SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
PANDUAN UTAMA PENULISAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN
Dalam menghasilkan sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan, teknik penulisan merupakan
perkara utama yang harus diberikan penekanan. Hal ini adalah kerana segala gaya bahasa dan
kaedah pembentangan merupakan refleksi kepada si penulis dan memberikan persepsi
terhadap si pembaca. Anda harus tahu teknik-teknik untuk memberikan impak psikologi
dalam menghasilkan segala dokumentasi tersebut.
Panduan utama yang perlu anda titik-beratkan adalah;
i. Penjelasan Objektif
Tujuan penyediaan kertas kerja haruslah jelas objektifnya. Pastikan anda tahu
hala tuju dan sasaran perniagaan yang dibangunkan. Apa-apa jua kerja dan rancangan yang
dibuat selalunya mempunyai objektif yang tersendiri. Andai kata kertas kerja itu dibuat untuk
mendapatkan pinjaman perniagaan, maka objektifnya adalah untuk membentangkan konsep
perniagaan dan implikasi kewangan.
Jika kertas kerja tersebut dibuat untuk cadangan premis perniagaan di sesuatu lokasi, maka
objektifnya adalah untuk menjelaskan perniagaan yang bakal dibangunkan mampu
memberikan impak positif kepada pihak lain.
ii. Keutamaan Komunikasi
Jika anda mempunyai idea yang bernas dan mampu menyampaikannya secara jelas dan
efektif, pembaca pasti akan tertarik oleh perkara yang disampaikan. Tetapi jika lebih banyak
maklumat disampaikan dengan teknik komunikasi yang lemah seperti tiada penerangan
lanjutan berkenaan sasaran perniagaan, ataupun tiada menyatakan kepentingan pihak
pembaca, maka dengan pastinya kertas kerja itu tidak menghasilkan apa-apa keputusan
positif.
iii. Kesalahan Tatabahasa
Jelas sekali di sini dinyatakan penggunaan tatabahasa memainkan peranan penting dalam
mengolah sesuatu penyampaian ayat. Anda haruslah memastikan susunan perkataan dalam
ayat diatur dengan menggunakan teknik frasa dan tatabahasa yang betul. Kebiasaannya,
kebanyakan antara kita tidak peka akan perkara ini. Sebagai contoh, penggunaan ‘di’ dan ‘ke’
selalu menimbulkan kekeliruan.
iv. Penggunaan Ayat
Kebanyakan industri hari ini menggunakan pelbagai bahasa baru yang sering kali jarang
diketahui umum. Terdapat perkataan, terma dan ekspresi yang menjadi ayat kebiasaan pada
sesetengah industri tetapi janggal kepada pembaca daripada industri yang lain. Elakkan
penggunaan ayat ringkasan (jargon) dan jika perlu meng-gunakannya pastikan anda
menerangkan maksud di sebaliknya. Sebagai contoh, ekspresi seperti ‘E-Katalog’
berkemungkinan tidak difahami oleh sesetengah pihak.
Harus diingatkan bahawa kertas kerja anda dinilai oleh pelbagai pihak yang membacanya.
Justeru, pastikan mereka memahami perkara yang ingin anda sampaikan.
v. Menulis Berdasarkan Bacaan Umum
Perkembangan teknologi dan kemunculan perkataan-perkataan baru kadangkala tidak sampai
kepada pengetahuan semua pihak. Kertas kerja dan pelan per-niagaan anda berkemungkinan
disemak atau dinilai oleh pelbagai lapisan pembaca. Oleh hal yang demikian, segala
penerangan dan informasi yang terkandung dalam kertas kerja haruslah mampu difahami oleh
bacaan umum.
Elakkan penggunaan bahasa selanga (slang), bahasa pasar dan bahasa setempat. Walaupun
kertas kerja anda diserahkan kepada pihak tempatan, namun berkemungkinan kertas kerja
tersebut akan diserahkan kepada pihak luar untuk penilaian lanjutan. Mereka tidak
memahami penggunaan bahasa tersebut jika digunakan.
vi. Elemen Paparan/Grafik
Persembahan sesuatu kertas kerja yang baik adalah dengan menggunakan teknik paparan
serta grafik yang bersesuaian serta menarik perhatian pembaca. Masukkan elemen visual
tersebut secara teratur. Logo, graf, carta, jadual dan elemen visual lain meningkatkan gaya
pembentangan kertas kerja anda dan memudahkan pembaca memahaminya. Muka surat yang
penuh dengan perkataan sahaja akan meletihkan mata dan menimbulkan kebosanan.
Tambahan pula, kebanyakan orang lebih gemar akan dokumen yang berorientasikan visual
kerana mudah untuk difahami dan proses pemahaman yang singkat tercapai.
vii. Kaedah Pembentangan Penulisan
Kebiasaannya, kebanyakan komputer menggunakan ‘Times New Roman’ sebagai jenis
perkataan amnya. Bagi yang terus menaip, pasti akan tidak menitikberatkan jenis perkataan
dan saiznya. Tahukah anda mengapa terdapat pelbagai jenis perkataan disediakan dan
mengapakah kadangkala jenis perkataan tersebut kelihatan seakan-akan sama?
Sebenarnya, hanya terdapat dua kategori perkataan iaitu ‘Serif’ dan ‘Sans-Serif’. Perbezaan
antara kedua-dua jenis ini adalah pada bucu huruf masing-masing. Perkata-an ini berasal
daripada bahasa Perancis, perkataan ‘sans’ bermaksud ‘tanpa’. Bagi memudahkan
pembacaan, eloklah menggunakan perkataan jenis ‘Sans-Serif’ seperti Arial, Century Gothic
dan Tahoma.
Selain jenis perkataan, pastikan juga anda meng-gunakan kaedah pembentangan yang rapi
seperti penyusunan perenggan dan penjajaran tepian (alignment). Pembaca kertas kerja anda
pastinya akan berasa senang untuk membaca dan hal ini juga menunjukkan imej peribadi
anda yang sentiasa kemas dan tersusun. Satu kelebihan untuk anda, bukan!
viii. Tajuk dan Muka Surat Yang Jelas
Pernahkah anda menerima kertas kerja orang lain untuk membuat penilaian? Bagaimanakah
anda menilai sama ada kertas kerja tersebut bagus atau tidak? Sebenarnya, sesebuah kertas
kerja dan pelan perniagaan yang baik dilihat melalui kaedah penyusunan tajuknya.
Mengapakah saya berkata sedemikian? Hal ini adalah kerana penyusunan tajuk yang
mengikut rentak pembacaan untuk dianalisis memainkan peranan penting bagi membolehkan
kertas kerja anda diterima.
Mulakan penulisan dengan merangka isi-isi kandungan mengikut susunan tajuk kandungan
utama yang terdapat dalam Bahagian 2 nanti. Pastikan tajuk-tajuk tersebut lengkap disertakan
dalam kertas kerja anda. Kesemua tajuk itu merupakan tajuk utama (standard) yang diguna
pakai di seluruh dunia apabila membuat sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan.
Penggunaan muka surat juga penting kerana memudahkan pembaca mencari isi kandungan
yang dikehendaki dengan cepat tanpa perlu menyingkap helaian demi helaian. Seelok-
eloknya, nombor muka surat kertas kerja atau pelan perniagaan diletakkan di penjuru kanan
sebelah bawah. ‘Header’ dan ‘footer’ juga perlu dimasukkan agar kertas kerja anda nampak
kemas, profesional dan menarik.
ix. Penyusunan Agenda Pembentangan
Apakah yang akan terjadi jika pembentangan agenda penulisan kertas kerja anda tidak
tersusun? Sudah tentu hal ini mewujudkan ketidakseimbangan kefahaman terhadap pembaca
yang menilai permohonan anda. Aliran isi kandungan yang ingin disampaikan perlu mengikut
rentak objektif utama kertas kerja dan pelan perniagaan anda. Pastikan kertas kerja dan pelan
perniagaan anda dimulakan dengan Pengenalan atau Ringkasan Eksekutif/Pelan diikuti isi
kandungan utama dan diakhiri dengan Kesimpulan/Penutup.
Melalui kaedah ini, secara tidak langsung pembaca atau penilai dapat mengenal anda dan
perkara yang anda ingin sampaikan melalui perniagaan yang anda ingin ceburi. Oleh itu,
pastikan anda melengkapkan kesemua agenda utama pembentangan agar kefahaman tercapai
dan objektif serta impian perniagaan anda terlaksana akhirnya.
x. Pengakhiran Kertas Kerja Dan Pelan Perniagaan
Lakukan cetakan dengan menggunakan pencetak laser berwarna yang bermutu serta gunakan
kertas yang agak tebal dan berkualiti. Kertas kerja dan pelan perniagaan anda harus diakhiri
dengan penjilidan yang sesuai seperti ‘comb-binding’ dan pastikan muka depan dan belakang
diliputi lapisan plastik sebagai pelindung dan daya tarikan. Dengan hanya sedikit kos, kini
anda telah berjaya menghasilkan satu kertas kerja dan pelan perniagaan yang bakal mengubah
masa depan anda ke arah pencapaian matlamat yang ingin dicapai.

More Related Content

What's hot

Tik. makalah indo_melinda[1]
Tik. makalah indo_melinda[1]Tik. makalah indo_melinda[1]
Tik. makalah indo_melinda[1]MelindaTriA
 
Program perkuliahan 2014 2015
Program perkuliahan 2014 2015Program perkuliahan 2014 2015
Program perkuliahan 2014 2015roisah453
 
Gbm1103 3.0 rencana
Gbm1103 3.0 rencanaGbm1103 3.0 rencana
Gbm1103 3.0 rencanaNURUL AZREEN
 
Materi administrasi perkantoran korespondensi
Materi administrasi perkantoran korespondensiMateri administrasi perkantoran korespondensi
Materi administrasi perkantoran korespondensiWahyunita Lakoro
 
Mengungkapkan informasi melalui penulisan paragraf dan pidato
Mengungkapkan informasi melalui penulisan paragraf dan pidatoMengungkapkan informasi melalui penulisan paragraf dan pidato
Mengungkapkan informasi melalui penulisan paragraf dan pidatoDhea Yulia Ningsih
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
12. struktur kti
12. struktur kti12. struktur kti
12. struktur ktiroisah453
 
[7] kkm bhs inggris sma
[7] kkm bhs inggris sma[7] kkm bhs inggris sma
[7] kkm bhs inggris smaWahyu ELwahyu
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awamIIUM
 
Mekanisme bahasa baku, ragam bahasa dan kalimat efektif
 Mekanisme bahasa baku, ragam bahasa dan kalimat efektif Mekanisme bahasa baku, ragam bahasa dan kalimat efektif
Mekanisme bahasa baku, ragam bahasa dan kalimat efektifAinunPSari
 

What's hot (18)

Penulisan bukan kreatif
Penulisan bukan kreatifPenulisan bukan kreatif
Penulisan bukan kreatif
 
Tik. makalah indo_melinda[1]
Tik. makalah indo_melinda[1]Tik. makalah indo_melinda[1]
Tik. makalah indo_melinda[1]
 
Program perkuliahan 2014 2015
Program perkuliahan 2014 2015Program perkuliahan 2014 2015
Program perkuliahan 2014 2015
 
Gbm1103 3.0 rencana
Gbm1103 3.0 rencanaGbm1103 3.0 rencana
Gbm1103 3.0 rencana
 
Penulisan laporan
Penulisan laporanPenulisan laporan
Penulisan laporan
 
Ragam Bahasa Keilmuan
Ragam Bahasa KeilmuanRagam Bahasa Keilmuan
Ragam Bahasa Keilmuan
 
Materi administrasi perkantoran korespondensi
Materi administrasi perkantoran korespondensiMateri administrasi perkantoran korespondensi
Materi administrasi perkantoran korespondensi
 
Mengungkapkan informasi melalui penulisan paragraf dan pidato
Mengungkapkan informasi melalui penulisan paragraf dan pidatoMengungkapkan informasi melalui penulisan paragraf dan pidato
Mengungkapkan informasi melalui penulisan paragraf dan pidato
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Kd 3.7 teks lho
Kd 3.7 teks lhoKd 3.7 teks lho
Kd 3.7 teks lho
 
12. struktur kti
12. struktur kti12. struktur kti
12. struktur kti
 
pidato
pidatopidato
pidato
 
Rencana
Rencana Rencana
Rencana
 
[7] kkm bhs inggris sma
[7] kkm bhs inggris sma[7] kkm bhs inggris sma
[7] kkm bhs inggris sma
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Mekanisme bahasa baku, ragam bahasa dan kalimat efektif
 Mekanisme bahasa baku, ragam bahasa dan kalimat efektif Mekanisme bahasa baku, ragam bahasa dan kalimat efektif
Mekanisme bahasa baku, ragam bahasa dan kalimat efektif
 
Power point
Power pointPower point
Power point
 
Power point
Power pointPower point
Power point
 

Viewers also liked

Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanMahrajan Lanthanum
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaAbdullah Mokhti
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Afifah Nabilah
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerjasuju2403
 
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...AlFakir Fikri AlTakiri
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaanZahari Aziz
 
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2ppnkvl
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 
Kertas cadangan pembinaan padang hoki mini astrotu
Kertas cadangan pembinaan padang hoki mini astrotuKertas cadangan pembinaan padang hoki mini astrotu
Kertas cadangan pembinaan padang hoki mini astrotuSamsudin Ridzal
 
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadetKertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadetMaria Ayie
 
Buku panduan borang b
Buku panduan borang bBuku panduan borang b
Buku panduan borang bHaniza Lsmn
 
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasiNu Rul
 
Kertas cadangan pt3
Kertas cadangan pt3Kertas cadangan pt3
Kertas cadangan pt3wansarina67
 

Viewers also liked (20)

Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
7 contoh rancangan perniagaan
7   contoh rancangan perniagaan7   contoh rancangan perniagaan
7 contoh rancangan perniagaan
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
 
CONTOH KERTAS CADANGAN
CONTOH KERTAS CADANGANCONTOH KERTAS CADANGAN
CONTOH KERTAS CADANGAN
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
Hk3 2010 1
Hk3 2010 1Hk3 2010 1
Hk3 2010 1
 
Kertas kerja
Kertas kerjaKertas kerja
Kertas kerja
 
Kertas cadangan pembinaan padang hoki mini astrotu
Kertas cadangan pembinaan padang hoki mini astrotuKertas cadangan pembinaan padang hoki mini astrotu
Kertas cadangan pembinaan padang hoki mini astrotu
 
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadetKertas kerja permohonan untuk uniform kadet
Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet
 
Kertas kerja origami
Kertas kerja origamiKertas kerja origami
Kertas kerja origami
 
Buku panduan borang b
Buku panduan borang bBuku panduan borang b
Buku panduan borang b
 
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
 
Kertas cadangan pt3
Kertas cadangan pt3Kertas cadangan pt3
Kertas cadangan pt3
 

Similar to PANDUAN PENULISAN BISNES

Silabus Training "Effective REPORT WRITING SKILL_di Era Digital dan Revolusi ...
Silabus Training "Effective REPORT WRITING SKILL_di Era Digital dan Revolusi ...Silabus Training "Effective REPORT WRITING SKILL_di Era Digital dan Revolusi ...
Silabus Training "Effective REPORT WRITING SKILL_di Era Digital dan Revolusi ...Kanaidi ken
 
2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx
2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx
2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docxraiabdul2017
 
Training "Effective REPORT WRITING SKILLS" Bank DKi & PT. Triputra Agro Persada
Training "Effective REPORT WRITING SKILLS" Bank DKi & PT. Triputra Agro PersadaTraining "Effective REPORT WRITING SKILLS" Bank DKi & PT. Triputra Agro Persada
Training "Effective REPORT WRITING SKILLS" Bank DKi & PT. Triputra Agro PersadaKanaidi ken
 
Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103azman_awan9
 
Pengenalan kepada penulisan korporat
Pengenalan kepada penulisan korporatPengenalan kepada penulisan korporat
Pengenalan kepada penulisan korporatSyahremie Teja
 
Silabus Training "Effective BUSINESS WRITING SKILLS_di Era Digital 4.0"
Silabus Training "Effective BUSINESS WRITING SKILLS_di Era Digital 4.0"Silabus Training "Effective BUSINESS WRITING SKILLS_di Era Digital 4.0"
Silabus Training "Effective BUSINESS WRITING SKILLS_di Era Digital 4.0"Kanaidi ken
 
Sim, namira nur jasmine, hapzi ali, siklus hidup sistem, universitas mercu bu...
Sim, namira nur jasmine, hapzi ali, siklus hidup sistem, universitas mercu bu...Sim, namira nur jasmine, hapzi ali, siklus hidup sistem, universitas mercu bu...
Sim, namira nur jasmine, hapzi ali, siklus hidup sistem, universitas mercu bu...Namira Jasmine
 
