SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA ASAS TAMBAH, TOLAK, DARAB DAN
BAHAGI MELALUI PERMAINAN
Oleh:
Faizah binti Ramly (D046773)
SK Kampung Raja,
39010 Tanah Rata, Cameron Highlands
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu murid menguasai operasi asas bagi murid-
murid Tahun 3 dalam pendekatan permainan. Penguasaan yang baik dan tepat dalam operasi
asas adalah sumber utama bagi matapelajaran Matematik. Seramai sepuluh orang murid Tahun
3 Siddiq dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan
melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan
menunjukkan murid-murid kurang menguasai operasi asas terutama yang melibatkan
pengumpulan semula. Tahap penguasaan yang kurang dalam menyelesaikan operasi asas
telah memberikan implikasi kepada topik-topik yang berikutnya. Suatu perancangan tindakan
dibuat bagi membantu murid-murid tersebut boleh menguasai operasi asas dengan
menyeluruh. Seperti yang diketahui, kanak-kanak pada peringkat umur berikut lebih
menggemari kepada permainan. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan
terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam menyelesaikan
soalan-soalan operasi asas serta penguasaan kepada operasi tersebut. Setelah kajian tindakan
dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid
kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara
keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru
dan pembelajaran murid di samping kepelbagaian kaedah dan teknik penyampaian guru dalam
membantu murid menguasai operasi asas Matematik dengan lebih baik.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Pada tahun ini, saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar Tahun 3 Siddiq di
mana potensi murid amat baik dan membanggakan. Namun begitu terdapat sebahagian murid
tidak boleh menguasai fakta asas operasi asas iaitu Tambah, Tolak, Darab dan bahagi dengan
sebaiknya.
Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan
latihan fakta asas tambah secara bertulis. Ia juga telah diikuti dengan fakta asas tolak, fakta
asas darab dan fakta asas bahagi secara bergilir-gilir. Namun telah timbul permasalahan di
mana hanya 60% murid sahaja yang mampu memberikan jawapan yang betul setelah semakan
1
jawapan dilakukan. Tambah mengecewakan saya terdapat 10 orang murid yang hanya mampu
menjawab 30% betul daripada jumlah soalan yang diberikan oleh saya.Pada pendapat saya,
keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik.
Oleh sebab itu, saya telah menetapkan bahawa saya akan menjadikan permasalahan ini
satu perkara yang tidak perlu lagi dibimbangkan dengan membantu murid menguasai fakta
asas operasi asas dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui temubual yang
telah dilakukan, saya dapati murid-murid lebih seronok dengan aktiviti yang berbentuk
permainan sambil belajar.
Maka, saya telah merancang satu kajian tindakan yang akan membantu murid
menguasai operasi asas di mana ia adalah nadi kepada Matematik. Ibarat kata` Bersusah-
susah dahulu, bersenang-senang kemudian` yang mana apabila murid-murid tersebut menaiki
tahap yang lebih tinggi atau sewaktu berada di Tahap 2, pembelajaran akan lebih mudah
terutama ketika menyelesaikan soalan-soalan peperiksaan.
Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau
strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi
keseronokan kepada murid-murid di samping dapat menarik minat dan mengubah tanggapan
minda yang mengatakan `Matematik Itu Susah`
2.0 FOKUS KAJIAN
Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mengira fakta asas operasi asas
dengan tepat dan cepat apabila diberi soalan. Mereka masih lagi perlu menggunakan pengiraan
sama ada menggunakan jari atau `tally` atau bahan maujud yang lain serta termenung
memikirkan jawpan. Saya telah menggunkan permainan bagi membantu mereka berfikir pantas
dan tepat.
Penguasaan yang sepenuhnya bagi fakta asas operasi asas adalah nadi asas kepada
Matematik di mana operasi asas digunakan sepenuhnya dalam tajuk-tajuk yang berikutnya.
Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran fakta asas tambah, tolak,
darab dan bahagi dengan pantas supaya kaedah ini dapat menyelesaikan masalah pengiraan
Matematik dengan cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat
meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas operasi asas.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
2
3.1 Objektif Am
Membantu meningkatkan penguasaan operasi asas dengan lebih baik, cepat
dan tepat.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Murid dapat menjawab dengan cepat soalan yang dikemukakan secara
lisan.
3.2.2 Murid boleh mengira dengan pantas secara bertulis dengan tepat dan
cepat.
3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.
3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan
harmonis.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada sepuluh orang murid Tahun 3 Siddiq yang didapati
mempunyai masalah mengira fakta asas dengan cepat dan tepat. Murid-murid ini adalah dalam
kalangan murid-murid yang lemah.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada
soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.
5.1.2 Temu Bual
Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak
3
formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung
dapat mengenalpasti punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran
mengingat dan menghafal.
5.1 3 Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui
maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan penguasaan fakta
asas. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
