MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Adab bersilaturrahim
1. Adab Bersilaturrahim
Antara adab dalam bersilaturrahim ialah
Bertegur sapa salah satu cara mengeratkan silaturrahim
Ikhlas
-Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali
silaturrahim.Janganlah bersilaturrahim kerana tujuan riyak dan sum'ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan
manusia.
Mengharap Pahala
-Hendaklah bersilaturrahim kerana ingin mendapat pahala sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa
menunggu balasan yang setimpal daripada manusia.
Memulai yang Terdekat
-Semakin dekat hubungan tali persaudaraan ,maka semakin wajib kita menyambungnya.Rasulullah s.a.w pernah
ditanya soalan :"Siapakah orang yang paling berhak digauli dengan baik?" Nabi mengatakan :
"Ibumu,ibumu,ibumu,kemudian ayahmu,kemudian yang paling dekat denganmu,yang paling dekat
denganmu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dahulukan Orang yang Paling Bertaqwa
-Semakin bertakwa seseorang kepada Allah s.w.t ,maka semakin besar pula haknya,juga semakin bertambah
pahala bersilaturrahim dengannya.Walau bagaimanapun,bersilaturrahim itu juga dianjurkan dengan orang
kafir,khususnya apabila mengajaknya kepada Islam.
Mencari-cari Kerabat yang Jauh
-Nabi s.a.w bersabda yag bermaksud :"Pelajarilah nasab-nasab kalian yang dengan itu kalian dapat menyambung
silaturrahim.Sebab,menyambung silaturrahim dapat mendatangkan kaih sayang dalam keluarga,mendatangkan
harta dan memanjangkan umur."(Riwayat at-Tirmizi)
Terus Menyambung Silaturrahim dengan Orang yang Memutusnya
-Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik,maka tiba-tiba akan
ada orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan,seolah-olah telah menjadi teman yang setia.(surah
Fussilat 41:34)
Sedekah
-Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala,sedangkan
sedekah kepada saudara ada dua pahala,iaitu pahala bersedekah dan bersilaturrahim."(Riwayat al-Nasa'i)
Nasihat
-Memberikan nasihat dan amar makruf nahi mungkar kepada keluarga merupakan cara bersilaturrahim yang
paling baik.Allah berfirman yang bermaksud:"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang
terdekat."(surah al-Syu'araa 26:214)
2. Komunikasi Berterusan
-Seseorang hendaklah meneruskan dan melazimkan kunjungan ke rumah saudara dan rakan-rakan.Jika tidak
mampu ,hendaklah dia menghubungkan dengan telefon.Jika tidak memiliki telefon,maka boleh menulis surat,e-
mel atau sebagainya.Sebab komunikasi tersebut dapat mempererat hubungan dan menumbuhkan kasih sayang
kerana saling mengingati.