SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK/VOKASIONAL PERTANIAN KE ARAH PERSEDIAAN
MENCEBURI BIDANG USAHA TANI
Yahya Bin Buntat & Norakmal Binti Mohd Zahari
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kemahiran asas pertanian di sekolah
Menengah Teknik/Vokasional Pertanian ke arah persediaan menceburi bidang usahatani. Responden
kajian ini melibatkan semua pelajar tingkatan empat yang mengambil jurusan Sains Pertanian. Seramai 60
0rang pelajar dari sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terlibat sebagai responden. Instrumen
kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 44 item soalan. Kebolehpercayaan soal
selidik diuji dengan menggunakan cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.875. Data diperolehi
dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS for window version 11,5)
bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran asas
pertanian sangat sesuai dipelajari oleh pelajar sebagai persediaan dalam kerjaya pertanian. Hal ini
menunjukkan bahawa sukatan mata pelajaran Sains Pertanian selari dengan keperluan kerjaya di dalam
bidang pertanian iaitu meliputi min sebanyak 3.68, pelajar mempunyai kemahiran yang cukup dalam
pendidikan Sains Pertanian adalah sebanyak 3.88, pelajar berminat dalam mata pelajaran Sains Pertanian
sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69
iaitu kesemua persoalan kajian berada pada tahap yang tinggi.
Abstract: The research is introduced to identify the suitability of Agriculture basics skill at Agriculture
Technical and Vocational school towards the preparation of joining the agriculture field. The respondents
of this research were all students of Form 4, taking the Agriculture course. 60 students from SMK Teknik
Bukit Piatu, Melaka were involved in this research. The research instruments used in this research was
questionnaires which contained 44 question items. The validity of questionnaires was tested by using the
Alpha Cronbach which the value was 0.875. The data were analyzed by using the program of SPSS for
getting the frequency, and percentage. The research showed, the agriculture skill is very suitable for
student as a preparation in the agricultural career. It’s also show that the syllabus of this Agriculture
Science subject parallel with the career of agriculture needed and this show by the mean value 3.68,
student have enough skill with mean 3.88, student are interested in Agriculture Science subject with
meant 3.86 and the teacher give good lesson to their student with mean 3.69 and all of this showed that all
of research question were at high level.
Katakunci: kemahiran asas pertanian, usahatani
Pengenalan
Melalui buku Bacaan-Bacaan Untuk Penulis-Penulis Pertanian (Mohd Yusuf Hussain, 1976) Pendidikan
Vokasional Pertanian di Malaysia terdapat dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang dikendalikan oleh
pelbagai Kementerian Kerajaan dengan matlamat yang berasingan. Kebanyakan institusi-institusi latihan
awam tidak seperti latihan-latihan vokasional dalam pengajian teknikal atau perdagangan dan institusi
latihan vokasional pertanian tidak dikelolakan oleh sektor swasta di negara ini. Kedua-dua sektor awam
dan swasta mendapatkan tenaga mahir mereka daripada punca yang sama iaitu daripada institusi-institusi
latihan awam. (Mohd. Shah Lassim, 1976) Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan Sains Pertanian
sebagai salah satu mata pelajaran terpilih. Di bawah Sistem Pelajaran Komprehensif yang diwujudkan
dalam tahun 1965 setiap pelajar sekolah menengah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu pilihan
daripada mata pelajaran elektif iaitu perdagangan, sains pertanian, sains rumahtanga dan seni perusahaan.
Sains Pertanian ialah satu pengajian yang saintifik dan sistematik tentang sumber alam semula jadi
(contohnya tanah, tumbuhan dan haiwan) serta pengendalian sumber alam semula jadi ini untuk
menghasilkan makanan dan bahan mentah. Di samping itu juga digunakan untuk memenuhi keperluan
estetika manusia. Melalui Buku Panduan Pendidikan Pertanian di Sekolah Umum (Abdul Fatah, 1994)
Pendidikan Vokasional pertanian boleh ditakrifkan sebagai pengajaran pertanian yang sistematik di
peringkat rendah, menengah, menengah lanjutan atau di peringkat dewasa yang bertujuan untuk
menyediakan seseorang bagi menceburi atau memasuki semua bidang kerjaya yang berkaitan dengan
pertanian. Pendidikan vokasional pertanian mempunyai matlamat tambahan iaitu pengajaran ke arah
pembentukan dan pembinaan kerjaya dan keusahawanan.
Penyataan Masalah
Pendidikan Sains Pertanian adalah salah satu mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah Pendidikan
Teknik dan Vokasional. Pada tahun 1968, pendidikan Sains Pertanian telah diperkenalkan di sekolah
Pendidikan Teknik dan Vokasional dan pembelajarannya adalah berbentuk teori dan amali. Berdasarkan
latar belakang masalah yang dinyatakan didapati mata pelajaran Sains Pertanian tidak diajar secara
meluas dan hanya diajar pada peringkat PMR di samping itu juga minat pelajar juga perlu diambil kira
dalam penentuan.
Terdapat banyak permasalahan yang dihadapi oleh pelajar mengenai mata pelajaran dan kesesuian kerjaya
yang perlu diceburi setelah tamat pembelajaran. Dengan ini pengkaji mendapati terdapat beberapa fokus
yang akan dikaji dalam kajian ini. Fokus yang akan dikaji adalah keperluan pendidikan Sains Pertanian
dalam era kini, kemahiran yang dibekalkan, minat pelajar dalam mata pelajaran ini dan akhir sekali
adalah bimbingan pemilihan kerjaya yang diberikan kepada pelajar. Dengan ini pengkaji ingin mengkaji
tentang Kesesuaian kemahiran asas pertanian di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (Pertanian) ke
arah persediaan menceburi bidang kerjaya.
Objektif Kajian
Berdasarkan masalah kajian, objektif yang pengkaji ingin capai melalui kajian ini ialah
i. Mengenalpasti pendidikan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional memenuhi
asas keperluan kerjaya dalam bidang pertanian.
ii. Mengenalpasti kemahiran pelajaran Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional dalam mata pelajaran
pendidikan Sains Pertanian.
iii. Mengenalpasti minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Sains Pertanian.
iv. Mengenalpasti bimbingan terhadap kesesuaian kerjaya kepada pelajar
Kepentingan kajian
Kajian ini dapat memberi input mengenai persediaan pelajar yang mengambil jurusan Sains Pertanian ke
arah persediaan dalam menceburi bidang usaha tani.
Kajian ini juga mampu memberi input kepada pelbagai pihak dalam usaha mendidik generasi akan datang
dengan lebih berkesan. Kajian ini juga diharap dapat membantu ibu bapa, guru dan Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian meningkatkan
pengurusan dengan memberi lebih tumpuan kepada sistem pengambilan kemasukkan setiap pelajar dalam
jurusan Sains Pertanian dengan mengambil kira terhadap minat pelajar itu sendiri selain melihat kepada
pencapaian akademik agar mereka dapat menceburi alam pekerjaan selari dengan bidang yang
dipelajarinya.
Batasan Kajian
Batasan kajian bagi kesesuaian kemahiran asas pertanian di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional ke
arah persediaan menceburi bidang usaha tani adalah terhad kepada SMT yang menyediakan kursus aliran
sains pertanian memandangkan tujuan kajian mencakupi bidang kerjaya dalam sains pertanian. Pelajar
yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar tingkatan empat daripada SMT Bukit Piatu, Melaka.
Metodologi
Populasi dan sampel
Sampel yang digunakan di dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat yang
mengambil mata pelajaran Sains Pertanian di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka. Penyelidik
telah mengunakan seluruh populasi iaitu seramai 60 orang pelajar.
Instrumen kajian
Bagi menjalankan kajian, suatu instrumen perlu digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada
responden. Menurut Sekaran (1992) terdapat pelbagai instrumen yang boleh digunakan untuk
mendapatkan maklumat. Hal ini disebabkan setiap instrumen tersebut mempunyai cara yang tersendiri
untuk mengukur dan mendapatkan maklumat daripada sumber data.
Oleh itu, instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian ini adalah borang soal
selidik. Hal ini disebabkan borang soal selidik merupakan pengganti kepada diri pengkaji dan
penyumbang di antara pengkaji dan responden (Mohd Sheffie, 1999). Borang soal selidik diedarkan
kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka. Melalui soal selidik yang dijalankan
responden hanya perlu menandakan jawapan berdasarkan persetujuan yang diberikan dan pengkaji akan
membuat analisis berdasarkan nilai skala yang telah diberikan untuk setiap jawapan yang diberi oleh
responden
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian
B. Bahagian A mengandungi maklumat latar belakang responden, manakala bahagian B mengandungi
item-item soalan yang dibentuk menggunakan Skala Likert untuk mendapat maklumat tentang persoalan
kajian.
Kajian Rintis
Pelaksanaan kajian rintis ini bertujuan mengenal pasti ketepatan soal selidik sama ada ianya boleh
difahami oleh responden atau tidak serta untuk memperbaiki struktur olahan bahasa. Selain itu kajian
rintis dijalankan untuk menguji semua kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih
sebelum kajian sebenar dijalankan. Sebanyak 15 set borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar-
pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.
Data yang diperoleh daripada kajian rintis dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package
of Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, didapati
bahawa kebolehpercayaan bagi keseluruhan item di dalam borang soal selidik adalah tinggi, di mana nilai
alpha ialah 0.8525. Alpha merupakan ketetapan dalaman dan nilai maksimum untuk pekali
kebolehpercayaan adalah 1, sekiranya nilai tersebut kurang dari 0.6 maka boleh dikatakan instrumen yang
digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah (Mohd Salleh dan Zaidatun,2001).
Perbincangan
Demografi
Kajian ini melibatkan seramai 60 orang pelajar yang mengambil jurusan Sains Pertanian di SMT Bukit
Piatu, Melaka. Berdasarkan jantina, didapati majoriti pelajar yang mengambil jurusan Sains Pertanian
adalah daripada pelajar perempuan. Hanya 16.7% sahaja daripada pelajar lelaki. Hal ini mungkin
disebabkan bidang pertanian bukan pilihan bagi kebanyakan pelajar lelaki sepertimana pelajar
perempuan. Senario ini dapat dilihat dangan sokongan Abdul Rahman Aziz (1997) yang menyatakan
bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk memilih perkerjaan dalam bidang kejuruteraan. Pemilihan
pekerjaan dalam bidang kejuruteraan menyebabkan pelajar lelaki akan lebih cenderung untuk memilih
aliran kejuruteraan semasa di sekolah teknik bukannya dalam bidang pertanian. Oleh itu, senario inilah
yang menjadikan responden yang terdapat dalam kajian ini adalah kurang pada jantina lelaki.
Bagi faktor bangsa, didapati kesemua responden adalah daripada bangsa Melayu. Hal ini mungkin
disebabkan oleh masyarakat Melayu semakin menyedari bahawa bidang pertanian merupakan suatu
bidang yang semakin mendapat tumpuan umum terutamanya polisi kerajaan Malaysia sendiri yang
menekankan bahawa pertanian merupakan bidang yang boleh menjana keuntungan.
Pelajar yang mengambil jurusan Sains Pertanian ini merupakan pelajar menengah atas yang melanjutkan
pelajaran setelah menduduki peperiksaan PMR. Menceburi bidang Sains Pertanian merupakan suatu
keputusan yang dipilih oleh pelajar berdasarkan minat mereka terhadap bidang ini.
Latar belakang pendapatan bapa/penjaga pelajar pula merupakan item yang digunakan untuk mengesan
pandangan keluarga terhadap sektor pertanian. Majoriti pendapatan bapa/penjaga pelajar adalah melebihi
RM1000 iaitu daripada sektor kerajaan. Memandangkan sektor pertanian merupakan sektor yang semakin
mendapat perhatian negara kini, ia akan menjadi sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing (Abi
Musa Asa'ari Mohamed Nor, 2004). Masyarakat telah membuka mata dan mengambil inisiatif untuk
menceburkan diri dalam sektor pertanian terutamanya golongan kakitangan kerajaan yang telah maklum
dengan sasaran negara dalam bidang pertanian ini. Hal ini juga berkaitan dengan pemahaman para
bapa/penjaga yang kebanyakannya berpendidikan sehingga tahap Maktab atau Institusi Kemahiran.
Apakah Pendidikan Sains Pertanian memenuhi keperluan kerjaya di dalam bidan pertanian?
Tiga item tertinggi dipilih bagi menyokong persoalan kajian ini iaitu pada item kelima, item keenam dan
item ketujuh. Secara keseluruhannya pendidikan Sains Pertanian memenuhi keperluan industri berada
pada tahap yang tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui min bagi persoalan kajian ini adalah 3.68. Daripada
keseluruhan data yang diperoleh, didapati min tertinggi adalah pada item ketujuh iaitu 4.18 diikuti dengan
item kelima dan item keenam yang masing-masing 4.08 dan 4.03. Item ketujuh mampu menyediakan
pelajar sebagai tenaga kerja yang mahir dalam industri yang bersesuaian dengan kurikulum Sains
Pertanian iaitu pada item kelima dan disokong pula dengan item keenam iaitu dibekalkan dengan sukatan
pelajaran amali yang bersesuaian dengan teori Sains Pertanian.
Kajian ini mendapati pelajar bersetuju bahawa dengan menceburkan diri dalam bidang Sains Pertanian ini
mereka akan dapat menyediakan diri mereka dengan kemahiran yang membolehkan mereka berada dalam
sektor pertanian. Hal ini selari dengan objektif Sukatan pelajaran Sains Pertanian yang bertujuan
memperkukuhkan asas kerjaya dalam bidang pertanian. Di samping itu, sukatan amali yang diterapkan
kepada pelajar adalah berkaitan dengan teori Sains Pertanian. Secara tidak langsung, pelajar akan dapat
mengetahui mengenai perkembangan dalam bidang pertanian sejak di peringkat sekolah lagi.
Peringkat pengkhususan pendidikan yang dimulakan pada tingkatan empat merupakan kecenderungan
yang dilihat oleh pelajar itu sendiri berdasarkan keputusan peperiksaan PMR yang mereka duduki. Di
samping itu, keselarian dengan minat juga menjadi pendorong bagi pelajar untuk memilih bidang Sains
Pertanian. Sifat yang dipunyai oleh aliran Sains Pertanian ini juga mampu membawa pelajar secara terus
dengan perkembangan terkini berkaitan dengan keperluan industri semasa.
Menurut Ahmad Mohd. Sharif (1976), kurikulum adalah satu rancangan pendidikan yang mengandungi
ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai norma dan unsur kebudayaan yang diperturunkan pada pelajar
untuk membina perkembangan lengkap daripada segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Oleh itu, dengan
adanya penkhususan bidang Sains Pertanian ini yang selari dengan minat pelajar maka pelajar dapat
mengasah kemahiran berteraskan kurikulum yang telah disediakan. Di samping itu, bidang Sains
Pertanian ini juga dapat menjamin kehidupan pelajar setelah mereka menceburkan diri ke alam pekerjaan
dengan dibekalkan pembelajaran yang dipelajari mereka. Hal ini disokong oleh Murad Mohd Noor (1986)
yang menyatakan pelajar mampu mengembangkan potensi mereka dan memperbaiki lagi kualiti hidup
dengan meluaskan lagi kemahiran dan pengetahuannya.
Selain daripada itu, terdapat juga min yang paling rendah daripada item persoalan kajian ini. Didapati min
yang paling rendah adalah “masa yang diperuntukkan dalam pembelajaran teori Sains Pertanian adalah
mencukupi” iaitu sebanyak 2.68. Manakala item yang ketiga adalah sederhana iaitu “masa bagi saya
melakukan kerja amali adalah mencukupi” dengan min sebanyak 3.35. Hal ini menunjukkan pelajar
memerlukan lebih masa untuk memahami teori sebelum melakukan kerja amali. Peruntukan masa untuk
kerja amali juga dirasakan tidak mencukupi untuk mengaplikasikan semua teori yang dipelajari oleh
mereka.
Apakah kemahiran yang diperlukan dalam pendidikan sains pertanian?
Tiga item tertinggi dipilih bagi menyokong persoalan kajian ini iaitu pada item pertama, item kelapan dan
item sepuluh. Hasil daripada persoalan kajian kedua ini didapati min keseluruhan bagi item-item ini
adalah 3.88 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Item yang paling tinggi adalah “saya menggunakan
kemahiran yang dipelajari dalam penjagaan tanaman” dengan min 4.10. Dapat dirumuskan bahawa
pelajar sememangnya menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam mata pelajaran Sains Pertanian.
Item kedua tertinggi berdasarkan min adalah ”Saya mahir menggunakan alatan tangan semasa kerja
amali” dengan min 4.07 juga berada pada tahap tinggi. Hal ini diikuti dengan min ketiga tertinggi iaitu
4.05 iaitu item”Saya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan keselamatan semasa kerja amali
berlangsung”.
Dalam membincangkan mengenai keperluan kemahiran dalam pendidikan Sains Pertanian, pelajar akan
dilihat dan diperhatikan dari segi pengurusan peralatan dan bahan-bahan yang digunakan. Kegunaan
alatan dan bahan semasa pengajaran dan amali dapat menjadikan pelajar lebih cekap dalam menguruskan
situasi semasa berada dalam persekitaran pertanian. Menurut buku New York City Board of Education,
Brooklyn New York (1991), asas penting yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja baru adalah
mempunyai kemahiran amali dalam sesuatu bidang pekerjaan.
Oleh itu, pelajar dalam bidang Sains Pertanian ini perlu meningkatkan kemahiran mereka memandangkan
ia merupakan satu faktor penentu yang membezakan mereka dengan individu yang hanya mempelajari
secara teori sahaja terutamanya pelajar yang berada di sekolah harian biasa. Kekurangan kemahiran boleh
menjadi penghalang besar terhadap pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, pelajar seharusnya
didedahkan dengan kemahiran tersebut bagi meyakinkan mereka untuk membawa diri di persada industri
apabila tiba masanya nanti.
Pengetahuan dan kemahiran mestilah selalu bertambah dan berubah demi untuk pembangunan pertanian.
Persekitaran industri yang semakin rumit, pertukaran teknologi yang pesat dan persaingan antarabangsa
memerlukan tenaga kerja yang berpelajaran dan terlatih untuk menjalankan kerjanya dengan berkesan.
Oleh itu, setiap pelajar seharusnya mendapat kemahiran terkini yang sepatutnya dimiliki oleh tenaga
pengajar mereka. Kemahiran ini dapat membantu menyediakan pelajar bagi kerja masa kini dan akan
datang.
Memandangkan ekonomi moden sekarang memerlukan pekerja-pekerja yang berpandangan luas,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, maka keperluan tersebut dapat memberi kelebihan pada pelajar
untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
Namun begitu masih terdapat item yang menunjukkan min yang berada pada tahap yang sederhana iaitu
3.33 dengan kenyataan “latihan untuk membentuk kemahiran penggunaan perkakasan dan peralatan
adalah mencukupi”. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mendapat kemahiran yang secukupnya
dalam mengendalikan perkakasan dan peralatan dalam bidang pertanian. Sekiranya hal ini berpanjangan,
