SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
1.0 Pengenalan
Ramai orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota,
pekak , bisu dan buta. Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami
masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU
di bawah masalah pembelajaran. Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di
Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk
mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan
fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain.
Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang
mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak
yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan
hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga
kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun. Selain
itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan
membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas.
Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti
pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu,
lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas.
Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan
bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan
sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya
adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar. Kebanyakan mereka akan
diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Guru-guru akan membantu
pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain. Sesungguhnya
mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit peningkatan dalam
pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai
juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil. Ini adalah titik
permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian
seterusnya.
Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu
dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami
penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di
klinik psikiatri. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang
memberikan perkhidmatan ini. Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa
ataupun oleh doktor dari mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan
Remaja di Klinik Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas pelajar-pelajar
ini akan dilakukan pada sesi pertama.
Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient)
pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah
pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji untuk bertemu
doktor. Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan
akademik pelajar dari pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah
pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke Jabatan
Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini adalah amat perlu untuk memastikan
mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana belajar yang lebih
selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain adalah pelajar yang tidak
mengalami masalah pembelajaran.
Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat
dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan
rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi. Pun begitu,
ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU dan tidak mahu
anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas. Ini adalah antara masalah
yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum rujukan dibuat, perbincangan secara
mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar mereka tidak salah anggap dan faham mengapa
kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada pakar. Penting untuk doktor menerangkan tentang
kelebihan pendaftaran OKU ini, lagipun pihak kerajaan telah memberi banyak peruntukan
untuk OKU.
Sementara itu, kanak-kanak ini akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk
penilaian lanjut oleh jurupulih cara kerja di HUSM. Selepas penilaian, jurupulih cara kerja
yang memang terlatih dengan masalah pembelajaran ini akan melakukan terapi yang
bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini. Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami
masalah seperti sensori integrasi dan pengamatan yang menyebabkan mereka mengalami
kesukaran dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Latihan di unit ini perlu dilakukan
secara berkala untuk memastikan keberkesanan terapi. Pada masa yang sama, pelajar
berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan sekiranya mempunyai masalah pertuturan dan unit-
unit lain yang berkaitan sekiranya perlu. Ini adalah satu rawatan yang komprehensif untuk
kanak-kanak dengan masalah pembelajaran.
Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang
mudah tetapi ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak untuk
memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar normal yang lain.
Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pembelajaran
menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-guru yang mengenal
pasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam LINUS tahun 1(saringan 3) untuk
menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat yang
sepatutnya dalam sistem pendidikan.
2.0 Definisi
Murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang telah dikenal pasti dan
disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai permasalahan yang mengganggu proses
pembelajaran. Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian
murid-murid dalam kebolehan-kebolehan fizikal, intelek, emosi dan sosial. Istilah lain juga
telah digunakan untuk “ kanak-kanak berkeperluan khas ” ini seperti kanak-kanak istimewa,
kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak
abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan
perkembangan.
Menurut Akta Pendidikan 1996, murid-murid berkeperluan khas bermaksud murid-
murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah
pembelajaran. Menurut Heward 2003, kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak
Pintar Cerdas merupakan kumpulan pelajar yang memerlukan pengubahsuaian kepada
kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka. Kail
2001 menyatakan bahawa hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar
biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.
Murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran pula merupakan mereka yang telah
dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang
mengganggu proses pembelajaran. Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai
murid yang mempunyai masalah kognitif ( Kerencatan Akal ) yang dianggap boleh diajar
( Educable ) dan boleh mendapat pendidikan formal ( Encik Abdul Rahman Bin Talib, 2007 ).
