SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Pendidikan Kanak-kanak Berkerperluan Khas di Malaysia
PENGENALAN :
Kanak-kanak keperluan khas atau kanak-kanak istimewa salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak
keperluan khas ini merangkumi kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran,
penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya.Mereka yang dikenali
sebagai berkeperluan khas ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi penyumbang kepada
masyarakat dan negara.Mereka tidak wajar dipinggirkan, malah perlu diberi pendidikan. Bagaimanapun,
disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka agak berbeza
dan ia digelar sebagai sebagai pendidikan khas.
DEFINASI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas didefinasikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-
aspek pengajaran dan pembelajaran latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital
atau institusi.
Menurut Chua, 1992 pendidikan khas merupakan satu program pendidikan yang dirancang khas untuk
pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidak
mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya
daripada rancangan sekolah biasa.
Manakala Slavin (1997) pula mendefinasikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang
diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan
ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.
Pelajar Berkeperluan Khas
Pendidikan khas di Malaysia adalah pendidikan yang disediakan untuk pelajar-pelajar keperluan khas.
Pelajar-pelajar berkerperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa adalah pelajar - pelajar cacat daripada
pelbagai jenis atau ketegori kecacatan yang meliputi ketidak upayaan atau kesukaran yang disebabkan oleh
ketidakfunsian sistem saraf. Pelajar-pelajar ini memerlukan pendidikan khas kerana mereka memerlukan
pengubahsuaian dalam amalan hidup biasa.
Lerner et al. (1998), dalam memperihalkan kanak-kanak istimewa di peringkat prasekolah, mencadangkan
dua kategori kanak-kanak, iaitu kanak-kanak yang dinggap mempunyai risiko untuk gagal dalam pelajaran
di bangku sekolah dan kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di bawah sesuatu akta
atau undang-undang khas di sesebuah negara.
Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa bolehlah ditaksirkan sebagai kanak-
kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperolehi
keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakatan kerana had fizikal atau mentalnya (Mahmood Nazar,
2000).
Kesimpulannya, pendidikan khas adalah pendidikan yang ditujukan kepada pelajar-pelajar yang cacat
penglihatan, cacat pendengaran, cacat mental,bermasalah pembelajaran dan tingkah laku, cacat budaya
atau sosial, cacat fizikal dan sebagainya, termasuk juga pelajar-pelajar pintar cerdas.
Falsafah Dan Matlamat Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan(1986) menggariskan falsafah Pendidikan Khas yang bersifat progresivisme.
Falsasah itu berbunyi:
“Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas
seperti diberi kepada pelajar-pelajar biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini
diselaraskan dengan objektif untuk memastikan keperluan tenaga rakyat dan untuk memastikan bahawa
sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara kearah melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berdisplin dan terlatih”
Falsafah Pendidikan Khas menegaskan kepentingan kita mengenalpasti perbezaan-perbezaan dalam diri
setiap pelajar dan antara mereka. Disebabakan oleh kewujudan perbezaan-perbezaan,pelbagai keperluan
pendidikan khas turut diperlukan. Pendidikan Khas perlu memenuh keperluan-kepeluan ini supaya setiap
pelajar dapat berfungi sedaya yang mungkin.
Kesimpulannya, serupa dengan falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Khas menekankan
perkembangan optimum seseorang individu sebagai orang yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh
merancang dan mengurus kehidupan sendiri serta menyedari potensi diri kepada masyarakat. Falsafah ini
juga menyediakan peluang-peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas, seperti yang diberi kepada
pelajar-pelajar biasa untuk perkembangan sosial dan psikologi yang seimbang.
Guru-guru terlatih merupakan komponen penting dalam program pendidikan khas .Guru-guru yang
mengajar pelajar-pelajar luar biasa ini memerlukan latihan tertentu yang khusus digunakan untuk
mengendalikan program-program yang disediakan untuk pelajar-pelajar tersebut. Setiap guru terlatih khas
haruslah mempunyai kelayakan perguruan yang asas untuk mengajar pelajar-pelajar normal supaya
mereka mengetahui pertumbuhan dan perkembangan normal pelajar-pelajar. Guru pendidikan khas juga
harus mempunyai sifat kesabaran, kerajinan sentiasa berikhtiar untuk memperolehi sesuatu, perlu kreatif
mempunyai hubungan yang mesra dengan pelajar, perancangan yang berkesan dan sentiasa berkerjasama
dengan rakan sejawat dan guru besar.
Matlamat Dan Tujuan Pendidikan Khas
Matlamat umum pendidikan khas ialah menyediakan perkembangan optimum pelajar dengan keperluan-
keperluan pelajar khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan,
boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh
menyesuaikan diri dengan masyarakat.Di Malaysia matlamat umum pendidikan khas ialah untuk memberi
pendidikan yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan pelajar-pelajar berkeperluan khas
dalam persekitaran.
Terdapat beberapa tujuan pendidikan khas yang spesifik seperti yang dinyatakan oleh Isahak Haron dan
Koh Boh Boon (1982). Mereka memberikan beberapa tujuan pendidikan khas seperti berikut:
menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani, kekuatan kanak-kanak luar biasa perlu
dikesan dan diberi penekanan.
memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak cacat fizikal atau akal boleh
menjadi pekerja yang berguna dalam masyarakat.
mencegah sesuatu ketidakbolehan dari menjadi sesuatu kecacatan
mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan memperkembangkan atau memulihkan perasaan
yakin diri dan sanggup mencapai sesuatu pada setiap kanak-kanak luar biasa
mengeratkan kanak-kanak cacat dengan masyarakat biasa supaya mereka yang cacat ini dapat diterima
oleh masyarakat
Bagi mencapai matlamat dan tujuan ini, pelaksanaan harus dibuat untuk mewujudkan program
pembelajaran yang menggalakkan perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek serta sentiasa peka
dan prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak istimewa.
Kategori Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas
Masalah Pendengaran
Seseorang yang rosak atau bermasalah pendengaran, kerap kali dikatakan sebagai pekak. Anggapan ini
adalah salah kerana bukan semua orang yang bermasalah pendengaran tidak boleh mendengar. Tetapi
pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Seseorang yang dilahirkan dengan
masalah pendengaran, perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan
semakin teruk jika pelajar-pelajar tersebut langsung tidak mendengar, sudah pasti ianya tidak dapat
bercakap.
Masalah Penglihatan
Pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu buta yang
langsng tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan.Pelajar-pelajar buta belajar melalui
deria sentuhan, pendengaran, hidu dan rasa. Mereka menggunakan tulisan braille untuk membaca dan
tongkat untuk bergerak dari satu tempat ketempat yang lain. Pelajar-pelajar separuh buta pula mempunyai
deria penglihatan yang kabur dan memerlukan bantuan seperti pemakaian cermin mata atau mendapatkan
rawatan doktor pakar.
Bermasalah Pembelajaran
Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ialah pelajar-pelajar yang dikenal pasti dan disahkan oleh doktor-
doktor pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan
yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian pelajar seperti kebolehan kognitif,
perkembangan sosial, penguasaan bahasa lisan dan kemahiran matematik. Pelajar-pelajar ini boleh
dikesan melalui beberapa cara. Biasanya kriteria yang digunakan ialah kekerapan kegagalan yang dialami
pelajar-pelajar tersebut berbanding dengan kekerapan kejayaan mereka. Jenis-jenis kumpulan pelajar yang
bermasalah pembelajaran ialah:
lemban
sindrom down
Hipoaktif
Hiperaktif
Gangguan emosi dan masalah tingkah laku
Cerebral palsy
Pelbagai kecacatan
Terencat akal ringan dan sederhana
Autistik
Masalah pertuturan dan epilepsi
Pelajar Pintar Cerdas
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, pelajar-pelajar pintar cergas
ialah pelajar-pelajar yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan oleh menerima pelajaran lebih awal atau
lebih cepat daripada pelajar normal.Pelajar-pelajar ini dianggap mempunyai keblehan luar biasa.
Pelajar-pelajar ini memerlukan program pendidikan khas yang berbeza daripada program biasa untuk
mencungkil potensi mereka.Golongan ini biasanya mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding pelajar-
pelajar biasa.Ujian kecergasan boleh dilasanakan untuk mengenal pasti pelajar pintar cergas yang
bertujuan mengukur tahap kecergasan dan intelek golongan ini.Seseorang pelajar yang mempunyai IQ 120
ke atas dikategorikan sebagai pelajar cergas.
Program Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas bermaksud suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi pelajar-pelajar
yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan program percantuman sekolah biasa dengan
pelajar-pelajar yang menpunyai kecacatan penglihatan atau kecacacatan pendengaran. Program-program
ini akan diperjelaskan seperti berikut
Sekolah Khas
Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid masalah
penglihatan dan masalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan masalah penglihatan. Ia wujud di sekolah
harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program yang
ditawarkan ialah prasekolah Pendidikan Khas, Sekolah Rendah, Pelajaran Menengah dan Pendidikan
teknik dan Vokasional
Pendidikan Inklusif
Secara umumnya, istilah “inklusif” bermaksud menintergrasikan pelajar-pelajar keperluan khas ke dalam
bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dengan keadaan
normal seperti pelajar-pelajar biasa, tanpa mengira status(Naim, 1997).
Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis iaitu, pendidikan inklusif separuh masa, di mana pelajar-
pelajar hanya dimasukkan kekelas biasa bagi beberapa mata pelajaran sahaja.Manakala pendidikan inklusif
sepenuh masa, iaitu program pelajar-pelajar dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran
biasa bagi semua mata pelajaran (Naim, 1997).
Mengikut Bariah (1995), terdapat empat objektif pendidikan inklusif seperti:
meningkatkan keseadaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka
juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.
memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal
dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka
memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding dengan kanak-kanak
normal untuk meningkatkan konsep diri mereka
untuk mengelak daripada berlakunya diskrminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah
dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Mengikut Deschenes et al.(1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dalam strategi pengajaran yang
boleh dijadikan panduan dalam pelaksanna program pendidikan inklusif iaitu :
Saiz – menyesuaikan jumlah perkara/pelajaran yang pelajar sepatutnya belajar/capai
Masa – menyesuiakan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian
Tahap sokongan – menyesuaikan bantuan secara individu kepada pelajar yang memerlukannya
Input- menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian/keupayaan seseorang pelajar supaya
mereka lebih memahami apa yang diajar
Penglibatan – menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua pelajar terlibat di
dalamnya.
Kurikulum – menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran gaya pembelajaran dan minat pelajar
untuk menbantu setiap pelajar mencapai matlamat masing-masing
Rancangan Pendidikan Individu
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang dirancang khas untuk seseorang
pelajar. Ia bertujuan untuk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program
pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. Ia juga merupakan perjanjian bertulis antara ibu bapa
dengan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan tersebut boleh dpenuhi. Bender (1995),
mendefinasikan RPI sebagai satu program pengajaraan berasasaskan penilaian pelbagai disiplin dan
direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu pelajar yang kurang upaya.
Antara objektif Rancangan pendidikan Individu ialah :
membawa penglibatan pelajar dalam pendidikan inklusif untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah
mengindividukan keperluan pelajar untuk pencapaian terkini serta aspirasi akan datang.
berdasarkan kepada kekuatan pelajar.
Prinsip Rancangan Pendidikan Individu yang boleh digunakan dalam pelaksaan program ini:
sesuai dengan umur
fleksibel berorentasikan masa akan datang
menggunapakai pendekatan holistik untuk pendidikan pelajar
Program Pengayaan