Lesson 10. What is Copywriting?/Apa Itu Copywriting (renicaryadi @ Kampus Mer...
Lesson 10. What is Copywriting?/Apa Itu Copywriting (renicaryadi @ Kampus Mer...Lesson 10. What is Copywriting?/Apa Itu Copywriting (renicaryadi @ Kampus Mer...
Lesson 10. What is Copywriting?/Apa Itu Copywriting (renicaryadi @ Kampus Mer...Renica Ryadi (Renica Cristia Ningrum)
 
5. UX-Writing.pdf
5. UX-Writing.pdf5. UX-Writing.pdf
5. UX-Writing.pdfSulhandrive
 
Link-Link MATERI Training _"Effective REPORT WRITTING Skill".
Link-Link MATERI Training _"Effective REPORT WRITTING Skill".Link-Link MATERI Training _"Effective REPORT WRITTING Skill".
Link-Link MATERI Training _"Effective REPORT WRITTING Skill".Kanaidi ken
 
wepik-teknik-menulis-pemberitaan-yang-efektif-dan-menarik-strategi-untuk-mena...
wepik-teknik-menulis-pemberitaan-yang-efektif-dan-menarik-strategi-untuk-mena...wepik-teknik-menulis-pemberitaan-yang-efektif-dan-menarik-strategi-untuk-mena...
wepik-teknik-menulis-pemberitaan-yang-efektif-dan-menarik-strategi-untuk-mena...ssuser9b4421
 
4 ea23 kelompok 2 presentasi bisnis_tugas bagian 1a
4 ea23 kelompok 2 presentasi bisnis_tugas bagian 1a4 ea23 kelompok 2 presentasi bisnis_tugas bagian 1a
4 ea23 kelompok 2 presentasi bisnis_tugas bagian 1aAndrianWisnu3
 
Komunikasi bisnis uni.pptx
Komunikasi bisnis uni.pptxKomunikasi bisnis uni.pptx
Komunikasi bisnis uni.pptxNofriantiIG
 
Materi H1 - Menerapkan design brief.pptx.pdf
Materi H1 -  Menerapkan design brief.pptx.pdfMateri H1 -  Menerapkan design brief.pptx.pdf
Materi H1 - Menerapkan design brief.pptx.pdfTarmono3
 
materi desain brief dkv kelas XI desain komunikasi visual
materi desain brief dkv kelas XI desain komunikasi visualmateri desain brief dkv kelas XI desain komunikasi visual
materi desain brief dkv kelas XI desain komunikasi visualheruheru31
 
adoc.pub_rencana-pembelajaran-semester-rps.pdf
adoc.pub_rencana-pembelajaran-semester-rps.pdfadoc.pub_rencana-pembelajaran-semester-rps.pdf
adoc.pub_rencana-pembelajaran-semester-rps.pdfrezabudiman12
 
Bab 13 & bab 14 kelompok 4 komunikasi bisnis
Bab 13 & bab 14 kelompok 4 komunikasi bisnisBab 13 & bab 14 kelompok 4 komunikasi bisnis
Bab 13 & bab 14 kelompok 4 komunikasi bisnisNico663299
 
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaanLina Abu Bakar
 

Similar to PANDUAN PENULISAN BISNES (20)

Silabus Training "Effective REPORT WRITING SKILL_di Era Digital dan Revolusi ...
Silabus Training "Effective REPORT WRITING SKILL_di Era Digital dan Revolusi ...Silabus Training "Effective REPORT WRITING SKILL_di Era Digital dan Revolusi ...
Silabus Training "Effective REPORT WRITING SKILL_di Era Digital dan Revolusi ...
 
2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx
2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx
2. ASAS PENULISAN KERTAS KERJA.docx
 
Training "Effective REPORT WRITING SKILLS" Bank DKi & PT. Triputra Agro Persada
Training "Effective REPORT WRITING SKILLS" Bank DKi & PT. Triputra Agro PersadaTraining "Effective REPORT WRITING SKILLS" Bank DKi & PT. Triputra Agro Persada
Training "Effective REPORT WRITING SKILLS" Bank DKi & PT. Triputra Agro Persada
 
Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103
 
Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103Nota bm topik5 oumh1103
Nota bm topik5 oumh1103
 
Pengenalan kepada penulisan korporat
Pengenalan kepada penulisan korporatPengenalan kepada penulisan korporat
Pengenalan kepada penulisan korporat
 
Silabus Training "Effective BUSINESS WRITING SKILLS_di Era Digital 4.0"
Silabus Training "Effective BUSINESS WRITING SKILLS_di Era Digital 4.0"Silabus Training "Effective BUSINESS WRITING SKILLS_di Era Digital 4.0"
Silabus Training "Effective BUSINESS WRITING SKILLS_di Era Digital 4.0"
 
Sim, namira nur jasmine, hapzi ali, siklus hidup sistem, universitas mercu bu...
Sim, namira nur jasmine, hapzi ali, siklus hidup sistem, universitas mercu bu...Sim, namira nur jasmine, hapzi ali, siklus hidup sistem, universitas mercu bu...
Sim, namira nur jasmine, hapzi ali, siklus hidup sistem, universitas mercu bu...
 
Lesson 10. What is Copywriting?/Apa Itu Copywriting (renicaryadi @ Kampus Mer...
Lesson 10. What is Copywriting?/Apa Itu Copywriting (renicaryadi @ Kampus Mer...Lesson 10. What is Copywriting?/Apa Itu Copywriting (renicaryadi @ Kampus Mer...
Lesson 10. What is Copywriting?/Apa Itu Copywriting (renicaryadi @ Kampus Mer...
 
5. UX-Writing.pdf
5. UX-Writing.pdf5. UX-Writing.pdf
5. UX-Writing.pdf
 
Link-Link MATERI Training _"Effective REPORT WRITTING Skill".
Link-Link MATERI Training _"Effective REPORT WRITTING Skill".Link-Link MATERI Training _"Effective REPORT WRITTING Skill".
Link-Link MATERI Training _"Effective REPORT WRITTING Skill".
 
wepik-teknik-menulis-pemberitaan-yang-efektif-dan-menarik-strategi-untuk-mena...
wepik-teknik-menulis-pemberitaan-yang-efektif-dan-menarik-strategi-untuk-mena...wepik-teknik-menulis-pemberitaan-yang-efektif-dan-menarik-strategi-untuk-mena...
wepik-teknik-menulis-pemberitaan-yang-efektif-dan-menarik-strategi-untuk-mena...
 
4 ea23 kelompok 2 presentasi bisnis_tugas bagian 1a
4 ea23 kelompok 2 presentasi bisnis_tugas bagian 1a4 ea23 kelompok 2 presentasi bisnis_tugas bagian 1a
4 ea23 kelompok 2 presentasi bisnis_tugas bagian 1a
 
Komunikasi bisnis uni.pptx
Komunikasi bisnis uni.pptxKomunikasi bisnis uni.pptx
Komunikasi bisnis uni.pptx
 
Materi H1 - Menerapkan design brief.pptx.pdf
Materi H1 -  Menerapkan design brief.pptx.pdfMateri H1 -  Menerapkan design brief.pptx.pdf
Materi H1 - Menerapkan design brief.pptx.pdf
 
materi desain brief dkv kelas XI desain komunikasi visual
materi desain brief dkv kelas XI desain komunikasi visualmateri desain brief dkv kelas XI desain komunikasi visual
materi desain brief dkv kelas XI desain komunikasi visual
 
adoc.pub_rencana-pembelajaran-semester-rps.pdf
adoc.pub_rencana-pembelajaran-semester-rps.pdfadoc.pub_rencana-pembelajaran-semester-rps.pdf
adoc.pub_rencana-pembelajaran-semester-rps.pdf
 
Komunikasi Tentang Pekerjaan
Komunikasi Tentang PekerjaanKomunikasi Tentang Pekerjaan
Komunikasi Tentang Pekerjaan
 
Bab 13 & bab 14 kelompok 4 komunikasi bisnis
Bab 13 & bab 14 kelompok 4 komunikasi bisnisBab 13 & bab 14 kelompok 4 komunikasi bisnis
Bab 13 & bab 14 kelompok 4 komunikasi bisnis
 
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
 

Recently uploaded

421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 

PANDUAN PENULISAN BISNES

  • 1. PANDUAN UTAMA PENULISAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN Dalam menghasilkan sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan, teknik penulisan merupakan perkara utama yang harus diberikan penekanan. Hal ini adalah kerana segala gaya bahasa dan kaedah pembentangan merupakan refleksi kepada si penulis dan memberikan persepsi terhadap si pembaca. Anda harus tahu teknik-teknik untuk memberikan impak psikologi dalam menghasilkan segala dokumentasi tersebut. Panduan utama yang perlu anda titik-beratkan adalah; i. Penjelasan Objektif Tujuan penyediaan kertas kerja haruslah jelas objektifnya. Pastikan anda tahu hala tuju dan sasaran perniagaan yang dibangunkan. Apa-apa jua kerja dan rancangan yang dibuat selalunya mempunyai objektif yang tersendiri. Andai kata kertas kerja itu dibuat untuk mendapatkan pinjaman perniagaan, maka objektifnya adalah untuk membentangkan konsep perniagaan dan implikasi kewangan. Jika kertas kerja tersebut dibuat untuk cadangan premis perniagaan di sesuatu lokasi, maka objektifnya adalah untuk menjelaskan perniagaan yang bakal dibangunkan mampu memberikan impak positif kepada pihak lain. ii. Keutamaan Komunikasi Jika anda mempunyai idea yang bernas dan mampu menyampaikannya secara jelas dan efektif, pembaca pasti akan tertarik oleh perkara yang disampaikan. Tetapi jika lebih banyak maklumat disampaikan dengan teknik komunikasi yang lemah seperti tiada penerangan lanjutan berkenaan sasaran perniagaan, ataupun tiada menyatakan kepentingan pihak pembaca, maka dengan pastinya kertas kerja itu tidak menghasilkan apa-apa keputusan positif. iii. Kesalahan Tatabahasa Jelas sekali di sini dinyatakan penggunaan tatabahasa memainkan peranan penting dalam mengolah sesuatu penyampaian ayat. Anda haruslah memastikan susunan perkataan dalam ayat diatur dengan menggunakan teknik frasa dan tatabahasa yang betul. Kebiasaannya, kebanyakan antara kita tidak peka akan perkara ini. Sebagai contoh, penggunaan ‘di’ dan ‘ke’ selalu menimbulkan kekeliruan. iv. Penggunaan Ayat Kebanyakan industri hari ini menggunakan pelbagai bahasa baru yang sering kali jarang diketahui umum. Terdapat perkataan, terma dan ekspresi yang menjadi ayat kebiasaan pada sesetengah industri tetapi janggal kepada pembaca daripada industri yang lain. Elakkan penggunaan ayat ringkasan (jargon) dan jika perlu meng-gunakannya pastikan anda menerangkan maksud di sebaliknya. Sebagai contoh, ekspresi seperti ‘E-Katalog’ berkemungkinan tidak difahami oleh sesetengah pihak. Harus diingatkan bahawa kertas kerja anda dinilai oleh pelbagai pihak yang membacanya.
  • 2. Justeru, pastikan mereka memahami perkara yang ingin anda sampaikan. v. Menulis Berdasarkan Bacaan Umum Perkembangan teknologi dan kemunculan perkataan-perkataan baru kadangkala tidak sampai kepada pengetahuan semua pihak. Kertas kerja dan pelan per-niagaan anda berkemungkinan disemak atau dinilai oleh pelbagai lapisan pembaca. Oleh hal yang demikian, segala penerangan dan informasi yang terkandung dalam kertas kerja haruslah mampu difahami oleh bacaan umum. Elakkan penggunaan bahasa selanga (slang), bahasa pasar dan bahasa setempat. Walaupun kertas kerja anda diserahkan kepada pihak tempatan, namun berkemungkinan kertas kerja tersebut akan diserahkan kepada pihak luar untuk penilaian lanjutan. Mereka tidak memahami penggunaan bahasa tersebut jika digunakan. vi. Elemen Paparan/Grafik Persembahan sesuatu kertas kerja yang baik adalah dengan menggunakan teknik paparan serta grafik yang bersesuaian serta menarik perhatian pembaca. Masukkan elemen visual tersebut secara teratur. Logo, graf, carta, jadual dan elemen visual lain meningkatkan gaya pembentangan kertas kerja anda dan memudahkan pembaca memahaminya. Muka surat yang penuh dengan