SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
RENCANA UTAMA
OLEH MOHAMAD KHAN
Transformasi
Industri Halal
..17-4iartob-
I
ndustri produk halal di Malaysia
melakarkan perkembangan positif
apabila Perbadanan Pembangunan
Halal (HDC) melangkah setapak
lagi dalam memperkasakan syarikat
pengeluar produk dan menyediakan
perkhidmatan halal tempatan ke
peringkat dunia dengan memperkenalkan
Program Transformasi Perniagaan Halal.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HDC,
Datuk Seri Jamil Bidin, program
itu bertujuan untuk
menjadikan syarikat yang terlibat
lebih kompetitif dan mengembangkan
pertumbuhan ekonomi, terutama dalam
sektor perdagangan halal.
Program Transformasi Perniagaan
Halal yang bermula pada tahun 2011
ini menyasarkan 124 buah syarikat
bakal menyertainya dan syarikat
yang terbabit akan dibahagikan
dalam tiga kategori utama,
iaitu pengeraman (incubation)
halal, syarikat fokus halal
dan juara halal. Maklumat
utama HDC melancarkan
program tersebut adalah
untuk membolehkan
syarikat halal
tempatan
bersaing secara
kompetitif di
pasaran
global.
*At
Padalow lir,
masa
yang
sama,
program
0
,1ini diharapkan
mampu melengkapkan
syarikat yang turut serta dengan
pensijilan lain seperti Anal isis Bahaya
dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta
Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 13
RENCANA UTAMA
Setiap kategori dalam program
ini mempunyai fokus tersendiri.
Pengeraman halal memfokuskan
usaha menambah balk kemampuan
pengeluaran, syarikat fokus halal
pula bertujuan untuk meningkatkan
jualan serta prestasi eksport, manakala
juara halal bermatlamatkan usaha
mentransformasikan perniagaan kecil
kepada skala yang lebih besar. Untuk
tahun pertama operasi, sebanyak
100 buah syarikat disasarkan bagi
pengeraman halal, 20 buah syarikat
untuk fokus halal dan empat buah
syarikat lagi untuk juara halal.
Sehubungan dengan hal itu, HDC
menganggarkan peningkatan jumlah
bagi setiap kategori yang di perkenalkan
kecuali bagi kategori juara halal.
Pada masa yang sama, HDC turut
mengunjurkan bahawa apabila program
ini memasuki tahun kelima kelak,
jumlah yang disasarkan akan meningkat
kepada 220 buah syarikat bagi kategori
pertama dan 60 syarikat untuk kategori
kedua.
Komponen utama program itu
ialah pembangunan kapasiti, akses
pasaran, jenama, dan promosi serta
akses kepada pembiayaan. Sementara
itu, antara program yang dijalankan
pula termasuklah amalan pengeluaran
halal terbaik, sistem kepastian halalan
toyyiban, bahan alternatif halal dan
inovasi produk, akses pasaran untuk
produk dan perkhidmatan halal, nilai
jenama halal serta perkhidmatan
khidmat nasihat pembiayaan Islam.
Program Transformasi Perniagaan
Halal ini bersesuaian dengan
perkembangan semasa memandangkan
pertumbuhan tahunan bagi syarikat
yang mempunyai pensijilan halal
adalah sekitar 25 peratus, manakala
eksport produk halal Malaysia telah
menunjukkan peningkatan 34 peratus
kepada RM15.8 bilion pada suku
pertama tahun 2011. Berdasarkan angka
ini, pertumbuhan yang menggalakkan
dapat dilihat dan hal ini perlu dipastikan
sentiasa
berkembang supaya
mampu menyumbang
kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) untuk
meningkatkan ekonomi negara.
Sementara itu, jika melihat cabaran
yang perlu di hadapi HDC dalam industri
halal, masalah paling ketara ialah
kekurangan kepakaran modal insan
seperti pakar dalam setiap bidang,
terutama yang berkaitan dengan bidang
syariah untuk sama-sama membantu
memartabatkan industri halal tempatan.
Dalam hal ini, HDC masih belum
menemukan jalan penyelesaian dan
turut melakukan alternatif dengan
mencari pakar dari luar negara untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat
halal dunia.
Hasrat Malaysia untuk muncul
sebagai hab halal dunia dapat
direalisasikan dengan terlebih dahulu
menjadi pusat penambah nilai seperti
yang dilakukan oleh Si ngapura sekarang.
Langkah yang dapat dilaksanakan
adalah dengan mensyaratkan produk
luar yang ingin mendapatkan pensijilan
halal tempatan perlu menghantar
produk mereka ke Malaysia sebelum
nilai ditambah dilakukan dan kemudian
produk itu dieksport semula. Dengan
cara yang demikian, Malaysia bakal
mendapat keuntungan dan sijil halal
tempatan akan terus diiktiraf pada
peringkat antarabangsa.
Industri halal dunia kini dianggarkan
bernilai lebih AS$2 trilion setahun.
Dengan jumlah yang sebegitu besar,
hal ini sudah tentu dapat menghasilkan
pulangan lumayan kepada mana-
mana negara atau syarikat yang
menumpukan perhatian secara serius
bagi menghasilkan produk berstatus
halal.
Thailand
merupakan antara
negara yang mengambil langkah
agresif untuk memastikan produk
yang dikeluarkan oleh syarikat dari
negara itu adalah halal selaras dengan
kedudukannya sebagai pengeksport
produk makanan halal yang keenam
terbesar di dunia dengan pendapatan
sebanyak AS$5 bilion setahun.
Berdasarkan laporan, daripada 30 ribu
kilang mengeluarkan makanan halal
yang terdapat di negara itu sekarang,
sebanyak 8000 buah syarikat sudah
mendapat sijil pengesahan halal.
Thailand kini sedang meningkatkan
bilangan syarikat yang mendapat sijil
halal bagi memastikan negara gajah
putih itu mencapai sasaran untuk
menjadi negara pengeksport produk
makanan halal ketiga terbesar di
dunia selepas Brazil dan Amerika
Syarikat dalam tempoh beberapa
tahun lagi. Di samping membolehkan
produk berkenaan dijual kepada 1.5
bilion umat Islam, kerajaan Thailand
berharap barangan berstatus halal
yang sentiasa diyakini sebagai produk
4 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011
yang bersih, berzat dan balk untuk
kegunaan manusia, berupaya menarik
minat seluruh penduduk dunia yang
berjumlah kira-kira tujuh bilion orang
untuk menggunakannya.
Negara jiran itu ternyata serius
dalam usaha merealisasikan hasrat
untuk menjadi peserta industri produk
halal global yang aktif apabila negara
itu menubuhkan Pusat Sains Halal di
Universiti Chulalongkorn (HSC-CU),
Bangkok pada tahun 1995 dan Institut
Halal di Universiti Prince of Songkhla,
beberapa tahun selepas itu. Menurut
Pengarah HSC-CU, Dr. Winai Dahlan,
penubuhan pusat dan institut halal
berkenaan telah membolehkan Thailand
melakukan pelbagai inovasi baharu
termasuk menghasilkan sabun dan
cecair pencuci daripada tanah liat untuk
memudahkan proses menyamak.
Malahan, mereka turut mencipta
dapur khusus yang mempunyai zon
penampan bagi mengasingkan antara
produk halal dengan yang haram
yang telah digunakan secara meluas
termasuk ketika Sukan SEA 2007 di
Korat, Thailand. Dakar daripada kedua-
dua buah universiti tersebut turut terlibat
memberikan latihan kepada petugas
Thai Airways dan kakitangan sektor
perkilangan di negara itu mengenai
kaedah yang betul bagi memastikan
produk yang dihasilkan adalah halal.
Sehubungan dengan hal itu, Malaysia
pula dilaporkan hanya menguasai kira-
kira satu peratus daripada pasaran
makanan halal
dunia yang
berpotensi besar
bernilai AS$680
bilion. Menurut
Jamil, peluang
berkenaan
boleh dan patut
direbut melalui
peningkatan
syarikat pengeluar
produk halal
berbanding
dengan 1679 buah syarikat sedia ada
yang memperoleh pensijilan halal
pada tahun 2010. Bilangan berkenaan
membabitkan 64 peratus produk
makanan proses, penjagaan kesihatan
(11 peratus), bahan produk (enam
peratus) serta kosmetik dan penjagaan
diri (enam peratus).
"Saya yakin syarikat yang mendapat
pensijilan halal ini akan meningkat dan
mampu menguasai pasaran produk
makanan premium dan pengeluar
bahan mentah, selain produk bukan
makanan." Demikian menurut Jamil
lagi. HDC membangunkan pelbagai
inisiatif untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat rujukan halal yang
bakal berfungsi sebagai pusat sehenti
untuk pengguna dan pelabur bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan industri tersebut.
Pada masa yang sama, HDC juga
mengambil langkah bernilai tambah
dengan memperkenalkan aplikasi halal
menerusi telefon pintar iPhone bagi
membolehkan pengguna mencari lokasi
premis makanan dan restoran yang
menyajikan makanan halal menerusi
Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Selain
berfungsi sebagai pusat rujukan halal,
HDC juga komited untuk menjadikan
Malaysia sebagai destinasi pelaburan
halal dan diberi tanggungjawab untuk
mempromosikan lapan taman halal di
negara ini.
Lapan taman halal yang dimaksudkan
ialah Zon Bebas Pelabuhan Klang
(PKFZ); Hab Halal Selangor, Pulau
Indah; Taman halal Serkam, Melaka;
Taman Halal Pedas, Negeri Sembilan;
Hab Halal Tanjung Manis, Sarawak;
Techpark @ Enstek, Negeri Sembilan;
Taman Perindustrian Halal, Pulau
Pinang; dan Taman Halal @ POIC,
Sabah.
Lebih memberangsangkan lagi, HDC
juga berjaya menarik pelaburan dari
Australia, Pakistan dan Jepun. Dalam
usia empat tahun, HDC sudah berjaya
menjadikan Malaysia sebagai pusat
rujukan halal dan kini fokusnya adalah
untuk membangunkan industri halal.
Dengan hal yang demi kian, pelaksanaan
fasa kedua pelan induk HDC amat
penting kerana setelah dikenali sebagai
hab halal, Malaysia juga berpotensi
untuk membekalkan produk halal ke
pasaran yang lebih luas lagi.
Bagi memastikan industri halal
dapat dibangunkan secara berterusan,
di samping meningkatkan kesedaran
orang ramai terhadap industri itu, HDC
menjalin kerjasama dengan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dengan menyediakan latihan kepada
syarikat yang berminat untuk sama-
sama merancakkan industri halal
domestik dan global. Pemeteraian
memorandum persefahaman (MoU)
antara kedua-dua buah organisasi
tersebut melibatkan empat bidang
utama, iaitu program latihan dan
perundingan, hubungan antara agensi
dan industri, pembangunan dan
perkongsian ilmu serta promosi halal
Malaysia.
MoU untuk tempoh dua tahun ini
mampu menjadi penyelesai kepada
permasalahan usahawan perusahaan
kecil dan sederhana (PKS) terhadap
pensijilan halal selepas perkongsian
maklumat dan pengetahuan
dilaksanakan. Kursus yang ditawar
mengikut struktur dan keperluan
industri itu juga melibatkan syarikat
antarabangsa dari Perancis, Turki dan
Rusia. DE
Thailand berhasrat untuk menjadi pembekal produk halal ketiga terbesar di dunia.
Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 15
RENCANA UTAMA
OLEH HANAFI TIMA
411111111.11
p
rogram Transformasi Ekonomi
negara diyakini dapat memberikan
nafas baharu kepada industri halal
global. Selari dengan hal itu, arah aliran
dagangan halal antarabangsa akan
meningkatkan kesan daripada jangkaan
permintaan global yang bukan sahaja