5.1.4 Ujian Pra
Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dengan
memberikan 5 soalan bagi setiap fakta asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Tempoh masa yang diberikan ialah 10 minit.
5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada sepuluh orang murid Tahun 3
Siddiq. Teknik hafalan fakta asas berbeza-beza antara seorang murid dengan murid
yang lain. 6 orang (60%) daripada mereka menggunakan jari manakala 4 orang (40%)
lagi membuat `tally` atau gambarajah. Pada pendapat saya, murid-murid harus dibantu
dengan kaedah permainan untuk penguasaan kepada fakta asas.
5.2.2 Temu Bual
Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati sebahagian (50%) murid
meminati mata pelajaran Matematik. Manakala sebahagian lagi (50%) menyatakan
pelbagai alasan dengan alasan susah, banyak sangat dan mudah lupa.
5.2.3 Soal Selidik
Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak
4
Fakta Asas
BIL PERKARA
SETUJU
TIDAK
SETUJU
BIL % BIL %
1 Minat mata pelajaran Matematik. 5 50 5 50
2 Boleh Menjawab Fakta Asas Tambah 7 70 3 30
3 6 60 4 40Boleh Menjawab Fakta Asas Tolak
4 Boleh Menjawab Fakta Asas Darab 4 40 6 60
5 Boleh Menjawab Fakta Asas Bahagi 2 20 8 80
Berupaya menjawab dengan tepat
sekiranya tempoh masa menjawab
dipanjangkan.
6 6 100 0 0
Jadual 1 menunjukkan sepuluh orang (100%) murid saya tidak boleh menguasai sepenuhnya
fakta asas dan bersetuju jika tempoh masa dipanjangkan
5.2.4 Ujian Pra
Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 3 Siddiq Dalam Ujian Pra
GRED UJIAN PRA
BILANGAN %
A 8 36
B 4 18
5
C 2 9
D 6 28
E 2 9
JUMLAH MURID 22 100
Jadual 2 menunjukkan sepuluh orang (46%) murid mendapat gred C, gred D dan gred
E. Murid-murid ini dikenalpasti kurang berupaya mengira soalan yag diberikan dengan
cepat, tepat dan betul. Walaupun jumlah murid yang tidak meguasai fakta asas adalah
kurang iaitu hanya sepuluh orang sahaja, namun masalah ini dianggap serius jika tidak
diambil tindakan segera untuk menanganinya kerana akibatnya akan dilihat jika
mereka berada di Tahap 2.
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
Sebanyak tiga aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran fakta
asas dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( BALING DADU )
1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam
satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa.
2) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep bermain dam ular di mana apabila
dadu dilambung, perjalanan akan diteruskan dengan menambah bilangan dadu yang
terpapar serta menjawab soalan kad tambah jika berhenti pada tanda `?`..
3) Lembaran soalan secara individu dan direkodkan.
5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( BALAS PANTUN )
1) Aktiviti ini merupakan aktiviti lisan. Murid-murid diperdengarkan dengan soalan
berbentuk pantun.
2) Murid dikehendaki menulis jawapan pada kertas yang telah disediakan oleh guru.
3) Semak jawapan bersama guru.
6
5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( PASANGAN ROMANTIK )
1) Aktiviti dijalankan di dalam kumpulan.
2) Melengkapkan pasangan antara darab dan bahagi yang mana bahagi adalah
songsangan darab.
3) Permainan ditentukan selama 5 minit sahaja. Mengumpulkan pasangan yang paling
banyak dan betul di kira sebagai pemenang.
4) Lembaran soalan secara individu dan direkodkan.
5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah:
a) Aktiviti 1 ( BALING DADU )
i) Buah dadu
ii) Papan permainan
iii) Kad operasi tambah
iv) Jam
v) Lembaran soalan
b) Aktiviti 2 ( BALAS PANTUN )
i) Kertas jawapan individu.
ii) Rakaman yang diperdengarkan semula menggunakan
laptop/radio
iii) Borang analisa pencapaian individu.
c) Aktiviti 3 ( PASANGAN ROMANTIK )
i) Kad soalan sifir dan bahagi.
ii) Jam.
iii) Lembaran soalan
7
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN
5.4.1 Aktiviti 1 ( BALING DADU )
Murid-murid diberikan masa 15 minit untuk bermain. Permainan ini dibuat 2 hari
seminggu iaitu Isnin dan Khamis pada waktu pembelajaran di dalam kelas. Sementara murid
lain diberikan latihan pengayaan, sepuluh orang murid akan menjalankan permainan ini.
Murid akan membaling dadu dan bergerak mengikut bilangan yang terpapar pada dadu.
Murid yang berhenti pada tanda `?` akan mengambil satu kad tambah dan menjawab soalan
yang disediakan. Jika jawapan betul murid tersebut boleh meneruskan pusingan seterusnya.
Jika gagal memberikan jawapan yang betul, murid tersebut akan kehilangan satu pusingan
permainan. Murid yang berjaya `tamat` di kira sebagai pemenang.
Rajah 1: Contoh papan permainan dan kad tambah.
8
9
Mula
/ 1 2 3
? ? 6
? 8 9
?
11 12
? 14 15
? 17 18
? 20
21
? 23 24
? 26 27
? 29 30
? 32 33
? 35 36 37 38
? 40
41 42
? 44 45
? 47
? 49
?
51
? 53 54
? 56
? 58 59 60
? 62 63
? 65
? 67 68 69
?
71
? 73
? 75 76
? 78 79 80
? 82 83
? 85 86 87 88 89
?
? 92 93 94
? 96 97
? 99
Tam
at/10
0
5 + 2 =
4 + 3 = 2 + 7 =
0 + 2 = 8 + 1 =
3 + 4 =7 + 1 =
i) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian, murid-murid seronok belajar sambil bermain kad. Murid
berusaha untuk menjawab kad tambah dengan betul untuk menghabiskan permainan.
ii) Refleksi
Pada pendapat saya, murid-murid boleh menambah fakta asas dengan baik dan tepat.
Murid-murid berasa seronok dan boleh menambah dengan pantas apabila permainan ini
diteruskan pada masa-masa yang lain. Serta murid boleh menyelesaikan lembaran yang
telah disediakan selepas permainan.
5.4.2 Aktiviti 2 ( BALAS PANTUN )
Aktiviti 2 dijalankan pada hari Selasa pada waktu pembelajaran. Murid perlu
menyelesaikan 10 soalan pantun yang diperdengarkan.
i. Guru mengedarkan satu kertas jawapan yang perlu di tuliskan jawapan