tidak dinafikan sekiranya pelajar ini tidak dapat menunjukkan potensi yang meyakinkan setelah berada di
alam pekerjaan walhal mereka pernah menggunakan perkakasan dan peralatan tersebut. Senario ini
mampu memberikan tanggapan negatif pihak majikan pada mereka seterusnya pada institusi yang
mengeluarkan pelajar ini. Oleh itu, peruntukan masa yang lebih panjang adalah dialu-alukan.
Apakah pelajar berminat dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Pertanian?
Nilai min bagi keseluruhan item bagi persoalan ini adalah 3.86 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Tiga
item tertinggi dipilih bagi menyokong persoalan kajian ini iaitu pada item kedua, item keempat dan item
kelapan. Daripada Jadual 4.9, didapati pelajar berminat menjalankan kerja-kerja amali dalam mata
pelajaran Sains Pertanian dengan min 4.50 dan pelajar juga menyukai mata pelajaran ini kerana banyak
pengetahuan yang dapat dipraktikkan di luar sekolah dengan min 4.32. Akhir sekali jadual juga
menunjukkan mereka berasa gembira berada di kelas Sains Pertanian dengan min 4.28.
Berdasarkan min yang diperoleh daripada keseluruhan item ini, didapati pelajar yang terlibat mempunyai
minat yang tinggi dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Pertanian. Hal ini menjadikan mata pelajaran
ini sebagai satu mata pelajaran yang amat berkesan di peringkat sekolah menengah. Minat ini menjadikan
pelajar lebih tekun dan fokus pada pembelajaran mereka. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983),
keperluan dan minat pelajar amat penting dalam perancangan sesuatu bidang yang diceburi. Hal ini
dikuatkan oleh Zakaria Abd. Raman (1976) yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar mungkin memilih
Sains Pertanian sebagai mata pelajaran elektif disebabkan mereka telah biasa dengan pertanian dan yakin
dengan kemampuan mereka mengikuti pelajaran.
Memandangkan pertanian ini telah diketahui oleh pelajar semenjak mereka kecil lagi, maka mereka
beranggapan bahawa kejayaan dalam bidang Sains Pertanian mampu dikecapi dengan berbekalkan minat
yang tinggi. Peratusan yang tinggi menunjukkan pelajar yang terlibat dalam bidang Sains Pertanian ini
terdiri daripada mereka yang sukakan kerja luar. Hal ini amatlah bertepatan dengan senario bidang ini
sendiri yang memerlukan pelajar untuk berada di luar bilik darjah bagi menjalankan kerja-kerja pertanian.
Dalam arus teknologi terkini, kebanyakkan ibu bapa cenderung menggalakkan anak-anak mereka supaya
menceburi bidang teknologi berbanding dengan bidang pertanian. Hal ini yang menjadikan golongan
muda kini kurang berminat untuk menceburi bidang ini. Namun begitu, seharusnya golongan ibu bapa
inilah yan sepatutnya menjadi panduan pada anak-anak untuk mengetahui dengan lebih mendalam lai
mengenai pertanian disebabkan mereka membesar pada era pertanian. Dengan kata lain, ibu bapa atau
lebih tepat lagi masyarakat haruslah mengikis prasangka dan sikap negatif terhadap bidang pertanian.
Mereka tidak perlu menganggap bahawa bidang ini hanya untuk mereka yang rendah pencapaian
akademiknya.
Namun begitu masih terdapat item yang menunjukkan min yang berada pada tahap yang rendah iaitu 1.67
dengan kenyataan “saya meminati mata pelajaran ini kerana mengikut rakan-rakan”. Hal ini menunjukkan
bahawa pelajar yang mengikuti aliran ini berdasarkan minat mereka sendiri bukannya mengikuti rakan-
rakan mereka. Daripada kajian ini, dapat dilihat bahawa pelajar telah menyedari kepentingan sektor
pertanian pada masa kini dan pada masa akan datang. Pertanian merupakan suatu bidang yang mampu
memberikan pulangan yang besar dan merupakan suatu profesion yang menjana ekonomi negara.
Pertanian kini tidak lagi dianggap sebagai suatu profesion yang rendah malahan ia merupakan salah satu
sektor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan sesebuah negara. Dengan kata lain, bidang
pertanian menjadikan negara sebagai tumpuan umum dan mungkin mampu menjadi pengeluar dalam
sesuatu bidang pertanian.
Apakah pelajar dibimbing mengenai pemilihan kerjaya di dalam bidang pertanian?
Tiga item tertinggi dipilih bagi menyokong persoalan kajian ini iaitu pada item kelima, item kelapan dan
item ke-10. Nilai min keseluruhan item adalah 3.69 iaitu pada tahap yang tinggi. Item yang ke-10
merujuk pada item dengan min tertinggi iaitu 4.30 iaitu pelajar sekolah sering mendapat pemantauan
daripada pihak sekolah. Di samping itu, pelajar juga mengetahui kelayakan yang penting dalam
menceburi bidang pertanian yang menunjukkan min 3.98. Min ketiga tertinggi adalah 3.95 yang
menunjukkan pihak sekolah dan guru sering membantu pelajar dalam bimbingan kerjaya bidang Sains
Pertanian.
Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh individu bagi mendapatkan pulangan dari segi
kebendaan dan kepuasan diri. Dalam konteks pelajar sekolah menengah ini, kerjaya merupakan sasaran
yang akan dicapai setelah mereka menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan. Dengan pencapaian
min keseluruhan sebanyak 3.69, jelas bahawa pelajar telah mendapat bimbingan kerjaya daripada pihak
sekolah.
Pemantauan yang berkesan oleh pihak sekolah terhadap prestasi akademik pelajar mencerminkan usaha
yang diambil untuk memastikan pelajar sentiasa berada pada laluan yang betul.
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan lagi minat pelajar terhadap
bidang pertanian juga menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar dalam bidang Sains Pertanian ini.
Peranan guru dalam menguasai bidang Sains Pertanian mampu memberi galakan dan dorongan kepada
pelajar untuk terus berjaya dalam bidang ini.
Rumusan
Daripada analisis kesesuaian Sains Pertanian dengan keperluan kerjaya di dalam bidang pertanian
didapati bahawa min yang tinggi iaitu 3.68 menunjukkan bahawa Pendidikan Sains Pertanian memenuhi
keperluan industri.
Dapatan seterusnya menunjukkan bahawa kemahiran yang diperlukan dalam Pendidikan Sains Pertanian
berada pada min tinggi iaitu 3.88. Dengan kata lain, kemahiran amatlah diperlukan dalam Pendidikan
Sains Pertanian memandangkan bidang ini mampu menyediakan pelajar ke arah kerjaya yang terjamin
setelah tamat pengajian di peringkat tinggi dalam bidang yang sama.
Analisis terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Pertanian menunjukkan min 3.86
juga pada tahap tinggi. Faktor minat merupakan faktor yang penting dalam sesuatu perkara. Minat mampu
menjadikan sesuatu perkara mencapai tahap yang tidak dapat dijangkakan. Di samping minat yang sedia
ada dalam diri pelajar, minat yang sama juga perlu ditunjukkan oleh guru bagi memastikan pelajar tidak
lentur minatnya dan mampu menjadikan Sains Pertanian sebagai suatu kerjaya yang membanggakan.
Bagi analisis terhadap faktor bimbingan terhadap pemilihan kerjaya pula, min yang diwakili oleh item ini
adalah 3.69. Bimbingan terhadap pemilihan kerjaya merupakan dorongan yang diberikan kepada pelajar
agar dapat membuat keputusan terhadap pemilihan kerjaya yang tepat selari dengan bidang yang mereka
ceburi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru dan pihak sekolah dalam menjalankan tanggungjawab
tersebut dengan lebih berkesan agar mampu melahirkan pelajar yang berkesan
Rujukan
Abdul Fatah (1994). “Panduan Pendidikan Pertanian di Sekolah Umum”. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Abdul Rahman Aziz (1997). “Motivasi Dan Pembangunan Diri”. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Mahdzan Ayob (2005). “ Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi”. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mohd Saha Sharif (1976). “Kurikulum Sains Pertanian di Sekolah Menengah Vokasional
Pertanian”. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Azizi Yahya et al (2006). “Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan”. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.
Bakhtiar Mansur (1976). “ Sikap Pelajar Terhadap Pendidikan Vokasional”. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Bogardus, E.S. (1931). Fundalmentals of Social Psychology. New York : Century.
Cheah, Tat Huat (1976). “Program Pendidikan Vokasional Sains Pertanian dan Sains Rumah Tangga”,
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Johnston, J. (1997). “Measuring Attitudes in Science : What Exactly are we Measuring and Why?”. Paper
presented at BERA, 1997.
Kamus Dewan (2007). “Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan” Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Khalid A. Raffar (1876). “Pengenalan Pertanian”. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Landel K. (1997). “Manegement by Menu”. London: Wiley and Sons Inco.
Louglo (1983). “Panduan Pendidikan Pertanian di Sekolah”. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999) “Modul Penyelidikan Pendidikan”. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999) “Penyelidikan Pendidikan”. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Najib Abdul Ghafar (2003) “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan”. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Salleh dan Zaidatun (2003). “Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for
windows”. Kuala Lumpur: Ventonn Publishing.
Mohd Shah Lassim(1976). “Isu dan Masalah Pendidikan Vokasional Pertanian di Malaysia”. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Mohd Sheffie (1999). “Methodologi Pendidikan”. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Yusuf Hussain (1976). “Buku Bacaan-bacaan dan Penulisan Pertanian”. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

More Related Content

What's hot

Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafniEjournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafniAGUS SETIYONO
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruFatim Fauziani
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnalhanyjamal
 
Laporan tahap 1 sistem pembelajaran mahasiswa yang kuliah sambil bekerja
Laporan tahap 1 sistem pembelajaran mahasiswa yang kuliah sambil bekerjaLaporan tahap 1 sistem pembelajaran mahasiswa yang kuliah sambil bekerja
Laporan tahap 1 sistem pembelajaran mahasiswa yang kuliah sambil bekerjaYusyffa
 
Katalog program pascasarjana_universitas_terbuka_2017-2018
Katalog program pascasarjana_universitas_terbuka_2017-2018Katalog program pascasarjana_universitas_terbuka_2017-2018
Katalog program pascasarjana_universitas_terbuka_2017-2018supian neo
 
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Zauhari Hussein
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningronaroni1706
 
Overall combined final edited
Overall combined final editedOverall combined final edited
Overall combined final editedFarid Zaine
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAdam Amsyar
 
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Shafiqah Rashid
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)zalizakpt6044
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanMuss Miey
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanpeningla
 
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSG
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSGPROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSG
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSGAmin Eko Wulandari
 

What's hot (19)

Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafniEjournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Laporan tahap 1 sistem pembelajaran mahasiswa yang kuliah sambil bekerja
Laporan tahap 1 sistem pembelajaran mahasiswa yang kuliah sambil bekerjaLaporan tahap 1 sistem pembelajaran mahasiswa yang kuliah sambil bekerja
Laporan tahap 1 sistem pembelajaran mahasiswa yang kuliah sambil bekerja
 
Katalog program pascasarjana_universitas_terbuka_2017-2018
Katalog program pascasarjana_universitas_terbuka_2017-2018Katalog program pascasarjana_universitas_terbuka_2017-2018
Katalog program pascasarjana_universitas_terbuka_2017-2018
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learning
 
Jurnal 2
Jurnal 2Jurnal 2
Jurnal 2
 
Kemahiran sosial
Kemahiran sosialKemahiran sosial
Kemahiran sosial
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
Proposal tesis
Proposal tesisProposal tesis
Proposal tesis
 
Overall combined final edited
Overall combined final editedOverall combined final edited
Overall combined final edited
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
 
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikan
 
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSG
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSGPROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSG
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSG
 

Similar to SESUAIAN KEAHLIAN

Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Tembuakar Corp
 
33380-85050-1-PB.pdf
33380-85050-1-PB.pdf33380-85050-1-PB.pdf
33380-85050-1-PB.pdfssuser6926dd
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_davidzaidizakaria1978
 
Zurina yasak (dekan2010)
Zurina yasak (dekan2010)Zurina yasak (dekan2010)
Zurina yasak (dekan2010)Sazlina Man
 
Faktor penyumbang kemerosotan
Faktor penyumbang kemerosotanFaktor penyumbang kemerosotan
Faktor penyumbang kemerosotanHasniah Sharkawi
 
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Myss Youry
 
Soalan lazim PT3
Soalan lazim PT3Soalan lazim PT3
Soalan lazim PT3gpbsmkjk
 
Penguasaan alat radas
Penguasaan alat radasPenguasaan alat radas
Penguasaan alat radasSiva Guru
 
Hsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bmHsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bmslnair
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 zailaamir
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044zailaamir
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044zailaamir
 
Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044zailaamir
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Yurhamy Yusuf
 

Similar to SESUAIAN KEAHLIAN (20)

Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
 
33380-85050-1-PB.pdf
33380-85050-1-PB.pdf33380-85050-1-PB.pdf
33380-85050-1-PB.pdf
 
Lembar informasi biologi terapan
Lembar informasi biologi terapanLembar informasi biologi terapan
Lembar informasi biologi terapan
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
Zurina yasak (dekan2010)
Zurina yasak (dekan2010)Zurina yasak (dekan2010)
Zurina yasak (dekan2010)
 
Faktor penyumbang kemerosotan
Faktor penyumbang kemerosotanFaktor penyumbang kemerosotan
Faktor penyumbang kemerosotan
 
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
 
Soalan lazim PT3
Soalan lazim PT3Soalan lazim PT3
Soalan lazim PT3
 
Penguasaan alat radas
Penguasaan alat radasPenguasaan alat radas
Penguasaan alat radas
 
Tahap ict
Tahap ictTahap ict
Tahap ict
 
KEMAHIRANPELAJARIR4.pdf
KEMAHIRANPELAJARIR4.pdfKEMAHIRANPELAJARIR4.pdf
KEMAHIRANPELAJARIR4.pdf
 
Hsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bmHsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bm
 
Proposal ptk metlit
Proposal ptk metlitProposal ptk metlit
Proposal ptk metlit
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044
 
Hsp fizik_tg.4bm
Hsp  fizik_tg.4bmHsp  fizik_tg.4bm
Hsp fizik_tg.4bm
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
 

More from mohdjaafarhashim

Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaanModul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaanmohdjaafarhashim
 
Langkah langkah penjagaan tanaman timun
Langkah langkah penjagaan tanaman timunLangkah langkah penjagaan tanaman timun
Langkah langkah penjagaan tanaman timunmohdjaafarhashim
 
Kertas kerja opkim_felda_papan_timur
Kertas kerja opkim_felda_papan_timurKertas kerja opkim_felda_papan_timur
Kertas kerja opkim_felda_papan_timurmohdjaafarhashim
 
Kertas ketja pinjaman ladang
Kertas ketja pinjaman ladangKertas ketja pinjaman ladang
Kertas ketja pinjaman ladangmohdjaafarhashim
 
Kertas kerja farhan cili 1.output
Kertas kerja farhan cili 1.outputKertas kerja farhan cili 1.output
Kertas kerja farhan cili 1.outputmohdjaafarhashim
 
Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)
Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)
Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)mohdjaafarhashim
 
Garis panduan agropelancongan
Garis panduan agropelanconganGaris panduan agropelancongan
Garis panduan agropelanconganmohdjaafarhashim
 
Cara men anam ci li dan halia
Cara men anam ci li dan haliaCara men anam ci li dan halia
Cara men anam ci li dan haliamohdjaafarhashim
 
Baja organic utk cili padi
Baja organic utk cili padiBaja organic utk cili padi
Baja organic utk cili padimohdjaafarhashim
 
Asas perakaunan perniagaan
Asas perakaunan perniagaanAsas perakaunan perniagaan
Asas perakaunan perniagaanmohdjaafarhashim
 

More from mohdjaafarhashim (20)

Nota sains pertanian_tg
Nota sains pertanian_tgNota sains pertanian_tg
Nota sains pertanian_tg
 
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaanModul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
 
Langkah langkah penjagaan tanaman timun
Langkah langkah penjagaan tanaman timunLangkah langkah penjagaan tanaman timun
Langkah langkah penjagaan tanaman timun
 
Kertas kerja-kelapa-matag
Kertas kerja-kelapa-matagKertas kerja-kelapa-matag
Kertas kerja-kelapa-matag
 
Kertas kerja-fertigasi
Kertas kerja-fertigasiKertas kerja-fertigasi
Kertas kerja-fertigasi
 
Kertas kerja opkim_felda_papan_timur
Kertas kerja opkim_felda_papan_timurKertas kerja opkim_felda_papan_timur
Kertas kerja opkim_felda_papan_timur
 
Kertas ketja pinjaman ladang
Kertas ketja pinjaman ladangKertas ketja pinjaman ladang
Kertas ketja pinjaman ladang
 
Kertas kerja farhan cili 1.output
Kertas kerja farhan cili 1.outputKertas kerja farhan cili 1.output
Kertas kerja farhan cili 1.output
 
Kertas kerja dobi
Kertas kerja   dobiKertas kerja   dobi
Kertas kerja dobi
 
Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)
Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)
Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)
 
Info cili
Info ciliInfo cili
Info cili
 
Info cili (1)
Info cili (1)Info cili (1)
Info cili (1)
 
Cara tanam atas batas
Cara tanam atas batasCara tanam atas batas
Cara tanam atas batas
 
Garis panduan agropelancongan
Garis panduan agropelanconganGaris panduan agropelancongan
Garis panduan agropelancongan
 
Baja web
Baja webBaja web
Baja web
 
Cara men anam ci li dan halia
Cara men anam ci li dan haliaCara men anam ci li dan halia
Cara men anam ci li dan halia
 
Baja organic utk cili padi
Baja organic utk cili padiBaja organic utk cili padi
Baja organic utk cili padi
 
Asas perakaunan perniagaan
Asas perakaunan perniagaanAsas perakaunan perniagaan
Asas perakaunan perniagaan
 
Anggaran kos cili padi
Anggaran kos cili padiAnggaran kos cili padi
Anggaran kos cili padi
 
5 masalah pokok cili
5 masalah pokok cili5 masalah pokok cili
5 masalah pokok cili
 

Recently uploaded

Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 

Recently uploaded (20)

Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 

SESUAIAN KEAHLIAN

  • 1. KESESUAIAN KEMAHIRAN ASAS PERTANIAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK/VOKASIONAL PERTANIAN KE ARAH PERSEDIAAN MENCEBURI BIDANG USAHA TANI Yahya Bin Buntat & Norakmal Binti Mohd Zahari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kemahiran asas pertanian di sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian ke arah persediaan menceburi bidang usahatani. Responden kajian ini melibatkan semua pelajar tingkatan empat yang mengambil jurusan Sains Pertanian. Seramai 60 0rang pelajar dari sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terlibat sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 44 item soalan. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.875. Data diperolehi dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS for window version 11,5) bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran asas pertanian sangat sesuai dipelajari oleh pelajar sebagai persediaan dalam kerjaya pertanian. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan mata pelajaran Sains Pertanian selari dengan keperluan kerjaya di dalam bidang pertanian iaitu meliputi min sebanyak 3.68, pelajar mempunyai kemahiran yang cukup dalam pendidikan Sains Pertanian adalah sebanyak 3.88, pelajar berminat dalam mata pelajaran Sains Pertanian sebanyak 3.86 dan pelajar telah dibimbing dengan sempurna dalam bidang kerjaya iaitu sebanyak 3.69 iaitu kesemua persoalan kajian berada pada tahap yang tinggi. Abstract: The research is introduced to identify the suitability of Agriculture basics skill at Agriculture Technical and Vocational school towards the preparation of joining the agriculture field. The respondents of this research were all students of Form 4, taking the Agriculture course. 60 students from SMK Teknik Bukit Piatu, Melaka were involved in this research. The research instruments used in this research was questionnaires which contained 44 question items. The validity of questionnaires was tested by using the Alpha Cronbach which the value was 0.875. The data were analyzed by using the program of SPSS for getting the frequency, and percentage. The research showed, the agriculture skill is very suitable for student as a preparation in the agricultural career. It’s also show that the syllabus of this Agriculture Science subject parallel with the career of agriculture needed and this show by the mean value 3.68, student have enough skill with mean 3.88, student are interested in Agriculture Science subject with meant 3.86 and the teacher give good lesson to their student with mean 3.69 and all of this showed that all of research question were at high level. Katakunci: kemahiran asas pertanian, usahatani Pengenalan Melalui buku Bacaan-Bacaan Untuk Penulis-Penulis Pertanian (Mohd Yusuf Hussain, 1976) Pendidikan Vokasional Pertanian di Malaysia terdapat dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang dikendalikan oleh pelbagai Kementerian Kerajaan dengan matlamat yang berasingan. Kebanyakan institusi-institusi latihan awam tidak seperti latihan-latihan vokasional dalam pengajian teknikal atau perdagangan dan institusi latihan vokasional pertanian tidak dikelolakan oleh sektor swasta di negara ini. Kedua-dua sektor awam dan swasta mendapatkan tenaga mahir mereka daripada punca yang sama iaitu daripada institusi-institusi latihan awam. (Mohd. Shah Lassim, 1976) Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan Sains Pertanian sebagai salah satu mata pelajaran terpilih. Di bawah Sistem Pelajaran Komprehensif yang diwujudkan
  • 2. dalam tahun 1965 setiap pelajar sekolah menengah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu pilihan daripada mata pelajaran elektif iaitu perdagangan, sains pertanian, sains rumahtanga dan seni perusahaan. Sains Pertanian ialah satu pengajian yang saintifik dan sistematik tentang sumber alam semula jadi (contohnya tanah, tumbuhan dan haiwan) serta pengendalian sumber alam semula jadi ini untuk menghasilkan makanan dan bahan mentah. Di samping itu juga digunakan untuk memenuhi keperluan estetika manusia. Melalui Buku Panduan Pendidikan Pertanian di Sekolah Umum (Abdul Fatah, 1994) Pendidikan Vokasional pertanian boleh ditakrifkan sebagai pengajaran pertanian yang sistematik di peringkat rendah, menengah, menengah lanjutan atau di peringkat dewasa yang bertujuan untuk menyediakan seseorang bagi menceburi atau memasuki semua bidang kerjaya yang berkaitan dengan pertanian. Pendidikan vokasional pertanian mempunyai matlamat tambahan iaitu pengajaran ke arah pembentukan dan pembinaan kerjaya dan keusahawanan. Penyataan Masalah Pendidikan Sains Pertanian adalah salah satu mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pada tahun 1968, pendidikan Sains Pertanian telah diperkenalkan di sekolah Pendidikan Teknik dan Vokasional dan pembelajarannya adalah berbentuk teori dan amali. Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan didapati mata pelajaran Sains Pertanian tidak diajar secara meluas dan hanya diajar pada peringkat PMR di samping itu juga minat pelajar juga perlu diambil kira dalam penentuan. Terdapat banyak permasalahan yang dihadapi oleh pelajar mengenai mata pelajaran dan kesesuian kerjaya yang perlu diceburi setelah tamat pembelajaran. Dengan ini pengkaji mendapati terdapat beberapa fokus yang akan dikaji dalam kajian ini. Fokus yang akan dikaji adalah keperluan pendidikan Sains Pertanian dalam era kini, kemahiran yang dibekalkan, minat pelajar dalam mata pelajaran ini dan akhir sekali adalah bimbingan pemilihan kerjaya yang diberikan kepada pelajar. Dengan ini pengkaji ingin mengkaji tentang Kesesuaian kemahiran asas pertanian di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (Pertanian) ke arah persediaan menceburi bidang kerjaya. Objektif Kajian Berdasarkan masalah kajian, objektif yang pengkaji ingin capai melalui kajian ini ialah i. Mengenalpasti pendidikan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional memenuhi asas keperluan kerjaya dalam bidang pertanian. ii. Mengenalpasti kemahiran pelajaran Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional dalam mata pelajaran pendidikan Sains Pertanian. iii. Mengenalpasti minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Sains Pertanian. iv. Mengenalpasti bimbingan terhadap kesesuaian kerjaya kepada pelajar Kepentingan kajian Kajian ini dapat memberi input mengenai persediaan pelajar yang mengambil jurusan Sains Pertanian ke arah persediaan dalam menceburi bidang usaha tani. Kajian ini juga mampu memberi input kepada pelbagai pihak dalam usaha mendidik generasi akan datang dengan lebih berkesan. Kajian ini juga diharap dapat membantu ibu bapa, guru dan Kementerian
  • 3. Pelajaran Malaysia (KPM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian meningkatkan pengurusan dengan memberi lebih tumpuan kepada sistem pengambilan kemasukkan setiap pelajar dalam jurusan Sains Pertanian dengan mengambil kira terhadap minat pelajar itu sendiri selain melihat kepada pencapaian akademik agar mereka dapat menceburi alam pekerjaan selari dengan bidang yang dipelajarinya. Batasan Kajian Batasan kajian bagi kesesuaian kemahiran asas pertanian di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional ke arah persediaan menceburi bidang usaha tani adalah terhad kepada SMT yang menyediakan kursus aliran sains pertanian memandangkan tujuan kajian mencakupi bidang kerjaya dalam sains pertanian. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar tingkatan empat daripada SMT Bukit Piatu, Melaka. Metodologi Populasi dan sampel Sampel yang digunakan di dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka. Penyelidik telah mengunakan seluruh populasi iaitu seramai 60 orang pelajar. Instrumen kajian Bagi menjalankan kajian, suatu instrumen perlu digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Menurut Sekaran (1992) terdapat pelbagai instrumen yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat. Hal ini disebabkan setiap instrumen tersebut mempunyai cara yang tersendiri untuk mengukur dan mendapatkan maklumat daripada sumber data. Oleh itu, instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Hal ini disebabkan borang soal selidik merupakan pengganti kepada diri pengkaji dan penyumbang di antara pengkaji dan responden (Mohd Sheffie, 1999). Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka. Melalui soal selidik yang dijalankan responden hanya perlu menandakan jawapan berdasarkan persetujuan yang diberikan dan pengkaji akan membuat analisis berdasarkan nilai skala yang telah diberikan untuk setiap jawapan yang diberi oleh responden Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi maklumat latar belakang responden, manakala bahagian B mengandungi item-item soalan yang dibentuk menggunakan Skala Likert untuk mendapat maklumat tentang persoalan kajian. Kajian Rintis Pelaksanaan kajian rintis ini bertujuan mengenal pasti ketepatan soal selidik sama ada ianya boleh difahami oleh responden atau tidak serta untuk memperbaiki struktur olahan bahasa. Selain itu kajian rintis dijalankan untuk menguji semua kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian sebenar dijalankan. Sebanyak 15 set borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar- pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.
  • 4. Data yang diperoleh daripada kajian rintis dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package of Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa kebolehpercayaan bagi keseluruhan item di dalam borang soal selidik adalah tinggi, di mana nilai alpha ialah 0.8525. Alpha merupakan ketetapan dalaman dan nilai maksimum untuk pekali kebolehpercayaan adalah 1, sekiranya nilai tersebut kurang dari 0.6 maka boleh dikatakan instrumen yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah (Mohd Salleh dan Zaidatun,2001). Perbincangan Demografi Kajian ini melibatkan seramai 60 orang pelajar yang mengambil jurusan Sains Pertanian di SMT Bukit Piatu, Melaka. Berdasarkan jantina, didapati majoriti pelajar yang mengambil jurusan Sains Pertanian adalah daripada pelajar perempuan. Hanya 16.7% sahaja daripada pelajar lelaki. Hal ini mungkin disebabkan bidang pertanian bukan pilihan bagi kebanyakan pelajar lelaki sepertimana pelajar perempuan. Senario ini dapat dilihat dangan sokongan Abdul Rahman Aziz (1997) yang menyatakan bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk memilih perkerjaan dalam bidang kejuruteraan. Pemilihan pekerjaan dalam bidang kejuruteraan menyebabkan pelajar lelaki akan lebih cenderung untuk memilih aliran kejuruteraan semasa di sekolah teknik bukannya dalam bidang pertanian. Oleh itu, senario inilah yang menjadikan responden yang terdapat dalam kajian ini adalah kurang pada jantina lelaki. Bagi faktor bangsa, didapati kesemua responden adalah daripada bangsa Melayu. Hal ini mungkin disebabkan oleh masyarakat Melayu semakin menyedari bahawa bidang pertanian merupakan suatu bidang yang semakin mendapat tumpuan umum terutamanya polisi kerajaan Malaysia sendiri yang menekankan bahawa pertanian merupakan bidang yang boleh menjana keuntungan. Pelajar yang mengambil jurusan Sains Pertanian ini merupakan pelajar menengah atas yang melanjutkan pelajaran setelah menduduki peperiksaan PMR. Menceburi bidang Sains Pertanian merupakan suatu keputusan yang dipilih oleh pelajar berdasarkan minat mereka terhadap bidang ini. Latar belakang pendapatan bapa/penjaga pelajar pula merupakan item yang digunakan untuk mengesan pandangan keluarga terhadap sektor pertanian. Majoriti pendapatan bapa/penjaga pelajar adalah melebihi RM1000 iaitu daripada sektor kerajaan. Memandangkan sektor pertanian merupakan sektor yang semakin mendapat perhatian negara kini, ia akan menjadi sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing (Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor, 2004). Masyarakat telah membuka mata dan mengambil inisiatif untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian terutamanya golongan kakitangan kerajaan yang telah maklum dengan sasaran negara dalam bidang pertanian ini. Hal ini juga berkaitan dengan pemahaman para bapa/penjaga yang kebanyakannya berpendidikan sehingga tahap Maktab atau Institusi Kemahiran. Apakah Pendidikan Sains Pertanian memenuhi keperluan kerjaya di dalam bidan pertanian? Tiga item tertinggi dipilih bagi menyokong persoalan kajian ini iaitu pada item kelima, item keenam dan item ketujuh. Secara keseluruhannya pendidikan Sains Pertanian memenuhi keperluan industri berada pada tahap yang tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui min bagi persoalan kajian ini adalah 3.68. Daripada keseluruhan data yang diperoleh, didapati min tertinggi adalah pada item ketujuh iaitu 4.18 diikuti dengan item kelima dan item keenam yang masing-masing 4.08 dan 4.03. Item ketujuh mampu menyediakan pelajar sebagai tenaga kerja yang mahir dalam industri yang bersesuaian dengan kurikulum Sains Pertanian iaitu pada item kelima dan disokong pula dengan item keenam iaitu dibekalkan dengan sukatan pelajaran amali yang bersesuaian dengan teori Sains Pertanian.
  • 5. Kajian ini mendapati pelajar bersetuju bahawa dengan menceburkan diri dalam bidang Sains Pertanian ini mereka akan dapat menyediakan diri mereka dengan kemahiran yang membolehkan mereka berada dalam sektor pertanian. Hal ini selari dengan objektif Sukatan pelajaran Sains Pertanian yang bertujuan memperkukuhkan asas kerjaya dalam bidang pertanian. Di samping itu, sukatan amali yang diterapkan kepada pelajar adalah berkaitan dengan teori Sains Pertanian. Secara tidak langsung, pelajar akan dapat mengetahui mengenai perkembangan dalam bidang pertanian sejak di peringkat sekolah lagi. Peringkat pengkhususan pendidikan yang dimulakan pada tingkatan empat merupakan kecenderungan yang dilihat oleh pelajar itu sendiri berdasarkan keputusan peperiksaan PMR yang mereka duduki. Di samping itu, keselarian dengan minat juga menjadi pendorong bagi pelajar untuk memilih bidang Sains Pertanian. Sifat yang dipunyai oleh aliran Sains Pertanian ini juga mampu membawa pelajar secara terus dengan perkembangan terkini berkaitan dengan keperluan industri semasa. Menurut Ahmad Mohd. Sharif (1976), kurikulum adalah satu rancangan pendidikan yang mengandungi ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai norma dan unsur kebudayaan yang diperturunkan pada pelajar untuk membina perkembangan lengkap daripada segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Oleh itu, dengan adanya penkhususan bidang Sains Pertanian ini yang selari dengan minat pelajar maka pelajar dapat mengasah kemahiran berteraskan kurikulum yang telah disediakan. Di samping itu, bidang Sains Pertanian ini juga dapat menjamin kehidupan pelajar setelah mereka menceburkan diri ke alam pekerjaan dengan dibekalkan pembelajaran yang dipelajari mereka. Hal ini disokong oleh Murad Mohd Noor (1986) yang menyatakan pelajar mampu mengembangkan potensi mereka dan memperbaiki lagi kualiti hidup dengan meluaskan lagi kemahiran dan pengetahuannya. Selain daripada itu, terdapat juga min yang paling rendah daripada item persoalan kajian ini. Didapati min yang paling rendah adalah “masa yang diperuntukkan dalam pembelajaran teori Sains Pertanian adalah mencukupi” iaitu sebanyak 2.68. Manakala item yang ketiga adalah sederhana iaitu “masa bagi saya melakukan kerja amali adalah mencukupi” dengan min sebanyak 3.35. Hal ini menunjukkan pelajar memerlukan lebih masa untuk memahami teori sebelum melakukan kerja amali. Peruntukan masa untuk kerja amali juga dirasakan tidak mencukupi untuk mengaplikasikan semua teori yang dipelajari oleh mereka. Apakah kemahiran yang diperlukan dalam pendidikan sains pertanian? Tiga item tertinggi dipilih bagi menyokong persoalan kajian ini iaitu pada item pertama, item kelapan dan item sepuluh. Hasil daripada persoalan kajian kedua ini didapati min keseluruhan bagi item-item ini adalah 3.88 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Item yang paling tinggi adalah “saya menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam penjagaan tanaman” dengan min 4.10. Dapat dirumuskan bahawa pelajar sememangnya menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam mata pelajaran Sains Pertanian. Item kedua tertinggi berdasarkan min adalah ”Saya mahir menggunakan alatan tangan semasa kerja amali” dengan min 4.07 juga berada pada tahap tinggi. Hal ini diikuti dengan min ketiga tertinggi iaitu 4.05 iaitu item”Saya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan keselamatan semasa kerja amali berlangsung”. Dalam membincangkan mengenai keperluan kemahiran dalam pendidikan Sains Pertanian, pelajar akan dilihat dan diperhatikan dari segi pengurusan peralatan dan bahan-bahan yang digunakan. Kegunaan alatan dan bahan semasa pengajaran dan amali dapat menjadikan pelajar lebih cekap dalam menguruskan situasi semasa berada dalam persekitaran pertanian. Menurut buku New York City Board of Education, Brooklyn New York (1991), asas penting yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja baru adalah mempunyai kemahiran amali dalam sesuatu bidang pekerjaan.
  • 6. Oleh itu, pelajar dalam bidang Sains Pertanian ini perlu meningkatkan kemahiran mereka memandangkan ia merupakan satu faktor penentu yang membezakan mereka dengan individu yang hanya mempelajari secara teori sahaja terutamanya pelajar yang berada di sekolah harian biasa. Kekurangan kemahiran boleh menjadi penghalang besar terhadap pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, pelajar seharusnya didedahkan dengan kemahiran tersebut bagi meyakinkan mereka untuk membawa diri di persada industri apabila tiba masanya nanti. Pengetahuan dan kemahiran mestilah selalu bertambah dan berubah demi untuk pembangunan pertanian. Persekitaran industri yang semakin rumit, pertukaran teknologi yang pesat dan persaingan antarabangsa memerlukan tenaga kerja yang berpelajaran dan terlatih untuk menjalankan kerjanya dengan berkesan. Oleh itu, setiap pelajar seharusnya mendapat kemahiran terkini yang sepatutnya dimiliki oleh tenaga pengajar mereka. Kemahiran ini dapat membantu menyediakan pelajar bagi kerja masa kini dan akan datang. Memandangkan ekonomi moden sekarang memerlukan pekerja-pekerja yang berpandangan luas, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, maka keperluan tersebut dapat memberi kelebihan pada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Namun begitu masih terdapat item yang menunjukkan min yang berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.33 dengan kenyataan “latihan untuk membentuk kemahiran penggunaan perkakasan dan peralatan adalah mencukupi”. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mendapat kemahiran yang secukupnya dalam mengendalikan perkakasan dan peralatan dalam bidang pertanian. Sekiranya hal ini berpanjangan, tidak dinafikan sekiranya pelajar ini tidak dapat menunjukkan potensi yang meyakinkan setelah berada di alam pekerjaan walhal mereka pernah menggunakan perkakasan dan peralatan tersebut. Senario ini mampu memberikan tanggapan negatif pihak majikan pada mereka seterusnya pada institusi yang mengeluarkan pelajar ini. Oleh itu, peruntukan masa yang lebih panjang adalah dialu-alukan. Apakah pelajar berminat dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Pertanian? Nilai min bagi keseluruhan item bagi persoalan ini adalah 3.86 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Tiga item tertinggi dipilih bagi menyokong persoalan kajian ini iaitu pada item kedua, item keempat dan item kelapan. Daripada Jadual 4.9, didapati pelajar berminat menjalankan kerja-kerja amali dalam mata pelajaran Sains Pertanian dengan min 4.50 dan pelajar juga menyukai mata pelajaran ini kerana banyak pengetahuan yang dapat dipraktikkan di luar sekolah dengan min 4.32. Akhir sekali jadual juga menunjukkan mereka berasa gembira berada di kelas Sains Pertanian dengan min 4.28. Berdasarkan min yang diperoleh daripada keseluruhan item ini, didapati pelajar yang terlibat mempunyai minat yang tinggi dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Pertanian. Hal ini menjadikan mata pelajaran ini sebagai satu mata pelajaran yang amat berkesan di peringkat sekolah menengah. Minat ini menjadikan pelajar lebih tekun dan fokus pada pembelajaran mereka. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), keperluan dan minat pelajar amat penting dalam perancangan sesuatu bidang yang diceburi. Hal ini dikuatkan oleh Zakaria Abd. Raman (1976) yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar mungkin memilih Sains Pertanian sebagai mata pelajaran elektif disebabkan mereka telah biasa dengan pertanian dan yakin dengan kemampuan mereka mengikuti pelajaran. Memandangkan pertanian ini telah diketahui oleh pelajar semenjak mereka kecil lagi, maka mereka beranggapan bahawa kejayaan dalam bidang Sains Pertanian mampu dikecapi dengan berbekalkan minat yang tinggi. Peratusan yang tinggi menunjukkan pelajar yang terlibat dalam bidang Sains Pertanian ini terdiri daripada mereka yang sukakan kerja luar. Hal ini amatlah bertepatan dengan senario bidang ini sendiri yang memerlukan pelajar untuk berada di luar bilik darjah bagi menjalankan kerja-kerja pertanian.
  • 7. Dalam arus teknologi terkini, kebanyakkan ibu bapa cenderung menggalakkan anak-anak mereka supaya menceburi bidang teknologi berbanding dengan bidang pertanian. Hal ini yang menjadikan golongan muda kini kurang berminat untuk menceburi bidang ini. Namun begitu, seharusnya golongan ibu bapa inilah yan sepatutnya menjadi panduan pada anak-anak untuk mengetahui dengan lebih mendalam lai mengenai pertanian disebabkan mereka membesar pada era pertanian. Dengan kata lain, ibu bapa atau lebih tepat lagi masyarakat haruslah mengikis prasangka dan sikap negatif terhadap bidang pertanian. Mereka tidak perlu menganggap bahawa bidang ini hanya untuk mereka yang rendah pencapaian akademiknya. Namun begitu masih terdapat item yang menunjukkan min yang berada pada tahap yang rendah iaitu 1.67 dengan kenyataan “saya meminati mata pelajaran ini kerana mengikut rakan-rakan”. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar yang mengikuti aliran ini berdasarkan minat mereka sendiri bukannya mengikuti rakan- rakan mereka. Daripada kajian ini, dapat dilihat bahawa pelajar telah menyedari kepentingan sektor pertanian pada masa kini dan pada masa akan datang. Pertanian merupakan suatu bidang yang mampu memberikan pulangan yang besar dan merupakan suatu profesion yang menjana ekonomi negara. Pertanian kini tidak lagi dianggap sebagai suatu profesion yang rendah malahan ia merupakan salah satu sektor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan sesebuah negara. Dengan kata lain, bidang pertanian menjadikan negara sebagai tumpuan umum dan mungkin mampu menjadi pengeluar dalam sesuatu bidang pertanian. Apakah pelajar dibimbing mengenai pemilihan kerjaya di dalam bidang pertanian? Tiga item tertinggi dipilih bagi menyokong persoalan kajian ini iaitu pada item kelima, item kelapan dan item ke-10. Nilai min keseluruhan item adalah 3.69 iaitu pada tahap yang tinggi. Item yang ke-10 merujuk pada item dengan min tertinggi iaitu 4.30 iaitu pelajar sekolah sering mendapat pemantauan daripada pihak sekolah. Di samping itu, pelajar juga mengetahui kelayakan yang penting dalam menceburi bidang pertanian yang menunjukkan min 3.98. Min ketiga tertinggi adalah 3.95 yang menunjukkan pihak sekolah dan guru sering membantu pelajar dalam bimbingan kerjaya bidang Sains Pertanian. Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh individu bagi mendapatkan pulangan dari segi kebendaan dan kepuasan diri. Dalam konteks pelajar sekolah menengah ini, kerjaya merupakan sasaran yang akan dicapai setelah mereka menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan. Dengan pencapaian min keseluruhan sebanyak 3.69, jelas bahawa pelajar telah mendapat bimbingan kerjaya daripada pihak sekolah. Pemantauan yang berkesan oleh pihak sekolah terhadap prestasi akademik pelajar mencerminkan usaha yang diambil untuk memastikan pelajar sentiasa berada pada laluan yang betul. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan lagi minat pelajar terhadap bidang pertanian juga menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar dalam bidang Sains Pertanian ini. Peranan guru dalam menguasai bidang Sains Pertanian mampu memberi galakan dan dorongan kepada pelajar untuk terus berjaya dalam bidang ini. Rumusan Daripada analisis kesesuaian Sains Pertanian dengan keperluan kerjaya di dalam bidang pertanian didapati bahawa min yang tinggi iaitu 3.68 menunjukkan bahawa Pendidikan Sains Pertanian memenuhi keperluan industri.
  • 8. Dapatan seterusnya menunjukkan bahawa kemahiran yang diperlukan dalam Pendidikan Sains Pertanian berada pada min tinggi iaitu 3.88. Dengan kata lain, kemahiran amatlah diperlukan dalam Pendidikan Sains Pertanian memandangkan bidang ini mampu menyediakan pelajar ke arah kerjaya yang terjamin setelah tamat pengajian di peringkat tinggi dalam bidang yang sama. Analisis terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Pertanian menunjukkan min 3.86 juga pada tahap tinggi. Faktor minat merupakan faktor yang penting dalam sesuatu perkara. Minat mampu menjadikan sesuatu perkara mencapai tahap yang tidak dapat dijangkakan. Di samping minat yang sedia ada dalam diri pelajar, minat yang sama juga perlu ditunjukkan oleh guru bagi memastikan pelajar tidak lentur minatnya dan mampu menjadikan Sains Pertanian sebagai suatu kerjaya yang membanggakan. Bagi analisis terhadap faktor bimbingan terhadap pemilihan kerjaya pula, min yang diwakili oleh item ini adalah 3.69. Bimbingan terhadap pemilihan kerjaya merupakan dorongan yang diberikan kepada pelajar agar dapat membuat keputusan terhadap pemilihan kerjaya yang tepat selari dengan bidang yang mereka ceburi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru dan pihak sekolah dalam menjalankan tanggungjawab tersebut dengan lebih berkesan agar mampu melahirkan pelajar yang berkesan Rujukan Abdul Fatah (1994). “Panduan Pendidikan Pertanian di Sekolah Umum”. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Abdul Rahman Aziz (1997). “Motivasi Dan Pembangunan Diri”. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Mahdzan Ayob (2005). “ Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi”. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Mohd Saha Sharif (1976). “Kurikulum Sains Pertanian di Sekolah Menengah Vokasional Pertanian”. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Azizi Yahya et al (2006). “Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan”. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Bakhtiar Mansur (1976). “ Sikap Pelajar Terhadap Pendidikan Vokasional”. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Bogardus, E.S. (1931). Fundalmentals of Social Psychology. New York : Century. Cheah, Tat Huat (1976). “Program Pendidikan Vokasional Sains Pertanian dan Sains Rumah Tangga”, Serdang: Universiti Putra Malaysia. Johnston, J. (1997). “Measuring Attitudes in Science : What Exactly are we Measuring and Why?”. Paper presented at BERA, 1997. Kamus Dewan (2007). “Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan” Kementerian Pelajaran Malaysia. Khalid A. Raffar (1876). “Pengenalan Pertanian”. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
  • 9. Landel K. (1997). “Manegement by Menu”. London: Wiley and Sons Inco. Louglo (1983). “Panduan Pendidikan Pertanian di Sekolah”. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999) “Modul Penyelidikan Pendidikan”. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999) “Penyelidikan Pendidikan”. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Najib Abdul Ghafar (2003) “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan”. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Salleh dan Zaidatun (2003). “Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for windows”. Kuala Lumpur: Ventonn Publishing. Mohd Shah Lassim(1976). “Isu dan Masalah Pendidikan Vokasional Pertanian di Malaysia”. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Mohd Sheffie (1999). “Methodologi Pendidikan”. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Yusuf Hussain (1976). “Buku Bacaan-bacaan dan Penulisan Pertanian”. Serdang: Universiti Putra Malaysia.