SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN
MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN
oleh
Andy Peter
KDPM, MTKT Semester IV
Maktab Perguruan Batu Lintang
ABSTRAK
Kajian kes ini bertujuan mencari pola kesilapan murid-murid Tahun 3
Wira dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik. Seramai 35
orang murid Tahun 3 Wira daripada SK Rakyat Tupong telah dipilih
sebagai subjek kajian. Saya memilih kelas tersebut kerana telah diajar
oleh saya semasa menjalankan pratikum Fasa I. Dalam kajian ini, murid-
murid telah diuji secara bertulis dengan menggunakan satu set 12 soalan
masalah bercerita matematik. Selepas ujian pertama, murid-murid diuji
sekali lagi secara bertulis soalan-soalan yang gagal dijawab secara
individu. Peringkat seterusnya, murid-murid yang gagal dalam ujian
kedua ditemuduga berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yang telah
diubahsuai untuk mengenal pasti punca dan pola kesilapan oleh murid.
Hasil kajian menunjukkan beberapa punca kesilapan yang ada pada
murid yang lemah terutamanya kegagalan murid menukarkan cerita
kepada ayat matematik yang betul dan kesilapan penggunaan strategi
penyelesaian masalah bercerita.
PENGENALAN
Mata pelajaran matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila unsur-unsur
baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran
masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR perlu dirancang
dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang
menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan
gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian.
Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan
mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995) . Sehubungan dengan itu, program Matematik
sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab
dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh
tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatis dan kreatif
yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran
Matematik.
Justeru penyelesaian masalah ialah fokus kurikulum dan menjadi tujuan utama semua
pengajaran dan aktiviti matematik KBSR. Oleh itu penyelesaian masalah bukanlah satu
topik yang berasingan tetapi satu proses yang meliputi seluruh program pengajaran.
PERNYATAAN MASALAH
Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan istimewa kerana
perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian. Penyelesaian
masalah merupakan kemuncak dalam pengajian matematik sebab ianya menguji
kepintaran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul
masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan
menyemak secara logik.
Di Malaysia, kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP) mengenai
pengajaran dan penguasaan fakta asas matematik di kalangan 3569 orang murid Tahun 3
sekolah-sekolah kebangsaan di 128 sekolah di seluruh negara pada tahun 1994
menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab secara spontan bagi
semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 % ke atas daripada jumlah
bilangan soalan (JNIP, 1996). Keadaan ini telah mendorong kepada keperluan untuk
membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat mengatasi masalah
akademik yang dialami oleh murid.
Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran
matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin. Dengan
membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program pemulihan yang bersesuaian
dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi.
Program pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti
agar pembelajaran matematik dapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid
yang bermasalah itu. Jika murid -murid mengalami masalah pembelajaran dalam
matematik dapat dibantu dan diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka
dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini
akan kehilangan motivasi untuk belajar matematik dan seterusnya membenci dan
melupakan mata pelajaran ini.
Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian
masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia
memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid
dapat mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan
masalah bercerita disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau
langkah mengira.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor -faktor yang menyebabkan murid-murid
menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah bercerita. Kajian ini akan
menganalisis punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid ketika menyelesaikan
masalah bercerita.
