SlideShare a Scribd company logo
1 of 48
Download to read offline
117
BAB TIGA
KAEDAH KAJIAN
3.0 Pendahuluan
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk meninjau pandangan
pentadbir dan guru terhadap situasi konflik sebenar yang berlaku di peringkat
sekolah menengah. Data dan maklumat dikumpul melalui soal selidik untuk
menjawab soalan-soalan kajian yang berkaitan dengan situasi konflik, punca-punca
konflik, tahap konflik, resolusi konflik serta masalah-masalah pengurusan konflik
di sekolah menengah.
Bab ini akan menghuraikan reka bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian,
instrumen kajian, tatacara mentadbir soal-selidik untuk mendapatkan data, kajian
rintis serta kaedah menganalisis data kajian.
3.1 Reka Bentuk dan Prosidur Kajian
Oleh kerana kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah
tinjauan, maka beberapa langkah penting telah dilakukan. Pertama, pengkaji
membuat jangkaan masalah-masalah yang bakal wujud seperti masalah tindakbalas
daripada responden dan masalah mentadbir soal selidik. Ini diikuti dengan langkah
pemilihan teknik persampelan dan strategi pengumpulan data yang sesuai melalui
sasaran populasi untuk menentukan saiz sampel yang diperlukan. Langkah ketiga
118
ialah prosidur membina instrumen untuk mengumpul data. Instrumen kajian telah
diuji dan disemak sebelum digunakan dalam kajian yang sebenar. Langkah
berikutnya ialah merencana dengan teliti tentang prosidur dan penentuan tarikh
untuk mentadbir instrumen dan menganalisis data.
3.2 Lokasi dan Sampel Kajian
Sasaran kajian ini meliputi pentadbir dan guru sekolah menengah di
Semenanjung Malaysia. Memandangkan bilangannya adalah terlalu ramai, kajian
ini mengendalikan persampelan pada tiga peringkat iaitu peringkat antara zon
sekolah, peringkat dalam zon sekolah dan peringkat dalam sekolah. Semenanjung
Malaysia terdiri daripada empat buah zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Barat
dan Zon Timur. Zon Utara terdiri daripada tiga buah negeri iaitu Kedah, Perlis dan
Pulau Pinang. Zon Selatan terdiri daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Zon Barat terdiri daripada negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Zon
Timur terdiri daripada negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Pada peringkat persampelan antara zon sekolah, pengkaji menggunakan
kaedah persampelan strata-rawak untuk memilih sampel berkeberangkalian sekolah
menengah supaya terdapat wakil sekolah dari setiap zon. Ini merupakan ciri-ciri
strata dengan rawak. Berdasarkan kaedah persampelan strata pada Jadual 1, satu
negeri dari setiap kategori zon dipilih secara rawak bagi mewakili zon tersebut di
Semenanjung Malaysia. Empat buah negeri telah terpilih iaitu negeri Pulau Pinang
mewakili Zon Utara, negeri Melaka mewakili Zon Selatan, negeri Selangor
mewakili Zon Barat dan negeri Kelantan mewakili Zon Timur.
119
Jadual 1: Kaedah Persampelan Strata Secara Rawak Mengikut Zon
di Semenanjung Malaysia
Zon Utara Zon Selatan Zon Barat Zon Timur
Kedah Negeri Sembilan Perak Kelantan
Perlis Melaka Selangor Terengganu
Pulau Pinang Johor Wilayah Persekutuan Pahang
Seterusnya pada peringkat persampelan dalam zon sekolah, pengkaji
mensampelkan sekolah di setiap buah negeri yang terpilih berdasarkan persampelan
strata berkadaran hampir sama. Persampelan strata berkadaran hampir sama
dijalankan untuk menunjukkan keempat-empat negeri adalah sama penting dan
negeri yang mempunyai lebih banyak sekolah dapat menyumbang lebih banyak
sekolah dalam sampel sekolah. Kadaran sekolah yang terpilih dari setiap buah
negeri adalah antara 13% dan 16.6% seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.
Berdasarkan Jadual 2, sampel sekolah dalam kajian ini melibatkan sebanyak
74 buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu 17 buah sekolah di negeri
Pulau Pinang yang mewakili Zon Utara, 11 buah sekolah menengah di Melaka yang
mewakili Zon Selatan, 17 buah sekolah menengah di Kelantan yang mewakili Zon
Timur dan 29 buah sekolah di Selangor yang mewakili Zon Barat.
Jadual 2: Pemilihan Sampel Sekolah Menengah untuk Empat Zon
Empat Zon Negeri yang
mewakili zon*
Jumlah
Sekolah*
Jumlah sekolah dalam kajian
Zon Utara Pulau Pinang 109 17 (15.5 %)
Zon Selatan Melaka 66 11 (16.6 %)
Zon Timur Kelantan 130 17 (13.1 %)
Zon Tengah Selangor 237 29 (13.0 %)
JUMLAH 4 buah negeri 542 74 (13.7 %)
*Sumber:Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia
120
Akhirnya, persampelan dalam sekolah dijalankan untuk memilih responden
kajian. Responden kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah terbatas kepada guru
dan pentadbir sekolah. Responden pentadbir sekolah kajian ini adalah terdiri
daripada pengetua dan penolong kanan untuk kesemua 74 buah sekolah yang
terpilih. Manakala untuk responden guru, persampelan rawak mudah dijalankan
pada peringkat dalam sekolah untuk memilih 30 orang guru. Sepatutnya sampel
kajian ini melibatkan 30 orang guru dan dua orang pentadbir dari setiap sekolah
dalam setiap negeri yang mewakili setiap zon. Walau bagaimanapun, tidak semua
sampel kajian memulangkan soal-selidik kepada pengkaji seperti ditunjukkan dalam
Jadual 3. Sebanyak 94.4% daripada 2200 orang sampel guru dan 93.2% daripada
148 orang sampel pentadbir yang memulangkan soal selidik kepada pengkaji.
Justeru itu, kajian ini melibatkan seramai 2076 orang guru dan 138 orang pentadbir
sekolah menengah. Jumlah sampel guru dalam kajian ini merangkumi 470 orang
guru di negeri Pulau Pinang, 318 orang guru di negeri Melaka, 495 orang guru di
negeri Kelantan dan 793 orang guru di negeri Selangor. Negeri Pulau Pinang
menyumbangkan sebanyak 22.7%, negeri Melaka menyumbangkan sebanyak
15.3%, negeri Kelantan menyumbangkan sebanyak 23.8% dan negeri Selangor
menyumbangkan sebanyak 38.2% daripada jumlah keseluruhan guru dalam kajian
ini. Jumlah sampel pentadbir dalam kajian merangkumi 32 orang pentadbir di
negeri Pulau Pinang, 21 orang pentadbir di negeri Melaka, 32 orang pentadbir di
negeri Kelantan dan 53 orang pentadbir di negeri Selangor. Negeri Pulau Pinang
menyumbangkan sebanyak 23.2%, negeri Melaka menyumbangkan sebanyak
15.2%, negeri Kelantan menyumbangkan sebanyak 23.8% dan negeri Selangor
121
menyumbangkan sebanyak 38.4% daripada jumlah keseluruhan pentadbir dalam
kajian ini.
Jadual 3: Jumlah Sampel Kajian
Jumlah Sampel Guru Jumlah Sampel Pentadbir
Negeri Jumlah
sekolah
dalam
kajian
Jumlah
sampel
guru
yang
sepatut
nya
Jumlah
sampel
guru
dalam
kajian
Peratus
sampel
guru
dalam
kajian
Peratus
jumlah
keseluruhan
guru
dalam
kajian
Jumlah
sampel
pentadbir
yang
sepatutnya
Jumlah
sampel
pentadbir
dalam
kajian
Peratus
sampel
pentadbir
dalam
kajian
Peratus
jumlah
keseluruhan
pentadbir
dalam
kajian
P.Pinang 17 500 470 94.0% 22.7% 34 32 94.1% 23.2%
Melaka 11 330 318 96.7% 15.3% 22 21 95.5% 15.2%
Kelantan 17 510 495 97.0% 23.8% 34 32 94.1% 23.2%
Selangor 29 860 793 92.2% 38.2% 58 53 91.4% 38.4%
Jumlah 74 2200 2076 94.4% 100% 148 138 93.2% 100%
Berdasarkan Jadual 4, dalam konteks lokasi sekolah, kajian ini melibatkan
sebanyak 33 buah sekolah di bandar dan 41 buah sekolah di luar bandar. Jumlah
sekolah-sekolah di bandar dalam kajian merangkumi 9 buah sekolah di negeri Pulau
Pinang, 7 buah sekolah di negeri Melaka, 6 buah sekolah di negeri Kelantan dan 11
buah sekolah di negeri Selangor. Jumlah sekolah-sekolah di luar bandar dalam
kajian merangkumi 8 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 4 buah sekolah di negeri
Melaka, 11 buah sekolah di negeri Kelantan dan 18 buah sekolah di negeri Selangor.
Manakala dalam konteks jenis sekolah, kajian ini melibatkan sebanyak 48
buah sekolah SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) dan 26 buah sekolah bukan
SMK (Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Agama, Sekolah Sukan, Sekolah
Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan). Jumlah sekolah SMK
dalam kajian merangkumi 9 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 7 buah sekolah di
122
negeri Melaka, 12 buah sekolah di negeri Kelantan dan 20 buah sekolah di negeri
Selangor. Jumlah sekolah-sekolah menengah bukan SMK dalam kajian
merangkumi 8 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 4 buah sekolah di negeri
Melaka, 5 buah sekolah di negeri Kelantan dan 9 buah sekolah di negeri Selangor.
Kesemua sekolah menengah SMK dan sekolah menengah bukan SMK adalah
terletak di bandar dan juga di luar bandar.
Jadual 4: Jumlah Keseluruhan Sampel Kajian
Konteks
Jawatan
Konteks Kategori Konteks Lokasi
Negeri Jumlah
Sekolah
Dalam
Kajian
Jumlah
Sampel
Guru
Jumlah
Sampel
Pentadbir
Jumlah Sekolah
Menengah
Kebangsaan
(mengikut negeri)
Jumlah
Sekolah
Menengah Bukan
Kebangsaan
(mengikut negeri)
Jumlah
Sekolah Di
Bandar
(mengikutnegeri)
Jumlah
Sekolah Di
Luar Bandar
(mengikutnegeri)
P.Pinang 17 470 32 9 8 9 8
Melaka 11 318 21 7 4 7 4
Kelantan 17 495 32 12 5 6 11
Selangor 29 793 53 20 9 11 18
Jumlah 74 2076 138 48 26 33 41
3.3 Instrumen Kajian
Pembentukan item-item soal-selidik kajian adalah berdasarkan kepada hasil
bacaan buku rujukan, kajian-kajian tinjauan dan pengalaman-pengalaman guru dan
pentadbir di sekolah menengah. Permurnian instrumen soal-selidik telah melalui
proses penyemakan dan pengesahan ahli pakar serta empat peringkat kajian rintis
untuk menghasilkan instrumen kajian bagi tujuan untuk mengumpul data.
Walaupun instrumen soal-selidik berstruktur yang sama digunakan untuk
mngkaji pandangan pentadbir dan guru di peringkat sekolah menengah, namun
terdapat satu bahagian soal selidik yang berbentuk separa berstuktur khas untuk
123
para pentadbir iaitu Bahagian G. Bahagian G dalam instrumen soal-selidik
bertujuan untuk mengkaji masalah dan pendekatan pengurusan konflik di sekolah.
Berdasarkan Rajah 5, terdapat tujuh bahagian dalam instrumen soal selidik.
Sasaran responden kajian untuk Bahagian A (latarbelakang responden); Bahagian B
(pandangan tentang konflik di sekolah); Bahagian C (faktor-faktor kewujudan
konflik); Bahagian D (tahap-tahap konflik); Bahagian E (gaya mengurus konflik)
dan Bahagian F (kesan-kesan konflik) adalah untuk pentadbir sekolah dan guru.
Manakala Bahagian G adalah khas untuk pentadbir sekolah sahaja iaitu berkaitan
dengan campurtangan pengetua dalam pengurusan konflik di sekolah.
Rajah 5 : Instrumen Soal Selidik untuk Pentadbir Sekolah dan Guru
BAHAGIAN KANDUNGAN INSTRUMEN SASARAN RESPONDEN
Bahagian A Latar belakang responden dan sekolah Pentadbir dan guru
Bahagian B Pandangan tentang konflik di.sekolah Pentadbir dan guru
Bahagian C Faktor-faktor kewujudan konflik Pentadbir dan guru
Bahagian D Tahap-tahap konflik Pentadbir dan guru
Bahagian E Gaya mengurus konflik Pentadbir dan guru
Bahagian F Kesan konflik Pentadbir dan guru
Bahagian G Pendekatan untuk mengurus konflik Pentadbir
Instrumen kajian ini menggunakan skala ordinal yang dianggap selanjar.
Mengikut Baker (1999) dan Fraenkel (1996), skala ordinal kerap dianggap sebagai
variabel selanjar dalam pengukuran statistik dan dilihat sebagai skala ‘interval’.
3.3.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden dan Sekolah
Bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai latar belakang
responden. Semua soalan yang terdapat dalam bahagian ini hanya memerlukan
responden menandakan (/) di ruangan yang sesuai. Bahagian A terdiri daripada tiga
sub-bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai latar belakang responden.
124
Bahagian ini mengandungi sembilan item yang bertujuan untuk mendapatkan
maklumat latar belakang responden yang meliputi jantina, bangsa, umur, kelulusan,
kelulusan ikhtisas, pengalaman bertugas di sekolah kajian, jawatan yang dipegang
di sekolah, opsyen mata pelajaran dan status perkahwinan. Bahagian kedua adalah
mengenai latar belakang sekolah yang merangkumi nama dan alamat sekolah, gred
sekolah dan jenis sekolah. Bahagian ketiga adalah mengenai penglibatan guru yang
mengandungi empat soalan yang terdiri daripada senarai tugas guru, jumlah
matapelajaran yang diajar oleh guru, jumlah kelas ganti dan jumlah jawatan ko-
kurikulum.
3.3.2 Bahagian B : Pandangan dan Gambaran tentang Konflik di Sekolah
Bahagian ini adalah mengenai pandangan dan gambaran responden tentang
konflik. Ia mengandungi lima soalan yang merupakan soalan pilihan. Kesemua
item soalan dalam bahagian ini direkabina sendiri oleh pengkaji.
Seterusnya bagi melihat persepsi pentadbir sekolah dan guru mengenai
faktor-faktor kewujudan konflik, tahap konflik, gaya konflik dan kesan konflik,
responden diminta menandakan persepsi masing-masing dalam lima tahap skala
likert.
3.3.3 Bahagian C: Faktor-faktor Kewujudan Konflik
Instrumen untuk faktor-faktor kewujudan konflik yang digunakan dalam
kajian ini telah direkabina sendiri oleh pengkaji memandangkan tajuk pengurusan
konflik dalam bidang pendidikan merupakan bidang penyelidikan yang agak baru di
negara ini dan belum diterokai secara meluas. Bahagian ini bertujuan untuk
125
meninjau pandangan guru dan pentadbir sekolah tentang punca-punca yang
mendorong kepada kewujudan konflik berdasarkan pengalaman dan situasi konflik
yang sebenar di sekolah masing-masing. Mengikut model kajian ini, terdapat empat
jenis faktor utama yang mendorong kepada kewujudan konflik iaitu faktor
komunikasi, faktor struktural, faktor kebergantungan tugas dan faktor peribadi.
Kesemua faktor kewujudan konflik terkandung dalam 59 item yang telah ditentukan
kesahihan dan kebolehpercayaan daripada kajian rintis.
Pada asalnya, keempat-empat faktor kewujudan konflik dalam bahagian ini
mengandungi 82 item dengan koefisien alpha sebanyak 0.78. Pengkaji telah
mengeluarkan 23 item dari instrumen soal selidik setelah menjalani ujian korelasi
antara item melalui empat peringkat kajian rintis. Item-item dalam instrumen soal
selidik yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami, kurang jelas dan menunjukkan
nilai korelasi yang rendah dikeluarkan atau digugurkan dari instrumen soal selidik.
Pengkaji memastikan pengguguran item tidak menjejaskan konstruk validiti
instrumen kajian. Setelah pengguguran item dijalankan, item-item instrumen
didapati bersepadu atau ‘cohere’ dan lebih kukuh dengan nilai kebolehpercayaan
yang lebih tinggi. Kesan daripada pengguguran 23 item dari bahagian ini, bahagian
faktor-faktor kewujudan konflik mengandungi 59 item dengan nilai koefisien alpha
sebanyak 0.89 (Jadual D1 dan D2 di bahagian lampiran).
Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing-
masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:
5. Sangat selalu berlaku
4. Selalu berlaku
126
3. Sekali-sekala berlaku
2. Kadang-kadang berlaku
1. Tidak pernah berlaku
3.3.3.1 Faktor Komunikasi
Bahagian faktor komunikasi mengandungi empat konstruk iaitu kesukaran
semantik, ketidaksefahaman, gangguan dalam saluran komunikasi dan
kepelbagaian maklumat tersembunyi. Keempat-empat konstruk itu terdiri daripada
16 item. Kesemua item tersebut adalah direkabina sendiri oleh pengkaji.
Jadual 5 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat konstruk faktor
komunikasi yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian
korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 5, konstruk kesukaran semantik
mempunyai 4 item iaitu item nombor F1, F9, F20 dan F29 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ketidaksefahaman
mempunyai 4 item iaitu item nombor F4, F11, F23 dan F49 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ‘gangguan’ dalam
saluran komunikasi mengandungi 4 item iaitu item F31, F38, F52 dan F56 dengan
nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk kepelbagaian
matlumat yang tersembunyi mengandungi 4 item iaitu item F6, F14, F25 dan F55
dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.
Jadual 5: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Komunikasi
Item No. Item Nilai Alpha
Kesukaran Semantik F1, F9, F20, F29 0.71
Ketidaksefahaman F4, F11, F23, F49 0.71
Gangguan dalam Saluran Komunikasi F31, F38, F52, F56 0.70
Kepelbagaian matlumat tersembunyi F6, F14, F25, F55 0.71
127
3.3.3.2 Faktor Struktural
Bahagian faktor struktural terdiri daripada empat konstruk iaitu sistem
ganjaran, sumber yang terhad, bidang kuasa dan desakan kepada perubahan.
Kesemua konstruk faktor struktural terdiri daripada 16 item. Kesemua item
tersebut adalah direkabina sendiri oleh pengkaji.
Jadual 6 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat konstruk faktor
struktural yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian
korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 6, konstruk sistem ganjaran mengandungi
4 item iaitu item nombor F3, F8, F16 dan F24 dengan nilai kebolehpercayaan
koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk sumber yang terhad mengandungi 4 item
iaitu item nombor F10, F19, F47 dan F48 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien
alpha sebanyak 0.72. Konstruk bidang kuasa mengandungi 4 item iaitu item
nombor F7, F32, F37 dan F43 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha
sebanyak 0.73. Konstruk desakan kepada perubahan mengandungi 4 item iaitu
item nombor F13, F22, F28 dan F34 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha
sebanyak 0.71.
Jadual 6: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Struktural
Item No. Item Nilai Alpha
Sistem Ganjaran F3, F8, F16, F24 0.70
Sumber Yang Terhad F10, F19, F45, F46 0.72
Bidang Kuasa F7, F32, F37, F43 0.73
Desakan Kepada Perubahan F13, F22, F28, F34 0.71
3.3.3.3 Faktor Peribadi
Bahagian faktor peribadi mengandungi tiga konstruk iaitu ketidakserasian
nilai, ketidakserasian tingkahlaku dan ketidakserasian emosi. Kesemua konstruk
128
faktor peribadi ini terdiri daripada 12 item. Item-item faktor peribadi ini direkabina
sendiri oleh pengkaji.
Jadual 7 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk tiga konstruk faktor
peribadi yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian
korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 7, konstruk ketidakserasian nilai
mempunyai 4 item iaitu item nombor F33, F40, F54 dan F59 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk ketidakserasian emosi
mengandungi 4 item iaitu item nombor F17, F27, F35 dan F58 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ketidakserasian
tingkahlaku mengandungi 4 item iaitu item nombor F15, F44, F47 dan F57 dengan
nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72.
Jadual 7: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Peribadi
Item No. Item Nilai Alpha
Nilai F33, F40, F54, F59 0.70
Emosi F17, F27, F35, F58 0.71
Tingkahlaku F15, F44, F47, F57 0.72
3.3.3.4 Faktor Kebergantungan Tugas
Bahagian faktor kebergantungan tugas mengandungi tiga konstruk iaitu
pembuatan keputusan, perbezaan persepsi dan perbezaan matlamat. Kesemua
konstruk faktor kebergantungan tugas dalam kajian ini terdiri daripada 15 item.
Item-item faktor kebergantungan tugas direkabina sendiri oleh pengkaji.
Jadual 8 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk tiga konstruk faktor
kebergantungan tugas yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah
menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 8, konstruk pembuatan
keputusan mengandungi 5 item iaitu item nombor F2, F18, F21, F26 dan F30
129
dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.76. Konstruk perbezaan
persepsi mengandungi 5 item iaitu item nombor F39, F42, F48, F51 dan F53
dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.76. Konstruk perbezaan
matlamat mengandungi 5 item iaitu item nombor F5, F12, F36, F41 dan F50
dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.75.
Jadual 8: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor
Kebergantungan Tugas
Item No. Item Nilai Alpha
Pembuatan keputusan F2, F18, F21, F26, F30 0.76
Perbezaan persepsi F39, F42, F48, F51, F53 0.76
Perbezaan matlamat F5, F12, F36, F41, F50 0.75
3.3.4 Bahagian D: Tahap Konflik
Bahagian ini mengandungi 16 item yang mengambarkan empat jenis tahap
konflik iaitu tahap konflik terpendam, tahap konflik yang dinampak, tahap konflik
dirasai dan tahap konflik terbuka. Kesemua item tersebut dibina sendiri oleh
pengkaji dengan berpandu kepada model Pondy. Nilai kebolehpercayaan koefisien
alpha untuk bahagian tahap konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item
adalah sebanyak 0.73.
Jadual 9 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat jenis tahap
konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 9,
konstruk tahap konflik terpendam mengandungi empat item iaitu item nombor T1-
T4 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Tahap konflik
yang dinampak mengandungi empat item iaitu item nombor T5 - T8 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.73. Tahap konflik dirasai
130
mengandungi empat item iaitu item nombor T9 - T12 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72. Tahap konflik secara terbuka
mengandungi empat item iaitu item nombor T13 - T16 dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.
Jadual 9: Situasi Tahap-tahap Konflik (berdasarkan model Pondy)
Tahap konflik No. Item Nilai Alpha
Konflik Terpendam Item T1 - T4 0.71
Konflik Dinampak Item T5 - T8 0.73
Konflik Dirasai Item T9 - T12 0.72
Konflik Terbuka Item T13 - T16 0.71
Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing-
masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:
5. Sangat selalu berlaku
4. Selalu berlaku
3. Sekali-sekala berlaku
2. Kadang-kadang berlaku
1. Tidak pernah berlaku
3.3.5 Bahagian E : Gaya Pengurusan Konflik
Bahagian E adalah mengenai gaya pengurusan konflik sekolah. Bahagian
ini bertujuan untuk meninjau pandangan pentadbir dan guru terhadap gaya
pengurusan konflik yang digunakan di peringkat sekolah menengah. Bahagian ini
merangkumi lima jenis gaya pengurusan konflik iaitu gaya integratif, gaya
mengelak, gaya menguasai, gaya menyesuai dan gaya berkompromi yang terdiri
daripada 28 item. Instrumen untuk gaya pengurusan konflik yang digunakan bagi
kajian ini telah dipinjam, diterjemah dan diadaptasi daripada soal selidik Rahim
131
Organizational Conflict Inventory II (Rahim, 1983) mengikut kesesuaian soalan-
soalan kajian. Pengkaji telah memperolehi kebenaran untuk meminjam instrumen
daripada Profesor M. Azalur Rahim dari Youngstown State University, Amerika
Syarikat.
Soal-selidik ROC II telah diterjemah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Melayu oleh dua orang guru bahasa dari sekolah menengah. Kemudian soal-selidik
ROC II yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu diterjemahkan balik
semula ke dalam Bahasa Inggeris oleh seorang pensyarah bahasa dari UITM.
Pengkaji membandingkan setiap item soal-selidik yang telah diterjemah dengan
soal selidik ROC II secara teliti dan terperinci. Kemudian pengkaji bersama-sama
dengan penyelia pengkaji mengubahsuai soal-selidik yang telah diterjemahkan
mengikut kesesuiaan konteks sekolah di negara ini . Penterjemahan dan adaptasi
soal-selidik gaya pengurusan konflik disemak oleh tiga orang ahli pakar dalam
bidang pengurusan iaitu dua orang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia dan
seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkaji menjalankan
kajian rintis untuk mengkaji kebolehpercayaan soal-selidik ROC II. Ujian
Cronbach Alpha untuk keseluruhan gaya pengurusan konflik menunjukkan nilai
alpha sebanyak 0.72. Nilai kebolehpercayaan konsistensi dalaman juga adalah
stabil dan memuaskan bagi lima sub skala ROC II iaitu nilai koefisien alpha antara
0.70 hingga 0.78 (Integratif sebanyak 0.78, Mengelak sebanyak 0.75, Menguasai
sebanyak 0.71, Menyesuai sebanyak 0.77 dan Berkompromi sebanyak 0.70).
Tujuan pengkaji memilih instrumen Rahim Organizational Conflict (ROC)
Inventory II adalah kerana beberapa sebab yang kukuh. Secara amnya, terdapat
132
empat jenis instrumen yang wujud untuk mengukur mod pengurusan konflik.
Instrumen-instrumen tersebut terdiri daripada instrumen oleh Blake dan Moulton
(1964), Hall (1969), Lawrence dan Lorsch (1967) dan Thomas dan Kilmann (1974).
Hasil kajian oleh Thomas dan Kilmann (1978, hlm.1142) menyimpulkan bahawa
nilai koefisien kebolehpercayaan ‘test-retest’ secara keseluruhan untuk empat
instrumen tersebut jatuh pada tahap ‘rendah hingga sederhana’ iaitu instrumen
Blake dan Moulton (1964) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.14
- 0.57, instrumen Hall (1969) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari
0.41 - 0.66, instrumen Lawrence dan Lorsch (1967) menunjukkan nilai koefisien
kebolehpercayaan dari 0.33 - 0.66 dan instrumen Thomas dan Kilmann (1974)
menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.61 - 0.68. Malahan, kajian
oleh Thomas dan Kilmann juga melaporkan bahawa nilai Cronbach alpha untuk
instrumen Hall (1969) adalah dari 0.39 - 0.73, nilai Cronbach alpha untuk
instrumen Lawrence dan Lorsch (1967) adalah dari 0.37 - 0.59 dan nilai Cronbach
alpha untuk instrumen Thomas dan Kilmann (1974) adalah dari 0.43 - 0.71. Nilai
alpha untuk instrumen Blake dan Moulton (1964) tidak dapat ditabulasikan
memandangkan instrumen tersebut mengandungi hanya satu item untuk mengukur
setiap mod pengurusan konflik. Selain itu, pengkaji memilih ROC II kerana
terdapat kajian-kajian yang menyokong kesahihan kriteria yang terdapat pada
instrumen tersebut (Rahim & Magner, 1995) seperti Keenan (1984), Lee (1990),
Levy (1989), Neff (1986), Persico (1986), Pilkington, Richardson & Utley (1988),
Ting-Toomey et al. (1991) dan Wardlaw, (1988).
Menurut Rahim, (1983):
133
“Although factor analysis probably is the most powerful method of
construct validiation, the four instruments did not provide evidence
for the factorial independence of the five scales of conflict modes”.
Justeru itu, ROC II dikembangkan untuk mengukur lima gaya mengurus
konflik interpersonal. Berdasarkan kajian Rahim (1983), faktor analisis data dari
sampel 184,351 orang pelajar, 133 orang guru, 380 orang pengetua, 185 orang
pengurus hospital, 1219 orang eksekutif dan 38 orang pengurus mencerminkan
penggunaan lima dimensi utama gaya konflik. Ujian “test-retest” dan “internal
consistency reliability coefficients” bagi lima skala adalah memuaskan dengan nilai
koefisien alpha sebanyak 0.72 - 0.77. Tambahan lagi, mengikut Rahim (1983),
ROC II sesuai digunakan untuk asas-asas kajian, bidang penyelidikan pendidikan
dan juga mendiagnosiskan gaya pengurusan konflik interpersonal antara ahli-ahli
organisasi. Pengkaji tetap menjalankan kajian rintis untuk bahagian gaya
pengurusan konflik bagi menentukan nilai kebolehpercayaan walaupun telah
dipinjam daripada soal selidik ROC II yang telah diuji kebolehpercayaannya oleh
Rahim (1983). Ini adalah kerana terdapat perbezaan dalam konteks nilai dan
budaya antara negara barat dengan negara ini. Nilai kebolehpercayaan untuk
bahagian gaya pengurusan konflik menunjukkan koefisien alpha sebanyak 0.72
setelah kajian rintis dijalankan.
Jadual 10 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk lima gaya pengurusan
konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 10,
konstruk gaya integratif mengandungi tujuh item iaitu item nombor G1, G4, G5,
G12, G22, G23 dan G28 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak
0.78. Konstruk gaya mengelak mengandungi enam item iaitu item nombor G3, G6,
134
G16, G17, G26 dan G27 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak
0.75. Konstruk gaya menguasai mengandungi lima item iaitu item nombor G8, G9,
G18, G21 dan G25 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.
Konstruk gaya menyesuai mengandungi enam item iaitu item nombor G2, G10,
G11, G13, G19 dan G24 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak
0.77. Konstruk gaya berkompromi mengandungi empat item iaitu item nombor G7,
G14, G15 dan G20 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70.
Jadual 10: Taburan Item Mengikut Gaya Pengurusan Konflik
Gaya Pengurusan
Konflik
Item-item Bil.
Item
Nilai
Alpha
Gaya Integratif G1, G4, G5, G12, G22, G23 dan G28 7 0.78
Gaya Mengelak G3, G6, G16, G17, G26 dan G27 6 0.75
Gaya Menguasai G8, G9, G18, G21 dan G25 5 0.71
Gaya Menyesuai G2, G10, G11, G13, G19 dan G24 6 0.77
Gaya Berkompromi G7, G14, G15 dan G20 4 0.70
Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing-
masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:
5. Sangat Setuju
4. Setuju
3. Kurang Setuju
2. Tidak Setuju
1. Sangat Tidak Setuju
3.3.6 Bahagian F : Kesan Konflik
Bahagian ini mengandungi 13 item yang menggambarkan kesan konflik
dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.80. Kesemua item
tersebut direkabina sendiri oleh pengkaji. Bahagian ini memerlukan responden
135
kajian menandakan persepsi masing-masing dalam lima tahap skala likert seperti
yang berikut:
5. Sangat Setuju
4. Setuju
3. Kurang Setuju
2. Tidak Setuju
1. Sangat Tidak Setuju
3.3.7 Bahagian G: Pendekatan Mengurus Konflik
Bahagian ini merupakan soalan separa berstruktur khas untuk pentadbir
sekolah sahaja. Bahagian ini bertujuan untuk meninjau pandangan pentadbir
sekolah tentang pendekatan yang diamalkan semasa mengurus konflik. Terdapat
14 soalan dalam bahagian ini. Kesemua soalan dalam bahagian ini adalah
direkabina sendiri oleh pengkaji. Soalan nombor 1 hingga nombor 5 adalah
berdasarkan kepada 12 pendekatan pengurusan konflik yang telah disenaraikan
oleh pengkaji dalam instrumen soal -selidik. Soalan pertama adalah berbentuk
skala likert dan item-item soal selidik adalah terdiri daripada 12 jenis pendekatan
mengurus konflik. Terdapat dua jenis skala likert iaitu skala tentang penggunaan
pendekatan pengurusan konflik dan skala tentang peratus kejayaan pengurusan
konflik.
Bahagian pendekatan pengurusan konflik mengandungi 12 item dengan
nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.88. Manakala bahagian
kejayaan pendekatan pengurusan konflik juga mengandungi 12 item dengan nilai
kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.87. Untuk skala penggunaan
136
pendekatan pengurusan konflik, responden diminta membulatkan jawapan tentang
pendekatan pengurusan konflik yang biasa diamalkan di sekolah seperti berikut:
5. Selalu digunakan
4. Kerap digunakan
3. Sentiasa digunakan
2. Jarang digunakan
1. Tidak pernah digunakan
Manakala untuk skala tentang peratus kejayaan pengurusan konflik, responden
diminta membulatkan jawapan berdasarkan skala likert seperti di bawah:
5. pada sekitar 81 - 100 %
4. pada sekitar 61 - 80 %
3. pada sekitar 41 - 60 %
2. pada sekitar 21 - 40 %
1. pada tahap kurang dari 20%
Soalan nombor 7, 8, 10, 11, 12, 13 dan 14 berbentuk soalan pilihan yang
memerlukan responden menandakan (/) di ruangan yang sesuai. Manakala untuk
soalan nombor 2, 3, 4, 5, 6 dan 9 adalah berbentuk soalan mengisi tempat kosong
berdasarkan pengalaman responden di sekolah.
3.4 Kajian Rintis
Pengkaji menjalankan kajian rintis terhadap instrumen soal-selidik dengan
tujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan pada instrumen soal
selidik. Kebolehpercayaan merupakan satu tanda ukur yang menunjukkan
konsistensi di antara dua pengukuran terhadap perkara yang sama untuk
137
membuktikan kewujudan varians daripada sampel yang diukur (Fraenkel, 1996 dan
Black, 1999). Kebolehpercayaan bermaksud skor dari sesuatu instrumen adalah
stabil dan konsisten setelah instrumen yang sama ditadbir berulangkali pada masa
yang berlainan (Baker, 1999, Creswell, 2005 dan Gay, 1996). Kebolehpercayaan
yang tinggi menunjukkan kesilapan varians yang minima dalam pengukuran
manakala kebolehpercayaan yang rendah boleh menghasilkan kesilapan yang besar
dalam pengukuran kerana ujian statistik tidak dapat mengesan perbezaan yang
sebenar apabila wujud perbezaan. Semakin tinggi tahap kebolehpercayaan,
semakin tinggi tahap keyakinan terhadap instrumen yang akan diuji. Nilai
koefisien kebolehpercayaan dikira untuk menentukan kualiti keseluruhan ujian
terhadap instrumen. Terdapat beberapa jenis koefisien kebolehpercayaan yang
dapat menghasilkan semakan kepada kualiti instrumen. Pengkaji menggunakan
koefisien alpha untuk menentukan kekonsistenan dalaman (internal consistency)
terhadap kebolehpercayaan instumen kajian.
Menurut Black, (1999: 272-273):
“ ... it is not possible to have a valid instrument that is not
reliable: if it does not produce consistent result (it is unreliable)
then those result cannot be measuring what they are supposed to
measure (it is not valid)”
Sesuatu instrumen yang boleh dipercayai tetapi tidak sahih memang tidak
berguna kepada pengkaji kerana kajian tersebut hanya mengukur kebolehpercayaan
instrumen dan bukan mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Oleh yang
demikian, kebolehpercayaan dan kesahihan pada instrumen kajian adalah sangat
penting dan saling lengkap-melengkapi demi untuk menghasilkan data-data yang
diperlukan bagi menjawab soalan-soalan kajian.
138
Pengkaji telah menjalankan empat peringkat kajian rintis untuk
membuktikan kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.
Kesemua peringkat kajian rintis yang dijalankan tidak melibatkan sampel kajian
yang sebenar. Ujian ‘Cronbach’s coefficient alpha’ digunakan untuk menganalisis
data kajian rintis bagi menganggarkan kebolehpercayaan bagi setiap komponen
soalan dalam soal-selidik. Pengkaji juga menggunakan ujian korelasi antara item
untuk menentukan kebolehpercayaan setiap konstruk dalam soal selidik. Item-item
yang mempunyai nilai koefisien alpha yang rendah dikeluarkan daripada instrumen.
Had rendah nilai koefisien alpha untuk korelasi antara item dalam kajian ini adalah
0.35 (Jadual D1 dan D2 dan ujian korelasi antara item di bahagian lampiran).
Soalan-soalan pada instrumen yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami
dan salah diintepretasi oleh responden akan membawa kesan kepada
kebolehpercayaan yang rendah. Oleh yang demikian, semasa menganalisis kajian
rintis, pengkaji mengeluarkan item-item soalan yang tidak berkaitan, sukar untuk
difahami, kabur dan kurang stabil daripada instrumen soal selidik supaya dapat
meningkatkan kebolehpercayaan pada instrumen soal selidik.
3.4.1 Kajian Rintis Peringkat Pertama
Kajian rintis peringkat pertama dijalankan pada bulan Februari hingga Mac
tahun 2005 di salah sebuah sekolah di daerah Kluang di negeri Johor. Kajian ini
melibatkan tujuh belas orang guru iaitu enam orang guru pakar bahasa dan sebelas
orang guru biasa untuk menentukan kesahihan kajian. Tujuan kajian rintis pada
peringkat pertama adalah untuk mengenalpasti tempoh masa yang diambil oleh
139
responden kajian untuk melengkapkan borang soal-selidik dan memastikan sama
ada kandungan dalam soal-selidik ini dapat difahami. Kajian rintis peringkat
permulaan juga bertujuan untuk memastikan item-item dalam soal-selidik tidak
mengandungi perkara-perkara yang boleh menyinggung sensitiviti mana-mana
pihak yang terlibat. Selain itu, kajian rintis peringkat ini juga bertujuan
mengenalpasti masalah dari segi bahasa dan pemahaman isi kandungan instrumen.
Responden kajian diminta untuk menyatakan sebarang kerumitan atau keraguan
dari soal selidik yang dijawab untuk memastikan kesahihan soal selidik yang
ditadbirkan. Masa yang diambil oleh responden kajian adalah dalam lingkungan
28-35 minit. Ini bermakna instrumen tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang
ditetapkan. Seterusnya, pengkaji duduk bersama-sama dengan guru-guru pakar
bahasa tersebut untuk mengenalpasti masalah yang terdapat pada item instrumen
dari segi bahasa dan pemahaman isi kandungan instrumen. Kesan daripada
pentadbiran instrumen dalam tahap kajian rintis pertama, beberapa item yang
bertindih dan yang mempunyai maksud konsep yang tidak jelas dikeluarkan
daripada instrumen. Selain daripada itu, pengkaji juga memperbaiki bahasa dan
semantik dari segi kesalahan ejaan, tipografi dan struktur ayat dalam instrumen
kajian. Setelah kajian rintis pertama telah dijalankan, pengkaji menyemak semula
instrumen kajian dengan penyelia pengkaji untuk memurnikan instrumen tersebut.
3.4.2 Kajian Rintis Peringkat Kedua
Setelah penyemakan setiap item instrumen dilaksanakan, peringkat kedua
kajian rintis dijalankan pada bulan April hinggan Jun tahun 2005 yang melibatkan
140
30 orang guru sekolah menengah di daerah Kluang di negeri Johor. Tujuan kajian
rintis pada peringkat kedua adalah untuk memastikan item-item dalam soal-selidik
ini dapat difahami oleh guru sekolah serta tidak mengandungi perkara-perkara yang
boleh menyinggung sensitiviti mana-mana pihak yang terlibat. Tujuannya juga
untuk menentukan kebolehpercayaan terhadap item-item soal selidik melalu
analisisi korelasi antara item. Selain itu, tujuan melakukan kajian rintis ini ialah
untuk memurnikan lagi soalan kajian dalam penyelidikan ini. Responden dalam
kajian rintis digalakkan untuk memberi teguran dan membuat komen serta
cadangan berkaitan dengan item yang terdapat dalam instrumen. Maklumbalas
daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Kemudian tabulasi data dan
prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.
Berdasarkan Jadual 11a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha
digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap
kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Setelah kajian rintis dijalankan,
nilai koefisien alpha untuk soal-selidik pada Bahagian C tentang faktor-faktor
konflik adalah sebanyak 0.79, Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah
sebanyak 0.92, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.84 dan
Bahagian F tentang kesan-kesan konflik adalah sebanyak 0.90. Untuk
mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan
data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk yang
terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 11b.
Tujuan pengkaji menjalankan ujian korelasi antara item ialah untuk melihat
hubung-kait antara item-item dalam setiap konstruk. Tujuan lain ialah memastikan
141
tidak terdapat percanggahan nilai-nilai korelasi antara item dalam soal-selidik
kajian.
Jadual 11a: Analisis Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Kedua
Bahagian
Instrumen
Soal-selidik
Komponen Bil.
Item
Penggugura
n item
Sampel Alpha
Sebelum
Pengguguran
item
Alpha
Selepas
Penggugura
n item
Bahagian C Faktor Konflik 82 21 30 0.79 0.82
Bahagian D Tahap Konflik 17 1 30 0.92 0.94
Bahagian E Gaya Konflik 28 - 30 0.84 0.84
Bahagian F Kesan Konflik 14 1 30 0.90 0.94
Jadual 11b: Analisis Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Kedua
Bahagian
Instrumen
Soal-
selidik
Domain Item Bil.
Item
Penggu-
guran
item
Sampel Alpha
Sebelum
Penggu-
guran
item
Alpha
Selepas
Penggu-
guran
item
Kesukaran Semantik 6 2 30 0.58 0.90
Ketidak Sefahaman 5 1 30 0.74 0.93
Gangguan Komunikasi 4 - 30 - 0.85
Komunikasi
Maklumat Tersembunyi 4 - 30 - 0.89
Membuat Keputusan 7 2 30 0.79 0.96
Perbezaan Persepsi 8 3 30 0.74 0.89
Kebergantungan
tugas
Perbezaan Matlamat 11 6 30 0.72 0.90
Sistem Ganjaran 6 1 30 0.81 0.86
Sumber Terhad 6 2 30 0.79 0.91
Bidang Kuasa 5 - 30 - 0.94
Struktur
Organisasi
Desakan Perubahan 5 1 30 0.83 0.86
Nilai 4 - 30 0.87
Emosi 6 2 30 0.68 0.96
Bahagian C
Peribadi
Tingkahlaku 5 1 30 0.67 0.86
Konflik terpendam 4 - 30 - 0.84
Konflik dinampak 4 - 30 - 0.81
Konflik dirasai 4 - 30 - 0.83
Bahagian D Tahap Konflik
Konflik terbuka 5 1 30 0.80 0.82
Gaya integratif 7 - 30 - 0.89
Gaya mengelak 6 - 30 - 0.92
Gaya menguasai 5 - 30 - 0.90
Gaya menyesuai 6 - 30 - 0.92
Bahagian E Gaya Pengurusan
Konflik
Gaya berkompromi 4 - 30 - 0.88
Bahagian F Kesan konflik 14 1 30 0.94 0.94
142
Berdasarkan Jadual 11b, kesan daripada pengguguran beberapa item yang
mempunyai nilai korelasi yang terendah telah meningkatkan nilai alpha untuk
konstruk dan komponen dalam soal-selidik. Pengkaji telah menggugurkan 21 item
yang mempunyai nilai alpha yang rendah dari Bahagian C tentang faktor konflik
semasa menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran 21
item, nilai koefisien alpha telah meningkat dari 0.79 kepada 0.82. Manakala bagi
Bahagian D tentang tahap konflik, pengkaji telah menggugurkan satu item yang
menunjukkan koefisien alpha yang terendah dari instrumen soal selidik semasa
menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran item tersebut
telah meningkatkan koefisien alpha dari 0.92 kepada 0.94.
Pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari Bahagian E tentang gaya
mengurus konflik kerana bahagian tersebut dipinjam daripada instrumen ROC II.
Setelah kajian rintis dijalankan, bahagian gaya mengurus konflik menunjukkan
tahap kebolehpercayaaan yang tinggi iaitu nilai alpha sebanyak 0.84. Manakala
bagi Bahagian F tentang kesan konflik, pengkaji telah menggugurkan satu item
yang mempunyai alpha yang rendah dari instrumen semasa menjalankan ujian
korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran item tersebut telah
meningkatkan koefisien alpha dari 0.90 kepada 0.95.
3.4.3 Kajian Rintis Peringkat Ketiga
Peringkat ketiga kajian rintis dijalankan pada bulan Ogos hingga September
tahun 2005 di dua buah sekolah menengah di daerah Kluang di negeri Johor.
Sasaran kajian rintis peringkat ketiga adalah hanya bertumpu kepada pentadbir
143
sekolah sahaja. Kajian rintis ini melibatkan 16 orang pentadbir sekolah yang
merangkumi pengetua-pengetua, guru-guru penolong kanan, penyelia petang dan
guru-guru bidang. Tujuan kajian rintis pada peringkat ketiga adalah untuk
memastikan pentadbir sekolah memahami item-item dalam Bahagian G yang
berbentuk separa berstruktur. Selain itu, tujuan melakukan kajian rintis peringkat
ketiga adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan bagi Bahagian G
(Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kejayaan Pengurusan Konflik) dan juga
Bahagian C, D, E dan F yang telah melalui pindaan semasa kajian rintis peringkat
pertama dan kedua. Pentadbir sekolah digalakkan untuk membuat komen dan
cadangan berkaitan dengan item yang terdapat dalam instrumen. Maklumbalas
daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Sekali lagi, tabulasi data
dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.
Berdasarkan Jadual 12a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha
digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap
kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Setelah kajian rintis dijalankan,
koefisien alpha untuk soal-selidik pada Bahagian C tentang faktor-faktor konflik
adalah sebanyak 0.77, Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak
0.84, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.82 dan Bahagian F
tentang kesan-kesan konflik adalah sebanyak 0.93.
144
Jadual 12a: Analisis Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Ketiga
Bahagian
Soal-selidik
Komponen Bil.
Item
Item
Digugurkan
Sampel Nilai
Alpha
Bahagian C Faktor Konflik 61 Tiada 16 0.77
Bahagian D Tahap Konflik 16 Tiada 16 0.84
Bahagian E Gaya Konflik 28 Tiada 16 0.82
Bahagian F Kesan Konflik 13 Tiada 16 0.93
Jadual 12b: Analisis Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Ketiga
Bahagian
Instrumen Soal-
selidik
Domain Item Bil.
Item
Sampel Alpha
Kesukaran Semantik 4 16 0.76
Ketidak Sefahaman 4 16 0.87
Gangguan Komunikasi 4 16 0.83
Komunikasi
Maklumat Tersembunyi 4 16 0.76
Membuat Keputusan 5 16 0.94
Perbezaan Persepsi 5 16 0.91
Kebergantun-gan
tugas
Perbezaan Matlamat 5 16 0.89
Sistem Ganjaran 5 16 0.87
Sumber Terhad 4 16 0.96
Bidang Kuasa 5 16 0.86
Struktur
Organisasi
Desakan Perubahan 4 16 0.93
Nilai 4 16 0.88
Emosi 4 16 0.94
Bahagian C
Peribadi
Tingkahlaku 4 16 0.83
Konflik terpendam 4 16 0.81
Konflik dinampak 4 16 0.75
Konflik dirasai 4 16 0.85
Bahagian D Tahap Konflik
Konflik terbuka 4 16 0.83
Gaya integratif 7 16 0.89
Gaya mengelak 6 16 0.89
Gaya menguasai 5 16 0.93
Gaya menyesuai 6 16 0.93
Bahagian E Gaya
Pengurusan
Konflik
Gaya berkompromi 4 16 0.89
Bahagian F Kesan konflik 13 16 0.93
Pendekatan Pengurusan Konflik
Pengguguran 6 item
16
10
16
16
0.82
0.94
Bahagian G
Kejayaan Pengurusan Konflik
Pengguguran 6 item
16
10
16
16
0.89
0.94
145
Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji
mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua
konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam
Jadual 12b. Pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari soal-selidik untuk
bahagian C, D, E, dan F dalam peringkat kajian rintis yang ketiga setelah
menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk kerana nilai korelasi
untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.35. Walau bagaimanapun, berdasarkan
Jadual 12b, pengkaji menggugurkan enam item untuk komponen pendekatan
pengurusan konflik dan enam item untuk komponen kejayaan pengurusan konflik
di bahagian G kerana item-item tersebut menunjukkan nilai korelasi yang negatif.
Kesan daripada pengguguran item-item untuk Bahagian G, nilai koefisien alpha
telah meningkat dari 0.82 kepada 0.94 untuk komponen pendekatan pengurusan
konflik dan 0.89 kepada 0.94 untuk komponen kejayaan pengurusan konflik
3.4.4 Penyemakan dan Pengesahan Instrumen Melalui Ahli Pakar
Sebagai memenuhi prosidur menentusahkan instrumen, pengkaji telah
mendapatkan pandangan tiga orang panel pakar dari Fakulti Pendidikan yang mahir
dalam bidang pengurusan iaitu Profesor Dr. Sharifah Mohd. Nor dan Profesor
Madya Dr. Petri Zabariah Megat Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia
serta Dr. Haji Mohammed Sani b. Hj. Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Proses penyemakan dan pengesahan instrumen melalui ahli pakar dijalankan dalam
tiga pusingan. Pusingan pertama adalah meminta jasa baik ahli pakar untuk
memberi pandangan dan menyemak instrumen soal-selidik kajian yang telah
melalui tiga peringkat kajian rintis. Setelah memperolehi balik maklumbalas
146
daripada ketiga-tiga orang panel pakar, pengkaji kemudian berbincang dengan
kedua-dua orang penyelia untuk tujuan permurnian terhadap instrumen. Kemudian
pengkaji menghantar instrumen yang telah dipinda dan diubahsuai kepada ahli
panel pakar untuk mendapatkan penyemakan semula secara mendalam. Setelah
memperolehi balik maklumbalas daripada ketiga-tiga orang panel pakar, pengkaji
kemudian berbincang dengan kedua-dua orang penyelia untuk tujuan permurnian
terhadap instrumen. Kemudian pengkaji menjalankan kajian rintis peringkat yang
keempat dengan tujuan menguji sekali lagi kebolehpercayaan soal-selidik yang
telah dimurnikan. Kajian rintis peringkat yang keempat ini dijalankan di seluruh
negeri Johor yang merangkumi semua daerah di negeri Johor. Setelah
memperolehi dapatan kajian rintis, beberapa item digugurkan untuk meningkatkan
nilai alpha bagi komponen item dalam soal-selidik. Kemudian pengkaji
menghantar instrumen yang telah dimurnikan dan borang semakan semula pindaan
kandungan instrumen kepada tiga orang panel pakar untuk menentusahkan semula
instrumen yang telah dimurnikan.
3.4.5 Kajian Rintis Peringkat Keempat
Peringkat keempat kajian rintis dijalankan pada bulan Januari tahun 2006
yang melibatkan 19 buah sekolah di sembilan buah daerah (Kluang, Batu Pahat,
Johor Bahru, Kulai, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat) di negeri Johor. Kajian
rintis ini melibatkan 400 orang sampel yang terdiri daripada 364 orang guru dan 36
orang pentadbir sekolah menengah. Tujuan kajian rintis pada peringkat keempat
adalah untuk menguji kebolehpercayaan soal-selidik yang telah dimurnikan melalui
penyemakan ahli-ahli pakar dan perbincangan dengan dua orang penyelia pengkaji.
147
Maklumbalas daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Sekali lagi,
tabulasi data dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.
Berdasarkan Jadual 13a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha
digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap
kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Nilai koefisien alpha untuk soal-
selidik bagi Bahagian C tentang faktor-faktor konflik adalah sebanyak 0.89 setelah
menjalankan ujian analisis bagi kajian rintis peringkat keempat. Manakala nilai
koefisien alpha untuk Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak 0.73,
Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.72, Bahagian F tentang kesan-
kesan konflik adalah sebanyak 0.80 dan Bahagian G tentang pendekatan
pengurusan konflik adalah sebanyak 0.88 dan kejayaan pendekatan pengurusan
konflik adalah sebanyak 0.87. Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang
lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi
antara item bagi semua konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang
ditunjukkan dalam Jadual 13b. Pengkaji telah menggugurkan dua item dari
Bahagian C tentang faktor konflik semasa menjalankan ujian korelasi antara item.
Nilai koefisien alpha masih kekal pada 0.89 kesan daripada pengguguran dua item
dari komponen faktor konflik dalam Bahagian C. Walau bagaimanapun, pengkaji
tidak menggugurkan sebarang item dari Bahagian D, E dan F dalam peringkat
kajian rintis yang keempat kerana nilai korelasi dalam ujian korelasi antara item
untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.35 (Jadual D1 dan D2 dan ujian korelasi
antara item di bahagian lampiran).
148
Jadual 13a: Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Keempat
Bahagian
Instrumen
Soal-selidik
Komponen Bil.
Item
Penggu
-guran
item
Sampel Alpha
Sebelum
Pengguguran
item
Alpha Selepas
Pengguguran
item
Bahagian C Faktor Konflik 61 2 400 0.89 0.89
Bahagian D Tahap Konflik 16 - 400 - 0.73
Bahagian E Gaya Konflik 28 - 400 - 0.72
Bahagian F Kesan Konflik 13 - 400 - 0.80
Pendekatan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.88Bahagian G
Kejayaan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.87
Jadual 13b: Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Keempat
Bahagian
Instrume
Soal-selidik
Domain Korelasi Antara Item Bil.
Item
Penggu-
guran
item
Sampel Alpha
Sebelum
Penggu-
guran
item
Alpha
Selepas
Penggu-
guran
item
Kesukaran Semantik 4 - 400 - 0.71
Ketidak Sefahaman 4 - 400 - 0.71
Gangguan Komunikasi 4 - 400 - 0.70
Komunikasi
Maklumat Tersembunyi 4 - 400 - 0.71
Membuat Keputusan 5 - 400 - 0.76
Perbezaan Persepsi 5 - 400 - 0.76
Kebergantungan
tugas
Perbezaan Matlamat 5 - 400 - 0.75
Sistem Ganjaran 5 1 400 0.78 0.70
Sumber Terhad 4 - 400 - 0.72
Bidang Kuasa 5 1 400 0.59 0.73
Struktur
Organisasi
Desakan Perubahan 4 - 400 - 0.71
Nilai 4 - 400 - 0.70
Emosi 4 - 400 - 0.71
Bahagian C
Peribadi
Tingkahlaku 4 - 400 - 0.72
Konflik terpendam 4 - 400 - 0.71
Konflik dinampak 4 - 400 - 0.73
Konflik dirasai 4 - 400 - 0.72
Bahagian D Tahap Konflik
Konflik terbuka 4 - 400 - 0.71
Gaya integratif 7 - 400 - 0.78
Gaya mengelak 6 - 400 - 0.75
Gaya menguasai 5 - 400 - 0.71
Gaya menyesuai 6 - 400 - 0.77
Bahagian E Gaya
Pengurusan
Konflik
Gaya berkompromi 4 - 400 - 0.70
Bahagian F Kesan konflik 13 - 400 - 0.80
Pendekatan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.88Bahagian G
Kejayaan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.87
149
Permurnian instrumen soal-selidik yang telah melalui proses penyemakan
dan pengesahan ahli pakar serta empat peringkat kajian rintis telah menghasilkan
instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data
3.5 Pentadbiran Instrumen Soal Selidik
3.5.1 Cara Mentadbir Instrumen Soal Selidik
Kajian ini hanya dijalankan setelah pengkaji memperolehi kebenaran
daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) di
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD). Setelah memperolehi kebenaran daripada pihak berkuasa, pengkaji
menghantar surat rasmi yang mengandungi tujuan dan signifikan kajian kepada
sekolah-sekolah kajian untuk meminta kebenaran daripada pengetua bagi
menjalankan kajian di sekolah mereka. Kajian ini dijalankan setelah mendapat
persetujuan dan kebenaran daripada pengetua-pengetua sekolah berkenaan.
Pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu dengan pergi sendiri ke sekolah-sekolah
kajian dan menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir borang soal-selidik
kajian.
Prosidur melawat ke sekolah-sekolah kajian untuk mentadbir borang soal-
selidik ini dijalankan di kebanyakan sekolah-sekolah yang terletak di bandar.
Semasa melawat ke sekolah-sekolah kajian, pengkaji berjumpa dengan pengetua
sekolah untuk menerangkan sekali lagi tujuan dan signifikan kajian yang dijalankan.
Ada kalanya, pengkaji diarahkan oleh pengetua untuk berjumpa dengan kaunselor
ataupun Guru Penolong Kanan 1 untuk mentadbir borang soal-selidik kajian.
150
Pengkaji menjalankan prosidur mentadbir instrumen soal-selidik berstruktur
dengan menyerahkan borang soal-selidik kepada guru-guru dan pentadbir sekolah.
melalui bantuan kaunselor. Pengkaji memberi taklimat ringkas kepada responden
tentang latarbelakang diri pengkaji serta tujuan dan signifikan kajian ini dijalankan.
Pengkaji juga memberi sebab-sebab yang kukuh untuk responden bekerjasama
dengan menerangkan kepada mereka tentang sifat neutral pengkaji di dalam
mengenalpasti cara mereka menyelesaikan konflik di sekolah. Selain itu, pengkaji
juga menyatakan kepada pihak responden bahawa tujuan sebenar kajian ini
dijalankan adalah bukan untuk menilai pihak responden tetapi untuk kajian semata-
mata sahaja dan segala maklumat yang didedahkan kepada pengkaji adalah
dirahsiakan. Pengkaji memastikan kerahsiaan responden melalui kaedah
‘ketanpanamaan’ (“anonymity”) dalam borang soal-selidik untuk mengelakkan
sensitiviti responden tentang konflik di sekolah. Seterusnya, pengkaji berada
bersama-sama dengan responden kajian selama setengah jam untuk memberi
penerangan yang jelas mengikut peringkat demi peringkat mengenai cara
pengendalian borang soal-selidik supaya responden dapat memahami kehendak
kajian.
Guru-guru dan pentadbir digalakkan supaya menanya pengkaji untuk
menerangkan mana-mana item yang kurang difahami. Respon guru-guru dan
pentadbir sekolah terhadap borang soal-selidik ini dibuat secara berperingkat-
peringkat mengikut bahagian bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Pihak
pentadbir sekolah diberi masa tambahan sebanyak satu jam untuk menjawab
borang soal-selidik separa berstruktur tentang campurtangan mereka dalam
151
pengurusan konflik. Pada masa yang sama, pengkaji mengedarkan kertas lampiran
kepada pentadbir untuk dijadikan panduan bagi menjawab soal-selidik separa
berstruktur. Kertas lampiran yang diedarkan mengandungi huraian terperinci
tentang 12 pendekatan pengurusan konflik yang berfungsi sebagai rujukan untuk
menjawab soalan separa berstruktur. Selepas itu, pengkaji mengumpul balik
borang soal-selidik dengan bantuan Guru Penolong Kanan 1. Kemudian pengkaji
meminta jasa baik pengetua ataupun Guru Penolong Kanan 1 untuk melengkapkan
borang pengesahan menjalani kajian dengan menandatangani borang tersebut.
Selain daripada melawat ke sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian,
pengkaji juga menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir borang soal-selidik
memandangkan kajian ini melibatkan lebih kurang 80 buah sekolah yang lokasinya
berselerak di bandar dan luar bandar di empat buah negeri. Pengkaji menggunakan
kemudahan pos untuk mentadbir soal-selidik di kebanyakan sekolah-sekolah yang
terletak di pedalaman ataupun di luar bandar. Prosidur mentadbir borang soal-
selidik melalui kemudahan pos dijalankan dengan menghantar bungkusan yang
mengandungi 32 set borang soal-selidik kajian disertai dengan surat lampiran yang
menerangkan tujuan kajian, cara mentadbir soal-selidik serta rujukan lampiran
untuk menjawab bahagian separa berstruktur kepada sekolah-sekolah yang terlibat
dalam kajian melalui surat berdaftar. Kemudian pengkaji membuat panggilan terus
berulangkali kepada pengetua sekolah untuk memastikan soal-selidik telah ditadbir
dan dihantar balik kepada pengkaji. Tempoh mentadbir soal-selidik dan
mendapatkan semula soal-selidik kajian dengan menggunakan kemudahan pos
melibatkan masa dua hingga tiga minggu. Setelah memperolehi balik borang soal-
152
selidik yang telah ditadbir, pengkaji menghantar surat terima kasih kepada
pengetua sekolah atas kerjasama yang diberikan semasa menjalankan kajian di
sekolah-sekolah berkenaan.
3.5.2 Masalah Pentadbiran Instrumen Soal-selidik
Pengkaji menghadapi pelbagai masalah semasa mentadbir soal-selidik sama
ada dengan pergi sendiri ke sekolah kajian ataupun dengan menggunakan
kemudahan pos. Masalah utama yang dihadapi oleh pengkaji ialah kurang
kerjasama daripada pihak pentadbir semasa mentadbir soal-selidik di sekolah kajian
walaupun pengkaji menunjukkan surat kebenaran EPRD dan JPN kepada pihak
pentadbir. Terdapat pentadbir-pentadbir sekolah yang menyerahkan seluruh
pentadbiran instrumen kepada guru kaunseling dan mengarahkan pengkaji datang
semula ke sekolah pada hari kemudian untuk mendapatkan balik borang soal-
selidik dengan alasan bahawa guru-guru sibuk mengajar. Masalah lain yang
dihadapi oleh pengkaji ialah terdapat segelintir pengetua yang tidak diberitahu
langsung tentang penerimaan borang soal-selidik melalui pos kerana menghadiri
kursus di tempat lain. Akibat daripada itu, terdapat sekolah-sekolah yang
menghilangkan borang soal-selidik sementara menunggu kepulangan pengetua ke
sekolah. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa mengirim sekali lagi borang soal-
selidik kepada sekolah-sekolah berkenaan dan ini menyebabkan masa pentadbiran
borang soal-selidik terpaksa dilanjutkan. Selain itu, pengkaji juga menghadapi
masalah kesukaran untuk mendapatkan balik borang soal selidik daripada sekolah-
sekolah tertentu. Selain daripada membuat banyak panggilan ke sekolah dan
153
menghantar surat rasmi ke sekolah, pengkaji juga terpaksa pergi sendiri ke sekolah-
sekolah kajian yang terletak di pedalaman untuk mendapatkan balik borang soal-
selidik. Masalah lain yang dihadapi semasa pengkaji mentadbir borang soal selidik
ialah tiada kerjasama daripada pihak guru untuk menjawab borang soal-selidik
kerana takut untuk meluahkan masalah sebenar yang dihadapi di sekolah
memandangkan kajian yang dijalankan adalah agak sensitif. Akibat daripada itu,
pengkaji terpaksa menggugurkan beberapa buah sekolah dari kajian kerana borang
soal-selidik yang dipulangkan adalah tidak lengkap dan tidak mencukupi untuk
menjalani proses analisis data.
3.6 Kerangka Kaedah dan Tahap Kajian
Justeru itu, kerangka kaedah dan tahap kajian ini dihasilkan untuk
membincangkan model konseptual kajian yang berdasarkan kepada beberapa siri
peringkat seperti punca konflik, tahap konflik, kesan konflik, resolusi konflik dan
masalah pengurusan konflik. Dalam kerangka kaedah dan tahap kajian, pengkaji
telah membahagikan kajian pengurusan konflik kepada enam peringkat.
Berdasarkan kerangka kaedah dan tahap kajian di Rajah 6, pengkaji
menggunakan enam peringkat untuk mengkaji pengurusan konflik. Empat
peringkat proses konflik iaitu peringkat faktor konflik, tahap konflik, kesan konflik
dan gaya pengurusan konflik memperlihatkan peringkat yang dialami oleh guru dan
pentadbir di sekolah menengah. Manakala dua peringkat lagi iaitu peringkat
pendekatan pengurusan konflik dan peringkat masalah pengurusan konflik
memperlihatkan peringkat yang dialami oleh pentadbir di sekolah menengah.
154
Rajah 6: Kerangka Kaedah dan Tahap Kajian (berdasarkan soalan kajian)
Peringkat yang dialami oleh guru dan pentadbir sekolah Peringkat yang dialami oleh
pentadbir sekolah
Peringkat 1
Faktor Konflik
Peringkat 2
Tahap Konflik
Peringkat 3
Gaya Pengurusan
Konflik
Peringkat 4
Kesan
Konflik
Peringkat 5
Pendekatan
Pengurusan Konflik
Peringkat 6
Masalah
Pengurusan Konflik
Mengenalpasti faktor-
faktor kewujudan
konflik di sekolah
menengah
i. komunikasi
ii. struktural
iii. kebergantungan
tugas
iv. peribadi
Mengenalpastikan
tahap-tahap konflik
i. terpendam
ii. dinampak
iii. dirasai
iv. terbuka
Mengenalpasti 5 gaya
pengurusan konflik
di sekolah menengah
mengikut konteks
i. integratif
ii. menyesuai
iii. menguasai
iv. mengelak
v. berkompromi
Mengkaji kesan
konflik yang
dialami oleh guru
dan pentadbir
mengikut konteks
Membandingkan
kesan konflik
mengikut konteks
Mengenalpasti
pendekatan
mengurus konflik
yang konstruktif
Mengenalpasti
masalah mengurus
konflik di kalangan
pentadbir
Membandingkan
faktor-faktor
konflik di sekolah
menengah
mengikut konteks
Melihat hubungan antara
pandangan konflik dengan
gaya pengurusan konflik
mengikut konteks.
Membandingkan gaya
pengurusan konflik
mengikut konteks
Melihat perbezaan gaya
pengurusan konflik dalam
konteks interaksi antara
variabel
Mengenalpasti
sumbangan faktor konflik
terhadap
kesan konflik
Mengenalpasti
sumbangan gaya
pengurusan konflik
terhadap kesan
konflik
* mengikut konteks bermaksud konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri.
Menunjukkan urutan tahap kajian
155
Peringkat pertama melibatkan langkah mengenalpasti punca-punca
kewujudan konflik. Empat domain faktor utama yang berpotensi mewujudkan
konflik di peringkat sekolah adalah Domain Komunikasi, Struktur Organisasi,
Kebergantungan Tugas dan Peribadi. Pengkaji mengemukakan empatbelas sub-
faktor konflik iaitu kesukaran semantik, ketidaksefahaman dalam komunikasi,
gangguan komunikasi, maklumat tidak lengkap, nilai, emosi, tingkahlaku, sistem
ganjaran, sumber sekolah, kuasa, perubahan, perbezaan keputusan, pesepsi, dan
matlamat untuk menerangkan empat domain faktor utama kewujudan konflik
dengan terperinci. Empatbelas sub-faktor tersebut diambil daripada adaptasi
sumber Vecchio (1995), Robbins (1998) dan George & Jones (1999). Hakikatnya,
sesuatu konflik tidak dapat diatasi jikalau punca asas konflik tidak dapat dikesan.
Kebiasaannya, semakin awal punca konflik dikenalpasti, semakin mudah konflik
dapat diatasi. Peringkat pertama juga melibatkan perbandingan faktor-faktor
konflik di sekolah menengah mengikut konteks iaitu merangkumi jawatan, lokasi
sekolah, jenis sekolah dan mengikut negeri.
Peringkat kedua melibatkan langkah mengenalpasti tahap-tahap konflik
yang dialami oleh sampel kajian. Peringkat ini mengandungi empat tahap konflik
yang merangkumi tahap konflik terpendam, konflik dinampak, konflik dirasai dan
konflik terbuka.
Peringkat ketiga dalam kerangka teori kajian melibatkan langkah
mengenalpasti gaya pengurusan konflik yang diamalkan oleh guru dan pentadbir
sekolah berdasarkan kepada lima gaya pengurusan konflik yang diperkenalkan oleh
156
Rahim dan Bonama (1979) dan Rahim (1983). Gaya pengurusan konflik dalam
peringkat ini merangkumi gaya integratif, menyesuai, menguasai, mengelak dan
berkompromi. Peringkat ketiga juga melibatkan langkah mengkorelasikan
pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik mengikut konteks. Selain itu,
peringkat ini juga membandingkan gaya pengurusan konflik mengikut konteks dan
juga melihat perbezaan gaya pengurusan konflik dalam konteks interaksi antara
variabel. Peringkat ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan gaya pengurusan
konflik di setiap sekolah kajian.
Peringkat keempat dalam kerangka teori kajian bertujuan untuk
mengenalpasti kesan-kesan konflik yang berlaku di sekolah iaitu sama ada kesan
konstruktif ataupun distruktif terhadap sekolah-sekolah kajian. Selain itu, peringkat
ini juga membandingkan kesan konflik mengikut konteks dan mengenalpasti
faktor-faktor konflik dan gaya pengurusan konflik yang menyumbangkan kepada
kesan konflik konstruktif ataupun distruktif. Langkah ini sangat penting untuk
mengesan angkubah-angkubah yang menyumbangkan sama ada kepada konflik
konstruktif ataupun distruktif. Langkah ini juga bertujuan mengenalpasti jenis
strategi tertentu yang dapat meminimakan konflik distruktif dan memaksimakan
konflik konstruktif. Pentadbir sekolah harus mempunyai kemahiran untuk
mengurus konflik. Jika konflik bermanfaat kepada organisasi sekolah, pentadbir
sekolah patut membenarkan konflik berterusan dengan mengawasi perkembangan
konflik tetapi jika konflik memudaratkan organisasi sekolah maka pentadbir wajar
mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi konflik. Peringkat kelima dalam
kerangka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengurusan konflik
157
yang sesuai di kalangan pentadbir sekolah untuk mengurus konflik. Manakala
peringkat keenam dalam kerangka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
masalah-masalah pengurusan konflik yang dialami oleh pentadbir sekolah untuk
mengurus konflik. Kedua-dua peringkat ini bertujuan membantu pentadbir sekolah
memahami masalah pengurusan konflik dengan lebih mendalam dan menghasilkan
strategi yang terbaik untuk meningkatkan kesan konflik konstruktif.
Kesemua elemen pengurusan konflik yang terdapat pada kerangka teori
kajian dapat dihuraikan dengan lebih terperinci melalui kerangka konseptual kajian.
3.7 Kaedah Analisis Data
Soalan-soalan kajian dalam penyelidikan ini dijawab berpandukan statistik
diskriptif dan inferential. Analisa faktor-faktor konflik, pandangan tentang konflik,
gaya pengurusan konflik dan kesan konflik diuji melalui beberapa bentuk ujian
statistik berdasarkan soalan kajian yang diperinci dalam bahagian berikutnya.
Taburan frekuensi, peratusan dan min dilaporkan untuk kesemua soalan kajian.
Ujian-t dan Anova digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh
perbandingan antara kumpulan sampel. Pengkaji menggunakan ujian-t untuk
menganalisis soalan kajian yang menyentuh perbandingan di antara dua kumpulan
sampel iaitu perbandingan dalam konteks jawatan sekolah (yang terdiri daripada
guru dan pentadbir), lokasi sekolah (yang terdiri daripada sekolah menengah di
bandar dan sekolah menengah di luar bandar) dan kategori sekolah (yang terdiri
daripada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah bukan kebangsaan).
Manakala Anova digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh
158
perbandingan di antara lebih daripada dua kumpulan sampel iaitu dalam konteks
negeri yang merangkumi empat buah negeri.
Selain itu, ujian khi kuasa dua digunakan untuk menganalisis soalan kajian
yang berkaitan dengan variabel yang beraraskan ukuran ‘nominal’. Manakala ujian
regresi logistik digunakan untuk menganalisis soalan tentang sumbangan variabel
tak bersandar kepada variabel bersandar dan juga mengkaji secara mendalam
tentang darjah sumbangan variabel tak bersandar. Jadual 14 meringkaskan kaedah
menganalisis data untuk setiap soalan kajian dalam penyelidikan ini.
Berdasarkan kepada Jadual 14, pengkaji menggunakan peratusan, min,
faktor analisis, ujian t dan ujian ANOVA untuk menganalisis soalan kajian pertama
iaitu tentang punca-punca utama yang menyebabkan kewujudan konflik di sekolah
menengah. Peratus dan min digunakan untuk memaparkan skor purata dan taburan
skor untuk faktor-faktor kewujudan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi
sekolah, kategori sekolah dan negeri serta perbandingan antara semua kategori.
Pemberat (‘loading’) dalam analisis faktor digunakan untuk mengukur darjah
penyumbangan domain faktor konflik kepada kewujudan konflik. Ujian-t
digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang
faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks jawatan, lokasi
sekolah dan kategori sekolah. Manakala ANOVA digunakan untuk mengkaji sama
ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang faktor-faktor utama konflik di
sekolah menengah merentas empat buah negeri.
Untuk menganalisis soalan kajian yang kedua, pengkaji menggunakan
frekuensi, peratusan dan min serta ujian khi kuasa dua untuk menganalisis
159
pandangan konflik yang berkaitan dengan gaya pengurusan konflik di sekolah
menengah. Frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk melihat amalan gaya
pengurusan konflik di kalangan guru dan pentadbir di sekolah menengah mengikut
konteks sampel, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Selain itu, ujian khi
kuasa dua digunakan untuk mengkaji kaitan pandangan konflik dengan gaya
pengurusan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan
mengikut negeri. Manakala nilai koefisien Eta digunakan untuk melihat kekuatan
hubungan antara pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik.
Untuk menganalisis soalan kajian yang ketiga, pengkaji menggunakan ujian-
t dan ANOVA untuk mengkaji perbandingan gaya pengurusan konflik yang
diamalkan di sekolah menengah. Ujian-t digunakan untuk mengkaji sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan untuk gaya pengurusan konflik mengikut
konteks jawatan sekolah, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala ujian
ANOVA digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
untuk gaya pengurusan konflik bagi empat buah negeri.
Untuk menganalisis soalan kajian yang keempat, pengkaji menggunakan
peratusan, ujian-t, ANOVA dan regresi logistik untuk mengenalpasti sumbangan
faktor dan gaya pengurusan konflik ke arah kesan yang konstruktif. Analisis
peratusan digunakan untuk menentukan kesan konflik yang dialami oleh guru dan
pentadbir mengikut konteks lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Ujian-t
digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan untuk kesan
konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala
ANOVA berdasarkan analisis ‘post-hoc’ digunakan untuk melihat kesignifikanan
160
perbezaan kesan konflik di empat buah negeri. Selain itu, ujian regresi logistik
digunakan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sumbangan dan darjah
konstruktif bagi faktor konflik dan gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik.
Untuk menganalisis soalan kajian yang kelima yang berbentuk soalan
separa berstruktur, pengkaji menggunakan frekuensi dan peratus, pengkategorian
melalui tema-tema dan konsep serta pendiskripsian secara mendalam untuk
mengkaji campurtangan pentadbir sekolah dalam pengurusan konflik di sekolah
menengah.
Analisis data berdasarkan kaedah-kaedah tersebut dalam penyelidikan ini
dijanakan oleh perisian “Statistical Package for the Social Science” (SPSS).
Maklumat-maklumat yang terpungut diterjemahkan, dikodkan dan dimasukkan ke
perisian ini.
Jadual 14 : Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian.
Soalan kajian Perkara yang hendak dikaji Ujian Analisis Data
1.1 faktor-faktor kewujudan konflik di
sekolah masing-masing
Peratus dan min
Pemberat (loading) analisis
faktor untuk domain faktor
konflik
1.2 perbandingan faktor-faktor konflik
di sekolah menengah mengikut
konteks jawatan, lokasi sekolah,
kategori sekolah dan negeri
1.3 perbandingan antara semua kategori
Peratus dan min
1. Apakah punca-
punca utama yang
menyebabkan
kewujudan konflik
di sekolah
menengah?
1.4 perbezaan signifikan tentang faktor-
faktor konflik di sekolah menengah
mengikut konteks jawatan, lokasi
sekolah, kategori sekolah dan negeri
Ujian-t untuk konteks
jawatan, lokasi dan kategori
sekolah manakala ANOVA
untuk konteks negeri
2.1 pandangan tentang konflik di
kalangan guru dan pentadbir
mengikut konteks lokasi sekolah,
kategori sekolah dan negeri
Frekuensi dan peratus
2. Sejauhmanakah
pandangan
pentadbir dan
guru terhadap
konflik berkaitan
dengan gaya 2.2 gaya pengurusan konflik di sekolah
161
menengah mengikut konteks
jawatan, lokasi sekolah, kategori
sekolah dan negeri.
Peratus dan minpengurusan
konflik di sekolah
mereka masing-
masing?
2.3 kaitan pandangan konflik dengan
gaya pengurusan konflik mengikut
konteks jawatan, lokasi sekolah,
kategori sekolah dan negeri.
Ujian khi-kuasa dua
untuk melihat kaitan variabel
dan nilai koefisien Eta untuk
melihat kekuatan hubungan
antara variabel
3. Adakah terdapat
perbezaan yang
signifikan antara
gaya pengurusan
konflik yang
diamalkan di
kalangan guru
dan pentadbir di
peringkat sekolah
menengah?
3.1 perbezaan yang signifikan untuk
gaya pengurusan konflik mengikut
konteks jawatan sekolah, lokasi
sekolah, kategori sekolah dan
negeri.
3.2 perbezaan yang signifikan tentang
gaya pengurusan konflik dalam
konteks interaksi antara variabel.
Ujian-t untuk konteks
jawatan, lokasi sekolah dan
kategori sekolah manakala
ANOVA untuk konteks
empat buah negeri
ANOVA dua hala
(Analisis interaksi dalan 2
hala antara variabel)
4.1 kesan konflik yang dialami oleh
guru dan pentadbir mengikut
konteks lokasi sekolah, kategori
sekolah dan negeri.
Peratus
4.2 perbezaan signifikan untuk kesan
konflik mengikut jawatan, lokasi
sekolah, kategori sekolah dan
negeri.
Ujian-t untuk konteks
jawatan, lokasi sekolah dan
kategori sekolah manakala
ANOVA untuk konteks
empat buah negeri
4.3 a. sumbangan faktor konflik
terhadap kesan konflik.
b. darjah konstruktif faktor konflik
terhadap kesan konflik.
Regresi Logistik
4. Sejauhmanakah
faktor konflik dan
gaya pengurusan
konflik
menyumbang
kepada kesan
konflik yang
konstruktif di
peringkat sekolah
menengah?
4.4 (a) sumbangan gaya pengurusan
konflik terhadap kesan konflik.
(b) darjah konstruktif gaya
pengurusan konflik terhadap
kesan konflik.
Regresi Logistik
5.1 masalah-masalah yang dihadapi oleh
pentadbir sekolah semasa mengurus
konflik.
5. Sejauhmanakah
campurtangan
pentadbir sekolah
dalam pengurusan
konflik di
peringkat sekolah
menengah?
5.2 (a) bentuk konflik yang mudah untuk
diurus oleh pentadbir sekolah
(b) bentuk konflik yang sukar untuk
162
diurus oleh pentadbir sekolah
5.3 alasan pentadbir sekolah tentang
kesukaran mengurus konflik.
5.4 (a) pendekatan yang paling sesuai
untuk mengurus konflik di
sekolah menengah.
(b) pendekatan yang tidak sesuai
untuk mengurus konflik di
sekolah menengah.
5.5 alasan pihak pentadbir tentang
pendekatan yang tidak sesuai untuk
digunakan di sekolah menengah.
Frekuensi dan peratus
Pengkategorian melalui
tema-tema dan konsep.
Pendiskripsian
5.6 kekerapan pendekatan pengurusan
konflik yang diamalkan oleh
pentadbir sekolah menengah.
Frekuensi dan peratus
5.7 peratusan kejayaan pengurusan
konflik yang diamalkan oleh
pentadbir sekolah menengah.
Frekuensi dan peratus
5.8 pendekatan lain yang digunakan oleh
pentadbir sekolah menengah untuk
mengurus konflik.
Frekuensi dan peratus
Pengkategorian melalui
tema-tema dan konsep.
Pendiskripsian
5.9 (a) jenis konflik yang membawa
manfaat kepada sekolah.
(b) jenis konflik yang kurang
membawa manfaat kepada
sekolah
Frekuensi dan peratus
5.10 (a) kekerapan pentadbir sekolah
melaksanakan program
pengurusan konflik di sekolah.
(b) kejayaan pentadbir sekolah
melaksanakan program
pengurusan konflik di sekolah.
Frekuensi dan peratus
5.11 masa pentadbiran yang digunakan
oleh pentadbir untuk mengurus
konflik di sekolah menengah.
Frekuensi dan peratus
163
3.7 Rumusan
Secara ringkas, bab ini telah membincangkan kesemua aspek yang berkaitan
dengan soal tatacara penyelidikan. Perbincangan dalam bab ini merangkumi reka
bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian, instrumen kajian, tatacara dan masalah
mentadbir soal-selidik, kajian rintis, kesahan dan kebolehpercayaan kajian serta
kaedah menganalisis data kajian. Seperti yang telah dibincangkan, kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 2076 orang guru dan
138 orang pentadbir di sekolah menengah. Data dalam kajian ini dikumpul melalui
soal-selidik bagi menjawab semua soalan kajian. Pengkaji telah menggunakan
kaedah tinjaun sebagai metodologi penyelidikan untuk mendapatkan data di empat
buah negeri. Persampelan strata-rawak digunakan untuk memilih sampel bagi
mewakili populasi guru dan pentadbir di Semenanjung Malaysia. Data melalui
soal-selidik yang berdasarkan soalan berstruktur dan separa berstruktur dipungut
untuk menjawab lima soalan kajian yang dibentang melalui statistik diskriptif dan
inferential. Pengkaji juga amat menitikberatkan aspek-aspek kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen. Instrumen kajian diuji dan disemak melalui empat
peringkat kajian rintis sebelum digunakan dalam kajian yang sebenar. Tujuan
menjalankan empat peringkat kajian rintis ialah untuk memastikan instrumen yang
direka bina itu boleh dipercayai dan keputusan yang diperolehi adalah sahih. Akhir
sekali, bab ini ditutup dengan mempersembahkan bagaimana data kuantitatif
ditadbir dan diurus dengan berdasarkan empat konteks iaitu mengikut jawatan
sampel, lokasi dan kategori sekolah serta negeri. Seterusnya bab empat dalam
kajian ini akan menghuraikan hasil analisis data.
164

More Related Content

What's hot

Proposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail PengurusanProposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail PengurusanDevarajan Pillai
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahJue Mokhtar
 
Zarina ulasan tesis phd bab3
Zarina ulasan tesis phd bab3Zarina ulasan tesis phd bab3
Zarina ulasan tesis phd bab3yusof1974
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal shila siti
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
Taklimat Maklumat Kursus PIMK2063R Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekol...
Taklimat Maklumat Kursus PIMK2063R Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekol...Taklimat Maklumat Kursus PIMK2063R Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekol...
Taklimat Maklumat Kursus PIMK2063R Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekol...misri bohari
 
Analisis kuantitatif
Analisis kuantitatifAnalisis kuantitatif
Analisis kuantitatifclc cheng lui
 
Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Wana Irwana
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...Siti Fatimah Dzulkifli
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdfNorhaizah Mohideen
 
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanTahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanhus kher
 

What's hot (20)

Proposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail PengurusanProposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail Pengurusan
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
Zarina ulasan tesis phd bab3
Zarina ulasan tesis phd bab3Zarina ulasan tesis phd bab3
Zarina ulasan tesis phd bab3
 
Isu n trens final
Isu n trens finalIsu n trens final
Isu n trens final
 
Kronologi pembangunan pbs
Kronologi pembangunan pbsKronologi pembangunan pbs
Kronologi pembangunan pbs
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Taklimat Maklumat Kursus PIMK2063R Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekol...
Taklimat Maklumat Kursus PIMK2063R Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekol...Taklimat Maklumat Kursus PIMK2063R Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekol...
Taklimat Maklumat Kursus PIMK2063R Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekol...
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Analisis kuantitatif
Analisis kuantitatifAnalisis kuantitatif
Analisis kuantitatif
 
Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Amalan pengurusan rmt
Amalan pengurusan rmtAmalan pengurusan rmt
Amalan pengurusan rmt
 
2 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 22 perubahan kurikulum 2
2 perubahan kurikulum 2
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdf
 
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawanTahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
Tahap kesediaan peserta psh untuk jadi usahawan
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 

Similar to Bab 3 obj 1 4013

Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Nadzirah Bazlaa' Kamaruzzamri
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 
Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru
Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guruKepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru
Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guruKementerian Pelajaran Malaysia
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarZieya Ash
 
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Jong Yii Phin
 
Garis panduan umum pengurusan dan pengendalian kk edisi 3 2016 1 jun 2016
Garis panduan umum pengurusan dan pengendalian kk edisi 3 2016 1 jun 2016Garis panduan umum pengurusan dan pengendalian kk edisi 3 2016 1 jun 2016
Garis panduan umum pengurusan dan pengendalian kk edisi 3 2016 1 jun 2016sifu3838
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakankpr4063
 
Isu Berkaitan Dengan TIMSS
Isu Berkaitan Dengan TIMSSIsu Berkaitan Dengan TIMSS
Isu Berkaitan Dengan TIMSSikhwankmk92
 
Kumpulan 3 isu berkaitan dengan timss
Kumpulan 3   isu berkaitan dengan timssKumpulan 3   isu berkaitan dengan timss
Kumpulan 3 isu berkaitan dengan timssIrma Gurlz
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikFarah Waheeda
 
Assignment kokurikulum
Assignment kokurikulumAssignment kokurikulum
Assignment kokurikulumpyan77
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Zakaria Mohamed
 

Similar to Bab 3 obj 1 4013 (20)

Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
Pengurusan
PengurusanPengurusan
Pengurusan
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru
Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guruKepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru
Kepuasan guru terhadap perkhidmatan pusat kegiatan guru
 
3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
 
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
Amalan Pengurusan Personel Guru Besar Terhadap Iklim dan Kepuasan Kerja di se...
 
Garis panduan umum pengurusan dan pengendalian kk edisi 3 2016 1 jun 2016
Garis panduan umum pengurusan dan pengendalian kk edisi 3 2016 1 jun 2016Garis panduan umum pengurusan dan pengendalian kk edisi 3 2016 1 jun 2016
Garis panduan umum pengurusan dan pengendalian kk edisi 3 2016 1 jun 2016
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Jurnal Web kpt6044
Jurnal Web  kpt6044Jurnal Web  kpt6044
Jurnal Web kpt6044
 
Isu Berkaitan Dengan TIMSS
Isu Berkaitan Dengan TIMSSIsu Berkaitan Dengan TIMSS
Isu Berkaitan Dengan TIMSS
 
Kumpulan 3 isu berkaitan dengan timss
Kumpulan 3   isu berkaitan dengan timssKumpulan 3   isu berkaitan dengan timss
Kumpulan 3 isu berkaitan dengan timss
 
Timms group 2 (2)
Timms group 2 (2)Timms group 2 (2)
Timms group 2 (2)
 
Timms group 2 (2)
Timms group 2 (2)Timms group 2 (2)
Timms group 2 (2)
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
 
Assignment kokurikulum
Assignment kokurikulumAssignment kokurikulum
Assignment kokurikulum
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 

Bab 3 obj 1 4013

  • 1. 117 BAB TIGA KAEDAH KAJIAN 3.0 Pendahuluan Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk meninjau pandangan pentadbir dan guru terhadap situasi konflik sebenar yang berlaku di peringkat sekolah menengah. Data dan maklumat dikumpul melalui soal selidik untuk menjawab soalan-soalan kajian yang berkaitan dengan situasi konflik, punca-punca konflik, tahap konflik, resolusi konflik serta masalah-masalah pengurusan konflik di sekolah menengah. Bab ini akan menghuraikan reka bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian, instrumen kajian, tatacara mentadbir soal-selidik untuk mendapatkan data, kajian rintis serta kaedah menganalisis data kajian. 3.1 Reka Bentuk dan Prosidur Kajian Oleh kerana kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan, maka beberapa langkah penting telah dilakukan. Pertama, pengkaji membuat jangkaan masalah-masalah yang bakal wujud seperti masalah tindakbalas daripada responden dan masalah mentadbir soal selidik. Ini diikuti dengan langkah pemilihan teknik persampelan dan strategi pengumpulan data yang sesuai melalui sasaran populasi untuk menentukan saiz sampel yang diperlukan. Langkah ketiga
  • 2. 118 ialah prosidur membina instrumen untuk mengumpul data. Instrumen kajian telah diuji dan disemak sebelum digunakan dalam kajian yang sebenar. Langkah berikutnya ialah merencana dengan teliti tentang prosidur dan penentuan tarikh untuk mentadbir instrumen dan menganalisis data. 3.2 Lokasi dan Sampel Kajian Sasaran kajian ini meliputi pentadbir dan guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Memandangkan bilangannya adalah terlalu ramai, kajian ini mengendalikan persampelan pada tiga peringkat iaitu peringkat antara zon sekolah, peringkat dalam zon sekolah dan peringkat dalam sekolah. Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat buah zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Timur. Zon Utara terdiri daripada tiga buah negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Zon Selatan terdiri daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Zon Barat terdiri daripada negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Zon Timur terdiri daripada negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Pada peringkat persampelan antara zon sekolah, pengkaji menggunakan kaedah persampelan strata-rawak untuk memilih sampel berkeberangkalian sekolah menengah supaya terdapat wakil sekolah dari setiap zon. Ini merupakan ciri-ciri strata dengan rawak. Berdasarkan kaedah persampelan strata pada Jadual 1, satu negeri dari setiap kategori zon dipilih secara rawak bagi mewakili zon tersebut di Semenanjung Malaysia. Empat buah negeri telah terpilih iaitu negeri Pulau Pinang mewakili Zon Utara, negeri Melaka mewakili Zon Selatan, negeri Selangor mewakili Zon Barat dan negeri Kelantan mewakili Zon Timur.
  • 3. 119 Jadual 1: Kaedah Persampelan Strata Secara Rawak Mengikut Zon di Semenanjung Malaysia Zon Utara Zon Selatan Zon Barat Zon Timur Kedah Negeri Sembilan Perak Kelantan Perlis Melaka Selangor Terengganu Pulau Pinang Johor Wilayah Persekutuan Pahang Seterusnya pada peringkat persampelan dalam zon sekolah, pengkaji mensampelkan sekolah di setiap buah negeri yang terpilih berdasarkan persampelan strata berkadaran hampir sama. Persampelan strata berkadaran hampir sama dijalankan untuk menunjukkan keempat-empat negeri adalah sama penting dan negeri yang mempunyai lebih banyak sekolah dapat menyumbang lebih banyak sekolah dalam sampel sekolah. Kadaran sekolah yang terpilih dari setiap buah negeri adalah antara 13% dan 16.6% seperti ditunjukkan dalam Jadual 2. Berdasarkan Jadual 2, sampel sekolah dalam kajian ini melibatkan sebanyak 74 buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu 17 buah sekolah di negeri Pulau Pinang yang mewakili Zon Utara, 11 buah sekolah menengah di Melaka yang mewakili Zon Selatan, 17 buah sekolah menengah di Kelantan yang mewakili Zon Timur dan 29 buah sekolah di Selangor yang mewakili Zon Barat. Jadual 2: Pemilihan Sampel Sekolah Menengah untuk Empat Zon Empat Zon Negeri yang mewakili zon* Jumlah Sekolah* Jumlah sekolah dalam kajian Zon Utara Pulau Pinang 109 17 (15.5 %) Zon Selatan Melaka 66 11 (16.6 %) Zon Timur Kelantan 130 17 (13.1 %) Zon Tengah Selangor 237 29 (13.0 %) JUMLAH 4 buah negeri 542 74 (13.7 %) *Sumber:Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 4. 120 Akhirnya, persampelan dalam sekolah dijalankan untuk memilih responden kajian. Responden kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah terbatas kepada guru dan pentadbir sekolah. Responden pentadbir sekolah kajian ini adalah terdiri daripada pengetua dan penolong kanan untuk kesemua 74 buah sekolah yang terpilih. Manakala untuk responden guru, persampelan rawak mudah dijalankan pada peringkat dalam sekolah untuk memilih 30 orang guru. Sepatutnya sampel kajian ini melibatkan 30 orang guru dan dua orang pentadbir dari setiap sekolah dalam setiap negeri yang mewakili setiap zon. Walau bagaimanapun, tidak semua sampel kajian memulangkan soal-selidik kepada pengkaji seperti ditunjukkan dalam Jadual 3. Sebanyak 94.4% daripada 2200 orang sampel guru dan 93.2% daripada 148 orang sampel pentadbir yang memulangkan soal selidik kepada pengkaji. Justeru itu, kajian ini melibatkan seramai 2076 orang guru dan 138 orang pentadbir sekolah menengah. Jumlah sampel guru dalam kajian ini merangkumi 470 orang guru di negeri Pulau Pinang, 318 orang guru di negeri Melaka, 495 orang guru di negeri Kelantan dan 793 orang guru di negeri Selangor. Negeri Pulau Pinang menyumbangkan sebanyak 22.7%, negeri Melaka menyumbangkan sebanyak 15.3%, negeri Kelantan menyumbangkan sebanyak 23.8% dan negeri Selangor menyumbangkan sebanyak 38.2% daripada jumlah keseluruhan guru dalam kajian ini. Jumlah sampel pentadbir dalam kajian merangkumi 32 orang pentadbir di negeri Pulau Pinang, 21 orang pentadbir di negeri Melaka, 32 orang pentadbir di negeri Kelantan dan 53 orang pentadbir di negeri Selangor. Negeri Pulau Pinang menyumbangkan sebanyak 23.2%, negeri Melaka menyumbangkan sebanyak 15.2%, negeri Kelantan menyumbangkan sebanyak 23.8% dan negeri Selangor
  • 5. 121 menyumbangkan sebanyak 38.4% daripada jumlah keseluruhan pentadbir dalam kajian ini. Jadual 3: Jumlah Sampel Kajian Jumlah Sampel Guru Jumlah Sampel Pentadbir Negeri Jumlah sekolah dalam kajian Jumlah sampel guru yang sepatut nya Jumlah sampel guru dalam kajian Peratus sampel guru dalam kajian Peratus jumlah keseluruhan guru dalam kajian Jumlah sampel pentadbir yang sepatutnya Jumlah sampel pentadbir dalam kajian Peratus sampel pentadbir dalam kajian Peratus jumlah keseluruhan pentadbir dalam kajian P.Pinang 17 500 470 94.0% 22.7% 34 32 94.1% 23.2% Melaka 11 330 318 96.7% 15.3% 22 21 95.5% 15.2% Kelantan 17 510 495 97.0% 23.8% 34 32 94.1% 23.2% Selangor 29 860 793 92.2% 38.2% 58 53 91.4% 38.4% Jumlah 74 2200 2076 94.4% 100% 148 138 93.2% 100% Berdasarkan Jadual 4, dalam konteks lokasi sekolah, kajian ini melibatkan sebanyak 33 buah sekolah di bandar dan 41 buah sekolah di luar bandar. Jumlah sekolah-sekolah di bandar dalam kajian merangkumi 9 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 7 buah sekolah di negeri Melaka, 6 buah sekolah di negeri Kelantan dan 11 buah sekolah di negeri Selangor. Jumlah sekolah-sekolah di luar bandar dalam kajian merangkumi 8 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 4 buah sekolah di negeri Melaka, 11 buah sekolah di negeri Kelantan dan 18 buah sekolah di negeri Selangor. Manakala dalam konteks jenis sekolah, kajian ini melibatkan sebanyak 48 buah sekolah SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) dan 26 buah sekolah bukan SMK (Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Agama, Sekolah Sukan, Sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan). Jumlah sekolah SMK dalam kajian merangkumi 9 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 7 buah sekolah di
  • 6. 122 negeri Melaka, 12 buah sekolah di negeri Kelantan dan 20 buah sekolah di negeri Selangor. Jumlah sekolah-sekolah menengah bukan SMK dalam kajian merangkumi 8 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 4 buah sekolah di negeri Melaka, 5 buah sekolah di negeri Kelantan dan 9 buah sekolah di negeri Selangor. Kesemua sekolah menengah SMK dan sekolah menengah bukan SMK adalah terletak di bandar dan juga di luar bandar. Jadual 4: Jumlah Keseluruhan Sampel Kajian Konteks Jawatan Konteks Kategori Konteks Lokasi Negeri Jumlah Sekolah Dalam Kajian Jumlah Sampel Guru Jumlah Sampel Pentadbir Jumlah Sekolah Menengah Kebangsaan (mengikut negeri) Jumlah Sekolah Menengah Bukan Kebangsaan (mengikut negeri) Jumlah Sekolah Di Bandar (mengikutnegeri) Jumlah Sekolah Di Luar Bandar (mengikutnegeri) P.Pinang 17 470 32 9 8 9 8 Melaka 11 318 21 7 4 7 4 Kelantan 17 495 32 12 5 6 11 Selangor 29 793 53 20 9 11 18 Jumlah 74 2076 138 48 26 33 41 3.3 Instrumen Kajian Pembentukan item-item soal-selidik kajian adalah berdasarkan kepada hasil bacaan buku rujukan, kajian-kajian tinjauan dan pengalaman-pengalaman guru dan pentadbir di sekolah menengah. Permurnian instrumen soal-selidik telah melalui proses penyemakan dan pengesahan ahli pakar serta empat peringkat kajian rintis untuk menghasilkan instrumen kajian bagi tujuan untuk mengumpul data. Walaupun instrumen soal-selidik berstruktur yang sama digunakan untuk mngkaji pandangan pentadbir dan guru di peringkat sekolah menengah, namun terdapat satu bahagian soal selidik yang berbentuk separa berstuktur khas untuk
  • 7. 123 para pentadbir iaitu Bahagian G. Bahagian G dalam instrumen soal-selidik bertujuan untuk mengkaji masalah dan pendekatan pengurusan konflik di sekolah. Berdasarkan Rajah 5, terdapat tujuh bahagian dalam instrumen soal selidik. Sasaran responden kajian untuk Bahagian A (latarbelakang responden); Bahagian B (pandangan tentang konflik di sekolah); Bahagian C (faktor-faktor kewujudan konflik); Bahagian D (tahap-tahap konflik); Bahagian E (gaya mengurus konflik) dan Bahagian F (kesan-kesan konflik) adalah untuk pentadbir sekolah dan guru. Manakala Bahagian G adalah khas untuk pentadbir sekolah sahaja iaitu berkaitan dengan campurtangan pengetua dalam pengurusan konflik di sekolah. Rajah 5 : Instrumen Soal Selidik untuk Pentadbir Sekolah dan Guru BAHAGIAN KANDUNGAN INSTRUMEN SASARAN RESPONDEN Bahagian A Latar belakang responden dan sekolah Pentadbir dan guru Bahagian B Pandangan tentang konflik di.sekolah Pentadbir dan guru Bahagian C Faktor-faktor kewujudan konflik Pentadbir dan guru Bahagian D Tahap-tahap konflik Pentadbir dan guru Bahagian E Gaya mengurus konflik Pentadbir dan guru Bahagian F Kesan konflik Pentadbir dan guru Bahagian G Pendekatan untuk mengurus konflik Pentadbir Instrumen kajian ini menggunakan skala ordinal yang dianggap selanjar. Mengikut Baker (1999) dan Fraenkel (1996), skala ordinal kerap dianggap sebagai variabel selanjar dalam pengukuran statistik dan dilihat sebagai skala ‘interval’. 3.3.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden dan Sekolah Bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai latar belakang responden. Semua soalan yang terdapat dalam bahagian ini hanya memerlukan responden menandakan (/) di ruangan yang sesuai. Bahagian A terdiri daripada tiga sub-bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai latar belakang responden.
  • 8. 124 Bahagian ini mengandungi sembilan item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden yang meliputi jantina, bangsa, umur, kelulusan, kelulusan ikhtisas, pengalaman bertugas di sekolah kajian, jawatan yang dipegang di sekolah, opsyen mata pelajaran dan status perkahwinan. Bahagian kedua adalah mengenai latar belakang sekolah yang merangkumi nama dan alamat sekolah, gred sekolah dan jenis sekolah. Bahagian ketiga adalah mengenai penglibatan guru yang mengandungi empat soalan yang terdiri daripada senarai tugas guru, jumlah matapelajaran yang diajar oleh guru, jumlah kelas ganti dan jumlah jawatan ko- kurikulum. 3.3.2 Bahagian B : Pandangan dan Gambaran tentang Konflik di Sekolah Bahagian ini adalah mengenai pandangan dan gambaran responden tentang konflik. Ia mengandungi lima soalan yang merupakan soalan pilihan. Kesemua item soalan dalam bahagian ini direkabina sendiri oleh pengkaji. Seterusnya bagi melihat persepsi pentadbir sekolah dan guru mengenai faktor-faktor kewujudan konflik, tahap konflik, gaya konflik dan kesan konflik, responden diminta menandakan persepsi masing-masing dalam lima tahap skala likert. 3.3.3 Bahagian C: Faktor-faktor Kewujudan Konflik Instrumen untuk faktor-faktor kewujudan konflik yang digunakan dalam kajian ini telah direkabina sendiri oleh pengkaji memandangkan tajuk pengurusan konflik dalam bidang pendidikan merupakan bidang penyelidikan yang agak baru di negara ini dan belum diterokai secara meluas. Bahagian ini bertujuan untuk
  • 9. 125 meninjau pandangan guru dan pentadbir sekolah tentang punca-punca yang mendorong kepada kewujudan konflik berdasarkan pengalaman dan situasi konflik yang sebenar di sekolah masing-masing. Mengikut model kajian ini, terdapat empat jenis faktor utama yang mendorong kepada kewujudan konflik iaitu faktor komunikasi, faktor struktural, faktor kebergantungan tugas dan faktor peribadi. Kesemua faktor kewujudan konflik terkandung dalam 59 item yang telah ditentukan kesahihan dan kebolehpercayaan daripada kajian rintis. Pada asalnya, keempat-empat faktor kewujudan konflik dalam bahagian ini mengandungi 82 item dengan koefisien alpha sebanyak 0.78. Pengkaji telah mengeluarkan 23 item dari instrumen soal selidik setelah menjalani ujian korelasi antara item melalui empat peringkat kajian rintis. Item-item dalam instrumen soal selidik yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami, kurang jelas dan menunjukkan nilai korelasi yang rendah dikeluarkan atau digugurkan dari instrumen soal selidik. Pengkaji memastikan pengguguran item tidak menjejaskan konstruk validiti instrumen kajian. Setelah pengguguran item dijalankan, item-item instrumen didapati bersepadu atau ‘cohere’ dan lebih kukuh dengan nilai kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Kesan daripada pengguguran 23 item dari bahagian ini, bahagian faktor-faktor kewujudan konflik mengandungi 59 item dengan nilai koefisien alpha sebanyak 0.89 (Jadual D1 dan D2 di bahagian lampiran). Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing- masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut: 5. Sangat selalu berlaku 4. Selalu berlaku
  • 10. 126 3. Sekali-sekala berlaku 2. Kadang-kadang berlaku 1. Tidak pernah berlaku 3.3.3.1 Faktor Komunikasi Bahagian faktor komunikasi mengandungi empat konstruk iaitu kesukaran semantik, ketidaksefahaman, gangguan dalam saluran komunikasi dan kepelbagaian maklumat tersembunyi. Keempat-empat konstruk itu terdiri daripada 16 item. Kesemua item tersebut adalah direkabina sendiri oleh pengkaji. Jadual 5 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat konstruk faktor komunikasi yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 5, konstruk kesukaran semantik mempunyai 4 item iaitu item nombor F1, F9, F20 dan F29 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ketidaksefahaman mempunyai 4 item iaitu item nombor F4, F11, F23 dan F49 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ‘gangguan’ dalam saluran komunikasi mengandungi 4 item iaitu item F31, F38, F52 dan F56 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk kepelbagaian matlumat yang tersembunyi mengandungi 4 item iaitu item F6, F14, F25 dan F55 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Jadual 5: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Komunikasi Item No. Item Nilai Alpha Kesukaran Semantik F1, F9, F20, F29 0.71 Ketidaksefahaman F4, F11, F23, F49 0.71 Gangguan dalam Saluran Komunikasi F31, F38, F52, F56 0.70 Kepelbagaian matlumat tersembunyi F6, F14, F25, F55 0.71
  • 11. 127 3.3.3.2 Faktor Struktural Bahagian faktor struktural terdiri daripada empat konstruk iaitu sistem ganjaran, sumber yang terhad, bidang kuasa dan desakan kepada perubahan. Kesemua konstruk faktor struktural terdiri daripada 16 item. Kesemua item tersebut adalah direkabina sendiri oleh pengkaji. Jadual 6 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat konstruk faktor struktural yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 6, konstruk sistem ganjaran mengandungi 4 item iaitu item nombor F3, F8, F16 dan F24 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk sumber yang terhad mengandungi 4 item iaitu item nombor F10, F19, F47 dan F48 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72. Konstruk bidang kuasa mengandungi 4 item iaitu item nombor F7, F32, F37 dan F43 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.73. Konstruk desakan kepada perubahan mengandungi 4 item iaitu item nombor F13, F22, F28 dan F34 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Jadual 6: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Struktural Item No. Item Nilai Alpha Sistem Ganjaran F3, F8, F16, F24 0.70 Sumber Yang Terhad F10, F19, F45, F46 0.72 Bidang Kuasa F7, F32, F37, F43 0.73 Desakan Kepada Perubahan F13, F22, F28, F34 0.71 3.3.3.3 Faktor Peribadi Bahagian faktor peribadi mengandungi tiga konstruk iaitu ketidakserasian nilai, ketidakserasian tingkahlaku dan ketidakserasian emosi. Kesemua konstruk
  • 12. 128 faktor peribadi ini terdiri daripada 12 item. Item-item faktor peribadi ini direkabina sendiri oleh pengkaji. Jadual 7 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk tiga konstruk faktor peribadi yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 7, konstruk ketidakserasian nilai mempunyai 4 item iaitu item nombor F33, F40, F54 dan F59 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk ketidakserasian emosi mengandungi 4 item iaitu item nombor F17, F27, F35 dan F58 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ketidakserasian tingkahlaku mengandungi 4 item iaitu item nombor F15, F44, F47 dan F57 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72. Jadual 7: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Peribadi Item No. Item Nilai Alpha Nilai F33, F40, F54, F59 0.70 Emosi F17, F27, F35, F58 0.71 Tingkahlaku F15, F44, F47, F57 0.72 3.3.3.4 Faktor Kebergantungan Tugas Bahagian faktor kebergantungan tugas mengandungi tiga konstruk iaitu pembuatan keputusan, perbezaan persepsi dan perbezaan matlamat. Kesemua konstruk faktor kebergantungan tugas dalam kajian ini terdiri daripada 15 item. Item-item faktor kebergantungan tugas direkabina sendiri oleh pengkaji. Jadual 8 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk tiga konstruk faktor kebergantungan tugas yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 8, konstruk pembuatan keputusan mengandungi 5 item iaitu item nombor F2, F18, F21, F26 dan F30
  • 13. 129 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.76. Konstruk perbezaan persepsi mengandungi 5 item iaitu item nombor F39, F42, F48, F51 dan F53 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.76. Konstruk perbezaan matlamat mengandungi 5 item iaitu item nombor F5, F12, F36, F41 dan F50 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.75. Jadual 8: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Kebergantungan Tugas Item No. Item Nilai Alpha Pembuatan keputusan F2, F18, F21, F26, F30 0.76 Perbezaan persepsi F39, F42, F48, F51, F53 0.76 Perbezaan matlamat F5, F12, F36, F41, F50 0.75 3.3.4 Bahagian D: Tahap Konflik Bahagian ini mengandungi 16 item yang mengambarkan empat jenis tahap konflik iaitu tahap konflik terpendam, tahap konflik yang dinampak, tahap konflik dirasai dan tahap konflik terbuka. Kesemua item tersebut dibina sendiri oleh pengkaji dengan berpandu kepada model Pondy. Nilai kebolehpercayaan koefisien alpha untuk bahagian tahap konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item adalah sebanyak 0.73. Jadual 9 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat jenis tahap konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 9, konstruk tahap konflik terpendam mengandungi empat item iaitu item nombor T1- T4 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Tahap konflik yang dinampak mengandungi empat item iaitu item nombor T5 - T8 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.73. Tahap konflik dirasai
  • 14. 130 mengandungi empat item iaitu item nombor T9 - T12 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72. Tahap konflik secara terbuka mengandungi empat item iaitu item nombor T13 - T16 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Jadual 9: Situasi Tahap-tahap Konflik (berdasarkan model Pondy) Tahap konflik No. Item Nilai Alpha Konflik Terpendam Item T1 - T4 0.71 Konflik Dinampak Item T5 - T8 0.73 Konflik Dirasai Item T9 - T12 0.72 Konflik Terbuka Item T13 - T16 0.71 Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing- masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut: 5. Sangat selalu berlaku 4. Selalu berlaku 3. Sekali-sekala berlaku 2. Kadang-kadang berlaku 1. Tidak pernah berlaku 3.3.5 Bahagian E : Gaya Pengurusan Konflik Bahagian E adalah mengenai gaya pengurusan konflik sekolah. Bahagian ini bertujuan untuk meninjau pandangan pentadbir dan guru terhadap gaya pengurusan konflik yang digunakan di peringkat sekolah menengah. Bahagian ini merangkumi lima jenis gaya pengurusan konflik iaitu gaya integratif, gaya mengelak, gaya menguasai, gaya menyesuai dan gaya berkompromi yang terdiri daripada 28 item. Instrumen untuk gaya pengurusan konflik yang digunakan bagi kajian ini telah dipinjam, diterjemah dan diadaptasi daripada soal selidik Rahim
  • 15. 131 Organizational Conflict Inventory II (Rahim, 1983) mengikut kesesuaian soalan- soalan kajian. Pengkaji telah memperolehi kebenaran untuk meminjam instrumen daripada Profesor M. Azalur Rahim dari Youngstown State University, Amerika Syarikat. Soal-selidik ROC II telah diterjemah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu oleh dua orang guru bahasa dari sekolah menengah. Kemudian soal-selidik ROC II yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu diterjemahkan balik semula ke dalam Bahasa Inggeris oleh seorang pensyarah bahasa dari UITM. Pengkaji membandingkan setiap item soal-selidik yang telah diterjemah dengan soal selidik ROC II secara teliti dan terperinci. Kemudian pengkaji bersama-sama dengan penyelia pengkaji mengubahsuai soal-selidik yang telah diterjemahkan mengikut kesesuiaan konteks sekolah di negara ini . Penterjemahan dan adaptasi soal-selidik gaya pengurusan konflik disemak oleh tiga orang ahli pakar dalam bidang pengurusan iaitu dua orang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia dan seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkaji menjalankan kajian rintis untuk mengkaji kebolehpercayaan soal-selidik ROC II. Ujian Cronbach Alpha untuk keseluruhan gaya pengurusan konflik menunjukkan nilai alpha sebanyak 0.72. Nilai kebolehpercayaan konsistensi dalaman juga adalah stabil dan memuaskan bagi lima sub skala ROC II iaitu nilai koefisien alpha antara 0.70 hingga 0.78 (Integratif sebanyak 0.78, Mengelak sebanyak 0.75, Menguasai sebanyak 0.71, Menyesuai sebanyak 0.77 dan Berkompromi sebanyak 0.70). Tujuan pengkaji memilih instrumen Rahim Organizational Conflict (ROC) Inventory II adalah kerana beberapa sebab yang kukuh. Secara amnya, terdapat
  • 16. 132 empat jenis instrumen yang wujud untuk mengukur mod pengurusan konflik. Instrumen-instrumen tersebut terdiri daripada instrumen oleh Blake dan Moulton (1964), Hall (1969), Lawrence dan Lorsch (1967) dan Thomas dan Kilmann (1974). Hasil kajian oleh Thomas dan Kilmann (1978, hlm.1142) menyimpulkan bahawa nilai koefisien kebolehpercayaan ‘test-retest’ secara keseluruhan untuk empat instrumen tersebut jatuh pada tahap ‘rendah hingga sederhana’ iaitu instrumen Blake dan Moulton (1964) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.14 - 0.57, instrumen Hall (1969) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.41 - 0.66, instrumen Lawrence dan Lorsch (1967) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.33 - 0.66 dan instrumen Thomas dan Kilmann (1974) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.61 - 0.68. Malahan, kajian oleh Thomas dan Kilmann juga melaporkan bahawa nilai Cronbach alpha untuk instrumen Hall (1969) adalah dari 0.39 - 0.73, nilai Cronbach alpha untuk instrumen Lawrence dan Lorsch (1967) adalah dari 0.37 - 0.59 dan nilai Cronbach alpha untuk instrumen Thomas dan Kilmann (1974) adalah dari 0.43 - 0.71. Nilai alpha untuk instrumen Blake dan Moulton (1964) tidak dapat ditabulasikan memandangkan instrumen tersebut mengandungi hanya satu item untuk mengukur setiap mod pengurusan konflik. Selain itu, pengkaji memilih ROC II kerana terdapat kajian-kajian yang menyokong kesahihan kriteria yang terdapat pada instrumen tersebut (Rahim & Magner, 1995) seperti Keenan (1984), Lee (1990), Levy (1989), Neff (1986), Persico (1986), Pilkington, Richardson & Utley (1988), Ting-Toomey et al. (1991) dan Wardlaw, (1988). Menurut Rahim, (1983):
  • 17. 133 “Although factor analysis probably is the most powerful method of construct validiation, the four instruments did not provide evidence for the factorial independence of the five scales of conflict modes”. Justeru itu, ROC II dikembangkan untuk mengukur lima gaya mengurus konflik interpersonal. Berdasarkan kajian Rahim (1983), faktor analisis data dari sampel 184,351 orang pelajar, 133 orang guru, 380 orang pengetua, 185 orang pengurus hospital, 1219 orang eksekutif dan 38 orang pengurus mencerminkan penggunaan lima dimensi utama gaya konflik. Ujian “test-retest” dan “internal consistency reliability coefficients” bagi lima skala adalah memuaskan dengan nilai koefisien alpha sebanyak 0.72 - 0.77. Tambahan lagi, mengikut Rahim (1983), ROC II sesuai digunakan untuk asas-asas kajian, bidang penyelidikan pendidikan dan juga mendiagnosiskan gaya pengurusan konflik interpersonal antara ahli-ahli organisasi. Pengkaji tetap menjalankan kajian rintis untuk bahagian gaya pengurusan konflik bagi menentukan nilai kebolehpercayaan walaupun telah dipinjam daripada soal selidik ROC II yang telah diuji kebolehpercayaannya oleh Rahim (1983). Ini adalah kerana terdapat perbezaan dalam konteks nilai dan budaya antara negara barat dengan negara ini. Nilai kebolehpercayaan untuk bahagian gaya pengurusan konflik menunjukkan koefisien alpha sebanyak 0.72 setelah kajian rintis dijalankan. Jadual 10 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk lima gaya pengurusan konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 10, konstruk gaya integratif mengandungi tujuh item iaitu item nombor G1, G4, G5, G12, G22, G23 dan G28 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.78. Konstruk gaya mengelak mengandungi enam item iaitu item nombor G3, G6,
  • 18. 134 G16, G17, G26 dan G27 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.75. Konstruk gaya menguasai mengandungi lima item iaitu item nombor G8, G9, G18, G21 dan G25 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk gaya menyesuai mengandungi enam item iaitu item nombor G2, G10, G11, G13, G19 dan G24 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.77. Konstruk gaya berkompromi mengandungi empat item iaitu item nombor G7, G14, G15 dan G20 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Jadual 10: Taburan Item Mengikut Gaya Pengurusan Konflik Gaya Pengurusan Konflik Item-item Bil. Item Nilai Alpha Gaya Integratif G1, G4, G5, G12, G22, G23 dan G28 7 0.78 Gaya Mengelak G3, G6, G16, G17, G26 dan G27 6 0.75 Gaya Menguasai G8, G9, G18, G21 dan G25 5 0.71 Gaya Menyesuai G2, G10, G11, G13, G19 dan G24 6 0.77 Gaya Berkompromi G7, G14, G15 dan G20 4 0.70 Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing- masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut: 5. Sangat Setuju 4. Setuju 3. Kurang Setuju 2. Tidak Setuju 1. Sangat Tidak Setuju 3.3.6 Bahagian F : Kesan Konflik Bahagian ini mengandungi 13 item yang menggambarkan kesan konflik dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.80. Kesemua item tersebut direkabina sendiri oleh pengkaji. Bahagian ini memerlukan responden
  • 19. 135 kajian menandakan persepsi masing-masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut: 5. Sangat Setuju 4. Setuju 3. Kurang Setuju 2. Tidak Setuju 1. Sangat Tidak Setuju 3.3.7 Bahagian G: Pendekatan Mengurus Konflik Bahagian ini merupakan soalan separa berstruktur khas untuk pentadbir sekolah sahaja. Bahagian ini bertujuan untuk meninjau pandangan pentadbir sekolah tentang pendekatan yang diamalkan semasa mengurus konflik. Terdapat 14 soalan dalam bahagian ini. Kesemua soalan dalam bahagian ini adalah direkabina sendiri oleh pengkaji. Soalan nombor 1 hingga nombor 5 adalah berdasarkan kepada 12 pendekatan pengurusan konflik yang telah disenaraikan oleh pengkaji dalam instrumen soal -selidik. Soalan pertama adalah berbentuk skala likert dan item-item soal selidik adalah terdiri daripada 12 jenis pendekatan mengurus konflik. Terdapat dua jenis skala likert iaitu skala tentang penggunaan pendekatan pengurusan konflik dan skala tentang peratus kejayaan pengurusan konflik. Bahagian pendekatan pengurusan konflik mengandungi 12 item dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.88. Manakala bahagian kejayaan pendekatan pengurusan konflik juga mengandungi 12 item dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.87. Untuk skala penggunaan
  • 20. 136 pendekatan pengurusan konflik, responden diminta membulatkan jawapan tentang pendekatan pengurusan konflik yang biasa diamalkan di sekolah seperti berikut: 5. Selalu digunakan 4. Kerap digunakan 3. Sentiasa digunakan 2. Jarang digunakan 1. Tidak pernah digunakan Manakala untuk skala tentang peratus kejayaan pengurusan konflik, responden diminta membulatkan jawapan berdasarkan skala likert seperti di bawah: 5. pada sekitar 81 - 100 % 4. pada sekitar 61 - 80 % 3. pada sekitar 41 - 60 % 2. pada sekitar 21 - 40 % 1. pada tahap kurang dari 20% Soalan nombor 7, 8, 10, 11, 12, 13 dan 14 berbentuk soalan pilihan yang memerlukan responden menandakan (/) di ruangan yang sesuai. Manakala untuk soalan nombor 2, 3, 4, 5, 6 dan 9 adalah berbentuk soalan mengisi tempat kosong berdasarkan pengalaman responden di sekolah. 3.4 Kajian Rintis Pengkaji menjalankan kajian rintis terhadap instrumen soal-selidik dengan tujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan pada instrumen soal selidik. Kebolehpercayaan merupakan satu tanda ukur yang menunjukkan konsistensi di antara dua pengukuran terhadap perkara yang sama untuk
  • 21. 137 membuktikan kewujudan varians daripada sampel yang diukur (Fraenkel, 1996 dan Black, 1999). Kebolehpercayaan bermaksud skor dari sesuatu instrumen adalah stabil dan konsisten setelah instrumen yang sama ditadbir berulangkali pada masa yang berlainan (Baker, 1999, Creswell, 2005 dan Gay, 1996). Kebolehpercayaan yang tinggi menunjukkan kesilapan varians yang minima dalam pengukuran manakala kebolehpercayaan yang rendah boleh menghasilkan kesilapan yang besar dalam pengukuran kerana ujian statistik tidak dapat mengesan perbezaan yang sebenar apabila wujud perbezaan. Semakin tinggi tahap kebolehpercayaan, semakin tinggi tahap keyakinan terhadap instrumen yang akan diuji. Nilai koefisien kebolehpercayaan dikira untuk menentukan kualiti keseluruhan ujian terhadap instrumen. Terdapat beberapa jenis koefisien kebolehpercayaan yang dapat menghasilkan semakan kepada kualiti instrumen. Pengkaji menggunakan koefisien alpha untuk menentukan kekonsistenan dalaman (internal consistency) terhadap kebolehpercayaan instumen kajian. Menurut Black, (1999: 272-273): “ ... it is not possible to have a valid instrument that is not reliable: if it does not produce consistent result (it is unreliable) then those result cannot be measuring what they are supposed to measure (it is not valid)” Sesuatu instrumen yang boleh dipercayai tetapi tidak sahih memang tidak berguna kepada pengkaji kerana kajian tersebut hanya mengukur kebolehpercayaan instrumen dan bukan mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Oleh yang demikian, kebolehpercayaan dan kesahihan pada instrumen kajian adalah sangat penting dan saling lengkap-melengkapi demi untuk menghasilkan data-data yang diperlukan bagi menjawab soalan-soalan kajian.
  • 22. 138 Pengkaji telah menjalankan empat peringkat kajian rintis untuk membuktikan kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Kesemua peringkat kajian rintis yang dijalankan tidak melibatkan sampel kajian yang sebenar. Ujian ‘Cronbach’s coefficient alpha’ digunakan untuk menganalisis data kajian rintis bagi menganggarkan kebolehpercayaan bagi setiap komponen soalan dalam soal-selidik. Pengkaji juga menggunakan ujian korelasi antara item untuk menentukan kebolehpercayaan setiap konstruk dalam soal selidik. Item-item yang mempunyai nilai koefisien alpha yang rendah dikeluarkan daripada instrumen. Had rendah nilai koefisien alpha untuk korelasi antara item dalam kajian ini adalah 0.35 (Jadual D1 dan D2 dan ujian korelasi antara item di bahagian lampiran). Soalan-soalan pada instrumen yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami dan salah diintepretasi oleh responden akan membawa kesan kepada kebolehpercayaan yang rendah. Oleh yang demikian, semasa menganalisis kajian rintis, pengkaji mengeluarkan item-item soalan yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami, kabur dan kurang stabil daripada instrumen soal selidik supaya dapat meningkatkan kebolehpercayaan pada instrumen soal selidik. 3.4.1 Kajian Rintis Peringkat Pertama Kajian rintis peringkat pertama dijalankan pada bulan Februari hingga Mac tahun 2005 di salah sebuah sekolah di daerah Kluang di negeri Johor. Kajian ini melibatkan tujuh belas orang guru iaitu enam orang guru pakar bahasa dan sebelas orang guru biasa untuk menentukan kesahihan kajian. Tujuan kajian rintis pada peringkat pertama adalah untuk mengenalpasti tempoh masa yang diambil oleh
  • 23. 139 responden kajian untuk melengkapkan borang soal-selidik dan memastikan sama ada kandungan dalam soal-selidik ini dapat difahami. Kajian rintis peringkat permulaan juga bertujuan untuk memastikan item-item dalam soal-selidik tidak mengandungi perkara-perkara yang boleh menyinggung sensitiviti mana-mana pihak yang terlibat. Selain itu, kajian rintis peringkat ini juga bertujuan mengenalpasti masalah dari segi bahasa dan pemahaman isi kandungan instrumen. Responden kajian diminta untuk menyatakan sebarang kerumitan atau keraguan dari soal selidik yang dijawab untuk memastikan kesahihan soal selidik yang ditadbirkan. Masa yang diambil oleh responden kajian adalah dalam lingkungan 28-35 minit. Ini bermakna instrumen tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Seterusnya, pengkaji duduk bersama-sama dengan guru-guru pakar bahasa tersebut untuk mengenalpasti masalah yang terdapat pada item instrumen dari segi bahasa dan pemahaman isi kandungan instrumen. Kesan daripada pentadbiran instrumen dalam tahap kajian rintis pertama, beberapa item yang bertindih dan yang mempunyai maksud konsep yang tidak jelas dikeluarkan daripada instrumen. Selain daripada itu, pengkaji juga memperbaiki bahasa dan semantik dari segi kesalahan ejaan, tipografi dan struktur ayat dalam instrumen kajian. Setelah kajian rintis pertama telah dijalankan, pengkaji menyemak semula instrumen kajian dengan penyelia pengkaji untuk memurnikan instrumen tersebut. 3.4.2 Kajian Rintis Peringkat Kedua Setelah penyemakan setiap item instrumen dilaksanakan, peringkat kedua kajian rintis dijalankan pada bulan April hinggan Jun tahun 2005 yang melibatkan
  • 24. 140 30 orang guru sekolah menengah di daerah Kluang di negeri Johor. Tujuan kajian rintis pada peringkat kedua adalah untuk memastikan item-item dalam soal-selidik ini dapat difahami oleh guru sekolah serta tidak mengandungi perkara-perkara yang boleh menyinggung sensitiviti mana-mana pihak yang terlibat. Tujuannya juga untuk menentukan kebolehpercayaan terhadap item-item soal selidik melalu analisisi korelasi antara item. Selain itu, tujuan melakukan kajian rintis ini ialah untuk memurnikan lagi soalan kajian dalam penyelidikan ini. Responden dalam kajian rintis digalakkan untuk memberi teguran dan membuat komen serta cadangan berkaitan dengan item yang terdapat dalam instrumen. Maklumbalas daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Kemudian tabulasi data dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian. Berdasarkan Jadual 11a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Setelah kajian rintis dijalankan, nilai koefisien alpha untuk soal-selidik pada Bahagian C tentang faktor-faktor konflik adalah sebanyak 0.79, Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak 0.92, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.84 dan Bahagian F tentang kesan-kesan konflik adalah sebanyak 0.90. Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 11b. Tujuan pengkaji menjalankan ujian korelasi antara item ialah untuk melihat hubung-kait antara item-item dalam setiap konstruk. Tujuan lain ialah memastikan
  • 25. 141 tidak terdapat percanggahan nilai-nilai korelasi antara item dalam soal-selidik kajian. Jadual 11a: Analisis Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Kedua Bahagian Instrumen Soal-selidik Komponen Bil. Item Penggugura n item Sampel Alpha Sebelum Pengguguran item Alpha Selepas Penggugura n item Bahagian C Faktor Konflik 82 21 30 0.79 0.82 Bahagian D Tahap Konflik 17 1 30 0.92 0.94 Bahagian E Gaya Konflik 28 - 30 0.84 0.84 Bahagian F Kesan Konflik 14 1 30 0.90 0.94 Jadual 11b: Analisis Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Kedua Bahagian Instrumen Soal- selidik Domain Item Bil. Item Penggu- guran item Sampel Alpha Sebelum Penggu- guran item Alpha Selepas Penggu- guran item Kesukaran Semantik 6 2 30 0.58 0.90 Ketidak Sefahaman 5 1 30 0.74 0.93 Gangguan Komunikasi 4 - 30 - 0.85 Komunikasi Maklumat Tersembunyi 4 - 30 - 0.89 Membuat Keputusan 7 2 30 0.79 0.96 Perbezaan Persepsi 8 3 30 0.74 0.89 Kebergantungan tugas Perbezaan Matlamat 11 6 30 0.72 0.90 Sistem Ganjaran 6 1 30 0.81 0.86 Sumber Terhad 6 2 30 0.79 0.91 Bidang Kuasa 5 - 30 - 0.94 Struktur Organisasi Desakan Perubahan 5 1 30 0.83 0.86 Nilai 4 - 30 0.87 Emosi 6 2 30 0.68 0.96 Bahagian C Peribadi Tingkahlaku 5 1 30 0.67 0.86 Konflik terpendam 4 - 30 - 0.84 Konflik dinampak 4 - 30 - 0.81 Konflik dirasai 4 - 30 - 0.83 Bahagian D Tahap Konflik Konflik terbuka 5 1 30 0.80 0.82 Gaya integratif 7 - 30 - 0.89 Gaya mengelak 6 - 30 - 0.92 Gaya menguasai 5 - 30 - 0.90 Gaya menyesuai 6 - 30 - 0.92 Bahagian E Gaya Pengurusan Konflik Gaya berkompromi 4 - 30 - 0.88 Bahagian F Kesan konflik 14 1 30 0.94 0.94
  • 26. 142 Berdasarkan Jadual 11b, kesan daripada pengguguran beberapa item yang mempunyai nilai korelasi yang terendah telah meningkatkan nilai alpha untuk konstruk dan komponen dalam soal-selidik. Pengkaji telah menggugurkan 21 item yang mempunyai nilai alpha yang rendah dari Bahagian C tentang faktor konflik semasa menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran 21 item, nilai koefisien alpha telah meningkat dari 0.79 kepada 0.82. Manakala bagi Bahagian D tentang tahap konflik, pengkaji telah menggugurkan satu item yang menunjukkan koefisien alpha yang terendah dari instrumen soal selidik semasa menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran item tersebut telah meningkatkan koefisien alpha dari 0.92 kepada 0.94. Pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari Bahagian E tentang gaya mengurus konflik kerana bahagian tersebut dipinjam daripada instrumen ROC II. Setelah kajian rintis dijalankan, bahagian gaya mengurus konflik menunjukkan tahap kebolehpercayaaan yang tinggi iaitu nilai alpha sebanyak 0.84. Manakala bagi Bahagian F tentang kesan konflik, pengkaji telah menggugurkan satu item yang mempunyai alpha yang rendah dari instrumen semasa menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran item tersebut telah meningkatkan koefisien alpha dari 0.90 kepada 0.95. 3.4.3 Kajian Rintis Peringkat Ketiga Peringkat ketiga kajian rintis dijalankan pada bulan Ogos hingga September tahun 2005 di dua buah sekolah menengah di daerah Kluang di negeri Johor. Sasaran kajian rintis peringkat ketiga adalah hanya bertumpu kepada pentadbir
  • 27. 143 sekolah sahaja. Kajian rintis ini melibatkan 16 orang pentadbir sekolah yang merangkumi pengetua-pengetua, guru-guru penolong kanan, penyelia petang dan guru-guru bidang. Tujuan kajian rintis pada peringkat ketiga adalah untuk memastikan pentadbir sekolah memahami item-item dalam Bahagian G yang berbentuk separa berstruktur. Selain itu, tujuan melakukan kajian rintis peringkat ketiga adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan bagi Bahagian G (Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kejayaan Pengurusan Konflik) dan juga Bahagian C, D, E dan F yang telah melalui pindaan semasa kajian rintis peringkat pertama dan kedua. Pentadbir sekolah digalakkan untuk membuat komen dan cadangan berkaitan dengan item yang terdapat dalam instrumen. Maklumbalas daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Sekali lagi, tabulasi data dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian. Berdasarkan Jadual 12a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Setelah kajian rintis dijalankan, koefisien alpha untuk soal-selidik pada Bahagian C tentang faktor-faktor konflik adalah sebanyak 0.77, Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak 0.84, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.82 dan Bahagian F tentang kesan-kesan konflik adalah sebanyak 0.93.
  • 28. 144 Jadual 12a: Analisis Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Ketiga Bahagian Soal-selidik Komponen Bil. Item Item Digugurkan Sampel Nilai Alpha Bahagian C Faktor Konflik 61 Tiada 16 0.77 Bahagian D Tahap Konflik 16 Tiada 16 0.84 Bahagian E Gaya Konflik 28 Tiada 16 0.82 Bahagian F Kesan Konflik 13 Tiada 16 0.93 Jadual 12b: Analisis Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Ketiga Bahagian Instrumen Soal- selidik Domain Item Bil. Item Sampel Alpha Kesukaran Semantik 4 16 0.76 Ketidak Sefahaman 4 16 0.87 Gangguan Komunikasi 4 16 0.83 Komunikasi Maklumat Tersembunyi 4 16 0.76 Membuat Keputusan 5 16 0.94 Perbezaan Persepsi 5 16 0.91 Kebergantun-gan tugas Perbezaan Matlamat 5 16 0.89 Sistem Ganjaran 5 16 0.87 Sumber Terhad 4 16 0.96 Bidang Kuasa 5 16 0.86 Struktur Organisasi Desakan Perubahan 4 16 0.93 Nilai 4 16 0.88 Emosi 4 16 0.94 Bahagian C Peribadi Tingkahlaku 4 16 0.83 Konflik terpendam 4 16 0.81 Konflik dinampak 4 16 0.75 Konflik dirasai 4 16 0.85 Bahagian D Tahap Konflik Konflik terbuka 4 16 0.83 Gaya integratif 7 16 0.89 Gaya mengelak 6 16 0.89 Gaya menguasai 5 16 0.93 Gaya menyesuai 6 16 0.93 Bahagian E Gaya Pengurusan Konflik Gaya berkompromi 4 16 0.89 Bahagian F Kesan konflik 13 16 0.93 Pendekatan Pengurusan Konflik Pengguguran 6 item 16 10 16 16 0.82 0.94 Bahagian G Kejayaan Pengurusan Konflik Pengguguran 6 item 16 10 16 16 0.89 0.94
  • 29. 145 Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 12b. Pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari soal-selidik untuk bahagian C, D, E, dan F dalam peringkat kajian rintis yang ketiga setelah menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk kerana nilai korelasi untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.35. Walau bagaimanapun, berdasarkan Jadual 12b, pengkaji menggugurkan enam item untuk komponen pendekatan pengurusan konflik dan enam item untuk komponen kejayaan pengurusan konflik di bahagian G kerana item-item tersebut menunjukkan nilai korelasi yang negatif. Kesan daripada pengguguran item-item untuk Bahagian G, nilai koefisien alpha telah meningkat dari 0.82 kepada 0.94 untuk komponen pendekatan pengurusan konflik dan 0.89 kepada 0.94 untuk komponen kejayaan pengurusan konflik 3.4.4 Penyemakan dan Pengesahan Instrumen Melalui Ahli Pakar Sebagai memenuhi prosidur menentusahkan instrumen, pengkaji telah mendapatkan pandangan tiga orang panel pakar dari Fakulti Pendidikan yang mahir dalam bidang pengurusan iaitu Profesor Dr. Sharifah Mohd. Nor dan Profesor Madya Dr. Petri Zabariah Megat Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia serta Dr. Haji Mohammed Sani b. Hj. Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Proses penyemakan dan pengesahan instrumen melalui ahli pakar dijalankan dalam tiga pusingan. Pusingan pertama adalah meminta jasa baik ahli pakar untuk memberi pandangan dan menyemak instrumen soal-selidik kajian yang telah melalui tiga peringkat kajian rintis. Setelah memperolehi balik maklumbalas
  • 30. 146 daripada ketiga-tiga orang panel pakar, pengkaji kemudian berbincang dengan kedua-dua orang penyelia untuk tujuan permurnian terhadap instrumen. Kemudian pengkaji menghantar instrumen yang telah dipinda dan diubahsuai kepada ahli panel pakar untuk mendapatkan penyemakan semula secara mendalam. Setelah memperolehi balik maklumbalas daripada ketiga-tiga orang panel pakar, pengkaji kemudian berbincang dengan kedua-dua orang penyelia untuk tujuan permurnian terhadap instrumen. Kemudian pengkaji menjalankan kajian rintis peringkat yang keempat dengan tujuan menguji sekali lagi kebolehpercayaan soal-selidik yang telah dimurnikan. Kajian rintis peringkat yang keempat ini dijalankan di seluruh negeri Johor yang merangkumi semua daerah di negeri Johor. Setelah memperolehi dapatan kajian rintis, beberapa item digugurkan untuk meningkatkan nilai alpha bagi komponen item dalam soal-selidik. Kemudian pengkaji menghantar instrumen yang telah dimurnikan dan borang semakan semula pindaan kandungan instrumen kepada tiga orang panel pakar untuk menentusahkan semula instrumen yang telah dimurnikan. 3.4.5 Kajian Rintis Peringkat Keempat Peringkat keempat kajian rintis dijalankan pada bulan Januari tahun 2006 yang melibatkan 19 buah sekolah di sembilan buah daerah (Kluang, Batu Pahat, Johor Bahru, Kulai, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat) di negeri Johor. Kajian rintis ini melibatkan 400 orang sampel yang terdiri daripada 364 orang guru dan 36 orang pentadbir sekolah menengah. Tujuan kajian rintis pada peringkat keempat adalah untuk menguji kebolehpercayaan soal-selidik yang telah dimurnikan melalui penyemakan ahli-ahli pakar dan perbincangan dengan dua orang penyelia pengkaji.
  • 31. 147 Maklumbalas daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Sekali lagi, tabulasi data dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian. Berdasarkan Jadual 13a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Nilai koefisien alpha untuk soal- selidik bagi Bahagian C tentang faktor-faktor konflik adalah sebanyak 0.89 setelah menjalankan ujian analisis bagi kajian rintis peringkat keempat. Manakala nilai koefisien alpha untuk Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak 0.73, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.72, Bahagian F tentang kesan- kesan konflik adalah sebanyak 0.80 dan Bahagian G tentang pendekatan pengurusan konflik adalah sebanyak 0.88 dan kejayaan pendekatan pengurusan konflik adalah sebanyak 0.87. Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 13b. Pengkaji telah menggugurkan dua item dari Bahagian C tentang faktor konflik semasa menjalankan ujian korelasi antara item. Nilai koefisien alpha masih kekal pada 0.89 kesan daripada pengguguran dua item dari komponen faktor konflik dalam Bahagian C. Walau bagaimanapun, pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari Bahagian D, E dan F dalam peringkat kajian rintis yang keempat kerana nilai korelasi dalam ujian korelasi antara item untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.35 (Jadual D1 dan D2 dan ujian korelasi antara item di bahagian lampiran).
  • 32. 148 Jadual 13a: Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Keempat Bahagian Instrumen Soal-selidik Komponen Bil. Item Penggu -guran item Sampel Alpha Sebelum Pengguguran item Alpha Selepas Pengguguran item Bahagian C Faktor Konflik 61 2 400 0.89 0.89 Bahagian D Tahap Konflik 16 - 400 - 0.73 Bahagian E Gaya Konflik 28 - 400 - 0.72 Bahagian F Kesan Konflik 13 - 400 - 0.80 Pendekatan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.88Bahagian G Kejayaan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.87 Jadual 13b: Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Keempat Bahagian Instrume Soal-selidik Domain Korelasi Antara Item Bil. Item Penggu- guran item Sampel Alpha Sebelum Penggu- guran item Alpha Selepas Penggu- guran item Kesukaran Semantik 4 - 400 - 0.71 Ketidak Sefahaman 4 - 400 - 0.71 Gangguan Komunikasi 4 - 400 - 0.70 Komunikasi Maklumat Tersembunyi 4 - 400 - 0.71 Membuat Keputusan 5 - 400 - 0.76 Perbezaan Persepsi 5 - 400 - 0.76 Kebergantungan tugas Perbezaan Matlamat 5 - 400 - 0.75 Sistem Ganjaran 5 1 400 0.78 0.70 Sumber Terhad 4 - 400 - 0.72 Bidang Kuasa 5 1 400 0.59 0.73 Struktur Organisasi Desakan Perubahan 4 - 400 - 0.71 Nilai 4 - 400 - 0.70 Emosi 4 - 400 - 0.71 Bahagian C Peribadi Tingkahlaku 4 - 400 - 0.72 Konflik terpendam 4 - 400 - 0.71 Konflik dinampak 4 - 400 - 0.73 Konflik dirasai 4 - 400 - 0.72 Bahagian D Tahap Konflik Konflik terbuka 4 - 400 - 0.71 Gaya integratif 7 - 400 - 0.78 Gaya mengelak 6 - 400 - 0.75 Gaya menguasai 5 - 400 - 0.71 Gaya menyesuai 6 - 400 - 0.77 Bahagian E Gaya Pengurusan Konflik Gaya berkompromi 4 - 400 - 0.70 Bahagian F Kesan konflik 13 - 400 - 0.80 Pendekatan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.88Bahagian G Kejayaan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.87
  • 33. 149 Permurnian instrumen soal-selidik yang telah melalui proses penyemakan dan pengesahan ahli pakar serta empat peringkat kajian rintis telah menghasilkan instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data 3.5 Pentadbiran Instrumen Soal Selidik 3.5.1 Cara Mentadbir Instrumen Soal Selidik Kajian ini hanya dijalankan setelah pengkaji memperolehi kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) di Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Setelah memperolehi kebenaran daripada pihak berkuasa, pengkaji menghantar surat rasmi yang mengandungi tujuan dan signifikan kajian kepada sekolah-sekolah kajian untuk meminta kebenaran daripada pengetua bagi menjalankan kajian di sekolah mereka. Kajian ini dijalankan setelah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada pengetua-pengetua sekolah berkenaan. Pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu dengan pergi sendiri ke sekolah-sekolah kajian dan menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir borang soal-selidik kajian. Prosidur melawat ke sekolah-sekolah kajian untuk mentadbir borang soal- selidik ini dijalankan di kebanyakan sekolah-sekolah yang terletak di bandar. Semasa melawat ke sekolah-sekolah kajian, pengkaji berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menerangkan sekali lagi tujuan dan signifikan kajian yang dijalankan. Ada kalanya, pengkaji diarahkan oleh pengetua untuk berjumpa dengan kaunselor ataupun Guru Penolong Kanan 1 untuk mentadbir borang soal-selidik kajian.
  • 34. 150 Pengkaji menjalankan prosidur mentadbir instrumen soal-selidik berstruktur dengan menyerahkan borang soal-selidik kepada guru-guru dan pentadbir sekolah. melalui bantuan kaunselor. Pengkaji memberi taklimat ringkas kepada responden tentang latarbelakang diri pengkaji serta tujuan dan signifikan kajian ini dijalankan. Pengkaji juga memberi sebab-sebab yang kukuh untuk responden bekerjasama dengan menerangkan kepada mereka tentang sifat neutral pengkaji di dalam mengenalpasti cara mereka menyelesaikan konflik di sekolah. Selain itu, pengkaji juga menyatakan kepada pihak responden bahawa tujuan sebenar kajian ini dijalankan adalah bukan untuk menilai pihak responden tetapi untuk kajian semata- mata sahaja dan segala maklumat yang didedahkan kepada pengkaji adalah dirahsiakan. Pengkaji memastikan kerahsiaan responden melalui kaedah ‘ketanpanamaan’ (“anonymity”) dalam borang soal-selidik untuk mengelakkan sensitiviti responden tentang konflik di sekolah. Seterusnya, pengkaji berada bersama-sama dengan responden kajian selama setengah jam untuk memberi penerangan yang jelas mengikut peringkat demi peringkat mengenai cara pengendalian borang soal-selidik supaya responden dapat memahami kehendak kajian. Guru-guru dan pentadbir digalakkan supaya menanya pengkaji untuk menerangkan mana-mana item yang kurang difahami. Respon guru-guru dan pentadbir sekolah terhadap borang soal-selidik ini dibuat secara berperingkat- peringkat mengikut bahagian bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Pihak pentadbir sekolah diberi masa tambahan sebanyak satu jam untuk menjawab borang soal-selidik separa berstruktur tentang campurtangan mereka dalam
  • 35. 151 pengurusan konflik. Pada masa yang sama, pengkaji mengedarkan kertas lampiran kepada pentadbir untuk dijadikan panduan bagi menjawab soal-selidik separa berstruktur. Kertas lampiran yang diedarkan mengandungi huraian terperinci tentang 12 pendekatan pengurusan konflik yang berfungsi sebagai rujukan untuk menjawab soalan separa berstruktur. Selepas itu, pengkaji mengumpul balik borang soal-selidik dengan bantuan Guru Penolong Kanan 1. Kemudian pengkaji meminta jasa baik pengetua ataupun Guru Penolong Kanan 1 untuk melengkapkan borang pengesahan menjalani kajian dengan menandatangani borang tersebut. Selain daripada melawat ke sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian, pengkaji juga menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir borang soal-selidik memandangkan kajian ini melibatkan lebih kurang 80 buah sekolah yang lokasinya berselerak di bandar dan luar bandar di empat buah negeri. Pengkaji menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir soal-selidik di kebanyakan sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman ataupun di luar bandar. Prosidur mentadbir borang soal- selidik melalui kemudahan pos dijalankan dengan menghantar bungkusan yang mengandungi 32 set borang soal-selidik kajian disertai dengan surat lampiran yang menerangkan tujuan kajian, cara mentadbir soal-selidik serta rujukan lampiran untuk menjawab bahagian separa berstruktur kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian melalui surat berdaftar. Kemudian pengkaji membuat panggilan terus berulangkali kepada pengetua sekolah untuk memastikan soal-selidik telah ditadbir dan dihantar balik kepada pengkaji. Tempoh mentadbir soal-selidik dan mendapatkan semula soal-selidik kajian dengan menggunakan kemudahan pos melibatkan masa dua hingga tiga minggu. Setelah memperolehi balik borang soal-
  • 36. 152 selidik yang telah ditadbir, pengkaji menghantar surat terima kasih kepada pengetua sekolah atas kerjasama yang diberikan semasa menjalankan kajian di sekolah-sekolah berkenaan. 3.5.2 Masalah Pentadbiran Instrumen Soal-selidik Pengkaji menghadapi pelbagai masalah semasa mentadbir soal-selidik sama ada dengan pergi sendiri ke sekolah kajian ataupun dengan menggunakan kemudahan pos. Masalah utama yang dihadapi oleh pengkaji ialah kurang kerjasama daripada pihak pentadbir semasa mentadbir soal-selidik di sekolah kajian walaupun pengkaji menunjukkan surat kebenaran EPRD dan JPN kepada pihak pentadbir. Terdapat pentadbir-pentadbir sekolah yang menyerahkan seluruh pentadbiran instrumen kepada guru kaunseling dan mengarahkan pengkaji datang semula ke sekolah pada hari kemudian untuk mendapatkan balik borang soal- selidik dengan alasan bahawa guru-guru sibuk mengajar. Masalah lain yang dihadapi oleh pengkaji ialah terdapat segelintir pengetua yang tidak diberitahu langsung tentang penerimaan borang soal-selidik melalui pos kerana menghadiri kursus di tempat lain. Akibat daripada itu, terdapat sekolah-sekolah yang menghilangkan borang soal-selidik sementara menunggu kepulangan pengetua ke sekolah. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa mengirim sekali lagi borang soal- selidik kepada sekolah-sekolah berkenaan dan ini menyebabkan masa pentadbiran borang soal-selidik terpaksa dilanjutkan. Selain itu, pengkaji juga menghadapi masalah kesukaran untuk mendapatkan balik borang soal selidik daripada sekolah- sekolah tertentu. Selain daripada membuat banyak panggilan ke sekolah dan
  • 37. 153 menghantar surat rasmi ke sekolah, pengkaji juga terpaksa pergi sendiri ke sekolah- sekolah kajian yang terletak di pedalaman untuk mendapatkan balik borang soal- selidik. Masalah lain yang dihadapi semasa pengkaji mentadbir borang soal selidik ialah tiada kerjasama daripada pihak guru untuk menjawab borang soal-selidik kerana takut untuk meluahkan masalah sebenar yang dihadapi di sekolah memandangkan kajian yang dijalankan adalah agak sensitif. Akibat daripada itu, pengkaji terpaksa menggugurkan beberapa buah sekolah dari kajian kerana borang soal-selidik yang dipulangkan adalah tidak lengkap dan tidak mencukupi untuk menjalani proses analisis data. 3.6 Kerangka Kaedah dan Tahap Kajian Justeru itu, kerangka kaedah dan tahap kajian ini dihasilkan untuk membincangkan model konseptual kajian yang berdasarkan kepada beberapa siri peringkat seperti punca konflik, tahap konflik, kesan konflik, resolusi konflik dan masalah pengurusan konflik. Dalam kerangka kaedah dan tahap kajian, pengkaji telah membahagikan kajian pengurusan konflik kepada enam peringkat. Berdasarkan kerangka kaedah dan tahap kajian di Rajah 6, pengkaji menggunakan enam peringkat untuk mengkaji pengurusan konflik. Empat peringkat proses konflik iaitu peringkat faktor konflik, tahap konflik, kesan konflik dan gaya pengurusan konflik memperlihatkan peringkat yang dialami oleh guru dan pentadbir di sekolah menengah. Manakala dua peringkat lagi iaitu peringkat pendekatan pengurusan konflik dan peringkat masalah pengurusan konflik memperlihatkan peringkat yang dialami oleh pentadbir di sekolah menengah.
  • 38. 154 Rajah 6: Kerangka Kaedah dan Tahap Kajian (berdasarkan soalan kajian) Peringkat yang dialami oleh guru dan pentadbir sekolah Peringkat yang dialami oleh pentadbir sekolah Peringkat 1 Faktor Konflik Peringkat 2 Tahap Konflik Peringkat 3 Gaya Pengurusan Konflik Peringkat 4 Kesan Konflik Peringkat 5 Pendekatan Pengurusan Konflik Peringkat 6 Masalah Pengurusan Konflik Mengenalpasti faktor- faktor kewujudan konflik di sekolah menengah i. komunikasi ii. struktural iii. kebergantungan tugas iv. peribadi Mengenalpastikan tahap-tahap konflik i. terpendam ii. dinampak iii. dirasai iv. terbuka Mengenalpasti 5 gaya pengurusan konflik di sekolah menengah mengikut konteks i. integratif ii. menyesuai iii. menguasai iv. mengelak v. berkompromi Mengkaji kesan konflik yang dialami oleh guru dan pentadbir mengikut konteks Membandingkan kesan konflik mengikut konteks Mengenalpasti pendekatan mengurus konflik yang konstruktif Mengenalpasti masalah mengurus konflik di kalangan pentadbir Membandingkan faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks Melihat hubungan antara pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik mengikut konteks. Membandingkan gaya pengurusan konflik mengikut konteks Melihat perbezaan gaya pengurusan konflik dalam konteks interaksi antara variabel Mengenalpasti sumbangan faktor konflik terhadap kesan konflik Mengenalpasti sumbangan gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik * mengikut konteks bermaksud konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Menunjukkan urutan tahap kajian
  • 39. 155 Peringkat pertama melibatkan langkah mengenalpasti punca-punca kewujudan konflik. Empat domain faktor utama yang berpotensi mewujudkan konflik di peringkat sekolah adalah Domain Komunikasi, Struktur Organisasi, Kebergantungan Tugas dan Peribadi. Pengkaji mengemukakan empatbelas sub- faktor konflik iaitu kesukaran semantik, ketidaksefahaman dalam komunikasi, gangguan komunikasi, maklumat tidak lengkap, nilai, emosi, tingkahlaku, sistem ganjaran, sumber sekolah, kuasa, perubahan, perbezaan keputusan, pesepsi, dan matlamat untuk menerangkan empat domain faktor utama kewujudan konflik dengan terperinci. Empatbelas sub-faktor tersebut diambil daripada adaptasi sumber Vecchio (1995), Robbins (1998) dan George & Jones (1999). Hakikatnya, sesuatu konflik tidak dapat diatasi jikalau punca asas konflik tidak dapat dikesan. Kebiasaannya, semakin awal punca konflik dikenalpasti, semakin mudah konflik dapat diatasi. Peringkat pertama juga melibatkan perbandingan faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks iaitu merangkumi jawatan, lokasi sekolah, jenis sekolah dan mengikut negeri. Peringkat kedua melibatkan langkah mengenalpasti tahap-tahap konflik yang dialami oleh sampel kajian. Peringkat ini mengandungi empat tahap konflik yang merangkumi tahap konflik terpendam, konflik dinampak, konflik dirasai dan konflik terbuka. Peringkat ketiga dalam kerangka teori kajian melibatkan langkah mengenalpasti gaya pengurusan konflik yang diamalkan oleh guru dan pentadbir sekolah berdasarkan kepada lima gaya pengurusan konflik yang diperkenalkan oleh
  • 40. 156 Rahim dan Bonama (1979) dan Rahim (1983). Gaya pengurusan konflik dalam peringkat ini merangkumi gaya integratif, menyesuai, menguasai, mengelak dan berkompromi. Peringkat ketiga juga melibatkan langkah mengkorelasikan pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik mengikut konteks. Selain itu, peringkat ini juga membandingkan gaya pengurusan konflik mengikut konteks dan juga melihat perbezaan gaya pengurusan konflik dalam konteks interaksi antara variabel. Peringkat ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan gaya pengurusan konflik di setiap sekolah kajian. Peringkat keempat dalam kerangka teori kajian bertujuan untuk mengenalpasti kesan-kesan konflik yang berlaku di sekolah iaitu sama ada kesan konstruktif ataupun distruktif terhadap sekolah-sekolah kajian. Selain itu, peringkat ini juga membandingkan kesan konflik mengikut konteks dan mengenalpasti faktor-faktor konflik dan gaya pengurusan konflik yang menyumbangkan kepada kesan konflik konstruktif ataupun distruktif. Langkah ini sangat penting untuk mengesan angkubah-angkubah yang menyumbangkan sama ada kepada konflik konstruktif ataupun distruktif. Langkah ini juga bertujuan mengenalpasti jenis strategi tertentu yang dapat meminimakan konflik distruktif dan memaksimakan konflik konstruktif. Pentadbir sekolah harus mempunyai kemahiran untuk mengurus konflik. Jika konflik bermanfaat kepada organisasi sekolah, pentadbir sekolah patut membenarkan konflik berterusan dengan mengawasi perkembangan konflik tetapi jika konflik memudaratkan organisasi sekolah maka pentadbir wajar mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi konflik. Peringkat kelima dalam kerangka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengurusan konflik
  • 41. 157 yang sesuai di kalangan pentadbir sekolah untuk mengurus konflik. Manakala peringkat keenam dalam kerangka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah pengurusan konflik yang dialami oleh pentadbir sekolah untuk mengurus konflik. Kedua-dua peringkat ini bertujuan membantu pentadbir sekolah memahami masalah pengurusan konflik dengan lebih mendalam dan menghasilkan strategi yang terbaik untuk meningkatkan kesan konflik konstruktif. Kesemua elemen pengurusan konflik yang terdapat pada kerangka teori kajian dapat dihuraikan dengan lebih terperinci melalui kerangka konseptual kajian. 3.7 Kaedah Analisis Data Soalan-soalan kajian dalam penyelidikan ini dijawab berpandukan statistik diskriptif dan inferential. Analisa faktor-faktor konflik, pandangan tentang konflik, gaya pengurusan konflik dan kesan konflik diuji melalui beberapa bentuk ujian statistik berdasarkan soalan kajian yang diperinci dalam bahagian berikutnya. Taburan frekuensi, peratusan dan min dilaporkan untuk kesemua soalan kajian. Ujian-t dan Anova digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh perbandingan antara kumpulan sampel. Pengkaji menggunakan ujian-t untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh perbandingan di antara dua kumpulan sampel iaitu perbandingan dalam konteks jawatan sekolah (yang terdiri daripada guru dan pentadbir), lokasi sekolah (yang terdiri daripada sekolah menengah di bandar dan sekolah menengah di luar bandar) dan kategori sekolah (yang terdiri daripada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah bukan kebangsaan). Manakala Anova digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh
  • 42. 158 perbandingan di antara lebih daripada dua kumpulan sampel iaitu dalam konteks negeri yang merangkumi empat buah negeri. Selain itu, ujian khi kuasa dua digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang berkaitan dengan variabel yang beraraskan ukuran ‘nominal’. Manakala ujian regresi logistik digunakan untuk menganalisis soalan tentang sumbangan variabel tak bersandar kepada variabel bersandar dan juga mengkaji secara mendalam tentang darjah sumbangan variabel tak bersandar. Jadual 14 meringkaskan kaedah menganalisis data untuk setiap soalan kajian dalam penyelidikan ini. Berdasarkan kepada Jadual 14, pengkaji menggunakan peratusan, min, faktor analisis, ujian t dan ujian ANOVA untuk menganalisis soalan kajian pertama iaitu tentang punca-punca utama yang menyebabkan kewujudan konflik di sekolah menengah. Peratus dan min digunakan untuk memaparkan skor purata dan taburan skor untuk faktor-faktor kewujudan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri serta perbandingan antara semua kategori. Pemberat (‘loading’) dalam analisis faktor digunakan untuk mengukur darjah penyumbangan domain faktor konflik kepada kewujudan konflik. Ujian-t digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala ANOVA digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang faktor-faktor utama konflik di sekolah menengah merentas empat buah negeri. Untuk menganalisis soalan kajian yang kedua, pengkaji menggunakan frekuensi, peratusan dan min serta ujian khi kuasa dua untuk menganalisis
  • 43. 159 pandangan konflik yang berkaitan dengan gaya pengurusan konflik di sekolah menengah. Frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk melihat amalan gaya pengurusan konflik di kalangan guru dan pentadbir di sekolah menengah mengikut konteks sampel, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Selain itu, ujian khi kuasa dua digunakan untuk mengkaji kaitan pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan mengikut negeri. Manakala nilai koefisien Eta digunakan untuk melihat kekuatan hubungan antara pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik. Untuk menganalisis soalan kajian yang ketiga, pengkaji menggunakan ujian- t dan ANOVA untuk mengkaji perbandingan gaya pengurusan konflik yang diamalkan di sekolah menengah. Ujian-t digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan untuk gaya pengurusan konflik mengikut konteks jawatan sekolah, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala ujian ANOVA digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan untuk gaya pengurusan konflik bagi empat buah negeri. Untuk menganalisis soalan kajian yang keempat, pengkaji menggunakan peratusan, ujian-t, ANOVA dan regresi logistik untuk mengenalpasti sumbangan faktor dan gaya pengurusan konflik ke arah kesan yang konstruktif. Analisis peratusan digunakan untuk menentukan kesan konflik yang dialami oleh guru dan pentadbir mengikut konteks lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Ujian-t digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan untuk kesan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala ANOVA berdasarkan analisis ‘post-hoc’ digunakan untuk melihat kesignifikanan
  • 44. 160 perbezaan kesan konflik di empat buah negeri. Selain itu, ujian regresi logistik digunakan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sumbangan dan darjah konstruktif bagi faktor konflik dan gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik. Untuk menganalisis soalan kajian yang kelima yang berbentuk soalan separa berstruktur, pengkaji menggunakan frekuensi dan peratus, pengkategorian melalui tema-tema dan konsep serta pendiskripsian secara mendalam untuk mengkaji campurtangan pentadbir sekolah dalam pengurusan konflik di sekolah menengah. Analisis data berdasarkan kaedah-kaedah tersebut dalam penyelidikan ini dijanakan oleh perisian “Statistical Package for the Social Science” (SPSS). Maklumat-maklumat yang terpungut diterjemahkan, dikodkan dan dimasukkan ke perisian ini. Jadual 14 : Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian. Soalan kajian Perkara yang hendak dikaji Ujian Analisis Data 1.1 faktor-faktor kewujudan konflik di sekolah masing-masing Peratus dan min Pemberat (loading) analisis faktor untuk domain faktor konflik 1.2 perbandingan faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri 1.3 perbandingan antara semua kategori Peratus dan min 1. Apakah punca- punca utama yang menyebabkan kewujudan konflik di sekolah menengah? 1.4 perbezaan signifikan tentang faktor- faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri Ujian-t untuk konteks jawatan, lokasi dan kategori sekolah manakala ANOVA untuk konteks negeri 2.1 pandangan tentang konflik di kalangan guru dan pentadbir mengikut konteks lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri Frekuensi dan peratus 2. Sejauhmanakah pandangan pentadbir dan guru terhadap konflik berkaitan dengan gaya 2.2 gaya pengurusan konflik di sekolah
  • 45. 161 menengah mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Peratus dan minpengurusan konflik di sekolah mereka masing- masing? 2.3 kaitan pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Ujian khi-kuasa dua untuk melihat kaitan variabel dan nilai koefisien Eta untuk melihat kekuatan hubungan antara variabel 3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik yang diamalkan di kalangan guru dan pentadbir di peringkat sekolah menengah? 3.1 perbezaan yang signifikan untuk gaya pengurusan konflik mengikut konteks jawatan sekolah, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. 3.2 perbezaan yang signifikan tentang gaya pengurusan konflik dalam konteks interaksi antara variabel. Ujian-t untuk konteks jawatan, lokasi sekolah dan kategori sekolah manakala ANOVA untuk konteks empat buah negeri ANOVA dua hala (Analisis interaksi dalan 2 hala antara variabel) 4.1 kesan konflik yang dialami oleh guru dan pentadbir mengikut konteks lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Peratus 4.2 perbezaan signifikan untuk kesan konflik mengikut jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Ujian-t untuk konteks jawatan, lokasi sekolah dan kategori sekolah manakala ANOVA untuk konteks empat buah negeri 4.3 a. sumbangan faktor konflik terhadap kesan konflik. b. darjah konstruktif faktor konflik terhadap kesan konflik. Regresi Logistik 4. Sejauhmanakah faktor konflik dan gaya pengurusan konflik menyumbang kepada kesan konflik yang konstruktif di peringkat sekolah menengah? 4.4 (a) sumbangan gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik. (b) darjah konstruktif gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik. Regresi Logistik 5.1 masalah-masalah yang dihadapi oleh pentadbir sekolah semasa mengurus konflik. 5. Sejauhmanakah campurtangan pentadbir sekolah dalam pengurusan konflik di peringkat sekolah menengah? 5.2 (a) bentuk konflik yang mudah untuk diurus oleh pentadbir sekolah (b) bentuk konflik yang sukar untuk
  • 46. 162 diurus oleh pentadbir sekolah 5.3 alasan pentadbir sekolah tentang kesukaran mengurus konflik. 5.4 (a) pendekatan yang paling sesuai untuk mengurus konflik di sekolah menengah. (b) pendekatan yang tidak sesuai untuk mengurus konflik di sekolah menengah. 5.5 alasan pihak pentadbir tentang pendekatan yang tidak sesuai untuk digunakan di sekolah menengah. Frekuensi dan peratus Pengkategorian melalui tema-tema dan konsep. Pendiskripsian 5.6 kekerapan pendekatan pengurusan konflik yang diamalkan oleh pentadbir sekolah menengah. Frekuensi dan peratus 5.7 peratusan kejayaan pengurusan konflik yang diamalkan oleh pentadbir sekolah menengah. Frekuensi dan peratus 5.8 pendekatan lain yang digunakan oleh pentadbir sekolah menengah untuk mengurus konflik. Frekuensi dan peratus Pengkategorian melalui tema-tema dan konsep. Pendiskripsian 5.9 (a) jenis konflik yang membawa manfaat kepada sekolah. (b) jenis konflik yang kurang membawa manfaat kepada sekolah Frekuensi dan peratus 5.10 (a) kekerapan pentadbir sekolah melaksanakan program pengurusan konflik di sekolah. (b) kejayaan pentadbir sekolah melaksanakan program pengurusan konflik di sekolah. Frekuensi dan peratus 5.11 masa pentadbiran yang digunakan oleh pentadbir untuk mengurus konflik di sekolah menengah. Frekuensi dan peratus
  • 47. 163 3.7 Rumusan Secara ringkas, bab ini telah membincangkan kesemua aspek yang berkaitan dengan soal tatacara penyelidikan. Perbincangan dalam bab ini merangkumi reka bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian, instrumen kajian, tatacara dan masalah mentadbir soal-selidik, kajian rintis, kesahan dan kebolehpercayaan kajian serta kaedah menganalisis data kajian. Seperti yang telah dibincangkan, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 2076 orang guru dan 138 orang pentadbir di sekolah menengah. Data dalam kajian ini dikumpul melalui soal-selidik bagi menjawab semua soalan kajian. Pengkaji telah menggunakan kaedah tinjaun sebagai metodologi penyelidikan untuk mendapatkan data di empat buah negeri. Persampelan strata-rawak digunakan untuk memilih sampel bagi mewakili populasi guru dan pentadbir di Semenanjung Malaysia. Data melalui soal-selidik yang berdasarkan soalan berstruktur dan separa berstruktur dipungut untuk menjawab lima soalan kajian yang dibentang melalui statistik diskriptif dan inferential. Pengkaji juga amat menitikberatkan aspek-aspek kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Instrumen kajian diuji dan disemak melalui empat peringkat kajian rintis sebelum digunakan dalam kajian yang sebenar. Tujuan menjalankan empat peringkat kajian rintis ialah untuk memastikan instrumen yang direka bina itu boleh dipercayai dan keputusan yang diperolehi adalah sahih. Akhir sekali, bab ini ditutup dengan mempersembahkan bagaimana data kuantitatif ditadbir dan diurus dengan berdasarkan empat konteks iaitu mengikut jawatan sampel, lokasi dan kategori sekolah serta negeri. Seterusnya bab empat dalam kajian ini akan menghuraikan hasil analisis data.
  • 48. 164