SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
1
MEMBANGUNKAN KEPIMPINAN PEGAWAS SEKOLAH
MENENGAH MELALUI PENDEKATAN MODUL LATIHAN
Jamaludin Ahmad, Azammuddin Zainuddin, Amini Amir Abdullah, Othman
Jailani & Norasyikin Mohaiyuddin
Universiti Putra Malaysia
mal@putra.upm.edu.my
PENDAHULUAN
Salah satu aspek yang dapat membantu dari sudut mutu sahsiah pengawas adalah
melalui pemantapan kursus yang berkaitan dengan kemahiran kepimpinan. Sejajar
dengan hasrat negara untuk melahirkan insan yang sempurna melalui penjanaan
sumber manusia atau modal insan.
Beberapa perkara utama yang berkaitan dengan kajian akan dibincangkan
dalam bab ini. Perkara yang akan dibincangkan ialah latar belakang kajian yang
memberi tumpuan kepada cara bagaimana untuk menerapkan kemahiran
kepimpinan dalam kalangan pengawas di sekolah menengah. Juga dihuraikan
pelaksanaan aktiviti bersifat motivasi yang diperkenalkan melalui modul Program
Kepimpinan Pelajar (PKP) yang menjurus kepada matlamat modul, sahsiah diri,
kemahiran membuat keputusan, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang
dan pengucapan awam.
Sebelum itu, dijelaskan masalah berkaitan dengan pelaksanaan modul PKP
iaitu berkaitan dengan kesahan modul. Objektif kajian dibuat agar dapat melihat
sejauhmana kesahan modul yang dibina oleh pengkaji. Bab ini juga akan
membincangkan tentang pendekatan model yang digunakan, penyataan masalah
kajian, persoalan kajian, tujuan kajian, kepentingan pembinaan modul latihan,
batasan kajian dan definisi pembolehubah.
Sekolah di Malaysia perlu mengorak langkah menuju ke arah pemantapan
dan pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh
dengan mengambil kira tanggungjawab dan kepimpinan pelajar di peringkat
sekolah. Antara kelemahan yang biasa terdapat di sekolah ialah masalah
pemilihan pengawas yang tidak sesuai dengan personaliti pemimpin dan
pemimpin yang dipilih tiada kemahiran sebagai pemimpin.
Pemimpin sebenar memainkan peranan sebagai pendorong dan
menggalakkan pekerja untuk bekerja dan menentukan bahawa matlamat mereka
itu sealiran dengan matlamat organisasi. Dua golongan pemimpin yang ada,
antaranya golongan pertama ialah pemimpin yang semulajadi mempunyai bakat
kepimpinan dan golongan kedua ialah golongan pemimpin yang memperolehi
kemahiran pemimpin melalui proses pembelajaran.
Pemimpin dalam kalangan pelajar adalah pengawas yang
bertanggungjawab membantu guru dan pihak sekolah untuk mengurangkan
masalah-masalah disiplin di sesebuah sekolah. Namun begitu, faktor dalaman
individu dalam pemilihan pemimpin perlu dinilai berdasarkan kebolehan mereka
2
mengendalikan tanggungjawab sebagai pemimpin dan dalam masa yang sama
mereka juga adalah sebagai pelajar. Kemampuan pelajar memikul tanggungjawab
sebagai pelajar dan sebagai pengawas perlu diambil kira.
Sebagai pemimpin, untuk menjalankan tugas-tugas yang mendorong orang
bawahan, seseorang pemimpin atau ketua perlu menjadi seorang yang mudah
disukai oleh orang bawahannya. Ini tidak bermakna pemimpin itu menjadi
seorang yang popular disebabkan dia tidak mahu bersikap tegas dan mengambil
tindakan yang tidak popular ke atas orang bawahan yang melanggar peraturan
(Ainon Mohd, 2003). Sebagai contoh pemimpin ulung dan unggul dalam Islam
ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang terserlah keperibadian, akhlak, corak
pemikiran dan cara pentadbirannya sehingga disegani oleh setiap negara ketika
itu.
Aspek pertama yang perlu dimiliki oleh setiap insan yang ingin menjadi
pemimpin terbaik kepada diri sendiri adalah faktor motivasi. Tanpa motivasi,
sesiapa pun tidak mungkin berusaha bersunguh-sungguh bagi melaksanakan
setiap aktiviti yang berkaitan dengan dirinya. Apabila tiada dorongan
menyebabkan sifat malas ataupun jemu menguasai diri (Ahmad Zabidi Abdul
Razak, 2003).
Faktor ini mendorong saya untuk mengasah bakat melalui pembinaan
modul kepimpinan untuk kedua-dua golongan tersebut. Bagi golongan pertama, ia
menjadi pengukuhan kemahiran, manakala golongan kedua menjadikan modul
latihan ini sebagai satu proses pembelajaran untuk menjadi pemimpin.
PENYATAAN MASALAH
Kebanyakan masyarakat sekarang memandang pemimpin adalah tempat untuk
menyelesaikan sebarang masalah. Namun tidak semua masyarakat dapat
menyelesaikan masalah berkaitan dengan kepimpinan yang ada.
Antara masalah yang timbul berkaitan dengan kepimpinan ialah ciri
personaliti pemimpin sekolah tidak selari dengan tanggungjawab yang diberi
sebagai pemimpin yang menjalankan amanah sebagai pengawas sekolah. Sebagai
pemimpin sekolah mestilah mempunyai karisma diri dalam menjalankan tugas.
Mempunyai akhlak dan tingkahlaku yang boleh menjadi ikutan pelajar lain. Apa
yang berlaku sekarang ini, terdapat pemimpin sendiri yang melakukan kesalahan
seperti pelajar biasa lakukan.
Pemimpin kurang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapinya dalam konteks pengawas sekolah. Kursus-kursus dan latihan
kepimpinan kurang dilaksanakan di sekolah menyebabkan matlamat untuk
membantu pihak sekolah dan guru mengurangkan masalah pelajar kurang
berkesan.
Pemimpin tidak berminat untuk menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan sebagai pengawas sekolah. Kelemahan ini dikenalpasti
berpunca dari pemilihan yang kurang tepat sebagai calon pemimpin sekolah.
Ismail Noor (2004), seorang pemimpin memerlukan penumpuan. Mereka tidak
hanya memimpin dengan mengarah, tetapi juga melalui contoh yang baik.
3
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mampu mengembeling segala
kemahiran dan bakat yang ada dalam diri seseorang individu dalam menjalankan
tugas sebagai pemimipin. Mereka mampu untuk mengenalpasti pemain yang
terbaik dalam kumpulannya, menilai fungsi dan peranannya, mengimbangkannya,
dan mengguna kepelbagaian yang ada dalam kalangan ahli-ahli kumpulan
pemimpin itu sendiri.
KEPENTINGAN PEMBINAAN MODUL LATIHAN
Kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah adalah untuk menilai dan melihat
sejauhmana keberkesanan pemimpin atau pengawas sekolah. Selama ini Unit
Disiplin sentiasa melatih pelajar untuk menjadi pengawas yang berkesan.
Kajian ini juga penting untuk menilai sejauhmana kemahiran yang mereka
perolehi dari kursus-kursus atau seminar memberi kesan yang mendalam dalam
diri pemimpin tersebut. Kemahiran yang dimaksudkan seperti kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran merancang sesuatu program, bekerja berpasukan dan
kemahiran memimpin orang bawahan.
Penguasaan ilmu pengetahuan dalam bidang akademik juga penting bagi
pemimpin untuk dijadikan contoh dan tauladan kepada pelajar lain. Biasanya
pemilihan pemimpin di sekolah berasaskan penguasaan dan pencapaian mereka
dalam bidang pelajaran.
Tujuan utama pembinaan modul ini adalah untuk membolehkan bakal
pengawas sekolah dilatih berdasarkan kemahiran-kemahiran pemimpin. Justeru,
dengan melaksanakan modul ini pengawas sekolah dapat mencungkil bakat dan
kebolehan sebagai seorang pemimpin. Kedua adalah untuk menerapkan nilai dan
kemahiran sebagai pemimpin. Ketiga adalah untuk melahirkan pemimpin yang
serba berkebolehan dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah. Tujuan
yang terakhir ialah untuk memberi panduan pihak sekolah untuk melaksanakan
program kepimpinan berdasarkan modul kepimpinan.
Persoalan Kajian
1. Bagaimana membina modul kepimpinan pengawas?
2. Bagaimana menentukan kesahan kandungan modul kepimpinan?
4
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian deskriptif.
Menurut Sidek Mohd Noah (2002) kajian deskriptif bertujuan untuk memberi
penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri suatu bidang. Kajian
deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk menguji kesahan kandungan modul
kepimpinan yang dibina. Kajian deskriptif amat sesuai digunakan bagi kajian ini
kerana ia tidak bertujuan menguji kebenaran sesuatu hipotesis dan tidak
mengawal sesuatu pemboleh ubah. Kajian ini menerangkan peringkat pembinaan
modul kepimpinan yang berasaskan model pembinaan modul Sidek 2001. Kajian
ini juga telah menguji kesahan kandungan modul kepimpinan tersebut yang dibina
khusus untuk pelajar peringkat sekolah menengah.
Kaedah Pembinaan Modul
Modul kepimpinan pengawas ini telah dibina berasaskan model pembinaan modul
Sidek 2001. Berdasarkan model ini, terdapat dua peringkat dalam pembinaan
modul iaitu yang pertama, peringkat menyediakan draf modul dan peringkat
kedua, mencuba dan menilai modul. Kajian ini mengambil kira kedua-dua
peringkat. Namun, pada peringkat yang kedua, penyelidik hanya menentukan
kesahan kepada modul yang dibina.
Menyediakan Draf Modul
Proses menyediaan draf modul perlu melalui pelbagai tahap bermula dengan
pembinaan matlamat dan berakhir dengan penyatuan modul. Penyelidik telah
memulakan penyediaan modul kepimpinan dengan menentukan secara umum
matlamat pembinaan modul tersebut. Tujuan pembinaan modul ini telah
dinyatakan pada bahagian sebelum ini diantaranya, untuk membolehkan bakal
pengawas sekolah dilatih berdasarkan kemahiran-kemahiran pemimpin yang
dimuatkan dalam kandungan modul ini. Justeru dengan melaksanakan modul ini,
pengawas sekolah dapat mencungkil bakat dan kebolehan sebagai seorang
pemimpin, menerapkan nilai dan kemahiran sebagai pemimpin dan melahirkan
pemimpin yang serba berkebolehan dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin
sekolah. Modul ini juga dibina dalam usaha memberi panduan dan memudahkan
pihak sekolah untuk melaksanakan program kepimpinan secara sistematik dan
efisien.
Langkah kedua dalam penyediaan draf modul, penyelidik perlu
mengenalpasti teori, rasional, falsafah, konsep, sasaran dan tempoh masa. Teori
asas yang digunakan sebagai asas pembinaan modul ini adalah teori Path-Goal
atau Jalan ke Matlamat. House (1971) dalam Ahmad Zabidi Abdul Razak (2003)
menyatakan pemimpin boleh mendapat prestasi kerja kumpulan yang memuaskan
apabila pekerja diberitahu apa yang perlu dilakukan bagi mendapatkan ganjaran
selaras dengan prestasi cemerlang, dan juga mengurangkan batasan-batasan ke
arah pencapaian prestasi yang cekap. Ini bermakna pemimpin hendakalah
5
bertindak seolah-olah dia membantu kakitangan mencapai kepuasan keperluannya
melalui prestasi cekap dan memuaskan. Teori ini menekankan tingkah laku
seorang pengawas akan diterima oleh pelajar lain jika mereka melihat tingkah
laku pemimpin. Justeru, pengawas perlu dilengkapkan dengan karisma dan sikap
kepimpinan untuk diterima oleh pelajar lain sebagai satu contoh dan ikutan ke
arah mencapai prestasi pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik.
Penyelidik juga telah menjelaskan rasional keperluan dan kehendak
kepada modul kepimpinan ini. Modul ini dihasilkan khusus untuk mengasah bakat
kepimpinan kedua-dua golongan pemimpin. Golongan pertama ialah pemimpin
yang semulajadi mempunyai bakat kepimpinan dan golongan kedua ialah
golongan pemimpin yang memperolehi kemahiran pemimpin melalui proses
pembelajaran. Bagi golongan pertama, ia menjadi pengukuhan kemahiran,
manakala golongan kedua menjadikan modul latihan ini sebagai satu proses
pembelajaran untuk menjadi pemimpin.
Falsafah yang didapati daripada penggunaan modul ini juga telah
dijelaskan oleh penyelidik. Pelbagai falsafah yang diterapkan oleh penyelidik
melalui modul ini, antaranya adalah peserta dapat membina keyakinan diri dan
kemesraan diantara pemimpin. Sikap ini amat penting dalam membina kerjasama
yang sangat diperlukan bagi kejayaan sesuatu organisasi. Peserta juga dapat
memupuk sifat-sifat yang baik sebagai seorang pemimpin yang akan menjadi role
model kepada rakan pelajar yang lain. Falsafah lain yang dapat dicapai oleh
peserta setelah melaksanakan aktiviti modul ini adalah sikap saling bertoleransi
dan persaingan yang sihat dalam memberi dan menerima pandangan orang lain.
Modul ini juga dapat membantu pelajar dalam membina sikap tanggungjawab
terhadap diri, tugas, organisasi dan sekolah. Falsafah lain yang cuba ditanam di
dalam modul ini adalah supaya peserta dapat menerima kekurangan diri dalam
usaha memperbaiki dan memanfaatkan bakat atau kelebihan diri untuk kebaikan.
Konsep modul ini adalah berbentuk permainan, penceritaan, perbahasan,
perbincangan, pembentangan dan pertandingan. Konsep permainan diterapkan
bagi menyampaikan pengisian modul dengan lebih menyeronokkan. Konsep
penceritaan dan perbahasan pula diketengahkan bagi melatih peserta dengan
pengucapan umum dan sekaligus memberi peluang peserta memberi dan
menerima pandangan secara terbuka. Konsep perbincangan dan pembentangan
melatih peserta untuk bekerja dan bertindak dalam kumpulan. Konsep
pertandingan juga diwujudkan dalam sebahagian aktiviti bagi membentuk
persaingan sihat di antara peserta bagi mencapai prestasi yang lebih cemerlang
bagi diri, organisasi pengawas dan sekolah.
Kumpulan sasaran bagi modul ini adalah pengawas peringkat sekolah
menengah. Ini kerana keperluan terhadap modul ini di peringkat sekolah
menengah. Pemerhatian penyelidik sendiri mendapati modul yang dijalankan oleh
pihak Majlis Agama Islam Selangor di sekolah-sekolah menengah agama di
Selangor kurang memberi kesan dan kurang selaras dengan kursus yang
dijalankan di sekolah-sekolah peringkat menengah lain.
Pembinaan modul ini dikhususkan untuk pelajar-pelajar peringkat sekolah
menengah yang memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Pembinaan modul
ini juga dibina berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek yang mempunyai dua
peringkat iaitu peringkat menyediakan draf modul dan peringkat kedua ialah
6
mencuba dan menilai modul. Namun proses pembinaan modul ini tidaklah sampai
ke peringkat kedua, hanya diperingkat pembinaan modul latihan sahaja.
Modul latihan kepimpinan ini terhad kepada lapan puluh orang sahaja
dalam satu-satu masa pelaksanaannya. Bilangan fasilitator yang diperlukan adalah
seramai enam orang.
Jumlah masa yang digunakan bagi menjalankan kesemua aktiviti dalam
modul ini adalah 24 jam. Justeru, penyelidik telah menentukan tempoh masa
selama 3 hari 2 malam bagi membolehkan modul ini dilaksanakan dengan
sempurna. Tempoh masa ini amat bersesuaian bagi mencapai tujuan yang telah
ditetapkan.
Seterusnya, penyelidik membuat kajian keperluan atau need assessment
pada pihak yang berkepentingan atau yang berkaitan dengan kumpulan sasaran.
Penyelidik telah menemui banyak maklumbalas hasil perbincangan dengan
beberapa orang guru pengawas dan hasil pemerhatiannya sendiri sebagai guru
besar sekolah. Maklumat yang diperolehi menyatakan keperluan sekolah terhadap
modul ini. Sekolah mempunyai kesukaran mengendalikan kursus khas untuk
melatih pengawas disebabkan tiada panduan yang khusus. Justeru sekolah
biasanya memberi tanggungjawab tersebut kepada konsultan luar, namun
pengisian yang diberi adakalanya tidak mengikut kehendak atau matlamat sekolah
sendiri (Haslina, guru pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat,
komunikasi peribadi. 28 Januari 2008). Menurutnya lagi, kebanyakan kursus atau
kem yang dijalankan bagi melatih pengawas hanya menitik beratkan hal
kepimpinan namun tidak menyemai semangat cintakan sekolah.
Iza Shazlinda pula menyatakan selain sikap kepimpinan yang diterapkan
di dalam sesebuah kursus, peserta perlu disemaikan dengan disiplin yang tinggi.
Ini kerana, dikalangan pengawas juga seringkali menghadapi masalah disiplin.
Walaupun masalah tersebut adalah masalah disiplin yang ringan namun, ia boleh
menjejaskan prestasi dan sikap kepimpinan seseorang pengawas dan organisasi
pengawas itu sendiri sebagai role model kepada pelajar seluruhnya (Iza Shazlinda,
guru pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, komunikasi peribadi. 28
Januari 2008).
Menurut sumber lain, modul kepimpinan amat perlu bagi memberi
panduan kepada guru dalam melaksanakan kursus khas untuk pengawas. Ini
kerana, kursus yang dijalankan tanpa panduan yang khusus dirasakan kurang
memberikan kesan. Sesetengah kursus hanya mendedahkan mengenai kemahiran
kepimpinan secara teoritikal tanpa memberi pendedahan kepada pelajar secara
praktikal. Justeru, apabila sesuatu keadaan yang memerlukan pengawas untuk
melakukan pengucapan umum, penyelesaian masalah atau membuat keputusan,
hanya segelintir pengawas yang telah semulajadi mempunyai bakat kepimpinan
yang akan terkehadapan. Ini akan menyukarkan pihak sekolah dalam
mengendalikan sesuatu urusan (Arsyad Mohammad, guru pengawas Sekolah
Agama Menengah Hulu Langat, komunikasi peribadi. 28 Januari 2008).
Setelah tiga tahap dalam peringkat pertama itu selesai, barulah penyelidik
dapat meneruskan proses membina modul dengan menetapkan objektif pada
setiap aktiviti yang dijalankan, memilih isi kandungan yang bersesuaian bagi
setiap objektif yang ditetapkan, mengatur strategi atau langkah-langkah bagi
7
melaksanakan aktiviti, menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan sebagai alat
bantu modul bagi melancarkan dan memudahkan perjalanan modul. Penyelidik
juga perlu memilih media penyampaian yang sesuai digunakan agar pengisian
modul yang ingin disampaikan mampu menarik minat peserta untuk mengikuti
modul yang dihasilkan. Langkah akhir peringkat ini, draf modul yang terhasil
disatukan sebelum menjalani proses di peringkat kedua iaitu mencuba dan menilai
modul.
MENGUJI KESAHAN KANDUNGAN MODUL
Sidek Mohd Noah (1997) menyatakan bahawa terdapat tiga kaedah untuk menguji
kesahan sesuatu alat ukuran iaitu kesahan kandungan, kesahan kriteria dan
kesahan gagasan (Sidek Mohd Noah (2005). Kesahan kandungan memberi fokus
kepada kandungan item-item dalam ujian, kesahan kriteria menekankan kepada
perbandingan suatu skala skor dengan pemboleh ubah luaran atau kriteria yang
diketahui atau dipercayai mengukur sifat yang hendak dikaji dan kesahan gagasan
menurut Tuckman(1978) dalam Sidek Mohd Noah (2005) adalah kesahan yang
didapati dengan mengaitkan andaian ukuran sesuatu gagasan atau kuantiti
hipotetikal dengan sesuatu tingkah laku atau manifestasi yang dijangkakan akan
berlaku. Kajian ini dijalankan bagi mengukur kesahan kandungan bagi modul
kepimpinan yang diasaskan daripada model pembinaan modul Sidek 2001.
Menurut Majid Konting (2004), kesahan kandungan bagi modul boleh diukur
melalui penilaian daripada pakar-pakar yang mahir dalam bidang berkenaan.
Pakar Penilai
Dalam kajian ini, penyelidik telah menemui tiga orang pakar bagi menguji
kesahan kandungan modul kepimpinan yang telah dibina. Pakar penilai tersebut
adalah Tajularipin Bin Sulaiman, Jemelah Bt Mansor dan Junaidah Bt Tukimin.
Pakar penilai ini telah dicadangkan oleh penyelia iaitu Jamaludin Ahmad. Mereka
dipilih dari sudut kecemerlangan mereka memimpin sebagai pengetua sekolah dan
ahli akademik. Surat pelantikan penilai luar telah diajukan terlebih dahulu untuk
makluman pakar-pakar tersebut. Kemudian, pakar-pakar tersebut ditemui sekali
lagi untuk menyerahkan borang soal-selidik dan modul yang hendak dinilai.
Penilaian tersebut mengambil tempoh selama lebih kurang dua minggu.
Alat Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan bantuan soal selidik kesahan kandungan yang
dibina oleh Jamaludin Ahmad (2002) dalam Sidek Mohd Noah dan Jamaludin
Ahmad (2005). Soal selidik ini dicipta berdasarkan kepada pandangan Russell
(1974) tentang syarat-syarat kesahan modul yang dikemukakan oleh beliau. Soal
selidik ini memerlukan jawapan berbentuk skala Likert lima mata iaitu (1)sangat
setuju, (2)setuju, (3)tidak pasti, (4)tidak setuju dan (5)sangat setuju. Oleh yang
demikian, sesuatu modul yang telah dinilai oleh pakar menggunakan soal selidik
tersebut dikira nilai peratusannya dengan menggunakan formula berikut:
8
Jumlah skor (X)
___________________________X 100% = Pencapaian Kesahan Kandungan
Skor Maksimum (25)
Jumlah skor yang diberikan oleh pakar melalui skala Likert akan
dijumlahkan (X) dan skor ini akan dibahagikan dengan skor maksimum skala
likert (25) dan kemudiannya didarabkan dengan 100. Jika peratusannya melebihi
70 peratus maka modul ini mempunyai kesahan kandungan yang baik dan
begitulah sebaliknya jika peratusannya kurang daripada 70 peratus, modul ini
tidak mempunyai kesahan kandungan yang baik.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan maklum balas pakar terhadap Kesahan Kandungan Modul
Kepimpinan, peratusan yang diperoleh sebanyak 68% hingga 92%. Penilai
pertama menilai kandungan modul ini adalah baik bagi program kepimpinan. Skor
yang diberi oleh pakar pertama ialah 92% . Pakar sangat setuju dengan kandungan
modul menepati sasaran populasinya. Ia bersesuaian dengan tahap pelajar
menengah dalam membentuk generasi pemimpin. Kandungan modul ini juga
boleh digunakan dan dilaksanakan dengan sempurna. Berdasarkan masa yang
diperuntukkan dalam modul latihan ini, pakar juga amat bersetuju kandungan
modul boleh dilaksanakan dengan sempurna. Pakar juga bersetuju kandungan
modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. Pakar setuju
kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah pemimpin yang
cemerlang. Kandungan modul ini membuka minda pelajar untuk mengubah sikap
melalui aktiviti yang telah dirancang.
Secara keseluruhan kandungan modul ini menunjukkan bahawa kesahan
kandungan adalah baik dengan pekali kesahan kandungan .92. Walau
bagaimanapun beberapa penambah baikan seperti kandungan, ciri-ciri pemimpin,
aktiviti ceramah dan ulasan akhir masih boleh dibaiki. Namun begitu secara
keseluruhan penilaian pakar pertama seperti dalam jadual 1.
9
Jadual 1: Pandangan pakar pertama terhadap kandungan modul
kepimpinan
1. Pakar sangat setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya.
2. Pakar setuju kandungan modul ini boleh dilaksanakan dengan sempurna.
3. Pakar sangat setuju kandungan modul ini bersesuaian dengan masa yang
ditetapkan.
4. Pakar setuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan
pelajar.
5. Pakar setuju kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah yang
pemimpin cemerlang.
Maklum balas pakar penilai kedua memberi skor markah 80% dengan
menyatakan kandungan modul ini secara keseluruhannya sesuai digunakan untuk
menanamkan kepimpinan di kalangan pengawas sekolah. Pakar sangat setuju
dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya iaitu pemimpin yang
dipilih di kalangan pelajar. Ia bersesuaian dengan tahap pelajar menengah dalam
membentuk generasi pemimpin. Kandungan modul ini juga boleh digunakan dan
dilaksanakan dengan sempurna. Berdasarkan masa yang diperuntukkan dalam
modul latihan ini, pakar juga bersetuju kandungan modul boleh dilaksanakan
dengan sempurna. Pakar juga amat bersetuju kandungan modul ini boleh
meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. Walau bagaimanapun beliau
mensyaratkan fasilitator yang akan menjalankan modul ini benar-benar faham dan
mahir dalam memainkan peranan agar falsafah disebalik aktiviti ini tercapai.
Pakar setuju kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah
pemimpin yang cemerlang. Kandungan modul ini membuka minda pelajar untuk
mengubah sikap melalui aktiviti yang menyeronokkan. Ulasan penilaian
berdasarkan jadual 2.
Jadual 2: Pandangan pakar kedua terhadap kandungan modul
kepimpinan
1. Pakar sangat setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya.
2. Pakar setuju kandungan modul ini boleh dilaksanakan dengan sempurna.
3. Pakar setuju kandungan modul ini bersesuaian dengan masa yang ditetapkan.
4. Pakar sangat setuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi
kepimpinan pelajar.
5. Pakar setuju kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah yang
pemimpin yang cemerlang.
10
Secara keseluruhan kandungan modul ini menunjukkan bahawa kesahan
kandungan adalah baik dengan pekali kesahan kandungan .80. Walau
bagaimanapun pakar mengharapkan fasilitator dapat memainkan peranan mereka
secara berkesan agar falsafah disebalik aktiviti yang dirancang difahami dan dapat
dihayati oleh peserta. Aktiviti yang dirancangkan dalam modul ini menarik dan
Insyaallah peserta kursus seronok untuk melakukannya.
Maklum balas pakar penilai ketiga memberi skor markah 68%. Bagi item
pertama pakar bersetuju kandungan modul ini menepati sasaran populasinya iaitu
pemimpn pelajar peringkat sekolah menengah. Kandungan modul ini juga boleh
dilaksanakan dengan sempurna mengikut masa yang telah ditetapkan. Namun bagi
item empat, beliau menyatakan tidak bersetuju kandungan modul ini boleh
meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. Pakar juga tidak pasti kandungan
modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah pemimpin cemerlang. Ulasan
penilaian berdasarkan dalam jadual 3.
Jadual 3: Pandangan pakar ketiga terhadap kandungan modul
kepimpinan
1. Pakar setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya.
2. Pakar setuju kandungan modul ini boleh dilaksanakan dengan sempurna.
3. Pakar setuju kandungan modul ini bersesuaian dengan masa yang ditetapkan.
4. Pakar tidak setuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan
pelajar.
5. Pakar tidak pasti kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah yang
pemimpin yang cemerlang.
Secara keseluruhannya skor markah yang diperolehi adalah sebanyak 68%
sahaja. Jumlah ini menunjukkan kesahan kandungan ini berada di paras baik.
Pakar juga menyatakan kandungan modul ini hanya dapat memberi kesedaran
tentang peranan kepimpinan, tetapi kurang berkesan mengubah tingkahlaku dan
sikap pelajar untuk menjadi pemimpin yang mempunyai jati diri, tabah dan boleh
berdepan dengan sebarang situasi. Ini menunjukkan bahawa kesahan kandungan
di bawah paras baik dengan pekali kesahan kandungan .68.
Jika dilihat secara keseluruhan bagi setiap item ujian, item satu pada skor
markah ketiga-tiga pakar ialah 82.66% iaitu di atas paras baik. Ini menunjukkan
bahawa kesahan kandungan keseluruhannya adalah baik dengan pekali kesahan
kandungan .82. Walaupun seorang dari tiga orang pakar menilai di bawah paras
baik kesahan kandungan modul kepimpinan ini.
Menurut Tuckman dan Waheed (1981) serta Abu Bakar Nordin (1995)
dalam Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005) telah menyatakan bahawa
aras penguasaan atau pencapaian 70% dianggap telah menguasai atau mencapai
tahap pencapaian yang tinggi. Oleh itu, pandangan pakar mengenai kesahan
kandungan modul Kepimpinan Pelajar adalah tinggi.
11
Kesimpulannya, kesahan kandungan modul yang akan dilaksanakan di
Sekolah Agama Menengah Hulu Langat bagi para pengawas dianggap baik
setelah melihat kepada pandangan Rusell (1974) dan pandangan pakar seperti
yang disarankan oleh Mohd Majid Konting (1998). Ia dikukuhkan lagi dengan
pandangan pakar yang menyatakan kandungan modul ini boleh manarik minat
peserta kursus untuk melakukannya.
RUMUSAN
Oleh sebab sifatnya yang abstrak, penentuan kesahan sesuatu alat ukuran atau
modul bukanlah sesuatu yang mudah. Masalah utamanya ialah aspek ini tidak
dapat diukur secara langsung. Untuk menentukan kesahan kandungan modul ini,
kaedah yang digunakan ialah seperti yang disarankan oleh Majid Konting (2004)
iaitu dengan mendapatkan penilaian daripada tiga orang pakar yang berkaitan
dengan modul dan kepimpinan. Penilaian pakar bertujuan untuk menguji
kesesuaian item yang digunakan bagi mengukur domain yang terpilih.
Kesahan kandungan modul ini telah mengambil kira syarat-syarat kesahan
modul menurut pandangan Russell (1974) dalam Sidek Mohd Noah dan
Jamaludin Ahmad (2005). Syarat kesahan ini juga telah menjadi asas
pembentukan soal selidik (Jamaluddin, 2002) kesahan kandungan modul yang
dimajukan kepada pakar-pakar penilai. Sesebuah modul yang mempunyai kesahan
yang baik itu memerlukan ciri-ciri seperti yang berikut; menepati sasaran
populasinya, situasi pengajaran atau kaedah pelaksanaan modul adalah
memuaskan, masa yang diambil untuk menghabiskan modul adalah mencukupi,
berjaya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dan berjaya mengubah sikap
pelajar ke arah lebih cemerlang. Walau bagaimanapun, kesahan modul ini tidak
dapat dimantapkan dengan kajian rintis untuk mendapatkan maklumbalas pelajar
disebabkan masa yang agak terhad.
IMPLIKASI
Modul ini dibina khas untuk melatih kepimpinan pengawas sekolah. Justeru,
dengan penghasilan modul ini, penyelidik berharap dapat memberi implikasi
kepada program-program yang dijalankan kepada pengawas sekolah peringkat
sekolah menengah di Malaysia. Modul ini dapat digunakan sebagai bimbingan
kepada guru-guru atau fasilitator dalam menjalankan program kepimpinan
pengawas sekolah menengah.
Selain itu, dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa pendekatan yang
digunakan untuk menentukan kesahan dalam kajian ini adalah sesuai. Ini tentunya
merupakan berita gembira kepada pembina-pembina modul samada modul
pengajaran, modul motivasi, modul latihan dan modul akademik dalam
menentukan kesahan modul. Pembina-pembina modul boleh menjadikan kaedah
untuk menentukan kesahan kandungan modul ini sebagai salah satu cara dalam
melaksanakan penyelidikan mereka. Malah, penyelidik-penyelidik yang ingin
menjalankan penyelidikan berkaitan dengan modul boleh menggunakan kaedah
12
pencarian kesahan kandungan modul di dalam menjalankan penyelidikan
berkaitan dengan modul.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa modul kepimpinan ini dapat
meningkatkan kemahiran di kalangan pengawas sekolah. Oleh itu ia memberi
ruang kepada penyelidik lain untuk mengkaji keberkesanan modul ini dari aspek-
aspek yang lain pula selain daripada kemahiran-kemahiran kepimpinan itu sendiri.
Penghasilan modul yang khusus kepada peringkat pelajar sekolah menengah ini
juga diharap dapat memberi idea kepada penyelidik atau penyelidik lain untuk
menghasilkan modul kepimpinan bagi peringkat sekolah rendah, institusi
pengajian tinggi mahupun di peringkat organisasi.
CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh mengenai kesahan kandungan modul,
maka disarankan beberapa cadangan khususnya pada pembinaan modul dan
pelaksanaannya di sekolah.
1. Oleh sebab kesahan kandungan modul ini tinggi, maka dicadangkan agar
modul ini dilaksanakan dengan komprehensif dan bersungguh-sungguh di semua
sekolah sekiranya mereka memerlukan kursus kepimpinan. Modul ini tidak terhad
di sekolah yang dikaji sahaja malah boleh juga ke sekolah-sekolah bantuan penuh
kerajaan, sekolah swasta, sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh, sekolah
agama negeri, sekolah agama persekutuan mahupun sekolah teknik.
2. Ternyata kesahan kandungan modul boleh diperoleh dengan mengikut ciri-
ciri modul Sharifah Alawiah Alsagoff (1981). Oleh itu dicadangkan agar para
penyelidik dan pembina modul yang baharu menggunakan kaedah ini dalam
menentukan kesahan modul selain daripada menggunakan kaedah yang selalu
digunakan, iaitu dengan mendapatkan pandangan dan penilaian pakar.
3. Untuk mendapatkan pandangan pakar dalam menentukan kesahan
kandungan sesuatu modul, dicadangkan agar para penyelidik dan pembina modul
yang baharu mengguna soal selidik kesahan kandungan yang telah dibangunkan
oleh Jamaludin Ahmad (2002).
4. Firman Allah bermaksud: sesungguhnya aku tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu melainkan ia mengubahnya sendiri. Dengan adanya modul ini,
secara tidak langsung boleh membuka minda pemimpin untuk mengubah diri
sendiri.
Ringkasnya pembinaan modul kepimpinan ini mempunyai prosedur yang lengkap
dalam usaha membentuk aktiviti berkaitan dengan pembinaan modal insan atau
penjanaan sumber manusia. Oleh kerana tujuan utama pembinaan modul
kepimpinan ini hanya untuk melihat kesahan kandungan sahaja, maka penulis
memfokuskan kepada aktiviti yang menjurus kepada pelaksanaannya yang dinilai
kesahan modul tersebut. Sasaran utama modul ini juga telah ditetapkan untuk
pengawas sekolah menengah sahaja.
13
Bagaimanapun oleh kerana kajian ini tidak menjalankan ujian
kebolehpercayaan modul, adalah wajar kajian-kajian berbentuk kebolehpercayaan
dijalankan bagi mengukuhkan lagi modul kepimpinan ini.
RUJUKAN
Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2001). Komunikasi Untuk Pemimpin. Selangor:
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2003). Memimpin Diri Sendiri. Selangor: PTS
Publications & Distributor Sdn Bhd.
Anastasi, A. (1976). Psychological Testing. New York : MacMillan.
Ainon Mohd, (2003). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat
Kerja. Selangor : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Byrd, M. (2007). Educating and Developing Leaders of Racially Diverse
Organization. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/
Hashim Fauzy Yaacob. (2001). Komunikasi antara Manusia. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Ismail Noor. (2004). Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w : Pengurusan Altruistik
Model Ikutan Sepanjang Masa. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distribution Sdn Bhd.
Jamaludin Ahmad. (2002). Kesahan, Kebolehpercayaan dan Keberkesanan
Modul Program Maju Diri ke atas Motivasi Pencapaian di kalangan Pelajar
Sekolah Menengah Negeri Selangor. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.
Jawatankuasa Bengkel Soft Skills Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
(2006). Modul Kamahiran Insaniah (soft skills) Institusi Pengajian Tinggi.
Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.
Jurgens, J.C., & Dodd, J.L. (2003) Women's Institute for Leadership
Development: A W.I.L.D. Venture.
http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/
Kamarudin Hj Husin, (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar Dan
Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
McLay, M. & Brown, M. (2003) Using the Concept Mapping To Evaluate the
Training of Primary School Leaders.
http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/
Mariah Kamaruddin. (2006). Semakan Kegunaan Modul Pembimbing Rakan
Sebaya Kementerian Pelajaran Malaysia. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.
Mohamed Sulaiman. (1996). Kepimpinan Dan Pengurusan Strategik
Untuk Kecemerlangan Organisasi. Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995/Bil.
5: Universiti Sains Malaysia.
14
Mohd Hanim Mohd Tahir & Azahari Ismail. (1985). Modul Teknik-teknik
Dorongan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mohd. Majid Konting, (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan pustaka.
Muhyiddin Yassin. (1998). Memperkasa Kepimpinan: Menjurus Masa Depan.
Selangor: Pusat Kajian Kepimpinan Dan Pembangunan.
Pusat Pembangunan Akademik (CADe) Universiti Putra Malaysia (2006), Modul
1 & 2 : Learning Outcome Initiatives. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Salihan Siasis, Ahmad Mohd Isa, Kamel Ariffin Mohd Atan dan Zul Azlan
Hamidin. (1987). Modul Perancangan Pendidikan Matematik. Serdang: Universiti
Putra Malaysia.
Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd. Yusof Hussain. (2005). Teori-teori
Komunikasi. Selangor: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1981). Pengenalan Pengajaran Individu dengan
Tumpuan Khas kepada modul Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, 3, 1, 54-62.
Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah , Teori dan
Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah. (2005). Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling: Teori dan
Aplikasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul: Bagaimana
Membina Modul Latihan dan Modul akademik. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Silverthorn, Thorn dan Svinicki (2006) It's Difficult to Change the Way We
Teach: Lessons from the Integrative Themes in Physiology Curriculum Module
Project. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/
Yap Yee Khong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1985). Pengukuran
Penilaian Dalam Pendidikan. Siri Maktab Perguruan. Petaling Jaya : Longman
Malaysia Sdn Bhd.
www.angelfire.com/az/progscoutkedah/kepimpinan.html (14 Januari, 2008)
http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/sulai/index.html (14 Januari, 2008)
Snider, E., O’neill, K., & Gray, C. (2007) SREB Leadership Curriculum Modules:
Engaging Leaders in Solving Real School Problems--Curriculum Framework and
Module Summaries. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/

More Related Content

What's hot

T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKATeh Boon Siang
 
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013tamanmidah
 
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Nadiah Mohammad
 
IKHTIAR HIDUP
IKHTIAR HIDUPIKHTIAR HIDUP
IKHTIAR HIDUPzihanlulu
 
Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun Amir House
 
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)Nur Mazni
 
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)Kem membaca(aktiviti:radio rosak)
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)Nurul Umiera Sazali
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASAAdila Dila
 
Unit 1: Berkawad
Unit 1: BerkawadUnit 1: Berkawad
Unit 1: Berkawadmokhtar
 
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh MalaysiaProgram-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh MalaysiaFatin Aminah Abdul Latif
 
Jadual bertugas 1 p2
Jadual bertugas 1 p2Jadual bertugas 1 p2
Jadual bertugas 1 p2Nas Naslina
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaAbdullah Mokhti
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainssazaser
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Aida Fizleen
 

What's hot (20)

T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
 
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
 
IKHTIAR HIDUP
IKHTIAR HIDUPIKHTIAR HIDUP
IKHTIAR HIDUP
 
Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun
 
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)
Jenis – jenis ikatan (ppim skah 18)
 
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)Kem membaca(aktiviti:radio rosak)
Kem membaca(aktiviti:radio rosak)
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Kawad kaki
Kawad kakiKawad kaki
Kawad kaki
 
Unit 1: Berkawad
Unit 1: BerkawadUnit 1: Berkawad
Unit 1: Berkawad
 
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh MalaysiaProgram-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
 
Jadual bertugas 1 p2
Jadual bertugas 1 p2Jadual bertugas 1 p2
Jadual bertugas 1 p2
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sains
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 

Similar to Pengawas sekolah

Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesanProceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesanZAMILAH EKHWAN
 
Kepemimpinan dan komponen mbs
Kepemimpinan dan komponen mbsKepemimpinan dan komponen mbs
Kepemimpinan dan komponen mbsbagibagiilmu
 
Uas administrasi pendidikan dhiyah
Uas administrasi pendidikan dhiyahUas administrasi pendidikan dhiyah
Uas administrasi pendidikan dhiyahfatleo
 
Uas administrasi pendidikan dhiyah
Uas administrasi pendidikan dhiyahUas administrasi pendidikan dhiyah
Uas administrasi pendidikan dhiyahRara Gndutzz
 
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2dpyulianti
 
Ppt uas admin
Ppt uas adminPpt uas admin
Ppt uas adminuus_yuli
 
Jurnal PENELITIAN
Jurnal PENELITIANJurnal PENELITIAN
Jurnal PENELITIANharjunode
 
M5 kb2 kepemimpinan
M5 kb2 kepemimpinanM5 kb2 kepemimpinan
M5 kb2 kepemimpinanPPGHybrid2
 
M5 kb2 kepemimpinan
M5 kb2 kepemimpinanM5 kb2 kepemimpinan
M5 kb2 kepemimpinanPPGHybrid2
 
Makalah perilaku organisasi
Makalah perilaku organisasiMakalah perilaku organisasi
Makalah perilaku organisasimirakomalsari
 
Kepemimpinankepalasekolah 090909212813-phpapp02
Kepemimpinankepalasekolah 090909212813-phpapp02Kepemimpinankepalasekolah 090909212813-phpapp02
Kepemimpinankepalasekolah 090909212813-phpapp02Musbahaeri Saleh
 
Ppt administrasi pendidikan Siti Suryani
Ppt administrasi pendidikan Siti SuryaniPpt administrasi pendidikan Siti Suryani
Ppt administrasi pendidikan Siti SuryaniYaniUnyil
 
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1Azizan Amanda
 

Similar to Pengawas sekolah (20)

Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesanProceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesan
 
Kepemimpinan dan komponen mbs
Kepemimpinan dan komponen mbsKepemimpinan dan komponen mbs
Kepemimpinan dan komponen mbs
 
Uas administrasi pendidikan dhiyah
Uas administrasi pendidikan dhiyahUas administrasi pendidikan dhiyah
Uas administrasi pendidikan dhiyah
 
Uas administrasi pendidikan dhiyah
Uas administrasi pendidikan dhiyahUas administrasi pendidikan dhiyah
Uas administrasi pendidikan dhiyah
 
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2
 
Ppt uas admin
Ppt uas adminPpt uas admin
Ppt uas admin
 
Teori kepemimpinan
Teori kepemimpinanTeori kepemimpinan
Teori kepemimpinan
 
Jurnal PENELITIAN
Jurnal PENELITIANJurnal PENELITIAN
Jurnal PENELITIAN
 
Kk adri zaipah
Kk adri zaipahKk adri zaipah
Kk adri zaipah
 
M5 kb2 kepemimpinan
M5 kb2 kepemimpinanM5 kb2 kepemimpinan
M5 kb2 kepemimpinan
 
M5 kb2 kepemimpinan
M5 kb2 kepemimpinanM5 kb2 kepemimpinan
M5 kb2 kepemimpinan
 
M5 kb2 kepemimpinan
M5 kb2 kepemimpinanM5 kb2 kepemimpinan
M5 kb2 kepemimpinan
 
Kepimpinan
KepimpinanKepimpinan
Kepimpinan
 
Makalah perilaku organisasi
Makalah perilaku organisasiMakalah perilaku organisasi
Makalah perilaku organisasi
 
Uts ppt posting
Uts ppt postingUts ppt posting
Uts ppt posting
 
Tajuk 6 done
Tajuk 6 doneTajuk 6 done
Tajuk 6 done
 
Kepemimpinankepalasekolah 090909212813-phpapp02
Kepemimpinankepalasekolah 090909212813-phpapp02Kepemimpinankepalasekolah 090909212813-phpapp02
Kepemimpinankepalasekolah 090909212813-phpapp02
 
Asaskepimpin
AsaskepimpinAsaskepimpin
Asaskepimpin
 
Ppt administrasi pendidikan Siti Suryani
Ppt administrasi pendidikan Siti SuryaniPpt administrasi pendidikan Siti Suryani
Ppt administrasi pendidikan Siti Suryani
 
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1
Asas kepimpinan dan perkembangan profesional gur1
 

Recently uploaded

Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 

Recently uploaded (20)

Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 

Pengawas sekolah

  • 1. 1 MEMBANGUNKAN KEPIMPINAN PEGAWAS SEKOLAH MENENGAH MELALUI PENDEKATAN MODUL LATIHAN Jamaludin Ahmad, Azammuddin Zainuddin, Amini Amir Abdullah, Othman Jailani & Norasyikin Mohaiyuddin Universiti Putra Malaysia mal@putra.upm.edu.my PENDAHULUAN Salah satu aspek yang dapat membantu dari sudut mutu sahsiah pengawas adalah melalui pemantapan kursus yang berkaitan dengan kemahiran kepimpinan. Sejajar dengan hasrat negara untuk melahirkan insan yang sempurna melalui penjanaan sumber manusia atau modal insan. Beberapa perkara utama yang berkaitan dengan kajian akan dibincangkan dalam bab ini. Perkara yang akan dibincangkan ialah latar belakang kajian yang memberi tumpuan kepada cara bagaimana untuk menerapkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pengawas di sekolah menengah. Juga dihuraikan pelaksanaan aktiviti bersifat motivasi yang diperkenalkan melalui modul Program Kepimpinan Pelajar (PKP) yang menjurus kepada matlamat modul, sahsiah diri, kemahiran membuat keputusan, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan pengucapan awam. Sebelum itu, dijelaskan masalah berkaitan dengan pelaksanaan modul PKP iaitu berkaitan dengan kesahan modul. Objektif kajian dibuat agar dapat melihat sejauhmana kesahan modul yang dibina oleh pengkaji. Bab ini juga akan membincangkan tentang pendekatan model yang digunakan, penyataan masalah kajian, persoalan kajian, tujuan kajian, kepentingan pembinaan modul latihan, batasan kajian dan definisi pembolehubah. Sekolah di Malaysia perlu mengorak langkah menuju ke arah pemantapan dan pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh dengan mengambil kira tanggungjawab dan kepimpinan pelajar di peringkat sekolah. Antara kelemahan yang biasa terdapat di sekolah ialah masalah pemilihan pengawas yang tidak sesuai dengan personaliti pemimpin dan pemimpin yang dipilih tiada kemahiran sebagai pemimpin. Pemimpin sebenar memainkan peranan sebagai pendorong dan menggalakkan pekerja untuk bekerja dan menentukan bahawa matlamat mereka itu sealiran dengan matlamat organisasi. Dua golongan pemimpin yang ada, antaranya golongan pertama ialah pemimpin yang semulajadi mempunyai bakat kepimpinan dan golongan kedua ialah golongan pemimpin yang memperolehi kemahiran pemimpin melalui proses pembelajaran. Pemimpin dalam kalangan pelajar adalah pengawas yang bertanggungjawab membantu guru dan pihak sekolah untuk mengurangkan masalah-masalah disiplin di sesebuah sekolah. Namun begitu, faktor dalaman individu dalam pemilihan pemimpin perlu dinilai berdasarkan kebolehan mereka
  • 2. 2 mengendalikan tanggungjawab sebagai pemimpin dan dalam masa yang sama mereka juga adalah sebagai pelajar. Kemampuan pelajar memikul tanggungjawab sebagai pelajar dan sebagai pengawas perlu diambil kira. Sebagai pemimpin, untuk menjalankan tugas-tugas yang mendorong orang bawahan, seseorang pemimpin atau ketua perlu menjadi seorang yang mudah disukai oleh orang bawahannya. Ini tidak bermakna pemimpin itu menjadi seorang yang popular disebabkan dia tidak mahu bersikap tegas dan mengambil tindakan yang tidak popular ke atas orang bawahan yang melanggar peraturan (Ainon Mohd, 2003). Sebagai contoh pemimpin ulung dan unggul dalam Islam ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang terserlah keperibadian, akhlak, corak pemikiran dan cara pentadbirannya sehingga disegani oleh setiap negara ketika itu. Aspek pertama yang perlu dimiliki oleh setiap insan yang ingin menjadi pemimpin terbaik kepada diri sendiri adalah faktor motivasi. Tanpa motivasi, sesiapa pun tidak mungkin berusaha bersunguh-sungguh bagi melaksanakan setiap aktiviti yang berkaitan dengan dirinya. Apabila tiada dorongan menyebabkan sifat malas ataupun jemu menguasai diri (Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2003). Faktor ini mendorong saya untuk mengasah bakat melalui pembinaan modul kepimpinan untuk kedua-dua golongan tersebut. Bagi golongan pertama, ia menjadi pengukuhan kemahiran, manakala golongan kedua menjadikan modul latihan ini sebagai satu proses pembelajaran untuk menjadi pemimpin. PENYATAAN MASALAH Kebanyakan masyarakat sekarang memandang pemimpin adalah tempat untuk menyelesaikan sebarang masalah. Namun tidak semua masyarakat dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan kepimpinan yang ada. Antara masalah yang timbul berkaitan dengan kepimpinan ialah ciri personaliti pemimpin sekolah tidak selari dengan tanggungjawab yang diberi sebagai pemimpin yang menjalankan amanah sebagai pengawas sekolah. Sebagai pemimpin sekolah mestilah mempunyai karisma diri dalam menjalankan tugas. Mempunyai akhlak dan tingkahlaku yang boleh menjadi ikutan pelajar lain. Apa yang berlaku sekarang ini, terdapat pemimpin sendiri yang melakukan kesalahan seperti pelajar biasa lakukan. Pemimpin kurang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya dalam konteks pengawas sekolah. Kursus-kursus dan latihan kepimpinan kurang dilaksanakan di sekolah menyebabkan matlamat untuk membantu pihak sekolah dan guru mengurangkan masalah pelajar kurang berkesan. Pemimpin tidak berminat untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan sebagai pengawas sekolah. Kelemahan ini dikenalpasti berpunca dari pemilihan yang kurang tepat sebagai calon pemimpin sekolah. Ismail Noor (2004), seorang pemimpin memerlukan penumpuan. Mereka tidak hanya memimpin dengan mengarah, tetapi juga melalui contoh yang baik.
  • 3. 3 Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mampu mengembeling segala kemahiran dan bakat yang ada dalam diri seseorang individu dalam menjalankan tugas sebagai pemimipin. Mereka mampu untuk mengenalpasti pemain yang terbaik dalam kumpulannya, menilai fungsi dan peranannya, mengimbangkannya, dan mengguna kepelbagaian yang ada dalam kalangan ahli-ahli kumpulan pemimpin itu sendiri. KEPENTINGAN PEMBINAAN MODUL LATIHAN Kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah adalah untuk menilai dan melihat sejauhmana keberkesanan pemimpin atau pengawas sekolah. Selama ini Unit Disiplin sentiasa melatih pelajar untuk menjadi pengawas yang berkesan. Kajian ini juga penting untuk menilai sejauhmana kemahiran yang mereka perolehi dari kursus-kursus atau seminar memberi kesan yang mendalam dalam diri pemimpin tersebut. Kemahiran yang dimaksudkan seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang sesuatu program, bekerja berpasukan dan kemahiran memimpin orang bawahan. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam bidang akademik juga penting bagi pemimpin untuk dijadikan contoh dan tauladan kepada pelajar lain. Biasanya pemilihan pemimpin di sekolah berasaskan penguasaan dan pencapaian mereka dalam bidang pelajaran. Tujuan utama pembinaan modul ini adalah untuk membolehkan bakal pengawas sekolah dilatih berdasarkan kemahiran-kemahiran pemimpin. Justeru, dengan melaksanakan modul ini pengawas sekolah dapat mencungkil bakat dan kebolehan sebagai seorang pemimpin. Kedua adalah untuk menerapkan nilai dan kemahiran sebagai pemimpin. Ketiga adalah untuk melahirkan pemimpin yang serba berkebolehan dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah. Tujuan yang terakhir ialah untuk memberi panduan pihak sekolah untuk melaksanakan program kepimpinan berdasarkan modul kepimpinan. Persoalan Kajian 1. Bagaimana membina modul kepimpinan pengawas? 2. Bagaimana menentukan kesahan kandungan modul kepimpinan?
  • 4. 4 METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian deskriptif. Menurut Sidek Mohd Noah (2002) kajian deskriptif bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri suatu bidang. Kajian deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk menguji kesahan kandungan modul kepimpinan yang dibina. Kajian deskriptif amat sesuai digunakan bagi kajian ini kerana ia tidak bertujuan menguji kebenaran sesuatu hipotesis dan tidak mengawal sesuatu pemboleh ubah. Kajian ini menerangkan peringkat pembinaan modul kepimpinan yang berasaskan model pembinaan modul Sidek 2001. Kajian ini juga telah menguji kesahan kandungan modul kepimpinan tersebut yang dibina khusus untuk pelajar peringkat sekolah menengah. Kaedah Pembinaan Modul Modul kepimpinan pengawas ini telah dibina berasaskan model pembinaan modul Sidek 2001. Berdasarkan model ini, terdapat dua peringkat dalam pembinaan modul iaitu yang pertama, peringkat menyediakan draf modul dan peringkat kedua, mencuba dan menilai modul. Kajian ini mengambil kira kedua-dua peringkat. Namun, pada peringkat yang kedua, penyelidik hanya menentukan kesahan kepada modul yang dibina. Menyediakan Draf Modul Proses menyediaan draf modul perlu melalui pelbagai tahap bermula dengan pembinaan matlamat dan berakhir dengan penyatuan modul. Penyelidik telah memulakan penyediaan modul kepimpinan dengan menentukan secara umum matlamat pembinaan modul tersebut. Tujuan pembinaan modul ini telah dinyatakan pada bahagian sebelum ini diantaranya, untuk membolehkan bakal pengawas sekolah dilatih berdasarkan kemahiran-kemahiran pemimpin yang dimuatkan dalam kandungan modul ini. Justeru dengan melaksanakan modul ini, pengawas sekolah dapat mencungkil bakat dan kebolehan sebagai seorang pemimpin, menerapkan nilai dan kemahiran sebagai pemimpin dan melahirkan pemimpin yang serba berkebolehan dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah. Modul ini juga dibina dalam usaha memberi panduan dan memudahkan pihak sekolah untuk melaksanakan program kepimpinan secara sistematik dan efisien. Langkah kedua dalam penyediaan draf modul, penyelidik perlu mengenalpasti teori, rasional, falsafah, konsep, sasaran dan tempoh masa. Teori asas yang digunakan sebagai asas pembinaan modul ini adalah teori Path-Goal atau Jalan ke Matlamat. House (1971) dalam Ahmad Zabidi Abdul Razak (2003) menyatakan pemimpin boleh mendapat prestasi kerja kumpulan yang memuaskan apabila pekerja diberitahu apa yang perlu dilakukan bagi mendapatkan ganjaran selaras dengan prestasi cemerlang, dan juga mengurangkan batasan-batasan ke arah pencapaian prestasi yang cekap. Ini bermakna pemimpin hendakalah
  • 5. 5 bertindak seolah-olah dia membantu kakitangan mencapai kepuasan keperluannya melalui prestasi cekap dan memuaskan. Teori ini menekankan tingkah laku seorang pengawas akan diterima oleh pelajar lain jika mereka melihat tingkah laku pemimpin. Justeru, pengawas perlu dilengkapkan dengan karisma dan sikap kepimpinan untuk diterima oleh pelajar lain sebagai satu contoh dan ikutan ke arah mencapai prestasi pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Penyelidik juga telah menjelaskan rasional keperluan dan kehendak kepada modul kepimpinan ini. Modul ini dihasilkan khusus untuk mengasah bakat kepimpinan kedua-dua golongan pemimpin. Golongan pertama ialah pemimpin yang semulajadi mempunyai bakat kepimpinan dan golongan kedua ialah golongan pemimpin yang memperolehi kemahiran pemimpin melalui proses pembelajaran. Bagi golongan pertama, ia menjadi pengukuhan kemahiran, manakala golongan kedua menjadikan modul latihan ini sebagai satu proses pembelajaran untuk menjadi pemimpin. Falsafah yang didapati daripada penggunaan modul ini juga telah dijelaskan oleh penyelidik. Pelbagai falsafah yang diterapkan oleh penyelidik melalui modul ini, antaranya adalah peserta dapat membina keyakinan diri dan kemesraan diantara pemimpin. Sikap ini amat penting dalam membina kerjasama yang sangat diperlukan bagi kejayaan sesuatu organisasi. Peserta juga dapat memupuk sifat-sifat yang baik sebagai seorang pemimpin yang akan menjadi role model kepada rakan pelajar yang lain. Falsafah lain yang dapat dicapai oleh peserta setelah melaksanakan aktiviti modul ini adalah sikap saling bertoleransi dan persaingan yang sihat dalam memberi dan menerima pandangan orang lain. Modul ini juga dapat membantu pelajar dalam membina sikap tanggungjawab terhadap diri, tugas, organisasi dan sekolah. Falsafah lain yang cuba ditanam di dalam modul ini adalah supaya peserta dapat menerima kekurangan diri dalam usaha memperbaiki dan memanfaatkan bakat atau kelebihan diri untuk kebaikan. Konsep modul ini adalah berbentuk permainan, penceritaan, perbahasan, perbincangan, pembentangan dan pertandingan. Konsep permainan diterapkan bagi menyampaikan pengisian modul dengan lebih menyeronokkan. Konsep penceritaan dan perbahasan pula diketengahkan bagi melatih peserta dengan pengucapan umum dan sekaligus memberi peluang peserta memberi dan menerima pandangan secara terbuka. Konsep perbincangan dan pembentangan melatih peserta untuk bekerja dan bertindak dalam kumpulan. Konsep pertandingan juga diwujudkan dalam sebahagian aktiviti bagi membentuk persaingan sihat di antara peserta bagi mencapai prestasi yang lebih cemerlang bagi diri, organisasi pengawas dan sekolah. Kumpulan sasaran bagi modul ini adalah pengawas peringkat sekolah menengah. Ini kerana keperluan terhadap modul ini di peringkat sekolah menengah. Pemerhatian penyelidik sendiri mendapati modul yang dijalankan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor di sekolah-sekolah menengah agama di Selangor kurang memberi kesan dan kurang selaras dengan kursus yang dijalankan di sekolah-sekolah peringkat menengah lain. Pembinaan modul ini dikhususkan untuk pelajar-pelajar peringkat sekolah menengah yang memegang jawatan sebagai pengawas sekolah. Pembinaan modul ini juga dibina berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek yang mempunyai dua peringkat iaitu peringkat menyediakan draf modul dan peringkat kedua ialah
  • 6. 6 mencuba dan menilai modul. Namun proses pembinaan modul ini tidaklah sampai ke peringkat kedua, hanya diperingkat pembinaan modul latihan sahaja. Modul latihan kepimpinan ini terhad kepada lapan puluh orang sahaja dalam satu-satu masa pelaksanaannya. Bilangan fasilitator yang diperlukan adalah seramai enam orang. Jumlah masa yang digunakan bagi menjalankan kesemua aktiviti dalam modul ini adalah 24 jam. Justeru, penyelidik telah menentukan tempoh masa selama 3 hari 2 malam bagi membolehkan modul ini dilaksanakan dengan sempurna. Tempoh masa ini amat bersesuaian bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Seterusnya, penyelidik membuat kajian keperluan atau need assessment pada pihak yang berkepentingan atau yang berkaitan dengan kumpulan sasaran. Penyelidik telah menemui banyak maklumbalas hasil perbincangan dengan beberapa orang guru pengawas dan hasil pemerhatiannya sendiri sebagai guru besar sekolah. Maklumat yang diperolehi menyatakan keperluan sekolah terhadap modul ini. Sekolah mempunyai kesukaran mengendalikan kursus khas untuk melatih pengawas disebabkan tiada panduan yang khusus. Justeru sekolah biasanya memberi tanggungjawab tersebut kepada konsultan luar, namun pengisian yang diberi adakalanya tidak mengikut kehendak atau matlamat sekolah sendiri (Haslina, guru pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, komunikasi peribadi. 28 Januari 2008). Menurutnya lagi, kebanyakan kursus atau kem yang dijalankan bagi melatih pengawas hanya menitik beratkan hal kepimpinan namun tidak menyemai semangat cintakan sekolah. Iza Shazlinda pula menyatakan selain sikap kepimpinan yang diterapkan di dalam sesebuah kursus, peserta perlu disemaikan dengan disiplin yang tinggi. Ini kerana, dikalangan pengawas juga seringkali menghadapi masalah disiplin. Walaupun masalah tersebut adalah masalah disiplin yang ringan namun, ia boleh menjejaskan prestasi dan sikap kepimpinan seseorang pengawas dan organisasi pengawas itu sendiri sebagai role model kepada pelajar seluruhnya (Iza Shazlinda, guru pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, komunikasi peribadi. 28 Januari 2008). Menurut sumber lain, modul kepimpinan amat perlu bagi memberi panduan kepada guru dalam melaksanakan kursus khas untuk pengawas. Ini kerana, kursus yang dijalankan tanpa panduan yang khusus dirasakan kurang memberikan kesan. Sesetengah kursus hanya mendedahkan mengenai kemahiran kepimpinan secara teoritikal tanpa memberi pendedahan kepada pelajar secara praktikal. Justeru, apabila sesuatu keadaan yang memerlukan pengawas untuk melakukan pengucapan umum, penyelesaian masalah atau membuat keputusan, hanya segelintir pengawas yang telah semulajadi mempunyai bakat kepimpinan yang akan terkehadapan. Ini akan menyukarkan pihak sekolah dalam mengendalikan sesuatu urusan (Arsyad Mohammad, guru pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, komunikasi peribadi. 28 Januari 2008). Setelah tiga tahap dalam peringkat pertama itu selesai, barulah penyelidik dapat meneruskan proses membina modul dengan menetapkan objektif pada setiap aktiviti yang dijalankan, memilih isi kandungan yang bersesuaian bagi setiap objektif yang ditetapkan, mengatur strategi atau langkah-langkah bagi
  • 7. 7 melaksanakan aktiviti, menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan sebagai alat bantu modul bagi melancarkan dan memudahkan perjalanan modul. Penyelidik juga perlu memilih media penyampaian yang sesuai digunakan agar pengisian modul yang ingin disampaikan mampu menarik minat peserta untuk mengikuti modul yang dihasilkan. Langkah akhir peringkat ini, draf modul yang terhasil disatukan sebelum menjalani proses di peringkat kedua iaitu mencuba dan menilai modul. MENGUJI KESAHAN KANDUNGAN MODUL Sidek Mohd Noah (1997) menyatakan bahawa terdapat tiga kaedah untuk menguji kesahan sesuatu alat ukuran iaitu kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesahan gagasan (Sidek Mohd Noah (2005). Kesahan kandungan memberi fokus kepada kandungan item-item dalam ujian, kesahan kriteria menekankan kepada perbandingan suatu skala skor dengan pemboleh ubah luaran atau kriteria yang diketahui atau dipercayai mengukur sifat yang hendak dikaji dan kesahan gagasan menurut Tuckman(1978) dalam Sidek Mohd Noah (2005) adalah kesahan yang didapati dengan mengaitkan andaian ukuran sesuatu gagasan atau kuantiti hipotetikal dengan sesuatu tingkah laku atau manifestasi yang dijangkakan akan berlaku. Kajian ini dijalankan bagi mengukur kesahan kandungan bagi modul kepimpinan yang diasaskan daripada model pembinaan modul Sidek 2001. Menurut Majid Konting (2004), kesahan kandungan bagi modul boleh diukur melalui penilaian daripada pakar-pakar yang mahir dalam bidang berkenaan. Pakar Penilai Dalam kajian ini, penyelidik telah menemui tiga orang pakar bagi menguji kesahan kandungan modul kepimpinan yang telah dibina. Pakar penilai tersebut adalah Tajularipin Bin Sulaiman, Jemelah Bt Mansor dan Junaidah Bt Tukimin. Pakar penilai ini telah dicadangkan oleh penyelia iaitu Jamaludin Ahmad. Mereka dipilih dari sudut kecemerlangan mereka memimpin sebagai pengetua sekolah dan ahli akademik. Surat pelantikan penilai luar telah diajukan terlebih dahulu untuk makluman pakar-pakar tersebut. Kemudian, pakar-pakar tersebut ditemui sekali lagi untuk menyerahkan borang soal-selidik dan modul yang hendak dinilai. Penilaian tersebut mengambil tempoh selama lebih kurang dua minggu. Alat Kajian Kajian ini dilaksanakan dengan bantuan soal selidik kesahan kandungan yang dibina oleh Jamaludin Ahmad (2002) dalam Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005). Soal selidik ini dicipta berdasarkan kepada pandangan Russell (1974) tentang syarat-syarat kesahan modul yang dikemukakan oleh beliau. Soal selidik ini memerlukan jawapan berbentuk skala Likert lima mata iaitu (1)sangat setuju, (2)setuju, (3)tidak pasti, (4)tidak setuju dan (5)sangat setuju. Oleh yang demikian, sesuatu modul yang telah dinilai oleh pakar menggunakan soal selidik tersebut dikira nilai peratusannya dengan menggunakan formula berikut:
  • 8. 8 Jumlah skor (X) ___________________________X 100% = Pencapaian Kesahan Kandungan Skor Maksimum (25) Jumlah skor yang diberikan oleh pakar melalui skala Likert akan dijumlahkan (X) dan skor ini akan dibahagikan dengan skor maksimum skala likert (25) dan kemudiannya didarabkan dengan 100. Jika peratusannya melebihi 70 peratus maka modul ini mempunyai kesahan kandungan yang baik dan begitulah sebaliknya jika peratusannya kurang daripada 70 peratus, modul ini tidak mempunyai kesahan kandungan yang baik. DAPATAN KAJIAN Berdasarkan maklum balas pakar terhadap Kesahan Kandungan Modul Kepimpinan, peratusan yang diperoleh sebanyak 68% hingga 92%. Penilai pertama menilai kandungan modul ini adalah baik bagi program kepimpinan. Skor yang diberi oleh pakar pertama ialah 92% . Pakar sangat setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya. Ia bersesuaian dengan tahap pelajar menengah dalam membentuk generasi pemimpin. Kandungan modul ini juga boleh digunakan dan dilaksanakan dengan sempurna. Berdasarkan masa yang diperuntukkan dalam modul latihan ini, pakar juga amat bersetuju kandungan modul boleh dilaksanakan dengan sempurna. Pakar juga bersetuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. Pakar setuju kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah pemimpin yang cemerlang. Kandungan modul ini membuka minda pelajar untuk mengubah sikap melalui aktiviti yang telah dirancang. Secara keseluruhan kandungan modul ini menunjukkan bahawa kesahan kandungan adalah baik dengan pekali kesahan kandungan .92. Walau bagaimanapun beberapa penambah baikan seperti kandungan, ciri-ciri pemimpin, aktiviti ceramah dan ulasan akhir masih boleh dibaiki. Namun begitu secara keseluruhan penilaian pakar pertama seperti dalam jadual 1.
  • 9. 9 Jadual 1: Pandangan pakar pertama terhadap kandungan modul kepimpinan 1. Pakar sangat setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya. 2. Pakar setuju kandungan modul ini boleh dilaksanakan dengan sempurna. 3. Pakar sangat setuju kandungan modul ini bersesuaian dengan masa yang ditetapkan. 4. Pakar setuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. 5. Pakar setuju kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah yang pemimpin cemerlang. Maklum balas pakar penilai kedua memberi skor markah 80% dengan menyatakan kandungan modul ini secara keseluruhannya sesuai digunakan untuk menanamkan kepimpinan di kalangan pengawas sekolah. Pakar sangat setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya iaitu pemimpin yang dipilih di kalangan pelajar. Ia bersesuaian dengan tahap pelajar menengah dalam membentuk generasi pemimpin. Kandungan modul ini juga boleh digunakan dan dilaksanakan dengan sempurna. Berdasarkan masa yang diperuntukkan dalam modul latihan ini, pakar juga bersetuju kandungan modul boleh dilaksanakan dengan sempurna. Pakar juga amat bersetuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. Walau bagaimanapun beliau mensyaratkan fasilitator yang akan menjalankan modul ini benar-benar faham dan mahir dalam memainkan peranan agar falsafah disebalik aktiviti ini tercapai. Pakar setuju kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah pemimpin yang cemerlang. Kandungan modul ini membuka minda pelajar untuk mengubah sikap melalui aktiviti yang menyeronokkan. Ulasan penilaian berdasarkan jadual 2. Jadual 2: Pandangan pakar kedua terhadap kandungan modul kepimpinan 1. Pakar sangat setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya. 2. Pakar setuju kandungan modul ini boleh dilaksanakan dengan sempurna. 3. Pakar setuju kandungan modul ini bersesuaian dengan masa yang ditetapkan. 4. Pakar sangat setuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. 5. Pakar setuju kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah yang pemimpin yang cemerlang.
  • 10. 10 Secara keseluruhan kandungan modul ini menunjukkan bahawa kesahan kandungan adalah baik dengan pekali kesahan kandungan .80. Walau bagaimanapun pakar mengharapkan fasilitator dapat memainkan peranan mereka secara berkesan agar falsafah disebalik aktiviti yang dirancang difahami dan dapat dihayati oleh peserta. Aktiviti yang dirancangkan dalam modul ini menarik dan Insyaallah peserta kursus seronok untuk melakukannya. Maklum balas pakar penilai ketiga memberi skor markah 68%. Bagi item pertama pakar bersetuju kandungan modul ini menepati sasaran populasinya iaitu pemimpn pelajar peringkat sekolah menengah. Kandungan modul ini juga boleh dilaksanakan dengan sempurna mengikut masa yang telah ditetapkan. Namun bagi item empat, beliau menyatakan tidak bersetuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. Pakar juga tidak pasti kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah pemimpin cemerlang. Ulasan penilaian berdasarkan dalam jadual 3. Jadual 3: Pandangan pakar ketiga terhadap kandungan modul kepimpinan 1. Pakar setuju dengan kandungan modul menepati sasaran populasinya. 2. Pakar setuju kandungan modul ini boleh dilaksanakan dengan sempurna. 3. Pakar setuju kandungan modul ini bersesuaian dengan masa yang ditetapkan. 4. Pakar tidak setuju kandungan modul ini boleh meningkatkan prestasi kepimpinan pelajar. 5. Pakar tidak pasti kandungan modul ini boleh mengubah sikap pelajar ke arah yang pemimpin yang cemerlang. Secara keseluruhannya skor markah yang diperolehi adalah sebanyak 68% sahaja. Jumlah ini menunjukkan kesahan kandungan ini berada di paras baik. Pakar juga menyatakan kandungan modul ini hanya dapat memberi kesedaran tentang peranan kepimpinan, tetapi kurang berkesan mengubah tingkahlaku dan sikap pelajar untuk menjadi pemimpin yang mempunyai jati diri, tabah dan boleh berdepan dengan sebarang situasi. Ini menunjukkan bahawa kesahan kandungan di bawah paras baik dengan pekali kesahan kandungan .68. Jika dilihat secara keseluruhan bagi setiap item ujian, item satu pada skor markah ketiga-tiga pakar ialah 82.66% iaitu di atas paras baik. Ini menunjukkan bahawa kesahan kandungan keseluruhannya adalah baik dengan pekali kesahan kandungan .82. Walaupun seorang dari tiga orang pakar menilai di bawah paras baik kesahan kandungan modul kepimpinan ini. Menurut Tuckman dan Waheed (1981) serta Abu Bakar Nordin (1995) dalam Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005) telah menyatakan bahawa aras penguasaan atau pencapaian 70% dianggap telah menguasai atau mencapai tahap pencapaian yang tinggi. Oleh itu, pandangan pakar mengenai kesahan kandungan modul Kepimpinan Pelajar adalah tinggi.
  • 11. 11 Kesimpulannya, kesahan kandungan modul yang akan dilaksanakan di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat bagi para pengawas dianggap baik setelah melihat kepada pandangan Rusell (1974) dan pandangan pakar seperti yang disarankan oleh Mohd Majid Konting (1998). Ia dikukuhkan lagi dengan pandangan pakar yang menyatakan kandungan modul ini boleh manarik minat peserta kursus untuk melakukannya. RUMUSAN Oleh sebab sifatnya yang abstrak, penentuan kesahan sesuatu alat ukuran atau modul bukanlah sesuatu yang mudah. Masalah utamanya ialah aspek ini tidak dapat diukur secara langsung. Untuk menentukan kesahan kandungan modul ini, kaedah yang digunakan ialah seperti yang disarankan oleh Majid Konting (2004) iaitu dengan mendapatkan penilaian daripada tiga orang pakar yang berkaitan dengan modul dan kepimpinan. Penilaian pakar bertujuan untuk menguji kesesuaian item yang digunakan bagi mengukur domain yang terpilih. Kesahan kandungan modul ini telah mengambil kira syarat-syarat kesahan modul menurut pandangan Russell (1974) dalam Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005). Syarat kesahan ini juga telah menjadi asas pembentukan soal selidik (Jamaluddin, 2002) kesahan kandungan modul yang dimajukan kepada pakar-pakar penilai. Sesebuah modul yang mempunyai kesahan yang baik itu memerlukan ciri-ciri seperti yang berikut; menepati sasaran populasinya, situasi pengajaran atau kaedah pelaksanaan modul adalah memuaskan, masa yang diambil untuk menghabiskan modul adalah mencukupi, berjaya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dan berjaya mengubah sikap pelajar ke arah lebih cemerlang. Walau bagaimanapun, kesahan modul ini tidak dapat dimantapkan dengan kajian rintis untuk mendapatkan maklumbalas pelajar disebabkan masa yang agak terhad. IMPLIKASI Modul ini dibina khas untuk melatih kepimpinan pengawas sekolah. Justeru, dengan penghasilan modul ini, penyelidik berharap dapat memberi implikasi kepada program-program yang dijalankan kepada pengawas sekolah peringkat sekolah menengah di Malaysia. Modul ini dapat digunakan sebagai bimbingan kepada guru-guru atau fasilitator dalam menjalankan program kepimpinan pengawas sekolah menengah. Selain itu, dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa pendekatan yang digunakan untuk menentukan kesahan dalam kajian ini adalah sesuai. Ini tentunya merupakan berita gembira kepada pembina-pembina modul samada modul pengajaran, modul motivasi, modul latihan dan modul akademik dalam menentukan kesahan modul. Pembina-pembina modul boleh menjadikan kaedah untuk menentukan kesahan kandungan modul ini sebagai salah satu cara dalam melaksanakan penyelidikan mereka. Malah, penyelidik-penyelidik yang ingin menjalankan penyelidikan berkaitan dengan modul boleh menggunakan kaedah
  • 12. 12 pencarian kesahan kandungan modul di dalam menjalankan penyelidikan berkaitan dengan modul. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa modul kepimpinan ini dapat meningkatkan kemahiran di kalangan pengawas sekolah. Oleh itu ia memberi ruang kepada penyelidik lain untuk mengkaji keberkesanan modul ini dari aspek- aspek yang lain pula selain daripada kemahiran-kemahiran kepimpinan itu sendiri. Penghasilan modul yang khusus kepada peringkat pelajar sekolah menengah ini juga diharap dapat memberi idea kepada penyelidik atau penyelidik lain untuk menghasilkan modul kepimpinan bagi peringkat sekolah rendah, institusi pengajian tinggi mahupun di peringkat organisasi. CADANGAN Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh mengenai kesahan kandungan modul, maka disarankan beberapa cadangan khususnya pada pembinaan modul dan pelaksanaannya di sekolah. 1. Oleh sebab kesahan kandungan modul ini tinggi, maka dicadangkan agar modul ini dilaksanakan dengan komprehensif dan bersungguh-sungguh di semua sekolah sekiranya mereka memerlukan kursus kepimpinan. Modul ini tidak terhad di sekolah yang dikaji sahaja malah boleh juga ke sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah swasta, sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh, sekolah agama negeri, sekolah agama persekutuan mahupun sekolah teknik. 2. Ternyata kesahan kandungan modul boleh diperoleh dengan mengikut ciri- ciri modul Sharifah Alawiah Alsagoff (1981). Oleh itu dicadangkan agar para penyelidik dan pembina modul yang baharu menggunakan kaedah ini dalam menentukan kesahan modul selain daripada menggunakan kaedah yang selalu digunakan, iaitu dengan mendapatkan pandangan dan penilaian pakar. 3. Untuk mendapatkan pandangan pakar dalam menentukan kesahan kandungan sesuatu modul, dicadangkan agar para penyelidik dan pembina modul yang baharu mengguna soal selidik kesahan kandungan yang telah dibangunkan oleh Jamaludin Ahmad (2002). 4. Firman Allah bermaksud: sesungguhnya aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia mengubahnya sendiri. Dengan adanya modul ini, secara tidak langsung boleh membuka minda pemimpin untuk mengubah diri sendiri. Ringkasnya pembinaan modul kepimpinan ini mempunyai prosedur yang lengkap dalam usaha membentuk aktiviti berkaitan dengan pembinaan modal insan atau penjanaan sumber manusia. Oleh kerana tujuan utama pembinaan modul kepimpinan ini hanya untuk melihat kesahan kandungan sahaja, maka penulis memfokuskan kepada aktiviti yang menjurus kepada pelaksanaannya yang dinilai kesahan modul tersebut. Sasaran utama modul ini juga telah ditetapkan untuk pengawas sekolah menengah sahaja.
  • 13. 13 Bagaimanapun oleh kerana kajian ini tidak menjalankan ujian kebolehpercayaan modul, adalah wajar kajian-kajian berbentuk kebolehpercayaan dijalankan bagi mengukuhkan lagi modul kepimpinan ini. RUJUKAN Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2001). Komunikasi Untuk Pemimpin. Selangor: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd. Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2003). Memimpin Diri Sendiri. Selangor: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd. Anastasi, A. (1976). Psychological Testing. New York : MacMillan. Ainon Mohd, (2003). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Selangor : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd. Byrd, M. (2007). Educating and Developing Leaders of Racially Diverse Organization. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/ Hashim Fauzy Yaacob. (2001). Komunikasi antara Manusia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Ismail Noor. (2004). Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w : Pengurusan Altruistik Model Ikutan Sepanjang Masa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd. Jamaludin Ahmad. (2002). Kesahan, Kebolehpercayaan dan Keberkesanan Modul Program Maju Diri ke atas Motivasi Pencapaian di kalangan Pelajar Sekolah Menengah Negeri Selangor. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang. Jawatankuasa Bengkel Soft Skills Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (2006). Modul Kamahiran Insaniah (soft skills) Institusi Pengajian Tinggi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi. Jurgens, J.C., & Dodd, J.L. (2003) Women's Institute for Leadership Development: A W.I.L.D. Venture. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/ Kamarudin Hj Husin, (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. McLay, M. & Brown, M. (2003) Using the Concept Mapping To Evaluate the Training of Primary School Leaders. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/ Mariah Kamaruddin. (2006). Semakan Kegunaan Modul Pembimbing Rakan Sebaya Kementerian Pelajaran Malaysia. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang. Mohamed Sulaiman. (1996). Kepimpinan Dan Pengurusan Strategik Untuk Kecemerlangan Organisasi. Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995/Bil. 5: Universiti Sains Malaysia.
  • 14. 14 Mohd Hanim Mohd Tahir & Azahari Ismail. (1985). Modul Teknik-teknik Dorongan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Mohd. Majid Konting, (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka. Muhyiddin Yassin. (1998). Memperkasa Kepimpinan: Menjurus Masa Depan. Selangor: Pusat Kajian Kepimpinan Dan Pembangunan. Pusat Pembangunan Akademik (CADe) Universiti Putra Malaysia (2006), Modul 1 & 2 : Learning Outcome Initiatives. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Salihan Siasis, Ahmad Mohd Isa, Kamel Ariffin Mohd Atan dan Zul Azlan Hamidin. (1987). Modul Perancangan Pendidikan Matematik. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd. Yusof Hussain. (2005). Teori-teori Komunikasi. Selangor: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1981). Pengenalan Pengajaran Individu dengan Tumpuan Khas kepada modul Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 3, 1, 54-62. Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah , Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Sidek Mohd Noah. (2005). Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling: Teori dan Aplikasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul: Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul akademik. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Silverthorn, Thorn dan Svinicki (2006) It's Difficult to Change the Way We Teach: Lessons from the Integrative Themes in Physiology Curriculum Module Project. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/ Yap Yee Khong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1985). Pengukuran Penilaian Dalam Pendidikan. Siri Maktab Perguruan. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn Bhd. www.angelfire.com/az/progscoutkedah/kepimpinan.html (14 Januari, 2008) http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/sulai/index.html (14 Januari, 2008) Snider, E., O’neill, K., & Gray, C. (2007) SREB Leadership Curriculum Modules: Engaging Leaders in Solving Real School Problems--Curriculum Framework and Module Summaries. http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Modules/