SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1
Pernyataan Masalah
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar supaya dapat
berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa Matematik mempunyai keindahannya yang
tersendiri kerana Matematik memerlukan pembuktian yang kukuh, penguasaan simbol yang
efisien dan jitu, serta pertalian antara struktur-struktur Matematik yang berkaitan. Justeru,
kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menanam sifat ingin mengkaji dan
mentafsir simbol-simbol Matematik yang abstrak kepada bentuk yang mudah agar dapat
memberi keseronokan kepada pelajar untuk mempelajari mata pelajaran ini.
Terdapat tiga aspek utama yang perlu diterapkan kedalam pemikiran pelajar tentang
Matematik. Aspek pertama ialah Matematik sebagai penaakulan. Penaakulan di sini bermaksud
pelajar-pelajar perlu membuat rumusan dan keputusan daripada input yang diterima. Dua jenis
penaakulan yang lazim digunakan iaitu penaakulan induktif dan penaakulan deduktif. Kedua,
Matematik bukan sekadar alat untuk berfikir malah ia merupakan alat untuk menyampaikan
idea dengan jelas dan tepat. Melalui Matematik, pelajar-pelajar dapat mempersembahkan idea-
idea secara bertutur, menulis, melukis gambar atau graf menggunakan bahan konkrit. Ketiga,
Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan langkah-langkah penyelesaian yang
tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana pemikiran pelajar yang bersistematik
dan logik. Sistematik, kerana ia menjanakan cetusan pemikiran metodogikal mengikut langkah-
langkah tertentu dan logik kerana ia memerlukan penyemakan untuk menentukan
kemunasabahan sesuatu penyelesaian.
Matematik adalah satu pelajaran yang sentiasa mengalami perubahan melalui anjakan
paradigma apabila pelbagai perubahan diserap terima dalam sukatan pelajarannya sebagai
memenuhi keperluan semasa. Matematik merupakan matapelajaran yang bertumpu kepada
penguasaan kemahiran di mana seseorang pelajar itu perlu menguasai sesuatu kemahiran
sebelum mereka boleh menguasai kemahiran yang seterusnya. Kegagalan menguasai
kemahiran awal ini akan sedikit sebanyak menjejaskan penguasaan kemahiran berikutnya.
Oleh itu adalah perlu seseorang pelajar itu menguasai setiap kemahiran yang ada dalam
matematik, terutamanya 4 kemahiran asas matematk iaitu penambahan, penolakan, pendaraban
dan bahagi. Kegagalan penguasaan asas tentang kemahiran matematik akan menyumbang
kepada kesukaran pelajar untuk memahami dengan lebih lanjut pembelajaran matematik yang
lebih tinggi seperti pecahan, wang, masa dan ukuran. Situasi ini mempunyai perkaitan dengan
kenyataan Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1994) yang menyatakan pengetahuan asas
2
matematik yang kurang baik pada peringkat sekolah rendah akan mengakibatkan pelajar yang
lemah tidak dapat menguasai pembelajaran matematik pada peringkat sekolah menengah.
Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian merupakan kemahiran asas
yang mesti dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai tanda aras penguasaan mata pelajaran
matematik yang baik. Ramai pelajar yang tidak dapat menyelesaikan soalan-soalan selepas
guru memberikan penerangan dan menyatakan operasi yang terlibat. Selalunya juga, pelajar-
pelajar hanya menghafal langkah-langkah, konsep serta kaedah untuk menyelesaikan soalan
matematik yang diberikan. Atas sebab itu, seringkali juga pelajar akan terus memikirkan
bahawa matematik adalah satu mata pelajaran yang sukar dan lama-kelamaan mereka akan
terus meminggirkan mata pelajaran ini serta menanamkan perasaan benci terhadap nombor-
nombor.
Kaedah dapatan.
Kajian ini dijalankan selepas melakukan pemerhatian terhadap keputusan Ujian
Pertengahan Tahun yang mendapati bahawa matemik merupakan salah satu mata pelajaran
yang mendapat peratus yang terendah.( lihat gambarajah 1 ) Ujian secara formatif dengan
kaedah soal-selidik telah dijalankan kepada semua murid Tahun 3 seramai 102 orang di Sk Seri
Tangkak.
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
1
bm
mat
sn
bi
pjk
psv
pi
mz
Graf menunjukkan peratus pencapaian murid Tahun 3 SK Seri Tangkak dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Gambarajah 1
3
Ujian ini dijalankan untuk mendapat data tentang minat murid terhadap semua mata
pelajaran yang dipelajari di sekolah. Soalan yang diberikan adalah berbentuk skala analisis
yang mengandungi skala mata pelajaran yang paling disukai dan tidak disukai oleh murid
dengan markah 1 untuk tidak menyukai sehingga 5 untuk markah mata pelajaran yang paling
disukai. ( Gambarajah 2 )
Pernyataan
Paling
tidak
disukai
Tidak
disukai
Kurang
disukai
Disukai
Paling
disukai
markah 1 2 3 4 5
Soal-selidik tersebut telah diberikan kepada semua murid Tahun 3 di Sk Seri Tangkak
seramai 102 orang. Murid-murid telah menjawab soalan tersebut dengan menjawab soalan
mengikut skala yang telah ditentukan. Contoh borang soal-selidik seperti dalam ( Lampiran 1)
Pengumpulan Data Permulaan.
Bahagian ini akan menerangkan perincian hasil dari pengumpulan data, keputusan dan
dapatan kajian yang telah dibuat berdasarkan keputusan ujian Pertengahan Tahun. Hasil
dapatan dianalisi dan sampel seramai 102 orang telah menjalani soal sellidik yang telah
dijalankan pada bulan Oktober 2012. Analisa yang dibuat adalah dalam kekerapan dan peratus.
Hasil kajian telah disediakan dalam bentuk jadual dan carta.
Mata Pelajaran
Peratus %
Suka
Tidak
Disukai
Bahasa Melayu 86 14
Matematik 16 84
Sains 56 44
Bahasa Inggeris 23 77
Pendidikan Jasmani 100 0
Pendidikan Seni 83 17
Pendidikan Islam 75 25
Muzik 65 35
Gambarajah 2
Hasil soal selidik yang telah dijalankan kepada 102 orang murid.
Gambarajah 3
4
Hasil soal-selidik yang telah dijalankan, kami dapati bahawa mata pelajaran matematik
merupakan mata pelajaran yang paling tidak disukai oleh murid-murid di sekolah ini dengan
peratus menyukai hanya 16%. Ini bermakna peratus murid yang tidak menyukai adalah
sebanyak 84%. Mata pelajaran yang telah ditanda dengan warna merah merupakan mata
pelajaran yang mendapat peratus suka yang paling rendah.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid tahun 3 Bijak
dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab. Ini adalah disebabkan pelajar
tidak menghafal dan mengingati sifir darab yang telah dipelajari dengan baik. Murid Tahun 3
Bijak di SK Seri Tangkak ada seramai 38 orang. Kami dapat mengesan kelemahan murid-
murid ini apabila mengajar tajuk darab melibatkan sifir 1 - 9 . Daripada dua puluh soalan yang
diberi melibatkan sifir 1 - 9, pelajar dikehendaki menjawab semua soalan. Kami masukkan
sifir 1, 2, 3, 4 dan 5 untuk menguji pengetahuan atau ingatan murid terhadap sifir tersebut yang
telah dipelajari ketika tahun dua.
Kajian kami ini melibatkan dua puluh lapan orang murid yang kami harap dapat
mengatasi masalah ini agar murid lebih meminati dan seronok belajar matematik bersama
rakan-rakan sekelas. Tinjauan awal telah dilakukan melalui permerhatian, kaji selidik, dan
latihan bertulis. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mengingat
fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid
mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban.
Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta
asas darab ini. Ada di antara murid ini yang selalu silap meletakkan nombor mengikut
susunannya. Perancangan tindakan difokuskan kepada cara termudah menggunakan kotak
ajaib. Kotak ajaib ini merupakan hasil inovasi kami untuk menyelesaikan masalah melibatkan
sifir dengan lebih pantas. Murid dibimbing membina sifir menggunakan kotak ajaib dan
menjalankan latih tubi setiap hari sehingga murid dapat menyiapkan soalan yang melibatkan
sifir dengan lebih tepat dan pantas.. Latihan dan ujian yang telah dijalankan menunjukkan
peningkatan prestasi murid-murid dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan sifir . Dari
soal selidik dan pemerhatian selepas menggunakan kaedah ini, didapati murid-murid
menunjukkan rasa suka , gembira dan lebih pantas berbanding sebelum didedahkan dengan
kaedah Kotak Ajaib ini.
5
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Semasa pengajaran dan pembelajaran dalam topik-topik awal seperti nombor
bulat, operasi tambah dan operasi tolak, murid-murid menunjukkan pencapaian yang
amat menggalakkan , ramai murid yang mendapat markah penuh setiap kali latihan
diberi. Tetapi, apabila masuk tajuk Operasi Darab, keceriaan dan kesungguhan murid
untuk belajar agak merosot dan pencapaian dalam ujian pertama juga agak
mendukacitakan. Setelah dianalisa keputusan itu , kebanyakan murid tidak dapat
menjawab masalah operasi darab dan operasi bahagi dengan betul. Sekiranya masalah
atau kekurangan ini tidak diatasi , dikhuatiri akan menyebabkan pemasalahan yang lebih
besar, murid pula akan merasa bosan dan tidak berminat untuk belajar matematik. Kami
terpaksa mencari satu cara yang dapat digunakan untuk mengatasi pemasalahan ini.
Memandangkan masalah murid-murid dalam matematik adalah berpunca daripada
kurangnya kemahiran atau tidak kukuh pengetahuan mereka dalam mencongak fakta
asas darab atau sifir, kami cuba mengambil langkah atau inisiatif untuk mengetengahkah
kajian kami bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas darab yang
sememangnya kurang dikuasai dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab
atau sifir juga suatu yang amat penting untuk pengajaran operasi bahagi. Kami berharap
kajian kami ini berjaya dan boleh digunakan oleh rakan-rakan lain yang menghadapi
masalah yang sama. Sekiranya kajian ini tidak berjaya, kami akan cuba mencari inisiatif
yang lain atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu anak didik
kami ini mengatasi masalah ini dan merasa seronok belajar matematik.
2. FOKUS KAJIAN
Murid Tahun 3 Bijak merupakan kelas kedua dalam alirannya . Walaupun pada
dasarnya murid-murid ini merupakan murid yang agak baik pencapaiannya, potensi
mendapat A melebihi 50% bilangannya. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu
mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir). Kami telah memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran kami dengan menjalankan latihan mencongak secara bertulis dengan
mengambil kira masa yang digunakan untuk menyelesaikan semua soalan yang
melibatkan sifir. Kami menggunakan lembaran kerja yang mempunyai 20 soalan dan
murid cuba menjawab semua soalan dengan mengambil kira masa murid menjawab
semua soalan. Kami dapati ramai murid yang dapat menjawab soalan dengan betul
6
tetapi ramai di antara mereka yang mengambil masa yang agak lama untuk
menyelesaikan kesemua soalan.
Fokus kajian kami adalah kepada kumpulan 28 orang pelajar yang tidak dapat
menguasai operasi darab daripada data Jadual Analisi Item UPPM 3. Kumpulan 28
orang ini dikehendaki mencongak dengan tepat dan pantas sifir apabila diberi soalan
atau masalah melibatkan operasi darab. Mereka masih termenung dan lambat memberi
respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan kepada mereka. Setelah kami selidiki,
kami dapati faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah soalan berkaitan sifir
kerana mereka tidak menghafal sifir. Kemahiran menghafal sifir atau mencongak sifir
darab amat penting dalam matematik. Sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai oleh
murid dengan baik, maka mereka akan menghadapi kesukaran menjawab soalan
melibatkan operasi darab dan bahagi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kajian
yang kami jalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran menghafal atau
mengingat fakta asas darab supaya kaedah ini dapat dapat digunakan dalam
menyelesaikan masalah Matematik dengan pantas. Di samping itu juga, kajian ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta
asas darab.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan diharapkan murid-murid akan mencapai
objektif seperti berikut:
Objektif umum:
 Meningkatkan peratus pencapaian `A` dalam Matematik murid Tahun 3 Bijak.
Objektif Khusus:
 Murid boleh menjawab fakta asas darab secara bertulis dengan tepat dan pantas.
 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan
kemahiran menghafal atau mengingat sifir darab (Mencongak)
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian kami ini melibatkan 28 orang murid Tahun 3 Bijak yang tidak dapat
menyelesaikan operasi yang melibatkan sifir dengan tepat dan pantas. Murid-murid ini
merupakan murid yang mempunyai pencapaian sederhana.
7
5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan pemerhatian,
temu bual, soal selidik awal dan ujian pra.
1) Pemerhatian
Kami menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini, Pemerhatian ini dibuat
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah , sebelum dan selepas
kajian ini di buat. Sebelum kajian ini dibuat, kami dapati murid ini kurang memberi
tumpuan ketika soalan fakta asas darab diajukan setiap kali memulakan pelajaran
(aktiviti mencongak). Selepas kajian dilaksanakan , murid-murid lebih berkeyakinan
untuk menjawab soalan mencongak fakta asas darab. Murid –murid lebih bersungguh-
sungguh menjawab soalan berkaitan operasi darab daripada kertas latihan yang
diberikan.
2) Temu bual
Kaedah temu bual ini kami lakukan atau jalankan secara tidak formal kepada kumpulan
sasaran ini. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar
mengapa murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal sifir darab.
3) Soal selidik
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui
maklumat tentang murid berkaitan dengan mata pelajaran matematik dan
kecenderungan minat murid terhadap mata pelajaran matematik. Borang ini diisi oleh
murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
4) Ujian Pra
Ujian pra ini dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid di dalam
tajuk pendaraban. Ujian Pra ini dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Murid
diberi dua puluh soalan operasi darab yang melibatkan sifir 1 - 9 yang telah dipelajari
ketika Tahun 2 dan 3. Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang diberi dan
masa yang diambil oleh murid untuk menyelesaikan semua soalan.
8
5) Ujian pos
Ujian pos merupakan ujian yang dijalankan setelah melakukan bimbingan terhadap
kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti daripada masalah yang dihadapi
oleh murid-murid. Melalui ujian ini, kita akan dapat menilai sejauh mana pencapaian
murid sama ada terdapat peningkatan atau pun berlaku penurunan terhadap prestasi
mereka setelah cara-cara mengatasi telah dijalankan menggunakan kaedah yang
diberikan kepada murid-murid.
5.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengumpulan Data ( pemerhatian )
Data ini diperolehi setelah dianalisis daripada Jadual Analisis Item dari Kelas 3 Bijak
seramai 38 orang. Jadual Analisi Item ini diambil daripada skor murid dalam Ujian
Penilaian Prestasi Murid 3 ( UPPM 3 ) yang mencari kekerapan murid menjawab
soalan dengan betul atau salah. Jadual ini terbahagi kepada tajuk-tajuk yang dipelajari
oleh murid mengikut nombor soalan. Hasil analisis ini diambil catatan dan direkodkan.
Setelah dianalisis daripada data tersebut, hasil dapatannya adalah seperti berikut:
Hasil dapatan daripada data tersebut, kami dapati bahawa ramai murid yang
tidak dapat menguasai tajuk darab dan bahagi. Tajuk darab dan bahagi merupakan tajuk
yang melibatkan operasi darab. Murid yang tidak dapat menguasai darab secara
langsung tidak dapat menguasai operasi bahagi. Ini adalah kerana tajuk bahagi
merupakan lanjutan daripada tajuk darab yang melibatkan sifir. Sekiranya murid tidak
menguasai sifir, maka mereka tidak akan dapat menjawab dan menguasai tajuk bahagi
yang merupakan songsangan daripada tajuk darab. Hanya 10 orang murid yang dapat
Operasi Jumlah Murid yang
menguasai
Murid yang tidak
menguasai
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Tambah 30 79 8 21
Tolak 27 71 11 29
Darab 10 26 28 74
Bahagi 9 24 29 76
Hasil analisis data daripada Jadual Analisis Item bagi kelas 3 Bijak
seramai 38 orang.
Gambarajah 4
9
menguasai tajuk darab dengan baik manakala 28 orang murid lagi tidak dapat
menguasai. Ini bermakna hanya 26% sahaja murid yang menguasai tajuk tersebut.
Pengumpulan Data ( Ujian Pra )
Data ini diambil daripada ujian pra yang dijalankan sebelum kelas bimbingan diadakan.
Seramai 28 orang Tahun 3 Bijak murid yang terlibat dalam ujian ini. Ujian ini
mengandungi 20 soalan berkaitan sifir 1 – 9 dan murid dikehendaki menjawab kesemua
20 soalan tersebut dengan mengambil kiraan masa kesemua murid tersebut. Soalan
seperti dalam ( Lampiran 2 ).
Data ini diambil sebelum bimbingan khas diberi dan telah menunjukkan 28
orang sampel kajian telah menggunakan masa secara purata 12.5 minit untuk
menyiapkan semua 20 soalan yang telah diberi.
Pengumpulan Data ( Ujian Pos )
Setelah diberikan bimbingan dengan menggunakan kaedah yang baru, satu lagi
ujian telah diberikan kepada murid-murid dengan gaya soalan yang hampir sama untuk
menguji sejauh mana kadar penguasaan murid-murid terhadap tajuk ini amnya dan
peningkatan penguasaan murid-murid secara khasnya. Dengan ujian ini juga kita boleh
menilai keberkesanan kaedah Kotak Ajaib ini membantu pencapaian murid-murid yang
pada mulanya agak sukar untuk menguasai tajuk yang melibatkan masalah sifir. Hasil
daripada ujian tersebut telah direkod dan dicatat dalam jadual di bawah:
Masa ( minit ) Kekerapan Kekerapan x masa
1 – 5 3 3 x 3 = 9
6 – 10 7 8 x 7 = 56
11 – 15 10 13 x 10 = 130
16 – 20 8 18 x 8 = 144
Jumlah 339
Purata masa
diambil
339 / 28 = 12.5 minit.
Jumlah purata masa ketika ujian pra.( sebelum bimbingan )
Gambarajah 5
10
Apabila data yang diperolehi ini dicatat dan direkodkan, maka hasil yang
diperolehi seperti yang boleh dilihat pada jadual ini iaitu jumlah purata masa yang
diambil oleh murid-murid untuk menyiapkan 20 soalan berkaitan sifir adalah jauh lebih
baik daripada masa yang diambil sebelumnya. Jika sebelumnya murid-murid
mengambil masa secara puratanya 12.5 minit untuk menyiapkan 20 soalan yang diberi,
selepas kedah ini diterapkan,pencapaian murid-murid telah menunjukkan peningkatan
dengan mencatat secara puratanya selama hanya 9.6 minit sahaja. Ini bermakna murid-
murid telah menjawab dua soalan kurang daripada 1 minit. Hasil ini menunjukkan
murid-murid dapat menjawab semua soalan dengan lebih pantas berbanding
sebelumnya. Soalan pada Lampiran 3.
Kaedah dijalankan 1. ( Kotak Ajaib ).
Untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti ini, satu kaedah telah
digunakan. Kaedah ini merupakan satu inovasi untuk memudahkan lagi murid-murid
dalam menulis sifir dengan cepat dan pantas. Kaedah ini merupakan satu inovasi
daripada kaedah Kotak Sifif 9x9 tetapi telah dipermudahkan agar murid-murid lebih
senang menghafal sifir dan juga menjadikannya panduan sifir bagi murid-murid yang
sukar untuk menghafal sifir. Panduan serta kaedah untuk membina Kotak Ajaib ini
diperincikan seperti pada Lampiran 4
Masa ( minit ) Kekerapan Kekerapan x masa
1 – 5 6 3 x 6 = 18
6 – 10 12 8 x12 = 96
11 – 15 5 13 x 5 = 65
16 – 20 5 18 x 5 = 90
Jumlah 269
Purata masa
diambil
269 / 28 = 9.6 minit.
Jumlah purata masa ketika ujian pos.( selepas bimbingan )
Gambarajah 6
11
Kaedah dijalankan 2. ( Rancangan Pengajaran Harian ).
Di sini juga disediakan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk
menerangkan cara-cara menerangkan tentang penggunaan kaedah ini kepada murid-
murid. Pada rancangan pengajaran ini juga disertakan dengan kaedah pengajaran yang
boleh membantu guru dalam menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan mudah
diterima oleh murid-murid. Rancangan pengajaran harian seperti pada Lampiran 5.
Analisis Keputusan Berdasarkan Graf.
Perbandingan peratus yang menunjukkan murid dapat menggunakan masa yang lebih
pantas setelah mempelajari kaedah Kotak Ajaib.
Carta Pai ini menunjukkan saiz bagi pecahan berwarna biri dan merah pada Ujian Pos adalah
lebih besar daripada Ujian Pra. Pecahan berwarna biru dan merah mewakili tempoh masa yang
singkat iaitu dari 1-5 minit dan dari 6-10 minit. Ini bermakna, setelah bimbingan dijalankan,
murid telah dapat menjawab soalan dengan lebih pantas daripada sebelumnya. Keadaan ini
boleh dijelaskan lagi dengan carta di bawah.
11%
25%
36%
28%
Ujian Pra
1 - 5 minit
6 - 10 minit
11 - 15 minit
16 - 20 minit
21%
43%
18%
18%
Ujian Pos
1 - 5 minit
6 - 10 minit
11 - 15 minit
16 - 20 minit
Carta menunjukkan peratus murid yang dapat menyelesaikan semua soalan mengikut masa
dan perbandingannya melalui Ujian Pra dan Ujian Pos.
Gambarajah 7
12
Jumlah murid yang mencatat masa yang singkat lebih ramai pada ujian pos daripada
ujian pra. Palang yang berwarna biru dan merah telah menunjukkan bukti bahawa semakin
ramai murid yang dapat menjawab dengan lebih pantas. Ini bermakna perubahan posotif
terhadap murid-murid yang agak lemah yang meggunakan masa yang lama untuk
menyelesaikan semua soalan dengan mencatat masa dengan lebih pantas.
6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Untuk kajian tindakan yang berikutnya, kami akan memerhatikan dan memberi tumpuan
kepada murid-murid yang lebih lemah untuk mengetahui perubahan dan pencapaian mereka
setelah menggunakan kaedah ini. Hal ini kerana keberkesanan kaedah ini kepada murid-murid
yang mempunyai pencapaian sederhana amat positif, maka kita boleh menganalisis pencapaian
untuk murid-murid yang mempunyai prestasi yang agak lemah. Pada kajian seterusnya kami
akan lebih memfokuskan kepada ketepatan jawapan daripada murid kerana murid-murid yang
lemah sememangnya agak sukar untuk menentukan pencapaian mereka dari segi masa.
0
5
10
15
20
25
30
Ujian Pra Ujian Pos
16-20 minit
11-15 minit
6-10 minit
1-5 minit
Graf menunjukkan jumlah murid yang dapat menjawab mengikut masa.
Gambarajah 8
13
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala
Lumpur: Cetaktama Press.
Noraini Idris, Esther Gnanamalar Sarojini Daniel, Rohaida Mohd Saat ( 2004 ), Teknologi
Dalam Pendidikan Sains Dan Matematik. Penerbit Universiti Malaya.
Anbarasi Raju (1999). Learning Progress. Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd
Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1996 ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Umida
Industries Sdn Bhd : Skudai
Mok Soon Sang. (1993). Pengajian Matematik untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman
Nik Azis Nik Pa ( 1992 ). “Penghayatan Matematik KBSR Dan KBSM : Agenda Tindakan.”
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik, Selangor: Utusan Publications.
Juriah Long ( 1998 ), Inovasi Dalam Pengajaran Bahasa, Sains Sosial Dan Teknologi
Maklumat. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