Terdapat banyak ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran antaranya melalui ciri fizikal,
intelek, sosial dan peribadi.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima
pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka namun mereka
mungkin akan mempunyai tindak balas yang agak kurang dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran biasa. Oleh itu, wujud kurikulum bagi mereka yang bertujuan untuk membantu
mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh yang meliputi aspek intelek, rohani,
jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi
masyarakat yang berguna dan berdikari.
3.0 Ciri Murid Berkeperluan Khas
3.1 Murid-Murid Masalah Pendengaran
Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya
pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu
menggunakan deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami. Kamus Dewan (1986)
pula menyatakan bahawa masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak
dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain
3.2 Jenis-jenis masalah pendengaran
I. Separuh pekak
Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka rosak tetapi ianya
masih terdapat sisa pendengaran. Biasanya deria dengar mereka masih boleh
berfungsi sama ada dengan bantuan alat pendengaran atau tidak (Brill, Mac
Neil & Newman, 1986)
II. Pekak
Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat
berfungsi langsung. Kecacatan diperolehi sama ada sebelum, semasa atau
selepas kelahiran. (Brill, Mac Neil & Newman,1986)
3.3 Masalah Penglihatan
Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan
kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah
penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn
keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan
pencapaian mereka. Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama
seperti diikuti oleh murid normal.
Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada
penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala
bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan
dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi)
Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran
yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa
yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan
kecacatan terhadap keupayaan mereka.
3.4 Klasifikasi Low Vision Dan Blind Mengikut Ukuran Ketajaman Penglihatan Dan
Akuiti Visual.
Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun
warna ataupun disebut penglihatan terhad (low vision). Pertubuhan kesihatan
dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas sebagai.
I. Kebutaan
Penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun
medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima
rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive)
II. Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision).
Penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang
terbaik ataupun Medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah
rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan
penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria
penglihatan.
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan
antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan
ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan kha. Masalah
penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut:
i. Sederhana
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-
kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria
penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.
ii. Teruk
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin
memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti
malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan
termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.
iii. Sangat Teruk
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak
menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan
mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.
4.0 Masalah Pembelajaran
Murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang telah dikenal pasti dan disahkan
oleh pakar profesional klinikal sebagai permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran.
Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid
dalam kebolehan- kebolehan Fizikal, Intelek, Emosi Dan Sosial. Kanak-kanak berkeperluan
khas (Exceptional Children) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar.
Kanak-kanak Pintar Cerdas (Gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi
daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan
kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward 2003).
Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa
atau kanak-kanak berkeperluan khas. Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai
murid yang mempunyai masalah kognitif (Kerencatan Akal) yang dianggap boleh diajar
(Educable) dan boleh mendapat pendidikan formal ( Encik Abdul Rahman Bin Talib, 2007 ).
4.1 Disleksia
Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys´
bermaksud kesukaran´dan ‘lexia´ bermaksud ‘perkataan´. Terjemahannya
membawa maksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Menurut Sanders
dan Myers (1996), kanak-kanak yangmengalami ciri-ciri disleksia
mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan,menulis dan
mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupadalam
kerja nombor dan mengenali symbol-simbol, seperti not muzik atau simbol
matematik. Manakala menurut Drake (1989) [dalam Madya Zhagan (1999)]
masalahpembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu
I. Kesukaran belajar bahasa
II. Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
III. Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
IV. Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat
V. Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada
tulisan
VI. Daya tumpuan yang terhad
4.2 Attention Deficit Hyperactivity Disorder ADD/ADHD
Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD
sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan
sebelum berumur tujuh tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi
tumpuan, impulsive, dan hiperaktif-impulsif yang lebih kerap dan teruk
berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap
perkembangannya. Menurut Barkley (2005), faktor yang disebabkan oleh
genetik lebih jelas diperhatikan dalam masalah hiperaktif. Antara ciri-ciri
kanak-kanak ADHD ialah:
I. Tidak memberi tumpuan
II. Impulsif
III. Hiperaktif
4.3 Sindrom Down
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom
tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-
kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat
dalam setiap satu sel. Kromosom merupakan serat-serat khusus yang terdapat
dalam setiap sel dalam badan manusia, di mana terdapat bahan-bahan genetik
yang menentukan sifat-sifat seseorang. Penyakit ini juga dikenali sebagai
Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan
boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan
dengannya.
Kanak-kanak Sindrom Down, mempunyai cirri-ciri fizikal yang unik
dimana mereka mempinyai iras muka yang hamper sama seperti muka orang
Monggol. Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek. Jarak
diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Mata mereka
sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian
luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang
menutupi bahagian dalam mata.
Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat
. Saiz lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir.
Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur . Paras telinga
adalah lebih rendah. Kebiasaannya, kepala mereka lebih kecil dan agak leper
dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek.
4.4 Autisme
Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada
kanak-kanak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia
tiga tahun. Penyebab autisme adalah gangguan neurobiologis yang
menjejaskan fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu
berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara berkesan. Gejala
yang sangat menonjol adalah sikap kanak-kanak yang cenderung tidak
mempedulikan persekitaran dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak
berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri.
Anak autistik juga mengalami kesukaran dalam memahami bahasa dan
berkomunikasi secara lisan
I. Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya.
Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka.
Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh
orang lain.
II. Interaksi Sosial
Penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk
bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila
mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang
memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa
tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak
pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka
akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan
mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi
keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu
mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan
mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada
orang tersebut.
III. Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme,
mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka
akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang
munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar
dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang
mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia
yang agresif.
4.5 Kerencatan Mental
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-
kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah
dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental
retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala
mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-
cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-
kecacatan fizikal atau anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan
anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.
I. Ciri-Ciri Terencat Mental
Golongan murid ini hanya mempunyai darjah kecerdasan 50%
kebawah. Mereka tergolong dalam kumpulan yang dungu, lemah akal,
tolol atau tongong. Terdapat beberapa ciri khusus yang boleh
diperhatikan pada murid-murid ini iaitu kesihatan mereka menghadapi
kesukaran semasa makan dan selalu muntah dan sukar bernafas.
II. Tingkah laku yang dihadapi ialah
I. Mereka akan menggigit sesuatu dalam mulut tetapi tidak
mahu mengeluarkan.
II. Air liuh meleleh tanpa kawalan
III. Sukar tidur dan terjaga pada waktu malam tetapi mereka
juga akan tidur berlebihan
IV. Mereka juga selalu menangis dan kadang-kadang mereka
menangis tanpa sebab.
V. Merangkak dan berjalan lebih lambat daripada kanak-
kanak lain
VI. Tidak menoleh apabila dipanggil dan tidak bertindak
balas terhadap bunyi.
VII. Mereka bingung kepada cahaya lampu, bunyian dan
sentuhan
VIII. Murid-murid ini lebih pendiam dan menyendiri
IX. Suara terlalu lembut dan sengau
5.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Dan Alat Bantu Mengajar (ABM)
5.1 Penggunaan Alat Bantu Mengajar
Penggunaan alat bantu mengajar sangat penting dalam proses pengajaran pelajar
yang berkelainan upaya. Teknik menggabungkn pembelajaran secara Bahasa dengan
aktiviti sangat penting bagi mengelakkan kakank-kanak mudah rasa jemu sepanjang
proses pembelajaran. Sebagai guru yang terliat dengan pendidikan pelajar kelainan
upaya, gueu haruslah kreatif dalam merangkan sesuatu aktiviti bagi menarik minat
para pelajar dalam mengikuti proses pengajaran yang dirancang.
Guru boleh menggabungkan pembelajaran Bahasa dengan aktiviti (Bernice
Burnip,2002:169)). Antara aktiviti yang guru boleh jalankan di dalam bilik darjah
ialah lakonan, nyayian, permainan boneka atau sebarang alat bantu mengajar yang
mampu menarik minat para pelajar untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan.
Penggunaan alat bantu mengajar mestlah bersesuaian dengan keperluan murid yang
terlibat. Penggunaan bahan mengajar yang maujud, berwarna-warni dan menarik
sangat digalakkan dalam proses penyediaan bahan bantu mengajar kepada kanak-
kanak yang berkeperluan khas ini. Rajah berikut merupakan salah satu contoh bahan
alat bantu mengajar yang sesuai diguna pakai.
Bahan bantu mengajar biasanya bersaiz besar dan tahan pecah, kerana bahan tersebut
akan digunakan oleh pelajar tersebut dalam tempoh masa yang lama dan bagi pelajar yang terlalu
aktif, berkemungkinan besar akan merosakkan bahan tersebut. Oleh yang demikian, bahan yang
digunakan kebanyakanya tahan dan bersaiz besar bagi memberi gambaran jelas tentang topik
pembelajaran yang ingin difokuskan.
Peralatan lain yang kebiasaanya ada di kelas pendidikan khas ini ialah carta, bahan replica,
mobil, bahan maujud yang merangsang minda murid, bahan peralatan seni, peralatan muzik,
bahan untuk pelajar urus diri, bahan dan peralatan pendidikan jasmani, bahan untuk memasak
yang sesuai dan bahan aktiviti berkebun yang sesuai. Kesemua bahan yang ada merupakan bahan
yang mampu untuk digunakan oleh pelajar khas dan tidak mendatangkan bahaya kepada mereka.
RPH
Objektif
Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat :
1. Mengenal huruf jawi tunggal.
2. Menyebut huruf jawi tinggal.
3. Menulis huruf jawi tunggal.
Hasil Pembelajaran
1. Pelajar dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal.
Kemahiran bahasa: Menyebut huruf jawi
Sistem bahasa: Sintaksis
Bahan bantu mengajar: Kotak Alam, Set permainan “ merujuk kepada gambaran suasana
di darat dan laut”
Pengisian kurikulum:
i. Ilmu : Pendidikan Islam
ii. Nilai : Kerjasama, Kerajinan, ketekunan ,keberanian
iii. Kemahiran bernilai tambah : Kemahiran berfikir
Pengetahuan sedia ada pelajar :
1. Pelajar telah belajar definisi frasa dan 4 jenis frasa.
2. Pelajar telah mempunyai pengalaman bermain permainan set gambaran suasana bumi
dalam bentuk permainan.
3. Pelajar dapat pengalaman untuk berkomunikasi secara kritikal dengan kawan-kawan.
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun 1 : 1 Bestari
Bilangan pelajar : 24/25
Tarikh : 6 Oktober 2015 ( Jumaat )
Masa : 50 minit ( 9.30 am-10.20am )
Tajuk : Jawi
Jenis : Huruf Jawi Tunggal
Bidang : Maklumat
Model pengajaran : Pembelajaran Koperatif
Fasa / Masa /
Perkara
Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan
Nilai / KBT
Set induksi
( 10 minit )
Aktiviti membentuk
kumpulan (Teknik
coperatif)
 Guru memberi peluang
kepada murid untuk
membentu kumpulan
sesama sendiri.
 Guru melantik ketua
kumpulan dan pangkat
masin-masing kepada ahli
yang lain.
 Guru memberi masa untuk
mereka berkenalan dengan
lebih dekat antara mereka.
 Guru menyuruh mereka
untuk membuat nyanyian
kumpulan dengan
mengaitkan dengan
pembelajaran sebagai
contoh Alif BA Taa.
 Pelajar bergerak - gerak
untuk membentuk
kumpulan.
 Mereka akan
berkomunikasi antara satu
sama lain.
 Mereka berfikir dengan
labih kreatif untuk
mencipta nyanyian
kumpulan.
Nilai :
Kerjasama
Nilai :
Keyakinan
Fasa 1
( 10 minit )
(Teknik round robin)
 Guru menerangkan
pembelajaran dan aktiviti
hari ini ialah berkaitan
sebutan huruf jawi.
 Guru menerangkan
definisi huruf jawi
 Guru akan memberitahu
kepada murid untuk
diadakan pertandingan dan
murid perlu menghafal
huruf-huruf jawi dengan
menggunakan teknik
round robin.
 Pelajar mendengar
penerangan tentang
definisi dengan tekun.
 Pelajar membaca buku
teks
 Pelajar mendengar
dengan tekun mencatat
nota
Nilai :
Ketekunan
Nilai :
Kerajinan
Fasa 2
Transisi
(Pertandingan)
(5 minit)
 Guru menerangkan cara
pertandingan supaya
murid faham untuk
bermain permainan olok-
olok yang digambarkan di
dalam kit media.
 Wakil kumpulan perlu
kehadapan perlu
kehadapan untuk
menerangkan kembali
kepada semua supaya
setiap orang memahami
kaedah permainan.
 Guru meletakkan kit
media di sudut hadapan
kelas untuk menunjukkan
gambaran awal
pertandingan.
 Pelajar diberi masa
untuk bersedia dengan
berbincang sesama ahli
sebelum memulakan
pertandingan.
 Pelajar diberi peluang
untuk merujuk buku
teks.
KBT:
Kemahiran
berfikir
Fasa 3
Penilaian
perkembangan
pelajar
( 20 minit )
 Guru akan memulakan
pertandingan dengan
memanggil kumpulan
pertama kehadapan,
seterusnya kedua dan
keseterusnya secara
berasingan.
 Guru memberi masa 3
minit untuk setiap
kumpulan menyelesaikan
tugasan yang perlu
diselesaikan berkaitan
dengan kit media yang
disediakan.
 Selesai pertandingan guru
membimbing akan
membetulkan jawapan
pelajar yang salah.
 Setiap kumpulan
berusaha untuk
menyiapkan tugasan yang
diberikan supaya mereka
menang dalam
pertandingan.
 Pelajar berfikir dengan
cepat dan tangkas supaya
dapat menyelesaikan
tugasan dengan cepat dan
sempurna.
Nilai :
Keberanian
Keyakinan
KBT :
Kemahiran
berfikir
Penutup
( 5 minit )
 Guru meminta pelajar
untuk merumuskan
 Pelajar merumuskan
tentang pembelajaran
Nilai :
Keyakinan
pengalaman pembelajaran
pada hari ini.
 Guru membuat
kesimpulan
pada hari ini. KBT :
Kemahiran
berfikir
6.0 MODUL/ KAEDAH UNTUK MELAKSANAKAN TEKNIK DAN STRATEGI
PENGAJARAN YANG BERKESAN DALAM PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
6.0 Modul Pdp Tilawah Al-Quran
6.0.1 Model kelas pengajaran & pembelajaran Kaedah Iqra’
6.0.2 Model Hafazan
6.0.3 Model Tasmik
6.0.4 Guru yang mengendalikan aktiviti berikut terdiri daripada guru Pendidikan
Islam dan guru yang mengajar Pendidikan Islam Pendidikan Khas
6.1 Modul Pdp Ibadah (Amali Solat)
6.1.1 Model kelas pengajaran dan pembelajaran Amali Solat ( Teori & Amali)
6.2 Modul Pdp Sirah
6.2.1 Model kelas pengajaran dan pembelajaran Bercerita
6.2.2 Model kelas pengajaran dan pembelajaran Video (Tmk)
6.3 Modul Aqidah & Akhlak
6.3.1 Model kelas pengajaran dan pembelajaran interaksi sosial dan
pemprosesan informasi
6.4 Konsep Belajar Sambil Bermain
Permainan adalah suatu aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk
belajar. Permainan berbentuk pertandingan atau perlawanan bersama dengan
peraturan tertentu akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dalam suasana yang seronok.
6.4.1 Permainan ”Roda Impian Jawi”
Permainan ini adalah sama seperti rancangan realiti ”Roda Impian” .
Murid diminta memilih satu suku kata atau huruf Jawi dan memusing roda.
Penanda yang terdapat pada roda akan berhenti di salah satu suku kata atau huruf.
Pelajar yang memusing roda diminta menyambung dan mengeja suku kata
tersebut menjadi perkataan yang mudah difahami.
6.4.2 Joran Jawi
Guru menyediakan kad huruf tunggal hijaiah atau kad suku kata terbuka
berbentuk ikan. Pelajar akan memancing menggunakan joran dan akan mengeja
suku kata. Pelajar yang dapat mengeja dengan betul akan diberi ganjaran.
6.4.3 Pandai Joran
Kad-kad huruf tunggal jawi akan ditampal di atas polisterin secara
berselerak. Pelajar akan memilih dan menyebut suku kata atau huruf berulang
kali. Pelajar yang tidak dapat menguasa kemahiran akan diajar menyebut huruf
atau mengeja suku kata terbuka.
7.0 Penutup
Secara kesimpulannya, proses pembelajaran berbentuk inklusif ini banyak memberi
impak yang positif kepada bakal guru. Pendedahan awal berkaitan pendidikan inklusif ini
penting untuk membentuk guru yang berkeboleh daripada setiap sudut. Hal ini demikian
kerana, persidaan daripada awal perlu untuk memudahkan proses pengajaran yang akan
berlangsung di sekolah.
Selain itu, guru- guru juga perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mencari kaedah atau
alternative yang boleh digunakan dalam membantu murid berkeperluan khas ini mengharungi
liku- liku pembelajaran. Kita harus ingin potensi yang ada pada diri murid ini perlu kita bantu
untuk memperkembangkan lagi potensi tersebut.
8.0 Bibliografi
Mohd Zuri Ghani, (2014): Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Tanjung malim :
Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohd Zuhri Ghani, Aznan Che Ahmad, Zainuddin Mohd Isa ,(2013) : Masalah Pembelajaran
Tanjung Malim :Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohd Zuri Ghani , Aznan Che Ahmad (2013), Pengantar Pendidikan Khas. Penerbitan
Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Ramlan salim,(2015): Masalah Pembelajaran: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

More Related Content

What's hot

Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah laku
Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah lakuBuku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah laku
Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah lakudiba96jamal
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Peranan ibu bapa terhadap Pemulihan Dalam Komuniti
Peranan ibu bapa terhadap Pemulihan Dalam KomunitiPeranan ibu bapa terhadap Pemulihan Dalam Komuniti
Peranan ibu bapa terhadap Pemulihan Dalam Komunitifarah azrin
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksiaNur Kareena
 
Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (OKU): Definisi, Statistik & Rangka Cadang...
Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (OKU): Definisi, Statistik & Rangka Cadang...Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (OKU): Definisi, Statistik & Rangka Cadang...
Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (OKU): Definisi, Statistik & Rangka Cadang...Initiative for Malaysian Humanitarian
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasZalina lina
 
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  sistem  pendidikan di malaysiaTajuk 1  sistem  pendidikan di malaysia
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysiakiasportage
 
masalah penglihatan
masalah penglihatanmasalah penglihatan
masalah penglihatanakmafauzia
 
Perkembangan pencapaian dan sosial pelajar pendidikan khas bermasalah pendeng...
Perkembangan pencapaian dan sosial pelajar pendidikan khas bermasalah pendeng...Perkembangan pencapaian dan sosial pelajar pendidikan khas bermasalah pendeng...
Perkembangan pencapaian dan sosial pelajar pendidikan khas bermasalah pendeng...Mashithah Khalid
 
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.Nurul Fatinajihah
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakRawiah Al-Adawiah
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuNur Khairi
 
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984Izuan Iqbal
 

What's hot (20)

Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah laku
Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah lakuBuku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah laku
Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah laku
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Peranan ibu bapa terhadap Pemulihan Dalam Komuniti
Peranan ibu bapa terhadap Pemulihan Dalam KomunitiPeranan ibu bapa terhadap Pemulihan Dalam Komuniti
Peranan ibu bapa terhadap Pemulihan Dalam Komuniti
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksia
 
Contoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnalContoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnal
 
Pendidikan Khas
Pendidikan KhasPendidikan Khas
Pendidikan Khas
 
Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (OKU): Definisi, Statistik & Rangka Cadang...
Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (OKU): Definisi, Statistik & Rangka Cadang...Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (OKU): Definisi, Statistik & Rangka Cadang...
Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (OKU): Definisi, Statistik & Rangka Cadang...
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
PERANAN KIWANIS
PERANAN KIWANISPERANAN KIWANIS
PERANAN KIWANIS
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khas
 
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  sistem  pendidikan di malaysiaTajuk 1  sistem  pendidikan di malaysia
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
 
masalah penglihatan
masalah penglihatanmasalah penglihatan
masalah penglihatan
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Perkembangan pencapaian dan sosial pelajar pendidikan khas bermasalah pendeng...
Perkembangan pencapaian dan sosial pelajar pendidikan khas bermasalah pendeng...Perkembangan pencapaian dan sosial pelajar pendidikan khas bermasalah pendeng...
Perkembangan pencapaian dan sosial pelajar pendidikan khas bermasalah pendeng...
 
47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan
 
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
 
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984
 

Similar to Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya

Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khasmurni mohamat
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasFaridah Bachok
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasShaifull Niell
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pkazizahazhar6370
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasShikin Shukri
 

Similar to Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya (20)

Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
1
11
1
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 

Recently uploaded

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (11)

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya

  • 1. 1.0 Pengenalan Ramai orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta. Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran. Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain. Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun. Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas. Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar. Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain. Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil. Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian seterusnya. Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami
  • 2. penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang memberikan perkhidmatan ini. Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh doktor dari mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan dilakukan pada sesi pertama. Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient) pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji untuk bertemu doktor. Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan akademik pelajar dari pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini adalah amat perlu untuk memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain adalah pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran. Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi. Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU dan tidak mahu anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas. Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum rujukan dibuat, perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar mereka tidak salah anggap dan faham mengapa kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada pakar. Penting untuk doktor menerangkan tentang kelebihan pendaftaran OKU ini, lagipun pihak kerajaan telah memberi banyak peruntukan untuk OKU. Sementara itu, kanak-kanak ini akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh jurupulih cara kerja di HUSM. Selepas penilaian, jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan masalah pembelajaran ini akan melakukan terapi yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini. Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi dan pengamatan yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Latihan di unit ini perlu dilakukan
  • 3. secara berkala untuk memastikan keberkesanan terapi. Pada masa yang sama, pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan sekiranya mempunyai masalah pertuturan dan unit- unit lain yang berkaitan sekiranya perlu. Ini adalah satu rawatan yang komprehensif untuk kanak-kanak dengan masalah pembelajaran. Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang mudah tetapi ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar normal yang lain. Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-guru yang mengenal pasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam LINUS tahun 1(saringan 3) untuk menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.
  • 4. 2.0 Definisi Murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran. Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan fizikal, intelek, emosi dan sosial. Istilah lain juga telah digunakan untuk “ kanak-kanak berkeperluan khas ” ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Akta Pendidikan 1996, murid-murid berkeperluan khas bermaksud murid- murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran. Menurut Heward 2003, kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak Pintar Cerdas merupakan kumpulan pelajar yang memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka. Kail 2001 menyatakan bahawa hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran pula merupakan mereka yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif ( Kerencatan Akal ) yang dianggap boleh diajar ( Educable ) dan boleh mendapat pendidikan formal ( Encik Abdul Rahman Bin Talib, 2007 ). Terdapat banyak ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran antaranya melalui ciri fizikal, intelek, sosial dan peribadi. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka namun mereka mungkin akan mempunyai tindak balas yang agak kurang dalam strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, wujud kurikulum bagi mereka yang bertujuan untuk membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh yang meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi masyarakat yang berguna dan berdikari.
  • 5. 3.0 Ciri Murid Berkeperluan Khas 3.1 Murid-Murid Masalah Pendengaran Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami. Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain 3.2 Jenis-jenis masalah pendengaran I. Separuh pekak Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka rosak tetapi ianya masih terdapat sisa pendengaran. Biasanya deria dengar mereka masih boleh berfungsi sama ada dengan bantuan alat pendengaran atau tidak (Brill, Mac Neil & Newman, 1986) II. Pekak Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi langsung. Kecacatan diperolehi sama ada sebelum, semasa atau selepas kelahiran. (Brill, Mac Neil & Newman,1986) 3.3 Masalah Penglihatan Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan
  • 6. dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi) Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka. 3.4 Klasifikasi Low Vision Dan Blind Mengikut Ukuran Ketajaman Penglihatan Dan Akuiti Visual. Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan terhad (low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas sebagai. I. Kebutaan Penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive) II. Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision). Penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun Medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan. Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan kha. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut: i. Sederhana Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak- kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.
  • 7. ii. Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas. iii. Sangat Teruk Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain. 4.0 Masalah Pembelajaran Murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran. Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan- kebolehan Fizikal, Intelek, Emosi Dan Sosial. Kanak-kanak berkeperluan khas (Exceptional Children) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas (Gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward 2003). Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif (Kerencatan Akal) yang dianggap boleh diajar (Educable) dan boleh mendapat pendidikan formal ( Encik Abdul Rahman Bin Talib, 2007 ). 4.1 Disleksia Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys´ bermaksud kesukaran´dan ‘lexia´ bermaksud ‘perkataan´. Terjemahannya membawa maksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Menurut Sanders
  • 8. dan Myers (1996), kanak-kanak yangmengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan,menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupadalam kerja nombor dan mengenali symbol-simbol, seperti not muzik atau simbol matematik. Manakala menurut Drake (1989) [dalam Madya Zhagan (1999)] masalahpembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu I. Kesukaran belajar bahasa II. Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual III. Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak IV. Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat V. Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan VI. Daya tumpuan yang terhad 4.2 Attention Deficit Hyperactivity Disorder ADD/ADHD Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum berumur tujuh tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsive, dan hiperaktif-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya. Menurut Barkley (2005), faktor yang disebabkan oleh genetik lebih jelas diperhatikan dalam masalah hiperaktif. Antara ciri-ciri kanak-kanak ADHD ialah: I. Tidak memberi tumpuan II. Impulsif III. Hiperaktif
  • 9. 4.3 Sindrom Down Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak- kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Kromosom merupakan serat-serat khusus yang terdapat dalam setiap sel dalam badan manusia, di mana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. Kanak-kanak Sindrom Down, mempunyai cirri-ciri fizikal yang unik dimana mereka mempinyai iras muka yang hamper sama seperti muka orang Monggol. Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek. Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Mata mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata. Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur . Paras telinga adalah lebih rendah. Kebiasaannya, kepala mereka lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek. 4.4 Autisme Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada kanak-kanak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Penyebab autisme adalah gangguan neurobiologis yang menjejaskan fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara berkesan. Gejala yang sangat menonjol adalah sikap kanak-kanak yang cenderung tidak mempedulikan persekitaran dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak
  • 10. berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri. Anak autistik juga mengalami kesukaran dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara lisan I. Kognitif Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain. II. Interaksi Sosial Penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut. III. Ganguan Emosi Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.
  • 11. 4.5 Kerencatan Mental Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak- kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara- cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan- kecacatan fizikal atau anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal. I. Ciri-Ciri Terencat Mental Golongan murid ini hanya mempunyai darjah kecerdasan 50% kebawah. Mereka tergolong dalam kumpulan yang dungu, lemah akal, tolol atau tongong. Terdapat beberapa ciri khusus yang boleh diperhatikan pada murid-murid ini iaitu kesihatan mereka menghadapi kesukaran semasa makan dan selalu muntah dan sukar bernafas. II. Tingkah laku yang dihadapi ialah I. Mereka akan menggigit sesuatu dalam mulut tetapi tidak mahu mengeluarkan. II. Air liuh meleleh tanpa kawalan III. Sukar tidur dan terjaga pada waktu malam tetapi mereka juga akan tidur berlebihan IV. Mereka juga selalu menangis dan kadang-kadang mereka menangis tanpa sebab. V. Merangkak dan berjalan lebih lambat daripada kanak- kanak lain
  • 12. VI. Tidak menoleh apabila dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi. VII. Mereka bingung kepada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan VIII. Murid-murid ini lebih pendiam dan menyendiri IX. Suara terlalu lembut dan sengau 5.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Dan Alat Bantu Mengajar (ABM) 5.1 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Penggunaan alat bantu mengajar sangat penting dalam proses pengajaran pelajar yang berkelainan upaya. Teknik menggabungkn pembelajaran secara Bahasa dengan aktiviti sangat penting bagi mengelakkan kakank-kanak mudah rasa jemu sepanjang proses pembelajaran. Sebagai guru yang terliat dengan pendidikan pelajar kelainan upaya, gueu haruslah kreatif dalam merangkan sesuatu aktiviti bagi menarik minat para pelajar dalam mengikuti proses pengajaran yang dirancang. Guru boleh menggabungkan pembelajaran Bahasa dengan aktiviti (Bernice Burnip,2002:169)). Antara aktiviti yang guru boleh jalankan di dalam bilik darjah ialah lakonan, nyayian, permainan boneka atau sebarang alat bantu mengajar yang mampu menarik minat para pelajar untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Penggunaan alat bantu mengajar mestlah bersesuaian dengan keperluan murid yang terlibat. Penggunaan bahan mengajar yang maujud, berwarna-warni dan menarik sangat digalakkan dalam proses penyediaan bahan bantu mengajar kepada kanak- kanak yang berkeperluan khas ini. Rajah berikut merupakan salah satu contoh bahan alat bantu mengajar yang sesuai diguna pakai.
  • 13.
  • 14. Bahan bantu mengajar biasanya bersaiz besar dan tahan pecah, kerana bahan tersebut akan digunakan oleh pelajar tersebut dalam tempoh masa yang lama dan bagi pelajar yang terlalu aktif, berkemungkinan besar akan merosakkan bahan tersebut. Oleh yang demikian, bahan yang digunakan kebanyakanya tahan dan bersaiz besar bagi memberi gambaran jelas tentang topik pembelajaran yang ingin difokuskan. Peralatan lain yang kebiasaanya ada di kelas pendidikan khas ini ialah carta, bahan replica, mobil, bahan maujud yang merangsang minda murid, bahan peralatan seni, peralatan muzik, bahan untuk pelajar urus diri, bahan dan peralatan pendidikan jasmani, bahan untuk memasak yang sesuai dan bahan aktiviti berkebun yang sesuai. Kesemua bahan yang ada merupakan bahan yang mampu untuk digunakan oleh pelajar khas dan tidak mendatangkan bahaya kepada mereka.
  • 15. RPH Objektif Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat : 1. Mengenal huruf jawi tunggal. 2. Menyebut huruf jawi tinggal. 3. Menulis huruf jawi tunggal. Hasil Pembelajaran 1. Pelajar dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal. Kemahiran bahasa: Menyebut huruf jawi Sistem bahasa: Sintaksis Bahan bantu mengajar: Kotak Alam, Set permainan “ merujuk kepada gambaran suasana di darat dan laut” Pengisian kurikulum: i. Ilmu : Pendidikan Islam ii. Nilai : Kerjasama, Kerajinan, ketekunan ,keberanian iii. Kemahiran bernilai tambah : Kemahiran berfikir Pengetahuan sedia ada pelajar : 1. Pelajar telah belajar definisi frasa dan 4 jenis frasa. 2. Pelajar telah mempunyai pengalaman bermain permainan set gambaran suasana bumi dalam bentuk permainan. 3. Pelajar dapat pengalaman untuk berkomunikasi secara kritikal dengan kawan-kawan. Mata pelajaran : Pendidikan Islam Tahun 1 : 1 Bestari Bilangan pelajar : 24/25 Tarikh : 6 Oktober 2015 ( Jumaat ) Masa : 50 minit ( 9.30 am-10.20am ) Tajuk : Jawi Jenis : Huruf Jawi Tunggal Bidang : Maklumat Model pengajaran : Pembelajaran Koperatif
  • 16. Fasa / Masa / Perkara Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan Nilai / KBT Set induksi ( 10 minit ) Aktiviti membentuk kumpulan (Teknik coperatif)  Guru memberi peluang kepada murid untuk membentu kumpulan sesama sendiri.  Guru melantik ketua kumpulan dan pangkat masin-masing kepada ahli yang lain.  Guru memberi masa untuk mereka berkenalan dengan lebih dekat antara mereka.  Guru menyuruh mereka untuk membuat nyanyian kumpulan dengan mengaitkan dengan pembelajaran sebagai contoh Alif BA Taa.  Pelajar bergerak - gerak untuk membentuk kumpulan.  Mereka akan berkomunikasi antara satu sama lain.  Mereka berfikir dengan labih kreatif untuk mencipta nyanyian kumpulan. Nilai : Kerjasama Nilai : Keyakinan Fasa 1 ( 10 minit ) (Teknik round robin)  Guru menerangkan pembelajaran dan aktiviti hari ini ialah berkaitan sebutan huruf jawi.  Guru menerangkan definisi huruf jawi  Guru akan memberitahu kepada murid untuk diadakan pertandingan dan murid perlu menghafal huruf-huruf jawi dengan menggunakan teknik round robin.  Pelajar mendengar penerangan tentang definisi dengan tekun.  Pelajar membaca buku teks  Pelajar mendengar dengan tekun mencatat nota Nilai : Ketekunan Nilai : Kerajinan
  • 17. Fasa 2 Transisi (Pertandingan) (5 minit)  Guru menerangkan cara pertandingan supaya murid faham untuk bermain permainan olok- olok yang digambarkan di dalam kit media.  Wakil kumpulan perlu kehadapan perlu kehadapan untuk menerangkan kembali kepada semua supaya setiap orang memahami kaedah permainan.  Guru meletakkan kit media di sudut hadapan kelas untuk menunjukkan gambaran awal pertandingan.  Pelajar diberi masa untuk bersedia dengan berbincang sesama ahli sebelum memulakan pertandingan.  Pelajar diberi peluang untuk merujuk buku teks. KBT: Kemahiran berfikir Fasa 3 Penilaian perkembangan pelajar ( 20 minit )  Guru akan memulakan pertandingan dengan memanggil kumpulan pertama kehadapan, seterusnya kedua dan keseterusnya secara berasingan.  Guru memberi masa 3 minit untuk setiap kumpulan menyelesaikan tugasan yang perlu diselesaikan berkaitan dengan kit media yang disediakan.  Selesai pertandingan guru membimbing akan membetulkan jawapan pelajar yang salah.  Setiap kumpulan berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan supaya mereka menang dalam pertandingan.  Pelajar berfikir dengan cepat dan tangkas supaya dapat menyelesaikan tugasan dengan cepat dan sempurna. Nilai : Keberanian Keyakinan KBT : Kemahiran berfikir Penutup ( 5 minit )  Guru meminta pelajar untuk merumuskan  Pelajar merumuskan tentang pembelajaran Nilai : Keyakinan
  • 18. pengalaman pembelajaran pada hari ini.  Guru membuat kesimpulan pada hari ini. KBT : Kemahiran berfikir
  • 19. 6.0 MODUL/ KAEDAH UNTUK MELAKSANAKAN TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN YANG BERKESAN DALAM PENDIDIKAN AGAMA ISLAM 6.0 Modul Pdp Tilawah Al-Quran 6.0.1 Model kelas pengajaran & pembelajaran Kaedah Iqra’ 6.0.2 Model Hafazan 6.0.3 Model Tasmik 6.0.4 Guru yang mengendalikan aktiviti berikut terdiri daripada guru Pendidikan Islam dan guru yang mengajar Pendidikan Islam Pendidikan Khas 6.1 Modul Pdp Ibadah (Amali Solat) 6.1.1 Model kelas pengajaran dan pembelajaran Amali Solat ( Teori & Amali) 6.2 Modul Pdp Sirah 6.2.1 Model kelas pengajaran dan pembelajaran Bercerita 6.2.2 Model kelas pengajaran dan pembelajaran Video (Tmk) 6.3 Modul Aqidah & Akhlak 6.3.1 Model kelas pengajaran dan pembelajaran interaksi sosial dan pemprosesan informasi 6.4 Konsep Belajar Sambil Bermain Permainan adalah suatu aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk belajar. Permainan berbentuk pertandingan atau perlawanan bersama dengan
  • 20. peraturan tertentu akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang seronok. 6.4.1 Permainan ”Roda Impian Jawi” Permainan ini adalah sama seperti rancangan realiti ”Roda Impian” . Murid diminta memilih satu suku kata atau huruf Jawi dan memusing roda. Penanda yang terdapat pada roda akan berhenti di salah satu suku kata atau huruf. Pelajar yang memusing roda diminta menyambung dan mengeja suku kata tersebut menjadi perkataan yang mudah difahami. 6.4.2 Joran Jawi Guru menyediakan kad huruf tunggal hijaiah atau kad suku kata terbuka berbentuk ikan. Pelajar akan memancing menggunakan joran dan akan mengeja suku kata. Pelajar yang dapat mengeja dengan betul akan diberi ganjaran. 6.4.3 Pandai Joran Kad-kad huruf tunggal jawi akan ditampal di atas polisterin secara berselerak. Pelajar akan memilih dan menyebut suku kata atau huruf berulang kali. Pelajar yang tidak dapat menguasa kemahiran akan diajar menyebut huruf atau mengeja suku kata terbuka.
  • 21. 7.0 Penutup Secara kesimpulannya, proses pembelajaran berbentuk inklusif ini banyak memberi impak yang positif kepada bakal guru. Pendedahan awal berkaitan pendidikan inklusif ini penting untuk membentuk guru yang berkeboleh daripada setiap sudut. Hal ini demikian kerana, persidaan daripada awal perlu untuk memudahkan proses pengajaran yang akan berlangsung di sekolah. Selain itu, guru- guru juga perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mencari kaedah atau alternative yang boleh digunakan dalam membantu murid berkeperluan khas ini mengharungi liku- liku pembelajaran. Kita harus ingin potensi yang ada pada diri murid ini perlu kita bantu untuk memperkembangkan lagi potensi tersebut.
  • 22. 8.0 Bibliografi Mohd Zuri Ghani, (2014): Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Tanjung malim : Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris Mohd Zuhri Ghani, Aznan Che Ahmad, Zainuddin Mohd Isa ,(2013) : Masalah Pembelajaran Tanjung Malim :Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris Mohd Zuri Ghani , Aznan Che Ahmad (2013), Pengantar Pendidikan Khas. Penerbitan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Ramlan salim,(2015): Masalah Pembelajaran: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka