SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
1
1.0 Pendahuluan
Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan
pendidikan murid dengan keperluan khas. Menurut “Jamila K.A. Mohamed di buku bertajuk
Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa”, kanak-kanak dengan keperluan khas diberi
pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan kanak-kanak normal dan
pengubahsuaian kurikulum dibuat apabila diperlukan dan di sokong dengan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik supaya kanak-kanak ini mampu memperoleh
pencapaian yang optimum. Siapakah kanak-kanak khas? Kanak-kanak khas adalah gelaran
yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas yang juga disebut
sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanak-kanak cacat.
Menurut Kirk (1989 ) , kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila
terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan. Ini akibat dari keadaan yang
ada pada mereka menyebabkan mereka tidak dapat menerima pelajaran dalam cara biasa
ataupun meletakkan mereka jauh ke hadapan dan bosan dengan apa yang diajar. Ini
menunjukkan kanak-kanak dengan IQ yang tinggi ( gifted) juga tergolong sebagai kanak-
kanak khas. Menurut Hallahan dan Kauffman pula, pendidikan khas didefinisikan sebagai
satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi kanak-kanak keperluan khas. Di
Malaysia minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an, dalam
kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan
dan pendengaran. Di Malaysia dasar-dasar Pendidikan Khas di Negara ditunjangi oleh Akta
Pendidikan 1996. Sehingga era terkini perkembangannya bolehlah dianggap berada pada
tahap yang cukup membanggakan. Berdasarkan pandangan Dr.Norani Saleh, Pensyarah
Fakulti Pendidikan Khas UKM : “Perkembangan pendidikan khas di Malaysia tidaklah terlalu
mundur jika diperhatikan perkembangannya dari semasa ke semasa, ia mengarah kepada
keadaan yang lebih baik.Sehinggakan , ada beberapa golongan kurang upaya yang sudah
pun berjaya dan menunjukkan kemajuan yang setara dengan orang normal.” Kanak-kanak
khas ini biasanya, mempunyai satu kecacatan atau lebih. Secara jelasnya dapat dilihat
melalui fizikal mahupun tingkah laku. Masalah tersebut berkait dengan kognitif, kemahiran
motor dan masa bersosial. Masalah kognitif adalah berkaitan dengan pemikiran yang lambat
atau lemban, tidak berupaya untuk membaca atau gagal dalam pengecaman huruf dan suku
kata. Mereka juga tidak berupaya memahami lebih daripada satu arahan. Masalah
kemahiran motor pula melibatkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di mana berlaku
satu keadaan ketidakupayaan memegang pensel dengan betul. Mereka tidak dapat
menggunakan koordinasi dengan betul. Mereka tidak dapat menggunakan koordinasi tangan
selari dengan mata dalam keupayaan menulis. Masalah osial bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran banyak berkait rapat dengan tingkah laku.
2
perkembangan motor, kemahiran urus diri, pendidikan sensori dan persepsi, pendidikan
emosi, tingkah laku dan sosial, pengurusan mobiliti dan kemahiran pengurusan diri dan
kemahiran kendiri. Menurut Porter, et al. 1997, pendidikan sensori dan persepsi penting
bagi membentuk fungsi sensori dengan efektif . Menurut Harris (1996) pula, kurikulum khas
perlu bagi menggabungkan pengajaran kemahiran tingkah laku. Oleh itu pendidikan emosi,
tingkah laku dan sosial juga penting untuk murid dengan keperluan khas. Secara umumnya ,
murid-murid Pendidikan Khas masalah pendengaran dan penglihatan menggunakan
kurikulum aliran perdana tetapi yang telah diubahsuai khususnya dari segi pendekatan
pengajaran dan perbelajaran. Contohnya, murid-murid pendidikan khas masalah penglihatan
diwajibkan mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi ( BIK)
dan kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL). Mereka juga menggunakan
menggunakan tulisan Braille dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pendidikan untuk semua menekankan bahawa semua kanak-kanak mempunyai hak
untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira perbezaan latar belakang dan kebolehan
termasuklah kanak-kanak berkeperluaan khas ini. Program Pendidikan Khas di Malaysia
