Dokumen tersebut membahasakan topik berbohong dari berbagai sudut, termasuk definisi, hukum, akibat, dan kondisi di mana berbohong diperbolehkan. Terdapat pula contoh gurauan Rasulullah SAW untuk menjelaskan maksud tertentu bukan bermaksud berbohong.
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Ppt akidah dan akhlak (berbohong)
1.
2. Mengetahui makna, hukum dan dalil
pengharaman berbohong
Mengetahui akibat atau balasan bagi manusia
yang berbohong
Mengetahui sama ada, ada kondisi di mana
berbohong adalah dibolehkan
Mengetahui hikmah pengharaman berbohong
3. DARI SUDUT BAHASA
Bohong dalam Bahasa Arab disebut “kizb”,
berasal dari kosa kata “kaziba” yang merupakan
lawan kata sadaqa yang bererti benar atau jujur.
Pelaku bohong itu disebut kazib dan apabila sering
melakukan kebohongan maka pelakunya disebut
kazzâb.
Definisi bohong berdasarkan Dewan Bahasa
dan Pustaka ialah percakapan yang
berlainan daripada perkara yang sebenarnya
4. Syaikhul Islam Imam al-Ghazali mengertikan dusta atau
bohong adalah “Bentuk tidak seimbangnya antara lahir
dan batin, antara berbuat dan berkehendak serta antara
perbuatan lidah dan perbuatan hati.”
Raghib al-Ashfahani berkata: “Asal jujur dan bohong adalah
dalam perkataan, baik itu pada perkara yang telah lampau,
akan datang, atau berupa sebuah janji. Dinamakan bohong
karena ucapannya menyelisihi apa yang ada di dalam
hatinya.”
Berkata Imam Nawawi: “Ketahuilah, madzhab Ahlus Sunnah
berkata bahawa bohong adalah menkhabarkan sesuatu yang
menyelisihi kenyataannya, sama saja engkau sengaja atau
tidak sengaja. Orang yang berbohong dengan tidak sengaja,
maka tidak ada dosanya, akan tetapi ia akan berdosa apabila
melakukannya dengan sengaja.”
5. HARAM
Firman Allah swt:
“Dan janganlah kamu berkata dusta mengikut
sedap mulut kamu ini halal dan yang ini haram
untuk mereka-reka pembohongan terhadap Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang mereka-reka
pembohongan terhadap Allah tidak berjaya.”
( 116 : an-Nahl)
6. 1. Ketika Perang
2. Mendamaikan Antara Dua Orang Yang
Sedang Berbalah
3. Antara Suami Dan Isteri
7. 1. Para Pendusta Tidak Akan Mendapat Hidayah
2. Ia Dijauhkan Dari Rahmat Dan Mendapat Laknat
Dari Allah
3. Dusta Menyebabkan Pelakunya Menuju
Kejahatan.
4. Tercalit Salah Satu Sifat Kemunafikan
5. Melakukan Khianat Yang Besar.
6. Dusta Menyebabkan Keraguan,
7. Tidak Mendapat Berkat.
8. Contoh gurauan Rasulullah SAW dapat dilihat menerusi berikut:
1. Ibu saudara Rasulullah s.a.w. iaitu Safiyyah binti Abdul Muttalib
memohon agar Rasulullah mendoakannya syurga. Maka Rasulullah berkata
bahawa orang tua tidak akan masuk syurga. Kata-kata Rasulullah ini telah
menyebabkan ibu saudara baginda yang sudah tua itu menangis. Rasulullah
kemudian menerangkan maksud sebenar kata-katanya tadi iaitu penghuni
syurga dijadikan muda belaka, sudah tentu tiada orang tua yang memasuki
syurga.
2. Daripada riwayat Anas bin Malik, telah datang seorang wanita
kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata "Berikanlah aku seekor unta untuk
aku menunggangnya". Lalu jawab Rasulullah "Bahkan aku akan
memberikan kepadamu anak unta untuk engkau tungganginya". Kemudian
Rasulullah pun menerangkan maksud kata-katanya iaitu setiap unta adalah
anak kepada unta yang lain, jadi bukanlah bermaksud baginda akan
memberikan unta kecil bahkan unta dewasa yang menjadi anak kepada unta
yang lain.
9.
10. Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid (2011). PERIBADI MUSLIM. Edisi Pertama. Selangor
: Yamani Angle SDN BHD.
Emri El Wahab (2011), Fitrah Islami Online, BOHONG YANG DIBENARKAN,
http://fitrahislami.wordpress.com/tag/hukum/
Jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM) (2012). Web Rasmi JAKIM. JANGAN
BERBOHONG. http://www.islam.gov.my/e-hadith/jangan-berbohong
DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKR (2011). Madah Insan Yang Murni. SETIAP INSAN
DIBALAS. http://madahalinsani.blogspot.com/2011/08/setiap-amalan-dibalas.html
Laman seri (2011). GURAUAN RASULULLAH SAW.
http://laman-seri.blogspot.com/2011/11/gurauan-rasulullah-saw.html