Teks Pengacara bagi Lawatan Kerja KSU Kementerian Pelajaran Malaysia ke SMK
                                      Ringlet.
PN NORAZLIAH ANI SMK RINGLET 2004
1.    Memastikan dif-dif kehormat mengambil tempat diakhiri tetamu kehormat
2.    Tetamu Kehormat menandatangani buku lawatan
3.    Bismillahirrohmanirrohim

      Pembasuh mulut jadi hidangan,
      Sepetang bermajlis saya mulakan.

      Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
      1) Yg Hormat Dato’ Amrin Buang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
      Malaysia.
      2) Yg Berusaha Dato’ A. Rahim Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang.

      3) Yg Berbahagia Pn Fatimah Md Deni Setiausaha Bahagian Pembangunan dan
      Perolehan
      4) Yg Berusaha Tuan Haji Zahari Uda Pegawai Pelajaran Daerah Cameron
      Highlands
      5) Yg Berusaha En Ho Yip Kap Tuan Pengetua SMK Ringlet
      6) dan Dif-dif kehormat yang saya hormati sekalian.
3.    Pertamanya, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
      inayahnya dapat kita bertemu menjalin silaturrahim dalam majlis yang permai ini.

      Indah nian istana bunian,
      Cahaya memancar wangian mengharum,
      Selamat datang hadirin sekalian,
      Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

      Selamat datang ke Sek Men Keb Ringlet.
      Warga SMKR sangat mengalu-alukan kunjungan yang hormat Dato’ Amrin Buang
      dan seluruh dif-dif kehormat sekalian.
4.    Untuk tidak melengahkan masa, sebagai memberkati majlis di petang ini saya
      menjemput Al Fadhil Ustaz Sanusi bagi menyempurnakan bacaan doa.
      Dipersilakan Al Fadhil Ustaz.
5.    Bacaan Doa
6.    Hadirin yang dimuliakan, dipersilakan menjamu selera.
7.    Minum petang
8.    Alhamdulillah, sajian sudahpun dinikmati…
      Sidang hadirin yang saya muliakan
      Izinkan saya mencelah majlis bagi menjemput Tuan Pengetua SMK Ringlet En Ho
      Yip Kap bagi mewakili seluruh warga SMK Ringlet menyampaikan cenderahati
      sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Dipersilakan Tuan Pengetua En
      Ho Yip Kap.
9.    Terima kasih En Ho Yip Kap
      Berkolek perahu hingga ke tanjung
Budi yang baik rasa nak junjung.
      Sebelum jarak dan waktu memisahkan kita,

      Kalau ada jarum yang patah,
      Jangan disimpan di dalam peti,
      Kalau ada silap dan salah,
      Jangan disimpan di dalam hati.

      Dengan ini saya dan warga SMK Ringlet menyusun sepuluh jari memohon maaf
      jika ada sebarang kekurangan kata dan kesalahan bahasa sepanjang mengendalikan
      majlis ini.
10.   Bagi mengakhiri majlis ini sudilah kiranya Yang Hormat Dato’ melangkah untuk
      sessi fotografi di dataran perhimpunan. Dipersilakan dengan segala hormatnya.
      Semoga bertemu di lain kesempatan, sekian terima kasih.
      Wassalamualaikum warohmatullahhi wabarakatuh.

Teks pengacara ksu

  • 1.
    Teks Pengacara bagiLawatan Kerja KSU Kementerian Pelajaran Malaysia ke SMK Ringlet. PN NORAZLIAH ANI SMK RINGLET 2004 1. Memastikan dif-dif kehormat mengambil tempat diakhiri tetamu kehormat 2. Tetamu Kehormat menandatangani buku lawatan 3. Bismillahirrohmanirrohim Pembasuh mulut jadi hidangan, Sepetang bermajlis saya mulakan. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada 1) Yg Hormat Dato’ Amrin Buang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. 2) Yg Berusaha Dato’ A. Rahim Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang. 3) Yg Berbahagia Pn Fatimah Md Deni Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Perolehan 4) Yg Berusaha Tuan Haji Zahari Uda Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands 5) Yg Berusaha En Ho Yip Kap Tuan Pengetua SMK Ringlet 6) dan Dif-dif kehormat yang saya hormati sekalian. 3. Pertamanya, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat kita bertemu menjalin silaturrahim dalam majlis yang permai ini. Indah nian istana bunian, Cahaya memancar wangian mengharum, Selamat datang hadirin sekalian, Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Selamat datang ke Sek Men Keb Ringlet. Warga SMKR sangat mengalu-alukan kunjungan yang hormat Dato’ Amrin Buang dan seluruh dif-dif kehormat sekalian. 4. Untuk tidak melengahkan masa, sebagai memberkati majlis di petang ini saya menjemput Al Fadhil Ustaz Sanusi bagi menyempurnakan bacaan doa. Dipersilakan Al Fadhil Ustaz. 5. Bacaan Doa 6. Hadirin yang dimuliakan, dipersilakan menjamu selera. 7. Minum petang 8. Alhamdulillah, sajian sudahpun dinikmati… Sidang hadirin yang saya muliakan Izinkan saya mencelah majlis bagi menjemput Tuan Pengetua SMK Ringlet En Ho Yip Kap bagi mewakili seluruh warga SMK Ringlet menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Dipersilakan Tuan Pengetua En Ho Yip Kap. 9. Terima kasih En Ho Yip Kap Berkolek perahu hingga ke tanjung
  • 2.
    Budi yang baikrasa nak junjung. Sebelum jarak dan waktu memisahkan kita, Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Dengan ini saya dan warga SMK Ringlet menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada sebarang kekurangan kata dan kesalahan bahasa sepanjang mengendalikan majlis ini. 10. Bagi mengakhiri majlis ini sudilah kiranya Yang Hormat Dato’ melangkah untuk sessi fotografi di dataran perhimpunan. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Semoga bertemu di lain kesempatan, sekian terima kasih. Wassalamualaikum warohmatullahhi wabarakatuh.