terdiri daripada kanak-kanak bermasalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah
pembelajaran (KKBP). Masalah pembelajaran ini terdiri daripada kanak-kanak sindrom
down ,perkembangan lewat ( slow learner), autisme, hiperaktif, cerebral parsy, terencat akal,
masalah emosi dan masalah pertuturan.. Sebagai pendidik , guru-guru seharusnya
7.1 Kaedah terapi
Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan
keupayaan mereka ialah keperluan terapi. Terapi merupakan kaedah untuk membantu
seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran yang
dilakukan.”.Dalam konteks , terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang
mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor
bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan
pengajaran.Antara kepentingan terapi ialah bagi. Antara terapi yang boleh dilaksanakan
ialah terapi fisio, terapi kuda, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan
pergerakan kreatif, terapi seni, terapi air/ hidro, terapi pasir, terapi main dan terapi alternatif..
Terapi untuk motor halus pula ialah cara memegang pensel dan menconteng atas
pasir.Terapi Pengamatan (visual,auditori dan tactile ) seperti melihat gambar bertindih,
mencari benda tersembunyi dalam gambar, membeza bunyi-bunyian dan menyentuh atau
merasa permukaan. Terapi kuda pula, aktiviti menunggang kuda dapat membetulkan postur
badan dan perkembangan emosi kanak-kanak. Terapi ini jarang dapat kita gunakan dikelas-
3
kelas khas biasa. Terapi pasir boleh digunakan seperti meramas pasir, menconteng atas
pasir, bermain dengan pasir untuk kemahiran motor halus. Selain itu terapi air seperti
bermain dengan bola dalam air bagi pengukuhan pergerakan dan perkembangan otot
kanak-kanak masalah sindrom down ini. Pendedahan guru kepada aktiviti-aktiviti terapi
penting bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid
berkeperluan khas.
7.2 Pelbagai kaedah merujuk kepada pengalaman guru mengajar dan bahan bacaan
Penerangan dibawa adalah berdasarkan bahan-bahan bacaan serta temubual
guru-guru pendidikan khas .
Menurut Shaw ( 2002 ) dalam pengubahsuaian kurikulum, ia mencadangkan 3
strategi pengajaran .Pertama pengajaran secara konkrit. Pengajaran secara konkrit ini akan
menjadi lebih mudah dengan menggunakan bahan maujud seperti yang telah saya rekakan
untuk pengajaran di kelas pendidikan khas ini. Penggunaan bahan maujud ini memberi
kefahaman kepada kanak-kanak khas dengan lebih jelas. Tanpa bahan maujud , kanak-
kanak ini terpaksa membayangkannya sesuatu objek , yang kadang-kadang mereka tidak
dapat membayangnya langsung. Kedua , arahan yang guru berikan perlu jelas , mudah dan
spesifik. Arahan yang jelas ini juga dapat dilihat dalam video pengajaran yang dirakam iaitu
semasa penerangan tentang permainan “ Dadu Ajaib”. Mereka tidak boleh diberikan arahan
yang berturutan dan bercelaru. Ketiga ,kanak-kanak ini juga perlu menguasai kemahiran
asas pembelajaran berbentuk “sub-skill” lain. Contohnya, bila kanak-kanak telah kuasai
membaca secara kuat ( reading aloud) ,kanak ini akan dilatih supaya berkeupayaan
membaca secara senyap.
. Pengajaran ini harus dibuat mengikut turutan, dalam masa yang singkat dan dalam
kumpulan yang kecil. Hallaahan dan Kaufman juga mencadangkan penggunaan staretegi
motivasi di dalam pengajaran kanak-kanak masalah pembelajaran. Motivasi yang positif dari
guru dapat meningkatkan semangat ingin belajar kanak-kanak khas ini.
Kanak-kanak pendidikan khas ini, biasanya mempunyai pelbagai kecacatan iaitu lebih
daripada satu kecacatan. Contohnya seorang yang sindrom down tetapi menghadapi juga
masalah pertuturan.
4
Berdasarkan pengalaman cikgu Rokiah dari kelas pendidikan khas SK Bandar
Mentakab
Cunningham ( 1997 ) telah mengkategorikan ciri-ciri kanak-kanak sindrom down
kepada 3 iaitu ciri-ciri fizikal dan kesihatan, ciri-ciri personaliti dan temperamen dan ciri-ciri
perkembangan mental. Kanak-kanak sindrom down boleh mengikuti pelajaran dengan baik
sekiranya mendapat sokongan dan peluang yang bersesuaian. Kanak-kanak sindrom down
memerlukan kurikulum yang diubah suai dengan keupayaan mereka kerana mereka
mempunyai profil pembelajaran khusus dengan ciri-ciri kekuatan dan kelemahan yang
tersendiri. Kesedaran guru terhadap factor-faktor yang membantu dan menghalang
pembelajaran membolehkan guru merancang dan melaksanakan program dan aktiviti
pembelajaran bermakna dan berkesan.
Faktor utama yang boleh membantu pembelajaran bagi kanak-kanak sindrom down ini
adalah kesedaran visual dan kemahiran pembelajaran visual . Kanak-kanak ini sesuai
sekiranya menngunakan kaedah terapi muzik dan nyayian serta terapi seni. Melalui terapi
muzik dan nyanyian kanak-kanak sindrom down ini dapat mengerakkan badan mengikut
irama muzik serta otak cepat bertindak terhadap muzik. Sementara terapi seni juga dapat
membantu murid-murid keperluan khas dalam meningkatkan perkembangan fungsi kognitif,
emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran. Terapi seni juga dapat
mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan dan kanak-kanak ini dapat meluahkan
perasaan mereka melaluinya.
Menurut American Association on Mental Retardation (ADMR), kerencatan akal
didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental, di
samping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian. Fungsi intelek diukur
melalui ujian IQ. Individu yang mempunyai skor bawah 70 hingga 75 dikenal pasti
mengalami kerencatan akal. Kaedah pengajaran bagi kanak-kanak terencat akal haruslah
pelbagai dan bergantung kepada tahap kerencatan akal kanak-kanak atau sejauh mana
kanak-kanak tersebut mengalami kerencatan akal . kerencatan akal yang ringan , kemahiran
akademik boleh ditekan oleh guru kepada mereka. Sebaliknya, jika kanak-kanak mengalami
kerencatan akal yang teruk , guru perlu membuat pengubahsuaian kaedah pembelajaran
yang merangkumi pembentukkan keyakinan diri, pengurusan diri, kemahiran komunikasi
dalam masyarakat serta kemahiran vokasional. Walaubagaimanapun pengurusan diri bagi
kanak-kanak ini amat penting supaya ia dapat berdikari.
5
Menurut Norhazana bt Yusof dari SK Bandar Temerloh, beliau mengajar kanak-kanak
prasekolah yang mempunyai masalah kerencatan akal serta kecacatan lain seperti murung,
sindrom down dan lain-lain. Kebanyakkan kanak-kanak prasekolah ini belum mempunyai
kemahiran pengurusan diri seperti ke tandas, makan, memakai baju serta mengemas diri.
Bagi mengatasi masalah tersebut , Cikgu Norhazana terpaksa mengajar pengurusan diri
secara rutin harian. Contohnya , di waktu pagi murid ini akan di ajar ke tandas dan
menunjukkan cara membersihkan diri semasa kencing ataupun membuang air besar. Pada
waktu rehat pula mereka akan diajar cara makan dengan tertib serta menunjukkan cara
makan dengan betul iaitu menggunakan tangan kanan dan membersihkan persekitaran
ruang makan mereka supaya tidak ada sebarang makanan yang tumpah ataupun jatuh.
Mereka juga di ajar membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Selepas itu mereka di
ajar mencuci tangan dan mulut selepas makan. Mereka juga diajar cara memberus gigi .
Bagi kanak-kanak yang berkemampuan menulis . cikgu Norhazana akan memegang tangan
mereka untuk mengikut titik-titik ataupun membentukkan garisan. Setiap kaedah diajar
adalah bergantung kepada kemahiran dan tahap penguasaan murid. Guru pendidikan khas
memerlukan kesabaran dalam memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak ini.
7.3 Penggunaan bahan pengajaran
Cikgu Rokiah dari SK Bandar Mentakab pula , mengatakan kanak-kanak khas ADHD
ini alah kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang berwarna terlalu terang. Contonya
penggunaan kad bacaan yang berlatar belakang warna yang terang tidak sesuai digunakan
kerana ia mengganggu tumpuan dan menyebabkan mereka tidak jelas apa yang ingin
disampaikan oleh guru. Bagi kanak-kanak khas ADHD ini , persekitaran kelasnya tidak
sesuai dihias dengan warna-warna yang “full colour”. Hiasan ini akan menganggu
konsentrasi atau daya tumpuan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. . Bahan-bahan pembelajaran yang disediakan mestilah menarik minat untuk mereka
belajar. Bahan-bahan tersebut juga perlu diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat
digunakan seperti tidak terlalu keras, tahan lasak dan ceria.
Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif amat sesuai digunakan terhadap kanak-
kanak autisme. Pengajaran berbantukan komputer boleh digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autisme. Penggunaan simbol-simbol grafik yang
menarik bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak mengingat malah menyokong
pemahaman mereka ( Valiquette, Sutton dan Ska,2010). Dengan ini mereka boleh
mengulangi rakaman suara yang telah didengari sambil menyebut sesuatu perkataan, frasa
atau ayat secara berulang-ulang sehingga mereka memperolehi kefahaman. Semasa
pengajaran di SK Paya Ara, saya turut merancang aktiviti penutup menggunakan ICT ( lagu
6
satu tambah satu yang telah di download dari You tube ). Lagu ini dapat menarik dan
memberi respon yang baik kepada kanak-kanak khas ini. Guru-guru juga boleh memberikan
latihan seperti menekan butang bagi jawapan yang betul sebagai peneguhan terhadap apa
yang dipelajari.
Seterusnya strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif pula menekankan
pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Antara kebaikan penggunaan strategi pengajaran dan
pembelajaran ini adalah guru dapat memberi laluan dan galakan kepada kanak-kanak untuk
berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
bertutur di samping menambah perbendaharaan kata. Guru juga boleh menggunakan
bahan-bahan visual (Anonymous 2005) semasa proses pengajaran dan pembelajaran
seperti Picture Exchange Communication System (PECS) (Carnahan 2006). PECS amat
sesuai digunakan untuk kanak-kanak autisme yang tidak bertutur atau mempunyai
kebolehan bertutur yang minimum (Road an Gagie,2006). Selain itu strategi pemusatan
murid dan bahan juga boleh digunakan oleh guru pendidikan khas terhadap kanak-kanak
khas contohnya autisme. Murid-murid digalakkan bergerak aktif dalam aktiviti pembelajaran
yang dijalankan manakala guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, penggunaan skrip sosial sebagai bahan
pengajaran. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, apabila kanak-kanak autisme yang diajar
menggunakan skrip sosial melalui contoh, penggalakkan dan pengukuhan, interaksi mereka
dengan rakan sebaya dan orang dewasa didapati meningkat secara langsung
(Ganz,Kaylor,Bourgeois dan Hadden,2008) selain dapat menggalakkan pertuturan.
7.4 Masa bagi aktiviti
Menurut cikgu Rokiah yang mengajar kelas khas di SK Bandar Mentakab, masa bagi
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran adalah fleksibel .Sesi pengajaran dan
pembelajaran akan dimulakan apabila murid telah bersedia. Setiap aktiviti tidak perlu
disiapkan dalam jangka masa tertentu. Pengubahsuaian boleh dilakukan berdasar tingkah
laku yang ditunjukkan oleh murid pada masa itu.Pencapaian objektif bergantung kepada
tahap pencapaian murid. Sekiranya murid tidak bersedia untuk belajar , guru perlu pandai
menggunakan teknik-teknik tertentu bagi menarik minat mereka untuk belajar.
7.5 Mata pelajaran di ajar
Selain mempelajari mata pelajaran teras, murid-murid Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) juga mengikut mata pelajaran Kemahiran Manipulatif. Ia bertujuan
meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid, menajamkan daya
pengamatan murid dan membina daya kreativiti murid. Selain itu dalam mata pelajaran
7
tahap satu , terdapat hanya lima mata pelajaran iaitu Pengurusan kehidupan, Asas 3M
(membaca, menulis dan mengira), Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau Moral dan Pendidikan
Jasmani. Semua kurikulum ini di ajar berdasarkan tahap penguasaan kanak-kanak.
Contohnya di kelas Prasekolah Pendidikan Khas SK Bandar Temerloh. Kanak-kanaknya
hanya diajar tentang pengurusan diri sahaja.
8.0 Rumusan
Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas . Bagi penyesuaian
pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini , guru perlu
menggunakan pelbagai kaedah ataau teknik pengajaran.Objektif bagi setiap aktiviti tidak
boleh terlalu banyak , memadai hanya satu objektif sahaja pada satu masa. Bahan-bahan
maujud , berwarna- warni dan bahan multimedia amat digemari oleh kanak-kanak khas ini.
Selain kaedah-kaedah yang biasa digunakan dalam pengajaran, guru juga boleh
menggunakan kaedah terapi . Kaedah-kaedah atau teknik yang pelbagai ini tujuannya ke
arah pencapaian Falsafah Pendidikan Khas .

