Polisi hospitalchangkat melintang

11,129 views

Published on

Published in: Business
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
11,129
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
84
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Polisi hospitalchangkat melintang

  1. 1. POLISI HOSPITAL CHANGKAT MELINTANGPENGENALAN DAN SEJARAHHospital Changkat Melintang adalah satu-satunya hospital yang wujud di daerah PerakTengah dan berfungsi sebagai hospital bagi daerah Perak tengah dan kawasan sekitarnya.Pada masa dahulu ia dikenali sebagai Hospital Desa Changkat melintang telah ditukarkankepada Hospital Changkat Melintang selepas tahun 1982.. Ini adalah selaras denganperubahan nama hospital-hospital di seluruh negara. Kementerian Kesihatan berharaporang awam akan lebih berkeyakinan terhadap keupayaan hospital daerah dalammemberikan perkhidmatan yang berkualiti.Hospital ini dibina dalam tahun 1971 dengan kawasan seluas 25 ekar. Ia telah dibukadengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Hussindalam tahun 1972. Pada permulaan operasinya hospital ini mempunyai 30 katil dan kiniia telah meningkat sehingga 50 katil.Beberapa projek pembangunan telah dilakukan darimasa ke semasa bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pelanggan dan pesakit.Hospital Changkat Melintang memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar DaerahPerak Tengah dan Hilir Perak(sehingga ke Kampung Gajah). Hospital ini juga menjadipusat rujukan kepada kemudahan kesihatan yang lain seperti berikut : i. 6 buah klinik kesihatan ii. 1 klinik 1-Malaysia iii. 7 buah klinik swasta iv. Pusat rawatan pelajar Universiti Teknologi MaraSelain daripada itu, Hospital Changkat Melintang juga merupakan sumber perkhidmatankesihatan kepada beberapa institusi pelajaran seperti IKBN, Kolej Profesional Mara,MRSM Pasir Salak dan juga beberapa buah sekolah berasrama.Pada keseluruhannya, Hospital Changkat Melintang mempunyai 28buah bangunanbertingkat satu dan 1 buah bangunan kuarters yang bertingkat empat. Hospital ChangkatMelintang menyediakan 1 Wad Materniti, 1 Wad Lelaki dan 1 Wad Perempuan dan 1Wad Kanak-kanak bagi rawatan pesakit dalam. Jumlah katil rasmi di Hospital ChangkatMelintang adalah sebanyak 50 buah.Selain daripada rawatan pesakit dalam, Hospital Changkat Melintang juga menyediakanbeberapa perkhidmatan yang penting seperti Unit Pentadbiran, Jabatan Pesakit Luar,Klinik Lawatan Pakar, Unit Hemodialisis, Unit Kecemasan, Unit Forensik (mortuary),Unit Bekalan Bahan Steril (CSSS), Unit Farmasi dan Bekalan (termasuk Stor Integrasi),Unit Patologi, Unit Pengimejan & Diagnostik, Unit Occupational Terapi, Unit RekodPerubatan, dan Unit Sajian . 1
  2. 2. GAMBAR PEMANDANGAN UDARA HOSPITAL CHANGKAT MELINTANGPusat rujukan terdekat: Hospital Taiping (45 km) LOKASI HOSPITAL HOSPITAL IPOH 60KM MANJUNG 45KM *6 KLINIK KESIHATAN * 7 KLINIK SWASTA HOSPITAL TELUK INTAN 60KM •90,000 populasi •Majoriti Bangsa MelayuVISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2
  3. 3. Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baikMISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMisi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:� Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan� Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga� Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan merekaUntuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:� Mengutamakan pelanggan� Saksama� Tidak membebankan� Cekap� Wajar mengikut teknologi� Boleh disesuaikan mengikut persekitaran� InovatifDengan menekankan:� Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan� Sifat menghormati maruah insan� Penglibatan masyarakat 3
  4. 4. Hospital Changkat Melintang telah menetapkan beberapa objektif dalamoperasinya:-Meninggikan taraf kesihatan penduduk-penduduk di Daerah Perak Tengah.Mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penduduk Daerah Perak Tengah.Meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan kesihatan dan penggunaan kemudahankesihatan.Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, strategi-strategi berikut telah ditetapkanseperti berikut :- 1. Memberi rawatan perubatan berkualiti dan selamat kepada pesakit luar, pesakit dalam dan kes-kes kecemasan dengan cekap dan berkesan. 2. Meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat umum melalui kempen kesihatan. 3. Mempertingkatkan kecekapan dan pengetahuan di kalangan kakitangan hospital melalui pendidikan perubatan dan kesihatan berterusan (CME) dan perbagai kursus. 4. Menjaga imej hospital supaya terpelihara dengan mewujudkan suasana keharmonian antara kakitangan hospital dengan masyarakat umum.DASAR KUALITI HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG  HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG KOMITED DALAM PENGENDALIAN RAWATAN YANG CEKAP, SELAMAT, ADIL DAN PRIHATIN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PESAKIT BERASASKAN PERLAKSANAAN AKREDITASI.  HCM AKAN MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN DAN BERUSAHA MELAKUKAN PENAMBAHBAIKAN SECARA BERTERUSAN KEATAS SISTEM PENGURUSAN KUALITI 4
  5. 5. SUMBER MANUSIA HOSPITAL CHANGKAT MELINTANGKedudukan perjawatan dan pengisian bagi jawatan-jawatan pengurusan, profesional dansokongan pada 31hb Ogos, 2010di Hospital Changkat Melintang megikut kumpulan Perjawata Bil. Skim Perkhidmatan / Nama Jawatan / n Isi Kosong Gred Jawatan 1 Pegawai Perubatan : a. Pegawai Perubatan Gred U48 3 2 1 b. Pegawai Perubatan Gred U43/44 4 2 2 c. Pegawai Perubatan Gred U41 - 4 - 2 Pegawai Farmasi : Pegawai Farmasi Gred U41 6 4 2 3 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan 1 1 - Gred C27 5 Juru X-ray a.Juru X-ray Gred U32 (Diagnostik) - - - b.Juru X-ray Gred U29 (Diagnostik) 2 2 - 6 Jurupulih Perubatan Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U29 1 1 - 7 Pembantu Perubatan a. Pembantu Perubatan Gred U32 3 3 - b. Pembantu Perubatan Gred U29 14 13 1 8 Juruteknologi Makmal Perubatan Juruteknologi Makmal Perubatan Gred a. U32 1 1 - Juruteknologi Makmal Perubatan Gred b. U29 4 4 - 9 Pembantu Farmasi a. Pembantu Farmasi Gred U32 1 1 - b. Pembantu Farmasi Gred U29 4 4 - 10 Jururawat 5
  6. 6. a. Jururawat Gred U36 1 1 - b. Jururawat Gred U32 4 4 - c. Jururawat Gred U29 38 34 4 11 Jururawat Masyarakat a. Jururawat Masyarakat Gred U19 31 30 1 b. Jururawat Masyarakat Gred U24 1 1 -Bil. Skim Perkhidmatan / Nama Jawatan / Perjawatan Isi Kosong Gred Jawatan12 Pem. Teknologi Makmal Perubatan : Pem. Teknologi Makmal Perubatan Gred U11 - - -13 Penolong Jururawat : a. Penolong Jururawat Gred U14 1 - 1 b. Penolong Jururawat Gred U11 5 1 414 Penolong Pegawai Tadbir : a. Pegawai Eksekutif Gred N27 1 1 - b. Penolong Peg. Rekod Perubatan Gred N27 1 1 -15 Pembantu Tadbir (P/O): a. Pembantu Tadbir Gred N22 2 2 - Pembantu Tadbir Gred N17 7 7 - b. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W22 1 1 - Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 5 5 - b. Pembantu Rekod Perubatan : Pembantu Rekod Perubatan Gred N17 2 2 - c. Penyelenggara Stor Penyelenggara Stor Gred N17 2 2 -16 Penyelia Asrama : a. Penyelia Asrama Gred N17 1 1 - b. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 4 4 -17 Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) Gred N11 1 1 -18 Pembantu Am Pejabat Gred N1 2 2 -19 Pembantu Perawatan Kesihatan a. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 30 32 -2 b. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12 3 1 220 Tukang Masak Gred N1 5 5 -21 Pekerja Rendah Awam a. Pekerja Rendah Awam Gred R4 1 1 - b. Pekerja Rendah Awam (Khas) Gred R3 1 1 - c. Pekerja Rendah Awam (Pekerja Am )Gred R1 2 2 - 6
  7. 7. 22 Pemandu Kenderaan Gred R3 11 11 -JUMLAH 211 194 23PERKHIDMATAN HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG1. PERKHIDMATAN UTAMA HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG  Unit pentadbiran  Rawatan kecemasan  Rawatan pesakit luar  Rawatan pesakit dalam2. PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG  Makmal dan tabung darah  Pengimejan diagnostic  Farmasi dan bekalan  Unit sajian  Unit Rekod Perubatan  Unit carakerja  Stor integrasi3. PERKHIDMATAN YANG DISWASTAKAN  Hospital Support service(HSS)  Kawalan Keselamatan  Kantin 7
  8. 8. POLISI AM HOSPITALCHANGKAT MELINTANG Polisi ini adalah digunakan untuk semua unit / wad / anggota hospital kecuali jikadinyatakan sebaliknya.1. POLISI KAWALAN INFEKSI1.1 Latar Belakang Unit Kawalan Infeksi : Bahagian ini dikendalikan oleh seorang jururawat sebagai Pengawai Kawalan Infeksi.1.2 Objektif Unit Kawalan Infeksi  Untuk menyebarkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan garispanduan Kawalan infeksi ( Standard dan Added Precaution)dan memastikan amalan sepenuhnya oleh kakitangan klinikal dan kakitangan dari HSS.  Merancang, memantau, melatih dan penyediaan laporan latihan kakitangan hospital dan HSS kepada Jawatankuasa Kawalan Infeksi.  Membuat pemantauan dan audit surveilans untuk indicator-indikator terpilih dalam NIA sebagai aktiviti peningkatan kualiti untuk mencegah kejadian HAI.1.3 Polisi Operasi :A. Darah dan semua cecair badan harus dianggap sebagai potensi untuk menyebabkan jangkitan. Justeru itu, semua anggota diwajidkan mengamalkan langkah – langkah standard precaution berikut apabila merawat semua pesakit : • Semua jenis cecair badan hendaklah disisih / dimasukan ke dalam beg plastik biohazard berwarna kuning. • Jarum dan picagari yang sudah digunakan mestilah disimpan di dalam bekas ’ puncture – proof’( sharp-bin) yang disediakan sebaik sahaja digunakan. Semua sharp-bin akan ditempatkan di lokasi yang telah dikhaskan (ditanda dengan petak kuning) dan harus ditutup bila isi kandungan ≥ ¾ penuh. 8
  9. 9. • Alat- alat dan linen yang telah digunakan oleh pesakit yang menghidap penyakit berjangkit hendaklah dimasukkan ke dalam karung merah yang dilapis dengan plastik alginate. • Menggunakan pelindungan diri (PPE) seperti memakai sarung tangan, apron, mask, dan lain – lain di samping mengamalkan mencuci tangan. Justeru itu, basin membasuh tangan dan paip siku disediakan di semua wad / unit. • Kakitangan baru yang melaporkan diri ke hospital ini akan diberi taklimat hand hygiene, penggunaan PPE dan Universal Precaution dalam program orientasi staf.  Elakkan dari memasang semula penutup jarum, membengkuk atau memisahkan jarum dari picagari bagi mengelakkan insiden ’needle prick injury’. (No recap policy).  Amalan hand hygiene dengan menggunakan handrub diwajibkan sebelum kakitangan memasuki kawasan-kawasan berikut : o Dewan An-nur o Blok pentadbiran o Bilik Rekod Perubatan o Unit Sajian (Alcohol handrub telah ditempatkan di pintu masuk utama unit-unit tersebut)B. Bagi pesakit yang mengidapi penyakit berjangkit seperti AIDS ,HIV dan Hepatitis yang meninggal di Hospital tatacara ’last office’ akan dilakukan di Bilik Mayat bawah pengawasan ketat seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Pejabat Kesihatan daerah Perak Tengah.C. Semua garispanduan berkaitan dengan kawalan infeksi haruslah ditempatkan di unit- unit klinikal dan harus dipatuhi : o Guidelines on the Control of Hospital Acquired Infections o Disinfection and Sterillization Policy Dan Practice’ 1990 o Policies and Procedures on Infection Control(Ministry of Health) o Polisi dan Prosedur kawalan Infeksi Hospital Changkat Melintang. o National Antibiotic Usage Guideline D. Penyakit Berjangkit seperti jadual di bawah perlu dinotifikasikan dengan segera ke Pejabat Kesihatan Setempat. 9
  10. 10. 1. Poliomylitis Akut 15. Keracunan Makanan* 29. Typhus2. Acute Flaccid Paralysis 16. Gonorrhoea 30. Pulmonary Tuberculosis3. Viral Hepatitis A Akut 17. Penyakit Tangan, Kaki, 31. Pulmonary Tuberculosis dan Mulut ( smear negative )4. Viral hepatitis B Akut 18. Kusta ( Paucubacillary ) 32. Extra Pulmonary Tuberculosis5. Viral Hepatitis C Akut 19. Kusta ( Multibacillary ) 33. Mixed Tuberculosis6. Viral Hepatitis Akut 20. Malaria 34. Typhoid( others )7. AIDS 21. Campak 35. Paratyphoid8. HIV 22. Plague 36. Other Viral Encephalitis*9. Chancroid 23. Rabies* 37. Japanese Encephalitis*10.Cholera* 24. Relapsing 37. Nipah Encephalitis*11.Demam Denggi* 25. Congenital Syphilis 38. Batuk Kokol ( whooping cough )*12.Demam Denggi 26. Acquired Syphilis 40. Demam Kuning*Berdarah*13.Difteria* 27. Tetanus Neonatorum 41. Others ( specify……..)14.Dysentery 28. Lain – lain Tetanus( Perhatian – Penyakit yang bertanda * hendaklah dilaporkan dengan segera melaluitelefon dalam masa 24jam dan diikuti dengan borang notifikasi )Sebarang kelewatan dalam notifikasi BOLEH dikenakan kompaun RM500.00 dan pihakpentadbiran hospital berhak untuk mengarahkan pegawai yang berkenaan untukbertanggungjawab. 10
  11. 11. 2. POLISI PENGURUSAN SISA-SISA HOSPITAL (WASTE MANAGEMENT)2.1 Latarbelakang : Pengendalian pembuangan sisa-sisa hospital telah diswastakan kepada Faber Medi-Serve Sdn Bhd (Kontrak Kerajaan).2.2 Objektif : Memastikan pembuangan sisa-sisa hospital dilaksanakan dengan cekap,teratur selamat dan mematuhi undang-undang yang sedia ada.2.3 Polisi Operasi : a. Segala pengasingan, penyimpanan,pelupusan dan pemusnahan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh KKM. b. Semua anggota hospital yang berkenaan akan dilatih oleh pihak swasta (user training) mengenai tatacara pembuangan sisa-sisa hospital secara teratur dan selamat. c. Sisa-sisa hospital akan dikategorikan sebagai sisa klinikal,sisa radioaktif, sisa kimia, bekas ‘pressurised’ dan sisa domestik biasa. • Sisa klinikal (termasuk sisa dari makmal) yang berisiko mendatangkan jangkitan hendaklah dianggap merbahaya.Sisa ini akan menjalani proses ‘disinfection’ dahulu sebelum dibuang ke dalam beg plastic kuning.Proses disinfeksi akan dilakukan oleh pihak swasta.Beg plastic ini hendaklah diikat bila ¾ penuh semasa dikutip untuk pelupusan. • Sisa kimia yang berkemungkinan bahaya (seperti ‘toxic’, corrosive, flammable, reactive atau ‘hazardous’) hendaklah dilupuskan dengan cara yang bersesuaian dan tidak boleh dibuang melalui sistem pembuangan air limbah. • Sisa kimia yang tidak merbahaya boleh dibuang melalui system pembuangan air limbah. 11
  12. 12. • Kutipan, pengumpulan dan penyimpanan sisa radioaktif hendaklah memenuhi Atomic Energy Licensing Act 1984. • Bekas ‘pressurized’ hendaklah dibuang ke dalam beg plastic berwarna hitam dan dilupus sebagaimana sisa domestik biasa. • Sisa domestic biasa yang tidak merbahaya seperti kertas, plastic, dan lain- lain hendaklah dibuang ke dalam beg sampah biasa. d. Sebagai kesimpulannya, sisa –sisa hospital hendaklah dibuang seperti jadual berikut:Kumpulan Jenis Sisa Dan Tatacara Buangan A • Sisa surgical yang kotor, sisa dressing, swab, tisu manusia dan lain- lain hendaklah disimpan di dalam beg kuning. • Sisa dari pesalit yang menghidap penyakit berjangkit hendaklah disimpan dalam bekas/ beg plastic dwi-lapisan. B • Peralatan tajam hendaklah dibuang ke dalam bekas ‘puncture-proof’ dan dipungut bila ¾ penuh. C • Sisa dari makmal yang berisiko menyebabkan jangkitan dibuang ke dalam beg plastic kuning.Proses disinfeksi dilakukan oleh pihak swasta. D • Pepejal sisa farmaseutikal akan disimpan di dalam beg plastik berwarna kuning dan dilupuskan secara insinerasi kecuali dicadangkan sebaliknya seperti e.g. chlorates dalam kuantiti yang sedikit boleh dilarutkan/ dicairkan dan dilupuskan melalui system air limbah.Jarum dan vial ubatan hendaklah disimpan di dalam bekas yang dikhaskan. E • ‘Liners’/ alas ‘disposable bedpan’, beg stoma , ‘incontinence pads’ hendaklah dibuang ke dalam beg plastic kuning. e. Sisa-sisa yang disenarai di atas akan dikutip oleh pihak swasta dari unit-unit ke tempat buangan untuk pelupusan sebanyak satu kali sehari atau bila perlu dengan mengikut laluan yang telah ditentukan. (designated route) 12
  13. 13. 3. POLISI LINEN/KEJURUTERAAN FASILITI/ PEMBERSIHAN DAN BIOMEDIKAL3.1 Latar Belakang : Perkhidmatan-perkhidmatan ini telah diswastakan. Pegawai-pegawai liasson adalah bertanggungjawab terhadap pemantauan perkhidmatan ini.Mesyuarat bulanan dibuat untuk membincang perkara-perkara berkaitan perkhidmatan penswastaan dan menentukan ”deduction” iaitu melalui Mesyuarat Validation. Di samping itu, masalah-masalah di unit boleh disalurkan melalui Ketua Unit masing- masing melalui Mesyuarat Penswastaan yang dijalankan setiap bulan.3.2 Polisi Operasi : a. Pihak hospital hendaklah merujuk apa – apa masalah berkaitan perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat konsesi ( Faber Medi – Serve Sdn. Bhd ) kepada syarikat SIHAT yang dilantik oleh KKM untuk bantuan khidmat nasihat mengenai perjanjian dan kontrak syarikat konsesi. b. Semua unit / wad hendaklah menggunakan perkhidmatan yang ditetapkan dari syarikat konsesi bagi tujuan bekalan, penyelenggaraan dan pembaikan. c. Semua pemohonan perkhidmatan tersebut Harus dengan menggunakan borang yang disediakan dan / atau melalui telefon dan NO CT perlu direkodkan dalam fail setiap unit yang memohon. d. Linen dan Laundry :  Pihak syarikat konsesi akan memungut, membersih linen kotor dan menggantikan dengan linen yang bersih.  Pihak Syarikat konsesi juga bertanggungjawab membekalkan linen baru dan memastikan ’ stock level’ linen di dalam wad selaras dengan perjanjian konsesi.  Pakaian yang digunakan oleh pesakit yang menhidapi penyakit berjangkit akan diuruskan seperti dinyatakan di dalam polisi kawalan jangkitan.  Pesakit Dalam digalakkan memakai pakaian yang disediakan oleh pihak hospital. 13
  14. 14.  Pihak hospital berhak untuk ”reject” linen-linen yang tidak mengikut spesifikasi dan keperluan pelanggan.e. Kejuruteraan dan biomedikal :  Semua ketua unit hendaklah menyimpan Data inventori dan Aset yang kemaskini dan memastikan penyelenggaraan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. ( di dalam Hospital Specific Implementation Plan – HSIP ). Senarai aset-aset yang perlu penyelenggaraan perlu direkod dalam Borang KEW.PA13.Setiap aktiviti penyelenggaraan aset haruslah direkodkan dalam Borang KEW.PA14.  Semua pembaikan dan penguabahsuaian hendaklah dengan kebenaran dan persetujuan Pengarah Hospital Changkat Melintang atau wakil yang dilantik olehnya.  Syarikat konsesi juga adalah bertanggungjawab untuk menyelenggarakan semua peralatan secara berjadual (PPM) berdasarkan rekomendasi pengeluar barangan tersebut. Jadual PPM akan disimpan di unit-unit untuk rujukan anggota.f. Pembersihan dan Pencucian :  Pembersihan dan pencucian akan dijalankan oleh pihak swasta berdasarkan perjanjian konsesi dan HSIP yang dipersetujui.  Dalam keadaan di mana pembersihan dan pencucian yang luarbiasa diperlukan, permohonan haruslah melalui penggunaan borang Complaint module.  Joint Inspection di peringkat unit haruslah dilakukan oleh pihak FABER bersama-sama dengan Ketua Unit atau wakilnya mengikut frekuensi yang telah dipersetujui dalam HSIP. 14
  15. 15. 4. POLISI LALUAN DAN TEMPAT LETAK KERETA4.1 Objektif : Menyediakan tempat letak kereta yang sesuai, selesa dan tidak menghalanglaluan.4.2 Polisi Operasi : Semua kenderaan perlu diletakkan di tempat yang disediakan untuk kenderaan jabatan, orang awam dan juga anggota Hospital Changkat Melintang. a. Semua tempat letak kereta disediakan secara percuma. b. Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan diletak dalam keadaan yang boleh menghalang, lalulintas seperti di hadapan pintu-pintu masuk utama wad, Unit Kecemasan, Farmasi Pesakit Luar, Bilik Mayat , Unit Pesakit Luar, tempat- tempat berpetak kuning dan tempat-tempat yang terdapat papan tanda ’Dilarang Meletak Kereta’. c. Kenderaan yang menghalang akan diberi amaran bertulis oleh Kawalan Keselamatan dan tindakan boleh diambil oleh pihak pentadbiran hospital . d. Tempat letak kereta khas untuk Orang Kurang Upaya disediakan untuk kemudahan golongan OKU berhampiran dengan Unit Kecemasan.Kakitangan hospital TIDAK DIBENARKAN menyalahgunakan kemudahan ini. 15
  16. 16. 5. Polisi Keselamatan Am:5.1 Latar Belakang : Perkhidmatan Keselamatan telah diswastakan bagi menjaga keselamatan bangunan dan persekitaran hospital.Perkhidmatan ini juga merangkumi kawalan trafik pintu masuk , kawalan pelawat , keselamatan bayi dan pesakit serta keselamatan am di seluruh hospital.5.3 Objektif : Memastikan keselamatan keseluruhan hospital terjaga dan terjamin.5.4 Skop Perkhidmatan : a. Keselamatan bangunan dan persekitaran b. Polisi keselamatan dadah, rekod dan kutipan hasil c. Polisi keselamatan pesakit dan kakitangan.5.5 Polisi Operasi: a. 4 orang Pengawal keselamatan telah dilantik untuk kawalan keselamatan selama 24 jam secara bergilir di dua lokasi berisiko tinggi iaitu pintu masuk utama hospital dan pintu masuk kedua hospital (berhampiran dengan surau). Rondaan akan dilakukan oleh pengawal keselamatan dari masa ke semasa di kawasan hospital seperti yang telah dinyatakan dalam perjanjian kontrak. Rondaan kerap (setiap 4jam) dilakukan di wad-wad, unit kecemasan dan stor integrasi dilakukan dan dicatitkan dalam buku laporan kawalan keselamatan.Rondaan di kawasan-kawasan lain akan diiringi dengan kuncian jam. b. Unit-unit yang terpencil telah dilengkapkan dengan sistem penggera anti-pencerobohan (swasta, EXTREND) iaitu Unit Hemodialisis, Unit Farmasi Pesakit Luar dan Unit Rekod. c. Kunci setiap unit yang beroperasi waktu pejabat disimpan di kotak kunci di Bilik Pegawai Khidmat Pelanggan sementara set kedua untuk kegunaan kecemasan disimpan di Pejabat Pentadbiran. Kakitangan hospital dan HSS DILARANG untuk memegang kunci. Sebarang pergerakan kunci PERLU 16
  17. 17. direkodkan dalam buku pergerakan kunci yang disediakan di Bilik Pegawai Khidmat Pelanggan.b. Hasil yang dipungut di Kaunter Hasil Unit Pesakit Luar dan Unit Kecemasan haruslah disimpan di dalam suatu bekas wang berkunci (cash box) dan disimpan di dalam laci berkunci di kaunter tersebut. Semua hasil kutipan hendaklah dihantar ke Pejabat Hasil pada masa yang ditetapkan.c. Dadah terkawal hendaklmah disimpan di dalam almari DDA yang berkunci. Kunci hendaklah dipegang oleh anggota yang ditetapkan sahaja( Jururawat Y/ M atau Penolong Pegawai Perubatan Y/M atau Pegawai Farmasi).d. Wad bersalin hendaklah sentiasa dalam keadaan berkunci dan kunci dipegang oleh Jururawat Y/M wad pada syif tersebut sahaja.Kunci kecemasan akan ditempatkan di kotak ”break glass” untuk kegunaan kecemasan.e. Semua bayi baru lahir yang didiscaj dari Wad Bersalin perlu diperiksa oleh Pengawal keselamatan sebelum dibenarkan pulang.f. Semua rekod rawatan pesakit HARUS disimpan di tempat yang selamat. Pesakit luar TIDAK dibenarkan membawa rekod rawatan dan X-raykeluar dari premis hospital. Pergerakan rekod rawatan pesakit dalam dan luar perlu direkodkan dalam buku despatch unit masing-masing dan rekod HARUS diangkut dalam beg berkunci yang disediakan.g. Taklimat mengenai keselamatan harta pesakit akan diberikan semasa orientasi wad.Waris pesakit dinasihatkan supaya membawa pulang barang berharga termasuk telefon bimbit. Dalam keadaan di mana pesakit dalam keadaan tidak sedar dan TIADA waris, pihak hospital akan menyimpan harta pesakit di peti keselamatan yang disediakan dan diserahkan kepada waris terdekat atau pihak hospital rujukan.(seperti yang dinyatakan dalam pengurusan harta pesakit)h. Untuk menjamin keselamatan dan privasi pesakit, pesakit dan pelawat TIDAK DIBENARKAN membawa dan menggunakan telefon bimbit , kamera dan perakam video ke unit-unit klinikal , makmal, pengimejan diagnostik , bilik mayat dan unit rekod. 17
  18. 18. 6. POLISI KESELAMATAN KEBAKARAN6.1 Latarbelakang: Hospital ini mempunyai suatu jawatankuasa yang bertanggungjawab membuat perancangan bagi mencegah dan menangani kebakaran dan bencana-bencana lain. Suatu garispanduan bagi menangani masalah bencana kebakaran telah dikeluarkan. Sila rujuk buku Garispanduan Pengurusan Bencana Hospital Changkat Melintang.6.2 Objektif :  Memastikan bencana kebakaran dapat dielakkan.  Memastikan aktiviti-aktiviti evakuasi dan menyelamat dapat dijalankan dengan teratur, cekap dan efektif sekiranya kebakaran berlaku untuk mengurangkan kerosakan harta-benda dan kehilangan nyawa.6.3 Polisi Operasi :  Adalah menjadi tangggungjawab semua anggota untuk memahami dan menghayati buku garispanduan tersebut agar bencana kebakaran dapat dicegah dan dibendung sebaik mungkin dan melapataka yang tidak diingini dapat dielakkan.  Taklimat pelan tindakan bencana kebakaran WAJIB diberikan kepada semua anggota yang baru bertugas di Hospital Changkat Melintang.  Semua anggota Hospital Changkat Melintang WAJIB untuk menjalani latihan penggunaan pemadam api yang dijadualkan secara berkala oleh pihak pengurusan hospital dan FABER.  Semua anggota Hospital Changkat melintang WAJIB untuk memastikan laluan keluar di unit bertugas adalah selamat dan BEBAS DARI HALANGAN.  Semua pesakit dalam dan waris-waris yang menjaga HARUS diberi taklimat laluan kecemasan dalam program orientasi wad.  Keseluruhan fasiliti Hospital Changkat Melintang adalah Zon Bebas Rokok untuk mengurangkan risiko kebakaran. 18
  19. 19. 7. POLISI SISTEM KOMUNIKASI7.1 Latarbelakang dan organisasi: Bahagian ini diletakkan di bawah Unit Pentadbiran di bawah seliaan Pembantu Tadbir Kanan(Sumber Manusia).7.2 Objektif : Memberi perkhidmatan komunikasi yang berkualiti untuk memudahkan perhubungan luar/dalam demi mewujudkan dan mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan serta meningkatkan imej organisasi.7.3 Lokasi : Bilik Operator terletak di bangunan A .7.4 Skop Perkhidmatan : • Menyediakan perkhidmatan telefon. • Menghantar, menerima dan mengedarkan faks. • Memberi penerangan kepada pelanggan.7.5 Polisi Operasi: a. Setiap pihak yang terlibat dengan pengendalian urusan melalui telefon semestinya mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai organisasi sendiri. Pengawai Khidmat Pelanggan handaklah sentiasa melengkapkan diri dengan maklumat terkini organisasi. b. Penggunaan telefon yang disediakan hanyalah untuk kegunaan rasmi sahaja kecuali mendapat kebenaran Pengarah Hospital. c. Pengawai Khidmat Pelanggan boleh menggunakan budi-bicaranya untuk memotong sambongan semasa jika ada panggilan yang mustahak/ kecemasan. d. Ketua unit/wad adalah bertanggungjawab terhadap penggunaan telefon di wad masing-masing. 19
  20. 20. e. Semua panggilan masuk dan keluar hospital melalui PABX adalah dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai khidmat pelanggan. f. Pegawai Khidmat Pelanggan bertanggungjawab mencatat setiap panggilan atas urusan rasmi/panggilan jauh dan peribadi. Bil bulanan akan dikenakan bagi semua panggilan peribadi.8 POLISI AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL8.1 Latarbelakang dan organisasi : Ahli Lembaga Pelawat Hospital Changkat Melintang adalah seramai 18 orang ahli yang dilantik oleh Menteri Kesihatan, Kementerian kesihatan Malaysia untuk penggal 3 tahun. Lembaga Pelawat berfungsi selaras dengan garis panduan Ahli Lembaga Pelawat Kementerian Kesihatan Malaysia.8.2 Objektif : Ahli-ahli Lembaga Pelawat akan bertindak sebagai penghubung diantara hospital dan orang ramai dalam beberapa aspek seperti menjaga imej hospital, program kebajikan dan lain-lain.8.3 Polisi Operasi: a. Mesyuarat dan lawatan Lembaga Pelawat hendaklah diadakan 2 bulan sekali. Laporan lawatan akan dibincang di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat dan dikemukakan kepada Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Perak. b. Ahli-ahli Lembaga Pelawat boleh melawat wad-wad, Unit Kecemasan, JPL dan menemubual pesakit tentang kemudahan Hospital Changkat Melintang , makanan, pakaian, kebersihan dan perkhidmatan yang diberikan. Walaubagaimanapun ahli-ahli Lembaga Pelawat tidak dibenarkan membincang dengan pesakit bentuk/ jenis rawatan yang diberikan dan juga memeriksa fail rekod pesakit. c. Lembaga Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan-kawasan tertentu seperti wad bersalin, stor Perubatan , unit pengimejan diagnostikdan unit rekod. d. Ahli-ahli Lembaga Pelawat WAJIB memakai pas pengenalan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa setiap lawatan di hospital.9. POLISI LAPORAN INSIDEN 20
  21. 21. 9.1 Objektif :  Memaklumkan dengan segera sesuatu kejadian yang tidak diingini kepada Pengarah Hospital Changkat Melintang untuk tindakan sewajarnya dan siasatan lanjut.  Membantu dalam menggubal dasar keselamatan dan kesihatan pesakit dan kakitangan Hospital Changkat Melintang.  Membantu dalam implementasi langkah penambahbaikan dan pencegahan untuk kejadian-kejadian yang serupa di masa akan datang. (Risk management).9.2 Polisi Operasi : a. Adalah menjadi tanggungjawab semua ketua unit dan wad untuk: • Memberi penerangan yang secukupnya kepada anggota bawahannya berhubung penggunaan borang laporan ini. • Menghebahkan setiap maklumbalas siasatan insiden kepada anggota bawahannya. • Menyedia dan menyimpan suatu fail berhubung insiden kejadian. b. Adalah menjadi tanggungjawab semua anggota untuk melaporkan sebarang insiden kepada ketua Unit masing-masing dengan segera dalam masa 24jam dengan mengisi Borang Insiden. c. Ketua Unit/wad masing-masing hendaklah melaporkan kejadian insidens yang tidak diingini dengan segera dengan menggunakan 2 salinan Borang Insiden samada melibatkan pesakit, anggota atau mana-mana orang awam. Satu salinan hendaklah disimpan oleh • Penyelaras unit kualiti • Simpan di wad/ unit masing-masing. d. Ketua Unit hendaklah memaklumkan semua kejadian insidens kepada Pengarah Hospital pada hari yang sama jika perkara itu memberi impak yang besar kepada organisasi. e. Bagi setiap kejadian insidens yang diterima, suatu penyiasatan yang terperinci akan dijalankan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik oleh Pengarah Hospital Changkat Melintang dalam masa 3 hari, sekiranya perlu, agar kejadian/ insidens tersebut dapat diatasi, diketahui puncanya, tidak berpanjangan atau berulang. 21
  22. 22. f. Hasil siasatan dan rumusan laporan insiden akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kualiti.10. POLISI HAK DAN TANGGUNGJAWAB PESAKIT DAN WARISHak dan tanggungjawab pesakit dan waris.Hospital Changkat Melintang menghormati hak semua pesakit dan waris mereka ;termasuk aspek budaya, psikososial, spiritual , nilai-nilai dan kepercayaan individu.Walaupun hak-hak yang tersenarai di bawah ditujukan kepada pesakit; ia jugadigunapakai untuk waris dan keluarga pesakit. Terma “pesakit “ juga merujuk kepadasemua pelanggan hospital ; terma “ keluarga” pula merujuk kepada keluarga pesakit,penjaga dan orang lain yang diwakilkan untuk membuat keputusan perawatan.Hak Pesakit :Pesakit mempunyai hak untuk menerima jagaan yang “invidualised”, dengan penuhhormat dalam satu persekitaran yang selamat.Jagaan perawatan akan dilaksanakan dalam cara dan persekitaran yang akan menjagamaruah anda. Tiada diskriminasi ke atas bangsa , agama, jantina, umur, status keluarga,kewarganegaraan , ketidakupayaan fizikal atau mental , status atau cara pembayaran bilanda. Keperluan keagamaan dan spiritual anda akan dipenuhi sebaik mungkin.Pesakit mempunyai hak untuk mendapat komunikasi yang berkesan; sebagaimanamengikut keperluan anda.Keperluan khas anda akan dilayan dengan cara yang bersesuaian dengan anda ;bergantung dengan umur, tahap pemahaman, masalah bahasa, penglihatan, pendengaranatau pertuturan .Pesakit mempunyai hak untuk menglibatkan diri dalam menentukan keputusandalam jagaan/perawatan mereka. • Sebelum dan semasa rawatan, mengikut keperluan perubatan dan semasa discaj pesakit. • Untuk menerima maklumat mengenai diagnosa dan pelan untuk rawatan lanjut pesakit. • Untuk melibatkan diri dalam proses menyelesaikan masalah/dilema dalam rawatan anda. • Untuk tidak menerima rawatan yang dicadangkan sehingga batas yang dibenarkan oleh perundangan. Pesakit berhak menerima maklumat tentang implikasi 22
  23. 23. perubatan akibat pilihan mereka; termasuk rawatan untuk kes-kes nazak.Pesakit mempunyai hak untuk persetujuan menerima rawatan (Keizinan rawatan)Sebelum memberi keizinan untuk rawatan, anda akan diberi penerangan untukmengetahui perkara-perkara berikut: • Mengapa rawatan tersebut dicadangkan? • Apakah faedah, risiko dan kesan sampingan termasuk implikasinya jika tidak mengikut rawatan yang dicadangkan. • Pilihan-pilihan rawatan lain. • Apakah outcome rawatan, termasuk outcome yang mungkin tidak diduga.. • Apakah batas-batas dalam melindungi maklumat rahsia anda , jika ada.Jika tidak bersetuju dengan rawatan yang dicadangkan, Hospital Changkat Melintangberhak untuk melakukan : • Membuat cadangan alternatif untuk rawatan anda dan meneruskan rawatan susulan anda. • Merujuk anda ke tempat lain untuk rawatan. • Dalam kes kecemasan yang tertentu, mendapatkan perintah mahkamah untuk membolehkan rawatan diteruskan.Pesakit mempunyai untuk menerima rawatan yang berkesan untuk kesakitan, dandiberi maklumat tentang kesakitan dan kaedah-kaedah untuk melegakan kesakitan.Pesakit mempunyai hak untuk mengenali staf yang merawat mereka. • Semua kakitangan hospital diwajibkan untuk memakai tanda nama untuk pengenalan mereka. • Semua kakitangan yang terlibat dalam rawatan anda akan memperkenalkan diri mereka dan tugas mereka.Pesakit mempunyai hak untuk ”privacy”, kerahsiaan dan keselamatan. • Maklumat personal anda akan disimpan dengan cara sulit selaras dengan undang- undang yang sedia-ada. • Anda berhak untuk menolak dibuat pemerhatian oleh kakitangan yang tidak terlibat secara langsung dalam rawatan anda. • Privacy anda akan dihormati mengikut batas yang bersesuaian dengan keperluan penjagaan kesihatan anda. • Pihak hospital akan memastikan keselamatan diri dan harta-benda anda. • Pihak hospital akan meminta keizinan anda sebelum aktiviti rakaman atau pengambilan foto. 23
  24. 24. Pesakit mempunyai hak untuk “review” atau mendapatkan salinan rekodperubatan. • Pegawai perubatan anda boleh “review” rekod perubatan bersama-sama dengan anda. • Anda mempunyai hak untuk “access”, meminta amendment dan menerima disclosure maklumat perubatan anda mengikut batas yang dibenarkan oleh undang-undang.Pesakit mempunyai hak untuk bebas daripada penderaan mental, fizikal, seksualdan lisan, diabaikan atau eksploitasi.Sebarang tuduhan akan disiasat segera dan langkah yang berpatutan akan diambil.Pesakit mempunyai hak untuk mendapat khidmat perlindungan.Anda mempunyai hak untuk meminta jabatan ini maklumat tentang perlindungan danagensi-agensi yang terlibat untuk perlindungan kanak-kanak dan orang dewasa yangterlibat dalam kes-kes keganasan domestic.Untuk peskit yang berumur 18 tahun ke atas, sebagaimana mengikut undang-undang Malaysia, mereka mempunyai hak untuk membuat keputusan rawatankesihatan awal (advance healthcare decision) atau melantik agen rawatan kesihatanmelalui arahan awal (advance directive).Jika keizinan rawatan diperlukan, wakil boleh dilantik bagi pihak anda jika anda tidakberkeupayaan anda.Pesakit mempunyai hak untuk bebas dari “restrain”, kecuali dalam satu tempohwaktu yang sementara untuk melindungi diri anda atau individu lain dari kecederaan.Restrain dalam keadaan kecemasan ini akan digunakan dengan selamat dan penuhhormat.Pesakit mempunyai hak untuk menderma organ mereka.Anda akan diberi penerangan dan kaunseling yang mencukupi mengenai pendermaanorgan, faedah dan kaedah “procurement”. Perolehan organ hanya akan dibuat setelahmendapat keizinan anda.Pesakit mempunyai hak untuk menerima penerangan untuk semua caj rawatanyang dipertanggungkan kepada mereka. 24
  25. 25. Pesakit mempunyai hak untuk berbincang dengan pihak hospital bila ada masalahketidakpuasan dengan aspek-aspek rawatan mereka atau tidak dapat menyelesaikanmasalah rawatan mereka.Anda boleh berbincang dengan staf yang berkenaan, penyelia mereka, pegawai perubatandan Penolong Pegawai Tadbir. Jika anda masih menghadapi masalah, anda bolehmenghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 05-3761333, atau mengisi BorangMaklumbalas Pelanggan. Borang-borang ini boleh didapati di semua peti cadangan yangditempatkan di semua unit-unit. • Jika masalah anda tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan, anda berhak untuk berjumpa dengan: Pengarah Hospital Changkat Melintang.11. POLISI BERKAITAN DENGAN ANGGOTA HOSPITAL11.1. Polisi Penyediaan dan Pengedaran Protokol dan Garispanduan:11.1.1 Objektif : Memastikan setiap anggota mengamalkan aktiviti/ prosedur dengan cekap dan berkesan berdasarkan pekeliling/ protocol/ garispanduan dalam semua aktiviti demi perkhidmatan yang cemerlang.11.1.2 Polisi Operasi : a. Pihak pengurusan Hospital Changkat Melintang adalah bertanggungjawab memastikan protocol dan garispanduan yang berkaitan disediakan dan dibekalkan kepada unit/wad berkenaan. b. Walaubagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab ketua unit/ wad masing- masing untuk mendapatkan salinan dari loker di Pejabat Am dan mempamerkannya di wad/unitnya apabila dimaklumkan. c. Ketua unit/wad hendaklah memastikan semua anggota di bawah jagaannya membaca, menandatangani, memahami dan mengamalkan protocol, prosedur dan garispanduan tersebut dalam tugas harian. 25
  26. 26. 11.2 POLISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA11.2.1 Skop Perkhidmatan : a. Kebajikan anggota b. Displin anggota c. Keselamatan dan kesihatan anggota d. Latihan dalam Perkhidmatan dan CPD e. Kajian dan aktiviti peningkatan kualiti11.2.3 Polisi Operasi : a. Kebajikan Anggota : • Kuarters untuk anggota disediakan. Memandangkan bilangan yang terhad. Jawatankuasa Perumahan Hospital Changkat Melintang bertanggungjawab menetapkan pembahagian kuarters kepada anggota yang benar – benar layak dan memerlukan. Pembahagian juga bergantung kepada pemohonan, kategori jawatan dan keperluan tugasan atas panggilan. • Tempat letak kereta untuk anggota disediakan. • Kemudahan rekreasi seperti rumah kelab sukan, taman permainan kanak – kanak dan padang. • Bilik rehat dan bilik sembahyang untuk anggota Islam juga disediakan dimana bersesuaian. • Anggota digalakkan untuk berinteraksi sesama mereka dan orang awam supaya hubungan yang mesra dapat dijalinkan. Bagi tujuan ini, kelab sukan dan badan kebajikan ditubuhkan untuk mengatur dan memastikan aktiviti sukan dan kebajikan anggota berjalan dengan lancar. 26
  27. 27. b. Disiplin Anggota • Semua anggota dikehendaki mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan berikut seperti :  Perintah – perintah Am Bab A – G dan pekeliling berkaitan.  Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib), 1993  Berpakaian seragam lengkap dengan tanda nama sepanjang masa bertugas.  Tidak mengendalikan sebarang aktiviti perniagaan di dalam kawasan Hospital Changkat Melintang.  Mematuhi piagam pelanggan setiap masa.  Mematuhi peraturan larangan merokok di kawasan Hospital.  Peraturan mengetik kad perakam waktu.  Peraturan keluar pejabat semasa waktu bertugas. • Kod etika pekerjaan :  Menyediakan perkhidmatan kepada orang awam berteraskan Budaya Korporat iaitu Penyayang, Kerja berpasukan dan Profesionalisme.  Mana – mana anggota yang tidak mematuhi mana – mana peraturan akan dikenakan tindakan sebagaimana peruntukan di dalam Bab D, Peraturan – peraturan pegawai Awam ( Kelakuan dan tatatertib ), 1993. 27
  28. 28. c. Keselamatan dan kesihatan anggota : • Semua anggota dikehendaki mematuhi semua peraturan keselamatan dan kesihatan seperti berikut :  Semua anggota hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan di dalam kerja mereka dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.  Semua peraturan berkaitan keselamatan bangunan, harta pesakit dan keselamatan pesakit dan waris hendaklah sentiasa dipatuhi.  Semua anggota yang berumur 40tahun keatas diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan.  Semua anggota klinikal diwajibkan mengikuti program saringan dan imunisasi yang ditetapkan ( Hepatitis B, Influenza)  Semua kejadian ”Needle stick Injury” harus dilaporkan ke Unit Kawalan Infeksi dalam masa 24jam.  Semua kejadian yang melibatkan kecederaan kepada anggota atau keselamatan mesti dilaporkan kepada Penyelia yang menjaga JKKP dalam masa 3 hari.d. Latihan dalam perkhidmatan dan CPD. Pihak pengurusan akan membentuk program latihan dan kursus berikut untuk membangunkan modal insan kakitangan :  Program orientasi untuk anggota baru  Continous Medical Education / Continuos Nursing Education  Latihan dalam perkhidmatan.  Kursus ulangkaji (refresher course)  Pelbagai kursus teknikal dan softskill. 28
  29. 29. Pendaftaran myCPD online diwajibkan untuk tujuan APC dan penentuan aras PTK untuk kakitangan dalam kategori yang tersenarai di bawah : o Pegawai Perubatan o Pegawai Farmasi o Penolong Pegawai Perubatan o Jururawat Terlatih o Jururawat Masyarakat o Penolong Jururawat11.3 POLISI PENYEBARAN MAKLUMAT11.3.1 Objektif: Untuk memastikan maklumat yang disalurkan adalah tepat, tidak mengelirukan, tidak bercanggah dengan kepentingan kementerian/ jabatan/ organisasi dan demi menjaga nama baik dan maruah organisasi.11.3.2 Polisi Operasi: a. Semua anggota hospital adalah bertanggungjawab untuk merahsiakan segala maklumat mengenai organisasi termasuk maklumat mengenai pesakit dan tidak dibenarkan sama sekali menyampaikan sebarang maklumat samaada rasmi atau pun tidak rasmi kepada setiap dalam keadaan apa jua pun kecuali dengan kebenaran bertulis dari Pengarah Kesihatan Negeri Perak. b. Hanya Pengarah Kesihatan Negeri Perak atau wakil yang diberi kuasa oleh beliau sahaja yang boleh mengeluarkan sebarang kenyataan samaada melalui lisan atau bertulis. c. Mana-mana anggota yang didapti melanggar polisi peraturan ini akan dikenakan tindakna yang tegas termasuk tindakan tatatertib. 29
  30. 30. 11.4 POLISI MENGAMBIL GAMBAR/ TEMURAMAH/ PENGGAMBARAN FILEM11.4.1 Objektif : Untuk memastikan perkara ini tidak bercanggah dengan kepentingan Kementerian/ Jabatan/ Organisasi dan menjaga nama baik dan maruah organisasi.11.4.2 Polisi Operasi : a. Semua aktiviti mengambil gambar foto, penggambaran filem dan temuramah pesakit oleh individu bukan anggota Hospital Changkat Melintang adalah dilarang sama sekali kecuali mendapat kebenaran bertulis Pengarah Kesihatan Negeri. b. Walaubagaimanapun, kebenaran atau keizinaan mengamabil gambar atau menemuramah pesakit telah diluluskan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, adalah masih menjadi hak pesakit itu sendiri atau ibu-bapa/penjaga bagi kanak-kanak dan kelulusannya hendaklah diperolehi oleh jurugambar itu terlebih dahulu. c. Dalam keadaan di mana pengambilan gambar dan temuramah itu tidak dipersetujui oleh pesakit atau boleh memudaratkannya atas nasihat Pegawai Perubatan, ianya tidak boleh dilakukan. 30

×