SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU
TAJUK:
HIKAYAT ACHEH
NAMA PENUH NO. MATRIK
MOHAMMAD FAIZOL BIN MOHAMED KHAN D20121057975
MUHAMMAD ILYAS BIN TALIB D20121057995
AMIE BINTI GABRA D20121057964
WI GEOK MEI D20121057965
WONG NYET YUNG D20121057980
AT05: PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEMESTER 2
SESI 2015/2016
KUMPULAN A
PENSYARAH
DR. SERI LANANG JAYA BIN HJ ROHANI
ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0 Pengenalan 1
2.0 Aspek-aspek yang terdapat dalam Hikayat Acheh
2.1 Pemikiran 2
2.2 Nilai Budaya 4
2.3 Pandangan Hidup 6
2.4 Nilai Ilmu 9
2.5 Teknik Kepengarangan 16
2.6 Seni Bahasa 18
3.0 Kesimpulan 25
RUJUKAN 26
1
1.0 Pengenalan
Hikayat Aceh merupakan salah satu daripada kesusasteraan Melayu yang ditulis pada masa
dahulu. Pengarangnya tidak diketahui dan ia adalah antara karya yang masih terselamat
sehingga hari ini. Hikayat Aceh mengisahkan mengenai penguasaan Aceh di bawah Iskandar
Muda dan dipercayai mula dikarang selepas penabalan Iskandar Muda iaitu 1607 dan sebelum
akhir abad ke-17, apabila karya ini diketahui oleh mubalih Belanda, Leidekker. Sesuai dengan
apa yang dikatakan oleh Van derLinden dalam TeukuIskandar (2001), dapat kita terima
bahawa karya ini dikarang pada zaman kerajaan Sultan Iskandar Muda. Oleh itu, dalam
membincangkan tentang HikayatAcheh, unsur-unsur seperti pemikiran, nilai ilmu, nilai
budaya, pandangan hidup, seni bahasa, dan teknik kepengarangannya akan diketengahkan
dalam penulisan ini. Hikayat Acheh itu mula-mulanya meriwayatkan kisah mulai daripada
zaman pemerintahan Sultan Ibrahimdi-Acheh Utara.
Dalam tahun.1525 Masihi baginda telah memberontak melawan Maharaja yang
berkerajaan di negeri Pasai, akhirnya Sultan Ibrahim dapat mengalahkan Kerajaan Pasai.
Maka semenjak masa itulah pusat pemerintahan di Pasai itu telah berpindah ke Acheh dan
kekuasaannya semakin berkembang.Kekuasaan Acheh telah sampai ke-puncak kebesarannya
pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun l606-1636
Masihi, sebilangan besar negeri-negeri dalam Pulau Perca ituter-takluk ke bawah perintahnya,
demikian juga negeri-negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah negeri Johor.
Kemudian di sebutkan pula sesudah Melaka atuh ke tangan Feringgi,berulang-ulang kali
negeri itu telah diserang oleh angkatan perang Acheh dan ada kalanya berbulan-bulan pula
negeri Melaka itu dikepong.
Seterusnya diriwayatkan bahawa Sultan Iskandar pernah mencadangkan kepada Sultan
Agung Mataram yang menguasai seluruh Jawa dan Madura, dan pada masa itu sedang
menentang kekuasaan Belanda di Jakarta supaya bersetuju bekerjasama melawan kekuasaan
asing itu, tetapi cadangan Sultan Acheh itu telah di tolak oleh Sultan Agung Mataram. Sultan
Iskandar Mahkota Alam tiada mempunyai putera melainkan puteri-puteri belaka, seorang di
antara menantu baginda itu telah menggantikan baginda di atas takhta Kerajaan Acheh dengan
gelaraSultan Iskandar Thani. Sesudah pemerintahan baginda itu,Acheh telah di perintah
bergilir-gilir oleh empat orang raja perempuan. Pada zaman itulah pula Kerajaan Acheh
beransur-ansur lemah hingga beberapa buah negeri yang takluk kepadanya melepaskan diri
masing-masing.
2
2.0 Aspek-Aspek Yang Terdapat Dalam Hikayat Acheh
Terdapat beberapa isi dan mesej ataupun pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengarang
kepada pembaca dalam hikayat ini. Setiap aspek akan dibincangkan satu persatu secara teliti
oleh pengkaji seperti berikut:
2.1 Pemikiran
Pemikiran merupakan subjek yang dibawakan pengarang dan pemikiran itu sendiri
bermula daripada idea, pengalaman, imaginasi, dan juga kreativiti. Hal ini dijelmakan
untuk dijadikan persoalan dan tema dalam sesebuah karya. Seterusnya aspek-aspek
tersebut akan dikembangkan untuk menyampaikan mesej dan tujuan yang membentuk
pemikiran dan idealisme pengarang. Dalam Hikayat Acheh, terdapat beberapa
pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam hikayat ini.
Antaranya ialah:
i. Memperlihatkan Kebesaran Raja.
Perkara ini dapat kita lihat dalam naskhah Hikayat ini yang menceritakan tentang
kebesaran raja. Contohnya:
“...Maka berapa lamanya sampailah kepada sembilan bulan hamilnya
itu maka dimasukkan Allah Ta‟ala ke dalam hati puteri itu, suatu
bicara: „ Jikalau beranak aku dalam negeri ini apa baik, kerana
anakku daripada anak cucu raja yang maha besar... gemerlap. Maka
hairan Raja Shah Muhammad Melihat dia. Maka disuruhnya kerat
buluh itu dan disuruhnya belah. Maka dengan takdir Allah Subhanahu
wa Ta‟ala maka keluarlah dari dalam buluh itu seorang perempuan
daripada ankbaludari, terlalu elok rupanya”.
3
ii. Memperlihatkan Amalan-amalan yang Diamalkan.
Dalam hikayat ini terdapat beberapa amalan-amalan yang diamalkan pada zaman
tersebut. Amalan-amalan yang diamalkan ini menunjukkan bahawa pada zaman
tersebut amalan-amalan dijalankan adalah untuk tujuan tertentu. Contohnya:
“...Maka datang pada malam jum‟at anak baludari itu pun mandi
kolam seperti „adatnya yang dahulu itu jua. Maka dihantarkan
mereka itu baju kacukinya seorang suatu tempat. Maka turunlah
mereka itu lagi dengan senda gurau mereka itu tatkala mandi dalam
kolam”. “Maka Raja „Inayat Syah pun menengarkan kata yang
lemah lembut kabul berbesan dengan Raja Muzaffar Syah. Setelah
beberapa kali datang antusan Raja Muzaffar Syah membawa hadiah
daripada mata benda yang mulia-mulia akan Raja „Inayat Syah itu,
tatkala didengar Raja Muzaffar Syah kabullah Raja „Inayat Syah
menerima hadiah daripadanya itu,...”
iii. Memperlihatkan Keberanian Rakyat Ingkar Terhadap Sultan.
Di dalam hikayat ini juga pengarang cuba menunjukkan sikap rakyat yang berani
menentang Sultan sekiranya perbuatan Sultan itu dianggap salah pada pandangan
mereka. sebagai contoh :
“Maka seorang pun daripada hulubalang dan ra‟yatSyahrDeli
tiadalah mahu datang. Maka akan kata segala mereka itu sekalian:
“maka tatkala tuan kita Sultan Ma‟arif Syah mendatangi negeri
Acheh Dar as-Salam itu tiada mahu Sultan Ahmad itu bersungguh-
sungguhnmengalahkan negeri Acheh Dar as-Salam. Akan sekarang
lawanlah oleh Sultan akan Sultan „Ali itu.” Maka segala hulubalang
dan ra‟yat masing-masing berlepas dirinya...”
iv. Memperlihatkan Kepakaran dan Kemahiran Rakyat.
Di dalam hikayat ini ada menceritakan tentang bagaimana rakyat pada zaman itu
mencipta senjata untuk bermain perang. Secara tidak langsung, hal ini
4
menunjukkan bahawa rakyat zaman dahulu merupakan seorang yang kreatif dan
berdikari. Hal ini kerana, mereka mencipta sendiri segala peralatan yang ingin
digunakan untuk tujuan tertentu. Contohnya:
“Pada malam ini tuan kami Pancagah hendak bermain berperang-
perangan dengan segala anak hulubalang dan dengan segala
kundangan dan segala kanak-kanak”.... Dan disuruh
Pancagahperbuat akan senjata itu pohon nyiru dan pelepah pinang
dan pelepah pisang, terlalu banyak dihimpunkan orang. Maka ujung
senjata itu dibubuhi kapas berbalut dengan perca putih. Maka
dibubuh kunyit dengan kapur. Maka merahlah lakunya.”
2.2 Nilai budaya
Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah
kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari
banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa,
perkakas, pakaian, bangunan dan karya seni.Budaya adalah suatu pola hidup
menyeluruh.Budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas.Banyak aspek budaya turut
menentukan perilaku komunikatif.Oleh itu, nilai-nilai budaya merupakan nilai-nilai
yang disepakati dan tertanam dalam suatu masyarakat, lingkup organisasi, lingkungan
masyarakat, yang menjadi kebiasaan, kepercayaan, simbol-simbol dan karakter
tertentu yang membezakan sesuatu.
Nilai budaya berkait rapat dengan cara hidup sekaligus menjadi falsafah atau
pandangan sesuatu masyarakat.Dalam Hikayat Aceh, terdapat beberapa nilai budaya
yang wujud dalam ruang lingkup masyarakat ketika itu. Antaranya ialah:
i. Adat perkahwinan raja
Semasa perkahwinan kerabat istana raja akan dipakaikan pakaian yang indah-
indah, dikenakan destar, badan digosok dengan bau-bauan, diarak di atas gajah,
bunyi-bunyian dimainkan dan keraian diadakan. Hal ini dapat dilihat menerusi
petikan di bawah :
5
“setelah sudah Sultan Mansur Syah memakai maka gajah akan
kenaikan sultan akan berarak itupun diperhias oranglah dengan
pelbagai perhiasan. Maka gajah itu digunamkan oranglah kepada
ketumpakan.Maka Sultan Mansur Syah pun dinaikkan oranglah ke
atas gajah ringga kelambu perak.Bahawa ada mengepalakan gajah
itu Maharaja ad-Diraja anak Maharaja Lela Putih.Maka ada di
punggung gajah yang memangku kampil itu Merah Saraf-Khan. Maka
sultan pun beraraklah lingkar suri dengan pelbagai bunyi serta
dengan orang mengucap selawat…”
(Halaman : 110)
ii. Adat menyambut tetamu.
Menurut budaya masyarakat yang terdapat dalam Hikayat Aceh, tetamu disambut
dengan begitu meriah sekali.Tetamu dihormati dan dilayan seperti pasangan
pengantin. Hal ini diperlihatkan melalui,
“..mereka itu bernama Raja Permaisuri dan seorang bernama Seri
Dewi dan seorang bernama Seri Pebawa dan seorang bernama Seri
Nana. Maka keempat mereka itu memakai seperti adat pakaian orang
tua-tua.Maka keempat mereka itu bergajah ringga. Maka orang yang
membawa sirih yang dalam kampil mas dan kampil suasa itu seekor
gajah. Maka ada kampil itu di atas gajah diperhias dengan berulur
permaidani.Maka di kepala gajah bertutup tafta bersuji berjala-
jala.Maka yang memangku puan pengiring kampil itu pun naik ke atas
gajah.Maka mereka itu pun berjalanlah.Maka beberapa daripada
orang bergelang dan bersubang mengiringkan gajah itu. Maka
tatkala sampailah telangkai itu kepada Syah Alam maka disuruh Syah
Alam permulia akan telangkai itu. Maka didudukkan atas
permaidani…”
(Halaman : 82)
6
iii. Gajah sebagai binatang peliharaan
Dalam Hikayat Aceh, masyarakatnya dilihat membela gajah sebagai binatang
peliharaan. Gajah sangat disayangi oleh Pancagah dan dijadikan sebagai teman
bermain ketika kecil.Gajah kesayangan Pancagah adalah yang jantan Raksyasya
dan yang betina Dang Ambar Kesturi.Gajah-gajah itu dipakaikan alatan yang
mahal-mahal.Usaha Syah Alam menyuruh orang membuat patung gajah daripada
emas yang menyerupai Raksyasya tidakberjaya untuk ketiga kalinya.Gembala
Dang Amabar Kesturi ialah Si Bulbul.Gajah ini sangat mengasihinya, sehingga
membelanya jika di diserang.Dan jika gajah ini mendapat makanan dibahaginya
dengan Si Bulbul.Kasih sayang antara manusia dan haiwan juga wujud dalam
ikatan ini.Misalnya dalam petikan berikut:
“… Dan beberapa daripada gajah yang kecil-kecil yang baik-baik
paras akan permainan baginda itu; ada yang sejengkal gadingnya,
ada yang sehasta gadingnya, ada yang setampak gadingnya, ada yang
setunjuk gadingnya. Pertama-tama gajah itu Raksyasya dan Rawana
dan Bitam Mutia dan Gangsar dan Mutia Sejemput dan Lela Genta
dan Ceracap Cina…”
(Halaman : 136)
2.3 Pandangan Hidup
2.3.1 Definisi dan teori falsafah hidup
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010 : 406), falsafah didefinisikan
sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang
tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Perkataan falsafah berasal
daripada bahasa Yunani philisophia, iaitu philo ertinya cinta dan Sophia ertinya
hikmat (Mohd Rashid Md Idris, 2012:1).Cinta kepada ilmu dan kebenaran
adalah falsafah.Hal ini bermaksud falsafah mempunyai ciri-ciri seperti
pemikiran yang tertinggidan bertujuan mendapatkan kebenaran.Tegasnya
berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran tentang
7
segala sesuatu yang dimasalahkan dengan berfikir secara radikal, sistematik
dan sejagat (Mohd Rashid Md Idris et.al, 2013: 149).
Falsfah menuntun seseorang mencari kebenaran dalam setiap
masalah.Ertinya falsafah secara mudah dapat diinterprestasikan sebagai
memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam.Mana Sikana (1996),
membahagikan bidang falsafah kepada enam jenis iaitu ilmu teologi, ilmu
etika, ilmu estetika, ilmu mantik, ilmu metafizika dan ilmu kosmologi.
Ilmuteologi berkisar tentang Tuhan dan hubungannya dengan manusia, sama
ada berdasarkan kebenaran wahyu ataupun penyelidikan akal murni. Ilmu etika
pula berkaitan dengan tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut baik dan
buruknya, sejauh yang dapat ditentukan akal.Ilmu estetika membahaskan
tentang keindahan dan kesenian.
Ruang lingkup estetika merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan
sedih dan lucu, yang bergaya dan yang mulia, bahkan yang buruk atau busuk
pun dapat dikaitkan dengan keindahan yang relative. Manakala, ilmu mantik
adalah ilmu berkata benar atau berfikir benar.Al- Farabi menyatakan ilmu yang
mantik adalah ilmu yang memberi tenaga fikiran dan kemampuan membezakan
sesuatu yang merupakan alat falsafah.Ilmu metafizika merupakan ilmu agama
seperti kepercayaan tentang kewujudan Tuhan.Ilmu kosmologi pula mengkaji
tentang hal-hal yang berhubung dengan alam.
2.3.2 Pandangan hidup dalam Hikayat Aceh
i. Mengagungkan dan mempercayai kebesaran Tuhan.
Hikayat Aceh memperlihatkan betapa Sultan Rum mempercayai
tentang keesaan serta mengagungkan kebesaran Allah.Baginda percaya
Allah mempunyai kuasa atas segalanya dan Allah mengutuskan nabi
kepada umat manusia untuk kesejahteraan serta menegakkan agama-
Nya. Hal ini dapat dilihat menerusi kata-kata baginda,
“Maka pada zaman kita sekarang ini pun ada jua dijadikan
Allah Ta‟ala dua orang raja yang amat besar dalam alam dunia
8
ini.Maka yang dari pihak maghrib kitalah raja yang besar dan
dari pihak masyrik itu Seri Sultan Perkasa Alam raja yang
besar dan raja yang mengeraskan agama Allah dan agama
Rasul Allah.
”(Halaman : 237)
ii. Sumber alam mempunyai kepentingan kepada manusia
Dalam Hikayat ini, diperlihatkan mengenai kegunaan atau kepentingan
alam kepada manusia.Sumber alam yang berada di sekeliling misalnya
tanah, pokok, galian minyak dan sebagainya memberikan faedah
kepada manusia. Hal ini dapat dilihat menerusi,
“ …galian mas yang merah yang sepuluh mutu dan tanah
cempaga kudrati yang netiasa mengalir di atas bukit galian itu
dan beberapa daripada kolam minyak tanah kudrat yang tiada
lagi berkurang minyaknya…”
(Halaman : 231)
iii. Pemerintah mempunyai kuasa yang hebat
Hikayat Aceh juga menceritakan tentang keperkasaan dan kekuatan
pemerintah. Hal-hal yang tidak mampu diselesaikan oleh rakyat, jika
pemerintah masuk campur, pastinya hal tersebut akan segera selesai. Ini
menunjukkan masyarakat memandang pemerintah sebagai seorang yang
mempunyai kuasa yang hebat atau luar biasa. Hal ini ditunjukkan
melalui peristiwa Perkasa Alam mendengar terdapat seekor kerbau yang
buas di Lam Anal sehinggakan menyebabkan beberapa orang mati
ketika cuba membunuhnya. Lalu, Perkasa Alam mencari kerbau
tersebut dan berjaya membunuhnya.
...“Maka tatkala sampailah umur Abangta Raja Munawwar
Syah yang bertimang-timangan Perkasa Alam itu dua belas
9
tahun, maka pada suatu hari dikhabarkan orang pada Perkasa
Alam. “Tuanku, ada seekor kerbau di Lam Anal terlalu sekali
buas dan nakal dan amat berani. Jikalau ia melihat manusia
tiada ia mau lari. Beberapa orang mati dan luka dan patah
diterkuknya…”
(Halaman : 186)
2.4 Nilai Ilmu
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan nilai merujuk kepada darjat,
kualiti, mutu dan taraf. Menurut Mohd Rashid Idris, et al. (2014),nilai juga
diistilahkan sebagai „al-qimah‟ dalam dalam bahasa Arab yang lebih merujuk kepada
harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Nilai juga bersifat aksiologi dan
mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai.Nilai membezakan antara yang baik atau
buruk dan betul atau salah.Takrifan ilmu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010) pula bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan
lain-lain.
Menurut Mohd Rashid Idris, Abd. Rahman Napiah & Seri Lanang Jaya Rohani
(2014),antara fungsi sesuatu ilmu itu disebarkan ialah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan, mengembangkan lagi perkara yang mengandung pelbagai kemusykilan
dan lain-lain. Menurutnya lagi, antara contoh ilmu yang terdapat dalam karya agung
ialah ilmu perdukunan, ilmu firasat, ilmu jampi, ilmu pengasih dan lain-lain.Nilai ilmu
yang terdapat dalam hikayat Aceh pula termasuklah ilmu firasat, ilmu peperangan dan
lain-lain.Nilai ilmu dalam hikayat Aceh boleh dilihat melalui tiga aspek iaitu melalui
sudut pemerintahan, penduduk dan lain-lain. Berdasarkan hikayat Aceh, kita dapat
mengetahui akan kepakaran masyarakat dahulu dalam menangani masalah harian dan
cara sosioekonomi mereka bagi menjamin kelangsungan hidup dan tujuan- tujuan lain.
10
2.4.1 Nilai Ilmu dalam Hikayat Aceh
i. Ilmu Peperangan (Aspek Pemerintahan)
Berdasarkan hikayat ini, nilai ilmu dapat dilihat dalam aspek
pemerintahan. Pemerintahan yang berada dalam pemerintahan Sultan
Iskandar Muda pada tahun 1608 hingga 1637 misalnya menunjukkan
berlakunya perluasan kuasa oleh kerajaan Acheh di Ibu Kota misalnya
Ibu Kota Kutaraja, Melaka, Johor, Belanda dan Banten..Menurut Denys
Lombard (1986), di bawah pemerintahan Iskandar , Aceh tidak lagi
meminta bantuan daripada negara asing. Orang Aceh juga tidak lagi
menyerahkan kepada orang asing tugas polisi di Samudera atas nama
mereka. Angkatan perang Aceh. Aceh kerajaan yang paling kuat dari
tetangganya di laut”, kata Beaulieu..Melalui hikayat Aceh diceritakan
tentang ilmu peperangan. Denys Lombard (1986) menghuraikan tentang
6 perkara berkaitan angkatan bersenjata kerajaan Aceh. Antaranya ialah
berkaitan Armada, gajah, kuda, angkatan darat, pasukan meriam dan
teknik pengepungan kota.
a. Armada
Di ketiga pelabuhan perang utama di Aceh, Daya dan Pidir
berlindung kira-kira seratus galias besar yang semuanya siap
berlayar, dan Beaulieu dengan tegas mengaku rasa
kagumnya:“Sepertiganya besar tanpa tanding dibandingkan dengan
galias yang manapun yang pernah dibangun di dunia Kristen”Ada
salah satu dari kapal terbesar armada Aceh yang mencapai
kemasyhuran yang istimewa sekali.Kapal itulah yang dikirim
melawan Melaka pada bulan Julai 1629. Petikan di bawah ini
menjelaskan tentang armada tersebut :
“ Dalam kepanjangannya( kira-kira 36 m.) dan terbuat utuh
; mereka pandai sekali membuat galias dan kapal itu bagus-
bagus tetapi terlalu berat karena terlalu panjang dan terlalu
tinggi : selain itu kayu-kayu lintangnya terlalu kecil dan
11
lemah dibandingkan dengan gading-gadingnya. Lagi pun
dayung-dayungnya tidak panjang dan tidak berat, hanya
berupa galah yang dihujungnya ada sepotong papan dan
tidak berat….”
Berdasarkan petikan ini kita dapat mengetahui tentang ciri
fizikal kapal atau armada pada zaman tersebut. Selain itu, juga
diterangkan berkenaan kelengkapan perang yang terdapat di dalam
armada seperti petikan berikut. Setiap galias diperlengkapi tiga
meriam yang ampuh dengan 40 pon peluru, tidak termasuk lela-lel
yang mereka pasang di bahu atau di pinggang”.Setiap kapal
mempunyai awak sekurang-kurangnya 600 orang; awak pada kapal-
kapal yang paling besar sampai 800 orang.
b. Gajah
Menurut Denys Lombard (1986) , di daratan kekuatan Aceh yang
utama ialah gajahnya. Binatang itu keadaan liar di pedalaman
senang ditangkap dan dibawa ke kota. Pada zaman itu, sumber ini
sangat berharga dan orang Aceh pandai memanfaatkannya dengan
baik.Dalam Hikayat Aceh gajah turut terlibat dengan
perang.Berdasarkan petikan di bawah kita dapat melihat bahawa
gajah merupakan salah satu angkatan perang kerajaan Aceh:
Syah „Alam menitahkan Haria Bija ad-Diraja membawa
gajah perang lima puluh ekor dengan beluhannya dari
darat.Maka Haria Bija ad-Diraja itu pun berjalanlah
membawa gajah ke Ghori.”
(Hikayat Aceh :105)
c. Kuda
Denys Lombard (1986) juga menjelaskan bahawa ,bagi orang Aceh
dan terutamanya bagi Sultan Iskandar Muda menjadi penunggang
kuda yang baik merupakan soal kehormatan. Menurutnya lagi,
12
waktu Beaulieu singgah di Aceh, jumlah kuda yang dihitungnya ada
200 ekor yang 50 di antaranya di Perancis pasti berharga lebih dari
500 ecu, sisanya tak banyak artinya. Kuda itu hampir semuanya
digunakan untuk melengkapi keperluan sebagai tunggangan anggota
tentera.
d. Angkatan darat
Menurut Denys Lombard (1986) “tercatatlah kata Beaulieu bahawa
dari Aceh dan tanah-tanah sekitarnya di dalam lembah dapat
dikerahkan 40,000 lelaki”. Apabila raja hendak melancarkan
perang, ia tidak mengeluarkan biaya sama sekali. Hal ini demikian
kerana semua hambanya tanpa kecuali wajib berbaris secepat
mungkin apabila diperintahkan atas biaya sendiri dengan membawa
makanan untuk 3 bulan”. Beliau amat tercengang dengan cara wajib
ketenteraan yang tak dikenali di Eropah pada zaman itu.
Menurutnya lagi Sultan dengan hati-hati menyimpan senjata dan
peluru senjata api bagi mengelak terjadi pemberontakan.Melalui
kenyataan tersebut kita dapat mengetahui cara pemerintahan Sultan
ke atas rakyatnya tentang kerahan ketenteraan.
e. Pasukan meriam
Pasukan Meriam juga merupakan salah satu kekuatan angkatan
perang Aceh. Petikan tersebut menjelaskan bahawa meriam
merupakan salah satu senjata perang yang ada pada zaman tersebut:
“Maka beberapa daripada bedil meriam dan lela dan
cecorong dan ispinggar. Maka ada kelengkapan ghurab
istana yang bernama Mir‟at as-Safa itu ada dalamnya bedil
meriam sepuluh pucuk dan lela Pertugali lima puluh pucuk
dan cecorong seratus dua puluh pucuk dan bedil ispinggar
dan beberapa busur tiadalah kami sebutkan bilangannya”
(Hikayat Aceh :106)MenurutDenys Lombard (1986), meriam
13
merupakan salah sebuah “pemberian” yang paling disukai
oleh Sultan.
f. Teknik pengepungan kota
Denys Lombard (1986) menjelaskan bahawa orang Aceh terkenal
mahir sekali dalam merongrong dan masuk parit.Mereka dengan
asyik dan rajin menggali tanah.Menurutnya lagi, orang Belanda
menjadi penasihat Aceh…; mereka memberi nasihat dalam hal
membuat parit dan pertahanan menurut contoh di Negeri Belanda
dan di Perancis.
ii. Ilmu Pertukangan Emas dan Besi (Penduduk)
Menurut Pisol Maidin (2003), tukang adalah gelaran umum kepada ahli
teknologi Melayu. Dalam teknologi perkapalan, terdapat gelaran yang
khusus untuk membezakan pengkhususan yang dipunyai mereka yang
terlibat membuat kapal, termasuk gelaran tukang timbal.Gelaran ini juga
terdapat dalam pertukangan besi. Mereka yang pandai bertukang besi
