1. PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG
TERAS PIAGAM :
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan
Hospital Changkat Melintang.
1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
• Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya
daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama
atau taraf sosial ekonomi.
• Setiap pelanggan yang diiktiraf sebagai dalam keadaan kecemasan akan
diberi perkhidmatan dengan segera.
• Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di
hospital ini akan dirujukkan ke hospital lain yang sesuai.
2. TARAF PERKHIDMATAN
• Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat,
bertimbangrasa, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
• Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannyaakan terpelihara semasa
menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan
dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan
keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
• Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
• Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran
yang bersih dan sempurna.
3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN
• Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai
perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
• Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan
yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
• Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang
diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut
peraturan yang ditetapkan.
4. PENDIDIKAN KESIHATAN
• Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek
penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.
2. KEWAJIPAN PELANGGAN :
Untuk membolehkan Hospital Changkat Melintang melaksanakan Piagam ini dengan
berkesan,pelanggan adalah kewajipan untuk :
• Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
• Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara
hidup yang sihat; dan
• Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.