Tumpuan kajian ini adalah ke atas empat operasi asas matematik iaitu penambahan,
pengurangan, pendaraban dan pembahagian. Selain daripada itu, kajian ini juga akan
menumpukan kepada tahap matriks penyelesaian masalah bercerita iaitu item masalah
tidak langsung, item masalah yang mempunyai maklumat pengganggu dan item masalah
yang memerlukan dua langkah penyelesaian.
Mengikut Newman (1977, 1983), apabila seseorang ingin menyelesaikan masalah
bercerita, ia perlu mengikut hieraki berikut :
1. Membaca masalah.
2. Memahami apa yang dibaca.
3. Membuat transformasi pemikiran.
4. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan.
5. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis.
Apa yang dipentingkan dalam Prosedur Analisis Kesilapan Newman adalah setiap
masalah dilihat dalam bentuk hieraki. Ini adalah kerana kegagalan pada mana-mana tahap
akan menghalang penyelesaian masalah untuk menyelesaikan masalah dengan jayanya
kecuali secara tidak sengaja.
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut :
a) Apakah strategi yang digunakan oleh murid-murid Tahun 3 Wira yang lemah untuk
menyelesaikan masalah bercerita?
b) Apakah punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid Tahun 3 Wira yang
lemah dalam menyelesaikan masalah bercerita?
BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang berikut :
a) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola kesilapan dalam menyelesaikan
masalah bercerita di kalangan murid-murid Tahun 3 Wira sahaja.
b) Pengkaji tidak mengambil kira faktor emosi, latar belakang keluarga, persekitaran
sekolah dan kecacatan fizikal yang mempunyai kaitan dengan kesilapan murid dalam
menyelesaikan masalah bercerita.
KEPENTINGAN KAJIAN
Penyelesaian masalah
merupakan satu kemahiran
yang harus dimiliki oleh
semua orang terutamanya
kepada golongan guru untuk
menyesuaikan kaedah
pengajaran mereka.
Tumpuan kepada aspek
pemulihan akan memberi
manfaat kepada murid-
murid dari segi psikologi
dan menambahkan motivasi
belajar mereka.
Kajian ini bertujuan untuk
membuat diagnosis terhadap
kelemahan-kelemahan yang
dihadapi oleh murid-murid
Tahap 1 terhadap
penyelesaian masalah
bercerita. Dengan mengenal
pasti kelemahan murid-
murid pada peringkat awal
akan membolehkan
langkah-langkah pemulihan
yang sewajarnya dilakukan
bagi mengelakan murid
-murid terus menerus
mengalami kegagalan yang
boleh melemahkan motivasi
mereka untuk terus maju
dalam mata pelajaran
matematik. Setelah
menguasai kemahiran ini,
mereka akan mempunyai
keyakinan diri, menyukai
Matematik, berminat dan
bermotivasi tinggi untuk
terus mempelajari
Matematik (JNIP, 1996)
Jemaah Nazir Institusi
Pendidikan.
Memahami dan
menyelesaikan masalah
bercerita memerlukan
keupayaan dalam beberapa
kemahiran seperti
memahami bahasa,
memahami situasi yang
dinyatakan, keupayaan
untuk mencari ayat
matematik yang betul dan
juga keupayaan melakukan
komputasi. Oleh itu, kajian
tentang keupayaan kanak-
kanak untuk menyelesaikan
masalah bercerita yang
mudah akan memberi
sumbangan terhadap
keupayaan kanak-kanak
untuk menguasai kemahiran
menyelesaikan masalah
bercerita yang lebih
kompleks.
KAE
DAH
KAJI
AN
Kaedah yang digunakan
dalam kajian ini ialah
gabungan dua kaedah iaitu
pensel dan kertas dan temu
duga secara individu.murid-
murid akan diberikan ujian
secara kumpulan untuk
menentukan tahap
pemahaman mereka dalam
masalah bercerita.
Selepas itu pengkaji akan
menemuduga murid yang
gagal secara individu
berdasarkan Prosedur
Analisis Kesilapan Newman
yang telah diubahsuaikan.
Murid akan diminta untuk
menjawab semula soalan
yang mereka salah jawab
secara bertulis. Jika jawapan
kali kedua ini betul ia
dikategorikan sebagai
kesilapan akibat kecuaian.
Jika jawapan kali kedua ini
jua gagal, murid akan
diminta untuk membaca
soalan, menerangkan apa
yang dikehendaki soalan,
menterjemahkan masalah
bercerita kepada ayat
matematik, membuat
operasi dan menuliskan
jawapan di atas kertas.
Penentuan kategori
kesilapan adalah
berdasarkan kepada
peringkat di mana kesilapan
atau kegagalan pertama kali
dilakukan oleh murid.
Murid akan dikategorikan
sebagai melakukan
kesilapan akibat motivasi
sekiranya murid yang tidak
menjawab soalan pada ujian
kali pertama dan berjaya
menjawab soalan dengan
bantuan pengkaji.
Sampel Kajian
Sampel kajian adalah terdiri
daripada 35 orang murid-
murid Tahap 1 iaitu murid-
murid Tahun 3 Wira dari
Sekolah Kebangsaan Rakyat
Tupong di Kuching. Murid-
murid ini
dikategorikan sebagai lemah
berdasarkan yang saya telah
mengajar kelas tersebut
pada pratikum Fasa 1.
Sekolah Kebangsaan Rakyat
Tupong dipilih kerana saya
menjalankan pratikum Fasa
1 saya di sekolah ini. Ini
akan memudahkan saya
untuk menjalankan kajian
dan mendapat kerjasama
atau bantuan daripada guru
di sekolah tersebut. Murid-
murid di dalam setiap kelas
diasingkan mengikut tahap
pencapaian mereka dan
tidak ditempatkan
berdasarkan kepada
pelbagai kebolehan.
Instrumen Kajian
Dalam kajian yang akan
dijalankan, instrumen yang
akan digunakan adalah :
a) Soalan Ujian Masalah
Bercerita
Soalan ujian ini
mengandungi 12 soalan
subjektif. Soalan ini telah
diubahsuai mengikut aras
pengetahuan murid-murid.
Bagi setiap operasi asas
matematik iaitu tambah,
tolak, darab dan bahagi
terdapat 3 soalan yang
terdiri daripada soalan
masalah bercerita :
i) Pernyataan Langsung,
Tidak ada Maklumat
Pengganggu dan
Memerlukan Satu Langkah
Penyelesaian sahaja.
Contoh.
Ali ada 3 buah buku. Dia
membeli 6 buah buku lagi.
Berapa jumlah buku Ali ?
ii) Pernyataan Tidak
Langsung.
Contoh.
Abu ada 12 biji epal, selepas
dia memberi 3 biji epal
kepada adiknya. Berapa biji
epal yang Abu ada pada
mulanya ?
i
i
i
)
M
e
m
p
u
n
y
a
i
M
a
k
l
u
m
a
t
P
e
n
g
g
a
n
g
g
u
.
C
o
n
t
o
h
.
Di kedai Pak Defi, satu
bungkus kacang berharga 30
sen, satu batang pensel ialah
35 sen dan satu kotak
mancis ialah 20 sen.
Berapakah harga sebatang
pensel dan sebungkus
kacang ?
iv) Masalah Memerlukan
dua Langkah
Penyelesaian.
Contoh.
Aji ada 27 ekor kambing.
Ahmad ada lebih 11 ekor
kambing daripada Aji.
Berapa jumlah kambing
yang budak-budak itu ada ?
b) Temu Duga Individu.
Temu duga secara individu
adalah berdasarkan kepada
Prosedur Temu Duga
Newman yang telah
diubahsuai. Mengikut
Prosedur Temu Duga
Newman, seseorang murid
yang
melakukan kesilapan dalam
ujian bertulis yang diberikan
akan diminta untuk
menjawab soalan itu
semula. Apabila ujian
semula ini dijalankan,
pengkajia akan menemu
duga murid-murid
berdasarkan 5 soalan
mengikut urutan. Pengkaji
akan mengklafikasikan
kesilapan murid berdasarkan
Kriteris Newman iaitu sama
ada kesilapan berpunca
daripada kecuaian, motivasi,
kebolehbacaan, kefahaman,
keupayaan untuk membuat
transformasi (menukarkan
masalah kepada ayat
matematik), kemahiran
proses (komputasi) atau
membuat pengkodan
(menulis jawapan yang
betul).
Pentadbiran Ujian
Pengkaji akan mentadbirkan
sendiri ujian ke atas murid.
Murid-murid diuji secara
kelas dalam bentuk ujian
bertulis yang terdiri
daripada 12 soalan. Masa
yang diperuntukkan dalam
ujian ini ialah 40 minit.
Pengkaji memeriksa ujian
bertulis yang diberikan
untuk menentukan sama ada
jawapan yang diberikan itu
betul atau salah.
Pada peringkat kedua,
pengkaji menemu duga
murid- murid yang
melakukan kesilapan dalam
ujian bertulis yang diberikan
itu. Temu duga ini adalah
berdasarkan Prosedur Temu
Duga Newman yang telah
diubahsuai oleh pengkaji.
Sebelum temu duga
dijalankan, terlebih dahulu
saya memberitahu murid
bahawa ini bukan ujian
tetapi untuk mengkaji
apakah kesilapan atau
masalah yang mereka
hadapi dalam
menyelesaikan masalah
bercerita.
Analisis Data
Data dianalisis secara
deskritif mengikut kes. Pada
peringkat pertama, ujian
diagnostik dianalisis
berdasarkan kepada jawapan
betul atau salah. Saya telah
memeriksa jawapan
daripada tugasan yang
dilakukan oleh murid.
Pada peringkat kedua,
jawapan dari sesi temu duga
secara individu bagi setiap
soalan dianalisis untuk
mengenal pasti punca
kesilapan sama ada
berpunca daripada kecuaian,
kurang motivasi,
pemahaman, transformasi,
komputasi atau kebolehan
membuat pengkodan.
DAP
ATA
N
KAJ
IAN
Berdasarkan kajian yang
telah saya jalankan, saya
dapati 5 punca kesilapan
yang telah dilakukaan oleh
murid Tahun 3 Wira seperti
berikut :
Punca Satu : Kegagalan
Membuat Transformasi
Sebahagian besar kesilapan
yang dilakukan oleh murid-
murid Tahun 3 Wira ialah
dalam memilih operasi yang
sesuai untuk membuat
penyelesaian. Murid-murid
gagal menukarkan cerita
kepada ayat matematik yang
tepat. Kesilapan yang
dilakukan oleh murid ialah
keliru dalam operasi tambah
untuk menyelesaikan
masalah operasi darab dan
menggunakan operasi tolak
untuk menyelesaikan
masalah bahagi.
Punca Dua : Cuai Ketika
Menjawab Soalan
Dapatan kajian ini
menunjukkan kecuaian
merupakan faktor yang
kedua terbanyak. Biasanya
kesilapan ini berlaku pada
soalan yang mudah iaitu
melibatkan masalah yang
memerlukan satu langkah
penyelesaian dan juga
masalah yang mempunyai
maklumat pengganggu. Ini
jelas terbukti apabila murid
dapat menyelesaikan
masalah matematik apabila
diuji secara individu
berbanding dengan ujian
yang diduduki secara
kumpulan.
Punca Tiga : Tidak
Memahami Soalan
Kesilapan juga berlaku
disebabkan oleh kegagalan
murid untuk memahami
soalan. Ini jelas terbukti
apabila murid yang lemah
berbeza dengan murid yang
baik dalam menyelesaikan
masalah dari segi
pemahaman bahan bacaan
dan konteks ayat.
Dapatan kajian
menunjukkan bahawa
kesilapan pemahaman
berlaku disebabkan oleh
kegagalan murid memahami
konsep-konsep asas yang
terdapat dalam soalan
seperti konsep “lebih
daripada”, “kurang
daripada” dan juga “lebih 2
kali”. Kelemahan murid
untuk memikirkan angka
yang terdapat dalam soalan
menyebabkan mereka
mengabaikan frasa kata
yang terdapat pada sebelum
sesuatu angka.
Dapatan kajian ini juga
mendapati bahawa muerid
kurang memahami apa yang
dibaca. Apabila ditanya,
murid -murid hanya
berdiam diri atau
mengatakan “tidak tahu”
apa yang telah dibacanya.
Maka jelaslah bahawa
murid boleh membaca
dengan baik tetapi tidak
memahami apa yang telah
dibaca atau kehendak
soalan.
Punca Empat : Kurang
Motivasi
Kekurangan motivasi juga
menyebabkan murid-murid
tidak dapat menjawab
soalan dengan betul. Ini
jelas terbukti apabila murid-
murid yang gagal untuk
menjawab soalan di dalam
kedua-dua ujian bertulis
yang dijalankan tetapi
berjaya menyelesaikan
masalah setelah diberi
panduan melalui sesi temu
duga. Dengan bantuan atau
motivasi daripada guru
barulah murid berjaya
menukarkan cerita kepada
aaaaayat matematik dan
akhirnya menyelesaikan
masalah tersebut dengan
betul.
Punca Lima : Melakukan
Kesilapan Komputasi
Dapatan kajian ini
menunjukkan hanya 10
daripada 35 (28.57%)
kesilapan yang ditunjukkan
oleh sampel kajian berpunca
daripada kesilapan ketika
melakukan komputasi.
Kesilapan ini terbukti
apabila murid melakukan
kesilapan dalam pendaraban
nombor 1 digit dengan 3
digit dan pembahagian 3
digit dengan 1 digit tetapi
adalah jelas kesilapan
komputasi mempunyai
pengaruh yang penting
dalam menentukan
pencapaian masalah
bercerita murid. Dalam
kajian ini, kesilapan
komputasi didapati hanya
berlaku dalam masalah
bercerita yang melibatkan
operasi bahagi dan operasi
darab sahaja.
REFLEK
SI
Berdasarkan daripada proses
kajian yang telah dijalankan,
terdapat beberapa
kelemahan yang dihadapi, di
samping terdapat beberapa
kelebihan yang boleh
ditonjolkan.
Kelebihan
Saya amat berpuas hati
khususnya dari segi
pencapaian murid-murid
dalam ujian yang
menunjukkan peningkatan
yang begitu positif dan
memberansangkan.
Daripada pemerhatian
secara tidak formal yang
dilakukan oleh guru
matematik kelas, komen-
komen yang diberikannya
adalah positif dan
menggalakkan. Malah, saya
amat gembira apabila beliau
tertarik dengan kajian
tindakan ini dan bercadang
untuk dikongsikan bersama
dengan guru-guru
matematik yang lain di
sekolah. Daripada
pemerhatian saya sendiri
semasa sesi temu duga,
semua pelajar (termasuk
yang paling lembab) telah
mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti yang
dijalankan sepanjang sesi
tersebut dengan aktif.
Kelemahan
Walaupun secara
keseluruhannya analisis
telah menunjukkan hasil
yang baik, namun saya
masih tidak berpuas hati. Ini
memandangkan masih
terdapat segelintir pelajar
yang menghadapi masalah
dalam menyelesaikan
masalah bercerita
terutamanya bagi masalah
operasi darab dam bahagi
sahaja. Maklumat ini
ditunjukkan oleh beberapa
orang pelajar dalam ujian
kedua iaitu ujian bertulis.
Kekurangan masa
menyebabkan sukar untuk
memberi tumpuan kepada
murid yang lemah dalam
membimbing mereka dalam
menyelesaikan masalah
bercerita dengan secara
terperinci lagi.
BIBLI
OGRA
FI
Mok, Soon Sang (1998).
Pengajaran Dan
Pembelajaran
Matematik Untuk
Peringkat Sekolah
Rendah, Petaling
Jaya: Longman
Malaysia.
Kementerian Pendidikan
Malaysia. (1991).
Kajian 46 Buah
Sekolah Rendah Di
Malaysia. Kuala
Lumpur: Pusat
Perkembangan
Kurikulum.
Kementerian Pendidikan
Malaysia. (1998) .
Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah,
Huraian Sukatan
Pelajaran Matematik
Tahun 3.
Khairani Abu Bakar, &
Hazali Hassan.
(2000). Penilaian di
Dalam Kelas
Matematik KBSR.
Pulau Pinang: Cerdik
Publications Sdn.
Bhd.
Tan, Y. P., & Yeoh, M. H.
(2002). Latihan
Progresif Matematik,
Petaling Jaya,
Selangor : Pustaka
Zaman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (1989). Pemulihan, Pengayaan dan Isu
Pendidikan, Siri Pendidikan Perguruan: Kuala
Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Izzati Hamid
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Jenry Saiparudin
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikTeacher Nasrah
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanHabibah Abdullah
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )Mohd Norrazli Md Rasdi
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagisobri4587
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabHamidah Samsiah
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukLing Leh
 
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2KPM
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khashuda hamdan
 
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptSikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptNorazila Sehman
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 

What's hot (19)

Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematik
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihan
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 
Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
Kajian
KajianKajian
Kajian
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik DarabKeberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
 
JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK
 
Kaedah petak sifir
Kaedah petak sifirKaedah petak sifir
Kaedah petak sifir
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
 
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptSikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 

Similar to http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy

Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2UPSI2010
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Habibah Abdullah
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Habibah Abdullah
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikPerlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikweeshehuey
 
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxGayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxPuspavaliNagan
 
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikAziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikKasturi Nusi
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)zahjannanti
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01sreedewi
 

Similar to http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy (20)

OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikPerlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
 
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxGayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikAziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
 
Prosiding jam
Prosiding jamProsiding jam
Prosiding jam
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Nur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahunNur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahun
 
Nur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahunNur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahun
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
 

More from Kamal Ludin

kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3Kamal Ludin
 
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k KKamal Ludin
 
Sed4 o8 article review badminton
Sed4 o8 article review  badmintonSed4 o8 article review  badminton
Sed4 o8 article review badmintonKamal Ludin
 

More from Kamal Ludin (9)

yjyt
yjytyjyt
yjyt
 
Borang tesis
Borang tesisBorang tesis
Borang tesis
 
Senah save
Senah saveSenah save
Senah save
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3
 
Doa qunut
Doa qunutDoa qunut
Doa qunut
 
Drug
Drug Drug
Drug
 
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
 
Doc1
Doc1Doc1
Doc1
 
Sed4 o8 article review badminton
Sed4 o8 article review  badmintonSed4 o8 article review  badminton
Sed4 o8 article review badminton
 

http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy

  • 1. POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK: SATU KAJIAN TINDAKAN oleh Andy Peter KDPM, MTKT Semester IV Maktab Perguruan Batu Lintang ABSTRAK Kajian kes ini bertujuan mencari pola kesilapan murid-murid Tahun 3 Wira dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik. Seramai 35 orang murid Tahun 3 Wira daripada SK Rakyat Tupong telah dipilih sebagai subjek kajian. Saya memilih kelas tersebut kerana telah diajar oleh saya semasa menjalankan pratikum Fasa I. Dalam kajian ini, murid- murid telah diuji secara bertulis dengan menggunakan satu set 12 soalan masalah bercerita matematik. Selepas ujian pertama, murid-murid diuji sekali lagi secara bertulis soalan-soalan yang gagal dijawab secara individu. Peringkat seterusnya, murid-murid yang gagal dalam ujian kedua ditemuduga berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yang telah diubahsuai untuk mengenal pasti punca dan pola kesilapan oleh murid. Hasil kajian menunjukkan beberapa punca kesilapan yang ada pada murid yang lemah terutamanya kegagalan murid menukarkan cerita kepada ayat matematik yang betul dan kesilapan penggunaan strategi penyelesaian masalah bercerita. PENGENALAN Mata pelajaran matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR perlu dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian. Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995) . Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Matematik.
  • 2. Justeru penyelesaian masalah ialah fokus kurikulum dan menjadi tujuan utama semua pengajaran dan aktiviti matematik KBSR. Oleh itu penyelesaian masalah bukanlah satu topik yang berasingan tetapi satu proses yang meliputi seluruh program pengajaran. PERNYATAAN MASALAH Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan istimewa kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam pengajian matematik sebab ianya menguji kepintaran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan menyemak secara logik. Di Malaysia, kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP) mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas matematik di kalangan 3569 orang murid Tahun 3 sekolah-sekolah kebangsaan di 128 sekolah di seluruh negara pada tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 % ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996). Keadaan ini telah mendorong kepada keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat mengatasi masalah akademik yang dialami oleh murid. Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran matematik dapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid -murid mengalami masalah pembelajaran dalam matematik dapat dibantu dan diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini. Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira.
  • 3. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor -faktor yang menyebabkan murid-murid menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah bercerita. Kajian ini akan menganalisis punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid ketika menyelesaikan masalah bercerita. Tumpuan kajian ini adalah ke atas empat operasi asas matematik iaitu penambahan, pengurangan, pendaraban dan pembahagian. Selain daripada itu, kajian ini juga akan menumpukan kepada tahap matriks penyelesaian masalah bercerita iaitu item masalah tidak langsung, item masalah yang mempunyai maklumat pengganggu dan item masalah yang memerlukan dua langkah penyelesaian. Mengikut Newman (1977, 1983), apabila seseorang ingin menyelesaikan masalah bercerita, ia perlu mengikut hieraki berikut : 1. Membaca masalah. 2. Memahami apa yang dibaca. 3. Membuat transformasi pemikiran. 4. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan. 5. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis. Apa yang dipentingkan dalam Prosedur Analisis Kesilapan Newman adalah setiap masalah dilihat dalam bentuk hieraki. Ini adalah kerana kegagalan pada mana-mana tahap akan menghalang penyelesaian masalah untuk menyelesaikan masalah dengan jayanya kecuali secara tidak sengaja. PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut : a) Apakah strategi yang digunakan oleh murid-murid Tahun 3 Wira yang lemah untuk menyelesaikan masalah bercerita? b) Apakah punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid Tahun 3 Wira yang lemah dalam menyelesaikan masalah bercerita? BATASAN KAJIAN Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang berikut : a) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola kesilapan dalam menyelesaikan masalah bercerita di kalangan murid-murid Tahun 3 Wira sahaja. b) Pengkaji tidak mengambil kira faktor emosi, latar belakang keluarga, persekitaran sekolah dan kecacatan fizikal yang mempunyai kaitan dengan kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah bercerita.
  • 5. Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang harus dimiliki oleh semua orang terutamanya kepada golongan guru untuk menyesuaikan kaedah pengajaran mereka. Tumpuan kepada aspek pemulihan akan memberi manfaat kepada murid- murid dari segi psikologi dan menambahkan motivasi belajar mereka. Kajian ini bertujuan untuk membuat diagnosis terhadap kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid Tahap 1 terhadap penyelesaian masalah bercerita. Dengan mengenal pasti kelemahan murid- murid pada peringkat awal akan membolehkan langkah-langkah pemulihan yang sewajarnya dilakukan bagi mengelakan murid -murid terus menerus mengalami kegagalan yang boleh melemahkan motivasi mereka untuk terus maju dalam mata pelajaran matematik. Setelah menguasai kemahiran ini, mereka akan mempunyai keyakinan diri, menyukai Matematik, berminat dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari Matematik (JNIP, 1996) Jemaah Nazir Institusi Pendidikan. Memahami dan menyelesaikan masalah
  • 6. bercerita memerlukan keupayaan dalam beberapa kemahiran seperti memahami bahasa, memahami situasi yang dinyatakan, keupayaan untuk mencari ayat matematik yang betul dan juga keupayaan melakukan komputasi. Oleh itu, kajian tentang keupayaan kanak- kanak untuk menyelesaikan masalah bercerita yang mudah akan memberi sumbangan terhadap keupayaan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah bercerita yang lebih kompleks. KAE DAH KAJI AN Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah gabungan dua kaedah iaitu pensel dan kertas dan temu duga secara individu.murid- murid akan diberikan ujian secara kumpulan untuk menentukan tahap pemahaman mereka dalam masalah bercerita. Selepas itu pengkaji akan menemuduga murid yang gagal secara individu berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang telah diubahsuaikan. Murid akan diminta untuk menjawab semula soalan yang mereka salah jawab
  • 7. secara bertulis. Jika jawapan kali kedua ini betul ia dikategorikan sebagai kesilapan akibat kecuaian. Jika jawapan kali kedua ini jua gagal, murid akan diminta untuk membaca soalan, menerangkan apa yang dikehendaki soalan, menterjemahkan masalah bercerita kepada ayat matematik, membuat operasi dan menuliskan jawapan di atas kertas. Penentuan kategori kesilapan adalah berdasarkan kepada peringkat di mana kesilapan atau kegagalan pertama kali dilakukan oleh murid. Murid akan dikategorikan sebagai melakukan kesilapan akibat motivasi sekiranya murid yang tidak menjawab soalan pada ujian kali pertama dan berjaya menjawab soalan dengan bantuan pengkaji. Sampel Kajian Sampel kajian adalah terdiri daripada 35 orang murid- murid Tahap 1 iaitu murid- murid Tahun 3 Wira dari Sekolah Kebangsaan Rakyat Tupong di Kuching. Murid- murid ini
  • 8. dikategorikan sebagai lemah berdasarkan yang saya telah mengajar kelas tersebut pada pratikum Fasa 1. Sekolah Kebangsaan Rakyat Tupong dipilih kerana saya menjalankan pratikum Fasa 1 saya di sekolah ini. Ini akan memudahkan saya untuk menjalankan kajian dan mendapat kerjasama atau bantuan daripada guru di sekolah tersebut. Murid- murid di dalam setiap kelas diasingkan mengikut tahap pencapaian mereka dan tidak ditempatkan berdasarkan kepada pelbagai kebolehan. Instrumen Kajian Dalam kajian yang akan dijalankan, instrumen yang akan digunakan adalah : a) Soalan Ujian Masalah Bercerita Soalan ujian ini mengandungi 12 soalan subjektif. Soalan ini telah diubahsuai mengikut aras pengetahuan murid-murid. Bagi setiap operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi terdapat 3 soalan yang terdiri daripada soalan masalah bercerita : i) Pernyataan Langsung, Tidak ada Maklumat Pengganggu dan
  • 9. Memerlukan Satu Langkah Penyelesaian sahaja. Contoh. Ali ada 3 buah buku. Dia membeli 6 buah buku lagi. Berapa jumlah buku Ali ? ii) Pernyataan Tidak Langsung. Contoh. Abu ada 12 biji epal, selepas dia memberi 3 biji epal kepada adiknya. Berapa biji epal yang Abu ada pada mulanya ? i i i ) M e m p u n y a i M a k l u m a t P e n g g a
  • 10. n g g u . C o n t o h . Di kedai Pak Defi, satu bungkus kacang berharga 30 sen, satu batang pensel ialah 35 sen dan satu kotak mancis ialah 20 sen. Berapakah harga sebatang pensel dan sebungkus kacang ? iv) Masalah Memerlukan dua Langkah Penyelesaian. Contoh. Aji ada 27 ekor kambing. Ahmad ada lebih 11 ekor kambing daripada Aji. Berapa jumlah kambing yang budak-budak itu ada ? b) Temu Duga Individu. Temu duga secara individu adalah berdasarkan kepada Prosedur Temu Duga Newman yang telah diubahsuai. Mengikut Prosedur Temu Duga Newman, seseorang murid yang
  • 11. melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan akan diminta untuk menjawab soalan itu semula. Apabila ujian semula ini dijalankan, pengkajia akan menemu duga murid-murid berdasarkan 5 soalan mengikut urutan. Pengkaji akan mengklafikasikan kesilapan murid berdasarkan Kriteris Newman iaitu sama ada kesilapan berpunca daripada kecuaian, motivasi, kebolehbacaan, kefahaman, keupayaan untuk membuat transformasi (menukarkan masalah kepada ayat matematik), kemahiran proses (komputasi) atau membuat pengkodan (menulis jawapan yang betul). Pentadbiran Ujian Pengkaji akan mentadbirkan sendiri ujian ke atas murid. Murid-murid diuji secara kelas dalam bentuk ujian bertulis yang terdiri daripada 12 soalan. Masa yang diperuntukkan dalam ujian ini ialah 40 minit. Pengkaji memeriksa ujian bertulis yang diberikan untuk menentukan sama ada jawapan yang diberikan itu betul atau salah. Pada peringkat kedua, pengkaji menemu duga murid- murid yang melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan
  • 12. itu. Temu duga ini adalah berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yang telah diubahsuai oleh pengkaji. Sebelum temu duga dijalankan, terlebih dahulu saya memberitahu murid bahawa ini bukan ujian tetapi untuk mengkaji apakah kesilapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah bercerita. Analisis Data Data dianalisis secara deskritif mengikut kes. Pada peringkat pertama, ujian diagnostik dianalisis berdasarkan kepada jawapan betul atau salah. Saya telah memeriksa jawapan daripada tugasan yang dilakukan oleh murid. Pada peringkat kedua, jawapan dari sesi temu duga secara individu bagi setiap soalan dianalisis untuk mengenal pasti punca kesilapan sama ada berpunca daripada kecuaian, kurang motivasi, pemahaman, transformasi, komputasi atau kebolehan membuat pengkodan. DAP ATA N KAJ IAN
  • 13. Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, saya dapati 5 punca kesilapan yang telah dilakukaan oleh murid Tahun 3 Wira seperti berikut : Punca Satu : Kegagalan Membuat Transformasi Sebahagian besar kesilapan yang dilakukan oleh murid- murid Tahun 3 Wira ialah dalam memilih operasi yang sesuai untuk membuat penyelesaian. Murid-murid gagal menukarkan cerita kepada ayat matematik yang tepat. Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah keliru dalam operasi tambah untuk menyelesaikan masalah operasi darab dan menggunakan operasi tolak untuk menyelesaikan masalah bahagi.
  • 14. Punca Dua : Cuai Ketika Menjawab Soalan Dapatan kajian ini menunjukkan kecuaian merupakan faktor yang kedua terbanyak. Biasanya kesilapan ini berlaku pada soalan yang mudah iaitu melibatkan masalah yang memerlukan satu langkah penyelesaian dan juga masalah yang mempunyai maklumat pengganggu. Ini jelas terbukti apabila murid dapat menyelesaikan masalah matematik apabila diuji secara individu berbanding dengan ujian yang diduduki secara kumpulan. Punca Tiga : Tidak Memahami Soalan Kesilapan juga berlaku disebabkan oleh kegagalan murid untuk memahami soalan. Ini jelas terbukti apabila murid yang lemah berbeza dengan murid yang baik dalam menyelesaikan masalah dari segi pemahaman bahan bacaan dan konteks ayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan pemahaman berlaku disebabkan oleh kegagalan murid memahami konsep-konsep asas yang terdapat dalam soalan seperti konsep “lebih daripada”, “kurang
  • 15. daripada” dan juga “lebih 2 kali”. Kelemahan murid untuk memikirkan angka yang terdapat dalam soalan menyebabkan mereka mengabaikan frasa kata yang terdapat pada sebelum sesuatu angka. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa muerid kurang memahami apa yang dibaca. Apabila ditanya, murid -murid hanya berdiam diri atau mengatakan “tidak tahu” apa yang telah dibacanya. Maka jelaslah bahawa murid boleh membaca dengan baik tetapi tidak memahami apa yang telah dibaca atau kehendak soalan. Punca Empat : Kurang Motivasi Kekurangan motivasi juga menyebabkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Ini jelas terbukti apabila murid- murid yang gagal untuk menjawab soalan di dalam kedua-dua ujian bertulis yang dijalankan tetapi berjaya menyelesaikan masalah setelah diberi panduan melalui sesi temu duga. Dengan bantuan atau motivasi daripada guru barulah murid berjaya menukarkan cerita kepada aaaaayat matematik dan akhirnya menyelesaikan masalah tersebut dengan
  • 16. betul. Punca Lima : Melakukan Kesilapan Komputasi Dapatan kajian ini menunjukkan hanya 10 daripada 35 (28.57%) kesilapan yang ditunjukkan oleh sampel kajian berpunca daripada kesilapan ketika melakukan komputasi. Kesilapan ini terbukti apabila murid melakukan kesilapan dalam pendaraban nombor 1 digit dengan 3 digit dan pembahagian 3 digit dengan 1 digit tetapi adalah jelas kesilapan komputasi mempunyai pengaruh yang penting dalam menentukan pencapaian masalah bercerita murid. Dalam kajian ini, kesilapan komputasi didapati hanya berlaku dalam masalah bercerita yang melibatkan operasi bahagi dan operasi darab sahaja.
  • 17. REFLEK SI Berdasarkan daripada proses kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang dihadapi, di samping terdapat beberapa kelebihan yang boleh ditonjolkan. Kelebihan Saya amat berpuas hati khususnya dari segi pencapaian murid-murid dalam ujian yang menunjukkan peningkatan yang begitu positif dan memberansangkan. Daripada pemerhatian secara tidak formal yang dilakukan oleh guru matematik kelas, komen- komen yang diberikannya adalah positif dan menggalakkan. Malah, saya amat gembira apabila beliau tertarik dengan kajian tindakan ini dan bercadang untuk dikongsikan bersama dengan guru-guru matematik yang lain di sekolah. Daripada pemerhatian saya sendiri semasa sesi temu duga, semua pelajar (termasuk yang paling lembab) telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi tersebut dengan aktif. Kelemahan Walaupun secara
  • 18. keseluruhannya analisis telah menunjukkan hasil yang baik, namun saya masih tidak berpuas hati. Ini memandangkan masih terdapat segelintir pelajar yang menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah bercerita terutamanya bagi masalah operasi darab dam bahagi sahaja. Maklumat ini ditunjukkan oleh beberapa orang pelajar dalam ujian kedua iaitu ujian bertulis. Kekurangan masa menyebabkan sukar untuk memberi tumpuan kepada murid yang lemah dalam membimbing mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita dengan secara terperinci lagi. BIBLI OGRA FI Mok, Soon Sang (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah Rendah, Petaling Jaya: Longman Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Kajian 46 Buah Sekolah Rendah Di Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
  • 19. Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998) . Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 3. Khairani Abu Bakar, & Hazali Hassan. (2000). Penilaian di Dalam Kelas Matematik KBSR. Pulau Pinang: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Tan, Y. P., & Yeoh, M. H. (2002). Latihan Progresif Matematik, Petaling Jaya, Selangor : Pustaka Zaman Sdn. Bhd.
  • 20. Mok Soon Sang. (1989). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan, Siri Pendidikan Perguruan: Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.