1. PENGENALAN
Dadah ialah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas
sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan
tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan
mendatangkan bahaya dan kerosakkan kepada diri, keluarga, masyarakat,
agama dan negara.
Anak-anak masa kini merupakan pelapis pemimpin dalam masyarakat akan
datang. Selain bidang akademik yang merupakan tumpuan utama pengukuran
kejayaan sesebuah sekolah ,pembentukkan sahsiah seseorang murid juga patut
dititik beratkan. Bagi mencegah murid-murid agar tidak terjerumus ke lembah
negatif, satu program perlu dilaksanakan bagi memberikan pengajaran dan
keinsafan terhadap mereka.
Sejajar dengan keperluan dan tumbesaran mereka, murid-murid perlu
didedahkan tentang betapa bahayanya dadah dan kesannya terhadap kesihatan
mental dan fizikal mereka. Mereka perlu disedarkan betapa pentingnya jati diri
bagi mengharungi cabaran dan keutamaan mereka sebagai pelapis generasi
masa depan terhadap agama, bangsa dan negara. Sekadar impian untuk
melahirkan generasi yang sempurna dari segi JERIS sahaja adalah tidak
memadai. Oleh itu amatlah sesuai jika mereka didedahkan dengan pelbagai
program, mesej dan gambaran serta tingkahlaku baik sebagai contoh dan
pembelajaran dalam kehidupan seharian manakala keburukan tingkahlaku
negatif memberi kesan yang merugikan.
KERTAS KERJA
“BAHAYA DADAH”
01 SEPTEMBER 2011
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG JAYA.
42500 TELOK PANGLIMA GARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
2. RASIONAL
1. Mendedahkan murid-murid tentang jenis-jenis dan keburukan ketagihan
dadah.
2. Menghindarkan murid-murid dari terjerumus dalam gejala yang negatif.
3. Memberi pengajaran dan akibat terhadap tingkahlaku yang tidak baik.
4. Menjauhi murid-murid agar tidak terpesong daripada kehendak dan tuntutan
agama.
5. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya hasil tindakan dan
perlakuan yang negatif.
6. Mengetahui pelbagai gejala negatif yang salah dari sudut pandangan agama,
masyarakat dan negara.
7. Memupuk perasaan sayangi diri sendiri dan keluarga.
MATLAMAT
1. Melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji.
2. Membentuk jiwa dan rohani murid-murid ke arah kehendak dan tuntutan
agama.
3. Menanamkan rasa takut dan gerun terhadap bahaya dadah.
4. Memberikan pendidikan , pengetahuan, serta kesedaran mengenai bahaya
penyalahgunaan dadah.
5. Menanamkan sikap kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya dadah .
6. Membentuk jati diri murid-murid dalam mengharungi kehidupan agar tidak
terjebak dengan sebarang tingkah laku dan perlakuan yang negatif.
OBJEKTIF
Program ini mempunyai objektif tertentu iaitu :
1. Mengurangkan masalah-masalah yang berpunca dari pengaruh dan
kelakuan yang negatif.
2. Mendidik dan melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia .
3. Memartabatkan kehidupan beragama.
4. Mencegah & menghindarkan murid-murid dari terjerumus ke lembah amalan
yang negatif.
5. Meningkatkan kemahiran diri dalam pembentukkan sikap dalam menghargai
diri, merasai betapa pentingnya dan sayang diri , seorang yang berasa
dihargai , manusia berguna, berkomunikasi dengan berkesan, menjaga
tingkahlaku, menjaga adat, berbudi bahasa dan lain-lain.
3. SASARAN
-Peserta Tahun 4, 5 dan 6
BILANGAN PESERTA
375 orang
TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya,
Kuala Langat, Selangor.
TARIKH
1 November 2011 ( Selasa)
PELAKSANAAN
1 hari
4. AJK PELAKSANA
“ BASMI GEJALA SOSIAL”
1 NOVEMBER 2011 (Selasa)
PENASIHAT
EN.MD NADZRI BIN JAMLUS
PENGERUSI
EN. RUMAIZI BIN AHMAD (PK HEM)
PN. FATIMAH BINTI HUSSIN (PK1)
NAIB PENGERUSI
EN.ZURIHAN BIN YUSOF (PK KOKO)
PENYELARAS TAHUN 6
PN. NUR HAZLIN BINTI KAMARUZZAMAN
SETIAUSAHA
PN.MURNI BINTI MOHAMAT
NAIB SETIAUSAHA
CIK ZURAIDAH BINTI ABDUL RAHIM
PA SISTEM JURU ACARA
EN.MOHD NAJID PN. MURNI BINTI MOHAMAT
EN.ZULKEFLI BIN HUSSAIN
PERALATAN KAWALAN MURID
(LCD, SKRIN, LAPTOP)
PN.SITI MAZLINA BINTI SHEIKH TALIB NORHAYATI BINTI HASHIM
PN.SITI SAUDAH BINTI DIAUDDIN EN. ISMAIL BIN SAMSUDDIN
DEWAN CENDERAMATA
PN. RAMLAH BINTI ABDULL RAHMAN PN.A’DAWIAH BINTI ABD AZIZ
PN. SITI SAUDAH BINTI DIAUDDIN PN. FARADIAH BINTI OMAR
JEMPUTAN TETAMU/MAKANAN DOKUMENTASI
PN.NUR HAZLIN BINTI KAMARUZZAMAN PN.MURNI BINTI MOHAMAT
PN.MORNI BINTI MOHAMAT
TN.HJ NURESMAN BIN RAMLI