dikenali dengan nama pandai besi. Di kepulauan Sulu, tukang perahu
dipanggil panday. Walaupun istilah tukang timbal tidak terdapat dalam
kamus Melayu, tetapi ia diketahui orang ramai di Terengganu sebagai
tukang yang membina perahu bersaiz besar.Dalam Hikayat Aceh pula
ada diceritakan tentang pengrajin logam dan pandai emas. Hal ini dapat
dilihat melalui petikan berikut:
“Sesudah nelayan, pengrajin; dan pertama-tama pengrajin
logam. Ada pandai besi, baik yang berat maupun yang berupa
pisau, keris, mata lembing dan senjata lainnya ….”
Berdasarkan petikan di atas menunjukkan bahawa masyarakat Aceh
pandai dalam ilmu pertukangan dan pelbagai ciptaan telah berjaya
dihasilkan seperti pisau, mata lembing, meriam dan lain-lain.Begitu juga
14
dengan ilmu pertukangan emas. Kepakaran masyarakat Aceh dalam ilmu
pertukangan emas digambarkan dalam petikan seperti berikut:
“…dijadikan kalung dan rantai jamrud yang besar-besar,..baju
sesuai dengan gayanya penuh sulaman permata, dan juga
berbagai hasil kepandaian besi seperti bejana emas yang besar-
besar… banyak-banyak pedang,golok dan pisau belati….”
(Denys Lombard, 1986)
Masyarakat Aceh digambarkan sebagai masyarakat yang pandai dalam
ilmu pertukangan emas dan besi.
iii. Ilmu firasat (Lain-lain)
Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa firasat adalah
pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka( badan dan lain-lain)
untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Melalui ilmu firasat juga
seseorang itu dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan orang lain.
Hikayat Aceh juga terkandung kisah mengenai ilmu firasat. Berdasarkan
Hadis Riwayat At Tarmizi pula ilmu firasat ialah perasaan atau gerakan
hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda
Rasulullah:“Takutlah olehmu firasat orang mukmin kerana ia
memandang dengan cahaya Allah.”Dalam dunia Melayu, pelbagai ilmu
firasat yang cuba diketengahkan oleh masyarakat dahulu.
Contohnya, jika burung hantu berbunyi, itu tandanya ada
kematian pada waktu yang terdekat. Masyarakat Melayu menjadikan
perkara-perkara sebegini sebagai satu sandaran ataupun petanda dalam
hidup mereka. Tambahan pula, kebanyakan petanda-petanda ini sering
menjadi kenyataan. Keadaan inilah yang menjadikan kepercayaan
mereka terhadap ilmu firasat ini menjadi semakin kuat walaupun
adakalanya itu hanyalah satu kebetulan.Menurut Teuku Iskandar(2001),
dalam Hikayat Aceh, guru Sultan Mansur Syah melihat pada muridnya
cahaya dari muka hingga sampai ke dada. Hal ini berkaitan cahaya dan
15
mimpi sebagai petanda akan lahir raja yang besar. Hal ini dapat dilihat
melalui petikan dalam Hikayat Aceh seperti di bawah :
“Diceritakan ketika Mansur Syah berumur sepuluh tahun dia
pernah mengaji kepada Fakih Khoja Manassih.Fakih ini pada suatu
ketika melihat cahaya pada mukanya sehingga ke dada. Fakih berfikir
dalam hatinya bahawa putera ini akan mendapat kebahagiaan.
„‟...Pada ketika lain Mansur Syah bermimpi membuang air seni di
atas kota biram yang bernama Buruj. Seluruh negeri dibanjiri dan
menjadi laut.Gurunya memberitahu erti mimpinya, bahawa dia
akan mendapat anak yang akan menjadi raja yang besar.”
(Hikayat Aceh : hlm.113)
Berdasarkan petikan ini, kita dapat mengetahui bahawa apabila
cahaya dilihat dari muka hingga ke dada menandakan akan mendapat
kebahagiaan atau berita gembira. Manakala, mimpi membuang air seni di
atas kota biram yang bernama Buruj. Kemudian seluruh negeri dibanjiri
dan menjadi laut pula menurut bijak pandai zaman dahulu menandakan
bahawa akan beroleh anak yang akan menjadi raja yang disanjungi dan
dihormati oleh rakyat. Melalui petikan ini, dapat dilihat bahawa adanya
ilmu firasat diceritakan dalam hikayat Aceh. Contoh lain berkaitan ilmu
firasat adalah seperti dalam petikan di bawah :
Di Acheh, waktu Pencagah atau Iskandar Muda Mahkota Alam
dalam kandungan, ibunya bermimpi bersanggulkan bulan yang dihiasi
buang air kecil yang terlalu banyak sehingga menjadi laut. Dalam
mentafsir mimpi itu, Fakih Khoja Manassiah berpendapat:
“Tuanku, adapun takbir mimpi sultan itu Insya-Allah taala (tak
dapat) tiadalah daripada zuriat sultan menjadi raja yang maha
kuasa lagi terlalu besar gahnya lagi mengempukkan segala raja-
raja daripada segala pihak Timur dan daripada segala pihak
Barat. Dan paduka anakanda itulah melimpahkan takhta adilnya
dan ialah matahari yang betak (tetap) di bumi musyrik ini”
(Hikayat Aceh : 48)
16
Berdasarkan petikan kita mengetahui bahawa mimpi seumpama
itu membawa perkhabaran yang baik terhadap sesuatu. Dalam petikan di
atas, mimpi tersebut menandakan anak yang bakal dilahirkan mempunyai
masa depan yang baik. Contoh lain berkaitan ilmu firasat dalam Hikayat
Aceh ialah seperti dalam petikan di bawah :
“… Maka berhikayat Syarif al-Muluk kepadanya , “Bahawa pada
mala mini hamba bermimpi; yang mimpi hamba itu terlalu „ajaib
lakunya daripada Rabbi‟l-„alamin hendak menunjukkan
kebesaran-Nya kepada seorang hamba-Nya mu‟min, maka
dinyatakan-Nya pada mimpinya.Hai Seri Raja Khatib, bahawa
hamba lihat dalam mimpi hamba, bahawa tuan kita Abangta Raja
Munawwar Syah bertimang-timangan Johan „Alam, cucu Syah
„Alam itu datang kepada baginda itu seekor kerbau lagi dengan
mengucap zikir Allah serta tertari-tari dan terkulai-kulai dan
menundukkan kepalanya selaku-laku hendak menyunjung duli
Johan „Alam itu.”
Mimpi tersebut membawa maksud bahawa Johan „Alam ini
dijadikan Allah Subhanahu wa Ta‟ala kerajaan masyrik magrib.
2.5 Teknik Kepengarangan
Teknik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dapat didefinisikan sebagai
pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri seperti
jentera, kenderaan, bangunan dan lain-lain atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan lain-lain. Menurut Edward M. Anthony dalam
Fowzi Boman (2011), teknik dapat didefinisi sebagai satu muslihat atau strategi atau
teknik yang digunakan guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian tertentu. Mengikut Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz
dalam Fowzi Boman (2011) lagi, teknik merupakan pengendalian suatu organisasi
yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjag di mana ia digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif.
17
Oleh itu, teknik merupakan satu cara yang digunakan oleh pengkaji untuk
menyampaikan hasil-hasilnya kepada audience Kepengarangan dalam Kamus Dewan
edisi keempat (2010) dapat didefinisikan sebagai perihal yang berkaitan dengan
pengarang. Kepengarangan mengikut Foucault dalam Pengarang dan Kepengarangan
Zaharah Nawawi, dalam tradisi sastera cetak adalah tidak sama dengan konsep
mengarang dan kepengarangan dalam tradisi manuskrip sama ada di Eropah mahu pun
dunia Melayu. Oleh itu kepengarangan ialah hal-hal yang berkaitan dengan pengkaji
termasuklah pengalaman yang terdapat dalam pengarang tersebut.Maka, teknik
kepengarangan dapat didefinisi sebagai cara-cara yang digunakan oleh pengarang
termasuklah berkaitan dengan pengalaman-pengalamannya dalam mengolah sesuatu
karya, hikayat dan sebagainya.
a. Kebijaksanaan Menyampaikan Cerita
Jika dilihat dalam Hikayat Aceh, pengarang dapat dilihat sebagai seorang yang
intelek kerana pengarang dapat mengulas salasilah keluarga diraja berdasarkan
mitos asal usul raja-raja Aceh.Sebagai contohnya, pengarang mengulas tentang
perkahwinan yang berlaku diantara raja-raja Aceh.Hal ini dapat dilihat dalam
perkahwinan antara Raja Syah Muhammad yang berkahwin dengan Tuan Puteri
Dewi Indera yang berasal daripada buluh betung.Dan mereka dikurniakan dengan
dua orang anak iaitu Sultan Ibrahim Syah dan juga Puteri Sapiah. Hal ini dapat
dibuktikan dengan terdapat petikan berikut:
“…Maka hairan Raja Syah Muhammad melihat dia. Maka disuruhnya
kerat buluh itu dan disuruhnya belah. Maka dengan takdir Allah
Subhanahu wa Ta‟ala maka keluarlah dari dalam buluh itu seorang
perempuan daripada baludari, terlalu elok rupanya. Maka ada
mukanya seperti bulan purnama dan lakunya tiada sebagainya. Maka
Raja Syah Muhammad pun terlalu sukacita…”
Selain itu, perkahwinan antara Raja Syah Mahmud dengan Tuan Puteri
Medini Candera yang berasal daripada kayangan dan mereka juga dikurniakan
dengan dua orang anak iaitu Raja Sulaiman dan Puteri Arkiah.
18
“Maka tatkala dilihata ayah bonda raja itu tuan puteri dara yang
keinderaan itu datang maka ayah bonda raja itu pun terlalu sukacita.
Maka Sultan Munawwar Syah pun mengucap syukur akan Allah
Subhanahu wa Ta‟ala kerana melihat kedua anak baginda beroleh
puteri keinderaan. Maka sultan pun.. Maka pada suatu hari Isnain
Raja Syah Mahmud pun nikah dengan Tuan Puteri Medini Candera
itu. Maka dengan takdir Allah Subhanahu wa Ta‟ala berapa lamanya
maka tuan puteri itu pun beranak dua orang, seorang laki-laki
bernama Raja Sulaiman Syah dan seorang perempuan bernama
Puteri Arkiah..‟‟
Pengarang juga telah mengulas suasana tentang berlangsungnya
pernikahan tersebut dengan jelas dan terperinci.Segala gambaran tentang orang-
perseorangan juga pengarang telah mengambarkan dengan jelas. Sebagai
buktinya:“ Maka apakala kedengaranlah bunyi gendering
b. Penggunaan Teknik Dialog Dalam Penceritaan
Pengarang juga menggunakan teknik dialog dalam Hikayat Aceh ini iaitu dialog
diantara Syah „Alam dengan antusan. Sebagai buktinya:
“…Apa kehendak sultan Pertugal menyuruhkan kamu berdua ini
kepadaku?”Maka sembah Dong Dawis dan Dong Tumis, antusan
yang kedua itu, “Tuanku, kami dititahkan saudara tuanku mengadap
DuliHadirat Tuanku ini, bahawa dari tuanku hendak memohonkan
Kota Biram yang di tepi laut itu…”
2.6 Seni Bahasa
Bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan. Sastera tidak akan hidup tanpa bahasa.
Bahasa sastera pula akan hambar tanpa sentuhan seni yang efisien. Dalam medium
penerbitan, terdapat banyak karya sastera yang hadir dengan sentuhan bahasa yang
baik. Namun begitu, karya tersebut seakan-akan kaku tanpa suntikan seni. Seni dalam
19
sastera umpama tablet yang akan memberikan kepuasan kepada pembaca. Jika tablet
seninya terlebih dos, sasteranya akan kabur dan mungkin akan hilang terus.
Hal inilah yang akan menjauhkan sastera daripada khalayak. Sebaik-baiknya,
seni dalam sastera harus dikawal supaya tidak terlebih atau terkurang,Nimoiz T.Y
(2012). Dalam karya sastera, penulis menggunakan unsur metafora, simile, anafora
dan banyak lagi sebagai ganti ungkapan langsung.Di situlah letaknya keunikan karya
sastera.Yang paling penting, karya sastera memerlukan sentuhan kreativiti yang
tersendiri. Oleh itu, tidak hairanlah apabila karya puisi merupakan karya yang penuh
dengan bahasa berseni yang indah, sesuai dengan peniruan alam seperti definisi seni
oleh Plato.
2.6.1 Teknik Pemerengganan
Perenggan adalah unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara
satu dan lain mempunyai hubungan dari segi makna dan tatabahasa. Teknik
pemerengganan terdiri daripada teknik penyenaraian, teknik percontohan,
teknik perbandingan, teknik pentakrifan, teknik kontras masa, teknik falsafah,
teknik pengkelasan, teknik soalan-jawapan, teknik jawapan-soalan, teknik
soalan-jawapan-soalan, teknik analogi dan teknik urutan ruang.
i. Teknik Soalan Jawapan