oleh murid.
ii. Murid perlu mendengar dengan teliti untuk menjawab soalan yang
diberikan dalam pantun tersebut.
iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.
Rajah 2 : Contoh Pantun Tolak.
10
Jalan-jalan ke rumah Azua,
Berapa lapan tolak dua ?
Pergi sekolah sama-sama,
Berapa sembilan tolak lima ?
i) Pemerhatian
Murid menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam pantun tersebut. Murid
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawapan yang betul. Murid berusaha untuk menjawab soalan yang diberikan.
Jadual 1 : Contoh borang jawapan individu
11
PERMAINAN : BALAS PANTUN
NAMA :
TARIKH TARIKH TARIKH
JAWAPAN
1
JAWAPAN
1
JAWAPAN
1
2 2 2
3 3 3
4 4 4
5 5 5
6 6 6
7 7 7
8 8 8
9 9 9
10 10 10
JUMLAH
BETUL
JUMLAH
BETUL
JUMLAH
BETUL
ii) Refleksi
Saya memerhatikan prestasi muird makin baik setelah menjalankan aktiviti
ttersebut secara berulang kali. Jumlah betul dalam menjawab soalan semakin
meningkat. Melihat kepada permainan ini, terdapat perubahan yang membanggakan
dalam mengatasi masalah fakta asas tolak murid-murid berkaitan.
iii) Penilaian Prestasi
Berikut dipaparkan jadual peningkatan bagi 10 orang murid yang mengikuti
permainan tersebut dengan jumlah yang betul.
Jadual 2 : Pencapaian murid untuk 3 minggu permainan
Kumpulan
Sasaran
MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3
Murid 1 5 6 8
Murid 2 6 6 7
Murid 3 4 5 7
Murid 4 2 4 6
Murid 5 5 6 8
Murid 6 4 6 7
Murid 7 4 5 7
Murid 8 5 6 7
Murid 9 5 5 7
Murid 10 6 6 8
5.4.3 Aktiviti 3 ( PASANGAN ROMANTIK )
Aktiviti 3 dijalankan 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Jumaat.
Permainan ini di mainkan dalam kumpulan di mana berlangsung selama 5 minit.
Cara permainan berlangsung :
i. Guru mengedarkan set pasangan kepada kumpulan murid.
ii. Murid-murid dikehendaki melengkapkan pasangan darab dan bahagi di
mana hasil darab bertemu dengan awalan soalan bahagi. Pasangan
yang betul dan banyak di kira pemenang.
12
iii. Permainan berlangsung selama minit. Kemudian guru menyemak
jawapan bersama murid.
Rajah 3 : Contoh kad permainan
i) Pemerhatian
Kumpulan murid ini berasa amat seronok dalam mencari pasangan yang tepat
dan betul. Mereka perlu memilih persamaan yang betul kerana terdapat juga pasangan
yang mempunyai persamaan yang hasil darab dan awalan bahagi yang sama, namun
nombor yang di bahagi dan di darab tidak sama. Pastikan ia tidak berlaku seperti
berikut :
Pasangan yang tidak tepat :
Pasangan yang sepatutnya :
ii) Refleksi
Pada peringkat awal permainan, murid yang terlibat banyak melakukan
kesalahan pasangan, namun setelah berulang kali permainan ini di mainkan, murid
telah boleh memperolehi pasangan yang tepat dan betul. Kemudian, guru akan
13
5 x 4 = 20 20 ÷ 4 = 5
3 x 9 = 27 27 ÷ 9 = 3
7 x 4 = 28 28 ÷ 7 = 4
7 x 4 = 28 28 ÷ 4 = 7
mengedarkan lembaran soalan yang harus dijawab untuk menguji tahap penguasaan
murid selepas permainan tamat.
5.4 REFLEKSI KAJIAN
5.4.1 Penilaian pencapaian murid
Jadual 3 : Pencapaian murid selepas tindakan dilaksanakan
Berdasarkan ujian yang telah berlangsung sebelum kajian dan ujian selepas kajian
dilakukan, terdapat banyak peningkatan dan perbezaan. Hasil dapatan kajian dapat
diterjemahkan melalui jadual di bawah :
Dapatan kajian diperoleh daripada lembaran soalan secara terkumpul setiap permainan
yang dijalanakan. Selain daripada itu, telah dijalankan ujian akhir yang merangkumi soalan-
soalan fakta asas secara bercampur antara satu sama lain dan tidak tersusun mengikut fakta
asas.
Melihat kepada ujian yang telah dijalankan, di dapati berlaku peningkatan yang amat
memberangsangkan, walaupun terdapat juga kekliruan semsa melakukan kutipan markah
terkumpul kerana ada juga terdapat prestasi murid yang sedikit menurun kemudian meningkat
dan terus meningkat. Semasa tindakan dilaksanakan terdapat juga masalah ketidakhadiran
14
GRED PRESTASI TERKINI
BILANGAN %
A 0 0
B 3 30
C 7 70
D 0 0
E 0 0
JUMLAH MURID 10 100
murid yang menyebabkan ujian atau pelaksanaan terpaksa dijalankan sekali lagi untuk murid
yang tidak hadir.
Namun begitu, kajian ini dapat dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan dan telah
mencapai hasil yang membanggakan dan mencapai target untuk memperoleh keputusan
prestasi yang baik di mana tiada lagi murid yang berada di Gred D dan Gred E seperti pada
ujian pra sebelumnya
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
Melihat kepada prestasi yang membanggakan serta keseronokkan murid untuk
menguasai ilmu Matematik, maka pada masa yang akan datang mungkin akan ada lagi kajian-
kajian lain yang menyusul untuk mempertingkatkan tahap penguasaan dan minat murid
terhadap matapelajaran Matematik dan menyingkirkan perkataan dan pemikiran minda mereka
yag mengatakan `Matematik Itu Susah` dengan pelbagai lagi kaedah dan cara pendekatan
Matematik.
Pada masa mendatang, kemungkinan boleh diteruskan kajian dengan melakukan
kajian bagi setiap fakta asas secara berasingan dan mendapatkan keputusan dan tahap
penguasaan ke tahap yang maksimum.
BIBLIOGRAFI
15
Edisi Ketiga (Disember 2008). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 3,
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 3, Dewan Bahasa dan Pustaka &
Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Prof. Dr. Othman Lebar,Dr. Abdul Talib Mohamed hashim, En Omar Hisham Mohd baharin,En
Ismail Raof (2011). Modul Pengajaran, teknologi dan Penaksiran 2 , Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
http://sktu4jb.50webs.com/Kajian_tindakan/Panduan-asas-eprd-dan-contoh-pelaporan.doc
http://www.mgcmpahang.org/mgcmpv1/index.php?
option=com_docman&task=doc_download&gid=14&Itemid=67
16

More Related Content

What's hot

Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaStruktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaiedazi91
 
Teori Belajar Polya
Teori Belajar PolyaTeori Belajar Polya
Teori Belajar PolyaMia Ervina
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
Refleksi
Refleksi Refleksi
Refleksi rusbiah
 
Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)TING Hua
 
Panjang - Matematik Tahun 4
Panjang - Matematik Tahun 4Panjang - Matematik Tahun 4
Panjang - Matematik Tahun 4Sayshare
 
Prinsip, model dan proses kajian tindakan
Prinsip, model dan proses kajian tindakanPrinsip, model dan proses kajian tindakan
Prinsip, model dan proses kajian tindakanBeyoncé
 
Bab IV Hasil Penelitian dan Pembahasan
Bab IV Hasil Penelitian dan PembahasanBab IV Hasil Penelitian dan Pembahasan
Bab IV Hasil Penelitian dan PembahasanAniyah Damayanti
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...outtamyhead89
 
Laporan post mortem 5 d
Laporan post mortem 5 dLaporan post mortem 5 d
Laporan post mortem 5 dMat Yus
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Zuraini Mat Zin
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
IPA Modul 1 KB 2 Rev
IPA Modul 1 KB 2 RevIPA Modul 1 KB 2 Rev
IPA Modul 1 KB 2 RevPPGhybrid3
 
Contoh laporan hasil observasi
Contoh laporan hasil observasiContoh laporan hasil observasi
Contoh laporan hasil observasiilma yuni
 

What's hot (20)

Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaStruktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
 
Teori Belajar Polya
Teori Belajar PolyaTeori Belajar Polya
Teori Belajar Polya
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Refleksi
Refleksi Refleksi
Refleksi
 
Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)
 
Panjang - Matematik Tahun 4
Panjang - Matematik Tahun 4Panjang - Matematik Tahun 4
Panjang - Matematik Tahun 4
 
Angket minat siswa
Angket minat siswaAngket minat siswa
Angket minat siswa
 
Prinsip, model dan proses kajian tindakan
Prinsip, model dan proses kajian tindakanPrinsip, model dan proses kajian tindakan
Prinsip, model dan proses kajian tindakan
 
Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21
 
Bab IV Hasil Penelitian dan Pembahasan
Bab IV Hasil Penelitian dan PembahasanBab IV Hasil Penelitian dan Pembahasan
Bab IV Hasil Penelitian dan Pembahasan
 
Bahasa tamil spm
Bahasa tamil spmBahasa tamil spm
Bahasa tamil spm
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
Meningkatkan Penguasaan Konsep Asas Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 dengan...
 
Laporan post mortem 5 d
Laporan post mortem 5 dLaporan post mortem 5 d
Laporan post mortem 5 d
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
IPA Modul 1 KB 2 Rev
IPA Modul 1 KB 2 RevIPA Modul 1 KB 2 Rev
IPA Modul 1 KB 2 Rev
 
Contoh laporan hasil observasi
Contoh laporan hasil observasiContoh laporan hasil observasi
Contoh laporan hasil observasi
 

Viewers also liked

Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiZarah Ahmad
 
Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Haryati Ismail
 
Kertas Kerja Program Peningkatan Akademik
Kertas Kerja Program Peningkatan AkademikKertas Kerja Program Peningkatan Akademik
Kertas Kerja Program Peningkatan Akademiksoulmoon
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibHabibah Abdullah
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 

Viewers also liked (6)

Kajian
KajianKajian
Kajian
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
 
Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2
 
Kertas Kerja Program Peningkatan Akademik
Kertas Kerja Program Peningkatan AkademikKertas Kerja Program Peningkatan Akademik
Kertas Kerja Program Peningkatan Akademik
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 

Similar to Kertas kerja abu

Ulasan Kajian Tindakan KPR5063
Ulasan Kajian Tindakan KPR5063Ulasan Kajian Tindakan KPR5063
Ulasan Kajian Tindakan KPR5063UPSI2010
 
Ulasan Kajian
Ulasan KajianUlasan Kajian
Ulasan KajianUPSI2010
 
Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1UPSI2010
 
Esei ulasan
Esei ulasanEsei ulasan
Esei ulasankoperasi
 
Ulasan kajian tindakan kpr
Ulasan kajian tindakan kprUlasan kajian tindakan kpr
Ulasan kajian tindakan kpreliniey
 
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507SK Seri Tawai
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANTeacher Nasrah
 
contoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikacontoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikaimam syafii
 
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...Nur Afiqah Bt Zulkafli
 
14_SMP Negeri Bulo_Ishak.docx
14_SMP Negeri Bulo_Ishak.docx14_SMP Negeri Bulo_Ishak.docx
14_SMP Negeri Bulo_Ishak.docxIshakIshak37
 

Similar to Kertas kerja abu (20)

Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
Ulasan Kajian Tindakan KPR5063
Ulasan Kajian Tindakan KPR5063Ulasan Kajian Tindakan KPR5063
Ulasan Kajian Tindakan KPR5063
 
Ulasan Kajian
Ulasan KajianUlasan Kajian
Ulasan Kajian
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1
 
Esei ulasan
Esei ulasanEsei ulasan
Esei ulasan
 
Ulasan kajian tindakan kpr
Ulasan kajian tindakan kprUlasan kajian tindakan kpr
Ulasan kajian tindakan kpr
 
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
 
contoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikacontoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematika
 
Proposal 2014
Proposal 2014Proposal 2014
Proposal 2014
 
Bab i
Bab i Bab i
Bab i
 
Bab i
Bab i Bab i
Bab i
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
 
yg baru
yg baruyg baru
yg baru
 
Abstrak
AbstrakAbstrak
Abstrak
 
14_SMP Negeri Bulo_Ishak.docx
14_SMP Negeri Bulo_Ishak.docx14_SMP Negeri Bulo_Ishak.docx
14_SMP Negeri Bulo_Ishak.docx
 
Ptkppt
PtkpptPtkppt
Ptkppt
 
karil revisi4.docx
karil revisi4.docxkaril revisi4.docx
karil revisi4.docx
 

Recently uploaded

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptxSirlyPutri1
 

Recently uploaded (20)

