SlideShare a Scribd company logo
1 of 89
PENGEMBANGAN KURIKULUM PJ
DAN SAINS SUKAN
MINGGU 9
HASIL PEMBELAJARAN
• Mengulas definisi pengembangan kurikulum
pendidikan.
• Menghuraikan proses pengembangan
kurikulum Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan
Kesihatan.
• Mereka bentuk rancangan pelajaran tahunan
Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan
Kesihatan.
• Merancang program pengajaran dan
pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani Dan
• Malaysia mengamalkan sistem pendidikan
berpusat yang mana segala urusan
pentadbiran pendidikan di sekolah adalah di
bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
• Berdasarkan konteks pengembangan
kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
bertanggungjawab terhadap kurikulum yang
diimplementsikan di sekolah-sekolah
terutama dalam pengajaran dan
pembelajaran.
• Proses pengembangan kurikulum adalah
berbentuk 'top-down' yang mana Bahagian
Perkembangan Kurikulum bertanggungjawab
dalam merancang dan menyebarluaskan
dokumen sukatan pelajaran untuk
pelaksanaan dan penilaian kurikulum sekolah.
• Maka dengan itu, kurikulum pendidikan yang
digunakan di semua sekolah adalah seragam.
PENGEMBANGAN KURIKULUM
• Pengembangan kurikulum ialah suatu proses yang
dinilai, diterjemah dan disusun ke dalam aktiviti
pengalaman pembelajaran.
• Proses yang dirancangan untuk pembelajaran dan
semua rancangan mengandungi visi dan misi yang
mentakrifkan nilai sosial, intelek, rohani dan jasmani.
• Proses ini digunakan di semua peringkat pendidikan
dalam pengembangan kurikulum untuk
meningkatkan kualiti program persekolahan.
• Dalam konteks pengembangan kurikulum,
peranan guru sekolah lazimnya dilihat lebih
kepada pelaksana kurikulum.
• Dokumen kurikulum dan sukatan pelajaran
telah disediakan oleh Bahagian Perkembangan
Kurikulum dan tugas guru adalah menjalankan
pengajaran dengan berpandukan kepada
dokumen tersebut.
• Pengembangan kurikulum melibatkan tiga
proses utama iaitu perancangan, pelaksanaan
dan penilaian (Rajah 1).
Perancangan Kurikulum
• Perancangan kurikulum melibatkan tiga
aktiviti utama iaitu:
– Menetapkan falsafah.
– Menentukan matlamat dan objektif.
– Mereka bentuk kurikulum.
Pelaksanaan Kurikulum
• guru perlu mengagihkan tajuk dan waktu
pengajaran mengikut taburan yang telah
dicadangkan Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001), dalam dokumen Huraian Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah
• Pelaksanaan kurikulum bermaksud suatu
bentuk pengurusan sumber dalam
melaksanakan sesuatu kurikulum yang telah
dibentuk melalui proses pengajaran dan
pembelajaran.
• Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
perlu dirancang oleh guru bagi membina dan
mengukuhkan minat murid terhadap
pembelajaran.
• Penguasaan pelbagai kemahiran untuk murid adalah
seperti berikut:
– Kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
– Kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
– Kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni.
– Kemahiran membuat pilihan dan membuat
keputusan.
– Kemahiran mencari, menginterpretasi dan
mengaplikasi maklumat.
– Kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan
orang lain.
– Kemahiran kepimpinan dan pengurusan.
• Selaras dengan penerapan penguasaan murid
dalam pelbagai kemahiran, guru perlu
menyediakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran dalam pengembangan
kurikulum.
• Contoh pendekatan pengajaran dan
pembelajaran adalah seperti berikut:
Jenis
Pendekatan
Keterangan
Pembelajaran
Koperatif
Kurikulum jenis ini melibatkan aktiviti dalam
bentuk tugasan, permasalahan dan projek.
Murid menjalankan aktiviti tugasan dalam
berkumpulan yang mengandungi pelbagai
tahap kebolehan dan latarbelakang
pengalaman pembelajaran. Penglibatan
murid terhadap pembinaan diri dalam
kemahiran interpersonal yang merangkumi
kemahiran membuat keputusan,
mengendalikan konflik dan mengekalkan
hubungan baik antara ahli kumpulan.
Berfikir
Secara
Kritis dan
Reflektif
Fokus aktiviti kurikulum ini adalah
kepada kebolehan murid membuat
pilihan dan keputusan berlandaskan
hujah yang rasional serta justifikasi
yang jelas. Minda yang kritis
berupaya mengenal pasti andaian-
andaian, idea, dan pandangan yang
membawa kepada perubahan
tingkah laku yang lebih baik.
Pendekatan ini menggalakan murid
menghasilkan produk baharu.
Pengembangan
Kreativiti
Kurikulum jenis ini banyak menonjolkan
aktiviti belajar yang membina murid berfikir
secara kreatif termasuk berfikir secara
logik, membina daya imaginasi dan boleh
memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti
dapat dipupuk apabila murid diberi galakan
mencuba dan meneroka aktiviti belajar.
Penerapan
Patriotisme dan
Ketatanegaraan
Kesinambungan pembinaan semangat
patriotisme dan identiti kebangsaan
dilanjutkan dalam setiap mata pelajaran.
Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi
nasional akan dapat mengukuhkan lagi
identiti kebangsaan dan membentuk
bangsa Malaysia yang berwibawa dan
bermoral tinggi.
Penerapan
Penghayatan
Nilai Murni
Penghayatan nilai murni dipupuk untuk bina
insan baik, beradab dan bermoral tinggi yang
mampu menguasai ilmu-ilmu baharu tanpa
mengorbankan agama, akhlak dan
kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf
bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi
melaksanakan tugas terhadap dirinya, Tuhan,
keluarga dan masyarakat serta alam sekeliling.
Pelbagai
Kecerdasan
Jenis pendekatan ini dapat melahirkan individu
yang holistik dan seimbang. Pendekatan
kurikulum ini melibatkan kecerdasan verbal-
linguistik, logik-matematik, muzik, ruang
(spatial), bodily-kinesthetic,
interpersonal, intrapersonal, dan naturalistik.
Kemahiran
Belajar
Untuk
Belajar
Kemahiran belajar diajar seiringan dan
disepadukan dengan pembelajaran sesuatu
mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas,
mencari dan memilih maklumat, membuat
rujukan, membuat nota, menulis ringkasan,
bercakap di khalayak ramai dan sebagainya
diberi penekanan dan disepadukan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi
Maklumat
dan
Komputer
Teknologi maklumat merupakan peralatan
teknologi komunikasi atau sistem rangkaian
elektronik yang boleh digunakan untuk
mengumpul, menyimpan, memproses,
menyalurkan dan menyampaikan maklumat
secara pantas dan tepat seperti Internet atau
Multimedia atau Hypermedia untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan
Modular
Pendekatan secara modular mengandungi
tajuk yang disediakan dalam bentuk bercetak
dan atau CD-ROM untuk satu tahun
pelajaran.
Murid boleh beralih ke modul berikutnya
apabila selesai menggunakan modul yang
disediakan tanpa menunggu arahan guru.
Apa yang perlu ialah menyesuaikannya
mengikut tahap kebolehan murid.
Pembelajaran
Masteri
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada
penguasaan murid terhadap sesuatu perkara
yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan
murid ditentukan melalui ujian diagnostik.
Tindakan susulan diberikan kepada mereka
yang belum menguasai sesuatu unit
pembelajaran supaya kelemahan mereka
tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.
Penilaian Kurikulum
• Proses pengembangan kurikulum melibatkan
aktiviti pembelajaran yang mengandungi
maklumat yang dapat mengesan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid.
• Justeru itu, guru perlu melakukan penilaian
terhadap keberkesanan sesuatu kurikulum
dan mereka bentuk semula atau menambah
baik kurikulum.
• Tujuan penilaian kurikulum adalah untuk:
– Meneliti keberkesanan kurikulum;
– Mengemaskini kandungan dan reka bentuk
kurikulum;
– Menilai semula objektif pembelajaran;
– Mencari dan menarik pembiayaan;
– Membuat perbandingan perantarabangsaan;
– Membuat laporan kepada pembiaya (sponsor);
– Mengekalkan kurikulum seperti yang sedia ada;
– Mengubahsuai kurikulum; atau
– Mengeluarkan atau menggugurkan kurikulum.
• Kaedah Penilaian melibatkan perkara berikut:
– Luaran atau dalaman - penilaian lebih baik
melibatkan panel pakar dari luar dan dalam
negara bagi mengelakkan berlakunya berat
sebelah dan ketidak jujuran.
– Kuantitatif - melalui analisa statistik (soal selidik,
ujian).
– Kualitatif - melalui pemerhatian, perbincangan,
temubual, analisis secara kekuatan, kelemahan
dan analisis konten.
• Model Penilaian Kurikulum melibatkan tiga
model seperti berikut:
– a) Model CIPP,
– b) Model SWOT,
– c) Model PECAT dan HECAT.
Model CIPP (Context, Input, Process,
Products) oleh Stufflebeam (1971)
• Alat ukur untuk mengesan kemajuan
perkembangan (work in progress)
pelaksanaan sesuatu program atau kurikulum.
• Model ini mengandungi elemen konteks,
input, proses dan produk.
• Konteks merujuk kepada perkara berkaitan
hala tuju dan dasar yang melibatkan aspek
falsafah, matlamat dan objektif.
• Input adalah maklumat atau informasi lengkap
tentang pelaksanaan sesuatu kurikulum yang
mengandungi jadual atau struktur
pembentukan kurikulum.
• Proses ialah langkah-langkah dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti program.
• Produk atau hasil pelaksanaan sesuatu
program.
Komponen
Model CIPP Kegunaan Penilaian Kurikulum adalah untuk:-
Konteks Mendifinisikan persekitaran yang relevan dengan
kurikulum, menjelaskan keadaan sebenar sesuatu
program, mengenal pasti keperluan yang tidak dapat
dicapai, dan memperbaiki perkara yang menghalang
keperluan untuk dicapai.
Input Mengenal pasti sejauh mana keperluan sumber digunakan
untuk mencapai kurikulum objektif.
Proses Mengenal pasti kelemahan dalam proses pembentukan
atau mengimplimentasikan kurikulum, seperti perkara
yang sebenarnya berlaku semasa pengajaran.
Menyediakan maklumat yang sesuai bagi membuat
pengubahsuaian strategi dalam pengajaran. Mengekalkan
proses dokumentasi.
Produk Membandingkan hasil sebenar dengan piawaian yang
diterima untuk membuat pertimbangan, meneruskan,
memberhentikan, mengubahsuai atau fokus kembali
sesuatu aktiviti.
Model SWOT
• Model ini adalah alat ukur untuk audit
persekitaran (dalam konteks ini audit program
kurikulum) sesebuah organisasi.
• Penilaian model ini sebagai langkah awal
dalam merancang dan membantu pentadbir
melihat dan fokus terhadap isu utama dalam
perkembangan kurikulum.
• Model SWOT adalah suatu bentuk analisis
situasi atau keadaan yang bersifat deskriptif
(memberi gambaran) seperti berikut:
• Strength (S), adalah situasi atau keadaan yang
merupakan kekuatan dari organisasi atau
program kurikulum.
• Weakness (W), adalah situasi atau keadaan
yang merupakan kelemahan dari organisasi
atau program kurikulum.
• Opportunity (O), adalah situasi atau keadaan
yang merupakan peluang diluar organisasi dan
memberikan peluang kepada organisasi untuk
berkembang dimasa hadapan.
• Threat (T), adalah situasi yang merupakan
ancaman bagi organisasi yang datang dari luar
organisasi dan mengancam perkembangan
program kurikulum dimasa hadapan.
Model PECAT dan HECAT
• PECAT bermaksud Physical Education
Curriculum Analysis Tools dan HECAT
bermaksud Health Education Curriculum
Analysis Tools.
• Model ini adalah alat ukur dalam menganalisis
dokumen kurikulum Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan.
• Tujuannya ialah untuk menentukan
sejauhmana atau sehampir mana maklumat
kandungan kurikulum selaras dengan standard
atau piawaian kebangsaan dalam Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
• Dalam konteks ini, standard atau piawaian
kebangsaan merujuk kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, matlamat, objektif,
dan surat-surat pekeliling.
• Model penilaian ini digunakan untuk
menentukan kualiti program Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
• Merujuk kepada model PECAT dan HECAT,
berikan contoh penilaian kurikulum mata
pelajaran Pendidikan Jasmani bagi Tingkatan
1.
PERANAN GURU DALAM
PENGEMBANGAN KURIKULUM
• Sebelum menjalankan dan melaksanakan sesi
pengajaran, guru perlu merancang terlebih
dahulu perkara-perkara yang hendak di ajar
supaya proses pengajaran menjadi lebih
sistematik dan murid dapat menguasai
pembelajaran yang bermakna serta berkesan.
• Guru perlu mengenal pasti isi pelajaran
terutamanya bahagian unit dan fokus
pembelajaran yang hendak diajar dengan
merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Pendidikan Jasmani (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001) dan Huraian Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah Pendidikan Kesihatan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).
• Kemudian guru perlu sesuaikan unit dan fokus
pembelajaran dengan strategi mengajar
berdasarkan maklumat tentang pengetahuan
dan pengalaman sedia ada murid, tahap
kematangan dan kemampuan fisiologikal dan
psikologikal murid serta persekitaran tempat
belajar.
• Peranan guru bukan semata-mata mengajar
topik-topik pelajaran yang ditentukan dalam
sukatan pelajaran bidang masing-masing.
• Peranan guru ialah menyampaikan ilmu
pengetahuan dalam bidang kepakarannya
melalui pelbagai pendekatan mengajar untuk
murid menimba pembelajaran secara
berkesan.
• Persoalannya, bagaimanakah seseorang guru
boleh berjaya dalam mewujudkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan? Apakah
formula atau model yang perlu ada dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan? Mampukah seseorang guru
melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan?
TERAS PENGETAHUAN MENGAJAR
(SHULMAN, 1987)
1. Ilmu konten
2. Ilmu pedagogi am
3. Ilmu konten pedagogi
4. Ilmu dalam kurikulum
5. Ilmu tentang konteks pendidikan
6. Ilmu terhadap pembelajaran dan ciri-ciri murid dan
7. Ilmu tentang matlamat pendidikan yang boleh
dijadikan panduan kepada guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Ilmu konten (content knowledge)
• bermaksud pengetahuan tentang kandungan
subjek bidang yang diajar.
• Sebagai contoh, subjek bidang pendidikan
jasmani mengandungi ilmu tentang
komponen-komponen kecergasan fizikal,
kemahiran-kemahiran dan pengetahuan
dalam sukan dan ilmu tentang kesukanan.
• Maka, ilmu konten bagi bidang-bidang
tersebut ialah berpengetahuan dalam
kandungan-kandungan bagi komponen-
komponen kecergasan fizikal seperti aspek
daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot,
kekuatan, kelenturan, ketangkasan dan
banyak lagi aspek-aspek kecergasan fizikal.
• Contoh ilmu konten kemahiran dan
pengetahuan dalam sukan ialah permainan
bola sepak, bola jaring, acara lari pecut,
merejam lembing, gimnastik artistik,
gimnastik irama dan pelbagai jenis sukan serta
aktiviti-aktiviti rekreasi.
• Manakala contoh ilmu konten bagi bidang
kesukanan ialah berpengetahuan dalam
pengurusan pertandingan sukan, etika dalam
bersukan, keselamatan bersukan dan ilmu
yang berkaitan dengan prinsip dan undang-
undang dalam latihan kecergasan dan sukan.
Ilmu pedagogi am (general
pedagogical knowledge)
• merujuk kepada pengetahuan umum tentang
kaedah mengajar yang boleh diaplikasikan
dalam semua mata pelajaran dan dalam
pelbagai situasi persekitaran murid.
• Sebagai contoh, seseorang guru boleh
menyampaikan ilmu konten dalam permainan
bola keranjang dengan kaedah mengajar
secara latihan yang melibatkan aktiviti-aktiviti
seperti latih tubi, demonstrasi dan permainan.
Ilmu konten pedagogi (pedagogical
content knowledge)
• Pengetahuan tentang bagaimana cara
mengajar sesuatu kandungan atau topik
pelajaran kepada sekumpulan murid tertentu
dalam konten yang spesifik.
• Sebagai contoh, seseorang guru hendak
mengajar permainan bola tampar kepada
murid perempuan Tingkatan 3F.
• Guru itu mendapati bahawa latar belakang
kelas tersebut mengandungi murid-murid
yang lemah dalam pelajaran.
• Murid kelas tersebut belum pernah
didedahkan dengan permainan bola tampar
secara formal.
• Berdasarkan pernyataan contoh di atas,
konten spesifik yang guru ingin sampaikan
kepada murid pada satu waktu pelajaran (iaitu
40 minit) ialah berfokus kepada teknik
melakukan kemahiran asas menyangga bola
tampar.
• Ilmu konten yang sepatutnya dikuasai
seseorang guru itu ialah kemahiran tentang
teknik-teknik atau tata cara melakukan
pergerakan asas kemahiran menyangga.
• Sehubungan itu, guru juga perlu mempunyai
ilmu tentang prinsip-prinsip sains seperti
hukum daya dalam pergerakan, yang
membantu dalam ketepatan perlakuan
menyangga serta berupaya dalam mengesan
kesilapan dan membetulkan kesilapan
perlakuan kemahiran menyangga dalam
permainan bola tampar.
• Di samping itu, guru perlu menyesuaikan ilmu
konten dengan pedagogi (kaedah mengajar)
yang merujuk kepada latar belakang murid
seperti jantina, umur dan pengalaman sedia
ada murid bagi menentukan tahap kebolehan,
keupayaan dan kematangan murid.
• Berdasarkan maklumat iaitu murid
perempuan di Tingkatan 3F yang lemah dalam
pelajaran, guru boleh menggunakan kaedah
latihan dengan teknik latih tubi secara
berpasangan.
• Kaedah ini memerlukan guru memberikan
gambaran dan demonstrasi atau tunjuk cara
perlakuan serta bimbingan dalam kemahiran
menyangga sebelum murid melakukan
kemahiran tersebut.
• seseorang pendidik perlu menguasai ilmu
konten pedagogi iaitu dapat menyampaikan
ilmu bagi sesuatu isi kandungan pelajaran
dengan betul melalui kaedah mengajar yang
sesuai dengan latar belakang dan persekitaran
pembelajaran murid.
Ilmu dalam kurikulum (curriculum
knowledge)
• adalah pengetahuan tentang perkembangan
konten yang sesuai dengan peringkat umur
murid dan program-program bagi setiap aras
dan gred pencapaian murid.
• Pengetahuan dalam kurikulum memerlukan
guru merancang dan melaksanakan
pengajaran dengan menentukan objektif
mengikut aras domain kognitif, afektif dan
psikomotor dalam menghasilkan gred
pencapaian pembelajaran murid.
• Setiap murid sekurang-kurangnya perlu
menguasai hasil pembelajaran pada aras
rendah dalam setiap domain tersebut.
• Guru perlu merancang program-program
pengajaran mengikut kebolehan dan
keupayaan murid serta membuat penilaian
secara eksplisit seperti mewujudkan aktiviti-
aktiviti yang memerlukan murid menilai
sendiri hasil tugasan atau perkembangan
kemahiran yang telah mereka laksanakan
dalam sesuatu unit pelajaran.
Ilmu tentang konteks pendidikan
(knowledge of educational contexs)
• bermaksud pengetahuan tentang impak
dalam konteks mengajar.
• Pengetahuan tersebut melibatkan
penguasaan guru dalam bidang ilmu
pendidikan seperti psikologi pendidikan,
sosiologi pendidikan, falsafah pendidikan dan
lain-lain ilmu dalam bidang pendidikan.
• Sebagai contoh, salah satu cabang ilmu
psikologi pendidikan memerlukan guru
mengkaji peringkat-peringkat pertumbuhan
dan perkembangan mental, emosional, fizikal
dan fisiologikal seseorang kanak-kanak seperti
tahap kematangan mental, emosi dan otot-
otot fizikal mengikut peringkat umur.
Ilmu terhadap pembelajaran dan ciri-ciri murid
(knowledge of learners and their characteristics)
• merujuk kepada pengetahuan tentang
pembelajaran dan sifat seseorang murid yang
diaplikasikan dalam mengajar.
• Pengetahuan terhadap pembelajaran murid
melibatkan tahap kematangan murid dari
aspek peringkat perkembangan fizikal, mental
dan emosi di samping pengetahuan sedia ada
murid.
• Guru perlu menyelidiki terlebih dahulu sejauh
mana pengetahuan sedia ada seseorang
murid dari segi pengetahuan, sikap dan
amalan yang telah didedahkan kepada murid
sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
Ilmu tentang matlamat pendidikan
(knowledge of educational goals)
• bermaksud kesedaran seseorang guru
menyampaikan ilmu pengetahuan demi
mencapai matlamat dalam bidang pendidikan
selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
• Seseorang guru perlu mengetahui matlamat
pendidikan demi mewujudkan murid yang
syumul terhadap peningkatan dalam
perkembangan mental, penguasaan dalam
kemahiran fizikal dan memupuk
keseimbangan dalam nilai sosial dan emosi
melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti-
aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru.
STAIL PENGAJARAN
• Mosston adalah pengasas kepada spektrum
stail mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada
tahun 1966.
• Melalui edisi pertamanya, Mosston (1966a)
menggambarkan spektrum stail mengajar
sebagai satu proses peralihan dari pengajaran
berpusatkan guru kepada berpusatkan murid
secara beransur-ansur.
• Spektrum stail mengajar ini melibatkan
peranan pembuat keputusan iaitu sama ada
guru atau murid atau kedua-duanya sekali
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
• Terdapat tiga fasa dalam episod pengajaran
dan pengajaran iaitu a) pra impak, b) impak,
dan c) pasca impak bagi menentukan peranan
pembuat keputusan.
Stail perintah atau stail A
• kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan teknik arahan terus di antara
rangsangan guru dengan tindak balas murid.
• Ciri utama ialah ketepatan perlakuan yang
murid perlu tunjukkan hasil dari maklum balas
(cue) guru.
• Reka bentuk stail ini melibatkan guru
berperanan dalam membuat semua
keputusan pada fasa pra impak, fasa impak
dan fasa pasca impak.
• Peranan murid ialah mengikut dan meniru apa
yang diarahkan guru yang melibatkan
keseragaman tindak balas atau perlakuan
dalam menjalankan aktiviti pelajaran.
Stail latihan atau stail B
• melibatkan guru dalam proses membuat
keputusan sepenuhnya pada fasa pra impak
dan pasca impak.
• Manakala dalam fasa impak, guru
memberikan peluang kepada murid untuk
membuat keputusan melakukan aktiviti
pelajaran dalam satu tempoh masa yang
tertentu.
• Guru hanya menunjuk cara sesuatu aktiviti
pelajaran dan murid melaksanakan aktiviti
secara latih tubi mengikut perancangan guru.
• Murid membuat keputusan seperti memilih
kawasan atau tempat untuk menjalankan
aktiviti pelajaran, menentukan kedudukan
ahlinya, penonjolan dalam kepimpinan,
belajar mengikut kadar kemajuan dalam
melaksanakan aktiviti pelajaran, murid boleh
tentukan masa memulakan, masa rehat dan
masa menamatkan aktiviti, bebas dalam
menyusun aktiviti pelajaran dan boleh
mengajukan soalan bagi mendapatkan
penjelasan daripada guru.
Stail semak bergandingan atau stail C
• merujuk kepada teknik pengajaran secara
berpasangan iaitu melibatkan dua orang
murid yang berperanan sebagai pemerhati
dan pelaku.
• Peranan pemerhati ialah memerhati
pergerakan rakan pasangan melakukan aktiviti
pelajaran.
• Pemerhati juga berperanan dalam
membimbing pelaku untuk membuat tindak
balas yang betul terhadap aktiviti pelajaran
mengikut kriteria senarai semak yang telah
guru sediakan.
• Guru bertindak sebagai perujuk sekiranya
pemerhati tidak dapat membuat keputusan
terhadap pencapaian pelaku.
• Stail ini melibatkan guru dalam proses
membuat keputusan pada fasa pra impak
sepenuhnya manakala murid membuat
keputusan sepenuhnya dalam fasa impak dan
pasca impak.
Stail semak kendiri atau stail D
• adalah proses pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid dalam fasa impak
dan pasca impak.
• Segala aktiviti dilakukan oleh murid tanpa
kawalan serta arahan dominan dari guru.
• Murid secara individu dikehendaki melakukan
aktiviti pelajaran berpandukan kriteria senarai
semak yang telah disediakan guru. Murid juga
menilai pencapaiannya sendiri.
• Guru bertindak sebagai pemudah cara dan
menyediakan segala perancangan awal
semasa pra impak.
• Guru sentiasa memantau perjalanan aktiviti
pelajaran agar perlakuan murid menepati
perancangan guru.
• Guru juga bertindak sebagai pakar rujuk serta
pembimbing apabila murid tidak memahami
maklumat yang terdapat dalam kriteria
senarai semak.
Stail peningkatan atau stail E
• mempunyai ciri yang sama seperti stail semak
kendiri cuma kelainannya ialah murid diberi
kebebasan untuk memilih mana-mana aktiviti
pelajaran mengikut aras atau tahap
kemampuan mereka.
• Murid melakukan aktiviti pelajaran
berdasarkan kriteria senarai semak serta
membuat penilaian sendiri terhadap
pencapaiannya.
• Sekiranya murid gagal melaksanakan aktiviti
pelajaran pada aras atau tahap yang mereka
pilih, murid perlu beralih ke tahap yang
terdahulu (yang rendah) yang mereka telah
mencapainya.
• Sekiranya murid berjaya melakukan aktiviti
pelajaran, murid boleh memilih untuk naik ke
aras atau tahap yang lebih tinggi.
• Guru masih lagi berperanan penuh dalam
membuat keputusan dengan merancang
pelbagai aras atau tahap aktiviti pelajaran
pada fasa pra impak.
Stail penemuan berbimbing atau
stail F
• melibatkan murid membuat keputusan dalam
proses penemuan yang memerlukan mereka
mencari jawapan atau menyelesaikan masalah
berpandukan beberapa soalan di fasa impak.
• Pada fasa pra impak, guru menyediakan
soalan-soalan mengikut urutan dan logik yang
dapat membimbing murid mencari jalan
penyelesaian atau jawapan atau respon yang
tepat.
• Guru berperanan sebagai pembimbing dan
boleh memberi penerangan atau klu sekiranya
murid gagal menemui jalan penyelesaian atau
jawapan tepat.
• Murid berperanan mentakrifkan pencapaian
pembelajaran mengikut kemampuan sendiri
sehingga menemui keputusan yang tepat
dalam fasa pasca impak.
Stail penemuan berpusat atau stail G
• adalah kaedah mengajar yang melibatkan
murid menyelesaikan aktiviti pelajaran
dengan mencari satu jawapan atau
mendapatkan satu keputusan yang betul
daripada soalan atau permasalahan.
• Stail ini melibatkan penggunaan operasi
kognitif untuk menyelesaikan masalah dengan
cara cuba jaya dan sebarang keputusan
jawapan mengandungi sebab dan logik.
• Peranan murid dalam proses membuat
keputusan bagi episod pengajaran dan
pembelajaran adalah maksimum manakala
guru bertindak sebagai pemerhati dan
fasilitator.
Stail penemuan bercapah atau stail H
• melibatkan peranan guru dalam menetapkan
soalan atau masalah untuk diselesaikan oleh
murid.
• Murid menggunakan pelbagai idea dan
kemahiran untuk mencari alternatif yang
sesuai daripada pengetahuan sedia ada untuk
menyelesaikan masalah yang telah
dikemukakan.
• Murid dikehendaki mencari pelbagai jawapan
atau menunjukkan pelbagai kemahiran
kepada satu persoalan atau permasalahan.
• Stail ini juga melibatkan murid dalam
penggunaan operasi kognitif untuk
menyelesaikan masalah secara alternatif
kepada jawapan atau keputusan yang betul.
Stail program individu - reka
bentuk murid atau stail I
• merupakan satu teknik pembelajaran kendiri
untuk p mencapai matlamat dari sesuatu
tugasan yang diberi.
• Peranan guru adalah minimum, hanya
mencadangkan tajuk pembelajaran.
• Murid mencari maklumat daripada tajuk yang
diberi dengan menentukan objektif dan
mereka bentuk aktiviti program yang
dirancang sendiri.
• Stail ini memberi peluang kepada murid untuk
menentukan objektif pembelajaran
berdasarkan limitasi kendiri.
• Murid diberi kebebasan sepenuhnya dalam
proses pembelajaran.
• Murid membentuk sendiri soalan-soalan dan
memilih pelbagai cara untuk menyelesaikan
masalah.
• Murid membuat penilaian kendiri mengenai
perancangan program.
• Guru memantau perancangan program yang
dicipta murid sebelum laksanakan aktiviti
pelajaran.
Stail pembelajaran terdorong atau
stail J
• merujuk kepada pengalaman murid untuk
belajar secara inkuiri penemuan bagi mewakili
diri sendiri.
• Murid mengambil tanggungjawab yang
maksimum dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
• Murid sendiri mengemukakan persoalan,
meninjau, mengetahui, mereka cipta satu
bentuk program atau jadual latihan dan
melaksanakannya bagi perkembangan diri
sendiri.
• Murid berkeinginan untuk belajar sesuatu
kemahiran yang baru atau memperbaiki
kelemahan diri dalam sesuatu kemahiran yang
belum dikuasainya.
• Pada peringkat ini, murid mengkaji dan
menganalisis segala kesalahan yang ketara
dalam kemahiran yang dikuasainya.
• Murid mampu menyediakan senarai semak
dan kriteria penilaian dengan daya usaha
sendiri untuk memperbaiki kelemahan dirinya
semasa sesi latihan atau sesi kelas dijalankan.
• Hasil daripada proses ini, murid boleh
membuat rujukan kepada guru. Peranan guru
adalah sebagai pembimbing dan proses
membuat keputusan dalam episod pengajaran
dan pembelajaran adalah minimum.
Stail pengajaran kendiri atau stail K
• adalah proses pengajaran dan pembelajaran
yang melibatkan penguasaan individu dalam
tahap dorongan regulsi kendiri yang tinggi.
• Penggunaan stail ini adalah diluar jadual
waktu kelas Pendidikan Jasmani dan Pendidika
Kesihatan yang formal tetapi stail ini wujud
dalam situasi di mana seseorang murid
berkehendak mengajar dirinya sendiri.
• Murid mencari sendiri pengalaman belajarnya
dan mencorakkannya mengikut perancangan
sendiri.
• Segala perancangan, pelaksanaan dan
penilaian proses belajar terletak kepada
kebolehan murid itu sendiri.
• Murid membuat keputusan sepenuhnya
dalam episod pengajaran dan pembelajaran
manakala peranan guru adalah sebagai pakar
rujuk.

More Related Content

What's hot

Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraLinda Zain
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumchenta miamor
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumAslah Zakadi
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan firo HAR
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 

What's hot (20)

Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Taburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung NormalTaburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung Normal
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Metakognitif
MetakognitifMetakognitif
Metakognitif
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 

Viewers also liked

Kump inovatif dan kreatif
Kump inovatif dan kreatifKump inovatif dan kreatif
Kump inovatif dan kreatifsuanneseerk
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4muhammad
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 

Viewers also liked (7)

Prelim
PrelimPrelim
Prelim
 
Kump inovatif dan kreatif
Kump inovatif dan kreatifKump inovatif dan kreatif
Kump inovatif dan kreatif
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 

Similar to KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN

Manajemen Pengembangan Kurikulum
Manajemen Pengembangan KurikulumManajemen Pengembangan Kurikulum
Manajemen Pengembangan KurikulumIgor Wijaya
 
Pendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulumPendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulumsadirun
 
Pendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulumPendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulumsadirun
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranHilda Pujianti
 
Ppt tekpen wiwin
Ppt tekpen  wiwinPpt tekpen  wiwin
Ppt tekpen wiwinwiwin_dari
 
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 KendariMATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 KendariFKIP UHO
 
Ppt tekhno umi sahlah
Ppt tekhno umi sahlahPpt tekhno umi sahlah
Ppt tekhno umi sahlah2012620165
 
22520544_Khisan Dian Pratama_PPT BAB 7.pptx
22520544_Khisan Dian Pratama_PPT BAB 7.pptx22520544_Khisan Dian Pratama_PPT BAB 7.pptx
22520544_Khisan Dian Pratama_PPT BAB 7.pptxpratamakhisan
 
Pengertian pengembangan kurikulum
Pengertian pengembangan kurikulumPengertian pengembangan kurikulum
Pengertian pengembangan kurikulumslamet haryanto
 
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pptx
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pptx6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pptx
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pptxDzikriMH
 
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pdf
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pdf6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pdf
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pdfErfanZaenuri
 
Pembelajaran dan Asesmen Tahun 2023.pptx
Pembelajaran dan Asesmen Tahun 2023.pptxPembelajaran dan Asesmen Tahun 2023.pptx
Pembelajaran dan Asesmen Tahun 2023.pptxHilmaYunis
 
Eksplorasi Konsep Kelompok 3_Lembar Kerja 1 (1).pptx
Eksplorasi Konsep Kelompok 3_Lembar Kerja 1 (1).pptxEksplorasi Konsep Kelompok 3_Lembar Kerja 1 (1).pptx
Eksplorasi Konsep Kelompok 3_Lembar Kerja 1 (1).pptxssuser5cdb16
 
KURIKULUM DAN BAHAN BELAJAR TK.pptx
KURIKULUM DAN BAHAN BELAJAR TK.pptxKURIKULUM DAN BAHAN BELAJAR TK.pptx
KURIKULUM DAN BAHAN BELAJAR TK.pptxPuthutHudiPurnomo
 

Similar to KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN (20)

Manajemen Pengembangan Kurikulum
Manajemen Pengembangan KurikulumManajemen Pengembangan Kurikulum
Manajemen Pengembangan Kurikulum
 
Pendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulumPendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulum
 
Pendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulumPendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulum
 
Minggu 8
Minggu 8Minggu 8
Minggu 8
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Telaah riris pert 3
Telaah riris pert 3Telaah riris pert 3
Telaah riris pert 3
 
Manajemen Kurikulum
Manajemen KurikulumManajemen Kurikulum
Manajemen Kurikulum
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaran
 
Ppt tekpen wiwin
Ppt tekpen  wiwinPpt tekpen  wiwin
Ppt tekpen wiwin
 
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 KendariMATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
 
Ppt tekhno umi sahlah
Ppt tekhno umi sahlahPpt tekhno umi sahlah
Ppt tekhno umi sahlah
 
22520544_Khisan Dian Pratama_PPT BAB 7.pptx
22520544_Khisan Dian Pratama_PPT BAB 7.pptx22520544_Khisan Dian Pratama_PPT BAB 7.pptx
22520544_Khisan Dian Pratama_PPT BAB 7.pptx
 
Konsep 5 p
Konsep 5 pKonsep 5 p
Konsep 5 p
 
Pengertian pengembangan kurikulum
Pengertian pengembangan kurikulumPengertian pengembangan kurikulum
Pengertian pengembangan kurikulum
 
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pptx
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pptx6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pptx
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pptx
 
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pdf
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pdf6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pdf
6. Pendampingan, evaluasi, dan pengembangan profesional.pdf
 
Pembelajaran dan Asesmen Tahun 2023.pptx
Pembelajaran dan Asesmen Tahun 2023.pptxPembelajaran dan Asesmen Tahun 2023.pptx
Pembelajaran dan Asesmen Tahun 2023.pptx
 
Ppt tekpen ulfah
Ppt tekpen ulfahPpt tekpen ulfah
Ppt tekpen ulfah
 
Eksplorasi Konsep Kelompok 3_Lembar Kerja 1 (1).pptx
Eksplorasi Konsep Kelompok 3_Lembar Kerja 1 (1).pptxEksplorasi Konsep Kelompok 3_Lembar Kerja 1 (1).pptx
Eksplorasi Konsep Kelompok 3_Lembar Kerja 1 (1).pptx
 
KURIKULUM DAN BAHAN BELAJAR TK.pptx
KURIKULUM DAN BAHAN BELAJAR TK.pptxKURIKULUM DAN BAHAN BELAJAR TK.pptx
KURIKULUM DAN BAHAN BELAJAR TK.pptx
 

More from colleges

Minggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktMinggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktcolleges
 
Minggu 3 25 sept
Minggu 3 25 septMinggu 3 25 sept
Minggu 3 25 septcolleges
 
Minggu 2 18 sept
Minggu 2 18 septMinggu 2 18 sept
Minggu 2 18 septcolleges
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septcolleges
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandacolleges
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandacolleges
 
Thai complete
Thai completeThai complete
Thai completecolleges
 
Desentralisasi
DesentralisasiDesentralisasi
Desentralisasicolleges
 
Kesan jepun
Kesan jepunKesan jepun
Kesan jepuncolleges
 
Getah f2 new new
Getah f2 new newGetah f2 new new
Getah f2 new newcolleges
 

More from colleges (17)

Minggu 6
Minggu 6Minggu 6
Minggu 6
 
Minggu 5
Minggu 5Minggu 5
Minggu 5
 
Minggu 7
Minggu 7Minggu 7
Minggu 7
 
Minggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktMinggu 4 02 okt
Minggu 4 02 okt
 
Minggu 3 25 sept
Minggu 3 25 septMinggu 3 25 sept
Minggu 3 25 sept
 
Minggu 2 18 sept
Minggu 2 18 septMinggu 2 18 sept
Minggu 2 18 sept
 
Minggu 10
Minggu 10Minggu 10
Minggu 10
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 sept
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
 
Darurat
DaruratDarurat
Darurat
 
Thai complete
Thai completeThai complete
Thai complete
 
Mmp 0001
Mmp 0001Mmp 0001
Mmp 0001
 
Desentralisasi
DesentralisasiDesentralisasi
Desentralisasi
 
Kesan jepun
Kesan jepunKesan jepun
Kesan jepun
 
Getah f2 new new
Getah f2 new newGetah f2 new new
Getah f2 new new
 
Asradian
AsradianAsradian
Asradian
 

KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN

  • 1. PENGEMBANGAN KURIKULUM PJ DAN SAINS SUKAN MINGGU 9
  • 2. HASIL PEMBELAJARAN • Mengulas definisi pengembangan kurikulum pendidikan. • Menghuraikan proses pengembangan kurikulum Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. • Mereka bentuk rancangan pelajaran tahunan Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. • Merancang program pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani Dan
  • 3. • Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat yang mana segala urusan pentadbiran pendidikan di sekolah adalah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. • Berdasarkan konteks pengembangan kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab terhadap kurikulum yang diimplementsikan di sekolah-sekolah terutama dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 4. • Proses pengembangan kurikulum adalah berbentuk 'top-down' yang mana Bahagian Perkembangan Kurikulum bertanggungjawab dalam merancang dan menyebarluaskan dokumen sukatan pelajaran untuk pelaksanaan dan penilaian kurikulum sekolah. • Maka dengan itu, kurikulum pendidikan yang digunakan di semua sekolah adalah seragam.
  • 5. PENGEMBANGAN KURIKULUM • Pengembangan kurikulum ialah suatu proses yang dinilai, diterjemah dan disusun ke dalam aktiviti pengalaman pembelajaran. • Proses yang dirancangan untuk pembelajaran dan semua rancangan mengandungi visi dan misi yang mentakrifkan nilai sosial, intelek, rohani dan jasmani. • Proses ini digunakan di semua peringkat pendidikan dalam pengembangan kurikulum untuk meningkatkan kualiti program persekolahan.
  • 6. • Dalam konteks pengembangan kurikulum, peranan guru sekolah lazimnya dilihat lebih kepada pelaksana kurikulum. • Dokumen kurikulum dan sukatan pelajaran telah disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum dan tugas guru adalah menjalankan pengajaran dengan berpandukan kepada dokumen tersebut.
  • 7. • Pengembangan kurikulum melibatkan tiga proses utama iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian (Rajah 1).
  • 8.
  • 9. Perancangan Kurikulum • Perancangan kurikulum melibatkan tiga aktiviti utama iaitu: – Menetapkan falsafah. – Menentukan matlamat dan objektif. – Mereka bentuk kurikulum.
  • 10. Pelaksanaan Kurikulum • guru perlu mengagihkan tajuk dan waktu pengajaran mengikut taburan yang telah dicadangkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
  • 11. • Pelaksanaan kurikulum bermaksud suatu bentuk pengurusan sumber dalam melaksanakan sesuatu kurikulum yang telah dibentuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran. • Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran.
  • 12. • Penguasaan pelbagai kemahiran untuk murid adalah seperti berikut: – Kemahiran berfikir kritis dan kreatif. – Kemahiran berkomunikasi secara berkesan. – Kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni. – Kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan. – Kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat. – Kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain. – Kemahiran kepimpinan dan pengurusan.
  • 13. • Selaras dengan penerapan penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran, guru perlu menyediakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pengembangan kurikulum. • Contoh pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:
  • 14. Jenis Pendekatan Keterangan Pembelajaran Koperatif Kurikulum jenis ini melibatkan aktiviti dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek. Murid menjalankan aktiviti tugasan dalam berkumpulan yang mengandungi pelbagai tahap kebolehan dan latarbelakang pengalaman pembelajaran. Penglibatan murid terhadap pembinaan diri dalam kemahiran interpersonal yang merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan.
  • 15. Berfikir Secara Kritis dan Reflektif Fokus aktiviti kurikulum ini adalah kepada kebolehan murid membuat pilihan dan keputusan berlandaskan hujah yang rasional serta justifikasi yang jelas. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian- andaian, idea, dan pandangan yang membawa kepada perubahan tingkah laku yang lebih baik. Pendekatan ini menggalakan murid menghasilkan produk baharu.
  • 16. Pengembangan Kreativiti Kurikulum jenis ini banyak menonjolkan aktiviti belajar yang membina murid berfikir secara kreatif termasuk berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila murid diberi galakan mencuba dan meneroka aktiviti belajar. Penerapan Patriotisme dan Ketatanegaraan Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dilanjutkan dalam setiap mata pelajaran. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi.
  • 17. Penerapan Penghayatan Nilai Murni Penghayatan nilai murni dipupuk untuk bina insan baik, beradab dan bermoral tinggi yang mampu menguasai ilmu-ilmu baharu tanpa mengorbankan agama, akhlak dan kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat serta alam sekeliling. Pelbagai Kecerdasan Jenis pendekatan ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang. Pendekatan kurikulum ini melibatkan kecerdasan verbal- linguistik, logik-matematik, muzik, ruang (spatial), bodily-kinesthetic, interpersonal, intrapersonal, dan naturalistik.
  • 18. Kemahiran Belajar Untuk Belajar Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, membuat rujukan, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi Maklumat dan Komputer Teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti Internet atau Multimedia atau Hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 19. Pendekatan Modular Pendekatan secara modular mengandungi tajuk yang disediakan dalam bentuk bercetak dan atau CD-ROM untuk satu tahun pelajaran. Murid boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan murid. Pembelajaran Masteri Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan murid terhadap sesuatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan murid ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai sesuatu unit pembelajaran supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.
  • 20. Penilaian Kurikulum • Proses pengembangan kurikulum melibatkan aktiviti pembelajaran yang mengandungi maklumat yang dapat mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. • Justeru itu, guru perlu melakukan penilaian terhadap keberkesanan sesuatu kurikulum dan mereka bentuk semula atau menambah baik kurikulum.
  • 21. • Tujuan penilaian kurikulum adalah untuk: – Meneliti keberkesanan kurikulum; – Mengemaskini kandungan dan reka bentuk kurikulum; – Menilai semula objektif pembelajaran; – Mencari dan menarik pembiayaan; – Membuat perbandingan perantarabangsaan; – Membuat laporan kepada pembiaya (sponsor); – Mengekalkan kurikulum seperti yang sedia ada; – Mengubahsuai kurikulum; atau – Mengeluarkan atau menggugurkan kurikulum.
  • 22. • Kaedah Penilaian melibatkan perkara berikut: – Luaran atau dalaman - penilaian lebih baik melibatkan panel pakar dari luar dan dalam negara bagi mengelakkan berlakunya berat sebelah dan ketidak jujuran. – Kuantitatif - melalui analisa statistik (soal selidik, ujian). – Kualitatif - melalui pemerhatian, perbincangan, temubual, analisis secara kekuatan, kelemahan dan analisis konten.
  • 23. • Model Penilaian Kurikulum melibatkan tiga model seperti berikut: – a) Model CIPP, – b) Model SWOT, – c) Model PECAT dan HECAT.
  • 24. Model CIPP (Context, Input, Process, Products) oleh Stufflebeam (1971) • Alat ukur untuk mengesan kemajuan perkembangan (work in progress) pelaksanaan sesuatu program atau kurikulum. • Model ini mengandungi elemen konteks, input, proses dan produk. • Konteks merujuk kepada perkara berkaitan hala tuju dan dasar yang melibatkan aspek falsafah, matlamat dan objektif.
  • 25. • Input adalah maklumat atau informasi lengkap tentang pelaksanaan sesuatu kurikulum yang mengandungi jadual atau struktur pembentukan kurikulum. • Proses ialah langkah-langkah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti program. • Produk atau hasil pelaksanaan sesuatu program.
  • 26. Komponen Model CIPP Kegunaan Penilaian Kurikulum adalah untuk:- Konteks Mendifinisikan persekitaran yang relevan dengan kurikulum, menjelaskan keadaan sebenar sesuatu program, mengenal pasti keperluan yang tidak dapat dicapai, dan memperbaiki perkara yang menghalang keperluan untuk dicapai. Input Mengenal pasti sejauh mana keperluan sumber digunakan untuk mencapai kurikulum objektif. Proses Mengenal pasti kelemahan dalam proses pembentukan atau mengimplimentasikan kurikulum, seperti perkara yang sebenarnya berlaku semasa pengajaran. Menyediakan maklumat yang sesuai bagi membuat pengubahsuaian strategi dalam pengajaran. Mengekalkan proses dokumentasi. Produk Membandingkan hasil sebenar dengan piawaian yang diterima untuk membuat pertimbangan, meneruskan, memberhentikan, mengubahsuai atau fokus kembali sesuatu aktiviti.
  • 27. Model SWOT • Model ini adalah alat ukur untuk audit persekitaran (dalam konteks ini audit program kurikulum) sesebuah organisasi. • Penilaian model ini sebagai langkah awal dalam merancang dan membantu pentadbir melihat dan fokus terhadap isu utama dalam perkembangan kurikulum. • Model SWOT adalah suatu bentuk analisis situasi atau keadaan yang bersifat deskriptif (memberi gambaran) seperti berikut:
  • 28. • Strength (S), adalah situasi atau keadaan yang merupakan kekuatan dari organisasi atau program kurikulum. • Weakness (W), adalah situasi atau keadaan yang merupakan kelemahan dari organisasi atau program kurikulum.
  • 29. • Opportunity (O), adalah situasi atau keadaan yang merupakan peluang diluar organisasi dan memberikan peluang kepada organisasi untuk berkembang dimasa hadapan. • Threat (T), adalah situasi yang merupakan ancaman bagi organisasi yang datang dari luar organisasi dan mengancam perkembangan program kurikulum dimasa hadapan.
  • 30. Model PECAT dan HECAT • PECAT bermaksud Physical Education Curriculum Analysis Tools dan HECAT bermaksud Health Education Curriculum Analysis Tools. • Model ini adalah alat ukur dalam menganalisis dokumen kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
  • 31. • Tujuannya ialah untuk menentukan sejauhmana atau sehampir mana maklumat kandungan kurikulum selaras dengan standard atau piawaian kebangsaan dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. • Dalam konteks ini, standard atau piawaian kebangsaan merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat, objektif, dan surat-surat pekeliling. • Model penilaian ini digunakan untuk menentukan kualiti program Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
  • 32. • Merujuk kepada model PECAT dan HECAT, berikan contoh penilaian kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi Tingkatan 1.
  • 34. • Sebelum menjalankan dan melaksanakan sesi pengajaran, guru perlu merancang terlebih dahulu perkara-perkara yang hendak di ajar supaya proses pengajaran menjadi lebih sistematik dan murid dapat menguasai pembelajaran yang bermakna serta berkesan.
  • 35. • Guru perlu mengenal pasti isi pelajaran terutamanya bahagian unit dan fokus pembelajaran yang hendak diajar dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) dan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Kesihatan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
  • 36. • Kemudian guru perlu sesuaikan unit dan fokus pembelajaran dengan strategi mengajar berdasarkan maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid, tahap kematangan dan kemampuan fisiologikal dan psikologikal murid serta persekitaran tempat belajar.
  • 37. • Peranan guru bukan semata-mata mengajar topik-topik pelajaran yang ditentukan dalam sukatan pelajaran bidang masing-masing. • Peranan guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya melalui pelbagai pendekatan mengajar untuk murid menimba pembelajaran secara berkesan.
  • 38. • Persoalannya, bagaimanakah seseorang guru boleh berjaya dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Apakah formula atau model yang perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Mampukah seseorang guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan?
  • 39. TERAS PENGETAHUAN MENGAJAR (SHULMAN, 1987) 1. Ilmu konten 2. Ilmu pedagogi am 3. Ilmu konten pedagogi 4. Ilmu dalam kurikulum 5. Ilmu tentang konteks pendidikan 6. Ilmu terhadap pembelajaran dan ciri-ciri murid dan 7. Ilmu tentang matlamat pendidikan yang boleh dijadikan panduan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 40. Ilmu konten (content knowledge) • bermaksud pengetahuan tentang kandungan subjek bidang yang diajar. • Sebagai contoh, subjek bidang pendidikan jasmani mengandungi ilmu tentang komponen-komponen kecergasan fizikal, kemahiran-kemahiran dan pengetahuan dalam sukan dan ilmu tentang kesukanan.
  • 41. • Maka, ilmu konten bagi bidang-bidang tersebut ialah berpengetahuan dalam kandungan-kandungan bagi komponen- komponen kecergasan fizikal seperti aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, ketangkasan dan banyak lagi aspek-aspek kecergasan fizikal.
  • 42. • Contoh ilmu konten kemahiran dan pengetahuan dalam sukan ialah permainan bola sepak, bola jaring, acara lari pecut, merejam lembing, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pelbagai jenis sukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi.
  • 43. • Manakala contoh ilmu konten bagi bidang kesukanan ialah berpengetahuan dalam pengurusan pertandingan sukan, etika dalam bersukan, keselamatan bersukan dan ilmu yang berkaitan dengan prinsip dan undang- undang dalam latihan kecergasan dan sukan.
  • 44. Ilmu pedagogi am (general pedagogical knowledge) • merujuk kepada pengetahuan umum tentang kaedah mengajar yang boleh diaplikasikan dalam semua mata pelajaran dan dalam pelbagai situasi persekitaran murid. • Sebagai contoh, seseorang guru boleh menyampaikan ilmu konten dalam permainan bola keranjang dengan kaedah mengajar secara latihan yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti latih tubi, demonstrasi dan permainan.
  • 45. Ilmu konten pedagogi (pedagogical content knowledge) • Pengetahuan tentang bagaimana cara mengajar sesuatu kandungan atau topik pelajaran kepada sekumpulan murid tertentu dalam konten yang spesifik. • Sebagai contoh, seseorang guru hendak mengajar permainan bola tampar kepada murid perempuan Tingkatan 3F. • Guru itu mendapati bahawa latar belakang kelas tersebut mengandungi murid-murid yang lemah dalam pelajaran.
  • 46. • Murid kelas tersebut belum pernah didedahkan dengan permainan bola tampar secara formal. • Berdasarkan pernyataan contoh di atas, konten spesifik yang guru ingin sampaikan kepada murid pada satu waktu pelajaran (iaitu 40 minit) ialah berfokus kepada teknik melakukan kemahiran asas menyangga bola tampar.
  • 47. • Ilmu konten yang sepatutnya dikuasai seseorang guru itu ialah kemahiran tentang teknik-teknik atau tata cara melakukan pergerakan asas kemahiran menyangga. • Sehubungan itu, guru juga perlu mempunyai ilmu tentang prinsip-prinsip sains seperti hukum daya dalam pergerakan, yang membantu dalam ketepatan perlakuan menyangga serta berupaya dalam mengesan kesilapan dan membetulkan kesilapan perlakuan kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar.
  • 48. • Di samping itu, guru perlu menyesuaikan ilmu konten dengan pedagogi (kaedah mengajar) yang merujuk kepada latar belakang murid seperti jantina, umur dan pengalaman sedia ada murid bagi menentukan tahap kebolehan, keupayaan dan kematangan murid.
  • 49. • Berdasarkan maklumat iaitu murid perempuan di Tingkatan 3F yang lemah dalam pelajaran, guru boleh menggunakan kaedah latihan dengan teknik latih tubi secara berpasangan. • Kaedah ini memerlukan guru memberikan gambaran dan demonstrasi atau tunjuk cara perlakuan serta bimbingan dalam kemahiran menyangga sebelum murid melakukan kemahiran tersebut.
  • 50. • seseorang pendidik perlu menguasai ilmu konten pedagogi iaitu dapat menyampaikan ilmu bagi sesuatu isi kandungan pelajaran dengan betul melalui kaedah mengajar yang sesuai dengan latar belakang dan persekitaran pembelajaran murid.
  • 51. Ilmu dalam kurikulum (curriculum knowledge) • adalah pengetahuan tentang perkembangan konten yang sesuai dengan peringkat umur murid dan program-program bagi setiap aras dan gred pencapaian murid. • Pengetahuan dalam kurikulum memerlukan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dengan menentukan objektif mengikut aras domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam menghasilkan gred pencapaian pembelajaran murid.
  • 52. • Setiap murid sekurang-kurangnya perlu menguasai hasil pembelajaran pada aras rendah dalam setiap domain tersebut. • Guru perlu merancang program-program pengajaran mengikut kebolehan dan keupayaan murid serta membuat penilaian secara eksplisit seperti mewujudkan aktiviti- aktiviti yang memerlukan murid menilai sendiri hasil tugasan atau perkembangan kemahiran yang telah mereka laksanakan dalam sesuatu unit pelajaran.
  • 53. Ilmu tentang konteks pendidikan (knowledge of educational contexs) • bermaksud pengetahuan tentang impak dalam konteks mengajar. • Pengetahuan tersebut melibatkan penguasaan guru dalam bidang ilmu pendidikan seperti psikologi pendidikan, sosiologi pendidikan, falsafah pendidikan dan lain-lain ilmu dalam bidang pendidikan.
  • 54. • Sebagai contoh, salah satu cabang ilmu psikologi pendidikan memerlukan guru mengkaji peringkat-peringkat pertumbuhan dan perkembangan mental, emosional, fizikal dan fisiologikal seseorang kanak-kanak seperti tahap kematangan mental, emosi dan otot- otot fizikal mengikut peringkat umur.
  • 55. Ilmu terhadap pembelajaran dan ciri-ciri murid (knowledge of learners and their characteristics) • merujuk kepada pengetahuan tentang pembelajaran dan sifat seseorang murid yang diaplikasikan dalam mengajar. • Pengetahuan terhadap pembelajaran murid melibatkan tahap kematangan murid dari aspek peringkat perkembangan fizikal, mental dan emosi di samping pengetahuan sedia ada murid.
  • 56. • Guru perlu menyelidiki terlebih dahulu sejauh mana pengetahuan sedia ada seseorang murid dari segi pengetahuan, sikap dan amalan yang telah didedahkan kepada murid sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
  • 57. Ilmu tentang matlamat pendidikan (knowledge of educational goals) • bermaksud kesedaran seseorang guru menyampaikan ilmu pengetahuan demi mencapai matlamat dalam bidang pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 58. • Seseorang guru perlu mengetahui matlamat pendidikan demi mewujudkan murid yang syumul terhadap peningkatan dalam perkembangan mental, penguasaan dalam kemahiran fizikal dan memupuk keseimbangan dalam nilai sosial dan emosi melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru.
  • 60. • Mosston adalah pengasas kepada spektrum stail mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada tahun 1966. • Melalui edisi pertamanya, Mosston (1966a) menggambarkan spektrum stail mengajar sebagai satu proses peralihan dari pengajaran berpusatkan guru kepada berpusatkan murid secara beransur-ansur.
  • 61. • Spektrum stail mengajar ini melibatkan peranan pembuat keputusan iaitu sama ada guru atau murid atau kedua-duanya sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran. • Terdapat tiga fasa dalam episod pengajaran dan pengajaran iaitu a) pra impak, b) impak, dan c) pasca impak bagi menentukan peranan pembuat keputusan.
  • 62. Stail perintah atau stail A • kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan teknik arahan terus di antara rangsangan guru dengan tindak balas murid. • Ciri utama ialah ketepatan perlakuan yang murid perlu tunjukkan hasil dari maklum balas (cue) guru.
  • 63. • Reka bentuk stail ini melibatkan guru berperanan dalam membuat semua keputusan pada fasa pra impak, fasa impak dan fasa pasca impak. • Peranan murid ialah mengikut dan meniru apa yang diarahkan guru yang melibatkan keseragaman tindak balas atau perlakuan dalam menjalankan aktiviti pelajaran.
  • 64. Stail latihan atau stail B • melibatkan guru dalam proses membuat keputusan sepenuhnya pada fasa pra impak dan pasca impak. • Manakala dalam fasa impak, guru memberikan peluang kepada murid untuk membuat keputusan melakukan aktiviti pelajaran dalam satu tempoh masa yang tertentu.
  • 65. • Guru hanya menunjuk cara sesuatu aktiviti pelajaran dan murid melaksanakan aktiviti secara latih tubi mengikut perancangan guru.
  • 66. • Murid membuat keputusan seperti memilih kawasan atau tempat untuk menjalankan aktiviti pelajaran, menentukan kedudukan ahlinya, penonjolan dalam kepimpinan, belajar mengikut kadar kemajuan dalam melaksanakan aktiviti pelajaran, murid boleh tentukan masa memulakan, masa rehat dan masa menamatkan aktiviti, bebas dalam menyusun aktiviti pelajaran dan boleh mengajukan soalan bagi mendapatkan penjelasan daripada guru.
  • 67. Stail semak bergandingan atau stail C • merujuk kepada teknik pengajaran secara berpasangan iaitu melibatkan dua orang murid yang berperanan sebagai pemerhati dan pelaku. • Peranan pemerhati ialah memerhati pergerakan rakan pasangan melakukan aktiviti pelajaran.
  • 68. • Pemerhati juga berperanan dalam membimbing pelaku untuk membuat tindak balas yang betul terhadap aktiviti pelajaran mengikut kriteria senarai semak yang telah guru sediakan. • Guru bertindak sebagai perujuk sekiranya pemerhati tidak dapat membuat keputusan terhadap pencapaian pelaku.
  • 69. • Stail ini melibatkan guru dalam proses membuat keputusan pada fasa pra impak sepenuhnya manakala murid membuat keputusan sepenuhnya dalam fasa impak dan pasca impak.
  • 70. Stail semak kendiri atau stail D • adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dalam fasa impak dan pasca impak. • Segala aktiviti dilakukan oleh murid tanpa kawalan serta arahan dominan dari guru. • Murid secara individu dikehendaki melakukan aktiviti pelajaran berpandukan kriteria senarai semak yang telah disediakan guru. Murid juga menilai pencapaiannya sendiri.
  • 71. • Guru bertindak sebagai pemudah cara dan menyediakan segala perancangan awal semasa pra impak. • Guru sentiasa memantau perjalanan aktiviti pelajaran agar perlakuan murid menepati perancangan guru. • Guru juga bertindak sebagai pakar rujuk serta pembimbing apabila murid tidak memahami maklumat yang terdapat dalam kriteria senarai semak.
  • 72. Stail peningkatan atau stail E • mempunyai ciri yang sama seperti stail semak kendiri cuma kelainannya ialah murid diberi kebebasan untuk memilih mana-mana aktiviti pelajaran mengikut aras atau tahap kemampuan mereka. • Murid melakukan aktiviti pelajaran berdasarkan kriteria senarai semak serta membuat penilaian sendiri terhadap pencapaiannya.
  • 73. • Sekiranya murid gagal melaksanakan aktiviti pelajaran pada aras atau tahap yang mereka pilih, murid perlu beralih ke tahap yang terdahulu (yang rendah) yang mereka telah mencapainya. • Sekiranya murid berjaya melakukan aktiviti pelajaran, murid boleh memilih untuk naik ke aras atau tahap yang lebih tinggi.
  • 74. • Guru masih lagi berperanan penuh dalam membuat keputusan dengan merancang pelbagai aras atau tahap aktiviti pelajaran pada fasa pra impak.
  • 75. Stail penemuan berbimbing atau stail F • melibatkan murid membuat keputusan dalam proses penemuan yang memerlukan mereka mencari jawapan atau menyelesaikan masalah berpandukan beberapa soalan di fasa impak. • Pada fasa pra impak, guru menyediakan soalan-soalan mengikut urutan dan logik yang dapat membimbing murid mencari jalan penyelesaian atau jawapan atau respon yang tepat.
  • 76. • Guru berperanan sebagai pembimbing dan boleh memberi penerangan atau klu sekiranya murid gagal menemui jalan penyelesaian atau jawapan tepat. • Murid berperanan mentakrifkan pencapaian pembelajaran mengikut kemampuan sendiri sehingga menemui keputusan yang tepat dalam fasa pasca impak.
  • 77. Stail penemuan berpusat atau stail G • adalah kaedah mengajar yang melibatkan murid menyelesaikan aktiviti pelajaran dengan mencari satu jawapan atau mendapatkan satu keputusan yang betul daripada soalan atau permasalahan. • Stail ini melibatkan penggunaan operasi kognitif untuk menyelesaikan masalah dengan cara cuba jaya dan sebarang keputusan jawapan mengandungi sebab dan logik.
  • 78. • Peranan murid dalam proses membuat keputusan bagi episod pengajaran dan pembelajaran adalah maksimum manakala guru bertindak sebagai pemerhati dan fasilitator.
  • 79. Stail penemuan bercapah atau stail H • melibatkan peranan guru dalam menetapkan soalan atau masalah untuk diselesaikan oleh murid. • Murid menggunakan pelbagai idea dan kemahiran untuk mencari alternatif yang sesuai daripada pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah yang telah dikemukakan.
  • 80. • Murid dikehendaki mencari pelbagai jawapan atau menunjukkan pelbagai kemahiran kepada satu persoalan atau permasalahan. • Stail ini juga melibatkan murid dalam penggunaan operasi kognitif untuk menyelesaikan masalah secara alternatif kepada jawapan atau keputusan yang betul.
  • 81. Stail program individu - reka bentuk murid atau stail I • merupakan satu teknik pembelajaran kendiri untuk p mencapai matlamat dari sesuatu tugasan yang diberi. • Peranan guru adalah minimum, hanya mencadangkan tajuk pembelajaran. • Murid mencari maklumat daripada tajuk yang diberi dengan menentukan objektif dan mereka bentuk aktiviti program yang dirancang sendiri.
  • 82. • Stail ini memberi peluang kepada murid untuk menentukan objektif pembelajaran berdasarkan limitasi kendiri. • Murid diberi kebebasan sepenuhnya dalam proses pembelajaran. • Murid membentuk sendiri soalan-soalan dan memilih pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.
  • 83. • Murid membuat penilaian kendiri mengenai perancangan program. • Guru memantau perancangan program yang dicipta murid sebelum laksanakan aktiviti pelajaran.
  • 84. Stail pembelajaran terdorong atau stail J • merujuk kepada pengalaman murid untuk belajar secara inkuiri penemuan bagi mewakili diri sendiri. • Murid mengambil tanggungjawab yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 85. • Murid sendiri mengemukakan persoalan, meninjau, mengetahui, mereka cipta satu bentuk program atau jadual latihan dan melaksanakannya bagi perkembangan diri sendiri. • Murid berkeinginan untuk belajar sesuatu kemahiran yang baru atau memperbaiki kelemahan diri dalam sesuatu kemahiran yang belum dikuasainya.
  • 86. • Pada peringkat ini, murid mengkaji dan menganalisis segala kesalahan yang ketara dalam kemahiran yang dikuasainya. • Murid mampu menyediakan senarai semak dan kriteria penilaian dengan daya usaha sendiri untuk memperbaiki kelemahan dirinya semasa sesi latihan atau sesi kelas dijalankan.
  • 87. • Hasil daripada proses ini, murid boleh membuat rujukan kepada guru. Peranan guru adalah sebagai pembimbing dan proses membuat keputusan dalam episod pengajaran dan pembelajaran adalah minimum.
  • 88. Stail pengajaran kendiri atau stail K • adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penguasaan individu dalam tahap dorongan regulsi kendiri yang tinggi. • Penggunaan stail ini adalah diluar jadual waktu kelas Pendidikan Jasmani dan Pendidika Kesihatan yang formal tetapi stail ini wujud dalam situasi di mana seseorang murid berkehendak mengajar dirinya sendiri.
  • 89. • Murid mencari sendiri pengalaman belajarnya dan mencorakkannya mengikut perancangan sendiri. • Segala perancangan, pelaksanaan dan penilaian proses belajar terletak kepada kebolehan murid itu sendiri. • Murid membuat keputusan sepenuhnya dalam episod pengajaran dan pembelajaran manakala peranan guru adalah sebagai pakar rujuk.