More Related Content

What's hot

Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikTeacher Nasrah
 
kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikYee Chin
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiZarah Ahmad
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabHamidah Samsiah
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )Mohd Norrazli Md Rasdi
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3Kamal Ludin
 
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2Norazlin Mohd Rusdin
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Jenry Saiparudin
 
Strategi penyelesaian masalah
Strategi penyelesaian masalahStrategi penyelesaian masalah
Strategi penyelesaian masalahIlya Shuhada
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukLing Leh
 
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptSikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptNorazila Sehman
 

What's hot (19)

Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematik
 
JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK
 
kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematik
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
 
Kajian tindakan03
Kajian tindakan03Kajian tindakan03
Kajian tindakan03
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
 
Kaedah petak sifir
Kaedah petak sifirKaedah petak sifir
Kaedah petak sifir
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Pemulihan Sifir 1 hingga 4
Pemulihan Sifir 1 hingga 4Pemulihan Sifir 1 hingga 4
Pemulihan Sifir 1 hingga 4
 
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik DarabKeberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
 
enriquez oribio
enriquez oribioenriquez oribio
enriquez oribio
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3
 
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
Strategi penyelesaian masalah
Strategi penyelesaian masalahStrategi penyelesaian masalah
Strategi penyelesaian masalah
 
2003 andy
2003 andy2003 andy
2003 andy
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptSikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
 

Viewers also liked

Kertas kerja abu
Kertas kerja abuKertas kerja abu
Kertas kerja abumyreza81
 
Bab 3 obj 1 4013
Bab 3 obj 1 4013Bab 3 obj 1 4013
Bab 3 obj 1 4013Ateh Yah
 
Unit 3 teori p&p & implikasi
Unit 3 teori p&p & implikasiUnit 3 teori p&p & implikasi
Unit 3 teori p&p & implikasiAminah Rahmat
 
78315068 teknik-termudah-menjawab-soalan-matematik
78315068 teknik-termudah-menjawab-soalan-matematik78315068 teknik-termudah-menjawab-soalan-matematik
78315068 teknik-termudah-menjawab-soalan-matematikHidayah Mohd
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritafatimah Baharin
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakanmalingall
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakankoperasi
 
Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsZalizan- Ismail
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012marshiza
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakannym_namrod
 
Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1mohd zaidi
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 

Viewers also liked (20)

Kertas kerja abu
Kertas kerja abuKertas kerja abu
Kertas kerja abu
 
Bab 3 obj 1 4013
Bab 3 obj 1 4013Bab 3 obj 1 4013
Bab 3 obj 1 4013
 
Unit 3 teori p&p & implikasi
Unit 3 teori p&p & implikasiUnit 3 teori p&p & implikasi
Unit 3 teori p&p & implikasi
 
78315068 teknik-termudah-menjawab-soalan-matematik
78315068 teknik-termudah-menjawab-soalan-matematik78315068 teknik-termudah-menjawab-soalan-matematik
78315068 teknik-termudah-menjawab-soalan-matematik
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakan
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakan
 
Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sains
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Perancangan ujian
Perancangan ujianPerancangan ujian
Perancangan ujian
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
 
Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 

Similar to Kajian

http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyKamal Ludin
 
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2KPM
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Habibah Abdullah
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Habibah Abdullah
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2UPSI2010
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01sreedewi
 
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikPerlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikweeshehuey
 
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)Mohamed Nazul Ismail
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)zahjannanti
 
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagiFAIZAL1978
 
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematikLima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematikzuhaipgm
 

Similar to Kajian (19)

http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
 
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikPerlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
 
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
Ppg math & sains (kepentingan kajian tindakan)
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
 
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
 
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematikLima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
 

More from KuDo Engku Fakhri

Unit 5 darab dalam lingkungan fakta asas bahagi (sifir 2, 5, 10 dan 4)
Unit 5   darab dalam lingkungan fakta asas bahagi (sifir 2, 5, 10 dan 4)Unit 5   darab dalam lingkungan fakta asas bahagi (sifir 2, 5, 10 dan 4)
Unit 5 darab dalam lingkungan fakta asas bahagi (sifir 2, 5, 10 dan 4)KuDo Engku Fakhri
 
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)KuDo Engku Fakhri
 
Unit 3 tolak dalam lingkungan 100
Unit 3   tolak dalam lingkungan 100Unit 3   tolak dalam lingkungan 100
Unit 3 tolak dalam lingkungan 100KuDo Engku Fakhri
 
Unit 2 tambah dalam lingkungan 100
Unit 2   tambah dalam lingkungan 100Unit 2   tambah dalam lingkungan 100
Unit 2 tambah dalam lingkungan 100KuDo Engku Fakhri
 
Unit 1 nombor bulat hingga 100
Unit 1   nombor bulat hingga 100Unit 1   nombor bulat hingga 100
Unit 1 nombor bulat hingga 100KuDo Engku Fakhri
 
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)KuDo Engku Fakhri
 

More from KuDo Engku Fakhri (10)

Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Teknologi pengajaran
Teknologi pengajaranTeknologi pengajaran
Teknologi pengajaran
 
Unit 5 darab dalam lingkungan fakta asas bahagi (sifir 2, 5, 10 dan 4)
Unit 5   darab dalam lingkungan fakta asas bahagi (sifir 2, 5, 10 dan 4)Unit 5   darab dalam lingkungan fakta asas bahagi (sifir 2, 5, 10 dan 4)
Unit 5 darab dalam lingkungan fakta asas bahagi (sifir 2, 5, 10 dan 4)
 
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)
 
Unit 3 tolak dalam lingkungan 100
Unit 3   tolak dalam lingkungan 100Unit 3   tolak dalam lingkungan 100
Unit 3 tolak dalam lingkungan 100
 
Unit 2 tambah dalam lingkungan 100
Unit 2   tambah dalam lingkungan 100Unit 2   tambah dalam lingkungan 100
Unit 2 tambah dalam lingkungan 100
 
Unit 1 nombor bulat hingga 100
Unit 1   nombor bulat hingga 100Unit 1   nombor bulat hingga 100
Unit 1 nombor bulat hingga 100
 
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)
Kandungan modul murid tahun 2 (jilid 1)
 
Pengajaran sains
Pengajaran sainsPengajaran sains
Pengajaran sains
 

Recently uploaded

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Recently uploaded (11)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

Kajian

  • 1. 1 Pernyataan Masalah Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar supaya dapat berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa Matematik mempunyai keindahannya yang tersendiri kerana Matematik memerlukan pembuktian yang kukuh, penguasaan simbol yang efisien dan jitu, serta pertalian antara struktur-struktur Matematik yang berkaitan. Justeru, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menanam sifat ingin mengkaji dan mentafsir simbol-simbol Matematik yang abstrak kepada bentuk yang mudah agar dapat memberi keseronokan kepada pelajar untuk mempelajari mata pelajaran ini. Terdapat tiga aspek utama yang perlu diterapkan kedalam pemikiran pelajar tentang Matematik. Aspek pertama ialah Matematik sebagai penaakulan. Penaakulan di sini bermaksud pelajar-pelajar perlu membuat rumusan dan keputusan daripada input yang diterima. Dua jenis penaakulan yang lazim digunakan iaitu penaakulan induktif dan penaakulan deduktif. Kedua, Matematik bukan sekadar alat untuk berfikir malah ia merupakan alat untuk menyampaikan idea dengan jelas dan tepat. Melalui Matematik, pelajar-pelajar dapat mempersembahkan idea- idea secara bertutur, menulis, melukis gambar atau graf menggunakan bahan konkrit. Ketiga, Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan langkah-langkah penyelesaian yang tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana pemikiran pelajar yang bersistematik dan logik. Sistematik, kerana ia menjanakan cetusan pemikiran metodogikal mengikut langkah- langkah tertentu dan logik kerana ia memerlukan penyemakan untuk menentukan kemunasabahan sesuatu penyelesaian. Matematik adalah satu pelajaran yang sentiasa mengalami perubahan melalui anjakan paradigma apabila pelbagai perubahan diserap terima dalam sukatan pelajarannya sebagai memenuhi keperluan semasa. Matematik merupakan matapelajaran yang bertumpu kepada penguasaan kemahiran di mana seseorang pelajar itu perlu menguasai sesuatu kemahiran sebelum mereka boleh menguasai kemahiran yang seterusnya. Kegagalan menguasai kemahiran awal ini akan sedikit sebanyak menjejaskan penguasaan kemahiran berikutnya. Oleh itu adalah perlu seseorang pelajar itu menguasai setiap kemahiran yang ada dalam matematik, terutamanya 4 kemahiran asas matematk iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Kegagalan penguasaan asas tentang kemahiran matematik akan menyumbang kepada kesukaran pelajar untuk memahami dengan lebih lanjut pembelajaran matematik yang lebih tinggi seperti pecahan, wang, masa dan ukuran. Situasi ini mempunyai perkaitan dengan kenyataan Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1994) yang menyatakan pengetahuan asas
  • 2. 2 matematik yang kurang baik pada peringkat sekolah rendah akan mengakibatkan pelajar yang lemah tidak dapat menguasai pembelajaran matematik pada peringkat sekolah menengah. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian merupakan kemahiran asas yang mesti dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai tanda aras penguasaan mata pelajaran matematik yang baik. Ramai pelajar yang tidak dapat menyelesaikan soalan-soalan selepas guru memberikan penerangan dan menyatakan operasi yang terlibat. Selalunya juga, pelajar- pelajar hanya menghafal langkah-langkah, konsep serta kaedah untuk menyelesaikan soalan matematik yang diberikan. Atas sebab itu, seringkali juga pelajar akan terus memikirkan bahawa matematik adalah satu mata pelajaran yang sukar dan lama-kelamaan mereka akan terus meminggirkan mata pelajaran ini serta menanamkan perasaan benci terhadap nombor- nombor. Kaedah dapatan. Kajian ini dijalankan selepas melakukan pemerhatian terhadap keputusan Ujian Pertengahan Tahun yang mendapati bahawa matemik merupakan salah satu mata pelajaran yang mendapat peratus yang terendah.( lihat gambarajah 1 ) Ujian secara formatif dengan kaedah soal-selidik telah dijalankan kepada semua murid Tahun 3 seramai 102 orang di Sk Seri Tangkak. 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 1 bm mat sn bi pjk psv pi mz Graf menunjukkan peratus pencapaian murid Tahun 3 SK Seri Tangkak dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Gambarajah 1
  • 3. 3 Ujian ini dijalankan untuk mendapat data tentang minat murid terhadap semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Soalan yang diberikan adalah berbentuk skala analisis yang mengandungi skala mata pelajaran yang paling disukai dan tidak disukai oleh murid dengan markah 1 untuk tidak menyukai sehingga 5 untuk markah mata pelajaran yang paling disukai. ( Gambarajah 2 ) Pernyataan Paling tidak disukai Tidak disukai Kurang disukai Disukai Paling disukai markah 1 2 3 4 5 Soal-selidik tersebut telah diberikan kepada semua murid Tahun 3 di Sk Seri Tangkak seramai 102 orang. Murid-murid telah menjawab soalan tersebut dengan menjawab soalan mengikut skala yang telah ditentukan. Contoh borang soal-selidik seperti dalam ( Lampiran 1) Pengumpulan Data Permulaan. Bahagian ini akan menerangkan perincian hasil dari pengumpulan data, keputusan dan dapatan kajian yang telah dibuat berdasarkan keputusan ujian Pertengahan Tahun. Hasil dapatan dianalisi dan sampel seramai 102 orang telah menjalani soal sellidik yang telah dijalankan pada bulan Oktober 2012. Analisa yang dibuat adalah dalam kekerapan dan peratus. Hasil kajian telah disediakan dalam bentuk jadual dan carta. Mata Pelajaran Peratus % Suka Tidak Disukai Bahasa Melayu 86 14 Matematik 16 84 Sains 56 44 Bahasa Inggeris 23 77 Pendidikan Jasmani 100 0 Pendidikan Seni 83 17 Pendidikan Islam 75 25 Muzik 65 35 Gambarajah 2 Hasil soal selidik yang telah dijalankan kepada 102 orang murid. Gambarajah 3
  • 4. 4 Hasil soal-selidik yang telah dijalankan, kami dapati bahawa mata pelajaran matematik merupakan mata pelajaran yang paling tidak disukai oleh murid-murid di sekolah ini dengan peratus menyukai hanya 16%. Ini bermakna peratus murid yang tidak menyukai adalah sebanyak 84%. Mata pelajaran yang telah ditanda dengan warna merah merupakan mata pelajaran yang mendapat peratus suka yang paling rendah. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid tahun 3 Bijak dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab. Ini adalah disebabkan pelajar tidak menghafal dan mengingati sifir darab yang telah dipelajari dengan baik. Murid Tahun 3 Bijak di SK Seri Tangkak ada seramai 38 orang. Kami dapat mengesan kelemahan murid- murid ini apabila mengajar tajuk darab melibatkan sifir 1 - 9 . Daripada dua puluh soalan yang diberi melibatkan sifir 1 - 9, pelajar dikehendaki menjawab semua soalan. Kami masukkan sifir 1, 2, 3, 4 dan 5 untuk menguji pengetahuan atau ingatan murid terhadap sifir tersebut yang telah dipelajari ketika tahun dua. Kajian kami ini melibatkan dua puluh lapan orang murid yang kami harap dapat mengatasi masalah ini agar murid lebih meminati dan seronok belajar matematik bersama rakan-rakan sekelas. Tinjauan awal telah dilakukan melalui permerhatian, kaji selidik, dan latihan bertulis. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mengingat fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab ini. Ada di antara murid ini yang selalu silap meletakkan nombor mengikut susunannya. Perancangan tindakan difokuskan kepada cara termudah menggunakan kotak ajaib. Kotak ajaib ini merupakan hasil inovasi kami untuk menyelesaikan masalah melibatkan sifir dengan lebih pantas. Murid dibimbing membina sifir menggunakan kotak ajaib dan menjalankan latih tubi setiap hari sehingga murid dapat menyiapkan soalan yang melibatkan sifir dengan lebih tepat dan pantas.. Latihan dan ujian yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan prestasi murid-murid dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan sifir . Dari soal selidik dan pemerhatian selepas menggunakan kaedah ini, didapati murid-murid menunjukkan rasa suka , gembira dan lebih pantas berbanding sebelum didedahkan dengan kaedah Kotak Ajaib ini.
  • 5. 5 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Semasa pengajaran dan pembelajaran dalam topik-topik awal seperti nombor bulat, operasi tambah dan operasi tolak, murid-murid menunjukkan pencapaian yang amat menggalakkan , ramai murid yang mendapat markah penuh setiap kali latihan diberi. Tetapi, apabila masuk tajuk Operasi Darab, keceriaan dan kesungguhan murid untuk belajar agak merosot dan pencapaian dalam ujian pertama juga agak mendukacitakan. Setelah dianalisa keputusan itu , kebanyakan murid tidak dapat menjawab masalah operasi darab dan operasi bahagi dengan betul. Sekiranya masalah atau kekurangan ini tidak diatasi , dikhuatiri akan menyebabkan pemasalahan yang lebih besar, murid pula akan merasa bosan dan tidak berminat untuk belajar matematik. Kami terpaksa mencari satu cara yang dapat digunakan untuk mengatasi pemasalahan ini. Memandangkan masalah murid-murid dalam matematik adalah berpunca daripada kurangnya kemahiran atau tidak kukuh pengetahuan mereka dalam mencongak fakta asas darab atau sifir, kami cuba mengambil langkah atau inisiatif untuk mengetengahkah kajian kami bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas darab yang sememangnya kurang dikuasai dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab atau sifir juga suatu yang amat penting untuk pengajaran operasi bahagi. Kami berharap kajian kami ini berjaya dan boleh digunakan oleh rakan-rakan lain yang menghadapi masalah yang sama. Sekiranya kajian ini tidak berjaya, kami akan cuba mencari inisiatif yang lain atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu anak didik kami ini mengatasi masalah ini dan merasa seronok belajar matematik. 2. FOKUS KAJIAN Murid Tahun 3 Bijak merupakan kelas kedua dalam alirannya . Walaupun pada dasarnya murid-murid ini merupakan murid yang agak baik pencapaiannya, potensi mendapat A melebihi 50% bilangannya. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir). Kami telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran kami dengan menjalankan latihan mencongak secara bertulis dengan mengambil kira masa yang digunakan untuk menyelesaikan semua soalan yang melibatkan sifir. Kami menggunakan lembaran kerja yang mempunyai 20 soalan dan murid cuba menjawab semua soalan dengan mengambil kira masa murid menjawab semua soalan. Kami dapati ramai murid yang dapat menjawab soalan dengan betul
  • 6. 6 tetapi ramai di antara mereka yang mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan kesemua soalan. Fokus kajian kami adalah kepada kumpulan 28 orang pelajar yang tidak dapat menguasai operasi darab daripada data Jadual Analisi Item UPPM 3. Kumpulan 28 orang ini dikehendaki mencongak dengan tepat dan pantas sifir apabila diberi soalan atau masalah melibatkan operasi darab. Mereka masih termenung dan lambat memberi respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan kepada mereka. Setelah kami selidiki, kami dapati faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah soalan berkaitan sifir kerana mereka tidak menghafal sifir. Kemahiran menghafal sifir atau mencongak sifir darab amat penting dalam matematik. Sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai oleh murid dengan baik, maka mereka akan menghadapi kesukaran menjawab soalan melibatkan operasi darab dan bahagi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kajian yang kami jalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran menghafal atau mengingat fakta asas darab supaya kaedah ini dapat dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik dengan pantas. Di samping itu juga, kajian ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas darab. 3. OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan diharapkan murid-murid akan mencapai objektif seperti berikut: Objektif umum:  Meningkatkan peratus pencapaian `A` dalam Matematik murid Tahun 3 Bijak. Objektif Khusus:  Murid boleh menjawab fakta asas darab secara bertulis dengan tepat dan pantas.  Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran menghafal atau mengingat sifir darab (Mencongak) 4. KUMPULAN SASARAN Kajian kami ini melibatkan 28 orang murid Tahun 3 Bijak yang tidak dapat menyelesaikan operasi yang melibatkan sifir dengan tepat dan pantas. Murid-murid ini merupakan murid yang mempunyai pencapaian sederhana.
  • 7. 7 5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan pemerhatian, temu bual, soal selidik awal dan ujian pra. 1) Pemerhatian Kami menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini, Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah , sebelum dan selepas kajian ini di buat. Sebelum kajian ini dibuat, kami dapati murid ini kurang memberi tumpuan ketika soalan fakta asas darab diajukan setiap kali memulakan pelajaran (aktiviti mencongak). Selepas kajian dilaksanakan , murid-murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan mencongak fakta asas darab. Murid –murid lebih bersungguh- sungguh menjawab soalan berkaitan operasi darab daripada kertas latihan yang diberikan. 2) Temu bual Kaedah temu bual ini kami lakukan atau jalankan secara tidak formal kepada kumpulan sasaran ini. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar mengapa murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal sifir darab. 3) Soal selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui maklumat tentang murid berkaitan dengan mata pelajaran matematik dan kecenderungan minat murid terhadap mata pelajaran matematik. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat. 4) Ujian Pra Ujian pra ini dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid di dalam tajuk pendaraban. Ujian Pra ini dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Murid diberi dua puluh soalan operasi darab yang melibatkan sifir 1 - 9 yang telah dipelajari ketika Tahun 2 dan 3. Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang diberi dan masa yang diambil oleh murid untuk menyelesaikan semua soalan.
  • 8. 8 5) Ujian pos Ujian pos merupakan ujian yang dijalankan setelah melakukan bimbingan terhadap kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti daripada masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Melalui ujian ini, kita akan dapat menilai sejauh mana pencapaian murid sama ada terdapat peningkatan atau pun berlaku penurunan terhadap prestasi mereka setelah cara-cara mengatasi telah dijalankan menggunakan kaedah yang diberikan kepada murid-murid. 5.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Pengumpulan Data ( pemerhatian ) Data ini diperolehi setelah dianalisis daripada Jadual Analisis Item dari Kelas 3 Bijak seramai 38 orang. Jadual Analisi Item ini diambil daripada skor murid dalam Ujian Penilaian Prestasi Murid 3 ( UPPM 3 ) yang mencari kekerapan murid menjawab soalan dengan betul atau salah. Jadual ini terbahagi kepada tajuk-tajuk yang dipelajari oleh murid mengikut nombor soalan. Hasil analisis ini diambil catatan dan direkodkan. Setelah dianalisis daripada data tersebut, hasil dapatannya adalah seperti berikut: Hasil dapatan daripada data tersebut, kami dapati bahawa ramai murid yang tidak dapat menguasai tajuk darab dan bahagi. Tajuk darab dan bahagi merupakan tajuk yang melibatkan operasi darab. Murid yang tidak dapat menguasai darab secara langsung tidak dapat menguasai operasi bahagi. Ini adalah kerana tajuk bahagi merupakan lanjutan daripada tajuk darab yang melibatkan sifir. Sekiranya murid tidak menguasai sifir, maka mereka tidak akan dapat menjawab dan menguasai tajuk bahagi yang merupakan songsangan daripada tajuk darab. Hanya 10 orang murid yang dapat Operasi Jumlah Murid yang menguasai Murid yang tidak menguasai Bilangan Peratus Bilangan Peratus Tambah 30 79 8 21 Tolak 27 71 11 29 Darab 10 26 28 74 Bahagi 9 24 29 76 Hasil analisis data daripada Jadual Analisis Item bagi kelas 3 Bijak seramai 38 orang. Gambarajah 4
