ini berlaku mungkindisebabkan ahli akademik masih ragu- ragu untuk menerima e-pembelajaran dengansepenuhnya walaupun ahli akademik sudah didedahkan dengan maklumat tentange-pembelajaran. Selain itu, ahli akademik mungkin menghadapi masalah lain sepertitidak mendapat maklumat yang cukup, tidak disediakan fasiliti yang baik dankurang berpengetahuan untuk menggunakan sistem e-pembelajaran. Disebabkanmasalah-masalah berikut, responden berpendapat sekiranya ahli akademikmemberikan komitmen yang lebih akan merugikan masa dan tenaga. Secara keseluruhannya, hasil dapatan mendapati bahawa tahap kefahaman responden terhadap kelima-lima konsep e-pembelajaran adalah tinggi.Hal ini membuktikan majoriti ahli akademik USM sedar terhadap konsepe-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka.Program Portal e-pembelajaran PPPJJ USM antara aplikasi yang membuatkan ahli akademik sedar terhadap konsep ini. Penilaian Terhadap Hubungan Yang Signifikan Antara Kefahaman Terhadap e- Pembelajaran Dengan Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dalam Kalangan Ahli Akademik Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad (2005), hasil kajian menunjukkan ahli akademik di USM mampu merancang strategi dan kaedah pembelajaran mereka secara bersendirian dan pada masa yang samaselesa dalam persekitaran pembelajaran berstruktur mengikut pilihan mereka. Iadisebabkan oleh taraf pendidikan dan kerjaya sebagai seorang ahli akademikyang menuntut mereka untuk bijak menentukan kaedah dan persekitaranpembelajaran agar ilmu pengetahuan dapat disalurkan kepada pelajar. 3|Page
  • 4. Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044) Selain itu, kedua-dua pemboleh ubah ini iaitu kefahamantentang e-pembelajaran dan kesediaanpembelajaran kendiri mempunyai hubungan yang sederhana kerana terdapatnya faktor-faktor lainyang turut menyumbang kepada tahap kefahaman responden.Antara faktor yang boleh menyumbang kepadaperlaksanaan e-pembelajaran terutamanya faktor mempunyai kemudahan komputerdan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahliakademik sahaja. Ahli akademik turut mempengaruhi dan menggalakkan pelajarbermotivasi ketika pembelajaran, seharusnya mempunyai kesediaan pembelajaranarahan kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran. Penerimaan Penggunaan e-Pembelajaran Dalam Membantu Proses Pembelajaran Dan Pengajaran Rubiah Omar & Jamilah Hj Ahmad (2005) telah menyenaraikan empat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ahli akademik iaitu: i. Menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah ii. Memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke semasa iii. Mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengane-pembelajaran di USM iv. Menggalakkan para pelajar menggunakane-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran. Hasil kajianmendapati majoriti responden bersetuju dengan tanggungjawabmenggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajarandan tanggungjawab menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah. Hal ini membuktikan bahawa ahli akademik USM telah menerima sisteme-pembelajaran dalam pengajaran mereka.Malah, penglibatan terhadap perlaksanaansesuatu kaedah pembelajaran yang baru seperti e-pembelajaran turut bergantungkepada individu itu sendiri yang mana ia merujuk kepada insiatif dan motivasiindividu untuk belajar.Oleh hal yang demikian, pusat pengajian melalui jabatan atau panel pengajian,bertanggungjawab menyediakan isi kandungan bahan pembelajaran manakalapemantauan tentang perlaksanaan ini perlu dikawal selia dan sentiasa dipantauoleh pengurusan akademik. Bagi tanggungjawab memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman webe-pembelajaran dari semasa ke semasa dan tanggungjawab mengikuti latihan-latihanyang berkaitan dengan e-pembelajaran di USM, dapatan menunjukkanjumlah min berada pada tahap sederhana.Hal inidisebabkan oleh ahli akademik berpendapat bahawa tanggungjawab yang perludilakukan 4|Page
  • 5. Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044) merupakan satu tugas tambahan atau beban yang mengganggu rutinharian mereka terutamanya dalam mengikuti latihan yang disediakan. Selain itu, bagi faktor yang mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaranpula, dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan dalamkalangan ahli akademik terhadap penggunaan e-pembelajaran dalam membantuproses pembelajaran dan pengajaran adalah positif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor yang palingmempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran berdasarkan jumlah respondensangat bersetuju paling tinggi adalah faktor mempunyai kemudahan komputerperibadi.Hal ini membuktikan bahawa ahli akademik telah disediakanalatan yang mencukupi untuk melaksanakan e-pembelajaran dan ini bukanmenjadi alasan lagi bagi mereka untuk tidak melaksanakan e-pembelajaran. Namun begitu, faktor mempunyai kemahiran dalam bidang ICT danperkomputeran serta sering mengikuti kursus dan latihan mengenai ICT beradapada tahap sederhana.Penerimaan sisteme-pembelajaran tidak memadai dengan hanya mempunyai kemudahan komputerperibadi sahaja.Ahli akademik perlu mempunyai kemahiran dalam bidang ICTdan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan mengenai ICT.Inikerana konsep sistem e-pembelajaran ialah mengintegrasikan ICT dalam sistempembelajaran.Perlaksanaan e-pembelajaran bukan hanya bergantung kepadaalat-alat teknologi baru seperti komputer.Malah perlaksanaannya jugamemerlukan kemahiran dalam bidang ICT. Proses e-pembelajaran lebih memberikesan yang positif sekiranya diaplikasikan dalam bentuk latihan dalam talian. Inimenunjukkan kepentingan ahli akademik mengikuti latihan dan meluangkan masamereka mempelajari bidang ICT jika mereka ingin maju dalam era teknologi. KESIMPULAN Kesimpulannya, dapatan keseluruhan kajian yang diperoleh menunjukkanbahawa ahli akademik di USM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran walaupun masih ada sesetengah responden tidak menyokong konsep-konsep e-pembelajaran yang dinyatakan.Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan di antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana.Ini disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman seperti faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi. Dari segi penerimaan pula,didapati ahli akademik menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. 5|Page
  • 6. Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web (KPT 6044) 6|Page