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 

Kertas kerja abu

  • 1. MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA ASAS TAMBAH, TOLAK, DARAB DAN BAHAGI MELALUI PERMAINAN Oleh: Faizah binti Ramly (D046773) SK Kampung Raja, 39010 Tanah Rata, Cameron Highlands ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu murid menguasai operasi asas bagi murid- murid Tahun 3 dalam pendekatan permainan. Penguasaan yang baik dan tepat dalam operasi asas adalah sumber utama bagi matapelajaran Matematik. Seramai sepuluh orang murid Tahun 3 Siddiq dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang menguasai operasi asas terutama yang melibatkan pengumpulan semula. Tahap penguasaan yang kurang dalam menyelesaikan operasi asas telah memberikan implikasi kepada topik-topik yang berikutnya. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi membantu murid-murid tersebut boleh menguasai operasi asas dengan menyeluruh. Seperti yang diketahui, kanak-kanak pada peringkat umur berikut lebih menggemari kepada permainan. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam menyelesaikan soalan-soalan operasi asas serta penguasaan kepada operasi tersebut. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid di samping kepelbagaian kaedah dan teknik penyampaian guru dalam membantu murid menguasai operasi asas Matematik dengan lebih baik. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pada tahun ini, saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar Tahun 3 Siddiq di mana potensi murid amat baik dan membanggakan. Namun begitu terdapat sebahagian murid tidak boleh menguasai fakta asas operasi asas iaitu Tambah, Tolak, Darab dan bahagi dengan sebaiknya. Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan fakta asas tambah secara bertulis. Ia juga telah diikuti dengan fakta asas tolak, fakta asas darab dan fakta asas bahagi secara bergilir-gilir. Namun telah timbul permasalahan di mana hanya 60% murid sahaja yang mampu memberikan jawapan yang betul setelah semakan 1
  • 2. jawapan dilakukan. Tambah mengecewakan saya terdapat 10 orang murid yang hanya mampu menjawab 30% betul daripada jumlah soalan yang diberikan oleh saya.Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Oleh sebab itu, saya telah menetapkan bahawa saya akan menjadikan permasalahan ini satu perkara yang tidak perlu lagi dibimbangkan dengan membantu murid menguasai fakta asas operasi asas dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui temubual yang telah dilakukan, saya dapati murid-murid lebih seronok dengan aktiviti yang berbentuk permainan sambil belajar. Maka, saya telah merancang satu kajian tindakan yang akan membantu murid menguasai operasi asas di mana ia adalah nadi kepada Matematik. Ibarat kata` Bersusah- susah dahulu, bersenang-senang kemudian` yang mana apabila murid-murid tersebut menaiki tahap yang lebih tinggi atau sewaktu berada di Tahap 2, pembelajaran akan lebih mudah terutama ketika menyelesaikan soalan-soalan peperiksaan. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid di samping dapat menarik minat dan mengubah tanggapan minda yang mengatakan `Matematik Itu Susah` 2.0 FOKUS KAJIAN Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mengira fakta asas operasi asas dengan tepat dan cepat apabila diberi soalan. Mereka masih lagi perlu menggunakan pengiraan sama ada menggunakan jari atau `tally` atau bahan maujud yang lain serta termenung memikirkan jawpan. Saya telah menggunkan permainan bagi membantu mereka berfikir pantas dan tepat. Penguasaan yang sepenuhnya bagi fakta asas operasi asas adalah nadi asas kepada Matematik di mana operasi asas digunakan sepenuhnya dalam tajuk-tajuk yang berikutnya. Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi dengan pantas supaya kaedah ini dapat menyelesaikan masalah pengiraan Matematik dengan cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas operasi asas. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 2
  • 3. 3.1 Objektif Am Membantu meningkatkan penguasaan operasi asas dengan lebih baik, cepat dan tepat. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Murid dapat menjawab dengan cepat soalan yang dikemukakan secara lisan. 3.2.2 Murid boleh mengira dengan pantas secara bertulis dengan tepat dan cepat. 3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik. 3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada sepuluh orang murid Tahun 3 Siddiq yang didapati mempunyai masalah mengira fakta asas dengan cepat dan tepat. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang lemah. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH 5.1.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra. 5.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak 3
  • 4. formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenalpasti punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. 5.1 3 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan penguasaan fakta asas. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat. 5.1.4 Ujian Pra Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dengan memberikan 5 soalan bagi setiap fakta asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Tempoh masa yang diberikan ialah 10 minit. 5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH 5.2.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada sepuluh orang murid Tahun 3 Siddiq. Teknik hafalan fakta asas berbeza-beza antara seorang murid dengan murid yang lain. 6 orang (60%) daripada mereka menggunakan jari manakala 4 orang (40%) lagi membuat `tally` atau gambarajah. Pada pendapat saya, murid-murid harus dibantu dengan kaedah permainan untuk penguasaan kepada fakta asas. 5.2.2 Temu Bual Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati sebahagian (50%) murid meminati mata pelajaran Matematik. Manakala sebahagian lagi (50%) menyatakan pelbagai alasan dengan alasan susah, banyak sangat dan mudah lupa. 5.2.3 Soal Selidik Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak 4