Teknik soalan jawapan merupakan teknik pemerengganan yang
menyatakan soalan terlebih dahulu dan diikuti oleh jawapan.Contohnya:
Maka kata mereka itu, “Apa bicara kita?” Maka sahut mereka
itu, “Jika sehati tuan perdana menteri dengan kami, marilah
kami bawa atap seorang seberkas.
(Halaman: 29)
ii. Teknik Percontohan
Benda (sebahagian benda-benda) yang sifat-sifatnya (rupa, macam,
keadaan) sama dengan semua benda daripada jenisnya, benda yg dapat
20
mewakili benda lain kerana sama sifat--sifatnya.Misalnya, dalam petikan
di bawah:
.... mendudukkan perjagaan dengan segala pelbagai bunyi-
bunyian daripada genderang dan gong dan dap dan harbab dan
dandi dan kecapi dan bangsi,...
(Halaman: 45)
2.6.2 Retorik
Etimologi perkataan retorik adalah daripada perkataan rethor (Greek)- pemidato;
rhetorike (Yunani) – seni berpidato; rhetorique (Perancis); dan rhetorike (Jerman)
– rhetoric (Inggeris). Retorik Melayu klasik pula seperti peribahasa, pantun syair,
gurindam dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1326),
mendefinisikan retorik sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam
penulisan atau pertuturan. Retorik juga merupakan satu seni gaya penulisan secara
berkesan yang bertujuan untuk mempengaruhi khalayak iaitu individu yang
berada di persekitarannya. (Abu Hassan Abdul & Mohd Rashid Md Idris, 2010).
Menurut Gorys Kerf dalam Mohd Rashid Md Idris, Abd. Rahman Napiah
dan Seri Lanang Jaya Rohani (2014: 191) menyatakan istilah secara tradisional
diberikan pad acara pemakaian bahasa sebagai seni didasarkan pada pengetahuan
yang tersusun baik. Plato pula dalam bukunya Pheadrus dalam Mohd Rashid Md
Idris, Abd.Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya Rohani (2014: 191)
mendefinisikan retorik sebagai wacana yang rasional dan diletakkan sebagai seni
yang digunakan secara meluas dalam aktiviti pidato yang merupakan satu-satunya
saluran penyampaian idea, fikiran dan maklumat.Abu Hassan Abdul dan Mohd
Rashid Idris (2010: 23) dalam Ilmu Balaghah Melayu menyatakan bahawa
keutamaan diberikan kepada susunan idea dan penggunaan bahasa yang baik dan
tersusun.Hal ini kerana sekiranya ungkapan yang dilontarkan tidak mempunyai
sebarang idea maka timbullah ungkapan retorik kosong.Ringkasnya, retorik
merupakan seni penggunaan atau pemakaian bahasa yang indah dan menarik
untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar dan
pembaca.kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak
21
kepada input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran serta kemahiran
menulis yang dimilikinya. Kesemua elemen ini akan dirangkumkan dalam
perenggan-perenggan penulisan. Kesannya, pembaca akan dapat memahami dan
menghayati apa yang hendak disampaikan oleh penulis sekali gus memberikan
kesan yang mendalam kepada emosi dan tindakan pembaca.Menurut Abu Hassan
Abdul dan Mohd Rashid Md Idris (2012) menyatakan retorik terbahagi kepada
enam iaitu pemerian, penceritaan, penerangan, pendedahan, penghujahan dan
pemujukan. Walau bagaimanapun, dalam Hikayat Aceh, terdapat hanya beberapa
jenis retorik yang dikenal pasti iaitu:
i. Pemerian
Penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang
sesuatu idea.Bertujuan untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang
lengkap kepada pembaca atau pendengar.Contohnya:
„‟...Maka dengan takdir Allah Subhanahu wa Ta,la maka
datanglah kepada hari perjanjian akan nikah itu. Maka sultan
memanggil segala hulubalang yang besar-besar dan segala
ceteria dan anak segala hulubalang muda-muda dan
menghimpunkan segala gajah dan kuda...‟‟
(Halaman: 45)
Penulis telah menggunakan teknik pemerian seperti di atas tentang
apa-apa yang telah terjadi dengan memberikan fakta tentang apabila
adanya sesuatu adat istiadat di istana. Hal ini dapat diperjelas tentang adat
pernikahan yang berlaku dalam kalangan kerabat diraja.
ii. Penerangan
Penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu
langkah kepada satu langkah yang lain. Hal ini berfungsi untuk memberi
penjelasan tentang sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan tersusun,
misalnya dalam petikan di bawah :
22
Setelah musta‟idlah segala bawaan mereka itu, maka mereka itu
pun naiklah ke atas gajah ringga yang berulurkan kamarda(i)
maka tutup kepala gajah itu daripada seresari yang berjala-jala
dan beberapa ekor daripada gajah ringga yang lain.
(Halaman: 43)
2.6.3 Stilistik (Gaya Bahasa)
Menurut Hashim Awang dalam Abu Hassan dan Mohd Rashid Md Idris (2012),
gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan
perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang
baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan
tujuannya.Strategi skema merupakan penyimpangan atau perubahan dari segi
bentuk ayat atau susunan perkataan.
i. Skema Perulangan
a. Anafora
Anafora merupakan pengulangan perkataan yang sama pada permulaan
klausa. Dalam Hikayat Aceh terdapat banyak perulangan perkataan
maka pada setiap permulaan ayat. Hal ini dapat dilihat dalam ayat
dibawah:
„‟...Maka berhentilah peperangan mereka itu seperti sabda
sultan itu. Maka pada suatu malam maka dilihat segala
hulubalang Aceh akan segala hulubalang Syahr Deli itu tertidur
dan segala kawalnya pun lalailah. Maka disuruh sultan sergap
pada ketika itu. Maka beberapa terbunuh dan luka daripada
orang Syahr Deli, lalu pecah perang mereka itu dan cerai-
berailah segala ra‟yat Syahr Deli itu datang hingga serokan
Gunung Perawis. Maka Sultan „Ali pun kembali(la)h ke
Aceh...‟‟
(Halaman: 13)
23
b. Asonansi
Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal a, e. i, o dan u yang
sama dalam suku kata yang diberi.Seperti yang terdapat dalam petikan
dalam buku Hikayat Aceh terdapat banyak pengulangan huruf vokal
dalam setiap suku kata.Contohnya:
Maka adalah kapal itu pada sebuah dua puluh pucuk bedil
meriam dan lela Pertugali seratus pucuk dan cecorong dua
ratus pucuk dan beberapa daripada ispinggar dan busur Perasi
dan hukka dan sikin.
(Halaman: 106,)
c. Aliterasi
Pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua atau lebih
kata kata yang bersebelahan pula dikenali sebagai aliterasi.
Pengulangan huruf konsonan adalah seperti yang berikut:
Apabila sampailah antusan itu ke Ujung Tanah, maka
terdengar Raja Besar khabar antusan dari Aceh Dar as-Salam
datang, maka ia memeri titah kepada seorang hulubalang yang
bernama Tun Bijaya Pekerma mengalu-ngalu antuasan itu serta
dengan diberinya hormat dan dengan membawa perjamuan
daripada Raja Besar.
(Halaman: 21)
d. Paralelisme
Gaya ini mensejajarkan beberapa ayat yang berpola sama. Hal ini dapat
dilihat dalam (Halaman: 107, Baris:7) yang menyatakan berkaitan
dengan pakaian seperti yang terlihat dalam ayat dibawah:
„‟...Maka dikurniai Syah „Alam dan Sultan Mansur Syah itu
daripada kullah (songkok) dan kamar (tali lilit dipinggang) dan
24
puntu (pontoh) bernaga dan daripada pakaian baju yang
keemasan dan daripada tarkasy mas dan busur yang berkelah
mas dan beberapa daripada payung pakaian dan beberapa
daripada unggul-unggul dan beberapa daripada mitar yang
memakai pakaian Rumi dan beberapa daripada ra‟yat pedang
perisai dan beberapa daripada ra‟yat yang menjabat busur dan
pendahan...‟‟
e. Epistrop
Pengulangan perkataan yang sama pada akhir klausa yang berturutan
dikenali sebagai epistrop. Pengulangan pada klausa akhir dapat dikenal
pasti berada dalam penulisan Hikayat Aceh seperti kata itu. Contohnya:
Syahdan pada ketika itu juga dititahkan Syah „Alam mengikut
raja Johor itu. Maka pergilah segala hulubalang dengan ra‟yat
mengikut raja Johor itu. Hingga tiga hari tiga malam
perjalanan maka bertemu dengan raja Johor itu, dilanggar
orang Aceh maka cerai-berai.
(Halaman: 108-109,)
f. Polisindeton
Polisindeton merupakan pengulangan kata hubung. Dalam Hikayat
Aceh terdapat banyak pengulangan kata hubung yang sama iaitu dan
seperti petikan di bawah.Misalnya,
Pancagah megerak gajah menta dengan berdiri tatkala gajah
itu lari pantas, dan memacu kuda seraya tinggung dan
menyentakkan kaki ke lambung kuda kanan dan ke lambung
kuda kiri dan belayamkan pedang ke kanan dan ke kiri dan
mengikat destar tatkala kuda legat berlari.
(Halaman:88)
25
3.0 KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Hikayat Aceh merupakan salah
satu karya agung Melayu. Hikayat Aceh adalah hikayat yang mengisahkan penguasaan Aceh
di bawah Iskandar Muda dan dipercayai mula dikarang selepas penabalan Iskandar Muda iaitu
1607 dan sebelum akhir abad ke-17. Isi dan mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang
melalui Hikayat Aceh ialah bagi memperlihatkan kebesaran raja,amalan-amalan yang
diamalkan,sikap rakyat terhadap sultan dan memperlihatkankepakaran dan kemahiran rakyat.
Nilai budaya yang cuba digambarkan oleh pengarang pula dalam hikayat ini ialah adat
perkahwinan raja, adat menyambut tetamu dan gajah sebagai binatang peliharaan.Pandangan
hidup yang cuba digambarkan oleh pengarang dalam hikayat ini ialah masyarakat yang
mengagungkan dan mempercayai kebesaran Tuhan, sumber alam mempunyai kepentingan
kepada manusia dan pemerintah mempunyai kuasa yang hebat.
Nilai ilmu yang terdapat dalam Hikayat Aceh pula ialah ilmu peperangan, ilmu
pertukangan dan ilmu firasat. Ilmu peperangan yang wujud pada zaman itu menunjukkan
kewibawaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda pada ketika itu.Ilmu pertukangan emas dan
besi pula merujuk kepada ilmu yang dikuasai oleh masyarakat atau penduduk Aceh pada
zaman itu.Kepakaran mereka membuat senjata dan alat-alat lain menggunakan emas dan besi
tidak dapat disangkal lagi.Ilmu firasat pula turut diceritakan dalam hikayat ini.Jadi, pembaca
dapat mengetahui bagaimana mimpi dikaitkan dengan peristiwa yang bakal berlaku. Melalui
teknik kepengarangan pula menggambarkan bahawa pengarang dapat dilihat sebagai seorang
yang intelek kerana kebijaksanaannya menyampaikan cerita.Sebagai contoh, pengarang dapat
mengulas salasilah keluarga diraja berdasarkan mitos asal usul raja-raja Aceh.
Selain itu, pengarang juga dilihat sebagai seorang yang berupaya melukis sesebuah
watak dengan hidup iaitu pengarang mahir dalam mengulas suasana berlangsungan
pernikahan antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Raja Indera Bangsa. Pengarang telah
berjaya mengambarkan dengan terperinci tentang cara pemakaian baginda berdua. Seterusnya,
pengarang mengutarakan tentang kebesaraan Tuhan.Pengarang juga seorang yang kreatif dan
berseni. Hal ini demikian kerana pengarang berupaya untuk menampilkan segala kisah atau
gambaran sesuatu peristiwa dengan nyata dan jelas sehingga dapat memberikan gambaran
suasana pada masa itu kepada masyarakat pada masa ini.
26
RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rashid Md Idris, Abd. Rahman Napiah & Seri Lanang Jaya Rohani (2014). Karya
Agung Melayu. Tanjung Malim : Emeritus Publications.
Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Rashid Md Idris & Abu Hassan Abdul (2010). Falsafah Pendidikan Bahasa. Tanjong
Malim : Emeritus Publications.
Teuku Iskandar ; Hassan Ahmad (2001). Hikayat Aceh. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan

More Related Content

What's hot

Warisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan MelayuWarisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan Melayuisharsmiaa
 
Kegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi SarawakKegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi SarawakNur Syafika
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUKeningau Vocational College
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
Adat kematian kaum kadazan
Adat kematian kaum kadazanAdat kematian kaum kadazan
Adat kematian kaum kadazanMArlisa 은혁
 
05 道德价值
05 道德价值05 道德价值
05 道德价值JoJo Wong
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulshare with me
 
Sistem pentadbiran melaka
Sistem pentadbiran melakaSistem pentadbiran melaka
Sistem pentadbiran melakaImtiyazZahra
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuDhea Ct
 
Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Rathnaa Wayy
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)Nursyuhadah Rahwi
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...FaFai S.
 
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di MelakaFaktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di MelakaTylerDurden48
 

What's hot (20)

Warisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan MelayuWarisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan Melayu
 
Kegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi SarawakKegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi Sarawak
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
 
Ekonomi dagangan
Ekonomi daganganEkonomi dagangan
Ekonomi dagangan
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
03 tamadun melayu
03 tamadun melayu03 tamadun melayu
03 tamadun melayu
 
Adat kematian kaum kadazan
Adat kematian kaum kadazanAdat kematian kaum kadazan
Adat kematian kaum kadazan
 
05 道德价值
05 道德价值05 道德价值
05 道德价值
 
ZAMAN PRASEJARAH
ZAMAN PRASEJARAH ZAMAN PRASEJARAH
ZAMAN PRASEJARAH
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakul
 
Sistem pentadbiran melaka
Sistem pentadbiran melakaSistem pentadbiran melaka
Sistem pentadbiran melaka
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 
Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
 
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di MelakaFaktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
 
Tamadun China
Tamadun ChinaTamadun China
Tamadun China
 
Batuan
Batuan Batuan
Batuan
 

Viewers also liked

Buya hamka tasauf modern
Buya hamka   tasauf modernBuya hamka   tasauf modern
Buya hamka tasauf modernMoh Asyhal
 
Tarekat naqsabandiyah
Tarekat naqsabandiyahTarekat naqsabandiyah
Tarekat naqsabandiyahhendra yana
 
Hikayat Bayan Budiman
Hikayat Bayan BudimanHikayat Bayan Budiman
Hikayat Bayan Budimanai ummu
 

Viewers also liked (6)

Buya hamka tasauf modern
Buya hamka   tasauf modernBuya hamka   tasauf modern
Buya hamka tasauf modern
 
Tarekat naqsabandiyah
Tarekat naqsabandiyahTarekat naqsabandiyah
Tarekat naqsabandiyah
 
Hikayat Bayan Budiman
Hikayat Bayan BudimanHikayat Bayan Budiman
Hikayat Bayan Budiman
 
Hikayat Patani
Hikayat PataniHikayat Patani
Hikayat Patani
 
Hikayat Raja Pasai
Hikayat Raja PasaiHikayat Raja Pasai
Hikayat Raja Pasai
 
Materi tradisi islam
Materi tradisi islamMateri tradisi islam
Materi tradisi islam
 

Similar to HIKAYAT ACHEH

Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehAmie Gy
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)zaidatol zulkiflly
 
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIALKESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIALWahyuHatta1
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsamira dyla
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5M-ma NurNa
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayumurni mohamat
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayumurni mohamat
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungfiro HAR
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6Mira Sandrana
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji geehamid
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarangSky Red
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarangSky Red
 
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinMelaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinlauchen32
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3Mira Sandrana
 
Ulasan Sejarah Melaysia.pptx
Ulasan Sejarah Melaysia.pptxUlasan Sejarah Melaysia.pptx
Ulasan Sejarah Melaysia.pptxLeeKwenYau
 
Keindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islamKeindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islamfurnival linggang
 
bahasa indonesia - hikayat
 bahasa indonesia - hikayat bahasa indonesia - hikayat
bahasa indonesia - hikayatSalVani SalVani
 
burung terbang dipipiskan lada
burung terbang dipipiskan lada burung terbang dipipiskan lada
burung terbang dipipiskan lada sitinoranisah1
 

Similar to HIKAYAT ACHEH (20)

Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
 
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIALKESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa
 
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agung
 
Hikayat
HikayatHikayat
Hikayat
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
 
Kump 3 h.abdullah
Kump 3 h.abdullahKump 3 h.abdullah
Kump 3 h.abdullah
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarang
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarang
 
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinMelaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
 
Ulasan Sejarah Melaysia.pptx
Ulasan Sejarah Melaysia.pptxUlasan Sejarah Melaysia.pptx
Ulasan Sejarah Melaysia.pptx
 
Keindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islamKeindahan akhlak dalam islam
Keindahan akhlak dalam islam
 
bahasa indonesia - hikayat
 bahasa indonesia - hikayat bahasa indonesia - hikayat
bahasa indonesia - hikayat
 
burung terbang dipipiskan lada
burung terbang dipipiskan lada burung terbang dipipiskan lada
burung terbang dipipiskan lada
 

Recently uploaded

LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 

Recently uploaded (20)

LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 

HIKAYAT ACHEH

  • 1. BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU TAJUK: HIKAYAT ACHEH NAMA PENUH NO. MATRIK MOHAMMAD FAIZOL BIN MOHAMED KHAN D20121057975 MUHAMMAD ILYAS BIN TALIB D20121057995 AMIE BINTI GABRA D20121057964 WI GEOK MEI D20121057965 WONG NYET YUNG D20121057980 AT05: PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEMESTER 2 SESI 2015/2016 KUMPULAN A PENSYARAH DR. SERI LANANG JAYA BIN HJ ROHANI
  • 2. ISI KANDUNGAN Halaman 1.0 Pengenalan 1 2.0 Aspek-aspek yang terdapat dalam Hikayat Acheh 2.1 Pemikiran 2 2.2 Nilai Budaya 4 2.3 Pandangan Hidup 6 2.4 Nilai Ilmu 9 2.5 Teknik Kepengarangan 16 2.6 Seni Bahasa 18 3.0 Kesimpulan 25 RUJUKAN 26
  • 3. 1 1.0 Pengenalan Hikayat Aceh merupakan salah satu daripada kesusasteraan Melayu yang ditulis pada masa dahulu. Pengarangnya tidak diketahui dan ia adalah antara karya yang masih terselamat sehingga hari ini. Hikayat Aceh mengisahkan mengenai penguasaan Aceh di bawah Iskandar Muda dan dipercayai mula dikarang selepas penabalan Iskandar Muda iaitu 1607 dan sebelum akhir abad ke-17, apabila karya ini diketahui oleh mubalih Belanda, Leidekker. Sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Van derLinden dalam TeukuIskandar (2001), dapat kita terima bahawa karya ini dikarang pada zaman kerajaan Sultan Iskandar Muda. Oleh itu, dalam membincangkan tentang HikayatAcheh, unsur-unsur seperti pemikiran, nilai ilmu, nilai budaya, pandangan hidup, seni bahasa, dan teknik kepengarangannya akan diketengahkan dalam penulisan ini. Hikayat Acheh itu mula-mulanya meriwayatkan kisah mulai daripada zaman pemerintahan Sultan Ibrahimdi-Acheh Utara. Dalam tahun.1525 Masihi baginda telah memberontak melawan Maharaja yang berkerajaan di negeri Pasai, akhirnya Sultan Ibrahim dapat mengalahkan Kerajaan Pasai. Maka semenjak masa itulah pusat pemerintahan di Pasai itu telah berpindah ke Acheh dan kekuasaannya semakin berkembang.Kekuasaan Acheh telah sampai ke-puncak kebesarannya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun l606-1636 Masihi, sebilangan besar negeri-negeri dalam Pulau Perca ituter-takluk ke bawah perintahnya, demikian juga negeri-negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah negeri Johor. Kemudian di sebutkan pula sesudah Melaka atuh ke tangan Feringgi,berulang-ulang kali negeri itu telah diserang oleh angkatan perang Acheh dan ada kalanya berbulan-bulan pula negeri Melaka itu dikepong. Seterusnya diriwayatkan bahawa Sultan Iskandar pernah mencadangkan kepada Sultan Agung Mataram yang menguasai seluruh Jawa dan Madura, dan pada masa itu sedang menentang kekuasaan Belanda di Jakarta supaya bersetuju bekerjasama melawan kekuasaan asing itu, tetapi cadangan Sultan Acheh itu telah di tolak oleh Sultan Agung Mataram. Sultan Iskandar Mahkota Alam tiada mempunyai putera melainkan puteri-puteri belaka, seorang di antara menantu baginda itu telah menggantikan baginda di atas takhta Kerajaan Acheh dengan gelaraSultan Iskandar Thani. Sesudah pemerintahan baginda itu,Acheh telah di perintah bergilir-gilir oleh empat orang raja perempuan. Pada zaman itulah pula Kerajaan Acheh beransur-ansur lemah hingga beberapa buah negeri yang takluk kepadanya melepaskan diri masing-masing.
  • 4. 2 2.0 Aspek-Aspek Yang Terdapat Dalam Hikayat Acheh Terdapat beberapa isi dan mesej ataupun pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam hikayat ini. Setiap aspek akan dibincangkan satu persatu secara teliti oleh pengkaji seperti berikut: 2.1 Pemikiran Pemikiran merupakan subjek yang dibawakan pengarang dan pemikiran itu sendiri bermula daripada idea, pengalaman, imaginasi, dan juga kreativiti. Hal ini dijelmakan untuk dijadikan persoalan dan tema dalam sesebuah karya. Seterusnya aspek-aspek tersebut akan dikembangkan untuk menyampaikan mesej dan tujuan yang membentuk pemikiran dan idealisme pengarang. Dalam Hikayat Acheh, terdapat beberapa pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam hikayat ini. Antaranya ialah: i. Memperlihatkan Kebesaran Raja. Perkara ini dapat kita lihat dalam naskhah Hikayat ini yang menceritakan tentang kebesaran raja. Contohnya: “...Maka berapa lamanya sampailah kepada sembilan bulan hamilnya itu maka dimasukkan Allah Ta‟ala ke dalam hati puteri itu, suatu bicara: „ Jikalau beranak aku dalam negeri ini apa baik, kerana anakku daripada anak cucu raja yang maha besar... gemerlap. Maka hairan Raja Shah Muhammad Melihat dia. Maka disuruhnya kerat buluh itu dan disuruhnya belah. Maka dengan takdir Allah Subhanahu wa Ta‟ala maka keluarlah dari dalam buluh itu seorang perempuan daripada ankbaludari, terlalu elok rupanya”.
  • 5. 3 ii. Memperlihatkan Amalan-amalan yang Diamalkan. Dalam hikayat ini terdapat beberapa amalan-amalan yang diamalkan pada zaman tersebut. Amalan-amalan yang diamalkan ini menunjukkan bahawa pada zaman tersebut amalan-amalan dijalankan adalah untuk tujuan tertentu. Contohnya: “...Maka datang pada malam jum‟at anak baludari itu pun mandi kolam seperti „adatnya yang dahulu itu jua. Maka dihantarkan mereka itu baju kacukinya seorang suatu tempat. Maka turunlah mereka itu lagi dengan senda gurau mereka itu tatkala mandi dalam kolam”. “Maka Raja „Inayat Syah pun menengarkan kata yang lemah lembut kabul berbesan dengan Raja Muzaffar Syah. Setelah beberapa kali datang antusan Raja Muzaffar Syah membawa hadiah daripada mata benda yang mulia-mulia akan Raja „Inayat Syah itu, tatkala didengar Raja Muzaffar Syah kabullah Raja „Inayat Syah menerima hadiah daripadanya itu,...” iii. Memperlihatkan Keberanian Rakyat Ingkar Terhadap Sultan. Di dalam hikayat ini juga pengarang cuba menunjukkan sikap rakyat yang berani menentang Sultan sekiranya perbuatan Sultan itu dianggap salah pada pandangan mereka. sebagai contoh : “Maka seorang pun daripada hulubalang dan ra‟yatSyahrDeli tiadalah mahu datang. Maka akan kata segala mereka itu sekalian: “maka tatkala tuan kita Sultan Ma‟arif Syah mendatangi negeri Acheh Dar as-Salam itu tiada mahu Sultan Ahmad itu bersungguh- sungguhnmengalahkan negeri Acheh Dar as-Salam. Akan sekarang lawanlah oleh Sultan akan Sultan „Ali itu.” Maka segala hulubalang dan ra‟yat masing-masing berlepas dirinya...” iv. Memperlihatkan Kepakaran dan Kemahiran Rakyat. Di dalam hikayat ini ada menceritakan tentang bagaimana rakyat pada zaman itu mencipta senjata untuk bermain perang. Secara tidak langsung, hal ini
  • 6. 4 menunjukkan bahawa rakyat zaman dahulu merupakan seorang yang kreatif dan berdikari. Hal ini kerana, mereka mencipta sendiri segala peralatan yang ingin digunakan untuk tujuan tertentu. Contohnya: “Pada malam ini tuan kami Pancagah hendak bermain berperang- perangan dengan segala anak hulubalang dan dengan segala kundangan dan segala kanak-kanak”.... Dan disuruh Pancagahperbuat akan senjata itu pohon nyiru dan pelepah pinang dan pelepah pisang, terlalu banyak dihimpunkan orang. Maka ujung senjata itu dibubuhi kapas berbalut dengan perca putih. Maka dibubuh kunyit dengan kapur. Maka merahlah lakunya.” 2.2 Nilai budaya Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan dan karya seni.Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh.Budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas.Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif.Oleh itu, nilai-nilai budaya merupakan nilai-nilai yang disepakati dan tertanam dalam suatu masyarakat, lingkup organisasi, lingkungan masyarakat, yang menjadi kebiasaan, kepercayaan, simbol-simbol dan karakter tertentu yang membezakan sesuatu. Nilai budaya berkait rapat dengan cara hidup sekaligus menjadi falsafah atau pandangan sesuatu masyarakat.Dalam Hikayat Aceh, terdapat beberapa nilai budaya yang wujud dalam ruang lingkup masyarakat ketika itu. Antaranya ialah: i. Adat perkahwinan raja Semasa perkahwinan kerabat istana raja akan dipakaikan pakaian yang indah- indah, dikenakan destar, badan digosok dengan bau-bauan, diarak di atas gajah, bunyi-bunyian dimainkan dan keraian diadakan. Hal ini dapat dilihat menerusi petikan di bawah :
  • 7. 5 “setelah sudah Sultan Mansur Syah memakai maka gajah akan kenaikan sultan akan berarak itupun diperhias oranglah dengan pelbagai perhiasan. Maka gajah itu digunamkan oranglah kepada ketumpakan.Maka Sultan Mansur Syah pun dinaikkan oranglah ke atas gajah ringga kelambu perak.Bahawa ada mengepalakan gajah itu Maharaja ad-Diraja anak Maharaja Lela Putih.Maka ada di punggung gajah yang memangku kampil itu Merah Saraf-Khan. Maka sultan pun beraraklah lingkar suri dengan pelbagai bunyi serta dengan orang mengucap selawat…” (Halaman : 110) ii. Adat menyambut tetamu. Menurut budaya masyarakat yang terdapat dalam Hikayat Aceh, tetamu disambut dengan begitu meriah sekali.Tetamu dihormati dan dilayan seperti pasangan pengantin. Hal ini diperlihatkan melalui, “..mereka itu bernama Raja Permaisuri dan seorang bernama Seri Dewi dan seorang bernama Seri Pebawa dan seorang bernama Seri Nana. Maka keempat mereka itu memakai seperti adat pakaian orang tua-tua.Maka keempat mereka itu bergajah ringga. Maka orang yang membawa sirih yang dalam kampil mas dan kampil suasa itu seekor gajah. Maka ada kampil itu di atas gajah diperhias dengan berulur permaidani.Maka di kepala gajah bertutup tafta bersuji berjala- jala.Maka yang memangku puan pengiring kampil itu pun naik ke atas gajah.Maka mereka itu pun berjalanlah.Maka beberapa daripada orang bergelang dan bersubang mengiringkan gajah itu. Maka tatkala sampailah telangkai itu kepada Syah Alam maka disuruh Syah Alam permulia akan telangkai itu. Maka didudukkan atas permaidani…” (Halaman : 82)
  • 8. 6 iii. Gajah sebagai binatang peliharaan Dalam Hikayat Aceh, masyarakatnya dilihat membela gajah sebagai binatang peliharaan. Gajah sangat disayangi oleh Pancagah dan dijadikan sebagai teman bermain ketika kecil.Gajah kesayangan Pancagah adalah yang jantan Raksyasya dan yang betina Dang Ambar Kesturi.Gajah-gajah itu dipakaikan alatan yang mahal-mahal.Usaha Syah Alam menyuruh orang membuat patung gajah daripada emas yang menyerupai Raksyasya tidakberjaya untuk ketiga kalinya.Gembala Dang Amabar Kesturi ialah Si Bulbul.Gajah ini sangat mengasihinya, sehingga membelanya jika di diserang.Dan jika gajah ini mendapat makanan dibahaginya dengan Si Bulbul.Kasih sayang antara manusia dan haiwan juga wujud dalam ikatan ini.Misalnya dalam petikan berikut: “… Dan beberapa daripada gajah yang kecil-kecil yang baik-baik paras akan permainan baginda itu; ada yang sejengkal gadingnya, ada yang sehasta gadingnya, ada yang setampak gadingnya, ada yang setunjuk gadingnya. Pertama-tama gajah itu Raksyasya dan Rawana dan Bitam Mutia dan Gangsar dan Mutia Sejemput dan Lela Genta dan Ceracap Cina…” (Halaman : 136) 2.3 Pandangan Hidup 2.3.1 Definisi dan teori falsafah hidup Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010 : 406), falsafah didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani philisophia, iaitu philo ertinya cinta dan Sophia ertinya hikmat (Mohd Rashid Md Idris, 2012:1).Cinta kepada ilmu dan kebenaran adalah falsafah.Hal ini bermaksud falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggidan bertujuan mendapatkan kebenaran.Tegasnya berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran tentang
  • 9. 7 segala sesuatu yang dimasalahkan dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat (Mohd Rashid Md Idris et.al, 2013: 149). Falsfah menuntun seseorang mencari kebenaran dalam setiap masalah.Ertinya falsafah secara mudah dapat diinterprestasikan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam.Mana Sikana (1996), membahagikan bidang falsafah kepada enam jenis iaitu ilmu teologi, ilmu etika, ilmu estetika, ilmu mantik, ilmu metafizika dan ilmu kosmologi. Ilmuteologi berkisar tentang Tuhan dan hubungannya dengan manusia, sama ada berdasarkan kebenaran wahyu ataupun penyelidikan akal murni. Ilmu etika pula berkaitan dengan tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut baik dan buruknya, sejauh yang dapat ditentukan akal.Ilmu estetika membahaskan tentang keindahan dan kesenian. Ruang lingkup estetika merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan sedih dan lucu, yang bergaya dan yang mulia, bahkan yang buruk atau busuk pun dapat dikaitkan dengan keindahan yang relative. Manakala, ilmu mantik adalah ilmu berkata benar atau berfikir benar.Al- Farabi menyatakan ilmu yang mantik adalah ilmu yang memberi tenaga fikiran dan kemampuan membezakan sesuatu yang merupakan alat falsafah.Ilmu metafizika merupakan ilmu agama seperti kepercayaan tentang kewujudan Tuhan.Ilmu kosmologi pula mengkaji tentang hal-hal yang berhubung dengan alam. 2.3.2 Pandangan hidup dalam Hikayat Aceh i. Mengagungkan dan mempercayai kebesaran Tuhan. Hikayat Aceh memperlihatkan betapa Sultan Rum mempercayai tentang keesaan serta mengagungkan kebesaran Allah.Baginda percaya Allah mempunyai kuasa atas segalanya dan Allah mengutuskan nabi kepada umat manusia untuk kesejahteraan serta menegakkan agama- Nya. Hal ini dapat dilihat menerusi kata-kata baginda, “Maka pada zaman kita sekarang ini pun ada jua dijadikan Allah Ta‟ala dua orang raja yang amat besar dalam alam dunia
  • 10. 8 ini.Maka yang dari pihak maghrib kitalah raja yang besar dan dari pihak masyrik itu Seri Sultan Perkasa Alam raja yang besar dan raja yang mengeraskan agama Allah dan agama Rasul Allah. ”(Halaman : 237) ii. Sumber alam mempunyai kepentingan kepada manusia Dalam Hikayat ini, diperlihatkan mengenai kegunaan atau kepentingan alam kepada manusia.Sumber alam yang berada di sekeliling misalnya tanah, pokok, galian minyak dan sebagainya memberikan faedah kepada manusia. Hal ini dapat dilihat menerusi, “ …galian mas yang merah yang sepuluh mutu dan tanah cempaga kudrati yang netiasa mengalir di atas bukit galian itu dan beberapa daripada kolam minyak tanah kudrat yang tiada lagi berkurang minyaknya…” (Halaman : 231) iii. Pemerintah mempunyai kuasa yang hebat Hikayat Aceh juga menceritakan tentang keperkasaan dan kekuatan pemerintah. Hal-hal yang tidak mampu diselesaikan oleh rakyat, jika pemerintah masuk campur, pastinya hal tersebut akan segera selesai. Ini menunjukkan masyarakat memandang pemerintah sebagai seorang yang mempunyai kuasa yang hebat atau luar biasa. Hal ini ditunjukkan melalui peristiwa Perkasa Alam mendengar terdapat seekor kerbau yang buas di Lam Anal sehinggakan menyebabkan beberapa orang mati ketika cuba membunuhnya. Lalu, Perkasa Alam mencari kerbau tersebut dan berjaya membunuhnya. ...“Maka tatkala sampailah umur Abangta Raja Munawwar Syah yang bertimang-timangan Perkasa Alam itu dua belas
  • 11. 9 tahun, maka pada suatu hari dikhabarkan orang pada Perkasa Alam. “Tuanku, ada seekor kerbau di Lam Anal terlalu sekali buas dan nakal dan amat berani. Jikalau ia melihat manusia tiada ia mau lari. Beberapa orang mati dan luka dan patah diterkuknya…” (Halaman : 186) 2.4 Nilai Ilmu Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Menurut Mohd Rashid Idris, et al. (2014),nilai juga diistilahkan sebagai „al-qimah‟ dalam dalam bahasa Arab yang lebih merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Nilai juga bersifat aksiologi dan mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai.Nilai membezakan antara yang baik atau buruk dan betul atau salah.Takrifan ilmu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) pula bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Menurut Mohd Rashid Idris, Abd. Rahman Napiah & Seri Lanang Jaya Rohani (2014),antara fungsi sesuatu ilmu itu disebarkan ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, mengembangkan lagi perkara yang mengandung pelbagai kemusykilan dan lain-lain. Menurutnya lagi, antara contoh ilmu yang terdapat dalam karya agung ialah ilmu perdukunan, ilmu firasat, ilmu jampi, ilmu pengasih dan lain-lain.Nilai ilmu yang terdapat dalam hikayat Aceh pula termasuklah ilmu firasat, ilmu peperangan dan lain-lain.Nilai ilmu dalam hikayat Aceh boleh dilihat melalui tiga aspek iaitu melalui sudut pemerintahan, penduduk dan lain-lain. Berdasarkan hikayat Aceh, kita dapat mengetahui akan kepakaran masyarakat dahulu dalam menangani masalah harian dan cara sosioekonomi mereka bagi menjamin kelangsungan hidup dan tujuan- tujuan lain.
  • 12. 10 2.4.1 Nilai Ilmu dalam Hikayat Aceh i. Ilmu Peperangan (Aspek Pemerintahan) Berdasarkan hikayat ini, nilai ilmu dapat dilihat dalam aspek pemerintahan. Pemerintahan yang berada dalam pemerintahan Sultan Iskandar Muda pada tahun 1608 hingga 1637 misalnya menunjukkan berlakunya perluasan kuasa oleh kerajaan Acheh di Ibu Kota misalnya Ibu Kota Kutaraja, Melaka, Johor, Belanda dan Banten..Menurut Denys Lombard (1986), di bawah pemerintahan Iskandar , Aceh tidak lagi meminta bantuan daripada negara asing. Orang Aceh juga tidak lagi menyerahkan kepada orang asing tugas polisi di Samudera atas nama mereka. Angkatan perang Aceh. Aceh kerajaan yang paling kuat dari tetangganya di laut”, kata Beaulieu..Melalui hikayat Aceh diceritakan tentang ilmu peperangan. Denys Lombard (1986) menghuraikan tentang 6 perkara berkaitan angkatan bersenjata kerajaan Aceh. Antaranya ialah berkaitan Armada, gajah, kuda, angkatan darat, pasukan meriam dan teknik pengepungan kota. a. Armada Di ketiga pelabuhan perang utama di Aceh, Daya dan Pidir berlindung kira-kira seratus galias besar yang semuanya siap berlayar, dan Beaulieu dengan tegas mengaku rasa kagumnya:“Sepertiganya besar tanpa tanding dibandingkan dengan galias yang manapun yang pernah dibangun di dunia Kristen”Ada salah satu dari kapal terbesar armada Aceh yang mencapai kemasyhuran yang istimewa sekali.Kapal itulah yang dikirim melawan Melaka pada bulan Julai 1629. Petikan di bawah ini menjelaskan tentang armada tersebut : “ Dalam kepanjangannya( kira-kira 36 m.) dan terbuat utuh ; mereka pandai sekali membuat galias dan kapal itu bagus- bagus tetapi terlalu berat karena terlalu panjang dan terlalu tinggi : selain itu kayu-kayu lintangnya terlalu kecil dan
  • 13. 11 lemah dibandingkan dengan gading-gadingnya. Lagi pun dayung-dayungnya tidak panjang dan tidak berat, hanya berupa galah yang dihujungnya ada sepotong papan dan tidak berat….” Berdasarkan petikan ini kita dapat mengetahui tentang ciri fizikal kapal atau armada pada zaman tersebut. Selain itu, juga diterangkan berkenaan kelengkapan perang yang terdapat di dalam armada seperti petikan berikut. Setiap galias diperlengkapi tiga meriam yang ampuh dengan 40 pon peluru, tidak termasuk lela-lel yang mereka pasang di bahu atau di pinggang”.Setiap kapal mempunyai awak sekurang-kurangnya 600 orang; awak pada kapal- kapal yang paling besar sampai 800 orang. b. Gajah Menurut Denys Lombard (1986) , di daratan kekuatan Aceh yang utama ialah gajahnya. Binatang itu keadaan liar di pedalaman senang ditangkap dan dibawa ke kota. Pada zaman itu, sumber ini sangat berharga dan orang Aceh pandai memanfaatkannya dengan baik.Dalam Hikayat Aceh gajah turut terlibat dengan perang.Berdasarkan petikan di bawah kita dapat melihat bahawa gajah merupakan salah satu angkatan perang kerajaan Aceh: Syah „Alam menitahkan Haria Bija ad-Diraja membawa gajah perang lima puluh ekor dengan beluhannya dari darat.Maka Haria Bija ad-Diraja itu pun berjalanlah membawa gajah ke Ghori.” (Hikayat Aceh :105) c. Kuda Denys Lombard (1986) juga menjelaskan bahawa ,bagi orang Aceh dan terutamanya bagi Sultan Iskandar Muda menjadi penunggang kuda yang baik merupakan soal kehormatan. Menurutnya lagi,
  • 14. 12 waktu Beaulieu singgah di Aceh, jumlah kuda yang dihitungnya ada 200 ekor yang 50 di antaranya di Perancis pasti berharga lebih dari 500 ecu, sisanya tak banyak artinya. Kuda itu hampir semuanya digunakan untuk melengkapi keperluan sebagai tunggangan anggota tentera. d. Angkatan darat Menurut Denys Lombard (1986) “tercatatlah kata Beaulieu bahawa dari Aceh dan tanah-tanah sekitarnya di dalam lembah dapat dikerahkan 40,000 lelaki”. Apabila raja hendak melancarkan perang, ia tidak mengeluarkan biaya sama sekali. Hal ini demikian kerana semua hambanya tanpa kecuali wajib berbaris secepat mungkin apabila diperintahkan atas biaya sendiri dengan membawa makanan untuk 3 bulan”. Beliau amat tercengang dengan cara wajib ketenteraan yang tak dikenali di Eropah pada zaman itu. Menurutnya lagi Sultan dengan hati-hati menyimpan senjata dan peluru senjata api bagi mengelak terjadi pemberontakan.Melalui kenyataan tersebut kita dapat mengetahui cara pemerintahan Sultan ke atas rakyatnya tentang kerahan ketenteraan. e. Pasukan meriam Pasukan Meriam juga merupakan salah satu kekuatan angkatan perang Aceh. Petikan tersebut menjelaskan bahawa meriam merupakan salah satu senjata perang yang ada pada zaman tersebut: “Maka beberapa daripada bedil meriam dan lela dan cecorong dan ispinggar. Maka ada kelengkapan ghurab istana yang bernama Mir‟at as-Safa itu ada dalamnya bedil meriam sepuluh pucuk dan lela Pertugali lima puluh pucuk dan cecorong seratus dua puluh pucuk dan bedil ispinggar dan beberapa busur tiadalah kami sebutkan bilangannya” (Hikayat Aceh :106)MenurutDenys Lombard (1986), meriam
  • 15. 13 merupakan salah sebuah “pemberian” yang paling disukai oleh Sultan. f. Teknik pengepungan kota Denys Lombard (1986) menjelaskan bahawa orang Aceh terkenal mahir sekali dalam merongrong dan masuk parit.Mereka dengan asyik dan rajin menggali tanah.Menurutnya lagi, orang Belanda menjadi penasihat Aceh…; mereka memberi nasihat dalam hal membuat parit dan pertahanan menurut contoh di Negeri Belanda dan di Perancis. ii. Ilmu Pertukangan Emas dan Besi (Penduduk) Menurut Pisol Maidin (2003), tukang adalah gelaran umum kepada ahli teknologi Melayu. Dalam teknologi perkapalan, terdapat gelaran yang khusus untuk membezakan pengkhususan yang dipunyai mereka yang terlibat membuat kapal, termasuk gelaran tukang timbal.Gelaran ini juga terdapat dalam pertukangan besi. Mereka yang pandai bertukang besi dikenali dengan nama pandai besi. Di kepulauan Sulu, tukang perahu dipanggil panday. Walaupun istilah tukang timbal tidak terdapat dalam kamus Melayu, tetapi ia diketahui orang ramai di Terengganu sebagai tukang yang membina perahu bersaiz besar.Dalam Hikayat Aceh pula ada diceritakan tentang pengrajin logam dan pandai emas. Hal ini dapat dilihat melalui petikan berikut: “Sesudah nelayan, pengrajin; dan pertama-tama pengrajin logam. Ada pandai besi, baik yang berat maupun yang berupa pisau, keris, mata lembing dan senjata lainnya ….” Berdasarkan petikan di atas menunjukkan bahawa masyarakat Aceh pandai dalam ilmu pertukangan dan pelbagai ciptaan telah berjaya dihasilkan seperti pisau, mata lembing, meriam dan lain-lain.Begitu juga
  • 16. 14 dengan ilmu pertukangan emas. Kepakaran masyarakat Aceh dalam ilmu pertukangan emas digambarkan dalam petikan seperti berikut: “…dijadikan kalung dan rantai jamrud yang besar-besar,..baju sesuai dengan gayanya penuh sulaman permata, dan juga berbagai hasil kepandaian besi seperti bejana emas yang besar- besar… banyak-banyak pedang,golok dan pisau belati….” (Denys Lombard, 1986) Masyarakat Aceh digambarkan sebagai masyarakat yang pandai dalam ilmu pertukangan emas dan besi. iii. Ilmu firasat (Lain-lain) Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka( badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Melalui ilmu firasat juga seseorang itu dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan orang lain. Hikayat Aceh juga terkandung kisah mengenai ilmu firasat. Berdasarkan Hadis Riwayat At Tarmizi pula ilmu firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah:“Takutlah olehmu firasat orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.”Dalam dunia Melayu, pelbagai ilmu firasat yang cuba diketengahkan oleh masyarakat dahulu. Contohnya, jika burung hantu berbunyi, itu tandanya ada kematian pada waktu yang terdekat. Masyarakat Melayu menjadikan perkara-perkara sebegini sebagai satu sandaran ataupun petanda dalam hidup mereka. Tambahan pula, kebanyakan petanda-petanda ini sering menjadi kenyataan. Keadaan inilah yang menjadikan kepercayaan mereka terhadap ilmu firasat ini menjadi semakin kuat walaupun adakalanya itu hanyalah satu kebetulan.Menurut Teuku Iskandar(2001), dalam Hikayat Aceh, guru Sultan Mansur Syah melihat pada muridnya cahaya dari muka hingga sampai ke dada. Hal ini berkaitan cahaya dan
  • 17. 15 mimpi sebagai petanda akan lahir raja yang besar. Hal ini dapat dilihat melalui petikan dalam Hikayat Aceh seperti di bawah : “Diceritakan ketika Mansur Syah berumur sepuluh tahun dia pernah mengaji kepada Fakih Khoja Manassih.Fakih ini pada suatu ketika melihat cahaya pada mukanya sehingga ke dada. Fakih berfikir dalam hatinya bahawa putera ini akan mendapat kebahagiaan. „‟...Pada ketika lain Mansur Syah bermimpi membuang air seni di atas kota biram yang bernama Buruj. Seluruh negeri dibanjiri dan menjadi laut.Gurunya memberitahu erti mimpinya, bahawa dia akan mendapat anak yang akan menjadi raja yang besar.” (Hikayat Aceh : hlm.113) Berdasarkan petikan ini, kita dapat mengetahui bahawa apabila cahaya dilihat dari muka hingga ke dada menandakan akan mendapat kebahagiaan atau berita gembira. Manakala, mimpi membuang air seni di atas kota biram yang bernama Buruj. Kemudian seluruh negeri dibanjiri dan menjadi laut pula menurut bijak pandai zaman dahulu menandakan bahawa akan beroleh anak yang akan menjadi raja yang disanjungi dan dihormati oleh rakyat. Melalui petikan ini, dapat dilihat bahawa adanya ilmu firasat diceritakan dalam hikayat Aceh. Contoh lain berkaitan ilmu firasat adalah seperti dalam petikan di bawah : Di Acheh, waktu Pencagah atau Iskandar Muda Mahkota Alam dalam kandungan, ibunya bermimpi bersanggulkan bulan yang dihiasi buang air kecil yang terlalu banyak sehingga menjadi laut. Dalam mentafsir mimpi itu, Fakih Khoja Manassiah berpendapat: “Tuanku, adapun takbir mimpi sultan itu Insya-Allah taala (tak dapat) tiadalah daripada zuriat sultan menjadi raja yang maha kuasa lagi terlalu besar gahnya lagi mengempukkan segala raja- raja daripada segala pihak Timur dan daripada segala pihak Barat. Dan paduka anakanda itulah melimpahkan takhta adilnya dan ialah matahari yang betak (tetap) di bumi musyrik ini” (Hikayat Aceh : 48)
  • 18. 16 Berdasarkan petikan kita mengetahui bahawa mimpi seumpama itu membawa perkhabaran yang baik terhadap sesuatu. Dalam petikan di atas, mimpi tersebut menandakan anak yang bakal dilahirkan mempunyai masa depan yang baik. Contoh lain berkaitan ilmu firasat dalam Hikayat Aceh ialah seperti dalam petikan di bawah : “… Maka berhikayat Syarif al-Muluk kepadanya , “Bahawa pada mala mini hamba bermimpi; yang mimpi hamba itu terlalu „ajaib lakunya daripada Rabbi‟l-„alamin hendak menunjukkan kebesaran-Nya kepada seorang hamba-Nya mu‟min, maka dinyatakan-Nya pada mimpinya.Hai Seri Raja Khatib, bahawa hamba lihat dalam mimpi hamba, bahawa tuan kita Abangta Raja Munawwar Syah bertimang-timangan Johan „Alam, cucu Syah „Alam itu datang kepada baginda itu seekor kerbau lagi dengan mengucap zikir Allah serta tertari-tari dan terkulai-kulai dan menundukkan kepalanya selaku-laku hendak menyunjung duli Johan „Alam itu.” Mimpi tersebut membawa maksud bahawa Johan „Alam ini dijadikan Allah Subhanahu wa Ta‟ala kerajaan masyrik magrib. 2.5 Teknik Kepengarangan Teknik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dapat didefinisikan sebagai pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan, bangunan dan lain-lain atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan lain-lain. Menurut Edward M. Anthony dalam Fowzi Boman (2011), teknik dapat didefinisi sebagai satu muslihat atau strategi atau teknik yang digunakan guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian tertentu. Mengikut Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam Fowzi Boman (2011) lagi, teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjag di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
  • 19. 17 Oleh itu, teknik merupakan satu cara yang digunakan oleh pengkaji untuk menyampaikan hasil-hasilnya kepada audience Kepengarangan dalam Kamus Dewan edisi keempat (2010) dapat didefinisikan sebagai perihal yang berkaitan dengan pengarang. Kepengarangan mengikut Foucault dalam Pengarang dan Kepengarangan Zaharah Nawawi, dalam tradisi sastera cetak adalah tidak sama dengan konsep mengarang dan kepengarangan dalam tradisi manuskrip sama ada di Eropah mahu pun dunia Melayu. Oleh itu kepengarangan ialah hal-hal yang berkaitan dengan pengkaji termasuklah pengalaman yang terdapat dalam pengarang tersebut.Maka, teknik kepengarangan dapat didefinisi sebagai cara-cara yang digunakan oleh pengarang termasuklah berkaitan dengan pengalaman-pengalamannya dalam mengolah sesuatu karya, hikayat dan sebagainya. a. Kebijaksanaan Menyampaikan Cerita Jika dilihat dalam Hikayat Aceh, pengarang dapat dilihat sebagai seorang yang intelek kerana pengarang dapat mengulas salasilah keluarga diraja berdasarkan mitos asal usul raja-raja Aceh.Sebagai contohnya, pengarang mengulas tentang perkahwinan yang berlaku diantara raja-raja Aceh.Hal ini dapat dilihat dalam perkahwinan antara Raja Syah Muhammad yang berkahwin dengan Tuan Puteri Dewi Indera yang berasal daripada buluh betung.Dan mereka dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Sultan Ibrahim Syah dan juga Puteri Sapiah. Hal ini dapat dibuktikan dengan terdapat petikan berikut: “…Maka hairan Raja Syah Muhammad melihat dia. Maka disuruhnya kerat buluh itu dan disuruhnya belah. Maka dengan takdir Allah Subhanahu wa Ta‟ala maka keluarlah dari dalam buluh itu seorang perempuan daripada baludari, terlalu elok rupanya. Maka ada mukanya seperti bulan purnama dan lakunya tiada sebagainya. Maka Raja Syah Muhammad pun terlalu sukacita…” Selain itu, perkahwinan antara Raja Syah Mahmud dengan Tuan Puteri Medini Candera yang berasal daripada kayangan dan mereka juga dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Raja Sulaiman dan Puteri Arkiah.
  • 20. 18 “Maka tatkala dilihata ayah bonda raja itu tuan puteri dara yang keinderaan itu datang maka ayah bonda raja itu pun terlalu sukacita. Maka Sultan Munawwar Syah pun mengucap syukur akan Allah Subhanahu wa Ta‟ala kerana melihat kedua anak baginda beroleh puteri keinderaan. Maka sultan pun.. Maka pada suatu hari Isnain Raja Syah Mahmud pun nikah dengan Tuan Puteri Medini Candera itu. Maka dengan takdir Allah Subhanahu wa Ta‟ala berapa lamanya maka tuan puteri itu pun beranak dua orang, seorang laki-laki bernama Raja Sulaiman Syah dan seorang perempuan bernama Puteri Arkiah..‟‟ Pengarang juga telah mengulas suasana tentang berlangsungnya pernikahan tersebut dengan jelas dan terperinci.Segala gambaran tentang orang- perseorangan juga pengarang telah mengambarkan dengan jelas. Sebagai buktinya:“ Maka apakala kedengaranlah bunyi gendering b. Penggunaan Teknik Dialog Dalam Penceritaan Pengarang juga menggunakan teknik dialog dalam Hikayat Aceh ini iaitu dialog diantara Syah „Alam dengan antusan. Sebagai buktinya: “…Apa kehendak sultan Pertugal menyuruhkan kamu berdua ini kepadaku?”Maka sembah Dong Dawis dan Dong Tumis, antusan yang kedua itu, “Tuanku, kami dititahkan saudara tuanku mengadap DuliHadirat Tuanku ini, bahawa dari tuanku hendak memohonkan Kota Biram yang di tepi laut itu…” 2.6 Seni Bahasa Bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan. Sastera tidak akan hidup tanpa bahasa. Bahasa sastera pula akan hambar tanpa sentuhan seni yang efisien. Dalam medium penerbitan, terdapat banyak karya sastera yang hadir dengan sentuhan bahasa yang baik. Namun begitu, karya tersebut seakan-akan kaku tanpa suntikan seni. Seni dalam
  • 21. 19 sastera umpama tablet yang akan memberikan kepuasan kepada pembaca. Jika tablet seninya terlebih dos, sasteranya akan kabur dan mungkin akan hilang terus. Hal inilah yang akan menjauhkan sastera daripada khalayak. Sebaik-baiknya, seni dalam sastera harus dikawal supaya tidak terlebih atau terkurang,Nimoiz T.Y (2012). Dalam karya sastera, penulis menggunakan unsur metafora, simile, anafora dan banyak lagi sebagai ganti ungkapan langsung.Di situlah letaknya keunikan karya sastera.Yang paling penting, karya sastera memerlukan sentuhan kreativiti yang tersendiri. Oleh itu, tidak hairanlah apabila karya puisi merupakan karya yang penuh dengan bahasa berseni yang indah, sesuai dengan peniruan alam seperti definisi seni oleh Plato. 2.6.1 Teknik Pemerengganan Perenggan adalah unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara satu dan lain mempunyai hubungan dari segi makna dan tatabahasa. Teknik pemerengganan terdiri daripada teknik penyenaraian, teknik percontohan, teknik perbandingan, teknik pentakrifan, teknik kontras masa, teknik falsafah, teknik pengkelasan, teknik soalan-jawapan, teknik jawapan-soalan, teknik soalan-jawapan-soalan, teknik analogi dan teknik urutan ruang. i. Teknik Soalan Jawapan Teknik soalan jawapan merupakan teknik pemerengganan yang menyatakan soalan terlebih dahulu dan diikuti oleh jawapan.Contohnya: Maka kata mereka itu, “Apa bicara kita?” Maka sahut mereka itu, “Jika sehati tuan perdana menteri dengan kami, marilah kami bawa atap seorang seberkas. (Halaman: 29) ii. Teknik Percontohan Benda (sebahagian benda-benda) yang sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dengan semua benda daripada jenisnya, benda yg dapat
  • 22. 20 mewakili benda lain kerana sama sifat--sifatnya.Misalnya, dalam petikan di bawah: .... mendudukkan perjagaan dengan segala pelbagai bunyi- bunyian daripada genderang dan gong dan dap dan harbab dan dandi dan kecapi dan bangsi,... (Halaman: 45) 2.6.2 Retorik Etimologi perkataan retorik adalah daripada perkataan rethor (Greek)- pemidato; rhetorike (Yunani) – seni berpidato; rhetorique (Perancis); dan rhetorike (Jerman) – rhetoric (Inggeris). Retorik Melayu klasik pula seperti peribahasa, pantun syair, gurindam dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1326), mendefinisikan retorik sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga merupakan satu seni gaya penulisan secara berkesan yang bertujuan untuk mempengaruhi khalayak iaitu individu yang berada di persekitarannya. (Abu Hassan Abdul & Mohd Rashid Md Idris, 2010). Menurut Gorys Kerf dalam Mohd Rashid Md Idris, Abd. Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya Rohani (2014: 191) menyatakan istilah secara tradisional diberikan pad acara pemakaian bahasa sebagai seni didasarkan pada pengetahuan yang tersusun baik. Plato pula dalam bukunya Pheadrus dalam Mohd Rashid Md Idris, Abd.Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya Rohani (2014: 191) mendefinisikan retorik sebagai wacana yang rasional dan diletakkan sebagai seni yang digunakan secara meluas dalam aktiviti pidato yang merupakan satu-satunya saluran penyampaian idea, fikiran dan maklumat.Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Idris (2010: 23) dalam Ilmu Balaghah Melayu menyatakan bahawa keutamaan diberikan kepada susunan idea dan penggunaan bahasa yang baik dan tersusun.Hal ini kerana sekiranya ungkapan yang dilontarkan tidak mempunyai sebarang idea maka timbullah ungkapan retorik kosong.Ringkasnya, retorik merupakan seni penggunaan atau pemakaian bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar dan pembaca.kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak
  • 23. 21 kepada input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran serta kemahiran menulis yang dimilikinya. Kesemua elemen ini akan dirangkumkan dalam perenggan-perenggan penulisan. Kesannya, pembaca akan dapat memahami dan menghayati apa yang hendak disampaikan oleh penulis sekali gus memberikan kesan yang mendalam kepada emosi dan tindakan pembaca.Menurut Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md Idris (2012) menyatakan retorik terbahagi kepada enam iaitu pemerian, penceritaan, penerangan, pendedahan, penghujahan dan pemujukan. Walau bagaimanapun, dalam Hikayat Aceh, terdapat hanya beberapa jenis retorik yang dikenal pasti iaitu: i. Pemerian Penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea.Bertujuan untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.Contohnya: „‟...Maka dengan takdir Allah Subhanahu wa Ta,la maka datanglah kepada hari perjanjian akan nikah itu. Maka sultan memanggil segala hulubalang yang besar-besar dan segala ceteria dan anak segala hulubalang muda-muda dan menghimpunkan segala gajah dan kuda...‟‟ (Halaman: 45) Penulis telah menggunakan teknik pemerian seperti di atas tentang apa-apa yang telah terjadi dengan memberikan fakta tentang apabila adanya sesuatu adat istiadat di istana. Hal ini dapat diperjelas tentang adat pernikahan yang berlaku dalam kalangan kerabat diraja. ii. Penerangan Penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain. Hal ini berfungsi untuk memberi penjelasan tentang sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan tersusun, misalnya dalam petikan di bawah :
  • 24. 22 Setelah musta‟idlah segala bawaan mereka itu, maka mereka itu pun naiklah ke atas gajah ringga yang berulurkan kamarda(i) maka tutup kepala gajah itu daripada seresari yang berjala-jala dan beberapa ekor daripada gajah ringga yang lain. (Halaman: 43) 2.6.3 Stilistik (Gaya Bahasa) Menurut Hashim Awang dalam Abu Hassan dan Mohd Rashid Md Idris (2012), gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya.Strategi skema merupakan penyimpangan atau perubahan dari segi bentuk ayat atau susunan perkataan. i. Skema Perulangan a. Anafora Anafora merupakan pengulangan perkataan yang sama pada permulaan klausa. Dalam Hikayat Aceh terdapat banyak perulangan perkataan maka pada setiap permulaan ayat. Hal ini dapat dilihat dalam ayat dibawah: „‟...Maka berhentilah peperangan mereka itu seperti sabda sultan itu. Maka pada suatu malam maka dilihat segala hulubalang Aceh akan segala hulubalang Syahr Deli itu tertidur dan segala kawalnya pun lalailah. Maka disuruh sultan sergap pada ketika itu. Maka beberapa terbunuh dan luka daripada orang Syahr Deli, lalu pecah perang mereka itu dan cerai- berailah segala ra‟yat Syahr Deli itu datang hingga serokan Gunung Perawis. Maka Sultan „Ali pun kembali(la)h ke Aceh...‟‟ (Halaman: 13)
  • 25. 23 b. Asonansi Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal a, e. i, o dan u yang sama dalam suku kata yang diberi.Seperti yang terdapat dalam petikan dalam buku Hikayat Aceh terdapat banyak pengulangan huruf vokal dalam setiap suku kata.Contohnya: Maka adalah kapal itu pada sebuah dua puluh pucuk bedil meriam dan lela Pertugali seratus pucuk dan cecorong dua ratus pucuk dan beberapa daripada ispinggar dan busur Perasi dan hukka dan sikin. (Halaman: 106,) c. Aliterasi Pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua atau lebih kata kata yang bersebelahan pula dikenali sebagai aliterasi. Pengulangan huruf konsonan adalah seperti yang berikut: Apabila sampailah antusan itu ke Ujung Tanah, maka terdengar Raja Besar khabar antusan dari Aceh Dar as-Salam datang, maka ia memeri titah kepada seorang hulubalang yang bernama Tun Bijaya Pekerma mengalu-ngalu antuasan itu serta dengan diberinya hormat dan dengan membawa perjamuan daripada Raja Besar. (Halaman: 21) d. Paralelisme Gaya ini mensejajarkan beberapa ayat yang berpola sama. Hal ini dapat dilihat dalam (Halaman: 107, Baris:7) yang menyatakan berkaitan dengan pakaian seperti yang terlihat dalam ayat dibawah: „‟...Maka dikurniai Syah „Alam dan Sultan Mansur Syah itu daripada kullah (songkok) dan kamar (tali lilit dipinggang) dan
  • 26. 24 puntu (pontoh) bernaga dan daripada pakaian baju yang keemasan dan daripada tarkasy mas dan busur yang berkelah mas dan beberapa daripada payung pakaian dan beberapa daripada unggul-unggul dan beberapa daripada mitar yang memakai pakaian Rumi dan beberapa daripada ra‟yat pedang perisai dan beberapa daripada ra‟yat yang menjabat busur dan pendahan...‟‟ e. Epistrop Pengulangan perkataan yang sama pada akhir klausa yang berturutan dikenali sebagai epistrop. Pengulangan pada klausa akhir dapat dikenal pasti berada dalam penulisan Hikayat Aceh seperti kata itu. Contohnya: Syahdan pada ketika itu juga dititahkan Syah „Alam mengikut raja Johor itu. Maka pergilah segala hulubalang dengan ra‟yat mengikut raja Johor itu. Hingga tiga hari tiga malam perjalanan maka bertemu dengan raja Johor itu, dilanggar orang Aceh maka cerai-berai. (Halaman: 108-109,) f. Polisindeton Polisindeton merupakan pengulangan kata hubung. Dalam Hikayat Aceh terdapat banyak pengulangan kata hubung yang sama iaitu dan seperti petikan di bawah.Misalnya, Pancagah megerak gajah menta dengan berdiri tatkala gajah itu lari pantas, dan memacu kuda seraya tinggung dan menyentakkan kaki ke lambung kuda kanan dan ke lambung kuda kiri dan belayamkan pedang ke kanan dan ke kiri dan mengikat destar tatkala kuda legat berlari. (Halaman:88)
  • 27. 25 3.0 KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Hikayat Aceh merupakan salah satu karya agung Melayu. Hikayat Aceh adalah hikayat yang mengisahkan penguasaan Aceh di bawah Iskandar Muda dan dipercayai mula dikarang selepas penabalan Iskandar Muda iaitu 1607 dan sebelum akhir abad ke-17. Isi dan mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang melalui Hikayat Aceh ialah bagi memperlihatkan kebesaran raja,amalan-amalan yang diamalkan,sikap rakyat terhadap sultan dan memperlihatkankepakaran dan kemahiran rakyat. Nilai budaya yang cuba digambarkan oleh pengarang pula dalam hikayat ini ialah adat perkahwinan raja, adat menyambut tetamu dan gajah sebagai binatang peliharaan.Pandangan hidup yang cuba digambarkan oleh pengarang dalam hikayat ini ialah masyarakat yang mengagungkan dan mempercayai kebesaran Tuhan, sumber alam mempunyai kepentingan kepada manusia dan pemerintah mempunyai kuasa yang hebat. Nilai ilmu yang terdapat dalam Hikayat Aceh pula ialah ilmu peperangan, ilmu pertukangan dan ilmu firasat. Ilmu peperangan yang wujud pada zaman itu menunjukkan kewibawaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda pada ketika itu.Ilmu pertukangan emas dan besi pula merujuk kepada ilmu yang dikuasai oleh masyarakat atau penduduk Aceh pada zaman itu.Kepakaran mereka membuat senjata dan alat-alat lain menggunakan emas dan besi tidak dapat disangkal lagi.Ilmu firasat pula turut diceritakan dalam hikayat ini.Jadi, pembaca dapat mengetahui bagaimana mimpi dikaitkan dengan peristiwa yang bakal berlaku. Melalui teknik kepengarangan pula menggambarkan bahawa pengarang dapat dilihat sebagai seorang yang intelek kerana kebijaksanaannya menyampaikan cerita.Sebagai contoh, pengarang dapat mengulas salasilah keluarga diraja berdasarkan mitos asal usul raja-raja Aceh. Selain itu, pengarang juga dilihat sebagai seorang yang berupaya melukis sesebuah watak dengan hidup iaitu pengarang mahir dalam mengulas suasana berlangsungan pernikahan antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Raja Indera Bangsa. Pengarang telah berjaya mengambarkan dengan terperinci tentang cara pemakaian baginda berdua. Seterusnya, pengarang mengutarakan tentang kebesaraan Tuhan.Pengarang juga seorang yang kreatif dan berseni. Hal ini demikian kerana pengarang berupaya untuk menampilkan segala kisah atau gambaran sesuatu peristiwa dengan nyata dan jelas sehingga dapat memberikan gambaran suasana pada masa itu kepada masyarakat pada masa ini.
  • 28. 26 RUJUKAN Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Rashid Md Idris, Abd. Rahman Napiah & Seri Lanang Jaya Rohani (2014). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim : Emeritus Publications. Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Rashid Md Idris & Abu Hassan Abdul (2010). Falsafah Pendidikan Bahasa. Tanjong Malim : Emeritus Publications. Teuku Iskandar ; Hassan Ahmad (2001). Hikayat Aceh. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan