2. KONSEP FONETIK
Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau
"suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia.
Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses
penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi
neurofizikal.
3. KONSEP FONOLOGI
Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara,
bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan,
subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan
mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-
bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
4. Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi
sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek
sebutan.
Frank Parker (1994)
5. Bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu
dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas
daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of
the systematic organization of selected speech sounds in the
spoken form of individual language has variously been called
phonology”.
Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985),
6. “phonology is the study of the function and patterning of
speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang
fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang
diucapkan oleh manusia.
Menurut Dal bor (salah seorang ahli linguistik Barat)
7. FONEM
o Fonem ialah unit paling kecil yang boleh dipisahkan antara
satu sama lain.
o Fonem tidak memberi sebarang makna jika dipisahkan, kalau
ganti ia memberi maksud yang berbeza.
o Fonem mempunyai maksud distingtif yang berperanan dalam
membezakan dan mengubah makna perkataan.
10. Fonem Konsonan
Dihasilkan dengan melakukan sekatan arus udara yang dilepaskan
melalui paru-paru.
Sekatan dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya,
hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap.
11. Fonem Vokal
• Terdapat enam vokal dalam bahasa Melayu
standard, iaitu /a/ , /e/ , /i/ , /o/ , /u/ , dan /ә/.
Huruf Fonem Depan Tengah Belakang
a /a/ abu talam bola
e /ə/
/e/
emak
Ekor
lemang
keju
nasionalisme
tauge
i /i/ itu firman keli
o /o/ orang kopi soto
u /u/ uli butang biru
12. Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa jenis konsonan iaitu :
• - dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara
• ( p, b ).
• - dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d).
• - dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak
bersuara ( k, g ).
• - satu konsonan hentian glotis. ( ? )
• - dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
• - dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak
bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).
• - satu konsonan getaran bersuara ( r ).
13. • - satu konsonan sisian bersuara ( I ).
• - empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
• - dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan
separuh vokal dua bibir bersuara ( w ).
• - satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
14. Fonem Diftong
Satu vokal berada dalam satu gugusan dengan vokal yang lain
sehingga menghasilkan bunyi luncuran, ia disebut sebagai
diftong.
Terdapat 3 diftong :- ai/ au/ oi yang semuanya dapat menepati
posisi awal, tengah dan akhir.
15. Contoh:
contoh
ai Aidiladha, Aidilfitri, aising
Baiduri, zaitun
Landai, tapai
au Aurat, autograf, auditorium
Tauge, tauhu, saujana
Lampau, imbau, kerbau
oi Boikot
Amboi,kaloi, konvoi