perkataan sahaja akan meletihkan mata dan menimbulkan kebosanan. Tambahan pula, kebanyakan orang lebih gemar akan dokumen yang berorientasikan visual kerana mudah untuk difahami dan proses pemahaman yang singkat tercapai. vii. Kaedah Pembentangan Penulisan Kebiasaannya, kebanyakan komputer menggunakan ‘Times New Roman’ sebagai jenis perkataan amnya. Bagi yang terus menaip, pasti akan tidak menitikberatkan jenis perkataan dan saiznya. Tahukah anda mengapa terdapat pelbagai jenis perkataan disediakan dan mengapakah kadangkala jenis perkataan tersebut kelihatan seakan-akan sama? Sebenarnya, hanya terdapat dua kategori perkataan iaitu ‘Serif’ dan ‘Sans-Serif’. Perbezaan antara kedua-dua jenis ini adalah pada bucu huruf masing-masing. Perkata-an ini berasal daripada bahasa Perancis, perkataan ‘sans’ bermaksud ‘tanpa’. Bagi memudahkan pembacaan, eloklah menggunakan perkataan jenis ‘Sans-Serif’ seperti Arial, Century Gothic dan Tahoma. Selain jenis perkataan, pastikan juga anda meng-gunakan kaedah pembentangan yang rapi seperti penyusunan perenggan dan penjajaran tepian (alignment). Pembaca kertas kerja anda pastinya akan berasa senang untuk membaca dan hal ini juga menunjukkan imej peribadi anda yang sentiasa kemas dan tersusun. Satu kelebihan untuk anda, bukan! viii. Tajuk dan Muka Surat Yang Jelas Pernahkah anda menerima kertas kerja orang lain untuk membuat penilaian? Bagaimanakah anda menilai sama ada kertas kerja tersebut bagus atau tidak? Sebenarnya, sesebuah kertas kerja dan pelan perniagaan yang baik dilihat melalui kaedah penyusunan tajuknya. Mengapakah saya berkata sedemikian? Hal ini adalah kerana penyusunan tajuk yang mengikut rentak pembacaan untuk dianalisis memainkan peranan penting bagi membolehkan
  • 3. kertas kerja anda diterima. Mulakan penulisan dengan merangka isi-isi kandungan mengikut susunan tajuk kandungan utama yang terdapat dalam Bahagian 2 nanti. Pastikan tajuk-tajuk tersebut lengkap disertakan dalam kertas kerja anda. Kesemua tajuk itu merupakan tajuk utama (standard) yang diguna pakai di seluruh dunia apabila membuat sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan. Penggunaan muka surat juga penting kerana memudahkan pembaca mencari isi kandungan yang dikehendaki dengan cepat tanpa perlu menyingkap helaian demi helaian. Seelok- eloknya, nombor muka surat kertas kerja atau pelan perniagaan diletakkan di penjuru kanan sebelah bawah. ‘Header’ dan ‘footer’ juga perlu dimasukkan agar kertas kerja anda nampak kemas, profesional dan menarik. ix. Penyusunan Agenda Pembentangan Apakah yang akan terjadi jika pembentangan agenda penulisan kertas kerja anda tidak tersusun? Sudah tentu hal ini mewujudkan ketidakseimbangan kefahaman terhadap pembaca yang menilai permohonan anda. Aliran isi kandungan yang ingin disampaikan perlu mengikut rentak objektif utama kertas kerja dan pelan perniagaan anda. Pastikan kertas kerja dan pelan perniagaan anda dimulakan dengan Pengenalan atau Ringkasan Eksekutif/Pelan diikuti isi kandungan utama dan diakhiri dengan Kesimpulan/Penutup. Melalui kaedah ini, secara tidak langsung pembaca atau penilai dapat mengenal anda dan perkara yang anda ingin sampaikan melalui perniagaan yang anda ingin ceburi. Oleh itu, pastikan anda melengkapkan kesemua agenda utama pembentangan agar kefahaman tercapai dan objektif serta impian perniagaan anda terlaksana akhirnya. x. Pengakhiran Kertas Kerja Dan Pelan Perniagaan Lakukan cetakan dengan menggunakan pencetak laser berwarna yang bermutu serta gunakan kertas yang agak tebal dan berkualiti. Kertas kerja dan pelan perniagaan anda harus diakhiri dengan penjilidan yang sesuai seperti ‘comb-binding’ dan pastikan muka depan dan belakang diliputi lapisan plastik sebagai pelindung dan daya tarikan. Dengan hanya sedikit kos, kini anda telah berjaya menghasilkan satu kertas kerja dan pelan perniagaan yang bakal mengubah masa depan anda ke arah pencapaian matlamat yang ingin dicapai.