  • 5. Fakta Asas BIL PERKARA SETUJU TIDAK SETUJU BIL % BIL % 1 Minat mata pelajaran Matematik. 5 50 5 50 2 Boleh Menjawab Fakta Asas Tambah 7 70 3 30 3 6 60 4 40Boleh Menjawab Fakta Asas Tolak 4 Boleh Menjawab Fakta Asas Darab 4 40 6 60 5 Boleh Menjawab Fakta Asas Bahagi 2 20 8 80 Berupaya menjawab dengan tepat sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan. 6 6 100 0 0 Jadual 1 menunjukkan sepuluh orang (100%) murid saya tidak boleh menguasai sepenuhnya fakta asas dan bersetuju jika tempoh masa dipanjangkan 5.2.4 Ujian Pra Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 3 Siddiq Dalam Ujian Pra GRED UJIAN PRA BILANGAN % A 8 36 B 4 18 5
  • 6. C 2 9 D 6 28 E 2 9 JUMLAH MURID 22 100 Jadual 2 menunjukkan sepuluh orang (46%) murid mendapat gred C, gred D dan gred E. Murid-murid ini dikenalpasti kurang berupaya mengira soalan yag diberikan dengan cepat, tepat dan betul. Walaupun jumlah murid yang tidak meguasai fakta asas adalah kurang iaitu hanya sepuluh orang sahaja, namun masalah ini dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera untuk menanganinya kerana akibatnya akan dilihat jika mereka berada di Tahap 2. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Sebanyak tiga aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran fakta asas dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah: 5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( BALING DADU ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa. 2) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep bermain dam ular di mana apabila dadu dilambung, perjalanan akan diteruskan dengan menambah bilangan dadu yang terpapar serta menjawab soalan kad tambah jika berhenti pada tanda `?`.. 3) Lembaran soalan secara individu dan direkodkan. 5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( BALAS PANTUN ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti lisan. Murid-murid diperdengarkan dengan soalan berbentuk pantun. 2) Murid dikehendaki menulis jawapan pada kertas yang telah disediakan oleh guru. 3) Semak jawapan bersama guru. 6
  • 7. 5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( PASANGAN ROMANTIK ) 1) Aktiviti dijalankan di dalam kumpulan. 2) Melengkapkan pasangan antara darab dan bahagi yang mana bahagi adalah songsangan darab. 3) Permainan ditentukan selama 5 minit sahaja. Mengumpulkan pasangan yang paling banyak dan betul di kira sebagai pemenang. 4) Lembaran soalan secara individu dan direkodkan. 5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah: a) Aktiviti 1 ( BALING DADU ) i) Buah dadu ii) Papan permainan iii) Kad operasi tambah iv) Jam v) Lembaran soalan b) Aktiviti 2 ( BALAS PANTUN ) i) Kertas jawapan individu. ii) Rakaman yang diperdengarkan semula menggunakan laptop/radio iii) Borang analisa pencapaian individu. c) Aktiviti 3 ( PASANGAN ROMANTIK ) i) Kad soalan sifir dan bahagi. ii) Jam. iii) Lembaran soalan 7
  • 8. 5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN 5.4.1 Aktiviti 1 ( BALING DADU ) Murid-murid diberikan masa 15 minit untuk bermain. Permainan ini dibuat 2 hari seminggu iaitu Isnin dan Khamis pada waktu pembelajaran di dalam kelas. Sementara murid lain diberikan latihan pengayaan, sepuluh orang murid akan menjalankan permainan ini. Murid akan membaling dadu dan bergerak mengikut bilangan yang terpapar pada dadu. Murid yang berhenti pada tanda `?` akan mengambil satu kad tambah dan menjawab soalan yang disediakan. Jika jawapan betul murid tersebut boleh meneruskan pusingan seterusnya. Jika gagal memberikan jawapan yang betul, murid tersebut akan kehilangan satu pusingan permainan. Murid yang berjaya `tamat` di kira sebagai pemenang. Rajah 1: Contoh papan permainan dan kad tambah. 8
  • 9. 9 Mula / 1 2 3 ? ? 6 ? 8 9 ? 11 12 ? 14 15 ? 17 18 ? 20 21 ? 23 24 ? 26 27 ? 29 30 ? 32 33 ? 35 36 37 38 ? 40 41 42 ? 44 45 ? 47 ? 49 ? 51 ? 53 54 ? 56 ? 58 59 60 ? 62 63 ? 65 ? 67 68 69 ? 71 ? 73 ? 75 76 ? 78 79 80 ? 82 83 ? 85 86 87 88 89 ? ? 92 93 94 ? 96 97 ? 99 Tam at/10 0 5 + 2 = 4 + 3 = 2 + 7 = 0 + 2 = 8 + 1 = 3 + 4 =7 + 1 =
  • 10. i) Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian, murid-murid seronok belajar sambil bermain kad. Murid berusaha untuk menjawab kad tambah dengan betul untuk menghabiskan permainan. ii) Refleksi Pada pendapat saya, murid-murid boleh menambah fakta asas dengan baik dan tepat. Murid-murid berasa seronok dan boleh menambah dengan pantas apabila permainan ini diteruskan pada masa-masa yang lain. Serta murid boleh menyelesaikan lembaran yang telah disediakan selepas permainan. 5.4.2 Aktiviti 2 ( BALAS PANTUN ) Aktiviti 2 dijalankan pada hari Selasa pada waktu pembelajaran. Murid perlu menyelesaikan 10 soalan pantun yang diperdengarkan. i. Guru mengedarkan satu kertas jawapan yang perlu di tuliskan jawapan oleh murid. ii. Murid perlu mendengar dengan teliti untuk menjawab soalan yang diberikan dalam pantun tersebut. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. Rajah 2 : Contoh Pantun Tolak. 10 Jalan-jalan ke rumah Azua, Berapa lapan tolak dua ? Pergi sekolah sama-sama, Berapa sembilan tolak lima ?
