SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
TAJUK KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG DAN KEMAHIRAN
LITERASI MAKLUMAT BAGI PEMBELAJARAN JARAK
JAUH
PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI
TARIKH 20 JULAI 2014
FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.........................................................................................................1
2.0 KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG .............................................................2
2.1 Pengurusan Masa.............................................................................................3
2.2 Kemahiran Membuat Nota...............................................................................4
2.2.1 Menulis dengan Cepat dan Tepat..........................................................5
2.2.2 Mengambil Isi-isi Penting.....................................................................5
2.2.3 Menyemak Semula Nota.......................................................................5
2.2.4 Membuat Rujukan................................................................................6
2.2.5 Menyusun Nota....................................................................................6
2.3 Belajar Secara Berkumpulan............................................................................6
2.4 Pembelajaran Maya (Virtual Learning)............................................................8
2.4.1 Sumber Bahan......................................................................................8
2.4.2 Perhubungan.........................................................................................8
2.4.3 Fungsi Pentadbiran ...............................................................................9
3.0 KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG .............................................................9
3.1 Proses Memperoleh Maklumat.......................................................................10
3.2 Kemahiran dalam Mencari Maklumat ............................................................10
3.3 Kemahiran Menilai Maklumat .......................................................................10
3.3.1 Kewibawaan (Authority).....................................................................11
3.3.2 Ketepatan dan Kebolehpercayaan (Accuracy and Reliability) .............11
3.3.3 Objektiviti (Objectivity)......................................................................11
3.3.4 Maklumat Terkini (Currency).............................................................11
3.3.5 Skop (Scope) ......................................................................................11
4.0 CADANGAN ...........................................................................................................12
5.0 KESIMPULAN .......................................................................................................12
Rujukan...................................................................................................................13
1.0 PENGENALAN
Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi adalah salah satu faktor yang mempengaruhi
seseorang itu untuk melanjutkan pelajaran melalui sistem pendidikan jarak jauh (PJJ). Ini
kerana sistem pendidikan ini memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pendidikan
yang setaraf dengan pengajian sepenuh masa mengikut keupayaan dan kemampuan sendiri.
Sistem pendidikan yang menumpukan golongan yang sudah bekerja untuk melanjutkan
pengajian separuh masa memang menarik minat ramai terutama kepada mereka yang tidak
sempat berbuat demikian ketika masih muda. Oleh itu, PJJ merupakan satu platform yang
terbaik untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Perraton (1982)
mendefinisikan pendidikan jarak jauh sebagai suatu proses di mana sebahagian besar
pengajaran dilaksanakan oleh seseorang yang terpisah oleh tempat dan/atau pelajar. Menurut
Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994), terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam
pelaksanaan PJJ iaitu segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal
dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh dalam keadaan pelajar terpisah daripada
pengajar.
Istilah pendidikan jarak jauh adalah pelbagai. Namun, kesemua definisi harus
mempunyai elemen-elemen asas berikut;
i. pengasingan oleh jarak antara pelajar dan pengajar secara fizikal,
ii. sebarang sistem komunikasi dua hala sama ada sinkroni atau asinkroni adalah
diperlukan untuk menghubungkan dan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran,
iii. kepelbagaian penggunaan bahan media berteknologi seperti bahan media cetak,
media audio, media elektronik atau media komputer dalam penyampaian bahan
pembelajaran dan pengajaran serta,
iv. kemudahan masa, tempat dan cara belajar oleh pelajar PJJ yang pelbagai
mengikut kemampuan pelajar.
Kemasukan yang terhad di institusi pengajian tinggi, peningkatan kos pendidikan luar
negara serta kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini adalah antara punca
penambahan bilangan pelajar secara mendadak dan ini menunjukkan pelaksanaan sistem PJJ
menjadi semakin berkesan (Zuraini et.al., 2003). Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah
melahirkan seramai 31,000 graduan di pelbagai peringkat pengajian sejak ditubuhkan 10
1
tahun lalu dan sehingga kini OUM terus berkembang dengan jumlah pelajar secara
kumulatifnya mencecah seramai 100,000 orang.
Walaupun pendidikan jarak jauh memberi kelebihan dari segi kemasukan yang
fleksibel, tempoh masa pembelajaran, kos pengajian, kursus pilihan dan waktu kuliah dan
tutorial, namun, pelajar tetap menghadapi cabaran terutamanya dari segi kemahiran belajar.
Pelajar-pelajar terpaksa bergantung sepenuhnya kepada modul pembelajaran kendiri untuk
tujuan peperiksaan dan tugasan-tugasan yang diberikan (Saadon Awang, 2006). Ini
disebabkan oleh interaksi yang minimum bukan sahaja dengan pensyarah, tetapi juga dengan
rakan sekuliah. Oleh itu, bagi menangani cabaran ini, penulis akan cuba membincangkan isu
dan permasalahan pelajar serta mencadangkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengatasi
masalah ini.
2.0 KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG
Keupayaan dan kerajinan semata-mata bukanlah penentu kejayaan seseorang pelajar untuk
cemerlang dalam pelajaran kerana ia juga hasil daripada keberkesanan kemahiran belajar
(Sabri Ahmad, 2003). Namun begitu, tidak semua orang mempunyai kemahiran belajar yang
sama. Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar? Selmes (1987) mendefinisikan
kemahiran belajar sebagai kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai,
memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Dengan kata lain,
kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan seseorang pelajar untuk mengumpul,
memproses dan menyimpan maklumat.
Gaya pembelajaran berkesan seseorang pelajar tidak semestinya dapat diguna pakai
oleh pelajar lain. Begitu juga dengan gaya pembelajaran dalam sesuatu bidang. Sebagai
contoh, gaya pembelajaran subjek Sejarah yang memerlukan kemahiran mengingat urutan
peristiwa tidak sesuai digunakan dalam subjek Matematik yang memerlukan pemahaman
konsep formula dan kemahiran penyelesaian masalah. Penggunaan gaya pembelajaran yang
sesuai dapat membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang. Kajian Klavas (1994)
mendapati pelajar yang diperkenalkan dengan gaya pembelajaran dan menggunakannya
mendapat keputusan yang cemerlang. Ini jelas menunjukkan penguasaan kemahiran dan gaya
belajar penting dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Antara faktor-faktor yang
dapat membantu pelajar jarak jauh mendapat kemahiran belajar cemerlang adalah pengurusan
2
masa yang baik, kemahiran membuat nota, belajar secara berkumpulan dan pembelajaran
maya.
2.1 Pengurusan Masa
Disebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku pada masa dan tempat
yang sama atau berdepan dengan tenaga pengajar, pengurusan masa yang baik
perlu diutamakan (Mohd. Noor Saleh, 1994). Pengurusan masa amat penting
terutamanya kepada pelajar PJJ kerana kebanyakan daripada mereka sudah
berkeluarga dan mempunyai pekerjaan tetap. Mereka perlu bijak
membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan tugas yang lain bagi
memastikan penggunaan masa yang berkualiti untuk pembelajaran. Kegagalan
seseorang pelajar menguruskan masa adalah faktor utama kegagalan dalam
pelajaran. Kajian mendapati 54.45% pelajar tidak merancang jadual waktu
sebaliknya mereka belajar mengikut mood sendiri. Manakala hanya 45.02%
pelajar yang merancang jadual waktu walaupun tidak melaksanakan apa yang
dirancangnya (Siti Hawa Munji, 1987).
Hasil kajian Jasmani Basit (1998) menunjukkan terdapat pertalian
antara pencapaian akademik dengan pengurusan masa. Pelajar yang
mempunyai perancangan masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran dan
membuat tugasan serta aktiviti lain cenderung memperoleh keputusan yang
cemerlang. Terdapat beberapa cara yang boleh pelajar ikuti supaya setiap tugas
dan tanggungjawab yang dirancang dapat dipenuhi.
i. Susun atur setiap perkara seperti silibus subjek, tugasan dan
jadual peperiksaan mengikut keutamaan. Pelajar boleh
menggunakan carta Gantt untuk membuat perancangan aktiviti
dalam tempoh tertentu.
ii. Siapkan tugasan seawal yang mungkin bagi mengelakkan
pelajar kelam kabut mengejar tarikh akhir penyerahan tugasan.
iii. Elakkan membuat tugasan secara bertindan atau serentak pada
masa yang sama bagi mengelakkan kekeliruan dan tekanan.
3
iv. Latih diri menggunakan masa dengan cekap. Contohnya, ambil
tindakan secepat mungkin untuk mendapatkan bahan-bahan
rujukan setelah mendapat soalan tugasan.
Selain itu, pemilihan masa yang sesuai untuk membuat sebarang
pembacaan boleh membawa hasil yang produktif. Membaca di waktu pagi
amat baik kerana fikiran di waktu pagi masih segar dan tenang, berbeza
dengan waktu sebelah petang dan malam. Ini membolehkan pelajar
menumpukan sepenuh perhatian dan memahami apa yang dibaca.
Bagaimanapun, terdapat segelintir pelajar PJJ yang terpaksa bekerja lebih masa
sehingga lewat malam atau bekerja pada shif malam. Pelajar yang bernasib
begini dinasihatkan supaya menggunakan masa rehat atau hari-hari cuti untuk
belajar.
Peruntukan jangka masa yang sesuai membolehkan sesuatu pembacaan
itu lebih efektif. Subjek yang berbentuk kualitatif seperti subjek pengurusan
mungkin memerlukan masa yang lebih untuk difahami. Manakala, subjek yang
berbentuk kuantitatif seperti akaun dan matematik, boleh dilakukan pada bila-
bila masa kerana lebih menekankan latih tubi yang banyak.
2.2 Kemahiran Membuat Nota
Kemahiran membuat nota yang betul amat diperlukan bagi sistem
pembelajaran jarak jauh yang memerlukan daya usaha pembelajaran kendiri.
Sebarang percakapan atau perbincangan di dalam kuliah atau kumpulan
perbincangan perlu direkodkan supaya senang diingat atau diterbitkan semula.
Begitu juga semasa membuat nota dan garis kasar daripada buku. Amalan
penyimpanan nota secara tersusun dan sistematik memudahkan pelajar semasa
mengulang kaji.
Siti Hawa Munji (1987) mengatakan nota pelajaran di universiti tidak
terhad kepada nota kuliah yang disampaikan oleh pensyarah sahaja tetapi
maklumat tambahan boleh diperoleh daripada buku rujukan, jurnal atau
rencana surat khabar. Menurut Pauk (1984), pelajar yang mencatat nota dan
membuat ulang kaji selepas waktu kuliah dapat mengingat 90-100% daripada
4
5
5
apa yang didengar. Manakala pelajar yang tidak berbuat demikian akan
melupai 80% daripada apa yang didengar dalam kuliah selepas dua minggu.
Selain daripada itu, kedudukan tempat duduk yang sesuai dapat meningkatkan
konsentrasi pelajar terhadap kuliah yang disampaikan oleh pensyarah (Siti
Hawa Munji, 1987). Tempat yang paling strategik ialah ditengah-tengah baris
hadapan yang mana pelajar dapat melihat dan mendengar dengan jelas.
Kaedah pengambilan nota yang betul membantu dalam keberkesanan
pembelajaran. Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diamalkan untuk
mengambil nota dengan betul.
2.2.1 Menulis dengan cepat dan tepat
Tumpuan pembelajaran adalah pada isi-isi penting yang terdapat dalam
tajuk yang dipelajari melalui perbincangan. Pelajar perlu menyalin nota
dengan secepat dan setepat mungkin supaya tidak tertinggal isi-isi
penting. Penggunaan trengkas, simbol atau singkatan seperti ‘yg’dan
‘e.g’, dapat membantu dalam mengambil nota dengan cepat kerana
nota pelajar dibaca oleh pelajar sendiri.
2.2.2 Mengambil isi-isi penting
Isi-isi penting boleh dicatat dalam bentuk nota pendek atau peta minda.
Peta minda adalah diagram yang mempunyai imej di tengah yang
digunakan untuk mewakili perkataan, idea, tugasan atau perkara lain
yang bersambung dan disusun secara berpusar di sekeliling kata kunci
atau idea. Pelajar digalakkan menggunakan peta minda untuk mencatat
nota kerana ia membolehkan pelajar mengingat dan memahami dengan
mudah di samping menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri
semasa belajar.
2.2.3 Menyemak semula nota
Pelajar dinasihatkan supaya menyemak semula nota yang dibuat
daripada setiap sesi pembelajaran dan segera membetulkan kesilapan,
menambah isi penting dan mengubahsuai fakta-fakta yang berkaitan
dengan lengkap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan rasa panik
5
5
5
apabila nota kursus tidak lengkap semasa mengulang kaji untuk
peperiksaan.
2.2.4 Membuat rujukan
Selepas menyemak nota, buat rujukan dengan tenaga pengajar ataupun
kumpulan perbincangan bagi mendapatkan kepastian mengenai fakta-
fakta tertentu dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan subjek
yang tidak difahami. Pelajar perlu buang rasa malu untuk bertanya bagi
mengelakkan pelajar terus hanyut dengan pelbagai masalah.
2.2.5 Menyusun nota
Penggunaan fail secara berasingan bagi menyusun nota mengikut
subjek dan sesi pengajian menggambarkan satu perancangan
pembelajaran yang tersusun. Ini bertujuan memudahkan pelajar
membawa nota ke mana-mana selain turut membangkitkan ketenangan,
minat dan motivasi dalam diri. Contohnya, pelajar PJJ boleh membawa
nota ke tempat kerja untuk kegunaan mengulang kaji pada waktu
lapang.
2.3 Belajar Secara Berkumpulan
Konsep pendidikan jarak jauh berbentuk ‘learner centred’ (tumpuan kepada
pelajar) dimana pelajar banyak memberi input bagi menghidupkan sesi
pembelajaran. Pensyarah dan tutor hanya memainkan peranan sebagai
instructor (jurutunjuk) atau facilitator (pemudahcara) yang memandu
perbincangan dengan lebih mendalam. Pembelajaran yang bersandarkan pada
kuliah atau modul semata-mata tidak membantu pelajar untuk lulus cemerlang
sebaliknya, mereka perlu mencari bahan-bahan rujukan lain untuk meluaskan
dan menambahkan pengetahuan mereka.
Penubuhan kumpulan belajar (study group) atau kumpulan
perbincangan (discussion group) adalah satu kegiatan yang sihat dan berfaedah
serta boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar. Melalui sesi
pembelajaran ini, para pelajar boleh berkongsi idea dan buah fikiran,
mengutarakan pandangan, mengkritik idea, menyelesaikan masalah,
6
melibatkan diri dalam sesi soal jawab serta berkongsi pengetahuan dan
pengalaman di kalangan ahli kumpulan. Antara kebaikan kumpulan belajar
adalah seperti di bawah.
i. Dapat merangsang motivasi dan minat dengan cara berbincang
antara satu sama lain.
ii. Kerja kumpulan dapat dibuat dan disiapkan dengan mudah dan
cepat melalui pembahagian kerja.
iii. Menghasilkan pemahaman yang mendalam. Contohnya, teori
dan fakta dapat diterjemahkan kepada perspektif atau pandangan
yang lebih luas.
iv. Mendidik pelajar untuk lebih berdisiplin, belajar menerima
kritikan dan bersikap toleransi.
Pembelajaran dalam bentuk kumpulan lebih efektif berbanding belajar
secara sendirian kerana percambahan fikiran berlaku di kalangan ahli dari latar
belakang dan pengalaman berbeza. Oleh itu, pelajar bukan sahaja mendapat
ilmu tentang subjek yang dipelajari malah cabang-cabang ilmu dalam bidang
lain.
Pada peringkat awal pembentukan kumpulan belajar, mungkin wujud
masalah kerana perbezaan keupayaan masing-masing. Akan tetapi, sekurang-
kurangnya ada interaksi verbal dan kebolehan untuk mengemukakan
pandangan. Bagaimana cara untuk mempraktikkan kumpulan belajar yang
lebih berkesan?
i. Kumpulan mestilah kecil dengan bilangan ahli kumpulan di
antara empat hingga lapan orang. Ini membolehkan setiap ahli
berpeluang untuk bercakap, tetapi mestilah mempunyai julat
yang luas dengan pelbagai ilmu dan pendapat.
ii. Setiap ahli mestilah berada pada tahap yang sama dari segi
autoriti supaya tidak wujud permusuhan.
iii. Seorang atau lebih mestilah mengambil giliran dalam
perbincangan sementara yang lain membuat bacaan dan
persediaan.
7
iv. Pengerusi perlu dipilih supaya perbincangan tidak melencong
kepada topik-topik dan gosip-gosip yang tidak berguna.
Pelaksanaannya juga tidak terlalu formal.
Kumpulan belajar yang berkesan mengambil masa untuk dibina. Setiap ahli
perlu mengenali antara satu sama lain bagi menghilangkan rasa malu, takut,
ketidakselesaan, prasangka atau andaian negatif. Personaliti dan pengetahuan
setiap individu adalah berbeza. Justeru itu, mereka perlu berfikiran terbuka dan
bertolak ansur.
2.4 Pembelajaran Maya (Virtual Learning)
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini telah
mengubah perspektif pembelajaran lokasi kepada perspektif kaedah. Dengan
perkembangan dan keupayaan hebat teknologi, pelajar PJJ boleh mengikuti
pengajian di ruang maya tanpa memerlukan mereka berkorban masa dan tenaga
untuk ke kelas. Banyak istilah yang dikaitkan dengan pembelajaran maya
seperti e-pembelajaran (e-learning), pembelajaran atas talian (online learning),
pembelajaran berasaskan laman web dan sebagainya. Namun, hakikatnya,
semuanya berasaskan penggunaan internet sebagai medium pembelajaran.
Kemunculan era teknologi komputer ini telah melahirkan ramai
generasi yang berilmu dan bermaklumat. Segala maklumat yang diperlukan ada
di hujung jari. Terdapat tiga komponen asas dalam persekitaran pembelajaran
maya.
2.4.1 Sumber Bahan
Segala maklumat dan sumber seperti modul, nota, koleksi soalan
peperiksaan dan bahan rujukan sama ada dalam bentuk teks, grafik,
audio, video dan animasi boleh dicapai melalui internet dan
perpustakaan digital dengan kemudahan akses 24 jam sehari.
2.4.2 Perhubungan
Pelajar boleh bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta dokumen
secara online melalui ruang komunikasi elektronik seperti E-mail,
8
5
5
Bulletin Board, Chat Room, File Sharing, Forum Discussion atau kelas
maya. Kaedah ini sudah semestinya boleh meningkatkan kemahiran
komunikasi antara pelajar terutamanya pelajar yang segan dan malu
bertanya secara bersemuka.
2.4.3 Fungsi Pentadbiran
Maklumat pengenalan pelajar dan tugasan yang dihantar dapat dilihat
dan diakses oleh pihak pentadbiran untuk tujuan semakan dan
pendaftaran.
Walaupun terdapat banyak kebaikan pembelajaran secara maya, tetapi,
keburukannya tetap ada. Kos pemasangan dan penyediaan infrastruktur dan bahan
pembelajaran yang tinggi, keupayaan rangkaian yang terhad dan kekurangan
kemahiran ICT di kalangan pelajar dan pensyarah adalah cabaran utama yang dihadapi
pelajar PJJ. Walaubagaimanapun, kekangan ini tidak begitu ketara sehingga boleh
membantutkan pengajian pelajar.
3.0 KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT
Literasi maklumat adalah kemahiran asas yang amat diperlukan oleh pelajar PJJ dalam
menyelusuri era maklumat. Literasi maklumat dapat ditakrifkan sebagai kemahiran yang
membolehkan individu mengenalpasti keperluan maklumat, memformulasikan persoalan
berdasarkan keperluan maklumat, menjana strategi pencarian dan mengakses, menilai,
menggunakan serta mengorganisasikan maklumat serta kebolehan mempersembahkan atau
menyampaikan maklumat (Juhana, Junaidah dan Azizah, 2007). Pelajar bukan sahaja perlu
celik komputer atau celik teknologi maklumat (IT) tetapi mereka juga perlu celik maklumat
bagi membolehkan pelajar membentuk strategi pencarian maklumat dari pelbagai sumber dan
seterusnya menganalisis maklumat mengikut kesesuaian.
Kemahiran literasi maklumat dapat dibahagikan kepada tiga iaitu proses memperoleh
maklumat, kemahiran dalam mencari maklumat dan kemahiran menilai maklumat.
9
3.1 Proses Memperoleh Maklumat
Sumber maklumat boleh dicapai dalam pelbagai bentuk asalkan memenuhi
keperluan maklumat. Terdapat tiga sumber yang boleh digunakan untuk
mencari maklumat;
i. Sumber primer : soal selidik, temubual, khidmat pesanan ringkas,
gosip, emel, mesyuarat dan perbualan biasa.
ii. Sumber sekunder : kertas persidangan, buku dan e-buku, jurnal dan e-
jurnal, CD-ROM, televisyen/radio, internet, majalah, surat khabar dan
tesis.
iii. Sumber kawalan capaian : bibliografi, katalog, indeks dan abstrak.
3.2 Kemahiran dalam Mencari Maklumat
Selain itu, pelajar juga boleh merancang strategi pencarian maklumat dalam
pangkalan data melalui empat jenis strategi carian;
i. Carian pengarang : nama penulis.
ii. Carian tajuk : tajuk buku atau jurnal.
iii. Carian subjek : dijalankan sekiranya nama pengarang dan tajuk tidak
diketahui.
iv. Carian kata kunci : istilah atau frasa yang digunakan secara sendirian
ataupun digabungkan. Pelajar boleh menggunakan tiga operator asas
Boolean iaitu AND, OR dan NOT, OPAC, e-book dan e-journal untuk
pencarian dalam bentuk elektronik yang dapat dicapai menggunakan
kod binari.
Bagi pencarian melalui internet pula, pelajar boleh mengakses maklumat
menggunakan enjin carian (Google, Yahoo!), enjin carian meta (Mamma,
Dogpile), direktori tertakluk/gerbang tertakluk serta pangkalan data.
3.3 Kemahiran Menilai Maklumat
Selesai mengumpul segala maklumat, pelajar perlu membuat penilaian dan
analisis bagi membezakan kebenaran dan kualiti maklumat yang diperoleh.
Perkara-perkara seperti berikut perlu diperhatikan semasa membuat analisis;
10
3.3.1 Kewibawaan (Authority)
Semak dengan lebih lanjut maklumat berkaitan penulis dan hasil
tulisannya. Maklumat dalam penulisan itu boleh dipercayai sekiranya
bahan itu ditulis oleh pengarang yang mempunyai pengalaman dan
kepakaran dalam bidang itu dan disampaikan tanpa bersifat berat
sebelah.
3.3.2 Ketepatan dan kebolehpercayaan (Accuracy and Reliability)
Tahap kualiti setiap penulisan adalah lebih baik dan berkualiti tinggi
sekiranya lebih banyak dirujuk kepada maklumat utama dan sekunder
serta mempunyai rujukan di akhir buku atau artikel.
3.3.3 Objektiviti (Objectivity)
Pelajar perlu berhati-hati dan bijak membezakan antara fakta dan
pendapat kerana pendapat adalah subjektif dan tidak semestinya
dipersetujui. Gaya bahasa dan maklumat yang disertakan dengan
penjelasan dan contoh yang jelas berkemungkinan benar dan sahih.
3.3.4 Maklumat terkini (Currency)
Bahan penulisan dan penerbitan yang mempunyai tarikh menunjukkan
bila ia diterbitkan atau ditulis. Topik-topik yang sentiasa berkembang
dari semasa ke semasa biasanya dikeluarkan mengikut edisi dan setiap
maklumat yang dikemaskini dan ditambah, dikeluarkan sebagai edisi
baru. Walaubagaimanapun, tidak semua bahan perlu diperbaharui dan
dikemaskini.
3.3.5 Skop (Scope)
Skop merujuk kepada golongan yang disasarkan oleh pengarang sama
ada ditujukan kepada umum atau golongan tertentu. Pelajar boleh
membuat penilaian melalui pembacaan sepintas lalu isi dan kandungan
bahan tersebut bagi menilai kesesuaian bahan maklumat itu.
Dengan penguasaan kemahiran-kemahiran literasi ini, pelajar dapat membuat
carian maklumat dengan lebih meluas dan lebih banyak.
11
4.0 CADANGAN
Cadangan-cadangan terbaik kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat
yang disyorkan kepada pelajar PJJ adalah;
i. Rancang jadual waktu dengan teliti dan teratur mengikut keutamaan serta
tekun mematuhinya. Aktiviti yang dirancang secara tersusun bukan sahaja
dapat melancarkan rutin harian dan menyeimbangkan kerjaya serta pelajaran
malah dapat mendisiplinkan diri.
ii. Perluaskan perbincangan berkumpulan dengan perisian WhatsApp dan WeChat
menggunakan smartphone atau tablet. Cara ini boleh dilakukan bila-bila masa
dan dimana-mana sahaja.
iii. Kelemahan pelajar dalam membuat nota yang baik perlu diatasi melalui
taklimat berkaitan teknik-teknik membuat nota yang berkesan oleh pihak
institusi.
iv. Mengadakan kursus dan kelas ICT untuk memantapkan lagi kemahiran
komputer dan kemahiran literasi maklumat di kalangan pelajar PJJ. Ini kerana
tidak semua pelajar mahir menggunakan komputer, internet dan portal institusi
untuk mencari bahan rujukan.
5.0 KESIMPULAN
Kesemua kemahiran yang dinyatakan adalah penting bagi menangani masalah
kemahiran belajar dan literasi maklumat pelajar PJJ. Kemahiran-kemahiran tersebut
merupakan asas yang amat diperlukan untuk melancarkan pembelajaran kendiri
mereka. Di samping itu, pelajar juga perlu menetapkan matlamat pembelajaran mereka
agar dapat memotivasikan diri ke tahap yang terbaik serta melipatgandakan usaha
untuk mencapai kecemerlangan.
(2816 patah perkataan)
12
RUJUKAN
Baharin Abu (et al.). (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar
Pelajar Universiti di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Johor: Jabatan Asas
Pendidikan.
Irma Indayu Omar, & Yushiana Mansor. (2005). Panduan Mencari Maklumat (Ed.). Pahang:
PTS Professional.
Jamhari Rafeal. (n.d.). Pembelajaran Jarak Jauh: Suatu Pengenalan.
Jesus Lau. (2006). Garis Panduan Mengenai Literasi Maklumat untuk Pembelajaran
Sepanjang Hayat. (Fuziah M Nadzar, & Feridah M Nadzar, Trans.). Malaysia:
Universiti Teknologi MARA.
Juhana Salim, Junaidah Mohamed Kassim, & Azizah Jaafar. (2007). Kemahiran Maklumat:
Teori dan Amalan (2nd ed.). Selangor: UKM.
Mansor Fadzil, & Ramli Bahroom. (n.d.). Peranan ICT dalam Sistem Pembelajaran Jarak
Jauh. Ucap Utama Konvensyen Teknologi Pendidikan Malaysia Ke-16.
Mustafa Daud (et al.). (2008). Belajar Secara Kreatif (Ed.). Perlis: UniMAP.
Saadon Awang. (2006). Panduan Cemerlang Melalui Pendidikan Jarak Jauh (Ed.). Selangor:
Prentice Hall.
Sabri Ahmad. (2003). Kemahiran Belajar Berkesan (Ed.). Kuala Lumpur: Sanon Printing.
Sajap Maswan. (n.d.). Pembelajaran Maya (Virtual Learning) dan Pembangunan Komuniti.
Pulau Pinang: Jabatan Teknologi Pendidikan.
Zuraini Zakaria (et al.). (2006). Cabaran Pendidikan Secara Jarak Jauh: Kesedaran dan
Pendedahan Dalam Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pulau Pinang:
Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia.
13

More Related Content

What's hot

Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Sherly Jewinly
 
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Octaryo Susilo
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajarandaniadarweesy
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningronaroni1706
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Dancy Jimmy
 
Model dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroomModel dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroomhimabioummy
 
Jurnal Metodologi Penelitian
Jurnal Metodologi PenelitianJurnal Metodologi Penelitian
Jurnal Metodologi PenelitianJacka Adhiethama
 
GURU SUPPORT LITERASI DIGITAL PB PGRI
GURU SUPPORT LITERASI DIGITAL PB PGRIGURU SUPPORT LITERASI DIGITAL PB PGRI
GURU SUPPORT LITERASI DIGITAL PB PGRIMGMPMTKDKIJAKARTA
 
Pemanfatan ict dalam_pembelajaran
Pemanfatan ict dalam_pembelajaranPemanfatan ict dalam_pembelajaran
Pemanfatan ict dalam_pembelajarantugaspasca
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
Hakikat teknologi pendidikan
Hakikat teknologi pendidikanHakikat teknologi pendidikan
Hakikat teknologi pendidikanSiti Sya'anah
 
Isu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalIsu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalbtsumathy
 
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)NorZie Ali
 
Tugas makalah deden ppt
Tugas makalah deden pptTugas makalah deden ppt
Tugas makalah deden pptamirazzam
 
TPACK In Education
TPACK In EducationTPACK In Education
TPACK In EducationAlif Akram
 
Profil Jurusan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan Universitas Pendidikan Indo...
Profil Jurusan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan Universitas Pendidikan Indo...Profil Jurusan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan Universitas Pendidikan Indo...
Profil Jurusan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan Universitas Pendidikan Indo...Fajar Ginanjar Mukti
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnalhanyjamal
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelKer0
 
Strategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganStrategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganMamat Jemi
 

What's hot (20)

Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
 
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learning
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
 
Model dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroomModel dan strategi Blended learning and flipped classroom
Model dan strategi Blended learning and flipped classroom
 
Jurnal Metodologi Penelitian
Jurnal Metodologi PenelitianJurnal Metodologi Penelitian
Jurnal Metodologi Penelitian
 
GURU SUPPORT LITERASI DIGITAL PB PGRI
GURU SUPPORT LITERASI DIGITAL PB PGRIGURU SUPPORT LITERASI DIGITAL PB PGRI
GURU SUPPORT LITERASI DIGITAL PB PGRI
 
Pemanfatan ict dalam_pembelajaran
Pemanfatan ict dalam_pembelajaranPemanfatan ict dalam_pembelajaran
Pemanfatan ict dalam_pembelajaran
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
Hakikat teknologi pendidikan
Hakikat teknologi pendidikanHakikat teknologi pendidikan
Hakikat teknologi pendidikan
 
Isu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalIsu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnal
 
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
 
Tugas makalah deden ppt
Tugas makalah deden pptTugas makalah deden ppt
Tugas makalah deden ppt
 
TPACK In Education
TPACK In EducationTPACK In Education
TPACK In Education
 
Profil Jurusan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan Universitas Pendidikan Indo...
Profil Jurusan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan Universitas Pendidikan Indo...Profil Jurusan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan Universitas Pendidikan Indo...
Profil Jurusan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan Universitas Pendidikan Indo...
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Strategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganStrategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabungan
 

Viewers also liked

Kemahiran Maklumat
Kemahiran Maklumat Kemahiran Maklumat
Kemahiran Maklumat munnianwar
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Draft pedoman penulisan_skripsi_dan_makalah
Draft pedoman penulisan_skripsi_dan_makalahDraft pedoman penulisan_skripsi_dan_makalah
Draft pedoman penulisan_skripsi_dan_makalahDina Dhiandra
 
Ciri ciri kemahiran pembelajaran abad ke-21
Ciri ciri kemahiran pembelajaran abad ke-21Ciri ciri kemahiran pembelajaran abad ke-21
Ciri ciri kemahiran pembelajaran abad ke-21jaemah86
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasanman wan
 
Pendedahan teknik belajar f6
Pendedahan teknik belajar f6Pendedahan teknik belajar f6
Pendedahan teknik belajar f6Gendra Serra
 
BUKU TEKS BM TAHUN 2 KSSR
BUKU TEKS BM TAHUN 2 KSSRBUKU TEKS BM TAHUN 2 KSSR
BUKU TEKS BM TAHUN 2 KSSRCikgu Yb Yaccob
 
Sirah Nabawiyah 102: Kaum Munafiq di Madinah
Sirah Nabawiyah 102: Kaum Munafiq di MadinahSirah Nabawiyah 102: Kaum Munafiq di Madinah
Sirah Nabawiyah 102: Kaum Munafiq di MadinahAbuNailah
 
Kepentingan Dakwah dalam Kehidupan Muslim
Kepentingan Dakwah dalam Kehidupan MuslimKepentingan Dakwah dalam Kehidupan Muslim
Kepentingan Dakwah dalam Kehidupan MuslimTarbiyyah Kreatif
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 

Viewers also liked (16)

Kemahiran Maklumat
Kemahiran Maklumat Kemahiran Maklumat
Kemahiran Maklumat
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Draft pedoman penulisan_skripsi_dan_makalah
Draft pedoman penulisan_skripsi_dan_makalahDraft pedoman penulisan_skripsi_dan_makalah
Draft pedoman penulisan_skripsi_dan_makalah
 
C2 - Jahiliyyah
C2 - JahiliyyahC2 - Jahiliyyah
C2 - Jahiliyyah
 
Ciri ciri kemahiran pembelajaran abad ke-21
Ciri ciri kemahiran pembelajaran abad ke-21Ciri ciri kemahiran pembelajaran abad ke-21
Ciri ciri kemahiran pembelajaran abad ke-21
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
C1 - Introduction
C1 - IntroductionC1 - Introduction
C1 - Introduction
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasan
 
Cara Belajar Berkesan
Cara Belajar BerkesanCara Belajar Berkesan
Cara Belajar Berkesan
 
Pendedahan teknik belajar f6
Pendedahan teknik belajar f6Pendedahan teknik belajar f6
Pendedahan teknik belajar f6
 
BUKU TEKS BM TAHUN 2 KSSR
BUKU TEKS BM TAHUN 2 KSSRBUKU TEKS BM TAHUN 2 KSSR
BUKU TEKS BM TAHUN 2 KSSR
 
Sirah Nabawiyah 102: Kaum Munafiq di Madinah
Sirah Nabawiyah 102: Kaum Munafiq di MadinahSirah Nabawiyah 102: Kaum Munafiq di Madinah
Sirah Nabawiyah 102: Kaum Munafiq di Madinah
 
Kepentingan Dakwah dalam Kehidupan Muslim
Kepentingan Dakwah dalam Kehidupan MuslimKepentingan Dakwah dalam Kehidupan Muslim
Kepentingan Dakwah dalam Kehidupan Muslim
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 

Similar to Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Operator Warnet Vast Raha
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Operator Warnet Vast Raha
 
Perencanaan Pembelajaran
Perencanaan PembelajaranPerencanaan Pembelajaran
Perencanaan PembelajaranArin Ariyanti
 
Perencanaan Pembelajaran
Perencanaan PembelajaranPerencanaan Pembelajaran
Perencanaan PembelajaranArin Ariyanti
 
Perencanaan Pembelajaran
Perencanaan PembelajaranPerencanaan Pembelajaran
Perencanaan Pembelajaran2008021
 
Guru kemahiran hidup
Guru kemahiran hidupGuru kemahiran hidup
Guru kemahiran hidupsaupi ahmad
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)Dewi_Sejarah
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rphWei Fen Chua
 

Similar to Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh (20)

Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
ESSAI KETERAMPILAN BELAJAR.doc
ESSAI KETERAMPILAN BELAJAR.docESSAI KETERAMPILAN BELAJAR.doc
ESSAI KETERAMPILAN BELAJAR.doc
 
Perencanaan pembelajaran
Perencanaan pembelajaranPerencanaan pembelajaran
Perencanaan pembelajaran
 
3. mmi smk jitra
3. mmi smk jitra3. mmi smk jitra
3. mmi smk jitra
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
 
Perencanaan Pembelajaran
Perencanaan PembelajaranPerencanaan Pembelajaran
Perencanaan Pembelajaran
 
Perencanaan Pembelajaran
Perencanaan PembelajaranPerencanaan Pembelajaran
Perencanaan Pembelajaran
 
Perencanaan Pembelajaran
Perencanaan PembelajaranPerencanaan Pembelajaran
Perencanaan Pembelajaran
 
Guru kemahiran hidup
Guru kemahiran hidupGuru kemahiran hidup
Guru kemahiran hidup
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
penulisan ilmiah
penulisan ilmiahpenulisan ilmiah
penulisan ilmiah
 
Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
Modul jadi suci
Modul jadi suciModul jadi suci
Modul jadi suci
 
Ipi7548
Ipi7548Ipi7548
Ipi7548
 

More from Fara Megat

Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Fara Megat
 
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaTRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaFara Megat
 
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterTRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterFara Megat
 
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZPencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZFara Megat
 
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaMasalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaFara Megat
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Fara Megat
 
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiAnalisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiFara Megat
 

More from Fara Megat (7)

Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
 
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaTRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
 
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterTRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
 
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZPencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
 
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaMasalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
 
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiAnalisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
 

Recently uploaded

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 

Recently uploaded (20)

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 

Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran Jarak Jauh

  • 1. TAJUK KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG DAN KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT BAGI PEMBELAJARAN JARAK JAUH PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI TARIKH 20 JULAI 2014 FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL
  • 2. KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN.........................................................................................................1 2.0 KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG .............................................................2 2.1 Pengurusan Masa.............................................................................................3 2.2 Kemahiran Membuat Nota...............................................................................4 2.2.1 Menulis dengan Cepat dan Tepat..........................................................5 2.2.2 Mengambil Isi-isi Penting.....................................................................5 2.2.3 Menyemak Semula Nota.......................................................................5 2.2.4 Membuat Rujukan................................................................................6 2.2.5 Menyusun Nota....................................................................................6 2.3 Belajar Secara Berkumpulan............................................................................6 2.4 Pembelajaran Maya (Virtual Learning)............................................................8 2.4.1 Sumber Bahan......................................................................................8 2.4.2 Perhubungan.........................................................................................8 2.4.3 Fungsi Pentadbiran ...............................................................................9 3.0 KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG .............................................................9 3.1 Proses Memperoleh Maklumat.......................................................................10 3.2 Kemahiran dalam Mencari Maklumat ............................................................10 3.3 Kemahiran Menilai Maklumat .......................................................................10 3.3.1 Kewibawaan (Authority).....................................................................11 3.3.2 Ketepatan dan Kebolehpercayaan (Accuracy and Reliability) .............11 3.3.3 Objektiviti (Objectivity)......................................................................11 3.3.4 Maklumat Terkini (Currency).............................................................11 3.3.5 Skop (Scope) ......................................................................................11 4.0 CADANGAN ...........................................................................................................12 5.0 KESIMPULAN .......................................................................................................12 Rujukan...................................................................................................................13
  • 3. 1.0 PENGENALAN Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi adalah salah satu faktor yang mempengaruhi seseorang itu untuk melanjutkan pelajaran melalui sistem pendidikan jarak jauh (PJJ). Ini kerana sistem pendidikan ini memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pendidikan yang setaraf dengan pengajian sepenuh masa mengikut keupayaan dan kemampuan sendiri. Sistem pendidikan yang menumpukan golongan yang sudah bekerja untuk melanjutkan pengajian separuh masa memang menarik minat ramai terutama kepada mereka yang tidak sempat berbuat demikian ketika masih muda. Oleh itu, PJJ merupakan satu platform yang terbaik untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Perraton (1982) mendefinisikan pendidikan jarak jauh sebagai suatu proses di mana sebahagian besar pengajaran dilaksanakan oleh seseorang yang terpisah oleh tempat dan/atau pelajar. Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994), terdapat dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ iaitu segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar. Istilah pendidikan jarak jauh adalah pelbagai. Namun, kesemua definisi harus mempunyai elemen-elemen asas berikut; i. pengasingan oleh jarak antara pelajar dan pengajar secara fizikal, ii. sebarang sistem komunikasi dua hala sama ada sinkroni atau asinkroni adalah diperlukan untuk menghubungkan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, iii. kepelbagaian penggunaan bahan media berteknologi seperti bahan media cetak, media audio, media elektronik atau media komputer dalam penyampaian bahan pembelajaran dan pengajaran serta, iv. kemudahan masa, tempat dan cara belajar oleh pelajar PJJ yang pelbagai mengikut kemampuan pelajar. Kemasukan yang terhad di institusi pengajian tinggi, peningkatan kos pendidikan luar negara serta kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini adalah antara punca penambahan bilangan pelajar secara mendadak dan ini menunjukkan pelaksanaan sistem PJJ menjadi semakin berkesan (Zuraini et.al., 2003). Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah melahirkan seramai 31,000 graduan di pelbagai peringkat pengajian sejak ditubuhkan 10 1
  • 4. tahun lalu dan sehingga kini OUM terus berkembang dengan jumlah pelajar secara kumulatifnya mencecah seramai 100,000 orang. Walaupun pendidikan jarak jauh memberi kelebihan dari segi kemasukan yang fleksibel, tempoh masa pembelajaran, kos pengajian, kursus pilihan dan waktu kuliah dan tutorial, namun, pelajar tetap menghadapi cabaran terutamanya dari segi kemahiran belajar. Pelajar-pelajar terpaksa bergantung sepenuhnya kepada modul pembelajaran kendiri untuk tujuan peperiksaan dan tugasan-tugasan yang diberikan (Saadon Awang, 2006). Ini disebabkan oleh interaksi yang minimum bukan sahaja dengan pensyarah, tetapi juga dengan rakan sekuliah. Oleh itu, bagi menangani cabaran ini, penulis akan cuba membincangkan isu dan permasalahan pelajar serta mencadangkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. 2.0 KEMAHIRAN BELAJAR CEMERLANG Keupayaan dan kerajinan semata-mata bukanlah penentu kejayaan seseorang pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran kerana ia juga hasil daripada keberkesanan kemahiran belajar (Sabri Ahmad, 2003). Namun begitu, tidak semua orang mempunyai kemahiran belajar yang sama. Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar? Selmes (1987) mendefinisikan kemahiran belajar sebagai kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Dengan kata lain, kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat. Gaya pembelajaran berkesan seseorang pelajar tidak semestinya dapat diguna pakai oleh pelajar lain. Begitu juga dengan gaya pembelajaran dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh, gaya pembelajaran subjek Sejarah yang memerlukan kemahiran mengingat urutan peristiwa tidak sesuai digunakan dalam subjek Matematik yang memerlukan pemahaman konsep formula dan kemahiran penyelesaian masalah. Penggunaan gaya pembelajaran yang sesuai dapat membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang. Kajian Klavas (1994) mendapati pelajar yang diperkenalkan dengan gaya pembelajaran dan menggunakannya mendapat keputusan yang cemerlang. Ini jelas menunjukkan penguasaan kemahiran dan gaya belajar penting dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Antara faktor-faktor yang dapat membantu pelajar jarak jauh mendapat kemahiran belajar cemerlang adalah pengurusan 2
  • 5. masa yang baik, kemahiran membuat nota, belajar secara berkumpulan dan pembelajaran maya. 2.1 Pengurusan Masa Disebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku pada masa dan tempat yang sama atau berdepan dengan tenaga pengajar, pengurusan masa yang baik perlu diutamakan (Mohd. Noor Saleh, 1994). Pengurusan masa amat penting terutamanya kepada pelajar PJJ kerana kebanyakan daripada mereka sudah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan tetap. Mereka perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan tugas yang lain bagi memastikan penggunaan masa yang berkualiti untuk pembelajaran. Kegagalan seseorang pelajar menguruskan masa adalah faktor utama kegagalan dalam pelajaran. Kajian mendapati 54.45% pelajar tidak merancang jadual waktu sebaliknya mereka belajar mengikut mood sendiri. Manakala hanya 45.02% pelajar yang merancang jadual waktu walaupun tidak melaksanakan apa yang dirancangnya (Siti Hawa Munji, 1987). Hasil kajian Jasmani Basit (1998) menunjukkan terdapat pertalian antara pencapaian akademik dengan pengurusan masa. Pelajar yang mempunyai perancangan masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat tugasan serta aktiviti lain cenderung memperoleh keputusan yang cemerlang. Terdapat beberapa cara yang boleh pelajar ikuti supaya setiap tugas dan tanggungjawab yang dirancang dapat dipenuhi. i. Susun atur setiap perkara seperti silibus subjek, tugasan dan jadual peperiksaan mengikut keutamaan. Pelajar boleh menggunakan carta Gantt untuk membuat perancangan aktiviti dalam tempoh tertentu. ii. Siapkan tugasan seawal yang mungkin bagi mengelakkan pelajar kelam kabut mengejar tarikh akhir penyerahan tugasan. iii. Elakkan membuat tugasan secara bertindan atau serentak pada masa yang sama bagi mengelakkan kekeliruan dan tekanan. 3
  • 6. iv. Latih diri menggunakan masa dengan cekap. Contohnya, ambil tindakan secepat mungkin untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan setelah mendapat soalan tugasan. Selain itu, pemilihan masa yang sesuai untuk membuat sebarang pembacaan boleh membawa hasil yang produktif. Membaca di waktu pagi amat baik kerana fikiran di waktu pagi masih segar dan tenang, berbeza dengan waktu sebelah petang dan malam. Ini membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian dan memahami apa yang dibaca. Bagaimanapun, terdapat segelintir pelajar PJJ yang terpaksa bekerja lebih masa sehingga lewat malam atau bekerja pada shif malam. Pelajar yang bernasib begini dinasihatkan supaya menggunakan masa rehat atau hari-hari cuti untuk belajar. Peruntukan jangka masa yang sesuai membolehkan sesuatu pembacaan itu lebih efektif. Subjek yang berbentuk kualitatif seperti subjek pengurusan mungkin memerlukan masa yang lebih untuk difahami. Manakala, subjek yang berbentuk kuantitatif seperti akaun dan matematik, boleh dilakukan pada bila- bila masa kerana lebih menekankan latih tubi yang banyak. 2.2 Kemahiran Membuat Nota Kemahiran membuat nota yang betul amat diperlukan bagi sistem pembelajaran jarak jauh yang memerlukan daya usaha pembelajaran kendiri. Sebarang percakapan atau perbincangan di dalam kuliah atau kumpulan perbincangan perlu direkodkan supaya senang diingat atau diterbitkan semula. Begitu juga semasa membuat nota dan garis kasar daripada buku. Amalan penyimpanan nota secara tersusun dan sistematik memudahkan pelajar semasa mengulang kaji. Siti Hawa Munji (1987) mengatakan nota pelajaran di universiti tidak terhad kepada nota kuliah yang disampaikan oleh pensyarah sahaja tetapi maklumat tambahan boleh diperoleh daripada buku rujukan, jurnal atau rencana surat khabar. Menurut Pauk (1984), pelajar yang mencatat nota dan membuat ulang kaji selepas waktu kuliah dapat mengingat 90-100% daripada 4 5 5
  • 7. apa yang didengar. Manakala pelajar yang tidak berbuat demikian akan melupai 80% daripada apa yang didengar dalam kuliah selepas dua minggu. Selain daripada itu, kedudukan tempat duduk yang sesuai dapat meningkatkan konsentrasi pelajar terhadap kuliah yang disampaikan oleh pensyarah (Siti Hawa Munji, 1987). Tempat yang paling strategik ialah ditengah-tengah baris hadapan yang mana pelajar dapat melihat dan mendengar dengan jelas. Kaedah pengambilan nota yang betul membantu dalam keberkesanan pembelajaran. Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diamalkan untuk mengambil nota dengan betul. 2.2.1 Menulis dengan cepat dan tepat Tumpuan pembelajaran adalah pada isi-isi penting yang terdapat dalam tajuk yang dipelajari melalui perbincangan. Pelajar perlu menyalin nota dengan secepat dan setepat mungkin supaya tidak tertinggal isi-isi penting. Penggunaan trengkas, simbol atau singkatan seperti ‘yg’dan ‘e.g’, dapat membantu dalam mengambil nota dengan cepat kerana nota pelajar dibaca oleh pelajar sendiri. 2.2.2 Mengambil isi-isi penting Isi-isi penting boleh dicatat dalam bentuk nota pendek atau peta minda. Peta minda adalah diagram yang mempunyai imej di tengah yang digunakan untuk mewakili perkataan, idea, tugasan atau perkara lain yang bersambung dan disusun secara berpusar di sekeliling kata kunci atau idea. Pelajar digalakkan menggunakan peta minda untuk mencatat nota kerana ia membolehkan pelajar mengingat dan memahami dengan mudah di samping menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. 2.2.3 Menyemak semula nota Pelajar dinasihatkan supaya menyemak semula nota yang dibuat daripada setiap sesi pembelajaran dan segera membetulkan kesilapan, menambah isi penting dan mengubahsuai fakta-fakta yang berkaitan dengan lengkap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan rasa panik 5 5 5
  • 8. apabila nota kursus tidak lengkap semasa mengulang kaji untuk peperiksaan. 2.2.4 Membuat rujukan Selepas menyemak nota, buat rujukan dengan tenaga pengajar ataupun kumpulan perbincangan bagi mendapatkan kepastian mengenai fakta- fakta tertentu dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan subjek yang tidak difahami. Pelajar perlu buang rasa malu untuk bertanya bagi mengelakkan pelajar terus hanyut dengan pelbagai masalah. 2.2.5 Menyusun nota Penggunaan fail secara berasingan bagi menyusun nota mengikut subjek dan sesi pengajian menggambarkan satu perancangan pembelajaran yang tersusun. Ini bertujuan memudahkan pelajar membawa nota ke mana-mana selain turut membangkitkan ketenangan, minat dan motivasi dalam diri. Contohnya, pelajar PJJ boleh membawa nota ke tempat kerja untuk kegunaan mengulang kaji pada waktu lapang. 2.3 Belajar Secara Berkumpulan Konsep pendidikan jarak jauh berbentuk ‘learner centred’ (tumpuan kepada pelajar) dimana pelajar banyak memberi input bagi menghidupkan sesi pembelajaran. Pensyarah dan tutor hanya memainkan peranan sebagai instructor (jurutunjuk) atau facilitator (pemudahcara) yang memandu perbincangan dengan lebih mendalam. Pembelajaran yang bersandarkan pada kuliah atau modul semata-mata tidak membantu pelajar untuk lulus cemerlang sebaliknya, mereka perlu mencari bahan-bahan rujukan lain untuk meluaskan dan menambahkan pengetahuan mereka. Penubuhan kumpulan belajar (study group) atau kumpulan perbincangan (discussion group) adalah satu kegiatan yang sihat dan berfaedah serta boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar. Melalui sesi pembelajaran ini, para pelajar boleh berkongsi idea dan buah fikiran, mengutarakan pandangan, mengkritik idea, menyelesaikan masalah, 6
  • 9. melibatkan diri dalam sesi soal jawab serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman di kalangan ahli kumpulan. Antara kebaikan kumpulan belajar adalah seperti di bawah. i. Dapat merangsang motivasi dan minat dengan cara berbincang antara satu sama lain. ii. Kerja kumpulan dapat dibuat dan disiapkan dengan mudah dan cepat melalui pembahagian kerja. iii. Menghasilkan pemahaman yang mendalam. Contohnya, teori dan fakta dapat diterjemahkan kepada perspektif atau pandangan yang lebih luas. iv. Mendidik pelajar untuk lebih berdisiplin, belajar menerima kritikan dan bersikap toleransi. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan lebih efektif berbanding belajar secara sendirian kerana percambahan fikiran berlaku di kalangan ahli dari latar belakang dan pengalaman berbeza. Oleh itu, pelajar bukan sahaja mendapat ilmu tentang subjek yang dipelajari malah cabang-cabang ilmu dalam bidang lain. Pada peringkat awal pembentukan kumpulan belajar, mungkin wujud masalah kerana perbezaan keupayaan masing-masing. Akan tetapi, sekurang- kurangnya ada interaksi verbal dan kebolehan untuk mengemukakan pandangan. Bagaimana cara untuk mempraktikkan kumpulan belajar yang lebih berkesan? i. Kumpulan mestilah kecil dengan bilangan ahli kumpulan di antara empat hingga lapan orang. Ini membolehkan setiap ahli berpeluang untuk bercakap, tetapi mestilah mempunyai julat yang luas dengan pelbagai ilmu dan pendapat. ii. Setiap ahli mestilah berada pada tahap yang sama dari segi autoriti supaya tidak wujud permusuhan. iii. Seorang atau lebih mestilah mengambil giliran dalam perbincangan sementara yang lain membuat bacaan dan persediaan. 7
  • 10. iv. Pengerusi perlu dipilih supaya perbincangan tidak melencong kepada topik-topik dan gosip-gosip yang tidak berguna. Pelaksanaannya juga tidak terlalu formal. Kumpulan belajar yang berkesan mengambil masa untuk dibina. Setiap ahli perlu mengenali antara satu sama lain bagi menghilangkan rasa malu, takut, ketidakselesaan, prasangka atau andaian negatif. Personaliti dan pengetahuan setiap individu adalah berbeza. Justeru itu, mereka perlu berfikiran terbuka dan bertolak ansur. 2.4 Pembelajaran Maya (Virtual Learning) Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini telah mengubah perspektif pembelajaran lokasi kepada perspektif kaedah. Dengan perkembangan dan keupayaan hebat teknologi, pelajar PJJ boleh mengikuti pengajian di ruang maya tanpa memerlukan mereka berkorban masa dan tenaga untuk ke kelas. Banyak istilah yang dikaitkan dengan pembelajaran maya seperti e-pembelajaran (e-learning), pembelajaran atas talian (online learning), pembelajaran berasaskan laman web dan sebagainya. Namun, hakikatnya, semuanya berasaskan penggunaan internet sebagai medium pembelajaran. Kemunculan era teknologi komputer ini telah melahirkan ramai generasi yang berilmu dan bermaklumat. Segala maklumat yang diperlukan ada di hujung jari. Terdapat tiga komponen asas dalam persekitaran pembelajaran maya. 2.4.1 Sumber Bahan Segala maklumat dan sumber seperti modul, nota, koleksi soalan peperiksaan dan bahan rujukan sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio, video dan animasi boleh dicapai melalui internet dan perpustakaan digital dengan kemudahan akses 24 jam sehari. 2.4.2 Perhubungan Pelajar boleh bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta dokumen secara online melalui ruang komunikasi elektronik seperti E-mail, 8 5 5
  • 11. Bulletin Board, Chat Room, File Sharing, Forum Discussion atau kelas maya. Kaedah ini sudah semestinya boleh meningkatkan kemahiran komunikasi antara pelajar terutamanya pelajar yang segan dan malu bertanya secara bersemuka. 2.4.3 Fungsi Pentadbiran Maklumat pengenalan pelajar dan tugasan yang dihantar dapat dilihat dan diakses oleh pihak pentadbiran untuk tujuan semakan dan pendaftaran. Walaupun terdapat banyak kebaikan pembelajaran secara maya, tetapi, keburukannya tetap ada. Kos pemasangan dan penyediaan infrastruktur dan bahan pembelajaran yang tinggi, keupayaan rangkaian yang terhad dan kekurangan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan pensyarah adalah cabaran utama yang dihadapi pelajar PJJ. Walaubagaimanapun, kekangan ini tidak begitu ketara sehingga boleh membantutkan pengajian pelajar. 3.0 KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT Literasi maklumat adalah kemahiran asas yang amat diperlukan oleh pelajar PJJ dalam menyelusuri era maklumat. Literasi maklumat dapat ditakrifkan sebagai kemahiran yang membolehkan individu mengenalpasti keperluan maklumat, memformulasikan persoalan berdasarkan keperluan maklumat, menjana strategi pencarian dan mengakses, menilai, menggunakan serta mengorganisasikan maklumat serta kebolehan mempersembahkan atau menyampaikan maklumat (Juhana, Junaidah dan Azizah, 2007). Pelajar bukan sahaja perlu celik komputer atau celik teknologi maklumat (IT) tetapi mereka juga perlu celik maklumat bagi membolehkan pelajar membentuk strategi pencarian maklumat dari pelbagai sumber dan seterusnya menganalisis maklumat mengikut kesesuaian. Kemahiran literasi maklumat dapat dibahagikan kepada tiga iaitu proses memperoleh maklumat, kemahiran dalam mencari maklumat dan kemahiran menilai maklumat. 9
  • 12. 3.1 Proses Memperoleh Maklumat Sumber maklumat boleh dicapai dalam pelbagai bentuk asalkan memenuhi keperluan maklumat. Terdapat tiga sumber yang boleh digunakan untuk mencari maklumat; i. Sumber primer : soal selidik, temubual, khidmat pesanan ringkas, gosip, emel, mesyuarat dan perbualan biasa. ii. Sumber sekunder : kertas persidangan, buku dan e-buku, jurnal dan e- jurnal, CD-ROM, televisyen/radio, internet, majalah, surat khabar dan tesis. iii. Sumber kawalan capaian : bibliografi, katalog, indeks dan abstrak. 3.2 Kemahiran dalam Mencari Maklumat Selain itu, pelajar juga boleh merancang strategi pencarian maklumat dalam pangkalan data melalui empat jenis strategi carian; i. Carian pengarang : nama penulis. ii. Carian tajuk : tajuk buku atau jurnal. iii. Carian subjek : dijalankan sekiranya nama pengarang dan tajuk tidak diketahui. iv. Carian kata kunci : istilah atau frasa yang digunakan secara sendirian ataupun digabungkan. Pelajar boleh menggunakan tiga operator asas Boolean iaitu AND, OR dan NOT, OPAC, e-book dan e-journal untuk pencarian dalam bentuk elektronik yang dapat dicapai menggunakan kod binari. Bagi pencarian melalui internet pula, pelajar boleh mengakses maklumat menggunakan enjin carian (Google, Yahoo!), enjin carian meta (Mamma, Dogpile), direktori tertakluk/gerbang tertakluk serta pangkalan data. 3.3 Kemahiran Menilai Maklumat Selesai mengumpul segala maklumat, pelajar perlu membuat penilaian dan analisis bagi membezakan kebenaran dan kualiti maklumat yang diperoleh. Perkara-perkara seperti berikut perlu diperhatikan semasa membuat analisis; 10
  • 13. 3.3.1 Kewibawaan (Authority) Semak dengan lebih lanjut maklumat berkaitan penulis dan hasil tulisannya. Maklumat dalam penulisan itu boleh dipercayai sekiranya bahan itu ditulis oleh pengarang yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang itu dan disampaikan tanpa bersifat berat sebelah. 3.3.2 Ketepatan dan kebolehpercayaan (Accuracy and Reliability) Tahap kualiti setiap penulisan adalah lebih baik dan berkualiti tinggi sekiranya lebih banyak dirujuk kepada maklumat utama dan sekunder serta mempunyai rujukan di akhir buku atau artikel. 3.3.3 Objektiviti (Objectivity) Pelajar perlu berhati-hati dan bijak membezakan antara fakta dan pendapat kerana pendapat adalah subjektif dan tidak semestinya dipersetujui. Gaya bahasa dan maklumat yang disertakan dengan penjelasan dan contoh yang jelas berkemungkinan benar dan sahih. 3.3.4 Maklumat terkini (Currency) Bahan penulisan dan penerbitan yang mempunyai tarikh menunjukkan bila ia diterbitkan atau ditulis. Topik-topik yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa biasanya dikeluarkan mengikut edisi dan setiap maklumat yang dikemaskini dan ditambah, dikeluarkan sebagai edisi baru. Walaubagaimanapun, tidak semua bahan perlu diperbaharui dan dikemaskini. 3.3.5 Skop (Scope) Skop merujuk kepada golongan yang disasarkan oleh pengarang sama ada ditujukan kepada umum atau golongan tertentu. Pelajar boleh membuat penilaian melalui pembacaan sepintas lalu isi dan kandungan bahan tersebut bagi menilai kesesuaian bahan maklumat itu. Dengan penguasaan kemahiran-kemahiran literasi ini, pelajar dapat membuat carian maklumat dengan lebih meluas dan lebih banyak. 11
  • 14. 4.0 CADANGAN Cadangan-cadangan terbaik kemahiran belajar cemerlang dan kemahiran literasi maklumat yang disyorkan kepada pelajar PJJ adalah; i. Rancang jadual waktu dengan teliti dan teratur mengikut keutamaan serta tekun mematuhinya. Aktiviti yang dirancang secara tersusun bukan sahaja dapat melancarkan rutin harian dan menyeimbangkan kerjaya serta pelajaran malah dapat mendisiplinkan diri. ii. Perluaskan perbincangan berkumpulan dengan perisian WhatsApp dan WeChat menggunakan smartphone atau tablet. Cara ini boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. iii. Kelemahan pelajar dalam membuat nota yang baik perlu diatasi melalui taklimat berkaitan teknik-teknik membuat nota yang berkesan oleh pihak institusi. iv. Mengadakan kursus dan kelas ICT untuk memantapkan lagi kemahiran komputer dan kemahiran literasi maklumat di kalangan pelajar PJJ. Ini kerana tidak semua pelajar mahir menggunakan komputer, internet dan portal institusi untuk mencari bahan rujukan. 5.0 KESIMPULAN Kesemua kemahiran yang dinyatakan adalah penting bagi menangani masalah kemahiran belajar dan literasi maklumat pelajar PJJ. Kemahiran-kemahiran tersebut merupakan asas yang amat diperlukan untuk melancarkan pembelajaran kendiri mereka. Di samping itu, pelajar juga perlu menetapkan matlamat pembelajaran mereka agar dapat memotivasikan diri ke tahap yang terbaik serta melipatgandakan usaha untuk mencapai kecemerlangan. (2816 patah perkataan) 12
  • 15. RUJUKAN Baharin Abu (et al.). (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Johor: Jabatan Asas Pendidikan. Irma Indayu Omar, & Yushiana Mansor. (2005). Panduan Mencari Maklumat (Ed.). Pahang: PTS Professional. Jamhari Rafeal. (n.d.). Pembelajaran Jarak Jauh: Suatu Pengenalan. Jesus Lau. (2006). Garis Panduan Mengenai Literasi Maklumat untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat. (Fuziah M Nadzar, & Feridah M Nadzar, Trans.). Malaysia: Universiti Teknologi MARA. Juhana Salim, Junaidah Mohamed Kassim, & Azizah Jaafar. (2007). Kemahiran Maklumat: Teori dan Amalan (2nd ed.). Selangor: UKM. Mansor Fadzil, & Ramli Bahroom. (n.d.). Peranan ICT dalam Sistem Pembelajaran Jarak Jauh. Ucap Utama Konvensyen Teknologi Pendidikan Malaysia Ke-16. Mustafa Daud (et al.). (2008). Belajar Secara Kreatif (Ed.). Perlis: UniMAP. Saadon Awang. (2006). Panduan Cemerlang Melalui Pendidikan Jarak Jauh (Ed.). Selangor: Prentice Hall. Sabri Ahmad. (2003). Kemahiran Belajar Berkesan (Ed.). Kuala Lumpur: Sanon Printing. Sajap Maswan. (n.d.). Pembelajaran Maya (Virtual Learning) dan Pembangunan Komuniti. Pulau Pinang: Jabatan Teknologi Pendidikan. Zuraini Zakaria (et al.). (2006). Cabaran Pendidikan Secara Jarak Jauh: Kesedaran dan Pendedahan Dalam Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia. 13