datang dari Asia Barat, malah Amerika
Syarikat dan negara Kesatuan Eropah
(EU). Bahkan, banyak lagi negara serta
blok ekonomi lain yang berpotensi
untuk pasaran produk halal yang masih
lagi belum diteroka sepenuhnya oleh
peserta industri halal domestik.
Sektor produk halal negara
mempunyai potensi yang luas
sebagai penjana sumber pendapatan
yang kompetitif kepada ekonomi
negara. Selain kewujudannya yang
memenuhi inti pati Model Baru Ekonomi
(MBE) negara, sektor produk halal
memberikan sumbangan yang besar
serta kukuh kepada pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi negara dengan
penekanan yang diberikan terhadap
usaha melahirkan sumber baharu
bagi memacu ekonomi. MBE yang
nnengambil kira kepentingan fungsi
pengemblengan sumber baharu yang
diiringi inisiatif untuk meningkatkan nilai
tambah produk serta peningkatan tahap
produktiviti negara, turut meningkatkan
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK).
Industri halal global dijangka
berkembang pesat dalam pelbagai
sektor khususnya perbankan, logistik
ubat-ubatan dan rantaian pembekalan
dengan anggaran nilai pasaran sebanyak
AS$150 bilion setahun. Pada masa
yang sama, pasaran halal global akan
berkembang sebanyak 25 peratus
6 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011
setahun. Nilai pasaran halal global
dianggarkan bernilai sebanyak RM7.6
trilion setahun. Di rantau Eropah pula,
perniagaan makanan halal dijangka
berkembang dengan pesat dalam
tempoh beberapa tahun akan datang
memandangkan produk halal mendapat
permintaan yang semakin banyak dari
pasar raya di rantau tersebut. Hal ini
berikutan pelbagai usaha promosi yang
telah dijalankan oleh pihak kerajaan
serta agensi yang berkaitan.
Sementara itu, dinilai dari segi
struktur pasaran pula, produk makanan
halal dunia pula dijangkakan mencecah
sehingga RM$2 trilion setahun dan
RM$45 bilion untuk pasaran Malaysia.
Pada peringkat antarabangsa pu la junnlah
keseluruhan pasaran produk makanan
di Eropah adalah sebanyakAS$66 bilion
termasuk daging, makanan segar dan
makanan dibungkus, manakala pasaran
global pula bernilai AS$634 bilion.
Pelbagai kajian turut melaporkan
keyakinan bahawa pasaran halal global
mempunyai potensi pasaran yang
begitu balk. Sebuah firma penyelidikan
dunia, iaitu High Beam Resources telah
merumuskan bahawa pada tahun 2007
nilai pasaran global telah mencecah
paras AS$150 bilion. Nilai ini dijangka
meningkat kepada AS$500 bilion
(RM1.702 bilion) pada tahun 2012.
Hal ini adalah berdasarkan prospek
jumlah penduduk Islam seramai 1.8
bilion di hampir 112 buah negara
yang menggunakan produk tersebut.
Jumlah tersebut akan menjadi berlipat
kali ganda lagi sekiranya mengambil
kira jumlah pengguna bukan Islam
yang banyak di seluruh dunia yang
berpotensi menjadi pengguna produk
halal negara.
Sementara itu, Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan I ndustri,
Datuk Mukhriz Mahathir, yakin
bahawa industri halal negara mampu
berkembang bagi tahun yang beri kutnya.
Hal ini ialah kesan daripada peningkatan
pengaruh Islam di seluruh dunia dan
kesedaran tinggi dalam mewujudkan
permintaan yang semakin meningkat
terhadap produk dan perkhidmatan
halal negara. Tambahan pula, produk
dan makanan halal negara mempunyai
nilainya yang tinggi di pasaran global
kerana terbukti berkualiti tinggi serta
mampu ditawarkan pada harga yang
kompetitif.
Dengan
memiliki standard
yang berstatus
global ini, sudah
tentu keyakinan
pengguna Islam
terhadap produk
halal yang
berjenamakan
Malaysia dapat
ditingkatkan lagi.
Di samping itu, Malaysia mempunyai
pelbagai kelebihan serta sokongan
domestik yang mampu mengangkat
industri ini ke tahap yang lebih tinggi
lagi. Malaysia mempunyai pelbagai
infrastruktur yang canggih dan mampu
memenuhi kehendak serta keperluan
pemasaran produk halal global. Negara
ini juga mampu menarik pelbagai produk
halal keluar dan masuk di pasaran
Malaysia secara lebih efisien, mudah
dan cepat. Pelabuhan di Tanjung Pelepas
Johor misalnya, mampu mengendalikan
nilai dagangan yang lebih besar serta
menyediakan kemudahan pergudangan
yang lengkap dengan pelbagai peralatan
moden serta mampu memenuhi corak
dan kapasiti perdagangan semasa.
Dari segi nilai dagangan pula,
Malaysia merupakan sebuah negara
perdagangan yang ke-17 terbesar di
dunia dengan banyak rakan dagangan
dan kelebihan yang tersendiri. Dengan
adanya rakan dagangan serta pasaran
yang begitu aktif dan lebih luas hasil
daripada pelbagai kerjasama dagangan
yang telah dimeterai oleh pihak
kerajaan, misi perdagangan sering
dilakukan dengan pelbagai inisiatif
pemasaran oleh pihak kerajaan serta
agensinya dan syarikat yang terbabit
dalam pengeluaran produk halal.
Selain itu, Malaysia juga merupakan
satu-satunya kerajaan negara Islam
yang mengeluarkan sijil halal kepada
pelbagai produk makanan halal. Logo
halal Malaysia pula diiktiraf di seluruh
dunia. Hal ini merupakan aset yang
amat bernilai bagi negara ini untuk
muncul atau dimartabatkan sebagai hab
halal serantau mahupun antarabangsa.
Malah, Malaysia berjaya menyediakan
standard halal sendiri, iaitu MS15900
dan MS2004 selaras dengan standard
halal dunia.
Dengan memiliki standard yang
berstatus global ini, sudah tentu
keyakinan pengguna Islam terhadap
produk halal yang berjenamakan
Malaysia dapat ditingkatkan lagi.
Perkembangan ini turut memihak
kepada Malaysia hingga rata-rata negara
seperti Emiriyah Arab Bersatu, Arab
Saudi, Amerika Syarikat, Kanada dan
negara lain, menerima dan berminat
dengan produk halal keluaran negara
ini. Hal ini berbeza daripada negara lain
kerana sijil halalnya dikeluarkan oleh
persatuan agama, syari kat perniagaan,
institusi masjid dan badan-badan yang
kurang diyakini dari segi autoriti dan
ketelusannya.
Sementara itu, struktur pasaran yang
dinamik dan terbuka menjadi asas
kepada kemantapan dalam industri halal
negara. Penembusan pasaran halal yang
amat tinggi disokong oleh produk dan
makanan halal ini boleh digunakan oleh
semua lapisan masyarakat tanpa mengira
agama dan bangsa. Sedangkan produk
tidak halal hanya terhad untuk keperluan
pengguna bukan beragama Islam.
Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 17
Peluang ini sebenarnya amat
berhar a untuk masyarakat Islam
agar dapat bergiat maju dalam bidang
perniagaan dan seterusnya menguasai
pasaran produk halal global yang
mampu memberikan keuntungan
yang memberangsangkan. Penumpuan
terhadap pasaran Eropah juga perlu
diberi perhatian memandangkan jumlah
pengguna Islam di benua tersebut
sangat tinggi serta mempunyai kuasa
beli yang besar.
Kepesatan industri halal global
mendorong semua negara berlumba-
lumba untuk terlibat dalam aktiviti
pengeluaran produk halal. Senario ini
turut mewujudkan suasana pertandingan
pasaran yang sihat apabila produk halal
dapat dijual pada harga yang lebih
rendah dan berpatutan. Sebenarnya,
banyak syarikat multinasional dari
negara maju bukan Islam yang sudah
begitu lama nnenerajui pengeluaran
produk halal.
Australia dan New Zealand misalnya,
terkenal sebagai pengeksport daging
halal utama dunia yang telah sekian
lama memonopoli pengeluaran daging
mentah dunia. Begitu juga dengan Brazil
dan Argentina yang tidak ketinggalan
menjadi pengeluar ayam halal utama
dunia. Jika dilihat dan dinilai berasaskan
faktor geografi dan ekonomi, agak
mustahil untuk Malaysia bersaing
dengan Australia dan Brazil yang sudah
menjadi pembekal daging halal yang
kukuh pada peringkat antarabangsa.
Namun begitu, tidak dinafikan
bahawa Malaysia mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri dan
mempunyai potensi yang luas untuk
menjadi negara pengeluar produk halal
berasaskan sektor makanan dan asas
tani. Dengan wujudnya kepelbagaian
dalam produk makanan halal di pasaran
global, hal ini memberi Malaysia peluang
untuk menawarkan produk yang lebih
kompetitif dan bermutu. Yang perlu
dilaksanakan adalah mempertingkatkan
nilai tambah terhadap setiap produk
makanan berasaskan pengeluaran asas
tani supaya mempunyai nilai ekonomi
yang tinggi.
Sehubungan dengan hal itu,
pihak kerajaan sentiasa proaktif bagi
memastikan jentera pentadbi ran kerajaan
sentiasa menjalankan tanggungjawab
dengan cekap dan berkesan. Untuk
memantapkan pengeluaran sijil halal,
maka pada awal Julai tahun lalu semua
hak serta tanggungjawab pengeluaran
sijil halal yang sebelum ini dikendalikan
oleh Perbadanan Pembangunan Industri
Halal (HDC) diserahkan semula kepada
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).
Menurut Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir
Baharom, langkah tersebut dibuat
bagi membolehkan HDC memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada usaha
membangunkan produk dan hab halal.
Hal ini bermakna, JAKIM kembali
bertanggungjawab mengeluarkan Sijil
Halal Malaysia bagi produk tempatan
dan luar negara serta menguruskan soal
pembayaran untuk mendapatkan sijil
berkenaan. Sebagai langkah tambahan,
kerajaan juga akan memastikan JAKIM
dapat meningkatkan kualiti proses
permohonan dan pengeluaran sijil halal
supaya lebih cekap dan efisien.
Dengan hal yang demikian juga, HDC
diharapkan dapat memfokuskan tugasnya
terhadap usaha membangunkan produk
halal negara. Tanggungjawab HDC
amat besar kerana berfungsi sebagai
peneraju yang akan memastikan pusat
halal dibangunkan bagi menyokong
pembangunan industri halal di negara
ini. Pusat halal ini dijangka dapat
menarik minat peniaga serta pelabur,
di samping membantu peniaga
bumiputera khususnya melalui skim
perkongsian pelbagai kemudahan di
pusat penyimpanan dan perniagaan.
Seterusnya, pada peringkat global,
HDC turut menubuhkan sebuah Pusat
Sokongan Halal Global (GHSC).
Perkembangan ini sejajar dengan usaha
Syarikat pembekal daging di New Zealand
mengambil pekerja Islam untuk kerja penyembelihan.
memperkukuh kedudukan Malaysia
sebagai pusat rujukan global, khususnya
bagi urusan maklumat, pengetahuan
serta perkhidmatan yang berkaitan
dengan industri tersebut. Pusat itu turut
diharapkan dapat membantu syarikat
dan pembekal perkhidmatan halal
global bagi mendapatkan bantuan,
khususnya yang berkaitan dengan aspek
pengetahuan halal, pensijilan halal,
pembinaan kapasiti serta peluang dan
insentif pelaburan yang ditawarkan
oleh Malaysia.
Rata-rata semua pihak perlulah
bertanggungjawab memainkan
peranan dan serta fungsi dalam usaha
memartabatkan industri halal negara
sebagai hab halal dunia. Banyak
negara lain di dunia yang mempunyai
keupayaan kewangan sentiasa mengintai
peluang bagi memajukan industri
halal di negara masing-masing. Oleh
itu, masyarakat Islam di negara ini
juga perlulah sentiasa bersedia dan
sanggup meneroka peluang yang
terbuka luas dalam industri halal yang
dijangka akan memberikan imbuhan
serta pulangan yang cukup bernilai
untuk kesejahteraan dan keharmonian
masyarakat, seterusnya negara berjaya
menyertai kelompok negara maju
menjelang tahun 2020. DE
RENCANA UTAMA
8 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011
OLEH ADURA ADNAN
Pasaran Antarabangsa
Produk Halal
P
asaran global bagi industri halal
cukup besar dan lumayan. Nilai
dagangan bagi industri makanan
halal setahun sahaja dianggarkan
bernilai RM1317 bilion (AS$661
bilion) yang berkembang pada tahap
20 peratus setahun. Pasaran yang cukup
besar bagi industri makanan halal
global menyebabkan banyak syarikat
di seluruh dunia cuba berjinak-jinak
untuk meneroka pelbagai peluang
yang ada dalam pasaran makanan halal
dunia. Malah, banyak syarikat yang
cuba menembusi pasaran halal dan
menggunakan konsep halal sebagai alat
baharu pemasaran. Hal ini dibuktikan
dengan meningkatnya pasaran makanan
halal global dalam trend pasaran di
luar negara.
Potensi industri makanan halal
yang menjanjikan pulangan yang
cukup lumayan menyebabkan negara
bukan Islam turut merebut peluang
ini. Malah, negara bukan Islam
dikatakan mendahului negara Islam
serta mendominasi pasaran makanan
halal. Negara Australia dan New
Zealand merupakan negara pengeksport
daging halal terbesar dunia. Kerajaan
Australia dan New Zealand misalnya,
memberikan sokongan padu dalam
penghasilan makanan halal bagi
memenuhi keperluan pasaran halal
dunia.
Kerajaan Australia memperuntukkan
sejumlah RM309 juta (AS$100 juta)
sepanjang tempoh lima tahun bagi
tujuan mempromosikan makanan halal
mereka bagi tujuan eksport. Malah,
jualan daging halal Australia sentiasa
menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan. Selain Australia,
New Zealand turut terlibat dalam
mengaut peluang dan keuntungan yang
disediakan dalam pasaran produk halal.
Malah, nilai eksport daging bebiri New
Zealand menyumbangkan sebanyak 40
peratus nilai pasaran dunia. Keprihatinan
yang tinggi terhadap kepentingan daging
halal menyebabkan kini, hampir 95
Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 19
RENCANA LITAMA
RENCANA UTAMA
Masyarakat Islam yang banyak di Eropah meningkatkan permintaan produk halal.
peratus nilai bebiri eksport New Zealand
berstatus halal.
Sementara itu, pasar raya besar
milik syarikat besar antarabangsa,
seperti Giant, Carrefour dan Auchan
secara agresifnya turut menjalankan
peruncitan makanan halal, manakala
Pelabuhan Rotterdam turut dijadikan
Halal DistriPark yang menyediakan
makanan halal bagi keperluan sejumlah
30 juta orang Islam di Eropah. Keperluan
terhadap makanan halal daripada
daging mentah sehinggalah makanan
yang dinilai tambah dan diproses turut
mengalami peningkatan dalam kalangan
masyarakat di negara Eropah.
Jumlah permintaan bagi pasaran
halal semakin meningkat lebih-lebih
lagi dengan peningkatan populasi
orang Islam di dunia dan pasaran ini
dijangkakan akan bertambah besar dan
I uas dengan pertambahan populasi
orang Islam yang dianggarkan 30
peratus daripada jumlah penduduk
dunia. Sehingga kini terdapat sekitar
1.83 bilion orang Islam di seluruh dunia
dan 1.5 bilion merupakan pengguna
makanan halal dengan nisbah satu bagi
setiap empat orang ialah pengguna
makanan halal.
Kini, AsiaTenggara danTimurTengah
merupakan pasaran yang luas bagi
produk makanan halal dunia. Dengan
jumlah 250 juta pengguna produk halal,
menjadi kan Asia Tenggara pusat pasaran
makanan halal. Kuasa bell negara
Islam terhadap barangan halal meliputi
580 915 nilai pasaran dunia menjadikan
pasaran halal global semakin luas
terbentang di seluruh alam. Populasi
masyarakat Islam yang besar turut
menjadi penyumbang utama yang
meliputi Asia Tenggara, 93 230 orang;
Asia Tengah, 111 150 orang; Eropah
termasuk Rusia, 63 988 orang; Afrika,
115 443 orang; dan Amerika Utara,
sejumlah 14 455 orang.
Permintaan makanan halal dunia
tidak pernah susut, malah semakin
banyak dan sentiasa menunjukkan
peningkatan. Jumlah dagangan bagi
pasaran halal dunia bagi makanan
halal dianggarkan bernilai RM2
trilion setahun. Nilai ini bukan sahaja
menguntungkan, tetapi cukup lumayan
kepada pedagang pemasar, pemborong,
pengedar, peruncit, pembekal dan
penyedia di seluruh dunia.
Nilai "halal" cukup besar kepada
pengeluar makanan dan produk di
seluruh dunia kini sehingga dikatakan
pengeluar akan mengalami kerugian
sehingga 60 peratus jika produk yang
dihasilkan tidak mempunyai sijil halal.
Di Malaysia, pasaran industri halal
yang mampu menjanakan ekonomi
negara yang bernilai RM45 bilion
menyebabkan usahawan bukan Islam
turut "berebut-rebut" mendapatkan
sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan halal
terhadap produk dan makanan penting
untuk memaklumkan kepada pengguna
bahawa produk mereka suci, bersih
dan selamat. Sementara itu, Indonesia,
Malaysia dan Singapura mempunyai
dasar dan peraturan bagi mengawal
pengimportan makanan halal yang
perlu mendapatkan pensijilan.
Arah aliran yang berubah dalam
pasaran berikutan dengan meningkatnya
kesedaran masyarakat dunia terhadap
produk dan makanan yang berkualiti
tinggi, bersih dan selamat turut
menyebabkan penambahan permintaan
terhadap makanan dan produk halal
di seluruh dunia. Hal ini dikatakan
demikian kerana masyarakat bukan
Islam turut cenderung untuk memilih
makanan dan produk halal yang
menyebabkan pasaran global bagi
makanan dan produk halal semakin
pesat berkembang dan mempunyai
prospek yang tinggi. Halal tidak
pernah berkompromi dengan kesucian
kebersihan, dan keselamatan makanan
dan produk. Faktor itulah yang
menyebabkan pasaran untuk produk
kecantikan di Timur Tengah meningkat
sebanyak 12 peratus setahun dengan
nilai RM6.49 bilion (AS$2.1 bilion)
setahun dan di Emiriyah Arab Bersatu
(UEA) dengan anggaran nilai dagangan
sejumlah RM646 bilion (AS$150 bilion),
yang sebahagian besarnya merupakan
produk kosmetik dan kecantikan serta
produk kebersihan diri.
Menurut Messe Frankfurt, penganjur
terbesar pameran perdagangan
Beautyworld Middle East, perkembangan
ini mencerminkan permintaan yang
tinggi terhadap produk kebersihan diri
dan barangan kecantikan yang halal
akibat daripada meningkatnya tahap
kesedaran pengguna terhadap bahan
yang digunakan dalam penghasilan
produk kecantikan dan kebersihan diri.
Kesedaran yang tinggi terhadap produk
dan barangan kosmetik, kecantikan
dan dandanan diri menyebabkan
produk ini mendapat permintaan yang
menggalakkan sekali gus mendorong
10 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011
f, y
0
I V.
4,4 , #,4,4, • • O•
4 7' ft O►%'
Australia pengeluar daging halal terbesar dunia.
sektor ini berkembang pesat dan
berpotensi untuk dimajukan. Selain
itu, bidang industri halal yang lain
turut berpotensi untuk menjanakan
ekonomi. Antaranya termasuklah
produk pelancongan, farmaseutikal,
pembungkusan dan logistik.
Sementara itu, pelbagai ekspo
yang berkaitan dengan produk dan
makanan halal kerap diadakan di
seluruh pelosok dunia termasuklah di
Malaysia, Singapura, Turki, Dubai dan
Iran. Hal ini sudah tentu ada kaitan
dengan permintaan yang tinggi terhadap
pasaran global halal di seluruh dunia
yang berjaya membuka mata pedagang
dan pengeluar produk dan makanan
di seluruh dunia untuk merebut
peluang yang ada dan
seterusnya menggali
"lubuk emas" yang
tersedia dalam pasaran
dunia bagi merancakkan
industri makanan dan
produk halal dunia.
Antara ekspo dan
pameran perdagangan
ft antarabangsa yang
berkaitan dengan
makanan dan produk
yang mendapat sambutan
termasuklah Pameran
Halal Antarabangsa
Malaysia (MINAS),
Pameran Halal Paris,
Pameran Produk Halal
Antarabangsa Moscow,
Pameran Antarabangsa
Makanan Halal
Indonesia dan Pameran
dan Ekspo Perdagangan
Antarabangsa Industri
Halal, Lahore, Pakistan.
Sementara itu,
menurut pakar perunding
ekonomi di Perancis,
pasaran halal di
Perancis menyaksikan
perkembangan yang
menggalakkan dengan
nilai dagangan sebanyak RM23.42
bilion atau 5.5 bilion Euro pada tahun
2010. Hal ini dikatakan demikian kerana
barangan halal tidak terhad kepada
produk hasil makanan semata-mata
sebaliknya termasuklah produk kosmetik
dan produk kecantikan dan dandanan
diri. Malah, pengeluar barangan dan
produk kosmetik dan kecantikan turut
menunjukkan pertambahan dengan
kebanyakannya menawarkan produk
tanpa alkohol dan tanpa lemak babi.
Daripada data yang dikumpulkan
di Perancis, dianggarkan sejumlah
RM19.16 bilion (4.5 bilion Euro) telah
dibelanjakan ke atas hasil makanan
dan RM4.3 bilion (1 bilion Euro) telah
dibelanjakan ke atas restoran. Pasaran
halal Perancis bukan sahaja menyasarkan
sejumlah tujuh juta masyarakat Islam
di Perancis, tetapi juga sejumlah 17
juta masyarakat Islam di seluruh Eropah
yang nilai pasaran halal di Eropah
berjumlah RM49.4 bilion (AS$16 bilion).
Yang menariknya, produk makanan
halal kini banyak memenuhi pasar
raya di Perancis. Senario produk halal
yang turut dipamerkan dan diletakkan
di atas rak jualan di pasar raya di
Perancis bukan lagi perkara baharu
yang aneh. Malah, banyak rangkaian
restoran besar turut menawarkan
makanan halal.
Industri halal terus berkembang
maju apabila industri makanan
halal kini menjadi kelas aset dalam
komuniti pelaburan menerusi
pelancaran indeks pertama makanan
halal. Menurut Rushdi Siddiqui,
Ketua Kewangan Islam Global
Thomson Reuters Amerika Syarikat,
"Indeks Makanan Halal dan Indeks
Penyertaan Halal SAMI (Pelaburan
Pasaran Diterima secara Sosial), yang
dilancarkan semasa Forum Halal Dunia
2011 berperanan untuk memberikan
ruang kepada pelabur yang mahukan
peluang pelaburan beretika dan
berlandaskan syariah".
Indeks Makanan Halal SAMI
diusahakan oleh Thomson Reuters
dan IdealRatings yang menyenaraikan
200 syarikat di negara yang majoriti
penduduknya beragama Islam,
dengan modal pasaran bernilai
lebih RM309 bilion (AS$100 bilion).
Walau bagaimanapun, dengan
begitu luasnya pasaran industri halal
dunia yang menjanjikan keuntungan
yang lumayan, masih belum dapat
menarik lebih banyak pengeluar
beragama Islam untuk turut terlibat
dalam industri halal. Seperti kata
Rushdi Siddiqui, "Pada masa ini
80 peratus produk makanan halal
dikeluarkan oleh negara bukan Islam
dan digunakan oleh kebanyakan
negara Islam". DE
HALAL
INF s
Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 111

More Related Content

What's hot

Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Noor Aziah Mamat
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
Penggunaan Menurut Ekonomi Islam
Penggunaan Menurut Ekonomi IslamPenggunaan Menurut Ekonomi Islam
Penggunaan Menurut Ekonomi IslamMahyuddin Khalid
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al SunnahWanBK Leo
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamMahyuddin Khalid
 
Pengurusan harta anak yatim
Pengurusan harta anak yatimPengurusan harta anak yatim
Pengurusan harta anak yatimirwansetiu
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Tokoh Imam Empat Mazhab : Imam Malik
Tokoh Imam Empat Mazhab : Imam MalikTokoh Imam Empat Mazhab : Imam Malik
Tokoh Imam Empat Mazhab : Imam Malikkkqsmkta
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5Muhammad Rezel Masah
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalatsalmy1001
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatNoor Aziah Mamat
 
Konsep Halalan Tayyiban Menurut Ulama
Konsep Halalan Tayyiban Menurut Ulama Konsep Halalan Tayyiban Menurut Ulama
Konsep Halalan Tayyiban Menurut Ulama Aiisy Afifah
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinZafirah Abdullah
 

What's hot (20)

Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
Isu Halal Haram Pemakanan
Isu Halal Haram PemakananIsu Halal Haram Pemakanan
Isu Halal Haram Pemakanan
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Penggunaan Menurut Ekonomi Islam
Penggunaan Menurut Ekonomi IslamPenggunaan Menurut Ekonomi Islam
Penggunaan Menurut Ekonomi Islam
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Pengurusan harta anak yatim
Pengurusan harta anak yatimPengurusan harta anak yatim
Pengurusan harta anak yatim
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Tokoh Imam Empat Mazhab : Imam Malik
Tokoh Imam Empat Mazhab : Imam MalikTokoh Imam Empat Mazhab : Imam Malik
Tokoh Imam Empat Mazhab : Imam Malik
 
T4 bab 13 haji dan umrah
T4 bab 13   haji dan umrahT4 bab 13   haji dan umrah
T4 bab 13 haji dan umrah
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
 
Definisi istishab
Definisi istishabDefinisi istishab
Definisi istishab
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
Konsep Halalan Tayyiban Menurut Ulama
Konsep Halalan Tayyiban Menurut Ulama Konsep Halalan Tayyiban Menurut Ulama
Konsep Halalan Tayyiban Menurut Ulama
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 

Viewers also liked

Prosedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 aProsedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 aRidzaludin
 
Akta perihal dagangan
Akta perihal daganganAkta perihal dagangan
Akta perihal daganganAlif Akram
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanArwendy jaikul
 
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020Adha Rain
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaNur Azwani Azmi
 
Full Study: Performance Reviews Get a Failing Grade
Full Study: Performance Reviews Get a Failing GradeFull Study: Performance Reviews Get a Failing Grade
Full Study: Performance Reviews Get a Failing GradeAdobe
 
Makanan Halal & Haram
Makanan Halal & HaramMakanan Halal & Haram
Makanan Halal & HaramDiyana Yie
 
Advantages of MIS
Advantages of MISAdvantages of MIS
Advantages of MISMihir Busa
 
Makanan dan minuman yang halal dan yang haram
Makanan dan minuman yang halal dan yang haramMakanan dan minuman yang halal dan yang haram
Makanan dan minuman yang halal dan yang haramJusuf AN
 
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pa3STPM
 
Management information system
Management information systemManagement information system
Management information systemAnamika Sonawane
 
Management Information System (MIS)
Management Information System (MIS)Management Information System (MIS)
Management Information System (MIS)Navneet Jingar
 

Viewers also liked (17)

Industri Halal .
Industri Halal .Industri Halal .
Industri Halal .
 
Prosedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 aProsedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 a
 
Akta perihal dagangan
Akta perihal daganganAkta perihal dagangan
Akta perihal dagangan
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
 
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
Strategi & pelaksanaan wawasan 2020
 
Ekonomi Pengajian am STPM
Ekonomi Pengajian am STPMEkonomi Pengajian am STPM
Ekonomi Pengajian am STPM
 
Latihan powerpoint
Latihan powerpointLatihan powerpoint
Latihan powerpoint
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
presentation ehalal
presentation ehalalpresentation ehalal
presentation ehalal
 
Full Study: Performance Reviews Get a Failing Grade
Full Study: Performance Reviews Get a Failing GradeFull Study: Performance Reviews Get a Failing Grade
Full Study: Performance Reviews Get a Failing Grade
 
Makanan Halal & Haram
Makanan Halal & HaramMakanan Halal & Haram
Makanan Halal & Haram
 
Advantages of MIS
Advantages of MISAdvantages of MIS
Advantages of MIS
 
Makanan dan minuman yang halal dan yang haram
Makanan dan minuman yang halal dan yang haramMakanan dan minuman yang halal dan yang haram
Makanan dan minuman yang halal dan yang haram
 
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
 
Management information system
Management information systemManagement information system
Management information system
 
Importance of MIS
Importance of MISImportance of MIS
Importance of MIS
 
Management Information System (MIS)
Management Information System (MIS)Management Information System (MIS)
Management Information System (MIS)
 

Similar to HalalIndustriTransformasi

eBook Panduan Asas Halal C.pdf
eBook Panduan Asas Halal C.pdfeBook Panduan Asas Halal C.pdf
eBook Panduan Asas Halal C.pdfNagariaInfo
 
0372().ppt
0372().ppt0372().ppt
0372().pptDiivaa1
 
kawasan industri halal.pdf
kawasan industri halal.pdfkawasan industri halal.pdf
kawasan industri halal.pdfSIWI Book store
 
KERTAS KERJA PEKUSEL INSPIRASI SELANGOR.pdf
KERTAS KERJA PEKUSEL INSPIRASI SELANGOR.pdfKERTAS KERJA PEKUSEL INSPIRASI SELANGOR.pdf
KERTAS KERJA PEKUSEL INSPIRASI SELANGOR.pdfPersatuanEkonomiUsah
 
Visiting report
Visiting reportVisiting report
Visiting reportdrfez86
 
Literasi-tentang-Industri-Halal.pdf
Literasi-tentang-Industri-Halal.pdfLiterasi-tentang-Industri-Halal.pdf
Literasi-tentang-Industri-Halal.pdfandhikaanandya1
 
Peran Bank Indonesia dalam Pengembangan Ekonomi Syariah
Peran Bank Indonesia dalam Pengembangan Ekonomi SyariahPeran Bank Indonesia dalam Pengembangan Ekonomi Syariah
Peran Bank Indonesia dalam Pengembangan Ekonomi SyariahAbdul Hadi Ilman
 
13, be gg, adi novian prihantoro, hapzi ali, globalization and business ethi...
13, be  gg, adi novian prihantoro, hapzi ali, globalization and business ethi...13, be  gg, adi novian prihantoro, hapzi ali, globalization and business ethi...
13, be gg, adi novian prihantoro, hapzi ali, globalization and business ethi...Adi Novian Prihantoro
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
MATERI BPS ISEF 2022_310822 (Waqf Investment Forum)[1].pdf
MATERI BPS ISEF 2022_310822 (Waqf Investment Forum)[1].pdfMATERI BPS ISEF 2022_310822 (Waqf Investment Forum)[1].pdf
MATERI BPS ISEF 2022_310822 (Waqf Investment Forum)[1].pdfRayan Asa Luminaries
 
Investasi-Negara-Membangun-SDM-Unggul-dalam-Ekosistem.pptx
Investasi-Negara-Membangun-SDM-Unggul-dalam-Ekosistem.pptxInvestasi-Negara-Membangun-SDM-Unggul-dalam-Ekosistem.pptx
Investasi-Negara-Membangun-SDM-Unggul-dalam-Ekosistem.pptxZulkadrin
 
Ppt kel 5 es 5 a 2021 peran teknologi dan sistem dalam pengembangan umkm
Ppt kel 5 es 5 a  2021 peran teknologi dan sistem dalam pengembangan umkmPpt kel 5 es 5 a  2021 peran teknologi dan sistem dalam pengembangan umkm
Ppt kel 5 es 5 a 2021 peran teknologi dan sistem dalam pengembangan umkm21HANAFAUZIAQOTHRUNN
 
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...shindydiana1
 
Pedoman Kampanye Halal 2023.ppt untuk Pedoman Kampanye Halal 2023
Pedoman Kampanye Halal 2023.ppt untuk  Pedoman Kampanye Halal 2023Pedoman Kampanye Halal 2023.ppt untuk  Pedoman Kampanye Halal 2023
Pedoman Kampanye Halal 2023.ppt untuk Pedoman Kampanye Halal 2023sitiasmainiasmaini
 
Ppt kelompok-5
Ppt kelompok-5Ppt kelompok-5
Ppt kelompok-521YULIANA
 

Similar to HalalIndustriTransformasi (20)

eBook Panduan Asas Halal C.pdf
eBook Panduan Asas Halal C.pdfeBook Panduan Asas Halal C.pdf
eBook Panduan Asas Halal C.pdf
 
0372().ppt
0372().ppt0372().ppt
0372().ppt
 
19 lagi projek di bawah etp
19 lagi projek di bawah etp19 lagi projek di bawah etp
19 lagi projek di bawah etp
 
kawasan industri halal.pdf
kawasan industri halal.pdfkawasan industri halal.pdf
kawasan industri halal.pdf
 
Materi_Halal_Datik.pdf
Materi_Halal_Datik.pdfMateri_Halal_Datik.pdf
Materi_Halal_Datik.pdf
 
KERTAS KERJA PEKUSEL INSPIRASI SELANGOR.pdf
KERTAS KERJA PEKUSEL INSPIRASI SELANGOR.pdfKERTAS KERJA PEKUSEL INSPIRASI SELANGOR.pdf
KERTAS KERJA PEKUSEL INSPIRASI SELANGOR.pdf
 
Visiting report
Visiting reportVisiting report
Visiting report
 
Literasi-tentang-Industri-Halal.pdf
Literasi-tentang-Industri-Halal.pdfLiterasi-tentang-Industri-Halal.pdf
Literasi-tentang-Industri-Halal.pdf
 
Peran Bank Indonesia dalam Pengembangan Ekonomi Syariah
Peran Bank Indonesia dalam Pengembangan Ekonomi SyariahPeran Bank Indonesia dalam Pengembangan Ekonomi Syariah
Peran Bank Indonesia dalam Pengembangan Ekonomi Syariah
 
Roadmap pengembangan keuangan syariah indonesia 2017 2019
Roadmap pengembangan keuangan syariah indonesia 2017 2019Roadmap pengembangan keuangan syariah indonesia 2017 2019
Roadmap pengembangan keuangan syariah indonesia 2017 2019
 
13, be gg, adi novian prihantoro, hapzi ali, globalization and business ethi...
13, be  gg, adi novian prihantoro, hapzi ali, globalization and business ethi...13, be  gg, adi novian prihantoro, hapzi ali, globalization and business ethi...
13, be gg, adi novian prihantoro, hapzi ali, globalization and business ethi...
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
MATERI BPS ISEF 2022_310822 (Waqf Investment Forum)[1].pdf
MATERI BPS ISEF 2022_310822 (Waqf Investment Forum)[1].pdfMATERI BPS ISEF 2022_310822 (Waqf Investment Forum)[1].pdf
MATERI BPS ISEF 2022_310822 (Waqf Investment Forum)[1].pdf
 
Investasi-Negara-Membangun-SDM-Unggul-dalam-Ekosistem.pptx
Investasi-Negara-Membangun-SDM-Unggul-dalam-Ekosistem.pptxInvestasi-Negara-Membangun-SDM-Unggul-dalam-Ekosistem.pptx
Investasi-Negara-Membangun-SDM-Unggul-dalam-Ekosistem.pptx
 
Paparan makasar 1
Paparan makasar 1Paparan makasar 1
Paparan makasar 1
 
Ppt kel 5 es 5 a 2021 peran teknologi dan sistem dalam pengembangan umkm
Ppt kel 5 es 5 a  2021 peran teknologi dan sistem dalam pengembangan umkmPpt kel 5 es 5 a  2021 peran teknologi dan sistem dalam pengembangan umkm
Ppt kel 5 es 5 a 2021 peran teknologi dan sistem dalam pengembangan umkm
 
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,6,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
 
Pedoman Kampanye Halal 2023.ppt untuk Pedoman Kampanye Halal 2023
Pedoman Kampanye Halal 2023.ppt untuk  Pedoman Kampanye Halal 2023Pedoman Kampanye Halal 2023.ppt untuk  Pedoman Kampanye Halal 2023
Pedoman Kampanye Halal 2023.ppt untuk Pedoman Kampanye Halal 2023
 
PPT MKU KELOMPOK 5
PPT MKU KELOMPOK 5PPT MKU KELOMPOK 5
PPT MKU KELOMPOK 5
 
Ppt kelompok-5
Ppt kelompok-5Ppt kelompok-5
Ppt kelompok-5
 

Recently uploaded

Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaEkonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaWahyuKamilatulFauzia
 
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxPPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxZefanya9
 
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxCryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxumusilmi2019
 
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaDAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaarmanamo012
 
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxWAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxMunawwarahDjalil
 
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga KeuanganPresentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuanganzulfikar425966
 
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptxBAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptxFrida Adnantara
 
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptxPSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptxRito Doank
 
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptModal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptFrida Adnantara
 
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxUNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxPERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxHakamNiazi
 
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISKEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISHakamNiazi
 
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.pptSlide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.pptwxmnxfm57w
 
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).pptIntroduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppttami83
 
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganuang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganlangkahgontay88
 
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...ChairaniManasye1
 
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalKELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalAthoillahEconomi
 
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
Ukuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnyaUkuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnya
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnyaIndhasari3
 
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non BankPresentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bankzulfikar425966
 
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...OknaRyana1
 

Recently uploaded (20)

Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaEkonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
 
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxPPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
 
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxCryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
 
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaDAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
 
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxWAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
 
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga KeuanganPresentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
 
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptxBAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
 
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptxPSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
 
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptModal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
 
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
 
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxPERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
 
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISKEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
 
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.pptSlide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
Slide Pengisian SPT Tahunan 2015 - OP 1770 Pembukuan.ppt
 
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).pptIntroduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
 
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuanganuang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
uang dan lembaga keuangan uang dan lembaga keuangan
 
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
 
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskalKELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
KELOMPOK 17-PEREKONOMIAN INDO moneter dan fiskal
 
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
Ukuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnyaUkuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnya
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
 
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non BankPresentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
 
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
MENYELESAIKAN PENGUJIAN DALAM SIKLUS PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KAS VERIFIKASI ...
 

HalalIndustriTransformasi

  • 1. RENCANA UTAMA OLEH MOHAMAD KHAN Transformasi Industri Halal ..17-4iartob- I ndustri produk halal di Malaysia melakarkan perkembangan positif apabila Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) melangkah setapak lagi dalam memperkasakan syarikat pengeluar produk dan menyediakan perkhidmatan halal tempatan ke peringkat dunia dengan memperkenalkan Program Transformasi Perniagaan Halal. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, program itu bertujuan untuk menjadikan syarikat yang terlibat lebih kompetitif dan mengembangkan pertumbuhan ekonomi, terutama dalam sektor perdagangan halal. Program Transformasi Perniagaan Halal yang bermula pada tahun 2011 ini menyasarkan 124 buah syarikat bakal menyertainya dan syarikat yang terbabit akan dibahagikan dalam tiga kategori utama, iaitu pengeraman (incubation) halal, syarikat fokus halal dan juara halal. Maklumat utama HDC melancarkan program tersebut adalah untuk membolehkan syarikat halal tempatan bersaing secara kompetitif di pasaran global. *At Padalow lir, masa yang sama, program 0 ,1ini diharapkan mampu melengkapkan syarikat yang turut serta dengan pensijilan lain seperti Anal isis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta Amalan Pengilangan Baik (GMP). Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 13
  • 2. RENCANA UTAMA Setiap kategori dalam program ini mempunyai fokus tersendiri. Pengeraman halal memfokuskan usaha menambah balk kemampuan pengeluaran, syarikat fokus halal pula bertujuan untuk meningkatkan jualan serta prestasi eksport, manakala juara halal bermatlamatkan usaha mentransformasikan perniagaan kecil kepada skala yang lebih besar. Untuk tahun pertama operasi, sebanyak 100 buah syarikat disasarkan bagi pengeraman halal, 20 buah syarikat untuk fokus halal dan empat buah syarikat lagi untuk juara halal. Sehubungan dengan hal itu, HDC menganggarkan peningkatan jumlah bagi setiap kategori yang di perkenalkan kecuali bagi kategori juara halal. Pada masa yang sama, HDC turut mengunjurkan bahawa apabila program ini memasuki tahun kelima kelak, jumlah yang disasarkan akan meningkat kepada 220 buah syarikat bagi kategori pertama dan 60 syarikat untuk kategori kedua. Komponen utama program itu ialah pembangunan kapasiti, akses pasaran, jenama, dan promosi serta akses kepada pembiayaan. Sementara itu, antara program yang dijalankan pula termasuklah amalan pengeluaran halal terbaik, sistem kepastian halalan toyyiban, bahan alternatif halal dan inovasi produk, akses pasaran untuk produk dan perkhidmatan halal, nilai jenama halal serta perkhidmatan khidmat nasihat pembiayaan Islam. Program Transformasi Perniagaan Halal ini bersesuaian dengan perkembangan semasa memandangkan pertumbuhan tahunan bagi syarikat yang mempunyai pensijilan halal adalah sekitar 25 peratus, manakala eksport produk halal Malaysia telah menunjukkan peningkatan 34 peratus kepada RM15.8 bilion pada suku pertama tahun 2011. Berdasarkan angka ini, pertumbuhan yang menggalakkan dapat dilihat dan hal ini perlu dipastikan sentiasa berkembang supaya mampu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk meningkatkan ekonomi negara. Sementara itu, jika melihat cabaran yang perlu di hadapi HDC dalam industri halal, masalah paling ketara ialah kekurangan kepakaran modal insan seperti pakar dalam setiap bidang, terutama yang berkaitan dengan bidang syariah untuk sama-sama membantu memartabatkan industri halal tempatan. Dalam hal ini, HDC masih belum menemukan jalan penyelesaian dan turut melakukan alternatif dengan mencari pakar dari luar negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat halal dunia. Hasrat Malaysia untuk muncul sebagai hab halal dunia dapat direalisasikan dengan terlebih dahulu menjadi pusat penambah nilai seperti yang dilakukan oleh Si ngapura sekarang. Langkah yang dapat dilaksanakan adalah dengan mensyaratkan produk luar yang ingin mendapatkan pensijilan halal tempatan perlu menghantar produk mereka ke Malaysia sebelum nilai ditambah dilakukan dan kemudian produk itu dieksport semula. Dengan cara yang demikian, Malaysia bakal mendapat keuntungan dan sijil halal tempatan akan terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Industri halal dunia kini dianggarkan bernilai lebih AS$2 trilion setahun. Dengan jumlah yang sebegitu besar, hal ini sudah tentu dapat menghasilkan pulangan lumayan kepada mana- mana negara atau syarikat yang menumpukan perhatian secara serius bagi menghasilkan produk berstatus halal. Thailand merupakan antara negara yang mengambil langkah agresif untuk memastikan produk yang dikeluarkan oleh syarikat dari negara itu adalah halal selaras dengan kedudukannya sebagai pengeksport produk makanan halal yang keenam terbesar di dunia dengan pendapatan sebanyak AS$5 bilion setahun. Berdasarkan laporan, daripada 30 ribu kilang mengeluarkan makanan halal yang terdapat di negara itu sekarang, sebanyak 8000 buah syarikat sudah mendapat sijil pengesahan halal. Thailand kini sedang meningkatkan bilangan syarikat yang mendapat sijil halal bagi memastikan negara gajah putih itu mencapai sasaran untuk menjadi negara pengeksport produk makanan halal ketiga terbesar di dunia selepas Brazil dan Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun lagi. Di samping membolehkan produk berkenaan dijual kepada 1.5 bilion umat Islam, kerajaan Thailand berharap barangan berstatus halal yang sentiasa diyakini sebagai produk 4 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011
  • 3. yang bersih, berzat dan balk untuk kegunaan manusia, berupaya menarik minat seluruh penduduk dunia yang berjumlah kira-kira tujuh bilion orang untuk menggunakannya. Negara jiran itu ternyata serius dalam usaha merealisasikan hasrat untuk menjadi peserta industri produk halal global yang aktif apabila negara itu menubuhkan Pusat Sains Halal di Universiti Chulalongkorn (HSC-CU), Bangkok pada tahun 1995 dan Institut Halal di Universiti Prince of Songkhla, beberapa tahun selepas itu. Menurut Pengarah HSC-CU, Dr. Winai Dahlan, penubuhan pusat dan institut halal berkenaan telah membolehkan Thailand melakukan pelbagai inovasi baharu termasuk menghasilkan sabun dan cecair pencuci daripada tanah liat untuk memudahkan proses menyamak. Malahan, mereka turut mencipta dapur khusus yang mempunyai zon penampan bagi mengasingkan antara produk halal dengan yang haram yang telah digunakan secara meluas termasuk ketika Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand. Dakar daripada kedua- dua buah universiti tersebut turut terlibat memberikan latihan kepada petugas Thai Airways dan kakitangan sektor perkilangan di negara itu mengenai kaedah yang betul bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah halal. Sehubungan dengan hal itu, Malaysia pula dilaporkan hanya menguasai kira- kira satu peratus daripada pasaran makanan halal dunia yang berpotensi besar bernilai AS$680 bilion. Menurut Jamil, peluang berkenaan boleh dan patut direbut melalui peningkatan syarikat pengeluar produk halal berbanding dengan 1679 buah syarikat sedia ada yang memperoleh pensijilan halal pada tahun 2010. Bilangan berkenaan membabitkan 64 peratus produk makanan proses, penjagaan kesihatan (11 peratus), bahan produk (enam peratus) serta kosmetik dan penjagaan diri (enam peratus). "Saya yakin syarikat yang mendapat pensijilan halal ini akan meningkat dan mampu menguasai pasaran produk makanan premium dan pengeluar bahan mentah, selain produk bukan makanan." Demikian menurut Jamil lagi. HDC membangunkan pelbagai inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan halal yang bakal berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pengguna dan pelabur bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan industri tersebut. Pada masa yang sama, HDC juga mengambil langkah bernilai tambah dengan memperkenalkan aplikasi halal menerusi telefon pintar iPhone bagi membolehkan pengguna mencari lokasi premis makanan dan restoran yang menyajikan makanan halal menerusi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Selain berfungsi sebagai pusat rujukan halal, HDC juga komited untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan halal dan diberi tanggungjawab untuk mempromosikan lapan taman halal di negara ini. Lapan taman halal yang dimaksudkan ialah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ); Hab Halal Selangor, Pulau Indah; Taman halal Serkam, Melaka; Taman Halal Pedas, Negeri Sembilan; Hab Halal Tanjung Manis, Sarawak; Techpark @ Enstek, Negeri Sembilan; Taman Perindustrian Halal, Pulau Pinang; dan Taman Halal @ POIC, Sabah. Lebih memberangsangkan lagi, HDC juga berjaya menarik pelaburan dari Australia, Pakistan dan Jepun. Dalam usia empat tahun, HDC sudah berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan halal dan kini fokusnya adalah untuk membangunkan industri halal. Dengan hal yang demi kian, pelaksanaan fasa kedua pelan induk HDC amat penting kerana setelah dikenali sebagai hab halal, Malaysia juga berpotensi untuk membekalkan produk halal ke pasaran yang lebih luas lagi. Bagi memastikan industri halal dapat dibangunkan secara berterusan, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap industri itu, HDC menjalin kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan menyediakan latihan kepada syarikat yang berminat untuk sama- sama merancakkan industri halal domestik dan global. Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua buah organisasi tersebut melibatkan empat bidang utama, iaitu program latihan dan perundingan, hubungan antara agensi dan industri, pembangunan dan perkongsian ilmu serta promosi halal Malaysia. MoU untuk tempoh dua tahun ini mampu menjadi penyelesai kepada permasalahan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terhadap pensijilan halal selepas perkongsian maklumat dan pengetahuan dilaksanakan. Kursus yang ditawar mengikut struktur dan keperluan industri itu juga melibatkan syarikat antarabangsa dari Perancis, Turki dan Rusia. DE Thailand berhasrat untuk menjadi pembekal produk halal ketiga terbesar di dunia. Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 15
  • 4. RENCANA UTAMA OLEH HANAFI TIMA 411111111.11 p rogram Transformasi Ekonomi negara diyakini dapat memberikan nafas baharu kepada industri halal global. Selari dengan hal itu, arah aliran dagangan halal antarabangsa akan meningkatkan kesan daripada jangkaan permintaan global yang bukan sahaja datang dari Asia Barat, malah Amerika Syarikat dan negara Kesatuan Eropah (EU). Bahkan, banyak lagi negara serta blok ekonomi lain yang berpotensi untuk pasaran produk halal yang masih lagi belum diteroka sepenuhnya oleh peserta industri halal domestik. Sektor produk halal negara mempunyai potensi yang luas sebagai penjana sumber pendapatan yang kompetitif kepada ekonomi negara. Selain kewujudannya yang memenuhi inti pati Model Baru Ekonomi (MBE) negara, sektor produk halal memberikan sumbangan yang besar serta kukuh kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara dengan penekanan yang diberikan terhadap usaha melahirkan sumber baharu bagi memacu ekonomi. MBE yang nnengambil kira kepentingan fungsi pengemblengan sumber baharu yang diiringi inisiatif untuk meningkatkan nilai tambah produk serta peningkatan tahap produktiviti negara, turut meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Industri halal global dijangka berkembang pesat dalam pelbagai sektor khususnya perbankan, logistik ubat-ubatan dan rantaian pembekalan dengan anggaran nilai pasaran sebanyak AS$150 bilion setahun. Pada masa yang sama, pasaran halal global akan berkembang sebanyak 25 peratus 6 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011
  • 5. setahun. Nilai pasaran halal global dianggarkan bernilai sebanyak RM7.6 trilion setahun. Di rantau Eropah pula, perniagaan makanan halal dijangka berkembang dengan pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang memandangkan produk halal mendapat permintaan yang semakin banyak dari pasar raya di rantau tersebut. Hal ini berikutan pelbagai usaha promosi yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan serta agensi yang berkaitan. Sementara itu, dinilai dari segi struktur pasaran pula, produk makanan halal dunia pula dijangkakan mencecah sehingga RM$2 trilion setahun dan RM$45 bilion untuk pasaran Malaysia. Pada peringkat antarabangsa pu la junnlah keseluruhan pasaran produk makanan di Eropah adalah sebanyakAS$66 bilion termasuk daging, makanan segar dan makanan dibungkus, manakala pasaran global pula bernilai AS$634 bilion. Pelbagai kajian turut melaporkan keyakinan bahawa pasaran halal global mempunyai potensi pasaran yang begitu balk. Sebuah firma penyelidikan dunia, iaitu High Beam Resources telah merumuskan bahawa pada tahun 2007 nilai pasaran global telah mencecah paras AS$150 bilion. Nilai ini dijangka meningkat kepada AS$500 bilion (RM1.702 bilion) pada tahun 2012. Hal ini adalah berdasarkan prospek jumlah penduduk Islam seramai 1.8 bilion di hampir 112 buah negara yang menggunakan produk tersebut. Jumlah tersebut akan menjadi berlipat kali ganda lagi sekiranya mengambil kira jumlah pengguna bukan Islam yang banyak di seluruh dunia yang berpotensi menjadi pengguna produk halal negara. Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan I ndustri, Datuk Mukhriz Mahathir, yakin bahawa industri halal negara mampu berkembang bagi tahun yang beri kutnya. Hal ini ialah kesan daripada peningkatan pengaruh Islam di seluruh dunia dan kesedaran tinggi dalam mewujudkan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal negara. Tambahan pula, produk dan makanan halal negara mempunyai nilainya yang tinggi di pasaran global kerana terbukti berkualiti tinggi serta mampu ditawarkan pada harga yang kompetitif. Dengan memiliki standard yang berstatus global ini, sudah tentu keyakinan pengguna Islam terhadap produk halal yang berjenamakan Malaysia dapat ditingkatkan lagi. Di samping itu, Malaysia mempunyai pelbagai kelebihan serta sokongan domestik yang mampu mengangkat industri ini ke tahap yang lebih tinggi lagi. Malaysia mempunyai pelbagai infrastruktur yang canggih dan mampu memenuhi kehendak serta keperluan pemasaran produk halal global. Negara ini juga mampu menarik pelbagai produk halal keluar dan masuk di pasaran Malaysia secara lebih efisien, mudah dan cepat. Pelabuhan di Tanjung Pelepas Johor misalnya, mampu mengendalikan nilai dagangan yang lebih besar serta menyediakan kemudahan pergudangan yang lengkap dengan pelbagai peralatan moden serta mampu memenuhi corak dan kapasiti perdagangan semasa. Dari segi nilai dagangan pula, Malaysia merupakan sebuah negara perdagangan yang ke-17 terbesar di dunia dengan banyak rakan dagangan dan kelebihan yang tersendiri. Dengan adanya rakan dagangan serta pasaran yang begitu aktif dan lebih luas hasil daripada pelbagai kerjasama dagangan yang telah dimeterai oleh pihak kerajaan, misi perdagangan sering dilakukan dengan pelbagai inisiatif pemasaran oleh pihak kerajaan serta agensinya dan syarikat yang terbabit dalam pengeluaran produk halal. Selain itu, Malaysia juga merupakan satu-satunya kerajaan negara Islam yang mengeluarkan sijil halal kepada pelbagai produk makanan halal. Logo halal Malaysia pula diiktiraf di seluruh dunia. Hal ini merupakan aset yang amat bernilai bagi negara ini untuk muncul atau dimartabatkan sebagai hab halal serantau mahupun antarabangsa. Malah, Malaysia berjaya menyediakan standard halal sendiri, iaitu MS15900 dan MS2004 selaras dengan standard halal dunia. Dengan memiliki standard yang berstatus global ini, sudah tentu keyakinan pengguna Islam terhadap produk halal yang berjenamakan Malaysia dapat ditingkatkan lagi. Perkembangan ini turut memihak kepada Malaysia hingga rata-rata negara seperti Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Kanada dan negara lain, menerima dan berminat dengan produk halal keluaran negara ini. Hal ini berbeza daripada negara lain kerana sijil halalnya dikeluarkan oleh persatuan agama, syari kat perniagaan, institusi masjid dan badan-badan yang kurang diyakini dari segi autoriti dan ketelusannya. Sementara itu, struktur pasaran yang dinamik dan terbuka menjadi asas kepada kemantapan dalam industri halal negara. Penembusan pasaran halal yang amat tinggi disokong oleh produk dan makanan halal ini boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Sedangkan produk tidak halal hanya terhad untuk keperluan pengguna bukan beragama Islam. Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 17
  • 6. Peluang ini sebenarnya amat berhar a untuk masyarakat Islam agar dapat bergiat maju dalam bidang perniagaan dan seterusnya menguasai pasaran produk halal global yang mampu memberikan keuntungan yang memberangsangkan. Penumpuan terhadap pasaran Eropah juga perlu diberi perhatian memandangkan jumlah pengguna Islam di benua tersebut sangat tinggi serta mempunyai kuasa beli yang besar. Kepesatan industri halal global mendorong semua negara berlumba- lumba untuk terlibat dalam aktiviti pengeluaran produk halal. Senario ini turut mewujudkan suasana pertandingan pasaran yang sihat apabila produk halal dapat dijual pada harga yang lebih rendah dan berpatutan. Sebenarnya, banyak syarikat multinasional dari negara maju bukan Islam yang sudah begitu lama nnenerajui pengeluaran produk halal. Australia dan New Zealand misalnya, terkenal sebagai pengeksport daging halal utama dunia yang telah sekian lama memonopoli pengeluaran daging mentah dunia. Begitu juga dengan Brazil dan Argentina yang tidak ketinggalan menjadi pengeluar ayam halal utama dunia. Jika dilihat dan dinilai berasaskan faktor geografi dan ekonomi, agak mustahil untuk Malaysia bersaing dengan Australia dan Brazil yang sudah menjadi pembekal daging halal yang kukuh pada peringkat antarabangsa. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa Malaysia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan mempunyai potensi yang luas untuk menjadi negara pengeluar produk halal berasaskan sektor makanan dan asas tani. Dengan wujudnya kepelbagaian dalam produk makanan halal di pasaran global, hal ini memberi Malaysia peluang untuk menawarkan produk yang lebih kompetitif dan bermutu. Yang perlu dilaksanakan adalah mempertingkatkan nilai tambah terhadap setiap produk makanan berasaskan pengeluaran asas tani supaya mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sehubungan dengan hal itu, pihak kerajaan sentiasa proaktif bagi memastikan jentera pentadbi ran kerajaan sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Untuk memantapkan pengeluaran sijil halal, maka pada awal Julai tahun lalu semua hak serta tanggungjawab pengeluaran sijil halal yang sebelum ini dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diserahkan semula kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, langkah tersebut dibuat bagi membolehkan HDC memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha membangunkan produk dan hab halal. Hal ini bermakna, JAKIM kembali bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Halal Malaysia bagi produk tempatan dan luar negara serta menguruskan soal pembayaran untuk mendapatkan sijil berkenaan. Sebagai langkah tambahan, kerajaan juga akan memastikan JAKIM dapat meningkatkan kualiti proses permohonan dan pengeluaran sijil halal supaya lebih cekap dan efisien. Dengan hal yang demikian juga, HDC diharapkan dapat memfokuskan tugasnya terhadap usaha membangunkan produk halal negara. Tanggungjawab HDC amat besar kerana berfungsi sebagai peneraju yang akan memastikan pusat halal dibangunkan bagi menyokong pembangunan industri halal di negara ini. Pusat halal ini dijangka dapat menarik minat peniaga serta pelabur, di samping membantu peniaga bumiputera khususnya melalui skim perkongsian pelbagai kemudahan di pusat penyimpanan dan perniagaan. Seterusnya, pada peringkat global, HDC turut menubuhkan sebuah Pusat Sokongan Halal Global (GHSC). Perkembangan ini sejajar dengan usaha Syarikat pembekal daging di New Zealand mengambil pekerja Islam untuk kerja penyembelihan. memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat rujukan global, khususnya bagi urusan maklumat, pengetahuan serta perkhidmatan yang berkaitan dengan industri tersebut. Pusat itu turut diharapkan dapat membantu syarikat dan pembekal perkhidmatan halal global bagi mendapatkan bantuan, khususnya yang berkaitan dengan aspek pengetahuan halal, pensijilan halal, pembinaan kapasiti serta peluang dan insentif pelaburan yang ditawarkan oleh Malaysia. Rata-rata semua pihak perlulah bertanggungjawab memainkan peranan dan serta fungsi dalam usaha memartabatkan industri halal negara sebagai hab halal dunia. Banyak negara lain di dunia yang mempunyai keupayaan kewangan sentiasa mengintai peluang bagi memajukan industri halal di negara masing-masing. Oleh itu, masyarakat Islam di negara ini juga perlulah sentiasa bersedia dan sanggup meneroka peluang yang terbuka luas dalam industri halal yang dijangka akan memberikan imbuhan serta pulangan yang cukup bernilai untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, seterusnya negara berjaya menyertai kelompok negara maju menjelang tahun 2020. DE RENCANA UTAMA 8 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011
  • 7. OLEH ADURA ADNAN Pasaran Antarabangsa Produk Halal P asaran global bagi industri halal cukup besar dan lumayan. Nilai dagangan bagi industri makanan halal setahun sahaja dianggarkan bernilai RM1317 bilion (AS$661 bilion) yang berkembang pada tahap 20 peratus setahun. Pasaran yang cukup besar bagi industri makanan halal global menyebabkan banyak syarikat di seluruh dunia cuba berjinak-jinak untuk meneroka pelbagai peluang yang ada dalam pasaran makanan halal dunia. Malah, banyak syarikat yang cuba menembusi pasaran halal dan menggunakan konsep halal sebagai alat baharu pemasaran. Hal ini dibuktikan dengan meningkatnya pasaran makanan halal global dalam trend pasaran di luar negara. Potensi industri makanan halal yang menjanjikan pulangan yang cukup lumayan menyebabkan negara bukan Islam turut merebut peluang ini. Malah, negara bukan Islam dikatakan mendahului negara Islam serta mendominasi pasaran makanan halal. Negara Australia dan New Zealand merupakan negara pengeksport daging halal terbesar dunia. Kerajaan Australia dan New Zealand misalnya, memberikan sokongan padu dalam penghasilan makanan halal bagi memenuhi keperluan pasaran halal dunia. Kerajaan Australia memperuntukkan sejumlah RM309 juta (AS$100 juta) sepanjang tempoh lima tahun bagi tujuan mempromosikan makanan halal mereka bagi tujuan eksport. Malah, jualan daging halal Australia sentiasa menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Selain Australia, New Zealand turut terlibat dalam mengaut peluang dan keuntungan yang disediakan dalam pasaran produk halal. Malah, nilai eksport daging bebiri New Zealand menyumbangkan sebanyak 40 peratus nilai pasaran dunia. Keprihatinan yang tinggi terhadap kepentingan daging halal menyebabkan kini, hampir 95 Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 19 RENCANA LITAMA
  • 8. RENCANA UTAMA Masyarakat Islam yang banyak di Eropah meningkatkan permintaan produk halal. peratus nilai bebiri eksport New Zealand berstatus halal. Sementara itu, pasar raya besar milik syarikat besar antarabangsa, seperti Giant, Carrefour dan Auchan secara agresifnya turut menjalankan peruncitan makanan halal, manakala Pelabuhan Rotterdam turut dijadikan Halal DistriPark yang menyediakan makanan halal bagi keperluan sejumlah 30 juta orang Islam di Eropah. Keperluan terhadap makanan halal daripada daging mentah sehinggalah makanan yang dinilai tambah dan diproses turut mengalami peningkatan dalam kalangan masyarakat di negara Eropah. Jumlah permintaan bagi pasaran halal semakin meningkat lebih-lebih lagi dengan peningkatan populasi orang Islam di dunia dan pasaran ini dijangkakan akan bertambah besar dan I uas dengan pertambahan populasi orang Islam yang dianggarkan 30 peratus daripada jumlah penduduk dunia. Sehingga kini terdapat sekitar 1.83 bilion orang Islam di seluruh dunia dan 1.5 bilion merupakan pengguna makanan halal dengan nisbah satu bagi setiap empat orang ialah pengguna makanan halal. Kini, AsiaTenggara danTimurTengah merupakan pasaran yang luas bagi produk makanan halal dunia. Dengan jumlah 250 juta pengguna produk halal, menjadi kan Asia Tenggara pusat pasaran makanan halal. Kuasa bell negara Islam terhadap barangan halal meliputi 580 915 nilai pasaran dunia menjadikan pasaran halal global semakin luas terbentang di seluruh alam. Populasi masyarakat Islam yang besar turut menjadi penyumbang utama yang meliputi Asia Tenggara, 93 230 orang; Asia Tengah, 111 150 orang; Eropah termasuk Rusia, 63 988 orang; Afrika, 115 443 orang; dan Amerika Utara, sejumlah 14 455 orang. Permintaan makanan halal dunia tidak pernah susut, malah semakin banyak dan sentiasa menunjukkan peningkatan. Jumlah dagangan bagi pasaran halal dunia bagi makanan halal dianggarkan bernilai RM2 trilion setahun. Nilai ini bukan sahaja menguntungkan, tetapi cukup lumayan kepada pedagang pemasar, pemborong, pengedar, peruncit, pembekal dan penyedia di seluruh dunia. Nilai "halal" cukup besar kepada pengeluar makanan dan produk di seluruh dunia kini sehingga dikatakan pengeluar akan mengalami kerugian sehingga 60 peratus jika produk yang dihasilkan tidak mempunyai sijil halal. Di Malaysia, pasaran industri halal yang mampu menjanakan ekonomi negara yang bernilai RM45 bilion menyebabkan usahawan bukan Islam turut "berebut-rebut" mendapatkan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan halal terhadap produk dan makanan penting untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa produk mereka suci, bersih dan selamat. Sementara itu, Indonesia, Malaysia dan Singapura mempunyai dasar dan peraturan bagi mengawal pengimportan makanan halal yang perlu mendapatkan pensijilan. Arah aliran yang berubah dalam pasaran berikutan dengan meningkatnya kesedaran masyarakat dunia terhadap produk dan makanan yang berkualiti tinggi, bersih dan selamat turut menyebabkan penambahan permintaan terhadap makanan dan produk halal di seluruh dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat bukan Islam turut cenderung untuk memilih makanan dan produk halal yang menyebabkan pasaran global bagi makanan dan produk halal semakin pesat berkembang dan mempunyai prospek yang tinggi. Halal tidak pernah berkompromi dengan kesucian kebersihan, dan keselamatan makanan dan produk. Faktor itulah yang menyebabkan pasaran untuk produk kecantikan di Timur Tengah meningkat sebanyak 12 peratus setahun dengan nilai RM6.49 bilion (AS$2.1 bilion) setahun dan di Emiriyah Arab Bersatu (UEA) dengan anggaran nilai dagangan sejumlah RM646 bilion (AS$150 bilion), yang sebahagian besarnya merupakan produk kosmetik dan kecantikan serta produk kebersihan diri. Menurut Messe Frankfurt, penganjur terbesar pameran perdagangan Beautyworld Middle East, perkembangan ini mencerminkan permintaan yang tinggi terhadap produk kebersihan diri dan barangan kecantikan yang halal akibat daripada meningkatnya tahap kesedaran pengguna terhadap bahan yang digunakan dalam penghasilan produk kecantikan dan kebersihan diri. Kesedaran yang tinggi terhadap produk dan barangan kosmetik, kecantikan dan dandanan diri menyebabkan produk ini mendapat permintaan yang menggalakkan sekali gus mendorong 10 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011
  • 9. f, y 0 I V. 4,4 , #,4,4, • • O• 4 7' ft O►%' Australia pengeluar daging halal terbesar dunia. sektor ini berkembang pesat dan berpotensi untuk dimajukan. Selain itu, bidang industri halal yang lain turut berpotensi untuk menjanakan ekonomi. Antaranya termasuklah produk pelancongan, farmaseutikal, pembungkusan dan logistik. Sementara itu, pelbagai ekspo yang berkaitan dengan produk dan makanan halal kerap diadakan di seluruh pelosok dunia termasuklah di Malaysia, Singapura, Turki, Dubai dan Iran. Hal ini sudah tentu ada kaitan dengan permintaan yang tinggi terhadap pasaran global halal di seluruh dunia yang berjaya membuka mata pedagang dan pengeluar produk dan makanan di seluruh dunia untuk merebut peluang yang ada dan seterusnya menggali "lubuk emas" yang tersedia dalam pasaran dunia bagi merancakkan industri makanan dan produk halal dunia. Antara ekspo dan pameran perdagangan ft antarabangsa yang berkaitan dengan makanan dan produk yang mendapat sambutan termasuklah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MINAS), Pameran Halal Paris, Pameran Produk Halal Antarabangsa Moscow, Pameran Antarabangsa Makanan Halal Indonesia dan Pameran dan Ekspo Perdagangan Antarabangsa Industri Halal, Lahore, Pakistan. Sementara itu, menurut pakar perunding ekonomi di Perancis, pasaran halal di Perancis menyaksikan perkembangan yang menggalakkan dengan nilai dagangan sebanyak RM23.42 bilion atau 5.5 bilion Euro pada tahun 2010. Hal ini dikatakan demikian kerana barangan halal tidak terhad kepada produk hasil makanan semata-mata sebaliknya termasuklah produk kosmetik dan produk kecantikan dan dandanan diri. Malah, pengeluar barangan dan produk kosmetik dan kecantikan turut menunjukkan pertambahan dengan kebanyakannya menawarkan produk tanpa alkohol dan tanpa lemak babi. Daripada data yang dikumpulkan di Perancis, dianggarkan sejumlah RM19.16 bilion (4.5 bilion Euro) telah dibelanjakan ke atas hasil makanan dan RM4.3 bilion (1 bilion Euro) telah dibelanjakan ke atas restoran. Pasaran halal Perancis bukan sahaja menyasarkan sejumlah tujuh juta masyarakat Islam di Perancis, tetapi juga sejumlah 17 juta masyarakat Islam di seluruh Eropah yang nilai pasaran halal di Eropah berjumlah RM49.4 bilion (AS$16 bilion). Yang menariknya, produk makanan halal kini banyak memenuhi pasar raya di Perancis. Senario produk halal yang turut dipamerkan dan diletakkan di atas rak jualan di pasar raya di Perancis bukan lagi perkara baharu yang aneh. Malah, banyak rangkaian restoran besar turut menawarkan makanan halal. Industri halal terus berkembang maju apabila industri makanan halal kini menjadi kelas aset dalam komuniti pelaburan menerusi pelancaran indeks pertama makanan halal. Menurut Rushdi Siddiqui, Ketua Kewangan Islam Global Thomson Reuters Amerika Syarikat, "Indeks Makanan Halal dan Indeks Penyertaan Halal SAMI (Pelaburan Pasaran Diterima secara Sosial), yang dilancarkan semasa Forum Halal Dunia 2011 berperanan untuk memberikan ruang kepada pelabur yang mahukan peluang pelaburan beretika dan berlandaskan syariah". Indeks Makanan Halal SAMI diusahakan oleh Thomson Reuters dan IdealRatings yang menyenaraikan 200 syarikat di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, dengan modal pasaran bernilai lebih RM309 bilion (AS$100 bilion). Walau bagaimanapun, dengan begitu luasnya pasaran industri halal dunia yang menjanjikan keuntungan yang lumayan, masih belum dapat menarik lebih banyak pengeluar beragama Islam untuk turut terlibat dalam industri halal. Seperti kata Rushdi Siddiqui, "Pada masa ini 80 peratus produk makanan halal dikeluarkan oleh negara bukan Islam dan digunakan oleh kebanyakan negara Islam". DE HALAL INF s Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 111