1. Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka
kunci
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu
tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan
kegagalan kamu dan rasa sakit hati
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya
menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus
asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu
sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan
adalah satu ujian.
Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu
diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar
sekalipun.
Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba
untuk dikurnia jodoh.
Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan
mencuba lagi dengan cara yang lain.
Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya
Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada
hikmah di sebalik kejadiannya.
Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.
Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang
dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada
Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya
manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.
Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang
lain kerana kejayaan dan kehebatannya
Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa
nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat
qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah
budi pekerja yang mulia”.
Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu
memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian
menjadi keuntungan
Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta
adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi
adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
2. “Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah
al-Hajj:77)
“Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat
meminta pertolongan” (Surah Yusuf:18)
Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu
memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey
John Schwartz)
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan
penduduk langit.
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah
harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan
orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka
merosakkan madu.”
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk
mengejar impian hari esok.
Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah
manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan
kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
Kekitaan yang erat tiada yang berat.
Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah
anda lemparkan ke dalam tong sampah.
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa
yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan
buah.
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya
kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan
akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari,
jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat
mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga
mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus
mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan
bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada
seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta
maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata – kata adalah sama buruknya
dengan luka berdarah.
3. Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan.
Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa
yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang
lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada
orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali
kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain
yang dibukakan bagi kita.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai
hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat
mengubati hati yang telah terluka.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat
kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan
daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
-Khalifah Abdul Malik Marwan
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat
mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian
dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin
mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat
mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak
anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana
mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa
menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah
bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada
penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling
dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah
mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi
tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat
menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat
musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna
hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah
AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis
SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang
pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai