More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
TEL Expressions Alive
1.
2. “ Ani pergi kerja ya, Mak. Mak janganlah buat apa-apa kerja; duduk rehat-rehat saja. Biarlah pembantu kita, Juriah, yang membuat kerja rumah,” kata Ani kepada ibunya.
3. Mak Endon kesepian. Juriah pula sedang sibuk mencuci pakaian. Jadi, tiada orang yang boleh diajak berbual. Dia berasa amat risau. Kalau di rumahnya sendiri, ramai jiran yang boleh diajak berbual tetapi di sini, semua jiran tetanga sibuk dengan tugas masing-masing. Mak Endon melangkah menuju ke bilik belajar. Tempat itu kelihatan berselerak. “Hah, boleh juga aku kemaskan bilik ini! Mungkin Juriah tidak sempat hendak mengemaskan bilik ini. Baik juga kalau aku tolong,” fikir Mak Endon.
4. Mak Endon mula berkemas. Banyak kertas yang dibuangnya. Buku-buku dan fail-fail yang bersepah disusunnya semula di dalam almari buku. Perabot di dalam bilik diatur mengikut seleranya. Puas hatinya kerana bilik yang tadi berselerak kini kelihatan kemas. Mak Endon pun berehat di ruang tamu.
5. Tidak lama kemudian, Ani dan suaminya, Halim pulang untuk makan tengah hari. Halim terus masuk ke bilik belajar untuk mengambil sesuatu. “Mana kertas kerja abang, Ani? Abang memerlukan kertas kerja itu untuk mesyuarat petang nanti,” teriak Halim cemas. “ Apa yang dicari Halim, Ani?” tanya Mak Endon risau. “ Kertas kerja Abang Halim, Mak. Mak tahu siapa yang mengambilnya?” Ani bertanya dengan hati yang berdebar-debar.
6. “ Aku yang membuangnya tadi,” jawab Mak Endon. Memang betul sangkaan Ani. Ani dan suaminya dengan segera pergi ke dapur lalu membongkar bakul sampah untuk mendapatkan kertas-kertas tersebut. Walaupun ronyok dan kotor, kertas-kertas yang dicari dapat ditemui.
7. Ketika mereka makan bersama, Ani menerangkan kepada Mak Endon, “Emak, kertas ini kertas kerja Abang Halim. Bilik belajar itu memang sengaja tidak dikemas. Juriah pun tidak dibenarkan masuk ataut mengemas bilik itu kerana takut dia akan terbuang kertas-kertas yang mustahak”. Halim berkata, “Emak, Halim mohon maaf kalau Halim membuat emakberasa cemas tadi”. Mak Endon berasa tenang kerana anak dan menantunya amat bertimbang rasa. Selepas selesai makan tengah hari, kedua-dua suami isteri itu pun kembali ke pejabat.