  • 11. i) Pemerhatian Murid menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam pantun tersebut. Murid bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawapan yang betul. Murid berusaha untuk menjawab soalan yang diberikan. Jadual 1 : Contoh borang jawapan individu 11 PERMAINAN : BALAS PANTUN NAMA : TARIKH TARIKH TARIKH JAWAPAN 1 JAWAPAN 1 JAWAPAN 1 2 2 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5 6 6 6 7 7 7 8 8 8 9 9 9 10 10 10 JUMLAH BETUL JUMLAH BETUL JUMLAH BETUL
  • 12. ii) Refleksi Saya memerhatikan prestasi muird makin baik setelah menjalankan aktiviti ttersebut secara berulang kali. Jumlah betul dalam menjawab soalan semakin meningkat. Melihat kepada permainan ini, terdapat perubahan yang membanggakan dalam mengatasi masalah fakta asas tolak murid-murid berkaitan. iii) Penilaian Prestasi Berikut dipaparkan jadual peningkatan bagi 10 orang murid yang mengikuti permainan tersebut dengan jumlah yang betul. Jadual 2 : Pencapaian murid untuk 3 minggu permainan Kumpulan Sasaran MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 Murid 1 5 6 8 Murid 2 6 6 7 Murid 3 4 5 7 Murid 4 2 4 6 Murid 5 5 6 8 Murid 6 4 6 7 Murid 7 4 5 7 Murid 8 5 6 7 Murid 9 5 5 7 Murid 10 6 6 8 5.4.3 Aktiviti 3 ( PASANGAN ROMANTIK ) Aktiviti 3 dijalankan 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Jumaat. Permainan ini di mainkan dalam kumpulan di mana berlangsung selama 5 minit. Cara permainan berlangsung : i. Guru mengedarkan set pasangan kepada kumpulan murid. ii. Murid-murid dikehendaki melengkapkan pasangan darab dan bahagi di mana hasil darab bertemu dengan awalan soalan bahagi. Pasangan yang betul dan banyak di kira pemenang. 12
  • 13. iii. Permainan berlangsung selama minit. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. Rajah 3 : Contoh kad permainan i) Pemerhatian Kumpulan murid ini berasa amat seronok dalam mencari pasangan yang tepat dan betul. Mereka perlu memilih persamaan yang betul kerana terdapat juga pasangan yang mempunyai persamaan yang hasil darab dan awalan bahagi yang sama, namun nombor yang di bahagi dan di darab tidak sama. Pastikan ia tidak berlaku seperti berikut : Pasangan yang tidak tepat : Pasangan yang sepatutnya : ii) Refleksi Pada peringkat awal permainan, murid yang terlibat banyak melakukan kesalahan pasangan, namun setelah berulang kali permainan ini di mainkan, murid telah boleh memperolehi pasangan yang tepat dan betul. Kemudian, guru akan 13 5 x 4 = 20 20 ÷ 4 = 5 3 x 9 = 27 27 ÷ 9 = 3 7 x 4 = 28 28 ÷ 7 = 4 7 x 4 = 28 28 ÷ 4 = 7
  • 14. mengedarkan lembaran soalan yang harus dijawab untuk menguji tahap penguasaan murid selepas permainan tamat. 5.4 REFLEKSI KAJIAN 5.4.1 Penilaian pencapaian murid Jadual 3 : Pencapaian murid selepas tindakan dilaksanakan Berdasarkan ujian yang telah berlangsung sebelum kajian dan ujian selepas kajian dilakukan, terdapat banyak peningkatan dan perbezaan. Hasil dapatan kajian dapat diterjemahkan melalui jadual di bawah : Dapatan kajian diperoleh daripada lembaran soalan secara terkumpul setiap permainan yang dijalanakan. Selain daripada itu, telah dijalankan ujian akhir yang merangkumi soalan- soalan fakta asas secara bercampur antara satu sama lain dan tidak tersusun mengikut fakta asas. Melihat kepada ujian yang telah dijalankan, di dapati berlaku peningkatan yang amat memberangsangkan, walaupun terdapat juga kekliruan semsa melakukan kutipan markah terkumpul kerana ada juga terdapat prestasi murid yang sedikit menurun kemudian meningkat dan terus meningkat. Semasa tindakan dilaksanakan terdapat juga masalah ketidakhadiran 14 GRED PRESTASI TERKINI BILANGAN % A 0 0 B 3 30 C 7 70 D 0 0 E 0 0 JUMLAH MURID 10 100
  • 15. murid yang menyebabkan ujian atau pelaksanaan terpaksa dijalankan sekali lagi untuk murid yang tidak hadir. Namun begitu, kajian ini dapat dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan dan telah mencapai hasil yang membanggakan dan mencapai target untuk memperoleh keputusan prestasi yang baik di mana tiada lagi murid yang berada di Gred D dan Gred E seperti pada ujian pra sebelumnya 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. Melihat kepada prestasi yang membanggakan serta keseronokkan murid untuk menguasai ilmu Matematik, maka pada masa yang akan datang mungkin akan ada lagi kajian- kajian lain yang menyusul untuk mempertingkatkan tahap penguasaan dan minat murid terhadap matapelajaran Matematik dan menyingkirkan perkataan dan pemikiran minda mereka yag mengatakan `Matematik Itu Susah` dengan pelbagai lagi kaedah dan cara pendekatan Matematik. Pada masa mendatang, kemungkinan boleh diteruskan kajian dengan melakukan kajian bagi setiap fakta asas secara berasingan dan mendapatkan keputusan dan tahap penguasaan ke tahap yang maksimum. BIBLIOGRAFI 15
  • 16. Edisi Ketiga (Disember 2008). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 3, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 3, Dewan Bahasa dan Pustaka & Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Prof. Dr. Othman Lebar,Dr. Abdul Talib Mohamed hashim, En Omar Hisham Mohd baharin,En Ismail Raof (2011). Modul Pengajaran, teknologi dan Penaksiran 2 , Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. http://sktu4jb.50webs.com/Kajian_tindakan/Panduan-asas-eprd-dan-contoh-pelaporan.doc http://www.mgcmpahang.org/mgcmpv1/index.php? option=com_docman&task=doc_download&gid=14&Itemid=67 16