More Related Content

What's hot

Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docwanhafshah
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakWan Amir Wan
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayaDaniel Hilmi
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpkTham Mee
 
Proses pembelajaran
Proses pembelajaranProses pembelajaran
Proses pembelajaranhudhud321
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranWany Hardy
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasShikin Shukri
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upayaqila95
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10Laieela De Matematicer
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakD'ba Rosle
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiKUMOHDHANIFAS
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 

What's hot (20)

Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Artikel 39 kpt 6043
Artikel 39 kpt 6043Artikel 39 kpt 6043
Artikel 39 kpt 6043
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upaya
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
 
Proses Pembelajaran
Proses PembelajaranProses Pembelajaran
Proses Pembelajaran
 
Proses pembelajaran
Proses pembelajaranProses pembelajaran
Proses pembelajaran
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Analisis pelajar
Analisis pelajarAnalisis pelajar
Analisis pelajar
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upaya
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 

Similar to Assg pra 3109 c.rusini sem 5

Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pkazizahazhar6370
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaGabanSiam
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)farhana90226
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awalNor Saroni
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajarankamalslaw
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutazimahbtomar
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Nik Najihah
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasFaridah Bachok
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasShaifull Niell
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 

Similar to Assg pra 3109 c.rusini sem 5 (20)

Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
7 9
7 97 9
7 9
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
 
Rumusan
RumusanRumusan
Rumusan
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 

Assg pra 3109 c.rusini sem 5

  • 1. 1 1.0 Pendahuluan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Menurut “Jamila K.A. Mohamed di buku bertajuk Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa”, kanak-kanak dengan keperluan khas diberi pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan kanak-kanak normal dan pengubahsuaian kurikulum dibuat apabila diperlukan dan di sokong dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik supaya kanak-kanak ini mampu memperoleh pencapaian yang optimum. Siapakah kanak-kanak khas? Kanak-kanak khas adalah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanak-kanak cacat. Menurut Kirk (1989 ) , kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan. Ini akibat dari keadaan yang ada pada mereka menyebabkan mereka tidak dapat menerima pelajaran dalam cara biasa ataupun meletakkan mereka jauh ke hadapan dan bosan dengan apa yang diajar. Ini menunjukkan kanak-kanak dengan IQ yang tinggi ( gifted) juga tergolong sebagai kanak- kanak khas. Menurut Hallahan dan Kauffman pula, pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi kanak-kanak keperluan khas. Di Malaysia minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an, dalam kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia dasar-dasar Pendidikan Khas di Negara ditunjangi oleh Akta Pendidikan 1996. Sehingga era terkini perkembangannya bolehlah dianggap berada pada tahap yang cukup membanggakan. Berdasarkan pandangan Dr.Norani Saleh, Pensyarah Fakulti Pendidikan Khas UKM : “Perkembangan pendidikan khas di Malaysia tidaklah terlalu mundur jika diperhatikan perkembangannya dari semasa ke semasa, ia mengarah kepada keadaan yang lebih baik.Sehinggakan , ada beberapa golongan kurang upaya yang sudah pun berjaya dan menunjukkan kemajuan yang setara dengan orang normal.” Kanak-kanak khas ini biasanya, mempunyai satu kecacatan atau lebih. Secara jelasnya dapat dilihat melalui fizikal mahupun tingkah laku. Masalah tersebut berkait dengan kognitif, kemahiran motor dan masa bersosial. Masalah kognitif adalah berkaitan dengan pemikiran yang lambat atau lemban, tidak berupaya untuk membaca atau gagal dalam pengecaman huruf dan suku kata. Mereka juga tidak berupaya memahami lebih daripada satu arahan. Masalah kemahiran motor pula melibatkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di mana berlaku satu keadaan ketidakupayaan memegang pensel dengan betul. Mereka tidak dapat menggunakan koordinasi dengan betul. Mereka tidak dapat menggunakan koordinasi tangan selari dengan mata dalam keupayaan menulis. Masalah osial bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran banyak berkait rapat dengan tingkah laku.
  • 2. 2 perkembangan motor, kemahiran urus diri, pendidikan sensori dan persepsi, pendidikan emosi, tingkah laku dan sosial, pengurusan mobiliti dan kemahiran pengurusan diri dan kemahiran kendiri. Menurut Porter, et al. 1997, pendidikan sensori dan persepsi penting bagi membentuk fungsi sensori dengan efektif . Menurut Harris (1996) pula, kurikulum khas perlu bagi menggabungkan pengajaran kemahiran tingkah laku. Oleh itu pendidikan emosi, tingkah laku dan sosial juga penting untuk murid dengan keperluan khas. Secara umumnya , murid-murid Pendidikan Khas masalah pendengaran dan penglihatan menggunakan kurikulum aliran perdana tetapi yang telah diubahsuai khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan perbelajaran. Contohnya, murid-murid pendidikan khas masalah penglihatan diwajibkan mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi ( BIK) dan kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL). Mereka juga menggunakan menggunakan tulisan Braille dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Pendidikan untuk semua menekankan bahawa semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira perbezaan latar belakang dan kebolehan termasuklah kanak-kanak berkeperluaan khas ini. Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada kanak-kanak bermasalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran (KKBP). Masalah pembelajaran ini terdiri daripada kanak-kanak sindrom down ,perkembangan lewat ( slow learner), autisme, hiperaktif, cerebral parsy, terencat akal, masalah emosi dan masalah pertuturan.. Sebagai pendidik , guru-guru seharusnya 7.1 Kaedah terapi Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka ialah keperluan terapi. Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran yang dilakukan.”.Dalam konteks , terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pengajaran.Antara kepentingan terapi ialah bagi. Antara terapi yang boleh dilaksanakan ialah terapi fisio, terapi kuda, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan pergerakan kreatif, terapi seni, terapi air/ hidro, terapi pasir, terapi main dan terapi alternatif.. Terapi untuk motor halus pula ialah cara memegang pensel dan menconteng atas pasir.Terapi Pengamatan (visual,auditori dan tactile ) seperti melihat gambar bertindih, mencari benda tersembunyi dalam gambar, membeza bunyi-bunyian dan menyentuh atau merasa permukaan. Terapi kuda pula, aktiviti menunggang kuda dapat membetulkan postur badan dan perkembangan emosi kanak-kanak. Terapi ini jarang dapat kita gunakan dikelas-
  • 3. 3 kelas khas biasa. Terapi pasir boleh digunakan seperti meramas pasir, menconteng atas pasir, bermain dengan pasir untuk kemahiran motor halus. Selain itu terapi air seperti bermain dengan bola dalam air bagi pengukuhan pergerakan dan perkembangan otot kanak-kanak masalah sindrom down ini. Pendedahan guru kepada aktiviti-aktiviti terapi penting bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid berkeperluan khas. 7.2 Pelbagai kaedah merujuk kepada pengalaman guru mengajar dan bahan bacaan Penerangan dibawa adalah berdasarkan bahan-bahan bacaan serta temubual guru-guru pendidikan khas . Menurut Shaw ( 2002 ) dalam pengubahsuaian kurikulum, ia mencadangkan 3 strategi pengajaran .Pertama pengajaran secara konkrit. Pengajaran secara konkrit ini akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan bahan maujud seperti yang telah saya rekakan untuk pengajaran di kelas pendidikan khas ini. Penggunaan bahan maujud ini memberi kefahaman kepada kanak-kanak khas dengan lebih jelas. Tanpa bahan maujud , kanak- kanak ini terpaksa membayangkannya sesuatu objek , yang kadang-kadang mereka tidak dapat membayangnya langsung. Kedua , arahan yang guru berikan perlu jelas , mudah dan spesifik. Arahan yang jelas ini juga dapat dilihat dalam video pengajaran yang dirakam iaitu semasa penerangan tentang permainan “ Dadu Ajaib”. Mereka tidak boleh diberikan arahan yang berturutan dan bercelaru. Ketiga ,kanak-kanak ini juga perlu menguasai kemahiran asas pembelajaran berbentuk “sub-skill” lain. Contohnya, bila kanak-kanak telah kuasai membaca secara kuat ( reading aloud) ,kanak ini akan dilatih supaya berkeupayaan membaca secara senyap. . Pengajaran ini harus dibuat mengikut turutan, dalam masa yang singkat dan dalam kumpulan yang kecil. Hallaahan dan Kaufman juga mencadangkan penggunaan staretegi motivasi di dalam pengajaran kanak-kanak masalah pembelajaran. Motivasi yang positif dari guru dapat meningkatkan semangat ingin belajar kanak-kanak khas ini. Kanak-kanak pendidikan khas ini, biasanya mempunyai pelbagai kecacatan iaitu lebih daripada satu kecacatan. Contohnya seorang yang sindrom down tetapi menghadapi juga masalah pertuturan.
  • 4. 4 Berdasarkan pengalaman cikgu Rokiah dari kelas pendidikan khas SK Bandar Mentakab Cunningham ( 1997 ) telah mengkategorikan ciri-ciri kanak-kanak sindrom down kepada 3 iaitu ciri-ciri fizikal dan kesihatan, ciri-ciri personaliti dan temperamen dan ciri-ciri perkembangan mental. Kanak-kanak sindrom down boleh mengikuti pelajaran dengan baik sekiranya mendapat sokongan dan peluang yang bersesuaian. Kanak-kanak sindrom down memerlukan kurikulum yang diubah suai dengan keupayaan mereka kerana mereka mempunyai profil pembelajaran khusus dengan ciri-ciri kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Kesedaran guru terhadap factor-faktor yang membantu dan menghalang pembelajaran membolehkan guru merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pembelajaran bermakna dan berkesan. Faktor utama yang boleh membantu pembelajaran bagi kanak-kanak sindrom down ini adalah kesedaran visual dan kemahiran pembelajaran visual . Kanak-kanak ini sesuai sekiranya menngunakan kaedah terapi muzik dan nyayian serta terapi seni. Melalui terapi muzik dan nyanyian kanak-kanak sindrom down ini dapat mengerakkan badan mengikut irama muzik serta otak cepat bertindak terhadap muzik. Sementara terapi seni juga dapat membantu murid-murid keperluan khas dalam meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran. Terapi seni juga dapat mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan dan kanak-kanak ini dapat meluahkan perasaan mereka melaluinya. Menurut American Association on Mental Retardation (ADMR), kerencatan akal didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental, di samping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian. Fungsi intelek diukur melalui ujian IQ. Individu yang mempunyai skor bawah 70 hingga 75 dikenal pasti mengalami kerencatan akal. Kaedah pengajaran bagi kanak-kanak terencat akal haruslah pelbagai dan bergantung kepada tahap kerencatan akal kanak-kanak atau sejauh mana kanak-kanak tersebut mengalami kerencatan akal . kerencatan akal yang ringan , kemahiran akademik boleh ditekan oleh guru kepada mereka. Sebaliknya, jika kanak-kanak mengalami kerencatan akal yang teruk , guru perlu membuat pengubahsuaian kaedah pembelajaran yang merangkumi pembentukkan keyakinan diri, pengurusan diri, kemahiran komunikasi dalam masyarakat serta kemahiran vokasional. Walaubagaimanapun pengurusan diri bagi kanak-kanak ini amat penting supaya ia dapat berdikari.
  • 5. 5 Menurut Norhazana bt Yusof dari SK Bandar Temerloh, beliau mengajar kanak-kanak prasekolah yang mempunyai masalah kerencatan akal serta kecacatan lain seperti murung, sindrom down dan lain-lain. Kebanyakkan kanak-kanak prasekolah ini belum mempunyai kemahiran pengurusan diri seperti ke tandas, makan, memakai baju serta mengemas diri. Bagi mengatasi masalah tersebut , Cikgu Norhazana terpaksa mengajar pengurusan diri secara rutin harian. Contohnya , di waktu pagi murid ini akan di ajar ke tandas dan menunjukkan cara membersihkan diri semasa kencing ataupun membuang air besar. Pada waktu rehat pula mereka akan diajar cara makan dengan tertib serta menunjukkan cara makan dengan betul iaitu menggunakan tangan kanan dan membersihkan persekitaran ruang makan mereka supaya tidak ada sebarang makanan yang tumpah ataupun jatuh. Mereka juga di ajar membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Selepas itu mereka di ajar mencuci tangan dan mulut selepas makan. Mereka juga diajar cara memberus gigi . Bagi kanak-kanak yang berkemampuan menulis . cikgu Norhazana akan memegang tangan mereka untuk mengikut titik-titik ataupun membentukkan garisan. Setiap kaedah diajar adalah bergantung kepada kemahiran dan tahap penguasaan murid. Guru pendidikan khas memerlukan kesabaran dalam memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak ini. 7.3 Penggunaan bahan pengajaran Cikgu Rokiah dari SK Bandar Mentakab pula , mengatakan kanak-kanak khas ADHD ini alah kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang berwarna terlalu terang. Contonya penggunaan kad bacaan yang berlatar belakang warna yang terang tidak sesuai digunakan kerana ia mengganggu tumpuan dan menyebabkan mereka tidak jelas apa yang ingin disampaikan oleh guru. Bagi kanak-kanak khas ADHD ini , persekitaran kelasnya tidak sesuai dihias dengan warna-warna yang “full colour”. Hiasan ini akan menganggu konsentrasi atau daya tumpuan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. . Bahan-bahan pembelajaran yang disediakan mestilah menarik minat untuk mereka belajar. Bahan-bahan tersebut juga perlu diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat digunakan seperti tidak terlalu keras, tahan lasak dan ceria. Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif amat sesuai digunakan terhadap kanak- kanak autisme. Pengajaran berbantukan komputer boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autisme. Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak mengingat malah menyokong pemahaman mereka ( Valiquette, Sutton dan Ska,2010). Dengan ini mereka boleh mengulangi rakaman suara yang telah didengari sambil menyebut sesuatu perkataan, frasa atau ayat secara berulang-ulang sehingga mereka memperolehi kefahaman. Semasa pengajaran di SK Paya Ara, saya turut merancang aktiviti penutup menggunakan ICT ( lagu
  • 6. 6 satu tambah satu yang telah di download dari You tube ). Lagu ini dapat menarik dan memberi respon yang baik kepada kanak-kanak khas ini. Guru-guru juga boleh memberikan latihan seperti menekan butang bagi jawapan yang betul sebagai peneguhan terhadap apa yang dipelajari. Seterusnya strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif pula menekankan pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Antara kebaikan penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran ini adalah guru dapat memberi laluan dan galakan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bertutur di samping menambah perbendaharaan kata. Guru juga boleh menggunakan bahan-bahan visual (Anonymous 2005) semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti Picture Exchange Communication System (PECS) (Carnahan 2006). PECS amat sesuai digunakan untuk kanak-kanak autisme yang tidak bertutur atau mempunyai kebolehan bertutur yang minimum (Road an Gagie,2006). Selain itu strategi pemusatan murid dan bahan juga boleh digunakan oleh guru pendidikan khas terhadap kanak-kanak khas contohnya autisme. Murid-murid digalakkan bergerak aktif dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan manakala guru merupakan pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, penggunaan skrip sosial sebagai bahan pengajaran. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, apabila kanak-kanak autisme yang diajar menggunakan skrip sosial melalui contoh, penggalakkan dan pengukuhan, interaksi mereka dengan rakan sebaya dan orang dewasa didapati meningkat secara langsung (Ganz,Kaylor,Bourgeois dan Hadden,2008) selain dapat menggalakkan pertuturan. 7.4 Masa bagi aktiviti Menurut cikgu Rokiah yang mengajar kelas khas di SK Bandar Mentakab, masa bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran adalah fleksibel .Sesi pengajaran dan pembelajaran akan dimulakan apabila murid telah bersedia. Setiap aktiviti tidak perlu disiapkan dalam jangka masa tertentu. Pengubahsuaian boleh dilakukan berdasar tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid pada masa itu.Pencapaian objektif bergantung kepada tahap pencapaian murid. Sekiranya murid tidak bersedia untuk belajar , guru perlu pandai menggunakan teknik-teknik tertentu bagi menarik minat mereka untuk belajar. 7.5 Mata pelajaran di ajar Selain mempelajari mata pelajaran teras, murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga mengikut mata pelajaran Kemahiran Manipulatif. Ia bertujuan meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid, menajamkan daya pengamatan murid dan membina daya kreativiti murid. Selain itu dalam mata pelajaran
  • 7. 7 tahap satu , terdapat hanya lima mata pelajaran iaitu Pengurusan kehidupan, Asas 3M (membaca, menulis dan mengira), Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau Moral dan Pendidikan Jasmani. Semua kurikulum ini di ajar berdasarkan tahap penguasaan kanak-kanak. Contohnya di kelas Prasekolah Pendidikan Khas SK Bandar Temerloh. Kanak-kanaknya hanya diajar tentang pengurusan diri sahaja. 8.0 Rumusan Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas . Bagi penyesuaian pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini , guru perlu menggunakan pelbagai kaedah ataau teknik pengajaran.Objektif bagi setiap aktiviti tidak boleh terlalu banyak , memadai hanya satu objektif sahaja pada satu masa. Bahan-bahan maujud , berwarna- warni dan bahan multimedia amat digemari oleh kanak-kanak khas ini. Selain kaedah-kaedah yang biasa digunakan dalam pengajaran, guru juga boleh menggunakan kaedah terapi . Kaedah-kaedah atau teknik yang pelbagai ini tujuannya ke arah pencapaian Falsafah Pendidikan Khas .