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (1988), konsep program pengayaan bermaksud. “Aktiviti-
aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang dipelajari.Melalui aktiviti-
aktiviti ini, pelajar-pelajar akan mendapat peluang-peluang tambahan unrtuk mengembangkan lagi minat,
daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka”.
Program pengayaan ini bertujuan mengembangkan potensi pelajar ketahap yang sebenar dan
membolehkan mereka mencuba sesuatu yang baru untuk meningkatkan lagi daya kreativiti dan kebolehan
intelek mereka. Aktiviti pengayaan boleh dibahagikan kepada dua kategori:
pengayaan secara mendatar
pengayaan secara menegak
Pengayaan secara mendatar merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untu kumpulan mengikut
kebolehan. Pengayaan secara menegak pula merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untuk
kumpulan yang cergas sahaja.
Program Pendidikan Pemulihan
Menurut Kamus Dewan, perkataan “pulih” bermaksud “kembali seperti biasa” atau “sembuh”, tetapi
maksud pemulihan dalam konteks pendidikan boleh diertikan sebagai “sesuatu usaha untuk membaiki
sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul”.
Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff, (1983) pendidikan khas didefinasikan sebagai “satu tindakan
kursus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam
darjah khas di sekolah biasa, di pusat kursus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumplan
yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus bagi guru pemulihan”.
Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran didalam darjah ialah satu usaha untuk
mendorong pelajar yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran
lampau. Biasanya pelajar yang memerlukan pemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman
konkrit dan situasi sebenar untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya
memahami konsep yang betul. Menurut Kementerian pelajaran Malaysia(2000), objektif
pendidikan pemulihan ialah :
membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran
memberi peluang kepada pelajar untuk belajar matematik mengikut kebolehannya
membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh pelajar
membina keyakinan diri
Program pendidikan Khas yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO
Program Pemulihan Dalam Komuniti
Program pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ialah satu pendekatan baru yang menekankan penglibatan
lebih aktif ibu bapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan orang
kurang upaya (OKU), khususnya di peringkat tempatan dalam konteks struktur perkhimatan dan
rancangan pembangunan sedia ada.
Antara tujuan pelaksanaan PDK ialah:
meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya ke tahap maksimum.
memberi kesedaran masyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang kurang berupaya perlukan
bantuan
memulihkan OKU supaya boleh berfungsi seperti biasa
memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golonga orang kurang upaya ahli keluarga dan
saudara mara terdekat dalam pemulihan.
Aktiviti di PDK dilaksanakan melalui beberapa aktiviti seperti berikut:
Aktiviti harian - mengurus diri, makan , menyikat rambut, ketandas dan sebagainya.
Kemahiran motor kasar - melibatkan pergerakan otot iaitu anggota tubuh badan seperti berjalan berlari,
merangkak dan sebagainya
Kemahiran motor halus - melibatkan pemikiran, penglihatan serta pergerakan jari-jari seperti membuat
kueh, menggunting kertas dan lain-lain.
Aktiviti-aktiviti di kelas prasekolah dan juga perkembangan sosial
Programn Swasta
Mengikut Sayed Rahman (1995) program pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas boleh
diketagorikan kepada dua iaitu:
i. Pusat -pusat pemulihan yang khusus bagi mereka yang memerlukan bimbingan dan pemulihan yang rapi
dan terancang. Di Malaysia contohnya ialah Taman Sinar Harapan, Pusat Latihan Orang Cacat serta
sekolah-sekolah Khas
ii. Pemulihan sendirian iaitu aktiviti pemulihan bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang dilakukan oleh
ibu bapa aau penjaga dirumah sahaja
Program Pendidikan Badan Amal dan Sukarela
Badan amal merupakan sebuah organisasi atau individu yang bersedia membantu memberi perkhidmatan
atau pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan kepada pihak lain tanpa mengharapkan apa-apa
balasan atau sebarang ganjaran

More Related Content

What's hot

Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awalNor Saroni
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikancik noorlyda
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 

What's hot (20)

Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
EDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdf
EDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdfEDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdf
EDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdf
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
 
Teknik Bercerita
Teknik BerceritaTeknik Bercerita
Teknik Bercerita
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 

Viewers also liked

Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaSuziana Kamaruddin
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1Mohd Zaidi
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifMohd Nizam
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )Nur Farhanie
 
Kategori kanak-kanak pintar cerdas
Kategori kanak-kanak pintar cerdasKategori kanak-kanak pintar cerdas
Kategori kanak-kanak pintar cerdasanum mss
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]cikgusuepkhas
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahHon Shan Shan
 
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranPresentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranSuziana Kamaruddin
 

Viewers also liked (15)

Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Program inklusif
Program inklusifProgram inklusif
Program inklusif
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )
 
Kategori kanak-kanak pintar cerdas
Kategori kanak-kanak pintar cerdasKategori kanak-kanak pintar cerdas
Kategori kanak-kanak pintar cerdas
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Pengenalan inklusif
Pengenalan inklusifPengenalan inklusif
Pengenalan inklusif
 
Lipi daya saing inklusif (yuti)
Lipi   daya saing inklusif (yuti)Lipi   daya saing inklusif (yuti)
Lipi daya saing inklusif (yuti)
 
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranPresentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 

Similar to Pendidikan inklusif

Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasUmmi Maim
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pkazizahazhar6370
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaGabanSiam
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasFaridah Bachok
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasShaifull Niell
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Nik Najihah
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)farhana90226
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upayaqila95
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khasmurni mohamat
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasShikin Shukri
 
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasDasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasNur Kareena
 

Similar to Pendidikan inklusif (20)

Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khas
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
7 9
7 97 9
7 9
 
Rumusan
RumusanRumusan
Rumusan
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Definisi pendidikan khas
Definisi pendidikan khasDefinisi pendidikan khas
Definisi pendidikan khas
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upaya
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
 
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasDasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (14)

Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

Pendidikan inklusif

  • 1. Pendidikan Kanak-kanak Berkerperluan Khas di Malaysia PENGENALAN : Kanak-kanak keperluan khas atau kanak-kanak istimewa salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak keperluan khas ini merangkumi kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya.Mereka yang dikenali sebagai berkeperluan khas ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi penyumbang kepada masyarakat dan negara.Mereka tidak wajar dipinggirkan, malah perlu diberi pendidikan. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka agak berbeza dan ia digelar sebagai sebagai pendidikan khas. DEFINASI PENDIDIKAN KHAS Pendidikan khas didefinasikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek- aspek pengajaran dan pembelajaran latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital atau institusi. Menurut Chua, 1992 pendidikan khas merupakan satu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Manakala Slavin (1997) pula mendefinasikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Pelajar Berkeperluan Khas Pendidikan khas di Malaysia adalah pendidikan yang disediakan untuk pelajar-pelajar keperluan khas. Pelajar-pelajar berkerperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa adalah pelajar - pelajar cacat daripada pelbagai jenis atau ketegori kecacatan yang meliputi ketidak upayaan atau kesukaran yang disebabkan oleh ketidakfunsian sistem saraf. Pelajar-pelajar ini memerlukan pendidikan khas kerana mereka memerlukan pengubahsuaian dalam amalan hidup biasa. Lerner et al. (1998), dalam memperihalkan kanak-kanak istimewa di peringkat prasekolah, mencadangkan dua kategori kanak-kanak, iaitu kanak-kanak yang dinggap mempunyai risiko untuk gagal dalam pelajaran di bangku sekolah dan kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di bawah sesuatu akta atau undang-undang khas di sesebuah negara. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa bolehlah ditaksirkan sebagai kanak- kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperolehi keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakatan kerana had fizikal atau mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).
  • 2. Kesimpulannya, pendidikan khas adalah pendidikan yang ditujukan kepada pelajar-pelajar yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat mental,bermasalah pembelajaran dan tingkah laku, cacat budaya atau sosial, cacat fizikal dan sebagainya, termasuk juga pelajar-pelajar pintar cerdas. Falsafah Dan Matlamat Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan(1986) menggariskan falsafah Pendidikan Khas yang bersifat progresivisme. Falsasah itu berbunyi: “Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas seperti diberi kepada pelajar-pelajar biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan keperluan tenaga rakyat dan untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara kearah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih” Falsafah Pendidikan Khas menegaskan kepentingan kita mengenalpasti perbezaan-perbezaan dalam diri setiap pelajar dan antara mereka. Disebabakan oleh kewujudan perbezaan-perbezaan,pelbagai keperluan pendidikan khas turut diperlukan. Pendidikan Khas perlu memenuh keperluan-kepeluan ini supaya setiap pelajar dapat berfungi sedaya yang mungkin. Kesimpulannya, serupa dengan falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Khas menekankan perkembangan optimum seseorang individu sebagai orang yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri serta menyedari potensi diri kepada masyarakat. Falsafah ini juga menyediakan peluang-peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas, seperti yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa untuk perkembangan sosial dan psikologi yang seimbang. Guru-guru terlatih merupakan komponen penting dalam program pendidikan khas .Guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar luar biasa ini memerlukan latihan tertentu yang khusus digunakan untuk mengendalikan program-program yang disediakan untuk pelajar-pelajar tersebut. Setiap guru terlatih khas haruslah mempunyai kelayakan perguruan yang asas untuk mengajar pelajar-pelajar normal supaya mereka mengetahui pertumbuhan dan perkembangan normal pelajar-pelajar. Guru pendidikan khas juga harus mempunyai sifat kesabaran, kerajinan sentiasa berikhtiar untuk memperolehi sesuatu, perlu kreatif mempunyai hubungan yang mesra dengan pelajar, perancangan yang berkesan dan sentiasa berkerjasama dengan rakan sejawat dan guru besar. Matlamat Dan Tujuan Pendidikan Khas Matlamat umum pendidikan khas ialah menyediakan perkembangan optimum pelajar dengan keperluan- keperluan pelajar khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.Di Malaysia matlamat umum pendidikan khas ialah untuk memberi pendidikan yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam persekitaran.
  • 3. Terdapat beberapa tujuan pendidikan khas yang spesifik seperti yang dinyatakan oleh Isahak Haron dan Koh Boh Boon (1982). Mereka memberikan beberapa tujuan pendidikan khas seperti berikut: menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani, kekuatan kanak-kanak luar biasa perlu dikesan dan diberi penekanan. memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak cacat fizikal atau akal boleh menjadi pekerja yang berguna dalam masyarakat. mencegah sesuatu ketidakbolehan dari menjadi sesuatu kecacatan mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan memperkembangkan atau memulihkan perasaan yakin diri dan sanggup mencapai sesuatu pada setiap kanak-kanak luar biasa mengeratkan kanak-kanak cacat dengan masyarakat biasa supaya mereka yang cacat ini dapat diterima oleh masyarakat Bagi mencapai matlamat dan tujuan ini, pelaksanaan harus dibuat untuk mewujudkan program pembelajaran yang menggalakkan perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek serta sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak istimewa. Kategori Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas Masalah Pendengaran Seseorang yang rosak atau bermasalah pendengaran, kerap kali dikatakan sebagai pekak. Anggapan ini adalah salah kerana bukan semua orang yang bermasalah pendengaran tidak boleh mendengar. Tetapi pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Seseorang yang dilahirkan dengan masalah pendengaran, perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan semakin teruk jika pelajar-pelajar tersebut langsung tidak mendengar, sudah pasti ianya tidak dapat bercakap. Masalah Penglihatan Pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu buta yang langsng tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan.Pelajar-pelajar buta belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu dan rasa. Mereka menggunakan tulisan braille untuk membaca dan tongkat untuk bergerak dari satu tempat ketempat yang lain. Pelajar-pelajar separuh buta pula mempunyai deria penglihatan yang kabur dan memerlukan bantuan seperti pemakaian cermin mata atau mendapatkan rawatan doktor pakar. Bermasalah Pembelajaran Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ialah pelajar-pelajar yang dikenal pasti dan disahkan oleh doktor- doktor pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian pelajar seperti kebolehan kognitif, perkembangan sosial, penguasaan bahasa lisan dan kemahiran matematik. Pelajar-pelajar ini boleh dikesan melalui beberapa cara. Biasanya kriteria yang digunakan ialah kekerapan kegagalan yang dialami pelajar-pelajar tersebut berbanding dengan kekerapan kejayaan mereka. Jenis-jenis kumpulan pelajar yang bermasalah pembelajaran ialah: lemban sindrom down Hipoaktif Hiperaktif
  • 4. Gangguan emosi dan masalah tingkah laku Cerebral palsy Pelbagai kecacatan Terencat akal ringan dan sederhana Autistik Masalah pertuturan dan epilepsi Pelajar Pintar Cerdas Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, pelajar-pelajar pintar cergas ialah pelajar-pelajar yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan oleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal.Pelajar-pelajar ini dianggap mempunyai keblehan luar biasa. Pelajar-pelajar ini memerlukan program pendidikan khas yang berbeza daripada program biasa untuk mencungkil potensi mereka.Golongan ini biasanya mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding pelajar- pelajar biasa.Ujian kecergasan boleh dilasanakan untuk mengenal pasti pelajar pintar cergas yang bertujuan mengukur tahap kecergasan dan intelek golongan ini.Seseorang pelajar yang mempunyai IQ 120 ke atas dikategorikan sebagai pelajar cergas. Program Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas bermaksud suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan program percantuman sekolah biasa dengan pelajar-pelajar yang menpunyai kecacatan penglihatan atau kecacacatan pendengaran. Program-program ini akan diperjelaskan seperti berikut Sekolah Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan masalah penglihatan. Ia wujud di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Program yang ditawarkan ialah prasekolah Pendidikan Khas, Sekolah Rendah, Pelajaran Menengah dan Pendidikan teknik dan Vokasional Pendidikan Inklusif Secara umumnya, istilah “inklusif” bermaksud menintergrasikan pelajar-pelajar keperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dengan keadaan normal seperti pelajar-pelajar biasa, tanpa mengira status(Naim, 1997). Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis iaitu, pendidikan inklusif separuh masa, di mana pelajar- pelajar hanya dimasukkan kekelas biasa bagi beberapa mata pelajaran sahaja.Manakala pendidikan inklusif sepenuh masa, iaitu program pelajar-pelajar dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua mata pelajaran (Naim, 1997). Mengikut Bariah (1995), terdapat empat objektif pendidikan inklusif seperti: meningkatkan keseadaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.
  • 5. memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep diri mereka untuk mengelak daripada berlakunya diskrminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Mengikut Deschenes et al.(1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dalam strategi pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanna program pendidikan inklusif iaitu : Saiz – menyesuaikan jumlah perkara/pelajaran yang pelajar sepatutnya belajar/capai Masa – menyesuiakan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian Tahap sokongan – menyesuaikan bantuan secara individu kepada pelajar yang memerlukannya Input- menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian/keupayaan seseorang pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang diajar Penglibatan – menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua pelajar terlibat di dalamnya. Kurikulum – menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran gaya pembelajaran dan minat pelajar untuk menbantu setiap pelajar mencapai matlamat masing-masing Rancangan Pendidikan Individu Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang dirancang khas untuk seseorang pelajar. Ia bertujuan untuk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. Ia juga merupakan perjanjian bertulis antara ibu bapa dengan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan tersebut boleh dpenuhi. Bender (1995), mendefinasikan RPI sebagai satu program pengajaraan berasasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu pelajar yang kurang upaya. Antara objektif Rancangan pendidikan Individu ialah : membawa penglibatan pelajar dalam pendidikan inklusif untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah mengindividukan keperluan pelajar untuk pencapaian terkini serta aspirasi akan datang. berdasarkan kepada kekuatan pelajar. Prinsip Rancangan Pendidikan Individu yang boleh digunakan dalam pelaksaan program ini: sesuai dengan umur fleksibel berorentasikan masa akan datang menggunapakai pendekatan holistik untuk pendidikan pelajar Program Pengayaan Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (1988), konsep program pengayaan bermaksud. “Aktiviti- aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang dipelajari.Melalui aktiviti- aktiviti ini, pelajar-pelajar akan mendapat peluang-peluang tambahan unrtuk mengembangkan lagi minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka”. Program pengayaan ini bertujuan mengembangkan potensi pelajar ketahap yang sebenar dan membolehkan mereka mencuba sesuatu yang baru untuk meningkatkan lagi daya kreativiti dan kebolehan intelek mereka. Aktiviti pengayaan boleh dibahagikan kepada dua kategori: pengayaan secara mendatar
  • 6. pengayaan secara menegak Pengayaan secara mendatar merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untu kumpulan mengikut kebolehan. Pengayaan secara menegak pula merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan yang cergas sahaja. Program Pendidikan Pemulihan Menurut Kamus Dewan, perkataan “pulih” bermaksud “kembali seperti biasa” atau “sembuh”, tetapi maksud pemulihan dalam konteks pendidikan boleh diertikan sebagai “sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul”. Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff, (1983) pendidikan khas didefinasikan sebagai “satu tindakan kursus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat kursus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumplan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus bagi guru pemulihan”. Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran didalam darjah ialah satu usaha untuk mendorong pelajar yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Biasanya pelajar yang memerlukan pemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya memahami konsep yang betul. Menurut Kementerian pelajaran Malaysia(2000), objektif pendidikan pemulihan ialah : membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran memberi peluang kepada pelajar untuk belajar matematik mengikut kebolehannya membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh pelajar membina keyakinan diri Program pendidikan Khas yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO Program Pemulihan Dalam Komuniti Program pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ialah satu pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif ibu bapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan orang kurang upaya (OKU), khususnya di peringkat tempatan dalam konteks struktur perkhimatan dan rancangan pembangunan sedia ada. Antara tujuan pelaksanaan PDK ialah: meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya ke tahap maksimum. memberi kesedaran masyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang kurang berupaya perlukan bantuan memulihkan OKU supaya boleh berfungsi seperti biasa memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golonga orang kurang upaya ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan. Aktiviti di PDK dilaksanakan melalui beberapa aktiviti seperti berikut: Aktiviti harian - mengurus diri, makan , menyikat rambut, ketandas dan sebagainya. Kemahiran motor kasar - melibatkan pergerakan otot iaitu anggota tubuh badan seperti berjalan berlari, merangkak dan sebagainya Kemahiran motor halus - melibatkan pemikiran, penglihatan serta pergerakan jari-jari seperti membuat kueh, menggunting kertas dan lain-lain.
  • 7. Aktiviti-aktiviti di kelas prasekolah dan juga perkembangan sosial Programn Swasta Mengikut Sayed Rahman (1995) program pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas boleh diketagorikan kepada dua iaitu: i. Pusat -pusat pemulihan yang khusus bagi mereka yang memerlukan bimbingan dan pemulihan yang rapi dan terancang. Di Malaysia contohnya ialah Taman Sinar Harapan, Pusat Latihan Orang Cacat serta sekolah-sekolah Khas ii. Pemulihan sendirian iaitu aktiviti pemulihan bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang dilakukan oleh ibu bapa aau penjaga dirumah sahaja Program Pendidikan Badan Amal dan Sukarela Badan amal merupakan sebuah organisasi atau individu yang bersedia membantu memberi perkhidmatan atau pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan kepada pihak lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan atau sebarang ganjaran