Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan pembentukan sahsiah dan kemenjadian murid menjadi agenda utama dalam semua inisiatif pendidikan. Selaras dengan itu, penerapan amalan baik perlu sentiasa dilaksanakan oleh guru, warga sekolah, ibu bapa dan ahli masyarakat agar dapat dihayati oleh murid sehingga menjadi budaya dalam kehidupan mereka sekaligus mewujudkan persekitaran sekolah yang sejahtera.
Konsep Sekolahku SEJAHTERA telah dilancarkan pada 21 Februari 2022 bagi memperkenalkan 14 elemen SEJAHTERA iaitu selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.