  • 9. 9 menguasai tajuk darab dengan baik manakala 28 orang murid lagi tidak dapat menguasai. Ini bermakna hanya 26% sahaja murid yang menguasai tajuk tersebut. Pengumpulan Data ( Ujian Pra ) Data ini diambil daripada ujian pra yang dijalankan sebelum kelas bimbingan diadakan. Seramai 28 orang Tahun 3 Bijak murid yang terlibat dalam ujian ini. Ujian ini mengandungi 20 soalan berkaitan sifir 1 – 9 dan murid dikehendaki menjawab kesemua 20 soalan tersebut dengan mengambil kiraan masa kesemua murid tersebut. Soalan seperti dalam ( Lampiran 2 ). Data ini diambil sebelum bimbingan khas diberi dan telah menunjukkan 28 orang sampel kajian telah menggunakan masa secara purata 12.5 minit untuk menyiapkan semua 20 soalan yang telah diberi. Pengumpulan Data ( Ujian Pos ) Setelah diberikan bimbingan dengan menggunakan kaedah yang baru, satu lagi ujian telah diberikan kepada murid-murid dengan gaya soalan yang hampir sama untuk menguji sejauh mana kadar penguasaan murid-murid terhadap tajuk ini amnya dan peningkatan penguasaan murid-murid secara khasnya. Dengan ujian ini juga kita boleh menilai keberkesanan kaedah Kotak Ajaib ini membantu pencapaian murid-murid yang pada mulanya agak sukar untuk menguasai tajuk yang melibatkan masalah sifir. Hasil daripada ujian tersebut telah direkod dan dicatat dalam jadual di bawah: Masa ( minit ) Kekerapan Kekerapan x masa 1 – 5 3 3 x 3 = 9 6 – 10 7 8 x 7 = 56 11 – 15 10 13 x 10 = 130 16 – 20 8 18 x 8 = 144 Jumlah 339 Purata masa diambil 339 / 28 = 12.5 minit. Jumlah purata masa ketika ujian pra.( sebelum bimbingan ) Gambarajah 5
  • 10. 10 Apabila data yang diperolehi ini dicatat dan direkodkan, maka hasil yang diperolehi seperti yang boleh dilihat pada jadual ini iaitu jumlah purata masa yang diambil oleh murid-murid untuk menyiapkan 20 soalan berkaitan sifir adalah jauh lebih baik daripada masa yang diambil sebelumnya. Jika sebelumnya murid-murid mengambil masa secara puratanya 12.5 minit untuk menyiapkan 20 soalan yang diberi, selepas kedah ini diterapkan,pencapaian murid-murid telah menunjukkan peningkatan dengan mencatat secara puratanya selama hanya 9.6 minit sahaja. Ini bermakna murid- murid telah menjawab dua soalan kurang daripada 1 minit. Hasil ini menunjukkan murid-murid dapat menjawab semua soalan dengan lebih pantas berbanding sebelumnya. Soalan pada Lampiran 3. Kaedah dijalankan 1. ( Kotak Ajaib ). Untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti ini, satu kaedah telah digunakan. Kaedah ini merupakan satu inovasi untuk memudahkan lagi murid-murid dalam menulis sifir dengan cepat dan pantas. Kaedah ini merupakan satu inovasi daripada kaedah Kotak Sifif 9x9 tetapi telah dipermudahkan agar murid-murid lebih senang menghafal sifir dan juga menjadikannya panduan sifir bagi murid-murid yang sukar untuk menghafal sifir. Panduan serta kaedah untuk membina Kotak Ajaib ini diperincikan seperti pada Lampiran 4 Masa ( minit ) Kekerapan Kekerapan x masa 1 – 5 6 3 x 6 = 18 6 – 10 12 8 x12 = 96 11 – 15 5 13 x 5 = 65 16 – 20 5 18 x 5 = 90 Jumlah 269 Purata masa diambil 269 / 28 = 9.6 minit. Jumlah purata masa ketika ujian pos.( selepas bimbingan ) Gambarajah 6
  • 11. 11 Kaedah dijalankan 2. ( Rancangan Pengajaran Harian ). Di sini juga disediakan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk menerangkan cara-cara menerangkan tentang penggunaan kaedah ini kepada murid- murid. Pada rancangan pengajaran ini juga disertakan dengan kaedah pengajaran yang boleh membantu guru dalam menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan mudah diterima oleh murid-murid. Rancangan pengajaran harian seperti pada Lampiran 5. Analisis Keputusan Berdasarkan Graf. Perbandingan peratus yang menunjukkan murid dapat menggunakan masa yang lebih pantas setelah mempelajari kaedah Kotak Ajaib. Carta Pai ini menunjukkan saiz bagi pecahan berwarna biri dan merah pada Ujian Pos adalah lebih besar daripada Ujian Pra. Pecahan berwarna biru dan merah mewakili tempoh masa yang singkat iaitu dari 1-5 minit dan dari 6-10 minit. Ini bermakna, setelah bimbingan dijalankan, murid telah dapat menjawab soalan dengan lebih pantas daripada sebelumnya. Keadaan ini boleh dijelaskan lagi dengan carta di bawah. 11% 25% 36% 28% Ujian Pra 1 - 5 minit 6 - 10 minit 11 - 15 minit 16 - 20 minit 21% 43% 18% 18% Ujian Pos 1 - 5 minit 6 - 10 minit 11 - 15 minit 16 - 20 minit Carta menunjukkan peratus murid yang dapat menyelesaikan semua soalan mengikut masa dan perbandingannya melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Gambarajah 7
  • 12. 12 Jumlah murid yang mencatat masa yang singkat lebih ramai pada ujian pos daripada ujian pra. Palang yang berwarna biru dan merah telah menunjukkan bukti bahawa semakin ramai murid yang dapat menjawab dengan lebih pantas. Ini bermakna perubahan posotif terhadap murid-murid yang agak lemah yang meggunakan masa yang lama untuk menyelesaikan semua soalan dengan mencatat masa dengan lebih pantas. 6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Untuk kajian tindakan yang berikutnya, kami akan memerhatikan dan memberi tumpuan kepada murid-murid yang lebih lemah untuk mengetahui perubahan dan pencapaian mereka setelah menggunakan kaedah ini. Hal ini kerana keberkesanan kaedah ini kepada murid-murid yang mempunyai pencapaian sederhana amat positif, maka kita boleh menganalisis pencapaian untuk murid-murid yang mempunyai prestasi yang agak lemah. Pada kajian seterusnya kami akan lebih memfokuskan kepada ketepatan jawapan daripada murid kerana murid-murid yang lemah sememangnya agak sukar untuk menentukan pencapaian mereka dari segi masa. 0 5 10 15 20 25 30 Ujian Pra Ujian Pos 16-20 minit 11-15 minit 6-10 minit 1-5 minit Graf menunjukkan jumlah murid yang dapat menjawab mengikut masa. Gambarajah 8
  • 13. 13 RUJUKAN Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur: Cetaktama Press. Noraini Idris, Esther Gnanamalar Sarojini Daniel, Rohaida Mohd Saat ( 2004 ), Teknologi Dalam Pendidikan Sains Dan Matematik. Penerbit Universiti Malaya. Anbarasi Raju (1999). Learning Progress. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1996 ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Umida Industries Sdn Bhd : Skudai Mok Soon Sang. (1993). Pengajian Matematik untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Nik Azis Nik Pa ( 1992 ). “Penghayatan Matematik KBSR Dan KBSM : Agenda Tindakan.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik, Selangor: Utusan Publications. Juriah Long ( 1998 ), Inovasi Dalam Pengajaran Bahasa, Sains Sosial Dan Teknologi Maklumat. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia