SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
508
TREND KAJIAN TERHADAP PENGGUNA BERKAITAN PERBANKAN
ISLAM DI INDONESIA
Mutiara Dwi Sari
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang;
E-mel: mutiara_dwisari@yahoo.com; Tel: 04-6532910; Faks: 04-6570918
Abstrak
Kajian terhadap perbankan Islam berkaitan pengguna cukup banyak dijalankan di
Indonesia. Bagaimanapun kajian yang melihat semula dan menganalisis kajian-kajian
tersebut berdasarkan fokus subjek yang dikaji, tujuan dan kaedah kajian serta lokasi
kajian masih kurang dilaporkan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti dan
menganalisis kajian-kajian lepas perbankan Islam berkaitan pengguna, apakah subjek
utama yang dikaji, tujuan kajian, kaedah yang digunakan serta di kawasan mana kajian
dijalankan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan data sekunder dan
dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati meskipun terdapat
banyak kajian-kajian perbankan Islam berkaitan pengguna namun kebanyakan kajian
tertumpu pada aspek gelagat perbankan (banking behavior) dengan pembolehubah
seperti keutamaan pengguna (customers’ preference), sikap, persepsi, kesedaran
pengguna, kesetiaan, kepercayaan dan imej. Lokasi kajian didominasi oleh Pulau Jawa,
dengan menggunakan kaedah kuantitatif (tinjauan) soal selidik. Kajian ini memberikan
gambaran umum kepada pengkaji selanjutnya yang berhasrat menjalankan kajian
pengguna perbankan Islam di masa hadapan. Pengkaji perlu menumpukan pada aspek
gelagat perbankan dengan pembolehubah baru yang belum banyak diterokai, produk dan
perkhidmatan tertentu, dan pemilihan lokasi yang belum banyak diterokai. Kemudian,
pengkaji perlu membuat perbandingan antara perbezaan jenis bank, pengguna di daerah-
daerah tertentu atau perbandingan masa dalam kawasan tertentu
Kata Kunci: Perbankan Islam, Pengguna, Gelagat Perbankan dan Indonesia.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
509
PENDAHULUAN
Pada peringkat dunia sejak berdirinya bank Islam pertama Myt Ghamr pada tahun 1963,
pelbagai penyelidikan tentang perbankan Islam telah dijalankan. Seiring dengan itu
selama bertahun-tahun kajian berkaitan pengguna dalam bidang perbankan Islam telah
banyak dilakukan di dunia. Tidak terkecuali di Indonesia, kajian-kajian tentang
perbankan Islam juga giat dilakukan sejak wujudnya perbankan Islam pada tahun 1992.
Bagaimanapun dalam pemerhatian pengkaji masih kurang kajian yang berbentuk kajian
kepustakaan yang menyoroti semula dan menganalisis kajian-kajian lepas dalam bidang
perbankan Islam khasnya berkaitan pengguna. Kertas kerja ini akan mengisi
kelompangan tersebut. Oleh itu kertas kerja ini bertujuan untuk membuat analisis
kritikal ke atas kajian berkaitan pengguna dalam bidang perbankan Islam. Analisis
dilakukan berdasarkan subjek yang ditumpukan dalam kajian, tujuan dan kaedah kajian
serta lokasi kajian. Hal ini merupakan suatu yang penting bagi mendapatkan gambaran
(mapping) terperinci mengenai subjek kajian yang umum dilakukan, kaedah kajian yang
digunakan, dan di daerah atau kawasan mana dijalankan. Sehingga dapat diketahui
apakah subjek kajian yang banyak dilakukan dan yang masih kurang dilakukan. Perkara
ini berguna bagi penyelidik selanjutnya untuk menjalankan spesifik area kajian yang
masih kurang diperhatikan atau kurang dilakukan berkaitan pengguna dalam bidang
perbankan Islam.
Kertas kerja ini terbahagi kepada lima bahagian. Bahagian pertama pendahuluan,
bahagian kedua sorotan karya diikuti bahagian ketiga kaedah kajian. Bahagian keempat
pula dapatan kajian dan perbincangan. Bahagian kelima adalah kesimpulan dan
implikasi.
SOROTAN KARYA
Bahagian ini dimulai dengan membincangkan tentang hal pengguna dan gelagat
penggunaan diikuti dengan kajian berkaitan pengguna dalam bidang perbankan Islam di
dunia dan khasnya di Indonesia.
PENGGUNA DAN GELAGAT KEPENGGUNAAN
Dalam bahasa mudah, Zalina Zakaria (2007) menyatakan pengguna ialah seseorang
yang menggunakan sesuatu barangan, sama ada dibeli atau diperolehi selain dari
pembelian untuk kegunaan sendiri ataupun seisi rumahnya. Pendefinisian ini tidak jauh
berbeza dengan definisi yang diberikan oleh undang-undang perlindungan konsumen
Republik Indonesia (UUPK RI) No.8 tahun 1999, pasal 1. Berdasarkan UUPK ini,
secara jelas mendefinisikan pengguna adalah setiap orang pemakai barang dan/atau
perkhidmatan yang tersedia dalam masyarakat, baik bagi kepentingan diri sendiri,
keluarga, orang lain maupun makhluk hidup lain dan tidak untuk diperdagangkan.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
510
Namun, pengguna yang dimaksud dalam kajian ini ialah pengguna persendirian sebagai
pemakai perkhidmatan perbankan Islam.
Gelagat pengguna pula menurut Solomon (2003) boleh ditakrifkan sebagai gelagat yang
memaparkan pencarian pengguna individu ataupun kumpulan dalam membeli,
menggunakan, menilai, dan melupuskan produk, perkhidmatan, dan idea-idea yang
mereka jangkakan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. Menurut Lamb dan
Hair (2001) gelagat pengguna adalah proses seorang pelanggan dalam membuat
keputusan membeli, juga menggunakan dan mengatur barang dan jasa yang dibeli, juga
termasuk faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pembelian dan penggunaan
produk.
Kepenggunaan mempunyai peranan penting atau pilar dalam aktiviti ekonomi individu,
syarikat perusahaan mahupun negara. Perihal pengguna dan kepenggunaan, baik
penggunaan barangan mahupun perkhidmatan menjadi satu persoalan yang penting
dalam kajian ekonomi Islam dan merupakan salah satu elemen dalam ekonomi Islam
selain aspek produksi (production), pengagihan (distribution) (Yahia Abdul Rahman,
1994; Marthon, 2004). Sebagaimana yang diketahui pengguna merupakan salah satu
pemegang berkepentingan dalam sebuah industri termasuklah industri perbankan Islam.
Khas di Indonesia pengguna merupakan sumber dana (dana pihak ketiga) yang
memainkan peranan penting dalam perkembangan aset perbankan Islam. Sebahagian
besar dana perbankan Islam iaitu 87.2% berasal daripada dana pihak ketiga (DPK) yang
merujuk kepada pengguna. Oleh itu, dapat dilihat pentingnya kedudukan pengguna
dalam menyokong perkembangan IPI di Indonesia (Bank Indonesia, 2014). Maka dari
itu tidak hairanlah banyak pengkaji yang telah menjalankan kajian ke atas pengguna
yang berkaitan perbankan Islam yang akan dijelaskan pada bahagian seterusnya.
KAJIAN PENGGUNA BERKAITAN PERBANKAN ISLAM DI DUNIA
Hafsa Orhan Astrom (2013), telah menganalisis kajian-kajian ke atas pengguna
berkaitan perbankan Islam. Ia telah menemukan enam kumpulan subjek yang umum
dikaji di pelbagai negara. Keenam subjek itu ialah kepuasan pengguna (customer
satisfaction/C), kualiti perkhidmatan (service quality/ S), gelagat perbankan (banking
behavior/B) meliputi, pemilihan bank, sikap tehadap bank, kesedaran penggunaan bank,
persepsi, kesetiaan dan imej. Bahagian keempatnya adalah gabungan antara kepuasan
pengguna dan gelagat perbankan (C dan B). Kelima adalah kepuasan pengguna dan
kualiti perkhidmatan (C dan S) dan keenam iaitu menggabungkan kepuasan pengguna,
kualiti perkhidmatan dan gelagat perbankan (C, S dan B). Dalam meneliti fenomena ini
Hafsa Orhan Astrom (2013), dan telah menyimpulkan sebagaimana yang dipaparkan
dalam Jadual.1.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
511
Jadual 1: Kajian Perbankan Islam Berkaitan Pengguna
Sumber: Hafsa Orhan Astrom (2013).
Jadual.1 merupakan beberapa kajian perbankan Islam berkaitan pengguna yang telah
dijalankan di pelbagai negara. Hafsa Orhan Astrom (2013) membuat kesimpulan ini
berdasarkan kaedah literatur yang ada sepanjang tahun 1989-2013. Bertolak daripada
itu, pengkaji ini memilih jurnal yang setidaknya telah dipetik satu kali yang terdapat
dalam database yang dapat diakses oleh masyarakat umum seperti google schoolar di
sepanjang tahun 2011, 2012, 2013. Kajian yang terawal dalam bidang perbankan Islam
berkaitan pengguna adalah kajian yang dijalankan oleh Erol dan El-Bdour (1989).
Kajian ini menyoroti tentang galagat perbankan (B) di Jordan dengan melihat keutamaan
pelanggan dalam memilih perbankan Islam. Menariknya dalam kajian ini mendapati
bahawa pelanggan memilih perbankan Islam lebih kepada faktor keuntungan (profit
oriented) berbanding faktor agama. Kajian ini merupakan salah satu kajian terawal
dalam bidang perbankan Islam berdasarkan orientasi pengguna. Sehingga kini kajian
tersebut menjadi rujukan dan digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji
selanjutnya.
Berdasarkan Jadual 1, Malaysia merupakan negara yang paling banyak menjalankan
kajian perbankan Islam berkaitan pengguna, diikuti dengan Pakistan dan Bangladesh.
Manakala Indonesia etradpat dua kajian yang menumpukan kepada subjek gelagat
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
512
perbankan (B). Subjek kajian yang paling banyak dikaji adalah berkaitan gelagat
perbankan (B) sebanyak 23 kajian, diikuti dengan subjek gabungan kepuasan pelanggan
dan gelagat perbankan (C&B) dan kepuasan pelanggan, kualiit perkhidmatan dan
gelagat perbankan (C,S & B), masing-masing 8 kajian.
Kajian ini mempunyai keterhadan kerana membuat analisis berdasarkan jurnal-jurnal
antarabangasa yang diterbitkan pada tahun-tahun tertentu sahaja. Nyata, analisis ini
tidak mampu mencapai kajian-kajian perbankan Islam berkaitan pengguna yang
diterbitkan secara lokal. Hal ini tentu sahaja mengakibatkan keobjektifan kajian patut
dipersoalkan. Perkara ini diakui oleh pengkajinya, kerana adalah mustahil untuk melihat
keseluruhan penerbitan. Namun bagaimanpun ia tetap diakui bahawa analisis yang ia
jalankan tentang perbankan Islam dan gelagat pengguna berdasarkan 50 penerbitan
antarabangsa ini di nilai cukup kuat. Ertinya analisis ini mampu memberikan gambaran
keseluruhan tentang apa subjek utama ataupun yang dominan dalam kajian, sebaran area
subjek-subjek tersebut, kaedah yang digunakan dan kekuatan dan kelemahan setiap
kajian tersebut. Daripada perkara tersebut nampak “peta kajian” perbankan Islam di
dunia. Akan tetapi, kajian perbankan Islam di Indonesia dinilai masih kurang (hanya dua
kajian) dalam area gelagat perbankan (banking behavior). Meskipun demikian
sebagaimana yang dinyatakan, terhadnya jumlah jurnal yang dianalisis dan tiadanya
jurnal lokal yang diambil kira mengakibatkan terdapat kelompangan dalam kajian
tersebut. Justeru itu kajian perbankan Islam berdasarkan pengguna khas di Indonesia
perlu diteliti dan dilihat semula. Perkara ini akan dibincangkan dalam bahagian
selanjutnya.
KAJIAN PENGGUNA PERBANKAN ISLAM DI INDONESIA
Sejak berdirinya perbankan Islam di Indonesia tahun 1992 dengan berdirinya Bank
Muamalat Indonesia (BMI). Pada tahun pertama beroperasinya bank Islam ini iaitu
tahun 1992 kerajaan Indonesia mengeluarkan undang-undang No 7 Tahun 1992 tentang
perbankan Indonesia. Namun dalam undang-undang ini istilah perbankan Islam belum
dinyatakan secara tegas, ianya hanya dinyatakan sebagai ”bank berdasarkan prinsip bagi
hasil”. Setelah reformasi terjadi tahun 1998 kerajaan meminda undang-undang tahun
1992 tersebut dan menerbitkan undang-undang No. 10 Tahun 1998 tentang perbankan
Indonesia yang memberikan landasan hukum yang lebih kuat bagi keberadaan sistem
perbankan Islam. Tidak seperti dalam undang-undang tahun 1992 dimana istilah
perbankan Islam dinyatakan secara implisit, dalam undang-undang ini penyebutan ”bank
berdasarkan prinsip bagi hasil” telah diubah menjadi ”bank berdasarkan prinsip
syari’ah” atau yang disingkat ”perbankan syari’ah”. Berdasarkan undang-undang ini,
secara rasmi atau secara undang-undang istilah perbankan Islam di Indonesia disebut
dengan perbankan syari’ah. Peraturan ini menjadi kekuatan pihak-pihak berkepentingan
dalam perbankan Islam untuk lebih aktif melakukan pelbagai aktiviti bagi kemajuan
perbankan Islam. Pada masa ini juga terbukanya kesempatan kepada para sarjana di
universiti-universiti Indonesia dengan disokong sepenuhnya oleh Bank Indonesia
sebagai bank sentral untuk menjalankan kajian-kajian dalam area perbankan Islam demi
kemajuan perbankan Islam tersebut. Oleh itu menurut Dian Ediana Rae (2008); Bank
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
513
Indonesia (2002), perkembangan perbankan syari’ah yang signifikan baru terjadi setelah
dikuatkuasakannya undang-undang No. 10 Tahun 1998 tentang perubahan undang-
undang No. 7ahun 1992. Berlakunya undang-undang No. 10 Tahun 1998 tersebut telah
memberikan asas hukum yang lebih kuat dan peluang yang lebih besar dalam
pengembangan perbankan Islam di Indonesia. Justeru itu kebanyakan kajian-kajian
dalam area perbankan Islam juga mulai giat dilakukan pada tahun 2000-an. Jadual 2
mempamerkan ringkasan beberapa kajian dijalankan tentang pemilihan IPI di Indonesia.
Jadual 2. Kajian Perbankan islam Berkaitan Pengguna di Indonesia
Pengkaji/Tahun Tajuk Daerah/Kawasan Subjek
1. 10 kajian Bank
Indonesia dan
Universiti-
Universiti di
Indonesia (2000-
2004)
Potensi Preferensi dan
Perilaku Masyarakat
Terhadap Bank Syari’ah.
Sumatera Utara,
Sumatera Barat,
Jambi, Sumatera
Selatan, Jakarta,
Jawa Barat, Jawa
Tengah dan
Yogyakarta, Jawa
Timur, Kalimantan
Selatan dan
Sulawesi Selatan.
Gelagat
perbankan (B):
Keutamaan
pelanggan
(preference).
2. Delta
Khoirunnisa.
(2003)
Consumers’ Preference
Toward Islamic banking:
Case Study in Bank
Muamalat Indonsia and
Bank BNI Syariah
Jakarta dan
Yogyakarta.
Gelagat
perbankan (B):
Keutamaan
pelanggan
(customers’prefe
rence).
3. Adiwarman
Karim dan Adi
Zakaria Affif
(2006).
Islamic Banking
Consumer Behaviour in
Indonesia: A Qualitative
Approach
Jakarta, Surabaya,
Bandung,
Jogyakarta dan
Pekanbaru
Kepuasan
pelanggan,
kualiti
perkhidmatan
dan Gelagat
Perbankan (C,
S.&B):
segmentasi
pengguna,
kecenderungan
dan sikap,
persepsi dan
imej
4. Aiyub. (2007) Potensi, Preferensi dan
Perilaku Masyarakat
Nanggroe Aceh
darussalam
Gelagat
perbankan (B):
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
514
terhadap Bank Syariah. (NAD). Keutamaan
pengguna
(preference) dan
pengetahuan
masyarakat
terhadap
perbankan Islam.
5. Harif Amali
Rivai, Niki
Nukviarman.,
Syafrizal, Syukri
Lukman, Fery
Andrianus dan
Masrizal.
(2007).
Identifikasi Faktor
Penentu Keputusan
Konsumen Dalam
Memilih Khidmad
Perbankan: Bank Syariah
vs Bank Konvensional di.
Sumatera Barat. Gelagat
Perbankan (B):
Keutamaan
pengguna
(preferences)
perbankan Islam.
6. Muhamad
Abduh dan
Mohd Azmi
Omar. (2010).
Who patronizes Islamic
banks in Indonesia?
Bogor, Jawa Barat. Gelagat
perbankan (B):
Keutamaan
pengguna
(preference).
7. Rifki Ismal
(2011)
Depositors’ withdrawal
behavior in Islamic
banking: case of
Indonesia.
Indonesia (umum) Gabungan tiga
bahagian:
kepuasan
pelanggan,
kulaiit
perkhidmatan
dan gelagat
perbankan
(C,S& B).
8. Muhlis (2011) Perilaku menabung di
Perbankan Syari’ah.
Jawa Tengah. Gelagat
Perbankan (B):
Keutamaan
pengguna
(preference) dan
motif pemilihan
perbankan Islam.
9. Erna
Rachmawati dan
Ekki
Syamsulhakim
(2004).
Factors Affecting
Mudaraba Deposits in
Indonesia
Indonesia (umum). Gelagat
perbankan dan
Kepuasan
Pelanggan (C &
B): Motivasi
pengguna.
10. Sunaryo (2012). Kesetiaan pelanggan
Muslim di perbankan
Syari’ah.
Malang, Jawa
Tengah
Kepuasan
Pelanggan,
Kualiti
perkhidmatan
dan Gelagat
perbankan
(C,S&B) :
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
515
Kesetiaan,
kepercayaan
pelanggan dan
imej.
11. Dian Anggraece
Sigit Parawansa
(2013)
Kesan perantara kepuasan
dan komitmen pada
hubungan antara kualiti
perkhidmatan dan
kesetiaan pelanggan pada
bank Islam.
Sulawesi Kepuasan
pelanggan,
kualiti
perkhitmatan
dan gelagat
perbankan (C,
S&B).
12. Lembaga MARS
(2014).
Studi Pasar dan Perilaku
Nasabah Bank Syariah
Jakarta Gelagat
perbankan (B):
Keutamaan
(preference) dan
motivasi
pengguna.
13. Wahyu Tri
Setyobudi,
Sudarso Kaderi
Wiryono,
14. Reza Ashari
Nasution dan
Mustika Sufiati
Purwanegara
(2014).
Exploring implicit and
explicit
attitude toward saving at
Islamic bank
Jakarta Gelagat
perbankan (B):
Sikap pengguna
(implicit dan
explicit attitude).
15. Sik Sumaedi,
Rosa Juniarti
dan I gede
Mahatma Yuda
Bakti (2015).
Understanding trust and
commitment of individual
saving customers in
Islamic Banking.
Indonesia (umum). Gelagat
perbankan (B):
Komitmen,
kepercayaan dan
ego.
Analisis kajian pengguna dalam area perbankan Islam di Indonesia ini dilakukan bertitik
tolak kepada kajian Hafsa Orhan Astrom (2013) iaitu dengan melihat subjek-subjek
yang umum dikaji, wilayah kajian dan kaedah yang digunakan. Berdasarkan Jadual 2,
Terdapat 23 kajian yang dijalankan oleh pengkaji yang tersebar di kawasan Jawa,
Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi yang dijadikan lokasi kajian. Dapatan ini akan
dianalisis menurut subjek kajian dan tujuan kajian, kaedah kajian, kaedah kajian dan
kawasan kajian.
Bank Indonesia bekerjasama dengan 10 universiti terkemuka di Indonesia telah
menjalankan kajian tentang keutamaan pengguna terhadap perbankan Islam pada
rentang masa 2000-2005. Kajian ini dijalankan pada 10 Provinsi yang melibatkan lebih
dari 10.000 responden. Selanjutnya daripada kesemua kajian yang dijalankan, dapat
diambil kesimpulan dan kesamaan hasil yang utama. Kesemua kajian menumpukan pada
subjek yang termasuk dalam area gelagat perbankan (B) Kajian tentang pengguna
berkaitan gelagat perbankan ini meliputi pemilihan perbankan Islam, umumnya
menjadikan pemboleh ubah seperti persepsi, keutamaan pengguna, sikap sebagai
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
516
pemboleh ubah bebas. Sementara itu kajian Muhlis (2011), mengkaji tentang perilaku
menyimpan di perbankan Islam yang mendapat faktor rasional (keuntungan) sebagai
faktor utama sebagai motif menyimpan. Disamping itu kajian ini juga mendapati
mendapati pedebatan terbuka tentang hukum bunga bank haram atau tidak antara dua
organisasi Islam NU (Nahdatul Ulama) dan Muhammadiyah menjadi antara faktor
penting lambatnya pertumbuhan perbankan Islam. Begitu juga dalam kajian Muhamad
Abduh dan Mohd Azmi Omar (2010) yang melihat gelagat perbankan pengguna iaitu
keutamaan-keutamaan pengguna dalam memilih perbankan Islam. Disamping itu kajian
ini juga mendapat bahawa dikeluarkannya fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) pada
tahun 2004 tentang hukum haramnya bunga bank konvensional memberikan pengaruh
terhadap gelagat pengguna untuk memilih perbankan Islam tetapi kurang signifikan.
Satu kajian berkaitan subjek kepuasan pelanggan yang digabungkan dengan gelagat
perbankan (C& B) ditemukan dalam kajian Erna Rachmawati dan Ekki Syamsulhakim
(2004). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi pendeposit
menyimpan wangnya di bank-bank Islam Indonesia. Kajian mendapati bahawa
pendeposit tertarik untuk meletakkan wang mereka di bank-bank Islam Indonesia
disebabkan lebih kepada pemaksimuman keuntungan, iaitu faktor agama bukan yang
utama. Erna Rachmawati dan Ekki Syamsulhakim (2004) membuat kajian tentang faktor
yang mempengaruhi pendeposit menyimpan wangnya di bank-bank Islam Indonesia.
Penemuan ini kajian ini, bahawa pendeposit tertarik untuk meletakkan wang mereka di
bank-bank Islam Indonesia disebabkan lebih kepada pemaksimuman keuntungan, iaitu
faktor agama bukan yang utama.
Selanjutnya, tujuh kajian yang menggabungkan subjek C,S dan B. Secara umum ketujuh
kajian ini mempunyai tujuan yang relatif sama iaitu untuk mengetahui kepuasan
pelanggan yang dihubungan dengan kualiti perkhidmatan perbankan Islam yang
mempengaruhi gelagat perbankan mereka. Kajian-kajian sebegini ditemui antaranya
dalam kajian Adiwarman Karim dan Adi Zakaria Affif (2006); Sunaryo (2012); Dian
Anggraece Sigit Parawansa (2013). Perbincangan dan analisis seterusnya mengenai
perkara ini terdapat dalam dapatan dan perbincangan.
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan mengambil kajian-kajian lepas
perbankan Islam bedasarkan pengguna dalam masa 2000-2015. Data-data sekunder ini
diperolehi daripada laporan rasmi Bank Indonesia yang tersedia dalam laman web Bank
Indonesia, jurnal-jurnal berwasit dengan akses terbuka, tesis yang tersedia secara talian
dan prosiding seminar. Bagaimanapun tidaklah mudah untuk mengumpulkan
keseluruhan kajian berkaitan pengguna dalam area perbankan Islam yang telah
dijalankan. Hal ini disebabkan oleh perkara teknikal sehingga sebahagian pengkaji di
Indonesia belum menerbitkan hasil kajiannya sehingga menjadi sukar untuk diakses
secara meluas. Namun demikian kertas kerja ini cukup memberikan gambaran umum
tentang kajian berkaitan pengguna dalam bidan perbakan Islam yang telah dijalankan.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
517
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Pada era 2000-an cukup banyak kajian-kajian yang dijalankan berkaitan dengan
pengguna dalam bidang perbankan Islam. Dalam kertas kerja ini 23 kajian lepas yang
dijalankan oleh pengkaji meliputi 28 kawasan. Misalnya kajian Bank Indonesia ini
meliputi Kabupaten dan Provinsi di Jawa, Kalimantan dan Sumatera. Secara asasnya
kesepuluh kajian ini mempunyai satu tujuan yang sama iaitu bagi mendapatkan
gambaran atau pemetaan (mapping) bagi melihat potensi pengembangan jaringan
perbankan Islam. Kemudian mengenal pasti karakteristik kelompok masyarakat dan
gelagatnya terhadap perbankan Islam serta mengetahui keutamaan masyarakat dalam
memilih perbankan Islam (Syahyuti, 2005). Selain itu beberapa kajian perbankan Islam
berkaitan pengguna yang telah dijalankan di Indonesia, antaranya Delta Khoirunnisa
(2003); Harif Amali Rivai, Niki Nukviarman; Adiwarman A. Karim dan Adi Zakaria
Affif (2006); Aiyub (2007); Muhammad Abduh dan Muhammad Azmi Omar (2007);
Muhlis (2011); Rifki Ismal (2011) dan yang terbaru Sik Sumaedi, Rosa Juniarti dan I
gede Mahatma Yuda Bakti (2015). Berikut dalam Jadual 3 dipaparkan gambaran umum
analisis yang dilakukan:
Jadual 3: Penyebaran Subjek Kajian berkaitan Pengguna Perbankan Islam
Kawasan (berdasarkan
pulau utama)
C. S. B. C.&S. C.&B. C.&S.
&B.
Jumlah
Jawa - - 11 - 4 15
Sumatera - - 6 - - 1 7
Kalimantan - - 1 - - - 1
Sulawesi - - 1 - - 1 2
Papua - - - - - - -
Indonesia umum - - 1 - 1 1 3
Jumlah - - 20 - 1 7 28
C= Kepuasan pelanggan (customers’ satisfaction).
S= Kualiti perkhidmatan (service quality).
B=Gelagat perbankan (banking behavior).
Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa umumnya pengkajian perbankan Islam berkaitan
pengguna tertumpu pada satu subjek (B) meliputi pemilihan bank iaitu 20 kajian dan
tujuh yang menggabungkan C, S dan B. Manakala hanya satu kajian ditemukan yang
menggabungkan subjek C dan B. Sama dengan kajian perbankan Islam berkaitan
pengguna yang dijalankan di dunia, kebanyakan kajian adalah tertumpu pada subjek B.
meliputi penentu pemilihan, keutamaan pelanggan (customers’ preference), persepsi dan
sikap. Kajian-kajian tersebut bertujuan untuk melihat keutamaan pelanggan dalam
memilih perbankan Islam. Dalam hal ini para pengkaji membahagikannya kepada dua
faktor utama iaitu faktor agama (emosional) dan faktor ekonomi, keuntungan (rasional).
Disamping isu-isu tersebut terdapat juga peranan kerajaan dan ulama dihubungkan
dengan gelagat perbankan (Muhamad Abduh dan Mohd Azmi Omar, 2010; Muhlis,
2011).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
518
Manakala kajian yang menggabungkan subjek C,S dan B, misalnya dalam kajian Dian
Anggraece Sigit Parawansa (2013) adalah meneliti aspek kualiti dan hubungannya
dengan kepuasan, kepercayaan serta komitmen pelanggan perbankan Islam. Namun
dalam kajian Sunaryo (2012) yang juga menggabungkan subjek C,S dan B pengkaji ini
telah menambahkan faktor religiositi sebagai pembolehubah pencelah. Pembahagian
kawasan dalam Jadual. 2 berdasarkan kepada pulau-pulau utama besar (utama) di
Indonesia. Kebanyakan kajian-kajian ini banyak dilakukan di kawasan Pulau Jawa
sebagai tempat kajian. Kaedah yang umum dilakukan adalah kaedah tinjauan (survey)
dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan responden pengguna perbankan
Islam. Hanya satu kajian iaitu Adiwarman Karim dan Adi Zakaria Affif (2006) yang
menggunakan kaedah kualtitatif (temubual mendalam dan Focus Group Discusioon
(FGD). Kajian ini bertujuan untuk membuat segmentasi dan perilaku pelanggan terhadap
bank Islam. dengan pendekatan value graphic map dan service orientation. Kajian ini
menghasilkan tiga segmentasi pasar perbankan syariah, iaitu syariah loyalist, floating
mass dan conventional loyalist. Satu kajian yang menggabungkan C dan B iaitu kajian
Rifki Ismal (2011) yang melihat faktor keuntungan atau ekonomi yang memberikan
kepuasan pelanggan sehingga mereka tetap menyimpan wangnya di perbankan Islam.
Meskipun kajian perbankan Islam berdasarkan pengguna cukup banyak dijalankan di
Indonesia namun terdapat beberapa ruang yang patut menjadi perhatian bagi pengkaji
selanjutnya. Setidaknya ada empat perkara yang sepatutnya dilihat oleh pengkaji dimasa
hadapan. Pertama, pengkaji yang ingin meneliti perbankan Islam sepatutnya
menumpuka perhatian pada spesifik produk atau perkhidmatan dalam perbankan Islam.
Kedua, Menumpukan (concentrate) pada aspek gelagat perbankan baru seperti
kesetiaan, imej dan kepercayaan (trust), personaliti. Ketiga, Memilih negara atau
kawasan yang belum banyak menjalankan kajian tentang perbankan Islam. Keempat,
membuat perbandingan antara perbezaan jenis bank, pengguna, negara-negara atau
perbandingan masa dalam negara tertentu.
Kemudian berdasarkan pemerhatian semula kajian-kajian perbankan Islam di Indonesia
kebanyakan bertumpu di Pulau Jawa dan diperingkat Provinsi (Syahyuti, 2005; Bank
Indonesia, 2014). Oleh itulah Bank Indonesia (2014) menyatakan bahawa wilayah Jawa
termasuk Jakarta menunjukkan pertumbuhan yang relatif tinggi berbanding industri IPI
keseluruhan. Hal ini membuktikan bahawa terdapat relevansi hubungan antara
penyelidikan atau kajian dengan kemajuan perbankan Islam. Ertinya kajian-kajian
akademik perbankan Islam yang dijalankan memberikan sumbangan yang signifikan
terhadap kemajuan perbankan Islam.
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN KETERBATASAN KAJIAN
Pengguna merupakan salah satu pihak berkepentingan yang berperanan dalam kemajuan
perbankan Islam. Jumlah penduduk di Indonesia 250 juta orang dan sekitar 80% atau
200 juta daripada jumlah tersebut merupakan pengguna. Besarnya jumlah pengguna ini
merupakan keuatan pasar di Indonesia dan dilihat sebagai potensi bagi sesebuah
industri, termasuk industri perbankan Islam di Indonesia. Oleh itu wajarlah jika banyak
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
519
pengkaji atau para sarjana yang menjalankan kajian perbankan Islam berdasarkan faktor
pengguna. Tumpuan para pengkaji Indonesia dalam mengkaji aspek pengguna ini
tertumpu pada subjek gelagat perbankan (B) dan tempat kajian didominasi dalam
kawasan sekitar Pulau Jawa diperingkat Provinsi. Mankala untuk kaedah kajian yang
digunakan, hanya satu kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif, manakala
selebihnya menggunakan pendekatan kuantitatif. Justeru itu terdapat subjek dan
kawasan lain yang masih kurang mendapat perhatian para pengkaji. Perkara ini
merupakan peluang bagi pengkaji seterusnya bagi mengisi kelompangan-kelompangan
kajian. Dalam menjalankan kajian perbankan Islam berkaitan pengguna selanjutnya para
pengkaji dapat menumpukan di kawasan luar Jawa dan lebih melihat lebih fokus ke
peringkat Kabupaten. Hal ini disebabkan oleh luasnya kawasan Provinsi (34 Provinsi)
yang terdiri daripada 415 Kabupaten dan 98 Kotamadya. Setiap Provinsi memiliki
banyak Kabupaten yang mempunyai karakteristik dan sikap masyarakatnya yang
berbeza antara satu dengan yang lainnya. Bagaimanapun kertas kerja ini mempunyai
keterbatasan iaitu tidak semua kajian yang dapat disorot dan dianalisis. Misalnya kajian-
kajian berbentuk tesis Sarjana dan Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan dan tidak
terdapat dalam talian (online). Ataupun kajian-kajian lain yang tidak diterbitkan
sehingga terlepas daripada perhatian pengkaji.
RUJUKAN
Adiwarman A. Karim & Adi Zakaria Affif. (2006). Islamic Banking Consumer
Behaviour in Indonesia: A Qualitative Approach. 6th
Conference On Islamic
Economics and Finance, Jakarta, Indoneisa, 52.
Aiyub. (2007). Analisis prilaku masyarakat terhadap keinginan menabung dan
memperoleh pembiayaan pada perbankan Syari;ah di nanggroe Aceh
Darussalam. Jurnal E-Mabis FE-Unimal, 8 (1), 1-17.
Dian Anggraece Sigit Parawansa. (2013). Kesan perantara kepuasan dan komitmen pada
hubungan antara kualiti perkhidmatan dan kesetiaan pelanggan pada bank Islam.
Tesis Doktor falsafah, Universiti Utara Malaysia.
Direktorat Penataan Daerah, Otonomi Khusus Dan Dewan Pertimbangan Otonomi
Daearh Direktorat Jenderal Otonomi Daerah, Kementerian Dalam Negeri
Republik Indonesia. (2014). Muat turun 17 November 2015, dari laman web otda
kemendagri.go.id/images/file/data_dan_informasi/seputar_otda/total_daerah_oto
nom.pdf.
Delta Khoirunnisa. (2003). Consumers’ preference toward Islamic banking: Case study
ini Bank Muamalat Indonesia Jakrta dan Bank BNI Syariah Yogyakarta.
IQTISAD Journal of Islamic Economics, 4 (2), 145-168.
Erna Rachmawati & Ekki Syamsulhakim. (2004). Factors Affecting Mudaraba Deposits
in Indonesia. Journal of Faculty of Economics Padjajaran University.
Erol, C. and El-Bdour, R. (1989). Attitudes, behaviour and patronage factors of bank
customers towards Islamic banks. International Journal of Bank Marketing,
7(6), 31-37.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
520
Harif Amali Rivai, Niki Nukviarman, Syafrizal., Syukri Lukman, Fery Andrianus dan
Masrizal. (2007). Identifikasi faktor penentu keputusan konsumen dalam memilih
khidmad perbankan: Bank syariah vs bank konvensional. Laporan penyelidikan.
Bank Indonesia dan Universitas Andalas.
Hafsa Orhan Astrom. (2013). Survey on customer related studies in Islamic Banking.
Journal of Islamic Marketing, 4 (3), 294-305.
Marthon, S. A. (2004). Ekonomi Islam Ditengah Krisis ekonomi Global, Maktabah Ar
Riyadh, Saudi Arabia. Xii, 64, 66, 43 penterjemah Ahmad Ichrom &
Diyamuddin, Editor Fauzi fauzan & Helmi Murad, Jakarta, penerbit Zikrul
hakim.
Muhammad Abduh dan Mohd Azmi Omar. (2010). Who patronizes Islamic banks in
Indonesia?. Australian Journal of Islamic Law, Management and Finance, 1 (1).
Muhlis. (2011). Perilaku menabung di perbankan syariah Jawa Tengah. Disertasi
Fakultas Ilmu Ekonomi, Unversitas Diponegoro.
Lembaga MARS. (2014). Studi Pasar dan Perilaku Nasabah Bank Syariah. Muat turun
Muat turun pada 17 November 2015, daripada laman web
www.marsindonesia.com/produscts/business-reports/studi-pasar-bank-syariah-
di-indonesia-2014.
Solomon. (1999). Consumer behavior: buying, having and being. (four edition). New
Jersey. Prentice Hall.
Yahia Abdul Rahman. (1994). Interest free Islamic banking: Lariba bank foundation for
a united and prosperous community. Kuala Lumpur, Al-Hilal Publishing.
Sik Sumaedi, Rosa Juniarti & I gede Mahatma Yuda Bakti (2015). Understanding trust
and commitment of individual saving customers in Islamic Banking. Jurnal of
Islamic Marketing, 6(3), 406-428.
Sunaryo (2012). Kesetiaan pelanggan Muslim di perbankan Syari’ah. Tesis Doktor
Falsafah, Universiti Sains Malaysia.
Syahyuti. (2005). Review dari Sepuluh Kajian BI dan 10 Penelitian Tentang Perbankan
Islam. Muat turun dari laman web Bank Indoneisa www.bi.go.id.
Rifki Ismal (2011). Depositors’ withdrawal behaviorin Islamic banking: case of
Indonesia, Humanomics 27(1), 61-76.
Wahyu Tri Setyobudi, Sudarso Kaderi Wiryono,Reza Ashari Nasution & Mustika
Sufiati Purwanegara (2014). Exploring implicit and explicit attitude toward
saving at Islamic bank. Jurnal of Islamic Marketing, 6(3), 314-330.
Zalina Zakaria (2007). Isu-isu terkini tentang pengguna di Malaysia. Jurnal Syariah,
15(2), 45-60.

More Related Content

Viewers also liked

Dynamics in law enforcement case management
Dynamics in law enforcement case management Dynamics in law enforcement case management
Dynamics in law enforcement case management Todd Bergeson
 
Producto 3 gonzález rangel belén anabel
Producto 3 gonzález rangel belén anabelProducto 3 gonzález rangel belén anabel
Producto 3 gonzález rangel belén anabelAna Rangel
 
Kaiser participant orientation - grades
Kaiser   participant orientation - gradesKaiser   participant orientation - grades
Kaiser participant orientation - gradesSandra Sampsell
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Guia de enseñanza taller power point (3)
Guia de enseñanza  taller power point (3)Guia de enseñanza  taller power point (3)
Guia de enseñanza taller power point (3)alkin10
 
Autobiografía El sujeto y su formación
Autobiografía El sujeto y su formación Autobiografía El sujeto y su formación
Autobiografía El sujeto y su formación Alecamacho8
 
Acceptance_letter_SHL_Invited_Students_2015
Acceptance_letter_SHL_Invited_Students_2015Acceptance_letter_SHL_Invited_Students_2015
Acceptance_letter_SHL_Invited_Students_2015Emily Mannos
 
Aditya letter of recommendation
Aditya letter of recommendationAditya letter of recommendation
Aditya letter of recommendationAditya Kabra
 
Daniel ortega barrera 2do c
Daniel ortega barrera   2do   cDaniel ortega barrera   2do   c
Daniel ortega barrera 2do cDaniel Ortega
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Vestimenta chol
Vestimenta cholVestimenta chol
Vestimenta cholvaldo2812
 
Bluewave Capabilities 2016
Bluewave Capabilities 2016Bluewave Capabilities 2016
Bluewave Capabilities 2016David Nix
 
Colegio de educación profesional técnicos del estado de méxico
Colegio de educación profesional técnicos del estado de méxicoColegio de educación profesional técnicos del estado de méxico
Colegio de educación profesional técnicos del estado de méxicoJoan Barbosa Hernandez
 

Viewers also liked (19)

Dynamics in law enforcement case management
Dynamics in law enforcement case management Dynamics in law enforcement case management
Dynamics in law enforcement case management
 
Producto 3 gonzález rangel belén anabel
Producto 3 gonzález rangel belén anabelProducto 3 gonzález rangel belén anabel
Producto 3 gonzález rangel belén anabel
 
Kaiser participant orientation - grades
Kaiser   participant orientation - gradesKaiser   participant orientation - grades
Kaiser participant orientation - grades
 
Chapter 13 presidency
Chapter 13 presidencyChapter 13 presidency
Chapter 13 presidency
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Guia de enseñanza taller power point (3)
Guia de enseñanza  taller power point (3)Guia de enseñanza  taller power point (3)
Guia de enseñanza taller power point (3)
 
Autobiografía El sujeto y su formación
Autobiografía El sujeto y su formación Autobiografía El sujeto y su formación
Autobiografía El sujeto y su formación
 
Acceptance_letter_SHL_Invited_Students_2015
Acceptance_letter_SHL_Invited_Students_2015Acceptance_letter_SHL_Invited_Students_2015
Acceptance_letter_SHL_Invited_Students_2015
 
Aditya letter of recommendation
Aditya letter of recommendationAditya letter of recommendation
Aditya letter of recommendation
 
Daniel ortega barrera 2do c
Daniel ortega barrera   2do   cDaniel ortega barrera   2do   c
Daniel ortega barrera 2do c
 
Study Adelaide - An Introduction
Study Adelaide - An IntroductionStudy Adelaide - An Introduction
Study Adelaide - An Introduction
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Vestimenta chol
Vestimenta cholVestimenta chol
Vestimenta chol
 
Ensayo principito
Ensayo principitoEnsayo principito
Ensayo principito
 
Bluewave Capabilities 2016
Bluewave Capabilities 2016Bluewave Capabilities 2016
Bluewave Capabilities 2016
 
Hot Topics Presentation
Hot Topics PresentationHot Topics Presentation
Hot Topics Presentation
 
Colegio de educación profesional técnicos del estado de méxico
Colegio de educación profesional técnicos del estado de méxicoColegio de educación profesional técnicos del estado de méxico
Colegio de educación profesional técnicos del estado de méxico
 
Anuragh Ravindran
Anuragh RavindranAnuragh Ravindran
Anuragh Ravindran
 

Similar to TREND KAJIAN PENGGUNA

Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Psikologi industri dan organisasi revisi ii
Psikologi industri dan organisasi   revisi iiPsikologi industri dan organisasi   revisi ii
Psikologi industri dan organisasi revisi iiMercu Buana University
 
Kebijakan dan Praktek Perbankan di Indonesia: Kajian Penyaluran Kredit Pemili...
Kebijakan dan Praktek Perbankan di Indonesia: Kajian Penyaluran Kredit Pemili...Kebijakan dan Praktek Perbankan di Indonesia: Kajian Penyaluran Kredit Pemili...
Kebijakan dan Praktek Perbankan di Indonesia: Kajian Penyaluran Kredit Pemili...Yayasan Lembaga Konsumen Indonesia (YLKI)
 
Analisis pengaruh entrepreneurship education terhadap perilaku entrepreneur m...
Analisis pengaruh entrepreneurship education terhadap perilaku entrepreneur m...Analisis pengaruh entrepreneurship education terhadap perilaku entrepreneur m...
Analisis pengaruh entrepreneurship education terhadap perilaku entrepreneur m...MuhammadRizki900278
 
3319045 Putri Hasanah.pptx
3319045 Putri Hasanah.pptx3319045 Putri Hasanah.pptx
3319045 Putri Hasanah.pptxputrihasanah6
 
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginan
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginanFaktor faktor yang mempengaruhi keinginan
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginanyogieardhensa
 
Analisis Anteseden Perilaku Manajemen Finansial Pada Generasi Milenial di Ind...
Analisis Anteseden Perilaku Manajemen Finansial Pada Generasi Milenial di Ind...Analisis Anteseden Perilaku Manajemen Finansial Pada Generasi Milenial di Ind...
Analisis Anteseden Perilaku Manajemen Finansial Pada Generasi Milenial di Ind...KusnulFitriani
 
8 Wajah Kelas Menengah Indonesia
8 Wajah Kelas Menengah Indonesia8 Wajah Kelas Menengah Indonesia
8 Wajah Kelas Menengah IndonesiaYuswohady
 
Faktor faktor yang mempengaruhi penyaluran kredit umkm
Faktor faktor yang mempengaruhi penyaluran kredit umkmFaktor faktor yang mempengaruhi penyaluran kredit umkm
Faktor faktor yang mempengaruhi penyaluran kredit umkmAnnisa Nurlestari
 
UAS Negosiasi - PENGELOLAAN DAN MAPPING KLIEN DALAM PROSES NEGOSIASI PADA BAN...
UAS Negosiasi - PENGELOLAAN DAN MAPPING KLIEN DALAM PROSES NEGOSIASI PADA BAN...UAS Negosiasi - PENGELOLAAN DAN MAPPING KLIEN DALAM PROSES NEGOSIASI PADA BAN...
UAS Negosiasi - PENGELOLAAN DAN MAPPING KLIEN DALAM PROSES NEGOSIASI PADA BAN...DandyChristian1
 
Tugas Metode Riset
Tugas Metode RisetTugas Metode Riset
Tugas Metode RisetElvidya
 
Makalah strategi pemasaran gojek
Makalah strategi pemasaran gojekMakalah strategi pemasaran gojek
Makalah strategi pemasaran gojekSigit Santoso
 
PPT Sidang Proposal.pptx
PPT Sidang Proposal.pptxPPT Sidang Proposal.pptx
PPT Sidang Proposal.pptxyasintha4
 
Fatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. HadiFatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. Hadiidmac2015
 
Pengaruh Produk dan Promosi terhadap Pembelian E-Paper Bisnis Indonesia denga...
Pengaruh Produk dan Promosi terhadap Pembelian E-Paper Bisnis Indonesia denga...Pengaruh Produk dan Promosi terhadap Pembelian E-Paper Bisnis Indonesia denga...
Pengaruh Produk dan Promosi terhadap Pembelian E-Paper Bisnis Indonesia denga...HerdiyanAminuddin1
 
Teori dan model perilaku konsumen
Teori dan model perilaku konsumenTeori dan model perilaku konsumen
Teori dan model perilaku konsumensyiami
 

Similar to TREND KAJIAN PENGGUNA (20)

Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Ayu Permatasari
Ayu PermatasariAyu Permatasari
Ayu Permatasari
 
Psikologi industri dan organisasi revisi ii
Psikologi industri dan organisasi   revisi iiPsikologi industri dan organisasi   revisi ii
Psikologi industri dan organisasi revisi ii
 
Psikologi Konsumen - PIO
Psikologi Konsumen - PIOPsikologi Konsumen - PIO
Psikologi Konsumen - PIO
 
Kebijakan dan Praktek Perbankan di Indonesia: Kajian Penyaluran Kredit Pemili...
Kebijakan dan Praktek Perbankan di Indonesia: Kajian Penyaluran Kredit Pemili...Kebijakan dan Praktek Perbankan di Indonesia: Kajian Penyaluran Kredit Pemili...
Kebijakan dan Praktek Perbankan di Indonesia: Kajian Penyaluran Kredit Pemili...
 
Analisis pengaruh entrepreneurship education terhadap perilaku entrepreneur m...
Analisis pengaruh entrepreneurship education terhadap perilaku entrepreneur m...Analisis pengaruh entrepreneurship education terhadap perilaku entrepreneur m...
Analisis pengaruh entrepreneurship education terhadap perilaku entrepreneur m...
 
3319045 Putri Hasanah.pptx
3319045 Putri Hasanah.pptx3319045 Putri Hasanah.pptx
3319045 Putri Hasanah.pptx
 
No. 1-januari-2007
No. 1-januari-2007No. 1-januari-2007
No. 1-januari-2007
 
Nasabahbanksyariah
NasabahbanksyariahNasabahbanksyariah
Nasabahbanksyariah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginan
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginanFaktor faktor yang mempengaruhi keinginan
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginan
 
Analisis Anteseden Perilaku Manajemen Finansial Pada Generasi Milenial di Ind...
Analisis Anteseden Perilaku Manajemen Finansial Pada Generasi Milenial di Ind...Analisis Anteseden Perilaku Manajemen Finansial Pada Generasi Milenial di Ind...
Analisis Anteseden Perilaku Manajemen Finansial Pada Generasi Milenial di Ind...
 
8 Wajah Kelas Menengah Indonesia
8 Wajah Kelas Menengah Indonesia8 Wajah Kelas Menengah Indonesia
8 Wajah Kelas Menengah Indonesia
 
Faktor faktor yang mempengaruhi penyaluran kredit umkm
Faktor faktor yang mempengaruhi penyaluran kredit umkmFaktor faktor yang mempengaruhi penyaluran kredit umkm
Faktor faktor yang mempengaruhi penyaluran kredit umkm
 
UAS Negosiasi - PENGELOLAAN DAN MAPPING KLIEN DALAM PROSES NEGOSIASI PADA BAN...
UAS Negosiasi - PENGELOLAAN DAN MAPPING KLIEN DALAM PROSES NEGOSIASI PADA BAN...UAS Negosiasi - PENGELOLAAN DAN MAPPING KLIEN DALAM PROSES NEGOSIASI PADA BAN...
UAS Negosiasi - PENGELOLAAN DAN MAPPING KLIEN DALAM PROSES NEGOSIASI PADA BAN...
 
Tugas Metode Riset
Tugas Metode RisetTugas Metode Riset
Tugas Metode Riset
 
Makalah strategi pemasaran gojek
Makalah strategi pemasaran gojekMakalah strategi pemasaran gojek
Makalah strategi pemasaran gojek
 
PPT Sidang Proposal.pptx
PPT Sidang Proposal.pptxPPT Sidang Proposal.pptx
PPT Sidang Proposal.pptx
 
Fatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. HadiFatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. Hadi
 
Pengaruh Produk dan Promosi terhadap Pembelian E-Paper Bisnis Indonesia denga...
Pengaruh Produk dan Promosi terhadap Pembelian E-Paper Bisnis Indonesia denga...Pengaruh Produk dan Promosi terhadap Pembelian E-Paper Bisnis Indonesia denga...
Pengaruh Produk dan Promosi terhadap Pembelian E-Paper Bisnis Indonesia denga...
 
Teori dan model perilaku konsumen
Teori dan model perilaku konsumenTeori dan model perilaku konsumen
Teori dan model perilaku konsumen
 

More from idmac2015

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawatiidmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahlianiidmac2015
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahriidmac2015
 

More from idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahri
 

Recently uploaded

Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahKeseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahUNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
Arah Kebijakan IKPA tahun 2023 fokus tentang capaian output
Arah Kebijakan IKPA tahun 2023  fokus tentang capaian outputArah Kebijakan IKPA tahun 2023  fokus tentang capaian output
Arah Kebijakan IKPA tahun 2023 fokus tentang capaian outputjafarismail7
 
Menganalisis Pasar Konsumen dan Pasar Bisnis
Menganalisis Pasar Konsumen dan Pasar BisnisMenganalisis Pasar Konsumen dan Pasar Bisnis
Menganalisis Pasar Konsumen dan Pasar BisnisGallynDityaManggala
 
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.pptkonsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.pptAchmadHasanHafidzi
 
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptxBAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptxTheresiaSimamora1
 
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.pptKonsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.pptAchmadHasanHafidzi
 
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptxPPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptximamfadilah24062003
 
warrant adalah salah satu instrument pasar modal
warrant adalah salah satu instrument pasar modalwarrant adalah salah satu instrument pasar modal
warrant adalah salah satu instrument pasar modalmohtamrin
 
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIAKONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIAAchmadHasanHafidzi
 
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptxV5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptxBayuUtaminingtyas
 
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.pptsantikalakita
 
MATERI PENGUNGKAPAN LAPORAN KEUANGAN.pptx
MATERI PENGUNGKAPAN LAPORAN KEUANGAN.pptxMATERI PENGUNGKAPAN LAPORAN KEUANGAN.pptx
MATERI PENGUNGKAPAN LAPORAN KEUANGAN.pptxDenzbaguseNugroho
 
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesiapower point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesiaMukhamadMuslim
 
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYAKREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYARirilMardiana
 
SIKLUS Akuntansi Perusahaan Dagang (1).ppt
SIKLUS Akuntansi Perusahaan Dagang (1).pptSIKLUS Akuntansi Perusahaan Dagang (1).ppt
SIKLUS Akuntansi Perusahaan Dagang (1).pptDenzbaguseNugroho
 
MENCIPTAKAN HUBUNGAN DAN NILAI PELANGGAN
MENCIPTAKAN HUBUNGAN DAN NILAI PELANGGANMENCIPTAKAN HUBUNGAN DAN NILAI PELANGGAN
MENCIPTAKAN HUBUNGAN DAN NILAI PELANGGANGallynDityaManggala
 

Recently uploaded (17)

Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahKeseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
 
Arah Kebijakan IKPA tahun 2023 fokus tentang capaian output
Arah Kebijakan IKPA tahun 2023  fokus tentang capaian outputArah Kebijakan IKPA tahun 2023  fokus tentang capaian output
Arah Kebijakan IKPA tahun 2023 fokus tentang capaian output
 
Menganalisis Pasar Konsumen dan Pasar Bisnis
Menganalisis Pasar Konsumen dan Pasar BisnisMenganalisis Pasar Konsumen dan Pasar Bisnis
Menganalisis Pasar Konsumen dan Pasar Bisnis
 
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.pptkonsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
 
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptxBAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
 
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.pptKonsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
 
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptxPPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
 
warrant adalah salah satu instrument pasar modal
warrant adalah salah satu instrument pasar modalwarrant adalah salah satu instrument pasar modal
warrant adalah salah satu instrument pasar modal
 
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIAKONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
 
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptxV5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
 
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
 
MATERI PENGUNGKAPAN LAPORAN KEUANGAN.pptx
MATERI PENGUNGKAPAN LAPORAN KEUANGAN.pptxMATERI PENGUNGKAPAN LAPORAN KEUANGAN.pptx
MATERI PENGUNGKAPAN LAPORAN KEUANGAN.pptx
 
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesiapower point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
 
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYAKREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
 
ANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptxANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptx
 
SIKLUS Akuntansi Perusahaan Dagang (1).ppt
SIKLUS Akuntansi Perusahaan Dagang (1).pptSIKLUS Akuntansi Perusahaan Dagang (1).ppt
SIKLUS Akuntansi Perusahaan Dagang (1).ppt
 
MENCIPTAKAN HUBUNGAN DAN NILAI PELANGGAN
MENCIPTAKAN HUBUNGAN DAN NILAI PELANGGANMENCIPTAKAN HUBUNGAN DAN NILAI PELANGGAN
MENCIPTAKAN HUBUNGAN DAN NILAI PELANGGAN
 

TREND KAJIAN PENGGUNA

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 508 TREND KAJIAN TERHADAP PENGGUNA BERKAITAN PERBANKAN ISLAM DI INDONESIA Mutiara Dwi Sari Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang; E-mel: mutiara_dwisari@yahoo.com; Tel: 04-6532910; Faks: 04-6570918 Abstrak Kajian terhadap perbankan Islam berkaitan pengguna cukup banyak dijalankan di Indonesia. Bagaimanapun kajian yang melihat semula dan menganalisis kajian-kajian tersebut berdasarkan fokus subjek yang dikaji, tujuan dan kaedah kajian serta lokasi kajian masih kurang dilaporkan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kajian-kajian lepas perbankan Islam berkaitan pengguna, apakah subjek utama yang dikaji, tujuan kajian, kaedah yang digunakan serta di kawasan mana kajian dijalankan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan data sekunder dan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati meskipun terdapat banyak kajian-kajian perbankan Islam berkaitan pengguna namun kebanyakan kajian tertumpu pada aspek gelagat perbankan (banking behavior) dengan pembolehubah seperti keutamaan pengguna (customers’ preference), sikap, persepsi, kesedaran pengguna, kesetiaan, kepercayaan dan imej. Lokasi kajian didominasi oleh Pulau Jawa, dengan menggunakan kaedah kuantitatif (tinjauan) soal selidik. Kajian ini memberikan gambaran umum kepada pengkaji selanjutnya yang berhasrat menjalankan kajian pengguna perbankan Islam di masa hadapan. Pengkaji perlu menumpukan pada aspek gelagat perbankan dengan pembolehubah baru yang belum banyak diterokai, produk dan perkhidmatan tertentu, dan pemilihan lokasi yang belum banyak diterokai. Kemudian, pengkaji perlu membuat perbandingan antara perbezaan jenis bank, pengguna di daerah- daerah tertentu atau perbandingan masa dalam kawasan tertentu Kata Kunci: Perbankan Islam, Pengguna, Gelagat Perbankan dan Indonesia.
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 509 PENDAHULUAN Pada peringkat dunia sejak berdirinya bank Islam pertama Myt Ghamr pada tahun 1963, pelbagai penyelidikan tentang perbankan Islam telah dijalankan. Seiring dengan itu selama bertahun-tahun kajian berkaitan pengguna dalam bidang perbankan Islam telah banyak dilakukan di dunia. Tidak terkecuali di Indonesia, kajian-kajian tentang perbankan Islam juga giat dilakukan sejak wujudnya perbankan Islam pada tahun 1992. Bagaimanapun dalam pemerhatian pengkaji masih kurang kajian yang berbentuk kajian kepustakaan yang menyoroti semula dan menganalisis kajian-kajian lepas dalam bidang perbankan Islam khasnya berkaitan pengguna. Kertas kerja ini akan mengisi kelompangan tersebut. Oleh itu kertas kerja ini bertujuan untuk membuat analisis kritikal ke atas kajian berkaitan pengguna dalam bidang perbankan Islam. Analisis dilakukan berdasarkan subjek yang ditumpukan dalam kajian, tujuan dan kaedah kajian serta lokasi kajian. Hal ini merupakan suatu yang penting bagi mendapatkan gambaran (mapping) terperinci mengenai subjek kajian yang umum dilakukan, kaedah kajian yang digunakan, dan di daerah atau kawasan mana dijalankan. Sehingga dapat diketahui apakah subjek kajian yang banyak dilakukan dan yang masih kurang dilakukan. Perkara ini berguna bagi penyelidik selanjutnya untuk menjalankan spesifik area kajian yang masih kurang diperhatikan atau kurang dilakukan berkaitan pengguna dalam bidang perbankan Islam. Kertas kerja ini terbahagi kepada lima bahagian. Bahagian pertama pendahuluan, bahagian kedua sorotan karya diikuti bahagian ketiga kaedah kajian. Bahagian keempat pula dapatan kajian dan perbincangan. Bahagian kelima adalah kesimpulan dan implikasi. SOROTAN KARYA Bahagian ini dimulai dengan membincangkan tentang hal pengguna dan gelagat penggunaan diikuti dengan kajian berkaitan pengguna dalam bidang perbankan Islam di dunia dan khasnya di Indonesia. PENGGUNA DAN GELAGAT KEPENGGUNAAN Dalam bahasa mudah, Zalina Zakaria (2007) menyatakan pengguna ialah seseorang yang menggunakan sesuatu barangan, sama ada dibeli atau diperolehi selain dari pembelian untuk kegunaan sendiri ataupun seisi rumahnya. Pendefinisian ini tidak jauh berbeza dengan definisi yang diberikan oleh undang-undang perlindungan konsumen Republik Indonesia (UUPK RI) No.8 tahun 1999, pasal 1. Berdasarkan UUPK ini, secara jelas mendefinisikan pengguna adalah setiap orang pemakai barang dan/atau perkhidmatan yang tersedia dalam masyarakat, baik bagi kepentingan diri sendiri, keluarga, orang lain maupun makhluk hidup lain dan tidak untuk diperdagangkan.
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 510 Namun, pengguna yang dimaksud dalam kajian ini ialah pengguna persendirian sebagai pemakai perkhidmatan perbankan Islam. Gelagat pengguna pula menurut Solomon (2003) boleh ditakrifkan sebagai gelagat yang memaparkan pencarian pengguna individu ataupun kumpulan dalam membeli, menggunakan, menilai, dan melupuskan produk, perkhidmatan, dan idea-idea yang mereka jangkakan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. Menurut Lamb dan Hair (2001) gelagat pengguna adalah proses seorang pelanggan dalam membuat keputusan membeli, juga menggunakan dan mengatur barang dan jasa yang dibeli, juga termasuk faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pembelian dan penggunaan produk. Kepenggunaan mempunyai peranan penting atau pilar dalam aktiviti ekonomi individu, syarikat perusahaan mahupun negara. Perihal pengguna dan kepenggunaan, baik penggunaan barangan mahupun perkhidmatan menjadi satu persoalan yang penting dalam kajian ekonomi Islam dan merupakan salah satu elemen dalam ekonomi Islam selain aspek produksi (production), pengagihan (distribution) (Yahia Abdul Rahman, 1994; Marthon, 2004). Sebagaimana yang diketahui pengguna merupakan salah satu pemegang berkepentingan dalam sebuah industri termasuklah industri perbankan Islam. Khas di Indonesia pengguna merupakan sumber dana (dana pihak ketiga) yang memainkan peranan penting dalam perkembangan aset perbankan Islam. Sebahagian besar dana perbankan Islam iaitu 87.2% berasal daripada dana pihak ketiga (DPK) yang merujuk kepada pengguna. Oleh itu, dapat dilihat pentingnya kedudukan pengguna dalam menyokong perkembangan IPI di Indonesia (Bank Indonesia, 2014). Maka dari itu tidak hairanlah banyak pengkaji yang telah menjalankan kajian ke atas pengguna yang berkaitan perbankan Islam yang akan dijelaskan pada bahagian seterusnya. KAJIAN PENGGUNA BERKAITAN PERBANKAN ISLAM DI DUNIA Hafsa Orhan Astrom (2013), telah menganalisis kajian-kajian ke atas pengguna berkaitan perbankan Islam. Ia telah menemukan enam kumpulan subjek yang umum dikaji di pelbagai negara. Keenam subjek itu ialah kepuasan pengguna (customer satisfaction/C), kualiti perkhidmatan (service quality/ S), gelagat perbankan (banking behavior/B) meliputi, pemilihan bank, sikap tehadap bank, kesedaran penggunaan bank, persepsi, kesetiaan dan imej. Bahagian keempatnya adalah gabungan antara kepuasan pengguna dan gelagat perbankan (C dan B). Kelima adalah kepuasan pengguna dan kualiti perkhidmatan (C dan S) dan keenam iaitu menggabungkan kepuasan pengguna, kualiti perkhidmatan dan gelagat perbankan (C, S dan B). Dalam meneliti fenomena ini Hafsa Orhan Astrom (2013), dan telah menyimpulkan sebagaimana yang dipaparkan dalam Jadual.1.
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 511 Jadual 1: Kajian Perbankan Islam Berkaitan Pengguna Sumber: Hafsa Orhan Astrom (2013). Jadual.1 merupakan beberapa kajian perbankan Islam berkaitan pengguna yang telah dijalankan di pelbagai negara. Hafsa Orhan Astrom (2013) membuat kesimpulan ini berdasarkan kaedah literatur yang ada sepanjang tahun 1989-2013. Bertolak daripada itu, pengkaji ini memilih jurnal yang setidaknya telah dipetik satu kali yang terdapat dalam database yang dapat diakses oleh masyarakat umum seperti google schoolar di sepanjang tahun 2011, 2012, 2013. Kajian yang terawal dalam bidang perbankan Islam berkaitan pengguna adalah kajian yang dijalankan oleh Erol dan El-Bdour (1989). Kajian ini menyoroti tentang galagat perbankan (B) di Jordan dengan melihat keutamaan pelanggan dalam memilih perbankan Islam. Menariknya dalam kajian ini mendapati bahawa pelanggan memilih perbankan Islam lebih kepada faktor keuntungan (profit oriented) berbanding faktor agama. Kajian ini merupakan salah satu kajian terawal dalam bidang perbankan Islam berdasarkan orientasi pengguna. Sehingga kini kajian tersebut menjadi rujukan dan digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji selanjutnya. Berdasarkan Jadual 1, Malaysia merupakan negara yang paling banyak menjalankan kajian perbankan Islam berkaitan pengguna, diikuti dengan Pakistan dan Bangladesh. Manakala Indonesia etradpat dua kajian yang menumpukan kepada subjek gelagat
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 512 perbankan (B). Subjek kajian yang paling banyak dikaji adalah berkaitan gelagat perbankan (B) sebanyak 23 kajian, diikuti dengan subjek gabungan kepuasan pelanggan dan gelagat perbankan (C&B) dan kepuasan pelanggan, kualiit perkhidmatan dan gelagat perbankan (C,S & B), masing-masing 8 kajian. Kajian ini mempunyai keterhadan kerana membuat analisis berdasarkan jurnal-jurnal antarabangasa yang diterbitkan pada tahun-tahun tertentu sahaja. Nyata, analisis ini tidak mampu mencapai kajian-kajian perbankan Islam berkaitan pengguna yang diterbitkan secara lokal. Hal ini tentu sahaja mengakibatkan keobjektifan kajian patut dipersoalkan. Perkara ini diakui oleh pengkajinya, kerana adalah mustahil untuk melihat keseluruhan penerbitan. Namun bagaimanpun ia tetap diakui bahawa analisis yang ia jalankan tentang perbankan Islam dan gelagat pengguna berdasarkan 50 penerbitan antarabangsa ini di nilai cukup kuat. Ertinya analisis ini mampu memberikan gambaran keseluruhan tentang apa subjek utama ataupun yang dominan dalam kajian, sebaran area subjek-subjek tersebut, kaedah yang digunakan dan kekuatan dan kelemahan setiap kajian tersebut. Daripada perkara tersebut nampak “peta kajian” perbankan Islam di dunia. Akan tetapi, kajian perbankan Islam di Indonesia dinilai masih kurang (hanya dua kajian) dalam area gelagat perbankan (banking behavior). Meskipun demikian sebagaimana yang dinyatakan, terhadnya jumlah jurnal yang dianalisis dan tiadanya jurnal lokal yang diambil kira mengakibatkan terdapat kelompangan dalam kajian tersebut. Justeru itu kajian perbankan Islam berdasarkan pengguna khas di Indonesia perlu diteliti dan dilihat semula. Perkara ini akan dibincangkan dalam bahagian selanjutnya. KAJIAN PENGGUNA PERBANKAN ISLAM DI INDONESIA Sejak berdirinya perbankan Islam di Indonesia tahun 1992 dengan berdirinya Bank Muamalat Indonesia (BMI). Pada tahun pertama beroperasinya bank Islam ini iaitu tahun 1992 kerajaan Indonesia mengeluarkan undang-undang No 7 Tahun 1992 tentang perbankan Indonesia. Namun dalam undang-undang ini istilah perbankan Islam belum dinyatakan secara tegas, ianya hanya dinyatakan sebagai ”bank berdasarkan prinsip bagi hasil”. Setelah reformasi terjadi tahun 1998 kerajaan meminda undang-undang tahun 1992 tersebut dan menerbitkan undang-undang No. 10 Tahun 1998 tentang perbankan Indonesia yang memberikan landasan hukum yang lebih kuat bagi keberadaan sistem perbankan Islam. Tidak seperti dalam undang-undang tahun 1992 dimana istilah perbankan Islam dinyatakan secara implisit, dalam undang-undang ini penyebutan ”bank berdasarkan prinsip bagi hasil” telah diubah menjadi ”bank berdasarkan prinsip syari’ah” atau yang disingkat ”perbankan syari’ah”. Berdasarkan undang-undang ini, secara rasmi atau secara undang-undang istilah perbankan Islam di Indonesia disebut dengan perbankan syari’ah. Peraturan ini menjadi kekuatan pihak-pihak berkepentingan dalam perbankan Islam untuk lebih aktif melakukan pelbagai aktiviti bagi kemajuan perbankan Islam. Pada masa ini juga terbukanya kesempatan kepada para sarjana di universiti-universiti Indonesia dengan disokong sepenuhnya oleh Bank Indonesia sebagai bank sentral untuk menjalankan kajian-kajian dalam area perbankan Islam demi kemajuan perbankan Islam tersebut. Oleh itu menurut Dian Ediana Rae (2008); Bank
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 513 Indonesia (2002), perkembangan perbankan syari’ah yang signifikan baru terjadi setelah dikuatkuasakannya undang-undang No. 10 Tahun 1998 tentang perubahan undang- undang No. 7ahun 1992. Berlakunya undang-undang No. 10 Tahun 1998 tersebut telah memberikan asas hukum yang lebih kuat dan peluang yang lebih besar dalam pengembangan perbankan Islam di Indonesia. Justeru itu kebanyakan kajian-kajian dalam area perbankan Islam juga mulai giat dilakukan pada tahun 2000-an. Jadual 2 mempamerkan ringkasan beberapa kajian dijalankan tentang pemilihan IPI di Indonesia. Jadual 2. Kajian Perbankan islam Berkaitan Pengguna di Indonesia Pengkaji/Tahun Tajuk Daerah/Kawasan Subjek 1. 10 kajian Bank Indonesia dan Universiti- Universiti di Indonesia (2000- 2004) Potensi Preferensi dan Perilaku Masyarakat Terhadap Bank Syari’ah. Sumatera Utara, Sumatera Barat, Jambi, Sumatera Selatan, Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Yogyakarta, Jawa Timur, Kalimantan Selatan dan Sulawesi Selatan. Gelagat perbankan (B): Keutamaan pelanggan (preference). 2. Delta Khoirunnisa. (2003) Consumers’ Preference Toward Islamic banking: Case Study in Bank Muamalat Indonsia and Bank BNI Syariah Jakarta dan Yogyakarta. Gelagat perbankan (B): Keutamaan pelanggan (customers’prefe rence). 3. Adiwarman Karim dan Adi Zakaria Affif (2006). Islamic Banking Consumer Behaviour in Indonesia: A Qualitative Approach Jakarta, Surabaya, Bandung, Jogyakarta dan Pekanbaru Kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan dan Gelagat Perbankan (C, S.&B): segmentasi pengguna, kecenderungan dan sikap, persepsi dan imej 4. Aiyub. (2007) Potensi, Preferensi dan Perilaku Masyarakat Nanggroe Aceh darussalam Gelagat perbankan (B):
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 514 terhadap Bank Syariah. (NAD). Keutamaan pengguna (preference) dan pengetahuan masyarakat terhadap perbankan Islam. 5. Harif Amali Rivai, Niki Nukviarman., Syafrizal, Syukri Lukman, Fery Andrianus dan Masrizal. (2007). Identifikasi Faktor Penentu Keputusan Konsumen Dalam Memilih Khidmad Perbankan: Bank Syariah vs Bank Konvensional di. Sumatera Barat. Gelagat Perbankan (B): Keutamaan pengguna (preferences) perbankan Islam. 6. Muhamad Abduh dan Mohd Azmi Omar. (2010). Who patronizes Islamic banks in Indonesia? Bogor, Jawa Barat. Gelagat perbankan (B): Keutamaan pengguna (preference). 7. Rifki Ismal (2011) Depositors’ withdrawal behavior in Islamic banking: case of Indonesia. Indonesia (umum) Gabungan tiga bahagian: kepuasan pelanggan, kulaiit perkhidmatan dan gelagat perbankan (C,S& B). 8. Muhlis (2011) Perilaku menabung di Perbankan Syari’ah. Jawa Tengah. Gelagat Perbankan (B): Keutamaan pengguna (preference) dan motif pemilihan perbankan Islam. 9. Erna Rachmawati dan Ekki Syamsulhakim (2004). Factors Affecting Mudaraba Deposits in Indonesia Indonesia (umum). Gelagat perbankan dan Kepuasan Pelanggan (C & B): Motivasi pengguna. 10. Sunaryo (2012). Kesetiaan pelanggan Muslim di perbankan Syari’ah. Malang, Jawa Tengah Kepuasan Pelanggan, Kualiti perkhidmatan dan Gelagat perbankan (C,S&B) :
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 515 Kesetiaan, kepercayaan pelanggan dan imej. 11. Dian Anggraece Sigit Parawansa (2013) Kesan perantara kepuasan dan komitmen pada hubungan antara kualiti perkhidmatan dan kesetiaan pelanggan pada bank Islam. Sulawesi Kepuasan pelanggan, kualiti perkhitmatan dan gelagat perbankan (C, S&B). 12. Lembaga MARS (2014). Studi Pasar dan Perilaku Nasabah Bank Syariah Jakarta Gelagat perbankan (B): Keutamaan (preference) dan motivasi pengguna. 13. Wahyu Tri Setyobudi, Sudarso Kaderi Wiryono, 14. Reza Ashari Nasution dan Mustika Sufiati Purwanegara (2014). Exploring implicit and explicit attitude toward saving at Islamic bank Jakarta Gelagat perbankan (B): Sikap pengguna (implicit dan explicit attitude). 15. Sik Sumaedi, Rosa Juniarti dan I gede Mahatma Yuda Bakti (2015). Understanding trust and commitment of individual saving customers in Islamic Banking. Indonesia (umum). Gelagat perbankan (B): Komitmen, kepercayaan dan ego. Analisis kajian pengguna dalam area perbankan Islam di Indonesia ini dilakukan bertitik tolak kepada kajian Hafsa Orhan Astrom (2013) iaitu dengan melihat subjek-subjek yang umum dikaji, wilayah kajian dan kaedah yang digunakan. Berdasarkan Jadual 2, Terdapat 23 kajian yang dijalankan oleh pengkaji yang tersebar di kawasan Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi yang dijadikan lokasi kajian. Dapatan ini akan dianalisis menurut subjek kajian dan tujuan kajian, kaedah kajian, kaedah kajian dan kawasan kajian. Bank Indonesia bekerjasama dengan 10 universiti terkemuka di Indonesia telah menjalankan kajian tentang keutamaan pengguna terhadap perbankan Islam pada rentang masa 2000-2005. Kajian ini dijalankan pada 10 Provinsi yang melibatkan lebih dari 10.000 responden. Selanjutnya daripada kesemua kajian yang dijalankan, dapat diambil kesimpulan dan kesamaan hasil yang utama. Kesemua kajian menumpukan pada subjek yang termasuk dalam area gelagat perbankan (B) Kajian tentang pengguna berkaitan gelagat perbankan ini meliputi pemilihan perbankan Islam, umumnya menjadikan pemboleh ubah seperti persepsi, keutamaan pengguna, sikap sebagai
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 516 pemboleh ubah bebas. Sementara itu kajian Muhlis (2011), mengkaji tentang perilaku menyimpan di perbankan Islam yang mendapat faktor rasional (keuntungan) sebagai faktor utama sebagai motif menyimpan. Disamping itu kajian ini juga mendapati mendapati pedebatan terbuka tentang hukum bunga bank haram atau tidak antara dua organisasi Islam NU (Nahdatul Ulama) dan Muhammadiyah menjadi antara faktor penting lambatnya pertumbuhan perbankan Islam. Begitu juga dalam kajian Muhamad Abduh dan Mohd Azmi Omar (2010) yang melihat gelagat perbankan pengguna iaitu keutamaan-keutamaan pengguna dalam memilih perbankan Islam. Disamping itu kajian ini juga mendapat bahawa dikeluarkannya fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) pada tahun 2004 tentang hukum haramnya bunga bank konvensional memberikan pengaruh terhadap gelagat pengguna untuk memilih perbankan Islam tetapi kurang signifikan. Satu kajian berkaitan subjek kepuasan pelanggan yang digabungkan dengan gelagat perbankan (C& B) ditemukan dalam kajian Erna Rachmawati dan Ekki Syamsulhakim (2004). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi pendeposit menyimpan wangnya di bank-bank Islam Indonesia. Kajian mendapati bahawa pendeposit tertarik untuk meletakkan wang mereka di bank-bank Islam Indonesia disebabkan lebih kepada pemaksimuman keuntungan, iaitu faktor agama bukan yang utama. Erna Rachmawati dan Ekki Syamsulhakim (2004) membuat kajian tentang faktor yang mempengaruhi pendeposit menyimpan wangnya di bank-bank Islam Indonesia. Penemuan ini kajian ini, bahawa pendeposit tertarik untuk meletakkan wang mereka di bank-bank Islam Indonesia disebabkan lebih kepada pemaksimuman keuntungan, iaitu faktor agama bukan yang utama. Selanjutnya, tujuh kajian yang menggabungkan subjek C,S dan B. Secara umum ketujuh kajian ini mempunyai tujuan yang relatif sama iaitu untuk mengetahui kepuasan pelanggan yang dihubungan dengan kualiti perkhidmatan perbankan Islam yang mempengaruhi gelagat perbankan mereka. Kajian-kajian sebegini ditemui antaranya dalam kajian Adiwarman Karim dan Adi Zakaria Affif (2006); Sunaryo (2012); Dian Anggraece Sigit Parawansa (2013). Perbincangan dan analisis seterusnya mengenai perkara ini terdapat dalam dapatan dan perbincangan. KAEDAH KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan mengambil kajian-kajian lepas perbankan Islam bedasarkan pengguna dalam masa 2000-2015. Data-data sekunder ini diperolehi daripada laporan rasmi Bank Indonesia yang tersedia dalam laman web Bank Indonesia, jurnal-jurnal berwasit dengan akses terbuka, tesis yang tersedia secara talian dan prosiding seminar. Bagaimanapun tidaklah mudah untuk mengumpulkan keseluruhan kajian berkaitan pengguna dalam area perbankan Islam yang telah dijalankan. Hal ini disebabkan oleh perkara teknikal sehingga sebahagian pengkaji di Indonesia belum menerbitkan hasil kajiannya sehingga menjadi sukar untuk diakses secara meluas. Namun demikian kertas kerja ini cukup memberikan gambaran umum tentang kajian berkaitan pengguna dalam bidan perbakan Islam yang telah dijalankan.
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 517 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Pada era 2000-an cukup banyak kajian-kajian yang dijalankan berkaitan dengan pengguna dalam bidang perbankan Islam. Dalam kertas kerja ini 23 kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji meliputi 28 kawasan. Misalnya kajian Bank Indonesia ini meliputi Kabupaten dan Provinsi di Jawa, Kalimantan dan Sumatera. Secara asasnya kesepuluh kajian ini mempunyai satu tujuan yang sama iaitu bagi mendapatkan gambaran atau pemetaan (mapping) bagi melihat potensi pengembangan jaringan perbankan Islam. Kemudian mengenal pasti karakteristik kelompok masyarakat dan gelagatnya terhadap perbankan Islam serta mengetahui keutamaan masyarakat dalam memilih perbankan Islam (Syahyuti, 2005). Selain itu beberapa kajian perbankan Islam berkaitan pengguna yang telah dijalankan di Indonesia, antaranya Delta Khoirunnisa (2003); Harif Amali Rivai, Niki Nukviarman; Adiwarman A. Karim dan Adi Zakaria Affif (2006); Aiyub (2007); Muhammad Abduh dan Muhammad Azmi Omar (2007); Muhlis (2011); Rifki Ismal (2011) dan yang terbaru Sik Sumaedi, Rosa Juniarti dan I gede Mahatma Yuda Bakti (2015). Berikut dalam Jadual 3 dipaparkan gambaran umum analisis yang dilakukan: Jadual 3: Penyebaran Subjek Kajian berkaitan Pengguna Perbankan Islam Kawasan (berdasarkan pulau utama) C. S. B. C.&S. C.&B. C.&S. &B. Jumlah Jawa - - 11 - 4 15 Sumatera - - 6 - - 1 7 Kalimantan - - 1 - - - 1 Sulawesi - - 1 - - 1 2 Papua - - - - - - - Indonesia umum - - 1 - 1 1 3 Jumlah - - 20 - 1 7 28 C= Kepuasan pelanggan (customers’ satisfaction). S= Kualiti perkhidmatan (service quality). B=Gelagat perbankan (banking behavior). Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa umumnya pengkajian perbankan Islam berkaitan pengguna tertumpu pada satu subjek (B) meliputi pemilihan bank iaitu 20 kajian dan tujuh yang menggabungkan C, S dan B. Manakala hanya satu kajian ditemukan yang menggabungkan subjek C dan B. Sama dengan kajian perbankan Islam berkaitan pengguna yang dijalankan di dunia, kebanyakan kajian adalah tertumpu pada subjek B. meliputi penentu pemilihan, keutamaan pelanggan (customers’ preference), persepsi dan sikap. Kajian-kajian tersebut bertujuan untuk melihat keutamaan pelanggan dalam memilih perbankan Islam. Dalam hal ini para pengkaji membahagikannya kepada dua faktor utama iaitu faktor agama (emosional) dan faktor ekonomi, keuntungan (rasional). Disamping isu-isu tersebut terdapat juga peranan kerajaan dan ulama dihubungkan dengan gelagat perbankan (Muhamad Abduh dan Mohd Azmi Omar, 2010; Muhlis, 2011).
  • 11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 518 Manakala kajian yang menggabungkan subjek C,S dan B, misalnya dalam kajian Dian Anggraece Sigit Parawansa (2013) adalah meneliti aspek kualiti dan hubungannya dengan kepuasan, kepercayaan serta komitmen pelanggan perbankan Islam. Namun dalam kajian Sunaryo (2012) yang juga menggabungkan subjek C,S dan B pengkaji ini telah menambahkan faktor religiositi sebagai pembolehubah pencelah. Pembahagian kawasan dalam Jadual. 2 berdasarkan kepada pulau-pulau utama besar (utama) di Indonesia. Kebanyakan kajian-kajian ini banyak dilakukan di kawasan Pulau Jawa sebagai tempat kajian. Kaedah yang umum dilakukan adalah kaedah tinjauan (survey) dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan responden pengguna perbankan Islam. Hanya satu kajian iaitu Adiwarman Karim dan Adi Zakaria Affif (2006) yang menggunakan kaedah kualtitatif (temubual mendalam dan Focus Group Discusioon (FGD). Kajian ini bertujuan untuk membuat segmentasi dan perilaku pelanggan terhadap bank Islam. dengan pendekatan value graphic map dan service orientation. Kajian ini menghasilkan tiga segmentasi pasar perbankan syariah, iaitu syariah loyalist, floating mass dan conventional loyalist. Satu kajian yang menggabungkan C dan B iaitu kajian Rifki Ismal (2011) yang melihat faktor keuntungan atau ekonomi yang memberikan kepuasan pelanggan sehingga mereka tetap menyimpan wangnya di perbankan Islam. Meskipun kajian perbankan Islam berdasarkan pengguna cukup banyak dijalankan di Indonesia namun terdapat beberapa ruang yang patut menjadi perhatian bagi pengkaji selanjutnya. Setidaknya ada empat perkara yang sepatutnya dilihat oleh pengkaji dimasa hadapan. Pertama, pengkaji yang ingin meneliti perbankan Islam sepatutnya menumpuka perhatian pada spesifik produk atau perkhidmatan dalam perbankan Islam. Kedua, Menumpukan (concentrate) pada aspek gelagat perbankan baru seperti kesetiaan, imej dan kepercayaan (trust), personaliti. Ketiga, Memilih negara atau kawasan yang belum banyak menjalankan kajian tentang perbankan Islam. Keempat, membuat perbandingan antara perbezaan jenis bank, pengguna, negara-negara atau perbandingan masa dalam negara tertentu. Kemudian berdasarkan pemerhatian semula kajian-kajian perbankan Islam di Indonesia kebanyakan bertumpu di Pulau Jawa dan diperingkat Provinsi (Syahyuti, 2005; Bank Indonesia, 2014). Oleh itulah Bank Indonesia (2014) menyatakan bahawa wilayah Jawa termasuk Jakarta menunjukkan pertumbuhan yang relatif tinggi berbanding industri IPI keseluruhan. Hal ini membuktikan bahawa terdapat relevansi hubungan antara penyelidikan atau kajian dengan kemajuan perbankan Islam. Ertinya kajian-kajian akademik perbankan Islam yang dijalankan memberikan sumbangan yang signifikan terhadap kemajuan perbankan Islam. KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN KETERBATASAN KAJIAN Pengguna merupakan salah satu pihak berkepentingan yang berperanan dalam kemajuan perbankan Islam. Jumlah penduduk di Indonesia 250 juta orang dan sekitar 80% atau 200 juta daripada jumlah tersebut merupakan pengguna. Besarnya jumlah pengguna ini merupakan keuatan pasar di Indonesia dan dilihat sebagai potensi bagi sesebuah industri, termasuk industri perbankan Islam di Indonesia. Oleh itu wajarlah jika banyak
  • 12. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 519 pengkaji atau para sarjana yang menjalankan kajian perbankan Islam berdasarkan faktor pengguna. Tumpuan para pengkaji Indonesia dalam mengkaji aspek pengguna ini tertumpu pada subjek gelagat perbankan (B) dan tempat kajian didominasi dalam kawasan sekitar Pulau Jawa diperingkat Provinsi. Mankala untuk kaedah kajian yang digunakan, hanya satu kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif, manakala selebihnya menggunakan pendekatan kuantitatif. Justeru itu terdapat subjek dan kawasan lain yang masih kurang mendapat perhatian para pengkaji. Perkara ini merupakan peluang bagi pengkaji seterusnya bagi mengisi kelompangan-kelompangan kajian. Dalam menjalankan kajian perbankan Islam berkaitan pengguna selanjutnya para pengkaji dapat menumpukan di kawasan luar Jawa dan lebih melihat lebih fokus ke peringkat Kabupaten. Hal ini disebabkan oleh luasnya kawasan Provinsi (34 Provinsi) yang terdiri daripada 415 Kabupaten dan 98 Kotamadya. Setiap Provinsi memiliki banyak Kabupaten yang mempunyai karakteristik dan sikap masyarakatnya yang berbeza antara satu dengan yang lainnya. Bagaimanapun kertas kerja ini mempunyai keterbatasan iaitu tidak semua kajian yang dapat disorot dan dianalisis. Misalnya kajian- kajian berbentuk tesis Sarjana dan Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan dan tidak terdapat dalam talian (online). Ataupun kajian-kajian lain yang tidak diterbitkan sehingga terlepas daripada perhatian pengkaji. RUJUKAN Adiwarman A. Karim & Adi Zakaria Affif. (2006). Islamic Banking Consumer Behaviour in Indonesia: A Qualitative Approach. 6th Conference On Islamic Economics and Finance, Jakarta, Indoneisa, 52. Aiyub. (2007). Analisis prilaku masyarakat terhadap keinginan menabung dan memperoleh pembiayaan pada perbankan Syari;ah di nanggroe Aceh Darussalam. Jurnal E-Mabis FE-Unimal, 8 (1), 1-17. Dian Anggraece Sigit Parawansa. (2013). Kesan perantara kepuasan dan komitmen pada hubungan antara kualiti perkhidmatan dan kesetiaan pelanggan pada bank Islam. Tesis Doktor falsafah, Universiti Utara Malaysia. Direktorat Penataan Daerah, Otonomi Khusus Dan Dewan Pertimbangan Otonomi Daearh Direktorat Jenderal Otonomi Daerah, Kementerian Dalam Negeri Republik Indonesia. (2014). Muat turun 17 November 2015, dari laman web otda kemendagri.go.id/images/file/data_dan_informasi/seputar_otda/total_daerah_oto nom.pdf. Delta Khoirunnisa. (2003). Consumers’ preference toward Islamic banking: Case study ini Bank Muamalat Indonesia Jakrta dan Bank BNI Syariah Yogyakarta. IQTISAD Journal of Islamic Economics, 4 (2), 145-168. Erna Rachmawati & Ekki Syamsulhakim. (2004). Factors Affecting Mudaraba Deposits in Indonesia. Journal of Faculty of Economics Padjajaran University. Erol, C. and El-Bdour, R. (1989). Attitudes, behaviour and patronage factors of bank customers towards Islamic banks. International Journal of Bank Marketing, 7(6), 31-37.
  • 13. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 520 Harif Amali Rivai, Niki Nukviarman, Syafrizal., Syukri Lukman, Fery Andrianus dan Masrizal. (2007). Identifikasi faktor penentu keputusan konsumen dalam memilih khidmad perbankan: Bank syariah vs bank konvensional. Laporan penyelidikan. Bank Indonesia dan Universitas Andalas. Hafsa Orhan Astrom. (2013). Survey on customer related studies in Islamic Banking. Journal of Islamic Marketing, 4 (3), 294-305. Marthon, S. A. (2004). Ekonomi Islam Ditengah Krisis ekonomi Global, Maktabah Ar Riyadh, Saudi Arabia. Xii, 64, 66, 43 penterjemah Ahmad Ichrom & Diyamuddin, Editor Fauzi fauzan & Helmi Murad, Jakarta, penerbit Zikrul hakim. Muhammad Abduh dan Mohd Azmi Omar. (2010). Who patronizes Islamic banks in Indonesia?. Australian Journal of Islamic Law, Management and Finance, 1 (1). Muhlis. (2011). Perilaku menabung di perbankan syariah Jawa Tengah. Disertasi Fakultas Ilmu Ekonomi, Unversitas Diponegoro. Lembaga MARS. (2014). Studi Pasar dan Perilaku Nasabah Bank Syariah. Muat turun Muat turun pada 17 November 2015, daripada laman web www.marsindonesia.com/produscts/business-reports/studi-pasar-bank-syariah- di-indonesia-2014. Solomon. (1999). Consumer behavior: buying, having and being. (four edition). New Jersey. Prentice Hall. Yahia Abdul Rahman. (1994). Interest free Islamic banking: Lariba bank foundation for a united and prosperous community. Kuala Lumpur, Al-Hilal Publishing. Sik Sumaedi, Rosa Juniarti & I gede Mahatma Yuda Bakti (2015). Understanding trust and commitment of individual saving customers in Islamic Banking. Jurnal of Islamic Marketing, 6(3), 406-428. Sunaryo (2012). Kesetiaan pelanggan Muslim di perbankan Syari’ah. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia. Syahyuti. (2005). Review dari Sepuluh Kajian BI dan 10 Penelitian Tentang Perbankan Islam. Muat turun dari laman web Bank Indoneisa www.bi.go.id. Rifki Ismal (2011). Depositors’ withdrawal behaviorin Islamic banking: case of Indonesia, Humanomics 27(1), 61-76. Wahyu Tri Setyobudi, Sudarso Kaderi Wiryono,Reza Ashari Nasution & Mustika Sufiati Purwanegara (2014). Exploring implicit and explicit attitude toward saving at Islamic bank. Jurnal of Islamic Marketing, 6(3), 314-330. Zalina Zakaria (2007). Isu-isu terkini tentang pengguna di Malaysia. Jurnal Syariah, 15(2), 45-60.