Panduan menjawab karangan spm

5,887 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,887
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
273
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Panduan menjawab karangan spm

  1. 1. HASRAT CIKGU Pelajar dapat mempertingkatkan karangan dan sistem bahasa agar lebih mantap dan gramatis. Di sini saya ingin membantu pelajar untuk mempertingkatkan gaya pemikiran dan pengunaan bahasa para pelajar.Semoga ianya dimanfaatkan. Insyallah
  2. 2. 10 TABIAT MEROSAKKANOTAK 1. Tidak mengambil sarapan pagi- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
  3. 3.  2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. 3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
  4. 4.  4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  5. 5.  5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
  6. 6.  6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
  7. 7.  7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
  8. 8.  8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
  9. 9.  9. Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.
  10. 10.  10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
  11. 11. PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN(BAHAGIAN B)
  12. 12. HAYATI INI BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
  13. 13. APA ANDA DAPAT?1. JENIS-JENIS KARANGAN2. PROSES MENGARANG3. KAEDAH DAN TEKNIK MENGARANG4. BAGAIMANA DAPAT ‘A’5. KELEMAHAN KARANGAN PELAJAR6. KESALAHAN LAZIM TATABAHASA7. FORMULA MENGARANG
  14. 14. JENIS KARANGAN TIDAKBERFORMAT Perbincangan/pendapat/ulasan/komentar/fakta Deskriptif/cereka Peribahasa/cogan kata
  15. 15. JENIS KARANGAN BERFORMAT Wawancara/dialog/temuramah Berita Rencana Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato Surat kiriman biasa/rasmi Laporan aktiviti/minit mesyuarat Perbahasan
  16. 16. RENCANA Rencana biasa dan rencana akhbar Tulis tajuk di bahagian atas Tulis nama di bawah tajuk
  17. 17. LAPORAN Ada beberapa jenis, tulis ikut kehendak soalan Tajuk di tulis di bahagian atas dan tengah Tulis butiran dan urutan peristiwa dgn lengkap Tulis nama pelapor di akhir karangan
  18. 18. CERAMAH Bukan bentuk pertandingan Ada tajuk khusus dan mesti huraikan Format lebih longgar berbanding syarahan dan perbahasan Tujuan memberi penjelasan tertentu kpd golongan tertentu Pendahuluan ada kata-kata aluan Penutup ada harapan dan terima kasih
  19. 19. UCAPAN Tidak berbentuk pertandingan Tujuan utk meraikan seseorg juga sempena majlis rasmi Tiada tajuk khusus Pendahuluan ada kata-kata aluan Utk keraian seseorg isi mesti ada jasa-jasanya Penutup ada doa dan harapan
  20. 20. SYARAHAN/PIDATO/PERBAHASAN Dua jenis – pertandingan dan bukan pertandingan Pendahuluan syarahan bukan pertandingan tiada kata alu-aluan utk hakim Penutup menekankan perkara pokok yg diutarakan
  21. 21. WAWANCARA/DIALOG Tulis ikut format Ada maklumat rujukan spt: tarikh, nama pewawancara, nama diwawancara Ada tujuan khusus Nyatakan latar belakang isu dan org yg diwawancara dlm pendahuluan Isi mengandungi cadangan kpd isu Penutup ada harapan org yg diwawancara
  22. 22. PROSES MENGARANG PERSEDIAAN SEBELUM MENULISMENULIS DRAF KARANGANMEMURNIKAN DRAF KARANGAN
  23. 23. KATA-KATA HIKMAT Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al- Ghazali Bayruni Murid Rajin, Mencari Jalan, Murid Malas, Memberi Alasan.
  24. 24. PERSEDIAAN SEBELUM MENGARANGMENGENAL PASTI TIP
  25. 25. TUJUANTIP MENJADIKAN KITA FOKUSGuna soalan utk tentukan TIP Apakah tujuan atau mesej yang ingin disampaikan? Tujuan menentukan bentuk karangan.
  26. 26. JENIS-JENIS TUJUAN Memberitahu,menghiburkan, menceritakan, mendesak, meyakinkan, membahaskan, melaporkan dan memberi amaran.
  27. 27. PEMBACA Mesti kenal dan faham pembaca anda Membantu cari dan susun isi, pemilihan kata dan bentuk ayat Untuk memenuhi kehendak pembaca
  28. 28. SOALAN MENENTUKAN PEMBACA1. Adakah pembaca anda lelaki atau perempuan?2. Berapakah umur pembaca anda?3. Apakah kegemaran pembaca anda?4. Apakah yang telah diketahui oleh pembaca tentang tajuk?
  29. 29. SOALAN MENENTUKAN PEMBACA5. Apakah yang belum diketahui oleh pembaca tentang tajuk?6. Apakah yang diharapkan oleh pembaca daripada tajuk penulisan anda?7. Apakah yang dapat menarik perhatian pembaca anda?
  30. 30. APAKAH ISI ANDA? Pilih tajuk yang anda faham dan sukai untuk hasilkan karangan berkesan. Bentukan fokus dan kecilkan skop
  31. 31. Bentukan fokusCth: Tajuk : KEGIATAN KOKURIKULUMFokus : Pasukan Kadet RemajaSkop Fokus : Kebaikan Kadet Remaja
  32. 32. DRAF/RANGKA KARANGAN Guna sumbang saran kendiri :- Proses mencatatkan apa sahaja isi yang terlintas di fikiran tanpa mengira urutan kepentingan, isi utama atau isi sokongan dan apa sahaja yang boleh menyekat aliran fikiran. Dalam bahasa yang mudah, tulis sahaja apa yang terlintas di kepala anda
  33. 33. DRAF/RANGKA KARANGAN Anda perlu selalu melatihkan diri dengan kaedah ini. Setelah isi ditulis, barulah difikirkan susunannya mengikut urutan kepentingan, peristiwa dan pengelompokan isi-isi kecil menjadi isi utama yang jitu dan utuh.
  34. 34. Murnikan Draf Karangan , kita Sebelum membuat sesuatu karangan hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : a) Pengenalan b) Isi-isi dan c) Penutup
  35. 35. PENGENALAN / PENDAHULUAN#Ringkas dan am sahaja, tiga atau empat ayat.#Merupakan pembukaan karangan, mesti menarik dan meninggalkan kesan positif dan mendalam pada pemeriksa.#Pastikan pembukaan karangan bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
  36. 36. PENDAHULUAN Pendahuluan perlu ditulis mengikut jenis karangan. Karangan berformat harus mengikut format yang betul seperti yang telah dipelajari. Karangan jenis perbincangan dan seumpamanya memerlukan pendahuluan ditulis dalam 1 perenggan sahaja.
  37. 37. PENDAHULUAN Ia harus menarik dan boleh menggambarkan kandungan keseluruhan karangan. Jika perlu, pendahuluan yang berciri provokatif juga boleh digunakan asalkan tidak keterlaluan. Jangan masukkan isi dalam perenggan pendahuluan.
  38. 38. PENDAHULUAN10 jenis pendahuluan :- A) pendahuluan jenis definisi B) pendahuluan jenis pendapat C) pendahuluan jenis suasana D) pendahuluan jenis persoalan E) pendahuluan jenis peribahasa
  39. 39.  F) Pendahuluan jenis perangkaan G) Pendahuluan jenis wawancara H) Pendahuluan jenis sejarah I) Pendahuluan jenis analogi J) Pendahuluan jenis gabungan
  40. 40. PENDAHULUAN JENIS DEFINISImemberikan takrif · makna · definisi Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.
  41. 41. PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT menyatakan pendapat seseorang tokoh Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan.
  42. 42. PENDAHULUAN JENIS SUASANA menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai. Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
  43. 43. PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
  44. 44. PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai. Contoh: Peribahasa Melayu ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dan seperti aur dengan tebing amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.
  45. 45.  RAHSIA KEJAYAAN: Usaha, Usaha dan Terus Berusaha To Be The Best I Must Be " Crazy " " CRAZY TO BE THE BEST "
  46. 46. ISI#Mengikut kehendak tajuk karangan itu.#5 isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa.#Isi disusun dan berkait di antara satu dengan lain ditulis dalam perenggan-perenggan
  47. 47. ISI#Isi yang utama didahulukan.# Satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat.#Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya#Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain.
  48. 48. ISI# Isi utama biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.#Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki#Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat- bulat daripada karangan lain.
  49. 49. ISI#Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana- rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.#Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama.#Catatkan setiap isi sebelum menulis.
  50. 50. ISI Untuk semua jenis karangan, jumlah isi minimum yang diterima ialah 3. Walau bagaimanapun, disarankan anda menulis daripada 3 hingga 5 isi utama. Setiap isi utama harus diikuti oleh isi sokongan, huraian dan contoh.
  51. 51. ISI Isi sokongan mungkin 1 atau 2 mengikut kesesuaian tetapi tidak terlalu banyak. Ia perlu ditulis dalam 1 perenggan atau beberapa perenggan kecil yang diikat oleh penanda wacana yang bersesuaian supaya kelihatan berkaitan. Susun isi mengikut urutan peristiwa dan urutan kepentingan.
  52. 52. KAEDAH CARI ISIKAEDAH PERTANYAAN Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di mana ? Bagaimana ?
  53. 53. KAEDAH CARI ISIKAEDAH KRONOLOGI Mementingkan rentetan waktu Memudahkan ingatan Cth: 8.00am – Pendaftaran 8.30am- Perasmian Majlis
  54. 54. KAEDAH CARI ISIKAEDAH ARISTOTLE Sesuai utk pengembangan isi Menggunakan aras soalan tinggi Cth: Apakah definisi budi bahasa? Apakah perbezaan budi bahasa dengan moral? Apakah keistimewaan seseorang yang berbudi bahasa?
  55. 55. KAEDAH CARI ISIKAEDAH PETA MINDA Cth: Faedah Membaca Faedah Cadangan Kesan DiKeMaNe DiKeMaNe
  56. 56. CARA SUSUN ISI Susunan ikut kronologi masa Susunan ikut urutan kepentingan Susunan ikut urutan perbandingan
  57. 57. SUSUNAN KRONOLOGI MASA Utk menceritakan atau memberitahu sesuatu pengalaman, proses membuat atau menjalankan sesuatu. Susun ikut masa dan peristiwa Guna penanda wacana spt mula- mula, pertama, kedua, sebelum, selepas, kemudian dsb
  58. 58. SUSUNAN IKUT KEPENTINGAN Memperlihatkan kepentingan dan penekanan sesuatu isi Susun isi penting, kedua penting dan seterusnya Isi terpenting boleh ditulis di akhir perenggan. Utk memberitahu dan meyakinkan
  59. 59. SUSUNAN URUTAN KEPENTINGAN Gunakan penanda wacana seperti:yang paling penting, satu sebab utama, sebab lain, pertama, kedua dan akhirnya utk memandu pembaca drpd satu idea kpd satu idea
  60. 60. SUSUNAN URUTAN PERBANDINGAN Digunakan utk membuat banding beza tentang beberapa idea atau profilCth : Membandingkan ciri-ciri pelajar berdisiplin dengan pelajar tidak berdisiplin
  61. 61. Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kamu masih ingin mencuba.Jangan menyerah selamakamu merasa masih dapat maju.
  62. 62. PENUTUP/KESIMPULAN Kesimpulan juga harus mengikut jenis karangan. Pastikan ia ditulis dalam 1 perenggan sahaja dan tidak terlalu panjang. Kesimpulan harus merupakan rumusan kepada isi karangan secara keseluruhan
  63. 63. PENUTUP/KESIMPULAN Ia mungkin merupakan penegasan atau cadangan terhadap fokus soalan. Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum tetapi menjurus kepada fokus soalan. Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum tetapi menjurus kepada fokus soalan
  64. 64. PENUTUP/KESIMPULAN#Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca.#Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.
  65. 65. PENUTUP/KESIMPULAN#Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk.#Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung.# Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.
  66. 66. PERENGGANJenis-jenis perenggan: - perenggan deduktif - perenggan induktif - perenggan gabungan induktif dan deduktif
  67. 67. PERENGGAN DEDUKTIF: isi penting +huraian isi +contoh-contoh
  68. 68. PERENGGAN INDUKTIF : huraian isi+ contoh-contoh +isi penting
  69. 69. PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF : isi penting +huraian isi +contoh-contoh+ isi penting
  70. 70. TEKNIK MUDAH PERENGGANA ) STRUKTUR SETIAP PERENGGANA1- IDEA UTAMAA2- HURAIAN IDEAA3-HURAIAN IDEAA4-DATA, CONTOH, STATISTIK, PENDAPAT, PERIBAHASA, UNGKAPAN MENARIK
  71. 71. TEKNIK PERENGGANB) PENDAHULUANMulakan pendahuluan dgn frasa menarik :Akhir-akhir ini…Belakangan ini…Mayapada…Marcapada…Dalam mengejar era modenisasi…
  72. 72. TEKNIK PERENGGANC) MEMULAKAN PERENGGAN IDEAMulakan ayat idea utama kata arah soalan :Punca/cara/usaha/kepentingan yang perlu diperhalusi ialah….
  73. 73. TEKNIK PERENGGAND) MENULIS PENUTUPMulakan ayat dgn:Kesimpulannya,…Secara tuntas,….Sebagai akhir kalam,….Konklusinya,….dsbnya
  74. 74. TEKNIK PERENGGANKONSEP ASASTema (T)= isu dlm soalanAyat Arah(AA) = menunjukkan kehendak soalanAyat Huraian (AH)= menghurai idea
  75. 75. TEKNIK PERENGGAN Ayat Contoh (AC)= menyatakan contoh, dimulakan dgn:sebagai contohnya…., menurut….Guna pengetahuan sedia ada tanpa rujuk bahan
  76. 76. TEKNIK PERENGGANAyat simpul (AS) = Ayat yang menggabungkan harapan, pandangan dan cadangan terhadap isu
  77. 77. CTH KERANGKA KARANGAN SOALAN: Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam penduduk dapat ditingkatkan.
  78. 78. PENDAHULUAN Mayapada,…(tema)………………………….. (AH=Apa)……………………………………. (AH)Bagaimana/Mengapa/Siapa………………… …….(AC)Menurut…………………..(AA) Oleh itu,…..(Arahan soalan)…….. ………………………………………
  79. 79. PERENGGAN ISI Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dapat ditingkatkan ialah (isi 1)……………………………… (AH) Justeru, ………………………………… (AH) Hal ini demikian kerana …………….. ……………(AC) Sebagai contoh,……….. ………(AS) Sekiranya,…………………..
  80. 80. KESIMPULAN Sebagai akhir kalam,…………………………(Harapan)……………………………………………(Pandangan)………………………………(Cadangan) ……………………………..
  81. 81. SKEMA PEMARKAHAN Takrif (10) Isi/Fikiran (25) Bahasa (45) Pengolahan/Penyampaian/Pemerengganan (20) JUMLAH (100)
  82. 82. PEMOTONGAN MARKAH Kesalahan ejaan maksimum (5) Kesalahan format maksimum (4)
  83. 83. DIRI DIMENSI KELUARGA &ANTARABANGSA MASYARAKAT SOALAN UNSUR SASTERA NEGARA
  84. 84. TAJUK-TAJUK KARANGAN Mengikut format baru 2004, terdapat 5 tajuk dikemukakan untuk pilihan. Fokus tajuk ke-5 berkaitan dengan KOMSAS tetapi boleh ditanya dalam pelbagai jenis. Semua tajuk itu meliputi perkara-perkara tertentu daripada soalan sosial, politik dan ekonomi.
  85. 85. TAJUK-TAJUK KARANGAN Tajuk-tajuk tentang hal ehwal semasa terutamanya pada tahun lepas dan awal tahun ini perlu diberikan perhatian. Tajuk-tajuk/isu-isu itu boleh dikemukakan dalam pelbagai jenis karangan sama ada yang berformat atau tidak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenis perbincangan, fakta atau rencana banyak dikemukakan.
  86. 86.  Mungkin jenis-jenis tersebut lebih mencabar ditulis berbanding dengan jenis surat contohnya. Pilih tajuk yang jenisnya anda kuasai format atau pendekatan menulisnya. Peperiksaan bukan medan untuk anda mencuba jenis yang belum pernah dibuat. Pilih tajuk yang dapat dikemukakan lebih daripada 5 isi utama. Pilih tajuk yang berkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ingatan anda masih kuat.
  87. 87. INGAT Oleh sebab markah bahasa paling tinggi, pastikan tajuk pilihan anda boleh anda karang dengan bahasa yang cemerlang:  Memuaskan dan lancar;  Tiada kesalahan tatabahasa;  Mengandungi pelbagai jenis ayat;  Kosa kata yang sangat luas dan tepat penggunaannya; dan  Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat.
  88. 88. CARA BILANG PERKATAANPerkataan yang dikira sebagai satu Nama khas Perkataan berulang Penggunaan kata sendi di dan ke Tarikh Angka, sama ada nombor atau kata Gelaran
  89. 89. KEBODOHAN ialah Kerja Yang Sama berulang-ulang kali tetapi Mengharapkan Hasil Yang Berbeza
  90. 90. BAGAIMANA DAPAT “A”Baca semua soalan yang diberiÞ Fahami arahan kehendak soalan.Þ Kenal pasti format yang perlu digunakan.Þ Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
  91. 91. Guna isi yang berlainan :Þ susun isi secara berturutanÞ letak isi mengikut perengganÞ memberi huraian yang tepat kepada isi.Þ sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai- nilai murni.
  92. 92. Penggunaan perkataan yang pelbagaiÞ ada menggunakan perkataan yang terkiniÞ elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerapÞ penggunaan perkataan teknikal dengan tepatÞ elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.
  93. 93. Susun ayat dengan kemasÞ elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialekÞ guna ayat yang pendek tetapi lengkapÞ kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik
  94. 94. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betulÞ gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukanÞ gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.
  95. 95. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhanÞ dapat membezakan imbuhan an dan kanÞ guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran /sisipan /apitan (sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )
  96. 96. Tulis mengikut ejaan yang betulÞ elak mengikut sebutan dialek / daerahÞ elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisanTahukah kamu ? Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )
  97. 97. KELEMAHAN KARANGANKesalahan memilih tajuk: • Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.
  98. 98. Kekurangan isi: • Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret- leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.
  99. 99. Pembahagian perenggan:• Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan !
  100. 100. Tidak merangka karangan• Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru dan susunan isi tidak berturutan.• Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).
  101. 101. Kesalahan tatabahasa: • Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat ‘A’. • Sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara “pada” dengan “di”, “dari” dengan “daripada”, “bila” dengan “apabila” dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.
  102. 102. Kesuntukan masa • Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis.• Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.
  103. 103. Kelemahan lain• Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.• Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.• Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan )
  104. 104. Untuk Berjaya, SayaBukan Saja Perlu Tahu Apa Yang Saya Mahu, Saya Juga MestilahBenar-Benar Mahu Apa Yang Saya Mahu
  105. 105. CONTOH KESALAHAN TATABAHASAPenggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat.Salah - Selepas mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia memakai baju , selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.Betul - ( Selepas mandi , Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. )
  106. 106. Salah menggunakan perkataan ‘dari’ dan ‘daripada’Salah - Kain batik itu datang daripada Terengganu.Betul - ( Kain batik itu datang dari Terengganu.)Salah - Saya baru terima surat itu dari kakak.Betul - ( Saya baru terima surat itu daripada kakak.)
  107. 107. Kesalahan kata ‘untuk’ , ‘supaya’ dan ‘selama’ Salah - Cikgu Zaidi pergi ke pasar untuk membeli sayur. Betul - ( Cikgu Zaidi pergi ke pasar membeli sayur.) Salah - Ahmad menjerit untuk meminta tolong. Betul - ( Ahmad menjerit meminta tolong.)
  108. 108. Kesalahan kata ‘untuk’ , ‘supaya’ dan ‘selama’Salah - Saya bercita-cita untuk menjadi doktor.Betul - ( Saya bercita-cita hendak menjadi doktor.)Salah - Aminah belajar bersungguh- sungguh untuk lulus dalam ujian.Betul - ( Aminah belajar bersungguh- sungguh supaya lulus dalam ujian.)
  109. 109. Kesalahan kata ‘untuk’ , ‘supaya’ dan ‘selama’Salah - Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam.Betul - ( Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.)Salah - Kami akan tinggal untuk dua minggu.Betul - ( Kami akan tinggal selama dua minggu.)
  110. 110. Kesalahan ‘adalah’ dan ‘ialah’Salah - Adalah dengan hormatnya dimaklumkan …………Betul - ( Dengan hormatnya dimaklumkan ………………. )Salah - Tuduhan itu adalah fitnah belaka.Betul - ( Tuduhan itu fitnah belaka.)
  111. 111. Kesalahan ‘adalah’ dan‘ialah’Salah - Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.Betul - ( Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.)
  112. 112. Kesalahan kata ‘bila’ dan ‘apabila’Salah - Zainal pun bangun bila namanya dipanggil.Betul - ( Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.)Salah - Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu- sedu.Betul - ( Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.) ramai, banyak, semua dan para
  113. 113. Kesalahan kata ganda Salah - Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu. Betul - ( Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.)
  114. 114. Kesalahan kata gandaSalah - Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.Betul - ( Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.)Salah - Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.Betul - ( Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.)
  115. 115. Kesalahan kata gandaSalah - Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang.Betul - ( Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang-pemenang.)
  116. 116. Kesalahan kata gandaSalah - Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.Betul - ( Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.)
  117. 117. Kesalahan kata ‘yang’ dan ‘bahawa’Salah - Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah.Betul - ( Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.Salah - Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil.Betul - ( Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.)
  118. 118. Kesalahan kata ganti nama Salah - Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini. Betul - ( Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. )Salah - Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.Betul - ( Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.)
  119. 119. kata ganti “dia” dan “ia” nota : kata ganti “dia” dan “ia” ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja.Salah - Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.Betul - ( Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Pokok itu dijaga dengan rapi oleh Sani.)
  120. 120. Kesalahan kata soal ‘apa’, ‘mana’ dan ‘bagaimana’Salah - Baju apa yang kamu pakai ?Betul - ( Baju mana yang kamu pakai)Salah - Mana katanya betul belaka.Betul - ( Apa katanya betul belaka.)Salah - Apa pendapat tuan mengenai soal itu ?Betul - ( Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ? )
  121. 121. Kesalahan penjodoh bilanganSalah - Ibunya seorang yang baik hati.Betul - ( Ibunya baik hati.)Salah - Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.Betul - ( Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.)
  122. 122. Kesalahan ‘di’ dan ‘pada’,‘ke’ dan ‘kepada’Salah - Beri surat ini pada Hasrul.Betul - ( Beri surat ini kepada Hasrul.)Salah - Di masa rehat saya ke kantin.Betul - ( Pada masa rehat saya ke kantin.)
  123. 123. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)Salah - Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.Betul - ( Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.)
  124. 124. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)Salah - Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah.Betul - ( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.)
  125. 125. Kesalahan Struktur Ayat(ayat bercelaru danberbelit-belit) meja itu telah Salah - Semua kuih di atas dimakan oleh saya. Betul - ( Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.)
  126. 126.  Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)Salah - Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah.Betul - ( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.)
  127. 127. Kesalahan Struktur Ayat(ayat bercelaru danberbelit-belit) Salah - Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia Betul - ( Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.)
  128. 128. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)Salah - Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama- lamanya.Betul - ( Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.)
  129. 129. KESALAHAN KATA SOALSalah :Apakah nama kamu ?Betul :( Siapakah nama kamu ?)
  130. 130. Kesalahan Tanda bacaMenggunakan tanda baca pada tempat yang salahSalah - Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik , gitar , piano dan , dram.Betul - ( Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik ; gitar , piano , dan dram.) tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul
  131. 131. Kesalahan Tanda bacaSalah - Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak ,jerit polis kepada perompak itu.Betul - ( “Jangan bergerak ! Kalau bergerak kamu akan ditembak,” ,jerit polis kepada perompak itu.)
  132. 132. Kesalahan penggunaan huruf kecil dan besarSalah - Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu ?Betul - ( Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu ? )
  133. 133. Kesalahan penggunaan hurufkecil dan besarSalah - Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer.Betul - Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.)
  134. 134. Kesalahan ImbuhanTidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan “di” dan “ke”Salah - Masukkan buku ini didalam beg.Betul - ( Masukkan buku ini ke dalam beg.)Salah - Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan.Betul - ( Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.)
  135. 135. Tidak dapat membezakan imbuhan “an dan “kan”Salah - Masakkan ibu sungguh lazat.Betul - ( Masakan ibu sungguh lazat.)Salah - Masukan buku ini ke dalam almari.Betul - ( Masukkan buku ini ke dalam almari.)
  136. 136. Salah - Kejayaan Najib membanggakan danKESALAHAN-KESALAHAN LAIN mengembirakan ibu bapanya.Betul - ( Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.)Salah - Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa.Betul - ( Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.)
  137. 137. Jangan berada DitahapYang Sama Sampai Bila- Bila, PERBAIKI DIRI SENDIRI
  138. 138. Contoh Soalan Karangan Kepincangan moral pelajar hari ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran yang terlalu menekankan kecemerlangan akademik. Bincangkan kenyataan ini.
  139. 139. Contoh Pendahuluan (Isu dalam soalan) Umum dapat lihat kepincangan moral pelajar selalu dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kecemerlangan akademik. (Huraian/ Keterangan isu) Bermula dengan pendidikan pada peringkat rendah hinggalah peringkat tinggi, Malaysia semakin unggul dalam sistem pendidikan dan diiktiraf di luar negara.
  140. 140. (Penutup pendahuluan = Penanda wacana+penegasan kehendak soalan)Namun dalam mengejar kemajuan akademik ini,ada sesuatu yang semakin kurang diambilperhatian oleh sesetengah pihak, iaitu masalahkepincangan moral pelajar hari ini.
  141. 141. Formula Pendahuluan Isu + Keterangan isu + Penanda wacana + Kehendak Soalan + Penutup perenggan pendahuluan
  142. 142. Contoh Penulisan Isi 1 Pihak sekolah menekankan pencapaian cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM.Perenggan lengkap (Peribahasa + Isi 1) Bak kata pepatah ‘yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang’, maka tidak hairanlah pihak sekolah kini memang berusaha
  143. 143. meningkatkan pencapaian cemerlang dalampeperiksaan awam meliputi PMR, SPM dan STPM.(Huraian) Guru-guru berusaha untuk memastikanpara pelajar dapat mengatasi kelemahan akademikmasing-masing sebelum melangkah ke dewanpeperiksaan. (Contoh) Semasa mengajar, guru-gurulebih menekankan prestasi akademik berbandingpembentukan sahsiah mereka . (Kesan) Keinginanuntuk melihat pencapaian akademik yangcemerlang menyebabkan guru tidak prihatinterhadap
  144. 144. kelakuan pelajar asalkan mereka mampumengikuti pelajaran dengan baik. (Penutupperenggan isi 1) Secara tidak langsungmenjadikan para pelajar semakin beranibertindak kurang ajar akibat kurang kawalandaripada pihak sekolah.
  145. 145. Formula Perenggan IsiPenanda wacana + Isi + Huraian + Kesan + Contoh + Penanda wacana +Penutup perenggan isi*Masukkan peribahasa dan ungkapan yang sesuai*Formula isi/ skop perbincangan perlu kesatuan/ pertalian (gunakan penanda wacana)
  146. 146. Formula Penutup Penanda wacana + Isu+ Tindakan (mesti di………)+ supaya/agar+ Kesan (apa berlaku selepas tindakan)+ Penutup perenggan+ peribahasa/ungkapan
  147. 147. Contoh PerengganKesimpulan/Penutup (Penanda wacana) Justeru, (isu dalam soalan) fenomena kepincangan moral pelajar yang semakin parah ini (tindakan) mesti diberi perhatian yang sewajarnya kerana yang penting ialah kesedaran pelajar untuk menghormati guru-guru mereka dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk ibu bapa (agar/supaya) agar (kesan) tanggungjawab mendidik anak-anak tidak terserah sepenuhnya kepada guru
  148. 148. semata-mata . (Penanda wacana + penutupperenggan) Tegasnya, memandangkan tugasguru adalah memberikan pendidikan akademikdan sahsiah yang terbaik kepada pelajar-pelajartetapi pada masa yang sama mereka tidak harusdibebankan dengan kerenah pelajar yangketerlaluan.
  149. 149. STRATEGI MENULISMemilih tajuk atau soalan - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. - Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar- benar boleh dikuasai
  150. 150.  - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan ( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ……………… Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )
  151. 151. Perhatikan contoh soalan di bawah ini: Soalan 1 Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan sebuah karangan mengenainya. Soalan 2 Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
  152. 152. Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan dua berformat.
  153. 153.  Tip Adalah lebih baik jika anda semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
  154. 154. Menyusun rangka karangan* Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi * Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. * susun isi mengikut urutan kepentingannya. * Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. * Isi penting jangan diulang-ulang
  155. 155. Menulis karangan Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dahulu satu perenggan. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
  156. 156.  (Bahagian-bahagian karangan yang ideal ) Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama Perenggan isi kedua Perenggan isi ketiga Perenggan isi keempat Perenggan Penutup * Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
  157. 157. Menyemak karangan * Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. * baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
  158. 158. Perancangan MasaBahagian BBil Tugasan Masa1. Membaca semua soalan 2 minit2. Mencari kata kunci 2 minit3. Menganalisis soalan 4 minit4. Merangka karangan 17 minit5. Menulis karangan 60 minit6. Menyemak karangan 5 minit Jumlah 90 minit
  159. 159. Perancangan MasaBahagian ABil Tugasan Masa1. Membaca semua soalan 1 minit2. Mencari kata kunci 1 minit3. Menganalisis soalan 2 minit4. Merangka karangan 8 minit5. Menulis karangan 30 minit6. Menyemak karangan 3 minit Jumlah 45 minit
  160. 160. Merancang Penulisan BahagianABil Bahagian JumlahPerkataan1. Pendahuluan 30-35 perkataan2. Isi 1+Huraian+Contoh 50-60 perkataan3. Isi 2+Huraian+Contoh 50-60 perkataan4. Isi 3+Huraian +Contoh 30-35 perkataan5. Penutup 30-35 perkataan
  161. 161. Merancang Penulisan BahagianBBil Bahagian Jumlah Perkataan1. Pendahuluan 50-60 perkataan2. Isi 1+Huraian+Contoh 70-80 perkataan3. Isi 2+Huraian+Contoh 70-80 perkataan4. Isi 3+Huraian+Contoh 70-80 perkataan5. Isi 4+Huraian+Contoh 70-80 perkataan6 Isi 5+Huraian+Contoh 70-80 perkataan7. Penutup 50-60 perkataan
  162. 162. Penggunaan Penanda Wacana Untuk menghubungkan ayat dengan ayat Untuk menghubungkan perenggan dengan perenggan Menjadikan ayat dan perenggan berkesinambungan, gramatis dan bermakna
  163. 163. Contoh Penggunaan Generasi muda hari ini merupakan aset negara. Namun generasi hari ini sering dikaitkan dengan gejala sosial seperti lepak, rempit dan dadah. Sehubungan dengan itu kerajaan berusaha mencari pelbagai inisiatif menyelamatkan belia masa kini daripada ancaman gejala sosial yang semakin menular dalam masyarakat kita.
  164. 164. PemarkahanAspek Bahagian A Bahagian B (30 markah) (100 markah)Takrif 3 markah 10 markahIsi dan 7 markah 25 markahKematanganFikiranBahasa 14 markah 45 markahPengolahan 6 markah 20 markah
  165. 165. Kekemasan Tulisan Mudah dibaca dan difahami Kesalahan dipadam atau digaris tengah Tulisan yang sukar dibaca menyukarkan pemeriksaan Baiki tulisan
  166. 166. TAHUKAH KAMU?# 350 patah perkataan sahaja – lazimnya hanya dapat ‘C’. Tulis 500pp ke atas utk “A”# Ungkapan menarik termasuklah peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmat, simpulan bahasa, petikan maksud hadis, ayat-ayat Al – Qur’an, kata-kata ulama’, pemimpin, disiplin ilmu lain seperti geografi, ekonomi, pendidikan, falsafah dsb – pada setiap perenggan – membantu kecemerlangan karangan anda (asalkan sesuai dengan topik yang dibincangkan)
  167. 167. Orang yang gagal dalam hidupnya ialahorang yang hidupdan gagal belajar !!!
  168. 168. AMALAN PELAJARCEMERLANGPelajar cemerlang SPM 2008 Azali Azlan 21A1
  169. 169.  Amalan pelajar Cemerlang 1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam) 2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)
  170. 170.  3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam) 4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa) 5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  171. 171.  6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin) 7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar) 8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula) 9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  172. 172.  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat) 11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula) 12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat) 13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
  173. 173.  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku) 15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah) 16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir) 17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)
  174. 174.  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah) 19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar) 20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula)

×