SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
5 Masalah Lazim Pokok Cili dan Penyelesaiannya
Pokok cili adalah antara pokok yang banyak cabarannya. Ia
bukanlah tanaman yang mudah ditanam seperti kangkung,
bayam dan sawi.
Cabarannya bermula dari semaian sehinggalah menuai.
Kalau nasib baik, dapatlah kita gunakan cili itu dalam
masakan. Jika tidak, kecewa tidak berlagu.
Sesiapa yang pernah menanamnya pasti akan mengalami
lima masalah lazim yang saya nyatakan ini.
Saya berharap panduan mengenalpasti masalah dan cara
penyelesaian ini dapat membantu anda sepanjang
menanam pokok cili.
1. Buah Busuk dan Gugur
Kita melihat buah cili kita merimbun. Hati kita turut
berbunga ingin menuai cili pada masanya. Apabila tiba
harinya untuk kita mengutip hasil, kita terkejut. Banyak
buah gugur dan busuk. Oh kecewanya hati!
Buah Cili Busuk Lalat Buah
Buah cili busuk akibat larva lalat buah (sumber foto: Nik
Ismail)
Mengapa hal ini terjadi?
Cuba perhatikan pada buah cili. Koyak dan lihat isi di
dalam. Adakah terdapat ulat di dalamnya? Jika betul, itu
tandanya pokok cili kita telah diserang lalat buah.
Lalat buah atau Batrocera latifrons menyerang mana-mana
pokok berbuah yang ada. Ia akan menyuntik telurnya pada
buah. Menariknya, telur lalat buah ini akan menetas tepat
pada masa buah mula meranum masak.
Apakah penyelesaiannya?
Gunakan pelekat kuning. Pelekat kuning ini akan menarik
dan memerangkap lalat buah.
Sembur racun organik pada awal pagi sepanjang pokok cili
berbuah.
Balut buah cili sebaik sahaja putik buah kelihatan
Buang dan bakar buah cili yang telah busuk itu.
Pastikan keadaan sekeliling kebun atau rumah kita bebas
daripada buah busuk. Ini tidak kiralah pokok buah-buahan
yang lain.
2. Bunga Luruh
Adalah normal untuk pokok cili gugur bunganya pada kali
pertama berbunga. Tetapi menjadi kerisauan jika lebih
daripada tiga kali bunga gugur.
Bunga Cili Luruh
Bunga cili luruh di atas tanah.
Bunga cili boleh gugur akibat kekurangan atau terlebih
siraman. Oleh itu pastikan siraman air secukupnya sahaja.
Gunakan medium tanah yang sesuai seperti campuran
tanah 3:2:1 jika bercucuk tanam di dalam pasu.
Bacaan Tambahan: Campuran Tanah Untuk Pokok Tanam
dalam Pasu
Baja merupakan unsur penting agar pokok berbunga
dengan banyak. Apabila pokok kekurangan nutrien, maka
perkara pertama yang akan pokok buat adalah
menggugurkan bunga.
Jadi pastikan kita telah membaja dengan cukup pada
pokok cili.
3. Daun Kerinting dan Luruh
Apabila daun kerinting dan luruh, perkara pertama yang
biasa saya buat adalah melihat di bawah daun pokok cili
terutama daun tua di bahagian bawah pokok.
Masalah Daun Cili Kerinting
Daun cili kerinting adalah simptom pokok telah diserang
serangga perosak
Jika dilihat dengan teliti, kita akan nampak bintil-bintil
hitam dan warna putih seakan tepung melekat di bawah
daun. Itu adalah afid dan lalat putih.
Kedua-dua serangga ini gemar sekali hinggap pada pokok
cili. Mereka akan menghisap sap pokok dan seterusnya
membuatkan pokok diserang penyakit.
Kehadiran serangga perosak ini membuatkan pokok mula
tidak sihat. Kita dapat lihat daun mula kerinting dan gugur.
Akhirnya tinggal rangka sahaja tanpa sebarang daun.
Penyelesaian mudah sahaja iaitu dengan kita menyembur
racun organik. Sembur di bahagian bawah daun seawal
pagi selepas subuh atau lewat petang sebelum maghrib.
Kekerapan semburan sebolehnya 3 kali seminggu sehingga
serangga hilang dari penglihatan kasar kita.
Bacaan Tambahan: Cara Mudah Buat Racun Organik Dari
Bahan Dapur Rumah
4. Kehadiran Semut Hitam Pada Pucuk, Bunga, Buah dan
Daun Pokok
Semut adalah kawan baik kepada kutu daun atau afid.
Apabila saya melihat semut pada sekitar pokok cili, saya
tahu itu adalah tanda pokok saya telah dihinggap kutu
daun.
Perlu kita rujuk kembali poin nombor 3. Kedatangan
serangga perosak dapat dikawal dengan racun organik
seperti yang saya nyatakan.
5. Pokok Mati Setelah Mula Berbunga atau Berbuah
Soalan pertama saya adalah biji benih diambil dari mana?
Jika dijawab dari dapur, tentunya saya akan terus dapat
jawapan yang pasti bahawa pokok itu memang mudah
mati.
Pokok Cili Layu Bakteria
Pokok cili yang mati diserang penyakit layu bakteria
(sumber foto: MARDI)
Buah cili yang kita beli itu adalah buah daripada pokok cili
generasi F1. Jadi biji benihya akan tumbuh sebagai
generasi F2.
Bacaan Tambahan: Apakah F1 dan F2 dalam pek benih?
Kelemahan utama generasi F2 adalah mudah diserang
penyakit dan perosak. Sebab itulah pokok itu mati akibat
daripada serangan bakteria pada akar.
Untuk atasi masalah ini, lebih baik kita gunakan biji benih
daripada pek benih berkualiti. Biji benih berjenama
tentunya telah dipilih dengan teliti oleh pengeluar biji
benih agar pokok dapat tumbuh dengan sihat.
Itulah 5 panduan ringkas yang dapat saya berikan
berkaitan masalah-masalah yang sering pekebun rumah
hadapi sepanjang menanam pokok cili.
Jika anda ada pandangan, komen atau persoalan,
lontarkanlah di bahagian komen artikel ini. Sama-sama
kita bincangkan.
BONUS VIDEO: Panduan Mengenalpasti Masalah Pokok Cili

