SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
Pembentukan Model Amalan Keusahawanan Sosial
Islam Dalam Kalangan Usahawan Sosial Berjaya
Muslim
Dr. Mohd Adib Abd Muin
Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS)
Universiti Utara Malaysia
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 1
Pengenalan
Keusahawanan sosial Islam (KSI) adalah satu konsep yang berdasarkan perspektif Islam yang mana ia berpandukan
kepada sumber hukum utama dalam Islam iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah.
KSI yang digariskan juga merujuk kepada perjalanan sirah hidup baginda Nabi Muhammad SAW semasa baginda Nabi
SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah dan juga telah menunjukkan hasil kejayaan yang cemerlang oleh
baginda Nabi SAW dalam mengislahkan golongan masyarakat Arab Quraisy di Kota Mekah.
KSI yang diperkenalkan ini adalah alternatif kepada amalan keusahawanan sosial Barat yang hanya tertumpu kepada
satu bentuk hubungan sahaja iaitu hanya tertumpu di dunia semata-mata, malah hanya terhad dalam konteks memenuhi
keperluan sosial.
2
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin
Objektif Keusahawanan Sosial Islam (KSI)
KSI ini juga telah menjadi salah satu aktiviti yang menyumbang kepada pengukuhan ekonomi dan sosial masyarakat kerana tujuan aktiviti KSI ini dilakukan
adalah seperti berikut (Mohd Adib et. al, 2017):
• Mendapatkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
• Menjadikan nilai dan akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan dalam melaksanakan aktiviti kebajikan.
• Mengatasi masalah riba yang berleluasa dengan mewujudkan aktiviti KSI.
• Membasmi masalah ekonomi dan sosial melalui penglibatan USBM secara langsung.
• Meningkatkan nilai kemasyarakatan dalam kehidupan.
• Mengatasi masalah-masalah sosial masyarakat terutamanya golongan belia remaja.
• Meningkatkan hubungan sillaturahim antara USBM dengan masyarakat.
• Mengalirkan sumber kekayaan dan keuntungan kepada golongan yang susah dan memerlukan.
• Mengikis sifat tamak haloba dalam mencari harta dunia.
• Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 3
Samb…
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang batil (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”
(Terjemahan surah al-Nisa’: 29)
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 4
Ciri-Ciri Usahawan Sosial Berjaya Muslim (USBM)
USBM adalah golongan usahawan yang mempunyai daya keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kemampuan, pemikiran yang berjaya
dalam bidang yang diceburi serta dapat dapat melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti sosial kemasyarakatan selari dengan kerangka
Islam. Di samping itu, USBM juga dapat memberi impak yang positif terhadap pembangunan nilai sosial institusi disekeliling. Justeru itu,
kupasan artikel ini berkenaan amalanKSI dalamkalangan USBM dibincangkan seperti berikut:
• USBM yang berjaya dalambidang keusahawanan sosial yang diceburi baik di peringkat nasional ataupunantarabangsa.
• USBM yang telah dan akan mendapat pengiktirafan dari badan kerajaan atau institusi keusahawanan di peringkat nasional atau
antarabangsa.
• USBM yang melaksanakan aktiviti KSI secara konsisten dan berpaksikankerangkaIslam.
• USBM yang mempunyai matlamat dan objektif yang jelas dalamkonteks keusahawanansosial.
• USBM yang memahami definisi keusahawanan sosial.
• Pendekatan sosial media yang mampu memberi kesan positif terhadap amalan KSI.
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 5
Keusahawanan Sosial
• Menurut Muhammad Yunus (2010), keusahawanan sosial terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu pertama, peranan
sesebuah syarikat yang melabur saham dalam sesuatu perniagaan untuk menyelesaikan masalah sosial masyarakat, di mana
keuntungan yang diperolehi akan dilabur semula untuk mengembang dan meningkatkan perniagaan dalam kalangan
masyarakat yang memerlukan bantuan. Jenis kedua pula ialah memperkasa dan mempertingkatkan keadaan komuniti dengan
memberi bantuan kewangan tanpa faedah dan menaikkan kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat fakir dan miskin.
Menurutnya lagi keusahawanan sosial bukan sebuah entiti yang bertujuan memaksimumkan keuntungan kewangan tetapi
merupakan entiti yang berorientasikan matlamat sosial (social driven).
• Para usahawan sosial yang terlibat merupakan insan yang cuba memberikan peluang kehidupan yang lebih baik dan sejahtera
kepada masyarakat yang memerlukan. Bagi mencapai objektif dan perubahan sosial tersebut, pendekatan perusahaan
(enterprise) telah dijadikanalat utama kepada inisiatif sosial yang dijalankan.
• Hal ini berbeza dengan pandangan Anthony Sibillin (2010), keusahawanan sosial merupakan satu entiti perniagaan yang
memberi keutamaan kepada objektif sosial yang mana lebihan keuntungan yang diperolehi akan digunakan dalam perniagaan
untuk kepentingan masyarakat berbanding kepada memaksimumkan keuntungan kepada pemegang taruh dan pemilik
perniagaan.
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 6
Samb….
• Menurut Saifuddin Abdullah (2012), keusahawanan sosial bermaksud menyediakan peluang untuk semua
menikmati kehidupan yang sihat, bermaruah dan bermakna; penggunaan barangan dan perkhidmatan
yang berimbang dengan sistem alam; menyuburkan hubungan manusia yang berasaskan komuniti yang
kukuh dan penyayang; menegakkan prinsip pasaran yang berasaskan peraturan yang baik, beretika dan
manusiawi; pengagihan sumber secara berkesan dari segi kesaksamaan dan sosial; dan memenuhi ideal
demokrasi.
• Konsep keusahawanan sosial bukan untuk mendapatkan keuntungan dan ganjaran tetapi
memperkasakan komuniti dan masyarakat yang memerlukan, meninggalkan impak positif dan
menyelesaikan masalah masyarakat setempat (Khadijah Alavi et. al., 2016).
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 7
Samb….
Menurut Muhammad Zen (2011), peranan keusahawanan sosial adalah untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat yang dapat meningkatkan keupayaan diri
melalui langkah-langkah yang proaktif seperti berikut:
• Mencipta kesempatan kerja kepada pelbagai kumpulan melalui minat, potensi diri dan kemahiran yang sedia ada pada individu dalam meneroka jenis pekerjaan
yang lebih berinovatif. Penciptaan kerjaya baharu melalui keusahawanan sosial ini dapat meningkatkan kebolehgajian dan imej kebanggaan terhadap kerjaya yang
dijalankan;
• Mencipta inovasi dan kreatif baharu mengikut kehendak pasaran atau perkhidmatan yang diperlukan oleh industri, masyarakat dan menyelesaikan masalah sosial
dalam komuniti setempat. Misalnya komuniti boleh memikirkan kaedah inovatif dan kreatif dalam memberi bantuan kewangan kepada mangsa banjir, pesakit
kronik yang miskin, bantuan biasiswa pendidikan kepada anak-anak tercicir, kehilangan rumah akibat ribut dan gempa bumi serta kebakaran dan yang seumpama
dengannya;
• Modal sosial merupakan jaringan sosial yang bertujuan untuk mencipta tindakan kolektif dan solidariti yang menguntungkan antara komuniti setempat.
Fukuyama (1999), meyakinkan bahawa modal sosial sangat penting dalam meningkatkan kehidupan masyarakat moden bagi pembangunan sosial komuniti dan
kesejahteraan ekonomi sesebuah negara;
• Meningkatkan kesamarataan dalam agihan pendapatan dalam kalangan masyarakat. Putaran pendapatan bagi kemapanan aktiviti kesukarelawanan dan
memperkasa komuniti setempat dapat dicapai tanpa bergantung bantuan kewangan yang berterusan daripada pihak kerajaan atau orang ramai.
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 8
Perbandingan Usahawan Perniagaan dan Usahawan Sosial
Perbandingan antara usahawan perniagaan dan usahawan sosial adalah seperti usahawan perniagaan mengukur
keberkesanan prestasi berdasarkan keuntungan manakala usahawan sosial kejayaannya diukur dari manfaat yang dirasa
dan dinikmati oleh masyarakat. Selain itu, usahawan sosial menilai prestasinya berdasarkan hasil kemajuan yang dicapai
dari aspek sosial dan pengurusannya tidak semata-mata kepada proses dan sains sesuatu program yang dilaksanakan
(Bull & Urban, 2008; Muhammad, Jonathan & Gholam, 2010; Sawssan Saadaoui & Tym Belgaroui2014)
Keusahawanan sosial tidak mencipta kekayaan dan keuntungan tetapi lebih mementingkan hasil pencapaian dan impak
sosial terhadap aktiviti yang dilaksanakan namun ini tidak menghalang dari menghasilkan keuntungan. Jika seorang
usahawan perniagaan berjaya membuka satu perniagaan baharu, seorang usahawan sosial akan memikirkan satu
penyelesaian baharu kepada sesuatu masalah sosial dan melaksanakannya bagi memperbaiki lagi keadaan (Bull &
Urban, 2008; Muhammad, Jonathan & Gholam, 2010; Sawssan Saadaoui & Tym Belgaroui, 2014). Secara rumusan,
perbandingan antara usahawan peniaga dan usahawan sosial dapat dilihat pada Jadual 1 di bawah.
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 9
Jadual 1: Perbandingan Antara Usahawan Perniagaan
dan Usahawan Sosial
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 10
Model Amalan Keusahawanan Sosial Islam Dalam
Kalangan USBM
(1) Konsep
Keusahawanan
Sosial Islam
mengandungi
· Konsep Khalifah
· Konsep Persaudaraan
· Konsep Jihad Ekonomi
· Konsep Keadilan dan
Keseimbangan
· Konsep Memenuhi Keperluan
Sosial Masyarakat
· Konsep Membangun dan
Meningkatkan Nilai Sosial
Pemberi
· Konsep al-Falah
· Konsep Menyuruh Kepada
Kebaikan dan Mencegah
Keburukan (amar makruf wa
nahi munkar)
· Konsep Jaminan Sosial
· Konsep Peningkatan Ekonomi
Ummah
· Konsep Zakat dan Wakaf
· Konsep Sedekah dan Barakah
· Konsep Solat, Berdoa dan
Sentiasa Hadir Ke Masjid
(1a) Dimensi
Keusahawanan
Sosial Islam
(Pendekatan
Imam al-Ghazali)
Beriman
Tingkatkan Sifat-
Sifat Terpuji
(Mahmudah)
dalam Diri
mengandungi
· Taubat
· Ikhlas
· Takutkan Allah
· Berjiwa Zuhud
· Sabar
· Syukur
· Tawakkal
· Kasih Sayang
· Redha
· Mengingati Mati
Bertaqwa
mengandungi
Pendekatan Imam al-
Ghazali (al-Maqasid
al-Syariah)
(2) Perlaksanaan
Amalan
Keusahawanan
Sosial Islam
Mengutamakan
Kemaslahatan
Umum dan
Menolak
Keburukan
mengandungi
· Menjaga Agama
· Menjaga Nyawa
· Menjaga Akal
· Menjaga Keturunan
· Menjaga Harta
· Menjaga Maruah
mengandungi
Berdasarkan Sumber
wahyu al-Qur’an dan
as-Sunnah
(4) Faktor
Penglibatan
Usahawan Sosial
Berjaya Muslim
mengandungi
· Sebagai Agen
Perubah
· Kesedaran Agama
· Perikemanusian
dan Belas Ihsan
· Tanggungjawab
· Berkongsi Rezeki
· Kasih Sayang dan
Prihatin
· Penyesalan
Implikasi Positif
Terhadap
(3) Kesan Implikasi
Amalan
Keusahawanan
Sosial Islam
Meningkatkan
Keuntungan
Syarikat
Amalan Yang
Dilakukan Oleh
Usahawan Sosial
Berjaya Muslim
· Fakir dan Miskin
· Anak Yatim
· Ibu Tunggal
· Belia Yang Menghadapi
Masalah Sosial
· Golongan Tua
· Orang Kelainan Upaya (OKU)
mengandungi
· Memberi Dana Kewangan
· Memberi Bantuan
Keperluan Asas
· Mewujudkan Peluang
Pekerjaan
· Memberikan Latihan dan
Bengkel Percuma
· Mengambil Pekerja Dalam
Kalangan OKU
mengandungi
Meningkatkan
Ekonomi
Negara
mengandungi
Selari dengan al-
Qur’an dan
as-Sunnah
Mengurangkan
Masalah Sosial
Masyarakat
mengandungi
Menjadikan Kehidupan
Lebih Aman dan Harmoni
mengandungi
· Banyak
Bercakap
· Banyak Makan
· Pemarah
· Hasad Dengki
· Kedekut (Bakhil)
· Kasihkan
Kemegahan
· Cintakan Dunia
· Takabbur
· Bangga Diri
· Riak
Jauhkan Sifat-Sifat
Tercela
(Mazmumah)
dalam Diri
Kejayaan di
Dunia dan Akhirat
(al-Falah)
MENUJU KEPADA ALLAH SWT
1. Dengan mencapai keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
2. Memenuhi keperluan sosial masyarakat.
Melaksanakan
Amalan
Keusahawanan
Sosial
Islam (KSI)
KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM
1. Berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah
2. Menggunakan kerangkan konsep Imam al-Ghazali dalam
mencapai objektif syariah.
3. Mengutamakan kemaslahatan umum dan menolak
keburukan.
Komponen Utama
Islam (Aqidah,
Syariah, Akhlak)
USAHAWAN SOSIAL BERJAYA MUSLIM
MODEL AMALAN KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM DALAM KALANGAN USAHAWAN SOSIAL BERJAYA MUSLIM
Ihsan
mengandungi
mengandungi
mengandungi
mengandungi
mengandungi
mengandungi
Amalan Sunat
(Terhadap Allah SWT)
mengandungi
· Istigfar dan Berzikir Kepada Allah SWT
· Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW
· Solat Dhuha
· Membaca Al-Quran
· Membaca Ayat Kursi dan Ayat Seribu
Dinar
· Solat Tahajjud
· Berpuasa Sunat Isnin dan Khamis
· Bersedekah
Amalan Khusus
(Terhadap Masyarakat)
· Aktiviti Halal
· Tiada Elemen yang
Diharamkan seperti Riba,
Gharar, Maisir
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin
11
Model Amalan KSI
Model amalan KSI dalam kalangan USBM di atas merupakan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Adib Abd
Muin, (2017). Model tersebut menunjukkan amalan yang seharusnya USBM lakukan bagi mencapai objektif KSI secara
holistik. Jika di lihat elemen yang terdapat dalam model tersebut terdiri daripada beberapa elemen penting iaitu:
Dimensi KSI berdasarkan perspektif maqasid syariah
• Beriman
• Bertaqwa
• Ihsan
• Tingkatkan sifat-sifat terpuji (mahmudah)
• Jauhkan sifat-sifat tercela (mazmumah)
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 12
Samb..
Konsep-konsepKSI
• Konsep khalifah
• Konsep persaudaraan
• Konsep jihad ekonomi
• Konsep keadilan dan Keseimbangan
• Konsep memenuhi Keperluan sosial masyarakat
• Konsep membangun dan meningkatkan nilai sosial pemberi
• Konsep al-Falah
• Konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan
• Konsep jaminan sosial
• Konsep peningkatan ekonomi ummah
• Konsep zakat dan wakaf
• Konsep sedekahdan barakah
• Konsep solat, berdoa dan sentiasa hadir ke masjid
• Konsep Berlumba-lumba melakukan perkara kebaikan(Fastabiqul Khoirat)
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 13
Samb..
Perlaksanaan amalan KSI
• Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
• BerpaksikanpendekatanImamal-ghazali (maqasid
syariah)
• Menjaga agama
• Menjaga nyawa
• Menjaga akal
• Menjaga keturunan
• Menjaga harta
• Menjaga maruah
• Menjaga kemaslahatan umumdan menolak keburukan
• Melaksanakanamalan umumdan khusus
Kesan implikasi amalan KSI
• Meningkatkankeuntungansyarikat
• Meningkatkanekonomi Negara
• Mengurangkan masalahsosial masyarakat
• Menjadikan kehidupanlebih aman dan harmoni
• Selari dengan al-Quran dan as-Sunnah
Faktor-faktor penglibatan USBM dalam KSI.
• Sebagai ejen perubah
• Kesedaranagama
• Perikemanusiaan dan belas ihsan
• Tanggungjawab
• Berkongsi rezeki
• Kasih sayang dan prihatin
• Penyesalan
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 14
Kesimpulan
Secara kesimpulan, pembentukan model amalan keusahawanan sosial Islam dalam kalangan usahawan sosial
berjaya Muslim dapat memberikan gambaran secara keseluruhan tentang perlaksanaan aktiviti KSI berdasarkan al-
Quran dan as-Sunnahkepada golongan usahawan.
Memandangkan tajuk kajian dalam bidang keusahawanan dan perniagaan adalah sangat terhad terutamanya
bidang yang melibatkan usahawan sosial yang berusaha dalam hal ehwal KSI dan ia penting dalam meningkatkan
ekonomi negara maka disarankan agar pelbagai pihak mengambil bahagian dan inisiatif dalam meningkatkan
pengetahuan diri untuk membantu bersama-sama meningkatkan aktiviti keusahawanan sosial Islam yang holistik.
Selain dijadikan bahan bacaan tambahan dalam koleksi pengajian dan penyelidikan berdasarkan perspektif Islam,
disertakan juga cadangan agar kajian yang dilakukan ini diteruskan lagi kepada generasi penyelidik yang akan
datang supaya kajian ini diperluaskan dan ilmu pengetahuan tentang keusahawanan sosial Islam ini
diperbanyakkan lagi di masa hadapan serta mendapat manfaat daripada kertas kerja yang dihasilkan.
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 15
Rujukan
Anthony Sibillin. (2010). “Social entrepreneurship not socialism”. Institute of Public Affairs Review, Vol. 62 (3): 34-36.
David Urbano, Nuria Toledano, Domingo Ribeiro Soriano. (2010). “Analyzing social entrepreneurship from an institutional perspective: Evidence from Spain”. Journal of Social
Entrepreneurship, Vol. 1(1): 54-69.
Fukuyama, F. (1999). The Great Disruption: Human Nature and the Reconstitution of Social Order. New York: Free Press.
Khadijah Alavi, Al Azmi Bakar, Baharudin Mohamad & Khor Siew Yee. (2016). "Anjakan paradigma perkhidmatan kesukarelawanan ke arah keusahawanan sosial", Dalam al-Azmi
Bakar, Zakaria Mat Yusof, Desa Mat Rabi, Umihani Awang, Rohaizal Umar, Baharudin Mohamad, Muhammad Yusry Che Dah, Ngeow Yeok Meng, Faezah Kassim, Ponmalar N.
Alagappar, Faridah Che Husain, Zamre Abu Hassan dan Wendy Yee Mei Tien (ed.), Social entrepreneurship and community engagement: Transforming societies. Selangor: Social
Institute of Malaysia (ISM).
Marwan Ismail & Wan Yusoff Wan Shaharuddin. (2016). Pembangunan komuniti berorientasikan keusahawanan sosial: Kajian kes organisasi bukan kerajaan di Malaysia. Dalam al-
Azmi Bakar, Zakaria Mat Yusof, Desa Mat Rabi, Umihani Awang, Rohaizal Umar, Baharudin Mohamad, Muhammad Yusry Che Dah, Ngeow Yeok Meng, Faezah Kassim, Ponmalar N.
Alagappar, Faridah Che Husain, Zamre Abu Hassan dan Wendy Yee Mei Tien (ed.), Social entrepreneurship and community engagement: Transforming societies. Selangor: Social
Institute of Malaysia (ISM).
Mohd Adib Abd Muin. (2017). Amalan Keusahawanan Sosial Islam Dalam Kalangan Usahawan: Kajian Terhadap Usahawan Sosial Berjaya Muslim Di Malaysia. (Tesis Ijazah
Kedoktoran). Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis.
Mohd Adib Abd Muin, Shuhairimi Abdullah, Azizan Bahari, Abdul Jalil Ramli, Noor Salwani Hussin, Jamsari Jamaluddin, Zainab Ahmad & Nur Suriaty Daud. (2018). Model of Islamic
Social Entrepreneurship: A Study on Successful Muslim Social Entrepreneur in Malaysia. MATEC Web of Conferences 150, 05093 (2018).
https://doi.org/10.1051/matecconf/201815005093
Michael Bull & Boris Urban. (2008). “Social entrepreneurship in South Africa”. International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research, Vol. 14(5): 346-364.
Muhammad Reza Noruzi, Jonathan H. Westover, Gholam Reza Rahimi. (2010). “An exploration of social entrepreneurship in the entrepreneurship era”. Journal Asian Social Science,
Vol. 6(6); June 2010.
Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 16

More Related Content

What's hot

Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docxKepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docxPushpah Mugesh
 
Falsafah muhammadiyah dalam gerakan sosial
Falsafah muhammadiyah dalam gerakan sosialFalsafah muhammadiyah dalam gerakan sosial
Falsafah muhammadiyah dalam gerakan sosialSabrina Qurrotaa'yun
 
Ahmad muhlisin angrianpermana_artikeletoskerjabangsaindonesia_stiebinabangsab...
Ahmad muhlisin angrianpermana_artikeletoskerjabangsaindonesia_stiebinabangsab...Ahmad muhlisin angrianpermana_artikeletoskerjabangsaindonesia_stiebinabangsab...
Ahmad muhlisin angrianpermana_artikeletoskerjabangsaindonesia_stiebinabangsab...STIE BINA BANGSA
 
Revolusi Mental dan Peningkatan Kesejahteraan Sosial
Revolusi Mental dan Peningkatan Kesejahteraan SosialRevolusi Mental dan Peningkatan Kesejahteraan Sosial
Revolusi Mental dan Peningkatan Kesejahteraan Sosialmusniumar
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahAnsar Azman
 
Etika berbisnis dalam islam
Etika berbisnis dalam islamEtika berbisnis dalam islam
Etika berbisnis dalam islamAgus Setia
 
Etika bisnis dalam bidang produksi, konsumsi dan distribusi
Etika bisnis dalam bidang produksi, konsumsi dan distribusiEtika bisnis dalam bidang produksi, konsumsi dan distribusi
Etika bisnis dalam bidang produksi, konsumsi dan distribusimas karebet
 
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamguestd56616
 
Etika bisnis-islam-konvensional
Etika bisnis-islam-konvensionalEtika bisnis-islam-konvensional
Etika bisnis-islam-konvensionalanharwahyu
 
Revolusi Mental dan Pendidikan Karakter
Revolusi Mental dan Pendidikan KarakterRevolusi Mental dan Pendidikan Karakter
Revolusi Mental dan Pendidikan KarakterRafi Mahdi
 
Muhammadiyah dan pemberdayaan perempuan
Muhammadiyah dan pemberdayaan perempuanMuhammadiyah dan pemberdayaan perempuan
Muhammadiyah dan pemberdayaan perempuanDwi Kamal
 
Makalah Kewirausahaan Islami (Kelompok 1)
Makalah Kewirausahaan Islami (Kelompok 1)Makalah Kewirausahaan Islami (Kelompok 1)
Makalah Kewirausahaan Islami (Kelompok 1)Fkip Sda7
 
Rev roadmap gnrm 2015 2019 20 juli 2016 (1) final (1)
Rev roadmap gnrm 2015 2019 20 juli 2016 (1) final (1)Rev roadmap gnrm 2015 2019 20 juli 2016 (1) final (1)
Rev roadmap gnrm 2015 2019 20 juli 2016 (1) final (1)Nurliana Umar
 
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Politik (AIK 3)
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Politik (AIK 3)Muhammadiyah Sebagai Gerakan Politik (AIK 3)
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Politik (AIK 3)Audria
 
Konsep Bisnis Dalam Islam
Konsep Bisnis Dalam IslamKonsep Bisnis Dalam Islam
Konsep Bisnis Dalam IslamRian Ramdani
 

What's hot (19)

Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docxKepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
 
Falsafah muhammadiyah dalam gerakan sosial
Falsafah muhammadiyah dalam gerakan sosialFalsafah muhammadiyah dalam gerakan sosial
Falsafah muhammadiyah dalam gerakan sosial
 
Ahmad muhlisin angrianpermana_artikeletoskerjabangsaindonesia_stiebinabangsab...
Ahmad muhlisin angrianpermana_artikeletoskerjabangsaindonesia_stiebinabangsab...Ahmad muhlisin angrianpermana_artikeletoskerjabangsaindonesia_stiebinabangsab...
Ahmad muhlisin angrianpermana_artikeletoskerjabangsaindonesia_stiebinabangsab...
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Revolusi Mental dan Peningkatan Kesejahteraan Sosial
Revolusi Mental dan Peningkatan Kesejahteraan SosialRevolusi Mental dan Peningkatan Kesejahteraan Sosial
Revolusi Mental dan Peningkatan Kesejahteraan Sosial
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiah
 
Etika berbisnis dalam islam
Etika berbisnis dalam islamEtika berbisnis dalam islam
Etika berbisnis dalam islam
 
Spe Bab9
Spe Bab9Spe Bab9
Spe Bab9
 
Etika bisnis dalam bidang produksi, konsumsi dan distribusi
Etika bisnis dalam bidang produksi, konsumsi dan distribusiEtika bisnis dalam bidang produksi, konsumsi dan distribusi
Etika bisnis dalam bidang produksi, konsumsi dan distribusi
 
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
 
Etika bisnis-islam-konvensional
Etika bisnis-islam-konvensionalEtika bisnis-islam-konvensional
Etika bisnis-islam-konvensional
 
Revolusi Mental dan Pendidikan Karakter
Revolusi Mental dan Pendidikan KarakterRevolusi Mental dan Pendidikan Karakter
Revolusi Mental dan Pendidikan Karakter
 
Muhammadiyah dan pemberdayaan perempuan
Muhammadiyah dan pemberdayaan perempuanMuhammadiyah dan pemberdayaan perempuan
Muhammadiyah dan pemberdayaan perempuan
 
Makalah Kewirausahaan Islami (Kelompok 1)
Makalah Kewirausahaan Islami (Kelompok 1)Makalah Kewirausahaan Islami (Kelompok 1)
Makalah Kewirausahaan Islami (Kelompok 1)
 
Rev roadmap gnrm 2015 2019 20 juli 2016 (1) final (1)
Rev roadmap gnrm 2015 2019 20 juli 2016 (1) final (1)Rev roadmap gnrm 2015 2019 20 juli 2016 (1) final (1)
Rev roadmap gnrm 2015 2019 20 juli 2016 (1) final (1)
 
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Politik (AIK 3)
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Politik (AIK 3)Muhammadiyah Sebagai Gerakan Politik (AIK 3)
Muhammadiyah Sebagai Gerakan Politik (AIK 3)
 
Konsep Bisnis Dalam Islam
Konsep Bisnis Dalam IslamKonsep Bisnis Dalam Islam
Konsep Bisnis Dalam Islam
 
Etos kerja
Etos kerjaEtos kerja
Etos kerja
 
Ruang lingkup bisnis syariah
Ruang lingkup bisnis syariahRuang lingkup bisnis syariah
Ruang lingkup bisnis syariah
 

Similar to Pembentukan Model Amalan Keusahawanan Sosial Islam dalam kalangan USBM

1 konstruksi model
1 konstruksi model1 konstruksi model
1 konstruksi modelbayu silvat
 
Social enterpreneurship issue” ok
Social enterpreneurship issue” okSocial enterpreneurship issue” ok
Social enterpreneurship issue” okRita Hendriani
 
Sebi social entrepreneurship
Sebi social entrepreneurshipSebi social entrepreneurship
Sebi social entrepreneurshipMuhammad Zen
 
Brief Note-18-2015-kewirausahaan sosial
Brief Note-18-2015-kewirausahaan sosialBrief Note-18-2015-kewirausahaan sosial
Brief Note-18-2015-kewirausahaan sosialprimahendra
 
Pertanggungjawaban sosial pabrik rokok alaina ditinjau dari etika bisnis islam
Pertanggungjawaban sosial pabrik rokok alaina ditinjau dari etika bisnis islamPertanggungjawaban sosial pabrik rokok alaina ditinjau dari etika bisnis islam
Pertanggungjawaban sosial pabrik rokok alaina ditinjau dari etika bisnis islamAn Nisbah
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAfrinaRazak
 
Makalah dampak kewirausahan terhadap perekonomian
Makalah dampak kewirausahan terhadap perekonomianMakalah dampak kewirausahan terhadap perekonomian
Makalah dampak kewirausahan terhadap perekonomianSeptian Muna Barakati
 
islamic social reporting
islamic social reportingislamic social reporting
islamic social reportingsultan mubarok
 
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...PT. PLN (Persero)
 
Konsep Kewirausahaan Islami
Konsep Kewirausahaan IslamiKonsep Kewirausahaan Islami
Konsep Kewirausahaan IslamiFkip Sda7
 
Amalan Terbaik dalam Kesejahteraan Sosial.pptx
Amalan Terbaik dalam Kesejahteraan Sosial.pptxAmalan Terbaik dalam Kesejahteraan Sosial.pptx
Amalan Terbaik dalam Kesejahteraan Sosial.pptxYuveneish
 

Similar to Pembentukan Model Amalan Keusahawanan Sosial Islam dalam kalangan USBM (20)

Keusahawanan Sosial - Kapt Dr Mohd Adib - PSIS 2022.pdf
Keusahawanan Sosial - Kapt Dr Mohd Adib - PSIS 2022.pdfKeusahawanan Sosial - Kapt Dr Mohd Adib - PSIS 2022.pdf
Keusahawanan Sosial - Kapt Dr Mohd Adib - PSIS 2022.pdf
 
1 konstruksi model
1 konstruksi model1 konstruksi model
1 konstruksi model
 
Bidan sebagai social entrepreneur
Bidan  sebagai  social entrepreneurBidan  sebagai  social entrepreneur
Bidan sebagai social entrepreneur
 
Social enterpreneurship issue” ok
Social enterpreneurship issue” okSocial enterpreneurship issue” ok
Social enterpreneurship issue” ok
 
Makalah Sociopreneur
Makalah SociopreneurMakalah Sociopreneur
Makalah Sociopreneur
 
Sebi social entrepreneurship
Sebi social entrepreneurshipSebi social entrepreneurship
Sebi social entrepreneurship
 
Brief Note-18-2015-kewirausahaan sosial
Brief Note-18-2015-kewirausahaan sosialBrief Note-18-2015-kewirausahaan sosial
Brief Note-18-2015-kewirausahaan sosial
 
Pertanggungjawaban sosial pabrik rokok alaina ditinjau dari etika bisnis islam
Pertanggungjawaban sosial pabrik rokok alaina ditinjau dari etika bisnis islamPertanggungjawaban sosial pabrik rokok alaina ditinjau dari etika bisnis islam
Pertanggungjawaban sosial pabrik rokok alaina ditinjau dari etika bisnis islam
 
Bab i non ref
Bab i non refBab i non ref
Bab i non ref
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
CSR
CSRCSR
CSR
 
Csr dalam tinjaun islam
Csr dalam tinjaun islamCsr dalam tinjaun islam
Csr dalam tinjaun islam
 
43005 13-980429387195
43005 13-98042938719543005 13-980429387195
43005 13-980429387195
 
Materi Manajemen Aksi
Materi Manajemen AksiMateri Manajemen Aksi
Materi Manajemen Aksi
 
Makalah dampak kewirausahan terhadap perekonomian
Makalah dampak kewirausahan terhadap perekonomianMakalah dampak kewirausahan terhadap perekonomian
Makalah dampak kewirausahan terhadap perekonomian
 
islamic social reporting
islamic social reportingislamic social reporting
islamic social reporting
 
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...
 
Konsep Kewirausahaan Islami
Konsep Kewirausahaan IslamiKonsep Kewirausahaan Islami
Konsep Kewirausahaan Islami
 
Csr etika bisnis
Csr etika bisnisCsr etika bisnis
Csr etika bisnis
 
Amalan Terbaik dalam Kesejahteraan Sosial.pptx
Amalan Terbaik dalam Kesejahteraan Sosial.pptxAmalan Terbaik dalam Kesejahteraan Sosial.pptx
Amalan Terbaik dalam Kesejahteraan Sosial.pptx
 

More from Mohd Adib Abd Muin, Senior Lecturer at Universiti Utara Malaysia

More from Mohd Adib Abd Muin, Senior Lecturer at Universiti Utara Malaysia (20)

CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptxCU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
 
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan KakitanganCU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
 
Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...
Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...
Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...
 
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptxCU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptx
 
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptxCU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptx
 
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...
 
2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx
2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx
2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx
 
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdf
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdfCU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdf
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdf
 
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptxCU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptx
 
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptxCU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptx
 
BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdf
BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdfBAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdf
BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdf
 
Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...
Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...
Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...
 
CHAPTER 9.pptx
CHAPTER 9.pptxCHAPTER 9.pptx
CHAPTER 9.pptx
 
Pentingkah Aku!!
Pentingkah Aku!!Pentingkah Aku!!
Pentingkah Aku!!
 
Pemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptx
Pemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptxPemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptx
Pemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptx
 
CHAPTER 8. Strategic Management in Islamic Perspective
CHAPTER 8. Strategic Management in Islamic PerspectiveCHAPTER 8. Strategic Management in Islamic Perspective
CHAPTER 8. Strategic Management in Islamic Perspective
 
CHAPTER 7: Controlling in Islam
CHAPTER 7: Controlling in IslamCHAPTER 7: Controlling in Islam
CHAPTER 7: Controlling in Islam
 
DR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdf
DR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdfDR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdf
DR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdf
 
Tazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdf
Tazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdfTazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdf
Tazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdf
 
TAKLIMAT Pelajar Baru A221 by Kapt Dr Mohd Adib Abd Muin.pdf
TAKLIMAT Pelajar Baru A221 by Kapt Dr Mohd Adib Abd Muin.pdfTAKLIMAT Pelajar Baru A221 by Kapt Dr Mohd Adib Abd Muin.pdf
TAKLIMAT Pelajar Baru A221 by Kapt Dr Mohd Adib Abd Muin.pdf
 

Pembentukan Model Amalan Keusahawanan Sosial Islam dalam kalangan USBM

  • 1. Pembentukan Model Amalan Keusahawanan Sosial Islam Dalam Kalangan Usahawan Sosial Berjaya Muslim Dr. Mohd Adib Abd Muin Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) Universiti Utara Malaysia Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 1
  • 2. Pengenalan Keusahawanan sosial Islam (KSI) adalah satu konsep yang berdasarkan perspektif Islam yang mana ia berpandukan kepada sumber hukum utama dalam Islam iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah. KSI yang digariskan juga merujuk kepada perjalanan sirah hidup baginda Nabi Muhammad SAW semasa baginda Nabi SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah dan juga telah menunjukkan hasil kejayaan yang cemerlang oleh baginda Nabi SAW dalam mengislahkan golongan masyarakat Arab Quraisy di Kota Mekah. KSI yang diperkenalkan ini adalah alternatif kepada amalan keusahawanan sosial Barat yang hanya tertumpu kepada satu bentuk hubungan sahaja iaitu hanya tertumpu di dunia semata-mata, malah hanya terhad dalam konteks memenuhi keperluan sosial. 2 Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin
  • 3. Objektif Keusahawanan Sosial Islam (KSI) KSI ini juga telah menjadi salah satu aktiviti yang menyumbang kepada pengukuhan ekonomi dan sosial masyarakat kerana tujuan aktiviti KSI ini dilakukan adalah seperti berikut (Mohd Adib et. al, 2017): • Mendapatkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT. • Menjadikan nilai dan akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan dalam melaksanakan aktiviti kebajikan. • Mengatasi masalah riba yang berleluasa dengan mewujudkan aktiviti KSI. • Membasmi masalah ekonomi dan sosial melalui penglibatan USBM secara langsung. • Meningkatkan nilai kemasyarakatan dalam kehidupan. • Mengatasi masalah-masalah sosial masyarakat terutamanya golongan belia remaja. • Meningkatkan hubungan sillaturahim antara USBM dengan masyarakat. • Mengalirkan sumber kekayaan dan keuntungan kepada golongan yang susah dan memerlukan. • Mengikis sifat tamak haloba dalam mencari harta dunia. • Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 3
  • 4. Samb… Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu” (Terjemahan surah al-Nisa’: 29) Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 4
  • 5. Ciri-Ciri Usahawan Sosial Berjaya Muslim (USBM) USBM adalah golongan usahawan yang mempunyai daya keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kemampuan, pemikiran yang berjaya dalam bidang yang diceburi serta dapat dapat melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti sosial kemasyarakatan selari dengan kerangka Islam. Di samping itu, USBM juga dapat memberi impak yang positif terhadap pembangunan nilai sosial institusi disekeliling. Justeru itu, kupasan artikel ini berkenaan amalanKSI dalamkalangan USBM dibincangkan seperti berikut: • USBM yang berjaya dalambidang keusahawanan sosial yang diceburi baik di peringkat nasional ataupunantarabangsa. • USBM yang telah dan akan mendapat pengiktirafan dari badan kerajaan atau institusi keusahawanan di peringkat nasional atau antarabangsa. • USBM yang melaksanakan aktiviti KSI secara konsisten dan berpaksikankerangkaIslam. • USBM yang mempunyai matlamat dan objektif yang jelas dalamkonteks keusahawanansosial. • USBM yang memahami definisi keusahawanan sosial. • Pendekatan sosial media yang mampu memberi kesan positif terhadap amalan KSI. Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 5
  • 6. Keusahawanan Sosial • Menurut Muhammad Yunus (2010), keusahawanan sosial terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu pertama, peranan sesebuah syarikat yang melabur saham dalam sesuatu perniagaan untuk menyelesaikan masalah sosial masyarakat, di mana keuntungan yang diperolehi akan dilabur semula untuk mengembang dan meningkatkan perniagaan dalam kalangan masyarakat yang memerlukan bantuan. Jenis kedua pula ialah memperkasa dan mempertingkatkan keadaan komuniti dengan memberi bantuan kewangan tanpa faedah dan menaikkan kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat fakir dan miskin. Menurutnya lagi keusahawanan sosial bukan sebuah entiti yang bertujuan memaksimumkan keuntungan kewangan tetapi merupakan entiti yang berorientasikan matlamat sosial (social driven). • Para usahawan sosial yang terlibat merupakan insan yang cuba memberikan peluang kehidupan yang lebih baik dan sejahtera kepada masyarakat yang memerlukan. Bagi mencapai objektif dan perubahan sosial tersebut, pendekatan perusahaan (enterprise) telah dijadikanalat utama kepada inisiatif sosial yang dijalankan. • Hal ini berbeza dengan pandangan Anthony Sibillin (2010), keusahawanan sosial merupakan satu entiti perniagaan yang memberi keutamaan kepada objektif sosial yang mana lebihan keuntungan yang diperolehi akan digunakan dalam perniagaan untuk kepentingan masyarakat berbanding kepada memaksimumkan keuntungan kepada pemegang taruh dan pemilik perniagaan. Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 6
  • 7. Samb…. • Menurut Saifuddin Abdullah (2012), keusahawanan sosial bermaksud menyediakan peluang untuk semua menikmati kehidupan yang sihat, bermaruah dan bermakna; penggunaan barangan dan perkhidmatan yang berimbang dengan sistem alam; menyuburkan hubungan manusia yang berasaskan komuniti yang kukuh dan penyayang; menegakkan prinsip pasaran yang berasaskan peraturan yang baik, beretika dan manusiawi; pengagihan sumber secara berkesan dari segi kesaksamaan dan sosial; dan memenuhi ideal demokrasi. • Konsep keusahawanan sosial bukan untuk mendapatkan keuntungan dan ganjaran tetapi memperkasakan komuniti dan masyarakat yang memerlukan, meninggalkan impak positif dan menyelesaikan masalah masyarakat setempat (Khadijah Alavi et. al., 2016). Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 7
  • 8. Samb…. Menurut Muhammad Zen (2011), peranan keusahawanan sosial adalah untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat yang dapat meningkatkan keupayaan diri melalui langkah-langkah yang proaktif seperti berikut: • Mencipta kesempatan kerja kepada pelbagai kumpulan melalui minat, potensi diri dan kemahiran yang sedia ada pada individu dalam meneroka jenis pekerjaan yang lebih berinovatif. Penciptaan kerjaya baharu melalui keusahawanan sosial ini dapat meningkatkan kebolehgajian dan imej kebanggaan terhadap kerjaya yang dijalankan; • Mencipta inovasi dan kreatif baharu mengikut kehendak pasaran atau perkhidmatan yang diperlukan oleh industri, masyarakat dan menyelesaikan masalah sosial dalam komuniti setempat. Misalnya komuniti boleh memikirkan kaedah inovatif dan kreatif dalam memberi bantuan kewangan kepada mangsa banjir, pesakit kronik yang miskin, bantuan biasiswa pendidikan kepada anak-anak tercicir, kehilangan rumah akibat ribut dan gempa bumi serta kebakaran dan yang seumpama dengannya; • Modal sosial merupakan jaringan sosial yang bertujuan untuk mencipta tindakan kolektif dan solidariti yang menguntungkan antara komuniti setempat. Fukuyama (1999), meyakinkan bahawa modal sosial sangat penting dalam meningkatkan kehidupan masyarakat moden bagi pembangunan sosial komuniti dan kesejahteraan ekonomi sesebuah negara; • Meningkatkan kesamarataan dalam agihan pendapatan dalam kalangan masyarakat. Putaran pendapatan bagi kemapanan aktiviti kesukarelawanan dan memperkasa komuniti setempat dapat dicapai tanpa bergantung bantuan kewangan yang berterusan daripada pihak kerajaan atau orang ramai. Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 8
  • 9. Perbandingan Usahawan Perniagaan dan Usahawan Sosial Perbandingan antara usahawan perniagaan dan usahawan sosial adalah seperti usahawan perniagaan mengukur keberkesanan prestasi berdasarkan keuntungan manakala usahawan sosial kejayaannya diukur dari manfaat yang dirasa dan dinikmati oleh masyarakat. Selain itu, usahawan sosial menilai prestasinya berdasarkan hasil kemajuan yang dicapai dari aspek sosial dan pengurusannya tidak semata-mata kepada proses dan sains sesuatu program yang dilaksanakan (Bull & Urban, 2008; Muhammad, Jonathan & Gholam, 2010; Sawssan Saadaoui & Tym Belgaroui2014) Keusahawanan sosial tidak mencipta kekayaan dan keuntungan tetapi lebih mementingkan hasil pencapaian dan impak sosial terhadap aktiviti yang dilaksanakan namun ini tidak menghalang dari menghasilkan keuntungan. Jika seorang usahawan perniagaan berjaya membuka satu perniagaan baharu, seorang usahawan sosial akan memikirkan satu penyelesaian baharu kepada sesuatu masalah sosial dan melaksanakannya bagi memperbaiki lagi keadaan (Bull & Urban, 2008; Muhammad, Jonathan & Gholam, 2010; Sawssan Saadaoui & Tym Belgaroui, 2014). Secara rumusan, perbandingan antara usahawan peniaga dan usahawan sosial dapat dilihat pada Jadual 1 di bawah. Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 9
  • 10. Jadual 1: Perbandingan Antara Usahawan Perniagaan dan Usahawan Sosial Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 10
  • 11. Model Amalan Keusahawanan Sosial Islam Dalam Kalangan USBM (1) Konsep Keusahawanan Sosial Islam mengandungi · Konsep Khalifah · Konsep Persaudaraan · Konsep Jihad Ekonomi · Konsep Keadilan dan Keseimbangan · Konsep Memenuhi Keperluan Sosial Masyarakat · Konsep Membangun dan Meningkatkan Nilai Sosial Pemberi · Konsep al-Falah · Konsep Menyuruh Kepada Kebaikan dan Mencegah Keburukan (amar makruf wa nahi munkar) · Konsep Jaminan Sosial · Konsep Peningkatan Ekonomi Ummah · Konsep Zakat dan Wakaf · Konsep Sedekah dan Barakah · Konsep Solat, Berdoa dan Sentiasa Hadir Ke Masjid (1a) Dimensi Keusahawanan Sosial Islam (Pendekatan Imam al-Ghazali) Beriman Tingkatkan Sifat- Sifat Terpuji (Mahmudah) dalam Diri mengandungi · Taubat · Ikhlas · Takutkan Allah · Berjiwa Zuhud · Sabar · Syukur · Tawakkal · Kasih Sayang · Redha · Mengingati Mati Bertaqwa mengandungi Pendekatan Imam al- Ghazali (al-Maqasid al-Syariah) (2) Perlaksanaan Amalan Keusahawanan Sosial Islam Mengutamakan Kemaslahatan Umum dan Menolak Keburukan mengandungi · Menjaga Agama · Menjaga Nyawa · Menjaga Akal · Menjaga Keturunan · Menjaga Harta · Menjaga Maruah mengandungi Berdasarkan Sumber wahyu al-Qur’an dan as-Sunnah (4) Faktor Penglibatan Usahawan Sosial Berjaya Muslim mengandungi · Sebagai Agen Perubah · Kesedaran Agama · Perikemanusian dan Belas Ihsan · Tanggungjawab · Berkongsi Rezeki · Kasih Sayang dan Prihatin · Penyesalan Implikasi Positif Terhadap (3) Kesan Implikasi Amalan Keusahawanan Sosial Islam Meningkatkan Keuntungan Syarikat Amalan Yang Dilakukan Oleh Usahawan Sosial Berjaya Muslim · Fakir dan Miskin · Anak Yatim · Ibu Tunggal · Belia Yang Menghadapi Masalah Sosial · Golongan Tua · Orang Kelainan Upaya (OKU) mengandungi · Memberi Dana Kewangan · Memberi Bantuan Keperluan Asas · Mewujudkan Peluang Pekerjaan · Memberikan Latihan dan Bengkel Percuma · Mengambil Pekerja Dalam Kalangan OKU mengandungi Meningkatkan Ekonomi Negara mengandungi Selari dengan al- Qur’an dan as-Sunnah Mengurangkan Masalah Sosial Masyarakat mengandungi Menjadikan Kehidupan Lebih Aman dan Harmoni mengandungi · Banyak Bercakap · Banyak Makan · Pemarah · Hasad Dengki · Kedekut (Bakhil) · Kasihkan Kemegahan · Cintakan Dunia · Takabbur · Bangga Diri · Riak Jauhkan Sifat-Sifat Tercela (Mazmumah) dalam Diri Kejayaan di Dunia dan Akhirat (al-Falah) MENUJU KEPADA ALLAH SWT 1. Dengan mencapai keredhaan dan keberkatan Allah SWT. 2. Memenuhi keperluan sosial masyarakat. Melaksanakan Amalan Keusahawanan Sosial Islam (KSI) KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM 1. Berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah 2. Menggunakan kerangkan konsep Imam al-Ghazali dalam mencapai objektif syariah. 3. Mengutamakan kemaslahatan umum dan menolak keburukan. Komponen Utama Islam (Aqidah, Syariah, Akhlak) USAHAWAN SOSIAL BERJAYA MUSLIM MODEL AMALAN KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM DALAM KALANGAN USAHAWAN SOSIAL BERJAYA MUSLIM Ihsan mengandungi mengandungi mengandungi mengandungi mengandungi mengandungi Amalan Sunat (Terhadap Allah SWT) mengandungi · Istigfar dan Berzikir Kepada Allah SWT · Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW · Solat Dhuha · Membaca Al-Quran · Membaca Ayat Kursi dan Ayat Seribu Dinar · Solat Tahajjud · Berpuasa Sunat Isnin dan Khamis · Bersedekah Amalan Khusus (Terhadap Masyarakat) · Aktiviti Halal · Tiada Elemen yang Diharamkan seperti Riba, Gharar, Maisir Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 11
  • 12. Model Amalan KSI Model amalan KSI dalam kalangan USBM di atas merupakan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Adib Abd Muin, (2017). Model tersebut menunjukkan amalan yang seharusnya USBM lakukan bagi mencapai objektif KSI secara holistik. Jika di lihat elemen yang terdapat dalam model tersebut terdiri daripada beberapa elemen penting iaitu: Dimensi KSI berdasarkan perspektif maqasid syariah • Beriman • Bertaqwa • Ihsan • Tingkatkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) • Jauhkan sifat-sifat tercela (mazmumah) Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 12
  • 13. Samb.. Konsep-konsepKSI • Konsep khalifah • Konsep persaudaraan • Konsep jihad ekonomi • Konsep keadilan dan Keseimbangan • Konsep memenuhi Keperluan sosial masyarakat • Konsep membangun dan meningkatkan nilai sosial pemberi • Konsep al-Falah • Konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan • Konsep jaminan sosial • Konsep peningkatan ekonomi ummah • Konsep zakat dan wakaf • Konsep sedekahdan barakah • Konsep solat, berdoa dan sentiasa hadir ke masjid • Konsep Berlumba-lumba melakukan perkara kebaikan(Fastabiqul Khoirat) Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 13
  • 14. Samb.. Perlaksanaan amalan KSI • Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah • BerpaksikanpendekatanImamal-ghazali (maqasid syariah) • Menjaga agama • Menjaga nyawa • Menjaga akal • Menjaga keturunan • Menjaga harta • Menjaga maruah • Menjaga kemaslahatan umumdan menolak keburukan • Melaksanakanamalan umumdan khusus Kesan implikasi amalan KSI • Meningkatkankeuntungansyarikat • Meningkatkanekonomi Negara • Mengurangkan masalahsosial masyarakat • Menjadikan kehidupanlebih aman dan harmoni • Selari dengan al-Quran dan as-Sunnah Faktor-faktor penglibatan USBM dalam KSI. • Sebagai ejen perubah • Kesedaranagama • Perikemanusiaan dan belas ihsan • Tanggungjawab • Berkongsi rezeki • Kasih sayang dan prihatin • Penyesalan Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 14
  • 15. Kesimpulan Secara kesimpulan, pembentukan model amalan keusahawanan sosial Islam dalam kalangan usahawan sosial berjaya Muslim dapat memberikan gambaran secara keseluruhan tentang perlaksanaan aktiviti KSI berdasarkan al- Quran dan as-Sunnahkepada golongan usahawan. Memandangkan tajuk kajian dalam bidang keusahawanan dan perniagaan adalah sangat terhad terutamanya bidang yang melibatkan usahawan sosial yang berusaha dalam hal ehwal KSI dan ia penting dalam meningkatkan ekonomi negara maka disarankan agar pelbagai pihak mengambil bahagian dan inisiatif dalam meningkatkan pengetahuan diri untuk membantu bersama-sama meningkatkan aktiviti keusahawanan sosial Islam yang holistik. Selain dijadikan bahan bacaan tambahan dalam koleksi pengajian dan penyelidikan berdasarkan perspektif Islam, disertakan juga cadangan agar kajian yang dilakukan ini diteruskan lagi kepada generasi penyelidik yang akan datang supaya kajian ini diperluaskan dan ilmu pengetahuan tentang keusahawanan sosial Islam ini diperbanyakkan lagi di masa hadapan serta mendapat manfaat daripada kertas kerja yang dihasilkan. Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 15
  • 16. Rujukan Anthony Sibillin. (2010). “Social entrepreneurship not socialism”. Institute of Public Affairs Review, Vol. 62 (3): 34-36. David Urbano, Nuria Toledano, Domingo Ribeiro Soriano. (2010). “Analyzing social entrepreneurship from an institutional perspective: Evidence from Spain”. Journal of Social Entrepreneurship, Vol. 1(1): 54-69. Fukuyama, F. (1999). The Great Disruption: Human Nature and the Reconstitution of Social Order. New York: Free Press. Khadijah Alavi, Al Azmi Bakar, Baharudin Mohamad & Khor Siew Yee. (2016). "Anjakan paradigma perkhidmatan kesukarelawanan ke arah keusahawanan sosial", Dalam al-Azmi Bakar, Zakaria Mat Yusof, Desa Mat Rabi, Umihani Awang, Rohaizal Umar, Baharudin Mohamad, Muhammad Yusry Che Dah, Ngeow Yeok Meng, Faezah Kassim, Ponmalar N. Alagappar, Faridah Che Husain, Zamre Abu Hassan dan Wendy Yee Mei Tien (ed.), Social entrepreneurship and community engagement: Transforming societies. Selangor: Social Institute of Malaysia (ISM). Marwan Ismail & Wan Yusoff Wan Shaharuddin. (2016). Pembangunan komuniti berorientasikan keusahawanan sosial: Kajian kes organisasi bukan kerajaan di Malaysia. Dalam al- Azmi Bakar, Zakaria Mat Yusof, Desa Mat Rabi, Umihani Awang, Rohaizal Umar, Baharudin Mohamad, Muhammad Yusry Che Dah, Ngeow Yeok Meng, Faezah Kassim, Ponmalar N. Alagappar, Faridah Che Husain, Zamre Abu Hassan dan Wendy Yee Mei Tien (ed.), Social entrepreneurship and community engagement: Transforming societies. Selangor: Social Institute of Malaysia (ISM). Mohd Adib Abd Muin. (2017). Amalan Keusahawanan Sosial Islam Dalam Kalangan Usahawan: Kajian Terhadap Usahawan Sosial Berjaya Muslim Di Malaysia. (Tesis Ijazah Kedoktoran). Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis. Mohd Adib Abd Muin, Shuhairimi Abdullah, Azizan Bahari, Abdul Jalil Ramli, Noor Salwani Hussin, Jamsari Jamaluddin, Zainab Ahmad & Nur Suriaty Daud. (2018). Model of Islamic Social Entrepreneurship: A Study on Successful Muslim Social Entrepreneur in Malaysia. MATEC Web of Conferences 150, 05093 (2018). https://doi.org/10.1051/matecconf/201815005093 Michael Bull & Boris Urban. (2008). “Social entrepreneurship in South Africa”. International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research, Vol. 14(5): 346-364. Muhammad Reza Noruzi, Jonathan H. Westover, Gholam Reza Rahimi. (2010). “An exploration of social entrepreneurship in the entrepreneurship era”. Journal Asian Social Science, Vol. 6(6); June 2010. Keusahawanan Sosial Islam - Dr. Mohd Adib Abd Muin 16