Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kertas kerja perkembangan staff

KERTAS KERJA PERKEMBANGAN STAFF UNTUK GURU MATEMATIK
TEKNIK PENGAJARAN DAN PENANDAAN KERTAS MATEMATIK UPSR 2011

Anjuran

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Bersama

PANITIA MATEMATIK
SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG JAYA.
42500 TELOK PANGLIMA GARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

  • Login to see the comments

Kertas kerja perkembangan staff

  1. 1. PENGENALAN Bagi memantapkan profesionalisme perguruan, guru-guru harus didedahkan dengan suatu program yang menjurus kepada pemantapan dan percambahan ilmu pengetahuan. Ini bagi memastikan guru sentiasa bersedia dan sering seiringan dengan peredaran semasa dalam penyampaian kaedah dan teknik yang berkesan kepada murid-muridnya terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Selain jasmani, emosi ,rohani,dan sosial, intelek dan akademik juga merupakan suatu pengukuran besar dalam menentukan standard kedudukan dan prestasi sesebuah sekolah. Menyedari bahawa bidang akademik merupakan tumpuan utama pengukuran kejayaan sesebuah sekolah dan bagi meningkatkan prestasi agar lebih memberangsangkan, satu pendekatan harus dirancang bagi merealisasikan setiap warga guru Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya. Justeru itu Program Perkembangan Staff untuk Guru-guru Matematik perlu dijalankan bagi memantapkan profesionalisme perguruan dan bagi menganjak prestasi para pelajar di sekolah ini. RASIONAL 1. Memantapkan profesionalisme perguruan mengikut subjek yang diajar di sekolah. 2. Mendedahkan teknik penandaan yang betul. 3. Menganjak minda para guru bagi kecemerlangan akademik murid-murid. 4. Mengajak minda para guru supaya mempunyai semangat kegigihan, tidak mudah putus asa serta dapat memahirkan diri dengan teknik mengajar yang betul. 5. Memberi kesedaran kepada para guru betapa pentingnya teknik pengajaran dan pembelajaran betul ,mudah dan tepat yang akan menjadi titik tolak ke arah pemahaman dan kecemerlangan murid-murid. MATLAMAT KERTAS KERJA PERKEMBANGAN STAFF UNTUK GURU MATEMATIK TEKNIK PENGAJARAN DAN PENANDAAN KERTAS MATEMATIK UPSR 2011 Anjuran UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING Bersama PANITIA MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG JAYA. 42500 TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
  2. 2. 1. Melahirkan para guru yang mempunyai keazaman yang kukuh untuk memberi tahap pencapaian cemerlang terhadap murid-murid. 2. Melahirkan para guru yang dapat menyampaikan teknik penandaan yang betul. 3. Membuka minda para guru bagi mengabungjalinkan segala kemahiran yang diperolehi sebagai persediaan ke arah pengajaran dan pembelajaran yang optima. 4. Menyediakan keadaan para guru yang bersedia dari segi fizikal dan mental semasa sesi p&p. 5. Menanamkan sikap kesedaran kepada para guru betapa pentingnya teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid bagi menghadapi sesi p&p. OBJEKTIF Program Teknik Menjawab Soalan ini mempunyai objektif tertentu iaitu : 1. Mendedahkan teknik p&p dan penandaan yang betul bagi mencapai kelulusan yang penuh dalam setiap peperiksaan terutamanya UPSR. 2. Meningkatkan pencapaian kelulusan murid yang optima bagi setiap mata pelajaran. 3. Memantapkan minda para guru ke arah teknik pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian yang optima. 4. Melahirkan para guru yang berwibawa dan memantapkan profesión keguruan 5. Membimbing para guru agar boleh mengandakan pengetahuan dan mengendalikan tumpuan terhadap mata pelajaran yang berkaitan. 6. Merupakan satu kaedah /teknik dan pemudahcara sesi p&p di sekolah. SASARAN -Semua guru Matematik SK Sijangkang Jaya TEMPAT Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Kuala Langat, Selangor. TARIKH 23 Julai 2011 ( Sabtu ) PELAKSANAAN 1 hari AJK PELAKSANA
  3. 3. TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS UPSR “MELONJAK KEGEMILANGAN” 14 JUN 2011 PENASIHAT EN.MD NADZRI BIN JAMLUS PENGERUSI EN.SAIDUN BIN SAAD (PK1) NAIB PENGERUSI EN.RUMAIZI BIN AHMAD (PK HEM) PA SISTEM JURU ACARA EN.MOHD NAJID PN. MURNI BINTI MOHAMAT EN.ZULKEFLI BIN HUSSAIN PERALATAN BAHAN EDARAN MURID (LCD, SKRIN, LAPTOP) PN. NUR HAZLIN BINTI KAMARUZZAMAN PN.MURNI BINTI MOHAMAT PN.SH.NORAZLINA BY SYED AMIR PN. SITI MAZLINA BINTI SHEIKH TALIB DEWAN CENDERAMATA PN. NORHAYATI BINTI HASHIM PN.HALIZA BINTI SABIAN PN.MAZIAH BINTI HUSSIN PN.RAMLAH BINTI ABDUL RAHMAN JEMPUTAN TETAMU DOKUMENTASI PN.NUR HAZLIN BINTI KAMARUZZAMAN PN.MURNI BINTI MOHAMAT

×