More Related Content

Similar to 5 masalah pokok cili

5. (KELAS C) ppt Biologi perkembangbiakan tumbuhan kelompok 7.pptx
5. (KELAS C) ppt  Biologi perkembangbiakan tumbuhan kelompok 7.pptx5. (KELAS C) ppt  Biologi perkembangbiakan tumbuhan kelompok 7.pptx
5. (KELAS C) ppt Biologi perkembangbiakan tumbuhan kelompok 7.pptx
AboutDandelion
 
Hama & Penyakit Tanaman Kelapa Sawit.pptx
Hama & Penyakit Tanaman Kelapa Sawit.pptxHama & Penyakit Tanaman Kelapa Sawit.pptx
Hama & Penyakit Tanaman Kelapa Sawit.pptx
goliaputra1
 
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN.pdf
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN.pdfRENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN.pdf
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN.pdf
riscacriswanda
 
Mekanisme serangan & gejala serangan hama pada tanaman
Mekanisme serangan & gejala serangan hama pada tanamanMekanisme serangan & gejala serangan hama pada tanaman
Mekanisme serangan & gejala serangan hama pada tanaman
Jidun Cool
 

Similar to 5 masalah pokok cili (15)

Hama dan Penyakit Alpukat.pdf
Hama dan Penyakit Alpukat.pdfHama dan Penyakit Alpukat.pdf
Hama dan Penyakit Alpukat.pdf
 
Racun serangga
Racun seranggaRacun serangga
Racun serangga
 
Ipa9 kd2-sistem perkembangbiakan tumbuhan dan hewan
Ipa9 kd2-sistem perkembangbiakan tumbuhan dan hewanIpa9 kd2-sistem perkembangbiakan tumbuhan dan hewan
Ipa9 kd2-sistem perkembangbiakan tumbuhan dan hewan
 
5. (KELAS C) ppt Biologi perkembangbiakan tumbuhan kelompok 7.pptx
5. (KELAS C) ppt  Biologi perkembangbiakan tumbuhan kelompok 7.pptx5. (KELAS C) ppt  Biologi perkembangbiakan tumbuhan kelompok 7.pptx
5. (KELAS C) ppt Biologi perkembangbiakan tumbuhan kelompok 7.pptx
 
Hama & Penyakit Tanaman Kelapa Sawit.pptx
Hama & Penyakit Tanaman Kelapa Sawit.pptxHama & Penyakit Tanaman Kelapa Sawit.pptx
Hama & Penyakit Tanaman Kelapa Sawit.pptx
 
PERKEMBANGBIAKAN TUMBUHAN KELAS 6.ppt
PERKEMBANGBIAKAN TUMBUHAN KELAS 6.pptPERKEMBANGBIAKAN TUMBUHAN KELAS 6.ppt
PERKEMBANGBIAKAN TUMBUHAN KELAS 6.ppt
 
penyerbukan
penyerbukanpenyerbukan
penyerbukan
 
Bab 3 budidaya tanaman obat
Bab 3 budidaya tanaman obatBab 3 budidaya tanaman obat
Bab 3 budidaya tanaman obat
 
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN.pdf
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN.pdfRENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN.pdf
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN.pdf
 
Mekanisme serangan & gejala serangan hama pada tanaman
Mekanisme serangan & gejala serangan hama pada tanamanMekanisme serangan & gejala serangan hama pada tanaman
Mekanisme serangan & gejala serangan hama pada tanaman
 
Jumat 14 agst_20_(tema_1_sub_tema_4)
Jumat 14 agst_20_(tema_1_sub_tema_4)Jumat 14 agst_20_(tema_1_sub_tema_4)
Jumat 14 agst_20_(tema_1_sub_tema_4)
 
Kelompok 7_Perbanyakan Aseksual Alami.pptx
Kelompok 7_Perbanyakan Aseksual Alami.pptxKelompok 7_Perbanyakan Aseksual Alami.pptx
Kelompok 7_Perbanyakan Aseksual Alami.pptx
 
TERENAK!!! (+6281391687009) | Jamur Krispi kancing
TERENAK!!! (+6281391687009) | Jamur Krispi kancingTERENAK!!! (+6281391687009) | Jamur Krispi kancing
TERENAK!!! (+6281391687009) | Jamur Krispi kancing
 
Mengapa Putik Bunga Gugur
Mengapa Putik Bunga GugurMengapa Putik Bunga Gugur
Mengapa Putik Bunga Gugur
 
hama dan penyakit tanaman cengkeh.pptx
hama dan penyakit tanaman cengkeh.pptxhama dan penyakit tanaman cengkeh.pptx
hama dan penyakit tanaman cengkeh.pptx
 

More from mohdjaafarhashim

Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaanModul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
mohdjaafarhashim
 

More from mohdjaafarhashim (20)

Nota sains pertanian_tg
Nota sains pertanian_tgNota sains pertanian_tg
Nota sains pertanian_tg
 
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaanModul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
 
Langkah langkah penjagaan tanaman timun
Langkah langkah penjagaan tanaman timunLangkah langkah penjagaan tanaman timun
Langkah langkah penjagaan tanaman timun
 
Kesesuaian kemahiran asas_pertanian_di_s
Kesesuaian kemahiran asas_pertanian_di_sKesesuaian kemahiran asas_pertanian_di_s
Kesesuaian kemahiran asas_pertanian_di_s
 
Kertas kerja-kelapa-matag
Kertas kerja-kelapa-matagKertas kerja-kelapa-matag
Kertas kerja-kelapa-matag
 
Kertas kerja-fertigasi
Kertas kerja-fertigasiKertas kerja-fertigasi
Kertas kerja-fertigasi
 
Kertas kerja opkim_felda_papan_timur
Kertas kerja opkim_felda_papan_timurKertas kerja opkim_felda_papan_timur
Kertas kerja opkim_felda_papan_timur
 
Kertas ketja pinjaman ladang
Kertas ketja pinjaman ladangKertas ketja pinjaman ladang
Kertas ketja pinjaman ladang
 
Kertas kerja farhan cili 1.output
Kertas kerja farhan cili 1.outputKertas kerja farhan cili 1.output
Kertas kerja farhan cili 1.output
 
Kertas kerja dobi
Kertas kerja   dobiKertas kerja   dobi
Kertas kerja dobi
 
Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)
Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)
Ke arah pengiktirafan huffaz di malaysia 1 (bm)
 
Info cili
Info ciliInfo cili
Info cili
 
Info cili (1)
Info cili (1)Info cili (1)
Info cili (1)
 
Cara tanam atas batas
Cara tanam atas batasCara tanam atas batas
Cara tanam atas batas
 
Garis panduan agropelancongan
Garis panduan agropelanconganGaris panduan agropelancongan
Garis panduan agropelancongan
 
Baja web
Baja webBaja web
Baja web
 
Cara men anam ci li dan halia
Cara men anam ci li dan haliaCara men anam ci li dan halia
Cara men anam ci li dan halia
 
Baja organic utk cili padi
Baja organic utk cili padiBaja organic utk cili padi
Baja organic utk cili padi
 
Asas perakaunan perniagaan
Asas perakaunan perniagaanAsas perakaunan perniagaan
Asas perakaunan perniagaan
 
Anggaran kos cili padi
Anggaran kos cili padiAnggaran kos cili padi
Anggaran kos cili padi
 

5 masalah pokok cili

  • 1. 5 Masalah Lazim Pokok Cili dan Penyelesaiannya Pokok cili adalah antara pokok yang banyak cabarannya. Ia bukanlah tanaman yang mudah ditanam seperti kangkung, bayam dan sawi. Cabarannya bermula dari semaian sehinggalah menuai. Kalau nasib baik, dapatlah kita gunakan cili itu dalam masakan. Jika tidak, kecewa tidak berlagu.
  • 2. Sesiapa yang pernah menanamnya pasti akan mengalami lima masalah lazim yang saya nyatakan ini. Saya berharap panduan mengenalpasti masalah dan cara penyelesaian ini dapat membantu anda sepanjang menanam pokok cili. 1. Buah Busuk dan Gugur Kita melihat buah cili kita merimbun. Hati kita turut berbunga ingin menuai cili pada masanya. Apabila tiba harinya untuk kita mengutip hasil, kita terkejut. Banyak buah gugur dan busuk. Oh kecewanya hati! Buah Cili Busuk Lalat Buah Buah cili busuk akibat larva lalat buah (sumber foto: Nik Ismail)
  • 3. Mengapa hal ini terjadi? Cuba perhatikan pada buah cili. Koyak dan lihat isi di dalam. Adakah terdapat ulat di dalamnya? Jika betul, itu tandanya pokok cili kita telah diserang lalat buah. Lalat buah atau Batrocera latifrons menyerang mana-mana pokok berbuah yang ada. Ia akan menyuntik telurnya pada buah. Menariknya, telur lalat buah ini akan menetas tepat pada masa buah mula meranum masak.
  • 4. Apakah penyelesaiannya? Gunakan pelekat kuning. Pelekat kuning ini akan menarik dan memerangkap lalat buah. Sembur racun organik pada awal pagi sepanjang pokok cili berbuah. Balut buah cili sebaik sahaja putik buah kelihatan Buang dan bakar buah cili yang telah busuk itu. Pastikan keadaan sekeliling kebun atau rumah kita bebas daripada buah busuk. Ini tidak kiralah pokok buah-buahan yang lain. 2. Bunga Luruh Adalah normal untuk pokok cili gugur bunganya pada kali pertama berbunga. Tetapi menjadi kerisauan jika lebih daripada tiga kali bunga gugur.
  • 5. Bunga Cili Luruh Bunga cili luruh di atas tanah. Bunga cili boleh gugur akibat kekurangan atau terlebih siraman. Oleh itu pastikan siraman air secukupnya sahaja. Gunakan medium tanah yang sesuai seperti campuran tanah 3:2:1 jika bercucuk tanam di dalam pasu. Bacaan Tambahan: Campuran Tanah Untuk Pokok Tanam dalam Pasu
  • 6. Baja merupakan unsur penting agar pokok berbunga dengan banyak. Apabila pokok kekurangan nutrien, maka perkara pertama yang akan pokok buat adalah menggugurkan bunga. Jadi pastikan kita telah membaja dengan cukup pada pokok cili. 3. Daun Kerinting dan Luruh Apabila daun kerinting dan luruh, perkara pertama yang biasa saya buat adalah melihat di bawah daun pokok cili terutama daun tua di bahagian bawah pokok.
  • 7. Masalah Daun Cili Kerinting Daun cili kerinting adalah simptom pokok telah diserang serangga perosak Jika dilihat dengan teliti, kita akan nampak bintil-bintil hitam dan warna putih seakan tepung melekat di bawah daun. Itu adalah afid dan lalat putih. Kedua-dua serangga ini gemar sekali hinggap pada pokok cili. Mereka akan menghisap sap pokok dan seterusnya membuatkan pokok diserang penyakit.
  • 8. Kehadiran serangga perosak ini membuatkan pokok mula tidak sihat. Kita dapat lihat daun mula kerinting dan gugur. Akhirnya tinggal rangka sahaja tanpa sebarang daun. Penyelesaian mudah sahaja iaitu dengan kita menyembur racun organik. Sembur di bahagian bawah daun seawal pagi selepas subuh atau lewat petang sebelum maghrib. Kekerapan semburan sebolehnya 3 kali seminggu sehingga serangga hilang dari penglihatan kasar kita. Bacaan Tambahan: Cara Mudah Buat Racun Organik Dari Bahan Dapur Rumah 4. Kehadiran Semut Hitam Pada Pucuk, Bunga, Buah dan Daun Pokok Semut adalah kawan baik kepada kutu daun atau afid. Apabila saya melihat semut pada sekitar pokok cili, saya
  • 9. tahu itu adalah tanda pokok saya telah dihinggap kutu daun. Perlu kita rujuk kembali poin nombor 3. Kedatangan serangga perosak dapat dikawal dengan racun organik seperti yang saya nyatakan. 5. Pokok Mati Setelah Mula Berbunga atau Berbuah Soalan pertama saya adalah biji benih diambil dari mana? Jika dijawab dari dapur, tentunya saya akan terus dapat jawapan yang pasti bahawa pokok itu memang mudah mati.
  • 10. Pokok Cili Layu Bakteria
  • 11. Pokok cili yang mati diserang penyakit layu bakteria (sumber foto: MARDI) Buah cili yang kita beli itu adalah buah daripada pokok cili generasi F1. Jadi biji benihya akan tumbuh sebagai generasi F2. Bacaan Tambahan: Apakah F1 dan F2 dalam pek benih? Kelemahan utama generasi F2 adalah mudah diserang penyakit dan perosak. Sebab itulah pokok itu mati akibat daripada serangan bakteria pada akar. Untuk atasi masalah ini, lebih baik kita gunakan biji benih daripada pek benih berkualiti. Biji benih berjenama tentunya telah dipilih dengan teliti oleh pengeluar biji benih agar pokok dapat tumbuh dengan sihat.
  • 12. Itulah 5 panduan ringkas yang dapat saya berikan berkaitan masalah-masalah yang sering pekebun rumah hadapi sepanjang menanam pokok cili. Jika anda ada pandangan, komen atau persoalan, lontarkanlah di bahagian komen artikel ini. Sama-sama kita bincangkan. BONUS VIDEO: Panduan Mengenalpasti Masalah Pokok Cili